Saturday, January 30, 2010

NASIB GAY....DILARANG...BUAT JUGAK





'Kekasih' songlap
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/01/30

KUALA LUMPUR: Hubungan manis yang dijalin di kamar tidur selepas berkenalan tidak sampai 24 jam akhirnya menjadi igauan buruk bagi seorang lelaki apabila diperdaya ‘kekasihnya’ itu sebelum dirompak lebih RM7,000.

Difahamkan, mangsa yang juga penuntut dari Timur Tengah menjadi mangsa permainan licik seorang suspek yang menyapu bersih semua barang berharga termasuk pasport milik mangsa ketika mangsa sedang tidur. Lebih malang apabila mangsa yang baru beberapa hari datang ke Malaysia tinggal sehelai sepinggang sehinggakan terpaksa mendapatkan bantuan pihak kedutaan untuk membolehkannya pulang ke negara asal. Sumber polis berkata, pelancong warga Iran berkenaan sebelum ini datang ke ibu negara untuk melancong pada awal Januari lalu sebelum menyewa bilik di hotel mewah di Jalan Putra. Menurutnya, mangsa yang bersiar-siar bersendirian di ibu kota berkenalan dengan seorang lelaki berperwatakan menarik serta tampan kira-kira jam 4 petang, Selasa lalu. “Difahamkan lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya di satu kafe siber sekitar Jalan Putra sebelum mangsa dan lelaki berkenaan menjalin hubungan lebih erat.


“Walaupun baru berkenalan tidak sampai 24 jam, mangsa yang juga seorang pelajar tidak teragak-agak mempelawa lelaki yang baru dikenalinya bermalam di bilik hotelnya. “Mangsa yang dipercayai ‘jatuh hati’ dengan teman barunya itu begitu percaya terhadap suspek hingga sanggup membenarkan lelaki tidak dikenali tinggal di bilik hotelnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. Menurutnya, rancangan licik suspek akhirnya terbongkar apabila mangsa tidak berhati-hati dengan meninggalkan barang berharga dalam bilik ketika mandi. “Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa yang keluar dari bilik air terkejut apabila mendapati rakan baiknya itu hilang bersama semua barang berharganya,” katanya. Menurutnya, penjenayah melarikan dua komputer riba, telefon bimbit, tiket kapal terbang ke Dubai dan wang yang dianggarkan keseluruhannya bernilai lebih RM7,500.


“Kejadian itu menyebabkan mangsa cemas dan cuba menjejaki teman lelakinya itu namun gagal. Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis selepas percaya diperdaya suspek yang berpura-pura ingin menjalin ‘hubungan istimewa’ dengannya,” katanya.


Difahamkan, kejadian penipuan melalui hubungan songsang di kalangan pelancong asing bukan pertama kali dilaporkan berlaku berikutan kes sama turut menimpa seorang pelancong United Kingdom yang turut dirompak kekasih gay.

No comments:

Post a Comment