Sunday, November 25, 2012

GUNA PAKAILAH HUKUM ALLAH...MACAM KITA NI LEBIH BIJAK DARI ALLAH

'Ini cara kami cegah gejala maksiat'

MOHD. Fahmi bersama Nur Fazira mengenakan pakaian pengantin serba putih pada kenduri perkahwinan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai semalam.


PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.
Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.
Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.
"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.

Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

PADANG RENGAS - Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori, tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Dewab Rakyat akan datang.
"Saya telah minta Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya, kita hendak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun," katanya selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan" anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini semalam.
Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh menggunapakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Pai rock melon terbesar di MAHA 2012


NOH (tiga dari kiri) menunjukkan pengiktirafan pai rock melon yang terbesar di Malaysia selepas melancarkannya sempena MAHA 2012 di Serdang semalam.


SERDANG - Setiap pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) dijanjikan pengalaman baharu dengan pelbagai acara dan produk pertanian menarik serta inovatif.
Semalam, pengunjung berpeluang menikmati pai rock melon terbesar di Malaysia hasil air tangan 20 pelajar dan tenaga pengajar Pusat Giat Mara Klang dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.
Sebanyak 50 biji rock melon digunakan untuk menghasilkan pai seberat 186.4 kilogram yang mempunyai diameter sepanjang dua meter dan tebal 10 sentimeter.
Pai tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records dan dijual RM5 sepotong.

Pengantin runsing pelamin digenangi air


SITI NURLAILA (kanan) bersama ibunya melihat pelamin yang digenangi air di rumah mereka di Tampok Laut, Benut, Pontian semalam.


PONTIAN - Persiapan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Tampok Laut, Benut di sini mungkin tidak dapat diteruskan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat awal pagi semalam.
Lebih menyedihkan, pelamin yang telah siap di pasang di luar rumah hampir roboh dan digenangi air dalam banjir yang turut menjejaskan enam buah rumah lain di kawasan itu.
Bakal pengantin, Siti Nurlaila Abd. Samad , 22, masih menaruh harapan majlis perkahwinannya hari ini akan berjalan lancar.
"Saya harap banjir akan cepat surut dan hujan tidak turun lagi malam ini (semalam), kalau tidak, saya bimbang majlis tidak dapat diteruskan," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Siti Nurlaila dan sekeluarga belum terlintas untuk memindahkan majlis persandingan ke lokasi lain.

Tunjuk perasaan desak Yingluck letak jawatan


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan bertempur dengan polis dalam tunjuk perasaan anti-Yingluck di Bangkok semalam.


BANGKOK - Kira-kira 130 penunjuk perasaan ditangkap di sini semalam dalam tunjuk perasaan ganas yang mendesak Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan kerana pentadbirannya didakwa mengamalkan rasuah.
Jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Utayo berkata, sebahagian penunjuk perasaan membawa pisau dan peluru.
Beberapa anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang hanya berjumlah ratusan orang.
Kumpulan tunjuk perasaan itu diketuai oleh bekas jeneral, Boonlert Kaewprasit yang menuduh pentadbiran Yingluck tidak mempedulikan perbuatan menghina institusi beraja dan menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.
Thaksin digulingkan tentera pada 2006 selepas berlaku dakwaan pentadbirannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Agensi

Lelaki bogel duduk di atas patung manusia


SEORANG lelaki yang berbogel (dalam bulatan) duduk di atas patung manusia di London kelmarin.


LONDON - Seorang lelaki bogel ditangkap selepas dia duduk di atas patung manusia dekat pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini kelmarin.
Polis menutup kawasan di sekitar patung itu dan memujuknya untuk turun dari patung tersebut.
Menurut polis, dia kemudian berjaya dipujuk dan ditahan menerusi Akta Kesihatan Mental. - AFP

No comments:

Post a Comment