Sunday, December 11, 2011

ZAMAN NI PENIPU BEGITU LICIK....GOLONGAN TERPELAJAR BOLEH DITIPU...BIASANYA ORANG CEPAT KAYA...DAN INGIN KEMEWAHAN SEGARA....

Ditipu Pak Arab bulat-bulat

Kondominium mewah di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur tempat jutawan Arab itu menjalankan operasi 'bisnes'nya.


KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia.
Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata.
Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut.
Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu.
Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan.
Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari.
“Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,’’ ceritanya kepada Kosmo! semalam.


Awang Hitam takut dicekup patah kaki


Gelagat warga Afrika yang ditahan dalam pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Mantin kelmarin.


MANTIN - Cubaan seorang lelaki Afrika untuk melepaskan diri daripada dicekup pihak berkuasa berakhir dengan kaki kanannya patah selepas pemuda itu nekad terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri di sini kelmarin.
Lelaki berusia 20-an itu kemudian ditahan ketika ditemui terbaring di atas tanah sebelum dia berjaya dicekup oleh pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pemeriksaan terhadap lelaki yang patah kaki itu mendapati dia tinggal melebihi masa di negara ini.
Operasi bersepadu itu disertai oleh Jabatan Imigresen negeri, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Rombongan maut tukang cat

BESUT – “Dia berkeras hendak pergi berkelah dengan rakan-rakan walaupun saya sudah melarangnya.
“Tak sangka pula tindakannya yang beriya-iya hendak ikut rombongan itu akan menyebabkan dia maut.”
Rintihan itu diluahkan oleh Mat Yassin Yusof, 55, terhadap anaknya, Muhammad Fakhir, 17, yang ditemui lemas pada pukul 8.45 pagi semalam ketika mandi-manda di Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini kelmarin.
Mayat anak kelapan daripada sembilan beradik yang telah berhenti sekolah sejak dua tahun lalu itu ditemui kira-kira 10 meter dari tempat dia dikatakan hilang.


Aset RM1 juta hangus


KEADAAN pasar raya di Pekan Kerayong, Bera yang musnah dalam kebakaran semalam.


BERA - Sebuah pasar raya di Pekan Kerayong di sini kerugian lebih RM1 juta selepas musnah dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pukul 2.45 pagi itu disedari oleh dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum ternampak asap dan api keluar dari sebuah kedai menjual cakera padat video (VCD) di bangunan itu.
Menurut beliau, anggota polis itu kemudian menghubungi balai bomba dan penyelamat bagi memaklumkan kejadian tersebut.
Seramai 17 anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Triang dan Temerloh tiba dalam tempoh 10 minit ke lokasi kejadian selepas dihubungi.
"Antara kedai yang musnah dalam kebakaran di pasar raya itu ialah kedai Borong Sakan yang menjual pakaian, kedai makan dan kedai menjual VCD dan gelanggang futsal," kata beliau semasa dihubungi di sini semalam.


Bawa 18 ketul ganja naik bas


AHMAD (tengah) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas daripada seorang wanita Thailand pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Tindakan seorang wanita Thailand yang cuba menyeludup 18 ketulan mampat ganja bernilai RM43,200 menggunakan laluan darat tidak berhasil apabila hasrat jahatnya itu dipatahkan polis dalam serbuan di Terminal Bas Shahab Perdana di sini Jumaat lalu.
Wanita berusia 29 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.15 malam bersama dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam dua beg pakaian yang dibawanya sebelum menaiki bas ke ibu negara.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan polis sebaik mendapat maklumat awam.
“Pemeriksaan menemui 18 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 17.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM43,200,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Abd. Razak Md. Zin.



Turap segera jalan elak kemalangan


CHING SING (enam dari kanan) bersama penduduk menunjukkan keadaan jalan yang berlubang di Taman Kemboja, Ampang Jaya baru-baru ini.


AMPANG JAYA – Bimbang dengan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal meningkat ekoran jalan berlubang, penduduk di Taman Kemboja di sini meminta pihak berkuasa agar menyelesaikan masalah itu segera.
Jalan di taman perumahan tersebut berlubang lebih daripada setengah tahun lalu.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kemboja, Wong Ching Sing (gambar), jalan yang berlubang itu telah mengundang banyak masalah kepada penduduk setempat terutamanya kepada penunggang motosikal serta kanak-kanak yang berbasikal.
“Banyak kes kemalangan yang melibatkan golongan tersebut dilaporkan ekoran masalah jalan berlubang yang belum diatasi.
“Jadi, kami amat berharap agar pihak berkenaan menurap segera jalan berkenaan demi kebaikan semua pihak,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.


Serdang Perdana kampung Arab

SERDANG – Kanan Arab, kiri pun Arab. Itu senario yang dapat dilihat sekiranya seseorang itu datang ke kawasan sekitar Plaza South City berhampiran Persiaran Serdang Perdana di sini kerana ia seolah-olah sudah dimonopoli oleh warga asing sejak beberapa tahun dahulu.
Bukan sahaja penempatan seperti kondominium sahaja dikuasai oleh mereka namun banyak lagi premis perniagaan termasuk restoran dan beberapa premis lain turut dikuasai warga asing dari Asia Barat itu.
Rata-ratanya mereka merupakan warga Iran dan kebanyakannya merupakan pelajar di kolej-kolej swasta di sekitar kawasan tersebut selain usahawan yang membuka perniagaan restoran makanan Arab.
Tinjauan semalam mendapati, suasanan sepanjang jalan yang sama tidak ubah macam kota Baghdad tetapi ia diterima baik oleh penduduk tempatan.


Pemandu cekap letak kereta di ruang sempit


SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.
Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.
Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.
Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment