Saturday, April 14, 2012

KECUAIAN MEMBAWA PADAH...BILA TIADA SABAR...SYAITAN MENYELINAP MASUK...MAKA SYAITAN MENGAWAL DIRI KITA....

Pijak anak sampai mati

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

PILU...anggota keluarga menuntut mayat bayi berkenaan di HRPB, semalam.
PILU...anggota keluarga menuntut mayat bayi berkenaan di HRPB, semalam.
IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.


“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.

Tergantung satu jam

Oleh Cleo Will
hmkk@hmetro.com.my

MALANG...pasukan penyelamat melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik.
MALANG...pasukan penyelamat melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik.
KENINGAU: “Saya terdengar bunyi dentuman dan melihat kawan saya terpelanting selain percikan api turut kelihatan. Sejurus kemudian, saya lihat dia terkulai di atas tangga,” kata Michael Gubongo, 32, mengenai kematian rakan sekerjanya akibat terkena renjatan elektrik, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Gilbert Santos Alani, 39, yang juga juruteknik penyelenggaraan menyelenggara sambungan lampu jalan di pencawang berhampiran Tamu Apin-Apin, di sini.

Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan mayat mangsa dibiarkan tergantung hampir sejam sebelum pasukan penyelamat tiba dan menurunkannya.
Michael berkata, sebelum itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak berani menurunkan mayat mangsa kerana takut terkena renjatan elektrik yang dipercayai masih mengalir di pencawang berkenaan.

“Saya berada berhampiran mangsa ketika kejadian dan menyedari sesuatu tidak kena apabila melihat dia seperti ‘ditendang’ arus kuat. Ketika kejadian dia cuba menyambung wayar lampu jalan ke kabel utama di pencawang itu,” katanya.

Michael berkata, dia cuba membantu, tetapi membatalkan hasrat itu apabila melihat percikan api pada tangga digunakan mangsa.

“Walaupun sedih, saya hanya mampu melihat badannya terjuntai di atas tangga tanpa mampu memberi sebarang bantuan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan memiliki tiga anak, menetap di Kampung Biah Tengah, di sini.

Muka diinjak anak VIP

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

PARAH...Mikael Adam parah di muka dan kepala dibelasah awal pagi semalam.
PARAH...Mikael Adam parah di muka dan kepala dibelasah awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.
Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.
“Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam satu sidang media semalam.


Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.

Friday, April 13, 2012

LAKSANAKAN HUDUD...NAPE DEGIL SANGAT...

Ditikam ‘goda’ isteri rakan niaga

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Hanya dikatakan sering menggoda isterinya, seorang peniaga parah dibelasah rakan niaga selain ditikam dengan pisau di belakang badan dalam kejadian di Selayang Baru, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 42 tahun menaiki van datang ke gerai makan miliknya bersama isteri berusia 38 tahun untuk menghantar bekalan makanan sebelum berjumpa rakan niaga itu.

Menurut sumber, mangsa menyapa lelaki terbabit sambil memberi senyuman, namun tidak dibalas sebaliknya bertukar tegang apabila dia dimarahi dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.
“Pelik dengan sikap lelaki terbabit yang tiba-tiba naik angin, mangsa cuba meminta penjelasan, namun terkejut apabila lelaki itu mendakwa dia sering mengacau dan cuba menggoda isterinya.

“Bagaimanapun, mangsa menafikan dan memberitahu semua itu salah faham dan dia tidak pernah menggoda isteri lelaki itu tambahan dia sudah berkahwin,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu enggan mempercayainya dan menumbuk muka mangsa beberapa kali menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum kejadian itu disedari isteri mangsa yang datang membantu.

“Namun, niat wanita terbabit yang ingin meleraikan pertengkaran gagal sebaliknya dia ditumbuk di muka beberapa kali.

“Tidak tahan dipukul mangsa dan isterinya cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan menyebabkan lelaki terbabit bertambah berang sebelum mengambil pisau dan menikam belakang badan mangsa menyebabkan dia mengerang kesakitan,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit yang panik melihat mangsa berlumuran darah melarikan diri sementara isteri mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong sebelum ia disedari rakan mangsa lain yang datang membantu dan menghantarnya ke Hospital Selayang.

Isteri mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan suami membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Alasan rumah daif



PASIR GUDANG: “Kami pernah menegur sikap wanita itu, tapi dia beri alasan tidak sanggup tinggal di rumahnya yang daif itu. Kini, kami membekalkan suami dan dua anaknya makanan tengah hari dan malam.” kata jiran lelaki separuh lumpuh dan dua anaknya yang diabaikan isteri dan ibu mereka.
Jiran itu yang enggan mendedahkan identitinya berkata, penduduk di kawasan itu amat simpati nasib tiga beranak terbabit yang sering kehabisan bekalan makanan selain menjalani kehidupan tanpa kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Berdasarkan pemantauan kami, selepas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang untuk menyerahkan bantuan RM300 pada awal bulan, isteri lelaki itu pulang ke rumah dan tinggal selama dua hingga tiga hari di pondok berkenaan sebelum kembali menghilangkan diri,” katanya, semalam.
Menurut jiran itu, penduduk khuatir dengan keadaan kesihatan lelaki berkenaan yang semakin kronik selepas kaki kirinya dijangkiti kuman akibat diabetes selain gagal mendapatkan rawatan doktor.

“Lelaki berusia 50-an itu dan anaknya yang berumur sembilan juga 13 tahun, tidak lagi sesuai tinggal di sini. Kami harap ada pihak membantu mereka,” katanya.

Kaca putus urat keting

KUALA TERENGGANU: Akibat tersepak gelas pecah ketika bermain dengan adiknya, seorang kanak-kanak nyaris kehilangan kaki kiri dalam kejadian di Kampung Nibong, Dungun, Isnin lalu.
Mangsa, Mohd Firdaus Abd Rahim, 10, bagaimanapun, bernasib baik apabila serpihan kaca itu hanya memutuskan urat ketingnya dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di rumahnya di kampung berkenaan.

Anak keempat dari enam beradik itu ketika ditemui di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata dia tidak menyedari gelas berkenaan berada di atas lantai ketika berkejaran dengan adik bongsunya dalam rumah.
“Kejadian berlaku spontan dan saya tidak tahu bagaimana kaki kanan boleh tersepak gelas itu sehingga berderai sebelum serpihannya menusuk bahagian belakang kaki kiri,” katanya.

ibu dibawa beli-belah maut nahas



MUAR: Hasrat seorang wanita membawa ibunya membeli-belah di bandar ini tidak kesampaian apabila motosikal yang mereka tunggang terbabit dalam kemalangan di Jalan Abdul Rahman berhampiran Parit Sakai di sini, kelmarin menyebabkan ibunya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Jaminah Dariman, 74, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

Anaknya, Suhailah Amal, 51, parah dan kini di rawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
Difahamkan, ketika kejadian, dua beranak itu dalam perjalanan ke bandar Muar untuk membeli pakaian serta barangan keperluan dapur.

Saksi, Ahmad Md Monoto, 20, berkata, ketika kejadian dia mahu melintas jalan berkenaan bersama rakan sebelum terlihat sebuah kereta jenis BMW cuba memotong kenderaan di depan, namun gagal.

“BMW terbabit kemudiannya menghimpit ke bahu jalan dan memasuki laluan motosikal sebelum bergesel dengan motor ditunggang mangsa.

“Saya lihat penunggang motosikal itu hilang kawalan dan kedua-duanya kemudiannya tercampak ke atas jalan raya,” katanya.

Menurut Ahmad, orang ramai cuba membantu, namun seorang daripada mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah mangsa di bawa ke HPSF untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Dendam lama dorong bakar motor

KUALA LUMPUR: Akibat dendam, satu keluarga hidup dalam ketakutan apabila seorang lelaki dikenali mengganggu hidup mereka termasuk membakar sebuah motosikal milik ahli keluarga itu dalam kejadian di Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun terkejut selepas dimaklumkan motosikal Honda EX5 miliknya dibakar seorang lelaki ketika sedang tidur.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chandran, 17, berkata, dia menyedari motosikalnya dibakar selepas dipanggil jiran yang melihat kepulan api marak memenuhi ruang tempat letak motosikal.
Katanya, sebaik keluar, dia mendapati motosikal kesayangannya sedang terbakar dan cuba dipadamkan anggota bomba dan penyelamat bagi mengelakkan merebak ke kenderaan lain.

“Saya mengesyaki seorang lelaki yang bertanggungjawab membakar motosikal kerana berdendam dengan saya ekoran pernah ditahan polis selepas memukul saya dan emak tanpa usul periksa beberapa minggu lalu.

“Akibat kejadian itu, saya dan emak mengalami kecederaan di badan sebelum lelaki itu ditahan polis,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas dibebaskan, lelaki itu masih menyimpan dendam dengan mengugut terus mengganggu hidupnya sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Pemuzik SonaOne cedera dipukul

13 April 2012
SEORANG pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas dipukul seorang lelaki dikenalinya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, didatangi suspek ketika dia dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya.
"Ketika itu saya baru pulang dari kerja... sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri.
"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di sini hari ini.
Mikael Adam berkata, dia dibawa ke pusat perubatan tersebut dalam keadaan tidak sedar oleh seorang rakannya yang dihubungi oleh dua rakan perempuannya itu.
Dia berkata, rakannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut.
"Saya mahu lelaki itu diambil tindakan kerana memukul saya sesuka hati hingga cedera parah tanpa sebab," katanya.
Mikael Adam yang lebih dikenali dengan nama pentas SonaOne, merupakan artis grafiti, penerbit muzik, pencipta lagu dan rapper.
Dia bernaung di bawah label Kartel Records, yang diterajui artis hip-hop tempatan terkenal Joe Flizzow.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan. - Bernama
Rita

Aidil Serah Hak Jaga Anak Pada Rita

Susulan daripada kenyataan Rita Rudaini, 36, yang mempertahankan hak penjagaan anak-anak jika berlaku perceraian antara dia dan suaminya, Aidil Zafuan, 25, MH Online mendapatkan kenyataan balas daripada Aidil sendiri.

Aidil memberitahu bahawa hak penjagaan anak-anak akan diserahkan kepada Rita kerana dia mengakui bahawa anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.

"Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa," jelas Aidil dalam nada suara yang bergetar.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.
rita

"Rita Tidak Pernah Mengadu Masalah" - Ibu

Setelah mengikuti penjelasan Rita Rudaini dan kenyataan balas Aidil Zafuan berhubung kisah pergolakan rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan waktu ini, MH Online berjaya mendapatkan kenyataan daripada ibu Rita, Puan Basariah Ibrahim, 59.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku kepada Rita dan anak-anak. Bukan sekali kejadian seperti ini berlaku, tetapi dia tetap tabah dan kuat semangat demi anak-anak. Sepanjang perkahwinan mereka, kami sekeluarga sehabis boleh tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka berdua. Biarlah mereka selesaikan sendiri dengan cara yang paling baik.

“Namun melihat kepada situasi yang berlaku sekarang ini, saya sebagai seorang ibu merasa amat kasihan kepada Rita dan anak-anak. Apa yang boleh saya lakukan, hanya dengan memberikan dia semangat dan berdoa semoga dia kuat untuk melalui semua ini. Insya-Allah keluarga akan sentiasa bersama dengan dia dan anak-anak,” ujar ibu Rita sayu.

Menurut ibu Rita juga, buat ketika ini dia banyak meluangkan masa bersama Rita dan anak-anak kerana risaukan keadaan mereka.

“Rita tidak pernah menangis di depan anak-anak, tetapi sebagai orang yang melahirkan dia, saya tahu kesedihan yang dia rasai. Dia susah nak mengadu masalahnya kepada saya kerana menganggap hal rumah tangga tidak perlu dibawa kepada pengetahuan orang lain,” katanya.

wild

TV3 Mohon Maaf Siar Adegan Bogel

Stesen TV nombor satu negara, TV3 telah memohon maaf kepada penonton terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem 'Into The Wild' yang disiarkan pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.
Dirogol depan adik, sepupu
Wartawan Sinar Harian
12 April 2012
PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.
Mengadu sakit perut, rupanya mengandung
Wartawan Sinar Harian
13 April 2012
Ketua Polis Daerah Besut , Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
BESUT  - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakaknya yang seorang kurang upaya (OKU), mengadu sakit perut rupa-rupanya mengandung enam bulan, selepas dipercayai dirogol tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita berusia 20 tahun itu membawa kakaknya berusia 27 tahun, ke sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan, selepas dia mengadu sakit perut.

Menurut beliau, bagaimanapun pemeriksaan doktor di klinik berkenaan mendapati, kakaknya yang menghadapi masalah mental sebenarnya sakit perut kerana sedang mengandung enam bulan.

“Dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa menceritakan siapa yang telah menyebabkan dia mengandung iaitu seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Awie.

“Mangsa didakwa dirogol oleh suspek di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Gong Manok, iaitu bersebelahan dengan kampung mangsa dekat Kuala Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, berikutan itu adik mangsa membawa kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut Isnin lalu.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak dapat mengingati masa dan tarikh kejadian disebabkan masalah mental yang dihadapinya.

Bertindak atas laporan itu, polis telah menyerbu rumah sewa suspek yang dikatakan masih bujang itu, namun gagal menahan kerana suspek telah berpindah dan usaha mengesan lelaki itu sedang dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sri Wani takut keluar rumah
KHALILAH GUSTI HASSAN
13 April 2012
Sri Wani Choo Abdullah
KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.
Dia berkata demikian­ ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan­ kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.
Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.
“Saya terpaksa sembunyi di rumah,” katanya. Dia tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.
“Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini,” katanya.
Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.
Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Keputusan mengenai permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.
Suami isteri dituduh bunuh amah Kemboja
SITI AZILA ALIAS
13 April 2012
Mey Sichan, 24 amah Kemboja yang menjadi mangsa bunuh sepasang suami isteri
Chin Chui Ling diiringi polis keluar dari kamar mahkamah, semalam.
BUKIT MERTAJAM - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas tuduhan membunuh seorang amah Kemboja, 1 April lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh Soh Chew Tong, 43, dan isterinya, Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan pembunuhan terhadap Mey Sichan, 24, antara 1 Januari hingga 1 April lalu hingga menyebabkan kematiannya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis  dekat Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, namun kedua-dua mereka dilihat tunduk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan.

Majistret Chang Kian Hong menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Michael K.L Chee sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdeenie Abdul Rashid.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis kini sedang berbincang dengan pihak Kedutaan Kemboja untuk urusan membawa pulang mayat ke negara asalnya dan sehingga kini mayat masih lagi berada di bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Katanya, pihaknya memandang serius akan isu berkenaan kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara.

Mangsa merupakan seorang pembantu rumah yang digaji sejak September lalu.

Hasil siasatan awal polis ke atas mayat mangsa menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan, lebam di tangan selain luka di telinga dan kaki.

Majikan mangsa yang menjalankan perniagaan pertukangan dalam laporan polisnya memberitahu ada memberi makan kepada mangsa ketika berada di tingkat bawah rumah kedai berkenaan sehari sebelum kejadian, namun tidak disentuh mangsa.
Kereta meletup, ahli perniagaan cedera parah
SITI AZILA ALIAS
13 April 2012
Lee Cheong Beng yang melecur teruk dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ)
Anggota forensik melakukan siasatan ke atas kereta milik seorang tauke kilang yang terbakar
SEBERANG JAYA – Seorang tauke sebuah kilang logam dekat Perai, melecur 70 peratus bahagian badannya selepas keretanya yang diletakkan di hadapan rumahnya, dekat Persiaran Semilang di sini, meletup pagi tadi.

Keretanya mangsa, Lee Cheong Beng, 52, meletup kira-kira jam 8.20 pagi sebaik enjin dihidupkan.
Letupan menyebabkan kereta yang dinaiki terbakar, dan mangsa yang berada dalam kereta menjerit meminta tolong apabila api mula menyambar badannya.
Jeritan mangsa kemudiannya didengari seorang orang awam yang bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan dan segera menelefon ambulan dan bomba.

Mangsa yang cedera dari bahagian kepala hingga ke bawah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika mengadakan tinjauan ke lokasi berkata, siasatan dijalankan pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengetahui punca letupan.
Bagaimanapun, beliau enggan membuat kesimpulan awal sama ada terdapat unsur-unsur khianat atau sebaliknya sebelum menerima laporan penuh siasatan.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, letupan dipercayai berlaku ketika mangsa menghidupkan enjin kereta. Mangsa mengalami kelecuran dan dikejar ke HSJ, dan sudah pun dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Kita masih belum boleh membuat keputusan sama ada kemalangan berlaku berpunca dari letupan tayar atau disebabkan ada bahan letupan atau bahan bakar yang terdapat pada kenderaan itu sendiri kerana ia masih dalam siasatan. Jabatan Kimia akan dipanggil bagi membantu pasukan forensik sebelum menentukan punca sebenar letupan,” katanya.
Leka layan pelanggan, tak sedar dikepung Imigresen
Wartawan Sinar Harian
13 April 2012
Anggota operasi sedang menyoal kesemua yang ditahan dalam operasi tersebut.
SENAI – Lapan wanita warga Vietnam begitu asyik melayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Johor Jaya tanpa menyedari kehadiran pegawai penguatkuasa Imigresen dalam Ops 6P, awal pagi, semalam.
Dalam operasi itu, mereka tergamam dan tidak dapat melarikan diri apabila menyedari premis hiburan sudah dikepung pegawai Imigresen.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen merangkap Ketua Operasinya, Mohamad Nasir Abas berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 1.40 pagi dan berakhir hingga sekitar 2.10 pagi turut melibatkan 12 anggota hasil maklumat orang awam.

“Kehadiran anggota operasi tidak disedari kerana kami berpakaian preman dan ketika memasuki premis itu, kebanyakan mereka leka layan pelanggan lelaki sambil menuang minuman keras,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Nasir berkata, lima daripada yang ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pasport manakala tiga lagi warga Vietnam disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan 39B Peraturan Imigresen kerana salah guna pas.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pasport 1960 kini ditempatkan di Depoh Pekan Nanas untuk tindakan lanjut,” katanya.

INI BARU GEMPA...ALLAH BOLEH BERI LEBIH DARI ITU...MAKA TINGGALKAN MAKSIAT...JANGAN DERHAKA PADA ALLAH SWT

Pasar lengang kerana gempa Aceh

GERAI-GERAI menjual ikan di pasar pagi Tandop Kubang Rotan, Alor Setar lengang ekoran kekurangan bekalan ikan semalam.


ALOR SETAR - Dua buah pasar pagi di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di sini lengang apabila kebanyakan gerai tidak beroperasi selepas bekalan ikan pada pagi semalam berkurangan gara-gara amaran tsunami akibat gempa bumi kuat 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara petang kelmarin.
Gerai-gerai menjual ikan tidak beroperasi kerana nelayan tidak keluar ke laut selepas amaran tsunami dikeluarkan dan tinjauan Kosmo! mendapati, hanya lapan daripada 13 buah gerai di pasar pagi Seberang Kota beroperasi manakala hanya enam daripada 13 buah gerai dibuka di pasar pagi Tandop Kubang Rotan.
Rata-rata peniaga dan nelayan memberitahu, bekalan ikan berkurangan selepas kesemua nelayan di laut diarahkan pulang oleh pihak berkuasa termasuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) petang kelmarin.

Suspek bunuh joki lumba kuda diberkas




KUALA LUMPUR - Suspek yang disyaki membunuh joki lumba kuda, R. Ragesh, 37, diberkas polis dekat rumahnya di Pulau Tikus, Pulau Pinang pada pukul 11 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abd. Rahman (gambar) memberitahu, suspek merupakan individu terakhir dilihat bersama dengan mangsa sebelum ditemui mati dalam bilik hotel bertaraf lima bintang dekat Jalan Ampang tersebut.
"Selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pihak hotel, polis berjaya mengecam suspek dan menahan lelaki itu di rumahnya dekat Pulau Tikus malam semalam (kelmarin)," katanya.

Sri Wani mula rasa terancam


SRI WANI (kiri) berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di samping seorang lelaki semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut yang dialami isteri ketiga bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Sri Wani Choo Abdullah berhubung dakwaan mengatakan dia sebenarnya seorang lelaki membuatkan pengusaha butik kecantikan itu berasa dirinya terancam dan dalam bahaya.
Menurut Sri Wani, dakwaan yang tidak berasas itu telah mendorong pendedahan keterlaluan oleh media mengenai tuduhan tersebut minggu lalu.
Sehubungan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis ekoran tidak tahan dengan gangguan-gangguan berkenaan yang dianggap telah menyekat kebebasan dirinya.
“Saya diekori pihak tertentu sehingga saya tidak boleh keluar (rumah),” kata Sri Wani kepada Hakim Abdul Walid Abu Hassan berhubung kegagalan memasukkan bukti dakwaan fitnah madunya dalam afidavit injunksi ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Culik: Inspektor antara didakwa


salah seorang tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas dakwaan menculik.
salah seorang tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas dakwaan menculik.


PETALING JAYA - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang anak ahli perniagaan bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM1.5 juta bulan lepas.
Pegawai polis itu yang kini digantung tugas, R. Raja Kumar, 44, peniaga G. Thiagarajah, 37, M. Ramu, 35, dan K. Shashi, 26, kedua-duanya pengawal keselamatan, hanya mengangguk apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Mei untuk sebutan kes.

Peniaga hilang status kewarganegaraan


yu choon (kiri) bersama anak sulungnya, Soo Eang (kanan) dan Michael Chong menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti identiti Yu Choon di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang peniaga tergamam apabila mendapati dirinya kehilangan status kewarganegaraan ketika proses memohon penukaran MyKad baharu di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang bulan lalu.
Lelaki malang itu, H’ng Yu Choon, 65, berkata, dia terkejut apabila permohonan untuk menukar MyKad ditolak oleh JPN selepas mendapati dia bukan lagi rakyat Malaysia.
“Pada masa itu saya hanya mahu menukar MyKad yang baharu kerana MyKad yang sedia ada telah rosak.
“Namun saya tidak sangka permohonan tersebut ditolak kerana JPN mendakwa saya telah berhijrah ke Singapura pada awal tahun lalu dan saya bukan lagi rakyat Malaysia,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

Siasat SMS penyebar porno

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) akan menyiasat kira-kira 150 syarikat yang mungkin terlibat dengan penyebaran maklumat lucah dan permainan terselindung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Presiden Perbit, Mohd. Ali Ibrahim berkata, siasatan itu akan diadakan bersama dengan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kita akan kaji sama ada perkhidmatan yang syarikat telekomunikasi (Telco) sediakan adalah benar-benar telus ataupun mempunyai unsur penipuan.
"Jika ada yang terbukti salah, mereka akan diserahkan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Wanita tinggal bersama lima lelaki asing ditahan


SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam Ops 6P selama dua hari sekitar Melaka Tengah semalam.


MELAKA - Tindakan seorang wanita tempatan tinggal bersama lima lelaki warga asing menerima padah apabila dia dicekup dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen negeri di Taman Merdeka di sini semalam.
Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran bermula sejak 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 10 April lalu yang antara lain bertujuan mengenal pasti jumlah sebenar pendatang asing di negara ini.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah malam itu, wanita berusia 30-an tersebut ditahan kerana dia dipercayai menjadi pelindung kepada lelaki warga Bangladesh berkenaan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, semasa serbuan yang diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen negeri, Salmah Omar itu, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri.
"Lelaki itu cuba meloloskan diri melalui siling manakala empat lagi berada di ruang tamu termasuk wanita tempatan terbabit.
"Bagaimanapun lelaki yang cuba meloloskan diri itu berjaya ditangkap," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Imigresen, Ayer Keroh di sini semalam.

Kebajikan Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Bagaimana Melakukan Kebajikan Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia
Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapanya, tetapi adakah ia mamadai atau terbatas ketika keduanya masih hidup sahaja?. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh dan memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua ibu bapanya dan ianya tidak terbatas ketika keduanya masih hidup. Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh seseorang anak kepada kedua ibu bapanta setelah meninggal dunia
1. Menjelaskan hutang
Islam amat menitikberatkan dalam persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayarkan hutang adalah ke atas warisnya. Semua hutang samada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit atau pun banyak. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dari Abu Hurairah r.a.:
"Telah dibawa kepada baginda, jenazah yang berhutang. Rasulullah s.a.w.bertanya : Adakah mayat ini meninggalkan harta untuk membayarnya? Sekiranya ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya, maka sembahyanglah ke atasnya , jika tiada Nabi s.a.w. bersabda, sembahyanglah kamu ke atas sahabat kamu ini. Setelah pembukaan kota Makkah, Nabi s.a.w.bersabda : Aku lebih utama untuk melunaskan hutang orang yang telah meninggal dunia, sekiranya ia ada meninggalkan harta, maka ia untuk warisnya".
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Membayarkan zakat
Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belum dibayar itu adalah merupakan hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dari Ibnu Abbas r.a.:
"Bahawasanya seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. maka ia berkata : Sesungguhnya ibuku telah nebibggal dunia dan dia ada meninggalkan sebulan puasa. Bersabda Nabi s.a.w.: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab : Ya Rasulullah s.a.w. bersabda : Maka hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sebarang hutang oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.adalah lebih utama dibayar. Ia termasuklah urusan pembayaran zakat sama ada zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan dan sebagainya.
3. Mengqada'kan puasa
Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada' puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa ramadhan, puasa nazar dan puasa kaffarah, Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sayyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda : " Barangsiapa yang mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa, maka walinya berpuasa untuknya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain baginda bersabda :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :

"Bahawasanya seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. maka ia berkata : Sesungguhnya ibuku telah nebibggal dunia dan dia ada meninggalkan sebulan puasa. Bersabda Nabi s.a.w.: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab : Ya Rasulullah s.a.w. bersabda : Maka hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Membayarkan fidyah puasa
Fidyah puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara samada daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan dengan RM 1.10. Mereka yang diwajibka membayar fidyah puasa ialah :
i. Orang sakit yang tidak akan harapan untuk sembuh penyakitnya.
ii. Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau nilai yang bersaan dengannya.
Firman Allah s.w.t.:
Maksud:……….Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa ( kerana tua dan sebagainya )membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
( Al-Baqarah:184 )
5. Mendoakan ibu bapa
Doa daripada anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga dan ia akan sentiasa mendoakan keduanya.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.
6. Menghubungkan tali silaturrahim
Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar r.a. meriwatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksud : Sesungguhnya sebaik baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang dikasihi bapanya.
(Riwayat Muslim)
7. Menziarahi kubur
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.
Adab ziarah kubur
i. Hendaklah bersih daripada hadas ( sunat berwuduk).
ii. Sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. hadir ke kawasan perkuburan. Maka baginda berdoa : Salam sejahtera kepada kamu sekalian di perkampungan kaum mukminin dan kami juga Insya Allah akan menurut kamu (apabila sampai gilirannya) ".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iii. Setelah sampai dekat kubur ibu bapa hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil memberi salam khusus kepadanya. Contohnya : jika si mati itu bapa, lafazsalamnya adalah:
"Assalamualaikum wahai ayahku "
iv. Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa.
v. Hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk kedua ibu bapa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat kepada keduanya.
8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati samada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.
Firman Allah s.w.t.:

Maksud : Adapun sekiranya kamu mempunyai anak, maka isteri-isteri kamu hanya mendapat satu perlapan (1/8) sahaja dari peninggalanmu - iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat dan hutang kamu.
(An-Nisa' : 12)

Maksud: Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.
(An-Nisa' : 11)
9. Memohon kemapunan bagi dosanya
Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta mohon keampunan bagi dosa kedua ibu bapanya samada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia sepertimana doa yang dianjurkan dalam Al-Quran :
Maksud : Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan juga kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab.
(Ibrahim : 41)
Firman Allah s.w.t.:
Maksud : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) - " Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah men-curahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil ".
(Al-Isra ': 24)
10. Membuatkan haji untuknya
Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri ( bagi yang telah menunaikan haji untuk diri sendiri ) atau dengan cara mengupahkan kepada orang lain.
Walau bagaimanapun sekiranya kedua ibu bapa telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah meninggal dunia, maka wajib bagi anak atau waris melakukan haji untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dari Al-Fadhl r.a : " Bahawa seorang wanita dari Khas ' am bertanya : Wahai Rasululla, sesungguhnya bapaku telah tua, dan ke atasnya ada kefardhuan haji tetapi dia tidak mampu untuk menunggang unta ( lantaran terlalu tua ). Bersabda Nabi s.a.w.: Maka kerjakanlah haji untuknya ".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleg berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai dan memasuki syurga Allah.

Ibu bapa - Apakah bakti anak selepas mereka mening ..

Oleh raudah,2004-03-24 12:20:22
Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup
sahaja? Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh atau memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup. Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh seseorang anak kepada
kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia.


1. Menjelaskan hutang.

Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya. Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasai dan
Ibnu Majah).

Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya: Adakah mayat ini masih
menanggung hutang? Sahabat menjawab: ``Ya, Rasulullah''. Baginda bertanya: Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya? Jawab sahabat: ``Tidak.'' Lalu baginda bersabda: Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu. Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya. Kemudian Ali bin Abi Talib berkata: ``Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya.'' Sesudah
itu baginda segera maju untukmenyembahyangkan jenazah sambil berkata
kepada Ali: Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api
neraka, sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat
kelak.


Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang dan jika orang yang
berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang.


2. Membayarkan zakat.

Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belum dibayar itu adalah hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka.
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ``Ibu saya telah meninggal dunia dan
berhutang puasa selama satu bulan. Apakah saya perlu membayarkannya?''
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah kamu
akan membayarkannya? Jawab lelaki tersebut: ``Ya.'' Baginda menjawab:
Hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar. (Riwayat Bukhari dan
Muslim)


3. Mengqadakan puasa.

Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada puasa ibu bapanya
yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa
kafarah.
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa, maka walinya berpuasa
untuknya. (Muttafaq Alaih) Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawasanya
seorang wanita berkata: Ya Rasulullah, ibu saya telah meninggal dunia
sedangkan ia ada puasa nazar, adakah saya boleh berpuasa untuknya? Rasulullah
s.a.w. bersabda: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang
dan kamu membayarkannya, tidakkah itu menunaikan hutangnya? Wanita itu
menjawab:
``Ya.'' Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah untuk ibumu.
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)


4. Membayarkan fidyah puasa.

Fidyah puasa itu ialah memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara sama ada daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di Selangor kadar satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan RM1.10.
Mereka yang diwajibkan membayar fidyah puasa ialah:

l.Orang sakit yang tidak ada harapan akan sembuh penyakitnya.

2. Orang tua yang tidak upaya berpuasa atau menemui kesukaran untuk
berpuasa dengan sebab tuanya.

Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan kadar satu cupak atau nilai yang bersamaan
dengannya.

Firman Allah s.w.t. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi
makan orang miskin. (Al-Baqarah : 184)


5. Mendoakan ibu bapa.

Doa anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya
melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya.


6. Menghubungkan tali silaturahim.

Menghubungkan tali silaturahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ia merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus
mendapat perhatian utama daripada kaum Muslimin. Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk kedua-duanya yang telah meninggal
dunia.

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya. (Riwayat Muslim) Di
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki daripada Bani Salamah, ia bertanya kepada Rasulullah, ``Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yang harus saya lakukan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia.'' Baginda
menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas(jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yang tidak sampai serta
menghormati para sahabat mereka. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


7. Menziarahi kubur.

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakad dan besar ganjaran pahalanya. Adalah lebih baik jika di-ziarahi pada setiap hari Jumaat dan
dibacakan surah Yasin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan
menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak- anak yang soleh tetapi juga kepada anak yang derhaka. Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yang taat.


8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid.

Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.

Firman Allah s.w.t. Allah telah memerintahkan pembahagian harta
pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang lelaki sama dengan
bahagian dua orang anak perempuan. (An-Nisa :11) 9. Memohon keampunan bagi
dosanya.
Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua-
dua ibu bapanya sama ada yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia, seperti mana doa yang dianjurkan di dalam al-Quran Wahai Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan juga
kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab. (Ibrahim : 41)

Firman Allah s.w.t. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua- duanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka), ``Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku
semasa kecil. (Al-Isra: 24)


10. Membuatkan haji untuknya.

Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua-dua ibu bapanya yang telah meninggal dunia yang belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang telah menunaikan haji untuk diri
sendiri) atau dengan cara mengupahkannya kepada orang lain. Walau bagaimanapun sekiranya kedua-dua ibu bapa telah bernazar untuk
menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah meninggal dunia, maka wajib bagi waris atau anak melakukan haji untuknya dengan
segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati.

Diterima daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: ``Ibuku telah bernazar untuk
menunaikan haji tetapi ia meninggal dunia sebelum menunaikannya. Apakah saya akan melakukan di atas namanya?'' Jawab Baginda: Ya, berhajilah menggantikannya. Bagaimana pendapat kamu, jika berhutang apakah kamu akan membayarkannya? Oleh itu, bayarlah hutang kepada Allah kerana
hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar.

Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah
kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang
diredhai Allah. �
Dipetik dari:NURHELMI IKHSAN, Penolong Pegawai Hal Ehwal
Islam, Jabatan
Mufti Selangor.

Thursday, April 12, 2012

ADAKAH KITA TENANG DAN TENTERAM DALAM KEADAAN SEKARANG...PENJENAYAH TIDAK TAKUT SERTA SEGAN SILU LAGI...DIMANA HUDUD...NI BALA ALLAH KERANA KEINGKARAN KITA JUA...

Duit mahu, suami tak mahu

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

DAIF...dua anak wanita terbabit  di hadapan rumah mereka yang usang.
DAIF...dua anak wanita terbabit di hadapan rumah mereka yang usang.
PASIR GUDANG: Suami yang separuh lumpuh dan dua anak masih kecil ditinggalkannya tanpa penjagaan, namun dia pulang ke rumah sebulan sekali semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Begitu sikap seorang isteri durjana yang menyebabkan suaminya berusia lewat 50-an dan dua anak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun hidup melarat serta bergantung kepada keprihatinan jiran untuk makan dan minum setiap hari.
Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim yang mendedahkan sikap isteri berusia 30-an itu berkata, kejadian itu berlarutan lebih setahun lalu, sebelum dikesan pihaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati wanita terbabit membiarkan suaminya yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes terlantar di pondok usang bersama dua anak mereka.


Selepas menerima maklumat mengenai nasib tiga beranak itu yang tinggal di pondok yang hampir roboh di sebuah kampung di sini, Manayi berkunjung ke situ semalam untuk melihat nasib mereka sambil ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk.

Hilang ingatan dibelasah

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

LUKA...Ahmad Azraf menunjukkan siku kanan yang cedera selepas dibelasah, semalam.
LUKA...Ahmad Azraf menunjukkan siku kanan yang cedera selepas dibelasah, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang di tempat kejadian.
Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.

Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.


“Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.

“Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

‘Hidup saya terganggu’

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

IMEJ BARU...Sri Wani tampil bertudung ala purdah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.
IMEJ BARU...Sri Wani tampil bertudung ala purdah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.
“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.

“Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya,” katanya.

Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.
Abdul Walid mengarahkan Sri Wani memasukkan laporan polis itu dan sebarang pindaan lain segera serta memberi tempoh seminggu hingga 19 April depan untuk pengusaha butik kecantikan itu berbuat demikian.

Selain itu, mahkamah mengarahkan Bahrom memfailkan jawapan dua minggu dari tarikh pemohon menyerahkan afidavit dan menetapkan 17 Mei depan untuk perbicaraan kes itu.

Mengenai keputusan mahkamah menetapkan 23 April bagi keputusan sama ada permohonan Bahrom untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya diterima atau tidak, Sri Wani berkata, dia akan membawa saksi pada tarikh itu.

Penampilan Sri Wani di mahkamah semalam menarik perhatian kerana memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar.