Sunday, December 9, 2012

BILA ALLAH MENGHUKUM...KEMANA KITA NAK PERGI...NI LAH SATU DUNIA YANG ADA...TU SEBAB JANGAN BUAT KEROSAKAN DAN KEZALIMAN

Jururawat Kate mati


PUTERA William berdiri di sini isterinya, Catherine ketika mereka keluar dari Hospital King Edward VII di London pada Khamis lalu.



LONDON - Seorang jururawat yang menjadi mangsa panggilan palsu untuk mendapatkan maklumat tentang kehamilan isteri Putera William, Kate Middleton atau Duchess of Cambridge, Catherine, ditemui mati mengejut, menurut kenyataan sebuah hospital kelmarin.
Jacintha Saldanha yang berasal dari India ditemui mati di sebuah apartmen yang menempatkan pekerja-pekerja Hospital King Edward VII di sini awal kelmarin.
Saldanha, 46, bekerja di hospital berkenaan sejak empat tahun lalu.
Punca kematiannya masih belum dikenal pasti dengan polis kini menunggu keputusan bedah siasat tetapi pihak berkuasa menolak sebarang perbuatan khianat.
Beberapa media Britain melaporkan bahawa wanita itu mati kerana membunuh diri tetapi kesahihan laporan tersebut tidak dapat disahkan.
Dalam pada itu, stesen radio Australia yang dikaitkan dengan panggilan palsu tersebut, 2DayFM menyatakan bahawa dua penyampainya, Mel Greig dan Michael Christian tidak akan kembali bekerja sehingga dimaklumkan kelak.
Kedua-dua penyampai radio tersebut memohon maaf berhubung perbuatan mereka pada Rabu lepas.
"Pendek kata, mereka amat terkejut dengan kematian Saldanha," kata Rhys Holleran yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk 2DayFM, Southern Cross Austereo.
Greig dan Christian menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan ayahanda William, Putera Charles dan meminta Saldanha menyambungkan panggilan mereka untuk bercakap dengan seorang jururawat yang memberikan butiran terbaharu tentang keadaan Kate.
Perbuatan dua penyampai radio berkenaan turut membangkitkan kemarahan ramai pengguna internet di Britain dan Australia yang menyifatkan perbuatan mereka sebagai jenaka yang keterlaluan.
"Kelakarkah lagi kamu? Seorang jururawat Britain hilang nyawa untuk jenaka murahan kamu. Kamu patut malu dengan perbuatan kamu!" kata seorang pengguna internet, Kim Wilson.
Berita kematian Saldanha turut menimbulkan perasaan sedih kepada William dan Kate.
"Kami ingin menyatakan sokongan penuh kami kepada semua jururawat (yang terlibat merawat Kate) dan staf hospital berkenaan," kata satu kenyataan Istana St.James yang mewakili pasangan diraja itu.
Kate dimasukkan ke Hospital King Edward VII pada Isnin lalu kerana mengalami rasa mual yang teruk sebelum dibenarkan keluar Khamis lalu.
Beberapa pegawai Istana St.James menyatakan, kehamilan Kate belum mencapai usia 12 minggu dan ia merupakan zuriat pertama Putera William dan isterinya. - AP

Washington lulus pengunaan ganja

SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS).
Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu.
Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama AS yang membenarkan pengunaan ganja.
Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu. - Agensi

Taufan Bopha beralih arah



MANGSA-MANGSA taufan mencuci pakaian dan mandi di sebuah pusat perlindungan di Maparat, selatan Filipina kelmarin.



MANILA - Taufan pembunuh yang meragut beratus-ratus nyawa dan menyebabkan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal di selatan Filipina beralih arah dan akan sekali lagi melanda negara Asia Tenggara berkenaan, menurut agensi meteorologi tempatan semalam.
Agensi kaji cuaca tersebut memberi amaran, taufan Bopha diramalkan membadai utara Pulau Luzon hari ini dengan membawa angin kencang selaju 160 kilometer sejam (km/j).
Disifatkan taufan paling dahsyat yang melanda Filipina pada tahun ini, Bopha dijangka membawa hujan lebat ke kawasan tersebut.
"Penduduk di utara Luzon perlu berwaspada," kata pengarah pejabat pertahanan awam, Benito Ramos pada satu sidang akhbar di sini.
Pusat taufan tersebut berada 230 kilometer ke barat bandar Sinait di utara negara itu setakat pukul 4 petang semalam.
Taufan tersebut menghentam pantai timur Pulau Mindanao dengan angin mencecah 210 km/j pada Selasa lalu.
Bencana tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 548 orang terbunuh manakala 500 lagi masih hilang.
Sekitar 212,000 penduduk turut hilang tempat tinggal dalam bencana itu.
Dalam perkembangan berkaitan 4,000 penduduk sekitar pekan Maparat, Mindanao terpaksa makan isi kelapa berikutan bantuan ke kawasan itu masih belum tiba. - AFP

62 rumah rosak akibat ribut


Anggota Jabatan Pertahanan Awam memotong pokok besar yang tumbang dalam kejadian ribut di Jelapang, Ipoh semalam.


IPOH – Sebanyak 62 buah rumah melibatkan enam kawasan perumahan sekitar Jelapang di sini rosak selepas sebahagian bumbung diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam.
Walaupun tidak ada mangsa mengalami kecederaan, kejadian itu cukup mencemaskan para penduduk.
Antara kawasan perumahan yang terlibat ialah Taman Meru, Taman Meru 2B, Taman Meru 2C, Taman Meru 3C, Taman Jati dan Kampung Datuk Ahmad Said.
Lebih 20 batang pokok besar termasuk 14 di sepanjang laluan utama Jelapang-Meru di sini tumbang namun ia tidak menimpa kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Menurut seorang penduduk, Jasbeir Kaur, 57, kejadian tersebut bermula dengan tiupan angin kuat disusuli dengan hujan lebat.
Katanya, dia yang ketika itu berseorangan di rumah hanya mampu melihat atap-atap rumahnya terbang ditiup angin kencang sebelum bertindak menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari rumah.
“Pada mulanya saya mendengar bunyi yang cukup kuat datang dari atas bumbung dan dalam sekelip mata melihat angin kencang menerbangkan keseluruhan atap rumah saya.
“Saya sangat takut melihat keadaan itu kerana rumah seakan-akan digoncang kuat menyebabkan saya berlari keluar rumah dalam hujan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Chong Kien Foo, 41, memberitahu, hujan lebat selama sejam setengah itu telah menumbangkan sebatang pokok besar bersebelah rumahnya hingga menyebabkan penjuru kediamannya ditimpa pokok berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang ditemui semasa melawat lokasi kejadian, pihaknya menyediakan 200 keping atap zink untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat.

Pengambilan kurang



PUTRAJAYA - Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan pada tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil).
Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.
"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.
"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus.
"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini semalam.
Mahmood berkata, seminar yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.
Kira-kira 200 peserta menghadiri seminar sehari anjuran bersama SPA dan Persatuan Profesional Melayu Malaysia (PPMM) bagi mendengar penjelasan mengenai peperiksaan, penilaian dan temu duga serta pengetahuan berkaitan urusan pengambilan di SPA.

Penduduk diminta tangkap ular sawa



GAMBAR menunjukkan seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 4.5 meter ditangkap di Taman Negara Everglades pada 14 November, 2009.



WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida.
Orang ramai dialu-alukan menyertai usaha untuk menghapuskan spesies reptilia itu yang memakan burung, rusa, kucing hutan dan pelbagai haiwan lain yang menghuni kawasan Everglades.
Dianjurkan Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), pertandingan selama sebulan bermula 12 Januari depan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya.
"Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini," kata perkhidmatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Kali pertama ditemui di dalam paya Everglades pada 1979, ular sawa Burma mengambil masa 21 tahun untuk menjadi spesies paling dominan di kawasan itu.
Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik. - AFP


BERNIAGALAH IKUT SYARAK...NAK SAHIH TANYA JAKIM

Gelombang baharu rekaan hari bahagia





PELAMIN indah berhias, karpet merah menghampar dewan dan kad undangan juga sudah lama diterima jemputan. Apa yang pasti, segala persiapan terlaksana dengan rapi. Namun, saat menatap cermin sebelum langkah diatur ke pelamin, busana yang membaluti tubuh seakan-akan melenyapkan keyakinan.
Momen di atas bagaikan mimpi ngeri setiap bakal pengantin. Hakikatnya, busana raja sehari adalah teras daripada keseluruhan rancangan perkahwinan terutamanya kaum Hawa. Disebabkan itu, busana pengantin perlu cantik dan berupaya menyerlahkan kejelitaan mempelai wanita. Jika tidak, ia bakal menjadi palitan hitam dalam sejarah hidup si gadis.
Ironinya, sejauh mana pun zaman beredar, busana pengantin akan kekal sebagai persalinan paling utama dalam diri setiap individu. Memilih konsep, mencari pereka dan butik antara perkara penting perlu dilaksanakan bakal pengantin baharu.
"Majlis perkahwinan orang Melayu selalunya memerlukan pemakaian baju pengantin yang banyak. Baju tunang, nikah, malam berinai dan persandingan untuk kedua-dua belah pihak sudah boleh memberi gambaran sebenar ketaksuban masyarakat negara ini melaram pada hari bahagia mereka.
"Dahulu ia mungkin boleh didapati daripada butik-butik atau mak andam, tetapi hari ini, gelombangnya berubah apabila anak-anak muda lebih gemar menjalani sesi pemilihan pakaian perkahwinan mereka secara terperinci.
"Ia melibatkan perbincangan 100 peratus antara pereka dan pelanggan bermula daripada proses penetapan konsep, pemilihan material dan rekaan akhir sehingga sehelai busana itu siap sepenuhnya," jelas pereka fesyen tanah air, Hasfitri Yusof.
Konsep dongeng
Seiring dengan perkembangan positif itu, Hasfitri tampil dengan rekaan busana perkahwinan berteraskan kisah dongeng. Penggunaan sepenuhnya kain net lembut bersama pelapik sutera satin dan sedikit les, menyempurnakan persalinan pengantin yang mengidamkan konsep perkahwinan bak puteri fantasi.
WARNA lembut memberi perlambangan suci kepada pasangan pengantin.


Penampilan moden mampu diserlahkan menerusi mainan warna-warna pastel yang terdiri daripada krim dan merah jambu. Pilihan rona garang seperti merah turut ditawarkan. Menariknya, penggunaan bulu burung unta asli pada salah satu pakaian koleksi pereka sedang meningkat naik itu menambahkan semarak eksklusif kepada diri si pemakai.
"Potongan bak puteri diberi penekanan bagi membolehkan pengantin menyelami konsep dongeng yang dipilih. Bahagian bawah yang mengembang pula sengaja direka tidak ketat bagi membolehkan semua bentuk badan memakai busana ini.
"Rekaan baharu saya ini juga menampilkan dres yang diolah daripada kebaya yang diberi sentuhan Inggeris. Saya mendapat inspirasi daripada filem klasik Robin Hood, tetapi ia diadun bersama ciri-ciri kemelayuan," ujarnya yang memberitahu pakaian nikah dan perkahwinan yang direkanya diletakkan pada harga bernilai RM2,000 ke atas.
Tambah Hasfitri, koleksi kali ini juga menggunakan pendekatan pakaian dua helai (two piece), iaitu bahagian atas dan bawah didatangkan secara berasingan. Secara tidak langsung, ia menguntungkan pelanggan kerana dapat menyuaipadan pakaian tersebut untuk majlis berbeza.
Pertaruhan peplum
Pereka senior, Melvin Shah juga tidak terkecuali menggunakan pendekatan two piece. Baginya, baju perkahwinan zaman ini perlu mengutamakan nilai pelbagai guna. Rugi sekiranya ia hanya dipakai untuk sekali dan kemudian disimpan di dalam almari sebagai kenangan.
"Koleksi perkahwinan saya boleh dipakai untuk majlis makan malam atau acara eksklusif memandangkan ia ringkas dan tidak sarat dengan perincian mahupun aksesori.
"Potongan kembang payung yang digunakan diadaptasi daripada tradisi Melayu yang ketara pada ketepatan siluetnya. Bagi memberi sedikit nilai sentimental, saya mempertaruhkan unsur peplum dalam kebanyakan rekaan kali ini.
"Seperti yang kita tahu, peplum menjadi kegilaan pada era kegemilangan Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan ia kembali dipilih generasi muda yang menggemari busana berkonsep klasik," ujar Melvin yang ditemui Stailo pada sesi fotografi baru-baru ini.
Untuk pengetahuan pembaca, peplum merupakan unjuran yang menyerupai skirt pada blaus dari bahagian pinggang, kembang payung atau bersambung pada tali pinggang. Ia popular pada pertengahan tahun 1860-an dan 1930-an.
Tambah Melvin, pilihan warna lembut seperti kuning seakan-akan jingga (champagne) dan campuran merah jambu dan jingga (coral) pula menyuntik aura moden yang segar.


CIPTAKAN kelainan namun masih mengekalkan elemen glamor pada busana raja sehari anda.



Difahamkan, sebahagian golongan urban menggemari baju pengantin rona sebegitu kerana mereka mahukan penampilan yang santai tetapi kekal elegan.
Berkongsi pendapat berhubung persiapan pakaian perkahwinan, Melvin melihat ia lebih kepada kebijaksanaan pasangan tersebut. Ertinya, setiap bakal pengantin perlu tahu merancang pakaian apa yang hendak ditempah dan mana satu wajar disewa.
"Sebagai orang Melayu, sudah tentu pengantin mahu menyarungkan pakaian tradisional seperti songket. Persalinan ini hanya perlu disewa di butik pengantin kerana ia tidak praktikal untuk dimiliki.
"Baju songket yang disewa itu pula perlu dipilih dengan teliti agar tidak kelihatan ketinggalan zaman. Hari ini, banyak butik yang menawarkan songket perkahwinan berciri moden dari segi potongan dan sulaman," jelasnya menutup bicara pada petang tersebut.

Ribuan askar Israel trauma, bunuh diri



SEPARUH daripada tentera Israel menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam.



TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.
"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.

JIKA BERTEGAS DALAM BAB AGAMA KAN BAGUS...BUKAN BUKAN BAB KESALAHAN JALAN RAYA SAJA.

Denda RM20,000 jika ubah nombor plat elak AES

PENGGUNA jalan raya yang didapati mengubah suai nombor plat kenderaan bagi mengelak daripada disaman kamera AES boleh didenda sehingga RM20,000. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat.
Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam.

Gelisah selagi belum ditangkap


MARINA (kiri) dan Saad menunjukkan gambar Rozali ketika ditemui di rumahnya di Kuching semalam.


KUCHING - Pasangan suami isteri yang parah selepas dikelar oleh seorang bekas pekerjanya di restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini Jumaat lalu mengakui masih trauma dan takut untuk keluar rumah selagi suspek masih belum ditangkap.
Marina Julai, 42, memberitahu, setiap saat dia masih terbayang kejadian ngeri yang hampir meragut nyawanya dan suami, seorang lelaki Sudan, Saad El-Sir El-Sadiq terutama ketika hendak melelapkan mata.
Katanya, oleh sebab itu, dia terpaksa mengambil ubat tidur setiap kali hendak tidur.
"Saya risau jika perkara itu berulang ketika kami sedang tidur. Selagi suspek belum diberkas, selagi itulah hidup saya tidak tenteram.
"Sejak dibenarkan keluar hospital, saya terlalu takut untuk keluar rumah," cerita bekas jururawat di Hospital Pakar Mata King Khaled, Riyadh, Arab Saudi itu.

Mati terbaring atas katil bilik

SEPANG - Naluri seorang ibu yang berasa tidak sedap hati selepas anak lelakinya gagal dihubungi sejak kelmarin terjawab apabila pemuda itu ditemui mati dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan PP 2/22, Taman Putra Perdana di sini.
Mayat jurutera komputer di Cyberjaya, Selangor, Loh Min Lee, 36, ditemui pada pukul 6 petang oleh ibunya yang bergegas ke rumah mangsa selepas merasakan sesuatu telah menimpa anaknya. Mangsa tinggal bersendirian di rumah teres dua tingkat itu.
Difahamkan, ibu bapa mangsa yang tinggal di kawasan berhampiran biasanya pergi ke rumah mangsa setiap hujung minggu bersama pembantu rumah untuk membersihkan kediaman berkenaan.
Ketika ditemui, mayat Min Lee terbaring di atas katil di bilik tidur utama di tingkat atas.

Jumpa Dayah tapi bapa musykil


RAJA ROSLAN (kanan) dan Zarina gembira selepas Dayah (tengah) ditemui dalam keadaan selamat kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri lega apabila anak dara mereka yang dikatakan hilang dilarikan pelesit rempit sejak 1 Disember lalu ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Razak di sini namun pada masa sama terdapat persoalan yang belum dijawab berhubung penemuan tersebut.
Ketika Raja Nor Hidayah Raja Roslan, 16, atau Dayah diam seribu bahasa ekoran masih trauma dengan kejadian tersebut, bapanya, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, pula tertanya-tanya mengenai penemuan anaknya itu.
Selain Raja Nor Hidayah, turut ditemui di situ ialah dua lagi remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun serta tiga remaja lelaki berumur antara 16 hingga 19 tahun.
Polis menahan tiga remaja lelaki itu bagi membantu siasatan kes berkaitan gangguan seksual manakala dua remaja perempuan itu dihantar pulang.
Mengimbau semula hari yang paling mengembirakan buat dia dan isterinya, Zarina Zubir, 37, Raja Roslan memberitahu, dia mengetahui mengenai penemuan itu selepas dimaklumkan oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi di sini untuk mengambil anaknya pada pukul 6.30 pagi semalam.

Terjun sungai lihat polis


ANGGOTA polis mengangkat mayat Khairul Azmi yang ditemui lemas di Bachok semalam.


BACHOK - Tindakan seorang lelaki terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri daripada ditahan pihak polis mengundang padah apabila dia ditemui lemas di Sungai Tawang di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila Khairul Azmi Zulkifli, 26, berlari dan terjun ke dalam sungai yang terletak kira-kira 10 meter di belakang rumahnya sebaik sahaja melihat kehadiran polis di rumahnya.
Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, mayat Khairul Azmi ditemui pada pukul 12.10 tengah hari kira-kira 200 meter dari lokasi dia terjun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani memberitahu, pihaknya pergi ke rumah mangsa untuk menahannya bagi membantu siasatan kes tertentu.

Bekas Sarjan rugi RM1.46 juta


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah seorang ahli perniagaan yang dipecah masuk di Kuching pada 1 Disember lalu.


KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap semalam.
Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah malam.
Difahamkan, mangsa merupakan bekas anggota polis bantuan berpangkat Sarjan di Malaysia Airports Berhad (MAB) di sini.
Mangsa mendakwa wang itu disimpan di dalam beg dan ia merupakan wang yang dikumpul daripada keluarga besarnya sebelum berangkat ke Jakarta.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa terus membuat laporan polis selepas mendapati pintu bilik utamanya terdapat kesan pecah masuk dan wang yang disimpan di dalam almari lesap.

Morsi batalkan dekri cetus kemarahan penduduk

BEBERAPA penunjuk perasaan anti-Morsi berhimpun di luar Istana Presiden di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sebuah blok pembangkang, Barisan Penyelamat Kebangsaan menyatakan tindakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi untuk membatalkan dekri yang dibuatnya pada bulan lalu tidak memenuhi jangkaan untuk mengurangkan ketegangan di negara ini.
Morsi menarik semula dekri yang mengumumkan sebarang keputusan yang dibuatnya tidak boleh dicabar di mahkamah.
Bagaimanapun, Morsi menyatakan bahawa satu pungutan suara yang akan diadakan pada 15 Disember ini berhubung draf perlembagaan baharu akan tetap diteruskan.
"Salah satu tuntutan kami adalah untuk menangguhkan undian pungutan suara itu.
"Gagal untuk memenuhi tuntutan bagi menangguhkan undian tersebut akan menyebabkan lebih banyak konfrontasi berlaku," kata seorang pegawai blok pembangkang itu, Selim Al-Awa.
Menurut pihak pembangkang, draf perlembagaan itu mengabaikan kebebasan rakyat dan hak-hak wanita.
Beberapa kumpulan pembangkang memulaukan perbincangan berhubung isu tersebut.
Menurut Selim, jika undian pungutan suara tersebut menyebelahi Morsi, presiden berkenaan akan mengumumkan satu pilihan raya diadakan dalam tempoh tiga bulan untuk memilih anggota-anggota dewan perwakilan yang baharu.
Tindakan Morsi untuk melaksanakan dekri tersebut sebelum ini mencetuskan bantahan ganas sehingga menyebabkan tujuh orang terbunuh sejak dua minggu lalu.
Krisis itu adalah yang terburuk sejak Morsi menjadi presiden menerusi pilihan raya pada Jun lalu. - Agensi

Deejay radio diberi kaunseling


Mel Greig (kiri) dan Michael Christian.


SYDNEY - Dua orang penyampai radio stesen 2Day FM di sini menyembunyikan diri selepas tersiarnya berita bahawa mereka akan disoal siasat polis kerana menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles, menurut beberapa buah akhbar semalam.
Penyampai radio itu, Mel Greig dan Michael Christian melakukan penyamaran itu semasa menghubungi jururawat Hospital King Edward VII di London, England pada minggu lalu untuk mengetahui tentang keadaan kesihatan menantu ratu tersebut, Kate Middleton.
Kate dimasukkan ke hospital selepas dia mengadu berasa loya kerana mengandung anak kepada cucunda ratu tersebut, Putera William.
William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan Kate berkahwin pada April tahun lalu.
Ekoran penyamaran itu, maklumat tentang kesihatan Kate dapat diketahui dan didedahkan oleh media.
Bagaimanapun, penyamaran itu telah menyebabkan jururawat tersebut, Jacintha Saldanha, 46, yang berketurunan India ditemui mati di kediaman yang disediakan pihak hospital dan dia dipercayai membunuh diri di sini pada Jumaat lalu selepas Kate dibenarkan keluar hospital selepas empat hari dirawat.
Beberapa orang rakan penyampai radio itu berkata, Greig dan Christian telah mengalami tekanan jiwa akibat perbuatan mereka.
Menurut mereka, kedua-dua penyampai radio itu turut mendapat khidmat kaunseling.
Seorang jurucakap syarikat Southern Cross Austereo yang memiliki radio itu menyatakan, Greig dan Christian disediakan perkhidmatan kaunseling bagi membolehkan mereka berdepan dengan situasi tragis tersebut.
Pihak syarikat itu turut menyuarakan kebimbangan tentang tahap kesihatan mental kedua-dua penyampai radio berkenaan selepas kejadian tragis itu berlaku, lapor akhbar The Australian.
Ekoran penyamaran itu dan kematian jururawat tersebut, kedua-dua penyampai radio berkenaan menerima kritikan daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, bapa Greig menyatakan, dia tidak tahu lokasi anaknya kini.
"Saya telah bercakap dengannya tetapi saya diberitahu supaya tidak memberitahu sebarang maklumat lagi," kata bapa Greig.
Punca kematian sebenar Saldanha yang merupakan ibu kepada dua orang anak masih belum diumumkan polis.
Bagaimanapun, ramai penduduk dari London sehingga Sydney membuat spekulasi bahawa dia mati kerana tekanan akibat memberitahu tentang keadaan kesihatan Kate kepada kedua-dua penyampai radio tersebut.
Polis Britain telah menghubungi pihak berkuasa Australia tentang kemungkinan untuk menyiasat tentang penyamaran tersebut.
Pengerusi Hospital King Edward VII, Lord Simon Glenartur menulis sepucuk surat kepada pengerusi kumpulan Southern Cross Austereo yang memiliki radio tersebut kelmarin bagi membantah tindakan kedua-dua penyampai radio tersebut.
"Ia merupakan sesuatu yang amat bodoh kerana para penyampai radio cuba untuk menipu," katanya.
Dalam perkembangan sama, pihak syarikat yang memiliki radio itu juga akan mengkaji semula dasar-dasar penyiarannya selepas kematian jururawat itu.
Pengerusi syarikat itu, Max Moore-Wilton berkata, pihaknya mengambil beberapa langkah terkini dan sedang mengkaji proses penyiaran radio berkenaan.
Menurutnya, kejadian tersebut amat dikesali dan tidak dapat dijangkakan.
Suami jururawat itu, Ben Barboza, 49, yang merupakan seorang akauntan menyatakan hatinya berkecai ekoran kematian isterinya itu dalam keadaan tragis.
Dalam laman Facebook, anak perempuan jururawat itu, Lisha yang berusia 14 tahun menyatakan dia amat merindui ibunya.
Sebelum ini, kedua-dua penyampai radio itu telah meminta maaf ekoran kejadian tersebut. - Agensi

Gajah terperangkap di kawasan berlumpur


DUA pegawai perhutanan menunggang dua ekor gajah mendekati seekor haiwan itu yang terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara kelmarin.


NEW DELHI - Seekor gajah terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara, timur India sejak Rabu lalu.
Beberapa pegawai perhutanan yang tiba kelmarin melakukan kerja-kerja untuk menyelamatkan haiwan itu sehingga semalam.
Haiwan tersebut diberikan vitamin bagi mengelak ia menjadi lemah selepas gajah berkenaan terperangkap.
Beberapa ekor gajah jinak digunakan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.
Salah seekor gajah jinak menarik gajah yang terperangkap tersebut dari kawasan berlumpur itu dengan menggunakan tali.
Bagaimanapun, usaha itu masih belum mampu untuk menarik gajah tersebut keluar dari kawasan berlumpur. - Agensi

Van dijadikan 'restoran' minuman teh


HOLMES berdiri di depan vannya yang dijadikan 'restoran' minuman teh di London pada 5 Disember lalu.


LONDON - Seorang wanita sanggup berhenti kerja dalam bidang pengiklanan semata-mata untuk menjual minuman teh dengan menggunakan sebuah van di sini.
Wanita itu, Emilie Holmes membelanjakan sebanyak £10,000 (RM16,035) untuk mengubah suai van Citroen H keluaran 1974 untuk dijadikan 'restoran' teh bergerak.
Holmes tidak membuat pinjaman bank untuk tujuan melakukan pengubahsuaian van itu.
Dia menyiarkan rancangannya untuk membuka perniagaan teh itu di laman Kickstarter di internet.
Laman itu menyediakan kemudahan untuk orang ramai membantu membiayai perniagaan seperti Holmes.
Wanita tersebut berjaya memperoleh £14,000 (RM22,449) dalam tempoh 25 hari.
Holmes memperoleh sumbangan daripada 372 orang di laman tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak perlu membayar balik wang tersebut. - AFP

FILEM DAN GAMBAR BERSEMPAH...MUDAH DITONTON...HUKUM ALLAH TAK JALAN...AKIBAT SENDIRI TANGGUNGLAH...NI KESAN JADI MAKHLUK YANG DEGIL

Surau jadi rumah

Oleh Nurasyikin Ramli
am@hmetro.com.my

BERKEMAS...Omar dan Isteri, Siti Nursyuhadah mengemas tempat tinggal mereka di Surau Al-Mujib.
BERKEMAS...Omar dan Isteri, Siti Nursyuhadah mengemas tempat tinggal mereka di Surau Al-Mujib.
KUALA LUMPUR: Dalam keadaan si isteri sarat mengandung dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, sepasang suami isteri yang bagai hidup merempat tinggal menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu, kini semakin tertekan memikirkan masa depan mereka.
“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, ketika ditemui, baru-baru ini.
Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga.

Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.

Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.

Balasan syak isteri curang

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

BERSALAH...Mohd Fadli dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.
BERSALAH...Mohd Fadli dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.
KUALA TERENGGANU: Seorang suami yang mencederakan isterinya selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan sulit dengan adiknya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Mohd Fadli Che Mansor, 22, dari Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Mohd Fadli didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Rohana Rosli, 22, di Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini kira-kira jam 11 malam, 3 November lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh yang mempunyai seorang anak tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa berada di rumahnya sebelum Mohd Fadli tiba-tiba mengamuk dan mencederakannya di kepala.

RM1.4 juta kena kebas

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

CARI BUKTI...polis menyiasat kejadian samun di rumah mangsa.
CARI BUKTI...polis menyiasat kejadian samun di rumah mangsa.
KUCHING: Kepulangan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan keluarganya daripada percutian di luar negara disambut dengan kejutan apabila mendapati kediaman mereka di Matang, di sini, dimasuki pencuri dan wang serta barangan berharga bernilai RM1.4 juta dilarikan.
Kejadian disedari sebaik ahli perniagaan berusia 55 tahun itu dan keluarganya yang bercuti di Jakarta, Indonesia, sejak 30 November lalu, tiba di rumah pada jam 12.50 tengah hari semalam mendapati pintu bilik utama terbuka.
Sumber berkata, selepas melihat ada kesan umpil pada pintu bilik, mereka membuat pemeriksaan lanjut sebelum mendapati wang disimpan di dalam bilik lesap.

Menurutnya, ahli perniagaan itu kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati penjenayah memasuki rumah pada jam 10.15 malam, 1 Disember lalu.

Sumber itu berkata, selain wang tunai, beberapa barangan berharga lain turut hilang dan jumlah keseluruhan kerugian RM1.4 juta.

Gadis diraba rakan sekerja



GOMBAK: Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja.
Kejadian itu menyebabkan remaja terbabit trauma sebelum menceritakan kepada ibunya.

Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.
“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek. “Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa.

Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.
“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.

45 cari ‘klien’ kena tangkap

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seramai 45 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan polis ketika mencari pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, kelmarin.
Serbuan dijalankan Bahagian Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut mencekup seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang asyik melayan pelanggan berhibur dalam pusat hiburan terbabit.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Hatta Che Din berkata, operasi yang bermula jam 1 pagi itu dibantu 13 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
“Wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 18 hingga 30-an yang rata-rata menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Lebih 200 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa dan kami menahan lima lelaki dipercayai penjawat awam dalam serbuan terbabit,” katanya.

Hatta berkata, pusat hiburan itu menjadi tumpuan pelancong asing dan anak muda untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing terbabit yang menawarkan harga murah.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tujuan dokumentasi dan soal siasat.

100 jersi tiruan Harimau Malaya dirampas



RAMPAS...penguat kuasa KPDNKK memeriksa jersi Harimau Malaya tiruan dalam operasi  di sekitar Stadium Bukit Jalil, semalam.
RAMPAS...penguat kuasa KPDNKK memeriksa jersi Harimau Malaya tiruan dalam operasi di sekitar Stadium Bukit Jalil, semalam.
CHERAS: Lebih 100 jersi Harimau Malaya tiruan dirampas pihak Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekitar kawasan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.
Dalam operasi bermula jam 4.30 petang itu, jersi bernilai hampir RM10,000 dirampas dari enam premis yang menjalankan perniagaan sempena perlawanan separuh akhir pertama di antara pasukan Malaysia dan Thailand.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Amer Hassan itu memeriksa lebih 50 gerai jualan selama lebih sejam dengan kekuatan lima pegawai penguat kuasa termasuk seorang wakil daripada syarikat jenama jersi yang membuat aduan.
Sementara itu, Pengarah KPDNKK WPKL, Abu Samah Tajuddin ketika dihubungi berkata, pemeriksaan ke atas premis berkenaan susulan daripada operasi minggu lalu selain mendapat aduan daripada pemilik jenama jersi Harimau Malaya sendiri.

“Kami akan mengambil tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi mengelak penjualan barangan tiruan yang semakin berleluasa.

“Tindakan juga diambil terhadap penjual dan pembekal barangan jenama tiruan ini sekiranya didapati bersalah mengikut Seksyen 8 (2), Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan bagi perseorangan, boleh didenda RM10,000 dan penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda RM500,000,” katanya.

Tak tahan sakit bongkar hamil



SERIAN: Selepas sembilan bulan menyembunyikan kehamilannya, seorang remaja bawah umur terpaksa membiarkan rahsianya terbongkar apabila meminta bapanya menghantar ke hospital kerana tidak tahan lagi sakit untuk bersalin, kelmarin.
Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang keciciran sekolah dari Batu 34, Jalan Kuching-Serian itu tahu dia mengandung, tetapi menyorokkan daripada pengetahuan keluarga kerana takut.

Bapa gadis terbabit yang berusia 52 tahun terkejut apabila anaknya meminta tolong membawanya ke Hospital Serian (HS) kerana tiba masa untuk bersalin.
Keluarga terbabit membawanya ke hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku Mac lalu jam 3.14 petang di sebuah asrama pekerja di Pekan Serian.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, berkenalan dengan lelaki berusia awal 20-an yang baru bekerja di tempat sama.
“Pada hari kejadian, lelaki itu mengajak gadis terbabit minum minuman keras di asrama mereka hingga mangsa tidak sedarkan diri. Apabila sedar, mangsa mendapati dia tidak berpakaian dan dipercayai dirogol,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, gadis itu bersemuka dengan lelaki terbabit meminta dia bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu kini menghilangkan diri.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Lubok Antu untuk didakwa kerana merogol gadis bawah umur.

Lelaki cemburu serang rakan isteri tepi jalan



SERIAN: Padah keluar dengan isteri orang, seorang lelaki bukan sahaja menerima malu malah turut cedera dibelasah teruk di depan orang ramai oleh suami wanita itu di persimpangan Tarat, Jalan Kuching-Serian di sini, kelmarin.
Kejadian jam 3 petang itu berlaku apabila suami yang berusia 42 tahun terserempak isterinya menaiki kereta lelaki berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Kuching.

Suami berkenaan yang curiga dengan kemesraan isterinya dengan lelaki berkenaan, mengekori kereta dinaiki pasangan terbabit sebelum memintasnya di satu persimpangan.
Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, sebaik memintas kereta yang dipandu lelaki berusia 30-an itu, suspek mengarahkan kedua-duanya keluar dari kenderaan.

Katanya, berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan suspek mengamuk lalu menumbuk serta memukul lelaki itu sehingga menyebabkannya cedera di kepala.

“Apabila kejadian itu menjadi perhatian pengguna jalan raya lain, suspek berhenti membelasah lelaki berkenaan dan meninggalkan tempat kejadian.
“Isteri suspek membuat laporan di Balai Polis Serian sejurus kejadian, mendakwa suaminya yang panas baran memukul rakan lelakinya kerana cemburu.

“Mangsa menerima rawatan pesakit luar di klinik berhampiran dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek dipanggil ke balai untuk memberi keterangan bagi tindakan selanjutnya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki kerugian lebih RM1,000 selepas cermin keretanya dipecahkan seorang lelaki dengan sebiji kelapa di Kampung Melayu Hilir di sini kelmarin. Katanya, mangsa dipercayai mabuk dan bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta jirannya yang diletakkan di pekarangan rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Guni mayat

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KAJANG: Misteri penemuan guni berbau busuk yang tersangkut di tebing Sungai Tekali, Hulu Langat, di sini, terjawab apabila guni itu dibuka, kelmarin.
Satu mayat lelaki berusia 30-an yang sudah reput ditemui dalam guni itu dengan keadaan badannya berlipat.

Mangsa dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam sebelum mayatnya disumbat ke dalam guni dan dicampak ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, seorang saksi yang melalui kawasan sungai itu kira-kira jam 6.30 petang menemui satu guni terikat di tebing sungai.

“Saksi yang mengesyaki sesuatu menghubungi bilik gerakan Balai Polis Batu 14 memaklumkan penemuan itu dan berikutan itu, sepasukan polis dihantar ke lokasi penemuan.

Penyeluk saku berselendang



KUCHING: Sekumpulan enam penyeluk saku termasuk dua wanita menggunakan selendang sebagai alat pemudah cara ketika melakukan jenayah itu dengan menyasarkan pelanggan yang sedang beratur di kaunter bayaran pusat beli-belah.
Antara menjadi mangsa kumpulan itu ialah dua sahabat yang beratur di kaunter bayaran pusat beli-belah di Batu 4 1/2 di sini, kelmarin.

Mangsa pertama, seorang kerani berusia 18 tahun kehilangan telefon bimbit iPhone apabila tiga suspek termasuk seorang wanita berselendang mendekatinya ketika membuat bayaran di kaunter jam 8.30 malam.
Difahamkan, ketika kejadian keadaan pusat membeli-belah itu sesak menyebabkan wanita dari Taman Poh Kong itu, tidak menyedari kelicikan penjenayah itu mengambil telefon bimbit dalam beg tangannya. Dia hanya menyedari telefon bimbitnya lesap ketika mahu menyimpan dompet selepas beredar dari kaunter bayaran lalu meminta bantuan pekerja premis itu untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman menunjukkan seorang wanita berselendang mengambil telefon bimbitnya dari beg tangan dalam masa beberapa saat sahaja sebelum memberikan kepada seorang lelaki dipercayai rakan subahatnya yang berdiri di belakang mangsa,” katanya.

Mangsa bersama teman lelakinya kemudian terserempak rakannya yang turut mengalami nasib sama, kehilangan telefon bimbit dipercayai angkara kumpulan itu.
Kata sumber, mangsa kedua, gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawah memberitahu, ketika kejadian dia berada di sebuah kedai di tingkat bawah pasar raya berkenaan untuk membeli makanan.

Luluh hati ibu

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Keseronokan tujuh sekeluarga mandi-manda di sebuah taman tema di Rembau, berakhir tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai tergelincir di dalam terusan yang mengelilingi kolam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, maut dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Ibunya, Mushitah Zahari, 26, berkata, dia bersama suami, ibu serta adik-beradik lain pergi ke taman tema itu untuk mandi.
“Tiba-tiba, kami menyedari ‘Bobob’ (Mohd Putra) hilang sebelum dikejutkan dengan teriakan budak lemas oleh orang ramai. “Namun, saya tidak menjangkakan yang lemas itu anak sulung sehinggalah saya melihat petugas taman tema itu mengangkat seorang budak yang memakai seluar sama seperti anak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJS, di sini, semalam. Mushitah yang bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berkata, itu kali pertama dia dan suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, membawa anak mereka ke situ dan tidak menyangka percutian itu berakhir dengan tragedi.

“Hancur luluh hati sebaik melihat itu adalah anak lelaki saya dan bergegas meminta bantuan daripada pihak pengurusan taman tema itu. “Ketika itu anak saya masih bernyawa berikutan ada air terkeluar daripada mulutnya dan kedengaran nafasnya, saya terus meminta penyelamat yang berada di situ untuk membuat pernafasan mulut ke mulut, tetapi tiada siapa pun tahu melakukannya,” katanya. Menurutnya, dia percaya, anaknya berkemungkinan tergelincir ke dalam terusan kolam itu dan jarak antara tempat kejadian dengannya hanya 50 meter. “Sebaik sedar tiada bantuan dapat diberikan, saya dan suami kemudian membawa anak ke sebuah klinik, tetapi mereka tidak berani untuk merawatnya sebelum suami bergegas memecut kereta menghala ke HTJS,” katanya. Mushitah berkata, bagaimanapun, dalam perjalanan ke HTJS, anaknya sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang.

“Saya kesal dengan pihak pengurusan taman tema itu, sepatutnya mereka menyediakan penyelamat yang tahu asas menyelamatkan orang lemas. “Malah, sekiranya rawatan awal diberikan, berkemungkinan anak saya masih dapat diselamatkan, bagaimanapun saya reda dengan kehilangannya dan menganggap ajalnya sudah tiba,” katanya. Jenazah Mohd Putra dijangka akan dikebumikan di kampung halaman Mushitah di Kedah, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kes itu.

Ditetak pencuri traktor

NILAI: Dua lelaki cedera di kepala dan hidung selepas ditetak tujuh penjenayah bersenjatakan parang sebelum traktor milik majikan mereka dilarikan dalam kejadian di sebuah kebun durian di Kampung Baru Broga, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu kedua-dua mangsa yang berusia 24 dan 36 tahun itu terselamat dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kajang akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa tidur di bilik berasingan sebelum kumpulan perompak memakai topeng itu bertindak menyerbu asrama pekerja.
“Sebaik menyerbu asrama itu, dua perompak kemudian menetak mangsa pertama berusia 24 tahun sebelum mengikat tangan dan kakinya. “Sementara itu, tiga lagi perompak ‘mengerjakan’ mangsa kedua di bilik berasingan sebelum mengikat tangan dan kakinya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudian mendengar beberapa lelaki lain cuba menghidupkan enjin traktor yang diletakkan di kebun durian itu.

“Hasil siasatan awal, suspek berkemungkinan berjumlah tujuh orang dan mengetahui selok belok kebun itu berikutan jarak kebun berkenaan dengan jalan besar ialah 30 meter. “Malah, kita cuba menjejaki laluan itu dan berkemungkinan suspek mengangkut traktor itu menggunakan lori di jalan besar,” katanya. Menurutnya, selepas setengah jam, semua suspek beredar dan mangsa berjaya melepaskan diri sebelum menghubungi majikan.
Menurutnya, jumlah kerugian dianggarkan RM72,000 dan polis sedang giat memburu semua suspek.

Lelaki ditahan miliki ‘lesen terbang’



KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan lesen memandu palsu muncul kembali dengan penangkapan seorang lelaki berusia 22 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Samseng Jalan Raya’ di Dataran Merdeka, kelmarin, selepas mendakwa membeli lesen terbang dengan bayaran RM1,500.
Dalam operasi pada jam 10 malam itu, lelaki berkenaan baru saja setahun menggunakan lesen palsu itu yang dibeli daripada seorang lelaki yang dikenali melalui rakannya dengan bayaran sebanyak RM1,500.

Lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar alat ganti kereta menyangka lesen terbang yang dibelinya kebal daripada dikesan pihak berkuasa berikutan terlepas dalam beberapa pemeriksaan jalan raya sebelum ini.
Namun, dia ditahan melalui operasi yang dijalankan sepasukan anggota dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dataran Merdeka, ketika melepak bersama rakan-rakannya.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu pernah gagal sekali dalam ujian komputer menyebabkannya mengambil keputusan untuk mendapatkan lesen berkenaan yang didakwa asli.

“Dalam tempoh seminggu lesen berkenaan siap dan boleh digunakan kerana ia seakan-akan lesen tulen yang dibuat pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sekiranya sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000.

Harian Metro 1 Disember lalu melaporkan, seorang lelaki mengambil jalan mudah dengan membayar RM800 kepada ejen lesen terbang untuk memiliki lesen tanpa mengikuti ujian di JPJ.
Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah selepas setahun memiliki lesen terbang itu apabila rahsianya terbongkar ketika ditahan dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan JPJ Kuala Lumpur dan Trafik Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang.

Pada 25 Ogos lalu, seorang lelaki yang membeli lesen palsu dengan bayaran RM700 ditahan selepas tiga tahun menggunakan lesen itu melalui Ops Khas Motosikal sempena Ops Selamat di Jalan Genting Klang.

2 DJ tertekan, jalani kaunseling



MICHAEL Christian (kiri) dan MEL Greig yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge.
MICHAEL Christian (kiri) dan MEL Greig yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge.
JACINTHA bersama dua anaknya.
JACINTHA bersama dua anaknya.
LONDON: Dua juruhebah Australia yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge masih bersembunyi semalam, tetapi memberitahu majikan mereka, masing-masing ingin membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rakan kepada bekas model, Mel Greig berkata, juruhebah itu ‘amat tertekan’ dan menjalani ‘kaunseling psikologi secara intensif’ bersama rakan sejawatnya, Michael Christian.

Hari ini (semalam) ketua mereka di Southern Cross Austereo berkata, kematian jururawat yang menjawab panggilan itu ‘tidak dijangka dan sangat dikesali’ menegaskan ‘tindakan segera’ sedang diambil.
Dua juruhebah terbabit akan memberi kenyataan kepada polis tempatan selepas permintaan daripada polis London kepada rakan sejawat mereka di New South Wales. Syarikat yang memiliki stesen radio itu berkata, mereka telah menyuarakan hasrat untuk membuat kenyataan kepada media.

Jurucakap Southern Cross Austereo berkata: “kami belum dapat memastikan bila mereka sudah bersedia untuk memberi kenyataan kepada media dan bagaimana kami akan melakukannya, tetapi mereka memang mahu berbuat demikian.

“Mereka masih berdiam diri saat ini dan kami sangat prihatin dengan keadaan mereka,” katanya.
Jururawat yang ditipu, Jacintha Saldanha, 46, ibu kedapa dua anak ditemui mati Jumaat lalu di kediaman kakitangan dekat hospital, tempat Kate Middleton, 30, dirawat kerana alahan kehamilan yang teruk.

Walaupun juruhebah terbabit kelihatan tidak melanggar undang-undang, tetapi mereka bakal disoal siasat polis. Scotland Yard sedang menyiapkan laporan mengenai kematian Jacintha dan memerlukan kenyataan mereka.
Timbalan Komisioner Polis New South Wales, Nick Kaldas mengesahkan mengenai siasatan itu sambil berkata: “Belum dibuktikan lagi wujudnya salah laku dan mereka sebenarnya belum membuat sebarang permintaan.

“Mereka belum menghubungi kami, memberitahu hasrat mereka dan akan menghubungi kami semula jika mahu sesuatu dilakukan,” katanya kepada Sky. “Belum ada apa-apa permintaan lagi,” katanya.

Ketua radio stesen Sydney 2Day FM merayu simpati untuk juruhebah rancangan pagi itu ketika mereka diboikot oleh pengiklan yang tidak mahu bersekongkol dengan kelucuan mereka.

Pegawai Perhubungan Awam stesen radio itu, Sandy Kaye berkata: “Kami sangat bimbang dengan keadaan kakitangan kami yang berbakat. Mereka benar-benar tertekan. Mel bagaikan tidak bersemangat dan dia memang seorang yang mudah patah semangat. - DM

Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain



LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam.
Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita Islam.

Peraturan bagi setiap orang yang bekerja di Parlimen menetapkan: “Anda perlu membuka sebarang penutup yang menutup muka.” Galloway berkata: Semua orang tahu perlunya kawalan keselamatan. “Namun, peraturan ini seperti satu paksaan dan mengelirukan saya. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama dan perlu sensitif mengenainya,” katanya.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik untuk pelawat: “Ia mungkin lebih baik jika mereka disapa seseorang dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas,” katanya. - DM

Sorok dadah dalam kemaluan



BANGKOK: Polis semalam menahan dua suspek wanita yang menyembunyikan 5,900 pil methamphetamine dalam kemaluan dan seluar dalam mereka.
Polis berkata, dua wanita terbabit berasal dari suku kaum bukit di wilayah utara Chiang Rai. Wanita berkenaan ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Don Muang dari daerah Mae Fah Luang selepas polis menerima maklumat. Kedua-dua wanita itu mengakui masing-masing diupah 30,000 baht (RM2,990) untuk menghantar methamphetamine atau pil ‘ya ba’ kepada seorang penduduk suku kaum dikenali sebagai Yi Tasampue yang kemudian turut ditahan. Dalam perkembangan lain, polis di Huai Khwang di daerah Bangkok menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas menemui 62 kilogram serbuk methamphetamine atau ais miliknya dalam satu serbuan.

Polis mengambil tindakan selepas menerima maklumat bahawa terdapat urusan jual beli dadah dekat kelab snooker di kawasan itu. - BP

Drebar teksi larikan barangan penumpang



MANILA: Seorang pemandu teksi dtahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino semalam kerana didakwa melarikan barangan milik dua penumpangnya.
Ketua Bahagian Perisikan dan Penyiasatan Polis Lapangan Terbang, Alden Gay berkata pemandu teksi itu dikenali sebagai Michael Estolada disyaki menjadi anggota geng rompakan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan.

Gay berkata, Estolada melarikan barangan milik lelaki warga Australia, Michael Collin Robert dan tunangnya rakyat tempatan, Delia Ybanes, yang baru tiba dari Bangkok. Robert berkata, dia gembira Estolada berjaya ditahan dan barangan miliknya dikembalikan. - MT

21 wanita Thai diselamat daripada sindiket pelacuran



BANGKOK: Lima wanita tempatan semalam tiba ke tanah air selepas diselamatkan dari rumah pelacuran di Bahrain minggu lalu.
Ketibaan mereka disambut Pegawai Kanan Polis Divisyen Antipemerdagangan Manusia, Leftenan Kolonel Chusak Apaipak dan Presiden Yayasan Pavena Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita, Pavena Hongsakula. Mereka antara 21 wanita negara ini yang diperdaya oleh sindiket pelacuran di Manama dan berjaya diselamatkan baru-baru ini selepas ibu kepada seorang daripada mangsa yang berusia 23 tahun mendapatkan bantuan daripada yayasan itu. Mangsa menghubungi ibunya dan memberitahu dia bersama beberapa lagi wanita Thai dikurung di Hotel Arabia dan Plaza Exhibition di Manama.

Yayasan itu kemudian menghubungi kedutaan Thailand di Bahrain yang bekerjasama dengan polis negara berkenaan untuk menyelamatkan wanita terbabit.
Daripada 21 mangsa, 12 diselamatkan dari Hotel Aarabia dan selebihnya dari Plaza Exhibition.

Ekoran daripada itu, dua suspek ditahan dan didakwa dengan tuduhan memperdagangkan manusia. - BP

KALAU ORI PUN BUKAN NAK DEDAH2....TAK TAHUKAH DOSA...AKHIRNYA TUA KEREPOT...MATI MASUK DALAM TANAH...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA...BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT...TERMASUK SRMUA ARTIS

Saya Tak Bedah & Tak Pakai Korset 2 Lapis – Rozita Che Wan

Written by AbangNara | December 9th, 2012

Secara jujur, Abang Nara pun turut tertanya-tanya mengenai keaslian bentuk badan yang dimiliki oleh Rozita Che Wan. Namun tak adalah sampai terfikir yang Rozita buat pembedahan. Hari ini, menerusi Metro Ahad, Rozita Che Wan tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstrutif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.
rozita original
Yang penting, apa yang ada di badan Rozita Che Wan adalah 100% original. Tiada pembedahan. Tiada korset. Alasan yang digunakan oleh pihak yang mendakwa Rozita melakukan pembedahan ialah setiap kali bergambar, Rozita akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil. Hmmmmm. Pelik sungguh alasan tersebut.
rccw baru
Kata Rozita Che Wan untuk menjelaskan perkara ini:-
Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengiring sebelah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu. Pada waktu sama, tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya.
rozita baru
Rozita Che Wan turut sempat menyelitkan nasihat buat mereka yang dengki akan kecantikan tubuh badannya:-
Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi. Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini. Sebaliknya jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya.
Abang Nara sokong kata-kata Rozita Che Wan. Kalau tiap-tiap hari bantai makan roti canai, maggi, nasik lemak 4 5 bungkus lepas tue dengki dengan orang yang bertubuh mulus, tak ada faedahnya kan. Pasti mereka yang bertubuh cantik itu banyak berkorban untuk mendapatkan badan idaman. Tak gitu?

Tak bedah payudara

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya tak pernah menjalani pembedahan untuk kecantikan tubuh mahupun wajah,” kata aktres popular, Rozita Abu Bakar @ Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Cik Ta.
Dia menjawab dakwaan segelintir peminat hiburan di utara tanah air kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstruktif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.

Alasan diberi ialah, setiap kali bergambar, pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini hanya akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil dan perkara itu tidak disedari umum.
Ada pihak percaya dakwaan itu memandangkan pada 2008, Che Ta dilaporkan menjalani pembedahan kecil dan ditahan di hospital selama 10 hari. Ia dikatakan berpunca daripada kanser usus, namun masih di peringkat awal.

Selain itu, dia turut didakwa ‘mengikat perut’ dengan memakai dua lapis korset bagi membolehkan tubuhnya kelihatan langsing dengan dada gebu dan tegang.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Che Ta yang kini sibuk menjalani rakaman program Primadona berkata, dakwaan itu tidak benar kerana dia sering menghalakan tubuh ke kiri apabila bergambar disebabkan keadaan dirinya yang kidal.
“Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengikut belah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu.

“Pada waktu sama, saya tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya,” katanya kepada Metro Ahad.
Che Ta turut meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak membuat dakwaan berkenaan, apatah lagi ia ibarat mempermain-mainkan keadaan kesihatannya.

“Saya mahu tanya kembali kepada mereka yang menimbulkan spekulasi sedemikian, kenapa manusia tidak boleh terima anugerah dan kejadian Tuhan yang sempurna. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan, tapi mempertikaikan ciptaan Tuhan bermakna mereka tak pernah bersyukur,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

Pelakon jelita itu turut menyifatkan dakwaan itu disebabkan sifat dengki kerana ada pihak tidak puas hati melihat orang lain mempunyai kelebihan.

“Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi.

“Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini.

“Sebaliknya, jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya,” kata ibu kepada Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 13, ini.

Pelakon yang turut dikaitkan punya hubungan ‘istimewa’ dengan pelakon muda, Zain Saidin ini menegaskan, kecantikan wajah dan tubuh dimiliki juga bergantung kepada usaha.

“Badan saya kalau berisi sikit, saya tak akan makan banyak selain melakukan senaman sekerap mungkin.

“Bagi menjaga tubuh, kita kena berusaha. Apatah lagi kebaikannya untuk diri kita sendiri kerana apabila kerap bersenam, tubuh menjadi sihat dan secara tak langsung akan menyerlahkan kejelitaan wajah,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Manjalara ini.

Che Ta turut menegur pihak yang sering mempertikaikan kelebihan dan kemewahan dimilikinya dengan mendakwa kononnya dia dibela orang kenamaan (VIP).

“Tahukah mereka bahawa saya mahupun artis lain bekerja siang malam untuk mendapatkan rezeki. “Fikirlah kalau seseorang itu bekerja siang malam, tidakkah dia boleh hidup senang.

“Allah menyatakan bahawa Dia akan memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang berusaha dan sabar,” katanya.

Enggan berasa tertekan dengan apa diperkatakan orang keliling mengenainya, Che Ta berkata, dia cuba melihat segala tuduhan itu daripada sudut positif.

Katanya, setiap orang ada hak untuk bersuara dan memberikan pendapat, namun biarlah berpada-pada dan tidak melampaui batas.

Bercerita mengenai kerjaya terbarunya sebagai pengacara bergandingan dengan aktres popular lain iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan Ziela Jalil mengendalikan Primadona, Che Ta berkata, dia mula berasa seronok, apatah lagi pihak produksi merancang menyambungnya sehingga 52 episod.

“Setakat ini, kami menjalani rakaman untuk tujuh episod. Maklum balas diberikan peminat sungguh memberangsangkan. “Memang Primadona mengambil konsep program bual bicara The Views, tapi daripada sudut corak persembahan sangat berbeza.

“Yang seronoknya, selain bergandingan dengan pelakon popular dan berpengalaman, saya dapat menjadi diri sendiri sepanjang mengendalikan rancangan bual bicara ini.

“Ia bukan lakonan di mana saya membawa karakter orang lain, sebaliknya saya benar-benar menjadi diri sendiri. Malah, sewaktu berbicara juga saya kekal dengan dialek utara iaitu tanah kelahiran saya,” katanya.

Guna lot kedai kosong

Oleh FIRDAUS SAHAT dan WAN ASRUDI WAN HASSAN
metahad@hmetro.com.my

IPOH: Bagaikan senario di negara jiran, sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini licik mempelbagaikan taktik memerangkap lelaki miang supaya melanggan gadis seksi untuk dijadikan teman tidur dengan menawarkan pakej terbaru ‘wayang akuarium’.
Menerusi pakej itu, pelanggan berpeluang berehat sambil menonton filem terbaru Hollywood atau memilih video lucah di ruang pawagam mini sebelum dibawa ke depan dua bilik kaca seperti akuarium untuk memilih puluhan pelacur berpakaian seksi yang berkumpul di dalamnya.

Rahsia pusat pelacuran itu terbongkar selepas wartawan Metro Ahad berjaya memasuki premis terbabit untuk melakukan penyiasatan, baru-baru ini.
Siasatan mendapati premis terbabit sebenarnya dikawal rapi oleh beberapa bapa ayam. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pusat pelacuran itu tidak memaparkan papan tanda dan tidak berselindung di sebalik nama pusat refleksologi atau spa seperti kebanyakan premis pelacuran lain, sebaliknya bahagian depan seolah-olah lot kedai kosong.

Berdasarkan pemerhatian, pusat pelacuran itu membina sekurang-kurangnya tiga pintu sebelum ke bilik akuarium yang menempatkan gadis seksi, dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga dan menyelamatkan diri jika diserbu pihak berkuasa.

Selain itu, premis terbabit tidak kisah berbelanja besar untuk menawarkan perkhidmatan unik bagi memperoleh keuntungan dalam tempoh singkat, selain mengatasi saingan sengit beberapa premis sama berdekatan.
Sekali pandang, premis terbabit yang dilengkapi dengan jeriji besi di pintu depan hanya kelihatan seperti sebuah pusat permainan video. Begitupun, apabila melangkah ke dalam, wartawan mendapati premis itu dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Di ruang depan, hanya ada satu meja pool atau billiard selain kaunter kononnya ia adalah pusat permainan pool. Kemudian, wartawan dibawa masuk melalui satu lagi pintu menuju ke bilik menunggu sebelum menanti giliran untuk dibawa ke bilik ‘akuarium’ terbabit.
Di bilik menunggu itu, wartawan seakan-akan berada dalam sebuah pawagam mini apabila ia dilengkapi sistem projektor dan skrin layar bersaiz gergasi yang memaparkan filem terbaru Hollywood.

Tidak cukup dengan itu, dua televisyen bersaiz 32 inci yang diletakkan di sisi skrin gergasi berkenaan menayangkan filem lucah secara terang-terangan kepada pelanggan.

Hampir lima minit berada dalam pawagam mini itu, wartawan dibawa masuk ke sebuah bilik gelap melalui satu lagi pintu di belakang bilik menunggu untuk ke bilik kaca.

Mengejutkan sebaik langsir di kiri kanan bilik gelap dibuka bapa ayam itu, hampir 20 pelacur berpakaian seksi berada di dalam dua bilik kaca sambil duduk menanti pelanggan.

Difahamkan, pelacur warga Vietnam, Filipina dan Thailand ini boleh dilanggan pada harga RM90 selama setengah jam, manakala pelacur warga China RM150 tetapi hanya untuk pelanggan berbangsa Cina.

Bayaran itu tampak murah tetapi sebenarnya lebih kurang sama dengan premis pelacuran lain di bandar raya besar seluruh negara yang menawarkan RM200 hingga RM250 untuk perkhidmatan sejam.

Bagi meneruskan penyiasatan, wartawan membuat keputusan memilih seorang gadis warga Vietnam sebelum dibawa ke sebuah bilik yang dilengkapi tandas dan tilam.

Di dalam bilik itu turut diletakkan sebuah televisyen kecil bersaiz 21 inci di sisi tilam yang turut menayangkan filem lucah bertujuan menaikkan nafsu pelanggan.

Ketika berada dalam bilik berkenaan, pelacur Vietnam yang ingin dikenali sebagai Lu Ying menjelaskan, dia menjadi pelacur di negara ini hampir setahun. Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, Lu Ying boleh berbahasa Inggeris.

Menurut Lu Ying, tempat berkenaan jarang diserbu kerana tidak ramai yang tahu ia pusat pelacuran.

Hampir 15 minit berada dalam bilik berkenaan, wartawan yang mula mual dengan tayangan filem lucah dan godaan Lu Ying akhirnya meninggalkan bilik dengan pelbagai alasan tanpa melakukan apa-apa.

Bagaimanapun, sebelum meninggalkan bilik, Lu Ying memberitahu dia boleh dibawa keluar dengan bayaran RM400 untuk satu malam. Dia juga sanggup melakukan apa saja jika diberi pil khayal.

Jelik dengan sikap tidak tahu malu itu selain khuatir sesi penyiasatan disedari bapa ayam, wartawan segera meninggalkan tempat berkenaan.

Begitupun, ketika melangkah keluar daripada premis terbabit, wartawan sempat meninjau keadaan sekeliling yang tidak ubah seperti Hatyai mini di Thailand.

Secara kasar, wartawan mendapati hampir enam premis berdekatan menawarkan khidmat seks. Begitupun, kebanyakannya menggunakan model operandi biasa.

Dipenjara bunuh kekasih isteri



MELBOURNE (Australia): Gara-gara ingin menebus maruah keluarga, seorang lelaki terpaksa akur apabila dihukum penjara maksimum 23 tahun kerana didapati bersalah membunuh kekasih isterinya, dua tahun lalu.
Australian Associated Press (AAP) melaporkan, Hakim David Davies menjatuhi hukuman itu terhadap Hazairin Iskandar, 58, kerana membunuh Mohd Shah Saemin, yang berasal dari Melaka. Hazairin Iskandar diperintah menjalani hukuman penjara minimum 17 tahun.

Mohd Shah meninggal dunia akibat diserang Hazairin dan anak lelakinya, Andrew, di luar rumah pangsa Leichhardt, tempat tinggal Mohd Shah di Sydney, pada malam 21 Februari 2010.
Hazairin yang berasal dari Indonesia, menikam Mohd Shah sekurang-kurangnya empat kali dengan sebilah pisau, manakala anaknya pula memukul mangsa dengan tukul.

Mahkamah diberitahu, Mohd Shah yang bertugas sebagai pemandu di pejabat konsul Malaysia di Sydney, menjalin hubungan sulit dengan isteri Hazairin, Nita Iskandar yang bekerja di tempat sama.

Dalam keterangannya, Hazairin memberitahu mahkamah, perbuatan Mohd Shah mengaibkan keluarganya.
Hazairin berkata, dia membunuh Mohd Shah untuk memelihara maruah keluarganya.

Pada Mac tahun ini, Andrew dihukum penjara sekurang-kurangnya 18 tahun kerana pembunuhan itu, manakala Nita dikenakan ikat jamin berkelakuan baik selama dua tahun kerana mempunyai kaitan dengan jenayah itu.
Nita yang hadir di mahkamah menangis apabila hakim menjatuhi hukuman itu.

Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Davies berkata, Hazairin menunjukkan rasa insaf atas tindakannya itu dan akan ‘mencapai usia lanjut’ apabila layak mendapat parol kelak.

Kata beliau lagi: “Ini adalah satu pembunuhan kejam dan si mati tentu berasa terseksa sebelum menemui ajalnya.” Berdasarkan hukuman yang dijalaninya, Hazairin layak mendapat parol pada Februari 2027. Andrew pula layak mendapat parol pada Mei 2028. — Bernama

Sorok di rumah saudara



SHAH ALAM: Polis masih mengesan bapa tiri kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dirogol lebih 20 kali sejak setahun lalu.
Difahamkan, suspek berusia 45 tahun itu kini dipercayai bersembunyi di sebuah rumah milik ahli keluarganya di Kapar, Klang, selepas menyedari dirinya menjadi buruan polis.

Polis akan mengumpul maklumat untuk mendapatkan alamat lengkap rumah berkenaan bagi membolehkan suspek ditahan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha LC selepas mengetahui isteri dan mangsa membuat laporan polis.

Lembu tenusu tidak wujud

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: Seorang pensyarah kanan berputih mata dan kerugian lebih RM30,000 apabila mendapati skim lembu tenusu yang disertainya menerusi sebuah syarikat Ogos tahun lalu tidak pernah wujud.
Mangsa menyertai program pelaburan itu selepas mendaftar skim berkenaan di sebuah gerai pameran yang di buka di sebuah pasar raya di sini, pertengahan Jun tahun lalu.

Lebih mengelirukan, mangsa dikenali sebagai Loo Leong Peng (gambar), 56, yang juga pensyarah di Politeknik Premier Ungku Omar itu turut dijanji jaminan pulangan pelaburan mencecah RM170,000 bagi tempoh lapan tahun.
Bagaimanapun, selepas 11 bulan menyertai skim berkenaaan, dia mula mengesyaki dirinya tertipu selepas dimaklumkan lembu tenusu miliknya berasal dari Australia itu mati.

Leong Peng berkata, dia meminta syarikat berkenaan menggantikan lembunya yang mati itu namun, tidak diendahkan selain tuntutan kerugiannya juga tidak dilayan.

Beliau berkata, syarikat berkenaan berjanji untuk menggantikan lembu miliknya dalam tempoh enam bulan namun, ia hanya janji palsu.
“Saya cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar namun, panggilan tidak berjawab sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan Baru, semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui pada sidang media dibuat di pejabat Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Biro Aduan dan Khidmat MCA negeri, Datuk Lee Kon Yin.
Katanya, sebelum membuat keputusan melabur dalam skim berkenaan, dia sudah melakukan pemantauan peribadi terhadap syarikat berkenaan termasuk melayari laman web milik syarikat itu.

“Saya mendapati laman web syarikat itu memaparkan pelbagai maklumat mengenai skim berkenaan termasuk carta pulangan pelaburan, gambar lembu yang diternak serta ladang ternak yang luas beroperasi di Kluang, Johor itu.

“Saya mendaftar skim itu selepas yakin dengan kemampuan syarikat berkenaan dan percaya potensi pasaran susu lembu di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Kon Yin berkata, dia mahu mangsa lain yang berdepan nasib sama seperti Leong Peng supaya dapat tampil membuat laporan bagi membolehkan satu siasatan terperinci dilakukan.

“Kami akan membantu mangsa membuka fail aduan bagi menuntut ganti rugi daripada syarikat. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai skim haram itu boleh menghubungi pejabat biro aduan di talian 05-2536981 atau 05-2538455.

Tepuk bahu, emas lesap



MUKAH: “Bahu saya ditepuk tiga kali oleh wanita tidak dikenali dan hanya tersedar beberapa minit kemudian sebelum mendapati barang kemas dipakai lesap,” kata seorang wanita warga emas yang disyaki dipukau tiga beranak ketika berada di pasar lama Mukah, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan Dew Jabar, 70, kerugian hampir RM10,000 apabila barang kemas serta wang tunai dilarikan tiga beranak terbabit.

Mangsa berkata, sebelum kejadian, dia ditemani suaminya, Laiseh Keri, 73, ke pasar berkenaan untuk membeli barangan keperluan sebelum disapa seorang wanita berusia 40-an bertanyakan mangsa mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Wanita terbabit menawarkan diri membantu membuat permohonan BR1M sebelum membawa saya ke bangunan kerajaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Dia (wanita) tidak membenarkan suami ikut sama, malah saya dibawa ke tempat lain iaitu ke sebuah hotel.

“Ketika itu, saya dibawa menaiki kereta berwarna emas yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an selain terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dalam kenderaan berkenaan. “Saya dalam keadaan separuh sedar selepas bahu saya ditepuk tiga kali oleh wanita terbabit ketika dalam perjalanan ke hotel. Sebaik tiba, saya diarahkan keluar sebelum dibawa ke salah satu bangunan,” katanya.

Dew yang ditemui Metro Ahad di rumahnya di Kampung Tellian, semalam, sejurus selepas membuat laporan di Balai Polis Mukah berkata, dia hanya menyedari wang tunai dan barang kemas dipakainya lesap beberapa minit kemudian.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, Inspektor Yong Yew Ping memberitahu pihaknya sudah menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berjalan berseorangan ketika melalui tempat sunyi dan elakkan daripada mendekati individu atau kumpulan tidak dikenali.
“Kes sebegini tidak banyak dilaporkan di Mukah dan kami meminta orang ramai menghubungi polis ataupun pihak berkuasa di talian 084-871222.” katanya.

Minta izin tidur bersama ayah, ibu



BANGI: “Kebiasaannya, Emy akan memaklumkan kepada kami ke mana dia mahu pergi. Bagaimanapun, pada hari kejadian (Jumaat), dia langsung tidak memberitahu kami,” kata Setiausaha Agung Persatuan Superbikers Malaysia (Sam), Sulaiman Samia’an, 43, iaitu bapa Muhammad Azzeem Suhaimi, 17, mangsa kemalangan maut di Persiaran Timur arah ke Dengkil di Putrajaya, kelmarin.
Menurutnya, dia hanya mengetahui anak kedua daripada empat beradik itu terbabit dalam kemalangan selepas anggota polis datang ke rumahnya kira-kira jam 8 malam. “Saya menggigil sebaik polis datang dan terus melihat sekeliling rupanya kereta Proton Perdana tiada di rumah. Pada waktu itu, fikiran saya terus teringatkan anak saya, Emy. “Kemudian, saya dan isteri, Siti Zaidah Mat Nawi, 43, bergegas ke Hospital Putrajaya untuk melihat jenazah anak saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Desa Sentosa, Teras Jernang, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, Muhammad Azzeem Suhaimi, 17, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang maut selepas kereta dipandunya melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan di Persiaran Timur arah ke Dengkil, Putrajaya ketika hujan lebat. Muhammad Azzeem Suhaimi terpelanting keluar daripada kenderaannya dan mati di tempat kejadian manakala kereta dipandu terputus dua. Sulaiman berkata, dia sepatutnya menyertai konvoi bermotor ke Pendang, Kedah, Jumaat lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Laos, namun membatalkan hasrat berkenaan. “Pada hari kejadian, saya berasa tidak sedap hati dan menukar fikiran tidak mahu mengikuti konvoi berkenaan. Malah, saya juga pulang awal dari tempat kerja. “Rupanya, rasa tidak sedap hati itu adalah antara tanda anak kedua saya ‘pergi’ dijemput Ilahi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perubahan diri anaknya, Sulaiman berkata, dua hari sebelum kejadian, Emy meminta kebenaran mahu tidur bersamanya dan isteri. “Malam itu, dia mengetuk pintu bilik dan mahu tidur bersama kami. Saya kata padanya ‘sudah besar panjang pun nak tidur sama-sama’. “Bagaimanapun, saya dan isteri layankan saja permintaannya mahu bermanja bersama kami. Saya tak sangka rupanya itu juga petanda dia mahu meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.
Jenazah Muhammad Azzeem kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Polis serbu premis



IPOH: Dua pelacur warga China dan Thailand bersama dua bapa ayam dicekup dalam serbuan polis di pusat pelacuran yang menawarkan khidmat ‘wayang akuarium’ di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi berkata, ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi dilakukan, hanya terdapat empat individu di dalam pusat pelacuran terbabit.

“Semua mereka ditahan mengikut peraturan imigresen dan Kanun Keseksaan. Sebelum ini pun, semakan dengan pegawai bertugas mendapati pemeriksaan di premis perniagaan yang dikenal pasti melakukan aktiviti tidak bermoral itu dilakukan setiap hari, termasuk di kawasan berkenaan. Namun, kelicikan premis itu menyembunyikan aktiviti mereka berjaya melindungi kerja tidak bermoral terbabit.
“Atas maklumat yang kami terima dan risikan yang kami lakukan akhirnya berjaya menahan empat individu yang dipercayai bapa ayam dan pelacur,” katanya.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

Selain itu, wanita terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Menurut Sum, pihaknya akan membuat siasatan berterusan dan memantau segala aktiviti serta operasi berkaitan pelacuran di bandar raya ini.

“Bagaimanapun, kegiatan ini masih dalam peringkat terkawal. Pihak berkuasa turut menjalankan tugas masing-masing dalam membasmi segala bentuk kesalahan undang-undang dilakukan di negeri ini,” katanya.

Tawar ‘ayam’ serendah RM90



IPOH: Persaingan sengit di antara beberapa pusat pelacuran berdekatan menyebabkan bapa ayam melakukan pelbagai taktik untuk menarik pelanggan secara terbuka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Ini terbukti apabila sebaik meletakkan kenderaan di kawasan parkir berdekatan pusat ‘akuarium’ terbabit, wartawan segera dihampiri seorang lelaki lingkungan 40-an yang seolah-olah khuatir ‘pelanggan’ pergi ke premis lain.

Berdasarkan pengamatan wartawan, premis itu mempunyai beberapa bapa ayam yang ada tugas masing-masing. Ikuti dialog wartawan bersama bapa ayam terbabit.
Penjaga parkir (P): Hello bos. You (awak) mau cari apa? Kalau mau ‘ayam’, ikut saya. Ini tempat memang best. You kena cuba dulu.

Wartawan (W): Eh, you mahu bawa saya ke mana? Saya mahu pergi ke ******. Kawan saya cakap tempat itu lagi ‘best’.

P: Haiya... You percaya sama saya. Saya gerenti you puas hati. Sini lagi syok dari tempat itu. Mari-mari, saya bawa you. Jangan risau. You pasti puas hati.
W: Okey.

Sebaik masuk, wartawan bertemu pula dengan seorang lagi bapa ayam yang menjaga pusat itu. Selain itu, tinjauan awal mendapati premis itu tidak langsung menggambarkan sebuah pusat pelacuran atau spa.
Wartawan pasti, ramai tidak tahu premis terbabit menawarkan khidmat seks, lebih-lebih lagi pintu depannya berwarna hitam selain dilengkapi pagar besi, seolah-olah ia pub atau kelab malam.

Bapa ayam (B): Hai bos. You mau ayam? Mau ‘girl’? Mari masuk. Sini ada banyak, you boleh pilih.

W: Memang mahu tauke, tapi sini tempat ‘best’ ke? Saya selalu pergi yang depan tu. Sini saya tak pernah datang lagi.

B: Tak apa. You boleh ‘try’ dulu. You boleh tengok-tengok dulu. Kalau tak puas hati, tak apa. Saya tak marah.

W: Okeylah. I cuba dulu.

W: (Ketika di dalam premis terbabit) Wow. You punya tempat ada mini cinema (pawagam mini) ya? Hebat la. ‘Porn’ (video lucah) pun you pasang ke? B: Mestila. Kita mau cari makan maa... Mesti ada tarikan, baru orang datang. Betul tak? Ok. ‘Girl’ sudah siap. Mari masuk bilik kaca. Sekarang ada dalam 15 orang. You pilih mana suka. Ada dari Vietnam, Filipina, Thailand dan China. Semua RM90 setengah jam kecuali dari China, RM150. Tapi ini ‘China Doll’ hanya mau orang Cina. You pilihlah mana u suka.

W: Bos, boleh angkat keluar ke ini ‘girl’? Kalau saya mau bawa keluar satu hari boleh ke? B: Tak boleh la. Ini ‘girl’ tak pandai cakap Melayu. Inggeris pun dia tak pandai. Nanti jadi ayam itik macam mana? You susah, nanti saya pun susah juga.

W: (Selepas memilih) Okey bos. Saya mahu yang ini.

B: Okey. Ini orang pandai ‘servis’. You mesti puas hati. Sekarang bayar dulu RM90. Nanti I bawa you pergi bilik.

Setiap jalan ada aktiviti pelacuran secara terbuka



IPOH: Kegiatan sindiket pelacuran yang masih berleluasa di bandar raya ini perlu dibendung habis-habisan bagi menjaga imej di mata pelancong, terutama sempena Tahun Melawat Perak tahun ini.
Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, aktiviti tidak bermoral itu bukan hanya membabitkan di lot kedai, malah beberapa hotel di sekitarnya. Berikutan itu, katanya, kegiatan berkenaan sepatutnya dibanteras pihak berkuasa sejak awal lagi supaya ia tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej bandar raya ini.

“Tidak dinafikan, kegiatan pelacuran berada pada tahap kritikal apabila kebanyakan mereka bukan hanya membabitkan pelacur wanita daripada pelbagai usia dan kaum, malah kelompok mak nyah.
“Bayangkan, setiap jalan berhampiran beberapa premis perniagaan di sini ada aktiviti pelacuran. Mereka seolah-olah menjalankan kegiatan tidak bermoral secara terbuka,” katanya.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi tempat tumpuan maksiat ialah sekitar Jalan Dato Onn Jaafar, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Yang Kalsom, Jalan Hussein dan Jalan Kampar.

Bibit cinta ketika program persatuan



BUKIT KAYU HITAM: Pertemuan pertama ketika menghadiri program anjuran Persatuan Orang Kerdil Malaysia berjaya menyatukan dua hati sebelum guru, Mohd Razif Romle, 26, dan pasangannya, Nor Hazani Zakaria, 28, mengambil kata putus mendirikan rumah tangga.
Perkenalan dua tahun lalu tidak terhenti di situ saja, sebaliknya mereka mengambil masa lebih setahun untuk menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing sehingga mengikat tali pertunangan, Mei lalu.

Mohd Razif berkata, dia tertarik pada budi bahasa dan sikap lemah lembut isterinya, membuatkan dia tidak menunggu lama untuk menyunting pasangannya menjadi suri hidup.
Menurutnya, dia bersyukur kerana ditemukan dengan isteri tercinta yang membuatkan hatinya sentiasa tenang setiap kali memandangnya.

“Keistimewaan pada dirinya menguatkan lagi rasa cinta dan sayang kepada Nor Hazani. Saya yakin dengan pilihan hati ini, malah mendapat restu ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan mereka di Felda Bukit Tangga, di sini, semalam.

Sebelum ini, Mohd Razif diijabkabulkan dengan Nor Hazani yang berasal dari Terengganu pada 23 Ogos lalu.
Mohd Razif berkata, dia yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Negeri, Langkawi sebelum ini bercinta jarak jauh dengan Nor Hazani yang bekerja di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan menggunakan laman sosial sebagai medium perhubungan.

Menurutnya, dia juga pernah terfikir mungkin tidak akan mempunyai pasangan hidup berikutan keadaan fizikal diri tidak sempurna seperti insan lain hinggalah jatuh hati kepada Nor Hazani pada pertemuan pandang pertama.
“Kami berharap jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat dan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan baik seperti insan lain.

“Buat masa ini, kami belum merancang lokasi berbulan madu kerana sibuk dengan tugasan,” katanya.