Saturday, August 11, 2012

KAHWIN@NIKAH BAGI JADI ISTERI KEDUA TAK SALAH DARI SYARIAT...MALAH KENA TERIMA@REDA SEBAB DAH JADI TAKDIR...JIKA TAK REDA KITA MEMPERTIKAIKAN KETENTUAN ALLAH...NI PERKARA YANG DILARANG

Sejarah tercipta



BANGGA...Pandelela (kanan) menunjukan pingat gangsa yang dimenanginya  kepada rakan seperjuangan (dari kiri)  Leong Mun Yee, Ng Yan Yee, Yeoh Ken Nee dan Traisy Vivien.
BANGGA...Pandelela (kanan) menunjukan pingat gangsa yang dimenanginya kepada rakan seperjuangan (dari kiri) Leong Mun Yee, Ng Yan Yee, Yeoh Ken Nee dan Traisy Vivien.
KETIKA kebanyakan rakyat Malaysia masih enak dibuai mimpi pada jam 3 pagi semalam, Pandelela Rinong yang beraksi di Pusat Akuatik, menghadiahkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara terjun 3m platform. Lebih manis, dia turut mencipta sejarah sebagai atlet pertama menghadiahkan pingat selain daripada badminton. Malah, dia juga menjadi atlet wanita pertama negara menang pingat di Olimpik sejak Melborne 1956. Ikuti luahan perasaannya selepas detik gemilangnya itu.
“SAYA bangun pagi ini dalam keadaan sakit-sakit badan. Tapi, lebih baik daripada semalam apabila saya bangun dalam keadaan tertekan memikirkan soal separuh akhir dan final.

Kini segala-galanya sudah berakhir dan saya berasa lega. London bagaikan kota bertuah buat saya. Pertama, saya diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di upacara pembukaan dan kedua dan yang lebih penting, saya menang pingat. Perasaan saya sangat gembira ketika ini walaupun pingat saya itu sekadar gangsa. Semua orang tahu betapa sukarnya untuk menang pingat di temasya besar seperti Sukan Olimpik ini. Gangsa ini bagaikan emas buat diri saya.
Saya juga berasa lega kerana dapat membantu Malaysia menang pingat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya tahu semua orang mengharapkan saya menang selepas beberapa rakan atlet saya gagal. Justeru, saya harap kejayaan saya ini akan membuka mata lebih ramai atlet, terutama wanita yang mereka sebenarnya berupaya melakukannya. Saya hanya pembuka jalan. Mungkin akan ada yang boleh melakukan lebih baik daripada saya.

Tapi, usaha ke arah pingat yang saya menang hari ini bukannya baru bermula se malam. Saya sudah membabitkan diri dalam sukan ini sejak berusia 8 tahun lagi. Ketika itu jurulatih negeri Sarawak, Wang Jin Lan dari China datang ke sekolah rendah saya di Bauk dan dia membuat beberapa ujian keanjalan bagi mengetahui sama ada saya sesuai untuk acara terjun. Sejak itu perjalanan dan pengorbanan hidup saya dalam sukan itu bermula. Demi sukan terjun juga saya menangguhkan dulu pembelajaran pra-Universiti saya semata-mata mahu menumpukan perhatian terhadap sukan ini. Itu antara pengorbanan yang terpaksa saya lakukan. Tapi, hari ini baru saya dapat rasakan yang pengorbanan itu berbaloi.

Jika anda tanya saya apa selepas ini, sebenarnya masih terlalu awal untuk berkata mengenai Rio 2016, Saya mungkin tak beraksi di Sukan Sea tahun depan. Kacang aje…(ketawa). Biarlah penerjun pelapis yang bertanding. Tapi Sukan Komanwel mungkin, kerana tahapnya masih tinggi walaupun tanpa penerjun China dan beberapa negara Eropah.
Duit ganjaran? Saya belum fikirkan lagi mengenainya. Belum pun dapat lagi…(Pandelela akan menerima ganjaran kerajaan bernilai RM100,000 kerana memenangi gangsa selain pencen RM2,000 seumur hidup, bermula bulan depan). Sekarang saya hanya mahu bercuti dan mungkin membeli belah sedikit sebelum pulang ke tanah air pada 14 Ogos ini.”

CCTV rakam hantu budak

Posted on the August 11th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
RAKAMAN kamera menunjukkan satu bentuk ganjil melompat di atas kereta.
LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.
Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.
Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu.


Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.
Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.
‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.
“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.
“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.” – DM

‘Mak, ular patuk saya’

Posted on the August 11th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
TEMERLOH: “Saya sungguh tidak sangka apabila anak mengatakan dia dipatuk ular itu kerana saya sangka dia bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular,” kata Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4.
Seri Junaida berkata, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah manakala Ahmad Danny bermain seorang diri di luar rumah mereka di Felda Jengka 3, Maran pada jam lebih kurang 11 pagi, Isnin lalu. Katanya, selepas itu Ahmad Danny masuk ke dalam rumah dan memberitahu dia dipatuk ular di kaki namun saya tidak mengendahkannya kerana dia bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa sakit.
“Namun, saya mengesyaki sesuatu apabila Abang Chik (Ahmad Danny) muntah-muntah dan wajahnya pucat serta tidak bermaya beberapa minit selepas itu.


“Saya terus memeriksa kakinya dan mendapati terdapat dua kesan gigitan ular di jari tengah kaki kirinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, kelmarin.
Menurutnya, selepas itu dia meminta dua anaknya yang lain mencari ular terbabit dan mereka menemui seekor ular dipercayai anak tedung selar sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang berlingkar di bawah pokok.
Selepas itu, Seri Junaida menghubungi suaminya Zainor Hisham Ahmad , 34, yang bertugas sebagai pembantu perkhidmatan pembersihan di Hospital Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, sebelum Ahmad Danny dikejarkan ke hospital terbabit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas pada Isnin lalu.
“Keadaan Abang Chik sudah agak stabil dan kini kembali ceria walaupun bengkak pada kakinya belum berkurangan.
“Lebam kehitaman pada kaki sudah hilang namun doktor masih mahu memantau keadaannya kerana kakinya terpaksa dibedah jika ada nanah pada bahagian itu,” katanya.
Harian Metro

Hairie Othman Mengakui Dipinggirkan Kerana Sertai PAS

Posted on the August 11th, 2012 under Artis by admin

  • Share

PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu.
Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.
“Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.


“Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?” soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Selepas drama Waris yang kini sedang ditayangkan setiap Khamis, di TV3 (pukul 10 malam), Hairie telah menjalani penggambaran terakhirnya iaitu Opah sebanyak 13 episod untuk siaran RTM>.
Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya.
Malah dia bersyukur kerana masih lagi mampu menanggung kos sara hidup menerusi ceramah yang dibuat walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan yang diminatinya.
“Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana. Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan.
“Cuma saya sayangkan bidang ini dan sudah 20 tahun saya berlakon. Tak mungkin saya akan meninggalkan industri seni begitu sahaja.
“Mungkin apabila industri hiburan tempatan sudah mula mengikut garis panduan Islam, saya akan memberikan keutamaan dalam hal-hal belakang tabir,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hairie turut menepis andaian kononnya menerima wang RM50,000 setiap kali memberi ceramah iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika dia ditawarkan watak dalam sesebuah karya lakonan.
Katanya, entri berhubung perkara itu dalam Twitter miliknya adalah sekadar sindiran yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang gemar mengkritik dirinya. “Jangan salah anggap, tak mungkinlah saya dapat bayaran sebesar itu. Kalau benarlah maka saya akan jadi kaya di hujung tahun ini.
“Ia hanyalah kata-kata perli kepada golongan yang mengkritik saya menyertai PAS,” tegasnya.
Sementara itu, bintang filem Leftenen Adnan ini turut menjalani perniagaan sebagai jurulatih selam skuba bawah syarikatnya iaituHO Scuba Adventures.
mStar

Mek kahwin kali kedua

Oleh Siti Fatimah Hassan dan Paya Linda Yahya
sfhassan@hmetro.com.my

Nik Sayyidah Fatiha Yazib
Nik Sayyidah Fatiha Yazib
KOTA BHARU: Pengacara dan pelakon terkenal sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 29, mengaku sudah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.
Nik Sayyidah yang mesra dengan panggilan Mek berkata, walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia.
Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April lalu sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.

Cabut nyawa rakan baik

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

JITRA: Seorang lelaki warga Pakistan yang dalam kebingungan sempat menghubungi majikannya untuk memaklumkan dia baru saja membunuh rakan senegaranya ketika bersahur dalam kejadian di Kuarters Ladang Paya Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 30-an itu dipercayai panik sejurus mendapati rakannya, Mohamad Faheem Mohamad Habib Khan, 25, berlumuran darah selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam apabila berlaku pertengkaran mulut dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Mayat mangsa ditemui tertiarap dengan kesan tetakan di kepala dan tangan di kuarters berkenaan.

Sayu ingat arwah

Oleh Ahmad Ismail
metrojb@yahoo.com

SEGAMAT: “Setiap kali melihat kelibat menantu (Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31) di akhbar atau televisyen, hati terasa sayu teringatkan arwah Nur Syaleza, terutama ketika Aidilfitri hampir menjelma tidak lama lagi,” kata ibu Eksekutif TV9, Allahyarham Nur Syaleza Jaffar. 30.
Syaleza ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam tujuh malam, 27 Julai lalu, dan suaminya, Norazman Bashah, pegawai sebuah syarikat petroleum ditahan polis bagi membantu siasatan.

Rohana Aris, 58, yang ditemui di rumahnya di Felda Redong semalam berkata, mungkin disebabkan terlalu rindukan anaknya, dia akan sayu setiap kali melihat menantunya itu.
“Selain itu saya sering terbayangkan saat mereka bahagia apabila melihat menantu saya itu. “Senyum tawa serta gurau senda mereka berdua dan anak mereka, Mohamad Danish, 3, masih terbayang di fikiran saya ini.

“Malah disebabkan sedih, kami tidak membuat sebarang persediaan untuk hari raya tahun ini kerana masih terkejut dengan kehilangan arwah dan hanya membeli baju Mohamad Danish,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Jaffar Bakri, 60, berkata, dia bersama isteri mengikuti perkembangan kes berkaitan kematian anak perempuannya itu.
“Kami tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan polis, cuma kami berharap biarlah orang yang bertanggungjawab menerima balasan setimpal.

“Kami yakin dengan kecekapan dan kemampuan polis untuk mendapatkan kebenaran untuk arwah dan anaknya,” katanya.
Menurutnya, mereka kini hanya boleh menziarahi kubur anaknya itu bagi mengurangkan rasa rindu terutama menjelang Aidilfitri ini.

‘Ular patuk’

Oleh Shalfarina Shahriman
am@hmetro.com.my

TEMERLOH: “Saya sungguh tidak sangka apabila anak mengatakan dia dipatuk ular itu kerana saya sangka dia bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular,” kata Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4.
Seri Junaida berkata, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah manakala Ahmad Danny bermain seorang diri di luar rumah mereka di Felda Jengka 3, Maran pada jam lebih kurang 11 pagi, Isnin lalu. Katanya, selepas itu Ahmad Danny masuk ke dalam rumah dan memberitahu dia dipatuk ular di kaki namun saya tidak mengendahkannya kerana dia bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa sakit.

“Namun, saya mengesyaki sesuatu apabila Abang Chik (Ahmad Danny) muntah-muntah dan wajahnya pucat serta tidak bermaya beberapa minit selepas itu.
“Saya terus memeriksa kakinya dan mendapati terdapat dua kesan gigitan ular di jari tengah kaki kirinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, kelmarin. Menurutnya, selepas itu dia meminta dua anaknya yang lain mencari ular terbabit dan mereka menemui seekor ular dipercayai anak tedung selar sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang berlingkar di bawah pokok.

Selepas itu, Seri Junaida menghubungi suaminya Zainor Hisham Ahmad , 34, yang bertugas sebagai pembantu perkhidmatan pembersihan di Hospital Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, sebelum Ahmad Danny dikejarkan ke hospital terbabit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas pada Isnin lalu.

“Keadaan Abang Chik sudah agak stabil dan kini kembali ceria walaupun bengkak pada kakinya belum berkurangan.
“Lebam kehitaman pada kaki sudah hilang namun doktor masih mahu memantau keadaannya kerana kakinya terpaksa dibedah jika ada nanah pada bahagian itu,” katanya.

Pelajar broker persundalan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Siang sebagai pelajar, malam pula menjadi bapa ayam. Itu yang dilakukan dua lelaki warga Algeria yang juga penuntut sebuah kolej swasta apabila menawarkan wanita untuk seks kepada pelancong dari Timur Tengah.
Bagaimanapun, kegiatan lelaki masing-masing berusia 22 dan 24 tahun itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu Jalan Bukit Bintang, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi, 32 orang iaitu 20 wanita dan 12 lelaki ditahan kerana menyediakan perkhidmatan urut batin dan seks.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, operasi dikenali Ops Noda dilakukan sepanjang Jalan Bukit Bintang itu turut menahan tujuh pondan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Mengapa dia bunuh isteri saya?

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA BERANG: “Ada juga bermimpi arwah isteri dan kalau rindu balik ke rumah di Felda Mengkawang walaupun sentiasa kosong dan sunyi.
“Lebih membuatkan saya terkilan sudah tiga tahun isteri meninggal dunia, tetapi hingga kini motif dan siapa yang membunuhnya belum terjawab,” kata Hussain Sulong, 56, ketika ditemui di rumahnya di Felda Mengkawang dekat sini, kelmarin.

Arwah isterinya, Asimah Abd Rahman, 51, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan sekurang-kurangnya 11 kesan tikaman di dada dan rusuk sehingga menyebabkan usus wanita itu terburai pertengahan Ramadan, 8 September 2009.

Asimah amat dikenali penduduk kampung kerana memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Umno Cawangan Felda Mengkawang, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Mengkawang serta Pengerusi Gabungan Pertubuhan Wanita Felda Terengganu.

Rahsia tukang cuci mewah

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gaya hidup mewah seorang lelaki warga Indonesia yang mampu menyewa kondominium walaupun hanya bekerja sebagai pencuci bangunan membongkar rahsianya sebagai dalang menjual permit Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) kepada warga asing lain.
Tembelang lelaki berusia 40-an itu terbongkar apabila ditahan Rabu lalu, kira-kira jam 2 petang di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membeli juadah berbuka.

Turut ditemui bersama lelaki itu termasuk wang tunai RM4,500 dan pasport warga asing yang mendaftar di bawah Program 6P yang disimpan dalam raga motosikal jenis Yamaha Lagenda miliknya.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Musa Singa berkata, lelaki itu dikesan menerima upah ribuan ringgit hasil menjadi ejen kepada sebuah syarikat pengurusan berdaftar yang beroperasi di Kampung Pandan.

Katanya, penahanan lelaki itu susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang warga Bangladesh yang memaklumkan pasport miliknya disimpan lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut, kita menahan lelaki warga Indonesia itu sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan di sebuah pejabat di Kampung Pandan pada hari sama.
“Warga Indonesia itu memasuki negara ini pada 2008 dan permitnya sebagai tukang cuci sudah tamat dan kini didaftarkan di bawah Program 6P, tetapi mengambil peluang menjadi ejen kepada syarikat itu untuk menjual permit kepada warga asing lain,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, bayaran dikenakan kepada warga asing yang mahu berdaftar melalui program itu sebanyak RM85 seorang dan setakat ini, seramai 350 orang sudah berdaftar dengan syarikat berkenaan hasil usaha lelaki itu.
Menurutnya, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 kerana kesalahan menyimpan pasport milik warga asing lain.

“Dalam serbuan di syarikat itu, kita merampas 231 dokumen termasuk pasport milik warga asing yang disimpan,” katanya.

Jerat cinta Mat Afrika

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

APA istimewanya Mat Afrika kepada wanita tempatan? Ini sering kali bermain di fikiran orang ramai, apatah lagi penulis sendiri.
Memang mereka bukan menjadi rebutan tetapi mampu berwatak romantik dan bijak menggunakan ayat power hingga ada dalam kalangan wanita tempatan, termasuk janda, anak dara, malah pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup menjadi pasangan hidup Mat Afrika.

Mungkin ada di kalangan mereka yang ikhlas untuk menjadikan gadis negara ini sebagai isteri, namun tidak kurang pula yang mempunyai maksud tertentu seperti dijadikan keldai membawa dadah ke luar negara.

Saban hari kita boleh melihat ramai wanita tempatan mula berpasangan dengan lelaki Afrika. Kalau dilihat pada pandangan mata kasar mendorong ramai tertanya-tanya kenapa Mat Afrika yang menjadi pilihan.

Sudah tidak ada lagikah lelaki tempatan yang boleh menjamin masa depan sebagai pilihan hidup.

Di sebalik masalah itu, ada kalangan wanita yang menjadi pasangan kepada Mat Afrika dipergunakan semaksimum mungkin untuk melakukan jenayah, termasuk menipu melalui Internet dan dijadikan keldai bagi membawa dadah ke luar negara.

Sedar atau tidak, media massa seperti akhbar dan televisyen sering memaparkan laporan mengenai sindiket dadah antarabangsa yang dianggotai Mat Afrika tertentu memperdayakan wanita tempatan menjadi keldai dadah, namun ia tidak sedikitpun membantu apabila kes itu tetap berleluasa.

Ada yang mengaitkan golongan keldai dadah ini senang terpengaruh dengan ayat power atau janji palsu dan habuan lumayan ditaburkan ahli sindiket dadah.

Perangkaan menunjukkan seramai 889 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah sejak 10 tahun lalu, sekali gus menjadikan jumlah paling tinggi rakyat negara ini ditahan atas kesalahan itu berbanding kes jenayah lain di negara luar.

Beberapa lokasi rakyat negara ini ditahan, termasuk Thailand, Indonesia, Itali, Peru dan Jepun. Sebahagian besar daripada mangsa yang ditahan itu mendakwa tidak mengetahui dadah dirampas berada dalam simpanan ketika ditahan di lapangan terbang.

Keldai dadah merujuk seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ke negara lain dan kegiatan ini biasanya didalangi sindiket antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas antara negara.

Lebih menyedihkan apabila ada rakyat negara ini yang sanggup bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk memperdayakan warga sendiri menjadi keldai dadah.

Ini terbukti apabila seorang wanita tempatan ditahan bersama empat lelaki Nigeria dalam operasi membanteras sindiket pengedaran dadah di Puchong baru-baru ini dan dia dikenal pasti sebagai sebagai ejen yang merekrut wanita tempatan untuk dijadikan keldai dadah.

Dalam serbuan itu, polis memberkas seorang wanita tempatan bersama empat lelaki Nigeria di Bandar Kinrara, Puchong, bersama-sama 1.76 kilogram kokain bernilai RM500,000.

Wanita berusia 21 tahun itu dikenal pasti bersekongkol dengan empat lelaki Nigeria untuk menyeludup dadah jenis kokain ke luar negara.

Tawaran kewangan dan kemewahan yang dijanjikan sindiket dikatakan antara faktor wanita di negara ini sanggup menjadikan diri mereka sebagai keldai dadah.

Selalunya keldai dadah yang ditahan di sesuatu negara mendakwa mereka tidak mengetahui beg atau bungkusan dibawa mengandungi dadah apabila ditawarkan melancong keluar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim baru-baru ini berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 76 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 adalah keldai dadah.

“Daripada 49 keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka adalah wanita. Mereka ditahan di negara seperti China seramai 13 orang, Indonesia (13), New Zealand (10), Thailand (5), Singapura (3) dan seorang masing-masing Australia, Belanda, Argentina, Macau dan Pakistan,” katanya.

Seorang bekas keldai dadah, Wan Lydiawati Abdul Majid, pernah menjalani hukuman penjara selama empat tahun di Caracas, Venezuela selepas ditawarkan ‘percutian menyeronokkan’ di luar negara oleh wanita dikenali sebagai Kak Siti.

Mangsa mendedahkan dia berkenalan dengan ‘Kak Siti’ selama empat bulan sebelum ditawarkan untuk menyertai percutian menyeronokkan itu.

Namun, mangsa bernasib malang apabila diberkas pihak berkuasa negara itu selepas dadah jenis kokain seberat 2.2 kilogram ditemui di dalam bagasinya.

Wan Lydiawati kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan bernasib baik kerana tidak ditahan di China atau Singapura yang memperuntukkan hukuman mati mandatori kerana kesalahan itu.

Mangsa turut mendedahkan azab yang terpaksa ditanggung ketika menjalani hukuman penjara di sana apabila pernah makan roti berulat dan berbuka puasa dengan makanan yang sudah basi.

Pendedahan itu bagaimanapun tidak banyak membantu apabila masih ada lagi rakyat negara ini sama ada secara sedar atau tidak ditahan di luar negara kerana dadah.

Justeru, bagi gadis tempatan di luar sana, tiada pekerjaan menjanjikan habuan lumayan dalam sekelip mata.

Janganlah terburu-buru untuk mengecapi kemewahan dengan cara mudah kerana penderitaan berpanjangan bakal menanti jika ditahan pihak berkuasa.

CAS YANG DIKENAKAN TAK MUNASABAH...INILAH PENINGGALLAN PEMERINTAH DULU YANG MENGUNTUNGKAN KRONI...PERKARA AKAN TERBONGKAR KESUDAHANNYA...KITA TUNGGU

Suami didakwa bunuh isteri sendiri

kenangan. Saat bahagia Norazman Bashah dan Nur Syaleza pada tahun 2009.


PETALING JAYA – Kematian eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar yang mayatnya ditemui tergantung pada kipas siling bulan lalu bakal terungkai apabila suaminyNa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh wanita itu.
Eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat gas dan cari gali minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir berpakaian baju T belang ungu dan berseluar panjang kelabu. Turut hadir di mahkamah ialah ibu dan adik-beradik tertuduh.
Sepanjang pertuduhan Norazman Bashah kelihatan sugul manakala seorang ahli keluarga tertuduh dilihat menangis.

Demonstrasi tuntut gaji



SEBAHAGIAN pekerja Jana Niaga yang menyertai demonstrasi di hadapan pintu masuk Unisel bagi menuntut institusi itu membuat pembayaran hutang tertunggak di Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR - Keadaan di hadapan pintu masuk ke Universiti Selangor (Unisel) di sini petang semalam bertukar kecoh apabila lebih 100 pekerja Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (Jana Niaga) berhimpun bagi menuntut pihak universiti itu membayar hutang kepada syarikat tersebut.
Kakitangan syarikat konsesi yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut Unisel di Bestari Jaya itu mendakwa, ekoran kegagalan Unisel menjelaskan hutang kira-kira RM15 juta kepada Jana Niaga, kesemua mereka tidak dibayar gaji sejak Mac lepas.
Kemuncak kekecohan berlaku apabila selepas sejam menunggu sejak pukul 2.30 petang, pihak pengurusan masih enggan menghantar wakil untuk menerima memorandum yang disediakan kumpulan pekerja itu.
Pekerja yang marah dan kecewa akhirnya bertindak mengunci palang pagar pintu masuk dan keluar ke institusi tersebut selama kira-kira 20 minit sebelum membukanya semula selepas dipujuk oleh anggota polis yang bertugas di situ.

Monorel Terkandas Di Brickfields

Posted on the August 11th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Skylift bomba digunakan untuk mengeluarkan para penumpang yang terkandas di monorel tersebut.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields.
Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.


Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah.
Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.
Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.
mStar

Jepun tarik balik gelas McDonald

Posted on the August 11th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

TOKYO – Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.
Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.
“Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku,” katanya.


Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu.

Britain bantu pemberontak Syria


KEPULAN asap akibat bedilan tentera Syria dilihat beberapa orang di daerah Shaar, utara Aleppo kelmarin.


LONDON - Britain akan menghantar bekalan bukan senjata bernilai £5 juta (RM24.29 juta) kepada kumpulan pemberontak yang menentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kata Setiausaha Luar, William Hague semalam.
"Ekoran ketiadaan perkembangan proses diplomatik, United Kingdom akan menghantar bantuan lebih banyak lagi. Kami akan meningkatkan sokongan kami terhadap penduduk Syria dan pihak penentangan politik dengan tambahan bantuan dalam bentuk bukan persenjataan," katanya.
Menurutnya, bantuan tersebut akan membantu untuk melindungi kumpulan-kumpulan penentangan, para aktivis hak asasi dan orang awam," tambahnya.
Bantuan tersebut akan turut melibatkan peralatan teknikal, radio dan bekalan perubatan.
Seorang jurucakap Pejabat Luar Britain mengesahkan bahawa kerajaan British akan mengadakan pertemuan politik dengan pihak Tentera Pembebasan Syria.
Menurut beberapa aktivis hak manusia, seramai 20,000 orang telah terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula pada Mac tahun lalu.
Penduduk di negara itu bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak melakukan pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan korup.
Pertempuran di negara tersebut melibatkan para pemberontak dengan tentera Syria. - Agensi

Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam

Posted on the August 11th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.
Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.


Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?
10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat.




Qiam With Me, Kelantan cipta sejarah

Posted on the August 11th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Qiam With Me, Kelantan cipta sejarah
KOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin.
Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama rakyat.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pada program tersebut juga Tuanku perkenan menyampaikan zakat RM200 seorang kepada 1,433 asnaf seluruh negeri ini dan pada jam 11 malam, tazkirah diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Pegawai MBOR, Zuhairi Mohammad Zain berkata, pengiktirafan itu diberikan kerana program itu mencapai jumlah sasaran dan syarat minimum yang ditetapkan MBOR iaitu minimum 5,000 peserta.
“Program seperti ini pertama kali dianjurkan di negara ini dan Kelantan satu-satunya negeri yang melakukan Qiamulai secara besar-besaran yang membabitkan penyertaan yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Zuhairi berkata, penganjuran program seumpama itu dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan di negara ini sekali gus menghidupkan semangat untuk berqiamulai.
“Pelbagai rekod bersifat keagamaan dicatat sebelum ini iaitu membaca al-Quran dalam tempoh yang lama iaitu 100 jam, begitu juga agama lain kita akan bagi pengiktirafan sekiranya ingin melakukan aktiviti untuk mencipta rekod,” katanya.
Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Feissal berkata, program tersebut anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, bersama Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.
Beliau berkata, anjuran seperti program sedemikian merupakan satu langkah baik untuk mengeratkan silaturahim antara Kerabat Di Raja Kelantan dengan rakyat setempat.
Sinar

Gadis meraung bawah treler

Posted on the August 11th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KULIM: Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila motosikal yang ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah kilang di Kulim Hitech, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum merempuh bahagian tengah treler berkenaan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat seorang gadis meraung kesakitan apabila terperosok di bawah treler berkenaan bersama motosikalnya.


Menurutnya, pada masa sama, orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana menyangka mangsa kemalangan itu mungkin mengalami kecederaan serius apabila melihat keadaan motosikal yang remuk.
“Bagaimanapun, mangsa tidak cedera serius lalu dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan dari Sungai Kob membelok ke kanan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat itu.
Menurutnya, motosikal yang ditunggangi wanita itu datang dari arah sama dan ingin membelok ke kanan untuk ke tempat kerjanya.
“Akibat kejadian itu, mangsa bersama motosikalnya terjatuh di bawah treler berkenaan. Mangsa cedera di kaki dan punggung dan dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk menerima rawatan,” katanya.
Harian Metro

Ibu belasah anak rosakkan kuih raya

Posted on the August 11th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.
Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.


Harian Metro

Friday, August 10, 2012

JANGAN KITA SUKA MENDAHULUI TAKDIR...

Diisytihar mati sejak tahun 2000

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

ALOR SETAR: Satu lagi kes ‘hantu bernyawa’ atau individu masih hidup, tetapi direkodkan sebagai sudah mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikesan di sini, namun agak aneh apabila Wahid Bashah, 54, yang mengalami masalah itu hanya berdepan kesukaran ketika berurusan di jabatan imigresen, pada 5 Ogos lalu.
Namun, sepanjang tempoh dia diisytiharkan mati sejak 12 tahun lalu, dia masih boleh membuat perjalanan ke luar negara dan permohonannya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada awal tahun ini, turut diluluskan.
“Masalah hanya timbul apabila saya tidak dibenarkan memperbaharui dokumen perjalanan ketika berurusan di pejabat jabatan imigresen pada 5 Ogos lalu,” katanya yang mula mengesan dia diisytiharkan meninggal dunia pada 2000.


Menurut penyelia kilang itu, ketika mengambil sijil kelahiran yang diperbaharui pada 2007 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, dia menyedari ada tarikh kematiannya tercatat sijil itu, tetapi dimaklumkan perkara itu tidak akan menimbulkan masalah.
Harian Metro

Kagum dengan Sultan Kelantan

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Kagum dan rasa bersyukur apabila melihatkan gambar-gambar yang menunjukkan DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail.
Apabila Raja membuka pintu Istana untuk bersama rakyat menunaikan ibadah sebagaimana berlaku di Kelantan, saya terkenangkan DYMM Sultan Brunei. Setiap tahun dalam bulan Ramadan, baginda akan membuka istana kepada semua umat Islam bersolat sunat tarawih dan seterusnya bertadarus bersama-sama Baginda.
Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim dan pemimpinnya pula seorang Ulama.


Klik di sini untuk melihat gambar di program Qiam With Me di Istana Negeri bersama Sultan Kelantan.
Syed Abdullah Osman Jamalullail, Ampangan

Mualaf palsu ikut solat jemaah

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Tempat kejadian Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin
PENDANG – Kira-kira 30 jemaah tidak menyangka diri mereka ditipu dengan memberi sumbangan kepada dua lelaki yang menyamar sebagai mualaf ketika menunaikan solat Tarawih di Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin dekat sini, malam kelmarin.
Difahamkan, anak-anak kariah ternampak dua lelaki itu ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan kariah masjid terbabit, namun tidak menghiraukan mereka.


Mohd Tarmizi Awang, 32, berkata, selepas berbuka puasa dua lelaki bercermin mata sama itu masuk ke dalam masjid bersama anak kariah lain bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Menurutnya, selepas solat imam masjid mengumumkan kepada jemaah bahawa dua lelaki itu adalah mualaf yang ingin memohon sumbangan peribadi untuk kos pembelajaran agama di Pondok Pasir Puteh Kelantan.
“Saya mensyaki dua lelaki itu adalah penipu dan menyamar sebagai mualaf bagi mendapatkan sumbangan.
“Seorangnya daripadanya lingkungan umur 40-an berpakaian baju T dan seluar jeans dan kopiah hitam, manakala seorang lagi lingkungan umur 50-an memakai kemeja berseluar jeans dan berkopiah,” katanya.
Menurutnya, disebabkan perasaan curiga yang kuat terhadap dua lelaki itu menyebabkan dia segera menghampiri mereka selepas solat Tarawih dan tazkirah Nuzul al-Quran bagi mendapatkan kepastian.
“Difahamkan mereka datang dari Melaka untuk memohon sumbangan. Ditanya mengapa datang ke Kedah, sedangkan negeri itu mempunyai banyak masjid dan lelaki itu berkata, kenapa tanya macam-macam sedangkan jemaah lain mudah sahaja bagi sumbangan.
“Mereka juga berkata datang ke Kedah untuk membuka kedai telefon bimbit memandangkan di Melaka sudah mempunyai sebuah kedai menyebabkan saya terkejut. Saya terus meminta mereka menunjukkan kad pengenalan, namun mereka enggan sehingga saya membawanya kepada beberapa jemaah lain dan bilal masjid,” katanya.
Mohd Tarmizi berkata, dia membawa dua lelaki itu bertemu dengan bilal masjid terbabit agar dapat menunjukkan kad pengenalan namun setelah didesak, lelaki itu mengeluarkan sekeping kad keras yang hanya tertulis Yasin sahaja.
“Selepas didesak lagi, mereka berdua beredar dalam keadaan tergopoh-gapah dengan menaiki sebuah kereta perodua Kancil.
“Saya kesal kerana kebanyakan jemaah sudah memberi sumbangan yang banyak dan ada yang memberi RM10, RM20 dan RM50,” katanya.
Sementara itu, bilal masjid terbabit, Ali Muhammad, 65, berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku dan kejadian itu mencemarkan institusi masjid, kerana mereka berani masuk dan menipu orang Islam ketika menunaikan solat.
“Tidak menyangka ada orang akan menipu dengan masuk dalam masjid dan turut sama menunaikan solat berjemaah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Muhamed berkata, Pejabat Agama Kedah mengeluarkan arahan yang dipanjangkan kepada masjid supaya tidak mengutip derma kepada orang ramai sewenang-wenangnya, namun begitu pejabat agama tidak mempunyai hak untuk menghalang orang ramai bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan ini.
“Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan siasat latar belakang sekiranya peminta sumbangan ini tidak diberi kebenaran daripada pihak berwajib.
“Perbuatan ini bukan sahaja berlaku di daerah ini, tetapi difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dengan menggunakan alasan yang sama iaitu ingin mendalami ilmu agama di Kelantan,” katanya.
Sinar

Cabar Pandelela, peminat tuntut ‘janji kerat’

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
SHAH ALAM – Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.


Johari antara lain menulis: “Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini…).”
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, “saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen… siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi.”
“Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain… saya sedihlah,” katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.
Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.
Laman Facebook yang dibuka untuk menyokong Pandelela menyebut, “Johari sudah meminta maaf atas tindakkannya mengeluarkan status berbaur lucah terhadap atlet Malaysia.”
Ini merupakan kes kontroversi kedua melibatkan kejayaan dan prestasi atlet negara mengutip pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Sabtu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal memperoleh pingat emas dalam acara badminton.
Pemantauan ke atas laman sosial Facebook dan Twitter mendapati mereka menuntut Johari, yang menggunakan nama Johari Yahiko dan alaun @JohariPain, agar menunaikan janji kerana Pandelela berjaya memperoleh pingat gangsa kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, Khairy Jamaluddin berkata, “orang yang paling benci tema ‘Janji ditepati’ adalah brader yang kata nak potong kemaluannya jika Pandelela menang pingat Olimpik. Oh mai.”
Seorang peminat Pandelela, Putera Miza berkata: “Kesian Johari Pain, kena kerat kali kedua, kah kah kah. Siapa suruh cakap macam tu, kan dah terkena. Apa lagi kita potong potong potong.”
Insan Kerdil pula berkata: “Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Sementara itu, terdapat beberapa akaun yang didaftarkan atas nama “Johari Pain Mohon Kerat”, “Johari Pain dah potong ke belum”, “Johari Pain ku tunggu janji mu”, “Janji Johari Pain Janji Dikerat.” telah mendapat jumlah pengikut yang ramai semenjak Johari mengeluarkan kenyataan “janji kerat” di laman sosial Facebooknya.
Seorang lagi peminat Khairulnnisa, menyatakan di Twitter “bila dah gelabah dan-dan buat statement ‘sedangkan Nabi ampunkan umat’, ada akal tak nak guna sebelum buat statement potong penis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat status yang memuji kemenangan penerjun negara itu melalui laman sosial Facebooknya.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, Pandelela berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.
Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik,” kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.
Sinar

Suami didakwa bunuh eksektutif TV9

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.
PETALING JAYA – Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.


Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.


Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.

Harakahdaily

Remaja mengaku rogol budak

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Nasib remaja ini akan ditentukan 12 September depan selepas mahkamah meneliti keputusan laporan akhlak yang dikeluarkan JKM.
KUANTAN – Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian di Pantai Sungai Ular, Februari lalu.
Dalam sebutan yang berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah itu, remaja berasal dari Kampung Chendor Tengah, Beserah dekat sini mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.


Bagaimanapun mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan laporan akhlak sebelum sebarang perintah dikeluarkan ke atas remaja terbabit.
Sementara menunggu tarikh itu, remaja yang baru berusia 16tahun ini dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan Pantai Sungai Ular kira-kira jam 6.45 pagi 10 Februari lalu.
Susulan laporan itu, dia berjaya ditahan pada hari yang sama sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.
Remaja yang hadir bersendirian tanpa diwakili peguam atau ditemani ahli keluarga itu menjerit memarahi juru gambar akhbar yang merakam kelibatnya ketika diiringi polis ke lokap.
Sinar

Kantoi makan dalam van

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Adnan menunjukkan sebahagian makanan yang dirampas penguat kuasa Jaip
KUALA ROMPIN – Nasi lemak, telur masin, sotong masak merah, ayam goreng dan sayur-sayuran. Itu antara menu sarapan pagi yang disediakan sebuah kedai makan di bandar Kuala Rompin, di sini, yang tidak menghormati kesucian Ramadan dengan menjual makanan kepada kaki ponteng puasa, kelmarin.
Tindakan penjual terbabit berjaya dihidu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang membuat serbuan di premis berkenaan hasil maklumat orang awam.


Pegawai Agama Islam Rompin, Adnan Mamat berkata, dalam operasi bersepadu itu, pihaknya menahan tiga lelaki Islam selepas didapati melakukan kesalahan menjual makanan dan tidak berpuasa di bulan Ramadan.
“Kesemua mereka ini akan disiasat di bawah Seksyen 137 Enekmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan boleh dikenakan denda sebanyak RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Bagi mereka yang masih ingkar serta didapati melakukan kesalahan kali kedua berturut-turut, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian.
Adnan berkata, dalam operasi selama dua jam bermula 11 tengah hari hingga 1 petang itu, turut dicekup seorang lelaki yang sedang menikmati makanan dalam sebuah van di tepi Pantai Hiburan.
Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 30 tahun ke atas, malah Jaip mengambil langkah tegas merampas makanan yang dijual di premis terbabit.
Katanya, pihaknya akan menjalankan rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang mencemari bulan mulia ini.
Sinar

Jual nasi seawal 10 pagi di bulan Ramadhan

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Pelajar sekolah turut kelihatan membeli makanan seawal jam 10 pagi.
TAMAN KERAMAT – Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli.
Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi.


Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat.
Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa.
“Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif.
“Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa,” katanya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
“Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat.
“Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal.
“Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan,” katanya.
Sinar

BERITA NI MACAM MEMBENARKAN MEMANG ADA PENGUNDI HANTU...ALLAH SAJA BENAR TAHU...ORANG BUAT TAK KAN MENGAKU

Pandelela cipta sejarah

Laporan Radzi Wahab dan Jurugambar Khairul Ghazali

GEMBIRA...Pandelela memeluk jurulatihnya, Yang Zhuliang selepas memenangi pingat gangsa.
GEMBIRA...Pandelela memeluk jurulatihnya, Yang Zhuliang selepas memenangi pingat gangsa.
CANTIK... Pandelela membuat terjunan pada acara akhir 10m platform individu wanita.
CANTIK... Pandelela membuat terjunan pada acara akhir 10m platform individu wanita.
PANDELELA Rinong merealisasikan apa yang kebanyakan atlet lain gagal melakukannya apabila membutirkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara 10m platform individu wanita di Olimpik Park, sebentar tadi.
Penerjun berasal dari Sarawak itu yang menjadi peserta ke-8 daripada 12 pesaing membuat terjunan di final acara berkenaan, mengumpul 359.50 mata keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan.
Dia memulakan cabaran dengan terjunan kurang memberangsangkan apabila menduduki tempat ke-10 selepas terjunan pertama dengan meraih 58.50 mata, diikuti berada di kedudukan ke-9 (78.30) menerusi terjunan kedua sebelum kembali ke-10 (64.00) di terjunan ketiga dan ke-7 (81.60) selepas aksi keempat. Dia melonjakkan dirinya ke tangga ke-3 (76.80) dan berkedudukan pingat gangsa pada terjunan terakhir.

“Saya gembira dan berasa bangga dengan diri saya sendiri kerana dapat mencipta sejarah untuk negara. Pingat ini juga yang pertama selain daripada badminton dan saya berpuas hati kerana berjaya menghasilkannya kerana acara terjun tidak sepopular badminton,” katanya yang akan menelefon emaknya untuk memberitahu khabar gembira itu.

Menurutnya, jurulatihnya, Yang Zhuliang memberitahunya supaya memberi fokus kepada baki terjunan selepas menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada terjunan pertama.

Seperti diduga, Chen Roulin dari China yang juga juara dunia acara individu dan seirama mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Beijing empat tahun lalu.

Dia yang bertanding di temasya di China itu ketika berusia 15 tahun, dianggap berada dalam kelas tersendiri apabila sentiasa berada di tangga teratas setiap terjunan untuk mengumpul 422.30 mata keseluruhan.

Pingat perak menjadi milik Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.

Pandelela melangkah ke final selepas menduduki tempat ke-5 daripada 18 peserta yang beraksi di separuh akhir selepas mengumpul 362.50 mata.

Pingat gangsa Pandelela itu adalah yang kedua buat kontinjen negara di London 2012 selepas Lee Chong Wei memenangi perak dan yang pertama selain daripada sukan badminton yang sebelum ini menjadi penyumbang tradisi pingat negara.

Selepas satu perak dan satu gangsa, Malaysia masih mengintai pingat emas dengan Bryan Nickson Lomas menjadi atlet terakhir beraksi dalam acara 10m platform individu lelaki, hari ini.

Tipu sampai muflis

Oleh Yusmizal Dolah Aling, Shuhada Mansor dan Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KESAL...Zali (kanan) dan Amri menunjukkan cek transaksi pindahan wang yang dibuat.
KESAL...Zali (kanan) dan Amri menunjukkan cek transaksi pindahan wang yang dibuat.
KOTA BHARU: Umurnya sudah mencecah 61 tahun dan perwatakannya lembut serta meyakinkan, namun itu semua hanya topeng untuk memperdaya ramai ahli perniagaan di seluruh Malaysia menyebabkan dia kini diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan bernilai lebih RM10 juta.
Dikesan aktif melakukan penipuan sejak beberapa tahun lalu, wanita itu yang dikenali sebagai Ramalah Mohd Nor, 61, dipercayai menipu sekurang-kurangnya 10 individu dan ada di antara mangsanya kerugian sehingga RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek dikenal pasti aktif menipu golongan profesional untuk melabur dalam sektor hartanah sehingga ada mangsanya diisytiharkan muflis selepas rumah atau tanah yang mereka cagar tergadai.

“Kami mendedahkan gambar suspek yang kini diburu selepas terbabit dalam kes penipuan lebih RM10 juta. Orang ramai yang mengenali suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622,” katanya di sini, semalam.

‘Hantu’ terima BR1M

Oleh Nordiana Shafiee
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Satu lagi kes ‘hantu bernyawa’ atau individu masih hidup, tetapi direkodkan sebagai sudah mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikesan di sini, namun agak aneh apabila Wahid Bashah, 54, yang mengalami masalah itu hanya berdepan kesukaran ketika berurusan di jabatan imigresen, pada 5 Ogos lalu.
Namun, sepanjang tempoh dia diisytiharkan mati sejak 12 tahun lalu, dia masih boleh membuat perjalanan ke luar negara dan permohonannya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada awal tahun ini, turut diluluskan.
“Masalah hanya timbul apabila saya tidak dibenarkan memperbaharui dokumen perjalanan ketika berurusan di pejabat jabatan imigresen pada 5 Ogos lalu,” katanya yang mula mengesan dia diisytiharkan meninggal dunia pada 2000.

Menurut penyelia kilang itu, ketika mengambil sijil kelahiran yang diperbaharui pada 2007 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, dia menyedari ada tarikh kematiannya tercatat sijil itu, tetapi dimaklumkan perkara itu tidak akan menimbulkan masalah.

‘Emak pesan jangan nakal’

Oleh Mohd Shukor Amin
am@hmetro.com.my

TRAGEDI...anggota bomba dan polis memeriksa mayat mangsa.
TRAGEDI...anggota bomba dan polis memeriksa mayat mangsa.
SABAK BERNAM: “Arwah emak pernah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia suruh saya tinggal dengan ayah. Dia pesan supaya jangan nakal-nakal, namun tak sangka kedua-duanya pergi sekali gus.”
Demikian kata Adam Mohd Fyros Khan, 9, anak bongsu kepada pasangan Mohd Fyros Khan P A S Abdul Rahman, 51, dan Sarimah Mohd Salleh, 49, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Tebuk Pulai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari, pasangan suami isteri yang menaiki motosikal itu maut dirempuh sebuah Proton Waja.
Ketika kejadian, Mohd Fyros Khan baru menjemput Sarimah di Parit Enam, di sini, selepas program bersama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabak Bernam di Kuala Selangor.

Mangsa yang keluar dari simpang Jalan Parit Enam untuk pulang ke rumah di Kampung Gertak Tinggi, di sini, dirempuh kereta berkenaan yang datang dari arah Sabak Bernam sebelum merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Adam ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kejadian sedih itu menimpa keluarganya terutama menjelang Aidilfitri ini.
“Emak tak sempat belikan baju raya untuk saya lagi. Dia juga berjanji untuk buatkan saya baju Melayu dan nampaknya tak sempat,” katanya.

Anak sulung mangsa, Musyawir, 20, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya di rumah mereka pada jam 10 pagi semalam.
“Arwah nampak biasa saja dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi.

“Dia juga bersembang seperti biasa dengan saya,” katanya yang bekerja sebagai tukang kasut.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 40, di sini, malam tadi.

Sementara itu, saksi, Mohd Hizham Johan Ariffin, 19, berkata, dia yang menunggang motosikal di belakang Proton Waja berkenaan tergamam apabila melihatnya merempuh mangsa yang melambung kira-kira lima meter sebelum terjatuh di atas jalan.

“Saya nampak mangsa jatuh dan menggelupur kesakitan menyebabkan saya tak berani tolong mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari simpang Jalan Parit Enam. sebelum dirempuh kereta Proton Waja yang datang dari arah Sabak Bernam.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan parah di kepala dan badan,” katanya.

Mohd Fyros Khan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Sarimah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini.

Noor Mushar berkata, pemandu kereta Proton Waja, Ramli Bardan, 54, dan rakannya, Zarina Wah, 39, cedera selepas ia merempuh pula sebuah lori dari arah bertentangan.

“Pemandu lori berkenaan, Mohd Rozaimi Che Ibrahim, 31, tidak cedera,” katanya.

Derita hamba seks berakhir

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Derita seorang wanita warga Indonesia yang dikurung seorang lelaki dan dijadikan hamba seks selama lebih dua bulan hingga menyebabkannya mengandung berakhir apabila diselamatkan isteri lelaki berkenaan.
Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira tiga bulan lalu yang mendakwa kononnya ejen pendatang asing dan boleh membantu menghantarnya pulang semula ke negara asal.

Malangnya, sumber berkata, wanita itu bukan saja ditipu lelaki berkenaan malah terpaksa melalui detik hitam apabila dikurung dan dijadikan pemuas nafsu sebelum diselamatkan polis dengan bantuan isteri lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja di sebuah negeri di pantai timur diperdaya lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan mendakwa boleh membantu menguruskan dokumen perjalanan pulang ke negara asalnya.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa mengikut lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit ke ibu kota. Mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah kondominium di Kepong, di sini.

“Lelaki terbabit menyuruh mangsa menetap di rumah itu bersama rakannya sementara menunggu dokumentasinya selesai. Namun, selepas seminggu tinggal di rumah berkenaan, mangsa masih tidak mendapat pasport dan tiket penerbangan seperti dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihalang keluar dari kondominium berkenaan selain turut dijadikan hamba seks apabila dipaksa melayani nafsu serakah lelaki berkenaan dan beberapa lelaki lain.

“Mangsa mendakwa lelaki itu dan rakannya dipercayai ahli sindiket pelacuran kerana sering membawa pulang beberapa wanita ke rumah berkenaan bersama beberapa lelaki lain yang dipercayai pelanggan kepada wanita terbabit,” katanya.
Sumber berkata, kira-kira jam 2 pagi kelmarin, mangsa yang dipercayai mengandung mengalami pendarahan teruk menyebabkan rakan lelaki terbabit panik dan bertindak menghubungi lelaki itu.

“Lelaki itu dipercayai menghantar kiriman SMS memberitahu keadaan mangsa. Bagaimanapun, kandungan SMS itu dibaca isteri lelaki itu menyebabkan wanita berkenaan terkejut.

“Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu sudah berlaku menyebabkan dia terus bergegas ke kondominium rakan suaminya itu sebelum menemui mangsa,” katanya.

Sumber berkata, tindakan wanita itu membawa padah apabila dia turut dikurung suaminya sendiri yang datang ke rumah berkenaan sebaik dimaklumkan rakannya mengenai kehadirannya.

Difahamkan, wanita terbabit kemudian bertindak menghubungi polis meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba di rumah itu dan menyelamatkan mereka.

Beliau berkata, kedua-dua suspek turut ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atip).

‘Diperangkap’ memori 20 tahun



INGATAN terakhir yang ada dalam fikiran Kay ialah detik dia menidurkan anaknya awal 1990-an lalu.
INGATAN terakhir yang ada dalam fikiran Kay ialah detik dia menidurkan anaknya awal 1990-an lalu.
KAY bersama anaknya, Sandy dan Kenny pada 1990.
KAY bersama anaknya, Sandy dan Kenny pada 1990.
LONDON: Perkara terakhir yang diingati Kay Delaney ialah menidurkan dua anaknya - masing-masing berusia enam dan dua tahun.
Dua dekad berlalu dan kedua-dua anaknya membesar serta menamatkan pengajian di universiti, tetapi Kay tidak dapat mengingat satu pun apa yang berlaku sepanjang tempoh itu.

Selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk, memori selama lebih 20 tahun dalam ingatan Kay terpadam langsung, menyebabkan dia gagal menyedari apa yang berlaku kini.
Bagi Kay, dia masih berusia 30-an dan akan terkejut setiap kali melihat wajahnya di cermin kerana ia memaparkan dirinya yang sebenar berusia 55 tahun.

Selain itu, Kay juga masih menganggap Margaret Thatcher adalah Perdana Menteri Britain hari ini dan telefon bimbit masih bersaiz besar seperti batu bata.

Kay juga tidak mampu mengingati kelahiran anak bongsunya, James, yang kini berusia 19 tahun.
Sebelum ditimpa kemalangan itu, Kay bekerja sebagai pengurus rumah asuhan dan sepatutnya mendapat kenaikan pangkat.

Nasib tidak menyebelahinya apabila kini Kay mengalami pelbagai halangan, termasuk kesukaran membancuh secawan teh kerana sentiasa terlupa menekan suis cerek di rumahnya.
Selalu juga dia mengejutkan pasangannya daripada tidur di tengah malam dengan menyanyikan lagu berbahasa Perancis dengan fasih walaupun tidak tahu bercakap Perancis.

Akibat kemalangan dulu, Kay didapati mengalami penyakit amnesia songsang.

Dia berkhidmat sebagai pengurus di Rumah Asuhan Dove Court di Wisbech, Cambridgeshire apabila dia tergelincir di lantai basah dan terjatuh, menyebabkan kepalanya terhantuk.

Apabila dibawa bertemu doktor, Kay dimaklumkan, dia tidak mengalami masalah serius kecuali sedikit gegaran di kepala.

Tidak lama kemudian, Kay menyedari dia berdepan masalah mengingati sesuatu, sama ada memori lama atau baru.

Sejak itu dia bergelut dengan pelbagai masalah yang sebelum ini sangat mudah dilakukan, seperti memasak dan membasuh.

Pasangannya selama empat tahun, Robert, 60, terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

Ketika anaknya, Sandy, 23, Kenny, 27, atau James memeluknya, Kay mengakui dia berasa janggal kerana seolah-olah dipeluk orang tidak dikenali. - DM

Sabit berdarah di sisi mayat



RAUB: Seorang wanita yang mengutip buah di kebun hampir pengsan apabila menemui mayat lelaki tertiarap berlumuran darah dipercayai dibunuh di Kampung Gali Tengah, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 40-an yang berasal dari Myanmar ditemui mati di tempat kejadian selepas kehilangan banyak darah akibat dilibas dengan sabit oleh penyerangnya.

Sebelum kejadian, wanita berusia 44 tahun itu yang berjalan di kebun berkenaan curiga selepas melihat satu objek tertiarap dihurung lalat dan dia memberanikan diri menghampiri bagi memeriksa objek itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, selepas menghampiri objek berkenaan, wanita terbabit melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menghubungi Balai Polis Raub memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki.

Menurutnya, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum menemui mayat lelaki tanpa baju yang hanya berseluar panjang.

Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis kemudian menemui sabit yang masih berlumuran darah dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa sebelum lelaki warga asing itu maut di tempat kejadian.
“Sehingga kini, rakan sekerja mangsa sudah menghilangkan diri dan kami percaya lelaki itu mempunyai kaitan dalam kejadian pembunuhan terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar,” katanya di sini, semalam.

Nafi perkosa dekat hutan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mengaku tidak bersalah merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun pada Februari tahun lalu.
Tertuduh, Suhaipudin Aziz, 25, dari Jalan Bunga Melor, Dungun mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris, tetapi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di kawasan hutan Bukit Pak Samad Batu Tiong, Kuala Abang, Dungun, jam 6 petang pada 28 Februari tahun lalu. Bagi kesalahan itu, Suhaipudin berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan Suhaipudin diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@Mamat manakala Suhaipudin tidak diwakili peguam.

Thursday, August 9, 2012

JIKA TAK PUASA SOLAT APA TAH LAGI...MEREKA NI TAK INGAT MATI...INGAT MEREKA MUDA LAMBAT LAGI MATI

Jual nasi seawal 10 pagi
SYAIRI SHAARI
10 Ogos 2012
Jual nasi seawal 10 pagi
Pelajar sekolah turut kelihatan membeli makanan seawal jam 10 pagi.
TAMAN KERAMAT - Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli.
Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi.
Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat.
Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa.
“Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif.
“Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa,” katanya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
“Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat.
“Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal.
“Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan,” katanya.
Suami isteri maut motosikal dinaiki dirempuh kereta, lori
Wartawan Sinar Harian
10 Ogos 2012
Suami isteri maut motosikal dinaiki dirempuh kereta, lori
Anggota polis menjalankan siasatan awal ke atas mayat mangsa.
SABAK BERNAM - Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh kereta jenis Proton Waja di KM41 Jalan Teluk Intan-Klang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Sungai Besar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Musyar Mohammed berkata, mangsa dipercayai keluar dari arah Parit 6 sebelum dilanggar kereta terbabit yang datang dari arah Sabak Bernam.
“Akibat rempuhan tersebut, kereta dan motosikal berkenaan dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum keduanya dilanggar sebuah lori yang membawa muatan barangan konkrit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Mohd Fyrus Khan Pas Abdul Rahman, 51, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Sarimah Mohd Salleh, 49, maut ketika menerima rawatan di Hospital  Tunku Ampuan Jemaah.
Musyar berkata, kedua mangsa tersebut mengalami luka dan pendarahan di bahagian kepala dan badan akibat rempuhan.
“Sementara itu, pemandu kereta turut cedera parah manakala penumpangnya pula patah tangan kiri dan kini sedang menjalani rawatan di HTAJ,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan, Muhd Rozaimie Che Lokman, 31, berkata, dia terkejut apabila kedua kenderaan tersebut memasuki laluan bertentangan namun tidak sempat untuk mengelak.
“Kejadian berlaku hanya dalam sekip mata dan saya cuba mengelak dari merempuh kereta dan motosikal terbabit namun tidak sempat,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian tersebut, dia sedang dalam perjalanan dari Jalan Klang Lama ke Tanjung Malim bagi menghantar bekalan barangan konkrit,” katanya.
Rozaimi berkata, dia masih trauma dan tidak percaya terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Kejadian hari ini betul-betul membuatkan saya trauma berikutan ia hanya berlaku dalam sekelip mata,” katanya.
Anak terkejut terima berita

ANAK sulung kepada mangsa kemalangan tersebut, Muhammad Mushawwar Khan, 28, berkata, dia terkejut apabila penduduk setempat memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa ibu dan ayahnya.
Mushawwar berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di kedai membaiki kasut milik ayahnya sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh penduduk setempat sekitar jam 2 petang.
“Saya terkejut apabila beberapa orang menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya.
Menurut abang sulung kepada empat beradik tersebut, dia kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bagi melihat sendiri lokasi kejadian.
Katanya, ibu bapanya juga tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum kejadian.
Jelasnya, dia merasa amat sedih atas kehilangan kedua ibu bapanya lebih-lebih lagi bakal menyambut Syawal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Menurutnya, beberapa persediaan perayaan telah disediakan oleh kedua ibu bapanya bagi menyambut perayaan beberapa minggu lagi.
“Saya sedih kerana mereka tidak bersama kami lagi adik beradik namun reda atas pemergian mereka,"

Bomba ambil masa 10 minit

SEMENTARA itu, pihak bomba mengambil masa selama kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Proton Waja tersebut.
Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba Sabak Bernam, Mariyo Ngadiman berkata, pemandu telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang awam yang turut membantu.
"Mangsa tidak dapat keluar dan pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang,” katanya.
Mariyo berkata, mangsa di bawa ke HTAJ untuk rawatan lanjut setelah berjaya dikeluarkan.
Tambahnya, pihaknya turut dibantu anggota daripada Balai Bomba Sekinchan di lokasi kejadian.
Pekerja syarikat pelancongan dibunuh
Wartawan Sinar Harian
10 Ogos 2012
SHAH ALAM – Seorang pekerja syarikat pelancongan warga Palestin ditemui mati dipercayai dibunuh di tepi jalan tanah merah berdekatan jeti nelayan Kampung Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki berusia 25 tahun itu masih lengkap berpakaian.
“Kita percaya dia dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, semalam.
Mohd Adnan berkata, semakan awal mendapati mangsa bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Lapan pengutip derma ditahan
RUWAIDA MD ZAIN
10 Ogos 2012
Hardi Mohamad Sadali
Zaaba (dua, kiri) bersama pegawai penguat kuasa Jais merampas barang digunakan untuk meminta derma pada operasi,
SHAH ALAM – Seorang individu dipercayai dijadikan pengutip derma oleh sebuah kumpulan ajaran sesat merupakan antara lapan yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam Ops Peminta Sedekah, semalam.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, pihaknya mengesyaki kumpulan ajaran sesat tersebut mendalangi pengutip derma yang ditahan berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh selain tindak tanduk mencurigakan.
Menurutnya, bahan-bahan yang diperoleh daripada mereka yang ditahan juga tidak bersesuaian dengan nama pusat tahfiz atau institusi Islam malah boleh dianggap menghina agama Islam.
“Berdasarkan barang dirampas, ada yang kita syak diwartakan haram ajarannya. Kita syaki mungkin disalurkan kepada kumpulannya untuk tujuan operasi.
“Biasanya apabila diwartakan haram, kumpulan ajaran sesat ini akan tukar nama kumpulannya. Ini berdasarkan kepada gambar dan maklumat yang tertera pada produk yang dibawa pengutip derma,” katanya dalam sidang media selepas Ops Peminta Sedekah di sekitar pusat bandar Shah Alam dan Petaling Jaya, semalam.
Hardi berkata, lapan individu ditahan berusia di antara 16 hingga 50 tahun itu dikenal pasti berasal dari Thailand (1), Indonesia (2), Kedah (1), Pahang (1) dan selebihnya sekitar Lembah Klang.
Beliau berkata, Jais menahan mereka untuk siasatan lanjut memandangkan hampir kesemua pusat dan persatuan yang digunakan tidak mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk mengutip derma.
Katanya, kebanyakan pengutip derma menggunakan nama institusi Islam seperti pusat tahfiz, madrasah, rumah anak yatim malah menggunakan kanak-kanak sebagai sumber operasi mereka.
“Kita tidak tahu bagaimana pelajaran mereka memandangkan mereka terpaksa mengutip derma dari pagi sehingga petang,” katanya.
Beliau berkata, sebarang kutipan khairat hendaklah mendapat kelulusan Mais.
“Mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor menyebut majlis boleh memungut atau dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh majlis, memungut wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum syarak,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, salah seorang yang ditahan mendapat kebenaran Mais tetapi melanggar syarat ditetapkan yang mana kutipan derma tidak boleh dibuat di tempat awam seperti restoran, stesen minyak, kaki lima bank, Rehat dan Rawat (R & R).
“Bagi yang mendapat kelulusan Mais diharap mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan, jika tidak pihak Mais ada kuasa untuk menarik balik kebenaran,” katanya.
Beliau berkata, Jais akan terus memantau perkembangan berkaitan terutamanya sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya terutamanya bazar Ramadan, bank dan pasar.
Operasi dan rondaan diketuai Penolong Pengarah Unit Perundangan dan Kesalahan Jais, Zaaba Zakaria bersama 15 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jais.
Bank di Lembah Klang habis wang kertas baharu untuk Aidilfitri

9 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Dengan tidak sampai 10 hari lagi Aidilfitri menjelang tiba, ramai umat Islam di sini kini sukar mendapatkan wang kertas baharu untuk diisi di dalam sampul Hari Raya.

Setelah mula mengedar wang kertas baharu minggu lepas, kebanyakan bank nampaknya sudah kehabisannya minggu ini.
Tinjauan Bernama di ibu kota mendapati kebanyakan bank kehabisan wang kertas RM5 dan RM20 sejak semalam dan malah, ada bank yang langsung kehabisan semua wang kertas baharu.
Pengurus sebuah bank di Kampung Baru berkata cawangan beliau kehabisan semua wang kertas baharu sejak semalam dan mendakwa, tahun ini, cawangan bank itu mendapat kurang wang kertas baharu berbanding tahun lepas.
"Kami tak dapat banyak tahun ini, kami mula benarkan pelanggan menukar wang kertas baharu minggu lepas dan semalam, kami kehabisan semua stok," katanya.
Pengurus sebuah bank di Kelana Jaya pula berkata cawangan beliau mula menawarkan wang kertas baharu minggu lepas dan habis semuanya dua hari lepas.
"Kami mula minggu lepas dan yang paling popular ialah wang kertas baharu RM5, kami kehabisannya dua hari lepas. Sekarang hanya tinggal wang kertas RM1, RM10 dan RM100," katanya.
Sementara itu, pelanggan di dua bank di Kampung Baru mendakwa sebelum ini mereka tidak dibenar menukar wang kertas, tetapi apabila mereka ingin berbuat demikian hari ini, bank menyatakan wang kertas baharu sudah habis.
Ahmad Sani Abdullah, 47 berkata beliau datang dari Shah Alam untuk mendapatkan wang kertas RM5 dan RM20, tapi tidak berhasil.
"Saya memandu nun dari Shah Alam dan singgah di semua tempat yang saya tahu ada bank, saya rasa cawangan di Kampung Baru ni adalah bank ke-10 yang saya
singgah, tapi masih tidak mendapat wang RM5 atau RM20."
Selebriti Kartini Kamalul Ariffin adalah antara pelanggan yang belum berjaya mendapat wang kertas baharu untuk Hari Raya.
"Saya sibuk dengan beberapa hal dan terlanjur datang ke sini, saya rasa eloklah saya tukar wang sikit. Malangnya, wang kertas baharu sudah habis," katanya.
Pelanggan sebuah bank di Kelana Jaya memberitahu Bernama beliau terpaksa berpuas hati dengan hanya mendapat wang kertas RM1.
"Memberi sampul Hari Raya berisi wang kertas baharu sudah menjadi tradisi, tapi rasanya saya sudah terlalu lewat dan oleh kerana saya tak mampu memberi RM10 dalam setiap sampul, saya terpaksa isi RM1 sahaja dalam semua sampul," katanya. - Bernama
Polis cari empat lelaki bantu siasatan
ADILA SHARINNI WAHID
10 Ogos 2012
Polis cari empat lelaki bantu siasatan
Empat lelaki dicari bantu siasatan
KOTA BHARU – Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah termasuk samun dan curi kenderaan.
Empat lelaki yang dikenali sebagai Abang Chik, Hafis Cina, Avis dan Jihan Kunyit itu kali terakhir dilihat polis ketika menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna emas dengan nombor pendaftaran palsu DAL 3552  ke arah bulatan Kampung Surau, Pasir Puteh.
Kesemua mereka atau nama sebenarnya, Ahmad Fareez Ab Aziz, Mohd Raffiq Razwardy Ab Aziz, Mohd Azihan Jaafar dan Mohamad Aris Zamani berasal dari daerah itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, empat individu terbabit juga meloloskan diri dari Ops Rentap dan Samun Tepi Jalan di Alor Pasir, Pasir Puteh, kelmarin.
Katanya, dalam kejadian jam 4.35 pagi itu, kereta dinaiki empat individu terbabit merempuh kenderaan pasukan dan sebuah kenderaan awan jenis Produa Viva serta cuba melanggar anggota bertugas sebelum melarikan diri.
“Polis melihat mereka berada berhampiran di sebuah stesen minyak dan memperkenalkan diri, bagaimanapun, mereka enggan memberi kerjasama lalu bertindak demikian menyebabkan dua kenderaan rosak teruk.
“Kita minta mereka tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. Selagi mereka tidak tampil, usaha mengesan akan terus dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Justeru itu, polis meminta bantuan dan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkait empat individu berkenaan.
“Mereka boleh menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999,” katanya.
Remaja lelaki maut tercampak sejauh 13m
Raiham Mohd Sanusi
10 Ogos 2012
Remaja lelaki maut tercampak sejauh 13m
Che Ayup bersama motosikal yang dinaikinya tercampak ke dalam longkang setelah bertembung dengan Perodua Viva dalam kemalangan di Jalan Banggol Indah-Kampung Paya Berenjut.
CHUKAI - Seorang remaja lelaki maut tercampak sejauh lapan meter apabila motosikal yang ditungganginya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Viva di kawasan selekoh di Jalan Banggol Indah-Kampung Paya Berenjut, dekat sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 petang itu, Che Ayup Aziz, 18, mengalami yang kecederaan parah dengan bahu kiri terbelah, patah paha kiri dan kaki kiri luka teruk meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, motosikal jenis Honda EX5 Dream yang ditunggangi si mati bertembung dengan kereta yang dipandu seorang pegawai teknologi maklumat wanita, berusia 27 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, yang dalam perjalanan ke Chendor untuk berbuka puasa.
Menurutnya, berikutan perlanggaran kuat berkenaan, Che Ayup yang bekerja sebagai juru selenggara dan beralamat di Kampung Paya Berenjut bersama motosikalnya, dipercayai terkena pengadang besi jalan sebelum tercampak ke dalam longkang.
Che Ayup kemudiannya tercampak sekali lagi sejauh lima meter dari motosikal yang dinaikinya sementara kereta tersebut pula tercabut tayar depan sebelah kiri.
“Pelanggaran kuat secara berdepan juga menyebabkan motosikal yang dinaiki si mati remuk teruk di bahagian depan. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kemaman dan hasil bedah siasat yang dilakukan pada jam 9 malam mendapati si mati meninggal akibat kecederaan dalaman,” katanya.
Mayat Allahyarham Che Ayup kemudian dituntut keluarga kira-kira jam 10 malam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geliga.
Pakai baju di rumah petanda ajal
Wartawan Sinar Harian
10 Ogos 2012
Mat Jusoh Mat Ali
Che Esah menunjukkan salah satu jubah kesayangan yang sering dipakai arwah suaminya kepada anak dan menantunya di rumahnya di Kampung Tok Randok, Hulu Terengganu.
KAMPUNG TOK RANDOK- "Kebiasaannya dia lebih selesa tidak berbaju bila berada di rumah tetapi berlainan pula kelakuannya dua hari lepas kerana dia memakai baju. Tak sangka rupanya perubahan itu sebenarnya petanda dia akan pergi selamanya," luah Che Esah Mahmud, 73.
Suaminya, Mat Jusoh Mat Ali, 72, maut dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi kelmarin di laluan Kampung Tok Randok ke Kampung Bukit Diman setelah motosikal ditungganginya bertembung sebuah lori kecil.
Menurut Che Esah, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suaminya yang lebih mesra dengan panggilan 'Cik' oleh anak dan cucunya setelah dimaklumkan menantunya, Normila Mahmud, 45.
Katanya, pagi itu Normila datang ke rumahnya lalu memeluknya sambil menangis teresak-esak.
“Makcik hanya mampu duduk atas tilam di bahagian dapur ini kerana tidak sihat beberapa hari sebelum puasa baru-baru ini. Semalam (kelmarin), secara tiba-tiba, menantu datang memeluk makcik sambil menangis hingga membuatkan makcik terkejut melihat keadaannya.
“Makcik cuba tenangkannya dan minta dia ceritakan perkara sebenar. Hanya selepas beberapa ketika dia memberitahu Cik telah meninggal dan ketika itu makcik hanya mampu mengucap dan beristighfar supaya tenang menerima berita itu," katanya.
Che Esah berkata, dia melihat arwah suaminya itu agak berlainan namun tidak dapat jelaskan apa sebenarnya kelainan itu.
"Malah, ketika memerhatinya membasuh pinggan, tiba-tiba hati makcik terdetik bertanya sendiri adakah orang sakit atau orang sihat akan ‘pergi’ dahulu.
“Tidak sangka, rupanya dia dijemput Ilahi terlebih dahulu walaupun makcik yang selama ini sakit. Paling ketara perubahannya ialah dia memakai baju dua hari lepas ketika berada di rumah kerana dia tidak suka berbuat demikian sebelum ini,” katanya.
Che Esah memberitahu, suaminya itu keluar rumah untuk ke kebun sawit yang terletak di kampung berkenaan kira-kira jam 8 pagi hari kejadian, sebelum pulang kembali ke rumah sekitar jam 10.30 pagi.
“Biasanya selepas pulang dari kebun, dia pasti akan masuk rumah untuk mandi, berehat lalu kemudiannya bersiap sedia untuk ke masjid. Namun semalam (kelmarin), dia sekadar pulang menghantar galah mengait kelapa sawit.
“Dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak berbaju, dia kembali menunggang motosikal untuk memaklumkan kepada pemandu lori kecil di Kampung Bukit Diman, buah sawit masih ada di kebunnya. Biasanya, arwah hanya menelefon sahaja tetapi semalam dia memaklumkannya sendiri,” katanya.
Warga emas dijumpai mati bersama senapang
Wartawan Sinar Harian
9 Ogos 2012
Warga emas dijumpai mati bersama senapang
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam
AIR PUTIH – Misteri kehilangan seorang warga emas lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk menghalau babi hutan yang menceroboh kebun di belakang rumahnya terjawab, apabila isterinya menemui suaminya itu terbaring bersama senapang di tangan kira-kira jam 5.15 petang kelmarin, di Kampung Air Putih, dekat jambatan Jerangau-Jabor di sini.
Difahamkan, si mati yang berusia lingkungan 60-an keluar rumah bersama senapang kira-kira jam 4.30 pagi bagi memeriksa bunyi bising di kebun kecil di belakang rumahnya yang disyaki dilakukan babi hutan.
Bagaimanapun, selepas lebih 12 jam keluar rumah, si suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan isterinya yang berusia lingkungan 50-an mengambil keputusan untuk mencari di kebun ibu kayu dan tebu di belakang rumah mereka.
Sejurus dijumpai, si mati dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan tiada kesan tembakan di badan di mati.
Hasil bedah siasat yang dilakukan kira-kira jam 10 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung serta berlaku jangkitan kuman pada jantung dan paru-parunya sebelum mayat dituntut ahli keluarga dan segera dikebumikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkata kes diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut.