Monday, July 5, 2010

SAPE MEMPERGUNAKAN SAPE...LELAKI ATAU WANITA ITU SENDIRI...HINGGA MENGANGGAP DEDAH TUBUH SATU KESENIAN....

HIBURAN

Mugdha berbikini seksi


MUGDHA GODSE


LATAR belakang sebagai seorang model bukan satu masalah besar buat aktres baru Mugdha Godse untuk muncul hanya dengan berbikini di layar perak.
Dia juga sebelum ini telah melakonkan adegan panas dalam sebuah filem seram bersama aktor Bobby Deol.
Menerusi filem terbarunya yang berjudul Help, dia bakal muncul dengan bikini seksi berwarna putih dan bahagian pinggang ke bawah hanya dilitupi sehelai kain yang cukup nipis.
"Saya tidak kisah pakai bikini kerana itu kehendak skrip. Tetapi saya bekerja keras untuk memastikan tubuh saya mempunyai bentuk yang menarik.
"Apa yang susahnya buat saya adalah saya perlu tampil dengan dua imej yang berbeza dalam filem ini. Ada waktunya saya perlu menjadi seorang yang seksi dan glamor dan ada waktunya saya perlu menjadi orang biasa sahaja," katanya tentang filem yang diarah oleh Rajeev Virani itu.
Tambahnya tentang filem yang akan berada di pawagam pada 13 Ogos tersebut: "Saya tidak sabar untuk melihat reaksi penonton dan berharap mereka menyukai lakonan saya tidak hanya penampilan saya yang berbikini."

Sunday, July 4, 2010

KERJAYANYA PUN DAH FITNAH...DAN BYK BERLAKU PELANGGARAN HUKUM

DUNIA


Bukti kes Luna Maya kian kukuh




JAKARTA - Bukti bahawa pengacara televisyen terkenal, Luna Maya (gambar) terlibat dalam video seks dengan kekasihnya, Ariel Peterpan semakin kukuh, lapor sebuah akhbar semalam.
Dakwaan itu dibuat oleh seorang penyelidik dari sebuah pejabat polis di sini yang menyatakan bahawa Luna Maya masih mempunyai tatu di pinggul kirinya sama seperti yang terdapat pada seorang wanita mirip dirinya dalam video berkenaan.
menurut penyelidik itu, tatu itu bukan seperti lukisan kupu-kupu tetapi ia merupakan ikan lumba-lumba.
Setakat ini, Ariel masih ditahan polis sebagai suspek pengedaran video lucah yang menunjukkan seorang lelaki miripnya bersama seorang wanita seperti Luna Maya.
Namun, Luna Maya dan Ariel menafikan mereka sebagai wanita dan lelaki dalam video tersebut. - Agensi

DUNIA KAH NI...

DUNIA


Kelab wanita langgan pelacur lelaki



GAMBAR yang disiarkan akhbar Bangkok Post semalam menunjukkan Surawong Road yang menempatkan sebuah kelab untuk wanita melanggan teman sosial lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks di Bangkok.



BANGKOK - Terdapat lebih sepuluh buah kelab di sekitar Bangkok yang menawarkan perkhidmatan melanggan pelacur lelaki untuk wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut akhbar itu, ramai orang tidak mengetahui bahawa terdapat perkhidmatan khas untuk wanita melanggan teman sosial lelaki di sejumlah kecil kelab malam di sini.
Kelab-kelab itu menyediakan teman sosial lelaki yang tampan, berpendidikan dan berpakaian kemas untuk golongan tersebut.
Akhbar Bangkok Post dalam laporan itu menyatakan, seramai empat penyelidik menyamar sebagai pelanggan untuk meneroka kehidupan pelacur lelaki di empat buah kelab malam.
Kelab-kelab itu mempunyai kawalan keselamatan yang ketat manakala pihak pengurusan menyimpan perasaan curiga terhadap pelanggan-pelanggan baru.
Di kelab-kelab itu, terdapat dasar tidak membenarkan gambar dirakamkan sehingga ada ketikanya situasi tegang berlaku kerana pengawal-pengawal keselamatan cuba untuk menghalang pelanggan merakamkan gambar.
Penyelidik-penyelidik itu juga dipujuk oleh pelayan dan kakitangan keselamatan supaya terus memesan minuman yang mahal ketika mendapati mereka cuba meninggalkan kelab berkenaan.
Beberapa wanita yang menjadi pelanggan menyatakan mereka seronok dan berasa gembira kerana diberikan perhatian oleh lelaki-lelaki muda.
Wanita-wanita itu tidak kisah jika suami mereka mempunyai wanita simpanan dan tidak sepatutnya berasa bersalah atau malu.
Beberapa pengurus menyatakan pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada wanita Thai yang kaya termasuk seorang penyanyi terkenal selain wanita asing dengan majoritinya dari Jepun.
Namun, terdapat sebuah kelab yang juga menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan lelaki selain wanita yang terletak di sebatang jalan di tepi Surawong Road dekat Patpong.
Di kelab itu, seramai 40 orang lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks dan mereka menari serta melakukan persembahan erotik.
Kelab itu mempunyai 30 buah meja dengan pentas terletak di bahagian tengah manakala lampu disuramkan semasa persembahan seks dan bunyi muzik yang kuat.
Kakitangan-kakitangan kelab itu termasuk pelayan mengamalkan kaedah mendesak apabila duduk bersama pelanggan supaya mereka boleh menempah minuman.
Satu minuman alkohol ditawarkan pada harga 300 baht (RM29.88) dan 240 baht (RM23.91) untuk satu minuman ringan.
Kelab itu popular di kalangan wanita Asia dan Thailand terutamanya Jepun yang merupakan tetamu paling kerap.
Kebanyakan pelanggan yang ditemui menyatakan mereka telah berkahwin.
Wanita-wanita itu menyatakan bosan dengan suami masing-masing yang selalu keletihan dan mengabaikan mereka.
Pelacur lelaki yang ditawarkan untuk pelanggan wanita itu berumur dari 16 tahun sehingga lewat 30-an dengan ramai berasal dari timur laut Thailand.
Ramai pelacur itu mempunyai tatu dan sebahagian kecil sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Pelacur-pelacur lelaki itu kerap mendedahkan kemaluan mereka dengan sebahagian mereka memakai kondom semasa di atas pentas atau semasa mendekati pelanggan wanita di meja.
Sejurus selepas memasuki kelab, empat penyelidik yang menyamar itu didekati oleh seorang pengurus lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Kai.
Dia cuba untuk memperkenalkan pasukan penyelidik itu kepada beberapa lelaki yang datang ke meja mereka dengan mendedahkan alat sulit masing-masing.
Penyelidik-penyelidik itu cuba mengelak untuk melanggan lelaki tersebut dengan menyatakan mereka sedang mencari seorang lelaki untuk rakan warga asing yang malu dan tidak mahu datang ke kelab berkenaan.
"Jika dia malu dan tidak mahu datang ke sini, dia boleh menelefon saya dan saya akan memberikan gambaran mengenai lelaki tersebut seperi umur, warna kulit," kata Mr. Kai.
"Dia (pelacur lelaki) itu boleh menemui wanita itu di mana-mana lokasi yang dia suka," tambahnya.
Menurut pengurus itu, wanita-wanita Eropah suka keluar dengan lelaki yang berkulit gelap.
Lelaki-lelaki berkulit gelap itu mempunyai bilangan yang kecil di kelab berkenaan manakala wanita Asia suka lelaki berkulit cerah, katanya.
Pengurus itu memberi kad bisnesnya dengan nombor telefon bimbitnya.
"Selepas Mr. Kai meninggalkan kami, sejumlah lelaki yang pada mulanya menggayakan tubuh mereka di atas pentas dan bermain mata dengan kami, mula datang ke meja kami seorang demi seorang dengan cuba untuk mendapatkan perhatian kami dengan mereka cuma memakai kondom," kata seorang daripada empat penyelidik itu.
"Ramai daripada mereka berkata: "Adakah anda mahukan saya? Saya suka untuk keluar dengan awak. Saya boleh melakukan apa sahaja untuk awak. Lelaki-lelaki itu cuba untuk menarik tangan kami. Saya memberikan mereka 100 baht (RM9.96) setiap seorang supaya mereka beredar," kata seorang penyelidik itu.
Menurut akhbar itu, untuk membawa keluar seorang pelacur lelaki di kelab tersebut, yuran bar sebanyak 400 baht (RM39.85) perlu dibayar dan 1,500 baht (RM149.44) lagi untuk seks bagi tempoh yang singkat.
Penyelidik-penyelidik itu kemudian pergi ke sebuah kelab lain dan terdapat 60 lelaki berumur antara 22 tahun dan 30 tahun bekerja di situ. Pelacur-pelacur lelaki itu kelihatan lebih tampan dan lebih bersopan daripada kelab yang pertama.
Di kelab itu, pelacur-pelacur lelaki itu memakai seluar ketat umpama seluar dalam semasa menari atau melakukan persembahan di atas pentas.
Pengurus kelab itu yang hanya dikenali sebagai Mr. Moo berkata, kelab berkenaan dimiliki oleh seorang pegawai kerajaan.
Katanya, isteri pegawai kerajaan itu mengendalikan kelab tersebut.
Dia mendakwa kelab itu sebagai yang terbaik di Bangkok dengan beberapa selebriti, model, aktres dan penyanyi datang untuk melanggan lelaki.
"Kami juga mempunyai pelanggan wanita dari beberapa negara Asia seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan dan dari beberapa buah negara Eropah. Wanita warga asing datang ke sini dalam jumlah yang besar berbanding wanita Thai," katanya.
Hiasan dalaman kelab itu lebih menarik berbanding kelab yang pertama dikunjungi manakala pelayan-pelayannya tidak bersifat pendesak. Ramai lelaki yang bekerja di kelab itu dikatakan pelajar dan penganggur.
Yuran bar ialah 400 baht (RM39.85) dan lelaki-lelaki yang bekerja di kelab tersebut pada kebiasaannya meminta 2,000 baht (RM199.25).
Menurut cerita beberapa lelaki, sebahagian rakan pekerja mereka dibelikan pakaian, diberikan wang dan rumah sewa dibayar oleh wanita yang menjadi pelanggan mereka.
Pengurus kelab itu mengetahui susuk tubuh setiap pelacur lelaki termasuk ukuran panjang kemaluan mereka.
Salah sebuah kelab yang paling popular ialah yang terletak di tingkat 18 di sebuah pejabat di Asoke Road,
Kelab itu tidak mempunyai nama dan ia tidak diiklankan.
Tidak ada persembahan seks tetapi terdapat tarian pelacur lelaki.
Teman-teman sosial lelaki di kelab ketiga ini tampan dan mereka memakai sut serta tali leher.
Kelab itu penuh dengan pelanggan selepas pukul 2 pagi terutamanya pada hujung minggu dan ia ditutup pada pukul 5 pagi.
Hiasan dalaman kelab itu kelihatan mewah.
Seorang penyelidik berkata, ramai pelanggan berumur antara 20 tahun dan 30 tahun tetapi kadang-kala ada yang berumur hampir 50 tahun. "Kami melihat beberapa wanita cantik dan muda dihiburkan oleh beberapa lelaki. Wanita-wanita berpendapatan tinggi sahaja yang pergi ke kelab ini kerana ia amat mahal," kata seorang penyelidik.
"Kelab itu telah dibuka selama empat tahaun dan dikenali di kalangan ramai wanita terkenal dan kaya," tambahnya.
"Hos-hos kelab itu melayan pelanggan dengan tarian, bermain permainan dan berbual.
"Tidak ada sentuhan tetapi bercium dibenarkan," katanya.
Menurut penyelidik itu, ramai pelanggan tiba selepas pukul 2 pagi.
Katanya, terdapat wanita Thailand dan sebahagiannya dari Jepun, Korea dan Singapura.
Menurutnya, semua wanita kelihatan menarik dan berpakaian kemas.
"Lelaki-lelaki yang duduk bersama kami tidak menawarkan seks secara terbuka. Namun, jika anda mahu mengambil seorang lelaki untuk apa sahaja tujuan, yuran bar ialah 1,500 baht (RM149.44). Untuk tujuan seks, wanita-wanita itu perlu membincangkan harga dengan lelaki tersebut," kata seorang penyelidik.
Kelab terakhir yang dikunjungi oleh empat penyelidik itu terletak di Ratchadaphisek Road yang dibuka sehingga awal pagi.
"Pelanggan-pelanggan kelab itu termasuk pelacur kelas tinggi, model, aktres serta penghibur wanita yang menjadi teman lelaki sambilan," kata seorang lelaki, Mr. Suporn yang menyatakan dia ialah pengurus perhubungan awam kelab berkenaan.
Seorang wanita yang menjadi pelanggan kelab itu berkata: "Suami saya mempunyai seorang 'isteri simpanan' jadi, kenapakah saya tidak boleh memiliki seorang suami simpanan?" Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Miss Pu yang berumur 38 tahun dan seorang ahli perniagaan berkata, dia mengetahui mengenai kelab yang menawarkan pelacur lelaki daripada seorang rakan.
Menurutnya, sebelum ini dia pernah mendengar terdapat sebuah kelab di Jepun yang menawarkan lelaki kacak untuk menghiburkan wanita.
Menurutnya, terdapat ramai lelaki kacak, peramah dan menghiburkan di kelab tersebut.
"Saya berasa seperti istimewa berada dengan mereka kerana teman-teman sosial lelaki itu memberi banyak perhatian kepada saya dan mereka lebih baik daripada kekasih lelaki saya sebelum ini termasuk yang saya miliki sekarang ini," katanya.
Thailand memang terkenal dengan kehidupan malamnya tetapi baru-baru ini industri pelancongannya terjejas disebabkan oleh tunjuk perasaan antikerajaan pada April dan Mei lalu.
Imej negara itu sebagai 'Tanah Senyuman" terjejas selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menduduki daerah beli-belah dan hotel di tengah Bangkok pada April dan Mei lepas dengan menyebabkan 90 orang terbunuh manakala 1,885 lagi cedera. - Agensi

LAH NI BUAT MAKSIAT@CURANG TAK MEMILIH BINI ATAU LAKI...RUGILAH SYAITAN NAK SESATKAN MANUSIA PILIH2....ULAMAK PUN BOLEH DIGODA@ULAMAK ROSAK(SUQ)

NEGARA


Suami tangkap isteri curang



DUA anggota JAIP menahan seorang wanita yang didapati berdua-duaan dengan pasangannya di Kuantan semalam.



KUANTAN - Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.
Ternyata, perangkap yang dipasang lelaki dikenali sebagai Muhammad, 30-an mengena apabila mendapati isterinya itu sedang bercumbu mesra dengan lelaki seusia dengannya pada pukul 3 petang di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini.
Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu mula berubah sikap sejak sebulan lalu hingga mendorong suaminya melakukan intipan selepas tidak tahan dengan cakap-cakap orang mengenai kecurangan yang dilakukan isterinya.




Isteri pun pasang dua

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

2010/07/05

KUANTAN: Malang bagi seorang suami beristeri dua apabila isteri keduanya membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali dia berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab berpoligami.
KHALWAT...isteri orang dan kekasihnya yang dicekup di rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan, semalam.
KHALWAT...isteri orang dan kekasihnya yang dicekup di rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan, semalam.
Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada sebelah siang.

Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, wanita terbabit ditahan bersama pasangannya dipercayai berusia 30-an, bekerja sebagai pencuci kereta di bandar ini kerana disyaki berkhalwat.

Ketika ditahan, suami wanita terbabit kebetulan berada di tempat kejadian dan sama sekali tidak menyangka isteri keduanya dicekup Jaip dalam serbuan itu.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, dia dapat menghidu kecurangan isteri keduanya selepas hubungan mereka dingin kira-kira sebulan lalu.

Katanya, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan mak andam yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu atas dasar cinta tidak menyangka dikhianati dengan cara demikian.

“Hancur luluh hati saya mengenangkan kecurangannya sedangkan selama ini saya yang banyak menaikkan perniagaannya sehingga berjaya. Saya begitu kecewa dengan apa dilakukannya,” katanya

Mohamad berkata, dia menerima maklumat isteri keduanya itu sering membawa kekasih gelap ke rumah mereka ketika dia berada di rumah isteri pertama.

“Semua perbuatan isteri terbongkar selepas dia ditahan Jaip petang semalam (kelmarin).

“Baru kini saya tahu mengapa hubungan kami selama ini begitu dingin sehinggakan dia seolah membenci saya setiap kali tiba giliran saya pulang ke rumah untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya itu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menghukum perbuatan isterinya.

“Apa yang tinggal kini hanya kenangan bersamanya selama lebih 10 tahun mengenali sebelum kami mengambil keputusan bernikah lima tahun lalu.
“Hati saya hancur dan sudah tawar untuk menerimanya selepas mengetahui kecurangannya. Saya rasa dikhianati,” katanya sebak.

Harian Metro difahamkan pasangan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaip bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), pasangan disyaki berkhalwat boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BUATLAH APA2 UNDANG2 UNTUK MENGAWAL ISLAM...INGAT! SALAH TINDAKTANDUK ..NERAKALAH TEMPATNYA

NEGARA


Ejen nikah boleh didakwa bersubahat



JIKA pasangan yang berkahwin tanpa izin di luar negara didakwa, turut sama diheret ke mahkamah ialah ejen nikah atas kesalahan bersubahat. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Tindakan ejen termasuk pengendali laman web tertentu yang memberi perkhidmatan kepada pasangan untuk bernikah di luar negara tanpa kebenaran boleh dianggap bersubahat dan didakwa.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, ada beberapa kes pasangan yang bernikah di luar negara tanpa kebenaran didakwa bersama pihak lain seperti saksi atas kesalahan bersubahat.
"Jadi perbuatan ejen-ejen ini termasuk yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman web juga bersubahat dan boleh didakwa di bawah Enakmen Keluarga Islam Negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Di bawah Enakmen Keluarga Islam Negeri, mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



LAH NI TAK TAHU..NAK CAKAP...
ORANG NAK LARI DARI ZINA...NIKAH..
SILAP2 DIDAKWA....
MENGAJAR AGAMA TAK DE TAULIAH JUGA...BOLEH DIDAKWA...DLL
KENAPA TAK DIMUDAHKAN...BAGI MENGELAK ZINA ANAK LUAR NIKAH...

BERI TAULIAH YANG LAYAK...AGAR KEMUNGKARAN DAN KEJAHILAN DAPAT DIBENDUNG..

YANG BUAT MUNGKAR BERCAMPUR GAUL..TENGOK WAYANG DENGAN BUKAN MUHRAM...DRAMA2 BERCAMPUR GAUL...DEDAH AURAT DLL MUNGKAR TIDAK DIDAKWA....

FIKIRKANLAH...JANGAN MENYESAL DI AKHIRAT ALLAH PULA YG DAKWA...

GUBAL LAGI...HABIS BILA NAK PAKAI HUKUM ALLAH@QURAN....TAK TAKUT ALLAH KE...MATI KITA TETAP MATI

Wanita UMNO cadang gubal undang-undang kesalahan sosial

BESUT - Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyarankan agar kerajaan menggubal undang-undang kesalahan sosial berikutan peningkatan kes gejala sosial berlaku di kalangan remaja.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, dengan itu setiap kes dapat diadili mahkamah khas dan hukuman dapat dijatuhkan kepada pesalah dalam bentuk hukuman sosial.

Beliau berkata, undang-undang baru perlu digubal bagi mengawal keadaan itu yang dibimbangi akan menjadi satu budaya yang tidak boleh dikawal pada satu masa nanti.

“Kegiatan seperti lepak, berpakaian tidak senonoh, mengadakan hubungan jenis di kalangan belia dan merempit semakin berleluasa, perlu dicari jalan penyelesaiannya sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut di sini, semalam.

Menurut beliau, pergerakan itu berpendapat kes kesalahan sosial yang dilakukan di kalangan belia sekarang boleh membawa banyak implikasi kepada keluarga dan negara sendiri dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja.

Sehubungan itu, katanya, laporan yang menyatakan terdapat 275,000 anak luar nikah yang lahir antara tahun 2000 dan 2008 juga amat merungsingkan dan perlu diambil perhatian semua pihak.

“Bayangkanlah apa akan terjadi apabila kanak-kanak yang tidak berbapa ini tidak dibenarkan memulakan persekolahan. Sudah pasti mereka akan terbiar dan terjebak dengan gejala tidak sihat pula,” katanya lagi.

Beliau berharap ibu bapa memberi perhatian serius mengenai perkara itu bagi memastikan bukan saja keluarga yang sihat dapat dilahirkan malah membantu negara melahirkan rakyat yang sihat dan bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, Kamilia juga menyarankan setiap cawangan UMNO membuka pejabat masing-masing agar pentadbiran UMNO akan lebih teratur malah ia boleh memperkasakan parti itu


YANG NI CAMNE



NEGARA


Guru rogol murid ditahan polis

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.
Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.
Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.
Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.
Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

GURU OH GURU

Guru rogol pelajar


AMPANG – Harapkan pagar, pagar makan padi, itulah peribahasa yang sesuai bagi seorang guru yang merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Bagaimana lelaki yang juga teman lelaki pelajar itu ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam laporan polis yang diterima, pelajar perempuan tingkatan empat itu pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lalu.

“Kejadian kedua dilaporkan berlaku pada 18 Jun lalu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“Mangsa sudah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu dan pihak polis mengenal pasti dan menahan suspek semalam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Bagaimanapun, seorang guru mengajar mata pelajaran sejarah, di sebuah sekolah di kawasan Gombak itu bukan sekadar bercinta malah tidak dapat menahan nafsunya.

Pada permulaan, mangsa dikatakan cuba menyembunyikan kejadian daripada pengetahuan umum, tetapi sudah disedari ibu bapa mangsa selepas dirogol kali kedua.