Saturday, February 6, 2010

APABILA AGAMA ISLAM....QURAN SERTA HADIS TIDAK LAGI JADI RUJUKAN DAN PANDUAN HIDUP





Maaf cakaplah.....akhir zaman ni manusia hanya tertumpu kepada dunia,kemewahan,kekayaan yang melimpah luah,mengejar pangkat serta kuasa menyebabkan kita lupa tua dan mati.Ini bukan satu larangan ...tetapi hendaklah berpandukan agama.Kalau tidak kita akan jadi sombong dan bongkok serta gila kuasa...ujub dll.Rasa diri hebat...Sedangkan perkara2 itu boleh menyebabkan amalan tertolak dan mungkin kekal dalam neraka jika tidak bertaubat atau tak sempat bertaubat.Peristiwa2 yang benar2 berlaku yang telah di copy paste....menunjukkan bertapa gawat moral dan lemahnya iman.Serta perlanggaran hukum Allah dilakukan dengan tidak rasa segan silu dan tidak terasa takut azab dan bala Allah.

Syaitan berjaya memperkudakan mereka.Dan setengah ulama syok sendiri mengumpul harta kekayaan dan hidup mewah.Ceramah dibayaran ratusan ringgit dan ada yang ribuan ringgit.Mana ada berakah.Mana tanda syukurnya ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah.Tu belum kira dihidupkan dan sempurna anggota dan sifat.Kata2 pandai untuk menepis....tapi bolehkah mereka menepis dihadapan Allah nanti.Mereka juga tidak terkecuali dari tua,lemah dan mati.Dan mati besok bukan masuk dalam bilik atau kotak tetapi dalam tanah.Tubuhnya akan dimakan ulat serta dalam gelap gulita....bagaimana pula jika ditambah dengan siksaan Allah atas apa yang dilakukan didunia.Nak kaya....Agak2lah.

Masing2 berilmu,pandai baca kitab,pandai bahasa arab,sejarah nabi as dan sahabat2 dan serba nika maknek ilmu Islam hingga mampu mengarang kitab wakaupun perlu rujukan...Kira oklah.Itu pun nak menempalak ulamak silam yang merujuk kepada Quran dan Hadis2 yang telah hafalnya.Susah juga kalau kita yang syok sendiri.Mereka dikagumi sebab takwa dan tawadduknya berserta amalannya.Kita dkagumi sebab pintar bercakap disamping hebahan media2 letronik....mungkin juga disebabkan menunjukkan kemewahan dan kekayaan hidup.

Jangan ceritalah bab reda....ikhlas....zuhud...sabar.....jangan tamak...jangan cinta dunia serta yang lain yang sewaktu dengannya..juga kedaifan nabi2 dan sahabat2 serta wali2 Allah.Sedangkan kita jauh dari dapat mengamalkan.Janganlah kita kaki auta@temberang...Tapi habuk pun tak de.Jauh lagi nak mendidik orang kalau diri sendiri pun tidak boleh didik......

Suruh orang hisab diri atau muhasabah diri....mereka sendiri pun kena muhasabah diri juga.Jangan fikir apa Islam telah beri pada kita....fikir apa yang telah kita beri pada Islam....Allah.....lagi jauh.....mana sumbangan kita pada Allah.....

Syaitan oh syaitan berjaya engkau memperdaya mereka sebab mungkin mereka tidak ikhlas dalam beragama.

DIMANA SILAPNYA





KIRI :Arash. TENGAH : Nur Laila Isabella , KANAN : Nur Laila MALISSA

NEGARA

Nenek rayu 'Azhar' pulangkan cucu - Bapa ‘jual’ tiga anak akibat kesempitan hidup

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my



KLANG - Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tergamak menyerahkan tiga anaknya termasuk satu pasangan kembar yang masih kecil berusia antara satu hingga tiga tahun kepada seorang lelaki yang baru sehari dikenalinya bernama Azhar pada Disember tahun lalu.

Mohd. Khairi Md. Idris berkata, tindakannya itu akibat desakan hidup serta terlalu percayakan Azhar yang mendakwa dia seorang anggota polis di Bukit Aman sehingga tidak berfikir panjang untuk menyerahkan Arash Muhammad, 3, serta pasangan kembar, Nur Laila Isabella Sofia, dan Nur Laila Malissa Sofia, 1.

Malah, Mohd. Khairi yang tidak bekerja mendakwa dia bersama isterinya, Junaidah Saduddin, 25, tinggal di bawah tangga di satu bangunan di Lorong Cungah, Pelabuhan Klang, dekat sini turut menyerahkan MyKid ketiga-tiga anaknya itu kepada Azhar.

JANGAN MENIDAKKAN HUKUM ALLAH...ALLAH MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI



myMetro bullet Setempat
Lelaki tak serik keluar penjara


2010/02/07


SEGAMAT: Seorang lelaki yang baru beberapa bulan dibebaskan daripada penjara masih tidak serik apabila cuba mengedar dadah sebelum ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar Batu Anam, di sini.


Nilai dadah dipercayai jenis heroin yang dirampas ialah kira-kira RM19,000,” katanya. Majid berkata, pemeriksaan mendapati lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu berasal dari Felda Pemanis 2, di sini, dan pernah dua kali ditahan atas kesalahan dadah. Katanya, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah dadah dan baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dekat sini.

LIHAT..BERTAPA TERUKNYA KESAN TIDAK IKUT PERATURAN ALLAH



Pembantu rumah dirogol 8 lelaki



2010/01/31


JEDDAH: Sembilan hari selepas tiba di Qatif, timur Arab Saudi, untuk bekerja sebagai pembantu rumah, seorang wanita Indonesia dirogol lapan lelaki secara bergilir-gilir.

Polis melancarkan gerakan memburu suspek selepas wanita itu dicampak dari kereta di depan sebuah hospital.


“Mereka membawa saya ke tempat yang tidak saya ketahui,” kata Leni kepada akhbar Al-Yaum.


Menurutnya, dua lelaki mengheretnya dan tiga yang lain berada dalam kenderaan bercermin gelap. “Selepas kira-kira 10 minit menaiki kereta, saya dipaksa memasuki sebuah bangunan. Di situ, tiga lagi lelaki menunggu,” kata wanita itu.


Menurutnya, dia kemudian dibawa ke bilik, dipukul dan diancam dengan pisau.

“Mereka akan menikam jika saya melawan. “Mereka kemudian merogol saya secara bergilir-gilir tanpa mempedulikan tangisan dan rayuan saya,” katanya. Menurut Leni, penjenayah itu juga mengambil gambarnya dalam keadaan telanjang dengan telefon bimbit sebelum dibawa menaiki kereta dan dicampak di depan sebuah hospital. - Agensi

SEBENARNYA ISLAM DIABAIKAN...DUNIA DAN KEMEWAHAN DICARI TIDAK IKUT HUKUM



>Dugaan menempuh usia 40-an


2010/02/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Dia merasai keseronokan yang dia belum pernah jumpa. Sebab itu dia terpengaruh dan berterusan melakukannya,” kata perunding motivasi dan psikologi RMJ Holistic Solution Sdn Bhd, Dr Muhamad Jantan.


Menurut Muhamad, apabila seseorang itu mencapai usia 40 tahun, muncul fasa baru dalam kehidupan mereka dan pada masa sama ia turut disertai dengan pelbagai keinginan.

“Walaupun bukan ‘kaki perempuan’, percubaannya (mencari wanita di Internet) mempengaruhinya. Apatah lagi dalam keadaan dia mempunyai ‘nilai’ tambah, iaitu banyak wang.


“Keinginannya mampu dipenuhi dan disebabkan itu dia melakukannya berulang kali,” katanya.

Muhammad berkata, lelaki yang terjebak dalam melakukan perbuatan berkenaan akan kehilangan fokus dan tidak hairan berlaku perubahan dalam apa saja yang dilakukan, terutama pekerjaan atau perniagaan.

“Bagi mengelak berlakunya ‘ancaman’ seperti itu pada usia 40 tahun, kita perlu ada prinsip dan paling penting, pegangan agama yang kukuh.

“Jika pada usia itu kita pilih perbuatan tidak elok, kita akan terjebak melakukan perkara tidak elok. Jika memilih kebaikan, kita akan beroleh kebaikan,” katanya.

Presiden Persatuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean, Dr Hussain Habil, pula berkata sokongan keluarga dan asas agama menjadi aspek terpenting bagi individu terbabit tidak kembali kepada tabiat lama.

Katanya, dua aspek berkenaan bukan saja berkesan mengatasi masalah berkaitan, malah dilihat sebagai terapi terbaik dan tepat.

“Setiap kitaran hidup manusia sudah diprogram dan tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, pada usia awal 40-an akan berlaku proses kematangan.

“Untuk memastikan individu berkenaan tidak kembali ke tabiat lama, keluarga, terutama isteri dan anak, hendaklah memberi sokongan moral dan jangan sesekali meninggalkan mahupun mengasingkan diri.

“Selain itu, individu terbabit perlu dihantar untuk sesi kaunseling sebagai kekuatan tambahan bagi terus melupakan kejadian hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya,” katanya.

ZAMAN SEKARANG PUNYA TREND....SEPATUTNYA KERANA AGAMANYA


myMetro bullet Setempat
Diddy, Ellen diijabkabul
Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI
imas@hmetro.com.my
2010/02/07
myMetro bullet Setempat
Diddy, Ellen diijabkabul
Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI
imas@hmetro.com.my
2010/02/07


PASIR GUDANG: Perkenalan sebagai jiran sebelah rumah membawa hingga ke jinjang pelamin buat peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), Syamsul Hirdi Muhid, 25, atau Diddy yang selamat diijabkabulkan dengan kekasihnya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini, semalam.


Pada peringkat awal, kami cuma berkawan rapat dan selepas itu baru timbul rasa cinta. “Perkenalan kami berlangsung 10 tahun sebelum memutuskan untuk bertunang dengan restu keluarga kedua-dua pihak,” katanya. Menurut Diddy, dia tidak memandang paras rupa atau kecantikan seseorang untuk dijadikan teman hidup.

Yang penting, Ellen adalah cinta sejati pertamanya sejak dulu. “Ellen adalah wanita istimewa yang sentiasa memahami kerjaya seni yang saya ceburi dan kami juga ada persefahaman antara satu sama lain. “Saya berharap perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya. Sementara itu, Ellen berkata, dia jatuh cinta dengan Diddy disebabkan tertawan dengan budi bahasa dan senyuman manisnya ketika pertama kali bertemu penyanyi berkenaan.

PASIR GUDANG: Perkenalan sebagai jiran sebelah rumah membawa hingga ke jinjang pelamin buat peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), Syamsul Hirdi Muhid, 25, atau Diddy yang selamat diijabkabulkan dengan kekasihnya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini, semalam.


Pada peringkat awal, kami cuma berkawan rapat dan selepas itu baru timbul rasa cinta. “Perkenalan kami berlangsung 10 tahun sebelum memutuskan untuk bertunang dengan restu keluarga kedua-dua pihak,” katanya. Menurut Diddy, dia tidak memandang paras rupa atau kecantikan seseorang untuk dijadikan teman hidup.

Yang penting, Ellen adalah cinta sejati pertamanya sejak dulu. “Ellen adalah wanita istimewa yang sentiasa memahami kerjaya seni yang saya ceburi dan kami juga ada persefahaman antara satu sama lain. “Saya berharap perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya. Sementara itu, Ellen berkata, dia jatuh cinta dengan Diddy disebabkan tertawan dengan budi bahasa dan senyuman manisnya ketika pertama kali bertemu penyanyi berkenaan.

DUA2...LANGGAR HUKUM ALLAH...MEMBELA DAN DIBELA



Mengurat guna Internet

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/02/

KUALA LUMPUR: Umurnya menjangkau setengah abad, tapi usia dianggap matang itu belum mampu melepaskan seorang lelaki daripada perangkap penyalahgunaan Internet.


Komputer dan Internet langsung tidak memajukan perniagaannya, tetapi menjadi saluran untuk dia memikat wanita yang sanggup melakukan apa saja demi wang.

Sepanjang lima tahun, Jaafar ibarat ‘playboy tua’ apabila berpuluh-puluh wanita terkulai di ribaannya, namun kegembiraannya tidak lama kerana selepas itu satu demi satu ‘bala’ menimpa sehingga segala kekayaannya lenyap. Ikuti luahan Jaafar.


“SEBENARNYA saya bukan jenis ‘kaki betina’ atau ‘kaki enjoy’ hinggalah saya mula menaruh minat kepada Internet.

Tujuan asal saya mahu menceburi cabang perniagaan baru, termasuk mencuba pelbagai jenis skim pelaburan Internet, tetapi memandangkan saya suka ‘meneroka’, saya cuba mencari pelbagai maklumat.

Sebelum itu saya dengar ramai kawan dapat kenalan di Internet, malah ada yang ‘simpan perempuan’ selepas berhubung di Internet.

Saya cuba melayari laman web mencari kenalan dan tak sangka pula ada yang secara terang-terangan mencari ‘sugar daddy’.

Saya mencubanya dan tak sangka menerima respons baik. Wang bukan menjadi masalah bagi saya dan disebabkan itu saya tidak kisah mendepositkan wang jika diminta wanita yang berjaya saya hubungi menerusi telefon.

Pada mulanya tidak banyak, setakat RM200 hingga RM300. Saya umpan dengan wang lebih banyak jika sanggup berjumpa dan memenuhi apa saja kehendak saya. Tak sangka pula ada yang sanggup.

Seingat saya, wanita pertama yang berjaya saya takluki bekerja sebagai jurujual. Dia mendakwa sentiasa berdepan masalah kewangan dan memang mahukan sesiapa yang boleh memberinya kekayaan ‘membelanya’. Kali pertama berjumpa, terus ‘dapat’.

Saya mula berasa seronok. Setakat beri wang RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bukan menjadi masalah kepada saya. Setakat membayar sewa kondominium mewah dan kereta, saya tidak kisah.

Saya mula sedar, wang boleh membeli segala-galanya dan saya cari lagi wanita yang boleh dibela menerusi laman web yang mengiklan tawaran mencari ‘sugar daddy’.

Saya dapat yang baru dan yang lama pula saya tinggalkan begitu saja bila sudah bosan.

Semakin lama saya berasa kian seronok. Seorang demi seorang wanita, tidak kira yang bekerja atau masih menuntut, berjaya saya pikat.

Namun, saya akui tidak terlepas ditipu beberapa kali. Disebabkan yakin mangsa akan terikat dengan saya apabila saya mendepositkan wang, lebur juga ribuan ringgit. Selepas masukkan wang, ‘sasaran’ hilang begitu saja, tetapi saya tidak kisah.

Saya terus ‘aktif’ melakukan perbuatan terkutuk itu. Untuk mengelak ahli keluarga, terutama isteri, mengesan aktiviti itu, saya merancangnya dengan teliti. Jika mahu berjumpa mangsa, saya memilih melakukannya di hotel bertaraf lima bintang.

Soal keluar masuk wang, saya tidak bimbang kerana isteri dan anak tidak ambil tahu. Saya berikan kemewahan kepada mereka.

Pada masa sama, tumpuan saya bukan hanya kepada laman web berkenaan kerana saya mula ‘meneroka’ laman web mencari kenalan lain seperti ‘myspace’, ‘friendster’ dan ‘facebook’. Hasilnya, semakin ramai yang berjaya saya takluki.

Umpannya mudah, iaitu wang. Saya sanggup bela mereka asalkan mereka beri apa yang saya mahu. Bagaimanapun, saya tidak mahu terikat. Jika sudah bosan, saya tinggalkan.

Tahun ketiga melakukan perbuatan terkutuk itu, entah mengapa perniagaan mula merosot. Tender tak dapat dan ada projek tertentu tidak dapat saya siapkan. Ada juga beberapa pelaburan menerusi Internet yang saya masuk lebur begitu saja.

Saya masih mampu bertahan dan tetap melakukan perbuatan itu. Saya jual kereta untuk dapat wang hinggalah semua kereta saya jual.

Kononnya nak buat modal berniaga, tetapi entah bagaimana wang habis begitu saja. Fikiran benar-benar berserabut. Jumpa salah kawan pula.

Kawan kata main judi mesin slot di kelab judi eksklusif boleh kaya jika modal besar, tetapi apa yang saya lakukan tidak menjadi. Banyak kalah daripada menang.

Sehingga pada tahun kelima, saya benar-benar terduduk. Kereta hanya tinggal kereta buruk, nasib baik saya tak jual rumah.

Wanita yang saya bela semuanya lari kerana saya tidak lagi mampu memberi kemewahan dan wang setiap bulan. Keluarga juga yang menjadi mangsa.

Mujur dulu isteri pandai berjimat, adalah sedikit wang simpanan. Bagaimanapun, apabila sudah lama hidup senang, sukar untuk mengubah gaya hidup. Wang yang ada kian surut dan sejak itu baru saya cuba ubah gaya hidup.

Sekarang saya berniaga kecil-kecilan, ambil kontrak daripada orang lain. Kadangkala jual insurans. Menyesal tak sudah!

Sepatutnya saya hidup senang hari ini, tetapi kerana balasan Tuhan, saya hidup susah. Kini, baru saya kembali mencari keberkatan hidup, meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.”

KORBAN SUAMI DEMI CINTA KELUARGA....

Diterkam rimau
Laporan dan foto RAVALE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my
2010/02/07


TELUK INTAN: “Sebaik diterkam dari belakang, saya cuba melawan untuk menyelamatkan diri, termasuk menumbuk muka harimau itu sekuat hati sambil menjerit bagi menakutkannya. href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijXVD7GsQZb8f0Nb6ey0uqXGWEaz7U-Y93lrQbzIlJOIUo-3nG5m31qVCEgTwTckvKs86OirAijjZ9JZfYtq-FvbYCt1G2_gyrmG7Q802Xevv31kkViBXlG8GV2prqCs2j8LEvybG9sqo/s1600-h/pix_middle.jpg">

TERKOYAK... Sidah menunjukkan badan Yok yang terkoyak sepanjang 15 cm ketika menerima rawatan di HTI, semalam.


Walaupun cedera teruk, saya tekad menyelamatkan diri dan melawan sehingga ke titisan darah terakhir,” kata pencari petai, Yok Meneh Yok Din, 47.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, Yok dari suku kaum Orang Asli Semai dari Kampung Ras, Sungkai, cedera teruk di beberapa bahagian badan selepas diserang seekor harimau jantan ketika mencari petai, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya.


Yok Meneh berkata, tindakan pantasnya menumbuk muka harimau dan menjerit sekuat hati berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham harimau yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima tahun itu.

Katanya, dia diterkam oleh harimau itu ketika menuju ke arah pokok petai, menyebabkan dia jatuh dan belakang badannya luka teruk.

“Saya bersyukur kerana tindakan menumbuk muka harimau itu membuahkan hasil apabila ia terkejut dan melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, semalam.

Selepas harimau itu beredar, Yok keluar dari hutan bagi menyelamatkan diri dalam keadaan badan berlumuran darah.

Katanya, ketika berlari menyelamatkan diri, dia terserempak dengan seorang pemandu traktor mengutip buah kelapa sawit yang segera membawanya pulang ke rumah.

Yok berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai sebelum di bawa ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian dirujuk ke HTI kerana kecederaannya serius.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di hutan.

Saya akan terus bekerja sebagai pencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Sidah Anak Yok Chok, 38, berkata beliau sekeluarga syukur suaminya selamat dan menganggap ia antara cabaran dan dugaan mengahwini pencari petai.

“Saya akan terus memberi sokongan kepadanya dan pada masa sama mendoakan supaya dia sentiasa selamat ketika bekerja,” katanya.

CITE NI DAH LAMA METRO...7/10/08...INGAT BAHAYA DIMANA2....



NEGARA

Syafiqah masih hidup ketika dirogol - Forensik


JOHOR BAHRU - "Penembusan ke kemaluan si mati boleh berlaku dalam keadaan sedar atau tidak".

Demikian keterangan Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Seiw Sheue Feng (gambar) selepas perbicaraan kes bunuh dan rogol pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Mohamad Borhan, 15, disambung semula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Malah, Sheue Feng dalam keterangannya menambah, disebabkan terdapat kesan lebam pada bahagian kemaluan dan paha si mati, ia menunjukkan mangsa dipercayai masih hidup ketika kejadian itu berlaku.

"Kesan lebam menunjukkan si mati masih hidup kerana sekiranya seseorang itu sudah mati dan berlaku penembusan ke kemaluannya, ia tidak akan menunjukkan kesan lebam.

"Ini kerana, ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peguambela, Norman Fernandez mewakili tertuduh, Abu Bakar Musa, 23, yang didakwa melakukan perbuatan tersebut pukul 5.45 pagi pada 25 Januari hingga 3.30 petang di longkang Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda di sini 27 Januari 2006.

Terdahulu, bagi menjawab soalan peguam terbabit mengenai kemungkinan si mati berada dalam keadaan tidak sedar selepas terjatuh ke dalam longkang setinggi 2.13 meter, Sheue Feng memberitahu, situasi berkenaan tidak memadai untuk menyebabkan keadaan itu.

"Si mati mungkin berada dalam keadaan antara sedar atau tidak yang rendah, tetapi jatuh dari ketinggian 2.13 meter pada pandangan saya tidak akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak," jelasnya.

Dalam perbicaraan yang bermula pukul 10 pagi itu tertuduh yang memakai kemeja-T putih dan berseluar jean biru dilihat hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Azahar Mohamad dan dijangka disambung pukul 9.30 pagi hari ini.

ALLAH MAHAKAYA....METRO YANG SAMA HARI 6/2/10








Siswi bising ketika seks


2010/02/06


UNIVERSITI CAMBRIDGE: Ramai pelajar perempuan Kolej Newnham, Universiti Cambridge berasa malu selepas menerima e-mel meminta mereka supaya tidak membuat bising pada lewat malam.
Meskipun bunyi bising itu tidak didedahkan dengan nyata, ramai daripada 400 pelajar kolej wanita itu menganggap teguran itu berpunca daripada suara mereka yang kuat ketika melakukan hubungan seks. E-mel dikirim Presiden kolej, Lizzy Cole selepas menerima 30 aduan terhadap bunyi bising pada lewat malam turut meminta pelajar lebih berhati-hati melakukan aktiviti dan mengingatkan dinding bilik mereka tipis dan laluan asrama pula memantulkan gema. Beberapa graduan terkejut apabila memikirkan jiran mendengar suara mereka ketika melakukan seks. “Apabila membaca e-mel itu, saya berasa malu, merasakan ia merujuk kepada saya,” kata seorang pelajar tahun dua.

Seorang lagi pelajar yang menginap di Newnham turut malu apabila memikirkan orang lain mendengar suaranya ketika beliau melakukan seks. “Muka saya merah padam menahan malu apabila membaca e-mel itu. “Hakikatnya, saya cuba melakukannya dengan senyap tapi sering terlupa suara yang meninggi sedikit sahaja boleh didengar pelajar lain kerana dinding kolej ini terlalu tipis,” katanya. Lizzy, 19, pelajar tahun dua jurusan sains gunaan bagaimanapun berkata, pelajar salah sangka dengan mesej yang cuba disampaikannya.

“Aduan saya terima bulan lalu kerana bunyi bising seperti suara jeritan dan muzik yang dimainkan terlalu pada lewat malam yang berlaku di kolej, bukan seperti yang mereka sangkakan. “Namun, penghuni Newnham dilabel agak liar dan ia sebenarnya tidak adil kerana senario seperti itu berlaku di semua asrama perempuan. “Kami bukan jalang tapi hanya wanita yang menjalani hidup normal,” katanya.

Pelawat lelaki dibenar menginap dua malam di kolej itu.






MEREKA MENJALANKAN SEK BEBAS...SEBELUM KAHWIN..DAN CURANG SELEPAS KAHWIN BAGI MEREKA BIASA...
INI KESAN TIDAK DIKHATAN...NAFSU MEREKA KUAT...

HUKUM BERKHATAN WANITA ISLAM WAJIB CUMA SATU MAZHAB YANG MENHUKUMKAN SUNAT...TUJUANNYA UNTUK MENGURANGKAN NAFSU WANITA...






Doktor diminta henti khatan budak perempuan


2010/02/06


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengarahkan doktor, jururawat dan bidan di negara-negara Afrika supaya berhenti mengkhatankan kaum hawa benua itu.
Pakar WHO, Elise Johansen menyatakan, pekerja perubatan masih membantu mengkhatankan kemaluan kanak-kanak perempuan didakwa bertujuan menghadkan aktiviti seksual mereka apabila dewasa kelak. Elise mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap hampir 75 peratus daripada kes di Mesir, kira-kira 42 peratus di Sudan dan 34 peratus di Kenya. Proses dikenali sebagai mengkhatankan kemaluan wanita menjadi amalan masyarakat Afrika. Ia boleh menyebabkan wanita tidak dapat menikmati seks serta komplikasi ketika bersalin.




ITU SEBAB ORANG TAK BERKHATAN NAFSU KUAT@GILA SEK...SUKA BERTUKAR PASANGAN....DENGAN KATA LAIN BERZINA....

CITE2 ROGOL DAN LAIN BUKAN SUKA2 TETAPI UNTUK MENYEDARKAN WANITA AGAR BERWASPADA DAN IKUT HUKUM SYARAK...JIKA TIDAK KITA YANG BINASA







Didakwa rogol kekasih


2010/02/06


SHAH ALAM: Seorang pekerja pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol teman wanita, sehari sebelum menyambut tarikh lahirnya pada bulan lalu.
Tertuduh Mohd Shahrilizwan Majid, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mendengar jurubahasa mahkamah membaca pertuduhan di hadapan Hakim Hasbi Hasan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang remaja berumur 15 tahun di sebuah rumah Jalan Kebun, Klang, pada jam 1 pagi, 31 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Nawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

KESAN DARI BARAN








'Saya maafkan suami'
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
2010/02/06


AMPANG: “Saya maafkan suami. Yang sudah itu lepaslah. Tak nak ingat lagi. Buat apa saya menyimpan dendam kerana ia hanya akan menyakitkan hati dan memudaratkan diri sendiri,” kata Noor Shamila A Majid, 34, wanita hamil lima bulan yang ditetak suami dalam kejadian Selasa lalu.
Dia yang mengalami cedera di kepala dan tangan akibat tetakan pisau pemotong daging digunakan suami dalam kejadian itu turut menyatakan sudah tawar hati untuk kembali bersama lelaki terbabit.


Menurutnya, dia berhasrat membuat tuntutan fasakh berhubung insiden berkenaan.
“Saya sudah memaafkan tindakannya, namun saya tidak akan menerimanya kembali dan akan menuntut fasakh,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang, di sini, semalam.


Noor Shamila berkata, dia juga tidak akan pulang semua ke rumahnya Pangsapuri Sri Ampang, Taman Dagang, tempat kejadian itu kerana enggan menyimpan memori duka akibat kejadian tragik itu.


“Selepas keluar hospital, saya dan anak-anak yang masih dalam trauma akan tinggal bersama ibu di Sungai Buloh.

Saya akan berusaha mencari rumah baru untuk menetap dalam suasana lain bersama empat anak,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Skuad Sayang Wanita Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak hadir bersama beberapa ahli jawatankuasanya bertemu dengan mangsa.


Reny Rahayu berkata, pihaknya akan membantu membawa anak mangsa bertemu dengan kaunselor bagi menghilangkan trauma.


Katanya, Skuad Sayang juga akan memberi bantuan kepada mangsa jika diperlukan.


Harian Metro kelmarin melaporkan seorang wanita yang mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami sendiri apabila ditetak pisau pemotong daging menyebabkan empat jari tangan kirinya terkulai.


Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa yang berang apabila isterinya pulang lewat walaupun disebabkan keretanya dipecah pencuri.


Berang isterinya yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, pulang lewat, lelaki terbabit menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong daging.


Bagaimanapun, lelaki itu yang menjual pakaian terpakai di Pasar Chow Kit akhirnya menyerah diri di Balai Polis Ampang.

SAPE SILAP DAN MENIPU







Kahwin untuk enam bulan
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
2010/02/06


KUALA TERENGGANU: “Dia berkahwin dengan saya bukan atas dasar kasih sayang, tetapi bertujuan menipu,” dakwa Daros Harun, 38, selepas kecewa tindakan isteri menuntut cerai, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Lebih membingungkan apabila jururawat berusia 32 tahun yang dinikahinya pada Jun 2009 lalu membuat tuntutan itu tanpa sebab. Pekerja chalet di Pulau Kapas dari Kampung Buloh Gading, Manir, berkata hubungan mereka hambar sejak awal perkahwinan apabila wanita berkenaan tidak melayaninya sebagai suami dan sentiasa menjauhkan diri daripadanya sebelum memberitahu mahu berkahwin selama enam bulan saja. “Dia berkata demikian pada hari ketiga perkahwinan dan saya cuba bertanyakan kenapa, tetapi gagal apabila dia sering mengelak bertanyakan hal itu.

“Sama ada benar tujuannya mengambil kesempatan mendapatkan wang mudah melalui perkahwinan itu atau ada muslihat lain di sebalik perkahwinan itu, saya tertipu selepas berbelas ribu wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan yang dihadiri 1,000 jemputan termasuk saudara-mara dan rakan,” katanya yang membelanjakan wang lebih RM12,000 termasuk wang hantaran RM6,000. Daros berkata, dia hairan apabila wanita terbabit menuntut cerai kerana sejak berkahwin dia tidak pernah melakukan perbuatan menimbulkan kemarahan isteri dan keluarga mentua. Katanya, sejak mendirikan rumah tangga, dia melayani wanita berkenaan dengan kasih sayang dan menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna. “Namun, kasih sayang diberikannya sia-sia apabila isteri bersikap demikian, malah rumah tangga kami semakin teruk apabila keluarga mentua mencemuh dan menghina saya dengan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk menuduh saya penagih dadah,” katanya. Daros berkata, sebelum berkahwin, dia tidak mengenali dan bertemu wanita berkenaan yang tinggal sekampung dengannya dan perkahwinan mereka dibuat atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sikap dingin isteri menyebabkan saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan isteri dan keadaan itu menjadi parah selepas rakan lelakinya meninggal dunia pada hari keempat perkahwinan kami.

“Selepas peristiwa itu saya mendapati dia tidak henti-henti menangis dan keadaan itu mencurigakan saya sebelum mengaku lelaki yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya itu bekas kekasihnya. Menurut Daros, disebabkan perasaan kasih dan sayang mendalam terhadap isteri, dia terus tinggal di rumah berkenaan walaupun dihina keluarga mentua dengan pelbagai tuduhan menyakitkan hati. “Saya tahu isteri dan mentua sengaja menyakitkan hati saya dan mengharapkan saya keluar dari rumahnya selepas tidak tahan tuduhan dan layanan buruk isteri,” katanya. “Selepas hampir sebulan keadaan itu berlarutan, saya membuat keputusan meninggalkan rumah berkenaan dan tinggal bersama keluarga. “Namun, sebagai suami, saya tetap mengunjungi isteri di rumahnya, tetapi kesal apabila dihalau mentua yang tidak membenarkan saya bertemu anaknya,” katanya. Daros berkata, bagi menyelamatkan rumah tangganya, dia membuat aduan dua kali di pejabat agama daerah, tetapi usaha itu sia-sia.

APA PUNYA ANAK...BALAS AKAN DIDAPATKAN PADA SATU HARI....TUNGGU................







JKM hantar bantuan terus


2010/02/06


BALING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling akan menghantar terus bantuan bulanan RM300 kepada Zainnu Hussin, 71, mulai bulan depan selepas wang berkenaan ‘dikebas’ salah seorang daripada tiga anaknya yang didakwa membiarkannya hidup merempat di sebuah pondok buruk di tepi sawah di Kampung Besah, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini.

Pegawai Kanan JKM Baling, Syed Mohd Abd Ghani Syed Ali, berkata pihaknya akan menghantar terus bantuan wang itu untuk kegunaan harian warga emas terbabit yang lumpuh selepas terbabit kemalangan dua tahun lalu. Beliau berkata, sebelum ini JKM menyalurkan bantuan melalui Bantuan Pesakit Terlantar kepada salah seorang anak yang menjaganya. Akhbar ini semalam melaporkan dakwaan Zainnu yang dibuang tiga anaknya sehingga dia hidup melarat dan harta bendanya termasuk 27 ekor lembu peliharaannya turut dijual anaknya.

MARI KITA DOA RAMA2 AGAR ALLAH SWT BALAS 3 LELAKI ITU SETIMPAL DENGAN KEJAHATANNYA









Sekeluarga menyisih diri
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee dan Syarifah Dayana Syed Bakri
am@hmetro.com.my
2010/02/06


KUALA LUMPUR: Tragis apabila seorang gadis berusia 20 tahun diperlakukan bagai haiwan oleh tiga lelaki durjana yang memperkosanya bergilir-gilir sebelum aksi itu dirakam dan kini diedar secara meluas melalui telefon bimbit dengan judul ‘Kena Rogol’.
Lebih malang, bukan saja gadis terbabit yang juga graduan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengalami tekanan perasaan, malah perlakuan tiga lelaki berhati binatang itu turut menyebabkan seluruh anggota keluarganya kini menyisihkan diri daripada masyarakat kerana malu selepas aksi kejadian dipercayai berlaku Oktober tahun lalu, tersebar melalui telefon bimbit. Kisah hitam gadis berkenaan didedahkan kenalannya hanya mahu dikenali sebagai Laili, 25, yang bersimpati, namun buntu untuk memujuk remaja terbabit membuat laporan polis. “Ketika pulang ke kampung di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya bercadang mengunjungi mangsa, namun dihalang anggota keluarganya yang tidak mahu anak gadis mereka diganggu. “Kerana tidak puas hati, saya bertanya kepada adik gadis itu sebelum ditunjukkan satu klip video selama dua minit di telefon bimbitnya menunjukkan aksi kakaknya ‘dikerjakan’ tiga lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, klip video itu tersebar di kampungnya menyebabkan anggota keluarga mangsa malu lalu mengasingkan diri dari masyarakat. “Dalam video terbabit, mangsa tanpa seurat benang dipaksa tiga lelaki melakukan seks dengan tangannya dipegang.

Dia yang bertubuh kecil hanya mampu menjerit dan meraung meminta tolong, namun tidak dihiraukan. “Walaupun cuba melarikan diri, dia diheret dua lagi lelaki.

Tak tergamak saya melihat dia menangis meminta simpati, tetapi ketiga-tiga ‘binatang’ itu seolah-olah hilang akal,” katanya. Ketika ‘aktiviti’ jahat itu dilakukan, mereka memasang lagu dengan kuat bagi memastikan jeritan mangsa tidak didengari orang lain. “Saya difahamkan kejadian berlaku di Kuala Lumpur kerana ketika itu, mangsa masih bekerja di sini.

Selepas itu, mangsa pulang ke kampung dan enggan keluar rumah. “Dia lebih banyak bersendirian dalam biliknya, begitu juga ahli keluarganya yang tidak banyak bercakap berbanding sebelum ini,” katanya. Laili berkata, perasaan benci bercampur geram melihat keadaan mangsa membuatkan dia ingin menemui gadis terbabit, namun keluarganya bertegas memintanya jangan mencampuri urusan mereka. Lebih menyakitkan hati apabila keluarga gadis itu enggan membuat laporan polis kerana malu. “Saya pernah bertanyakan keluarga mengapa mereka tak mahu membuat laporan polis, namun ibu saya menyatakan mereka malu dan tidak mahu apa yang berlaku menjadi bualan lebih ramai penduduk kampung. “Mereka lebih rela mendiamkan perkara ini kerana bimbang diketahui.

Saya simpati dengan apa yang berlaku, namun tidak tahu cara terbaik yang perlu dilakukan bagi membantunya,” katanya. Menurutnya, dia berharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk membantu mangsa kerana bimbang perkara itu menjejaskan masa depan mangsa atau lebih malang gadis lain pula menjadi mangsa tiga syaitan bertopengkan manusia itu.

Friday, February 5, 2010

JADIKAN TELADAN



Alkisah : Berkasih Sayang tanpa Ucapan



Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang
agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja
bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di
meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yanglain.


Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka
telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuhdari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnyaseperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuningkehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yangtidak berhenti keluar masuk hidung anaknya.


Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan
perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluargatersebut makan dengan lahapnya.


Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya.
Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya.


Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.


Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya,
keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau
di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2
tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.


Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya
yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama
sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya denganperasaan yang sangat jengkel. Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa
lega.


Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu
duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang sayarasakan. Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.


Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.


Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi
sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu
keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman.


Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya

Thursday, February 4, 2010

KESAN SMS








Derita janda cerai SMS


2010/02/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan diceraikan talak tiga melalui SMS, seorang wanita juga terpaksa menanggung empat anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian selepas diabaikan bekas suami sejak lapan tahun lalu
Hayati Mohd Shariff, 39, mendakwa, dia kini terpaksa menumpang di rumah ibu bapanya di Setapak Jaya di sini dan selama lapan tahun dia berhempas pulas bekerja tanpa mengira waktu untuk membesarkan anaknya yang berusia sembilan hingga 17 tahun.


Katanya, dia juga terpaksa mengharap belas ihsan adik-beradiknya untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga berikutan pendapatannya yang tidak menentu setiap bulan.


“Saya hanya bekerja apabila ada majikan yang menawarkan pekerjaan dan dibayar mengikut jumlah hari bekerja. Jika tiada tawaran saya terpaksa mengikat perut asalkan anak-anak dapat makan.


“Saya berharap bekas suami dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada keempat-empat anak kami,” katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di sini, baru-baru ini.

GOPOH GAPAH PERBUATAN SYAITAN







Korban jari demi kandungan
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/02/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Buang semua empat jari yang terkulai akibat ditetak bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawa sendiri atau sambung semula jari terbabit, tetapi perlu berdepan risiko kemungkinan kehilangan dua jiwa.
Itulah pilihan diberi doktor pakar kepada seorang pekerja bank, Norshamila Abd Majid, 34, yang sedang hamil lima bulan ketika dibawa ke dewan bedah Hospital Ampang kerana empat jari kirinya terkulai akibat ditetak suami sendiri menggunakan pisau pemotong daging.


Namun, sifat keibuan mengatasi segala-galanya apabila dia memilih menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawanya sendiri menyebabkan Norshamila kini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup apabila jari telunjuknya terpaksa dipotong.


Jurucakap HA berkata, sebelum dimasukkan ke dewan bedah, wanita terbabit terpaksa memberi kata putus dengan membuat hanya satu daripada dua pilihan itu dan dia mengambil keputusan memotong semua jarinya yang terkulai itu. “Mangsa perlu membuat pilihan itu kerana ubat digunakan untuk menyambung semula jarinya terlalu kuat dan dikhuatiri mengancam nyawanya sendiri dan bayi dalam kandungan mungkin gugur.


“Bagaimanapun, ketika proses pembedahan, doktor pakar cuba menyambung kembali jarinya dan akhirnya tiga daripada jari wanita itu berjaya disambung semula, namun jari telunjuk terpaksa dipotong,” katanya.


Mangsa kini masih dalam pemantauan rapi kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman, selain memastikan tiga jari berkenaan dapat kembali bergerak seperti asal.


Mangsa serta bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang seminggu lagi jika keadaan kesihatan bertambah baik.


Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita yang mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami sendiri apabila ditetak pisau pemotong daging menyebabkan empat jari tangan kirinya terkulai.


Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa yang berang apabila isterinya pulang lewat walaupun disebabkan keretanya dipecah pencuri.


Berang isterinya yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, pulang lewat, lelaki terbabit tanpa menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong daging.


Bagaimanapun, lelaki itu yang menjual pakaian terpakai di Pasar Chow Kit di sini, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

LAIN PULA CERITANYA PULA.....






23 artis culas langsai hutang

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
2010/02/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Kedegilan 23 artis terkenal melangsaikan hutang bukan saja mengakibatkan mereka diisytihar bankrap, malah berdepan masalah lebih serius apabila enggan berunding dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk menyelesaikan kes itu.
Ada antara artis terbabit berstatus bankrap sejak 20 tahun lalu dan diperintah membayar balik hutang secara ansuran, manakala sebahagian lagi bakal menghadapi tindakan tegas apabila hanya membayar RM50 untuk beberapa bulan seperti diarahkan mahkamah sebelum melesapkan diri.


Artis terbabit antara 275 individu daripada sektor hiburan yang diisytiharkan muflis. Kebanyakan mereka dikenal pasti sebagai artis terkenal dan diisytihar bankrap kerana gagal menjelaskan hutang selepas membuat pinjaman untuk perniagaan atau membeli kenderaan.


Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata 10 daripada artis terbabit diisytihar bankrap selepas gagal membayar pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perniagaan (enam), menjadi penjamin korporat (tiga), kad kredit (dua) dan masing-masing seorang gagal melunaskan hutang pinjaman rumah serta tidak membayar cukai pendapatan.


Beliau berkata, daripada 23 selebriti tersohor itu, 12 memberi kerjasama baik, tujuh lagi ‘tenggelam timbul’ manakala empat langsung tidak nampak batang hidung, menyebabkan tindakan tegas terpaksa diambil sama seperti individu bankrap lain.


Sehubungan itu, katanya, MdI bercadang ‘melawat’ artis terbabit pada bila-bila masa selepas mereka dilihat terlalu culas, malah tidak pernah hadir berbincang dengan jabatan itu untuk merancang pembayaran semula hutang sebelum ini sehingga diisytiharkan bankrap oleh mahkamah.


“Di sektor sukan pula, ada 81 atlit yang kami perlu tadbir manakala sektor hiburan seramai 275 orang diisytiharkan muflis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.


Abdul Karim berkata, selain sektor hiburan, pihaknya mengenal pasti beberapa golongan yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kakitangan awam, swasta, profesional, bekerja sendiri, perniagaan, pelajar, pesara dan ahli sukan.


“Kami akan kesan untuk ‘bertanya khabar’ jika mereka masih enggan hadir berbincang. Jabatan bukan mahu menganiayai atau menyusahkan orang, sebaliknya ambil pendekatan memudahkan keadaan serta berharap sepenuh kerjasama supaya status bankrap itu boleh ditamatkan.


“Beri kerjasama dan berbincang dengan jabatan, kami akan cuba buat peraturan setakat mana dan selama bila mereka boleh melangsaikan pembayaran. Ini penting sebab kami hendak menjaga kepentingan awam, pihak pemberi hutang, mendidik mengenai kewangan dan moraliti perniagaan, sekali gus membantu kerajaan membangunkan sektor ekonomi,” katanya.


Menjelas lanjut mengenai peranan MdI, Abdul Karim berkata, jabatan berperanan memberi nasihat dan membantu individu muflis keluar daripada kebankrapan menyebabkan kerjasama mereka amat diperlukan.


“Seseorang hanya akan diisytihar bankrap dengan perintah mahkamah dan selepas itu secara automatik semua harta mereka kecuali perkakasan kerja dan pakaian keluarga yang bernilai tidak lebih RM5,000 diletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvnesi (KPI) untuk dijual dan hasilnya diagih kepada pemiutang kerana diandaikan seseorang itu tidak dapat mengurus kewangan dengan baik.


“KPI berperanan mentadbir dan memantau perilaku si bankrap dan di sini penguatkuasaan dilakukan jika gagal membayar mengikut perjanjian atau melakukan jenayah seperti meminjam lebih RM1,000 tanpa memberitahu status muflis, menyorok atau memindahkan harta dan mempunyai niat tidak mengisytiharkan harta kepada Ketua Pengarah Insolvnesi,” katanya.


Bagaimanapun, terdapat situasi kelonggaran diberikan seperti individu bankrap hilang upaya, menghidap penyakit kronik dan tidak bekerja kerana KPI ada budi bicara melepaskan mereka daripada kebankrapan, tetapi tertakluk kepada kriteria tertentu.


Abdul Karim berkata, individu yang diisytiharkan bankrap perlu hadir ke Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes kebankrapan mereka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang boleh diambil. Seseorang bankrap atau muflis tertakluk kepada beberapa sekatan, umpamanya tidak boleh membuat pinjaman lebih RM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemberi pinjam bahawa dia seorang bankrap, tidak boleh membuka akaun bank kecuali penerimaan gaji, harta termasuk simpanan di bank, simpanan Tabung Haji manakala pelaburan mana-mana skim akan ditahan serta diambil bagi tujuan pembayaran hutang kepada pemiutang serta tidak boleh menjadi presiden apa-apa persatuan.


Selain itu, individu terbabit tidak boleh bekerja dengan syarikat dipunyai sanak-saudara, hanya boleh bekerja dalam bidang tertentu, tidak boleh dilantik menjadi pengarah syarikat kecuali dengan kebenaran KPI dan disekat ke luar negara terutama melancong kecuali dengan kebenaran KPI.


“Kami bagaimanapun memberi kelonggaran untuk menunaikan ibadat haji dan umrah sekali saja sepanjang tempoh kebankrapan. Ramai salah faham mengenai tanggungjawab MdI menyebabkan mereka marah, tetapi kami melindungi mereka daripada diganggu pemiutang berikutan segala pentadbiran harta diambil alih MdI.


“Kami juga melindungi masyarakat daripada individu bankrap yang menipu dan membantu golongan jujur yang mahu melangsai hutang, tetapi tidak mempunyai kemampuan membayar. “Sehubungan itu, saya menasihatkan individu muflis supaya bekerjasama dengan kami menyelesaikan masalah mereka kerana kita bukan mahu menyusahkan, sebaliknya membantu mereka membina hidup baru,” katanya.

AZNIL BUAT KOMEN....BAGAIMANA PULA HUKUM HASIL BERSENI SILA TANYA ULAMA



Kaya ekspres


2010/01/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ASSALAMUALAIKUM! Paknil ingin menarik perhatian pembaca ruangan ini untuk kita bersama-sama menganalisis logik kenyataan seseorang artis apabila menjawab soalan yang berkaitan dengan kehidupan mewah mereka.

Bukan Paknil ingin mempersoalkan kemewahan dimiliki mereka, malah Paknil turut bersyukur jika kelihatan ada rakan artis yang mampu hidup mewah.


Lumrah anak seni apabila apa saja yang berkaitan dengan diri kita turut menjadi perhatian ramai. Ini termasuk kehidupan peribadi artis. Peminat ingin tahu jenama apa yang disarung artis itu, kereta apa yang dipandu, sebesar mana rumah yang didiami dan sebagainya.


Jika dilihat cara hidup mewah seseorang artis itu menyebabkan ada antara kita menganggap pendapatan artis kita (pelakon atau penyanyi) sememangnya lumayan.


Paknil kadangkala turut bangga dengan pencapaian artis terbabit. Yalah, siapa kata seseorang itu tidak boleh mengecapi kemewahan hidup jika menjadi anak seni? Bangga juga apabila lihat harta yang dimiliki hasil titik peluh mereka. Paknil sangat kagum dengan cerita ‘Menuju Puncak’ yang dimiliki oleh Chef Wan umpamanya.


Muncul daripada celah kehidupan peneroka Felda, Chef Wan kini hidup senang dengan berbekalkan kebolehannya memasak dan berbicara.


Tiada siapa boleh mempertikaikan kejayaan hidupnya kini yang berada di mercu dan dilimpahi kemewahan yang menjadi impian ramai.


Namun dalam pada itu, tiada siapa yang bisa mempertikaikan kemewahan Chef Wan kerana masing-masing dapat melihat pencapaian kerjayanya sebagai tukang masak bertaraf dunia.


Begitu juga dengan Datuk Siti Nurhaliza yang menjadi ikon kepada sesiapa saja yang ingin menjadi anak seni di negara ini. Rata-rata tahu bagaimana Siti bermula, iaitu pernah berulang alik dengan bas dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur untuk menempatkan diri sebagai anak seni yang berjaya.


Setelah lebih 15 tahun mengabadikan diri dalam bidang nyanyian, semua dapat melihat kedudukan Siti kini. Tiada siapa boleh mempertikaikan kemampuan anak bekas polis ini untuk memperagakan tas tangan berjenama bernilai puluhan ribu ringgit.


Lama sebelum berkahwin dengan usahawan berjaya Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Siti membuktikan kejayaan hidupnya. Kemewahan hidupnya kini jelas berkat usaha gigih anak jati Pahang ini sendiri.


Chef Wan dan Siti antara contoh figura negara yang membuktikan kesenangan hidup tidak datang bergolek. Jelas mereka tidak mengecapinya melalui jalan pintas.


Eh, ada jalan pintas ke untuk ‘Menuju Puncak’? Paknil tidak berani menuduh dan tidak mahu berperasaan dengki dengan kesenangan seseorang artis. Namun Paknil tidak dapat mengelak pertanyaan masyarakat yang mempersoalkan kehebatan seseorang artis yang bagi mereka tidak mempunyai rekod kejayaan seperti dua ikon yang Paknil sebutkan tadi.


Ada antara artis kita yang masih ‘hijau’ jika diukur jangka usia pembabitan mereka dalam seni tetapi begitu hebat memperagakan kehidupan yang sama tarafnya dengan Siti. Mereka melaram dengan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit dan tinggal di rumah bernilai jutaan ringgit.


Itu belum lagi jenama pakaian yang menyaluti tubuh mereka yang kadangkala melebihi gaji seorang pengurus bank! Memang bukan hak sesiapa pun untuk mempersoalkan kemampuan mereka, tetapi peminat boleh jadi bingung dengan jawapan yang mereka peroleh apabila persoalan itu dilaporkan dalam media.


Ada antara mereka yang masih terlalu baru tetapi mengakui kemewahan itu adalah hasil kerja mereka. Si pelakon umpamanya, dilaporkan mampu berkereta mewah hasil pendapatan kerja lakonannya.


Rata-rata yang tahu ‘betapa tingginya’ bayaran yang dibayar kepada pelakon mungkin terbahak ketawa dengan alasan itu.


Sedangkan seorang pelakon yang sudah lama terbabit dalam bidang lakonan drama dan filem pun belum tentu dapat mengumpul harta yang mahal itu dalam setahun dua.


Lebih nyata lagi, pastinya bayaran mereka jauh lebih tinggi daripada pelakon yang setahun jagung itu tetapi masih mustahil baginya memperoleh kemewahan sedemikian.


Maka mulalah timbul spekulasi bukan-bukan mengenai punca kekayaan artis itu kerana jika dibanding dengan jumlah tawaran lakonan yang diperoleh dalam setahun, angka ini memang mengelirukan. Lebih membingungkan bila umum mengetahui pelakon terbabit bukan berasal daripada keluarga orang berada.


Sana-sini juga masyarakat kita dipaparkan dengan ‘life-style’ artis kita yang kadangkala di luar jangkauan pendapatan mereka. Sukar untuk mengelak bersangka buruk kerana paparan cara hidup mereka tidak seimbang dengan pencapaian kerjaya.


Bayangkan artis yang jarang sekali kita dapat tonton lakonannya yang baru dan artis yang sudah lama tidak muncul dengan album atau lagu baru, alih-alih dilaporkan dalam akhbar mempunyai cinta terhadap sukan berkuda.


Kanak-kanak kecil pun tahu bagaimana mahalnya untuk seseorang itu membabitkan diri dalam sukan golongan elit itu. Alih-alih si artis muncul dengan foto berpakaian ekuestrian di atas seekor kuda berlatarkan kelab ekuestrian elit untuk bukan calang-calang orang.


Lebih mengejutkan pula bila si artis turut bercerita kemampuannya memiliki seekor kuda peribadi! Ha, Paknil bukan bernada iri, tetapi mulut Paknil melopong terpegun kagum.


Sekali lagi, bukan hak sesiapa untuk mempertikaikan kemampuan artis terbabit tetapi jawapan standard ‘hasil daripada kerja seni’ sukar diterima akal.


Baru-baru ini Paknil disergah oleh seorang Datin yang bertanya bagaimana seorang penyanyi lelaki ini mampu memandu kereta mewah berjenama Porsche? Untuk tidak bersangka buruk, Paknil berikan jawapan lumrah artis kepadanya: ‘Hasil daripada kerja seninya’.


Menggeleng dan tersenyum sinis Datin itu, seolah-olah tidak mahu diperbodohkan dengan jawapan secetek itu. Katanya, mana mungkin penyanyi lelaki itu yang sudah tiga tahun tidak melahirkan album baru, sebaliknya hanya mengharapkan duit persembahan nyanyian yang tidak seberapa dan bukan daripada keluarga yang berada, mampu hidup mewah sebegitu.


Rasanya daripada wajah sinis Datin itu, Paknil boleh terjemahkan apa yang ada di dalam kotak fikirannya ketika itu, tetapi siapa pula Paknil untuk menjawab bagi pihak artis itu kerana Paknil tiada jawapannya.


“Hai Aznil… artis lelaki sekarang ni pun kena bela ke?” tiba-tiba terpacul daripada mulut Mak Datin itu. Tergamam juga Paknil. Rasa sakit hati pun ada juga. Kenapa kita tidak boleh bersangka baik saja kepada persoalan yang ada di dalam kepala kita? Terkini ketika jualan album begitu lembap sekarang di negara kita dan ketika masyarakat kita sering dihidangkan dengan konsert percuma, tiada siapa boleh menerima bulat-bulat alasan itu.


Paknil tidak mahu membuat apa-apa andaian kepada kemewahan artis seperti yang dapat kita baca dan tonton, tetapi Paknil harap artis kita biarlah bijak memberi alasan lebih munasabah.


Geram dan sakit hati bila timbul kata-kata sinis yang seolah-olah mempertikaikan kemampuan golongan artis untuk hidup mewah.


Apabila muncul cerita Rozita Che Wan ditawarkan jet peribadi untuk membawanya melancong ke luar negara dan Fizo Omar ditawarkan ribuan ringgit untuk mendampingi Datin hartawan, bertambah terang lagilah spekulasi orang ramai. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh.


Paknil bukan orang terbaik untuk memberi jawapan kepada pertanyaan orang ramai itu. Jadi Paknil harap anda semua dapat hormati diri ini dan elak bertanya Paknil soalan yang boleh menimbulkan fitnah ini.


Paknil juga bukan orang yang terbaik untuk menasihati artis yang ‘kaya ekspres’ ini tetapi jika anda (artis terbabit) membaca artikel ini, kini anda tahu yang kami memang benar-benar tidak selesa dengan soalan yang sepatutnya anda jawab.


Wassalam.

BILA AKAL TIDAK DIKENDALI DENGAN WARAS



Ketagih seks dengan mayat


2010/02/04





CINCINNATI: Seorang pekerja rumah mayat yang dipenjarakan kerana mengadakan seks dengan mayat yang hendak dibedahsiasat, dikenakan satu lagi hukuman penjara kerana dua lagi kesalahan memperkosa mayat.
Seorang hakim semalam mengenakan hukuman penjara tiga tahun terhadap Kenneth Douglas, 56.


Lelaki itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memperkosa mayat dua wanita mangsa bunuh pada 1991.


Akhbar Cincinnati Enquirer melaporkan, Douglas akan menjalani hukuman itu selepas hukuman penjara tiga tahunnya kerana mengadakan seks dengan mayat wanita pada 1982 berakhir. - Agensi

BAGAIMANA KITA MINAT KEPADA ORANG TAK BERMORAL....BAGI ISLAM ITU ZINA



Vanessa tiduri 5 pemain Chelsea


2010/02/04




LONDON: Wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal seks dengan ketua pasukan bola sepak England, John Terry mempunyai hubungan dengan empat pemain Chelsea lain.
Selain Terry dan Wayne Bridge, model seluar dalam Perancis, Vanessa Perroncel didakwa turut menjalinkan hubungan intim dengan penyerang, Adrian Mutu dan Eidur Gudjohnsen serta pemain kelima yang masih misteri.


Pendedahan itu akan meningkatkan tekanan terhadap Terry yang berdepan dengan desakan supaya melepaskan jawatan ketua pasukan England.


Sumber yang rapat dengan Vanessa, 33, memberitahu akhbar The Sun: “(Wayne) Bridge tahu dia seorang daripada beberapa pemain Chelsea yang rapat dengan Vanessa. “Vanessa memang berminat terhadap pemain bola sepak dan bercita-cita menjadi ‘super-WAG’ (isteri dan teman wanita) pemain bola sepak.” Vanessa didakwa mula menjalinkan hubungan dengan Gudjohnsen, 31, pada 2003 selepas menemuinya di kelab malam Elysium di London, tempat popular di kalangan pemain Chelsea.


Bapa tiga anak itu dilapor tidur dengan Vanessa di rumah pangsanya di Fulham.


Gudjohnsen meninggalkan Chelsea pada 2006 untuk menyertai Barcelona sebelum menyarung jersi Tottenham tidak lama selepas itu.


Vanessa juga didakwa mempunyai hubungan dengan Adrian Mutu sebelum penyerang warga Romania itu dijual oleh Chelsea berikutan penggantungannya selama tujuh bulan setelah diuji positif kokain pada 2004.


Vanessa juga dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pemain Chelsea yang namanya tidak boleh didedahkan, sebelum dia menemui Bridge.


Dia tinggal bersama pemain pertahanan itu yang kini bermain untuk Manchester City selepas hamil.


Dia kemudian mengadakan hubungan dengan Terry selama empat bulan. - Agensi

INSAFLAH....SEDARLAH JANGAN NAMPAK KESESATAN ORANG.....SAHAJA



Tak sangka anak diperkosa sahabat baik


2010/02/04





CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri warga Myanmar tidak menyangka rakan senegara yang sangat dipercayai rupa-rupanya ‘musang berbulu ayam’ apabila tergamak merogol anak perempuan mereka berusia empat tahun ketika menjaga kanak-kanak terbabit, Isnin lalu.
Perlakuan lelaki 38 tahun itu yang dilakukan ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja di kebun berhampiran, terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluan lalu ibu bapanya membawa mangsa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom (HSHK), untuk pemeriksaan dan terkejut dimaklumkan terdapat kesan koyak pada kemaluan dipercayai akibat kemasukan objek.


Lebih menyedihkan, mangsa yang akan menyambut hari jadinya Sabtu ini, masih trauma dengan kejadian yang menimpanya dan terpaksa menghadapi pengalaman hitam itu sepanjang hidupnya.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, mangsa dipercayai dirogol dan laporan polis dibuat doktor yang membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Ipoh.


“Sebelum kejadian, ibu bapa mangsa dikatakan membenarkan suspek menjaga anak perempuannya itu ketika mereka keluar bekerja di sebuah kebun berhampiran namun suspek mengambil kesempatan itu merogol mangsa kira-kira jam 11 pagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, suspek berjaya ditangkap dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat jika disabitkan kesalahan.

APA NAK KOMEN LAGI....ADAKAH NAK TUNGGU LAGI BALASAN ALLAH SWT SAMPAI.....



Lepas rindu pada isteri orang


2010/02/04




MUADZAM SHAH: Tindakan seorang wanita yang juga isteri orang ‘makan luar’ ketika dalam proses penceraian mengundang padah apabila ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, kelmarin.
Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.


Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.


“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.


Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.


Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.


Menurutnya, suami wanita terbabit juga bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan mengalami krisis rumah tangga dengan isterinya itu.


“Wanita itu dikatakan dihantar syarikatnya untuk berkursus di Kuantan, namun singgah di sini kerana berdekatan dengan rumah keluarganya,” katanya.

BETULKE TINDAKANNYA...INILAH BILA AGAMA DIABAIKAN



Minum ubat kurap selepas putus cinta
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/02/04





KUALA LUMPUR: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak nekad cuba membunuh diri dengan meminum sebotol ubat kurap di rumahnya, di Kampung Cheras Baru, di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit hilang pertimbangan sebaik kekasihnya itu enggan meneruskan percintaan yang terjalin sejak dua tahun lalu. Lelaki terbabit juga dikatakan sudah berbincang dengan keluarganya untuk meminang gadis berkenaan. Kejadian bermula jam 4 petang, apabila wanita berusia awal 20-an itu dikatakan menghubungi suspek sebelum meminta hubungan mereka diputuskan tanpa sebab sebelum dia mematikan telefon. Ketika kejadian, suspek yang berada di rumahnya segera menghubungi kekasihnya untuk mendapatkan penjelasan tetapi gagal.


Suspek kemudian bergegas ke rumah kekasihnya itu, namun gadis terbabit masih enggan berjumpanya. Sumber berkata, suspek menjerit-jerit di hadapan rumah gadis berkenaan sebelum mengugut membunuh diri sekiranya kekasihnya itu masih berkeras untuk tidak bertemu dengannya. “Selepas lebih sejam menunggu, suspek mengalah dan kembali ke rumahnya dengan perasaan marah selain kecewa,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di rumah, suspek berulang kali berusaha menghubungi kekasihnya itu namun gagal. Dia hilang kawalan bertindak minum sebotol ubat kurap di biliknya.


Difahamkan, sebaik minum ubat kurap suspek menggelupur menahan kesakitan sebelum muntah dan tidak sedarkan diri. Sumber berkata, suspek bernasib baik kerana tindakannya itu disedari keluarganya yang menghubungi pihak hospital. Selepas beberapa minit kemudian, ambulans tiba dan suspek dibawa ke Hospital Ampang, di sini, untuk diberikan rawatan kecemasan. Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan difahamkan keadaannya sudah stabil.


Sehubungan itu, pegawai perubatan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

MANA SILAPNAYA.....HUKUM QURAN JELAS





Ibu curang halau anak
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/02/04


JOHOR BAHRU: Akibat kemaruk kerana digilai pelbagai jenis ‘jantan’, seorang ibu tergamak mengusir anak kandung sendiri yang datang ke tempat kerjanya untuk melepaskan rindu.
Malah, wanita anak tiga berusia 23 tahun dan masih bersuami itu kini tinggal bersama teman lelaki bukan Islam selepas dia hamil tiga bulan hasil hubungan sulit mereka. Perbuatan curang dan tidak tidak bertanggungjawab wanita dikenali sebagai Misha itu didedahkan rakan sekerjanya di sebuah pusat urutan refleksologi di bandar raya ini yang dikenali sebagai Anita, 24.


Menurutnya, disebabkan tidak mahu statusnya bersuami diketahui rakan sekerja dan teman lelaki, Misha enggan mengakui kanak-kanak berusia enam tahun itu anaknya semata-mata tidak mahu rahsianya bocor.


Wanita itu bukan saja sering bertukar-tukar pasangan, malah sanggup memakan makanan tidak halal hanya kerana mahu melayan selera teman lelakinya yang bukan Islam.


“Misha yang mendakwa anak dara bukan saja bertukar pasangan kekasih hampir setiap hari, malah meminta kami bersubahat merahsiakan statusnya isteri orang dan ibu tiga cahaya mata di depan pelanggan lelaki kerana bimbang ‘sahamnya’ jatuh,” katanya.


Menurut Anita, dia tidak menyangka rakannya yang berasal dari kampung berubah sikap begitu ketara hanya selepas tiga hari bekerja bersamanya di pusat refleksologi di pusat bandar raya ini.


Katanya, pada awalnya, dia bersama majikan menganggap Misha wanita berfikiran terbuka dan mesra pelanggan.


Tambahan pula, Misha sentiasa memberi alasan terpaksa membohongi pelanggan lelaki untuk memudahkannya menambah rezeki bagi membantu meringankan beban suaminya yang berpendapatan rendah.


“Bagaimanapun, kami pelik sikap Misha yang mula menjalin hubungan dengan pelanggan lelaki apabila hampir setiap hari dia sibuk dengan temu janji untuk keluar bersiar-siar dan makan bersama lelaki berbeza.


“Sejak itu, dia lupa diri dan seronok bertukar kekasih tanpa memikirkan masa depan rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu.


“Lebih mengejutkan, dia juga mula mengubah gaya hidupnya terutama selepas berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari Sabah berusia 20-an yang bekerja di Singapura hingga sanggup memakan makanan tidak halal,” katanya.


Anita berkata, perbuatan curang Misha berlarutan hampir setahun biarpun dia dan majikannya cuba menasihati wanita itu yang mempunyai anak berusia dua hingga enam tahun kembali ke pangkal jalan.


Menurutnya, dia terkilan dengan perbuatan Misha tergamak mengusir anak sulungnya yang mahu melepas rindu terhadapnya semata-mata kerana bimbang kehadiran kanak-kanak itu di tempat kerja bersama seorang kenalan keluarganya membongkar status dirinya.


“Kerana bimbang penipuannya terbongkar, Misha sanggup berbohong konon dia pernah bekerja di pusat asuhan kanak-kanak beberapa tahun lalu hingga ada kanak-kanak memanggilnya dengan gelaran ibu hingga tergamak tidak mengaku darah daging sendiri.


“Malah, dia juga mengambil kesempatan terhadap suaminya yang dayus selain kerap memperbodohkan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini setiap kali keluar bersama lelaki Sabah itu,” katanya.


Katanya, Misha juga tidak menyesal menduakan suami sedangkan teman hidupnya itu seorang yang baik dan jujur.


Anita berkata, selepas Misha menyedari dia hamil hasil hubungan sulit dengan lelaki Sabah itu, dia berhenti kerja tiga bulan lalu dan kini tinggal bersama teman lelakinya.


“Kami turut menemui diari peribadinya selain gambar perkahwinan dan sijil pernikahan dengan suaminya yang tidak mahu dituntut di tempat kerja kerana menganggap dokumen itu sebagai sampah dan tidak bermakna kepadanya.


“Kami yang rasa bersalah atas perbuatannya itu selain tidak mahu dia terus bergelumang maksiat melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).


“Tetapi hingga kini tiada tindakan dilakukan dan difahamkan, kini kandungan Misha mencecah enam bulan dan teman lelakinya itu pula dikatakan mahu pulang ke Sabah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, berkata pihaknya sudah menerima aduan berkenaan dan meminta pegawai operasi mengambil tindakan lanjut.


“Pegawai kami akan menyiasat aduan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wednesday, February 3, 2010

BENAR OR TAK...ELOK HATI2


I tag because I care.

Tolong disebarkan ke semua kenalan & e-mail yang Anda punya, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. Banyak orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukan-nya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada didalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Tuhan. Menjijikkan. Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya..

<<<<>>>

Tuesday, February 2, 2010

TENGOK...MAKSIAT PUN DE PAKEJ



'Pakej maksiat'
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

2010/01/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini 'urut badan dengan badan' dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.

KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini 'urut badan dengan badan' dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.

Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya.

Wartawan Metro Ahad mengesan kewujudan 'pakej maksiat' terbabit selepas diberitahu oleh seorang pelanggan tetap beberapa rumah urut yang menyediakan khidmat itu.

Dikenali sebagai Faizal, 32, dia mendakwa khidmat ekstra itu ditawarkan secara terbuka kepada pelanggan.

Menurutnya, ia dengan panggilan 'B2B' (body to body) di kalangan pelanggan yang mengetahuinya, terutama golongan muda.

"Dulu kalau ke rumah urut, tawaran yang selalu diberi adalah urut batin, tetapi sekarang ada urut badan dengan badan. Sebut saja B2B, ia popular di kalangan mereka yang selalu berkunjung ke rumah urut,' katanya.

Faizal berkata, sama seperti khidmat urut batin yang pada mulanya ditawarkan secara rahsia, kini kebanyakan rumah urut menawarkan khidmat B2B secara terbuka.

"Pada mulanya saya tidak tahu ada khidmat seperti itu di rumah urut kerana sebelum ini yang sering diuar-uarkan adalah urut batin dan seks.

"Ketika berkunjung ke sebuah rumah urut di bandar raya ini, penjaga kaunternya dengan selamba menawarkan saya khidmat B2B yang asyik dikatakan sebagai lain daripada yang lain.

"Penjaga kaunter itu beritahu ia tidak membabitkan seks, sebaliknya hanya gesel menggesel menggunakan tubuh si tukang urut wanita tanpa seurat benang," katanya.

Menurut Faizal, rumah urut dikunjunginya menetapkan harga antara RM130 hingga RM150 untuk pakej itu.

"Pertama kali mencuba, saya berasa ketagih untuk mengulanginya semula. Kesudahannya pada awalnya seminggu sekali saja, tetapi lama kelamaan dua tiga kali sebulan kerana belanjanya besar.

"Sepanjang berkunjung ke beberapa rumah urut yang menawarkan khidmat itu, saya akui kebanyakan pelanggan 'kemaruk' memilih pakej berkenaan," katanya.

Faizal berkata, tidak kurang daripada 10 rumah urut di Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan khidmat itu.

"Ada rumah urut yang dulu hanya menawarkan urut batin kini menyediakan B2B apabila menyedari pakej itu menjadi buruan dan lebih menguntungkan.

"Berdasarkan pengalaman saya, tukang urut yang melakukan 'tugas' itu adalah warga asing, terutama dari China dan Thailand. Ada yang langsung tak tahu mengurut, sebaliknya hanya melakukan B2B," katanya.

Berdasarkan maklumat diberi Faizal, wartawan Metro Ahad berkunjung ke sebuah rumah urut yang menyediakan khidmat itu.

Terbukti dakwaan Faizal benar kerana penjaga kaunter memberitahu ada 'servis' B2B sebaik ditanya mengenai pakej ditawarkan.

"Apa 'servis' awak mahu? Sini ada B2B, urut badan dengan badan. Tak mahal, RM150 saja untuk satu jam," kata penjaga rumah urut berkenaan.

Kunjungan sekitar jam 8 malam itu turut membuktikan kegilaan lelaki hidung belang terhadap pakej B2B terserlah apabila penjaga kaunter memberitahu semua tukang urut sibuk melayan pelanggan.

"Awak kena tunggu lagi satu jam sebab tukang urut tiada. Semua layan pelanggan yang kebanyakannya ambil pakej B2B.

"Awak mesti cuba. Tengok... ramai ambil pakej itu," katanya.

Bagi membuktikan dakwaan itu, wartawan Metro Ahad berpura-pura mendekati seorang pelanggan yang menunggu giliran.

Ketika ditanya tujuannya ke rumah urut itu, tanpa berselindung lelaki terbabit memberitahu mahu mengambil pakej B2B.

"Sudah tiga kali saya ke sini dan ramai juga kawan datang sebab ada pakej B2B. Bukan di sini saja, ada rumah urut lain buat B2B. Saya ada juga pergi ke tempat lain. Banyaklah sekarang (tawarkan B2B)," katanya.

Dalam pada itu, pemantauan di sebuah rumah urut lain mendapati perkhidmatan berkenaan turut disediakan. Penjaga kaunter memaklumkan, selain urut batin, urut badan dengan badan adalah 'menu istimewa' mereka.

Bayaran dikenakan adalah RM150 dan khidmat itu dilakukan tukang urut warga Thailand.