Saturday, January 30, 2010

BAGAIMANA PEMINAT HINDUSTAN


HIBURAN

Angkara gila arak


MAHAL benar harga ketagihan alkohol seorang Salman Khan. Sikapnya yang memang gemar minum arak telah menyebabkan pihak produksi filem Veer perlu menampung sekitar 60 lakhs rupee (RM450,000) hanya untuk tabiat minumnya.

Tapi sebenarnya harga tersebut bukanlah untuk memberi bekalan alkohol kepada Salman. Sebaliknya ia merupakan jumlah yang ditanggung bagi memperbaiki wajah hero tersebut secara digital.

Salman dikatakan telah kurang berpesta serta mabuk, namun impak daripada tabiat yang lalu telah menyebabkan dia mempunyai lingkaran hitam di bawah mata dan wajahnya kurang segar.

Pihak produksi justeru, menggunakan teknik digital yang mahal untuk membuatkan wajah hero tampan itu tampak sempurna kembali.

MANUSIA TERUS CELARU SUDAH TAK KISAH BURUK BAIK LAGI


DUNIA

Bintang lucah pohon jawatan pelacur lelaki

GAMBAR menunjukkan papan tanda rumah pelacuran Shady Lady Ranch yang terletak 240 kilometer dari Las Vegas. Gambar kecil: Bobbi Davies.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Rumah pelacuran Shady Lady Ranch di Nevada menerima ratusan permohonan termasuk daripada sejumlah teman sosial lelaki dan bintang filem lucah yang memohon untuk menjadi pelacur lelaki di premis berkenaan.

Namun, pemilik rumah pelacuran itu yang merupakan pasangan suami isteri, Jim dan Bobbi Davis menyatakan, mereka mahukan muka baru yang bukan sahaja hebat di ranjang tetapi berperwatakan menarik serta pandai mengambil hati wanita.

Rumah pelacuran Shady Lady Ranch yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini mengiklankan jawatan pelacur lelaki di laman webnya baru-baru ini setelah diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen pelacuran.

Setakat ini, rumah pelacuran itu yang telah beroperasi sejak 17 tahun lalu mengupah kira-kira empat pelacur wanita.

"Namun, isteri saya mahu mencuba sesuatu yang baru (pelacur lelaki)," kata Jim, seorang arkitek bersara berumur 78 tahun.

"Kami tidak pasti sama ada rancangan ini akan berjaya tetapi ia pasti menyeronokkan," tambahnya.

Nevada merupakan negeri di AS yang membenarkan industri pelacuran.

Isteri Jim, Bobby Davis, 55, berharap dia dapat mengupah dua pelacur lelaki menjelang hujung bulan ini tetapi menegaskan mereka akan hanya melayan pelanggan wanita dan bukan lelaki gay. - AF

CIPTA JUGA AGAR MANUSIA ROSAK


DUNIA

Robot seks wanita dijual RM23,642

HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AF

AWAS...SEBAIK2 PERLINDUNG ITU IALAH ALLAH SWT


NEGARA

Perogol kacak tumpas

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MELAKA - Berbekalkan rupa yang kacak dan kata-kata manis, seorang perogol bersiri dengan mudah memikat gadis yang menjadi sasarannya.

Modus operandi lelaki berusia lewat 20-an itu pula unik apabila dia menjadikan risalah iklan salon kecantikan untuk mencari mangsa yang terdiri daripada gadis-gadis jelita yang bekerja di situ.

Selepas memperolehi nombor telefon dan menemui mangsa, lelaki itu akan berpura-pura bertanya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di salon tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, selepas itu suspek sedaya-upaya cuba memujuk rayu mangsa untuk keluar bersamanya.

"Selepas berjaya memperdaya gadis berkenaan, lelaki itu akan membawa mangsanya ke kawasan sunyi, kemudian mengugut supaya menyerahkan barang berharga dengan menggunakan pisau dan seterusnya merogolnya.

"Sejak dua bulan lalu, suspek telah terlibat dalam 12 kes rogol dan samun iaitu sembilan di Melaka dan tiga di Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

BAGAIMANA SOLAT SUNNAT GERHANANYA


NEGARA

Ribuan teruja saksi gerhana matahari

ORANG ramai menggunakan penapis khas untuk menyaksikan gerhana bulan separa (gambar kecil) di Planeterium Negara, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Ribuan penduduk di negara ini teruja dengan fenomena gerhana matahari separa yang bermula tepat pada pukul 3.01 petang dan berakhir pada pukul 5.38 petang semalam yang direkodkan sebagai paling panjang pada abad ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Khairul Anuar Yazid berkata, di Malaysia, fenomena imej matahari dilindungi oleh bulan itu berlaku selama 2 jam 37 minit dan gerhana matahari separa pada tahap maksimum berlaku pada pukul 4.26 petang.

"Sementara itu, gerhana matahari penuh pula bermula di Afrika Tengah sebelum bergerak ke timur melalui Lautan Hindi, selatan India, Sri Lanka, Myanmar dan sebahagian selatan China," kata di sini semalam.

Orang ramai khususnya di ibu negara mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena tersebut di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara manakala di Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

CAMNE TAK MAHU JADIKAN IKTIBAR KE



Habuan seks teman lelaki
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUCHONG: Kebahagiaan dicari menerusi perkenalan singkat seorang gadis yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan Tapah, Perak, dengan seorang lelaki akhirnya bertukar ngeri apabila dia dirogol berulang kali lelaki itu.

Difahamkan, kejadian gadis itu dirogol lelaki durjana berusia 20-an itu bermula selepas dia melarikan diri mengikut kekasihnya itu ke Pandan Indah, dekat sini, November lalu. Menurut sumber polis, ketika di Pandan Indah gadis terbabit menetap bersama kekasihnya di bilik yang disewa kekasihnya itu. “Di bilik itu, lelaki berkenaan merogol gadis itu buat pertama kali tanpa kerelaan. Selepas kejadian pertama, gadis berusia 14 tahun itu berterusan menjadi habuan nafsu seks lelaki itu secara paksa. “Selepas kira-kira sebulan gadis itu menetap di Pandan Indah, keluarganya berjaya mengesannya sebelum membawanya balik ke kampung mereka di Bidor, Perak. “Bagaimanapun, hanya selepas tiga hari di Bidor, gadis itu dibawa lari lelaki itu tanpa pengetahuan keluarganya. Tetapi kali ini gadis terbabit dibawa ke Puchong Utama, Selangor,” katanya.


Sumber berkata, tidak tahan menjadi ‘alat’ pemuas nafsu lelaki itu, gadis terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong. Susulan laporan itu, polis melanjutkan kes berkenaan dengan membawa gadis itu ke Balai Polis Tapah sebelum mangsa menceritakan kejadian dia dirogol lelaki terbabit kepada ahli keluarganya di balai polis itu. “Siasatan awal mendapati pengadu masih bersekolah di Tapah, Perak dan bertindak keluar rumah sebelum mengikut teman lelakinya ke Pandan Indah, Ampang. “Ketika di bilik sewa teman lelakinya di Pandan Indah itu, mereka sudah beberapa kali melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, pengadu mendakwa hubungan itu dilakukan secara paksa,” katanya.



Selalu beramal, hindari maksiat


2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Makhluk halus boleh keluar dan masuk baik di rumah, masjid dan surau, malah dalam badan kita, kerana Nabi (Muhammad) s.a.w ada menegaskan syaitan dan iblis boleh masuk dalam pembuluh darah,” kata pengamal perubatan Islam Pusat Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), Jufry Shamsuddin.

Menurutnya, walaupun sesetengah tempat sudah ‘dipagar’ daripada kedatangan makhluk halus, tidak bermakna kawasan terbabit terselamat sepenuhnya sehingga penghuninya boleh bersenang-lenang kerana gangguan boleh datang berulang kali. “Lebih penting, kena selalu beramal dan menghindari maksiat kerana benda jahat seperti syaitan dan iblis sangat suka kepada maksiat. Unsur maksiat juga yang menyebabkan kadangkala gangguan datang berulang kali, walaupun kawasan itu sudah dipagar.


“Ada pula di kalangan yang terkena gangguan mendapatkan rawatan dari bomoh yang tidak menepati syariat sehingga memakai tangkal dan percaya kepada benda lain, bercampur aduk kepercayaannya terhadap Allah dengan perkara lain,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam mengenai gangguan makhluk halus di asrama Majlis Sukan Negara (MSN). Kira-kira 400 atlit dan jurulatih yang menginap di asrama terbabit dirasuk dan diusik ketika tidur, malah komputer dihidupkan sendiri pada tengah malam di asrama MSN Bukit Jalil di sini.

NASIB GAY....DILARANG...BUAT JUGAK





'Kekasih' songlap
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/01/30

KUALA LUMPUR: Hubungan manis yang dijalin di kamar tidur selepas berkenalan tidak sampai 24 jam akhirnya menjadi igauan buruk bagi seorang lelaki apabila diperdaya ‘kekasihnya’ itu sebelum dirompak lebih RM7,000.

Difahamkan, mangsa yang juga penuntut dari Timur Tengah menjadi mangsa permainan licik seorang suspek yang menyapu bersih semua barang berharga termasuk pasport milik mangsa ketika mangsa sedang tidur. Lebih malang apabila mangsa yang baru beberapa hari datang ke Malaysia tinggal sehelai sepinggang sehinggakan terpaksa mendapatkan bantuan pihak kedutaan untuk membolehkannya pulang ke negara asal. Sumber polis berkata, pelancong warga Iran berkenaan sebelum ini datang ke ibu negara untuk melancong pada awal Januari lalu sebelum menyewa bilik di hotel mewah di Jalan Putra. Menurutnya, mangsa yang bersiar-siar bersendirian di ibu kota berkenalan dengan seorang lelaki berperwatakan menarik serta tampan kira-kira jam 4 petang, Selasa lalu. “Difahamkan lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya di satu kafe siber sekitar Jalan Putra sebelum mangsa dan lelaki berkenaan menjalin hubungan lebih erat.


“Walaupun baru berkenalan tidak sampai 24 jam, mangsa yang juga seorang pelajar tidak teragak-agak mempelawa lelaki yang baru dikenalinya bermalam di bilik hotelnya. “Mangsa yang dipercayai ‘jatuh hati’ dengan teman barunya itu begitu percaya terhadap suspek hingga sanggup membenarkan lelaki tidak dikenali tinggal di bilik hotelnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. Menurutnya, rancangan licik suspek akhirnya terbongkar apabila mangsa tidak berhati-hati dengan meninggalkan barang berharga dalam bilik ketika mandi. “Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa yang keluar dari bilik air terkejut apabila mendapati rakan baiknya itu hilang bersama semua barang berharganya,” katanya. Menurutnya, penjenayah melarikan dua komputer riba, telefon bimbit, tiket kapal terbang ke Dubai dan wang yang dianggarkan keseluruhannya bernilai lebih RM7,500.


“Kejadian itu menyebabkan mangsa cemas dan cuba menjejaki teman lelakinya itu namun gagal. Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis selepas percaya diperdaya suspek yang berpura-pura ingin menjalin ‘hubungan istimewa’ dengannya,” katanya.


Difahamkan, kejadian penipuan melalui hubungan songsang di kalangan pelancong asing bukan pertama kali dilaporkan berlaku berikutan kes sama turut menimpa seorang pelancong United Kingdom yang turut dirompak kekasih gay.

BERGANDA2 HARAM DAN DITAMBAH SYIRIK LAGI




Syarat wajib ulit perut janda


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEPANG: Di kalangan tahi judi, dia dikenali sebagai bomoh puja nombor ekor atas pusat janda kerana setiap kaki ekor yang mahu mendapatkan khidmatnya perlu ‘mempersembahkan’ janda sebagai syarat wajib untuk pemujaan nombor yang biasanya dilangsungkan pada malam Jumaat.

Janda yang dibawa ‘ditaja’ kaki judi sama ada yang datang secara berkumpulan atau berseorangan bagi menjalani upacara pemujaan dalam sebuah bilik khas di rumah bomoh terbabit di Kampung Kelanang, Kuala Langat, dekat sini, yang dikesan menjalankan kegiatan khurafat sejak lebih sembilan tahun lalu.


Upacara pemujaan dimulakan dengan meminta janda terbabit berbaring di atas sejadah. Bahagian perut hingga ari-arinya kemudian dibuka sebelum bomoh terbabit mengurut dan mengulitnya menggunakan abu kertas rokok yang dibakar.


Urutan itu dilakukan kononnya untuk ‘menarik’ nombor ekor enam digit yang pasti ‘naik’ dalam cabutan nombor pertaruhan dan kaki judi dipanggil masuk ke bilik khas itu untuk melihat sendiri nombor berkenaan. Bagaimanapun, keasyikan bomoh terbabit mengulit pusat seorang janda untuk menurun nombor ekor terganggu apabila sepasukan 22 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama sembilan anggota polis dan tujuh pegawai Jabatan Imigresen Shah Alam, menyerbu pusat menurun nombor ekor terbabit, jam 11.30 malam kelmarin.


Wanita terbabit yang turut terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa segera bangkit dari sejadah lalu menutup perutnya dengan baju sambil menekup muka sebelum diarah keluar ke ruang tamu, manakala bomoh berusia 50-an yang mempunyai 12 anak berusia empat bulan hingga 30-an, disoal siasat penguat kuasa dalam bilik berkenaan.


Bomoh terbabit yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ditahan mengikut seksyen 4, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana didakwa terbabit dengan kegiatan pemujaan salah, tetapi dibebaskan dengan jaminan Jais.


Ketika disoal siasat, bomoh terbabit mendakwa tidak menyedari perbuatan memuja nombor ekor salah di sisi undang-undang selain memberi alasan melakukannya atas permintaan pelanggan.


Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, berkata operasi menahan bomoh dikenali sebagai ‘Wak’ itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai kegiatan pemujaan nombor ekor yang dilakukannya.


Apa yang menarik, katanya, mengikut amalan Wak, kaki nombor ekor hanya perlu membawa janda untuk dijadikan barang utama ketika proses pemujaan yang kononnya bagi mendapatkan hasil lumayan.


“Janda terbabit akan dibaringkan di atas sejadah sebelum pusat hingga pangkal ari-arinya diurut Wak, kononnya bagi menarik nombor enam digit.


“Urutan dilakukan dengan menggunakan abu kertas rokok yang dibakar yang dilumur pada pusat dan perut janda sambil mantera khas dibaca bomoh terbabit,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaaan di rumah bomoh urut pusat janda terbabit.


Operasi yang digerakkan jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian, turut mengambil maklumat daripada beberapa lelaki dan wanita berusia 25 hingga 50 tahun yang sedang menunggu giliran bertemu bomoh terbabit di ruang tamu.


Mereka diberikan notis supaya hadir di pejabat Jais bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemujaan dilakukan bomoh terbabit.


Shahrom berkata, dalam serbuan itu, Jais turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan nombor ekor termasuk keris, pedang, puluhan minyak atar dan sejadah selain senarai nombor enam digit yang dipercayai diberikan kepada pelanggan yang menggunakan khidmatnya.


Menurutnya, tiga rakan janda terbabit termasuk dua lelaki berusia 44 dan 72 tahun yang sedang menunggu giliran di luar bilik khas turut ditahan kerana bersubahat dengan kegiatan pemujaan terbabit.


“Kami percaya janda berkenaan dibawa lelaki berusia 44 tahun itu bagi tujuan pemujaan nombor ekor, manakala seorang lagi wanita yang dipercayai juga janda berusia 40-an pula dibawa lelaki 72 tahun yang juga bekas kakitangan kerajaan untuk tujuan sama,” katanya.


Shahrom berkata, upacara membabitkan janda hanya dilakukan pada malam Jumaat, kononnya kerana ia lebih mujarab bagi mendapatkan nombor yang mampu memberikan hasil lumayan Tanpa berselindung, Shahrom berkata bomoh yang hidup mewah di tengah ladang sawit itu hanya meminta tahi ekor mengagihkan wang dimenangi jika nombor yang diberikannya itu ‘naik’ (menang).


“Agak pelik kerana bomoh terbabit tidak mengenakan bayaran tertentu, sebaliknya hanya mengharapkan upah jika nombor yang dipujanya memenangai hadiah lumayan,” katanya.


Shahrom berkata, Jais meningkatkan jumlah anggota dalam serbuan di rumah bomoh terbabit kerana menjangka ramai kaki judi hadir pada malam Jumaat dengan membawa janda untuk dipersembahkan kepada bomoh terbabit.


Malah, katanya, Jais turut meminta bantuan jabatan imigresen selepas dimaklumkan bomoh terbabit juga menjadi tumpuan kaki nombor di kalangan warga asing dan penganut agama lain.


“Bomoh terbabit akan dihadapkan ke mahkamah syariah sebaik siasatan terhadap kegiatannya selesai, manakala janda dan tiga rakannya yang dipercayai bersubahat juga akan dipanggil ke ibu pejabat Jais bagi membantu siasatan sebelum tindakan susulan dilakukan,” katanya.

SYAITAN TIDAK MENGIRA MANGSA



Ustaz dicekup separuh bogel


Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.


Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).


Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.


Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.


Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.


Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.


Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.


Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.


Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.


“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.


Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. “Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.


Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Friday, January 29, 2010

SAYANGKAN SUAMI...SAMBUNGAN


NEGARA

Mati kerana hendak kurus

Oleh TURMADZI MADUN,
MUSTAPA LAKAWA dan ZANI SAMSU HADI
berita@kosmo.com.my

HASRAT Faridah menjalani rawatan sedut lemak seperti dalam gambar hiasan ini berakhir dengan nyawanya sendiri melayang.

KUALA LUMPUR - Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan.

Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.

Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.

Namun hanya 20 minit selepas dia menerima suntikan bius untuk pembedahan itu, Faridah dikatakan menggelupur sebelum meninggal dunia.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan beberapa orang kakitangan klinik cemas dan berlari keluar dari dewan bedah.

INSAFLAH


DUNIA

Kepala anak biri-biri mirip manusia

GAMBAR yang menjadi perbincangan di Internet menunjukkan seekor biri-biri memiliki wajah seperti manusia.

IZMIR - Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.

Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

"Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

"Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.

Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.

Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.

Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. - Agensi

DEMI CINTA SUAMI



NEGARA

Bius bukan punca maut

Oleh: NIZHA PERAISWMAY dan NOR SHAFAWATI YUP

Keratan Kosmo! semalam



KUALA LUMPUR - Kematian selepas menerima suntikan bius kerap dikaitkan dengan alahan tetapi boleh dielak jika mengikut kepakaran dan sokongan perubatan yang betul.

Menurut Pakar Perubatan Wellness Total, Dr. Alice Prethima (gambar), pemeriksaan perubatan secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas pesakit untuk mengesan alahan atau penyakit lain sebelum proses rawatan bermula.

"Biasanya pesakit yang mempunyai masalah alahan akan mengalami komplikasi selepas menerima rawatan.

"Maka pihak yang memberi rawatan perlu tahu keadaan pesakit melalui pemeriksaan sebelum melakukan pembedahan sebagai langkah keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang menimpa seorang ahli perniagaan wanita dari Paka, Terengganu yang meninggal dunia ketika membuat rawatan sedut lemak (liposuction) pada17 Disember tahun lepas.

MENCARI YANG SEMENTARA



RENCANA UTAMA

Kecantikan yang palsu

Wanita-wanita di Venezuela sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin mengubah bentuk payu dara supaya kelihatan lebih menawan.

WANITA Venezuela dikatakan cukup obses terhadap kecantikan tubuh dan penampilan.

PENCAPAIAN Venezuela yang sering memenangi mahkota Miss Universe bukanlah satu-satunya aspek yang menjadi lambang kebanggaan negara itu berhubung kecantikan wanita Latin. Malah, mereka juga mempunyai pilihan yang meluas terhadap pembedahan plastik.

Pembedahan mencantikkan tubuh badan menjadi perkara biasa di negara-negara Amerika Selatan. Sehinggakan ia muncul sebagai destinasi kegemaran rakyat asing untuk mendapatkan 'penampilan baru' pada harga yang lebih murah.

"Ada wanita yang datang dari Colombia, Amerika Syarikat (AS), Ecuador dan kepulauan Caribbean. Mereka menjalani pembedahan, kemudian menghabiskan beberapa hari untuk melancong," kata ketua sebuah syarikat subsiadiari silikon implan payu dara, Rosi Oyon.

Menafikan bahawa kecantikan mereka adalah semulajadi dan menjadi satu kemestian bagi pertandingan ratu cantik dunia, pakar bedah kosmetik tidak ragu-ragu lagi bahawa Fernandez mendapatkan sedikit bantuan.

Pembedahan implan

Peralihan mahkota Miss Universe daripada peserta Venezuela kepada pemenang gelaran sama pada tahun 2008, Dayana Mendoza dan terbaru, Stefania Fernandez, meletakkan sektor itu ke satu tahap baru.

Ia merupakan kali keenam penganugerahan mahkota Miss Universe kepada Venezuela dalam tempoh 59 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik itu. Malah, negara itu pernah memenanginya sebanyak dua kali berturut-turut.

Kemenangan tersebut telah meletakkan Venezuela hanya satu tempat di belakang AS dalam sejarah kemenangan Miss Universe.

Sedangkan Venezuela hanya mempunyai populasi seramai 25 juta penduduk. Kurang satu persepuluh daripada populasi AS yang berjumlah 300 juta orang.

Pakar Pembedahan Plastik, Daniel Slobodianik menjelaskan kecantikan adalah segala-galanya. Namun kecantikan semula jadi pula merupakan tiket untuk bergelar ratu dunia.

Bagaimanapun untuk pembedahan plastik, Fernandez tiada keraguan melakukannya.

"Saya tidak melakukan pembedahan terhadap dirinya. Tetapi saya yakin dia telah membuat sesuatu. Mereka semua ada melakukannya," kata Daniel yang banyak membantu golongan selebriti Venezuela untuk kelihatan cantik ketika memakai bikini.

Seorang penduduk Caracas, Vanessa Brito, 27, yang telah melakukan implan menegangkan payu dara lima tahun lalu berpendapat, pembedahan adalah perkara biasa dalam kalangan wanita di Venezuela untuk meneruskan hidup.

"Saya fikir wujud tekanan berbentuk sosial di Venezuela. Kecantikan yang ideal boleh dilihat pada peserta-peserta seperti Miss Universe. Justeru, semua orang mahu kelihatan cantik," jelasnya.

Seorang pelajar berusia 19 tahun, Laura Gonzalez, pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung dan pembesaran buah dada empat tahun lalu.

"Perkara ini di luar pertandingan ratu cantik. Wanita Venezuela memang gemar untuk kelihatan anggun. Kami begitu menyukai rambut yang didandan dan melaram dengan pakaian.

"Seorang wanita amat perlu berasa selesa terhadap diri sendiri dan itu yang membuatkan saya terpengaruh," katanya.

PEMBEDAHAN payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita menjalaninya pada setiap tahun.

Hadiah daripada keluarga

Ketua pengedar dan pembekal implan payu dara, Arturo Rojas juga menyatakan wanita Venezuela merupakan antara yang bersikap angkuh di dunia. Kecantikan dilihat sebagai satu keperluan bagi mereka.

Remaja perempuan kadang-kala menerima pembedahan sebagai hadiah daripada keluarga mereka. Misalnya seorang remaja Yudnara, 13, yang datang berjumpa doktor bersama ibunya untuk melakukan proses pra-pembedahan.

"Saya rasa wanita merupakan individu yang sesuai untuk mendapatkan pembedahan ini.

"Kita semua cantik tetapi kadang-kadang kita mahu lebih cantik," katanya.

Walaupun penggunaan implan silikon dalam pembedahan buah dada mempunyai risiko terkena jangkitan, ia langsung tidak menakutkan golongan remaja.

"Mereka tidak sembuh dengan cepat. Ini kerana ada di antara mereka baru berusia 15, 16 atau 17 tahun yang tidak bersedia untuk pembedahan itu," jelas seorang peguam, Emilia de Leon.

Pembedahan payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita melakukannya setiap tahun.

Bagi bukan warganegara Venezuela, mereka datang ke sana kebanyakannya untuk mengubah garis leher. Kos yang dikenakan juga amat signifikan.

Di Caracas, proses pembesaran buah dada boleh mencecah sehingga RM8,500 berbanding harga yang jauh lebih mahal di negara lain.

BENAR2 TERJADI



RENCANA UTAMA

Kisah Tanggang moden

Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?

IKLAN Petronas ini membawa mesej yang cukup dalam tentang hubungan kekeluargaan.

MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?

Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?

Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.

Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.

Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.

Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.

Dibuang

WARGA emas mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan

Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.

Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.

Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.

Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.

Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.

"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.

Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.

Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.

Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.

"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.

Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.

"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.

TIMBALAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60, (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di pejabat JKM Perlis, baru-baru ini.

Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.

Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.

Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.

"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.

"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. - Bernama

SERONOK SEMASA BERCINTA LEPAS TU.....



NEGARA

Lelaki dituduh bunuh isteri

MOHAFRI dituduh membunuh isterinya, Fazlina di Mahkamah Majistret Ampang
semalam.

AMPANG - Selepas selesai menjalani tahanan reman selama 14 hari, seorang bekas pengurus syarikat katering dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh isterinya yang mayat wanita itu ditemui berbungkus di dalam almari di rumahnya pada Disember tahun lalu.

Mohafri Mohamed, 37, hanya menganggukkan kepala memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Ab. Ghani.

KERATAN Kosmo! 1 Januari 2010.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan muram dan menundukkan kepala sepanjang prosiding berlangsung.

Mengikut pertuduhan, Mohafri didakwa membunuh Fazlina Ahmad, 39, di rumah mereka di No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay di sini antara pukul 5 pagi dan pukul 10.30 pagi 30 Disember 2009.

Mohafri yang diwakili peguam bela, Zainal Ithnin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan

DIMANA SILAPNYA....


NEGARA

'KWSP lambat, suami saya sudah meninggal'

Oleh: NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Roszita

GEORGE TOWN - "Saya rasa terkilan dengan apa yang berlaku, kini semuanya sudah terlambat kerana suami saya telah pun meninggal dunia."

Itulah luahan kesedihan Roszita Ahmad, 48, setelah gagal mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai kos pembedahan jantung suaminya, Ahmad Nazri Ibrahim, 47.

"Kami ada duit sendiri dalam KWSP tetapi bayangkan usaha saya sejak 22 November hingga 28 Disember tahun lalu musnah gara-gara peraturan yang dikeluarkan mereka.

keratan Kosmo! 6 Januari 2010.

"Memang kematian itu takdir Illahi tetapi mereka seolah-olah tidak bertolak ansur dengan nasib yang menimpa arwah suami saya selama ini," katanya kepada pemberita di rumahnya di Tanjong Tokong di sini semalam.

Dakwa Roszita, disebabkan kerenah birokrasi KWSP Pulau Pinang, dia gagal mengeluarkan caruman bagi membiayai pembedahan jantung arwah suaminya itu sehingga terpaksa ditangguhkan.

MAKSIAT TIDAK MEMILIH ILMU YANG APA DITUNTUT


NEGARA

Pasangan pelajar agama dicekup khalwat

DI HOTEL inilah tempat sepasang kekasih dari sebuah kolej agama di Selangor ditahan berkhalwat Isnin lalu.

SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.

Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.

Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.

Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ.

ADAKAH KITA BEGINI MUNGKIN CARA BERBEZA


NEGARA

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

ANAK LUAR NIKAH SUDAH MENJADI LUMRAH



DUNIA

Bekas calon Presiden AS akui ada anak luar nikah

GAMBAR fail menunjukkan Hunter meninggalkan sebuah bangunan di Raleigh, Amerika Syarikat pada 6 Ogos 2009.

RALEIGH - Bekas senator yang pernah bertanding untuk menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi mewakili Parti Demokrat, John Edwards akhirnya membuat pengakuan semalam bahawa dia merupakan bapa anak luar nikah dengan seorang wanita.

Edwards mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada agensi berita Associated Press.

Sebelum ini dia menafikan dia menjadi bapa seorang anak semasa menjalin hubungan dengan wanita tersebut, Reille Hunter.

EDWARDS

"Saya ialah bapa Frances Quinn (anak luar nikah)," katanya.

Edwards berikrar akan berusaha untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut.

Sebelum ini seorang bekas pekerja Edwards, Andrew Young mendakwa dia ialah anak kepada budak lelaki itu.

Quinn dilahirkan pada 27 Februari 2008 beberapa bulan selepas Hunter berhenti bekerja dengan Edwards semasa permulaan kempen pencalonan Presiden AS di peringkat Parti Demokrat.

Isteri Edwards, Elizabeth menghidap penyakit kanser sejak 2007. - AP

KEAGONGAN ALLAH ITU PUN MANUSIA TIDAK MAHU SEDAR


DUNIA

Bayi 18 hari berjaya diselamatkan

GAMBAR menunjukkan Elizabeth yang berumur 18 bulan mendapat rawatan di sebuah hospital selepas ditemui hidup di Port-au-Prince pada Rabu lalu.

PORT-AU-PRINCE - Seorang bayi perempuan yang baru berusia 11 hari ketika Haiti musnah akibat gempa bumi pada 12 Januari lalu, mencipta keajaiban apabila dia berjaya dibawa keluar daripada runtuhan rumah keluarganya di sini pada Rabu lalu.

Elizabeth Joassaint dikeluarkan oleh anggota-anggota pasukan penyelamat Perancis yang kembali semula seminggu kemudian sebelum mereka terdengar bunyi tangisan bayi itu dan tidak percaya mangsa masih hidup ketika rumah tersebut ranap.

Dia yang cedera dengan mengalami sedikit calar ditemui di ruang kecil di bawah runtuhan dan masih lagi baring di atas katil.

Katil itu merupakan tempat terakhir dia diletakkan oleh ibunya, Michelene sejurus sebelum gempa melanda pulau itu minggu lalu.

Kelmarin, wanita berusia 22 tahun itu akhirnya dapat memeluk semula anaknya di sebuah khemah hospital dan bersyukur dengan penemuan bersejarah tersebut yang disebutnya sebagai 'satu keajaiban dan rahmat daripada tuhan'.

Suaminya, Michelet, 47, berkata: "Semua orang menyangka dia sudah meninggal dunia kecuali tuhan. Ini bukan cara yang dikehendaki oleh tuhan untuk dia menemui ajalnya."

Michelene mendakwa, dia baru sahaja menyusukan Elizabeth dan kemudian membaringkan bayi itu sebelum berlaku gempa. Dia cuba untuk menyelamatkan anaknya namun gagal apabila dinding rumah runtuh menutup bangunan itu.

Pasangan itu yang hampa dan menetap di sebuah padang bola sepak sebelum seorang petugas penyelamat Perancis memaklumkan Elizabeth masih hidup dan mereka sedang berusaha mengeluarkan bayi itu.

"Saya cuma mampu menangis dan berlari ke arah bayi saya. Saya tidak percaya dia masih panjang umur dan dengan sedikit kekuatan, dia mampu hidup di sebalik runtuhan dinding tanpa cedera teruk," kata Michelene.

Kira-kira 200,000 orang dipercayai terbunuh dalam gempa bumi itu. - Agensi

DUA2 PEKERJAAN INI HARAM


DUNIA

Gigolo lelaki rosakkan bisnes pelacuran

MARKUS

LAS VEGAS - Seorang bekas pelajar kolej yang merupakan satu-satunya pelacur lelaki berlesen di Amerika Syarikat (AS) dikritik kerana enggan melayan lelaki setelah diterima bekerja di rumah pelacuran Shady Lady Ranch di negeri Nevada.

Gigolo tersebut yang dikenali sebagai Markus, 25, pernah bekerja sebagai aktor filem lucah sebelum menjadi pelacur di Shady Lady.

Seorang pelacur wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Cuddles berkata, Markus mengamalkan diskriminasi jantina kerana meminggirkan lelaki gay sekali gus memburukkan nama majikannya.

Seorang pemilik rumah pelacuran Angel's Ladies, Arie Mack Moore berkata, kaedah mengambil pelacur lelaki boleh menyebabkan bisnes seks merosot.

Dia mendakwa perniagaannya meningkat kerana pelangan-pelanggan tidak mahu mengunjungi rumah pelacuran Shady Lady Ranch kerana malu terserempak dengan wanita yang melanggani Markus.

Pasangan suami isteri, Jim dan Bobbi Davis mengupah Markus pada minggu lalu untuk bekerja di rumah pelacuran mereka.

Mengulas isu hangat itu, Jim memberitahu, terpulang kepada Markus untuk melayan lelaki atau sebaliknya. Jim menambah, dia dan isterinya tidak berminat menjadikan golongan gay sebagai pelanggan Shady Lady.

Markus menjadi pelacur lelaki berlesen pertama di AS setelah pihak berkuasa negeri Nevada bersetuju meluluskan permintaan rumah pelacuran Shady Lady untuk mengupah pelacur lelaki beberapa minggu lalu. - AP

BEBERAPA BERITA YANG DIAMBIL DARI AKHBAR TEMPATAN


Agar ini sebagai iktibar dan panduan.

Teman sembang ugut siar gambar bogel


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Annie, 31, adalah antara jutaan peminat laman sembang di Internet yang menjadi kegilaan wanita muda.

Setiap hari eksekutif muda itu akan melayari laman tersebut untuk berhubung dengan rakan-rakan di seluruh dunia.

Ini termasuk seorang teman lelaki berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai William Bobby Madoff.

William mendakwa dirinya adalah doktor tentera Amerika Syarikat yang sedang berkhidmat di Afghanistan.

Hampir sebulan menjalin hubungan iaitu sejak Mac lalu, Annie mula jatuh hati dengan kata-kata manis William.

Perasaan itu juga mendorong Annie untuk melakukan kesilapan yang mengundang padah kepada dirinya - berbogel di hadapan kamera web.

"Dalam tempoh sebulan, saya telah membiarkan seluruh tubuh badan ditonton William sebanyak empat kali," kata Annie dalam pengakuannya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Namun tanpa disangka, William hanyalah imaginasi dan dipercayai warga Afrika yang menyamar.

Lebih malang, William juga adalah daripada satu sindiket penipuan.

"Pada awal April 2009, dia dengan tiba-tiba ingin menghadiahkan satu bungkusan mewah yang mengandungi komputer riba, IPhone, kamera digital, beg tangan kulit, tiga set barang kemas, satu album foto dan sejambak bunga. Bungkusan itu sepatutnya dihantar ke alamat pejabat saya di Kuala Lumpur tetapi terkandas di Sabah.

"Berikutan itu, saya diminta oleh seorang wanita yang mendakwa petugas syarikat kurier, untuk membayar sejumlah RM3,880 bagi mendapatkan bungkusan itu.

"Tetapi mujurlah saya tidak berbuat demikian kerana rakan sempat menghalang saya dan memberitahu bahawa banyak penipuan sebegini dilaporkan media," katanya.

Tambah Annie, sejak itu, dia telah menukar nombor telefon dan tidak lagi memasuki laman sembang bagi mengelak dihubungi lelaki itu.

Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menyangka segalanya telah berakhir tetapi mangsa tersilap. Pada 20 Januari lalu, mangsa dikejutkan semula dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) William.

"William mengugut saya tidak akan dapat terlepas daripada cengkamannya. Yang menakutkan, dia seolah-olah mengetahui gerak-geri saya termasuk tempat tinggal baru saya.

"Kini, saya lebih gusar dengan ugutannya yang ingin menyiarkan gambar bogel saya dalam Internet kerana cuba melarikan diri daripadanya," jelas mangsa.

Ekoran ugutan terbaru itu, Annie sekali lagi membuat laporan polis atas keselamatan dirinya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, Datuk Michael Chong yang mengendalikan kes Annie berkata, beliau percaya lebih ramai mangsa mengalami nasib seperti Annie dan meminta mereka tampil membuat aduan kepada pihaknya.

Duda miang dijel 15 bulan


MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam.

MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam. Tertuduh, Abdul Hamid Rashid, 56, seorang pembantu kedai membuat pengakuan salah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fadlee Mamat.


Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 15 bulan dan disebabkan gagal membayar denda yang dikenakan, Abdul Hamid terpaksa menjalani hukuman penjara. Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengintai dan merakam menggunakan alat perakam video melalui tingkap di belakang rumah seorang penduduk di No 88, Jalan Utama, Taman Sri Daik, di sini kira-kira jam 11.15 malam, Khamis lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Abdul Hamid mengaku bersalah sebelum menundukkan kepala ketika pertuduhan itu dibacakan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Lee Chong Heng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rumah gadis sarang maksiat


MELAKA: Tiga rakan perempuan sanggup menjadikan rumah bujang mereka sebagai sarang maksiat apabila menjemput rakan lelaki bertandang dan bermalam di kediaman berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperoleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Malim Jaya, dekat sini, jam 2.15 pagi semalam. Ketua Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika pasukannya tiba, pintu rumah dibuka seorang lelaki berusia 23 tahun. Katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun berada di ruang tamu, manakala seorang lelaki berusia 18 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun dalam bilik tidur.

Berang adik ipar curang


KUANTAN: Tindakan seorang pekerja taman tema air didakwa curang ketika isterinya mengandung anak kedua membawa padah apabila dibelasah sekumpulan enam lelaki sebelum ‘dilarikan’ dalam kejadian berhampiran stesen bas dan teksi Terminal Makmur, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, lelaki berusia 29 tahun dan bekerja di Gambang, di sini, berlaku curang ketika berjauhan dengan isterinya yang berada di Kemaman, Terengganu. Pegawai Turus di Jabatan Urus setia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata sebelum kejadian, mangsa asyik berasmara dengan kekasih gelapnya, seorang jurujual berusia 36 tahun di atas motosikalnya di depan terminal berkenaan. Menurutnya, ketika mereka berbual, tiba-tiba datang enam lelaki lalu merampas kunci motosikal dan menarik mangsa sebelum memukulnya menggunakan topi keledar. “Seorang lelaki terbabit cuba menarik teman wanita mangsa, namun wanita itu melarikan diri bagi mendapatkan bantuan. “Difahamkan, seorang daripada enam suspek terbabit dipercayai abang ipar mangsa dan bertindak demikian kerana berang mangsa menduakan adiknya yang hamil,” katanya, semalam. Beliau berkata, teman wanita mangsa kemudian berpatah semula ke tempat kejadian dan mendapati mangsa bersama motosikalnya tiada di tempat kejadian sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini. “Ketika dihubungi teman wanitanya, mangsa memberitahu dia dibawa pulang ke rumah di Kemaman oleh kumpulan lelaki terbabit untuk berubat,” katanya.

Gula-gula seks diisytihar biji kopi


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini dadah sering menjadi bahan haram popular yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi kini pintu masuk utama negara melalui udara itu turut menjadi kegiatan sindiket penyeludupan gula-gula rangsangan seks.

Ini terbukti apabila penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui ratusan ribu biji gula-gula seks terbabit bernilai lebih RM700,000 yang cuba diseludup menggunakan taktik pengisytiharan palsu kononnya ia adalah biji kopi. Difahamkan, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan empat pegawai penguat kuasa farmasi dibantu pihak berkuasa KLIA melakukan pemeriksaan terhadap beberapa kotak penghantaran kargo yang ditahan sementara di gudang KLIA, kira-kira jam 10.30 pagi. Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kandungan misteri beberapa kotak yang dihantar terus dari sebuah syarikat di Bangkok, Thailand pada 20 Disember dan 15 Januari lalu. Difahamkan, setiap kotak berkenaan mengandungi bungkusan kecil berwarna merah dan coklat menyerupai gula-gula yang mengandungi butiran keras di dalamnya. “Selepas ujian makmal produk terbabit adalah gula-gula rangsangan seks haram.

“Hasil siasatan dalam gula-gula ini ada bahan kima jenis aminotadalafil yang berbahaya,” katanya.

Jaim berkas pasangan kekasih tinggal serumah


MELAKA: Rahsia seorang lelaki sering bertandang ke rumah seorang wanita di Jalan Malim-Bachang, dekat sini, sejak beberapa bulan lalu yang disangkakan sepasang suami isteri akhirnya membongkar mereka sebenarnya bukan mahram.

Malah, pasangan itu didapati menjaga seorang anak tidak sah taraf dipercayai hasil hubungan wanita berkenaan dengan seorang warga emas. Perkara itu dihidu berdasarkan maklumat diperoleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengenai kehadiran lelaki terbabit yang agak mencurigakan sebelum serbuan dilakukan kira-kira jam 1.15 pagi semalam. Ketua Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan anggota penguat kuasa pergi ke rumah sewa dua pintu di lokasi berkenaan dan sejurus tiba serta mengetuk pintu, seorang wanita berusia 35 tahun membukanya. Katanya, selepas memperkenalkan diri, pihak Jaim masuk untuk membuat pemeriksaan berdasarkan maklumat ada lelaki dipercayai bukan mahram berada di situ. “Pemeriksaan di bilik rumah berkenaan menemui seorang lelaki berusia 21 tahun serta seorang bayi berusia lapan bulan sedang tidur di atas katil. “Apabila lelaki terbabit menyedari kehadiran Jaim, dia bangun dan apabila ditanya apa hubungan dengan wanita terbabit, dia hanya menyatakan sebagai kekasih,” katanya. Rahimin berkata, ketika proses merekodkan keterangan wanita terbabit dijalankan, dia akhirnya mengakui anak yang dilahirkan itu anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki yang juga warga emas berasal dari negeri ini. “Siasatan lanjut dijalankan terhadap wanita terbabit mulanya menyatakan bayi berkenaan anaknya, bagaimanapun dia mendakwa sijil kelahiran tiada bersamanya ketika diminta berbuat demikian selain tidak memiliki kad pengenalan,” katanya kepada Harian Metro di sini. Rahimin berkata, ketika proses merekodkan keterangan wanita terbabit dijalankan, dia akhirnya mengakui anak yang dilahirkan itu anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki yang juga warga emas berasal dari negeri ini.

Diperkosa kenalan baru


KUALA LANGAT: Seorang jurujual yang baru beberapa hari berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki terbabit di ladang sawit di Jugra, Banting, dekat sini, baru-baru ini.

Ketika kejadian mangsa, 19, diugut menggunakan pemotong buah sawit sebelum ditolak ke dalam semak dan dirogol, malah sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun wang mangsa RM100. Dalam kejadian jam 4.30 petang Jumaat lalu itu, mangsa sedang menunggu teksi di sekitar rumahnya untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Banting sebelum suspek tiba-tiba muncul. Lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar ke tempat kerja dan mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek. Bagaimanapun, di tengah perjalanan, suspek melencong motosikalnya ke kawasan ladang sawit sambil memberitahu mangsa dia mahu mengambil barang yang tertinggal di sebuah rumah. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ditolak ke dalam semak sebelum digertak menggunakan senjata tajam dan dirogol. “Mangsa yang ketakutan membiarkan saja dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit sebelum dia ditinggal bersendirian di situ. “Sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun mangsa kira-kira RM100.

Mangsa turut mengalami lebam pada badan dipercayai cuba bergelut dengan suspek,” katanya di sini, semalam. Mohamad Radzi berkata, hasil siasatan mendapati suspek berkenalan dengan mangsa di pasar raya terbabit selain beberapa kali bertemunya di pasar raya

Bapa saudara bapa haruan


KUALA LANGAT: Dia layak digelar lelaki durjana kerana sanggup menjadikan anak saudaranya yang berusia 14 tahun sebagai pemuas nafsu. Perbuatan itu hanya terbongkar selepas mangsa disahkan mengandung enam bulan.


Lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sendiri itu dipercayai kali pertama merogol anak saudaranya yang dijaga sejak berusia tiga tahun pada 2008 dan kali terakhir perbuatan terkutuk itu berlaku dua minggu sebelum mangsa membuat laporan polis, Jumaat lalu.


Difahamkan, kali pertama mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di daerah ini dirogol di sebuah rumah di Tanjung Sepat, dekat sini, ketika keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban.


Pada masa sama, suspek dikatakan mengambil kesempatan dengan ketiadaan isterinya di rumah sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya dan kejadian itu berlarutan tanpa disedari isterinya.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit terbongkar selepas jiran menyedari perubahan bentuk badan mangsa dan memberitahu isteri suspek sebelum mangsa didesak menceritakan kejadian sebenar.


“Mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 22 Januari lalu dan susulan kejadian, kami menahan seorang lelaki yang juga bapa saudara keesokannya bagi membantu siasatan.


“Hasil soal siasat, mangsa mendakwa terpaksa mendiamkan diri kerana takut dan membiarkan dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit berulang kali,” katanya di sini, semalam.


Ibu bapa kandung mangsa sudah bercerai dan mangsa dikatakan diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga.


Mangsa juga sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan positif mengandung.


Mohamad Radzi, berkata hasil siasatan polis mendapati mangsa mula dirogol ketika berusia 13 tahun dan dia dikatakan membiarkan perkara itu berlarutan sehingga kini.

Pasangan didakwa berkhalwat




KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20-an yang bekerja sebagai wartawan di sebuah televisyen swasta dan pasangan kekasihnya berusia 40-an yang juga penolong penerbit di stesen sama akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini untuk mendengar pertuduhan kes khalwat mereka.


Difahamkan, pasangan itu sepatutnya dihadapkan ke mahkamah itu Disember lalu, tetapi mereka gagal berbuat demikian sehingga mahkamah terpaksa mengeluarkan waran tangkap.


Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit di sebuah rumah di Pelangi Utama, Petaling Jaya, dekat sini, kira-kira jam 6.05 pagi pada 11 Ogos tahun lalu.


Serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa Jais selepas mendapat aduan awam berhubung sepasang lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan tinggal di rumah itu.

Taubatlah




KUALA LUMPUR: Enam wanita Melayu berusia separuh abad yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini, perlu sedar pekerjaan mereka sebagai pelayan pelanggan (GRO) dilarang di sisi agama dan amat mengaibkan.


Perunding motivasi Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berkata pada peringkat usia emas, wanita terbabit sudah sepatutnya kembali ke pangkal jalan dan mendampingkan diri dengan Allah, bukannya bergelumang dengan maksiat.


Menurutnya, mati memanglah tidak mengenal usia seseorang, baik muda mahupun tua, tetapi kebarangkalian untuk mati pada usia tua lebih tinggi.


“Jadi, bila dah tua dan dekat dengan mati, pohonlah hidayah daripada Allah, semoga Dia memberikan petunjuk dan jalan, supaya sisa hidup yang dilalui diserikan dengan keredaan, bukannya kemaksiatan,” katanya, diminta mengulas enam GRO nenek, yang menjadi tajuk muka depan Harian Metro, semalam. Menurut laporan itu, usia mereka sudah separuh abad serta mempunyai anak dan cucu, tetapi bekerja sebagai GRO, malah dikatakan tanpa berselindung turut menawarkan perkhidmatan seks di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya. Dengan berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara, mereka juga tidak kekok menyajikan minuman keras kepada pelanggan, malah membiarkan tubuh dijamah pengunjung tanpa mengira tua mahupun muda.


Kegiatan jijik dan meloyakan GRO tua berpakaian seksi yang layak bergelar nenek itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jais menyerbu pusat hiburan terbabit. Mereka dibawa ke Jais sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin dan akan dipanggil semula ke pejabat agama untuk disiasat mengikut Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, permulaan melakukan pelacuran.


Ahmad Shukri yang juga moderator program Halaqah, di TV9, berkata, masalah sosial terbabit sebenarnya tidaklah terlalu rumit untuk difahami, kerana lazimnya mereka yang melakukan pekerjaan mengaibkan itu mewarisinya daripada usia muda.


“Selalunya pada usia muda dia sudah terjebak dengan pekerjaan sebegini, jadi sampai ke tua kalau tidak berubah terus terbabit, selagi tidak mahu bertaubat.


“Mungkin jauh di sudut hati, golongan seperti ini ada terdetik, nantilah, tunggulah untuk bertaubat. Sebenarnya, bisikan kecil itu adalah tanda yang menunjukkan sudah sampai waktunya untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Jangan tunggu lagi,” katanya.

Gelora nafsu bos miang




KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej menjalani latihan praktikal di sebuah butik di Ampang dekat sini, trauma selepas majikannya memeluk dan menciumnya ketika tinggal berdua di syarikat berkenaan. Difahamkan, tindakan buas majikan berusia 30-an itu yang turut memegang buah dada selain meraba punggung mangsa berulang kali menyebabkannya tergamam.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam Khamis lalu itu, pelajar berusia 20-an berkenaan mendakwa sebelum itu majikannya tiba-tiba mahu bertemunya selepas waktu bekerja. “Mangsa yang menjalani latihan praktikal di syarikat itu berjumpa dengan majikannya seperti diarahkan.


“Lelaki berkenaan meminta pertolongan mangsa mencuba beberapa helai pakaian ditempah pelanggan,” katanya di sini, semalam.


Tanpa mencurigai apa-apa, mangsa menuruti arahan majikannya dengan mengambil pakaian berkenaan sebelum menuju ke tempat persalinan pakaian yang ada di situ.


“Pelajar wanita itu hanya melakukan apa yang diarahkan lelaki terbabit tanpa sebarang prasangka sebelum masuk ke tempat persalinan pakaian berkenaan,” katanya.


Namun, pada masa sama, majikannya dikatakan memaklumkan supaya mangsa tidak mengunci pintu kononnya untuk melihat pakaian yang sudah dicuba.


Sumber itu berkata, mangsa memakai pakaian berkenaan sebelum tempat persalinan itu dimasuki lelaki berkenaan.


“Mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa bagaimanapun terkejut apabila majikannya menghampiri dan tiba-tiba meraba serta memeluknya,” katanya.


Menurut sumber, mangsa bertambah terkejut apabila lelaki terbabit meraba buah dada dan punggungnya. “Dalam masa sama, majikan berkenaan dikatakan memakaikan baju yang dicuba secara paksa dan kasar.


“Bagaimanapun, setiap kali pakaiannya dibuka, lelaki miang itu didakwa melakukan perbuatan sama berkali-kali,” katanya

Selak baju tunang orang


MERSING: Akibat geramkan rakan di tempat kerja, seorang pemandu lori perabot yang tidak dapat mengawal nafsunya bertindak memeluk pembantu jurujual dari belakang sebelum meraba buah dada mangsa di sebuah kedai perabot di Jalan Mersing-Endau, dekat sini, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, wanita berusia 26 tahun itu sedang mencuci tangan di sinki di belakang kedai perabot berkenaan apabila tiba-tiba lelaki terbabit datang dari belakang dan memeluknya. Menurutnya, sebaik memeluk mangsa, lelaki berusia 26 tahun itu yang tidak dapat mengawal nafsu terus mengangkat baju mangsa dan memegang payu dara mansga. Mangsa dapat melepaskan diri dari pelukan lelaki itu, lari ke depan kedai sambil menangis dan meminta tolong sebelum menghubungi tunangnya.


Tunang mangsa segera datang dan membawa wanita itu ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata sebaik menerima aduan daripada mangsa, pihaknya bergegas ke tempat kejadian lalu menahan lelaki itu. Menurutnya, lelaki yang beristeri dan mempunyai dua anak itu sudah lama mengenali mangsa. Difahamkan, ketika kejadian tiada pelanggan di kedai itu manakala seorang lagi pembantu berada di bahagian depan premis. Mohd Nor berkata, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, disebat atau denda. “Lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Khamis ini,” katanya.

GAY TU UJUD DISINI





Diperdaya 'gayboy'

KUALA LUMPUR: Mengidamkan layanan panas daripada `gay- boy' tempatan menyebabkan beberapa pelancong asing homoseksual yang datang ke negara ini dengan niat serong akhirnya menjadi mangsa permainan licik sebelum dirompak.

Dalam kes terbaru, seorang lelaki warga emas dari United Kingdom kerugian lebih RM15,000 selepas disamun dua lelaki gay tempatan dikenali di pusat hiburan.

Difahamkan lelaki gay terbabit berpura-pura mahu menjalin hubungan intim dengan mangsa bagi mencari peluang terbaik melarikan barang berharga milik mangsa selepas melakukan hubungan ranjang.

Sumber polis berkata. mangsa sebelum ini datang ke Malaysia untuk melancong dan tinggal di pangsapuri mewah di jalan Pinang di sini, sejak awal Januari lalu.

Menurutnya, mangsa, 62, pergi ke sebuah kelab malam menjadi tumpuan golongan gay atau homoseksual di Bukit Bintang pada 19 Januari lalu.

JADIKAN IKTIBAR SERTA PENGAJARAN.....BERITA DARI METRO....Diperkosa 20 kali


KUALA LUMPUR: Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.

Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri. Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama. Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu. Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota. Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang. “Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa. “Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu. “Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman. Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota. Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. “Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.

Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan. Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa. Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut..METRO 29/1/10