Saturday, April 17, 2010

UDAH2LAH BUAT MAKSIAT...BERHENTILAH...TAKUT TAK DAN BERTAUBAT.....


KITA MESTI MATI...RENUNGLAH......


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



NEGARA

Lelaki mati terjatuh apartmen




GOMBAK – Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.

Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.


LONGKANG tempat mangsa terjatuh.


Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.

Sebaik sampai di depan rumah, salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa masjid yang mendapat tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu mengetuk pintu yang pada awalnya tidak dibuka.


ANAK panah menunjukkan tempat mangsa terjatuh dari tingkat lima di Gombak semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, setelah beberapa minit menunggu, salah seorang daripada mereka dikejutkan dengan bunyi objek terjatuh sebelum seorang wanita membuka pintu rumah.

“Pihak berkuasa itu kemudian memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, salah seorang daripada mereka melihat terdapat satu tingkap dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Rosly, sebaik melihat ke bawah, kakitangan tersebut terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan terperosok di dalam longkang.











NEGARA

'Jutawan Lebanon' ditangkap khalwat


ROSLIN yang ditahan berkhalwat dengan Elie didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Elie Yousef Najem yang mengaku seorang jutawan Lebanon sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita tempatan.

Dia yang berusia 50 tahun bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang kelmarin.













NEGARA

Amukan waktu Zuhur


BILAL Masjid Pauh Sembilan, Mohamad Abdullah menunjukkan tempat Che Ismail maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan di Bachok semalam.


BACHOK - Tindakan seorang pesara tentera menyerang seorang lelaki yang baru menunaikan solat Zuhur membawa padah apabila dia mati ditikam dalam satu pergaduhan di dalam Masjid Pauh Sembilan dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Che Ismail Che Hussain, 55, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian apabila mengalami kecederaan parah di rusuk kanan akibat tikaman tersebut.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 43 tahun tersebut turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri apabila ditetak oleh mangsa yang dipercayai datang ke masjid tersebut bersama enam rakannya yang bersenjatakan parang dengan menaiki tiga buah kereta.

Difahamkan, mangsa dan rakan-rakannya kemudian telah meluru masuk ke dalam masjid sebelum keadaan menjadi kecoh apabila beberapa saksi ternampak suspek berlari keluar sambil dikejar oleh beberapa lelaki sambil menghayun parang.



NEGARA

Suhu makin meningkat di Malaysia

KUALA LUMPUR - Analisis rekod suhu di Malaysia menunjukkan trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan pemerhatian terkini mendapati suhu purata negara meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun lepas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pemerhatian terkini juga mendapati paras laut pula meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.

"Berdasarkan climate modelling yang dilakukan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah Celsius hingga +2.6 darjah Celsius," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Negara semalam.



Dua beradik tidak makan tiga hari

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim

2010/04/28

KUALA LUMPUR: “Ibu ghaib...” demikian ungkapan kata yang berulang kali diucapkan Mohd Fitri Roslan, 4, dan abangnya, Mohd Faiz, 5, sejurus diselamatkan seorang penduduk selepas ‘terkurung’ dalam rumah mereka di Taman Nilai, Negeri Sembilan, sejak tiga hari lalu.

SURNIYAH...hilang
SURNIYAH...hilang
Lebih menyedihkan dua beradik terbabit terpaksa ‘berpuasa’ apabila tidak menjamah sebarang makanan sepanjang berada dalam kurungan itu, sebaliknya hanya meneguk air paip untuk membasah tekak serta mengalas perut.


Disebabkan terlalu lapar selain keletihan, Mohd Fitri dan Mohd Faiz berada dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui kira-kira jam 10 pagi kelmarin.


Difahamkan, penderitaan dua beradik berkenaan hanya terbongkar selepas seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lan, 42, mendakwa terdengar tangisan kanak-kanak sejak Sabtu lalu, namun tidak mengendahkannya.


Lan berkata, pada mulanya dia menyangkakan dua beradik berkenaan bergaduh, tetapi mula curiga apabila tangisan itu masih didengari hingga kelmarin.


“Saya yang curiga dengan keadaan itu mengetuk pintu rumah berkenaan, namun tiada sebarang jawapan sebaliknya bunyi tangisan kian perlahan.


“Bimbang berlaku perkara buruk, saya bertanya kepada jiran sebelah rumah berkenaan, namun tetangga itu mendakwa dia tidak tahu-menahu sebaliknya hanya mengakui turut mendengar tangisan kanak-kanak sejak beberapa hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurut Lan, selepas gagal menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan, Roslan Ariffin, 40, dia memecahkan pintu rumah sebelum mendapati Mohd Fitri dan Mohd Faiz terbaring di ruang tamu dalam keadaan lemah sambil menangis.


“Sebaik ditanya di mana ibu mereka pergi, kedua-dua kanak-kanak berulang kali mengatakan ‘ibu ghaib...’ menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Lan berkata, dia kemudian menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Roslan sebelum memaklumkan kejadian berkenaan.


Sementara itu, Roslan berkata ketika diberitahu mengenai keadaan kedua-dua anaknya itu, dia berada di utara tanah air kerana urusan kerja.


Menurutnya, dia yang terkejut dengan berita itu bergegas pulang ke rumah di Taman Nilai, sebelum berusaha mencari isterinya di kawasan berkenaan.


“Saya bimbang kerana isteri, Surniyah Baharudin, 35, saya kurang sihat, apatah lagi sebelum ini dia tidak pernah meninggalkan rumah. Lagipun, dia tidak membawa sebarang dokumen ataupun duit,” katanya.

Berikutan itu, Roslan berkata dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 012-9148972.




Mak janda melopong

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/04/28

KUALA LUMPUR: Gara-gara terpesona `mulut manis’ seorang jejaka Pak Arab, seorang janda beranak empat akhirnya berputih mata apabila kerugian RM93,000 selepas wangnya yang dilaburkan dalam perniagaan import-eksport komputer riba terpakai, lesap dilarikan suspek.

Tidak menyangka bakal diperdayakan, wanita itu sanggup menjual rumahnya bagi mendapatkan modal untuk membantu lelaki terbabit menjalankan perniagaan yang dijanjikan keuntungan berlipat ganda.


Menurut sumber, mangsa berusia 53 tahun mengenali suspek yang mendakwa seorang ahli perniagaan import eksport dan menguruskan perniagaannya di negara ini, kira-kira setahun lalu.


“Tertarik dengan kejayaan suspek yang mempunyai beberapa rangkaian perniagaan, mangsa yang juga pengusaha syarikat pelancongan ditawarkan menjadi rakan kongsi untuk mengimport satu kontena komputer riba terpakai dari Amerika Syarikat.


“Suspek mendakwa isterinya berada di negara terbabit kerana menjalankan perniagaan mereka di sana dan lelaki itu meyakinkan mangsa barangan berkenaan perlu dibeli dari Amerika memandangkan harganya jauh lebih rendah, selain berjanji akan membantunya memasarkan produk itu di Arab Saudi,” katanya.


Mangsa yang percaya dengan keuntungan yang dijanjikan serta perwatakan alim suspek, mengambil keputusan menjual rumahnya bagi mendapatkan modal.


“Mangsa diperdayakan suspek dengan menunjukkan perniagaan yang diusahakannya di negara ini sedangkan perniagaan seperti restoran, permaidani, perabot dan sebagainya sebenarnya milik usahawan Arab lain.


“Setelah mendapatkan wang melalui penjualan rumahnya di kampung, mangsa membuat pembayaran terus kepada isteri suspek yang berada di Amerika Syarikat sebanyak RM93,000,” katanya.


Mangsa kemudian diberikan janji palsu kononnya kontena terbabit akan tiba di negara ini sementara mendapatkan pasaran di Arab Saudi, namun setelah dua bulan menunggu, kontena dijanjikan tidak sampai-sampai.

“Mangsa cuba mendapatkan penjelasan, namun diberikan pelbagai alasan kononnya kontena terbabit mengalami masalah dokumentasi dengan pihak kastam negara itu.


“Akibat sering didesak, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa membuat laporan polis awal bulan lalu bagi menjejaki suspek,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany berkata, susulan laporan dibuat, suspek dicekup sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.


“Suspek berusia 31 tahun ditahan Ahad lalu di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini, dan kini direman 14 hari mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya,




Jutawan Lubnan dituduh khalwat

Oleh Murni Wan Omar

2010/04/28

KUALA LUMPUR: Lelaki yang mengaku dirinya ‘Jutawan Lubnan’ dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berusia 49 tahun di dalam sebuah bilik di Brickfields, di sini, kelmarin.

KHALWAT...Elie (kiri) bersama pasangannya Roslin ketika dihadapkan  di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
KHALWAT...Elie (kiri) bersama pasangannya Roslin ketika dihadapkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Elie Yousseff Najem, 50, yang dibawa ke mahkamah didakwa berkhalwat dengan Roslin Tahir dalam sebuah bilik di tingkat lapan, Wisma Belia, di sini, jam 3.45 petang, Isnin lalu.


Dia yang sebelum ini menghilangkan diri tiba di mahkamah bersama pasangannya dengan dibawa beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jam 3.30 petang.


Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang bagaimanapun, tiada pengakuan diambil berikutan kes itu akan disebut di Mahkamah Tinggi.


Elie didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997 manakala bagi Roslin, dia didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta sama.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu pendakwa syarie Mohd Sukri Ab Wahab memaklumkan Elie juga dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


Sebelum ini kes yang dibuka pada 2005 itu sudah ditutup pada 2007 berikutan terdapat masalah bagi mengesan Elie.


Elie didakwa melakukan nikah atau perbuatan nikah dengan Farinnie Mohd Farid, 24, di Tingkat 2, Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 6 Oktober 2005.

Menjawab pertanyaan Hakim Ab Malik, Elie mendakwa tidak faham dengan pertuduhan itu dan Mohd Sukri memohon mahkamah menangguhkan kes itu ke tarikh lain.


Mahkamah kemudian membenarkan Elie diikat jamin RM2,500 atas dua pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Roslin dikenakan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.


Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk bicara manakala bagi kes khalwat mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk di sebut di Mahkamah Tinggi Syariah.




Lelaki disyaki bunuh pesara tentera dicekup



2010/04/28

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menyebabkan kematian pesara tentera dalam kejadian di Kampung Pauh Sembilan, Bachok, kelmarin.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika menerima rawatan kecemasan kerana cedera di pergelangan tangan kiri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, kira-kira jam 8.15 malam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata lelaki itu yang bekerja kampung ditahan sepasukan anggota cawangan jenayah selepas menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian itu.


Menurutnya, lelaki terbabit kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Komplot hitam putih

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/04/28

KUALA LUMPUR: Sindiket warga Afrika atau ‘Awang Hitam’ kini bersekongkol dengan lelaki Inggeris bagi memperdayakan wanita apabila taktik penipuan mereka semakin diketahui ramai.

Dalam kes terbaru, seorang wanita aktivis sebuah pertubuhan kebajikan dari negara jiran tidak menyangka lelaki Inggeris dikenalinya melalui laman sosial adalah konco sindiket warga Afrika apatah lagi lelaki terbabit sanggup bertemu empat mata dengannya bagi membuktikan kebenaran yang dia bukanlah warga Afrika.


Selain itu, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Harry dengan murah hati turut berjanji mendermakan AS$2juta (RM6.3 juta) semata-mata bagi membantu mangsa menguruskan pertubuhan kebajikan yang terdesak memerlukan dana.


Lebih menyedihkan, mangsa berusia 52 tahun itu turut diperdayakan untuk datang ke negara ini bagi menguruskan wang derma terbabit yang didakwa kekasihnya itu disekat pihak Bank Negara.


Menurut sumber, selepas beberapa bulan berkenalan, suspek datang ke tempatnya dengan alasan untuk melihat sendiri rumah kebajikan diuruskan untuk membantu mangsa yang terbabit dengan bencana alam beberapa tahun lalu.


“Mangsa memberitahu dana pertubuhan itu terlalu sedikit berbanding perbelanjaan diperlukan untuk memulihkan semula kawasan terbabit terutama sekali membantu persekolahan kanak-kanak yang terjejas berikutan bencana dihadapi mereka.


Dengan nada simpati, suspek dikenali sebagai Harry memberitahu dia akan menyalurkan bantuan kewangan dengan segera dan berjanji akan menderma ke dalam akaun mangsa apabila dia pulang ke negaranya.


Kira-kira seminggu selepas suspek pulang, mangsa dimaklumkan wang RM6.3 juta terbabit sudah dimasukkan ke akaunnya namun apabila mangsa mendakwa belum menerimanya, bermulalah episod penipuan mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM160,000.


“Pelbagai taktik digunakan sindiket itu termasuk melakukan penyamaran kononnya dari pihak kedutaan negara terbabit bagi meminta mangsa menjelaskan beberapa pembayaran seperti bayaran cukai pelepasan sebanyak AS$32,000 (RM101,000).

“Kemuncaknya apabila mangsa diarahkan datang ke negara ini kononnya wang terbabit terpaksa dipindahkan ke akaun seorang lagi konco mereka atas sebab keselamatan namun disekat Bank Negara menyebabkan mangsa sanggup datang untuk melakukan rundingan,” katanya.


Mangsa yang hanya menurut arahan sindiket itu turut membuat beberapa bayaran tambahan lain kononnya sebagai bayaran ‘duit kopi’ kepada pegawai di Kementerian Kewangan yang dikenali sebagai Datuk Mustapa sebanyak RM30,000.


Namun, selepas seminggu di negara ini dan dimaklumkan kenalannya yang dia diperdayakan sindiket warga Afrika, mangsa membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Izany Abd Ghany berkata, sindiket itu menggunakan lelaki Inggeris bagi memancing mangsa sebelum memperdayakannya



Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai motif sebenar membabitkan kejadian berkenaan.


Dalam kejadian di kawasan masjid kampung berkenaan kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, Che Ismail Che Hussin, 55, meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kanan oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam.


Difahamkan, kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas ternampak beberapa kenderaan di kawasan masjid berkenaan.



Tidak malu lari bogel

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/04/28

SUBANG JAYA: Dua wanita warga asing dari China sanggup lari berbogel tanpa menghiraukan orang ramai melihat tubuh mereka untuk mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi di Plaza Puchong di sini, malam kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan bekerja sebagai tukang urut itu melarikan diri ke kawasan belakang premis kedai yang terbuka, sebaik beberapa anggota penguat kuasa memasuki premis itu.


Ketua Unit Tindakan jabatan itu, Mohd Azmi Mohd Isa berkata dua wanita berkenaan bagaimanapun ditahan selepas berlaku pergelutan dan dipakaikan baju oleh penguat kuasa yang menahannya.


“Dalam operasi jam 10 malam itu, seramai 10 wanita dari China ditahan termasuk beberapa orang yang sedang beraksi bersama pasangan masing-masing di ranjang dalam premis itu.


“Pihak kami juga sukar memasuki premis berkenaan dari depan kerana mereka menggunakan alat keselamatan terkini bagi mengunci pintu daripada dimasuki mereka yang meragukan. “Kami terpaksa menggunakan jalan rahsia di belakang premis menyebabkan wanita bogel berkenaan bertempiaran ke kawasan belakang premis.


“Di premis itu juga terdapat beberapa kamera litar tertutup (CCTV) digunakan bagi memantau pergerakan luar premis berkenaan termasuk mengelak diserbu pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Azmi berkata, turut ditemui di premis berkenan ialah beberapa kondom dan krim pelincir dipercayai digunakan untuk khidmat seks.


“Dua pelanggan yang berada di premis berkenaan ketika itu turut ditahan untuk urusan dokumentasi,” kata Mohd Azmi



Banteras kerugian akibat perbuatan rasuah



2010/04/28

PUTRAJAYA: Jika keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak dan perolehan dilakukan dengan tujuan tidak betul, negara berpotensi kerugian sehingga RM10 bilion setahun menyebabkan perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam perlu dibendung.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, berkata jumlah itu kira-kira dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Berikutan gejala rasuah yang boleh membebankan negara dengan kos tinggi itu, Sidek berkata, kerajaan memberi perhatian penting membanteras kegiatan itu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).


“Justeru, kerajaan melalui GTP sudah menggariskan pelbagai inisiatif dalam usaha membanteras rasuah.


“Ini termasuk meraih semula keyakinan orang ramai terhadap agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan seperti polis, Kastam Diraja Malaysia, imigresen dan JPJ,” katanya.


Menurutnya, pegawai atasan perlu mengambil tindakan terhadap kakitangan yang terbukti bersalah melakukan kegiatan itu.


“Ketua di peringkat kementerian, jabatan dan kerajaan negeri ketika ini dilihat lebih cenderung memberi maklum balas bahawa tiada tindakan boleh diambil kerana ia dibuat di luar bidang kuasa pegawai,” katanya berucap melancarkan kempen pencegahan rasuah fasa kedua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Thursday, April 15, 2010

SYAITAN KETAWA BESAR KERANA KEJAYAANNYA...ULAMAK BISU BERTAMBAH...HUKUM ALLAH TAK DIGUNA PAKAI

2 beranak ulit dosa

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/04/16

PUTRAJAYA: Dua beranak sehati sejiwa yang berpenampilan ‘bergetah’ dan menarik bukan saja rela menawarkan urut istimewa menerusi teknik badan ke badan dalam keadaan bogel, malah sanggup melakukan hubungan ranjang dengan bayaran mencecah RM1,000 bagi satu pakej.

Bukan itu saja, dua beranak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun terbabit turut menawarkan tiga pakej dengan kadar upah RM300 hingga RM1,000 setiap satu bergantung kepada kehendak pelanggan.


Pakej pertama menyajikan khidmat urut badan ke badan tanpa pakaian, pakej kedua membabitkan urut badan ke badan dengan sentuhan istimewa pada badan tukang urut manakala pakej ketiga kombinasi pakej satu dan dua disertai layanan hebat di ranjang khas bagi golongan elit.


Kegiatan dua beranak itu dipercayai dilakukan di sebuah kondominium mewah disewa mereka di Subang Jaya, dekat sini, yang mempunyai dua bilik khas bagi melakukan urutan khas kepada pelanggan yang ditapis melalui panggilan telefon diterima sebelum pertemuan diatur. Bukan itu saja, dua beranak terbabit turut menyediakan katil khas bagi melayan pelanggan tetap berstatus Datuk dan eksekutif muda yang mahu menikmati urutan istimewa disertai seks layanan intim serta seks hebat.


Dua beranak terbabit dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak lebih setahun lalu, namun ia sukar dikesan kerana mereka sentiasa berhati-hati dengan menapis setiap pelanggan selain hanya menyasarkan pelanggan kaya dan elit yang menghadapi masalah dengan isteri atau keluarga.


Golongan terbabit dipercayai menjadi sasaran kerana mereka sukar memecahkan rahsia, malah tidak mahu perlakuan mereka dibongkar bagi menjaga imej. Bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, dua beranak terbabit hanya menawarkan khidmat urutan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Ia bagi mengelak penghuni di kondo mewah itu curiga.

Tempoh terbabit bagaimanapun boleh dilanjutkan jika ada permintaan khas daripada pelanggan tetap yang tidak mahu kehadiran mereka dilihat penghuni lain.


Kegiatan dua beranak yang hidup mewah hasil aktiviti terkutuk itu didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, yang mengesahkan mereka menjalankan khidmat itu sejak lebih setahun lalu.


Beliau berkata, urut istimewa dan pelik memang wujud dan dilakukan secara tersembunyi terutama apabila membabitkan pelanggan dan tukang urut beragama Islam.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu agak pelik kerana ibu dan anak perempuan terbabit bukan saja sanggup melakukan urut istimewa bersama, malah menawarkan seks kepada pelanggan dengan bayaran lumayan.


“Siasatan mendapati dua beranak ini memiliki penampilan menarik, malah wanita berstatus janda terbabit juga mempunyai wajah dan bentuk tubuh menarik bagi menggoda pelanggan yang mahukan khidmat seksnya.


“Bagaimanapun, layanan tidak diberikan dengan mudah kerana pelanggan perlu membayar harga yang mahal dan lazimnya layanan istimewa untuk pakej ketiga itu hanya diberikan kepada pelanggan yang ada status dan berada,” katanya.


Shahrom berkata, berdasarkan risikan dan siasatan, pakej terbabit menawarkan harga berbeza antara RM300 hingga RM1,000 dan pakej ketiga lazimnya ditawarkan kepada pelanggan tetap yang kebanyakannya golongan berada.


“Pelanggan tidak boleh datang sewenang-sewenangnya kerana dua beranak itu akan menetapkan masa bagi mengelak kegiatan mereka dihidu penghuni lain,” katanya.


Shahrom berkata, pihaknya mendapati dua beranak itu kaya dengan menyewa kondominium mewah serta memiliki kenderaan sendiri hasil pendapatan lumayan yang diperoleh setiap hari.


“Kami memantau kegiatan dua beranak itu dan akan melancarkan serbuan pada masa sesuai. Kami menasihatkan umat Islam yang terbabit dengan kegiatan urut haram memberhentikannya dengan segera sebelum mereka dicekup,” katanya.




Tak serik-serik juga

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/16

KLANG: Walaupun pernah menjalani hukuman di pusat tahanan Simpang Renggam seorang lelaki masih tidak serik apabila ditahan kelmarin kerana dipercayai cuba untuk melakukan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Suspek berusia 24 tahun, berasal di Klang Utama, di sini ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 23 tahun ketika cuba melarikan diri di Lorong Pauh Kijang 2, Taman Saga Off Jalan Meru, di sini kira-kira jam 9.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata, sebelum kejadian, polis menerima aduan daripada orang awam mengenai sebuah kereta jenis Proton Wira putih menghalang jalan di kawasan taman berkenaan.


“Susulan aduan itu, kami menghantar sebuah kereta peronda (MPV) ke kawasan yang dimaksudkan sebelum menemui kereta terbabit.


“Bagaimanapun ketika anggota polis cuba menghampiri kenderaan terbabit, dua lelaki bergegas keluar dan cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan. Kedua-dua suspek terbabit ditahan,” katanya.


Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, Deputi Superintendan Roslan Ibrahim.

Mohamad berkata, pemeriksaan badan ke atas suspek dan kenderaan, polis menemui peralatan dipercayai digunakan untuk samun dan pecah rumah, seperti parang panjang, alat untuk membuka kereta dan pecah rumah sejumlah kunci dan satu vest hitam berpelekat perkataan Rela dan logo serta komputer riba.


“Supek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala suspek kedua, satu rekod lampau.


“Mereka turut mengaku melakukan sekurang-kurangnya 12 kes, iaitu dua kes di Balakong, tiga di Tampin dan selebihnya di sekitar daerah ini,” katanya menambah Proton Wira dinaiki kedua-dua suspek dilaporkan hilang 23 Mac lalu di Tampin, Negeri Sembilan.

Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek terbabit positif dadah. Kerugian daripada jenayah yang dilakukan suspek itu dianggarkan berjumlah lebih RM20,000.


Menurutnya, hasil soal siasat sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Batu 3, Jalan Kapar dan menahan lima lelaki berusia 27 hingga 39 tahun kerana disyaki menjadi pembeli barang curi.


“Dalam serbuan itu kami menemui sebuah komputer riba daripada salah seorang lelaki ini dipercayai dibeli daripada suspek,” katanya.




Tak sempat lampias nafsu



2010/04/16

KLANG: Seorang lelaki yang baru cuba melampiaskan nafsunya dengan seorang pelacur warga China di sebuah hotel di pusat bandar, di sini, terpaksa melupakan hasratnya itu selepas dia ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.

Dalam Ops Noda itu, lelaki berusia 24 tahun dikatakan baru masuk ke sebuah bilik hotel diikuti wanita terbabit sebelum diserbu pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata operasi kira-kira jam 6 petang itu berjaya menahan 10 wanita disyaki pelacur warga China.



Taktik tukar hotel gagal



2010/04/16

KUALA LUMPUR: Kelicikan dua wanita dipercayai pengedar dadah yang sering bertukar-tukar hotel sebagai lokasi persembunyian berakhir apabila mereka dicekup pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia awal 20-an itu ditahan ketika sedang berkemas untuk meninggalkan hotel terbabit untuk ke lokasi lain selepas urus niaga haram di kawasan berkenaan selesai.


Dalam serbuan dilakukan sekumpulan anggota polis daripada Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor pada jam 4 petang itu di sebuah hotel di Banting, kedua-dua suspek dikatakan cuba melarikan diri, namun gagal.


Menurut sumber, hasil serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas 500 gram dadah dipercayai syabu selain wang tunai bernilai ribuan ringgit.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Asisten Komisioner Nordin Kadir ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan kedua-dua suspek namun enggan mengulas lanjut.




Kawan hamil luar nikah



2010/04/12

Dr, saya mempunyai kawan yang hamil anak luar nikah dan kandungannya kini berusia tujuh bulan. Masalahnya sekarang dia tidak tahu bersalin di mana kerana takut keluarganya tahu.

Bagaimana cara saya menolong dia dan ada tidak klinik yang boleh menerimanya bersalin di sana tanpa ke hospital. Ini kerana sepanjang mengandung, baru sekali dia melakukan pemeriksaan di klinik swasta.

Rakan Runsing
Kuala Lumpur

DR amat mengerti kebimbangan dan ketakutan kawan adik itu. Sewajarnya, sama ada di hospital atau klinik swasta, setiap bakal ibu yang akan melahirkan tetap diterima dan dilayan dengan baik, sama ada anak itu luar nikah atau tidak. Oleh kerana kawan adik pernah melakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta, maka dia boleh melahirkan bayi di klinik itu. Dengan syarat, klinik itu mempunyai kemudahan bersalin. Jika tidak, minta klinik berkenaan merujuk kepada klinik bersalin yang lain. Dr berharap kawan adik itu dapat melahirkan dengan selamat dan mendapat rawatan terbaik. Mengenai langkah seterusnya yang akan diambil kawan adik selepas bersalin nanti, sebaik-baiknya dia memberitahu keluarga mengenai kehamilannya. Keluarga mungkin sukar untuk menerima kenyataan tetapi ia adalah lebih baik daripada terus merahsiakannya sehingga mereka tidak mengetahui perkara sebenar.


Anak yang bakal dilahirkan kawan adik itu adalah suci. hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud seperti berikut: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi". Melihat kepada hadith tersebut, jelas sekali bahawa semua anak yang dilahirkan adalah suci sifatnya.


Ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak seseorang anak agar menjadi orang yang berbudi pekerti mulia. Kawan adik adalah sebaik-baik insan yang boleh menjaga dan mendidik anaknya itu. Dr akui, memang wujud, segelintir manusia di kalangan masyarakat umum yang bertanggapan buruk terhadap anak luar nikah. Bagi mereka, anak luar nikah adalah tidak suci, malah, rendah kedudukannya berbanding anak sah taraf. Tanggapan buruk ini perlu dihindari. Sebaliknya, sama-sama membantu serta membimbing ibu dan anak menjalani kehidupan dengan lebih baik.


Jika kawan adik tidak mahu menjaga anaknya, dia boleh mencari rumah perlindungan. Rumah perlindungan ini bukan untuk menggalakkan seks luar nikah atau berkaitan isu moral semata-mata, tetapi pilihan terbaik bagi mengelak daripada bayi itu dibuang dan mati. Peranan adik dalam membantu kawan adalah penting dalam dirinya menghadapi saat-saat sukarnya. Ketika ini dia sangat memerlukan orang yang dapat membimbingnya ke arah yang betul. Proses ini bukanlah mudah tetapi amat penting dan jika tersilap langkah hanya akan menyebabkan kekesalan seumur hidup. Dr doakan adik dan kawan adik itu dapat mengambil tindakan yang tidak akan disesali dan dapat memberi makna dalam kehidupan kalian di kemudian hari.





Lelaki gay bimbang tiada nafsu dengan bakal isteri



2010/04/12

SAYA pelajar lelaki ijazah tahun akhir berumur 24 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi. Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai naluri berbeza iaitu berminat kepada kaum sejenis.

Ia bermula dari bangku sekolah. Memandangkan saya dikurniakan susuk tubuh dan rupa yang tampan, saya sentiasa 'dibayar' golongan atasan untuk memiliki tubuh saya.


Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang gadis. Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik memandang wajahnya pertama kali sedangkan, perasaan ini tak pernah hadir sebelum ini. Saya memberanikan diri berkenalan dengannya secara dekat dan kini, kami sudah menjadi pasangan kekasih. Saya sudah berjumpa keluarga gadis itu. Mereka dapat menerima saya dan kami merancang bertunang dan mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun lagi.


Masalahnya, saya takut tidak dapat menjadi seorang suami yang terbaik dan mengecewakan dirinya. Saya terlalu takut akan hal ini kerana saya amat menyayanginya.


Saya tidak pernah bergaul apatah lagi menyentuh 'wanita'. Saya tak pasti bernafsu terhadap golongan wanita atau tidak. Saya menyayangi kekasih saya bukan kerana nafsu.


Bagaimana saya nak pastikan bahawa saya 'bernafsu' terhadap wanita atau tidak dan perlukah saya berkongsi masalah ini bersama kekasih saya? Bantulah saya Dr. Saya benar-benar ingin berubah. Mungkin Allah mahu mengurniakan saya sesuatu yang baik untuk kembali normal?

Daus bingung
Melaka

PENGALAMAN homoseksual yang bermula dari bangku sekolah, diajar oleh rakan yang mempunyai naluri serta minat yang sama, 'dibayar' oleh golongan atasan untuk memiliki tubuh mengimarahkan aktiviti seks songsang adik.


Jika adik ingin menjadi suami yang terbaik, antara tanggungjawab ialah memberi nafkah batin kepada isteri. Sukar menjadi suami terbaik jika tidak dapat memenuhi keinginan seksual isteri. Jika sayangkan kekasih, adik perlu lakukan sesuatu untuk tidak melukakan hatinya. Semoga cinta adik terhadap kekasih ikhlas dan akan bertahan selama-lamanya.


Cinta yang ikhlas lahir apabila seseorang itu sudah menemui insan yang paling disayangi. Tiada siapa yang boleh merosakkan cinta sejati ini. Kajian menunjukkan terdapat lelaki yang terbabit dalam kegiatan homoseksual bertahun-tahun memilih untuk tidak meneruskan aktiviti mereka.


Perubahan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti mendapat rawatan psikoterapi. Agama juga boleh mengubah orientasi seksualiti golongan homoseksual. Jelasnya, kajian di atas menunjukkan tingkah laku homoseksual boleh diubah. Namun, ia memerlukan keyakinan dan pembabitan yang kuat di pihak adik. Adik mesti bersedia untuk memberhentikan tingkah laku mengadakan hubungan seks sesama jenis.

Antaranya ialah menghindarkan diri dengan rakan-rakan homoseksual. Adik perlu memberhentikan aktiviti daripada 'dibayar' oleh golongan atasan untuk memiliki tubuh saya. Homoseksual adalah berdosa dari sudut agama.


Sama ada adik perlu berkongsi masalah dengan kekasih, ia terpulang sama ada adik berani atau tidak.


Mungkin adik akan kehilangannya jika memberitahunya. Tetapi, jika adik tidak memberitahu kekasih perkara sebenar, dia akan lebih kecewa jika mengetahuinya selepas menjadi isteri adik.


Dari sudut positif, jika dia seorang yang rasional dan pemaaf, tentu dia memaafkan adik. Cinta sejati boleh mengatasi segala kesilapan masa lepas.


Buatlah pertimbangan, kaedah mana yang lebih memberi kesan positif dalam hubungan adik dengan kekasih.


Bagaimanapun, jika adik merasakan tidak boleh tinggalkan nafsu berahi kepada lelaki, lebih baik tidak menganiaya kekasih dengan berkahwin dengannya. Dirinya berhak mendapat suami yang dapat menjalankan tanggungjawab zahir dan batin.


Pengorbanan adik, sama ada, meninggalkan aktiviti homoseksual dan belajar mempunyai selera nafsu kepada perempuan dan menjalani kehidupan normal bersuami isteri atau terus tenggelam dalam keseronokan dunia homoseksual tetapi kehilangan nikmat beristeri adalah penentu arah hidup. Adik bertanggungjawab menentu arah hidup dan pilihlah yang terbaik demi agama dan masa depan.



Dua 'bapa haruan' bersalah rogol anak kandung

SHAH ALAM – Seorang penganggur yang mendakwa dirinya tidak mampu melakukan hubungan seks dihukum penjara 16 tahun selepas Mahkamah Sesyen di sini mendapatinya bersalah merogol anak kandungnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak keenam daripada lapan anak tidak dikenakan hukuman sebatan selepas Hakim, M Gunalan menggunakan budi bicara atas faktor kesihatan tertuduh.

Keterangan sebelum ini menyebut tertuduh, yang tidak diwakili peguam, mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

:Dalam penghakimannya, Gunalan mendapati hujah tertuduh bahawa umurnya sudah 49 tahun gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Kamu katakan tidak boleh melakukan hubungan seks, tetapi tidak disokong bukti dan bercanggah keterangan isteri kamu,” katanya.

Gunalan berkata, tiada sebab untuk mangsa dan dua lagi anak tertuduh mereka-reka cerita terhadap tertuduh semasa memberi keterangan di mahkamah.

Mahkamah mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan, termasuk pegawai penyiasat dan doktor serta tiga saksi pembelaan.

Gunalan juga menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara memandangkan tertuduh berada dalam reman sejak ditangkap 9 April 2009.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun 4 bulan, jam 9 malam, 13 Mac 2009 di rumah tertuduh di Kampung Bendahara Sungai Tua, Batu Caves.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Kalaiyarasi mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu di KLANG, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan terhadap seorang lelaki kerana merogol anak perempuannya sebanyak empat kali.

Hakim Zunaidah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Siti Suhada Alwi berjaya membuktikan pertuduhan melangkaui keraguan munasabah.

Tertuduh merayu supaya hukuman diringankan kerana mendakwa tidak melakukan kesalahan itu.

Lelaki berusia 52 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 1 dan 29 Mac 2006 di Sungai Besar terhadap anaknya berusia 19 tahun yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang agama untuk berkahwin dengannya.




Keluarga Din Beramboi pindah rumah


INILAH rumah lama arwah Din Beramboi di Taman Sentosa, Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


KUALA LUMPUR - Keluarga arwah Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah lama mereka di Taman Sentosa, Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu ke rumah ibunya di Taman Ehsan, Kepong di sini.

Menurut balu Din Beramboi, Suhaini Che' Man, 42, dia mengambil keputusan untuk menetap di rumah ibunya, Saenah Abdullah, 59, kerana bimbang kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah lamanya di Sungai Buaya berulang.

Beliau yang tinggal di Taman Ehsan sejak suaminya meninggal dunia pada 2 April lalu memberitahu, kawasan rumah lama mereka di Sungai Buaya sering berlaku kes seumpama itu.



Sanggup lari berbogel elak dicekup


DUA daripada wanita yang ditahan dalam operasi menangkap pelacur warga asing di Klang kelmarin.


KLANG - Akibat takut dicekup polis, seorang wanita bersama pasangannya sanggup lari berbogel ketika polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan di sebuah hotel di Jalan Pelabuhan Klang di sini malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 10 malam itu, pasangan terbabit yang sedang asyik berasmara di dalam sebuah bilik terkejut dengan kehadiran sepasukan polis yang menyerbu bilik mereka.

Tanpa sempat memakai semula pakaian masing-masing, wanita dan lelaki tersebut cuba lari keluar dari bilik berkenaan tanpa seurat benang namun akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, wanita terbabit antara lima warga Indonesia berusia 20-an yang ditahan pada malam itu kerana disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis percaya kelima-lima wanita berkenaan tidak mempunyai permit kerja yang sah berikutan kegagalan mereka menunjukkan dokumen perjalanan dan pengenalan diri.









Tuesday, April 13, 2010

MALAYSIA OH MALAYSIA

NEGARA

Taman Negara lokasi filem lucah


KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.


JERANTUT - Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah.

Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.

"Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

"Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita.




NEGARA

Ditahan lacur remaja lembam


ibrahim menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada 'Kak Dahlia' di sebuah rumah di Taman Soga, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Perbuatan kejam seorang pondan yang bukan saja melacurkan seorang remaja perempuan lembam malah memukul dan memaksanya melakukan seks luar tabii sejak sebulan lalu terbongkar apabila dia diberkas di Taman Soga di sini Jumaat lalu.

Pondan yang popular dengan panggilan 'Kak Dahlia' berusia 29 tahun terbabit diberkas selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh abang mangsa mengenai kegiatan jahatnya itu.

Abang mangsa mengetahui adiknya yang berusia 19 tahun diperlakukan sedemikian oleh pondan itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan mangsa yang datang ke rumah suspek untuk melanggan pelacur yang disediakan oleh 'Kak Dahlia'

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, siasatan mendapati, mangsa telah berkenalan dengan pondan itu ketika mereka bertemu di Dataran Penggaram di sini pada 3 Mac lalu.

Menurut beliau, suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sejak itu remaja lembam berkenaan dikurung selain dipaksa melayan nafsu pelanggan yang datang ke rumah suspek itu dengan bayaran RM100 bagi setiap pelanggan.

"Jika mangsa enggan melakukan seks termasuk seks luar tabii, dia akan dipukul oleh pondan itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.





NEGARA

Lebuh raya siap, pampasan lesap


SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Cahaya Baru yang mengadakan demonstrasi aman berhubung pampasan pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru di Masai, Pasir Gudang semalam.


PASIR GUDANG - Pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru telah pun siap sepenuhnya, namun baki pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap 377 penduduk Kampung Cahaya Baru (KCB) Masai didakwa masih belum diserahkan oleh pihak terbabit.

"Persoalannya, apa kesudahan baki RM1 juta kami yang sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini," kata wakil penduduk, Abdul Razak Abdul Rahman, 57.

Menurut Abdul Razak, penduduk sudah puas berusaha termasuk naik turun mahkamah, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk membela nasib mereka.

"Wang tersebut telah diserahkan oleh kerajaan kepada satu syarikat yang dilantik iaitu Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) untuk menguruskan wang pampasan tersebut dan saya adalah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.





NEGARA

80 bilion SMS dalam setahun


SMS semakin penting dalam kehidupan sehingga ada orang sanggup menanggung risiko menaip mesej sewaktu menunggang motosikal. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.

Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.

"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.

"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.



NEGARA

Peniaga tertipu dapat wang palsu


KO OONG menunjukkan empat keping wang RM50 palsu yang diterima peniaga di kawasan Desa Setapak pada sidang akhbar di Pusat Khidmat MCA Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR - Tidak kurang 10 peniaga di sekitar Desa Setapak di sini dilaporkan terpedaya dengan taktik licik seorang lelaki yang menggunakan wang RM50 palsu untuk membayar makanan dan bara- ngan runcit sejak dua minggu lalu.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut selepas kesemua peniaga yang diperdayanya memberikan gambaran yang hampir serupa mengenai bentuk fizi- kalnya.

Dia dikatakan menggunakan teknik membelah wang yang tulen sebelum menampalnya dengan bahagian yang palsu sama ada pada muka depan atau belakang not tersebut. Hampir kesemua wang yang diguna- kan mempunyai nombor siri yang sama.

Selepas itu, dia akan mengunjungi mana-mana kedai yang mempunyai ramai pelanggan dan terus membuat pembayaran untuk mengelakkan kegiatannya terbongkar.

Sehubungan itu, peniaga-peniaga tersebut yang semakin resah dengan penularan taktik tersebut selepas menerima 10 keping wang RM50 palsu bersepakat untuk membuat aduan kepada MCA Wangsa Maju dan polis.

Salah seorang peniaga makanan, Chan Kam Wei, 54, mendakwa, dia menerima wang RM50 daripada seorang lelaki yang membeli makanan di kedainya kira-kira dua minggu lalu.



NEGARA

Terjun perigi ikut suara ghaib


SEORANG penduduk menunjukkan perigi di Kampung Laha, Pulau Chondong, Kota Bharu tempat Siti Ramlah terjun selepas mendakwa disuruh berbuat demikian oleh suara ghaib.


MACHANG - Seorang suri rumah terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam sebuah perigi yang airnya pada paras pinggang selepas dia terjun ke dalam perigi tersebut kononnya atas arahan satu suara ghaib.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi di Kampung Laha, Pulau Chondong dekat sini semalam, Siti Ramlah Wok, 52, tidak cedera dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam perigi yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Perigi itu digali lebih 10 tahun lalu dengan paras kedalaman enam meter.

Bagaimanapun musim kemarau sejak awal tahun ini menyebabkan ia jarang digunakan lagi sehingga ditumbuhi semak.

Ia hanya digunakan sekali sekala oleh penoreh getah di kampung itu untuk mencuci tangan dan peralatan menoreh.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku di situ kerana sebelum ini tiada kes penduduk terjun ke dalam perigi atau orang mendengar suara ghaib yang meminta mereka terjun ke dalam perigi itu.



Semburan perangsang tenaga


ANUAR memberi penyelesaian alternatif kepada masalah kelesuan dan keletihan menerusi produk Malam Jumaat?


FENOMENA cuaca panas yang membahang ketika ini secara tidak langsung mendorong ramai untuk menyejukkan diri dengan alat pendingin hawa.

Sama ada di pejabat, rumah, pusat beli-belah atau restoran semuanya bagaikan tidak lengkap tanpa alat pendingin hawa. Namun mungkin tidak ramai yang sedar pendedahan terhadap alat itu boleh meninggalkan kesan pada kesihatan.

Pendedahan kepada pendingin hawa dalam jangka masa yang panjang mengakibat seseorang berasa letih, lesu dan kurang bertenaga. "Udara yang sejuk itu secara tidak langsung menegangkan urat-urat darah dan membuatkan mereka rasa kurang bermaya," kata Pengarah Urusan Malam Jumaat Marketing, Anuar Osman.

Apabila urat-urat itu semakin tegang, ia ia akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada badan. Kesannya, rutin harian seseorang terjejas dan mengganggu prestasi mereka.

Bagaimanakah untuk mengembalikan tenaga yang hilang itu? Menurut Anuar, masalah tersebut dapat dibantu dengan produk terbaru keluaran syarikatnya iaitu Malam Jumaat.

Malam Jumaat adalah sejenis produk penambah tenaga. Masalah tersebut lazimnya dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Produk kesihatan yang berasaskan herba itu dihasilkan dengan gabungan perubatan tradisional tetapi menggunakan teknologi yang moden.

"Selain menambah tenaga, penggunaan produk terbaru ini juga boleh membantu mengerat hubungan suami isteri. Suami isteri yang kelesuan sejurus kembali dari tempat kerja besar kemungkinan tidak begitu berminat melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

"Dengan adanya Malam Jumaat, mereka tidak perlu bimbang. Bahan-bahan asli yang diadun dalam bentuk semburan itu dapat membantu melancarkan aliran darah, mengatasi keletihan dan memulihkan tenaga," kata Anuar yang menjalankan perniagaan itu bersama rakan-rakannya sejak Mac lalu di Ara Damansara, Selangor.

Penyelidikan setahun

Produk yang didatangkan dalam dua jenis iaitu Malam Jumaat untuk lelaki dan Malam Jumaat untuk wanita itu dijamin seratus peratus diperbuat daripada herba. Ia juga tidak mengundang sebarang kesan sampingan kepada badan seseorang.

Bercerita lanjut mengenai pelancaran produk baru itu Anuar berkata, idea memperkenalkan produk perangsang tenaga itu tercetus melalui perbincangan bersama seorang rakan lamanya. Rakan tersebut yang peka terhadap kesan alat pendingin hawa kepada kesihatan telah memberi galakan kepada Anuar untuk menghasilkan produk Malam Jumaat.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam industri kecantikan dan kosmetik wanita tertarik dengan idea tersebut. Anuar kemudiannya memulakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk tersebut.

"Kami membuat penyelidikan dan pembangunan selama setahun sebelum memperkenalkan produk itu ke pasaran," jelas Anuar yang membuat penyelidikan selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk memasarkan produk tersebut.

Mengapakah produk tersebut dinamakan Malam Jumaat? Menurut anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu malam Jumaat menurut kefahaman masyarakat Islam adalah malam yang penuh dengan kemuliaan untuk meningkatkan ibadah.

Produk itu menurut Anuar, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kepada mereka yang kurang bersenam, Malam Jumaat sesuai digunakan bagi merangsang tenaga. Bagaimanakah cara menggunakannya ?

Hanya semburkan cecair itu di bawah lidah dua kali sehari. Selain pasangan suami isteri, para pelajar yang sering keletihan juga digalakkan mencuba produk itu untuk lebih bertenaga dan fokus kepada pelajaran.

Tambah Anuar, penyembur berona hitam dan biru itu juga mudah dibawa kemana-mana. "Penyembur berona hitam dan biru ini mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan," katanya.

Produk penambah tenaga itu dijual pada harga RM39.90 di Semenanjung Malaysia dan RM42.30 di Sabah dan Sarawak. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03-7842 6678 atau layari laman web www.malamjumaat.com.



VARIA

Bayar zakat di pejabat pos


MOHD. RAIS (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Wan Mohd. Zain Wan Mamat (empat dari kiri) pada majlis anugerah kecemerlangan kaunter-kaunter pos 2009 sebagai satu ejen pungutan zakat.


PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bercadang melantik kaunter angkat terbarunya di pejabat Pos Malaysia Bhd. cawangan Suria KLCC yang dilihat mempunyai potensi besar meningkatkan kutipan zakat.

Ia berikutan cawangan tersebut berjaya menerima bayaran zakat paling tinggi dan kaunter paling ramai menerima pembayaran zakat di sini tahun lalu.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias, memberitahu sehingga kini terdapat 48 pejabat pos yang boleh menerima bayaran zakat bagi pihak PPZ di sekitar Lembah Klang.

Katanya, pemilihan pejabat Pos cawangan Suria KLCC disebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai terutama para pekerja di Menara Berkembar Petronas dan kawasan sekitarnya.

"Perkhidmatan kaunter angkat berbeza daripada kaunter lain kerana masa operasi dilanjutkan sehingga pukul 10 malam dan setiap pengunjung yang menggunakan perkhidmatan itu diberi cenderamata daripada PPZ-MAIWP.

"Bermula tahun lalu kita (PPZ-MAIWP) mewujudkan kaunter angkat di pejabat Pos cawangan Gombak kerana penduduk kawasan itu rata-rata beragama Islam," katanya pada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Kaunter Pos 2009 di Wisma PPZ baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, kaunter pos cawangan Suria KLCC dan kaunter Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur memenangi anugerah kecemerlangan daripada PPZ-MAIWP kerana pungutan zakat yang diterima daripada kedua-dua kaunter itu amat baik.

Hadiah saguhati diberikan kepada Pejabat Pos cawangan Jalan Gurney, Medan Tuanku dan Sungai Besi yang menunjukkan peningkatan kutipan serta pembayar zakat.

Tambah Mohd. Rais, antara objektif PPZ-MAIWP menganjurkan anugerah itu sebagai tanda penghargaan, perangsang dan mewujudkan kerjasama erat dengan Pos Malaysia dalam meningkatkan jumlah kutipan dan bilangan pembayar zakat.

"Diharapkan anugerah seperti ini dapat menjadi perangsang semua kaunter pejabat pos untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam urusan penerimaan zakat," katanya.



VARIA

Main catur hingga dinihari


PERTANDINGAN ini telah berlangsung di tapak bazar larut malam Uptown Shah Alam yang beroperasi setiap hari dari pukul 8 malam hingga 3 pagi.


TIDAK mudah bagi kalangan peserta untuk menumpukan minda pada gerakan buah catur dengan betul dan tepat apabila pertandingan diadakan di kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah iaitu di bazar larut malam.

Lebih sukar, Pertandingan Catur Uptown Shah Alam 2010 memerlukan kekuatan mental dan fizikal pemain kerana ia berlangsung pada waktu malam sehingga awal pagi iaitu ketika minda dan tubuh bersedia untuk beristirehat.

Semua itu walau bagaimanapun berjaya dilalui oleh Abdullah Che Hassan, 26, yang berjaya merangkul tempat ketiga. Menurutnya, pertandingan itu sememangnya mencabar kerana peserta perlu memerah otak hampir enam jam.

"Ini kali pertama saya masuk pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi dan ia amat memenatkan kerana perlu berfikir ketika badan letih.

"Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya anggap ia satu pertandingan yang unik dengan memberikan pengalaman yang mencabar kemampuan diri," katanya kepada Kosmo! pada pertandingan yang berlangsung di Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Abdullah, selain memberi kelainan dari segi masa penganjuran, pertandingan berkenaan juga menawarkan satu lagi keunikan iaitu dilangsungkan di kawasan perniagaan bazar larut malam.

"Bukan sahaja terpaksa lawan perasaan mengantuk, peserta juga perlu mengawal minda supaya tidak terganggu dengan persekitaran bazar yang hingar-bingar," ujarnya.

Dia yang berasal dari Terengganu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 dan hamper.

Tempat pertama dirangkul oleh peserta Filipina, Ian Udani, 40, dengan hadiah wang tunai RM300 berserta hamper manakala tempat kedua dimenangi oleh Kamaluddin Yusof, 40, dari Shah Alam.

Pertandingan catur berkenaan menggunakan sistem pusingan Robin iaitu semua peserta berlawan dengan setiap pencabar secara serentak dalam enam pusingan. Peserta yang memperoleh mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

Menurut Duta Uptown Shah Alam, Irwan Shah, pertandingan yang merupakan anjuran Persatuan Catur Kuala Lumpur dan Uptown Shah Alam itu berlangsung dari pukul 9 malam, dan berakhir 2.30 pagi keesokannya.

"Kita pilih tempoh masa ini selaras dengan waktu operasi bazar larut malam Uptown Shah Alam bagi mewujudkan satu kelainan dan untuk menarik lebih ramai pengunjung," katanya.


AIZUL HISHAM MOHD. DOM


Ujar Irwan, pertandingan catur tersebut mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat catur yang datang dari serata Lembah Klang, Ipoh dan Johor Bahru selain terdapat penyertaan seorang lelaki warga Filipina.

"Pertandingan berlangsung dengan meriah dan para peserta berentap sesama sendiri dalam kalangan pemain yang terdiri daripada peserta seawal usia lapan tahun hingga mencecah 52 tahun," jelasnya.

Kata Irwan, pihaknya mungkin akan menjadikan pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi itu sebagai aktiviti tahunan Uptown Shah Alam dengan menarik penyertaan lebih ramai peserta dalam penganjuran akan datang.

"Selain aktiviti perniagaan, kita juga mahu jadikan Uptown Shah Alam sebagai satu destinasi rekreasi keluarga yang menarik untuk dikunjungi," ujarnya.

Tambahnya, selain catur, Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd. yang menguruskan Uptown Shah Alam turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan Uptown Idol 2 dan Uptown Bintang Kecil 2. Pencariannya berlangsung sepanjang Mac 2010 dan peringkat akhir pada 10 April ini.



Pahang catat 57 kes H1N1


KUANTAN - Pahang mencatatkan 57 kes positif virus Influenza A (H1N1) setakat semalam membabitkan enam daerah yang terlibat sejak awal tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, daripada jumlah itu, 11 kes melibatkan kanak-kanak.

Menurutnya, 17 kes dicatatkan sepanjang minggu lalu, berdasarkan laporan termasuk beberapa kes di hospital swasta dan kerajaan.
“Daripada jumlah keseluruhan, Pekan menunjukkan jumlah kes tertinggi iaitu 24 kes, Kuantan (10 kes), Rompin dan Raub masing-masing lapan kes, Lipis (enam kes) dan Maran (satu kes).

“Bagaimanapun, semua kes yang dirujuk adalah terkawal dan tidak ada pesakit berada dalam situasi kritikal,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Dr Abu Bakar Awang Ngah dan Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Epidemik, Dr Mohd Sapian Mohd.

Khai Mun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri giat melakukan pemeriksaan di seluruh negeri bagi mendapat maklumat terkini berkaitan jangkitan penyakit itu.
Katanya, orang awam yang mendapati mereka dijangkiti simpton seperti demam, selesema dan sakit tekak, dinasihatkan mendapat rawatan lanjut untuk mengenal pasti sama mereka positif H1N1 atau tidak.

“Walaupun begitu, keadaan di negeri ini masih terkawal dan tiada seorang pun pesakit dilaporkan kritikal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sediakan 24,000 suntikan vaksin kepada Pahang untuk mereka terdedah jangkitan virus itu seperti jabatan bomba, polis, veterinar, imigresen dan orang awam.

“Namun setakat ini, 20,740 diterima, manakala 4,866 vaksin diberikan kepada mereka terbabit dan kita jangka ia cukup untuk menampung keperluan 14,000 rakyat,” katanya.
Beliau berkata, 17,872 poster dan 673 risalah berkaitan H1N1 diedarkan sejak tahun lalu kepada orang ramai untuk memberi kesedaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati.

“Orang awam perlu menjaga kebersihan dengan memakai bahan pencuci tangan, selain kerap mandi supaya badan tidak mudah dijangkiti kuman,” katanya.




Mohsin nafi takut pulang kawasan sebab solat hajat



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menafikan dakwaan bahawa beliau tidak turun turun padang meninjau masalah penduduk di kawasannya kerana takut dengan 'balasan' solat hajat mohon beliau ditimpa musibah.

Katanya, sebagai wakil rakyat beliau sentiasa mengutamakan rakyat dan sentiasa bekerja untuk menyelesaikan masalah di kawasannya.

“Saya tidak takut. Saya berada di sini (Parlimen) untuk bekerja demi rakyat,” katanya.

Mohsin Fadzli berkata, beliau pulang ke kawasannya dua minggu lepas untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan berhubung masalah berbangkit pengundi diwakilinya.

“Saya sentiasa memantau perkembangan rakyat dan sentiasa menghubungi mengambil tahu perkembangan semasa di kawasan.

“Ini tidak bermakna, sekiranya saya tidak turun padang, saya tidak mengambil berat terhadap rakyat di kawasan saya. Saya sekarang sibuk berada di Parlimen,” katanya kepada :Sinar Harian :di lobi Parlimen, semalam.




Lelaki warga Bangladesh dalang sindiket jual pasport palsu RM1,000


SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor hari ini menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menjadi dalang sindiket membuat dan menjual pasport palsu Malaysia kepada warga asing lain.

Pengarahnya Johari Yusof berkata dalam serbuan awal pagi di sebuah unit pangsapuri di Puchong dekat sini, polis turut merampas peralatan dipercayai digunakan lelaki berusia 30an itu untuk menjalankan kegiatannya.

"Antaranya tiga pasport dengan gambar individu lain, cop getah keselamatan Kedutaan Bangladesh dan gam serta wang tunai dalam Ringgit Malaysia dan beberapa mata wang asing bernilai RM500," katanya pada sidang media di sini.

Selain itu pihaknya juga menemui 'pen drive' mengandungi senarai pelanggan yang sedang menunggu untuk mendapatkan pasport palsu daripada lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu.

"Pasport palsu berkenaan kebanyakannya dijual kepada rakan senegaranya dan rakyat Myanmar. Setiap satu dijual pada harga RM1,000," katanya.- Bernama





Cinta duitan lelaki Afrika

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/04/13

KUALA LUMPUR: Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.

Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu.


Hanya dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.


“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.


“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.


Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati.

“Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya.


“Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.


Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.

“Setiap kali meminjamkan wang kepada Yousoff, dia berjanji akan memulangkan dua kali ganda wang terbabit. Kadang-kadang saya cuba menipunya untuk tidak memberikan wang, namun belaian Yousoff membuatkan saya cair.


“Dia bijak bermain kata-kata saya jatuh hati hingga tidak sanggup meninggalkannya apatah lagi saya sudah lama kesepian sejak ditinggalkan suami,” katanya.


Azie berkata, kali terakhir dia meminjamkan wang RM26,000 kepada Yousoff yang mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu.


“Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong. Pada mulanya saya tidak mahu berprasangka buruk, namun akhirnya terpaksa akur yang saya diperdayakan.


“Wang simpanan lebih RM80,000 habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany yang ditemui mengesahkan laporan itu dan sedang menjejaki suspek.


“Siasatan awal mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu mendapati suspek menggunakan beberapa identiti dan kami sedang bekerjasama dengan kedutaan terbabit bagi menjejakinya,” katanya ketika dihubungi.




Suami durjana dijel

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
2010/04/13

KUANTAN: “Tak tau nak cakap apa,” demikian kata seorang ‘suami terlampau’ di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam ketika diminta mengemukakan rayuan selepas mengaku bersalah mencederakan isteri sendiri dengan menyimbah cuka getah gara-gara enggan melayan permintaannya mengadakan hubungan seks.

BERSALAH...Supian dipenjara enam tahun.
BERSALAH...Supian dipenjara enam tahun.
Terdahulu tertuduh, Supian Hani Ismail, 47, dari Felda Bukit Sagu 2, di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Irwan Suainbon.


Mengikut kertas pertuduhan, dia yang juga seorang penganggur dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Zarina Wahab, 43, dengan menggunakan apa-apa benda melecur iaitu cuka getah pada 7 April lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi di No 67, Felda Bukit Sagu 2.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat.


Dengan pengakuan bersalah itu, bapa kepada enam anak terbabit dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dua sebatan.


Sebelum menjatuhkan hukuman, Irwan meminta tertuduh mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap kesalahan itu namun tertuduh hanya mendiamkan diri.

Selepas disuruh beberapa kali, tertuduh hanya memberitahu kepada mahkamah yang dia tidak pandai bercakap.


“Saya tidak tahu hendak cakap... minta ringan hukuman,” kata tertuduh dengan suara perlahan.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Heng Yen Loo membantah dan mahu mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap kesalahan itu.



Katanya, tindakan tertuduh menyimbah cuka getah kepada isterinya adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kecederaan kekal kepada wanita berkenaan.


“Tindakan ini langsung tidak berperikemanusiaan dan saya pohon mahkamah mengambil kira kesakitan dan kesedihan dialami serta maruah diri mangsa selepas kes ini mendapat liputan meluas media,” katanya.


Menurutnya, sepatutnya tertuduh melindungi isterinya dengan memberi perlindungan sewajarnya namun kerana perbuatan tertuduh ia bertukar menjadi tempat penganiayaan paling dahsyat sekali.


Katanya, pihak pendakwaan memohon hukuman sebat turut dikenakan terhadap tertuduh supaya hukuman berkenaan memberi mesej mahkamah memandang berat kesalahan dilakukan.


Mengikut fakta kes, tertuduh pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Rabu lalu sebelum memasuki bilik dan melihat mangsa memegang telefon bimbit dan ketika ditanya mangsa memaklumkan sedang menghantar SMS kepada seorang anaknya bernama Kamarul.


Tertuduh cuba merampas telefon namun tidak dibenarkan mangsa sebelum lelaki terbabit beredar dari bilik.


Tertuduh kemudian masuk semula dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks namun permintaannya ditolak isterinya.


Supian kemudian keluar dari bilik sebelum memasuki semula dengan membawa bersama parang dan cuba menetak telefon bimbit terbabit dengan senjata tajam berkenaan.


Mangsa yang cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh kemudian disimbah dengan cuka getah oleh suaminya.


Berikutan tindakan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sebelum disahkan mengalami lapan peratus melecur membabitkan bahagian kiri muka, dada, bahu, leher dan lengan.


Tertuduh menyerah diri di Balai Polis Panching, kira-kira jam 4.45 pagi pada hari kejadian.



Van terbalik enam kali

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
2010/04/13

MELAKA: “Ketika van yang kami naiki terbalik beberapa kali, tiada perkara lain bermain di fikiran saya kecuali berdepan dengan maut kerana keadaan pada masa itu begitu menakutkan,” kata seorang peniaga pasar malam apabila kenderaan dinaikinya terbalik enam kali dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Bertam Hulu-Sungai Udang, di sini, petang kelmarin.

TERKEJUT...Along (tiga dari kiri)  cuba ditenangkan  orang ramai  yang melihat kejadian, petang semalam.
TERKEJUT...Along (tiga dari kiri) cuba ditenangkan orang ramai yang melihat kejadian, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, van berkenaan yang dinaiki tiga remaja lelaki dikatakan terbalik semasa mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza dipandu seorang lelaki yang didakwa memasuki laluan bertentangan secara tiba-tiba.


Pemandu van terbabit yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 21, berkata dia bersama rakannya, Along, 20, dan Aizuddin, 16, dalam perjalanan dari Kampung Tengah, Bukit Rambai menuju ke pekan Masjid Tanah untuk berniaga pakaian bundle di tapak pasar malam.


Menurutnya, sebaik tiba di kawasan kejadian, dia ternampak sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan melulu sebelum memasuki laluan mereka menyebabkannya cuba mengelak dengan memaut stereng ke kiri, bagaimanapun van berkenaan yang sarat dengan muatan terbalik.


“Saya memandu van baru dibeli sejak sebulan lalu dalam kelajuan minimum kerana dalamnya penuh dengan barangan termasuk khemah untuk perniagaan pasar malam menyebabkansukar untuk mengelak kenderaan datang dari arah hadapan.


“Ketika itu saya cuba memaut stereng ke kiri jalan untuk mengelak dirempuh kenderaan terbabit, tetapi disebabkan muatan yang sarat, saya tidak berbuat apa-apa sebelum van yang saya pandu melambung dan terbalik enam kali sebelum tersadai di tepi tebing.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kejadian ini boleh berlaku, padahal saya memandu van agak perlahan dan kami sudah nampak kenderaan terbabit melulu dari hadapan, tetapi syukur kerana nasib menyebelahi kami, kalau tidak tak tahulah nasib kami macam mana,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, pada masa sama, dia dan rakan turut panik kerana kejadian berlaku terlalu pantas, tetapi bersyukur kepada Tuhan kerana hanya mengalami cedera ringan.


“Van yang kami naiki rosak teruk, tetapi kenderaan lelaki terbabit hanya rosak sedikit saja,” katanya.

Along berkata, dia menyifatkan kejadian berkenaan seperti dalam filem aksi kerana kenderaan mereka terbalik sebanyak enam kali sebelum bahagian depan menghadap ke arah Bertam Hulu dalam keadaan mengiring.


“Rasa macam tidak percaya, macam bermimpi pun ada kerana kejadian ini membuatkan saya dan rakan termenung seketika kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada kami bertiga seolah-olah insiden yang berlaku seperti babak aksi dalam filem James Bond.


“Selepas kemalangan berlaku, saya dan rakan segera mendapatkan pemandu kenderaan Toyota Avanza berkenaan, tetapi dia memberi pelbagai alasan menyebabkan kami membuat laporan polis berhubung kemalangan ini,” katanya.



Kawan hamil luar nikah



Dr, saya mempunyai kawan yang hamil anak luar nikah dan kandungannya kini berusia tujuh bulan. Masalahnya sekarang dia tidak tahu bersalin di mana kerana takut keluarganya tahu.

Bagaimana cara saya menolong dia dan ada tidak klinik yang boleh menerimanya bersalin di sana tanpa ke hospital. Ini kerana sepanjang mengandung, baru sekali dia melakukan pemeriksaan di klinik swasta.

Rakan Runsing
Kuala Lumpur

DR amat mengerti kebimbangan dan ketakutan kawan adik itu. Sewajarnya, sama ada di hospital atau klinik swasta, setiap bakal ibu yang akan melahirkan tetap diterima dan dilayan dengan baik, sama ada anak itu luar nikah atau tidak. Oleh kerana kawan adik pernah melakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta, maka dia boleh melahirkan bayi di klinik itu. Dengan syarat, klinik itu mempunyai kemudahan bersalin. Jika tidak, minta klinik berkenaan merujuk kepada klinik bersalin yang lain. Dr berharap kawan adik itu dapat melahirkan dengan selamat dan mendapat rawatan terbaik. Mengenai langkah seterusnya yang akan diambil kawan adik selepas bersalin nanti, sebaik-baiknya dia memberitahu keluarga mengenai kehamilannya. Keluarga mungkin sukar untuk menerima kenyataan tetapi ia adalah lebih baik daripada terus merahsiakannya sehingga mereka tidak mengetahui perkara sebenar.


Anak yang bakal dilahirkan kawan adik itu adalah suci. hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud seperti berikut: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi". Melihat kepada hadith tersebut, jelas sekali bahawa semua anak yang dilahirkan adalah suci sifatnya.


Ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak seseorang anak agar menjadi orang yang berbudi pekerti mulia. Kawan adik adalah sebaik-baik insan yang boleh menjaga dan mendidik anaknya itu. Dr akui, memang wujud, segelintir manusia di kalangan masyarakat umum yang bertanggapan buruk terhadap anak luar nikah. Bagi mereka, anak luar nikah adalah tidak suci, malah, rendah kedudukannya berbanding anak sah taraf. Tanggapan buruk ini perlu dihindari. Sebaliknya, sama-sama membantu serta membimbing ibu dan anak menjalani kehidupan dengan lebih baik.


Jika kawan adik tidak mahu menjaga anaknya, dia boleh mencari rumah perlindungan. Rumah perlindungan ini bukan untuk menggalakkan seks luar nikah atau berkaitan isu moral semata-mata, tetapi pilihan terbaik bagi mengelak daripada bayi itu dibuang dan mati. Peranan adik dalam membantu kawan adalah penting dalam dirinya menghadapi saat-saat sukarnya. Ketika ini dia sangat memerlukan orang yang dapat membimbingnya ke arah yang betul. Proses ini bukanlah mudah tetapi amat penting dan jika tersilap langkah hanya akan menyebabkan kekesalan seumur hidup. Dr doakan adik dan kawan adik itu dapat mengambil tindakan yang tidak akan disesali dan dapat memberi makna dalam kehidupan kalian di kemudian hari.



Tinggal isteri demi pil khayal

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/13

KUALA LUMPUR: Kelam-kabut selepas melihat kehadiran anggota polis menyebabkan seorang pengedar dadah sanggup melarikan diri dengan meninggalkan isterinya terkial-kial bersendirian di tepi jalan sambil memegang beg berisi penuh pil khayal.

RAMPAS...Wan Abdul Bari menunjukkan pil Eramin 5 dan barangan  dirampas daripada pasangan terbabit.
RAMPAS...Wan Abdul Bari menunjukkan pil Eramin 5 dan barangan dirampas daripada pasangan terbabit.
Tindakan nekad terbabit dilakukan lelaki berusia 36 tahun itu meranapkan jiwa isterinya yang sebelum ini sama-sama berkecimpung sebagai pengedar pil Eramin 5 lebih dua tahun lalu.


Bagaimanapun, suami wanita terbabit ditahan beberapa jam kemudian di Lebuh raya Kesas.


Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.35 petang, Selasa lalu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menjalankan risikan selepas mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah berhampiran Jalan Petaling di sini.


Menurutnya, polis menyerbu sebelum menahan seorang wanita berhampiran hadapan sebuah stesen minyak.


“Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang menyedari kehadiran polis melarikan diri bersama seorang lelaki lain dengan sebuah kereta. Hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 28 tahun itu membawa satu beg plastik berwarna hijau.



“Pemeriksaan lanjut menemui satu bungkusan kertas surat khabar yang mengandungi 50 papan pil Eramin 5 yang berjumlah kira-kira 500 biji. Semua dadah itu seberat 140 gram bernilai dan dianggarkan bernilai RM12,500 mengikut harga pasaran,” katanya.


Menurutnya, susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mendapati wanita terbabit positif syabu.


“Hasil tangkapan pertama itu, pihaknya terus mengesan suaminya sebelum mengesan kereta dinaikinya di Lebuhraya Kesas di sini.

“Polis yang mengekori kereta itu menahan suspek bersama seorang lagi lelaki kira-kira 15 minit kemudian. Hasil pemeriksaan pada kereta dinaiki suspek, polis menemui satu bungkusan kertas berwarna ungu yang diikat dengan gelang getah,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya semalam.


Menurutnya, sebaik bungkusan itu dibuka, polis menemui 10 papan Eramin 5 mengandungi 200 pil seberat 60 gram yang mempunyai nilai pasaran hampir RM2,000.


“Suspek yang dibawa untuk ujian air kencing turut didapati positif dadah. Suspek dan isterinya ditahan reman sehingga 19 April depan untuk siasatan lanjut,” katanya.




Tiga lelaki larikan kereta curi sejauh 50km selepas samun suami isteri



2010/04/13

KUANTAN: Tiga lelaki warga asing menyamun sepasang suami isteri di rumah mereka di sebuah kampung di Jalan Rompin-Muadzam Shah dekat Rompin, dan bertindak melarikan kereta milik keluarga itu sejauh kira-kira 50 kilometer.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha berkata kejadian pada 4.30 pagi semalam itu berlaku ketika ketiga-tiga lelaki terbabit yang bertopeng dan bersenjatakan dua bilah parang masuk ke dalam rumah milik seorang pengawal keselamatan.


Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia 30-an yang masuk melalui pintu belakang rumah berkenaan, kemudian menyerbu masuk ke bilik mangsa berusia 45 tahun dan isterinya yang berumur 38 tahun.


"Suspek mengikat tangan kedua-dua mangsa menggunakan wayar telefon dan menutup muka mereka dengan selimut sebelum mengambil wang tunai RM60 bersama tiga telefon bimbit," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri melalui pintu yang sama dan membawa kereta jenis Proton Wira milik mangsa sehingga jarak 50 kilometer dari rumahnya.


Sepasukan polis yang melakukan rondaan kemudian menemui kereta itu yang ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat dekat Kota Bahagia kira-kira 12 jam selepas mangsa membuat laporan.-Bernama.


'Superman' putus kaki

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/04/13

KUALA LUMPUR: Aksi ‘Superman’ iaitu menunggang sambil meniarap dengan kaki dilurus ke belakang di atas motosikal Yamaha RXZ yang dilakukan seorang remaja dipercayai ketika berlumba berakhir tragedi apabila dia maut dengan kaki kanannya putus manakala perutnya hampir terburai selepas badannya tercampak sejauh 20 meter di laluan bertentangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin di Kilometer 11.3 Lebuhraya Grand Saga berhampiran Maktab Polis, Cheras, di sini, rakan mangsa yang menunggang sebuah lagi motosikal turut cedera parah, selepas kenderaan ditunggang kedua-dua remaja terbabit merempuh belakang sebuah Perodua Viva yang berhenti di lebuh raya tiga lorong itu.


Mangsa, Mohd Noor Affendy Adnan, 20, dari Taman Delima, di sini, dipercayai berlumba sambil menggayakan aksi bahaya sebelum melanggar Perodua Viva yang berhenti di tengah lebuh raya berkenaan untuk membantu sepasang suami isteri yang terbabit dalam kemalangan di tempat sama sejurus sebelum itu.


Pemandu Perodua Viva berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 24, berkata ketika kejadian dia berada di luar keretanya bagi membantu pasangan suami isteri warga emas yang cedera selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar sebuah kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba di tempat kejadian.


“Pasangan berkenaan terbabas di hadapan saya. Saya membantu mengangkat motosikal dan memapah mereka ke tepi jalan yang ketika itu sesak.


“Ketika saya sedang memberi minuman kepada pasangan warga emas berkenaan, saya melihat dua cahaya lampu menghala laju di laluan kanan jalan berkenaan sebelum melanggar belakang kereta saya,” katanya.


Fairuz berkata, kejadian berlaku begitu pantas sebelum dia melihat badan mangsa tercampak ke laluan bersebelahan selepas melanggar keretanya.


Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa terpelanting kira-kira 20 meter dengan kaki kanannya putus dan tersangkut pada besi pembahagi jalan manakala badannya tercampak di atas laluan bertentangan.


Rakan mangsa yang belum dikenali pula tercampak tidak jauh dari situ.

Fairuz berkata, saksi kejadian mendakwa mangsa melakukan aksi ‘Superman’ di atas motosikal ditunggangnya sebelum menghentam belakang kereta.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal motosikalnya.



Saksi pernikahan anak di AS melalui sidang video



2010/04/13

SIMPANG RENGGAM: Meskipun terpisah kira-kira 14,000 kilometer, hasrat sepasang suami isteri untuk menyaksikan majlis akad nikah anak sulung mereka yang berlangsung di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, pagi semalam menjadi kenyataan melalui sidang video Skype.

Bagi Mansor Mat Zin, 65, dan isteri, Siti Rohani Abdul Samad, 59, akad nikah secara langsung menerusi laman komunikasi maya itu sedikit sebanyak memeriahkan majlis kesyukuran diadakan di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Jalan Renggam di sini, yang dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat.


Eezalela Mansor, 35 yang bertugas sebagai Setiausaha di pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) di Los Angeles, selamat diijab kabul dengan pasangannya, Hassan Aqeel Abdullah atau nama asalnya Quinn Ryan Lieber, 35, seorang arkitek oleh Pengarah Pusat Pendidikan Islam Walnut, California, Dr Ahmad H Sakr, kira-kira jam 9.10 pagi semalam waktu Malaysia.


Mansor berkata, idea mengadakan sidang video itu dicetuskan sendiri oleh Eezalela kerana dia mahu majlis yang paling bermakna dalam hidupnya itu turut disaksikan oleh ahli keluarga yang berada jauh di tanah air.


“Dia di sana hanya ada kawan-kawan dan rakan setugas, namun dia mahu majlis akad nikahnya turut disaksikan ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara yang berada di kampung.


“Bagi kami, walaupun tidak berada di sisinya ketika majlis dilangsungkan, dapat menyaksikannya melalui sidang video yang diusahakan oleh adiknya itu sudah cukup mengubat kerinduan dan memenuhi hasrat untuk melihat dia selamat diijabkabulkan,” katanya ketika ditemui, semalam

Majlis akad nikah dilangsungkan di kediaman pegawai atasan Eezalela di St Gabriel, Los Angeles yang turut dihadiri rakan setugas dan keluarga sebelah pengantin lelaki berasal dari Texas itu.


Sementara itu, Eezalela ketika ditemuramah melalui sidang video sebaik selesai akad nikah diadakan berkata, dia tetap gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun diadakan tanpa ahli keluarga di sisinya.


“Saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar seperti dirancangkan, walaupun ibu dan ayah tiada di sini, namun saya gembira kerana mereka turut menyaksikannya melalui sidang video,” katanya.


Penjenayah kebas CCTV

Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my
2010/04/13

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima hanya mampu menggeleng kepala apabila penjenayah yang memecah masuk pejabat syarikatnya tidak hanya melarikan barang berharga, malah turut ‘melesapkan’ kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dijadikan bahan bukti jenayah.

Tindakan licik penjenayah yang turut mencabut dan melarikan CCTV dari dalam pejabat dramatis terbabit menunjukkan suspek penjenayah profesional yang amat berhati-hati supaya identitinya tidak terbongkar.


Dalam kejadian dipercayai berlaku tengah malam Jumaat lalu itu, penjenayah terbabit memotong jeriji pintu Rumah Karya Citra Sdn Bhd milik Erma di Wangsa Maju, di sini, sebelum menutup suis utama elektrik.


Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmat, 42, ketika dihubungi Harian Metro semalam berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan kakitangan pejabat bersebelahan yang menyedari jeriji pintu pejabatnya dipotong.


Menurutnya, penjenayah yang masuk ke dalam pejabatnya menggeledah premis itu dipercayai untuk mencari barang berharga menyebabkan premis itu berselerakan.


“Penjenayah melarikan pelbagai peralatan pejabatnya termasuk komputer dan televisyen plasma yang diletakkan di ruang dalam pejabat. Malah, wang tunai disimpan dalam pejabat turut dilarikan penjenayah

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima hanya mampu menggeleng kepala apabila penjenayah yang memecah masuk pejabat syarikatnya tidak hanya melarikan barang berharga, malah turut ‘melesapkan’ kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dijadikan bahan bukti jenayah.

Tindakan licik penjenayah yang turut mencabut dan melarikan CCTV dari dalam pejabat dramatis terbabit menunjukkan suspek penjenayah profesional yang amat berhati-hati supaya identitinya tidak terbongkar.


Dalam kejadian dipercayai berlaku tengah malam Jumaat lalu itu, penjenayah terbabit memotong jeriji pintu Rumah Karya Citra Sdn Bhd milik Erma di Wangsa Maju, di sini, sebelum menutup suis utama elektrik.


Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmat, 42, ketika dihubungi Harian Metro semalam berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan kakitangan pejabat bersebelahan yang menyedari jeriji pintu pejabatnya dipotong.


Menurutnya, penjenayah yang masuk ke dalam pejabatnya menggeledah premis itu dipercayai untuk mencari barang berharga menyebabkan premis itu berselerakan.


“Penjenayah melarikan pelbagai peralatan pejabatnya termasuk komputer dan televisyen plasma yang diletakkan di ruang dalam pejabat. Malah, wang tunai disimpan dalam pejabat turut dilarikan penjenayah.


“Tidak cukup dengan itu penjenayah turut mencabut dan melarikan semua kamera CCTV dipasang dalam pejabat bagi mengelak wajah mereka dirakam,” katanya.


Menurutnya, dia percaya penjenayah terbabit pernah datang dan masuk ke dalam pejabatnya sebelum ini dan arif terhadap lokasi CCTV terbabit diletakkan.


“Apa yang saya tahu, mereka memadamkan dulu suis utama bekalan elektrik dan mencabut semua CCTV yang dipasang...jadi saya syak mungkin mereka (penjenayah) sudah tahu mengenainya kedudukannya,” katanya.

Ditanya berhubung jumlah kerugian dialami, Erma belum dapat memberikan jumlah tepat namun mendakwa wang tunai dilarikan itu mencecah RM7,000.


Erma berkata, kejadian itu sedikit sebanyak mengganggu urusan penerbitan drama dan teater kerana kerja grafik disimpan dalam komputer hilang.


“Semua kerja yang disiapkan terpaksa dibuat semula, saya pun masih memikirkan sama ada mahu membuat pemasangan semula sistem keselamatan atau tidak kerana penjenayah masih boleh menceroboh,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.


Menurutnya, dia kini buntu berikutan sistem keselamatan CCTV yang diharapkan boleh menjadi ‘pelindung’ sebaliknya gagal berfungsi seperti diharapkan.


Sementara itu, Erma turut meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku melalui laman sembang Facebook dengan tulisan ‘Office ku dirompak Jumaat malam baru ni...habis komputer, tv plasma, cctv dan cash diangkutnya....tak guna juga pakai cctv kalau perompak curi cctv jugak....habislah bahan bukti....canggihlah perompak sekarang...SO SAD! Luahan isi hati Erma terbabit bagaimanapun mendapat simpati 57 kenalan dan peminatnya dalam Facebook yang meminta supaya pengarah terbabit bersabar dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah SWT.






Heret bawah jambatan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/13

SHAH ALAM: Seorang lelaki sengaja bersembunyi di bawah jambatan berhampiran Taman Sri Muda di sini sebelum menyerang hendap mangsa wanita yang melalui jambatan itu sebelum memperkosanya.

Suspek yang berusia 30-an didakwa sengaja menjadikan laluan jambatan yang sunyi itu sebagai ‘perangkap’ untuk mendapatkan mereka sebelum mengheret mangsa ke bahagian bawah jambatan bagi memuaskan nafsunya.


Dalam kes terbaru kira-kira jam 6.30 pagi semalam, seorang wanita yang juga pekerja operator sebuah kilang berhampiran menjadi mangsa selepas diperkosa suspek yang menyerangnya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.


Sumber polis berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 40-an berjalan seorang diri melalui jambatan berkenaan sebagai jalan pintas untuk ke kilang tempat dia bekerja.


“Bagaimanapun ketika melalui jambatan berkenaan, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dari bawah jambatan sebelum menyerang mangsa.


“Mangsa yang cuba melawan bagaimanapun diheret ke bahagian bawah jambatan yang terlindung daripada pandangan orang ramai. Suspek membuka pakaian mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Menurutnya, selepas dirogol, mangsa dijadikan tebusan sebelum dirogol lagi beberapa jam kemudian.


“Berdasarkan laporan mangsa, suspek tertidur sejenak akibat kepenatan sebelum bangkit dan memperkosa mangsa sekali lagi bagi memuaskan nafsu gilanya.


“Difahamkan mangsa yang ditawan hampir enam jam, diperkosa tiga kali. Mangsa berjaya melarikan diri kira-kira jam 12 tengah hari sebelum membuat laporan polis,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan usaha memburu suspek giat dilakukan.


“Perogol terbabit dipercayai warga tempatan,” katanya.





Siang tarik kereta, malam ‘saintis’ dadah



2010/04/13

KUALA LUMPUR: Siang hari bekerja sebagai penarik kereta, namun pada malam hari lain pula ceritanya apabila seorang lelaki dikesan menjadikan rumahnya sebagai ‘makmal’ untuk memproses dan membungkus pelbagai dadah sebelum dijual kepada pelanggan.

Lelaki berusia 31 tahun terbabit dikesan membeli dadah dari pembekal utama sebelum memprosesnya dengan memasukkan dalam plastik kecil seberat 10 gram setiap satu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, Jumaat lalu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan seorang lelaki berhampiran tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Happy Garden di sini.


Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kereta suspek menemui dua bungkusan plastik lut sinar berisi serbuk putih dipercayai ketamin seberat 8 gram.


“Susulan itu, polis pergi ke rumah suspek sebelum melakukan pemeriksaan. Hasilnya polis menemui satu bungkusan plastik berisi 950 gram ketamin, 10 bungkusan kecil plastik berisi ketamin, satu kotak mengandungi enam pil Ecstasy serta puluhan peket plastik lut sinar kosong.


“Polis percaya rumah itu dijadikan lokasi membungkus dadah selepas turut menemui alat penimbang digital,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya, semalam.


Menurutnya, semua dadah melebihi 1.4 kilogram itu boleh mencecah harga pasaran sehingga RM10,000.


“Lelaki terbabit yang ditahan reman sehingga 16 April ini akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya





100,000 terkandas 200 drebar bas mogok



2010/04/13

BANTING: Gara-gara tidak puas hati dengan pihak pengurusan, kira-kira 200 pemandu bas Cityliner Selangor mengadakan mogok, sekali gus menyebabkan hampir 100,000 penumpang bas di seluruh negeri terkandas.

Mogok itu bermula kira-kira jam 5 pagi semalam dan ia bermula serentak di semua empat stesen Cityliner iaitu di Klang, Shah Alam, Kapar, Banting dan Kuala Selangor.


Semua bas tersadai di stesen bas berikutan pemandu enggan memandu bas masing-masing selepas tuntutan mereka tidak dipenuhi. Bagaimanapun, operasi harian bas terbabit kembali normal kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas pihak kesatuan bersetuju menyelesaikan masalah itu ekoran campur tangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.


Pengerusi Kesatuan Pekerja, K Kumar berkata, masalah yang dihadapi pemandu yang perlu diselesaikan segera ialah pemandu tidak mahu penggunaan ‘Fast Pass’ dan ejen yang diganti dengan penggunaan mesin tiket selain tidak mahu menerima konduktor dalam bas.


“Kesatuan juga tidak mahu pemandu baru menjadi pemandu kontrak (syarikat lain), tetapi ia perlu bekerja sebagai pemandu Kenderaan Klang Banting Berhad (KKBB).


“Kami tahu, ekoran tindakan kami (pemandu bas) ini, pengguna menghadapi masalah, tetapi ia terpaksa dilakukan,” katanya di sini, semalam.




Wahai ibu bapa, jenguklah anak di IPT
Hamba Allah

Mengapa ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.

Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan? Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu?

Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selangor berada pada kedudukan tertinggi di negara ini dengan mencatatkan kes pembuangan bayi sepanjang lima tahun belakangan ini, iaitu sebanyak 105 kes, manakala bagi penderaan bayi dan kanak-kanak, Selangor juga merangkul kedudukan nombor satu.

Saya boleh mengandaikan mengapa Selangor begitu galak dalam kes ini, selain menjadi tumpuan belia seluruh negara bekerja mencari rezeki, negeri ini juga mempunyai jumlah pekerja asing yang tidak sedikit bilangannya. Namun begitu di negeri lain juga mempunyai bilangan kes yang begitu membimbangkan. Di Terengganu, walaupun hanya berlaku lima kes pembuangan bayi dan 168 kes penderaan bayi dan kanak-kanak, tetapi senario itu sudah cukup membimbangkan.

Saya melihat masalah ini sebagai 'iceberg' walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya besar. Banyak kes sampingan harus kita lihat yang menyumbang kepada peningkatan kes ini sekiranya tidak dibendung.

Oleh itu, saya merayu kepada pemimpin negeri, masyarakat, ibu bapa, belia, remaja dan pelajar marilah kita sama-sama menghalang perkara ini daripada terus menjadi barah.

Kepada ibu bapa, janganlah terlalu sibuk mencari harta dunia, jenguklah anak di asrama, di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ambil tahu apa yang mereka buat. Jangan terlalu percaya kerana kejayaan akademik sahaja tidak cukup untuk membina keimanan teguh yang boleh menjadi benteng kepada mereka menolak segala salah laku ini.

Ketika iman kuat mungkin boleh mereka menghalang daripada terhasut dengan godaan syaitan. Tetapi apa yang akan berlaku tatkala iman mereka lemah?

Saya ingin ingatkan kepada diri sendiri dan ibu bapa yang saya hormati, jika anak sudah menemui pasangannya walaupun ketika masih menuntut di universiti, kahwinkan saja. Jangan dibiarkan mereka keluar berdua-duaan sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk memantaunya.

Kita sebagai ibu bapa perlu bertindak selangkah ke hadapan daripada mereka. Ini sebab kata pepatah, kita dahulu yang makan garam, sepatutnya sekilas ikan dia air kita sudah tahu jantan betinanya.

Jika mereka tidak mampu, sama-samalah membantu mereka dari segi kewangan. Percayalah tanggungjawab berkeluarga itu akan membuatkan mereka lebih matang dan lebih tahu akan tujuan dan matlamat mereka dihidupkan ke dunia ini.

Semoga kita dapat sama-sama bertemu Allah SWT di syurga, Amin





Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun
Hazlan zakaria
Apr 13, 10
6:42pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.








Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta
Jimadie Shah Othman
Apr 13, 10
5:26pm

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

  • YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.
  • Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.
  • Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.
  • Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.




'YBK tidak pernah kemuka laporan audit'
Jan 13, 10 10:02am


Kerajaan Selangor meminta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu menyediakan laporan audit kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberi kepada mereka bagi tujuan melaksanakan program membasmi kemiskinan.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

"YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Katanya, kerajaan Selangor juga berharap semua NGO menyokong usaha itu bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncana memberi manfaat kepada golongan sasar tanpa mengira kaum.

Beliau berkata atas dasar itu jugalah majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 20 Oktober lepas memutuskan untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi YBK, dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal
Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga.

Akhbar sebelum ini melaporkan YBK Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mengenakan prasyarat untuk meluluskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata badan itu perlu membayar tunggakan cukai RM6 juta dengan segera jika enggan menerima Khalid sebagai pengerusinya, sekali gus merencatkan pembangunan kampus UiTM tersebut.

- Bernama





Telco tak simpan data SMS, MMS, video pelanggan
Apr 13, 10 1:03pm


Kandungan sistem pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan mesej multimedia (MMS) dan panggilan video yang dibuat oleh pelanggan telefon selular tidak disimpan oleh syarikat pemberi perkhidmatan telefon selular bagi memastikan kerahsiaan dan hak peribadi pelanggan dilindungi.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata syarikat pemberi perkhidmatan selular sebaliknya hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil dan sekiranya ada pertikaian mengenai bil.

"Tambahan pula jumlah transaksi (SMS,MMS, panggilan video) ini adalah besar. Sebagai contoh pada 2009 sejumlah 80 bilion traksaksi berkenaan dibuat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Rahman ingin tahu berapa lama pesanan SMS, MMS dan panggilan video disimpan oleh syarikat telekomunikasi dan kaedah keselamatan yang digunakan untuk menggelakkan pesanan itu tidak dibaca oleh petugas syarikat.

Salang berkata syarikat-syarikat telekomunikasi tidak akan memberikan sebarang data peribadi pengguna termasuk log transaksi melainkan jika pelanggan perkhidmatan itu membuat permintaan melalui mahkamah bagi tujuan kegunaan mahkamah.

"Selain daripada itu transaksi adalah peribadi dan dilindungi," katanya.

Menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Salang berkata adalah salah di sini undang-undang bagi sesiapa, termasuk pihak penguatkuasaan untuk mendengar atau merekod perbualan sulit mana-mana pelanggan syarikat telekomunikasi.

Beliau menasihatkan sesiapa yang mengetahui berlakunya perkara itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut.





Rosak 9 kereta guru

Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/04/14

PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.

Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang .


Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar.


Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.


“Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah,” katanya yang enggan dikenali.

Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru.


Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu.


Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang
menghukum mereka.

Menurut sumber itu lagi, polis tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk menjalankan siasatan sebaik dimaklumkan kejadian itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan parkir di kawasan sekolah itu sudah diletakkan papan larangan meletak kereta dan direntang dengan tali.


Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu.


Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.


Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan.


Bagaimanapun, Arjunaidi enggan mengulas lanjut berhubung serangan kumpulan pelajar samseng itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran.







Pondan kejam

Oleh Mustapha Ismail
bhmustapha@gmail.com
2010/04/14

BATU PAHAT: Dari luar dia nampak lembut dan bersopan-santun. Namun, perwatakan itu langsung tidak menggambarkan kezaliman seorang pondan berusia 29 tahun terhadap seorang gadis lembam yang dikurung dan ‘diperdagangkan’ kepada lelaki hidung belang selama sebulan.

Malah, mak nyah terbabit sering mengancam dan memukul remaja berusia 19 tahun itu jika enggan melayan nafsu pelanggan yang bertandang ke rumahnya di Taman Soga di sini dengan bayaran RM100.


Hasil perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap remaja itu, mak nyah berkenaan yang juga seorang mak andam menggelarkan dirinya Kak Dhalia meraih pendapatan lebih RM2,000 sebulan.


Bagaimanapun, kegiatan jahat pondan itu dapat dihidu keluarga gadis berkenaan yang mencarinya di sekitar bandar ini sejak sebulan lalu.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pengalaman hitam mangsa bermula apabila mak andam terbabit bertemu remaja berkenaan di Dataran Penggaram di sini, pada malam 3 Mac lalu.


Dalam pertemuan itu, mak nyah terbabit memancing mangsa dengan perwatakan baiknya sebelum mempelawa remaja itu tinggal bersamanya. Dia turut mengambil hati gadis OKU itu dengan membelikan pakaian baru.

Menurutnya, sebaik mangsa tinggal di rumah itu, dia tidak dibenarkan keluar rumah dan diancam akan dipukul jika cuba melarikan diri.


“Sejak itu, mangsa dipaksa melayan nafsu lelaki yang datang ke rumah berkenaan dan jika enggan dia akan dibelasah,” katanya.


Menurut Ibrahim, kegiatan tidak berperikemanusiaan menjadikan gadis OKU sebagai hamba seks oleh pondan berkenaan akhirnya terbongkar apabila sepupu mangsa yang menyamar sebagai pelanggan menemuinya.

Katanya, sepupu gadis OKU itu memaklumkan perbuatan kejam mak nyah terbabit kepada keluarga mangsa sebelum melaporkan kepada polis.


Ibrahim berkata, pondan terbabit yang panik selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa cuba membuat laporan di Balai Polis Senggarang kononnya dia dipukul abang mangsa namun diberkas memberkas pondan terbabit ketika dia mahu membuat laporan polis.


Katanya, siasatan awal polis mendapati mak nyah berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menjual bahan lucah serta Seksyen 325 iaitu menyebabkan kecederaan parah.


“Polis menyerbu rumah suspek dan hasil pemeriksaan menjumpai beberapa kondom sudah diguna di beberapa tempat, selain wang tunai RM2,247 dalam laci milik pondan terbabit yang dipercayai hasil melacurkan OKU berkenaan. “Selain berdepan tindakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan seseorang menggunakan senjata, pondan itu juga berdepan dakwaan terbabit dalam aktiviti persundalan mengikut Seksyen 372A kanun sama.


“Malah, dia juga berdepan dakwaan mengikut Seksyen 377b Kanun Keseksaan (seks luar tabii), Seksyen 347 Kanun Keseksaan kerana melakukan pengurungan salah dan Seksyen 292A Kanun Keseksaan kerana memiliki 20 klip video lucah.


“Kejadian itu mendorong polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pondan di bandar ini selepas mendapati ada antara mereka bertindak melampaui batas,” katanya.


KOMEN...DILARANG DAN BOLEH ROSAK IMAN...SEBAB MENGINGKARI TAKDIR ALLAH SWT.....

Meluat bapa kahwin baru


SAYA anak kedua daripada empat beradik dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Saya datang daripada keluarga mewah kerana bapa bergelar Datuk dan seorang ahli korporat yang berjaya serta disenangi masyarakat.

Namun, saya amat meluat melihat sikapnya. Ini semua kerana dia gatal memilih perempuan muda sebagai isterinya.


Untuk pengetahuan Dr, ayah seorang yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak. Isteri barunya pula, cantik dan berbadan genit. Mereka ibarat 'beauty and the beast'.


Apa yang menyedihkan, dulu, saya sangat rapat dengan ayah. Saya boleh dikatakan anak kesayangan dia apatah lagi saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.


Ketika itu, saya rasa ayah contoh kepada lelaki lain dan wira saya. Ayah mempunyai karisma sebagai suami, bapa dan ahli perniagaan yang berjaya. Saya pernah berangan-angan apabila berkahwin nanti, calon suami perlu mempunyai ciri-ciri seperti ayah.


Kini semua itu hancur. Saya berasakan ayah bertukar daripada seorang yang dikagumi kepada seorang yang hina. Semuanya kerana dia berkahwin dengan bekas perempuan simpanannya. Ibu mengetahui status isteri muda ayah dan meminta cerai.


Pada saya, ayah sudah berumur jadi kenapa masih berminat berkahwin dengan wanita muda? Bukankah sepatutnya pada peringkat umur ayah, dia patut pergi masjid bukannya berseronok dengan wanita jauh lebih muda? Saya sangat keliru dengan perkara ini.


Saya tahu, ayah mempunyai harta, tetapi itu bukan alasan baik untuk dia berkahwin lagi. Saya melihat ibu tiri sebagai mata duitan yang mahu mengikis harta ayah. Ayah pula menggunakan pangkat dan gelaran untuk memuaskan nafsu mengahwini perempuan yang lebih muda. Saya sangat kasihankan ibu yang menderita kerana ditinggalkan ayah. Ibu menjaga kami dengan baik selepas perpisahannya dengan bapa. Ayah ada juga bertanya khabar, tetapi saya sudah tawar hati dengannya. Saya berasakan tindakan ayah menceraikan ibu adalah satu penganiayaan. Ketika mula-mula berniaga, ibu banyak berkorban untuk ayah.


Ibu bukannya muda lagi. Tentunya ibu tiada berpeluang untuk mencari pasangan baru bagi menggantikan ayah dalam usia sebegitu. Kenapa ayah tidak menceraikan ibu ketika ibu masih muda? Kalau ibu masih muda, tentu ibu dapat mencari suami baru. Bapa menyedari perubahan sikap saya. Saya kini langsung tidak menghubunginya dan cuba mengelak jika bertemu dengannya. Saya juga tidak menjawab panggilan telefonnya. Ayah berharap saya akan bekerja di syarikatnya satu hari nanti. Kalau dulu memanglah itu tujuan hidup saya. Kini, jangankan bekerja di syarikatnya, melihat wajahnya juga saya cukup menyampah.


Tolonglah saya Dr. Bagaimana saya perlu berhadapan dengan masalah dan rasa benci kepada ayah?

Puteri Sedih
Kuala Lumpur

KONFLIK hubungan, pola pemikiran yang dibentuk dan keinginan berbeza adalah antara punca adik mengalami perasaan sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Ayah dan adik mempunyai keinginan dan kehidupan yang berbeza. Justeru, wujud konflik.


Hubungan kasih sayang antara adik dengan bapa renggang apabila ayah memenuhi keinginan berkahwin dengan perempuan jauh lebih muda. Apabila ini berlaku, adik mula melihat ayah dari sudut pandangan dan persepsi yang berbeza. Kalau dulu, adik mengagumi ayah, tetapi keadaan sebaliknya kini berlaku. Adik tidak lagi melihat ayah sebagai seorang yang berkarisma dan bertanggungjawab malahan meluat terhadapnya.

Dr memahami perasaan adik yang sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Sebagai seorang anak ayah yang manja, tentu amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa perhatian orang yang disayangi kini berfokus kepada orang lain. Adik menganggap diri seolah-olah tidak lagi penting dalam hidupnya.


Adik sudah membina satu pemikiran bahawa ayah seorang wira, mesti menyayangi dan memanjakan adik. Begitu juga pemikiran adik bahawa ayah tidak boleh mencintai wanita lain selain ibu serta kehidupan adalah seperti yang diinginkan.


Kekeliruan adik terhadap perbuatan ayah yang seharusnya beribadat pada usia sebegini dan bukannya berseronok kerana adik sudah membentuk satu persepsi tempat seseorang yang berada pada peringkat umur ayah adalah masjid.


Jika tidak berlaku seperti apa yang dijangkakan, itulah yang membingungkan. Realiti kehidupan ialah perkara yang kita rasakan mesti berlaku, tetapi dalam banyak hal berlaku sebaliknya.


Perkahwinan berlaku antara dua individu tanpa mengira rupa paras. Justeru, apabila ayah yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak berkahwin dengan perempuan yang muda, cantik dan berbadan genit, ia memang boleh berlaku.


Seorang isteri atau wanita mempunyai pendirian tersendiri apabila suaminya berkahwin lain. Ada yang reda dan bersetuju menjadi madu kepada isteri baru suaminya. Namun, ada isteri yang berasakan suaminya sudah tidak menyayangi dan menghargai dirinya. Hati terluka dan memilih jalan untuk berpisah dengan suaminya. Dalam konteks ibu adik, dia memilih untuk berpisah dengan bapa. Bukanlah mudah untuk seorang isteri berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan seorang wanita yang lebih muda dan cantik darinya.


Jodoh dan maut adalah ketentuan Tuhan. Apabila ibu bercerai, tanpa mengira usia, jika jodoh mengetuk hati dan sudah ditakdirkan, tanpa mengira bila dan berapa umur, ibu boleh menemui jodohnya.


Marilah kita mengharapkan ibu adik dapat mencari ketenangan diri dan kebahagiaan hidup. Sebagai anak, peranan adik membantu ibu mengharungi liku-liku kehidupan selepas perpisahannya dengan bapa amat penting. Pengorbanan ibu sehingga ayah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus tinggi dalam masyarakat memang tidak wajar disia-siakan. Memang sukar untuk menghilangkan rasa marah adik terhadap ayah. Adik memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa ada kalanya apa yang adik inginkan dalam hidup tidak dapat diperoleh. Berilah ruang dan masa kepada diri sendiri untuk menerima perkahwinan baru ayah. Adik juga perlu melihat apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.


Orientasikan pemikiran bahawa ayah dan ibu mempunyai keinginan tersendiri dan sebagai anak, adik perlu menghormati keputusan mereka. Bersama-sama dengan ibu untuk mengharungi kehidupan mendatang. Ibu adik amat memerlukan sokongan daripada orang yang rapat dengannya untuk melupakan kesedihan penceraian dengan ayah. Begitu juga membantu ibu untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.


Adik mengalami peristiwa kehidupan yang menuntut untuk bersifat menerima realiti serta mengubah corak berfikir. Dr tahu bukanlah mudah bagi adik untuk membuang perasaan meluat adik kepada ayah. Ia akan mengambil masa. Perasaan meluat dan marah kepada ayah akan datang dan pergi dalam diri adik. Terimalah keadaan itu. Penting sekali untuk tidak bersifat menghukum. Bina kekuatan dengan mengatakan apa yang berlaku adalah satu cabaran untuk adik membina kehidupan yang lebih baik. Melihat kehidupan dari sudut orang lain boleh membantu adik memahami situasi yang mereka hadapi dan pada waktu yang sama tidak menyalahkan diri. Semoga adik berjaya mencari ketenangan hidup.



Lelaki ditikam mati kejar penjenayah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/04/14

KUALA LUMPUR: Mengerikan walaupun ditikam bertubi-tubi dengan pisau di beberapa bahagian tubuhnya, seorang pemuda yang berlumuran darah masih mampu bangkit dan mengejar kumpulan penjenayah yang menyamun duit dan telefon bimbitnya sejauh beberapa meter sambil menjerit meminta pertolongan.

Namun, pemuda terbabit rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir disaksikan beberapa orang di tempat kejadian berhampiran bangunan Wisma Sime Darby, Jalan Sultan Ismail, di sini.


Dalam kejadian jam 9.30 malam, Jumaat lalu, mangsa yang terbaring tidak sedarkan diri sempat dilihat beberapa pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat di kawasan itu.


Menurut seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Alias, 30-an berkata, dia bersama rakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menunggang motosikal sebelum berhenti berhampiran lampu isyarat di kawasan kejadian.


“Ketika itu saya melihat sekumpulan lelaki seolah-olah sedang bergurau sesama sendiri di tepi jejantas berhampiran persimpangan jalan berkenaan tanpa menyedari ia sebenarnya kes samun berkumpulan,” katanya.


Katanya, dia mula sedar berlaku kejadian jenayah apabila mangsa menjerit mengatakan duitnya dicuri manakala sekumpulan enam lelaki dilihat bertempiaran melarikan diri.

“Saya nampak seorang daripada kumpulan itu memegang sebilah pisau yang berlumuran darah dan mangsa mengejarnya sambil menjerit meminta pertolongan.


“Sebaik mangsa berlari menghampiri saya, dia terus rebah tidak bermaya. Dalam keadaan suara tersekat-sekat, mangsa tetap meminta saya mengejar kumpulan itu untuk mendapatkan kembali duit dan telefonnya,” katanya.


Alias berkata, sebelum mangsa ditikam, seorang lagi rakan mangsa turut pengsan dipercayai dipukul kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, rakan mangsa yang baru sedar dari pengsan memaklumkan dia dan mangsa baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dalam perjalanan ke Hentian Putra bagi mengambil bas untuk pulang ke Gua Musang, Kelantan.


“Mangsa mendakwa mereka yang berjalan kaki sempat bertanyakan arah kepada kumpulan lelaki terbabit sebelum dirompak.


“Saya menghubungi polis bagi meminta bantuan dan memaklumkan kejadian itu dan cuba menghentikan pendarahan mangsa bersama beberapa orang lain dengan mengikat bahagian badan mangsa yang ditikam,” katanya.


Bagaimanapun, mereka gagal menyelamatkan mangsa dan terpaksa menenangkan rakannya sebelum polis tiba di lokasi kejadian.


Difahamkan, mangsa mati akibat ditikam di beberapa bahagian terutama pada bahagian dada yang mengakibatkan kehilangan banyak darah. Mangsa dan rakan adalah warga Indonesia yang bekerja di Ladang Sungai Terah, Gua Musang. Manakala kumpulan penyamun itu mengikut pengamatan rakan mangsa dan saksi melalui percakapan mereka adalah warga tempatan yang mungkin berasal dari Sabah. Sementara itu, sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, pihaknya kerap menerima aduan berhubung kes samun berkumpulan membabitkan beberapa lelaki bersenjatakan pisau dan senjata tajam.


“Kebiasaannya kumpulan penjenayah terbabit yang dipercayai kutu rayau dan penagih dadah akan mensasarkan orang ramai yang melalui jejantas berhampiran selain kawasan berdekatan stesen LRT Star berhampiran,” katanya.


Menurutnya, pihak polis kini sedang menggiatkan usaha bagi memburu penjenayah yang dipercayai bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan.



Diburu 6 along

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/04/14

KUALA LUMPUR: Seorang bapa tidak berhati perut apabila sanggup melarikan diri dengan membiarkan keluarganya menderita diburu along gara-gara kegagalannya menjelaskan hutang mencecah RM100, 000.

Lebih menyedihkan isteri serta tiga anaknya bukan saja hidup dalam ketakutan, tetapi terpaksa berhutang dengan ahli keluarga terdekat bagi menyelesaikan hutang judi suaminya itu.


Ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, mangsa dikenali sebagai Madam Yap, 44 berkata, sikap buruk suaminya, Hee, 47, seorang peniaga dikesan sejak dua tahun lalu apabila mula berjudi secara kecil-kecilan. “Pada mulanya suami memberitahu dia membuat pinjaman along kerana terdapat masalah modal pusingan perniagaan dan saya mempercayai namun tidak menyangka sebenarnya dia sudah mula berjudi.


“Ketagihan berjudi itu akhirnya tidak dapat dibendung apabila dia mula kerap meminjam dan kesannya kami sekeluarga diburu enam along namun dia pula menghilangkan diri,” katanya semalam.


Akibat bimbang keselamatan keluarganya, Madam Yap meminta bantuan saudara mara dan membayar kira-kira RM70,000 minggu lalu.


“Ketika dihubungi along, mereka memberitahu suami saya berhutang RM20,000. Setelah menebalkan muka meminjam daripada ahli keluarga terdekat dan membayar jumlah itu, along terbabit mendakwa hutang suami meningkat kepada RM50,000 seterusnya kepada RM100,000.


"Bimbang along bertindak lebih agresif, anak sulung yang menuntut di kolej swasta terpaksa berhenti belajar dan bekerja sebagai juruteknik bagi mencari wang membayar hutang bapanya,” katanya sebak.


Sementara itu, pengerusi biro terbabit, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya meminta suami wanita terbabit supaya tampil ke pejabatnya bagi membantu menyelesaikan kemelut ini.


“Buat masa ini, pihak keluarga hanya menurut arahan along terbabit dengan membayar jumlah yang diminta sedangkan mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah sebenar yang dipinjam.

“Selain itu, kita akan meminta kerjasama polis bagi mengesan along berkenaan kerana melakukan pelbagai ancaman dan ugutan hingga menyebabkan keluarga ini terpaksa bersembunyi kerana bimbang keselamatan,” katanya.


Rakyat M'sia kahwin wanita Indonesia setiap hari
Apr 15, 10 2:32pm


Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali, memberitahu Bernama bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.

Mengikut Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing.

"Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya.

Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang.

Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin.

Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara.




Budak tiga tahun mati didera


Jasmine Lee@ Lee Swee Hui


SERI KEMBANGAN - Lagi kanak-kanak mati dipercayai didera.

Belum pun reda kisah Syafiah Humairah, 3, meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor pada 26 Februari lalu dan K. Hareswarral, berusia setahun enam bulan mati didera suami pengasuhnya di Pangsapuri Seri Ara Damansara, Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, seorang lagi kanak-kanak mati dipercayai didera semalam.

Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, dipercayai didera seorang lelaki sejak seminggu lalu.

Ia terbongkar apabila lelaki berusia 27 tahun membawanya ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini dalam keadaan tidak bermaya pada pukul 7.45 pagi semalam.

Lelaki itu membawa mangsa ke klinik tersebut berkemungkinan menyangka dia masih hidup.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, hasil pemeriksaan pihak klinik mendapati kanak-kanak malang tersebut telah mati kira-kira dua jam sebelum itu dan terdapat 30 kesan lebam di seluruh tubuhnya termasuk di dahi dan badan.

Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak klinik kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang merupakan bekas mekanik bagi membantu siasatan.




TERKINI

Pelajar Tingkatan Lima lari ikut kekasih

15/04/2010 7:54pm

KULIM – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima telah tidak pulang ke rumah sejak 45 hari lepas — dipercayai lari mengikut kekasihnya yang dikenalinya di sebuah pasar malam.

Bapa gadis itu, Mohd. Tahir Lazim, yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan di sini mengenai kehilangan anak gadisnya itu pada 6 Mac lepas, amat berharap anaknya pulang ke rumah.

Katanya, motosikal yang digunakan anaknya itu, Norhafizah, 17, untuk pergi ke sekolah setiap hari turut hilang bersama gadis itu pada hari dia menghilangkan diri pada 1 Mac lepas.

Mohd. Tahir, 55, seorang pemandu lori, berkata, pada hari kejadian, anak gadisnya itu telah menunggang motosikal bersama-sama adik lelakinya, Mohd. Tasmin, 14, untuk pergi ke Sekolah Menengah Sungai Karangan pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Tetapi seperti yang diberitahu oleh Mohd. Tasmin, kakaknya itu pada hari tersebut tidak terus ke sekolah, tetapi setelah menghantarnya memberitahunya dia mahu pulang ke rumah kerana mahu menukar pakaian seragam sekolah dan akan datang semula ke sekolah untuk menghadiri kelas”, kata Mohd. Tahir kepada pemberita di rumahnya di Kampung Paya Jemarli, dekat sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau Mohd. Tahir di talian 019-4238711. – Bernama


NEGARA

Bayi mati tercekik bebola ikan


WAN ARIF FADHLA membawa jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak, Jalan Cantik, Tampin semalam.


TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.

Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.

Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.

"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.



Kod nombor pilih GRO

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee dan Shamsul Munir Safini
am@hmetro.com.my
2010/04/15

KUALA LUMPUR: Aktiviti pusat karaoke di sebuah menara di Jalan Pudu Ulu, Cheras di sini, lumpuh setelah diserbu pihak berkuasa lewat malam kelmarin.

TAHAN...antara wanita warga asing yang ditahan ketika operasi di  sebuah pusat karaoke di Cheras, malam kelmarin.
TAHAN...antara wanita warga asing yang ditahan ketika operasi di sebuah pusat karaoke di Cheras, malam kelmarin.
Premis yang menawarkan karaoke dan bar ini menggaji perempuan warga asing sebagai pemanis dengan pakej istimewa layanan ‘seks ringan’.


Difahamkan, pelanggan yang datang boleh memilih perempuan yang diingini dengan kod nombor bagi menemani mereka sepanjang berhibur, malah dijadikan tempat melampiaskan nafsu.


Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, operasi diadakan susulan maklumat orang awam yang mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti berkenaan tanpa lesen.


“Serbuan dilakukan jam 1.20 pagi oleh sepasukan anggota D7 Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengesahkan premis terbabit tidak mempunyai lesen hiburan, malah turut menjalankan aktiviti tidak bermoral.


“Ketika serbuan, GRO terbabit cuba meloloskan diri melalui jalan tikus di tandas, namun gagal dan kami menahan semua GRO berkenaan serta 15 pelanggan yang asyik berhibur ketika serbuan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Razali, seramai 11 gadis dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dari Vietnam serta seorang wanita Indonesia ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan serta permit. “Turut ditahan, dua wanita tempatan serta seorang pekerja lelaki di premis terbabit kerana menggaji serta melindungi pekerja warga asing.


“Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 55(B) dan 11(7) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan serta melindung dan menggaji pekerja warga asing,” katanya.


Remaja dipukul separuh mati

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/04/15

PASIR GUDANG: Dua jam ibarat ‘pagi di neraka’ bagi seorang remaja apabila dia dibelasah secara membabi buta kira-kira 10 Mat Rempit menggunakan kayu cota, topi keledar, besi pengunci tayar serta dilanggar menggunakan motosikal.

Akibat dibelasah, Che Hazman Hazmi Othman, 20, juga cucu kepada penyanyi bintang 60-an A Halim, 63, cedera parah selepas kulit kepalanya terkoyak dan menerima puluhan jahitan.


Selain itu, dia mengalami sakit dada, kecederaan di seluruh badan dan pemeriksaan awal doktor dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dihentak menggunakan benda tumpul ketika dibelasah.


Menurut Che Hazman, kejadian itu bermula ketika dia bersama beberapa rakan baru selesai minum di gerai berhampiran pasar raya pada jam 2 pagi Selasa lalu, sebelum didatangi sekumpulan 10 lelaki menunggang motosikal.


“Mereka meluru ke arah saya tanpa banyak soal, saya dibelasah dengan tidak mengetahui sebabnya, saya cuba melawan tapi tidak berdaya berikutan jumlah ramai. Rayuan agar tidak diperlakukan sedemikian juga tidak diendahkan.


“Walaupun hampir separuh mati saya dikerjakan, mereka masih belum puas hati apabila memaksa saya membonceng motosikal dan dibawa ke Flet Balau, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pertama.


“Di sana saya dibelasah hingga mendapat kecederaan parah di kepala dan dilanggar menggunakan motosikal,” katanya.


Menurutnya, dia terselamat daripada maut apabila ada rakan mengenali datang membantu dan menyelamatkannya.


Katanya, melihat kecederaan parah dengan baju dan seluar dibasahi darah, dia dihantar ke klinik berhampiran kira-kira jam 4 pagi untuk rawatan kecemasan.

Lebih memeritkan dan menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa apabila kejadian itu sebenarnya disebabkan kumpulan Mat Rempit terbabit tersalah orang apabila memukul mangsa. A Halim ketika ditemui berkata, dia berharap pihak berkuasa bertindak segera dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap suspek kerana perlakuan jenayah itu tidak boleh dimaafkan.


“Walaupun tersalah pukul, tapi tindakan sewajarnya perlu diambil ini kerana tindakan membelasah orang tanpa tentu hala dilakukan kumpulan terbabit membelakangi undang-undang dan lebih merisaukan ia membabitkan nyawa orang.


“Jangan sesekali mengambil mudah perkara sebegini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan sebagai rakyat perlu mematuhinya, jangan kerana marah kita mengambil tindakan sendiri,” katanya.


Hingga kini mangsa dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Penawar, difahamkan dia juga sudah memberikan kenyataan berhubung kejadian pada pegawai polis yang melawatnya.


Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian juga membuat laporan polis berhubung kejadian serangan ganas yang berlaku itu.



Tayang ‘anu’ di Internet

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/15

KUALA LUMPUR: Hobi pelik memegang dan menayangkan kemaluan menerusi kamera web pada komputer membawa padah kepada seorang pelajar apabila dia menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki gay.

Difahamkan pelajar berusia 22 tahun terbabit yang sebelum ini hanya berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sanggup berbogel dan mempamerkan alat sulitnya selepas diminta kenalannya itu.


Lebih memalukan apabila pelajar terbabit turut sanggup menjadi guru seks dengan menurunkan ilmu untuk merangsang nafsu lelaki melalui laman Internet.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 22, berkata dia berkenalan dengan lelaki yang mendakwa bekerja sebagai jurugambar pada Jun 2008 melalui Internet.


Dia berkata, lelaki terbabit menggunakan nama samaran Starwing, 30-an, kerap menghantar mesej selain berbual sebelum hubungan itu berlanjutan kepada perbincangan seks.


“Mungkin akibat terlalu akrab melalui sembang Internet, lelaki terbabit yang turut menggunakan nama Melvin pernah meminta saya berbogel dan menunjukkan alat sulit melalui rakaman kamera web,” katanya


Menurutnya, lebih memalukan apabila Melvin turut merayu supaya dia menunjukkan teknik serta kaedah bagi merangsang nafsu dengan memegang alat sulitnya sendiri.


“Semua perlakuan ‘panas’ itu dilakukan di hadapan kamera web yang disaksikan secara langsung oleh Melvin untuk mendapatkan kepuasan seks.


“Namun, semua itu tidak berakhir setakat di laman sembang apabila Melvin memaksanya supaya berjumpa dan mengadakan hubungan seks sejenis pada 14 Mac lalu,” katanya

Menurutnya, dia terkejut dengan permintaan itu berikutan dia bukan lelaki homoseksual seperti disangka rakannya itu.


“Namun, tindakan saya menolak ajakannya menyebabkan lelaki terbabit berang sebelum mengugut akan menyebarkan rakaman aksi bogel saya ketika melakukan adegan seks bersendirian.


“Saya panik dan memintanya supaya tidak meneruskan niat jahatnya itu. Malah, saya turut menawarkan bayaran RM200 sebagai usaha memujuknya,” katanya.


Mangsa berkata, tawarannya itu dipersetujui suspek yang datang ke rumahnya untuk mengambil wang pada 22 Mac lalu.


“Saya sangka semuanya sudah berakhir, namun lelaki terbabit menghubungi saya sekali lagi pada 8 April lalu dan meminta saya membayar RM250 lagi,” katanya yang ditemui di Biro Aduan MCA, semalam.


Menurutnya, dia memasukkan wang ke dalam akuan bank suspek seperti diarahkan berikutan bimbang rakaman gambar bogelnya disebarkan melalui Internet.


“Saya tertekan dan merasakan diri tidak selamat. Paling saya takut sekiranya ugutan berterusan dari lelaki terbabit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong menasihati mangsa supaya membuat laporan polis berikutan bimbang mangsa akan terus dijadikan ‘objek’ peras ugut.



Setiap hari rakyat Malaysia kahwin wanita Indonesia di Sumatera



2010/04/15

MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan. Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali, memberitahu Bernama bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan. "Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.


Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail.


Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.


Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.


Ismail berkata pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.


"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.


Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.


Mengikut Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.


Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing.


"Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya.


Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang.


Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin. Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. -Bernama



21 wanita disyaki pelacur



2010/04/15

PULAU PINANG: Polis menahan 21 wanita tempatan dan China disyaki pelacur selepas menyerbu sebuah hotel di Jalan MacAlister di sini semalam yang dipercayai menjadikan pusat spa dan refleksologinya sebagai tempat pelacuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Wan Abdullah Tunku Said
berkata dalam operasi jam 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penganjur dan tiga lelaki yang juga pembantunya.

"Semasa serbuan kita menghadapi sedikit kesulitan selepas pengurus pusat spa berkenaan enggan memberi kerjasama dan polis terpaksa memecahkan sebuah bilik di situ yang dikunci dari dalam.

"Dalam bilik itu terdapat tiga wanita tempatan dalam keadaan bogel dan dipercayai sudah menjalankan aktiviti tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Abdullah berkata pemeriksaan lanjut, polis menahan lapan wanita warga China sedang bersembunyi di bilik air dan bawah katil di pusat spa berkenaan.


Wan Abdullah berkata semasa pemeriksaan di tingkat tiga hotel berkenaan, polis menahan 10 wanita warga China dan merampas kondom yang sudah dan belum digunakan, pelincir, resit hotel, serta wang tunai dipercayai hasil daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

Katanya dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki yang merupakan pengurus spa berkenaan kerana enggan memberi kerjasama kepada polis.



Pengambil syabu di Perlis meningkat



2010/04/15

PADANG BESAR: Pengambilan dadah jenis syabu didapati semakin meningkat di Perlis, dengan 90 penagih baru dan 34 penagih berulang dikesan antara Januari dan Mac tahun ini.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis Khairul Anwar Ahmad, berkata golongan belia berumur antara 18 dan 39 tahun paling banyak terbabit dalam kegiatan penagihan melibatkan 113 orang daripada jumlah dikesan.

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Khairul Anwar berkata AADK turut melakukan ujian saringan di sembilan buah sekolah menengah di negeri ini membabitkan 459 pelajar bermasalah disiplin dan empat daripada mereka didapati positif.

"Ujian saringan turut dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan dan hasil ujian itu mendapati dua penjawat awam positif dadah jenis ganja pada Februari lalu," katanya.


Seramai 177 rakyat Malaysia termasuk 27 wanita yang memasuki negara ini dari Thailand disaring di pintu masuk di sini selama dua hari dalam Ops Songkran, dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Narkotik Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perhilitan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang berakhir semalam.

Empat daripada mereka didapati positif dadah. - Bernama





Lelaki mati dalam pergaduhan akibat mabuk



2010/04/15

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dalam satu pergaduhan dipercayai akibat mabuk di hadapan sebuah rumah teres di Jalan Cemperai 10, Taman Rasa Utama di Rasa dekat Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendna Norel Azmi Affandi Yahya berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Prakas a/l Dramenderaroa, 33, dipercayai sedang minum minuman keras bersama lima rakannya di hadapan rumah itu.


"Mangsa bersama rakannya berborak dan dipercayai minum hingga mabuk, sebelum perbualan rancak itu tiba-tiba bertukar kepada pertelingkahan antara mangsa dan beberapa rakannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kening kiri dipercayai dihentak menggunakan senjata tumpul.


Katanya bahagian bawah dagu mangsa turut terbelah dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam selain cedera di kedua-dua belah lututnya.


"Rakan-rakannya melarikan diri selepas mendapati mangsa mati termasuk rakannya yang tinggal di rumah teres berkenaan," katanya

Beliau berkata, polis kemudian menahan sepasang suami isteri berusia 45 dan 47 tahun yang dipercayai turut sama bertengkar dengan mangsa bagi membantu siasatan.


Katanya, tiada unsur poltik dan polis kini sedang memburu tiga lagi rakannya yang merupakan suspek utama dan siasatan sedang diteruskan.-Bernama




NEGARA

Panahan cinta wanita Sumatera


PASANGAN lelaki Malaysia dan wanita Indonesia pada majlis perkahwinan mereka. - Gambar hiasan


MEDAN - Secara purata seorang lelaki rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka dijadikan isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari (29 pasangan) dan Mac sebanyak 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.



Komtar dikepung dua jam


SEbahagian pendatang asing tanpa izin yang ditahan di Komtar, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Hanya dalam tempoh dua jam, Jabatan Imigresen negeri menahan 220 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 67 wanita dan dua kanak-kanak dalam satu operasi besar-besaran dikenali sebagai 'Ops Komtar' di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Operasi bermula pada pukul 3 petang itu berjaya menahan PATI yang kebanyakan berasal dari negara Indonesia, Myanmar, Filipina, India, China dan Bangladesh.

Pengarahnya, Abdul Qadir Siddiq Ahmad berkata, operasi dibuat berikutan aduan orang awam yang menyifatkan kompleks itu sebagai lubuk pendatang haram.





Achik Spin meninggal dunia


ACHIK bersama sahabat baiknya, Nana.


SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.

Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.

Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.




Sewa rumah RM20,000

HULU SELANGOR – Kerancakan pilihan raya kecil Hulu Selangor membawa rezeki melimpah ruah apabila rumah-rumah di kawasan itu disewakan di antara RM4,000 hingga RM20,000 sepanjang tempoh proses pilihan raya berlangsung.

Kadar sewa ditentukan berdasarkan perbincangan antara pihak pemilik dan penyewa bergantung kepada jenis rumah sama ada teres atau banglo.



Guru rentung, satu lagi maut tersepit


KEADAAN dua buah kereta yang bertembung sehingga menyebabkan dua maut di Masjid Tanah, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Seorang guru rentung manakala seorang lelaki maut tersepit di tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Che Ku Mohd. Hakimi Chik Wan, 33, rentung apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandunya seorang diri terbakar selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lagi mangsa, Syed Al-Amin Abdul Jalil, 25.

Isteri Syed Al-Amin, Rohana Hassan, 23, serta rakan Syed Al-Amin yang dikenali sebagai Jaidal Ibrahim yang turut berada dalam Perodua Viva berkenaan terselamat namun cedera parah.


Mangsa kemalangan mati dibunuh?

16/04/2010 5:05pm

NIBONG TEBAL - Sekali pandang, kematian seorang lelaki dalam sebuah kereta yang terbabas di Jalan Paboi di Bukit Mertajam pagi tadi adalah akibat kemalangan jalan raya tetapi dia sebenarnya dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supt Shafien Mamat berkata, mayat Lim Gim Beng, 52, berasal dari Taman Alma, dekat sini ditemui oleh orang awam yang memaklumkan kepada polis pada pukul 4.10 pagi tadi.

"Cawangan Trafik terima panggilan dari orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta terbabas dan pemandunya mati.

"Tetapi sebaik pemeriksaan dilakukan, polis mendapati terdapat tiga kesan pukulan di belakang kepala dan percaya ia bukan kesan kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Shafien berkata, polis menemui seketul batu dengan kesan darah berhampiran kereta Gim Heng.

Katanya, polis mengesyaki kereta yang dipandu oleh Gim Heng telah dihimpit oleh kenderaan yang dipandu oleh penjenayah sehingga dia terbabas sebelum diserang.

"Polis turut menemui satu nombor pendaftaran dipercayai daripada kereta suspek,” kata Shafien.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di plaza tol dekat tempat kejadian.

Mayat Gim Heng dihantar ke Hospital Sungai Bakap di sini untuk dibedah siasat. -Bernama



Lawan lima perompak

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my
2010/04/17

BANGI: Tindakan berani seorang lelaki melawan lima penjenayah yang menceroboh masuk rumahnya menyebabkan dia, bapa dan adiknya cedera dibelasah dalam kejadian di Sungai Merap Luar, di sini, kira-kira 2.50 pagi, Rabu lalu.

Muadz Rabuan, 25, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen sementara menunggu perlawanan bola sepak sebelum terdengar bunyi seperti orang mengumpil cermin pintu rumah.

Katanya, belum sempat bangun, seorang perompak menekan dan menekap mulutnya sehingga berlaku pergaduhan sambil dia menjerit meminta tolong bapa dan juga adiknya.

Muadz berkata, bapa, Rabuan Sulaiman, 57, dan adiknya, Suwaid, 18, keluar dari bilik masing-masing dan cuba membantu, namun kedua-dua mereka turut menerima nasib sama apabila dipukul teruk.

Muadz berkata, kelima-lima perompak itu kemungkinan warga Indonesia berikutan loghat seorang daripadanya apabila menyuruh rakan lain mencari barang berharga.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika semua ahli keluarga lain tidur di bilik masing-masing.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Tapi, akibat masa bergelut yang agak lama, kelima-lima mereka tidak sempat mengambil apa-apa barang milik kami,” katanya.

Menurutnya, sejurus selepas kejadian, kakaknya, Shafeeqah, 26, dan ibu Zanariah Yusof, 49, menghubungi talian 999 dan balai polis berdekatan meminta bantuan.

Zanariah berkata, polis hanya tiba apabila suami dan kedua-dua anaknya dihantar ke hospital oleh beberapa jirannya.

“Ini kali kedua rumah dipecah masuk. Malah, jiran kami juga pernah mengalami kejadian sama sebelum ini. Saya berharap polis lebih kerap memantau kawasan ini kerana khuatir kejadian berulang,” katanya.



Pembeli kereta lelong kecewa tindakan bank



2010/04/17

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta yang menemani suaminya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, terkejut apabila keretanya yang diletakkan di pusat rawatan berkenaan ditarik sebuah bank tanpa sebarang notis.

Lebih membingungkan pemiliknya, bank yang menarik Proton Wira Aeroback itu bukan institusi kewangan yang memberi pinjaman sewa beli kenderaan kepadanya.


Zarina Nordin, 48, berkata suaminya, Shofian Abddullah, 47, dimasukkan ke IJN pada 1 April lalu kerana saluran jantung tersumbat.


“Disebabkan mahu menjaga suami, saya tidak tengok langsung kereta, tetapi meminta adik melihat keadaannya selepas dua hari diletakkan di tempat letak kereta IJN.


“Bagaimanapun, saya terkejut apabila diberitahu Proton Wira Aeroback terpakai yang dibeli empat tahun lalu hilang,” katanya yang ditemui di IJN di sini, semalam.


Menurutnya, dia membeli kereta yang dilelong sebuah bank pada harga RM17,000 dan membuat pinjaman sewa beli dengan bank lain.


“Seorang pengawal keselamatan kemudian memaklumkan kereta itu sudah ditarik kira-kira jam 11 pagi, 3 April lalu oleh pihak bank yang melelong tanpa notis pemberitahuan.


“Saya pelik bagaimana kereta boleh ditarik sedangkan saya tidak pernah gagal membayar pinjaman. Kami kemudian bergegas ke stor simpanan milik bank itu di Ulu Klang, tetapi tidak dibenarkan dibawa pulang.


“Adik lelaki saya menghubungi bank yang memberi pinjaman dan kami sekali lagi terkejut kerana mereka tidak tahu mengenai perkara itu serta tidak pernah mengeluarkan surat kuasa kepada mana-mana pihak untuk menarik kenderaan itu,” katanya.





Rumah inspektor wanita dibom empat lelaki



2010/04/17

TAIPING: “Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi tidak lama kemudian kenderaan itu kembali sebelum terdengar letupan,” kata seorang inspektor wanita apabila rumahnya dibaling bom petrol (molotov cocktail) dalam kejadian dipercayai bermotifkan balas dendam di Taman Jana Mulia, Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, tidur dalam bilik di rumah sewanya.


Dia yang tinggal berseorangan berkata, dia terjaga apabila terdengar bunyi motosikal berulang alik di depan rumahnya dan ketika membuka tingkap melihat kelibat empat lelaki menaiki dua motosikal.


“Sejurus mendengar letupan, saya keluar dari bilik dan terkejut apabila mendapati sofa dan permaidani terbakar. Saya meminta pertolongan jiran bagi memadamkan kebakaran itu.


“Apabila keluar, saya juga mendapati belakang kereta kemek dipercayai diketuk dan lampu pagar dipecahkan. Saya juga dapati dinding rumah ada kesan terbakar,” katanya di sini, semalam.


Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, tiga botol dipercayai bekas berisi petrol ditemui pecah iaitu satu di ruang tamu manakala dua lagi di hadapan rumah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya mengesyaki perbuatan itu dilakukan pihak yang terbabit kes dadah kerana pegawai wanita berkenaan aktif dalam penangkapan pesalah kes itu di Taiping.


“Ini mungkin bermotifkan dendam akibat tindakan tegas pegawai berkenaan,” katanya.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan api dan polis masih menjalankan siasatan rapi bagi memberkas penjenayah terbabit.




Wanita idam RM168j tepuk dahi



2010/04/17

SEGAMAT: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM228,000 apabila dia diperdaya sebuah syarikat pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan lumayan melalui satu skim pelaburan mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat.

Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada enam anak itu tertarik dengan skim terbabit yang ditemuinya selepas melayari Internet pada Disember 2009 lalu.


Difahamkan, mangsa yang juga seorang graduan berkelulusan diploma teknologi maklumat di sebuah universiti tempatan mula terpedaya apabila dia menerima e-mel menjanjikan pulangan pelaburan dalam mata wang dolar.


Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus membalas e-mel sebelum dimaklumkan pihak syarikat terbabit supaya melabur RM98,000 sebagai permulaan.


Mangsa yang tidak berfikir panjang terus bersetuju tanpa mengadakan pertemuan dan perjanjian secara bertulis mahu pun bersemuka dengan pihak syarikat yang menawarkan skim itu.


Difahamkan, mangsa beberapa kali memasukkan wang tunai menggunakan mesin pendeposit di sebuah bank tempatan, malah pernah melakukan transaksi RM60,000 pada satu masa.


Selepas jumlah pelaburan mencukupi RM228,000, mangsa diberikan sekeping sijil oleh syarikat terbabit sebagai tanda dia pelabur berdaftar serta layak menerima pulangan yang dijanjikan.


Wanita terbabit hanya menunggu wang pulangan yang dijanjikan pihak syarikat yang bernilai AS$48 juta (RM168 juta) serta dijanjikan akan dimasukkan terus melalui akaun pada Mac lalu.


Namun, selepas dua bulan lewat dari tarikh dijanjikan, dia cuba menghubungi syarikat terbabit, tetapi gagal apabila nombor telefon tiada dalam perkhidmatan.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa beberapa kali ke ibu negara untuk melakukan siasatan sendiri, namun sekali lagi hampa apabila mendapati nama syarikat itu tidak pernah wujud, malah tidak pernah disenaraikan di mana-mana bursa saham tempatan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata wanita itu terpedaya dengan janji ditawarkan pihak yang mendalangi sindiket penipuan pelaburan melalui Internet.



Menoreh getah taman rekreasi

Oleh Gaddafi Musli
gaddafimusli@hmetro.com.my
2010/04/17

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila di tengah-tengah sebuah taman rekreasi awam di Bukit Kiara, terdapat pihak yang menjalankan aktiviti menoreh getah secara haram dan mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan.

TERSEMBUNYI...rumah kongsi yang diduduki penoreh getah warga  asing.
TERSEMBUNYI...rumah kongsi yang diduduki penoreh getah warga asing.
BUKTI...pokok getah yang ditoreh di taman rekreasi awam di Bukit  Kiara.
BUKTI...pokok getah yang ditoreh di taman rekreasi awam di Bukit Kiara.
Lebih membimbangkan, ‘tauke’ haram di situ turut mengupah pendatang asing tanpa izin untuk menjadi penoreh getah.


Demikian dakwa seorang penduduk di Kampung Sungai Penchala yang terletak berdekatan taman terbabit, Saifullah Zainal Abidin, 36, yang menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab itu sejak beberapa tahun lalu.


“Mereka mengaut keuntungan haram sejak 2007, ketika itu saya dapat tahu mengenai aktiviti mereka daripada seorang rakan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan Taman Arboretum, Bukit Kiara,” katanya.


Menurutnya, pengawal keselamatan itu memberitahu terdapat lori mencurigakan keluar dan masuk dari kawasan taman menggunakan jalan hutan dan kehadiran warga asing berkeliaran di kawasan hutan.


Berikutan itu, dia membuat aduan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun sehingga kini tiada tindakan diambil.


“Saya mengambil inisiatif sendiri dengan mengambil beberapa gambar dan seterusnya berjumpa pendatang asing yang membina rumah kongsi di taman itu. “Pendatang asing terbabit mengaku tiada dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah,” katanya di sini.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan Saifullah dituduh tauke terbabit cuba merosakkan rumah kongsi yang dibina secara haram sehingga menyebabkan laporan polis dibuat terhadapnya.


Menyedari tindakan itu, Saifullah membuat laporan di Balai Polis Travers demi mempertahankan kebenaran dan maruahnya.

Menurutnya, anggaran hasil getah yang dibawa keluar dari kawasan itu berdasarkan lori yang digunakan sebanyak 20 tan sebulan.


Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat aktiviti menoreh getah di taman itu termasuk kesan torehan pada pokok getah di kiri dan kanan laluan pejalan kaki.


Saifullah turut menunjukkan lokasi rumah kongsi haram di kaki bukit yang didakwanya diduduki pendatang asing tanpa izin yang menjadi penoreh getah untuk tauke terbabit.


Sementara itu, jurucakap DBKL yang dihubungi berkata, Taman Arboretum seluas 51 hektar itu milik DBKL, tetapi tanggungjawab menjaga taman itu kini diserahkan kepada Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sumber dari Jabatan Landskap Negara mengakui aktiviti menoreh getah di taman itu tidak dibenarkan dan siasatan lanjut dibuat bagi mengenal pasti dalang terbabit.



Rindu 8 tahun

Oleh Mohamed Farid Noh
am@hmetro.com.my
2010/04/17

BATU PAHAT: Selepas lapan tahun terpisah, seorang ibu tunggal yang hidup serba kekurangan tampil merayu bantuan masyarakat atau pihak berkenaan untuk menjejaki dan membawa anak sulungnya yang dilarikan lelaki Lombok supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Akibat rindu yang tidak tertahan lagi, Rosnah Rahmad, 46, ibu kepada enam anak itu mengharapkan Azlina Dzol, 28, yang dilarikan dari rumahnya pada 5 Julai 2002 dibawa pulang untuk menjalani kehidupan baru bersama keluarga di sini.


Pekerja estet itu percaya bahawa Azlina kini berada di Lombok Tengah atau Medan kerana mengikuti lelaki yang juga bekas pekerja estet berkenaan berdasarkan panggilan telefon terakhir yang dibuat anaknya, baru-baru ini. “Ketika lari dari rumah, Azlina sedang sarat hamil luar nikah angkara hubungannya dengan lelaki Lombok yang juga pekerja estet tempat saya bekerja. “Walaupun saya marah tindakannya menconteng arang ke muka saya sekeluarga, saya sendiri tidak pernah menghalang rancangan mereka untuk bernikah dan sanggup membantunya. “Namun, dia (Azlina) mengambil keputusan untuk lari mengikut teman lelakinya ke Lombok dan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di pejabat Harian Metro di sini, semalam.


Menurut Rosnah, dia pernah berputus asa untuk menjejaki Azlina apatah lagi selepas suami meninggalkannya sekeluarga ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan iaitu tidak lama selepas Azlina menghilangkan diri.


“Saya pernah cuba melupakan dia (Azlina) namun panggilan telefon daripadanya diiringi tangisan meminta maaf serta kemahuannya pulang ke sini menyebabkan saya tidak berdaya menyisihkannya lagi,” katanya.



Mayat wanita hamil ditemui dalam keadaan reput

KUALA LUMPUR - Mayat wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mayat itu dijumpai orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira 6.30 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan, katanya ketika ditemui pada kempen derma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Berjaya Times Square hari ini.

"Selain terdapat kesan mangsa dipijak di bahagian perut, pemeriksaan ke atas mayat itu juga turut menemui mayat janin berusia kira-kira 12 minggu yang dilihat keadaannya hampir terkeluar dari kemaluan mangsa," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, keadaan mayat yang reput turut menyukarkan polis untuk mengenal pasti bangsa dan identiti suspek.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu. Namun kita menemui seutas jam tangan berjenama Omega yang dipakai mangsa dan sebuah topi keledar di tempat kejadian," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.



Isteri derita suami kahwin wanita seberang

BALING 17 April - Episod cinta lelaki Malaysia terhadap wanita seberang sudah lama berlaku namun tiada siapa yang sedar kemelut itu meninggalkan kesan mendalam terhadap seorang isteri yang mempunyai empat anak selepas ditinggalkan suaminya.

Lebih memeritkan, wanita itu terpaksa bersendirian mencari nafkah bagi menyara anak-anaknya kerana suaminya tidak sedikit pun meninggalkan wang untuk dirinya.

Wanita itu yang dikenali sebagai Haniza, 38, mengakui hidup dia tertekan sejak tujuh tahun lalu apabila suaminya sanggup meninggalkannya dan anak-anak hanya kerana mahu berkahwin dengan seorang wanita dari Medan, Indonesia.

Menurut Haniza, apabila membaca laporan mengenai keghairahan lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia, sebagai isteri kedua, dia mengakui kelebihan wanita Indonesia menggoda lelaki Malaysia.

"Saya sudah lalui, peritnya apabila suami tinggalkan kami anak beranak sejak tujuh tahun lalu kerana wanita Indonesia," katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya di Kupang di sini hari ini.

Lebih memeritkan, katanya, dia pernah menasihati suaminya yang juga seorang peniaga supaya berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan berkahwin dengan wanita dari Medan itu.

Namun, kata Haniza, dia tidak mampu melawan takdir apabila suaminya lebih rela hidup bersama kekasihnya di Indonesia, kononnya untuk membina hidup baru.

Menceritakan pengalaman pahitnya, Haniza berkata, bersama empat anak dia terpaksa mencari sendiri rezeki untuk mereka, apatah lagi setiap kali musim persekolahan dan musim perayaan, dialah yang menjadi ayah dan ibu kepada anak-anaknya.

Katanya, 'panahan cinta' wanita seberang memaut hati suaminya sehingga dia bukan sahaja sanggup meninggalkan keluarga tetapi juga negara yang banyak dilimpahi rezeki ini.

"Itulah yang saya kecewa, dia bukan sahaja meninggalkan kami sekeluarga malah sanggup tinggalkan negaranya sendiri kerana wanita itu," ujarnya.

Haniza berkata, kini suaminya hidup dalam keadaan menyedihkan selepas tinggal di Medan sejak berkahwin dengan wanita tersebut apabila tidak mempunyai pekerjaan.

Malah dia difahamkan, isteri Indonesia itu juga telah meninggalkan suaminya yang kini hidup dalam kemiskinan.


Seks bebas antara punca utama gejala sosial remaja


2010/04/17

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas hingga hamil dan melahirkan anak luar nikah adalah antara masalah sosial utama dikenal pasti membabitkan gadis berusia 13 hingga 18 tahun di ibu kota, dengan kebanyakannya masih bersekolah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata ia sebahagian daripada faktor penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini.

“Dalam kebanyakan kes (pembuangan bayi) sebelum ini, memang ada pelakunya membabitkan pelajar sekolah, malah siasatan sering menjurus kepada amalan seks bebas di kalangan mereka hingga hamil dan untuk menutup malu mereka membuang bayi itu.

“Ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, khususnya ibu bapa yang perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak terbabit dalam masalah sosial atau dan kes jenayah,” katanya ketika merasmikan ulang tahun ke-40 Kor Kadet Polis di sini, semalam.

Beliau berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengenai masalah cinta membabitkan pelajar mendapati trend teman lelaki bersifat lepas tangan sekiranya teman wanita mereka hamil.

“Remaja perempuan yang menganggap teman lelakinya jujur dan dengan rela hati menyerahkan tubuh mereka tanpa menyedari dipermainkan, selain sekadar dijadikan pemuas nafsu.

“Ada juga teman lelaki yang sanggup membunuh kekasihnya untuk menghapuskan bukti dan menutup rahsia dilakukan selama ini,” katanya.
Beliau berkata, ada juga pelajar terbabit dalam kes rogol, curi motosikal, peras ugut, gangsterisme, samun dan ragut, dengan jumlah ditahan menunjukkan meningkat setiap tahun.

“Seramai 3,263 pelajar ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam 2,003 kes jenayah. Ia menunjukkan peningkatan 452 tangkapan berbanding tahun sebelumnya,” katanya.



Pakej video lucah

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
am@hmetro.com.my
2010/04/18

KUALA LUMPUR: Beli telefon bimbit buatan China, dapat pakej video lucah tempatan. Itu trend terbaru segelintir peniaga telefon bimbit tamak yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka.

Pembimbing Landas, Kamaruddin Kassim, berkata hasil siasatan mendapati peniaga telefon bimbit buatan China atau popular dengan panggilan ‘China Mobile’ bersaing antara satu sama lain dan untuk melariskan jualan, mereka turut menawarkan pakej video lucah tempatan sebagai tarikan kepada pelanggan.


“Ada kawalan harga terhadap telefon bimbit jenis ini (telefon bimbit buatan China). Sebagai contoh, telefon model A968 yang mempunyai lambang Sony Vaio, harga paling rendah yang boleh diberi hanya RM300.


“Disebabkan kawalan harga itu, peniaga perlu memikirkan kaedah bagaimana untuk melariskan jualan mereka. Sebab itu ada yang menawarkan pakej telefon berserta video lucah tempatan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Realiti Gejala Sosial Remaja: Memperkasa Tugas Pendakwah pada Program Kursus Perkaderan Pendakwah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Program dirasmikan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, Baharudin Idris.

Menurut Kamaruddin, peniaga telefon bimbit terbabit bagaimanapun tidak menawarkan pakej berkenaan secara melulu, sebaliknya hanya memilih golongan muda yang terpengaruh dengan tawaran terbabit.


“Yang kelihatan tidak berminat, peniaga hanya menawarkan lagu dan nada dering sebagai ganti. Mereka tahu apa dilakukan itu salah di sisi undang-undang.


“Begitupun, hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan pembeli menerima tawaran diberi (pakej video lucah tempatan). Peniaga yang menawarkan video paling banyak, paling menarik dan paling baru menjadi tumpuan pembeli,” katanya.


Kamaruddin yang juga Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) berkata, trend berkenaan kini menjadi satu industri kecil dan semakin membimbangkan.


“Tidak keterlaluan dikatakan, penyebaran video lucah di telefon bimbit antara penyumbang kepada masalah pembuangan bayi di kalangan generasi muda kita.


“Berbanding cakera padat video (VCD) atau cakera video digital (DVD), dengan menggunakan telefon bimbit, video lucah yang dimuat turun boleh ditonton secara tersembunyi tidak kira di mana sekalipun tanpa diketahui sesiapa, sekali gus menimbulkan perasaan ingin cuba melakukan seperti yang dilihat,” katanya.


Menurutnya, berdasarkan pengalaman mendekati pasangan muda mudi yang berdua-duaan, kebanyakan mereka menyimpan video lucah di telefon bimbit.

“Bukan saja lelaki, wanita juga simpan video lucah di telefon bimbit,” katanya.



21 bayi dibuang

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
2010/04/18

GOMBAK: “Sehingga Mac tahun ini saja, 21 kes pembuangan bayi direkod dalam statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia sebenarnya angka yang besar dan boleh dianggap kritikal,” kata Penolong Pengarah Kanak-kanak JKM, Sopian Brahim.

“Bermula 2007, JKM menyediakan rumah perlindungan, iaitu Rumah Sinar Kasih dan juga Taman Seri Puteri untuk mengendalikan kes kelahiran anak luar nikah bagi menangani masalah buang bayi.


“Bagaimanapun, stigma masyarakat yang takut untuk tampil ke depan dan tidak mahu mendapat khidmat sokongan daripada pihak berkuasa (JKM) menyebabkan masalah ini masih berleluasa,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Persidangan Meja Bulat Mengenai Isu Pembuangan Bayi di Bilik Persidangan Shafie Tingkat 2 Bangunan Kuliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.


Sempena persidangan terbabit, Sopian hadir selaku panel persidangan bersama Pegawai Penyelidik, Majlis Agama Islam Sarawak, Aminah Ismail dan Ketua Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadlina Sidly.

Persidangan itu dianjurkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang turut membabitkan penyertaan penuntut dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Kolej Agama Islam Selangor (KUIS) dan Sekolah Menengah Agama Islam Kuala Lumpur.


Daripada persidangan itu, JKM turut mendedahkan, statistik mengenai masalah berkenaan menunjukkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi pembuangan bayi, iaitu 127 kes sejak 2004, diikuti Johor 104 kes dan Sabah 73 kes.


Naib Presiden PKPIM, Nor Akmariah Abdullah, 24, berkata tiba masanya pihak berkuasa, kerajaan dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) mengambil langkah proaktif menangi masalah terbabit.


“Saya berharap melalui persidangan meja bulat ini, kita mampu mencari satu formula untuk mengatasi masalah pembuangan yang semakin serius kerana kebanyakan kes membabitkan remaja.


“Kita tidak mahu masyarakat menganggap jika mereka tampil, mereka akan dihukum. Sebaliknya kita mahu mereka sedar mereka sebenarnya perlu dibantu dan diberi sokongan sewajarnya,” katanya yang juga penuntut Sarjana Sains Pembangunan Manusia dan Ekologi Keluarga, UPM.


Antara lain, persidangan meja bulat terbabit turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada ABIM dan Jemaah Islam Malaysia yang bakal mengadakan bengkel dan tindakan susulan daripada persidangan itu nanti.







Ibu meraung

Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/04/18

PUTRAJAYA: Dua beranak yang dipercayai menjalankan urutan istimewa, termasuk badan ke badan dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan elit dan eksekutif di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kelmarin.

Sebelum itu sekumpulan 15 anggota penguat kuasa Jais menerima maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral itu jam 10 malam tetapi terpaksa berpatah balik sebaik dimaklumkan tidak ada pelanggan.


Bagaimanapun, mereka menerima maklumat kedua kira-kira jam 12 tengah malam sebelum melakukan serbuan sejam kemudian.


Wanita lingkungan 40-an itu pada mulanya enggan bekerjasama dan penguat kuasa terpaksa berunding hampir sejam sebelum meminta bantuan polis. Ini membuatkan dia terpaksa membuka pintu rumah.


Malah, ketika siasatan di rumah itu, wanita terbabit mengamuk dan meraung sebelum cuba melarikan diri tetapi dengan kerjasama polis, penguat kuasa Jais diketuai Ketua Seksyen Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasaan, Mohamad Hafizi Mohd Roslan berjaya menahan suspek tidak jauh dari rumahnya.

Siasatan mendapati ada seorang anggota keselamatan lingkungan 20-an dipercayai mengadakan ‘rundingan’ dengan wanita itu di ruang tamu, manakala anaknya berada di bilik sebelum penguat kuasa Jais menahan mereka.


Kejayaan menahan dua beranak yang dipercayai menawarkan urut badan ke badan dan khidmat seks itu didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Jais, Shahrom Maarop.


Katanya, sebelum serbuan, penguat kuasa mendapati seorang lelaki memasuki rumah wanita itu kira-kira jam 1 pagi dipercayai untuk berunding bagi mendapatkan pakej urut istimewa ditawarkan ibu dan anaknya yang berusia 20-an.


“Memang ketika ditahan belum berlaku sebarang aksi membabitkan urut terbabit, tetapi mereka sudah melakukan kesalahan khalwat.


“Yang mengejutkan, sebelum itu wanita terbabit cuba melarikan diri dan meraung apabila terkejut dengan kehadiran penguat kuasa Jais yang berjaya membongkar kegiatannya,” katanya.


Harian Metro kelmarin melaporkan kegiatan dua beranak itu yang menawarkan khidmat urut badan ke badan dan seks dengan bayaran antara RM300 hingga RM1,000 berdasarkan pakej diminta pelanggan.


Tanpa berselindung, Shahrom berkata, hasil siasatan di rumah itu, pihaknya menjumpai pelbagai barangan digunakan untuk proses urutan, termasuk VCD lucah.

Katanya, VCD itu mungkin digunakan bagi merangsang pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks.


“Kita percaya dua beranak terbabit menanti pelanggan yang berjanji untuk datang berdasarkan penampilan mereka yang seksi walaupun anaknya di bilik berlainan.


“Siasatan juga mendapati pelanggan lelaki yang datang ke rumah terbabit adalah seorang anggota keselamatan berusia 20-an,” katanya.


Shahrom berkata, dua beranak dan lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.


Isnin ini, mereka perlu hadir bagi menjalankan siasatan lanjutan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/1995 kerana kesalahan khalwat.




Air terjun sarang maksiat



2010/04/11

HULU TERENGGANU: Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan Air Terjun Belukar Bukit Kampung Betong, dekat sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan selain tempat mat gian melepaskan ketagihan.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Amri berkata, kebanyakan pelajar datang ke kawasan itu pada waktu pagi selepas pergi ke sekolah untuk mencatat kedatangan saja sebelum kembali ke situ untuk melepak dan melakukan aktiviti tidak senonoh kerana ia selamat daripada gangguan.


“Kadangkala kami nampak pasangan remaja menaiki motosikal ke kawasan ini dalam keadaan mencurigakan.


“Malah lebih mengejutkan, kami pernah terjumpa kondom dan minuman keras di situ,” katanya.


Seorang pelajar yang ponteng sekolah dan lepak di kawasan itu ketika ditemui baru-baru ini turut mengakui pernah terserempak dengan pasangan yang datang ke kawasan itu.

Katanya, kurang pengunjung pada hari bekerja mungkin menyebabkan mereka berani menjadikan tempat itu sebagai lokasi selamat untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.


Seorang lagi pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat berkata, remaja di situ seperti tiada rasa hormat dan malu kepada pengunjung lain.



Nikah berwali kakak

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/04/20

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan status perkahwinannya, seorang wanita memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, untuk memfarakkan pernikahannya selepas mengaku menggunakan kakak kandungnya sebagai wali atas alasan tidak arif hukum syarak dalam Islam.

Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30, yang berasal dari Sarawak, berkata dia juga tidak memaklumkan kepada suaminya, Ahmad Salim Moideen, 30, berhubung perkara itu kerana diugut akan dibuang keluarga oleh kakaknya itu supaya tidak membocorkan rahsia bahawa dia seorang wanita.


“Saya benarkan dia (kakak kandung) menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997. Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan kakak sulung saya itu. Perkahwinan kali kedua dengan suami sekarang berlaku pada 17 April 2004.


“Semuanya kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan jurunikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, bagaimanapun saya tidak ingat namanya,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.


Menurutnya, dia kini tidak tahu di mana kakaknya itu berada kerana sudah menghilangkan diri selepas Ahmad Salim berang apabila mengetahui perkahwinan mereka diwalikan seorang wanita.


Sementara itu, Ahmad Salim berkata, ketika bernikah dengan Nurul Farhana dia percaya sepenuhnya dengan penampilan dan suara kakak iparnya yang dikenali sebagai Nawi a/k Ilai yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu sebagai lelaki.


“Penampilan dan suaranya macam lelaki, jika saya tahu dia wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu.


“Pada hari pernikahan saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalan kakak, bagaimanapun jurunikah meneruskan pernikahan. Hanya selepas 2008, baru saya mendapat maklumat sebenar abang itu sebenarnya wanita,” katanya.


Menurutnya, pada tahun itu dia pulang ke kampung mentuanya di Sarawak dan selepas disiasat dia mendapati benar lelaki yang sebelum ini disangka sebagai abang ipar adalah wanita.


“Saya minta maaf terpaksa bercakap kasar di mahkamah, tetapi pada tahun itu saya mengejar wanita terbabit dengan membawa parang sehingga sanggup membogelkan dia bagi memastikan dia wanita. “Saya kecewa kerana sudah buat majlis dengan cara yang betul iaitu berjumpa imam dan bernikah di masjid, tetapi pernikahan saya tidak sah,” katanya yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan itu.


Hakim Syarie Mohd Yunus dalam keputusannya memerintahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta supaya kedua-dua pihak mencari imam masjid yang menikahkan mereka bagi memberi keterangan.


Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan.



Perkosa gadis nahas

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
2010/04/20

TELUK INTAN: Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kesakitan apabila tangan kirinya patah akibat kemalangan tetapi menjadi mangsa rogol seorang lelaki kejam yang sebelum itu menyembur sesuatu ke mukanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi semalam, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal bersama rakannya berusia lingkungan 40-an, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Pasir Pedamar di Kampung Pasir Pedamar, dekat sini.


Bagaimanapun, sebaik tiba di sebuah sekolah rendah di Jalan Pasar, mangsa menyedari seorang lelaki berbadan sasa mengekori motosikal yang ditunggangnya menyebabkan mangsa bertindak memecut motosikalnya.


Suspek kemudian memintas motosikal ditunggang mangsa sebelum menyembur sesuatu ke arah muka mangsa menyebabkan dia hilang kawasan sebelum terbabas dan jatuh ke tepi jalan.


Timbalan Ketua Polis Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja sebagai pembantu ibunya di sebuah kedai makan.


“Kemalangan itu menyebabkan mangsa patah tangan kiri dan luka di paha kiri, manakala rakannya cedera ringan di badan dan kaki,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang meraung kesakitan, kemudian dihampiri suspek yang bukannya cuba menolong sebaliknya bertindak meraba bahagian sulit mangsa.

“Sebaik membawa masuk mangsa ke dalam tandas, suspek merogolnya dan melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.


Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian berjalan pulang ke rumahnya dalam keadaan kesakitan sebelum memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang sebelum itu dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa anak bongsunya itu oleh rakan mangsa yang turut cedera.


Mohd Zaki berkata, ibu mangsa kemudian membawanya ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan mengenai kejadian itu sebelum mangsa dan rakannya dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menerima rawatan.


Katanya, suspek turut mengugut akan mencederakan mangsa dengan topi keledar jika dia cuba melawan.


“Suspek yang tidak mengendahkan jeritan kesakitan mangsa bertindak mengangkat dan membawanya menunggang motosikal ke sebuah tandas awam tidak jauh dari tempat kejadian.





Dua bulan baru lapor

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my
2010/04/20

SHAH ALAM: Dua operator kilang yang dituduh merogol seorang remaja tiga tahun lalu, dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu pada akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Zul Husni Mohd Rais, 24, dan Mohd Syahmi Mohd Helmi, 24, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan berkenaan.


Gunalan dalam penghakimannya berkata, mangsa ada membuat laporan polis selepas dua bulan kejadian dan dia turut memberi penjelasan berhubung kelewatan itu.


“Bagaimanapun, penjelasan terbabit tidak begitu baik dan meyakinkan kenapa kelewatan itu berlaku. Sepatutnya, kes ini perlu dibuktikan dengan sokongan sekurang-kurangnya membuat laporan polis dengan serta-merta selepas kejadian berlaku.


“Keterangan perubatan juga neutral tidak membabitkan sampel, tetapi ia berkemungkinan berlaku persetubuhan dan siapa identiti juga tidak dapat disokong,” katanya.


Menurutnya, keterangan sokongan mangsa tidak nampak sebagai seorang saksi yang boleh dikatakan sebagai kredibiliti dan meyakinkan.


Katanya, mahkamah berpendapat kes itu boleh menimbulkan kemudaratan apabila pegawai yang mengendalikan kawat cam mengatakan mangsa mengecam orang lain sedangkan tertuduh turut berada di tempat sama.


“Keraguan ini tidak dapat diselesaikan. Saya dapati tiada keterangan kredibiliti untuk membuktikan kesalahan untuk mensabitkan tertuduh,” katanya.


“Jadi kes prima facie gagal dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh dan mereka dilepaskan serta dibebaskan tanpa memanggil membela diri,” katanya

Mengikut pertuduhan, Zul Husni dan Mohd Syahmi didakwa merogol remaja berumur 15 tahun di sebuah rumah di Bukit Beruntung, Hulu Selangor antara jam 2 hingga 2.30 pagi, 28 Mac 2007.



Jenayah keganasan seks meningkat



2010/04/20

KADAR kes jenayah keganasan seks yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lima tahun sejak 2005 menunjukkan peningkatan terutama membabitkan kes rogol.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata statistik menunjukkan jumlah keseluruhan kes rogol, liwat dan sumbang mahram tahun lalu adalah sebanyak 4,238 kes berbanding empat tahun sebelum itu iaitu 3,986 pada 2008; 3,689 (2007); 2,943 (2006) dan 2,427 (2005).
“Kes rogol pada tahun lalu mencatatkan jumlah sebanyak 3,626 diikuti sumbang mahram (385) dan liwat (227) manakala pada 2008, kes rogol adalah sebanyak 3,409 diikuti sumbang (334) dan liwat (243),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh)





Mahu tegur ibu bapa tak solat



Soalan
SAYA pelajar IPTA dan ingin tahu bagaimana caranya menegur keluarga supaya mereka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Mereka semua tidak sembahyang sehinggakan apabila saya balik ke rumah, saya juga selalu tertinggal solat. Di universiti pula, saya tidak pernah meninggalkannya.

Buat pengetahuan Dr, saya bahagia dengan keluarga tetapi mereka tidak menunaikan tanggungjawab seorang hamba Allah.

Ia sangat menyedihkan saya. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bantulah saya Dr.

JAWAPAN 2:
UNTUK menegur ibu bapa yang tidak menunaikan solat memerlukan banyak kesabaran. Proses menegur itu hendaklah dilakukan secara hikmah dan penuh dengan kebijaksanaan.

Cara terbaik yang boleh adik lakukan ialah dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan ibu bapa adik. Apabila tiba waktu solat, ajaklah mereka turut bersolat bersama adik. Dengan itu, adik wajib menunaikan ibadat sembahyang di mana pun adik berada.


Seterusnya, adik boleh bercerita kepada kedua ibu bapa mengenai kelebihan solat dan bahaya orang yang meninggalkan solat. Adik juga boleh berhubung dengan pihak-pihak yang boleh menasihati mereka seperti ustaz, ustazah atau orang-orang yang dihormati.

Apa yang penting, adik perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya membuka hatinya ke arah petunjuk dan jalan yang lurus.

Untuk mendapat makluman lanjut mengenai masalah adik, adik juga boleh merujuk kepada buku-buku seperti 40 Peranan Ibubapa Mithali, 20 Sifat fitrah Anak, 20 Kesilapan Ibubapa dan 40 Peranan Anak Mithali.






Poligami tanpa kebenaran


ZIZIE dan Bung Mokhtar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Pasangan itu kemudian didakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.

Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar, Titing Putang dan Sahari Ahmad. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.


Lima individu diminta tampil

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/21

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) memandang serius laporan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam portal Malaysiakini.com pada 12 April lalu bertajuk ‘Telan Air Ludah Ustaz!’ kerana perkara yang dibangkitkan itu jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 7 (Doktrin Palsu) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 9, 1995.


Menurutnya, kehadiran penulis kira-kira jam 3 petang kelmarin bersama dua peguamnya ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jais gagal mendapat maklumat lanjut berhubung laporan yang diterbitkan dalam portal itu.


“Kehadiran penulis (Dr Mohd Asri semalam (kelmarin) tidak dapat memberi butiran tepat dan spesifik mengenai sumber asal maklumat penulis yang diperlukan Mais dan Jais bagi mengekang dan membenteras perbuatan seperti didakwa.


“Penulis mendakwa, beliau mendapat sumber itu daripada lima orang yang terpaksa dirahsiakan namanya atas nama ‘amanah’ yang terbeban di bahunya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.


Mais dan Jais serius mengenai laporan yang dibangkitkan kerana ia keadaan yang jelas salah dengan syariat Islam dan perbuatan yang dilakukan itu menjangkau kebiasaan adat dan norma.


Nurhamizah berkata, pendedahan bersifat terbuka kepada umum itu boleh dikatakan sebagai sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat ‘sub judis’ atau ‘baling batu sembunyi tangan’ sekali gus boleh melahirkan senario baru dan persepsi negatif terhadap umat Islam, khususnya di Selangor.


“Jais berharap, lima individu yang diberi gambaran penulis segera tampil berjumpa dengan penguatkuasa Jais bagi memberi butiran keterangannya supaya isu ini dapat diselesaikan termasuk mendakwa individu yang didapati terbabit dengan perbuatan didakwa.


“Mais dan Jais juga berharap mana-mana individu yang dapat membantu siasatan tampil ke hadapan untuk membongkar isu ini.

“Mais/Jais agensi yang diberi tanggungjawab menjaga agama dan mendaulatkan dengan segala keupayaan yang dimilikinya. Mais/Jais bukan agensi yang ‘merai’ atau ‘takut’ dengan individu atau kumpulan tertentu, apatah lagi dalam perkara yang boleh menganggu gugat pegangan akidah umat Islam di Selangor,” katanya.


Nurhamizah berkata, Mais dan Jais tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkaitan akidah jika ianya jelas menyalahi undang-undang.


“Justeru, Mais dan Jais harap kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama mendaulat dan memertabatkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.




Perkosa rakan dalam kelas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/21

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.

Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.


Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.


Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.


“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.


Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.


“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.


“Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa.


“Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya





Lelaki dicekup jual barangan masjid, surau



2010/04/21

PORT DICKSON: Kegiatan tidak bertanggungjawab seorang pemuda yang bergiat aktif mencuri barangan di beberapa surau dan masjid di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu berakhir, apabila dia dicekup polis di Taman Orkid di sini, Khamis minggu lalu.

Difahamkan, suspek berusia 21 tahun dari Johor itu turut menjadikan tempat ibadat berkenaan sebagai ‘rumah sementara’ kerana mengalami masalah dengan keluarganya.


Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar ketika sedang berurusan untuk menjual hasil barangan curi di sebuah kedai barangan elektrik di kawasan itu dan diberkas polis.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh berkata, hasil penahanan suspek, polis menemui beberapa barangan curi antaranya empat alat pembesar suara, sebuah pemain cakera padat digital (DVD) dan sebuah motosikal Yamaha Lagenda yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000.


“Siasatan mendapati suspek turut memalsukan MyKad dengan menampal kad pengenalan yang dicurinya beralamat di Nilai, Negeri Sembilan.


“Selain kes curi di surau dan masjid di daerah ini, suspek turut didapati terbabit beberapa kes curi di tiga kawasan lain iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Tanjung Kling, Melaka dan Muar, Johor, sejak beberapa bulan lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.





Didakwa poligami tanpa izin



2010/04/21

KUALA LUMPUR: Episod perkahwinan yang menjadi bualan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar dan isterinya aktres popular, Zizie Ezette Abd Samad kembali 'hangat 'selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar, hujung Disember lalu.

Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan itu serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku salah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad.


Bung Mokhtar selaku tertuduh didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran manakala Zizie didakwa mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar. Pasangan itu kemudian didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah No 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Height, Taman Melati, Gombak kira-kira jam 8.50 malam pada 16 Disember 2009. Zizie dan Bung Mokhtar dibebaskan dengan bon jaminan lisan masing-masing RM500. Turut didakwa empat saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik beradik Zizie iaitu Samzy Fuzette serta adiknya yang dikenali melalui filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam. Dua rakan Bung Mokhtar turut didakwa iaitu Titing Putang dari Sabah dan Sahari Ahmad.


Abang Zizie, Ahmad Shahazmi Abd Samad yang mewalikan pernikahan itu turut dituduh bersubahat mengikut Seksyen 40 (1) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk kesemua tertuduh mengemukakan rayuan bertulis serta hujahan kedua-dua belah pihak.





Pelajar dinoda sembilan lelaki



2010/04/21

MACHANG: Seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dirogol sembilan lelaki dalam kejadian berasingan termasuk di kawasan kebun getah di sini, petang Sabtu lalu.

Mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, awal pagi Ahad lalu.


Sebelum kejadian, mangsa mendakwa meminta bantuan seorang rakan lelakinya untuk menghantarnya ke rumah rakan lain kira-kira jam 5 petang.


Difahamkan, selepas itu, mangsa dibawa ke suatu tempat oleh lelaki dikenalinya itu sebelum dirogol sekumpulan lelaki lain di beberapa kawasan berasingan.




Teroka tubuh wanita hamil

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/04/21

KUALA LUMPUR: Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.

Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.


Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.


Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.


Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.


Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.


Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.


Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.


“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.

Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.


Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.


“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.


Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.


“Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya.


Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.


Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga.


Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir.


Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.


Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.



Kes buang bayi meningkat



2010/04/22

KUCHING: Kes pembuangan bayi di Sarawak mencetuskan kebimbangan apabila statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak sembilan tahun lalu menunjukkan peningkatan menghampiri tiga angka.

Sepanjang tempoh antara tahun 2001 hingga 2010, 83 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negeri ini dengan hanya 30 daripadanya masih bernyawa manakala selebihnya dijumpai sebagai mayat.


Dalam tempoh itu juga, PDRM berjaya melakukan 27 tangkapan suspek atas kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, berkata pihaknya memandang serius gejala sosial itu kerana rekod menunjukkan semua yang terbabit dalam kes buang bayi itu terdiri daripada golongan muda berusia bawah 18 tahun.


“Daerah Kuching mencatat angka terbesar. Walaupun peningkatan kes ini bukan drastik, saya melihat ia perlu ditangani secara serius. “Kes seumpama ini, tidak boleh dibiarkan berterusan dan pihak berwajib perlu melakukan sesuatu bagi mengelaknya menular menjadi lebih teruk,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel dan pelancaran risalah Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Wisma Wanita, Semariang di sini, semalam.


Program anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak itu adalah projek susulan selepas langkah pencegahan diumumkan pada 22 Mac lalu dan sebagai langkah pertama, ia digerakkan di kalangan guru kaunseling di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.




Pensel 8 hari dalam alat sulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.


Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.


Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.


“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.


“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.


Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.


Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.


“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya




Bogel bawah katil nenek

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
2010/04/23

ALOR STAR: Seorang nenek berusia 70-an terkejut dan hampir pitam apabila mendapati seorang lelaki dalam keadaan bogel bersembunyi di bawah katilnya ketika dia tidur di rumahnya di Kampung Bukit Cekoh, di Langkawi, awal pagi kelmarin.

Warga emas itu hanya menyedarinya selepas sepasukan anggota penguat kuasa agama membuat pemeriksaan di rumahnya kira-kira jam 1 pagi.


Lelaki berbogel itu yang juga seorang warga Indonesia berusia 40-an itu dipercayai masuk ke rumah warga emas itu melalui celah lubang tandas selepas melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) yang membuat pemeriksaan di rumah teman wanitanya yang terletak bersebelahan rumah berkenaan.


Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu kira-kira jam 1 pagi dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan bersama empat anggotanya dan dua anggota polis.


Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan itu, pihaknya mendapati sebuah rumah yang disyaki berada dalam keadaan tertutup dan berkunci dari dalam serta gelap.


“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang memakai kemeja-T dan berkain batik membuka pintu rumah dan berpura-pura bertanya tujuan kedatangan kami ke rumah itu.


“Kami kemudian meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan di rumah terbabit dan wanita itu membenarkan kami berbuat demikian dengan alasan hanya dia yang berada di rumah itu.


“Namun, sebaik hendak melangkah masuk, seorang anggota kami ternampak kelibat seorang lelaki melarikan diri melalui celah lubang bilik air di sebelah rumah menyebabkan mereka terpaksa mengetuk pintu rumah sebelah yang didiami nenek berkenaan untuk meminta bantuan,” katanya, semalam.


Saiful Aswad berkata, warga emas itu kemudian membuka pintu dan terpinga-pinga apabila melihat kehadiran penguat kuasa Padal serta anggota polis ke rumahnya pada awal pagi kerana dia tinggal seorang diri.

Beliau berkata, selepas diberitahu tujuan mereka, nenek berkenaan membenarkan rumahnya diperiksa dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki berbogel bersembunyi di bawah katilnya di dalam bilik tidur rumah itu dalam keadaan ketakutan.


“Kami terpaksa mengambil tuala di dalam bilik nenek itu dan menyuruh lelaki itu menutup badannya sebelum membawanya ke rumah teman wanitanya untuk siasatan lanjut.


“Pasangan itu akhirnya mengaku bersekedudukan sejak sekian lama selepas gagal menunjukkan sijil pernikahan,” katanya.


Menurutnya, wanita itu mendakwa baru bercerai tiga bulan lalu dan mempunyai dua anak bersama bekas suaminya yang kini berusia sekitar lima dan enam tahun yang menetap di Indonesia.

Katanya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat Padal untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya,



Kawasan ‘panas’ di ibu kota digempur



2010/04/23

SEORANG pesara berusia 55 tahun yang juga bekas pegawai di sebuah stesen televisyen antara empat pasangan yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam operasi bersepadu selama dua jam di sekitar ibu kota, awal pagi semalam.

pix_middle
Lelaki terbabit ditahan bersama pasangannya yang berusia 23 tahun dan berasal dari Sabah di sebuah hotel murah di Jalan Pudu, kira-kira jam 1 pagi. Operasi bersepadu itu yang turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memeriksa beberapa pusat hiburan. Di Lorong Haji Taib, anggota penguatkuasa DBKL merampas sejumlah barangan simulasi seks.




Suami bermadu

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
2010/04/24

KUALA LUMPUR: Alangkah terkejut dan sebak hati seorang pemandu teksi sebaik mendapat tahu dia kini `bermadu’ dengan lelaki lain, selepas isterinya menikah satu lagi, minggu lalu.

BERMADU...Azman menunjukkan surat perakuan nikahnya yang masih lagi  sah.
BERMADU...Azman menunjukkan surat perakuan nikahnya yang masih lagi sah.
Isteri berusia 45 tahun yang juga tukang masak di sebuah agensi kerajaan di Bangi, dekat sini, dipercayai menikah kali kedua ketika masih bergelar isteri yang sah kepada pemandu teksi berkenaan, pada 16 April lalu.


Perbuatan wanita itu terbongkar apabila semakan dilakukan pemandu teksi berkenaan, Azman Ahmad, 49, di Pejabat Agama Islam daerah Sepang, baru-baru ini, mendapati dia sudah berkahwin lain.


Menurut Azman, dia ke pejabat agama Sepang, Rabu lalu bertujuan mendapatkan salinan surat perakuan nikahnya kerana surat yang asli dalam simpanan isterinya.


Hatinya terdetik untuk mengetahui tentang isteri yang sudah beberapa bulan tidak dapat dikesan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dan meminta pegawai di pejabat berkenaan menyemak sama ada isterinya membuat aduan atau sebagainya. Namun, pemandu teksi itu terperanjat apabila mendapat tahu isterinya kini sudah bersuami baru dan pejabat agama itu mempunyai rekod serta sijil pernikahan wanita itu dengan suami keduanya itu.


“Saya tak sangka dia sanggup seksa saya macam ini, sudahlah saya menderita penyakit kencing manis dan semasa keluar masuk hospital tahun lalu dia tinggalkan saya tanpa dapat dihubungi, kini tergamak dia kahwin lain.


“Sampai hati dia melakukan semua ini terhadap saya selepas 14 tahun kami berkongsi hidup sebagai suami isteri,” katanya.


Menurut Azman, dia adalah suami ketiga wanita itu kerana sebelum ini isterinya sudah dua kali bercerai dan sekarang dia terpaksa pula `bermadu’ dengan suami keempat wanita berkenaan.


Katanya, mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 1996 di negara jiran, tetapi sudah mendaftarkannya di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 7 September 1998.

Azman berkata, perkahwinan mereka memang berdepan sedikit masalah dan sewaktu berulang-alik ke hospital, dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna.


“Isteri seperti tidak boleh terima keadaan itu dan meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kali terakhir berjumpa, dia bersama beberapa ahli keluarganya memaksa saya melafazkan talak dan saya melepaskannya dengan terpaksa.


“Perkara itu berlaku pada 25 Januari lalu, namun ia belum dirujuk kepada Jais untuk tentukan kedudukan kami,” katanya.

Azman berharap isterinya segera bertaubat dan mengingati Tuhan serta menginsafi perbuatannya yang salah mengikut ajaran agama itu.

“Biar undang-undang menentukan dan saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa (Jais),” katanya. Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Abd Halim Mt Esa, ketika dihubungi mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wanita itu mempunyai sijil nikah dengan suami keempatnya, namun akan menjalankan siasatan lanjut.


Menurut Abd Halim, wanita berkenaan dipercayai menggunakan surat perceraiannya dengan suami pertama untuk berkahwin dengan suami keempat.





Jaga cabul murid dalam tandas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/24

GOMBAK: Tidak ubah seperti manusia bertopengkan syaitan apabila seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di sini, cuba memuaskan nafsu gilanya dengan menjadikan seorang murid tahun satu sebagai mangsa cabul dalam tandas sekolah berkenaan.

Suspek yang layak dipanggil datuk berikutan usianya mencecah 64 tahun menarik mangsa ke dalam tandas sekolah sebelum meraba dan mencabul kemaluan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.


Namun perbuatan jijik dilakukan lelaki tidak sedar diri itu terbongkar selepas kanak-kanak perempuan terbabit menceritakan insiden hitam dialami kepada ibunya sejurus pulang dari sekolah, kelmarin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintanden Rosly Hassan, berkata ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 tahun yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dekat sini, membuat aduan polis pada jam 12.35 tengah hari kelmarin mendakwa anak perempuannya dicabul ketika berada di sekolah. “Dalam laporannya, ibu itu mendakwa dia diberitahu anaknya bahawa pengawal keselamatan terbabit menghalang kanak-kanak berkenaan ketika mangsa ingin keluar dari tandas sekolah. Murid perempuan itu ditarik masuk ke dalam tandas sebelum dicabul pengawal keselamatan terbabit.


“Difahamkan, pengawal terbabit mengangkat mangsa ke atas sinki dalam tandas itu sebelum menyelak seragam sekolah dan mencabul kanak-kanak itu,” katanya.


Menurutnya, suspek bagaimanapun hanya mencabul mangsa dan tidak memperkosa kanak-kanak itu sebelum melepaskannya beberapa minit kemudian.


“Difahamkan, murid itu yang ketakutan segera mengadu kepada ibunya sejurus pulang dari sekolah sebelum perkara itu dilaporkan kepada pihak sekolah dan polis.


“Saya difahamkan, pihak sekolah dan keluarga mangsa berbincang berhubung kejadian itu semalam (kelmarin), namun suspek yang menyedari perbuatannya terbongkar melarikan diri dan gagal dikesan,” katanya.


Beliau berkata, susulan itu, guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina itu turut membuat laporan polis pada jam 8.30 pagi semalam, berhubung salah laku pengawal terbabit.

Ditanya sama ada terdapat mangsa lain yang pernah dicabul suspek, Rosly memberitahu pihaknya masih menyiasat dan mengambil keterangan daripada pihak sekolah berhubung identiti suspek.


“Saya dimaklumkan sekolah itu hanya mempunyai seorang pengawal keselamatan dan suspek pengawal keselamatan sementara yang bertugas di sekolah berkenaan.


“Susulan laporan itu, polis berusaha menjejaki suspek dengan mengunjungi rumahnya di Bukit Nenas, Batu Arang, namun suspek sudah melarikan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dikenali sebagai Perumal Ramasamy dengan nombor MyKad 460419-10-5053 diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

Kejadian terbabit mengulangi kejadian cabul dan rogol apabila seorang pelajar perempuan tingkatan dua diperkosa dalam kawasan sekolah oleh rakan sebayanya pada 13 Mac lalu, di sebuah sekolah menengah di Rawang.
Susulan kejadian itu, polis memberkas enam pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terbabit atau bersubahat melakukan jenayah rogol berkenaan.




NEGARA

Remaja cuba terjun bangunan


SEORANG anggota bomba cuba memujuk remaja yang mahu terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan
sekolah di Kangar semalam.


KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.


Bersekedudukan hingga dapat anak



2010/04/24

MELAKA: Hanya kerana sudah mengandung anak luar nikah dua tahun lalu, sepasang kekasih sanggup mengambil jalan mudah dengan bersekedudukan sehingga anak dikandung wanita itu dilahirkan.

Tanpa memikirkan dosa, pasangan terbabit terus tinggal sebumbung di sebuah rumah sewa di Duyong, dekat sini, selepas wanita berkenaan melahirkan anak.


Kehadiran pasangan itu yang tinggal di kawasan kampung berkenaan sebelum ini tidak menimbulkan syak di di kalangan penduduk tetapi selepas anak lelaki tidak sah taraf pasangan terbabit genap setahun kelmarin, mereka dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 10 pagi.


Serbuan itu bukan saja membongkar pasangan terbabit yang masing-masing berusia 24 tahun itu sudah mempunyai anak luar nikah, malah wanita itu juga kini hamil lima bulan.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan dilakukan pasukannya selepas menerima aduan.


Menurutnya, ketika diserbu pasangan itu sedang bermain dengan kanak-kanak berusia setahun itu dalam rumah berkenaan.


“Siasatan mendapati kedua-dua pasangan terbabit masih belum mendirikan rumah tangga dan tinggal bersama sejak hampir dua tahun lalu.


“Pasangan berkenaan juga mengaku budak lelaki terbabit serta bayi yang dikandung sekarang adalah hasil hubungan tanpa pernikahan,” katanya, di sini, semalam.


Rahimin berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit menyewa rumah itu sebagai tempat perlindungan kepada wanita terbabit yang juga seorang ibu tunggal.

Katanya, wanita berkenaan adalah ibu tunggal yang mempunyai tiga anak dengan bekas suaminya sebelum ini dan mereka kini dijaga keluarga angkat.












Penyeludup wanita aktif

TUMPAT - Seorang penyeludup wanita yang bergerak aktif melakukan penyeludupan terpaksa berputih mata apabila beras yang sarat dalam keretanya ditinggalkan begitu sahaja apabila Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor menyerbunya dekat Pengkalan Haram Pohon Tar, Kuala Jambu, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Superintendan Tan Cheng San berkata, wanita terbabit berumur lingkungan 40-an yang memandu kereta proton Iswara berjaya melarikan diri menunggang motosikal, juga dipercayai digunakan untuk memunggah beras terbabit.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di pengkalan haram terbabit, sepasukan anggota PGM membuat intipan ke atas sebuah bot enjin galah dari Thailand menuju ke tebing negara ini.

“Bila sampai di Pengkalan Haram Pohon Tar tersebut, ternampak sekumpulan lelaki memunggah sesuatu dari perahu ke dalam kereta terbabit,” katanya.

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran anggota PGM, semuanya melarikan diri termasuk pemandu kereta terbabit dan pemeriksaan lanjut menemui 18 kampit beras setiap guninya seberat 25 kilogram dalam kereta tersebut.

“Kesemua beras ini bernilai RM1,350 bersama kereta terbabit yang bernilai RM2,000 diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kereta terbabit yang digunakan penyeludup tiada cukai jalan dikesan aktif menyeludup di sekitar Pengkalan Kubor.




Pelajar kecewa diejek rakan



2010/04/24

KANGAR: Tertekan diejek rakan kerana cinta ditolak dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit, semalam.

KECOH...pelajar terbabit cuba terjun dari tingkat tiga bangunan  sekolah, semalam.
KECOH...pelajar terbabit cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pelajar lelaki yang baru kematian bapa sebulan lalu bertindak nekad keluar dari bilik darjah dengan memecah cermin tingkap dan berdiri hujung koridor bangunan setinggi sembilan meter.


Dia bertindak demikian selepas tidak tahan diejek rakan sekelas dan aksi dramatiknya menyebabkan pelajar dan guru sekolah kelam-kabut. Tambahan pula ketika itu pelajar bersiap untuk pulang.


Ibu pelajar itu yang juga guru sekolah berkenaan serta datuknya turut berada di tingkat tiga bangunan berusaha memujuknya, tetapi tidak berhasil. Bagaimanapun, anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar bertindak pantas menangkap pelajar dari belakang selepas mengumpan air.


“Saya difahamkan dia sebelum itu mengancam memukul dua pelajar perempuan di kelas sama apabila cintanya ditolak. Perbuatannya diperhati pelajar lelaki yang kemudian mengejeknya.


“Tambahan pula pelajar perempuan terbabit bercadang mengadu perbuatannya kepada guru hingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu memecah cermin tingkap dan keluar untuk terjun tingkat tiga bangunan kelas,” kata seorang pelajar yang enggan dikenali.


Menurut pelajar itu, rakannya juga mengalami kerunsingan selepas kematian bapanya yang juga seorang pensyarah sebuah institut perguruan di Kangar, sebulan lalu.


Anggota pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam memujuk sebelum menyelamatkan pelajar berkenaan.


Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin yang berada di tempat kejadian berkata, remaja terbabit beberapa kali mengancam dengan mengangkat kaki untuk terjun bangunan hingga menimbulkan rasa cemas pasukan penyelamat dan guru.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya supaya kembali ke bilik darjah, tetapi tidak berhasil. Selepas sejam, pasukan penyelamat menangkapnya daripada belakang.


“Dia meronta-ronta sambil menjerit dan cuba melepaskan diri untuk terjun semula, tetapi dihalang pasukan penyelamat,” katanya.


Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan bagi mengetahui punca pelajar terbabit cuba terjun bangunan, tetapi tidak menolak berpunca akibat tekanan.




Tukang urut lari bogel

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/26

KLANG: Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.

MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah  spa malam, kelmarin.
MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam, kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.


Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.


Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.


“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.


“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.


Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.


Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.


Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.

Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.


Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.



Terpikat godaan ‘janda’ asing

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/04/26

KUALA LUMPUR: Sekumpulan wanita warga asing yang berlakon sebagai janda yang kematian suami bergiat aktif menipu lelaki terutama yang sudah berkeluarga bagi menyara kehidupan mereka di sini serta keluarga di kampung halaman.

Kumpulan yang menipu menggunakan pujuk rayu bagi menagih simpati dengan menjaja cerita sedih mereka sebagai janda, mengharapkan golongan suami berkenaan ‘lentok’ di pangkuan mereka.


Tindakan licik dengan modus operandi mereka yang meminta wang dalam jumlah tertentu dipindahkan terus ke dalam akaun melalui Internet, ternyata memudahkan mereka melarikan diri tanpa dikesan.


Penipuan mereka bagaimanapun disedari dua isteri yang mendapati suami mereka menjadi mangsa kumpulan wanita rakus itu sebelum seorang daripada mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Seorang dari mereka ialah ibu enam orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Salihah, 52.


Salihah berkata, sudah lima tahun dia diherdik dan diganggu kumpulan mengaku janda terbabit. Katanya, walaupun perkara itu sudah lama berlarutan, suami mereka tidak pernah serik walaupun sedar ditipu puluhan ribu ringgit.


Ketika ditemui di sini, dia berkata, pada awalnya aktiviti wanita mengaku janda itu tidak disedarinya walaupun suaminya jarang pulang ke rumah.


Bukan itu saja, katanya, suaminya juga sering tidak mempunyai wang apabila diminta sebaliknya meminta wang darinya.


Kata Salihah, perkara itu terbongkar selepas diberitahu rakannya bahawa suaminya selalu dilihat bersama seorang perempuan dari negara jiran di sebuah kedai makan di Pekan Subang di sini.

“Sejak terkena penangan janda ini, suami saya sentiasa panas baran, pantang ditanya, dia akan melenting malah melontarkan kata-kata kesat, malah pernah mencabar maruah saya dengan mempelawa rakannya untuk berasmara dengan saya,” katanya.



Munafik bertudung tapi melacur



2010/04/26

KUALA LUMPUR: Kaum wanita seharusnya mengkaji dan menilai kedudukan mereka yang dipandang tinggi, malah diangkat darjatnya dalam Islam berbanding objek seks ketika di zaman jahiliah.

Perbuatan menjerumuskan diri dalam kegiatan maksiat semata-mata untuk kepentingan diri dan nafsu bukan hanya mengaibkan individu berkenaan, malah seluruh umat Islam dan ia dianggap jenayah agama yang besar.


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut (gambar) berkata, tindakan individu menggunakan tudung bagi mengaburi mata masyarakat mengenai maksiat dilakukan itu disifatkan seolah-olah munafik kerana ia menzahirkan diri sebagai baik.


“Remaja berkenaan membabitkan diri dalam pelacuran bagi membiayai pengajian teman lelaki tidak dianggap baik kerana dalam Islam, matlamat tidak boleh menghalalkan cara kerana kedua-duanya perlu selari mengikut batas agama. “Tambahan pula dia hanya teman wanita. Sedangkan belum berkahwin lelaki itu sudah menggalakkannya melakukan maksiat apatah lagi apabila menjadi isteri,” katanya.


Katanya, teman lelakinya turut melakukan dosa bersubahat kerana menggalakkan maksiat, malah ilmu diperoleh daripada hasil haram tidak berkat.


Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai tindakan remaja perempuan berusia 22 tahun yang menjaja tubuh bagi membiayai pengajian teman lelakinya di Australia.


Remaja berpendapatan hampir RM10,000 sebulan itu menggunakan tudung untuk menutup kegiatan maksiat berkenaan..




Janda rebah

Oleh Rosliza Mohamed

2010/04/26

KOTA BHARU: Jeritan rakan menyelamatkan seorang janda beranak enam daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di kebun getah di Kampung Bukit Ipoh, Batu Melintang, Jeli.

Perbuatan biadab berkenaan dilakukan seorang pemuda berusia 18 tahun ketika menoreh getah dengan wanita terbabit di kebun kampung itu, kira-kira jam 10.30 pagi, Khamis lalu.


Sebelum itu, mangsa berusia 43 tahun sedang menoreh getah bersendirian, begitu juga dengan pemuda terbabit.


Beberapa minit kemudian, pemuda terbabit yang berpura-pura mencari pisau menoreh getahnya yang hilang datang ke arah mangsa sebelum bertindak memeluknya dari belakang.


Akibatnya mangsa rebah dan pemuda terbabit menindih badannya sambil menutup mulut dengan tangan bagi mengelak wanita itu menjerit.


Difahamkan ketika itu, pemuda terbabit turut mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya tetapi tidak diendahkan, sebelum seorang rakannya berusia 37 tahun memanggil namanya.


Pemuda terbabit yang dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut kemudian terus melarikan diri dari kawasan kebun getah berkenaan.


Selepas kejadian itu mangsa pulang ke rumah dan hanya membuat laporan di Balai Polis Jeli, kira-kira jam 7.10 petang pada hari sama.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Muhamad Hanifah Abdul Malek ketika dihubungi, berkata sebaik menerima maklumat, suspek terbabit akhirnya ditahan di sekitar kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurutnya, suspek terbabit kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.


“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya



Bukti baru dalam dakwaan rogol pelajar
Humayun Kabir
Apr 28, 10
3:36pm

DAP Perak hari ini mengemukakan dua bahan bukti baru dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima suspek di Ipoh Parade, Oktober lalu.

Bukti-bukti baru itu yang merupakan skirt mangsa dan pita video dikemukakan oleh setiausaha DAP Perak yang juga ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming (kiri, memegang buku) bersama penasihat perundangan parti itu Leong Cheok Keng (kiri) dan MP Menglembu Lim Pek Har (berbaju biru) di ibu pejabat polis di Ipoh.

Menurut Nga, kelima-lima suspek dipercayai membubuh dadah dalam minuman mangsa sebelum dua daripada mereka didakwa merogolnya manakala tiga lagi memerhati.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis tetapi kelima-lima mereka dibebaskan dengan alasan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Nga memberitahu Malaysiakini bahawa ibu mangsa kuathir beliau tidak mendapat keadilan daripada pihak polis kerana kelima-lima suspek berkenaan berasal daripada keluarga golongan berada.

"Ibu mangsa telah menyorokkan skirt anaknya yang mempunyai kesan air mani perogol untuk selama enam bulan.

"Bagaimanapun saya berjaya memujuknya supaya yakin dengan polis dan menyerahkan bahan berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata Nga.

Beliau mencadangkan supaya ujian DNA dijalakan pada skirt yang mempunyai kesan air mani itu bagi menangkap perogol yang dipercayai adalah rakan sekolah mangsa.

Nga berkata beliau akan memantau kes itu secara dekat dan akan membawa perkara itu ke pihak atasan polis di Bukit Aman jika siasatan tidak dijalankan dengan terperinci