Oleh Mohd Azim Fitri Abd Aziz dan Nabihah Nazam
Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah digelar ‘raja ganja’ akhirnya
tumpas selepas polis berjaya menahan suspek dalam operasi khas
dijalankan di Kampung Baru, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek berusia 54 tahun.
Ketika diberkas, suspek sedang membungkus beberapa ketulan ganja
mampat di sebuah rumah teres dipercayai mahu diserahkan kepada pembeli.
Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak
berkata, hasil serbuan itu polis merampas ganja seberat 60 kilogram
dianggarkan mencecah nilai RM500,000.
WAN Abdullah (kanan) menunjukkan ganja yang dirampas.
“Polis menjalankan risikan sejak dua minggu lalu terhadap aktiviti
suspek yang dipercayai turut menjual ganja kepada golongan belia
tempatan.
Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: “Boleh dikatakan setiap malam saya meminum air suam
bagi mengekalkan kesihatan selain banyak menjadikan sayur sebagai
hidangan bersama nasi,” kata Idris Hassan yang berusia 110 tahun.
Idris dari Kampung Tapah, dekat sini berkata, selain amalan berkenaan
dia juga tidak mengamalkan meminum minuman berais dan petua itu
diamalkannya sejak remaja sehingga kini.Katanya, dia tidak mengamalkan sebarang pantang dalam pemakanan dan
biasanya memasak sayur bersama air selain memakan ulam-ulaman yang mudah
diperoleh di kampung.
“Biasanya antara jam 11 malam hingga 2
pagi saya pasti bangun meminum air suam walaupun sekali berikutan
menjadi kebiasaan sejak sekian lama.
IDRIS dan isterinya Halimah bermesra dengan cucu mereka.
IDRIS menunjukkan kad pengenalan yang tertera tarikh lahirnya.
“Saya meminum minuman yang dicampur gula serta susu, namun ia
dalam keadaan terkawal dan biasanya sekali dalam sehari,” katanya.
Oleh Sarah Zulkifli
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penarik kereta, Koong Swee
Kwan selepas didapati bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab
Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, Julai tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu terhadap tertuduh
yang berusia 45 tahun selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah di akhir pembelaan.Koong yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang ketika mendengar keputusan itu.
Mengikut
pertuduhan, dia didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta,
Tokong Cina Kuan Yin, No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, jam
1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai 2013.
KOONG diiringi anggota polis diperkarangan mahkamah. FOTO Sarah Zulkifli
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun
selepas mendapati Koong didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh
sehingga menyebabkan kecederaan terhadap isteri Hussain, Cheong Mei Kuen
di tempat dan masa yang sama.
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman.
Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat
kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari
rezeki halal.”
Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid
Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau
penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam. Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas
tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan
pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.
“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.
ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.
Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla
Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38;
Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan
Rosnita Mawardi, 35.
Rakan diperkosa depan mata
Oleh Abd Rahman Adam
Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan
tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus
menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan
saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji
seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah
majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia
berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang
dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu
belakang dengan memotong jeriji tingkap. Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak
lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang
anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.
Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu
berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi
mangsa rogol.
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.
“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu
dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu
tetap bertindak ganas memperkosanya.
Rasanya tidak salah untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet apabila
memilih pusat jagaan harian. Selepas beberapa laporan kematian bayi
tersedak susu, ada pula ibu yang membuat intipan cara moden dan terkejut
apabila mendapati pengasuh memukul anak mereka.
Itu mungkin kes terpencil, tetapi tidak salah untuk kita lebih
berhati-hati. Kita tidak mahu anak kecil ini ‘diperdagangkan’ secara
sulit seperti yang berlaku di sebuah kampung pedalaman di Filipina.
Ketika kanak-kanak kecil di sebuah pusat jagaan harian leka bermain,
tiga kanak-kanak di rumah sebelah dipaksa menjadi pelakon untuk
melakukan aksi seks yang ditayangkan secara langsung melalui Internet
dan dapat disaksikan di seluruh dunia.
Aksi menjijikkan yang berlaku di rumah banglo itu turut diulang
berkali-kali secara rahsia di kebanyakan rumah di Ibabao, kampung
terpencil di Pulau Cebu di mana pornografi Internet kanak-kanak sudah
memasuki 5,000 rumah penduduk dan dianggap aktiviti lebih menguntungkan
berbanding menangkap ikan atau bekerja di kilang.
KANAK-KANAK daripada keluarga miskin sering jadi mangsa penderaan seks siber.
WANITA di Ibabao mula bimbangkan
keselamatan anak mereka.
“Pada mulanya saya amat terkejut, tidak percaya perkara ini berlaku
di bandar saya,” kata Datuk Bandar, Adelino Sitoy, sejurus selepas polis
mengumumkan mereka berjaya menjejaki rantaian pedofilia (keinginan
melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak atau ada kecenderungan
seksual terhadap kanak-kanak) yang ditayangkan secara langsung. Paling
mengejutkan, Ibabao menjadi penyumbang atau sumber pornografi
kanak-kanak.
Ketika kampung terpencil itu mendapat perhatian, pihak berkuasa dan
badan yang memperjuangkan hak kanak-kanak berkata, industri lucah itu
berjangkit dan merebak dengan pantas di kebanyakan kawasan di Filipina
khususnya membabitkan keluarga miskin apabila ribuan kanak-kanak sudah
menjadi mangsa penderaan seksual.
Sekali imbas, Ibabao adalah kampung nelayan yang terletak 550
kilometer di selatan Manila. Penduduknya amat akrab kerana kebanyakannya
ada pertalian persaudaraan atau mempunyai hubungan baik sejak dulu lagi
dengan jiran. Mereka juga dilihat sering ke gereja.
Namun polis dan pihak berkuasa berkata, di dalam rumah separa kayu
yang kecil, ramai ibu bapa mengarahkan anak mereka melakukan aksi seks
di depan kamera web yang disambungkan ke Internet dan dijual kepada kaki
pedofilia luar negara. Ada juga kanak-kanak yang diperdaya masuk ke
rumah jiran dan akhirnya dipaksa melakukan aksi lucah itu, kata mereka.
Sitoy berkata, ada banyak faktor yang membuatkan perdagangan seks
secara dalam talian itu berkembang dengan pesat antaranya kanak-kanak
dikurung secara rahsia di rumah, kedudukan Ibabao yang terpencil dan
sikap tidak peduli ketua kampung, apatah lagi jika mereka mempunyai
saudara-mara yang terbabit dalam jenayah berkenaan.
Pemburuan besar-besaran hanya dilakukan apabila sesetengah daripada
rakaman video itu sampai ke rumah warga Britain yang sememangnya
terkenal sebagai kaki pedofilia. Pada Mac lalu, lelaki ini dihadapkan ke
mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.
Sejurus selepas itu, polis Filipina mengadakan serbuan di Ibabao dan
kawasan berhampiran dengan bantuan pihak berkuasa Britain, Australia
dan Amerika Syarikat. Dalam satu serbuan pada September tahun lalu,
polis dan pekerja sosial memasuki rumah banglo di sebelah pusat jagaan
harian berkenaan dan menahan sepasang suami isteri serta menyelamatkan
tiga anak mereka yang berumur tiga, sembilan dan 11 tahun. Dua hari
kemudian, 13 lagi kanak-kanak diselamatkan daripada beberapa rumah lain.
Penduduk Ibabao kini amat curiga dengan kemasukan orang luar, tetapi
ada yang bersetuju untuk membuka mulut dengan syarat identiti mereka
dirahsiakan.
Mereka memberitahu ‘sarang seks siber’ masih terus beroperasi di
kampung itu, tetapi tiada penduduk yang melaporkannya atas faktor
keselamatan. Selain itu, budaya penduduk Filipina yang tidak suka
menjaga tepi kain orang turut membantu jenayah itu terus dilakukan.
Seorang suri rumah, Jennifer Canete, 38, yang bersedia bercakap
mengenai jenayah itu secara terbuka mengesahkan ramai penduduk yang
terbabit dan dia bimbangkan keselamatan empat anaknya yang masih kecil,
takut mereka juga menjadi mangsa. Ini kerana dia menghantar salah
seorang anaknya di pusat jagaan bersebelahan banglo sarang seks siber
itu.
“Kami berasa amat marah apabila mengetahui perkara ini. Macam mana
mereka boleh lakukan jenayah di sebelah pusat jagaan harian? Kini kami
mula bimbang, kami tidak tahu apa akan jadi pada anak-anak kami apabila
mereka pergi ke sekolah kerana di sini ramai orang yang terbabit dalam
jenayah ini,” katanya.
Pihak berkuasa juga tidak pasti bila perdagangan seks kanak-kanak
itu memasuki Ibabao. Namun menurut pekerja sosial, seorang wanita
Filipina yang dipercayai menganggotai kumpulan penjenayah datang ke
kampung berkenaan beberapa tahun lalu dan memperkenalkan skim cepat kaya
kepada penduduk di situ.
Wanita itu juga mengajar penduduk cara mencari pelanggan daripada
laman sembang pornografi dan menerima bayaran melalui pemindahan wang
antarabangsa, kata salah seorang pekerja sosial yang meminta identitinya
dirahsiakan demi keselamatannya.
Sesetengah operator memujuk kawan anak mereka untuk datang ke rumah
dan menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa. Mangsa diugut supaya
menutup mulut jika tidak mahu ibu bapa mereka dicederakan.
Seorang ibu berkata, jirannya pernah mengajaknya untuk turut serta
dalam jenayah berkenaan dan menawarkan RM320 untuk satu sesi - jumlah
yang amat lumayan bagi penduduk yang kebanyakannya mempunyai pendapatan
kira-kira RM22 sehari. Jirannya memujuk dengan mengatakan mereka tidak
perlu mengadakan sebarang sentuhan fizikal.
“Saya berasa amat marah. Sejak dulu kami diajar untuk melindungi dan
me-nyayangi anak kami. Kami memang bukan orang kaya, tetapi kami juga
bukanlah terlalu miskin atau terdesak. Ini perbuatan terkutuk,” katanya.
Bagaimanapun, seperti penduduk lain yang bimbangkan keselamatan
mereka, dia juga tidak membuat laporan polis. Namun dia cuba sedaya
upaya menjauhkan diri daripada mereka yang diketahui terbabit dalam
jenayah itu bagi mengelakkan sebarang masalah.
Ketika mengumumkan kehancuran rangkaian pedofilia, Agensi Jenayah
Nasional Britain berkata, 11 orang sudah ditangkap di Filipina pada
pertengahan Januari lalu dan 18 lagi tangkapan dibuat di negara lain di
seluruh dunia manakala 733 suspek masih ditahan untuk siasatan.
Andrey Sawchenko, Ketua Misi Keamanan Filipina (IJM) yang membantu
dalam penangkapan berkenaan berkata, 39 kanak-kanak diselamatkan di
Ibabao dan kawasan lain di negara itu.
Tetapi dia percaya, masalah sebenar jauh lebih besar dan serius.
Masih ramai penjenayah yang bebas dan aktif menjalankan perdagangan seks
siber membabitkan kanak-kanak. Agensi Jenayah Nasional Britain juga
menyifatkan penderaan seksual kanak-kanak secara dalam talian itu
sebagai ‘ancaman yang semakin membimbangkan.’
Dalam satu kenyataannya berbunyi: kedaifan hidup, kewujudan
perkhidmatan Internet yang semakin pantas dan adanya pelanggan kaya dari
luar negara mendorong kumpulan penjenayah mengeksploitasi kanak-kanak
demi mengaut keuntungan.
Kumpulan pejuang hak kanak-kanak Belanda, Terre des Hommes
menganggarkan di Filipina saja ‘berpuluh-puluh ribu’ kanak-kanak
dianiaya dalam industri seks siber ini. Tahun lalu kumpulan ini mencipta
kanak-kanak perempuan warga Filipina berumur 10 tahun secara maya dan
dia ‘dihantar’ ke laman sembang bagi menarik minat kaki pedofilia.
Dalam tempoh 10 minggu, 20,000 orang daripada 71 negara cuba
berkenalan dengan gadis maya ini dan memintanya melakukan aksi atau
persembahan seks. Maklumat kaki pedofilia itu dikumpulkan dan diserahkan
kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mungkin jenayah seperti ini tidak berlaku di negara kita, tetapi
tidak rugi jika ibu bapa meluangkan lebih masa dan memantau pergerakan
anak-anak kita demi keselamatan mereka.
Waris Saloma terasa pedih
Oleh Nurul Huda Kosnon
Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri
Saloma kesal dengan filem biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif
dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada
generasi akan datang.
Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita
berkenaan atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir
pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan
dianggap untuk kepentingan sendiri. “Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma),
termasuk bapa (Armalie Arman Ramli ) apabila menayangkan watak tidak
benar membabitkan penagih dadah.
“Gambaran yang dipaparkan
rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali,” katanya
ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
POSTER filem biopik Saloma yang kini ditayangkan di Astro.
Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu
bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya
tercalar berikutan tayangan filem terbabit.
“Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang
buruk terhadap generasi Allahyarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk
anak-anak saya, ” katanya.