Friday, February 11, 2011

ZINA ITU HARAM...BIASA YG HARAM ITU SEDAP...BUAT ZINA TAK TAKUT SEBAB TAK DIREJAM SAMPAI MATI...ATAU SEBAT 100 X SEBATAN....KENAPA TAK HUKUM CARA QURAN...ADAKAH AKIDAH OK LAGI JIKA KITA MENOLAK HUKUM ALLAH...BAB ZAKAT...ZAKAT DIKUTIP JUTAAN RINGGIT...ORANG MISKIN TERBIAR...PENGUTIP ZAKAT@AMIL HANYA DAPAT SATU PERLAPAN(1/8) SAJA....JANGAN AMBIL LEBIH...JAWAB AJE DIPADANG MAHSYAR NANTI....DUIT TU ORANG BAYAR ZAKAT...JANGAN KITA SUSAH2 UNTUKNYA....BUKAN DUIT KITA....

Hubungan sulit terbongkar



SEPANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang dihantar bekerja setiap hari ada hubungan lelaki lain ketika disoal siasat polis selepas suaminya itu membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sabtu lalu.
Difahamkan, pada hari kejadian kira-kira jam 3 petang, suami wanita terbabit berusia 36 tahun seperti biasa menghantar isterinya berusia 30-an ke tempat kerja di sebuah kilang sebelum pulang semula ke rumah.

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki apa-apa terus berlalu selepas melihat isterinya masuk ke dalam tempat kerjanya.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit cemas ketika ingin menjemput isterinya itu pulang kira-kira jam 8 malam selepas wanita terbabit tidak keluar dari tempat kerja.

“Dia yang menunggu di tempat biasa berasa pelik apabila isterinya tidak keluar dari tempat kerja lalu menghubungi telefon bimbit isterinya itu namun tidak berjawab,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan isterinya cuba menghubungi semula telefon bimbit isterinya itu beberapa kali, namun tidak berhasil. Dia yang tidak berputus asa menghubungi sekali lagi dan berjaya namun kali ini tiada suara kedengaran cuma kedengaran bunyi bising seperti berada di dalam bilik sebelum talian ditamatkan.


“Mangsa berjumpa penyelia tempat kerja isterinya dan terkejut apabila diberitahu isterinya itu tidak masuk kerja pada hari itu membuatkan dia bingung kerana menghantar isterinya ke tempat kerja,” katanya.



Gigit peragut

Oleh Saadiah Ismail
am@hmetro.com.my

MELAKA: “Saya bergelut hampir 10 minit dan sempat menggigit tangan peragut itu kerana mahu mempertahankan rantai leher dipakai, namun dia berjaya merentap rantai itu,” kata seorang mangsa ragut dua lelaki bermotosikal, Kamariah Salim, 52, ketika ditemui di rumahnya di Pulau Gadong, Klebang Besar, dekat sini, semalam.
Kamariah yang juga guru agama berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia sedang membersihkan pokok bunga bersama seorang rakan yang ketika itu berada di laman rumahnya.

Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan batu untuk meletakkan pasu bunga, dia terlihat seorang lelaki dipercayai berusia 30-an melalui jalan di depan rumahnya dan jalan itu memang menjadi laluan untuk orang keluar masuk.
“Dia tiba-tiba terus menerpa ke arah saya dengan mencengkam leher dan menarik tudung bagi meragut rantai yang saya pakai,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, dia yang terkejut dengan tindakan itu terus mempertahankan barang kemasnya yang bernilai RM20,000 itu dengan bergelut 10 minit.

“Ketika bergelut, saya menjerit meminta tolong, namun mungkin ketika itu ramai tiada di rumah dan saya bergelut seorang diri hingga menggigit tangan peragut berkenaan.

“Tudung saya hampir terbuka dan peragut berjaya meragut rantai leher sebelum berlari ke arah rakannya yang menunggu,” katanya.


RM550 isi 7 mulut

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya dengan pendapatan tidak menentu terpaksa menyara enam anaknya termasuk seorang yang cacat anggota di Kampung Bakar Bata, Sungai Pasir, di sini.
Hindon Abdullah, 47, kini menyara enam anaknya, Mohd Zulkairi Hisyam Aziz, 19, Mohd Muhneey Syafiq,16, Mohd Qyuum Syafiq,15, Mohd Faizal Aziz, 11, Zaikiah, 8, dan Zainiah, 5, dan mereka sekeluarga tinggal di dalam sebuah rumah usang sejak tiga tahun lalu.

Dua lagi anaknya, Mohd Khairul Zasyimi, 21, tinggal berasingan dan jarang pulang ke rumah dan adiknya, Mohd Firdaus, 13, tinggal bersama ibu saudaranya di Air Itam, Alor Setar.
Hindon berkata, dia bekerja sebagai pencuci sejak dua tahun lalu dan sebelum ini melakukan pelbagai kerja kerana suaminya Aziz Putih, 78, tidak mampu bekerja dan terlantar di rumah akibat sakit sehinggalah meninggal dunia November lalu.

“Pendapatan sebagai pencuci hanya RM550 sebulan dan jika ada kerja lebih masa dapatlah lebih sedikit. Dengan wang inilah saya menyara enam anak termasuk yang cacat ini serta membayar sewa rumah.

“Untuk mengharap anak kedua saya, Mohd Zulkairi, yang bekerja di pasar malam gajinya tidak seberapa, biarpun saya mahu melihat semua anak-anak tinggal di rumah yang lebih selesa dan lengkap dengan segala kemudahan namun apakan daya kerana gaji yang dapat sekadar cukup untuk membayar sewa rumah, membeli keperluan harian dan belanja sekolah anak.


“Keperluan sekolah Mohd Qyuum Syafiq dan Zaikiah juga tidak mampu saya sedia sepenuhnya hanya sekadar membeli sepasang baju dan kasut saja manakala beg tahun lalu boleh digunakan.

“Selain itu yuran mereka berdua juga belum dibayar menyebabkan guru mereka kerap bertanya,” katanya.

Katanya, seorang anaknya, Mohd Muhneey Syafiq yang sepatutnya belajar di tingkatan empat pada tahun ini enggan meneruskan persekolahannya dengan memberi alasan tidak mahu membebankannya.

“Saya juga bernasib baik kerana Mohd Faizal yang cacat mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dengan wang ini dapatlah saya membeli keperluannya seperti lampin pakai buang dan makanannya yang dianggarkan RM200 setiap bulan.

“Mohd Faizal cacat selepas mengalami gangguan saraf di otaknya sejak berusia 44 hari, dia tidak mampu berjalan atau pun duduk dan hanya makan makanan bijirin yang dikisar atau bubur yang dimasukkan ke dalam botol susu,” katanya.

Hindon berkata, dia sudah beberapa kali mengisi borang permohonan bagi mendapatkan sebuah rumah, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diterimanya daripada pihak berkenaan menyebabkan dia tiada pilihan dengan menetap saja di rumah terbabit.


PPZ-MAIWP kutip zakat RM164j melalui skim thohir


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUMBANGAN...Mustafa (belakang tujuh dari kiri) bersama pengetua dan guru besar yang menerima sumbangan akhbar dan Buku Sejarah Malaysia, semalam.
SUMBANGAN...Mustafa (belakang tujuh dari kiri) bersama pengetua dan guru besar yang menerima sumbangan akhbar dan Buku Sejarah Malaysia, semalam.
AMPANG: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) mengutip zakat lebih RM164 juta melalui skim thohir (potongan gaji) daripada kakitangan awam dan swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman, berkata kutipan zakat melalui skim itu memberangsangkan apabila ia menunjukkan peningkatan 15 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM142 juta lebih.

Katanya, kutipan itu menunjukkan peningkatan bilangan pembayar zakat di kalangan pekerja sebanyak 17 peratus iaitu daripada 49,830 pada 2009 kepada 58,115 orang tahun lalu.
“Sebahagian daripada kutipan zakat itu, sebahagian besarnya disumbang warga pendidik iaitu RM110,000 pada tahun lalu berbanding RM88,000 yang dicatatkan pada 2009.

“Peningkatan tahap kesedaran di kalangan masyarakat untuk membayar zakat menambah jumlah kutipan, sekali gus bantuan kepada golongan memerlukan diperluaskan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Tajaan Akhbar dan Buku Sejarah kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan terpilih sekitar Wilayah Persekutuan di Wisma PPZ, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd Rais Alias dan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah (Bangsar/ Pudu), Jamaludin Abdullah.


Mustafa berkata, walaupun jumlah kutipan zakat melalui skim thohir meningkat, beliau percaya masih ramai yang layak membayar zakat tidak berbuat demikian.

“Kami optimis masih banyak ruang yang boleh diusahakan bagi meningkatkan dakwah zakat terutama di kalangan warga pendidik dan pekerja di Wilayah Persekutuan.


Terpaksa jual perabot rumah isi perut



SEREMBAN: “Kehidupan kami umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, malah pernah terpaksa menjual perabot rumah semata-mata untuk mengisi perut,” kata Syarifah Noor Asikin Ramlee @ Syed Mohamed, 41.
Ibu kepada dua anak dari Taman Seri Mambau berkata, berikutan kesusahan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa memakan ikan sungai yang dipancing suaminya bagi mengelak kelaparan terutama jika kehabisan bekalan makanan.

Menurutnya, dia memang mahu mengubah kehidupan keluarga termasuk teringin bekerja untuk membantu suaminya, tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana menghidap penyakit semput dan sering kepenatan.
“Saya memang teringin untuk bekerja bagi menambah pendapatan keluarga kerana gaji yang diperoleh suami sebagai pemotong rumput cuma RM500 dan pemungut barang terpakai tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

“Malah, akibat kesempatan hidup, anak lelaki bongsu yang belajar di tahun empat tidak ke sekolah kerana tiada duit untuk belanja dan tidak sanggup melihat anaknya ditimpa kesusahan” katanya.



Bapa reda rahim anak dibuang



JOHOR BAHRU: “Meskipun kami sedar Shakina tidak berpeluang mempunyai zuriat pada masa depan kerana hanya memiliki satu ovari, saya dan isteri tetap mendoakan yang terbaik buat dirinya,” kata Zakil Hussain Madon, 43, semalam.
Zakil berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu, Norshakina Najwa Zakil Hussain, 13, mengalami komplikasi usus dan rahim hingga perlu melakukan pembedahan membuang rahim bagi membolehkan aliran darah haidnya keluar secara normal.

Menurutnya, sejak dilahirkan, usus dan pundi kencing anak ketiga daripada empat beradik itu terkeluar hingga menyebabkan dia terpaksa melalui kira-kira enam pembedahan setakat ini.
Katanya, pembedahan ketujuh yang akan dilakukan pada akhir bulan ini atau awal bulan depan bertujuan membuang rahimnya.

“Pembedahan itu bagi mengelak Shakina dibedah setiap bulan bagi mengeluarkan darah haidnya yang tersumbat,” katanya.

Zakil berkata, Shakina yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas di sini, dijangka perlu menjalani pembedahan terakhir pada usia 19 tahun sebagai persediaan untuk berkeluarga.

Zakil berkata, kos keseluruhan pembedahan sebanyak enam kali sebelum ini mencecah perbelanjaan RM32,000. “Bagi pembedahan kali ketujuh ini, kami memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM15,000 dan pendapatan bersih saya kira-kira RM1,700 sebulan hanya mampu menampung perbelanjaan dapur dan persekolahan empat anak.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press dengan menulis nama penerima di belakang cek dan menghantarnya kepada Unit Juruwang, Jabatan Kewangan NSTP/ Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.

Bagi maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-22823131 sambungan 6659.



Sedut lemak boleh datangkan risiko kanser



KUALA LUMPUR: Kaedah menyedut lemak dari mana-mana bahagian tubuh sebelum dipindahkan ke payudara dianggap berbahaya kerana ia mendatangkan risiko kanser dan kesan negatifnya lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan implan.
Pakar Bedah Plastik dan Rekonduktif, Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, pembedahan membabitkan payudara memerlukan pemeriksaan teliti dan perlu dilakukan pakar.

“Pembedahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur betul boleh menyebabkan kesan buruk sehingga mengancam nyawa pesakit.
“Biasanya wanita yang ghairah ingin membesarkan payudara enggan menjalani sesi rundingan dan nasihat dengan pakar kerana menganggap ia memakan masa serta proses rawatan yang lambat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kaedah pemindahan lemak bagi membesarkan payudara sudah lama wujud, namun tidak ramai doktor pakar mahu melakukannya kerana ia memerlukan pemeriksaan teliti.

“Memang ada kaedah menyedut mana-mana lemak pada bahagian badan untuk disuntik pada payudara supaya lebih besar, anjal dan menarik.


“Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan dalam rawatan pembedahan plastik kerana ia lebih mendatangkan risiko kanser dan kesan negatif yang lebih tinggi daripada kaedah pembedahan implan,” katanya.

Selain itu, katanya, kaedah pemindahan lemak boleh menyebabkan kerosakan pada tisu payudara akibat disuntik dengan lemak, sekali gus mengundang kesan sampingan.

“Lemak yang disuntik ke dalam payudara itu akan menjadi tepu dan gagal dikesan melalui kaedah imbasan sinar-X setahun selepas pesakit menjalani rawatan berkenaan.

“Lebih teruk lagi, doktor juga tidak dapat mengenal pasti punca sebenar sekiranya wujud benjolan dan sakit yang teruk pada bahagian itu,” katanya.

BILA ZINA..ATAU TEMAN SOSIAL...PELACUR TERHORMAT@PELACUR SAMBILAN KIAN BERTAMBAH,,,SEMATA2...UNTUK SEDAP SERTA KEMEWAHAN...TAK KIRA PENYAKIT...HUKUM ALLAH...BAGAIMANA JIKA MATI DALAM GELUMANG DOSA BESAR...DAN BAGAIMANA PULA PIHAK BERKUASA MENAFI HUKUM ALLAH...ADAKAH MEREKA BOLEH TERLEPAS DARI HUKUM ALLAH...KITA TENGOK AJE ORANG2 NI DIAKHIRAT....

NEGARA


Tanggung sendiri tiket ke Mesir


KUMPULAN pelajar Malaysia dari Mesir yang berasal dari Kedah bertemu sanak saudara sebaik tiba di Alor Setar kelmarin.


KUALA LUMPUR – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.
“Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.
“Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.


Malang jemput isteri

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.
REMUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.
TAMPIN: Kegembiraan seorang suami yang baru pulang selepas menjemput isterinya yang hilang baru-baru ini, tidak berpanjangan selepas kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung di kiri jalan, semalam.
Kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu berlaku ketika Nurshahrul Affendi Hashim, 25, bersama isteri, Nurhidayah, 20, serta ibu mentua berusia 44 tahun dan adik iparnya berusia 10 tahun dalam perjalanan dari Tampin ke Gemas sebelum ke Temerloh, Pahang.

Sebaik tiba di satu selekoh tajam di Kilometer 16, Jalan Tampin-Gemas, Perodua Myvi dipandu Nurshahrul Affendi hilang kawalan ke kiri dan kanan jalan lalu terbabas dan melanggar sebuah gerai kecil sebelum terhumban ke gaung.
Nurshahrul Affendi berkata, dia tiba di Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Tampin sebelum berhenti rehat dan meneruskan perjalanan ke Gemas.

Katanya, ketika dalam perjalanan isteri, ibu mentua dan adik iparnya tidur.

“Ketika tiba di Tampin, hati saya tak sedap lalu mencari tempat berehat di sebuah kedai makan untuk mengalas perut dan membasuh muka sebelum meneruskan perjalanan ke Gemas.

“Sebaik tiba di selekoh tajam di kawasan yang tidak diketahui, tiba-tiba kereta dipandu hilang kawalan sebelum terhumban.

“Ketika itu saya terpinga-pinga kerana kereta terus meluncur ke gaung sedalam 10 meter mula disangkakan semak.

“Akibat kejadian itu, kereta saya rosak teruk dan dalam kesakitan akibat cedera di dagu dan tangan, terpaksa merangkak keluar tetapi tidak berdaya,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, seorang penoreh yang melalui jalan itu berhenti selepas menyedari kemalangan dan membantunya selain menghubungi polis.

Akhbar ini, kelmarin melaporkan, seorang isteri berusia 20 tahun hilang ketika membeli kredit tambah nilai di sebuah kedai di Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, selepas 21 hari bergelar isteri. Katanya, sebelum itu, dia bersama ibu mentua dan adik iparnya baru pulang daripada menjemput isterinya yang hilang sejak 28 Januari lalu yang ditemui di Kampung Sahri, Simpang Renggam, Johor, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, dia menerima panggilan kira-kira jam 9 malam kelmarin, mendakwa seorang wanita seakan-akan isterinya dilihat berada di sebuah rumah sewa di kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Selepas menerima maklumat itu, saya mengajak ibu mentua dan adik ipar serta beberapa rakan menuju ke tempat dimaksudkan sebelum menemui isteri di rumah kakak angkatnya selepas menghilangkan diri.

“Selepas mengambil isteri, saya ke Plaza Tol Simpang Renggam kira-kira jam 1 pagi dan tiba di Simpang Ampat, Alor Gajah, kira-kira jam 4 pagi. Kami mengikut jalan Tampin ke Gemas sebelum ke Bahau,” katanya.



Ikan paus 4 tan metrik terdampar di pantai


Kehadiran bangkai ikan paus menarik perhatian tiga kanak-kanak di pantai Pulau Sayak, Sungai Petani di Kedah semalam.


SUNGAI PETANI - Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.
Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.
Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.
Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.
Pegawai jabatan berkenaan juga telah mengambil sampel darah ikan paus tersebut untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu.


Jaja gambar bogel

Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KESAL...Siti mendedahkan perkara terbabit kepada wartawan Harian Metro.
KESAL...Siti mendedahkan perkara terbabit kepada wartawan Harian Metro.
KAJANG: Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.
Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.
Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia tidak menyangka pelajar terbabit menjual maruah diri dengan menghantar beberapa rakaman gambar bogel sendiri selain beberapa klip video yang menunjukkan aksi lucah.

“Saya melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

“Selepas didesak berulang kali, dia mengaku ia gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami saya,” kata dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro.

“Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.

Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet.

“Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Menurut Siti, suaminya mendakwa kini gadis itu sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya kerana dia mempunyai lelaki lain sebagai pengganti.

Katanya, gadis terbabit dikatakan masih mengulangi tabiat sama dengan menghantar gambar bogelnya kepada teman lelaki barunya dengan tujuan untuk menggoda.

“Saya tak sangka pelajar berpendidikan tinggi dan berpenampilan baik dengan memakai tudung tergamak berkelakuan jijik seperti itu dengan sengaja mahu menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Lebih saya kesal, dia pernah mengugut mahu membuat laporan polis dengan dakwaan saya mengganggunya dan cuba menyebarkan gambar bogelnya,” kata Siti.

Ibu dua cahaya mata itu berkata, suaminya sudah meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

“Ini satu pengajaran dan keburukan laman sembang sosial di Internet yang disalah gunakan bagi tujuan tidak bermoral apatah lagi membabitkan golongan remaja,” katanya.



Selepas bedah besar sebelah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil.
Bagaimanapun, pembedahan `liposuction’ yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila payudara mereka membengkak tidak sekata dan timbul ketumbuhan kecil umpama kanser.

Mangsa pembedahan berbahaya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Y berkata, kini payudara sebelah kanannya lebih besar saiz cup C berbanding payudara di sebelah kiri hanya mempunyai saiz cup B.
Menurut wanita berusia 29 tahun itu, situasi berkenaan menyebabkan dia mengalami tekanan emosi yang teruk kerana malu dicemuh orang ramai termasuk kekasihnya sendiri.

“Mungkin ini salah saya sendiri kerana keinginan membesarkan payudara disebabkan menganggap saiz payudara saya kecil dan tidak menarik.

“Saya tertarik dengan iklan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan pakej menarik dan bertambah teruja apabila ada rakan mendakwa rawatan diberikan pusat kecantikan itu amat berkesan, selain menjadikan tubuh lebih ramping” katanya.

Menurut Y, dia ke pusat rawatan kecantikan itu yang terletak di Kepong, sebelum diberikan penerangan berhubung kaedah rawatan membabitkan pembedahan kecil, selain kos bayaran yang perlu dijelaskan.

“Saya diberitahu, kaedah membesarkan payudara terbabit dilakukan dengan cara menyedut tisu lemak pada bahagian perut sebelum ia dipindahkan ke payudara saya yang kecil.

“Kakitangan pusat rawatan kecantikan itu memberitahu kaedah berkenaan membabitkan teknik pembedahan kecil dan ia tidak mempunyai risiko serta kesan sampingan buruk.

“Penjelasan itu menyebabkan saya percaya bulat-bulat dan setuju menjalani proses rawatan di pusat kecantikan itu,” katanya.

Menurutnya, proses pembedahan menggunakan tiub terbabit berjalan dengan lancar sebelum payudaranya dirasakan menegang dan membesar manakala lemak di perut turut menyusut.

“Mulanya saya riang dan menyangka pembedahan itu berjaya, lalu tanpa banyak berfikir terus membayar kos rawatan RM7,800,” katanya.

Bagaimanapun, kata Y, dalam tempoh rehat beberapa hari dia berasa tidak sedap hati apabila payudaranya kerap berdenyut dan terasa sakit tidak mengira masa.

“Saya rujuk masalah itu kepada kakitangan pusat rawatan kecantikan berkenaan sebelum diarahkan menjalani rawatan susulan. Mereka beri alasan tisu lemak dari perut saya yang dipindahkan ke payudara tidak berfungsi dengan baik serta gagal menyesuaikan diri di lokasi baru.

“Berikutan itu, saya dipujuk menjalani rawatan urutan payudara yang didakwa boleh mengurangkan rasa sakit. Saya terima cadangan itu, tapi nyata ia tetap gagal mengurangkan rasa sakit serta mengimbangi saiz payudara saya yang menjadi tidak sekata antara kiri dan kanan,” katanya.

Y berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia berasa seperti ada ketumbuhan keras di dalam payudara, selain tidak selesa dan sakit setiap kali disentuh.

Dua ketulan ketumbuhan itu muncul pada payudara kiri dipercayai kesan daripada pembedahan memindahkan tisu lemak ke dada.

“Kesan ketumbuhan itu makin serius apabila ia mula pecah dan mengeluarkan darah, selain meninggalkan kesan parut merah kehitaman yang cukup memalukan. Saya bimbang jika ketumbuhan ini merebak ke seluruh payudara dan menyebabkan kecacatan kekal,” katanya.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, Y berjumpa doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan dan diberitahu kesakitan dialami dipercayai berpunca daripada pembedahan liposuction yang tidak dilakukan dengan cara selamat.

Y berkata, dia membayar RM360 bagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit.

“Saya meminta ganti rugi dari pusat kecantikan terbabit, namun hanya ditawarkan RM3,000 sebagai pampasan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan tawaran itu.



Ancaman musang ganas


ABDUL HAMID menunjukkan musang yang ditangkap Perhilitan yang menjadi punca kematian lebih 20 ekor kucing peliharaan penduduk di Mentakab semalam.


TEMERLOH – Misteri kematian lebih 20 ekor kucing peliharaan dengan kesan gigitan di leher sejak dua minggu lalu di sekitar Taman Bukit Bendera, Mentakab dekat sini akhirnya terjawab.
Rupa-rupanya ia angkara sekawan musang yang ganas menyerang dan membunuh binatang peliharaan itu dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh beberapa penduduk di kawasan itu baru-baru ini.
Seorang daripada mereka, Abdul Hamid Khan Ibrahim, 42, berkata, sekurang-kurangnya enam ekor musang dilihat menyerang seekor kucing sehingga menyebabkan kucing milik penduduk itu akhirnya mati.
“Hampir setiap hari, mesti ada kucing yang mati. Kadang-kadang lebih daripada tiga ekor kucing dijumpai mati di tepi jalan dengan kesan luka besar akibat gigitan di leher.

MAKMUR MASJID NI JANGAN SARAN UNTUK RAKYAT SAJA....BAGAIMANA PULA PEMIMPIN2...JANGAN2 PEMIMPIN PUN TAK PI MAKMURKAN MASJID....SEDANGKAN MEREKA PATUT JADI TELADAN.....UMUR NI TAKDIR ALLAH...TAK ADA PERKARA LAIN YANG BOLEH MEMANJANGKAN UMUR...KECUALI BANYAK KEBAJIKAN SERTA SUKA MENYAMBUNG SAITULRAHIM...INI ADA DISEBUT DALAM HADIS...KALAU ANAK DAH KENA LARI...TAK KAN BOLEH LEPAS DARI ZINA...KALAU GITU...BAIKNYA LELAKI ITU...IKAN DEPAN MATA...TAK KAN KUCING TAK MAKAN...LAKSANA AJE UNDANG2 HUDUD...NI PUN TAKUT NAK LAKSANAKAN DAN BERTANGGUH2...SERTA BERMACAM2 ALASAN....MEMANG DIAORANG TAK INGAT MATI...DAN TAK INGAT NERAKA.....

Trauma diragut



KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung dua bulan kini trauma selepas diragut seorang remaja lelaki ketika membonceng motosikal bersama suaminya di Batu Caves, di sini.
Wanita terbabit, Nur Idwanis Mohd Idris, 28, berkata, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam pada 27 Januari lalu, dia masih tidak dapat melupakannya kerana ia berlaku sekelip mata.

Malah, dalam kejadian itu, dia yang cuba mempertahankan beg tangan daripada diragut remaja terbabit yang datang dari arah belakang turut cedera.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Ismadi, berkata ketika kejadian dia baru saja menjemput isterinya itu dari tempat kerjanya di sebuah bank di ibu kota.

Katanya, ketika dia melalui jalan di hadapan kuil di tempat kejadian, sebuah motosikal ditunggangi seorang remaja memecut dari arah belakang lalu menghimpit motosikalnya dan pada masa sama cuba meragut beg tangan isterinya.

Jais pantau kumpulan



KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan ada menerima aduan mengenai kegiatan kumpulan ajaran sesat itu, malah pemantauan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Pegawai Perhubungannya, Nurhamizah Othman, berkata pihaknya kini giat melakukan siasatan dan memantau perkembangan kumpulan terbabit bagi mengumpul maklumat serta bukti kukuh sebelum mengambil tindakan undang-undang yang wajar.

“Memang Jais mendapat aduan mengenai kegiatan kumpulan ajaran sesat itu dan kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor,” katanya, ketika dihubungi.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata amalan tawajjuh (berdepan) kepada syeikh ketika berzikir adalah fahaman salah kerana sebarang perantaraan dalam ibadat adalah dilarang.

“Tawajjuh adalah fahaman yang salah. Kita tak boleh melalui syeikh, sebaliknya kena secara langsung kepada Allah.

“Ibadat asas seperti solat pun kita tunaikan secara langsung kepada Allah. Kenapa ibadat yang cabang ini (zikir) kita kena ada perantaraan,” katanya diminta mengulas mengenai kegiatan ajaran songsang yang didedahkan Liza.

Menurutnya, tujuan zikir ialah untuk mengingati Allah, sama ada zikir itu berbentuk tasbih, takbir, tahmid dan beristighfar memohon keampunan.

“Tujuan untuk mengingati Allah, sama ada ketika duduk, berdiri atau baring, bukan kerana yang lain. Semua ini adalah fahaman yang patut dikaji balik,” katanya.

Ditanya mengenai ahli kumpulan terbabit yang tidak bersolat Jumaat, Mohd Tamyes berkata, tidak mengerjakan solat Jumaat bercanggah dengan syarak kerana solat itu sudah disyariatkan dalam Islam.

Malah, katanya, orang Islam yang wajib menunaikan solat Jumaat tetapi tidak mengerjakannya tiga kali berturut dikenali sebagai munafik.

“Ajaran salah dan menyeleweng ini ada pelbagai, ada bercanggah syarak dan akidah,” katanya.

Menurutnya, tok guru kepada ajaran itu juga disifatkan sebagai fasik apabila terbabit dengan kes kesalahan seksual.

“Sekiranya apa yang berlaku itu adalah betul, tuan guru terbabit jelas fasik dan hanya didorong oleh hawa nafsu,” katanya.

Berkenaan suluk katanya, ia adalah jalan atau dalam istilah lain dikenali tarikat dan dengan sebab itu dikatakan ada bermacam-macam tarikat.

“Beramal dengan cara tertentu, itu dikatakan suluk. Dalam ibadat sebaiknya beramal dengan cara belajar. Ada contoh tauladan orang dari guru mursyid.

“Suluk satu cara bagaimana kita beramal mengikut orang tertentu, tetapi selepas kita tahu dan belajar kita boleh beramal sendiri,” katanya.

Pakai topeng kebas RM134,957



KLANG: Seorang penyamun bertopeng melarikan wang tunai berjumlah RM134,957.35 yang disimpan dalam peti besi di sebuah pasar raya besar di Batu Belah, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi, bagaimanapun ia hanya disedari seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun jam 6.10 pagi apabila mendapati bilik kawalan keselamatan pasar raya berkenaan dipecah masuk.

Sumber berkata, rakaman kamera litar terutup (CCTV) berjaya mengesan kelibat seorang lelaki memakai kain penutup muka sebelum menutup CCTV.
“Terdapat kesan peti besi dibuka dengan kunci premis sebelum suspek melarikan wang tunai terbabit.

“Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini membabitkan pakatan antara orang dalam atau sebaliknya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu terbabit,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu dan hasil penelitian, polis berjaya mengesan kesan cap jari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Shukor Sulong mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis.

   Ayuh makmurkan masjid


MASJID adalah institusi amat penting dalam Islam. Sejak awal penyebaran Islam, masjid menjadi tonggak kepada penyiaran dan penyebaran Islam. Hal tersebut digambarkan melalui pembinaan masjid Quba oleh Rasulullah s.a.w ketika berlakunya hijrah ke Madinah. Bertitik tolak daripada itu, masjid mula dibina ke seluruh wilayah Islam sampai ke hari ini.
Namun, sejak akhir-akhir ini isu masjid tidak pernah sunyi daripada menjadi polemik sehingga memecahkan perpaduan umat Islam. Keadaan itu berlaku apabila fungsi masjid sebagai wadah ummah dalam beribadah dan pusat sosial semakin diketepikan. Solat secara berjemaah nampaknya kurang diterjemahkan ke dalam kehidupan bersosial yang lain sehinggakan masjid menjadi hambar dengan aktiviti ke arah mengeratkan ummah. Walaupun kita sering ke masjid untuk bersolat berjemaah, persoalannya setakat mana perasaan kasih sayang sesama ummah. Selain itu, ada juga di kalangan umat Islam yang setakat membanggakan masjid dari sudut kecantikan reka ciptanya, menarik landskapnya dan bermacam-macam lagi pujian. Tidak menjadi kesalahan berbuat demikian. Masjid yang cantik, bersih dan menarik persekitarannya tentu akan mengundang rasa ingin selalu berkunjung untuk melaksanakan ibadah. Kita sebagai umat Islam mesti ingat mengenai satu peringatan daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga manusia (umat Islam) bermegah-megah (dengan binaan) masjid.” (Hadis riwayat Abu Daud). Nampaknya apa yang dikatakan Rasulullah sudah terjadi di kalangan sesetengah umat Islam dewasa ini.

Sepatutnya yang perlu dimegahkan ialah aktiviti pengisiannya. Ini kerana pengisian yang akan menjadikan sesebuah masjid itu dapat dianggap benar-benar ‘cantik dan menarik’. Justeru, pihak yang diberikan tanggungjawab dan amanah mengendalikan sesebuah masjid sewajarnya mengambil ikhtiar semaksimum yang boleh untuk mengaktifkan fungsi masjid khususnya ke arah mengajak golongan muda. Dengan aktiviti ibadah wajib dan sunat kemudian ditambah nilai dengan program kemasyarakatan yang terancang mampu mengembalikan imej masjid sebagai tonggak institusi masyarakat Islam terulung.
Pengurusan masjid mesti mencari jalan secara bersungguh-sungguh untuk menarik orang muda agar sayang dan cintakan masjid. Walaupun tidak dinafikan kebanyakan masjid memang sudah sedia mengadakan pelbagai aktiviti sampingan selain ibadah wajib seperti solat fardu, namun kita rasa masih ada ruang buat masjid mengadakan aneka program yang mampu menjinakkan orang muda berkunjung. Satu lagi yang sangat wajar diadakan di masjid ialah ruang bacaan bahan agama. Sebenarnya pembelian bahan bacaan agama boleh dibeli menerusi dana tabung masjid yang didermakan orang ramai. Persoalannya, setakat mana dan banyak mana pengurusan masjid sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi menyediakan bahan bacaan buat jemaah? Terus terang penulis katakan apa yang dapat dilihat ialah kebanyakan masjid memang memiliki ruang bacaan, tetapi bahan bacaan lama dan tiada penambahan dari semasa ke semasa. Keadaan itu seolah-olah menggambarkan sikap pengurusan masjid yang meminggirkan aktiviti pembacaan. Warna kertas buku sudah kuning menampakkan betapa lamanya buku tersebut. Hendak cari buku baru memang susah. Mungkin juga pengurusan masjid menganggap aspek bahan bacaan ini orang ramai boleh membeli sendiri atau berkunjung ke perpustakaan. Sebenarnya, banyak program menjurus kepada pemantapan ukhuwah ummah dapat dilaksanakan di masjid. Misalnya, mewujudkan pertandingan menulis tulisan khat, mengarang cerita berunsur agama dan moral, malah masjid mungkin boleh mengeluarkan buletin berbentuk bulanan atau dwi bulanan untuk diedarkan kepada penduduk sekitar. Mungkin dengan pendekatan sebegini akan menimbulkan rasa ‘dekat di hati’ penduduk khususnya generasi muda kepada masjid. Jadi, dengan kepelbagaian aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan diambil bahagian secara kolektif oleh seluruh penduduk barulah sesebuah masjid itu hidup dengan roh keagamaan yang mantap.

Masjid sebagai rumah Allah yang bertindak sebagai institusi terpenting sejak awal sejarah Islam lagi mesti diperkasa agar generasi muda tidak ketandusan dengan semangat beragama yang luhur dan generasi ini akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan ummah pada masa depan. Oleh itu, masjid mesti dijelmakan sebagai medan terbaik dalam merencanakan martabat ummah dengan mencorakkan aktiviti yang secara berterusan dan rapi. Ingatlah antara ciri sesebuah masjid beroleh rahmat dan petunjuk Allah ialah yang dipenuhi jemaah untuk mengerjakan solat fardu dan sunat di samping berfungsi sebagai pusat pembentukan masyarakat Muslim soleh dan bertakwa. Dengan kata lain, masjid menjadi tempat pengabdian cinta umat terhadap Allah dan Rasul-Nya, menggerakkan hati untuk menimba ilmu pengetahuan dan membina ikatan perpaduan ummah yang utuh.

Jadi, masjid usah dibangga-banggakan dari aspek kecantikan luaran saja, tetapi mesti ‘cantik dan indah’ dari dimensi aktiviti pengisiannya. Cantik dan indah bukan hanya pada nama yang diambil sempena nama sahabat Rasulullah, namun yang lebih utama ialah gah dari sudut pengimarahan yang aktif dan berkesan.
>Penulis seorang guru


Rahsia sihat 109 tahun



KUANTAN: Pada usia mencecah 109 tahun, warga emas Kaminah Sarjo yang memiliki 71 cucu, 70 cicit, 50 piut dan 20 miut masih memiliki tahap ingatan serta penglihatan baik selain masih mampu menguruskan diri sendiri.
Ibu kepada sembilan anak berasal dari Jawa Tengah, Indonesia masih mampu mencucuk benang ke lubang jarum tanpa menggunakan cermin mata. “Petua menjaga kesihatan yang diamalkan sejak muda hingga sekarang ialah makan pelbagai jenis ulam terutama tauge segar. Selain itu saya juga suka masakan pedas dan sambal.

“Selain makan tidak terlalu kenyang, kita perlu sentiasa melakukan suruhan Allah seperti solat dan puasa. Apabila sentiasa berdamping dengan Tuhan, hati senang, penyakit dapat dielakkan.
“Doa setiap kali lepas solat juga penting dalam usaha mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah,” katanya yang kini tinggal bersama anaknya, Tumijan Gonu, 69, di Felda Bukit Goh, di sini.

Kaminah berkata, dengan mengingati Allah, hati akan tenang seterusnya mampu menjalani kehidupan lebih ceria bersama keluarga tanpa rasa bosan dan rimas. Menurutnya, perhatian diberikan ahli keluarga juga memberi keselesaan kepadanya walaupun empat adik-beradiknya serta kebanyakan saudara-mara sudah tiada.

“Saya bersyukur masih dipanjangkan umur tanpa menghidap penyakit kronik, mungkin ada hikmah di sebalik usia lanjut ini,” katanya yang tidak mampu berjalan selepas terjatuh di bilik air dua bulan lalu.

Namun, menurutnya, dia sentiasa berdoa suatu hari nanti mampu berdiri dan berjalan seperti sebelum ini.

Kaminah yang meminati kuih apam kukus inti kelapa datang ke Malaysia ketika berusia 20 tahun dan menetap di beberapa penempatan di Johor, sebelum dia dan arwah suaminya yang meninggal pada usia 120 tahun menetap di Felda Bukit Goh.

Bagi Tumijan, walaupun ibunya lanjut usia dia masih mengingati pelbagai perkara berkaitan ahli keluarga, sahabat dan beberapa peristiwa menarik ketika zaman mudanya.

Menurutnya, setiap hari ibunya berbual dengan cucu dan cicitnya mengenai pelbagai perkara, termasuk isu semasa.


Wanita tertua di Perlis terus ceria

KANGAR: “Suami pertama tok dulu terpaksa gadai dua petak bendang kira-kira serelung (0.4 hektar) untuk dijadikan wang hantaran perkahwinan kami berjumlah RM120 pada tahun 1920-an. Waktu itu jumlah berkenaan adalah besar,” kata salah seorang penduduk tertua di Perlis, Chah Ismail.
Beliau yang kini berusia kira-kira 107 tahun berkata, suami pertamanya, Arshad Dahaman, menjadikan dua petak sawah dimilikinya sebagai sandaran bagi menjelaskan wang hantaran RM120, manakala RM12 bagi mas kahwin dan tanah berkenaan menjadi hak milik beliau sehingga mereka berpisah kerana tidak sehaluan.

“Hasil perkongsian hidup dengan Arshad, tok dikurniakan tiga anak. Anak sulung (Embun) kini berusia kira-kira 88 tahun dan masih hidup serta menetap dengan tok di rumah pusaka di Kampung Bawah Bukit, Chuping.
“Tok berkahwin ketika berusia 16 tahun, tetapi tidak kekal lama dan berpisah sekitar 1930-an. Selepas bercerai, tok bertemu jodoh dengan Mat Saad (sudah meninggal dunia) dan dikurniakan sembilan anak.

“Mat yang cukup terkenal dengan sikap penyayang meminta tok menyerahkan dua petak sawah yang dijadikan hantaran belanja perkahwinan terdahulu kepada suami pertama tanpa mengenakan bayaran,” katanya ketika ditemui sempena majlis keramaian anjuran keluarga di rumah anak ketujuhnya, Putih Mat, 61, di Bukit Keteri, dekat sini.

100 anak, cucu, cicit dan piut Chah hadir pada majlis itu. Warga emas berkenaan masih terang penglihatan dan dapat mendengar perbualan dengan jelas ketika majlis berkenaan.


Berdasarkan kad pengenalan, Chah berusia 98 tahun dan didaftarkan lahir pada 31 Julai 1913. Bagaimanapun, proses pendaftaran kelahirannya lewat dan dilakukan ketika dia berusia lebih 30 tahun yang ketika itu anak sulungnya berusia awal belasan tahun.

Putih pula berkata, usia ibunya melebihi 100 tahun iaitu sekitar 107 tahun dan mungkin antara penduduk paling tua di Perlis kerana ramai penduduk ketika itu hanya meletakkan anggaran tertentu pada proses kad pengenalan dilakukan.


Elak subahat



KUALA LUMPUR: “Jangan ikutkan hati untuk merayakan Hari Kekasih kerana ia berkaitan dengan agama lain. Lebih baik meraikan sambutan Maulidur Rasul kerana Nabi Muhamad adalah kekasih seluruh umat Islam,” ulas penceramah bebas, Fauzi Mustaffa.
Katanya, jelas sekali pada hari itu pasangan yang belum berkahwin hanya mencari keseronokan dan melakukan maksiat yang akhirnya merugikan ramai pihak.

“Pada hari itu, ramai pasangan kekasih akan membuktikan kesetiaan masing-masing dengan pelbagai cara yang akhirnya terjerumus kepada perbuatan dosa besar seperti zina hingga melahirkan anak tidak sah taraf. Ketika itu baru terasa bahananya kerana gagal mengawal nafsu.
“Usah dicemari agama Islam dengan perbuatan yang memesongkan akidah. Elakkan dari bersubahat menyambut perayaan yang berasaskan paderi dan gereja kerana agama kita sudah cukup sempurna,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan menjalankan operasi mencegah maksiat bagi mengekang berlakunya kegiatan tidak bermoral pada hari itu.

“Kita akan menggempur beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi sarang maksiat seperti di taman bunga, hotel dan sebagainya.

“Bagi saya banyak lagi cara kita untuk mencari keseronokan tetapi tidak perlu meniru budaya barat. Ibu bapa juga diminta mengawal pergerakan anak-anak kerana mereka yang sepatutnya berperanan penting memastikan akidah anak tidak terpesong,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengisytiharkan perang jihad bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan daripada terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau Hari Valentine yang bakal disambut minggu depan. Ini kerana, perayaan itu dianggap ‘racun’ memusnahkan akidah umat Islam berikutan ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaan. Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Ini kerana sambutannya mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan dilarang Islam.

Justeru, Jakim cuba memerangi budaya songsang itu melalui pelbagai pendekatan termasuk menganjurkan program Bicarawara dan pelancaran kempen awas jerat Hari Valentine yang diadakan di Aras 5, Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Putrajaya pada jam 8 malam tadi.


Kerugian akibat jenayah siber lebih RM63 juta

KUALA LUMPUR: Lebih RM63 juta kerugian membabitkan kes jenayah siber direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sepanjang tahun lalu berbanding RM22 juta pada 2009.
Statistik menunjukkan kes penyamaran pegawai bank dan polis mencatatkan kadar kerugian tertinggi dengan nilai kerugian melebihi RM20.7 juta iaitu membabitkan 1,201 kes.

Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata peningkatan secara mendadak dalam jenayah siber berikutan pertambahan bilangan individu celik teknologi maklumat (IT) yang dianggarkan mencecah 16 juta orang.
“Kita akan memerangi habis-habisan mereka yang menjadi dalang menyalahgunakan kemudahan IT dan multimedia bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

“Selain daripada meningkatkan usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah siber ini, kita menyeru orang ramai terutama mereka yang sering menggunakan teknologi dalam kegiatan harian supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah mana-mana sindiket atau individu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, antara kes yang menunjukkan peningkatan mendadak ialah jenayah menggunakan kemudahan perbankan Internet sebagai modus operandi.

Syed Ismail berkata, antara taktik digunakan termasuk mewujudkan laman web palsu menyerupai bank dan kemudiannya meminta maklumat perbankan daripada mangsa.

“Sekali imbas, orang ramai tidak akan menyedari laman web berkenaan sebenarnya palsu kerana ia menggunakan alamat laman web (URL) yang sama dengan bank.

“Segala paparan yang dihasilkan di laman rasmi akan ditiru sebaik mungkin. Kaedah dikenali sebagai ‘pishing’ ini sangat mengelirukan hingga ada mangsa yang menyerahkan butiran peribadi kepada sindiket berkenaan,” katanya.

Usaha wartawan Harian Metro untuk menjejaki sindiket itu menerusi Internet membawa kepada penemuan satu e-mel yang meminta agar pemegang akaun bank menukar nombor keselamatan kad kononnya sempena tahun baru 2011, baru-baru ini.


Anak ikut lelaki Myanmar



JITRA: “Saya mengesyaki anak saya mungkin tinggal di rumah kongsi bersama lelaki Myanmar yang melarikannya sejak tiga tahun lalu kerana dia tidak boleh bergerak ke mana-mana disebabkan tiada pengenalan diri.
“Apabila saya cuba menghubungi anak melalui telefon bimbitnya, dia seperti tidak berani memberitahu perkara sebenar, malah namanya juga sudah ditukar Ros,” kata Mohd Yussoff Ahmad.

Mohd Yussoff, 51, pesawah dari Kampung Naga, dekat sini, berkata, dia bimbangkan keselamatan anak perempuan bongsunya, Milhan, 18, kerana ketika meninggalkan rumah pada 2008, dia tidak membawa kad pengenalan dan sijil kelahiran.
Menurutnya, ketika melarikan diri, Milhan dipercayai baru pulang dari sekolah dan rakannya mendakwa dia mengikut lelaki Myanmar dikenali sebagai Hasan kerana lelaki terbabit menyukai anaknya yang ketika itu masih belajar dalam tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Kepala Batas, dekat sini.

Katanya, ketika itu, Hasan bekerja sebagai buruh binaan di projek perumahan satu kilometer dari rumah mereka dan menetap di rumah kongsi di situ.

“Anak saya pernah memberitahu ibunya, Khatijah Ismail, 49, lelaki terbabit sering mengganggunya terutama ketika pulang dari sekolah menyebabkan dia takut, tetapi kami menasihatkannya supaya jangan melayan dan menjaga diri.


“Isteri turut menemui surat ditulis anak saya dalam beg sekolahnya yang dia tidak sukakan Hasan dan surat itu ditemui beberapa hari selepas dia tidak pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Yussoff berkata, dia bimbang anaknya mungkin menjadi mangsa keadaan jika ditahan pihak berkuasa kerana tinggal bersama warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, dia juga bimbang anaknya itu dibawa pulang lelaki itu ke negara asal secara haram dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengesan anaknya.

“Isteri ada menghubunginya beberapa kali, tetapi kecewa apabila Milhan memberitahu dia berada di Kelantan dan tinggal bersama ‘keluarganya’ selain menggunakan banyak nama samaran.

“Kami masih kenal suara Milhan walaupun dia bertutur loghat Kelantan dan berharap dia berubah dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya yang mengesyaki anak perempuannya itu mungkin terkena ubat guna-guna.

Katanya, dia bersedia memaafkan anak bongsu daripada dua beradik itu jika pulang ke rumah dan berbincang secara baik jika benar mahu mengahwini lelaki Myanmar terbabit.

Menurutnya, dia membuat dua laporan kali pertama di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 19 Januari 2008, disusuli laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tidak lama kemudian.

“Kami sudah hilang punca mencarinya kerana sudah menghubungi semua rakannya termasuk guru di sekolah, tetapi mereka langsung tidak tahu di mana anak kami.

“Sesiapa yang mengenali dan pernah ternampak Milhan boleh menghubungi saya di talian 04-7141361 atau 013-4073697 atau balai polis berhampiran,” katanya.



Cekik 3 wanita selepas seks



PHILADELPHIA: Polis berkata seorang lelaki berusia 22 tahun memberitahu dia mencekik tiga wanita akhir tahun lalu selepas membayar untuk khidmat seks dan kadangkala terus melakukan hubungan seks selepas mangsa sudah mati.
Antonio Rodriguez ditahan untuk perbicaraan selepas sesi pembacaan pertuduhan, semalam. Polis berkata, dia tidak tahu nama ketiga-tiga mangsa tetapi mengenali gambar mereka ketika ditemu bual selepas penahanannya bulan lalu berikutan sampel DNA yang berpadanan. Ketiga-tiga mangsa, Elaine Goldberg, Nicole Piacentini dan Casey Mahoney adalah wanita penagih dadah dan adakala melacur di jalanan. Pihak pendakwa raya berkata mereka cuba melawan ketika diserang Rodriguez. - AP



Jeneral Taiwan diumpan seks, wang oleh ejen China

TAIPEI: Seorang jeneral warga Taiwan ditahan ekoran kes pengintipan paling buruk pernah berlaku di pulau itu dalam tempoh 50 tahun apabila dia diumpan oleh seks dan wang yang ditawarkan seorang ejen wanita warga China, lapor media, semalam.
Mejar Jeneral Lo Hsien-che yang bertugas di Thailand antara 2002 hingga 2005 terpedaya dengan perangkap yang dilakukan ejen berkenaan yang berusia awal 30-an ketika itu, lapor akhbar China Times sebagai memetik kenyataan sumber yang tidak dinamakan.

“Terpikat dengan seks dan wang yang ditawarkan pengintip itu, Lo direkrut kerajaan China untuk membekalkan maklumat sulit penting yang dikendalikannya,” lapor akhbar itu.
Menurut kenyataan akhbar itu, ejen terbabit dikatakan seorang wanita yang cantik, tinggi dan menawan serta memegang pasport Australia selain menyamar bekerja dalam perniagaan import dan eksport ketika bertemu Lo yang sudah berkahwin.

Lo yang kini berusia 51 tahun mula mengumpul rahsia untuk wanita itu pada 2004 dan menerima AS$200,000 (RM600,000) untuk setiap kali perkhidmatannya. Dia akhirnya dapat mengutip AS$1 juta (RM3 juta) hasil maklumat yang diberikan kepada China.

Walaupun dia kembali ke Taiwan pada 2005, Lo masih meneruskan khidmatnya untuk China dan terus menemui wanita itu di Amerika Syarikat di mana dia menyerahkan lebih banyak maklumat sulit kepada wanita terbabit sebelum ditahan bulan lalu. - AFP

BILA PERKARA2 MAKSIAT TELAH DIANGGAP BIASA...DAH LALI....HINGGA TAK MEMIKIRKAN AKAN MATI...ALAM KUBUR SERTA NERAKA ALLAH...SYOK PUNYA PASAL...SYAITAN DAH TUNGGANG ABIS.....

Candu video lucah


MERAKAM aksi lucah untuk simpanan sendiri boleh menjerat pelakunya.


KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.
Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi.
Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.
Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.
Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.
Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.
Bersaing
Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.
Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.
Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.
Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

PENYEBARAN video lucah semakin sukar diperangi.


Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.
Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.
“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.
Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.
Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Nafsu

BERMULA dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. - Gambar hiasan


“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.
“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.
Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.
Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.
Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.
Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.
Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.
Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.

RAKYAT PUN DAH MUAK ACARA2 MAKSIAT SERTA PROGRAM2 TV BERUNSUR MAKSIAT....MACAM YANG MENGANJUR TAK RETI BAHASA....ATAU MEMANG JAHIL AGAMA....ATAU WANG DAN KEMEWAHAN..KESERONOKAN...DOSA DAN HUKUM ALLAH DIKETEPIKAN...MEMANG NAK MENEMPAH NERAKA....

Beri diskaun tiket balik Mesir


SEBAHAGIAN daripada pelajar Malaysia gembira selepas berjaya kembali ke kampung halaman masing-masing di Seremban semalam.


SEPANG - Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.
Seorang penjawat awam, Husin Ibrahim, 55, berkata tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak kembali ke Mesir.
"Mungkin hanya lima peratus yang berkemampuan untuk membelikan tiket untuk anak, walaupun orang lazimnya berkata kalau yang belajar di luar negara, ibu bapanya mesti hidup senang.
"Tetapi kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan paling tidak bantu bayar separuh daripada harga tiket itu kerana harganya agak mahal,'' katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sewaktu menyambut kepulangan anaknya, Mohd. Abdul Azim semalam.
Sementara itu, Saridah Suman, ibu pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Iskandariah, Mohd. Yady Abdullah, berkongsi pandangan yang sama.


Motosikal dilelong serendah RM30


KONG MENG (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada motosikal yang dilelong di IPD Timur Laut, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Serendah RM30. Itulah nilai lelongan sebuah motosikal jenis Honda Cub pada acara lelongan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.
Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.
Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.
“Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710,” katanya.
Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord.



Hari Kekasih: Menteri terima ratusan panggilan telefon

11/02/2011 4:30pm

KOTA BHARU - Cadangan ‘kekang aktiviti tidak bermoral’ oleh Pemuda Pas menyebabkan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.
Mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di sini hari ini, Menteri Pelancongan itu berkata, panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.
"Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara.
Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.
Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari. - Bernama



Nasha cedera dalam kes rompakan

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.
Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.
"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.
"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.




Tangisan ibu tak pengaruhi hakim


ANGGOTA polis membawa Wan Hafiz (kanan sekali) ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Tangisan hiba seorang ibu pada sesi sebutan semula kes membabitkan seorang pemuda yang terlibat dalam jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam gagal melembutkan hati hakim mahkamah itu untuk menawarkan jaminan kepada anak wanita terbabit.
Ini kerana Hakim Zainal Abidin Kamarudin menyifatkan tuduhan jenayah terhadap Wan Hafiz Wan Omar, 21, yang didakwa menculik, merogol dan meliwat adalah jenayah berat.
“Saya faham puan mahu jamin tertuduh ini (Wan Hafiz) tetapi jika boleh jamin sekali pun bayarannya amat tinggi.
“Namun untuk hari ini, tiada jaminan ditawarkan. Kes tertuduh ini amat berat kerana dia dikenakan tiga pertuduhan,” kata Zainal Abidin ketika memanggil wanita itu pada sesi sebutan semula kes membabitkan anaknya di sini semalam.
Selain itu, Zainal Abidin turut menasihatkan wanita itu supaya melantik peguam untuk membantu anaknya yang dituduh atas tuduhan menculik, merogol dan meliwat.


Restoran salai daging babi secara terbuka


SEORANG pekerja menyalai daging babi secara terbuka di belakang sebuah restoran di Rawang semalam.


RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa mengambil tindakan tegas terhadap sebuah restoran di sini yang didakwa menjalankan aktiviti memotong dan menyalai daging babi secara terbuka sejak dua minggu lalu.
Aktiviti pemilik restoran tersebut didakwa tidak menghiraukan sensitiviti orang awam terutama pelanggan di restoran Melayu yang terletak berhampiran dengan restoran tersebut.
Seorang pembantu kedai, Hanipah Rahman, 35, mendakwa selalu melihat beberapa pekerja di restoran terbabit menjalankan aktiviti tersebut di belakang restoran berkenaan.
"Sebelum ini aktiviti itu bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam dan kadangkala menjangkau sehingga pukul 11 malam tetapi hari ini (semalam) mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi lagi," katanya di sini semalam.

BILA DAKWAH DISEKAT DAN PERLEKEH MALAH DIKUTUK PUN ADA...YANG SESAT TERLEPAS...MAKSIAT MELAMBAK2 DIDEPAN MATA.....HUKUM ALLAH DINAFI.....ORANG DAH TAK TAKUT UNTUK BERZINA DAN MEROGOL...DAH TUA...BERTARAF DATUK PUN BERANI MEROGOL...SAMPAI BOSAN BLOG NI MEMBERI PERINGATAN ...MMG KITA SAMA2 CARI NAHAS....MEMANG KITA TAK PAKAI OTAK...ATAU BERAKAL LAGI....MENAFI KESEMPURNAAN ALLAH SWT...

Serah tubuh kepada ketua

Oleh Idris Musa dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my

TERPESONG...bekas pengikut menceritakan pengalaman selama mengikuti ajaran sebuah kumpulan ajaran songsang kepada wartawan Harian Metro.
TERPESONG...bekas pengikut menceritakan pengalaman selama mengikuti ajaran sebuah kumpulan ajaran songsang kepada wartawan Harian Metro. 
KUALA LUMPUR: “Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya.
“Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan.”

Demikian kata wanita dikenali sebagai Liza ketika mendedahkan salah laku dan penyelewengan ketua satu kumpulan ajaran sesat yang diikutinya hampir empat tahun lalu dan masih aktif di beberapa lokasi terutama di Selangor dan Perak.

Wanita berusia 30-an itu berkata, dia meninggalkan kumpulan ajaran sesat berkenaan selepas mendapati terlalu banyak penyelewengan dan amalan bertentangan ajaran Islam diajarkan ketuanya.
Kata Liza, lelaki berusia 50-an itu berselindung di sebalik sifat warak dan mencampuradukkan amalan songsang dalam majlis zikir yang diajar kepada pengikutnya.
“Pada setiap malam Selasa dan Jumaat dikenali sebagai malam tawajjuh (berdepan), kami berzikir dalam gelap dengan mata dipejam rapat.

“Muka ahli perempuan ditutup dengan kain telekung manakala ahli lelaki menutup muka dengan serban sambil berniat kepada syeikh (ketua) ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, upacara aneh itu diadakan di markas di pinggir ibu kota secara beramai-ramai dalam keadaan taksub dan separa sedar, disusuli dengan amalan tawajjuh iaitu berdepan dengan syeikh oleh seorang ahli yang ditugaskan dengan cara meletakkan tangannya di kepala ahli lain.

“Amalan itu memang pelik, tetapi pada peringkat awal saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah semakin lama saya menyertainya bermacam-macam lagi yang saya tahu, termasuk tidak melakukan solat Jumaat di kalangan lelaki.

“Mereka beri alasan di kawasan markas itu tidak mencukupi 40 orang (jemaah), tidak wajib kepada mereka mengerjakan solat Jumaat.

“Jadi, ketika umat Islam mengerjakan ibadat mingguan itu, mereka tidur. Jika berada di khalayak umum, mereka berlakon mengikuti solat Jumaat, namun sebaik selesai, mereka mendirikan solat lain kerana beranggapan solat Jumaat itu tidak sah,” katanya.

Liza yang juga seorang kakitangan awam berkata, dia tertarik menyertai kumpulan itu bersama suami sebelum ini kerana melihat kepada aspek luaran ahli dan ketua ajaran berkenaan.

“Memang dari luar mereka kelihatan alim, membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan suami untuk menyertai kumpulan mereka.

“Saya masih ingat lagi, pada hari pertama ke markas itu iaitu selepas Asar pada pertengahan 2006 saya dikehendaki mandi sunat taubat dan mengerjakan solat sunat taubat. Saya pelik, kenapa ada solat sunat selepas Asar kerana setahu saya tiada solat sunat selepas waktu itu.

“Pada malamnya pula solat Isyak dilewatkan kepada jam 9.30 malam, kemudian saya dibaiah (ikrar) oleh ketua. Saya dikehendaki mengikuti lafaznya supaya sumpah setia kepada ajaran berkenaan.

“Selepas itu semua lampu dipadamkan, mata dipejam dan muka ditutup untuk melafazkan zikir beberapa ratus kali, kemudian datanglah seorang ahli meletakkan tangannya di kepala setiap ahli melakukan tawajjuh.

“Dalam majlis itu dianggarkan 50 ahli, lelaki dan perempuan terdiri pelbagai lapisan usia. Ada antara mereka datang dari jauh,” katanya.

Menurutnya, ahli kumpulan ajaran itu juga diberi minum sejenis air supaya mereka terus taat dan taksub kepada tuan guru.

“Selepas tahu banyak perkara yang tidak betul, saya nekad meninggalkan kumpulan itu, tetapi saya takut kerana ada antara pengikutnya memburu saya supaya kembali kepada mereka,” katanya.

Mengenai salah laku seks ketua ajaran sesat itu dan amalannya menari dengan wanita, Liza berkata dia mendapat maklumat itu daripada orang kanan kumpulan berkenaan, malah mempunyai bukti mengenainya.

“Setahu saya, wanita termasuk anak gadis menjadi mangsa nafsu serakahnya apabila mereka ingin melakukan upacara penyerahan, kerana ada antara mereka menyerah maruah diri, selain barangan yang berharga.

“Ketika inilah ketua mengambil kesempatan. Kemudian, barulah seseorang itu boleh menyempurnakan amalan suluk (menyepikan diri) di bilik kecil yang tersedia di markas itu.

“Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai semua aktiviti dan amalan dalam kumpulan itu serta menyerahkan bukti yang saya ada, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil,” katanya.



Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.
Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.
Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.
Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.
Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Dua lelaki dituduh tipu wang pakej umrah


JOHARI (kanan) dan Mustafar yang dituduh melesapkan wang bagi pakej umrah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Dua lelaki dituduh melesapkan wang dan cek milik pelanggan yang mahu mengerjakan umrah berjumlah RM192,500 pada tahun 2009 di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh pertama, Johari Kamarudin, 35, dari Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan berdepan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM5,500 pada 1 Jun 2009.
Rakannya, Mustafar Ismail, 56, pula berdepan lapan pertuduhan serupa melibatkan wang dan cek berjumlah RM187,000.
Enam daripada lapan pertuduhan terhadap Mustafar membabitkan kesalahan yang didakwa dilakukan di antara 2 Februari hingga 25 Mac 2009 di rumah beralamat 3432, Taman Che Yah, Kampung Amir, Kampung Raja, Besut.





Sepak perut isteri hamil

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini.

Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang mengandung tiga bulan terpaksa menahan kesakitan selepas dikasari suaminya.

“Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa yang berusia 23 tahun meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak,” katanya.


Manoharan berkata, berikutan tidak dapat menahan sakit dan menyedari berlaku pendarahan, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang Selasa lalu.

Katanya, doktor mengesahkan mangsa mengalami keguguran dan tertekan dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat laporan di Pondok Polis HSNZ pada jam 11 malam hari sama.

Kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kini stabil dan menjalani rawatan akibat keguguran di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sehingga 20 tahun dan denda.

Manoharan berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana suspek berada di luar daerah disebabkan bekerja di pelantar minyak berkenaan.



2 maut hidu gas beracun

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

BANTU...pegawai perubatan memberi bantuan alat pernafasan kepada mangsa.
BANTU...pegawai perubatan memberi bantuan alat pernafasan kepada mangsa. 
KUALA LUMPUR: Dua warga asing ditemui maut manakala dua lagi tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas beracun selepas masuk ke dalam lubang pembetungan sebuah restoran di pusat beli-belah, Subang Jaya, di sini, tengah hari semalam.
Difahamkan, keempat-empat warga asing itu terdiri daripada dua warga Bangladesh yang juga pekerja restoran terbabit manakala dua lagi warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari, dua pekerja restoran itu dipercayai membuka penutup lubang pembetungan yang digunakan sebagai saliran kumbahan yang terletak bersebelahan restoran tempat mereka bekerja sebelum menjerit meminta bantuan.

Katanya, jeritan mereka didengari dua pengawal keselamatan berkenaan yang kemudian cuba membantu dengan masuk ke dalam lubang pembetungan itu, namun kedua-duanya turut berdepan masalah apabila menghadapi masalah pernafasan akibat gas beracun.


Menurutnya, mangsa berusia 30-an itu dipercayai lemas akibat terhidu gas beracun menyebabkan mereka gagal keluar dari lubang pembetungan itu.

“Kami mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang sebelum sepasukan polis dihantar membuat siasatan.

“Hasil siasatan awal, semua mangsa dipercayai terhidu gas beracun menyebabkan mereka sesak nafas lalu pengsan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, seorang warga Bangladesh meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang warga Nepal meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Punca kematian masih belum diketahui sehingga keputusan lengkap bedah siasat diperoleh. Dua daripada masih dirawat di PPUM,” katanya.

Zainal berkata, sehingga kini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, pihaknya juga masih menyiasat tujuan pekerja restoran terbabit masuk ke dalam lubang pembetungan itu.

Wednesday, February 9, 2011

ADAKAH KITA JUGA TAK KEJAM...KERANA MENAFI SERTA MENGNEPIKAN HUKUM ALLAH SWT....MENAFIKAN SIFAT MAHA ADIL SERTA MAHA BIJAKSANANYA ...

Kejam! Kejam! Kejam!



KUALA LUMPUR: Jika angka dijadikan ukuran nilai kemanusiaan, rakyat negara ini boleh dianggap kejam kerana statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sejumlah 517 bayi dibuang di seluruh negara sejak enam tahun lalu.
Kebanyakan kes buang bayi dilakukan individu terutama gadis yang bimbang maksiat terbongkar selain tiada tempat mengadu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, berdasarkan perangkaan, seramai 203 mangsa dikenal pasti sebagai bayi lelaki manakala 164 bayi perempuan. “Bagaimanapun, 150 kes lagi gagal dikenal pasti jantina berikutan keadaan bayi tidak cukup sifat atau hanya penemuan janin. “Malah, ada juga mayat bayi sudah reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan.
“Daripada jumlah itu juga seramai 230 bayi ditemui masih hidup manakala 287 sudah meninggal dunia. Tahun 2008 mencatatkan jumlah pembuangan bayi teramai membabitkan 102 kes.

“Statistik ini agak menggerunkan apatah lagi gejala buang bayi terus berlaku. Dalam bulan lalu saja, sebanyak 19 kes bayi dilaporkan dan angka ini dijangka meningkat,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga seramai 37 suspek ditahan termasuk empat individu sepanjang bulan lalu.

“Hasil kajian mendapati lokasi yang paling digemari untuk membuang bayi di kawasan perumahan, tempat pembuangan sampah, masjid, surau, jalan, sungai, semak dan tandas,” katanya.

Beliau berkata, gejala pembuangan bayi ini banyak dipengaruhi faktor bimbang rahsia terlanjur melakukan hubungan seks diketahui keluarga dan rakan-rakan selain tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat, jagaan dan sokongan moral daripada masyarakat sekeliling.
“Apa yang jelas kebanyakan remaja yang mengandung anak luar nikah itu tetap melakukan perbuatan kejam berkenaan walaupun menyedari perbuatan membuang bayi yang baru dilahirkan menyalahi undang-undang,” katanya.

Mohd Bakri berkata, dalam menangani masalah sosial itu, PDRM mengambil pendekatan serius dengan menggunakan pendekatan pencegahan dan rawatan serentak.

“Paling penting peranan ibu bapa dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan selain menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Mereka juga perlu mengawal pergaulan anak-anak bagi memastikan anak masing-masing tidak terbabit dengan seks bebas.

“Selain itu penyebaran filem pornografi turut menjadi punca aktiviti seks bebas ini terus menular di dalam masyarakat,” katanya. Pada masa sama beliau turut memberi penerangan berhubungan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response Alert) yang kini diambil alih sepenuhnya oleh pihak PDRM daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurutnya, tanggungjawab itu yang mula dijalankan PDRM sejak 27 Januari lalu membolehkan polis melakukan tugas mengesan, menyiasat dan menghebahkan perkara itu kepada media dengan lebih pantas berhubung laporan kes kehilangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Saksi ragut perlu tampil



PETALING JAYA: Polis meminta saksi kejadian mangsa ragut yang maut selepas koma selama tiga hari, Zabedah Abas, 46, di Taman Maju Jaya, di sini, minggu lalu supaya tampil membantu siasatan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pihaknya diberitahu kejadian itu disaksikan seorang penduduk yang mengejar suspek, namun gagal.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau meminta saksi terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.
“Jika bimbang identitinya dikenal pasti, saksi berkenaan boleh menghubungi Rakan Cop atau menghubungi Balai Polis Petaling Jaya supaya penjenayah terbabit diberkas.

“Kami juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Hisan berkata, kesedaran penduduk di kawasan itu masih berada di tahap rendah apabila tahun lalu sebanyak 1,378 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan trafik seperti tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

“Bagi Januari lalu saja sebanyak 152 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan sama manakala kes dadah mencatatkan 560 kes tahun lalu,” katanya.



Warga emas tercampak drebar bas cepat tutup pintu



AMPANG: “Saya hanya berserah kepada Tuhan kerana tidak terdaya untuk bangun selepas tercampak keluar dan jatuh terduduk berhampiran tayar belakang bas itu dan ketika bas bergerak ia hampir menggilis kaki saya.
“Dengan beg baju dan tas tangan yang masih tersangkut di pintu bas, pemandu meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan saya,” kata warga emas yang mendakwa menjadi mangsa kecuaian pemandu bas henti-henti di Kuala Lumpur.

Khatijah Bee Packeer Mohd, 62, berkata dia bernasib baik apabila sepasang pelancong melihat kejadian itu dan berlari sambil mengetuk pintu bas untuk meminta pemandu memberhentikan kenderaan itu.
Dakwanya, lebih mengecewakan pemandu itu hanya membuka pintu bagi mengeluarkan beg yang tersangkut dan terus memandu tanpa melihat keadaan dirinya yang cedera di beberapa bahagian badan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Khamis lalu selepas saya menaiki bas itu dari Hentian Jalan Duta untuk ke Stesen LRT Hang Tuah dengan membawa beg tangan dan dua beg pakaian, namun ketika saya menuruni tangga, pemandu menutup pintu mengakibatkan beg tangan dan satu beg pakaian tersepit.

“Keadaan itu membuatkan saya tercampak keluar dan jatuh berhampiran tayar belakang bas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia sakit di seluruh badan dan bengkak buku lali kaki kanan kerana terjatuh di atas jalan raya. Malah, Khatijah turut sakit di tangan dan bahu kiri akibat beg tangan dan beg baju yang dipegangnya diseret bas terbabit.

Malah, lebih menyedihkan dia mendakwa pemandu terbabit tidak langsung melihat keadaannya apatah lagi untuk memohon maaf.
“Sudah 20 tahun saya berulang alik dari Perak ke sini, namun ini kejadian pertama dan ia membuatkan saya serik menaiki bas henti-henti,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian dia terpaksa menggagahkan diri bangun untuk mengutip beg tangan dan beg pakaiannya yang bertaburan di atas jalan raya tanpa dibantu sesiapa.

“Malah, apabila sampai di rumah saya tidak boleh tidur kerana menahan rasa sakit sehingga badan menggigil. Saya menceritakan perkara itu kepada anak keesokan harinya kerana selepas kejadian saya menjadi trauma dan kelu lidah sebelum membuat laporan polis,” katanya yang sehingga kini masih terpaksa mengambil ubat tahan sakit.

Sementara itu, anak mangsa, Jamilah Mohd Haniff, 36, berkata kecewa dengan tindakan pemandu terbabit, dia membuat aduan kejadian itu kepada pihak pengurusan bas.

“Biarpun e-mel dihantar beberapa kali sejak 5 Februari lalu kepada pihak pengurusan, namun tiada maklum balas daripada mereka. Malah, beberapa panggilan turut dibuat, namun kecewa kerana dimaklumkan pegawai yang mengendali aduan bercuti.

“Bagaimanapun, petang kelmarin saya menerima panggilan daripada mereka memaklumkan siasatan akan dilakukan dan hasilnya diberitahu kelak,” katanya.


Cerai suami kerana hutang



KUALA LUMPUR: “Dia bukan hanya meninggalkan saya dan tiga anak kami tanpa sebarang nafkah, tetapi turut meninggalkan beban hutang menyebabkan kami sekeluarga hidup serba kekurangan dan terpaksa berhutang dengan bank bagi melangsaikan hutangnya,” kata Lau Yiek Kiew, 56, yang dihimpit kesusahan akibat sikap bekas suaminya yang meminjam along.
Yiek Kiew berkata, sehingga kini rumah diduduki terpaksa digadai kepada bank sebanyak RM270,000 pada 2009 yang dibuat atas nama anak sulungnya dengan bayaran bulanan RM1,000 selama 35 tahun.

Menurutnya, rumah itu terpaksa digadai bagi membayar hutang bekas suaminya yang bertimbun dengan along sehingga anaknya berdepan risiko diisytiharkan muflis gara-gara tidak dapat membayar ansuran bulanan itu.
“Saya memberi peluang kepadanya berubah sikap, namun tidak menyangka dia tidak serik, malah membuat hutang baru menyebabkan saya nekad bercerai dengannya.

“Sebelum ini pun saya sudah melangsaikan hutangnya RM80,000 dengan bantuan saudara-mara yang meminjamkan wang,” katanya ketika hadir pada sidang media di Wisma MCA, di sini.

Beliau berkata, duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suaminya RM70,000 juga habis digunakan untuk perjudian.

“Pada 27 Januari lalu kira-kira jam 3.45 petang, saya dikejutkan dengan kehadiran beberapa samseng along yang menyimbah cat merah ke dinding rumah saya. Ketika itu saya menyedari bekas suami masih berhutang dengan along,” katanya.



'Joey sendiri mengaku'



KAJANG: Isteri kepada penyanyi dan pelakon Joey atau Zulkifli Daud mendakwa lelaki itu membuat pengakuan sendiri mempunyai hubungan sulit dengan dramatis Norwati Sadali (Watie) sebelum keluar menghilangkan diri beberapa hari dari rumah mereka di Ampang.
Noraini Mohamad Nasir, 44, (plaintif) berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarienya, Amli Embong di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.

Menurutnya, pada penghujung Mei 2010, Joey, 37, (defendan) mengaku mempunyai hubungan sulit dan keluar dari rumah mereka sebelum pulang semula pada 4 Jun 2010.
“Sepanjang tempoh kehilangannya, saya ada beberapa kali menghubungi melalui telefon malah ada menghantar SMS bagaimanapun tidak berjawab. Pada 4 Jun 2010, dia ada menghubungi saya dan mahu berjumpa untuk berbincang jadi kami berjumpa di luar rumah. Dia datang bersama seorang temannya yang dikenali sebagai ‘Ah Chong’.

“Dia melafazkan talak bagaimanapun saya tidak mendengarnya sendiri kerana ketika itu saya lari masuk ke dalam rumah. Ah Chong pula ada menghubungi saya dan mengatakan bahawa Joey ada melafazkan talak terhadap saya,” katanya.

Noraini berkata, selepas Ah Chong memaklumkan perkara itu kepadanya, dia terus menghubungi Joey bagi mendapatkan penjelasan, bagaimanapun gagal.

AMLI: Ketika Ah Chong menghubungi puan adakah dia beritahu bagaimana bunyi lafaz talak itu?
NORAINI: Dia cuma cakap talak sudah jatuh.

AMLI: Selepas itu ada kamu hubungi defendan?
NORAINI: Ada tetapi tidak berjawab.
AMLI: Selepas itu ada defendan balik ke rumah?
NORAINI: Ada.

AMLI: Dia balik untuk apa dan bila tarikh dia balik?
NORAINI: Joey balik pada 8 Jun 2010 dan mahu rujuk kembali.

AMLI: Ada defendan lafazkan apa-apa?
NORAINI: Ada, Joey lafazkan “Aku, Zulkifli Daud dengan ini rujuk kembali kepada kamu Noraini Mohd Nasir.

AMLI: Ada saksi?
NORAINI: Tiada.

AMLI: Di mana kejadian ini berlaku?
NORAINI: Di dalam bilik rumah kami. Ketika melafazkan kata-kata rujuk, Joey meletakkan tangan kanan di dahi saya, manakala sebelah tangan lagi diletakkan di atas Al-Quran.

AMLI: Berbalik kepada kejadian melafazkan cerai. Adakah kamu memaksa defendan melafazkan cerai?
NORAINI: Tidak tetapi saya merayu kepadanya supaya jangan ceraikan saya.

AMLI: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?
NORAINI: Dia dalam keadaan biasa dan waras.

AMLI: Selepas kejadian rujuk, ada puan maklumkan kepada sesiapa?
NORAINI: Ada iaitu kepada adik tiri saya dan seorang rakan kami, Mathias Ali. Menurut rakan kami itu, Joey ada bertanya kepadanya sama ada rujuk yang dibuat itu sah atau tidak.

AMLI: Jadi apa yang Mathias beritahu mengenai rujuk itu?
NORAINI: Mathias katakan rujuk itu tidak sah kerana tidak ada saksi.

AMLI: Memandangkan lafaz cerai tidak didengari puan sendiri dan lafaz rujuk pula tidak ada saksi, adakah puan berani bersumpah kepada mahkamah bahawa keterangan ini adalah benar?
NORAINI: Berani.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bersambung 27 April ini bagi membolehkan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Joey menyoal balas plaintif.
Pasangan itu bernikah pada 4 Mei 2005 dan tidak dikurniakan cahaya mata dan mempunyai seorang anak angkat berusia empat tahun.

Noraini sebelum ini memfailkan pengesahan lafaz cerai yang didakwa ada dilafazkan Joey pada 4 Jun 2010, mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, selepas seorang rakan defendan memaklumkan plaintif ada mendengar lelaki itu melafazkan cerai pada Jun lalu.



Gempar murid mati serangan jantung

KULAIJAYA: Sesi pembelajaran di sekolah gempar seketika apabila seorang murid berusia 10 tahun yang beratur memasuki kelas tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri akibat diserang sakit jantung.
Wong Chong Ren yang dikejarkan ke Hospital Kulaijaya (HK) kira-kira tiga kilometer dari sekolahnya oleh pengetua dan guru bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika sampai di unit kecemasan. Dalam kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar kira-kira jam 7.30 pagi semalam, murid berkenaan dilihat bermain bersama rakan sebelum waktu persekolahan bermula.

Bagaimanapun, murid tahun empat itu dikatakan tiba-tiba rebah di tangga ketika menuju ke kelasnya di tingkat dua bangunan sekolah menyebabkan keadaan menjadi kecoh. Terdahulu Chong Ren keluar dari rumahnya di Taman Purti Kulai pada jam 6.30 pagi menuju ke sekolah menaiki bas sekolah.
Bapanya, Wong Kok Wan, 37, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anak bongsunya itu selepas menerima panggilan daripada pihak sekolah.

Katanya, dia bergegas ke hospital untuk melihat apa sedang berlaku bagaimanapun dikejutkan dengan berita sedih apabila anaknya disahkan meninggal dunia. “Memang doktor mengesahkan anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir, bagaimanapun selepas rawatan diterima sakitnya berkurangan dan dia boleh menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak normal lain.

“Kami juga tidak menduga kejadian ini boleh berlaku doktor apabila mengesahkan keadaannya sudah stabil sepanjang tiga tahun lalu dia perlu jalani pemeriksaan setahun sekali dan tidak sekerap seperti sebelumnya,” katanya.


Sementara itu ibu Chong Ren, Liong Kiw Lan, 35, berkata, sejak beberapa hari lalu anaknya kelihatan gembira tambahan pula mereka baru saja menyambut Tahun Baru Cina dan anaknya asyik bermain serta tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Semalam (malam kelmarin) Chong Ren, kelihatan ceria dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda dia sedang sakit atau mempunyai sebarang masalah kesihatan.
“Malah ketika kami luangkan masa bersama di ruang tamu dia asyik dengan bermain dan tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan tanda akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kematian mangsa.



Isteri hilang selepas 21 hari berkahwin



ALOR GAJAH: “Sejak dia menghilangkan diri, saya sentiasa berfikir dan tertanya-tanya pada diri apakah kesalahan besar dilakukan hingga isteri baru dikahwini tergamak meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan ketika inai masih merah di jari.”
Begitu keluhan penternak lembu, Nurshahrul Affandi Hashim, 25, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang, selepas isterinya, Nurhidayah Shamsuddin, 20, dari Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, didapati hilang selepas 21 hari mereka bergelar suami isteri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 28 Januari lalu, Nurhidayah dikatakan keluar dari rumah menuju ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli kredit tambah nilai dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego.

Nurshahrul berkata, ketika kejadian isterinya keluar dengan memakai kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar sukan tanpa memakai topi keledar dengan mendakwa mahu keluar sekejap sebelum dipercayai bertemu seorang rakannya.


Menurutnya, dia kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada isterinya kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian selepas lama menunggu sebelum dibalas dengan memaklumkan berada di rumah rakannya dan ia adalah SMS terakhir daripada isterinya.

Katanya, pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan tidak boleh pulang disebabkan hujan begitu lebat menyebabkannya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi tidak berjawab sebelum ia terus dimatikan.

“Saya terus menunggu hingga keesokan harinya, tetapi Nurhidayah masih tidak muncul sehingga timbul pelbagai perkara merunsingkan kerana tidak menyangka isteri yang dikenali menerusi laman sembang sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu, menghilangkan diri.

“Masalahnya, kami kini sudah bergelar suami isteri dan dia tidak sepatutnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah walaupun mempunyai masalah, sebaliknya masih boleh berbincang untuk kebaikan bersama,” katanya.

Katanya, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang, tetapi tidak pasti status kehilangan isterinya sama ada mengikut orang atau dihanyutkan air banjir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Nurhidayah diharap dapat menghubunginya di talian 017-9653293 atau balai polis berhampiran.



Jodoh warga Pakistan hanya 10 hari



KUALA LUMPUR: Jodoh 10 hari, itu yang berlaku ke atas seorang warga Pakistan berusia 25 tahun selepas dipaksa beberapa lelaki termasuk bapa mentuanya menceraikan isteri yang dikahwini ketika berada di rumahnya di Jinjang, di sini.
Lebih menyedihkan, apabila isterinya berusia 20 tahun itu turut ‘diheret’ pulang ke kampung halaman di Kelantan bersama ahli keluarganya menyebabkan pengajian wanita di sebuah universiti tempatan terjejas.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu, mangsa turut ditendang, ditampar dan ditumbuk beberapa lelaki dipercayai bapa saudara kepada isterinya selepas kumpulan berkenaan menerima arahan daripada bapa mentuanya yang berusia awal 40-an.
Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, semalam selepas mendapat nasihat daripada rakan.

Menurut sumber, pasangan berkenaan yang sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu nekad berkahwin di Pakistan pada 26 Januari lalu selepas kisah percintaan mereka tidak direstui keluarga wanita terbabit.

“Pasangan terbabit yang yakin keluarga wanita berkenaan akan berubah pendirian nekad melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Pakistan. “Namun, tindakan itu mengundang padah apabila keluarga sebelah wanita masih tidak merestui hubungan pernikahan itu sebelum berusaha memisahkan mereka,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dan isterinya dilaporkan dalam proses mendapatkan pengesahan perkahwinan dengan mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.

“Bagaimanapun, hasrat pasangan itu berkecai apabila ahli keluarga wanita berkenaan bertindak menyerang rumah mereka selepas mengetahui kediaman lelaki terbabit,” katanya.
Sumber berkata, biarpun mangsa cuba menenangkan ahli keluarga sebelah isterinya dengan memberikan penjelasan mengenai pernikahan mereka, bapa mentuanya masih berkeras untuk memisahkan mereka.

“Mangsa yang terlalu menyayangi isterinya berkeras untuk tidak melafazkan cerai biarkan dia dipaksa dan dipukul dengan teruk kumpulan terbabit lebih 20 minit di hadapan isterinya.

“Keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan bapa mentua dan ahli keluarga wanita terbabit terpaksa mengalah,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan terbabit diketuai bapa mentua mangsa akhirnya membuat keputusan untuk memaksa wanita terbabit untuk pulang bersama mereka ke kampung.

“Biarpun wanita berkenaan enggan, dia dipaksa untuk mengikuti bapanya itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa cedera pada bahagian muka dan badan akibat dipukul kumpulan terbabit namun hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta berhampiran kediamannya.

Mangsa tampil membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan lanjut dilakukan namun difahamkan pihak berkuasa masih menunggu perintah mahkamah bagi melakukan siasatan mengenai dakwaan mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.


Tak berani keluar rumah



MELAKA: “Tindakan mereka (perusuh) yang terlalu berani membuatkan kami begitu bimbang hingga terpaksa membentuk beberapa kumpulan kecil demi keselamatan meskipun cuma mahu mendapatkan bekalan makanan.”
Begitu kata seorang pelajar perubatan dari Universiti Iskandariah, Abdul Rahman Abdullah, 21, apabila berdepan detik cemas dan tidak menentu berikutan berlaku rusuhan di Mesir dalam usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mobarak.

Abdul Rahman berkata, sepanjang berlaku rusuhan, keadaan berhampiran penempatan mereka begitu kelam-kabut apabila hampir setiap waktu mendengar bunyi kaca pecah, malah bimbang keluar rumah apabila terdengar bunyi letupan. Menurutnya, tempoh perintah berkurung yang dikenakan pada setiap hari berbeza dan tidak mengikut waktu sama menyebabkan mereka hanya mampu memerapkan diri sambil tidak berhenti berdoa keselamatan diri masing-masing.
“Apabila perintah berkurung ditamatkan, kami akan keluar secara berkelompok dan pergi mendapatkan makanan di kedai berhampiran selain turut berkesempatan melihat keadaan kawasan yang sudah musnah dan terbakar termasuk balai polis dan juga jabatan kerajaan.

“Perasaan kami bercampur baur apabila talian perhubungan terputus begitu saja dan hanya mengharapkan bantuan rakan memaklumkan kepada kami berhubung tindakan yang perlu dibuat,” katanya.

“Selepas lima hari dalam keadaan tegang akhirnya kami dipindahkan ke Asrama Mara di Iskandariah dan kami amat bersyukur mendapat tahu ada usaha menyelamat dilakukan dari Malaysia,” katanya.



'Toyol' dijel 11 bulan



KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Toyol’ selepas mengaku memecah masuk kediaman seorang guru yang juga jirannya berkeadaan separuh bogel.
Tertuduh, Mohd Suffian Ramli Pandian, 21, dari Kampung Losong Haji Muhammad, di sini, didakwa memecah masuk rumah milik Hanini Hashim, 32, dalam keadaan separuh bogel dan badan berlumuran minyak pada 21 November tahun lalu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum disedari mangsa.

Mendengar jeritan mangsa, tertuduh melarikan satu beg tangan mengandungi kamera digital jenis Canon, buku akaun Tabung Haji, kad nikah serta kad pengenalan serta dua cincin emas melalui pintu belakang.
Tertuduh bagaimanapun ditangkap dua hari kemudian di sebuah surau di Kampung Losong Haji Muhammad jam 6.20 pagi ketika tidur sewaktu jemaah menunaikan solat Subuh dan ujian air kencing dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh yang memakai baju penjara merah diiringi kakitangan penjara dan didakwa dengan dua tuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dustan Muda di depan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan dan Siti Faraziana memerintahkan hukuman penjara 11 bulan bermula tarikh tertuduh ditangkap selepas mendengar pengakuannya yang sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.