Thursday, July 8, 2010

JANJI UNTUNG...KITA PULAK JANJI SENANG

Amalan jijik terbongkar

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/07/09

KUALA LUMPUR: Penemuan tulang kucing dan anjing berselerakan dalam kawasan sebuah kilang memproses kerisik kelapa membongkar amalan jijik pekerjanya yang gemar membunuh sebelum memakan haiwan berkenaan serta beberapa hidupan liar lain yang berkeliaran di sekitar tempat memproses bahan masakan itu.

Kegiatan itu dikesan apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membuat pemeriksaan di kilang berkenaan yang terletak di kawasan hutan tersorok di Butterworth, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Serbuan itu diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah selepas mendapat maklumat berhubung penggunaan logo halal pada bungkusan produk keluaran kilang berkenaan yang meragukan.

Sumber Jakim berkata, penguat kuasa Jakim dan JHEAIPP yang melakukan pemeriksaan mendapati kilang berkenaan dalam keadaan amat kotor dan berbau busuk dengan lalat berterbangan serta menghurung kelapa yang sudah dipecahkan lalu dimasukkan ke dalam deretan bakul plastik.

“Keadaan itu amat menjijikkan dan dibimbangi boleh membawa wabak penyakit berikutan kelapa yang ingin diproses tidak dicuci sebelum dimesin. Keadaan lebih menjijikkan apabila air sisa kumbahan kilang dibiarkan bertakung di parit bersebelahan sehingga mengeluarkan bau hanyir.

“Apapun, penemuan paling mengejutkan ialah tulang haiwan dipercayai kucing dan anjing, selain cebisan ekor haiwan itu berhampiran kawasan pemprosesan yang dijadikan dapur memasak pekerja warga asing berkenaan.

“Hasil soal siasat, pekerja asing terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an mengaku membunuh dan memakan haiwan, termasuk anjing, kucing, tupai dan pelbagai haiwan berjaya dijerat sebagai menu harian kerana ia bukan perkara aneh di negara asal mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment