Sunday, July 4, 2010

GUBAL LAGI...HABIS BILA NAK PAKAI HUKUM ALLAH@QURAN....TAK TAKUT ALLAH KE...MATI KITA TETAP MATI

Wanita UMNO cadang gubal undang-undang kesalahan sosial

BESUT - Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyarankan agar kerajaan menggubal undang-undang kesalahan sosial berikutan peningkatan kes gejala sosial berlaku di kalangan remaja.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, dengan itu setiap kes dapat diadili mahkamah khas dan hukuman dapat dijatuhkan kepada pesalah dalam bentuk hukuman sosial.

Beliau berkata, undang-undang baru perlu digubal bagi mengawal keadaan itu yang dibimbangi akan menjadi satu budaya yang tidak boleh dikawal pada satu masa nanti.

“Kegiatan seperti lepak, berpakaian tidak senonoh, mengadakan hubungan jenis di kalangan belia dan merempit semakin berleluasa, perlu dicari jalan penyelesaiannya sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut di sini, semalam.

Menurut beliau, pergerakan itu berpendapat kes kesalahan sosial yang dilakukan di kalangan belia sekarang boleh membawa banyak implikasi kepada keluarga dan negara sendiri dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja.

Sehubungan itu, katanya, laporan yang menyatakan terdapat 275,000 anak luar nikah yang lahir antara tahun 2000 dan 2008 juga amat merungsingkan dan perlu diambil perhatian semua pihak.

“Bayangkanlah apa akan terjadi apabila kanak-kanak yang tidak berbapa ini tidak dibenarkan memulakan persekolahan. Sudah pasti mereka akan terbiar dan terjebak dengan gejala tidak sihat pula,” katanya lagi.

Beliau berharap ibu bapa memberi perhatian serius mengenai perkara itu bagi memastikan bukan saja keluarga yang sihat dapat dilahirkan malah membantu negara melahirkan rakyat yang sihat dan bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, Kamilia juga menyarankan setiap cawangan UMNO membuka pejabat masing-masing agar pentadbiran UMNO akan lebih teratur malah ia boleh memperkasakan parti itu


YANG NI CAMNE



NEGARA


Guru rogol murid ditahan polis

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.
Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.
Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.
Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.
Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

No comments:

Post a Comment