Saturday, March 13, 2010

KESIAN CERITA BALU INI....PEMIMPIN DAN BERTANGGUNG JAWAB AKAN DITANYA OLEH ALLAH SWT....ESOK DI PDG MAHSYAR KELAK

Luahan hati balu pesara pegawai kerajaan

Cinta Pesara

Ini adalah luahan hati dan perasaan saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya. Saya seorang balu yang baru kematian suami. Suami saya seorang pesara pegawai kerajaan telah meninggal dunia dalam persaraan. Kini saya masih dalam edah.

Saya tidak mempunyai pekerjaan selain dari seorang surirumah sepenuh masa. Pendapatan saya selama ini untuk menyara hidup hanya bergantung pada pencen arwah suami semata-mata semasa hayat suami saya masih ada. Sebahagian besar wang pencen habis digunakan untuk membeli ubat semasa hayatnya dan semasa sakit dan juga semasa sakit tenat dan terlantar, saya seorang diri menjaganya tanpa bantuan sesiapa. Arwah suami saya tidak mempunyai harta, tidak mempunyai wang simpanan, rumah bersewa selama-lamanya ini. Segala urusan kematiannya hingga menguruskan batu nisan, saya selesaikan seorang diri walaupun itu tugasan orang lelaki.

Pencen yang tak seberapa nilainya dihentikan setelah suami saya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Saya tidak mampu bekerja atas sebab kesihatan.

Masalah timbul setelah suami pergi buat selama-lamanya, saya kehilangan tempat bergantung dan hilang pendapatan. Kini bagaimana harus saya teruskan hidup ini? Saya hanya seorang surirumah sepenuh masa dan tambahan pula mempunyai anak yang masih belajar di IPTA. Kesusahan dan penderitaan ini ditanggung sendiri. Masalah seperti saya ini mungkin juga dialami oleh ramai balu di luar sana.

Persoalannya:

Pencen arwah suami saya yang tak seberapa itu adalah satu-satunya sumber kewangan saya dan keluarga untuk teruskan hidup selama ini dan dengan pencen itu jugalah yang menampung perbelanjaan bulanan bagi pengajian anak saya di IPTA, sewa rumah, bil-bil sara hidup, ubat-ubatan arwah suami dan lebih membebankan lagi saya terpaksa melunaskan hutang-hutang arwah suami juga melalui wang pencen. Hutang wajib dibayar oleh waris yang masih hidup mengikut syarak - saya harus bayar dengan apa?

Saya amat memerlukan wang pencen arwah suami saya itu. Lebih mendukacitakan apabila rayuan demi rayuan telah saya buat kepada pelbagai pihak namun tidak mendapat sebarang maklum balas dan jawapan yang positif dan tidak dilayan. Adakah surat-surat saya tidak diterima oleh penerima yang sebenar atau tidak dibaca langsung oleh penerima yang saya tujukan atau adakah surat dan rayuan saya itu tidak memberi kesan kepada mereka kerana saya bukan dari golongan ternama, kroni atau bangsawan bagi mereka. Tuhan saja yang tahu perkara ini.

Menyedari keadaan ini menyebabkan saya rasa amat kecewa, menderita dan hilang tempat mengadu. Rasanya saya lebih rela dihukum mati daripada menanggung penderitaan ini. Kesempitan hidup yang saya lalui ini turut dirasai anak saya di IPTA yang mula meluahkan hasrat untuk berhenti dari belajar dan mencari kerja untuk teruskan hidup. Walaupun dia terpaksa 'survive and struggle' untuk berjaya mendapatkan tempat di IPTA.

Surat dari JPA yang menyatakan dukacita tidak dapat dipertimbangkan permohonan dan rayuan saya itu sungguh membuatkan saya rasa teramat gerun dan teramat kecewa dan menderita. Alasannya mudah; akta yang digunapakai tidak membenarkannya.

Saya bukanlah cendekiawan ulung, namun bagi saya akta hanyalah ciptaan dan ditulis oleh manusia sahaja dan kandungannya boleh digubal dan akta juga bukanlah isi kandungan al-Quran yang sememangnya tidak boleh diubah oleh sesiapa pun di dunia ini termasuk Rasulullah saw sendiri. Disebabkan akta, saya percaya ramai orang boleh menderita seperti saya dan disebabkan akta jugalah manusia boleh jadi gila. Jika nak diikutkan akta, apabila suami saya mati, si isteri juga mesti mati. Kejadian ini saling tak tumpah seperti zaman purbakala di India.

Bagi pendapat saya segala ciptaan dan tulisan manusia boleh diubah demi kebaikan manusia sejagat, dan satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah adalah isi kandungan al-Quran sahaja kerana itulah ciptaan Allah buat hambaNya.

Kini, timbul sedikit penyesalan bagi saya kerana berkahwin dengan golongan pesara yang mana saya tidak ketahui mengenai kewujudan akta ciptaan manusia itu. Malang lagi nasib saya kerana banyak yang telah saya korbankan; habis masa muda saya dan penuh dengan rasa kasihan demi seorang pesara, pengorbanan saya membuat saya terkorban. Kini, walau saya menangis air mata darah sekalipun, masa tetap tidak akan berpatah balik lagi.

Melalui kesusahan dan penderitaan yang saya alami ini saya dapat merasakan roh arwah suami saya tidak tenteram kerana air mata penderitaan saya sentiasa mengalir tanpa hentinya hingga hari ini.

Tidak terfikirkah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk mengubah aktanya bagi golongan balu malang seperti saya ini yang bergantung hanya kepada pencen tanpa sumber pendapatan yang lain? kini saya telah kalah teruk dalam permainan ini atau dalam bahasa lainnya 'game over'(G.O).

Justeru itu, saya memohon kepada JPA untuk mengkaji semula atas segala rayuan saya untuk mendapat pencen arwah suami saya itu. Cubalah fikir sebaik-baiknya jika sekiranya penulis arahan dan pencipta akta itu di tempat saya, apakah perasaan mereka? Mereka juga akan berperasaan seperti saya dan tentunya akan bertindak mungkin juga jauh lebih agresif dari saya. Pencen arwah suami saya dihentikan selaras dengan akta tulisan dan ciptaan manusia. Bagaimana pula kehidupan saya dan anak seterusnya? Mengikut hukum syarak, berdosa besar bagi mana-mana pemimpin yang membiarkan kami menderita sedangkan kami ada hak untuk menuntut pencen itu.

Persoalannya, bagaimana pula tentang pengobanan suami saya semasa hayatnya? Pencen adalah sumbangan kerajaan kepada pesara dan apabila meninggalnya si pesara itu, maka warisnya yang susah berhak mewarisi pencen tersebut. Jasa arwah sepatutnya dikenang sepertimana kata-kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam satu ucapannya yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk '50 Tahun Meniti Puncak' yang bunyinya seakan-akan begini, "seseorang yang pernah berjasa kepada negara patut dikenang jasanya lebih-lebih lagi perkhidmatannya semasa dan sebelum perang dunia". Butir-butir ucapannya mungkin bukanlah terlalu sama seperti itutetapi membawa maksud yang serupa. Tapi, apa daya saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya, keadaan saya amat mendukacitakan yang mana pencen dihentikan tika dan saat saya amat memerlukan.

Sekali lagi timbul persoalan pada saya kenapa saya mengalami masalah ini di saat kerajaan menguar-uarkan slogan yang menarik perhatian rakyat yakni "1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan mengatakan bahawa tiada seorang rakyat pun yang akan terpinggir. Tetapi, nampaknya sayalah orang pertama yang sudahpun terpinggir di bumi sendiri kerana tiada pembelaan, tidak dapat membela diri dan tiada rasa belas kasihan oleh pihak berwajib mengenai masalah dan tuntutan saya. Dan sekali lagi saya tertanya-tanya, rakyat macam manakah yang 'didahulukan'?

Kini saya terasa bagaikan ditambat, diikat tangan dan kaki dan disebat dengan cemeti-oh, betapa sakitnya! Mengharungi pelbagai liku, ranjau dan duri membuatkan saya terasa amat gerun sekali memandangkan sewa rumah tertunggak, begitu juga dengan bil-bil. Anak yang masih belajar juga tidak dapat saya beri wang saku lagi. Andai kata saya terpaksa pindah rumah sekalipun, hal itu juga memerlukan duit dan apa yang menyedihkan adalah jika saya ditakdirkan berpindah, rumah yang bakal didiami juga adalah rumah sewa juga. Bagaimana pula dengan bantuan perubatan? Selama ini kami hanya bergantung kepada status arwah sebagai pesara untuk mendapatkan rawatan.

Saya bukannya hendak menongkat langit dengan wang pencen tersebut, saya rela sekiranya diberi pencen bersyarat andaikata anak saya dah bekerja selepas tamat pengajian nanti. Pada masa itu, pihak JPA berhak mengambil semula pencen itu. Saya tidak rela anak saya untuk berhenti belajar hanya disebabkan akta ciptaan manusia itu manakala jika itu adalah akta al-Quran, maka saya reda dan terima hakikatnya. Kerajaan boleh menarik banyak lagi sumber lain tetapi bukan pencen suami saya.

Setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanya khabar, memberi perhatian mahupun pertolongan jauh sekali membantu diri ini.

Kini, setiap saat berlalu saya rasa bagaikan mati, setiap ruang di hati ini tidak ada lagi ketenangan dan betapa menderitanya saya tika dan saat ini.

Pemergian suami saya buat selama-lamanya amat memberi kesan dan tamparan hebat buat saya, tidak terhingga penderitaan yang saya tanggung ini, tambahan pula saya terpaksa harunginya seorang diri kerana saya tiada sesiapa lagi, ibubapa saya telah lama kembali ke rahmatullah.

Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan wanita yang mengalami nasib seperti saya, tampillah tidak kira berapa ramai sekalipun walaupun ianya tetap tidak memberi kesan kepada golongan tertentu. Dan ambillah langkah pengajaran dan iktibar dari mimpi ngeri yang saya alami ini. Bukan mudah jadi balu, lebih-lebih lagi ada anak yang masih dalam jagaan.

Dan ingatlah, harta yang banyak dan pangkat yang tinggi tidak bererti jika tidak diberkati Allah.




lagi cerita yang diabaikan



Keadaan kesihatan Orang Asli menyedihkan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris berkata, perangkaan kesihatan mendedahkan bahawa keadaan kesihatan Orang Asli menyedihkan serta kekurangan zat makanan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak komuniti itu perlu ditangani dengan segera.

Katanya, pendedahan yang dibuat oleh Dr. Selva Vathany Pillai baru-baru ini berhubung penyelewengan dan penggelapan sumber oleh pihak berkuasa hospital di Hospital Gombak, mendedahkan kenyataan sebenar status sosial dan kesihatan komuniti itu.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, hari ini.

Berikut adalah lanjutan daripada kenyataan beliau itu.

Orang Asli merupakan komuniti paling terpinggir di negara ini terus mengalami kehilangan tanah mereka melalui penempatan semula, pembalakan, perlombongan, pembinaan empangan, pembangunan padang golf, skim peladangan, pengumpulan semula dan asimilasi ke dalam masyarakat arus perdana.

Hak Orang Asli ke atas tanah warisan tidak diiktiraf oleh negeri; oleh itu mereka semakin kehilangan tanah dan mengalami kemusnahan asas kewujudan mereka. Dasar kerajaan ialah mengumpul dan menempatkannya semula mereka untuk menanam tanaman kontan dan makanan. Tekanan terhadap tanah dan kekurangan bantuan daripada kerajaan negeri serta sokongan telah membawa kepada meningkatkan kesukaran hidup mereka.

Hari ini kira-kira 80 peratus daripada Orang Asli hidup di bawah garis kemiskinan rasmi.

Lihatlah petunjuk kesihatan berikut:

  • Pada 1980-an jangka hayat ketika lahir dalam kalangan Orang Asli Semai ialah 35 tahun. (Untuk Malaysia Barat 68-72 tahun).
  • Orang Asli mempunyai insiden tuberculosis dua kali daripada purata kebangsaan antara 1951 hingga 1971. Menjelang 1995 kadar bagi kanak-kanak Orang Asli ialah tiga kali purata di negeri Perak.
  • Pada 1991 dan 1992, Orang Asli merupakan purata 48% daripada semua jangkitan malaria yang direkodkan di Malaysia Barat (kurang 1% daripada penduduk). Dalam beberapa tahun yang lalu mereka mempunyai purata lebih 70% daripada kes itu.

Kematian bagi Orang Asli ialah 1% setahun bagi tempoh 1984-87, dua kali lebih tinggi daripada purata Malaysia Barat (0.5%) .

  • Kadar kematian bayi ialah 5.2%, lebih daripada tiga kali ganda purata Malaysia Barat (1.6%).

Dalam kalangan wanita Malaysia yang bersalin di rumah pada 1994, 42 meninggal; 60% daripadanya (25) merupakan Orang Asli.

  • Kajian 1995 menunjukkan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat di Malaysia Barat, dengan 35% daripada mereka mengalami kekurangan protein dan tenaga.
  • Anemia meluas dalam kalangan wanita Orang Asli. Dalam satu kajian, wanita Orang

Asli Temuan mempunyai purata paras haemoglobin 9.9 g/dl (gm/100ml) jauh lebih rendah daripada paras yang diterima iaitu 12-15 g/dl.

  • Kajian lepas mendapati 23% hingga 68% daripada kanak-kanak Orang Asli mengalami kekurangan berat badan, manakala 41% hingga 80% terencat dalam pertumbuhan mereka.
  • Ujian serological juga mendedahkan bahawa 82% daripada Orang Asli menunjukkan pendedahan terhadap penyakit yang berkait dengan virus dan denggi.
  • Pada 1994, penyakit kusta adalah 23 kali ganda menjadi wabak dalam kalangan Orang Asli berbanding penduduk umum.
  • Pada 1990, hanya 67 daripada 774 kampung Orang Asli (9%) mempunyai klinik perubatan.

Di sebalik penemuan yang mengejutkan ini, komuniti Orang Asli gagal untuk menerima perhatian yang mereka perlukan.

Hari ini, Orang Asli menjadi komuniti yang paling tidak sihat di Malaysia, satu gambaran status peminggiran mereka dalam masyarakat. Kekurangan zat makanan merupakan masalah serius dalam kalangan orang Asli, dan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat makanan di Malaysia Barat. Ini adalah diakibatkan oleh kehilangan tanah pertanian dan tempat mencari makan, meningkatnya pencemaran sungai, diet yang tidak mencukupi; paras dan kekerapan mengalami jangkitan penyakit, jangkitan usus dan diskriminasi.

Wanita Orang Asli mempunyai paras kekurangan folate dan zat besi yang tinggi, dibebani dengan masalah cacing dan malaria. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kemerosotan khasiat pemakanan dalam kalangan kumpulan yang paling terjejas iaitu wanita yang mempunyai anak kecil dan kanak-kanak.

Orang Asli selalu mencari makan dengan pelbagai sumber makanan malah apabila mereka menjadi ‘petani’ dan mereka menikmati kualiti makanan yang tinggi dengan pelbagai jenis yang menarik jika jarang-jarang dalam kuantiti yang banyak.

Memandangkan sumber makanan ini semakin merosot mereka dipaksa untuk membeli makanan moden seperti gula, tepung, susu pekat manis, makanan dalam tin, dan minyak masak yang semuanya mengakibatkan pemakanan yang tidak sihat, tidak seimbang dan sukar untuk diperolehi.

Kajian mendedahkan anemia merupakan penyebab ketara penyakit dalam kalangan wanita Orang Asli; dan ibu-ibu mengandung serta goiter (keadaan bengkak pada kelenjar tiroid) dalam kalangan kanak-kanak tidak melihat sebarang perubahan antara 1951 dan 1995.

Kesihatan ibu-ibu mengandung merupakan perkara utama dalam kelangsungan hidup ibu-ibu mengandung dan bayi dan kesihatan yang amat penting kepada komuniti Orang Asli. Status pemakanan kanak-kanak Orang Asli dijelaskan sebagai buruk oleh pelbagai kajian.

Pada 1987, didapati 54 peratus mengalami kekurangan berat badan dan 66 peratus terencat. Kajian lain mengesahkan bahawa kekurangan zat makanan yang meluas wujud dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli; dan kekerapan terencat adalah daripada 44 peratus dalam kalangan bayi hingga 80 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

Penyelidik telah merumuskan bahawa “status pemakanan kanak-kanak Orang Asli amat sangat berbahaya”. Disebabkan oleh kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak yang amat serius ditambah dengan cacing usus dan masalah lain, kanak-kanak Orang Asli berdepan kecacatan yang teruk terhadap perkembangan fizikal, intelektual dan sosial mereka.

Perangkaan kesihatan yang menyedihkan ini mendedahkan bahawa keadaan kesihatan yang menyedihkan serta kekurangan zat makanan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak Orang Asli dalam kalangan komuniti Orang Asli perlu ditangani dengan segera.

Malah Hospital Orang Asli di Gombak hanya melihat sedikit perubahan. Struktur bangunan kayu ‘sementara’ di Hospital Gombak yang dibina pada 1959 oleh pekerja Orang Asli masih menempatkan pesakit. Kakitangan hospital masih kekurangan kepakaran dalam pelbagai disiplin perubatan.

Pendidikan kesihatan yang sempurna tidak ditangani oleh birokrasi perubatan pada masa ini untuk Orang Asli. Menurut Ketua Hospital Gombak, kesihatan Orang Asli tidak mendapat layanan yang baik oleh ‘sikap kakitangan’ di kemudahan perubatan itu.

Di bawah undang-undang, semua aspek kehidupan mereka ‘diuruskan’ oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pendek kata mereka dinafikan hak dengan mempunyai sedikit ruang untuk menyuarakan hal ehwal dan kehidupan mereka sendiri.

Komuniti Orang Asli mestilah terlibat dalam memutuskan keutamaan dan keperluan mereka memandangkan hanya mereka yang mengetahui masalah mereka dengan baik. Berhubung perkara ini, mobilisasi sokongan yang aktif dan penglibatan komuniti adalah menjadi asas kepada penambahbaikan kesihatan mereka.


CARI KEKAYAAN TAK SALAH...PAKAIAN CAMNA...PERNIAGAAN CAMNA....HUKUMNYA TANYALAH USTAZ2....@....USTAZAH2...

Rozita tak merajuk

Oleh ADAM SALLEH, ISMA ISMAIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
2010/03/14

KUALA LUMPUR: Biarpun masih cantik dan seksi, segelintir artis mengibaratkan diri mereka sudah mencapai klimaks dalam dunia lakonan dan seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

ROZITA...buka perniagaan produk bulu mata palsu.
ROZITA...buka perniagaan produk bulu mata palsu.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 35, membuat pengakuan mengejut kepada wartawan Metro Ahad apabila mengumumkan mahu bersara sebagai pelakon mulai tahun depan.


Begitupun, dia menafikan sudah bertemu jodoh kerana keputusan persaraannya dibuat atas sebab lain.


“Bukan nak kahwin. Macam saya ini, siapa yang nak. Sebenarnya saya sudah penat. Penat dengan aktiviti lakonan dan tidak tahan dengan pelbagai gosip serta pandangan masyarakat yang banyak memberi aib kepada saya dan keluarga,” katanya.


Rozita berkata, persaraannya juga tiada kena mengena dengan tekanan pihak tertentu, terutama golongan VIP yang sering dikaitkan dengannya.

“Saya ada perancangan sendiri. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan memulakan perniagaan sendiri.


“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya. Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” katanya.


Menurut Rozita, dia mengakui pasti ramai mempersoalkan keputusannya kerana ia dibuat ketika dia masih meraih populariti terbaik masa kini.


“Bagi saya, lebih baik berhenti ketika popular, baru kita akan diingati dan dikenang selalu.


“Jika berhenti ketika populariti merudum, nama hanya suam-suam kuku, orang tak akan ingat kita, malah kadangkala perasan pun tidak,” katanya.


Sebelum meninggalkan dunia lakonan, Rozita berharap masyarakat tidak berterusan membuat penilaian negatif terhadap dirinya, terutama hal kemewahan dimilikinya.


“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Dengan rezeki yang Tuhan beri, saya mampu dapat apa yang saya mahu dalam masa singkat.

“Begitupun orang tidak tahu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Bukan senang mahu senang kerana tiada jalan mudah untuk kita capai apa dikehendaki,” katanya.


Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rozita mengakui dia bekerja keras tanpa mengenal penat lelah. Ketika ini dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perlis bagi memenuhi tuntutan jadual penggambaran dan aktiviti sebagai jurucakap produk.


Dari awal tahun sehingga Jun depan, jadual berkaitan aktiviti lakonannya penuh.


“Tempoh 24 jam itu saya rasakan singkat. Ketika ini saya seperti tiada masa rehat dan bersenang-senang kerana dalam tempoh beberapa hari perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perlis.


“Kadangkala terpaksa tidur di dalam kereta sampai kaki kejang,” katanya.


Rozita berkata, bidang lakonan ternyata memberinya rezeki melimpah-ruah dan mencukupi untuk kehidupannya.


“Buat peragaan, menjadi jurucakap produk pula satu bonus untuk saya. Bolehlah tampung perbelanjaan untuk beberapa bulan.


“Malah, ada iklan yang saya buat boleh tampung perbelanjaan sehingga setahun,” katanya berterus terang.


Rozita mengakui walaupun mempunyai tahap pendapatan selesa, dia tidak banyak mengeluarkan wang.


“Sebahagian wang saya hanya disalurkan ke rumah, kereta dan perbelanjaan harian serta anak. Selebihnya saya laburkan dalam saham amanah.


“Keuntungan daripada pelaburan juga memberangsangkan,” katanya yang memiliki BMW 3 series bernombor pendaftaran dua angka bernilai lebih RM200,000.


Ditanya apa selepas BMW, tanpa berselindung Rozita berkata, dia kini berusaha memiliki kereta mewah Porsche Cayenne.

Renungan kita bersama

Tanda-tanda bahagia mengikut konsep Islam
~Menjauhkan diri daripada urusan-urusan dunia yang tak penting
~Orang yang cinta kepada akhirat
~Kuat kemahuan kepada ibadah dan membaca Al-quran
~Orang yang sedikit bercakap dan banyak bekerja
~Orang yang sentiasa menjaga solat fardhu 5 kali sehari
~Orang yang menjaga diri daripada perkara-perkara yang haram dan syubhat
~Orang yang bersahabat dengan orang yang soleh
~Rendah diri,tidak takbur dan tidak sombong
~Bersifat dermawan lagi mulia
~Belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain
~Bermafaat kepada orang lain
~Orang yang sentiasa mengingati mati




~Azree~

Friday, March 12, 2010

Al-Quran tenangkan jiwa...BUKAN INI SAHAJA TAPI IA MENJADI SUMBER HUKUM

Al-Quran tenangkan jiwa


Oleh - Hashim Ahmad


Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada setiap insan yang mengaku dirinya beragama Islam. al Quran mengandungi syariat-syariat dan garis-garis perundangan yang harus dipatuhi – diikuti dan ditinggalkan oleh setiap orang Islam. Mempercayai kitab Allah – al-Quran, termasuk daripada salah satu Rukun Iman.

Al-Quran yang mengandungi 6,666 ayat itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT melalui malaikat Jibrail. Tempat tumpuan al-Quran ialah pada hati baginda.

Al-Quran yang dibawa dari langit oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad dituju kepada hati baginda. Kini Nabi Muhammad SAW sudah wafat.

Apabila kita mendengar seseorang membaca al-Quran atau pun kita sendiri membacanya, pada zahirnya ia masuk ke dalam telinga ke dalam tubuh orang yang mendengarnya. Pada hakikatnya ia masuk ke dalam hati. Tetapi apakah ia betul-betul sampai ke dalam hati.

Sekiranya ia sampai ke dalam hati, maka nyatalah ia benar-benar sampai kepada kita. Tetapi jika sebaliknya, maka nyata bahawa al-Quran masih belum sampai kepada kita.

Untuk mengetahui sama ada al-Quran sampai kepada hati maka lihatlah gerak geri dan peri laku seseorang. Hati adalah raja bagi tubuh badan. Segala anggota yang lain adalah bala tenteranya. Bala tentera akan bertindak laku mengikut apa yang diarah oleh ketua atau rajanya. Inilah yang lumrah terjadi dalam mana-mana angkatan perang.

Apabila hati telah diresapi oleh al-Quran maka segala tubuh badan pun akan bergerak laku sesuai dengan ajaran dan suruhan Al-Quran. Ia bercakap mengikut kehendak al-Quran, melihat mengikut kehendak al-Quran, berjalan, makan, minum dan segala-gala perlakuannya adalah mengikut kehendak al-Quran.

Apabila terjadi keadaan yang demikian – bergerak laku mengikut kehendak al-Quran maka jelaslah bahawa al- Quran telah menyerap masuk ke dalam hatinya. Sekiranya seseorang itu telah belajar hingga ke Makkah dan membawa balik serban dan jubah penuh beg, namun gerak lakunya masih tidak mengikut al-Quran maka al-Quran hanya sampai ke telinganya sahaja.

Al-Quran tidak sampai ke hati orang berkenaan kerana hatinya masih melakukan sesuatu yang bercanggah dengan al-Quran.

Dalam kehidupan kita seharian, keadaan ini dapat diumpamakan seperti kita pergi ke kedai kerana hendak membeli sesuatu barang. Mengapakah kita melewati beberapa buah kedai dan berhenti di kedai yang di hujung sekali sedangkan barang yang kita hendak beli itu terdapat juga di kedai yang pertama yang mula-mula kita tempuhi tadi.

Jawapannya ialah kerana hati dan jiwa kita adalah sesuai dengan penjualnya.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut Allah dengan firmanNya yang bermaksud: “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.”(Surah al-A’raaf, ayat 204).

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang mendengar bacaan al-Quran dengan baik.

Demikian besar mukjizat al-Quran sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarnya. Malah, semakin sering orang membaca dan mendengarnya, semakin terpikat hatinya kepada al- Quran. Apabila al- Quran itu dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara baik dan merdu, ia akan memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya.

Keadaan orang mukmin tatkala mendengar bacaan al-Quran digambarkan oleh Firman Allah sebagai berikut: “Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayatNya, bertambahlah iman mereka keranaNya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2). Diriwayatkan bahawa suatu malam, Nabi Muhammad SAW mendengar Abu Musa Al Asy’ari membaca al-Quran sampai jauh malam. Sepulang ke rumah, baginda ditanya oleh isterinya, Aisyah: “Apa sebabnya pulang sampai jauh malam ? Rasulullah menjawab bahawa: “Baginda terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al Asy’ari membaca al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud.”

Dalam riwayat, banyak diceritakan, betapa kuatnya kesan bacaan al-Quran terhadap hati orang kafir. Selepas mereka mendengar bacaan al-Quran, tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Nabi Muhammad serta pengikutnya, berbalik menjadi lembut dan mahu mengikuti ajaran Islam.

Rasulullah sendiri sangat gemar mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud menceritakan sebagai berikut: “Rasulullah berkata kepadaku: “Hai Ibnu Mas’ud, bacakanlah al-Quran untukku !” Lalu aku menjawab: “Apakah aku pula yang membacakan al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?”

Rasulullah menjawab “Aku senang mendengar bacaan al-Quran itu daripada orang lain.”

Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan beberapa ayat dari surat an-Nisaa. Rasulullah sangat terharu tatkala bacaan Ibnu Mas’ud itu sampai kepada ayat ke-41 yang berbunyi: “Maka bagaimanakah halnya orang kafir nanti, apabila kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu).” Rasulullah lalu berkata: “Cukuplah, sekian saja, ya Ibnu Mas’ud!” Ibnu Mas’ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.

INILAH REALITI HIDUP PELAKON...YG DIMINAT...walupun tidak semua...lakonan watak untuk dicontohi tak berhasil jika tidak beramal atau cara tak betul

NEGARA

Hakim lawat lokasi khalwat


BANGUNAN pejabat di Hulu Klang, lokasi Norman dan Memey ditahan dilawati Hakim Sallehan semalam.


KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam melawat pejabat pelakon Norman Hakim di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, tempat pelakon itu didakwa berkhalwat dengan aktres Memey pada Oktober 2008.

Hakim Sallehan Yatim yang mendengar perbicaraan khalwat pasangan itu, tiba di pejabat berkenaan pukul 3.45 petang dengan diiringi Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi, peguam syarie Mohd. Fakhrul Abu Hassan dan beberapa pegawai mahkamah.

Sallehan, diberi penerangan hampir 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagaimana pasangan itu ditangkap termasuk bagaimana kunci pintu jeriji dibuka menggunakan pemotong dan juga melihat jarak pintu dengan jeriji ketika mengetuk pintu itu.


LAGI



NEGARA

Pelakon dicekup proses dadah


KONDOMINIUM yang dipercayai menjadi lokasi seorang pelakon dan rakan wanitanya ditahan semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan rakan wanitanya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar Jinjang di sini semalam.

Tangkapan pada awal pagi itu dilakukan hasil risikan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pelakon berkenaan.

Difahamkan, selepas disoal siasat, polis kemudiannya telah pergi ke sebuah kondominium di Kepong yang disewa pelakon berkenaan sebelum menemui bahan khayal dipercayai dadah jenis ketamin.

Menurut sumber, ketika serbuan tiada penghuni di dalam rumah yang turut dijadikan makmal untuk memproses syabu dan kokain.


LAGI




NEGARA

Kes Darling guna dokumen palsu 16 April


DARLING semasa hadir di Mahkamah Sesyen,Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kes pelakon dan penerbit Nasreen Ngasri yang lebih dikenali sebagai Darling yang didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 April ini.

Hakim Asmadi Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nasuha Mohamed Ali menyerahkan beberapa dokumen yang belum diserahkan kepada peguam bela Amir Feisal Ariff yang mewakili Nasreen.

Pada 6 Februari lalu, Nasreen, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu "Director"s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd." bertarikh 16 Ogos 2007.




Dadah pelakon RM650,000

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila polis menemui makmal mini memproses dadah di rumah seorang pelakon lelaki terkenal tanah air di Kepong di sini, semalam.

Selain itu, polis turut merampas dadah bernilai RM650,000 dalam kondominium mewah milik pelakon berusia awal 30-an berkenaan yang juga anak seorang seniwati terkemuka, sekali gus boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata pelakon itu ditahan kira-kira jam 8 malam selepas siasatan dan intipan polis sejak lebih seminggu lalu.


Menurutnya, hasil intipan dan mengekori gerak-gerinya, polis menahan pelakon terbabit berhampiran bandar Kepong di sini. “Susulan itu, suspek yang disoal siasat dibawa ke rumahnya di Kepong bersama teman wanitanya berusia 23 tahun.


“Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata didapati menyembunyikan pelbagai peralatan memproses dadah dalam rumahnya,” katanya.


Hasil pemeriksaan lebih teliti, polis turut menemui 200 gram syabu dan 800 gram kokain yang dipercayai cuba diedarkan untuk pasaran Lembah Klang.

“Semua dadah itu yang siap dibungkus dianggarkan mempunyai nilai pasaran mencecah RM650,000. Polis percaya rumah pelakon terbabit dijadikan transit untuk menyembunyikan dadah berkenaan sebelum diedarkan kepada pelanggan.


“Setakat ini, polis masih menyiasat individu lain yang dipercayai terbabit aktiviti pengedaran dadah berkenaan. Kami percaya suspek terbabit secara langsung dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya.


Menurutnya, pelakon itu sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini untuk mendapat perintah tahanan reman tujuh hari bermula semalam.


Pelakon itu berhadapan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori.


“Ketika ditahan dan diarah menjalani ujian air kencing, pelakon dan teman wanitanya itu didapati positif mengambil dadah,” katanya.


Penahanan terbabit adalah kes terbaru selepas Harian Metro sebelum ini mendedahkan kes penahanan seorang artis yang juga ahli kumpulan muzik terkenal pada 27 Januari lalu.


Dalam kes berkenaan, artis berusia 20-an itu ditahan polis selepas cuba membuang dadah terbabit dari balkoni rumahnya di sebuah kondominium mewah di Damansara di sini.


Hasil siasatan polis mendapati, suspek dikesan menyembunyikan satu kilogram ganja yang siap dibungkus dalam kotak.



LAGI



Maafkan saya

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA LUMPUR: “Saya mengaku kurang ajar dan tidak akan mengulangi kesilapan sama pada masa depan. Oleh itu saya mohon maaf dengan semua wartawan dan berharap agar jangan persoalkan keikhlasan saya membuat pernyataan maaf ini.

“Saya masih baru dan mentah serta belum kenal ramai orang. Kontroversi saya bergaduh dengan Sarah (Puteri Sarah Liyana) membuatkan fikiran saya bercelaru sehingga saya menulis kata-kata kesat dalam FB (Facebook),” jelas pelakon baru, Ammar Alfian Aziz, mengenai kontroversinya mengeluarkan kata kesat terhadap wartawan. Bagi menjernihkan semula hubungannya dengan wartawan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengadakan sidang media untuk menemukan wartawan dengan Ammar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Hubungan dingin antara Ammar dengan wartawan bermula apabila model juga pelakon siri Tari Tirana itu dengan penuh emosi dan amarah menulis kata-kata kesat, malah berbaur ugutan terhadap seluruh wartawan di Malaysia, terutama wartawan hiburan menerusi FB. Insiden itu pada awalnya dilihat sebagai luahan rasa tidak puas hati Ammar terhadap laporan gosip yang ditulis wartawan mengenai satu insiden tegang antara dia dengan kekasihnya, pelakon Puteri Sarah Liyana ketika majlis prebiu filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie. Difahamkan, ia berpunca daripada Ammar yang tidak puas hati dengan tindakan seorang jurugambar mahu mengambil gambarnya di majlis itu selain marah apabila Sarah dilihat beraksi mesra dengan Nabil Raja Lawak sewaktu gambar mereka berdua dirakam bersama. “Saya mengaku tersilap menulis luahan rasa dalam FB. Bagaimanapun, saya bukan tujukan kata-kata itu kepada semua wartawan, sebaliknya untuk wartawan tertentu saja. Waktu itu saya sangat marah sehingga tertulis perkataan ‘bunuh’. “Saya berjanji perkara macam ini tak akan berlaku lagi. Saya perlu wartawan untuk membantu kerjaya kerana masih baru dalam bidang ini. Saya belajar daripada kesilapan itu,” katanya.


Pada sidang media itu, Sarah yang juga kekasihnya tidak hadir sama kerana menjalani penggambaran di Port Dickson. Turut serta, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, Setiausaha Kehormat, Yusof Kelana, Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi dan Ketua Biro Aduan dan Perundangan, Jehan Miskin. Harun berkata, Seniman mengaturkan sidang media itu untuk menguraikan segala kekusutan timbul antara Ammar dengan wartawan.



LAGI


Pelakon, kekasih leka judi ditahan

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita bersama teman lelakinya antara puluhan yang ditahan ketika leka bermain mesin judi dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Pahang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9 malam, pelakon wanita terbabit yang berusia 30-an ditahan bersama kira-kira 50 tahi judi. Dia mendakwa hanya menemani teman lelakinya itu.


Bagaimanapun, alasan yang diberikan itu tetap tidak dapat menyelamatkannya kerana dia turut dibawa ke IPK KL bersama pengunjung dalam premis berkenaan.


Sementara itu, dalam satu serbuan di Jalan Klang Lama, lima premis perjudian turut diserbu dan polis menahan 34 pengunjung yang leka bermain pelbagai mesin judi dalam talian. Ketua Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata polis turut menahan lima pekerja di premis terbabit dan merampas 102 unit komputer.


“Sepuluh mesin judi dan wang tunai RM2,547 turut dirampas di semua premis berkenaan dan semua yang ditahan itu berusia 20 hingga 50 tahun,” katanya.


Menurutnya, polis akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan perintah bagi memotong bekalan air dan elektrik di semua premis terbabit.

“Premis ini sudah lama beroperasi dan banyak kali diserbu polis, tetapi pemiliknya masih berdegil dan tetap meneruskan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.


“Jika dulu kami hanya menahan pemilik premis, tetapi kini kami juga menahan pemain judi,” katanya.


Sementara itu, seorang pengunjung yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat yang turut ditahan dalam operasi terbabit mendakwa dia menggunakan wang untuk membeli susu anaknya kerana begitu ketagih dengan permainan judi Internet terbabit.


Menurut lelaki berusia 30-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, gaji yang diperoleh setiap bulan pasti tidak mencukupi.


“Saya mula terbabit dalam perjudian ini sejak beberapa bulan lalu dan pernah meminta wang daripada ibu kerana gaji yang diterima pasti tidak cukup dan dihabiskan dengan berjudi.


“Malah, wang yang disimpan untuk membeli susu anak turut digunakan untuk bertaruh dan mencuba nasib dengan bermain mesin judi ini,” katanya yang kesal dengan perbuatannya.


lagi



'Hati saya luluh'


Oleh Zainuri Misfar dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bminggu@bharian.com.my
2010/03/14

AZEAN bersama  Benjy yang dilaporkan  ditahan reman  kerana disyaki  mengedar  dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.
AZEAN bersama Benjy yang dilaporkan ditahan reman kerana disyaki mengedar dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.
Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

"Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama... mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kata Azean, walau apa pun terjadi, kasihnya terhadap Benjy tidak berkurangan langsung.

Semalam, Azean dilihat bersama peguamnya di balai polis berkenaan kira-kira jam 8 pagi dan beredar dari situ kira-kira 30 minit kemudian. Polis hanya membenarkan peguam dilantik keluarga beliau menemui Benjy.

Sambil mengakui berita penangkapan Benjy menyebabkannya seolah-olah sudah kehilangan kudrat, dia berusaha mengelak daripada mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan.
“Kak Yan belum boleh tidur...hanya solat dan doa saja minta kekuatan daripada Tuhan menangani keadaan ini. Penyakit Kak Yan (kanser) tidak boleh stres, nanti berulang.

"Kak Yan harap semua faham kenapa Kak Yan tak dapat nak jawab panggilan telefon. Kak Yan terlalu kacau. Sewaktu terima berita dilanda kanser pun Kak Yan tidak lemah, sebaliknya Kak Yan sentiasa dibekalkan ketenangan oleh Allah.

“Malam tadi (Jumaat) sewaktu terima berita Benjy ditahan kerana dadah, dunia Kak Yan berpusing macam taufan, kaki macam tidak pijak lantai dan jantung rasa macam meletup, tidak percaya, tak tahu apa nak fikir,” katanya.

Beliau juga bingung memikirkan bagaimana anaknya boleh terbabit dengan aktiviti itu.

“Seribu soalan menerpa di kepala...dadah? Kenapa? Macam mana? Sejak bila? Dari siapa? Di mana silap aku sebagai ibu yang sentiasa amat menyayanginya? Apa dan siapa yang mendorongnya dan sampai tahap mana?,” katanya.

Berita penahanan Benjy menyebabkan aktres itu dihujani panggilan wartawan, tetapi Azean memohon maaf kerana tidak mampu menjawab pertanyaan mereka kerana dia terlalu sibuk untuk mengetahui kedudukan anaknya.

“Izinkanlah Kak Yan menenangkan diri untuk mencari kekuatan. Ini kerana Kak Yan perlu kuat sekiranya Benjy lemah. Kak Yan belum tahu apa hikmah di sebalik ujian ini.

“Tetapi Kak Yan reda dan tawakal, hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mengadili Benjy seadanya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang artis lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong sebagai tempat memproses kokain dan syabu.

Artis berusia 31 tahun itu ditahan bersama rakan wanitanya berusia 23 tahun di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut, kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu sebelum dibawa ke kediamannya untuk pemeriksaan lanjut.

Mengikut laporan, polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.

Polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan. Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Beliau tidak mahu kes itu diperbesarkan kerana suspek masih dalam tahanan reman sehingga Khamis depan dan dikhuatiri mengganggu siasatan yang dijalankan pihak polis.

“Polis masih menyiasat secara terperinci kerana dikhuatiri ada individu lain terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ini,” katanya.


lagi




Pemain gitar rock cuba pecah rumah

2010/03/14

KUALA LUMPUR: Seorang pemain gitar kumpulan rock era 90-an ditahan polis selepas cubaannya untuk memecah masuk rumah rumah jiran di Pangsapuri Flora Damansara, di sini awal pagi semalam disedari penduduk lain yang kemudian bertindak memberkasnya.

Sebelum ditahan kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 30-an dikatakan berlegar-legar di sekitar lokasi kejadian dipercayai untuk melihat keadaan sekeliling sebelum bertindak memecah masuk rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata tindakan pantas penduduk yang menyedari perbuatan lelaki itu menyebabkan suspek berjaya ditahan lebih awal sebelum melarikan barangan berharga. “Ketika kejadian, suspek sedang membuka pintu rumah jirannya dan penduduk yang menyedari perbuatan itu berpakat sebelum menahan lelaki terbabit dan menghubungi polis.

“Polis yang tiba kira-kira 15 minit kemudian menemui dua paket dadah dipercayai syabu dan ganja bernilai kira-kira RM3,000 dalam poket seluar suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Arjunaidi berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek turut terbabit dengan beberapa kejadian pecah rumah di sekitar kawasan sama sejak dua minggu lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci terhadap suspek termasuk kemungkinan turut terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah selepas beberapa paket syabu ditemui bersamanya. Kita juga menyiasat sumber bekalan dadah suspek,” katanya.
Lelaki terbabit kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam.




lagi



Datuk antara muflis

Oleh ADAM SALLEH, ISMA ISMAIL dan ELRAFAEI SAPI
metahad@hmetro.com.my
2010/03/20

KUALA LUMPUR: Indah di mata tetapi derita di hati. Beberapa artis, termasuk seorang berpangkat Datuk yang masih aktif dalam bidang hiburan cuma ceria di depan peminat, namun hakikatnya mereka disenaraikan muflis atau bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Surat itu yang turut dihantar kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memaklumkan hasrat meminta kerjasama Karyawan dan Seniman menyalurkan maklumat terkini mengenai artis muflis terbabit.


Surat berkenaan yang tertera tandatangan Penolong Pengarah Insolvensi Selangor juga menyatakan, Perintah Penerimaan dan Penghukuman ke atas Datuk muflis itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 November 2000 merujuk permohonan BBMB Kewangan Berhad dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dilantik menjadi penerima hak bagi harta benda.


Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata perkara terbabit sesuatu yang serius pada ketika dunia hiburan tempatan mulai diberi sokongan penuh oleh kerajaan dan perlu ditangani bersama-sama demi menjaga imej artis supaya tidak dipandang negatif masyarakat.


“ Setakat ini Karyawan dimaklumkan mengenai empat artis yang diiktiraf bankrap, termasuk Datuk berkenaan. Semua mereka adalah lelaki.

“Sebagai pemimpin persatuan artis, saya melihat langkah JIM berhubung dengan kami bukan untuk memalukan sesiapa tetapi mencari jalan menyelesaikan masalah supaya artis yang menghadapi masalah ini lebih bersikap bertanggungjawab dan tidak lari membayar hutang,” katanya.


Menurut Freddie, jumlah hutang empat artis itu pada pihak bank sehingga diiktiraf bankrap tidak diberitahu, namun sebagai persatuan, Karyawan memberi ‘lampu hijau’ jika empat artis itu melantik pihaknya menjadi orang tengah.


“Saya sedar hal begini lebih bersifat peribadi, justeru jika artis menghadapi masalah bankrap tidak mahu kita campur tangan, Karyawan tidak boleh buat apa-apa.


“Cuma ingin saya jelaskan, masalah bankrap perlu diselesaikan bagi mengelak kemudahan yang ada digantung. Jika artis itu buat tidak faham, tidak mustahil pihak JIM akan berhubung dengan pihak produksi atau majikan artis itu.


“Katakan artis itu berlakon drama atau filem mahupun menyanyi, JIM boleh berurusan dengan majikan artis itu sama ada produser atau promoter untuk membuat potongan bayaran bagi membolehkan artis bankrap itu menjelaskan tunggakan pada bank,” katanya.


Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, pula berkata memandangkan perkara ini membabitkan soal peribadi, sensitif dan memalukan, beliau sedia bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan keadaan.


“Sebelum apa jua tindakan diambil, ia perlu diteliti. Apa saja aspek bantuan dikehendaki Jabatan Insolvensi, Seniman tiada masalah menghulurkan bantuan.

“Perkara ini membabitkan artis yang sering tampil di media dan lebih baik nama mereka tidak didedahkan untuk menjaga maruah. Andai nama tersebar menerusi media, periuk nasi mereka akan terjejas.


“Bagi saya, yang penting kita harus fikirkan apa masalah dihadapi artis berkenaan hingga diisytihar muflis dan kesudahan pada diri mereka,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Sehubungan itu, Harun berharap masih ada ruang dan peluang untuk perkara ini dibincangkan lebih lanjut antara Jabatan Insolvensi dengan artis muflis bagi mencapai penyelesaian terbaik.


“Seniman berharap kita bukan saja dapat menyelesaikan masalah dengan baik, tetapi masa depan artis itu tidak terjejas,” katanya.


Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A Rahman Hassan, pula berkata jabatan berkaitan sebaik-baiknya berhubung terus dengan artis yang disenaraikan bankrap supaya lebih senang berurusan dan tindakan selanjutnya dapat diambil antara kedua-dua pihak.


“Bagi saya, pihak terbabit tidak sepatutnya menggunakan persatuan seni untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai artis muflis.


“Saya sendiri tidak mendapat senarai itu dan tidak tahu siapa disenaraikan, oleh itu lebih baik pihak berkaitan berurusan terus dengan artis terbabit,” katanya.


Beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai artis yang muflis atau bankrap kerana tidak menerima notis atau surat dari jabatan terbabit bagi mendapatkan bantuan seperti Seniman atau Karyawan itu.


Rahman berkata, pihaknya tidak tahu siapa disenaraikan kerana tidak dimaklumkan mana-mana pihak, termasuk juga dari Finas.


Sementara itu, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas, Mohd Fazli Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima surat dari Jabatan Insolvensi Malaysia mengenai isu bankrap tetapi lebih menganggap ia masalah peribadi artis berkenaan dengan jabatan itu.


“Finas menghormati tindakan Jabatan Insolvensi Malaysia melalui kuasa perundangan yang ada tetapi kita tidak campur tangan kerana ia lebih bersifat masalah peribadi.


“Cuma yang boleh saya jelaskan sama ada artis atau pemimpin persatuan yang diiktiraf bankrap, secara automatik, mereka tidak layak memohon apa juga dana dari Finas,” katanya.



Bicara khalwat Memey, Norman 9 April



2010/03/27

HULU KLANG: Perbicaraan kes khalwat pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey ditangguhkan ke 9 April ini selepas saksi yang juga abang kepada pelakon lelaki itu gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, untuk memberi keterangan.

Sehingga jam 3.30 petang, Mohamed Saufi Zaidon, yang sebelum ini di dalam keterangan seorang saksi didakwa memberi kunci bagi membuka pintu premis bangunan tempat pasangan itu didakwa khalwat selepas dihubungi Memey, tidak kelihatan. Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi, kemudian memohon supaya sapina dapat dikeluarkan bagi memerintahkan Mohamed Saufi hadir ke mahkamah pada tarikh akan datang.


Hakim Syarie Salahudin Yatim juga turut mengingatkan supaya kes itu dapat berjalan lancar dan selesai segera.





Rita kurang ajar dengan 'suami'

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/03/27

HIDUP sebagai artis sering dipandang bermandikan kemewahan dan limpahan populariti. Sama ada pelakon atau penyanyi, mereka mampu meraih pendapatan lumayan dalam tempoh masa singkat.

BERPASANGAN...Rita dan Eman berganding sebagai suami isteri  menerusi Tiupan Sangkakala.
BERPASANGAN...Rita dan Eman berganding sebagai suami isteri menerusi Tiupan Sangkakala.
sebelum - selepas


Bagi pelakon jelita, Rita Rudaini, semua itu tidak lagi menguasai diri apabila sudah menjadi ibu dan isteri. Jika sebelum ini, dia banyak menghabiskan masa hanya bekerja siang dan malam, sebaliknya kini dia menggalas dua tanggungjawab berbeza.

Di sebalik kesibukan di lokasi penggambaran, Rita akui perlu membahagikan masa bersama keluarga di rumah. Rita sebelum ini mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan pemain bola sepak Kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak pada 25 Februari 2008.

Dalam pertemuan di lokasi penggambaran drama Tiupan Sangkakala di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Rita berkata kehidupannya tambah bahagia apatah lagi melihat ragam anak sulung, Airit Rayyan Rizqin (lahir pada 8 Julai lalu) makin membesar.

Rita berkata, dia sering meluangkan masa bersama suami dan anak apabila tidak terbabit dengan penggambaran. Menariknya, ketika di lokasi Rita juga kadangkala dikunjungi suami yang sempat menghantar makanan dan melihat sendiri bagaimana dia berlakon.

"Saya tidak kisah suami datang ke lokasi. Sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana saya bekerja dan secara tidak langsung memberi saya semangat.




Badrul ‘ghaib’ lepas pukul isteri

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/29

AMPANG: Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.


Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.


Sebelum ini, pelakon terbabit pernah dilaporkan menjadi buruan polis dan terbaru, dia sekali lagi membuat hal apabila didakwa membelasah isterinya selepas menyedari wanita berkenaan mungkin sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Kejadian Rabu lalu seolah-olah mengulangi kelakuan panas baran Badrul Muhayat kerana dia sebelum ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan sama terhadap isterinya.


Dalam kes terbaru ini, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata dalam kes terbaru itu, Badrul Muhayat naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika mereka berada di rumah di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika itu, pelakon terbabit baru pulang ke rumah selepas sekian lama menghilangkan diri dan isterinya yang mengesyaki dia mengambil bahan terlarang cuba bertanyakan perkara itu.


“Selain itu, isterinya terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ketika itu berlaku perselisihan faham dan pelakon terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan mula naik angin dan terus memukul isterinya.


“Ketika pergaduhan itu, isteri mangsa terpaksa melontarkan pinggan untuk mempertahankan diri dan keadaan kecoh itu turut didengari jiran.

angsa yang cedera kemudian dibantu dan dibawa jirannya untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.


Menurutnya, polis berharap Badrul Muhayat segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, polis berusaha menjejaki pelakon terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Harian Metro pernah melaporkan kes membabitkan pelakon terbabit yang berlaku dua tahun lalu apabila dia didakwa pernah mengugut membunuh dan mencederakan isterinya. Selain itu, dia dilaporkan pernah memukul isterinya dan menendang perut wanita terbabit yang ketika itu mengandung sehingga mengalami keguguran.







Hidup derita bersama Badrul


Gambar saat-saat bahagia Julia dan Badrul Muhayat.


KUALA LUMPUR - Julia Daud, 28, isteri pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani mendakwa suaminya gagal dihubungi sejak meninggalkan rumah selepas mereka bergaduh pada 24 Mac lalu.

Malah wanita itu yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua mendakwa, suaminya itu juga tidak menghubunginya untuk bertanya khabar mengenai nasibnya dan anak-anak selepas ditinggalkan begitu saja.

Cerita Julia, dia kini berada di kampungnya di Perak bersama dua orang anaknya, masing-masing berusia tiga tahun dan sebulan, untuk tinggal bersama keluarga buat sementara waktu.




Kes Norish 31 Mei



2010/03/31

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 31 Mei ini untuk perbicaraan bagi permohonan nafkah anak dan tuntutan harta sepencarian oleh pelakon Norish Karman terhadap bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh itu selepas dimohon peguam syarie Amli Embong yang mewakili Norish atau Nor'asikin Karman, 35, dan tiada bantahan daripada peguam Muhamad Burok yang mewakili Hashimuddin, 60.


Terdahulu, Amli memaklumkan mahkamah bahawa semalam ditetapkan untuk Hashimuddin memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu, namun perkara itu masih dalam perbincangan.


Amli ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dan jumlah tuntutan sebenar Norish tidak boleh dikemukakan kepada umum sehingga perbicaraan bermula.



'Saya nak kahwin'

Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my
2010/03/31

LANGKAWI: “Apa jadi pun, saya mahu kahwin dengan Mohamad Noor. Malah, keluarganya terima saya dengan baik.

“Cuma keluarga saya di Baling menentang hasrat kami berkahwin,” kata Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar cemerlang yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak seminggu lalu dan kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini. Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup menempuh kesusahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat. Selain itu, Halimaton turut menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, berhubung dirinya selain menganggap perbuatan itu sebagai fitnah yang keterlaluan. “Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani pada jam 9 pagi Isnin dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis. “Kemudian menaiki feri ke Langkawi sebelum dijemput adik Mohamad Noor di jeti Kuah dan saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). “Oleh itu, dakwaan dibuat kakak dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah tidak tepat. Saya sebenarnya datang sendiri ke Langkawi,” katanya, semalam.


Halimaton yang mengaku tidak lagi bersekolah sejak seminggu lalu, berkata dia sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang manakala Mohamad Noor turut melakukan tindakan sama sebagai langkah mempertahankan diri. “Saya dan Mohamad Noor belum berkahwin dan kami masih berusaha ke arah itu termasuk menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi beberapa hari lalu malah perkara ini turut diketahui keluarga saya di Baling. “Saya tidak pasti kenapa mereka (kakak dan ibu) mahu menggembar-gemburkan perkara ini, sedangkan mereka tahu saya keluar rumah dengan rela dan kini berada di rumah keluarga Mohamad Noor di Kampung Kisap di sini,” katanya.


Halimaton turut mempersoalkan tindakan Hamiza yang membuat kenyataan tidak mengenali Mohamad Noor sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.



Dua kes Raisuddin digabungkan



2010/03/31

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, memerintahkan supaya dua prosiding membabitkan perkahwinan kedua penyanyi tahun 80-an, Raisuddin Hamzah dan pasangannya berusia 23 tahun digabungkan menjadi satu.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membuat keputusan itu bagi mengelakkan timbul pertindihan terhadap permohonan pengesahan dan membubarkan pernikahan yang difailkan secara berasingan oleh bapa mertua Raisuddin iaitu Suberi Abdullah, 50. Selain itu dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Abu Zaky bersetuju dengan rayuan Suberi bahawa Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini terkhilaf apabila menolak permohonan membubarkan perkahwinan itu atas alasan tiada bidang kuasa.





Arah Haleeda buat pindaan

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/03/31

HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon, Haleeda perlu membuat pindaan dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah supaya bekas suami, Azman Adnan mengemukakan notis tunjuk sebab mengapa dia gagal membayar tunggakan nafkah anak mereka.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan perintah itu terhadap Haleeda atau Halida Mazlin Badaruddin, 37, (plaintif) supaya mengemukakan jumlah sebenar tuntutan nafkah anak antara Jun 2008 hingga Mac 2010.


Dalam prosiding di sini, semalam, mahkamah menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula permohonan itu manakala pada 28 April pula ditetapkan untuk sebutan kes kedua permohonan Haleeda, iaitu menambah nafkah anak daripada RM350 setiap bulan kepada RM500.


Terdahulu, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Haleeda memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak dapat menyerahkan writ saman terhadap Azman (defendan) kerana dipercayai sudah berpindah.


Menjawab pertanyaan Hakim Syarie Wan Mahyuddin, Haleeda berkata, defendan ada membayar nafkah anak bagaimanapun masih ada bayaran tertunggak.


Azman atau wakilnya tidak hadir ke mahkamah semalam.

Pada 12 Mac lalu, Haleeda memfailkan permohonan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Azman mengemukakan notis tunjuk sebab kerana gagal membayar tunggakan nafkah anak.


Haleeda yang popular dengan lagu Setia Kasih juga membuat permohonan kedua untuk menambah jumlah tuntutan nafkah anak mereka, Amirah Amani, 15.


Azman yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan berkahwin dengan Haleeda pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.


Azman kini sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Feminin, As atau nama sebenarnya Asfarina Muhamad, 35, pada 14 Disember 2004.





Umie mahu pakai tudung




SELEPAS sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac lalu di Mekah, aktres terkenal Umie Aida mengaku ingin membuat perubahan pada penampilan dirinya secara perlahan-lahan iaitu dengan memakai tudung.

Katanya yang ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya berlangsung dengan penuh meriah di Hotel One World, Damansara, Ahad lalu, tindakannya yang dilakukan bukanlah atas paksaan suami atau sesiapa tetapi atas kerelaan sendiri.

"Saya akan siapkan semua kerja saya yang telah dijanjikan sebelum ini terlebih dahulu, kemudian saya akan latih diri dengan memakai selendang dalam masa terdekat.

"Langkah demi langkah. Saya pun telah minta izin suami, dia okey, malah gembira dengan keputusan saya. Selepas itu, InsyaAllah saya akan mengenakan tudung. Perkara yang baik harus disegerakan," ujarnya.

Tambahnya lagi, seiring dengan statusnya yang kini sudah menjadi isteri orang, dia juga tidak akan memakai pakaian yang menjolok mata lagi.

"Walaupun saya artis tetapi saya sedar saya sudah mempunyai suami. Ada beberapa perkara yang perlu diubah seperti pemakaian saya," tuturnya.

Meskipun akan mengenakan tudung pada masa hadapan, jelas Umie dia tidak akan sesekali mengangkat kaki daripada dunia seni. Cuma selepas ini, dia akan lebih selektif.

"Selagi bakat saya diperlukan, selagi itu saya akan berlakon. Suami juga tidak pernah menghalang untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang seni.


CIUMAN cinta daripada seorang suami buat isteri tersayang.


"Tetapi saya sedar diri, selepas berkahwin saya akan lebih selektif. Watak yang dirasakan tidak berapa sesuai dengan diri saya sebagai isteri orang dan boleh mengundang fitnah, saya tidak akan ambil," katanya jujur.

Cinta selepas kahwin

Setelah genap dua minggu bergelar isteri, Umie memanjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh melenyapkan kesunyiannya selama ini.

Akuinya, sebelum bernikah, perkara yang paling dibimbangkan adakah dia mampu mencintai suaminya sepenuh hati. Namun, kini, segala kebimbangan itu berlalu pergi kerana menurut Umie, dia kini dilanda mabuk cinta bersama suaminya.

"Saya berdoa pada Allah supaya beri saya perasaan cinta pada suami dan Alhamdulillah kini perasaan cinta itu hadir.

"Sekarang baru saya tahu, betul kata orang tua-tua, bercinta lepas kahwin lebih manis dan nikmat. Tidak tahu saya nak cakap macam mana. Macam angau pun ada. Ke mana suami saya pergi, saya mesti nak ikut. Rasa macam zaman remaja balik," ucap Umie sambil menjeling manja pada suaminya.

Kehadiran Tun

Lebih bermakna, pada majlis resepsi perkahwinan yang berkonsep Inggeris tradisional kontemporari itu turut dihadiri oleh idola Umie iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Malah, Tun sendiri menepung tawar kedua mempelai dan menitipkan nasihat kepada mereka.

"Tun memberi nasihat kepada saya supaya menjaga rumah tangga elok-elok dan semoga perkahwinan saya akan kekal sehingga akhir hayat," tutur Umie dalam senyum.


BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut menepung tawar mempelai.


Beritahu Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, majlis resepsinya pernah tertangguh gara-gara kesibukan Tun.

"Saya berjumpa sendiri dengan Tun, pada mulanya semuanya okey tetapi tarikh resepsi terpaksa ditangguhkan kerana Tun ada hal kecemasan.

"Tun cakap dengan saya sebelum ini, resepsi nak tangguh okey tetapi jangan tangguh tarikh nikah. Jadi, bila Tun datang dan merestui perkahwinan saya, tidak dapat nak digambarkan perasaan saya sekarang ini," ujarnya adik kepada pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima itu lagi.

Celah suaminya, dia juga begitu terharu kerana Tun sanggup menunggu sehingga ke hujung majlis resepsi itu.

"Tun akan ke Bosnia tidak lama lagi dan memerlukan rehat. Saya tidak sangka dia akan tunggu sampai habis majlis. Katanya, dia seronok dapat menghadiri majlis resepsi ini. Itu yang membuatkan saya cukup terharu," bicara Khairuddin.

Menyentuh tentang bulan madu, pelakon yang popular menerusi filem Embun itu memberitahu, dia akan mengikut suaminya ke London selama dua minggu kerana urusan perniagaan pada April depan.

"Suami saya ke London kerana urusan kerja, disebabkan saya masih dalam tempoh cuti, jadi saya akan ikut suami. Kemudian, saya akan pulang ke Malaysia dulu dan uruskan beberapa perkara sebelum berbulan madu selama dua minggu di sekitar Eropah termasuk, Perancis, Venice, Itali dan Switzerland," balasnya.

Jangan panggil Datin

Meskipun usianya kini sudah menjangkau angka 37, Umie tidak pernah menolak andai dia diberi zuriat dalam masa terdekat. Bagaimanapun, itu bukanlah satu kemestian dalam perkahwinannya.

"Saya tahu semua orang berkahwin pasti inginkan cahaya mata tetapi saya tidak terburu-buru dan tidak tertekan untuk mempunyai anak dengan kadar segera.

"Andai dikurniakan rezeki, saya terima dengan lapang hati walaupun hanya seorang anak. Saya tidak kisah," ucapnya lagi yang kini sibuk berpindah di kediaman barunya di Bukit Kiara.


ANTARA barisan teman artis yang datang meraikan pengantin.


Bercakap tentang gelaran Datin Paduka yang dipikulnya setelah menjadi isteri kepada duda anak dua itu, Umie menjelaskan dia menghormati gelaran itu.

Bagaimanapun, dia lebih selesa jika terus dikenali sebagai Umie Aida dalam bidang seni.

"Bukannya saya tidak mahu dikenali dengan gelaran Datin Paduka. Saya tahu suami saya mendapat gelaran itu pun atas usaha kerasnya selama ini, masakan saya tidak menghormati gelaran itu.

"Tetapi sebagai pelakon, sudah bertahun-tahun orang kenal saya sebagai Umie Aida. Jadi rasanya lebih elok dan selesa jika saya terus dikenali dengan nama Umie Aida. Kalau ada yang ingin panggil saya Datin Paduka, terpulang pada mereka," jawabnya jujur.

Majlis resepsi yang mewah itu juga serikan dengan tarian tradisional dan juga nyanyian daripada teman artis seperti Ziana Zain, Salamiah Hassan dan Farhan.



TAKZIAH BAGI KELUARGA DIN BERAMBOI

Din Beramboi meninggal

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Izwan Mohamad Dan
am@hmetro.com.my
2010/04/02

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.

Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.


Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.


Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.


Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.





Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.


“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.


Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.

Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.


“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.






'Saya bukan pelacur'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/05

KUALA LUMPUR: Dia cukup dikenali di kalangan artis lelaki tempatan termasuk pelakon dan penyanyi daripada program realiti serta golongan korporat kerana kepakarannya memulihkan masalah lemah tenaga batin.

TERIMA TEMPAHAN...Lia menerima panggilan telefon daripada  pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.
TERIMA TEMPAHAN...Lia menerima panggilan telefon daripada pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.
Tidak hairanlah wanita tukang urut ini mendakwa pernah melakukan urutan batin terhadap lebih 1,000 pelanggan lelaki yang kemaruk teknik urutan istimewa ditawarkannya.


Wanita ini bukan calang-calang tukang urut kerana mendakwa mempunyai kepakaran khusus bagi menambah kekuatan syahwat lelaki berikutan ilmu dipelajari melalui beberapa `guru’ berpengalaman.


Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lia, 43, mendakwa langsung tidak berasa jijik terhadap kerja dilakukan dengan alasan tugasnya hanya untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin.


Lebih mengejutkan, apabila suaminya yang bekerja di sebuah badan berkanun langsung tidak mengetahui aktiviti dilakukan kerana menyangka wanita terbabit sekadar bekerja sebagai bidan serta tukang urut wanita baru bersalin.


Lia berkata, kerjayanya sebagai tukang urut bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas diajak bekerja oleh rakannya di sebuah pusat urutan di Pandan Jaya, Ampang.


Menurutnya, dia yang ketika itu masih muda dan naif tertarik dengan pekerjaan itu selepas ditawarkan pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.


“Saya mulanya menyangka ia sekadar urutan tradisional biasa, namun terkejut apabila pemilik pusat urutan tradisional terbabit memberitahu saya perlu melakukan urutan batin bagi mendapatkan lebih komisen.


“Walaupun kekok dan malu, selepas diajar serta diberikan `kelas’ bimbingan oleh beberapa pekerja senior, saya mulai biasa dengan tugas itu,” katanya selepas dipujuk wartawan menceritakan pengalaman kerjayanya.


Menurutnya, bagi setiap bayaran urutan batin dilakukan, pelanggan membayar tambahan RM50 selain kos urutan RM60.


“Daripada bayaran RM50 bagi urutan batin, saya menerima komisen RM20 manakala baki RM30 lagi diambil tauke.

“Ada kalanya ada pelanggan lelaki datang bukan untuk mengurut badan, namun semata-mata untuk merasai urutan batin hingga sanggup membayar sekali ganda harga perkhidmatan ditetapkan,” katanya.


Namun, selepas bekerja selama lima tahun, dia berasakan kerjayanya seolah-olah dikongkong, apatah lagi dengan gaji yang masih di takuk lama selain keuntungan diperoleh hasil komisen `dirembat’ tauke.


“Atas nasihat rakan saya berpindah dari satu rumah urut ke rumah urut lain sebelum akhirnya mengambil keputusan bergiat secara solo berikutan sudah mempunyai ratusan pelanggan tetap yang hanya perlu menghubungi saya melalui telefon.


“Saya akan dihubungi melalui telefon bimbit untuk tempahan sama di bilik hotel, pangsapuri atau di pusat urut milik rakan di Greenwood, Gombak,” katanya.


Menurutnya, dia hanya menawarkan urutan badan dan batin tanpa membabitkan hubungan seks.


“Bukan tiada pelanggan sanggup membayar lebih jika saya bersetuju melakukan aksi ranjang, namun saya menolak dengan baik kerana tidak mahu merosakkan profesion dan dilabelkan pelacur.


“Saya masih ada maruah dan hanya melakukan tugas mengurut tubuh terutama bahagian saraf tertentu pada kemaluan lelaki yang mampu memulihkan keinginan syahwat `lembik’ selain mengembalikan kejantanan,” katanya.


Menurutnya, ada antara artis lelaki yang datang berurut dengannya mengalami masalah `mati pucuk’ ketika usia muda kerana terlalu kerap melakukan onani atau terbabit seks bebas sejak usia belasan tahun.


“Selepas tiga hingga lima kali menjalani rawatan, kebanyakan mereka mampu pulih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan khidmat saya,” katanya sambil sibuk mengangkat panggilan telefon daripada pelanggan.


Lia berkata, ramai masyarakat tersalah anggap kerana menyangka kerjayanya tidak ubah seperti `pelacur’ berikutan sanggup memegang kemaluan lelaki untuk melakukan urutan batin.


“Semua yang saya lakukan (urutan batin) bukan ‘semberono’ kerana ia dilakukan mengikut langkah demi langkah dimulai dengan urutan pada bahagian perut, paha, pinggang dan bahagian bawah pusat menggunakan minyak urut khas.


“Ia diikuti urutan pada bahagian pangkal kemaluan yang dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan urat darah yang tersimpul kembali lancar,” katanya.


Menurutnya, dia mampu memperoleh sehingga RM100 bagi pelanggan biasa dan RM200 bagi pelanggan istimewa terutama di kalangan selebriti. Adakalanya dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan hasil kerja itu.


Ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun cukup berahsia dan enggan mendedahkan identiti pelanggan di kalangan artis yang pernah mendapatkan khidmat urutan batin dengannya kerana berpegang kepada janji dan prinsip.


“Jika saya sebut nama artis berkenaan, pasti satu Malaysia mengenalinya, namun saya sudah berjanji merahsiakan nama mereka atas dasar bisnes,” katanya.




Ugut janda, gian dadah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Firdaus Ibrahim dan Shanty Nur Shafizan Shafee
am@hmetro.com.my
2010/04/07

KUALA LUMPUR: Seorang vokalis kumpulan rock terkemuka tanah air yang popular pada era 90-an ditahan kerana disyaki mengugut bekas isteri, selain didapati positif dadah, semalam.

TAHAN...vokalis kumpulan rock (dalam butalan) dibawa ke Balai Polis  Sentul untuk siasatan, semalam.
TAHAN...vokalis kumpulan rock (dalam butalan) dibawa ke Balai Polis Sentul untuk siasatan, semalam.
Penyanyi popular berusia awal 40-an itu, pernah ditahan kerana kes dadah sebelum ini diberkas polis kira jam 5 petang ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan terhadap bekas isterinya.


Difahamkan, selepas menerima laporan daripada bekas isteri penyanyi itu yang juga penerbit dan pengarah drama, seminggu lalu, polis gagal menjejakinya sehingga dia berjaya dihubunginya semalam.


Sebaik dihubungi kira-kira jam 2 petang semalam, penyanyi popular terbabit diarahkan tampil ke IPD Sentul untuk memberikan keterangan sebelum ditahan.


Menurut sumber, ketika hadir di IPD Sentul, pegawai penyiasat kes berkenaan tidak berpuas hati dengan kelakuan penyanyi terbabit yang disyaki berada dalam keadaan khayal diarah melakukan ujian saringan air kencing.


“Selepas mendapati ujian dadah terhadapnya positif, penyanyi itu ditahan atas kesalahan terbabit, selain bagi membantu kes ugutan terhadap isterinya,” katanya.



Sumber berkata, penyanyi itu dikatakan menghubungi dan mengugut bekas isterinya kerana didakwa menuntut perceraian ketika dia ditimpa musibah.


“Ini menyebabkan penyanyi popular berkenaan seolah-olah berdendam dengan bekas isterinya selain ‘besar kepala’ selepas dianugerahkan darjah kebesaran, baru-baru ini,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Difahamkan, penyanyi itu dibawa ke mahkamah Jalan Duta hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kedua-dua kes terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan penyanyi itu, namun enggan mengulas lanjut.




Ameng Spring ditahan


AMENG Spring (tengah) ditahan untuk membantu siasatan selepas memberi keterangan mengenai kes ugut terhadap bekas isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap bekas isterinya.

Bekas vokalis kumpulan Spring itu yang popular dengan lagu Sampai Hati pada era 90-an ditahan pukul 3 petang selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul.




Badrul Muhayat didakwa pukul isteri


Julia, Badrul Muhayat


AMPANG JAYA - Pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani semalam menarik perhatian mahkamah apabila memberi ucapan salam kepada majistret sebelum merayu untuk meminta dikurangkan wang jaminan daripada RM3,000 kepada RM500.

Alasan yang diberi pelakon berusia 42 tahun itu kepada Majistret Wan Karimah Wan Md. Ab. Ghani ialah dia bekerja bebas dan bayaran yang sepatutnya diterima akan dibekukan ekoran kesnya itu telah disiarkan akhbar.

"Assalamualaikum, salam sejahtera, saya minta kurang jaminan, saya kerja bebas, bila dah tersiar kes di surat khabar, bayaran kerja saya akan dibekukan," rayunya.




Stor kondo jadi makmal dadah


MUHAMMAD SABTU menunjukkan sebahagian kelengkapan memproses dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas lebih sebulan menyiasat, polis akhirnya mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Khaireyll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, 31, atas kesalahan terlibat dengan dadah.

Ini berikutan pelakon tersebut sendiri telah menunjukkan makmal rahsianya selepas disoal siasat polis.

Maklumat tersebut diperoleh selepas siasatan lanjut dijalankan sebaik dia ditangkap semula di pekarangan Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pelakon terbabit telah menunjukkan sendiri peralatan makmal untuk proses syabu yang disembunyikan di dalam stor di tingkat 10 sebuah kondominium di Kepong.




Benjy umpama 'saintis'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Gaddafi Musli
am@hmetro.com.my
2010/04/07

KUALA LUMPUR: Polis semalam menyifatkan pelakon terkenal, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sebelum ini, tidak ubah seperti ‘saintis’ berikutan penemuan peralatan makmal lengkap untuk menghasilkan syabu dalam jumlah yang besar.

BUKTI KUKUH...Mohammad Sabtu (tengah) menunjukkan peralatan makmal  membuat syabu disyaki  dimiliki  Benjy.
BUKTI KUKUH...Mohammad Sabtu (tengah) menunjukkan peralatan makmal membuat syabu disyaki dimiliki Benjy.
Lebih mengejutkan apabila Benjy didakwa mendapat ilham untuk menghasilkan resipi syabu melalui rujukan di laman web sebelum maklumat itu dipindahkan ke dalam pemacu storan mini (pen drive).


Difahamkan, maklumat menghasilkan syabu dalam pen drive itu boleh dijadikan buku setebal lebih 300 muka surat.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, berkata pendedahan terbaru penemuan peralatan makmal dadah milik Benjy terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap ketelusan polis dalam menyiasat kes membabitkan artis popular itu.


Menurutnya, polis menahan semula Benjy pada jam 2.25 petang pada 25 Mac lalu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, sejurus dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana memiliki dadah seberat 0.24 gram.


“Dia ditahan semula mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) LLPK 1985 kerana dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya.




“Ketika dia ditahan dan disoal siasat semula, polis yang berpandukan maklumat diberikan Benjy melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium di Segambut bagi mengesan bahan bukti lain yang mengaitkannya dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah,” katanya.


Menurutnya, pada kira-kira jam 3 petang 31 Mac lalu, polis ditunjukkan sebuah stor elektrik di tingkat 10 kondominium itu yang dipercayai digunakannya untuk menyimpan semua peralatan terbabit.


“Hasil pemeriksaan, dia menyembunyikan peralatan membuat dadah berkenaan dalam dua kotak besar bersama beberapa botol bahan kimia.

Dalam kes ini, Benjy sendiri yang menunjukkan lokasi peralatan dan bahan kimia itu disembunyikan.


“Dia mungkin amat berhati-hati dan bimbang jika peralatan itu ditemui di rumahnya di tingkat enam kondominium itu,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini, semalam.


Menurutnya, anggota unit forensik polis turut diminta membantu menimbulkan kesan cap jari pada peralatan makmal dadah yang ditemui serta menganalisis bahan kimia dan sisa yang terdapat pada beberapa peralatan itu bagi memastikan ia digunakan suspek untuk memproses syabu.

“Pada masa sama, polis merampas satu ‘pen drive’ milik suspek yang mengandungi bahan dan video mengenai kaedah membuat syabu. Hasil siasatan mendapati ‘pen drive’ terbabit mempunyai 11 artikel termasuk gambar berhubung kaedah serta alatan digunakan untuk memproses dadah.


“Kita percaya dia baru cuba untuk mendalami ilmu menghasilkan dadah itu sejak enam bulan lalu. Maklumat yang dipercayai diambil melalui Internet itu amat lengkap dan berbahaya berikutan ia boleh dijadikan rujukan untuk menghasilkan syabu,” katanya.


Antara peralatan lain ditemui ialah puluhan balang tabung uji, alat penimbang elektronik, lesung batu, tiub getah, penyedut minuman dan pelbagai kimia cecair termasuk ethanol dan bendosen.


Mohammad Sabtu berkata, Benjy masih ditahan mengikut LLPK selama 60 hari bermula 23 Mac lalu bagi siasatan lanjut.


“Kami (polis) akan memajukan laporan berhubung kes ini kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan terpulang kepada kementerian untuk membuat keputusan. Ada kemungkinan suspek boleh dikenakan tindakan tahanan selama dua tahun di pusat pemulihan akhlak sama ada di Muar atau Simpang Renggam, Johor.


“Apa yang ingin saya tekankan polis menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang. Ini bukan perbuatan khianat dan polis tidak memperdaya sesiapa,” tegasnya.


Menurutnya, masyarakat perlu faham tanggungjawab polis walaupun ada spekulasi mendakwa pasukan itu tidak menangani kes berkenaan dengan baik.


“Hari ini, kami bersedia untuk menunjukkan semua bukti yang ditemui dan suspek sendiri sudah disahkan positif oleh Jabatan Patologi mengambil syabu. Semua bukti ini diharap dapat mematikan tohmahan terhadap polis,” katanya.


Mohammad Sabtu yakin penangkapan suspek menyekatnya daripada terus memproses dan mengedarkan syabu di sekitar Lembah Klang.


Dua tuduhan

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
2010/04/07

AMPANG: Pelakon dan model popular era 90-an, Badrul Muhayat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua tuduhan mencederakan isterinya, Julia Daud, 28, dua minggu lalu.

TERTUDUH...Badrul tak mengaku cederakan isteri.
TERTUDUH...Badrul tak mengaku cederakan isteri.
Pelakon itu atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.


Mengikut pertuduhan pertama, Badrul yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T berwarna merah dan berseluar pendek bawah lutut didakwa mencederakan Julia dengan menumbuknya di muka dan menendangnya di perut.


Manakala bagi pertuduhan kedua, pelakon yang popular dengan filem Harry Boy dan Azizah The Legend itu didakwa memukul isterinya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki.


Kedua-dua kesalahan itu di lakukan di Lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, Hulu Langat, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi pada 24 Mac 2010.


Bagi kedua-dua pertuduhan itu Badrul didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Mahkamah menetapkan 13 Mei untuk sebutan lantik peguam.


Akhbar sebelum ini melaporkan Badrul Muhayat, yang diburu selepas dikatakan menghilangkan diri apabila isterinya membuat aduan polis mendakwa dibelasah dan dicederakan, ditahan di sebuah restoran di Taman Nirwana, dekat sini, dua minggu lalu.




Zizie masih berahsia perihal kehamilan

Dramatis popular, Zizie Ezzete, yang kini hidup bahagia bersama suami tercinta yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, nampaknya masih mahu berteka-teki tentang desas-desus kehamilannya.

Zizie ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu, bagaimanapun tidak pula menafikan tentang perkara itu.

Namun, daripada reaksi jawapan yang diberi, Zizie seolah-olah masih belum sedia untuk menghebahkan perkara yang baik itu.

“Saya tak nak komen tentang perkara ini dan saya menyerahkan segala kemungkinan dan rezeki itu kepada ketentuan Tuhan,” kata Zizie yang ketika itu turut ditemani Bung Mokthar.

Tampil dengan pakaian sedondon berwarna merah jambu, kehadiran pasangan ini buat julung kalinya di majlis hiburan tanah air ternyata mencuri tumpuan ramai pihak.

Ditanya mengenai kehidupannya sekarang, anak kepada pelakon Kathy Fauziah ini memberitahu, kini dia lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Buat masa sekarang, saya lebih suka menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangga dan menjalani kehidupan sehari-harian seperti biasa bersama suami tersayang.

“Tetapi, saya akur bahawa berasa gian untuk berlakon kembali itu kian menebal dan selepas ini saya akan kembali meneruskan karier saya kerana bagi saya bidang lakonan ini tidak akan berhenti separuh jalan,” katanya yang hampir empat bulan mendirikan rumah tangga bersama Bung Mokhtar.



Tidak kisah gambar mesra bersama Bung tersebar

Mengulas mengenai gambar-gambarnya bersama suami di sebuah kelab malam yang tersebar luas di Internet, sambil tersenyum Zizie berkata, dia tidak mahu mengambil pusing tentang perkara itu walaupun menyedari ada kata-kata sinis yang dilemparkan padanya.

“Bagi saya, ia adalah kehidupan saya dan saya tidak berasa bersalah selagi mana tidak melanggar batas.

“Selagi saya tidak mengganggu kehidupan orang lain, tidak menyimpan dendam, tidak mengata dan tidak mengacau kehidupan mereka, selagi itu saya tidak akan ambil pusing terhadap semua itu,” tegasnya.

Zizie berkata, meskipun ada segelintir pihak tidak menyenangi tindak-tanduknya, namun dia percaya masih ada peminat di luar sana yang sentiasa menyokongnya.

“Dengan sokongan daripada peminat, saya masih berada di sini malah, peminat telah menjadikan saya rasa diterima dan disenangi. Sekarang, saya rasa bersyukur kerana semuanya telah selesai dan saya tidak lagi rasa takut pada sesiapapun,” katanya yang pernah membintangi drama Suraya sebelum berehat seketika dari bidang lakonan.




Ameng dakwa ada pistol

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
2010/04/08

KUALA LUMPUR: “Saya tak sangka pesanan supaya menghentikan ‘SMS berlagak’ menyebabkan dia naik berang dan mengugut mahu mencederakan saya serta suami,” kata penerbit dan pengarah drama, A Aida berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Spring, Ameng.

Aida atau nama sebenarnya, Zuraidah Awang, 39, berkata bekas suaminya itu kerap menghantar SMS mendakwa kononnya dia bakal menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dan mempunyai wang jutaan ringgit serta sanggup memberikan sebahagian wang itu kepadanya.


Bagaimanapun, Aida yang tidak tahan dengan gangguan SMS itu membalas pesanan teks itu kepada Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 41, dengan meminta penyanyi itu tidak mengganggunya lagi. “Saya minta dia jangan ganggu saya dan segera berhenti menghantar SMS sebab saya sudah meluat.


“Suami saya juga turut menghubungi dia (Ameng) meminta dia tidak berterusan mengganggu, namun sebaliknya dia berang dan mula memaki-hamun suami saya dengan kata-kata kesat,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Aida berkata, bekas suaminya itu turut mengancam keselamatan dirinya dan suami dengan mendakwa kononnya dia mempunyai sepucuk pistol. “Pada mulanya dia bercakap lembut dengan suami saya, malah menceritakan keburukan saya. Dia turut mendakwa saya sering menghantar SMS kepadanya tapi suami tidak mempercayainya dan menasihatkan dia menghentikan tindakan membuang masa itu,” katanya. Aida bagaimanapun menafikan laporan polis yang dibuat itu mempunyai kaitan dengan hak penjagaan anak, sebaliknya lebih kepada ugutan diterima.


“Tiada kaitan langsung dengan hak penjagaan anak kerana bekas suami memang tidak ada hak ke atas mereka selepas berlaku kes dera, malah pihak mahkamah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memutuskan hak itu kepada saya,” katanya.




Mengenai keadaan Ameng yang didapati positif dadah selepas ditahan polis, Aida enggan memberikan sebarang komen.


“Saya serah perkara itu kepada polis dan tak mahu ambil tahu berhubung penahanan dia. Sekarang saya rasa lebih selamat dan tenang,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan seorang vokalis kumpulan rock terkemuka tanah air yang popular pada era 90-an ditahan kerana disyaki mengugut bekas isteri, selain didapati positif dadah Penyanyi `rock kapak’ yang sebelum ini pernah ditahan kerana kes dadah, diberkas polis kira-kira jam 5 petang kelmarin ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan terhadap bekas isterinya.




HIBURAN

Tidak salah bawa suami - Zizie



SEJAK bernikah sekitar Disember tahun lalu, pelakon jelita Zizie Ezette tidak pernah muncul dalam mana-mana majlis hiburan, malahan, dia seolah-olah mahu mengelak untuk hadir ke majlis yang menjadi tumpuan media.

Bagaimanapun, kemunculan Zizie bersama suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Pertama, terkejut kerana penampilan seksi Zizie dan kedua, tertanya-tanya dalam pada Zizie yang selama ini cuba bersembunyi, kini dia secara terang-terangan pula menayangkan suaminya kepada khalayak.

Katanya yang dihubungi sehari selepas majlis berlangsung, dia tidak pernah berasa takut untuk membawa suaminya ke mana-mana termasuklah ke majlis bertaraf nasional.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak nampak kenapa saya perlu bimbang untuk membawa suami saya ke mana sahaja, kami sudah sah sebagai suami isteri.

"Walaupun itu kali pertama saya berjumpa peminat selepas berkahwin, saya amat terharu kerana mereka masih memberi sokongan. Nampaknya, seperti tiada yang berubah, malah, mereka siap jerit tahniah dan selamat pengantin baru kepada saya, begitu juga dengan teman-teman artis," ujarnya.

Ditebak pertanyaan, dengan statusnya sebagai isteri kedua tidakkah dia bimbang kehadiran mereka pada majlis tersebut akan mengguris perasaan isteri pertama Bung. Zizie bagaimanapun tidak melihat perkara tersebut sebagai satu masalah.


SAYANG. Inilah antara gambar pertama Zizie dan Bung yang tersebar di Internet selepas mereka sah bernikah.

"Kami tidak berbincang dan saya juga tidak memaksanya supaya ikut saya, semuanya berlaku secara semulajadi. Kalau dia rasa sesuatu majlis itu tidak patut dihadiri, dia tidak akan datang, Maknanya, dia okey dan tidak ada masalah di pihaknya.

"Sebagai ketua keluarga, suami saya tahu mana yang baik dan buruk. Dia juga datang dengan rela hati. Jadi sebab itu, kami muncul pada majlis tersebut," katanya.

Tambah pelakon gebu berusia 32 tahun itu lagi, meskipun suaminya seorang ahli politik tetapi dia tidak pernah menghalang Zizie untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Malah, suaminya memberi sokongan yang penuh dan akan hadir pada majlis-majlis hiburan yang akan datang.

"Suami saya menyokong kerjaya saya sebagai pelakon. Jika dia ada masa lapang, saya akan membawanya ke mana-mana majlis hiburan selepas ini. Saya tidak melihat bawa suami ke mana sahaja saya pergi sebagai satu kesalahan," ulasnya lagi.

Ditanya pula, apa pendapat Bung apabila menghadiri majlis hiburan berskala besar buat kali pertama, Zizie dalam nada serius menjawab: "Suami saya berminat dalam industri seni dan sebagai seorang ahli parlimen dia mengambil berat akan industri seni dan industri yang lain juga. Dia mengatakan ingin memartabatkan dunia seni tempatan ke tempat yang lebih tinggi."

Imej seksi

Mengalih bicara tentang penampilan seksi Zizie yang mengenakan gaun pendek pada majlis anugerah tersebut, Zizie yang sememangnya cukup sinonim dengan imej seksi sebelum ini mengakui dia telah melakukan satu kesilapan.


ZIZIE sudah bersedia menimang cahaya mata jika diberi rezeki oleh Tuhan.

Sedar statusnya sebagai isteri, Zizie tahu banyak mata yang memandang dan banyak mulut yang akan mengata dek penampilan sulungnya selepas bergelar isteri.

"Saya tahu semua itu dan saya sendiri telah ditegur suami supaya tidak memakai pakaian seperti itu lagi. Itu baju yang ditaja dan saya sesekali tidak menyalahkan pereka fesyen itu.

"Semua salah saya kerana asyik sibuk sehingga terlewat menghadiri sesi ukur baju. Akibatnya gaun yang sepatutnya berada di paras lutut sudah berubah ke paras paha pula," ungkapnya.

Luah Zizie lagi, meskipun dia selesa dengan imej seksi semasa zaman anak dara kini, dia mahu melakukan perubahan terhadap imejnya secara perlahan-lahan.

"Niat di hati, saya sudah tidak mahu berpakaian seksi. Saya tidak cakap akan berubah sekelip mata atau secara drastik. Saya mahu perubahan itu berlaku perlahan-lahan.

"Saya tetap menjadi diri saya. Saya tidak berani cakap yang saya akan berubah secara drastik, cuma tidak seksi seperti dulu. Itulah, kadangkala kalau saya pakai baju kurung pun orang kata seksi. Seksi itu subjektif. Insya-Allah saya akan berubah langkah demi langkah ke arah itu," tuturnya.

Jual kain

Selepas bergelar isteri kepada Bung, Zizie berehat sementara daripada dunia lakonan. Tawaran yang datang kepadanya juga semakin berkurangan.

Bukan sudah tidak laku atau mahu bersara. Menurut Zizie, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga dan tugas sebagai seorang isteri sebelum kembali berlakon seperti biasa.

"Buat masa ini memang kurang orang panggil saya berlakon, mungkin mereka faham saya baru lepas berkahwin dan ingin beri tumpuan pada keluarga.

"Secara jujur saya memang tidak mahu berhenti berlakon kerana itu kerjaya saya. Tetapi saya baru sahaja berkahwin jadi banyak perkara yang harus saya pelajari soal mengurus rumah tangga.

"Saya tidak boleh fikir diri saya sahaja sekarang ini, saya bimbang jika sibuk berlakon, tidak secara langsung akan mengabaikan rumah tangga. Apabila saya sudah pandai mengurus rumah tangga kelak, baru saya akan berlakon balik," tuturnya yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa.


PERTAMA kali. Kemunculan Zizie bersama suaminya, Bung untuk majlis hiburan meraih perhatian ramai.


Akuinya yang semakin bahagia dengan kehidupan baru, masa lapang yang ada sekarang diisi dengan agenda mengembangkan perniagaannya.

"Saya suka menjual kain tetapi bila ada teman yang mengajak saya untuk New York, Amerika Syarikat pada 21 April depan untuk meninjau pasaran saya ikutlah.

"Mana tahu rezeki saya untuk berniaga. Kalau jadi saya akan jual baju jenama di Internet, sesuailah dengan saya yang suka melaram," katanya sambil tertawa.

Sebelum mengakhiri perbualan, Zizie menjelaskan meskipun dia bergelar isteri kepada seorang ahli politik, status tersebut tidak pernah membebankannya.

"Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan suami yang mendorong dan membimbing saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Dia banyak memberi nasihat. Saya bahagia dengan perkahwinan saya," ucap Zizie yang telah bersedia untuk bergelar ibu




Biar peminat menilai

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
2010/04/11

KUALA LUMPUR: “Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

pix_middle

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.


Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.


Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.


Episod ‘bidas membidas’ Fasha dengan Nora bermula dari Ahad hingga Rabu lalu sebelum Nora dikatakan menghentikan mesej yang ada kaitan dengan Fasha.

Begitupun, berdasarkan mesej kepada rakan menggunakan medium sama, Fasha menyifatkan ‘perbalahan’ berkenaan sesuatu yang melucukan kerana dia tiada masa untuk bergaduh, apatah lagi dalam keadaan dia kini gembira.


Mengenai isu di ‘boo’ penonton, Fasha berkata, ia tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya.


Katanya, dia tetap bersyukur kerana masih dicalonkan untuk Top 5 ABPBH 2009 kategori Artis Wanita Baru Popular dan Pelakon Drama TV Wanita Popular yang membuktikan dia masih ada pengikut.


“Saya tidak kecewa kerana hanya sebahagian kecil penonton berbuat begitu. Lagipun, ia bukan isu besar dan terlalu remeh untuk diperkatakan.


“Tidak timbul isu tak laku atau populariti jatuh sebab hingga kini saya masih sibuk dengan tawaran berlakon selain terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Dia Atilla sebanyak 26 episod untuk Astro Prima, drama Duyung (20 episod) untuk slot Lagenda TV3 dan Cuci The Series (13 episod) di TV2.


Menurutnya, dia berterima kasih kepada keluarga, teman rapat dan peminat yang tidak putus-putus memberi semangat serta dorongan untuk terus bergiat aktif dalam industri seni.


“Masih ada yang sayang walaupun ada yang membenci,” katanya.

Ketika ditanya adakah ‘insiden’ itu berlaku kerana pelbagai kontroversi seperti dituduh sebagai perampas suami orang selain dilabel sebagai perosak rumah tangga yang menimpanya, Fasha tidak pasti, namun menyifatkan isu itu sudah basi, apatah lagi sehingga hari ini masih belum terbukti kesahihan fitnah yang dilemparkan.


“Peminat juga sudah pandai menilai. Apapun, kejadian itu tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. Ia adalah sebahagian daripada asam garam dalam industri hiburan kita,” katanya.


Sementara itu penyanyi dan pelakon, Mawi, 29, yang turut di ‘boo’ pada anugerah berkenaan menyifatkan kejadian itu adalah sesuatu yang di luar jangkaannya, namun melihat ia daripada sudut positif.


“Saya sedar kehidupan artis tidak selalu berada di atas,” katanya.




Artis popular sudah kahwin jadi pelanggan



2010/04/11

KUALA LUMPUR: “Saya pernah dihubungi seorang lelaki yang meminta saya datang ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Apabila tiba di hotel, saya tidak menyangka pelanggan saya malam itu seorang artis popular yang sudah berkahwin.

Jimmy, 25, yang bekerja sepenuh masa di sebuah pusat urut di sini berkata, peluang bertemu artis itu diperoleh ketika dia melakukan kerja luar.


Katanya, tukang urut lelaki sepertinya turut menerima tempahan pelanggan di luar, terutama hotel, bagi menambah pendapatan.


“Lelaki yang menghubungi saya adalah pembantu peribadi artis terbabit dan dia mengatur segala-galanya. Sungguh mengejutkan apabila artis itu meminta khidmat ekstra untuk memuaskan nafsunya.


“Alasannya dia penat selepas seharian bekerja. Selepas selesai, saya cuba menghubunginya sekali lagi untuk mendapatkan maklum balas atau perkhidmatan susulan, tetapi nombor itu tidak berjawab,” katanya yang turut mengakui pernah mengurut seorang lagi artis lelaki.

Jimmy berkata, dia kerap bertugas di luar, terutama hotel, kerana pelanggan mahu menjaga status selain memiliki wang.


“Tidak dinafikan, golongan berada dan artis terbabit dalam kancah seperti ini. Kebanyakan mereka sudah berumah tangga dan memiliki anak serta isteri, namun punya kecenderungan ke arah seks sama jenis.


“Justeru bagi mengelak rahsia terbongkar sekali gus memenuhi kehendak nafsu songsang, mereka lebih gemar melanggan tukang urut yang terus dibawa ke hotel. Yang boleh saya katakan, khidmat yang saya buat memberi pulangan lumayan,” katanya.


Menurut Jimmy, tukang urut gay sepertinya rela memenuhi apa saja kehendak pelanggan asalkan bayaran diberi setimpal.


“Setakat ‘king massage’, urut badan ke badan dan urut tanpa seurat benang sehingga urut menggunakan lidah, saya biasa melakukannya.


“Beberapa rakan di pusat urut gay lain juga buat benda sama untuk menambah pendapatan. Selain mendapat gaji bulanan, kami diberi bayaran tambahan daripada pelanggan yang inginkan perkhidmatan ekstra itu,” katanya



Anne di ambang perpisahan

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/04/20

KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.

Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.


“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.


Pengesahan lafaz cerai Radhi OAG 18 Mei



2010/04/20

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 18 Mei ini untuk keputusan pengesahan lafaz cerai talak tiga melalui telefon didakwa dilakukan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali yang mengaku ada menghantar SMS kepada isterinya, Shazlin Sharif pada hujung Februari 2009.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam kedua-dua pihak sudah memfailkan hujahan bertulis di mahkamah. Shazlin, 30, selaku plaintif dan Radhi, 30, sebagai defendan memfailkan hujah bertulis kepada mahkamah berhubung lafaz cerai didakwa berlaku pada 25 Februari 2009.


Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar tidak hadir manakala Radhi dan wakil peguamnya, Wan Rosmawati Wan Ali hadir.


Bagaimanapun, Radhi yang hadir kira-kira 10 minit sebelum prosiding bermula diberitahu oleh peguamnya melalui panggilan telefon bahawa dia tidak perlu hadir berikutan prosiding semalam adalah untuk memfailkan hujahan bertulis saja.


Dia yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok memaklumkan kepada wartawan bahawa dia sengaja hadir semalam untuk mengikuti prosiding kes itu.