Tuesday, July 6, 2010

TAK BERSALAH...HUKUM ALLAH TETAP DIABAIKAN....

Web lucah makin digemari


2010/07/06

JAKARTA: Penduduk Indonesia kini menjadi pelayar laman web lucah ketiga paling aktif di dunia, dipercayai kesan tersebarnya rakaman klip video lucah Ariel Peterpan dan pasangannya.
Pegawai kerajaan berkata Indonesia semakin terkenal berbanding sebelum isu video berkenaan timbul. - Agensi



Ariel, Luna lebih mesra



2010/07/06

JAKARTA: Walaupun berpisah selama dua minggu kerana Ariel ditahan polis, hubungannya dengan kekasihnya, Luna Maya, dilaporkan semakin akrab.
Ia dapat dilihat ketika personaliti televisyen itu meluangkan masa berjam-jam melawat Ariel, 28, di Ibu Pejabat Polis Indonesia di Jakarta 28 Jun lalu.
Sumber berkata, tujuan asal Luna Maya, 26, ke situ adalah untuk menjalani pemeriksaan polis tetapi dia menggunakan masa yang ada untuk meninjau keadaan kekasihnya.

Peguam Ariel dan Luna Maya, Alfrian Bondjol, berkata tiada yang aneh melihat bagaimana kedua-dua artis itu menghadapi isu skandal seks mereka.

“Memang tiada yang menghairankan kerana mereka berpacaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika berada di situ, Ariel dibenarkan keluar seketika dari sel tahanan dan bertemu Luna Maya di tempat khas dalam bangunan berkenaan.

Kemesraan itu juga sempat disaksikan orang ramai sehinggakan gambar mereka segera dirakam dan dimuat naik di Internet.

Sementara itu, Ariel berhajat mengetahui siapa dalang utama menyebarkan rakaman klip aksi ranjangnya ke Internet.

Ketika lapan suspek ditahan, Ariel berkata, dia berharap tiada lagi penganiayaan terhadapnya.

Kata Alfrian, dengan tertangkapnya suspek itu, mereka berharap dalang sebenar dikenakan tindakan dan orang ramai tidak lagi menyalahkan Ariel. “Ariel kini banyak termenung dalam tahanan polis,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment