Saturday, July 10, 2010

NI KESAN BUAT BENDA YANG DILARANG AGAMA...NAK KAHWIN BUAT CARA NAK KAHWIN..IKUT PERATURAN AGAMA

Sayang jadi berang

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail

2010/07/10

SEGAMAT: Perkataan “Iye ke!!! Awak Sayang Saya” yang tertera pada baju dipakai seorang wanita sepatutnya menjadi ayat romantis bagi mencairkan hati teman lelaki, namun keadaan menjadi sebaliknya apabila dia nyaris terkorban selepas kekasihnya cuba membakar baju dipakainya.
BAHANA CINTA GELAP...Abdul Majid   menunjukkan baju tertera 
ayat-ayat cinta yang nyaris menyebabkan seorang wanita dibakar 
hidup-hidup.
BAHANA CINTA GELAP...Abdul Majid menunjukkan baju tertera ayat-ayat cinta yang nyaris menyebabkan seorang wanita dibakar hidup-hidup.
Teman lelaki wanita itu yang sudah berkahwin gagal mengawal perasaan dalam satu pertengkaran selepas makan malam sebelum mencurahkan petrol ke badan mangsa yang berusia 24 tahun. Dia dikatakan hampir menyalakan pemetik api sebelum mangsa melarikan diri.

Dalam kejadian di Bandar Baru Segamat di sini, kira-kira jam 1.20 pagi Rabu lalu, lelaki itu hampir membakar kekasihnya hidup-hidup selepas bertengkar mengenai hubungan gelap yang dikhuatiri diketahui isterinya.

Difahamkan, mangsa, seorang kerani berkenalan dengan lelaki terbabit sejak beberapa bulan lalu, namun memutuskan hubungan kerana mengetahui buah hatinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Terdahulu, suspek mengatur temu janji makan malam bagi menyelesaikan perkara terbabit.

Pada pertemuan di sebuah kedai di sini, mangsa nekad memutuskan hubungan, tetapi lelaki itu cuba memujuk wanita terbabit

Suspek yang juga berusia 24 tahun dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan pada mulanya akur dengan keputusan wanita terbabit selepas mangsa mengugut mahu memberitahu mengenai hubungan mereka berdua kepada isterinya.

Sebaik selesai makan malam, suspek mahu menghantar mangsa pulang ke rumah, namun berlaku perang mulut antara mereka

Difahamkan, pertengkaran itu antaranya membabitkan baju dipakai mangsa yang tertera perkataan `Iye ke awak sayang saya’.

Suspek memberhentikan kereta Perodua Kancil dinaikinya di satu tempat terpencil dan mengambil sebotol petrol lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa.

Mangsa melarikan diri dalam keadaan kuyup dibasahi petrol ketika pemetik api dinyalakan suspek terpadam.

Wanita itu ditemui orang awam sebelum dihantar ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu seterusnya dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, sepasukan anggota polis dihantar bagi mengesan suspek sebelum menahannya kira-kira lima minit selepas kejadian dilaporkan.

“Polis merampas botol yang dipercayai digunakan suspek untuk mengisi petrol di belakang tempat duduk kenderaan dinaikinya. Pemetik api yang digunakan dalam cubaan membakar mangsa juga ditemui,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment