Saturday, July 10, 2010

LAWAK2.....ADAKAH DENGAN TAK IKUT HUKUM ALLAH KERANA KERJAYA...CONTOH ..TAK TUTUP AURAT YANG WAJIB TU....TAK MEMENTING DIRI...NAMANYA

Bersama Selebriti: 'Jangan penting diri'


2010/07/11

DIANA menyuap kek ke mulut seorang warga emas ketika  lawatan ke Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang, Terengganu.
DIANA menyuap kek ke mulut seorang warga emas ketika lawatan ke Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang, Terengganu.
Diana kesal ada anak hantar orang tua ke rumah kebajikan

SEJAK akhir-akhir ini, kisah duka membabitkan anak mengabaikan ibu bapa hingga dibiar hidup di rumah kebajikan dipaparkan media. Terbaru, nasib warga tua, Jaafar Ali, 85, yang ‘dibuang’ ahli keluarga ke sebuah rumah jagaan orang tua swasta milik bukan Islam di Pulau Pinang mencetuskan tanda tanya, apa sudah berlaku kepada masyarakat hari ini? Di mana silapnya si anak atau ibu bapa ketika mendidik mereka? Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, RAJA NURFATIMAH MAWAR MOHAMED dengan artis muda, Diana Danielle mengenai trend membimbangkan ini.

Apa reaksi pertama anda apabila membaca kisah sedemikian?


Saya kecil hati membaca berita seorang warga tua dibuang ke rumah jagaan orang tua bukan Islam. Anaknya tidak terfikir agaknya bapanya nak makan apa, halal ke makanan di situ?

Saya tahu rumah orang tua berkenaan mungkin prihatin kerana sanggup menumpangkan seorang warga tua beragama Islam, tetapi kita yang beragama Islam tidak seharusnya bertindak begitu.

Persoalannya, kenapa perlu hantar ke rumah orang tua bukan Islam? Tidak ada rumah orang tua Islam lagi ke sedangkan ahli keluarganya mampu.

Mereka susah sangat ke sampai bertindak sedemikian atau mereka tiada sanak saudara lain yang boleh berbincang? Di mana keprihatinan masyarakat Islam sekelilingnya?
Saya yakin masyarakat kita mungkin lebih prihatin dan ambil berat untuk membantu menyelesaikan masalah keluarga itu. Saya sangat marah, sedih dan tak percaya dengan apa yang berlaku.

Apakah wajar insan yang selama ini menjaga kita, sebaliknya dibiarkan hidup menumpang di rumah kebajikan?

Perkara begini tak boleh berlaku. Saya tidak merelakan perkara ini berlaku dan saya masih ingat ketika pergi ke rumah orang tua di Terengganu, hati saya cukup tersentuh. Mereka kesunyian, jauh sekali mendapat belaian manja dan kasih sayang anak.

Lebih memalukan pekerja rumah orang tua yang menjaga mereka dengan baik, memberi mereka kasih sayang dan bersengkang mata menjaga bila mereka jatuh sakit dan bukan anak mereka.

Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyumbang perpecahan keluarga sedemikian sehingga merenggangkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak?

Selalunya, alasan yang saya dengar ialah masalah kewangan dan masalah tiada masa untuk menjaga orang tua. Masing-masing lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan perasaan orang tua mereka.

Bila anak terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mengatur hari mereka, mungkin mereka rasa susah untuk menjaga ibu bapa, lalu menghantar mereka ke rumah jagaan orang tua.

Tetapi jika kita ingat yang kita juga akan tua suatu hari nanti, mungkin kita akan fikir sepuluh kali untuk menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Fikirkan jika perkara ini berlaku pada kita.

Apakah peranan ibu bapa dan anak bagi mengukuhkan perhubungan itu supaya kemesraan itu berkekalan? Apa nasihat anda kepada mereka?

Perhubungan antara ibu bapa dan anak perlu dimulakan dari kecil. Anak tidak boleh dibiarkan membesar dengan tiada ikatan kekeluargaan. Ibu bapa mesti meluangkan masa dengan anak sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bagaimana pula dengan peranan masyarakat dan kerajaan, seperti sekolah dalam menyuburkan budaya kasih sayang sesama ahli keluarga serta antara yang muda dengan warga tua?

Saya rasa kerajaan perlu mengutamakan kehidupan berkumpulan dan memberi bantuan pada keluarga yang memerlukan wang untuk menjaga ibu bapa mereka. Perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah juga jangan dibuat untuk mengadakan mesyuarat saja. Perjumpaan mesti membabitkan anak dan perayaan antara masyarakat setempat. Bukan kerajaan dan sekolah saja perlu menyemaikan budaya kasih sayang, media massa juga perlu menerapkan unsur begini supaya ibu bapa sedar pentingnya meluangkan masa bersama keluarga bagi mengeratkan kemesraan dan perhubungan. Begitu juga pihak yang terbabit secara langsung dengan masyarakat seperti stesen televisyen, drama mahupun dan filem mesti lebih ke arah rancangan kekeluargaan.

Kita mesti selalu menyebarkan kasih sayang dengan lebih banyak dan menyedarkan masyarakat bertapa pentingnya untuk menjaga perhubungan keluarga.

Anda sendiri, sudah pasti tidak sunyi daripada perselisihan dengan ibu. Siapakah yang sering beralah dan apakah yang sering anda lakukan bagi memperbetulkan keadaan?

Kalau ada benda yang mama atau saya tak setuju, selalunya saya akan melihat dari pandangan mama, dan mama juga akan melihat dari hujah dan luahan hati saya. Kami anak beranak memang jenis yang suka berterus-terang. Jika ada masalah, luahkan. Lepas itu, kami berkompromi dan memeluk antara satu sama lain. Keadaan akan jadi seperti sedia kala.

Seperti yang diketahui, anda dan ibu amat akrab. Bagaimana anda dapat memupuk perhubungan mesra sedemikian?

Saya dengar cakap mama dan mama dengar cakap saya. Kami berbincang dan menghormati keputusan yang sepatutnya dicapai. Kadang kadang, mama biarkan saya berfikir sendiri mana yang baik dan mama sering menyuruh saya ke rumah sanak saudara dan bermalam bersama sepupu supaya persahabatan kekal erat. Kalau mama sakit, saya pasti akan menjaga mama, begitu juga kalau saya sakit, mama pasti tidak tidur malam menjaga D dan adik. Saya juga dengar nasihat kawan baik. Kawan saya adalah kawan mama. Sebulan sekali, saya dan mama akan berkumpul bersama kawan atau sanak saudara yang rapat. Mereka selalu menasihati dan menyayangi saya, jadi saya rasa adalah bertanggungjawab untuk sentiasa menghormati dan memupuk kemesraan kerana saya sudah diajar sejak kecil menghormati ibu, saudara dan kawan-kawan.

Apakah yang sering dilakukan bagi menghargai ibu atau bapa tersayang?

Peluk dan cium mereka tak kira di mana kita berada. Hubungi selalu jika berjauhan walau keluar dengan teman-teman. Keluar bersama pergi makan bersama kawan dan saudara rapat. Jika ada masalah, berterus-teranglah dengan mereka, sebelum bercakap dengan orang lain. Perkara begini akan membuat perhubungan menjadi rapat dan kita sering memerlukan antara satu sama lain.





HANYA SATU SOALAN SAJA

ADAKAH  WAJAR KITA MELANGGAR HUKUM ALLAH...SETELAH KITA DIHIDUPKAN DIDUNIA INI...DAN SETELAH MENERIMA NIKMATNYA YANG TAK TERHITUNG BANYAKNYA...

INGAT KITA PASTI MATI....

No comments:

Post a Comment