Saturday, December 11, 2010

MALANG TAK BERBAU...HATI2 SERTA MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH...CURANG TAK MENGIRA JANTINA...WANITA LAH NI PUN CURANG...HASIL DARI PERCAMPURAN TERLAU BEBAS...HUDUD TAK TERLAKSANA LAGI....

NEGARA


Angkara cinta tiga segi


ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.


KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.
Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.
Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.
Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.
“Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang.
“Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Suami cekup isteri curang

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Geram kerana isterinya berlaku curang, seorang suami bukan saja nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), tetapi turut menampar isterinya yang berusia 36 tahun bersama pasangannya berusia 50 tahun ketika mereka ditahan pihak berkuasa itu kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.
Suami berusia 40-an itu dikatakan sudah hilang sabar dengan tindakan isterinya itu yang kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, dia dan isterinya kini dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu dan ia berkemungkinan berpunca akibat sikap wanita itu yang berlaku curang di belakang suaminya.

Menurut sumber Padal, pihaknya yang menerima maklumat daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi bergegas ke lokasi dan mendapati keadaan rumah itu gelap dan pintu berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Lelaki itu memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat berada di dalam rumah itu dan dalam keadaan takut selepas mendapati suaminya turut berada bersama kami,” katanya.


Sumber itu berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Katanya, ketika serbuan, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak pasangan suami isteri itu yang berusia lapan tahun turut berada dalam rumah terbabit dan sedang nyenyak tidur.
“Suspek lelaki yang ditahan itu memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan maksiat,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri serta tiga anak tetapi kerap ke rumah ‘adik angkatnya’ itu untuk berkongsi kasih sayang antara abang dan adik.

Lebih malang lagi apabila suri rumah itu dan pasangannya terpaksa bermalam dalam lokap pada malam itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas tiada penjamin untuk menjamin mereka di pejabat agama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.



Berseloroh mahu mati, masuk syurga



KUALA TERENGGANU: Mangsa kebakaran, Nor Hidayu Kauzi, 19, yang ditemui mati bersama ibunya, Nor Laila Yaacob, 44, dikatakan sempat berseloroh dengan rakannya dan menyatakan bahawa dia hendak mati.
Rakan mangsa, Norain Harun, 16, berkata ketika mereka berbual petang kelmarin, iaitu sehari sebelum kejadian, Nor Hidayu juga memberitahunya bahawa dia tidak akan ada lagi selepas ini, selain hendak berhenti kerja dan masuk syurga.

Norain berkata, masih terngiang kata-kata arwah yang berbunyi: “Aku tak ada dah esok, aku nak berhenti kerja...aku nak mati dan masuk syurga.” Nor Hidayu dan ibunya, Nor Laila Yaacob, 41, maut dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Manir, malam kelmarin, dan mayat mereka ditemui tidak jauh antara satu sama lain


Kutip cebisan mayat

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

TUTUP...mayat Shahabudin di tempat kejadian, semalam.
TUTUP...mayat Shahabudin di tempat kejadian, semalam.
KLANG: Mengerikan apabila beberapa anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat penunggang motosikal yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 20.3 Lebuhraya Kesas di susur keluar Bandar Puteri, di sini, pagi semalam.
Lebih memilukan apabila pemandu treler terbabit memecut kenderaannya meninggalkan mangsa dan adiknya yang menggelupur kesakitan.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Shahabudin Jaafar, 30, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Shafarudin, 23, cedera ringan apabila melompat dari motosikal.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dari Pelabuhan Klang menghala Shah Alam dipercayai untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai dihimpit treler sebelum bergesel menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan digilis kenderaan berat terbabit.

“Mangsa parah hampir 70 peratus dan maut di tempat kejadian manakala adiknya cedera ringan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Adiknya turut dibawa ke HTAR,” katanya di sini, semalam.



Motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang adik-beradik itu tidak menggunakan laluan motosikal.

Berdasarkan kad pengenalan, mangsa beralamat di No 3, Lorong Kampung Panching, Perumahan Awam Kos Rendah, Kuantan.
Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang lelaki warga India maut ketika cuba melintas jalan di Persiaran Sultan Ibrahim dari Klang menghala Shah Alam, di sini, semalam.


Remaja koma dirempuh kereta mungkin buta


a
KUALA KEDAH: “Sudah tiga bulan anak saya koma manakala kedua-dua matanya mungkin buta selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 31 Ogos lalu,” kata Sabariah Saari, 49, ibu Mohd Nor Hafizi Abdul Aziz, 19, yang masih tidak sedarkan diri dan terlantar di katil di rumahnya di Kampung Telok Talipon, di sini.
Menurutnya, doktor mengesahkan mata Mohd Nor Hafizi kemungkinan besar buta manakala hidungnya terpaksa diganti dengan hidung plastik selepas mukanya parah. Katanya, ketika ini, anaknya meminum susu khas menggunakan tiub ditebuk pada perut dan dia akan menggerakkan kaki serta tangan jika lapar.

Malah, Sabariah berkata, sesekali anaknya itu akan meronta dan mengerang kesakitan menyebabkannya terpaksa mengikat kaki dan tangannya pada tiang untuk keselamatan.
“Saya terpaksa mengikat tangannya pada tiang dalam rumah apabila mahu menggaru matanya yang gatal.

“Saya takut tindakan itu akan mencederakan matanya kerana keadaan matanya begitu teruk, bukan niat untuk mengikatnya, jauh sekali mahu menyeksa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Nor Hafizi, anak bongsu daripada lima beradik itu sudah tiga bulan koma selepas otaknya gagal berfungsi akibat kemalangan terbabit menyebabkan berlaku gegaran kuat pada kepalanya. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam 31 Ogos lalu, motosikal ditunggangi anaknya itu dirempuh sebuah kereta di Taman Baru Kubang Rotan, di sini, menyebabkannya parah termasuk di muka selain patah hidung, tulang paha dan kaki..



Mubarak didakwa mahu jadi Presiden seumur hidup



KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 82, kemungkinan besar akan bertanding semula dalam Pilihan raya Presiden untuk terus memegang jawatan itu sepanjang hayat, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan semalam.
Dokumen itu yang didedahkan dalam laman sesawang WikiLeaks dan disiarkan secara online oleh akhbar Britain, The Guardian, turut menjangka pilihan raya yang dijadual diadakan September tahun depan tidak akan berlangsung secara bebas atau adil.

“Pilihan raya Presiden akan datang akan diadakan September depan dan jika Mubarak masih hidup, beliau kemungkinan akan bertanding sekali lagi, dan akan memenanginya,” menurut kabel daripada Kedutaan Amerika di Kaherah bertarikh 29 Mei 2009 dan ditanda tangan oleh duta, Margaret Scobey. - AP




Charles, Camilla diserang perusuh



TERKEJUT...Camilla dan Charles ketika kereta mereka dikepung perusuh.
TERKEJUT...Camilla dan Charles ketika kereta mereka dikepung perusuh.
KEADAAN Rolls Royce  Charles selepas diserang.
KEADAAN Rolls Royce Charles selepas diserang.
LONDON: Polis yang mengawal Putera Charles dan Camilla semalam diselar kerana membiarkan perusuh mendekati pasangan diraja itu malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, kereta Rolls Royce yang membawa pasangan berkenaan dikepung oleh perusuh yang menyimbah cat padanya dan memecahkan tingkap belakang.

Serangan itu berlaku di Regent Street, tengah London sebelum pemandu pasangan itu memecut sementara anggota polis cuba membentuk perisai melindungi Charles dan isterinya.
Menurut laporan semalam, Putera itu berjenaka yang beliau terpaksa berdepan dengan perusuh sebelum keretanya diserang.

Ketika menganjurkan satu jamuan teh awal hari berkenaan, Charles dilapor berkata: “Semoga kami dapat melaluinya dengan selamat.” Jurucakap Putera Wales dan Duchess of Cornwall itu berkata semalam, pasangan berkenaan ‘amat memahami kesukaran yang dihadapi polis’ dan sentiasa berterima kasih kepada mereka atas tugas yang mereka laksanakan.’ Orang ramai yang membeli-belah melihat serangan itu selepas penyangak yang mengaitkan diri mereka dengan kenaikan bayaran yuran pelajaran menunjuk perasaan.

Seorang saksi menceritakan bagaimana perusuh itu berada begitu rapat dengan kenderaan Charles sambil menjerit ‘penggal kepala mereka’ ketika Rolls Royce itu terhenti kali kedua selepas dilontar dengan kotak dan sampah pada kali pertama.

Saksi itu berkata: “Charles dan Camilla pasti ketakutan.” Bagaimanapun, Camilla ketika mengulas kejadian itu berkata dia tidak apa-apa sambil berjenaka: “Semua perkara mesti ada kali pertama.” Kira-kira 30,000 pelajar dan penyokong berhimpun di Medan Parlimen dan Whitehall sebelum anggota Parlimen mengundi untuk menaikkan yuran pelajaran sebanyak tiga kali ganda malam tadi.

Keputusan undian itu memihak kepada kerajaan. - Agensi


Pelacur kena bayar cukai harian

BERLIN: Berdepan dengan defisit berjumlah 100 juta euro (RM412 juta), sebuah bandar di barat Jerman memperkenalkan cukai harian terhadap pelacur bagi mengurangkan jurang bajetnya.
Cukai baru itu memerlukan pelacur di Dortmund membeli tiket harian berharga enam euro ( RM25) setiap hari mereka bekerja atau didenda.

Bandar berkenaan menjangka cukai baru itu akan membolehkan mereka menambah 750,000 euro (RM3 juta) dalam dananya setahun.
“Kami mengkaji beberapa cukai seks tetapi ini adalah paling praktikal,” kata jurucakap bandar raya itu, Michael Meinders. - Reuters


Ibu anggap Qory mati ditelan bumi kerana sombong

JAKARTA: Selepas sekian lama cuba memulihkan hubungan dengan anaknya, ibu Qory Sandioriva, Fariawati, kini enggan lagi mempedulikan keadaan Ratu Cantik Indonesia 2009 itu.
Malah, kata Fariawati, dia juga tidak tahu di mana Qory berada ketika ini.

“Saya belum mendengar sebarang berita daripada Qory atau tahu di mana dia menetap kini,” katanya kepada media, semalam.
Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap Qory, Fariawati kini menganggap anaknya itu ‘hilang ditelan bumi’.

“Dia bukan anak saya lagi,” katanya.

Hubungan Fariawati dengan Qory mula retak selepas peserta ratu cantik itu enggan berkomunikasi dengannya sejak menyertai pertandingan berkenaan di Amerika Syarikat.


Sebelum ini, Fariawati turut mendakwa Qory terbabit dalam ajaran sesat sejak pulang dari AS.

Kata Fariawati, Qory jelas lupa diri dan sombong sejak menjadi popular.
“Saya kini pasrah dan apa yang berlaku adalah pilihan Qory,” katanya. - Agensi



Pasangan kekasih dihukum sebat 8 kali kerana bercium






E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JANTHO: Pihak berkuasa Aceh menjatuhi hukuman sebat ke atas dua penduduk tempatan, semalam, selepas didapati bersalah bercium.
Pegawai pendakwa, Deby Rinaldi, berkata kedua-dua tertuduh sudah mempunyai isteri dan suami ketika kesalahan itu dilakukan di satu kawasan hutan.

“Mereka hampir melakukan hubungan seks ketika ditahan,” katanya. Ratusan orang berkumpul di kawasan masjid di bandar Jantho untuk menyaksikan hukuman sebat dijalankan ke atas Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17.
Kata Deby, ketika hubungan sumbang itu dilakukan, isteri Anis yang hamil tujuh bulan, berada di luar kawasan.

“Kiki pula sudah berkahwin dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu,” katanya. Selepas dibicarakan, kedua-dua mereka dikenakan hukuman sebat lapan kali.

Oktober lalu, pihak berkuasa mengenakan hukuman sebat ke atas dua wanita kerana mencuri makanan pada Ramadan lalu.



Pasangan kekasih dihukum sebat 8 kali kerana bercium



JANTHO: Pihak berkuasa Aceh menjatuhi hukuman sebat ke atas dua penduduk tempatan, semalam, selepas didapati bersalah bercium.
Pegawai pendakwa, Deby Rinaldi, berkata kedua-dua tertuduh sudah mempunyai isteri dan suami ketika kesalahan itu dilakukan di satu kawasan hutan.

“Mereka hampir melakukan hubungan seks ketika ditahan,” katanya. Ratusan orang berkumpul di kawasan masjid di bandar Jantho untuk menyaksikan hukuman sebat dijalankan ke atas Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17.
Kata Deby, ketika hubungan sumbang itu dilakukan, isteri Anis yang hamil tujuh bulan, berada di luar kawasan.

“Kiki pula sudah berkahwin dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu,” katanya. Selepas dibicarakan, kedua-dua mereka dikenakan hukuman sebat lapan kali.

Oktober lalu, pihak berkuasa mengenakan hukuman sebat ke atas dua wanita kerana mencuri makanan pada Ramadan lalu.

Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera melaksanakan undang-undang Islam dalam kehidupan sehariannya. - AFP

Friday, December 10, 2010

PEMIMPIN KAYA RAYA RAYA....RAKYAT LIHATLAH....UMUR DAH LANJUT TENTU DAH LAMA TERBIAR....MANA PEMIMPIN...PUSAT ZAKAT....KEBAJIKAN MASYARAKAT....TERLEPAS PANDANG KOD.....YANG LAIN TU...KITA MERANCANG ...ALLAH JUA MENENTUKAN....MAHA BESAR DAN MAHA KUASANYA ALLAH...ITU PUN KITA LAWAN TAUKEH@ALLAH....MEMANG KITA NI TAK SEDAR DEK UNTUNG.....

NEGARA


Keluarga tiada tempat berteduh


WAN ZAINI mencuci pinggan mangkuk sambil diperhatikan anak-anaknya di sebuah bengkel yang menjadi tempat tinggal mereka di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Sebuah keluarga yang tinggal di bengkel kereta di Jalan Datuk Kumbar di sini sejak setahun lalu bakal kehilangan tempat berteduh.
Ia ekoran bengkel tersebut akan diambil alih oleh pemiliknya yang selama ini membenarkan mereka tinggal di situ.
Menurut Wan Zaini Shaari, 36, dia dan suami, Asiedan Mat, 32, serta tiga orang anak yang berusia di antara satu hingga lapan tahun menumpang di bengkel itu secara percuma.
“Bagaimanapun selepas 15 Disember ini, kami tiada tempat tinggal kerana tidak mampu menyewa sebuah rumah dengan pendapatan suami kira-kira RM15 hasil mengambil upah memotong rumput.
“Saya tidak bekerja dan kesemua perbelanjaan rumah serta persekolahan anak-anak ditanggung oleh suami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

NEGARA


Malam pertama pengantin di hospital


KAMSIAH mengucup pipi suaminya, Asmani selepas majlis akad nikah di Wad D2, Hospital Melaka semalam.



MELAKA – Malam pertama adalah momen paling indah yang tidak akan dilupakan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin sehingga ke akhir hayat.

Namun bagi pasangan Asmani Aziz, 32, dan Kamsiah Abd. Majid, 21, mereka terpaksa meraikan malam pertama mereka di Wad D2 di Hospital Melaka di sini malam tadi.
Ia gara-gara Asmani yang masih menerima rawatan selepas terlibat dengan kemalangan apabila kereta yang pandunya berlanggar dengan sebuah treler di Bukit Rambai dekat sini pada tiga hari lalu.
Sebelum itu, majlis perkahwinan termasuk akad nikah juga diadakan di wad yang sama dan dihadiri kira-kira 100 tetamu.
Majlis tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila rombongan pengantin perempuan diarak bersama bunga manggar dari tingkat bawah hospital hingga ke wad untuk bertemu dengan pengantin lelaki.
Menurut Kamsiah, majlis pernikahannya yang ditetapkan semalam tetap diteruskan selepas mendapat persetujuan pihak hospital.



NEGARA


Berebut hartanah RM3 juta


BANGUNAN ibu pejabat Syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. milik Allahyarham Sosilawati di Kampung Baru, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR - Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd., syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam menjual tanah dan bangunan bernilai RM3 juta kepada pasangan suami isteri seperti mana yang dijanjikan.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd. Hadi Ar Rais Muhamad mewakili defendan manakala peguam Karena Tang Shiau Hui mewakili ahli-ahli perniagaan, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, selaku plaintif.
Menurut Karena, Zabariah memerintahkan syarikat kosmetik itu menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 14 hari bermula semalam selain menetapkan kos sebanyak RM15,000 terhadap syarikat itu.
"Syarikat itu juga perlu menjual hartanah terbabit kerana terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.



NEGARA


Dua mati lemas, tiga hilang




KUALA TERENGGANU – Keseronokan enam sekeluarga yang sedang berkelah di Pantai Pandak dekat sini semalam bertukar tragedi dengan dua daripada mereka ditemui lemas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mayat Kumada Shamugam, 28 dan adiknya, Roshini Shamugam, 16, ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas.
Sementara tiga mangsa lain dikenali sebagai Ramond, 26, Mogan, 21, dan Vijaykumar, 18, dilaporkan masih hilang dan gagal ditemui pasukan penyelamat.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Mathavi (gambar), 21, berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.









NEGARA


Akrab hingga ke liang lahad


BEGINILAH keadaan motosikal yang dinaiki dua beradik yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Bukit Rambai, Melaka semalam.



MELAKA – Keakraban dua beradik dibawa hingga ke mati apabila kedua-dua mereka maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai semalam.
Kejadian pukul 4.15 pagi itu mengakibatkan Muhammad Faiz Rosli, 17, dan Muhammad Faizal Rosli, 16, mati di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
Difahamkan, Muhammad Faiz yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang di sini sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam A. E. Kling berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Bukit Rambai telah merempuh motosikal mangsa dari arah bertentangan.


NEGARA


Rumah tergadai kerana hutang RM1,000


YOKE KUM (kanan) bersama Mohd. Ravi menunjukkan surat laporan polis kerana ditipu ah long di Ipoh semalam.



IPOH - Gara-gara meminjam wang RM1,000 daripada ah long, seorang wanita bukan sahaja terpaksa menanggung beban hutang RM60,000 malah lot rumah kedai milik ibunya juga hampir tergadai.
Tang Yoke Kum, 29, berkata, dia meminjam wang tersebut daripada ah long pada pertengahan tahun lalu selepas berhadapan dengan masalah perniagaan restoran.
"Setelah diluluskan, ah long tersebut menyerahkan wang tunai RM650 dan selepas itu saya mula membayar hutang mengikut jadual tetapi kadar bunganya begitu tinggi dan tidak habis-habis biarpun sudah lebih RM2,000 dijelaskan.
"Apabila saya tidak mampu lagi bayar berikutan restoran yang terpaksa ditutup, ah long terbabit beritahu hutang saya sudah berjumlah RM7,000 pada April lalu," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak, Mohd. Ravi Abdullah di sini semalam.



NEGARA


Dua beranak rentung di kedai dobi


BEBERAPA anggota Bomba menurunkan salah satu mayat yang dijumpai rentung dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Manir, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai dobi dan anak perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Manir dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Nor Laila Yaacob, 44, dan anaknya, Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan dipercayai terperangkap di dalam bilik di tingkat atas sebuah rumah kedai.
Selain kedai dobi milik Nor Laila, sebuah kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik turut musnah dalam kejadian itu.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat, 36, berkata, ketika kejadian, dia melihat asap keluar dari sebuah tingkap di bilik atas kedai tersebut.
“Beberapa orang penduduk cuba naik ke atas bumbung kedai untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal kerana api marak terlalu cepat,” katanya


NEGARA


Cedera dilanggar ketika berpiket


BEBERAPA pekerja mengangkat Adnan yang cedera akibat dirempuh kereta
semasa berpiket di hadapan kilang di Perai, Pulau Pinang semalam.



BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja cedera apabila dilanggar sebuah kereta semasa mengadakan piket di hadapan kilang tempatnya bekerja di Perai di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa, Adnan Md. Zain, 22, berkumpul bersama kira-kira 200 pekerja kilang elektronik, Eaton Industries Sdn. Bhd. bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap majikan.
Mereka membantah tindakan majikan yang didakwa enggan mematuhi beberapa syarat perjanjian bersama yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak sebelum ini.
Ketika itu, Adnan yang berada di atas jalan raya telah dirempuh oleh sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut


NEGARA


Peguam duda anak dua tambat hati Rabecca


Rabecca



KUALA LUMPUR – Setelah genap tiga tahun bercinta, Rabecca Nur Al-Islam, 24, akhirnya mengumumkan calon pilihan hatinya kepada umum iaitu seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman.
Menurut Rabecca, dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azam, 42, pada 14 Januari 2011.
“Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan, kini saya sudah bersedia untuk memiliki keluarga sendiri dan menjadi seorang isteri,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan jejaka pilihan serta tarikh perkahwinannya di butik Harrods, KLCC semalam

TU KATANYA...SEMUA BUKAN...TETAPI TENTU KAYA WALAUPUN TIADA GELARAN.....MUDAHAN2 SUAMI BOLEH MEMBIMBING JADI WANITA YANG SOLEHA...DENGAN MENUTUP AURAT....JANGAN TAK BERUBAH....MAKA KEDUA2NYA RUGI...BAIK SUAMI DAN ISTERI....KERANA DERHAKA KEPADA ALLAH SWT....

Saya nak berubah, tapi sukar

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum.
BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum.
KUALA LUMPUR: “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,” kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam.
Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.

Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.
Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.

“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,” katanya.

Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya


Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan.

“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,” katanya.
Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.

“Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa.

“Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya,” katanya.

Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut.

“Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak,” katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik.

Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan


DALAM KES DIATAS...SEX...WANG..DAPAT MENGUASAI LELAKI MENJADI  CARA SYAITAN MENGODA WANITA DIATAS....DITAMBAH DINEGARA INI TIADA HUKUM REJAM DAN 100X SEBATAN....PENZINA2 APA ADA HAIRAN....AGAK SAPE SALAH...TENTU TUAN2 DAN PUAN2 BOLEH JAWAB.....NI JUGA RASULLULLAH SAW DAH TUNJUK....BAGINDA SAW MENOLAK TAWARAN .....KUASA@RAJA@PEMERINTAH.....HARTA@KEMEWAHAN....WANITA@SEX.......

5 tenggelam ditarik ombak

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

CARI...anggota pasukan penyelamat mencari tiga lagi mangsa di tempat kejadian, semalam.
CARI...anggota pasukan penyelamat mencari tiga lagi mangsa di tempat kejadian, semalam.
KUALA TERENGGANU: Keseronokan enam sekawan bermain ombak di Pantai Peranginan Chendering, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, semalam.
Sebelum kejadian, tiga daripada mereka yang juga adik-beradik, Kumuda Shanmugan, 28, Raymond, 26 dan Roshini, 16, dari Taman Sungai Keramat, Kampung Jawa, Klang, Selangor serta tiga rakan mereka dikenali sebagai Mogan, 21, Mathavi, 20, dan Vijaykumar, 18, pergi ke pantai berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di pantai itu, Mathavi terjerumus ke dalam pasir sebelum ditarik ombak besar ketika bermain di gigi air di kawasan berbatu di pantai berkenaan.
Panik dengan kejadian itu, tiga beradik terbabit bersama dua lagi rakan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu hampir lemas.

Bagaimanapun, mereka turut lemas akibat dipukul ombak sebelum disedari orang ramai yang menghubungi pihak berkuasa.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Chendering yang tiba beberapa minit kemudian menyelamatkan seorang daripada mereka, manakala dua lagi ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.

Mereka yang lemas ialah Roshini dan Kumuda, manakala yang masih hilang ialah Raymond, Mogan dan Vijaykumar. Mathavi yang diselamatkan lima individu terbabit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Rakan Raymond, Sritharan Sivasangaran, 32, berkata kali terakhir dia menemui mangsa ketika mengunjungi rumah rakannya dikenali sebagai Kali di Kampung Chendering, pagi semalam.
“Ketika itu saya melihat dia biasa saja dan tak banyak bercakap. Saya percaya sebaik keluar dari rumah Kali, dia pergi menemui dua adiknya yang datang bercuti ke negeri ini dan tidak sangka mereka bermain air di kawasan pantai ini,” katanya.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Mohamad yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, mangsa ditemui orang ramai dan anggota bomba kira-kira jam 3 petang tidak jauh dari tempat kejadian.

“Mathavi terselamat selepas berpaut pada batu berhampiran tempat kejadian dan dibawa ke HSNZ untuk rawatan kecemasan sebelum ditempatkan ke wad ICU,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan lebih 50 anggota membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk enam unit skuba, Jabatan Pertahanan Awam dan polis serta Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan tidak jauh dari tempat kejadian.




Model jelita pilih duda

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

RABBECA... tiga tahun berkenalan
RABBECA... tiga tahun berkenalan
KUALA LUMPUR: “Bakal suami saya bukan VIP atau berstatus Datuk tetapi insan biasa yang begitu memahami, menghormati saya dan keluarga.
“Sudah tiga tahun kami berkenalan dan tiba masanya untuk kami mendirikan mahligai bahagia,” kata pelakon, pengacara dan model jelita Rabbeca Nur Al Islam Ahmad, 25, ketika mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingannya pada majlis minum petang di Harrods, pusat beli-belah KLCC, di sini, petang semalam. Majlis minum petang itu ditaja Butik Chopard, KLCC sebagai menghargai Rabecca yang juga pelanggan setia butik itu sejak tujuh tahun lalu.

Pelakon jelita itu memilih duda anak dua, berasal dari Kuching, Sarawak dan bekerja sebagai peguam dan ahli perniagaan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, sebagai suaminya.
Hari yang berbahagia itu diadakan selama tiga hari, 14, 15 dan 16 Januari depan, bermula dengan majlis pernikahan pada 14 Januari yang akan diadakan di kediaman baru Rabecca dan bakal suaminya di Ampang, Selangor. “Majlis persandingan akan diadakan pada 15 Januari di Hotel Flamingo Ampang dan keesokannya majlis resepsi eksklusif untuk rakan karib di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Rabbeca, sejak awal perkenalan lagi, Nor Azam ingin melamarnya sebagai isteri, namun ketika itu dia baru berusia 22 tahun.

“Bakal suami saya kata, dia sudah berusia dan tidak mahu menangguhkan lagi perkahwinan kami. Dia ingin kami membina keluarga dengan segera dan berharap perkahwinannya kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayatnya
“Bagaimanapun, waktu itu saya berasakan diri ini terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri lalu saya minta tempoh dua tahun lagi. Selepas tamat tempoh dua tahun, saya minta tangguh setahun lagi dan baru sekarang saya bersedia menerima lamarannya.

“Keluarganya datang merisik pada Ogos lalu. Pun begitu kami tidak bertunang, majlis pertunangan itu nanti akan diadakan pada hari sama pernikahan akan berlangsung,” katanya.

BILA TIADA PENDULIKAN HUKUM ALLAH...JAUH DARI RUMAH ALLAH JUGA PENGAJIAN.....MENGHINA ULAMAK...MEMBENCI MAJLIS ILMU MEMBENCI ORANG YANG MENGAJAR ILMU...DAN TAK BERKAWAN DENGAN ORANG2 SOLEH...BANYAK MELAKUKAN PERKARA HARAM...DITAMBAH TAKUT DENGAN MANUSIA BUKANNYA ALLAH.....MAKA MUDAHLAH MUNGKAR SERTA MAKSIAT BERLAKU ATAU DIBUAT....KHUATIR JIKA BERPANJANGAN...AGAK SUKAR DAPAT HIDAYAH DARI ALLAH SWT.....

Suami main cinta di Facebook



SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.
Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.

Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.

Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?

FARHANA
Kuala Lumpur



FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.

Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).

Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.

Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.

Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.

Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.

Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.

Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.

Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah al-Nur ayat 26)




Rakan serumah bernafsu songsang



SAYA tinggal serumah dengan rakan sekerja yang menjalin hubungan sejenis.
Setiap hujung minggu dia akan tidur di rumah pasangannya.

Saya pernah meminjam komputer riba dia dan apa yang ditemui di dalamnya amat memalukan.

Saya merasakan dia terjebak dengan hubungan songsang berkenaan.

Bagaimanakah caranya saya menolong dia supaya tidak terpengaruh dengan perkara terkutuk itu?

Saya pernah menasihatinya namun dia memarahi saya.


FARHAN
Kuala Lumpur



HUBUNGAN sejenis memang dilarang mana-mana agama termasuk Islam.

Ini kerana ia bukan tabiat semula jadi manusia dan juga binatang.

Itu sebab ia dipanggil sebagai hubungan songsang. Mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian dilaknat oleh Allah dan Rasul kerana melanggar larangan agama.

Contohnya keterlanjuran kaum Luth yang membawa kehancuran mereka.
Bagi menangani isu moral dan akhlak sebegini, Islam mengajak kita supaya memikirkan tujuan kita berada di dunia.

Seorang manusia yang diberi akal fikiran hendaklah berfikir buruk baik setiap perbuatannya.

Apabila suatu perbuatan melanggar tata susila agama dan akhlak, dia hendaklah segera dihentikan.

Setiap Muslim hendaklah berusaha mencegah diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus dalam lembah maksiat.

Justeru, anda perlu berusaha sedaya mungkin mencegah kemungkaran berkenaan sama ada melalui kuasa, kata-kata atau rasa benci dalam hati.

Mencegah diri daripada terpengaruh dan terbabit dalam perhubungan sejenis lebih mudah daripada cubaan untuk mengubah atau mengubatinya apabila sudah berlaku.

Ini yang berlaku kepada rakan anda yang sudah dinasihati, tetapi menjadi marah kerana sudah jauh tersasar dalam kemaruk nafsu.

Hubungan songsang hanya membawa kehancuran semata-mata. Kita boleh katakan mungkin manusia dapat memaafkan kesalahan sesama sendiri, begitu juga Allah yang sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.

Tetapi undang-undang alam tidak ada belas kasihan. Penyakit akan terjadi apabila manusia melanggar undang-undang alam. Anda mungkin sudah melakukan apa yang terdaya untuk mengubah sahabat sendiri. Tetapi perubahan hendaklah datang dari dirinya sendiri.

Dosa yang dilakukan itu adalah atas pilihan diri sendiri dan bukan atas sebab genetik atau persekitaran lagi. Semuanya boleh diubah apabila ada kemahuan untuk insaf dan bertaubat.

Berubah untuk menjadi baik tidak ada salahnya. Kegilaan menurut hawa nafsu boleh dicegah dengan usaha sendiri dan nasihat kawan-kawan seperti anda.

Teruslah berusaha semoga kawan akan berubah menjadi baik



Pasangan bercinta bergelut dengan nafsu



SAYA pelajar sebuah maktab berusia 18 tahun. Saya ada teman lelaki yang kini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.
Kini saya cukup tertekan kerana tidak dapat mengawal nafsu saya.

Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan, tetapi tidak mendapat restu keluarga.

Salahkah kami berkahwin pada usia muda untuk mengelak maksiat berlaku


Kami sering berhubung dan bercakap berkenaan masa depan.

Kadang kala percakapan kami gagal dikawal dan sering bernafsu.

Apabila sedar, kami mohon maaf dan minta ampun daripada Allah.

Kami tidak sanggup menanggung keadaan ini dan sampai bila ia akan berlarutan. Apa perlu kami lakukan?


JEZRIN
Negeri Sembilan



ISLAM sangat menggalakkan umatnya supaya membangunkan institusi keluarga melalui perkahwinan. Alangkah baiknya sekiranya setiap keluarga yang mempunyai anak dewasa merancang perkahwinan untuk anak mereka.

Dengan berbuat demikian, keluarga baru akan terbentuk dan tata susila dapat dijaga.

Apabila keluarga tidak memandang soal pembentukan keluarga dan akhlak dan hanya menumpukan kepada pencapaian ekonomi dan material semata-mata, tentu akan berlaku kerosakan kepada individu dan masyarakat.

Maka akan timbul pergaulan bebas dan berlakunya zina. Ibu bapa perlu mengambil berat peralihan usia anak ke alam remaja dan dewasa.

Mereka perlu dididik supaya tidak bergaul secara bebas. Islam menyarankan supaya perkahwinan dipermudahkan dan dititikberatkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.

"Dan sesiapa antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai."

Begitu juga al-Quran menyarankan supaya perkahwinan digalakkan dalam semua peringkat umur dan status seseorang dalam Firman Allah s.w.t: "Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui. Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, ..." (Surah al-Nur ayat 32-33)

Al-Quran juga menyarankan supaya setiap umat Islam perlu menjaga kehormatan diri sekiranya tidak mampu untuk berkahwin atau ada halangan tertentu.

Begitu juga dengan anda berdua, kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak terjerumus dalam noda dan maksiat. Bawalah berbincang dengan keluarga masalah anda berdua.

Tentu mereka memahami jiwa anak muda yang sedang asyik bercinta. Mudah-mudah mereka merestui hasrat untuk berumahtangga walaupun masih muda.




Gigitan cinta tidak jejas solat



ADAKAH sah kita melakukan solat jika ada kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuh badan kita Dr?
SHAHRIZAL
Kedah



KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.

Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu (1) Suci daripada hadas kecil dan besar, (2) Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat.

Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.

Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.

Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.




Beza harta sepencarian, nafkah

APAKAH perbezaan harta sepencarian dan nafkah.
Adakah harta sepencarian boleh dikira sebagai nafkah?


HAMIZA
Selangor
 


MEMANG terdapat perbezaan antara harta sepencarian dan nafkah. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka.

Jika berlaku perceraian, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Harta berkenaan dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

Manakala nafkah pula merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya.

Ini termasuk nafkah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

Allah berfirman yang bermaksud: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah ayat 233)

Apabila dicerai, isteri berhak mendapat nafkah untuk masa idah (Surah at-Talaq: 6).

DIMANA2 PERKARA BANYAK BERSANGKUTAN DENGAN SEX...TU SEBAB ALLAH ADAKAN HUKUM POLIGAMI SERTA HUKUM YANG KERAS@TEGAS UNTUK PENZINA2...KERANA ALLAH LEBIH MENGETAHUI....SEBAB ALLAH YANG MENCIPTANYA...SEGALA2NYA

Ahmad Dhani simpan foto bogel artis

BUKTI...gambar porno Dewi Persik dan Julia Perez yang dimuat turunkan daripada akaun Twitter Ahmad Dhani.
BUKTI...gambar porno Dewi Persik dan Julia Perez yang dimuat turunkan daripada akaun Twitter Ahmad Dhani.
JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.
“Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

“Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi,” kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.

“Gambar ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

“Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap,” kata Habib. - Agensi



Gambar lucah Christina dicuri

LOS ANGELES: Penyanyi, pencipta lagu dan aktres, Christina Aguilera, mendakwa seorang penggodam menceroboh komputer dan mencuri sejumlah gambar separuh bogelnya untuk dimuat naik ke Internet.
Dakwaan itu dibuat selepas beberapa keping gambar lucah dan memberahikan selebriti itu dipaparkan laman sesawang semalam.

Tidak dapat dipastikan bila gambar itu dirakamkan, tetapi Christina berkata, ia dibuat untuk kegunaan peribadi dan bukan bagi tatapan umum.
Satu daripada gambar itu menunjukkan Christina - akan berusia 30 tahun Sabtu depan - mengenakan jeans dan baju putih pakaian jarang.

Gambar lain memaparkan dia hanya berseluar dalam, manakala hampir seluruh payu daranya terdedah.

Jurucakap Christina berkata, gambar itu dibocorkan kepada media selepas diperoleh penggodam secara haram apabila individu itu menceroboh ke akaun perunding imej bintang berkenaan.


“Gambar itu diambil secara tertutup di rumah Christina dan hanya untuk kegunaan peribadi antara beliau dan perunding imejnya,” kata jurucakap itu.

Menurut jurucakap berkenaan, penggodam dan media yang menyiarkan gambar itu bertindak secara tidak bertanggungjawab.
Ketika ini, kata jurucakap itu, pihaknya sedang mengenal pasti penggodam terbabit secara intensif sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Perbuatan itu sangat keji,” katanya. - Agensi



Ramai terkejut anak Saddam miliki Ferrari feminin



LONDON: Anak Saddam Hussein, Uday, memang dikenali sebagai penggemar kereta mewah serta berpewatakan garang.
Bagaimanapun, ramai pihak terkejut dan tertanya-tanya apakah sebenarnya cita rasa Uday.

Sekeping gambar disiarkan media di Britain semalam menunjukkan, satu daripada kereta pernah dimilikinya, Ferrari Testarossa, dicat dengan warna merah jambu yang biasanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan.
Gambar itu dirakam di sebuah pejabat polis di Baghdad selepas kenderaan itu ditunda pihak berkuasa dari rumah Uday.




17 bilionair ikrar derma harta



NEW YORK: Seramai 17 lagi bilionair - termasuk pengasas laman sesawang Facebook, Mark Zuckerberg dan Dustin Moskovitz - berjanji mendermakan separuh daripada kekayaan mereka bagi menjayakan kempen kebajikan Warren Buffett bersama Bill Gates.
Setakat ini 57 bilionair menyertai kempen The Giving Pledge yang dilancarkan pengasas Microsoft serta pelabur hartanah terkenal itu.

Kesediaan dermawan terbaru itu diumum pengurus kempen berkenaan semalam. - Reuters

Turut disimpan di kawasan simpanan kenderaan rahsia di bawah tanah itu adalah sebuah Porsche berwarna hitam.

Uday, 39, terbunuh bersama adiknya, Qusay, dalam serangan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di utara Iraq pada 2003. - Agensi


Raja Oman bina panggung opera



MUSCAT: Raja Oman, Sultan Qaboos, yang amat meminati muzik, membina sebuah panggung opera gaya Itali, pusat yang didedikasikan kepada muzik klasik yang akan menjadi sesuatu yang unik di Semenanjung Arab.
“Ia benar-benar jelmaan panggung opera Itali abad ke-16,” kata Pengarah Panggung Opera Diraja, Iman Hindawi.

Dalam wawancara semalam, Iman, warga Jordan berjanji pembukaan rasmi panggung itu pada Oktober 2011 akan menjadi acara muzik bertaraf dunia.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai aturcara musim pertama tetapi berkata, musim prapelancarannya, termasuk persembahan muzik, tarian dan teater akan berlarutan sehingga 21 Disember di beberapa tempat di seluruh Muscat.

Buat masa ini, satu-satunya panggung opera di dunia Arab terletak di Kaherah yang dibina pada 1988. - AFP

HUKUM YANG TAK TAKUT LANGSUNG... TU YANG TAK SERIK...HUKUM ALLAH DENGAR PUN DAH TAKUT...HINGGA TAKUT NAK LAKSANAKAN...YANG TAHU HUKUM...DAH KENYANG...DUK RELAX2...TAK MAU MEMPERJUANGKAN...MEREKA YANG ARIF KENA BERITAHU ORANG YANG JAHIL.....TAPI MEREKA DAH BERPANGKAT BESAR ...BERGAJI BESAR...HIDUP MEWAH...BISING2.... NANTI MIS SORUK....MIS SYURGA TAK PE LAGI....SYAITAN MEMANG BIJAK MEMAINKAN PERANAN....

Penagih hisap dadah depan orang awam

KUALA LUMPUR: Penduduk perumahan Kampung Kerinchi diancam kebimbangan apabila penagih dadah menjadikan kawasan itu tempat menagih selepas separuh daripada 500 penduduk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Kegiatan itu berleluasa termasuk penagih sesuka hati mencuri barangan terpakai seperti besi di rumah kosong sebelum dijual kepada pembeli semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah. Tinjauan di kawasan itu mendapati penagih menghisap dadah di tempat terbuka termasuk tangga pada sebelah pagi dan tengah hari selain malam. Penduduk, Yahya Ismail, 40, berkata sejak separuh rumah kosong, penagih makin berani menagih di depan awam termasuk di tangga hingga menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk terutama wanita. Katanya, pembekal juga datang pada waktu tertentu menjual dadah kepada mereka walaupun dilihat penduduk.

“Pantang nampak rumah terbuka pasti mereka akan memecah masuk mencari barangan berharga termasuk komputer, duit dan barangan kemas.
“Keadaan ini membuatkan penduduk takut dan bimbang sekiranya penagih melakukan perbuatan di luar dugaan termasuk mencederakan dan membunuh,” katanya ketika ditemui di Kampung Kerinchi, di sini, semalam. Warga Emas, Hussin Ali, 65, berkata separuh rumah yang ditinggalkan disepahkan penagih kerana mereka menjadikan rumah kosong sebagai ‘port’ menagih. Katanya, laporan sudah dibuat kepada pihak berkenaan supaya memantau kawasan ini, tetapi tiada tindakan diambil hingga menjadikan kawasan ini ‘panas’ dan tempat berkumpul.



'Abang tolak saya ke tepi'



KANGAR: “Walaupun hampir lemas dan tertelan banyak air tetapi saya berusaha menyelamatkan abang (Mohammad Azfar) dengan memeluk bahunya tetapi arwah bertindak sebaliknya apabila menolak saya ke tepi seolah-olah tidak mahu turut lemas,” kata Mohammad Akil Md Ghani, 15, dari Kampung Batu 9, Beseri, dekat sini, semalam.
Menurutnya, abangnya dua kali menolak dia ke tepi dengan melepaskan tangannya yang merangkul leher arwah. Keadaan itu berbeza dengan tindakan sesetengah mangsa lemas biasanya mencapai atau memeluk apa saja untuk menyelamatkan diri.

“Saya yakin abang ngah tidak mahu saya turut lemas ketika dalam keadaan terdesak sebelum tenggelam dan terus hilang di dasar empangan dan ketika itu, mujur seorang rakan cepat menarik tangan saya untuk dibawa ke tebing tebing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Katanya, ketika cuba menyelamatkan abangnya, dia mendapati permukaan empangan itu beralun selain terdapat arus agak deras di dasarnya hingga menyukarkannya berenang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, mangsa, Mohammad Azfar, 18, pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Alor Setar, lemas ketika berenang mendapatkan abang sulung mereka, Mohammad Afiq, 19, yang berada atas sampan bersama tiga lagi rakan di tengah Empangan Timah Tassoh.

Arwah yang bercuti semester bersama Mohamad Akil serta dua lagi rakan dikatakan mandi-manda di tebing empangan itu manakala Mohammad Afiq bersama tiga lagi rakan berada dalam sampan bersiar-siar di sekitar empangan berkenaan.

Sebaik melihat abang sulung mereka, Mohammad Azfar terus berenang, tetapi mengalami kekejangan sebelum tenggelam. Sebelum kejadian itu, tiga beradik itu bersama lima rakan sekampung mengambil peluang cuti persekolahan mandi-manda dan bersiar di empangan berkenaan. Mayat mangsa ditemui selepas 18 jam operasi menyelamat dijalankan kira-kira 30 meter dari tempat mangsa tenggelam oleh sepasukan lapan anggota Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, jam 11.25 pagi semalam.

Ibu mangsa, Rosminah Baharom, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Perlis sedang berkursus di Pulau Pinang dan bergegas pulang selepas dimaklumkan tragedi menimpa anak keduanya itu. Seorang rakan mangsa, Azrul Helmi, 17, berkata, sebelum turun ke empangan itu untuk berenang ke sampan dinaiki empat rakan mereka, Mohamad Azfar dikatakan sempat memberi nasihat supaya menjaga diri masing-masing.
“Saya terkejut arwah tiba-tiba memberikan nasihat supaya kami bertiga menjaga diri sebelum terjun ke empangan dan berenang ke arah sampan dinaiki abangnya bersama tiga lagi rakan. “Saya tidak menjangka pesanan terakhir arwah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Mat Rafae Hassan berkata, mangsa ditemui lemas ketika beriadah di empangan itu bersama tujuh lagi rakan termasuk adik dan abangnya.

“Arwah mungkin kepenatan sebelum lemas ketika berenang ke arah sampan kira-kira 100 meter dari tebing,” katanya.



Nyata hasrat pergi jauh



MASJID TANAH: “Pagi tadi, saya pelik kerana dia beriya-iya mencari surah Yasin dan membacanya, malah, ketika bersarapan, arwah kelihatan termenung dan saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” kata pekerja kilang, Mohd Nizam Ab Gani, 24, yang kehilangan adik lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Bidara, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Md Sarol Ab Gani, 23, seorang penganggur, dipercayai lemas ketika berenang di laut kira-kira 15 minit sebelum disedari lima rakan lain.

Mohd Nizam berkata, dia tidak bertanya apa-apa apabila melihat perubahan sikap arwah yang juga anak kesembilan daripada 13 beradik, sebaliknya terus menuju ke tempat kerja di sebuah kilang berdekatan rumah mereka di Lorong 30, Taman Seri Aman, dekat sini.
“Ketika di tempat kerja, saya tiba-tiba tidak sedap hati memikirkan perubahan sikapnya sebelum menerima panggilan polis menyatakan arwah ditemui lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Bidara,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian itu masih dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya yang menghidap sakit jantung.

“Saya terkilan sikap arwah mudah terpengaruh dengan rakan. Saya kesal kerana pernah menasihatinya sebelum ini supaya lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan perbuatan tidak baik.

“Begitupun saya reda dan menerimanya sebagai suratan,” katanya.

Seorang rakan mangsa, Faidhi Abdul Razak, 15, berkata, arwah memberitahu mahu pergi jauh ketika mereka membonceng motosikal dari rumah ke pantai peranginan itu.
Katanya, mereka bersama empat rakan lain ke pantai itu kira-kira jam 1 tengah hari melepak sambil melihat pemandangan.

Menurutnya, sebaik tiba, dia bersama rakan lain duduk atas batu sebelum Md Sarol tiba-tiba pergi ke laut seorang diri.

“Tiba-tiba dia menanggalkan baju dengan seluar pendek terus berenang. Kira-kira 15 minit, kami tidak melihat kelibatnya.

“Kami terkejut dan tidak tahu apa hendak dibuat dan cuba mencari memanggil namanya tetapi tiada jawapan.

“Selepas gagal mencarinya, seorang rakan wanita, Norhafizah (Norhafizah Ahmad Jailani, 16) pergi ke pejabat JPAM di kawasan itu membuat laporan,” katanya yang masih terkejut.

“Petang semalam (kelmarin), arwah beritahu mahu mencari sejadah dan hendak menunaikan solat Subuh setiap hari,” katanya.



Tiga remaja tak serik khalwat



ALOR SETAR: Tidak serik! Itu sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin.
Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 4.15 petang bersama dua remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik.

Difahamkan, dua daripada mereka masih bersekolah manakala yang lain sudah berhenti dan sering berpeleseran di sekitar bandar raya ini dengan alasan mahu mencari kerja.
Malah, ketiga-tiga remaja perempuan itu sepatutnya menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar, di sini, tetapi tidak serik dan menjalani dua proses perbicaraan kelak.

Ketika ditahan, seorang daripada mereka memberi alasan menemani rakan yang demam, tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka menyewa bilik itu sejak beberapa hari lalu berikutan beg pakaian dan baju yang berselerak.

Selain itu, ada anggota keluarga yang datang menjamin mereka berang sebaik dimaklumkan remaja terbabit dicekup lagi kurang sebulan selepas ditahan kali pertama.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata sebelum ini pihaknya pernah menahan tiga remaja perempuan itu bersama tiga remaja lelaki lain pada 1 November lalu sebelum mereka ditahan semula dengan dua lelaki lain kelmarin.

Beliau berkata, dua daripada mereka berasal dari bandar raya ini, satu dari Naka, Kuala Nerang, manakala dua lagi dari Kulim.
“Ketika pemeriksaan, seorang remaja lelaki berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan apabila diperiksa, terdapat seorang lagi remaja lelaki dan tiga remaja perempuan berbaring atas katil bertingkat di bilik berkenaan.

“Semua mereka tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki melakukan maksiat menyebabkan terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.



Siapa pun tak terlepas

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal apabila pegawai kehakiman syariah turut terpalit dengan kes bersekedudukan sedangkan ia tidak wajar berlaku.
Timbalan Presidennya, Musa Awang, berkata pihaknya memandang serius isu itu kerana seseorang hakim syarie sepatutnya menjaga etika dan tatatertib selaras dengan pandangan tinggi masyarakat. Namun, katanya, tangkapan yang dibuat oleh penguat kuasa jabatan agama menunjukkan pihak terbabit tidak memilih bulu dan orang tertentu sekali gus membuktikan penguatkuasaan dilakukan secara adil dan saksama. “Hakim juga tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan jika melakukan kesalahan. Jika perkara berkenaan betul berlaku, ia perlu didakwa di mahkamah dan menghadapi pengadilan sewajarnya. “Tetapi perkara ini biarlah diselesaikan mengikut proses undang-undang dan bukan disensasikan supaya ia tak disalah erti masyarakat awam.

“Ini juga bagi mengelakkan masyarakat memandang rendah pada institusi agama. Seorang yang melakukan sesuatu kesalahan tak bermakna semua yang melakukannya juga.
“Dalam kes ini, PGSM berpegang kepada prinsip Al-ashlu baraatulzimmah iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah,” katanya, mengulas kes hakim syarie dicekup khalwat yang disiarkan Harian Metro, semalam. Laporan itu menyebut, seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan pengkuatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah kuarters awam di Georgetown, Ahad lalu. Dia yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi, ketika isteri dan anaknya tiada di rumah.

Bagaimanapun, kes berkenaan difahamkan masih di peringkat siasatan dan belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa agama terbabit.

Musa berkata, mana-mana kes kesalahan syariah tidak perlu disembunyi dan ditutup, sebaliknya dibicarakan secara adil walaupun ia membabitkan seorang yang berjawatan

“Cuma bagi mereka yang bergelar hakim, lebih-lebih lagi hakim syarie, malah peguam syarie juga seharusnya memelihara etika profesionalisme masing-masing dan jangan sampai menjatuhkan imej.

“Apabila menjadi hakim syarie harapan dan pandangan masyarakat lebih tinggi, jadi kenalah dijaga sebaik mungkin.
“Namun, sekiranya melakukan kesalahan, baik hakim syarie mahupun peguam syarie sendiri, bentuk tindakan undang-undang sama juga seperti orang lain, tidak boleh lari,” katanya.



Polis sah tangkapan khalwat hakim



GEORGETOWN: Polis mengesahkan tangkapan khalwat membabitkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub berkata, pihaknya menerima laporan tangkapan dibuat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) pada hari kejadian, namun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan itu.

Beliau berkata, kes itu di bawah bidang kuasa Jaipp dan menyerahkan kepada jabatan itu manjalankan siasatan.
Sementara itu, sumber Jaipp turut mengesahkan penangkapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah kuarters kerajaan dekat sini.

Sumber itu berkata, hakim berusia 40-an itu ditahan bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi dan kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan Jaipp selama seminggu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai ugutan dilakukan tertuduh terhadap pegawai penguat kuasa agama yang melakukan tangkapan itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana kesalahan berkhalwat.

Haram jadikan anak bahan jualan



KUALA LUMPUR: “Haram jadikan anak bahan jualan,” kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ketika mengulas isu jual anak dalam perut yang dilaporkan dalam muka depan Harian Metro semalam.
Katanya, jika niat pasangan yang mahu mendapatkan anak angkat itu seperti mahu membeli bayi yang belum lahir itu, ia adalah berdosa besar. Beliau berkata, seharusnya ibu yang mengandung anak luar nikah itu tidak menambah dosa dengan menjual bayi yang dikandungnya.

“Jangan tambah dosa lain. Perbuatan jual beli anak itu berdosa besar, tambah pula jika jual kepada keluarga bukan Islam. “Soal berdosa kerana melakukan zina, bertaubatlah semoga Tuhan mengampunkan dosa lalu. Cara terbaik ialah menjaga sendiri bayi yang dilahirkan itu,” katanya.
Harian Metro semalam mendedahkan hasrat seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri bukan Islam dengan harga RM22,000.

Wanita terbabit, Suzie, 22, mendakwa berniat untuk menjual bayinya kerana tidak mahu ibu bapanya mengetahui perkara itu selain tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Juanda berkata, tidak salah jika mana-mana pasangan yang mahu mendapatkan anak angkat tetapi biarlah mengikut hukum agama yang betul bukannya dengan berniat mahu membeli bayi itu


Apabila ditanya mengenai ramai wanita sanggup bertindak menyembunyikan kandungan dengan menjual bayi dikandungnya sebaik bersalin kerana malu dengan pandangan masyarakat, beliau berkata, mereka yang mengandung anak luar nikah ini perlu memikirkan pandangan agama.

Menurutnya, masyarakat kita seharusnya membantu golongan seperti ini kembali ke pangkal jalan dengan memberikan didikan agama sebaik mungkin.
“Jangan maki, cela dan cemuh mereka. Dalam hidup ini mana ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan, kecuali nabi saja. Apa salahnya kita sesama manusia membantu mereka supaya tidak melakukan dosa lain,” katanya.

Katanya, pasangan yang sudah terlanjur seharusnya memohon ampun dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan elok kerana anak itu tidak berdosa, malah jangan membebankan anak terbabit dengan dosa silam ibu bapanya



289 kes sumbang mahram



DATUK Seri Hishammuddin Hussein berkata, jenayah rogol yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu mencatatkan 2,426 kes dengan Selangor adalah tertinggi dilaporkan iaitu 456 kes dan terendah adalah Perlis dengan 18 kes.
Menteri Dalam Negeri itu memberitahu polis sentiasa memandang serius kes seumpama itu selain jenayah seksual lain termasuk sumbang mahram dan mencabul kehormatan kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah.

“Kes jenayah sumbang mahram yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh sama sebanyak 289 kes, manakala kes mencabul kehormatan turut mencatatkan 1,441 kes.
“Johor menjadi negeri tertinggi untuk sumbang mahram dan mencabul kehormatan dengan 43 kes dan 216 kes, sementara Perlis tetap negeri terendah dengan satu kes sumbang mahram dan 20 (mencabul kehormatan),” katanya.

Beliau menjawab secara bertulis soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mahukan pecahan laporan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan kehormatan yang diterima polis dan jumlah jenayah seksual itu yang sudah didakwa di mahkamah.

Thursday, December 9, 2010

ADAKAH ARTIS TAK TAHU HUKUM HARAM BERPAKAIAN BEGINI....MACAM RASA BANGGA....MEMBUAT PERKARA YANG DILARANG ALLAH...MEREKA TAK TAKUT DOSA DAN MATI KE...JUGA API NERAKA ALLAH KE....

Sayang & Cahaya bukan 'syok sendiri'

Oleh Rudy Imran Shamsudin

pix_middle
"KALI ini saya sendiri yang tentukan arah saya. Selepas lapan tahun berjuang, saya yang menentukan ke mana arah tuju bagi Sayang & Cahaya," kata Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 29 atau Dayang.
Mendengar tutur bicaranya mengenai pembikinan album terbarunya, ternyata anak kelahiran Kuching, Sarawak ini sudah banyak berubah.
Apakah Dayang mahu 'tunjuk kuasa' dan enggan lagi mengikut telunjuk orang?
"Bagi saya ia perkara yang biasa berlaku apabila kita sudah menimba pengalaman dalam hidup.
"Saya ingin lebih jujur kepada diri saya sendiri dan juga peminat. Sudah sampai masanya saya mencorakkan sendiri bentuk lagu-lagu saya," kata Dayang.

Dia yang ditemui sewaktu menjayakan program Revolusi Anugerah Juara Lagu 25 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Semalam, Khamis, album solonya itu selamat dilancarkan di ibu negara.
  • Foto CANTIK...Dayang dalam satu syot fotografi di Tasik Banding.
  • Foto
  • Foto BINCANG...Dayang bersama pengurusnya, Shaliz
Dayang nampak begitu semangat sewaktu bercerita mengenai pembikinan album Sayang & Cahaya.
Sempat juga pengurusnya, Shaliza Kader Sultan menunjukkan sekeping gambar yang digunakan sebagai penghias muka depan album yang sudah pun diedarkan itu.
Ia menarik dan kreatif. Gambar itu menjadi bukti Dayang bukan lagi remaja dan penampilannya semakin matang.

"Saya kembali dengan konsep R&B dan agak rancak. Hanya ada dua saja lagu balada. Itupun tidaklah perlahan sangat melodinya.
"Memang saya gemarkan lagu berentak sedemikian. Dulu apabila menghasilkan album, saya akan mengambil lagu yang sudah ada dalam simpanan komposer. Setiap lagu dinilai dan dipilih, tetapi tidak dalam pembikinan Sayang & Cahaya di mana semuanya adalah dibuat khas mengikut apa yang saya mahukan," jelasnya.

Kenyataannya itu kedengaran seakan Dayang begitu memilih dan cerewet, namun bagi pemenang anugerah Album Pop Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) awal tahun ini, sekiranya dia tidak berbuat begitu, album yang menampilkan konsep diimpikan tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila.



Kesungguhan Dayang dalam memastikan lagu ditampilkan benar-benar berkualiti dan memenuhi cita rasa turut diceritakan sewaktu penghasilan lagu Temu Cahaya karya Yassin.
Katanya, kerana mahu memastikan melodi dan susunan lagu berentak 'world music' itu menarik, dia sanggup menunggu sehingga dua tahun untuk disiapkan.

"Yassin bertemu dengan saya dan berkata, dia ada sebuah lagu yang sesuai untuk saya dendangkan. Melodinya sangat kuat.
"Sekali dengar ia sudah mampu menarik minat. Begitupun kerana ia tidak menepati cita rasa yang saya mahukan ubah suai terhadap susunan lagu Temu Cahaya dibuat. Ia mengambil masa panjang dan kami banyak berbincang.
"Setiap kali perubahan dibuat Yassin, saya akan dengar dan kalau masih tidak sempurna, perubahan dibuat sekali lagi sehinggalah kami berdua benar-benar pasti dengan apa yang dimahukan. Saya puas kerana kebanyakan komposer yang bekerja untuk album ini bersikap terbuka dengan setiap cadangan yang diberikan," katanya.
Proses sama juga turut dibuat bersama komposer lain yang terbabit dalam album ini seperti Audi Mok yang menyumbangkan dua lagu, Omar K dan Zain.
Afdlin Shauki turut mencipta sebuah lagu khas untuk album Dayang berjudul Hingga Ke Akhirnya dan susunannya dibuat Jenny Chin.

"Muzik lagu dicipta Afdlin, susunan muzik latarnya menggunakan khidmat Beijing Strings Orchestra dari China. Kebetulan Jenny sering terbang ke sana atas urusan kerja.
"Jadi kesempatan yang ada digunakan komposer terkenal itu untuk menggunakan khidmat pemuzik di sana. Selepas mendengar melodinya ia sangat 'meriah' dan cukup membuai perasaan," katanya.

Bukan itu saja, lebih membanggakan apabila komposer kelahiran Malaysia yang aktif berkarya di Amerika Syarikat dan pernah bekerja dengan pemenang Grammy Awards, Zuriani Khalid Zonneveld turut menyumbangkan lagu.
Menerusi Zuriani juga, Dayang diperkenalkan dengan Chukii Booker, pengarah muzik yang pernah bekerja dengan penyanyi antarabangsa antaranya Mary J Blige, Faith Evans dan Lionel Richie.

"Sayang & Cahaya menampilkan 12 lagu dan dua daripadanya adalah lagu Inggeris yang dihasilkan Chukii dan Zuriani.
"Pada asalnya kedua-dua lagu dihasilkan mahu dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu, tetapi selepas ia dilakukan, 'feel' nya seakan tidak kena. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya. Bagaimanapun satu lagi lagu dialih bahasa dan Zuriani sendiri mencipta liriknya," kata Dayang lagi.

Dalam album terbaru ini Dayang turut berduet dengan dua penyanyi lelaki popular Indonesia, Marcell dan Tompi. Namun lagu didendangkan adalah ciptaan komposer tempatan.

"Ingin saya tegaskan di sini mereka mendendangkan lagu ciptaan komposer tempatan. Tompi dan Marcell mudah memberikan kerjasama dan lebih penting mereka sukakan lagu yang dihasilkan komposer tempatan ini," katanya.

Lebih daripada itu, Dayang meluahkan rasa bertuah kerana album terbaru ini menampilkan karya dan bakat yang bukan calang-calang. Baginya segala yang berlaku sepanjang menghasilkan Sayang & Cahaya bagaikan rahmat.
Menyentuh mengenai tafsiran peminat kelak yang menganggap album dihasilkan 'syok' sendiri.
Jelas Dayang sebagai penyanyi dia mahukan perubahan dan cuba memastikan kerjaya seninya sentiasa ke hadapan.

"Ingin saya bertanya kembali, pernah atau tidak kita mendengar Mariah Carey menghasilkan lagu baru seperti sentuhan My All.
"Tidak ada bukan kerana ia ciptaan dianggap karya sepanjang zaman. Mariah sentiasa memastikan lagu didendangkan menepati cita rasa semasa.
"Tidak dinafikan ada peminat datang kepada saya dan bertanya mengapa tidak menghasilkan lagu seperti Selagi Ada Cinta. Melodi seperti itu sudah dilakukan sebelum ini. Saya mahu membawa peminat menghayati muzik yang lain pula, lebih segar dan relevan dengan situasi semasa," katanya.

Sementara itu Dayang dan pengurusnya, Shaliza kini akan berpisah. Apakah kerana mereka berselisih faham?
"Saya terpaksa meninggalkan Dayang kerana harus mengikut suami yang menetap di Amerika Syarikat.
"Hendak diikutkan memanglah sedih kerana kami sudah bersama hampir lapan tahun. Jatuh bangun kami bersama, tetapi perkara ini terpaksa dilakukan demi rumah tangga yang baru saja saya bina," katanya.

Bagaimanapun, jelas Shaliza, yang enggan mengulas panjang mengenai perkara itu walaupun kelak dia akan berada jauh di Amerika, segala perkembangan kerjaya Dayang akan tetap diperhatikan.

"Saya mungkin meninggalkan Dayang tapi ia tidak bermakna saya tidak akan mengurus Dayang lagi. Sekarang ini saya sedang meneliti beberapa pihak yang boleh mengambil alih tugas di sini namun saya akan memerhati dan bertindak sebagai penasihat kerjaya seni Dayang dari sana.
"Begitupun saya hanya akan 'terbang ke Amerika, Februari nanti.
"Jadi saya masih ada dua bulan untuk merangka segala strategi bagi memastikan album dihasilkan ini diterima peminat," katanya.

Selain itu Shaliza memandang pemergiannya mengikuti suaminya sebagai satu peluang untuk mengembangkan kerjaya seni Dayang di Amerika, malah sekarang ini pun dia sudah mula mencari jaringan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi mengenengahkan album Sayang & Cahaya di sana.



>PROFIL:
NAMA SEBENAR: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
NAMA KOMERSIAL: Dayang Nurfaizah
TARIKH LAHIR: 20 Julai 1981
TEMPAT LAHIR: Kuching, Sarawak
STATUS: Bujang
ALBUM: Dayang Nurfaizah (1999), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula (2002), Hembusan Asmara (2002), The Best of Dayang Nurfaizah (2003), Dayang Sayang Kamu (2004), Dayang Sayang Kamu - Repacked (2005), Kasih (2006) Buat Kamu - Repacked (2006) dan Dayang MTV Karaoke (2006) dan Dayang 2007 (2007), Dayang Live (2009), Sayang & Cahaya (2010).
KEJAYAAN: Juara Bintang Remaja Asli Kuching (1996), Juara Golden Teen Search RTM (1997), Juara Bintang Remaja Kuching (1997), Juara Bintang Penghibur HMI (2001), Juara Kategori Lagu Popular/Seandainya Masih Ada Cinta - Anugerah Planet Muzik 2001, Juara Kategori Balada/Seandainya, Masih Ada Cinta - Anugerah Juara Lagu 2001, Lagu Terbaik/Seandainya Masih Ada Cinta - AIM 2002, Juara Kategori Etnik Kreatif/Erti Hidup - Anugerah Juara Lagu 2004, Juara Muzik Global/Erti Hidup - Anugerah Era 2005 dan Juara Kategori Kejuruteraan Album Terbaik/Kasih - AIM 2006, Finalis Ikon Malaysia 2007, Album Terbaik AIM/Dayang Live (2009)

TENTU SEDAP....SEGALA PUJI BAGI ALLAH...DIDIKLAH RASA TAUHID DAN TAKJUB PADA ALLAH...ORANGNYA..BAHANNYA...SEMUA PERKARA YANG MENGHASILKAN NASI...HINGGA KEPADA YANG MEMAKANNYA...ADALAH MILIK ALLAH....MAKA RASA KAGUMLAH KITA KEPADA ALLAH SEPATUTNYA...BUKAN PADA MAKHLUK ATAU SEBAGAINYA....

RENCANA UTAMA


Penangan gaya masakan beriani Yemen




PERJALANAN kulinari ini ternyata sangat jauh dan panjang. Membawa status makanan ‘mewah’ kerana berasal daripada sajian istana, bukanlah menghairankan harga nasi beriani agak mahal berbanding nasi-nasi biasa.
Dikatakan berasal dari Parsi sebelum diperkenalkan oleh pedagang negara itu ke India dan Pakistan, keenakan nasi beriani kemudian terus tersebar dari satu pelosok negara ke satu pelosok negara lain. Ini termasuklah ke Sri Lanka, Indonesia, Bangladesh dan tidak terkecuali Malaysia.
Perhentian dari satu negara ke satu negara itu menyebabkan akhirnya nasi beriani hari ini tampil dengan pelbagai gaya masakan apabila ia dipelbagaikan mengikut selera masyarakat setempat.
Kerana itu hari ini kita boleh menemui nasi beriani India Muslim yang popular di restoran mamak, nasi beriani Arab yang mempunyai banyak lagi variasi selain nasi beriani Melayu iaitu beriani gam.
“Sungguhpun nasi beriani di Malaysia mempunyai cara masakan yang berbeza mengikut seseorang individu atau negeri asal mereka, harus diakui kebanyakan cara masakan ini berasaskan gaya masakan dari India atau Timur Tengah,” demikian kata Chef Rajadurai Muthusamy dari dapur Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, Selangor.
Tambahnya, walaupun Malaysia mempunyai identiti nasi beriani sendiri iaitu nasi beriani gam yang dipopularkan oleh orang Melayu Johor, namun penggunaan rempah, herba dan cara masakan secara asas adalah sama dengan cara masakan beriani India.
Ini kerana seperti masakan beriani gam yang memasak nasi serta daging secara berasingan dan dicampurkan secara lapisan, masakan India juga mengamalkan cara yang sama.
“Cara masakan India mempunyai dua cara iaitu memasak daging atau ayam secara berasingan dan bersama dengan nasi. Walau bagaimanapun semasa dihidang, nasi dan daging akan digaul bersama supaya herba serta rempah sebati bersama daging atau ayam dan nasi,” katanya lagi.
Tambah Chef Rajadurai, masakan beriani di India Utara pula lebih mementingkan penggunaan krim, paneer (sejenis keju) dan sayur-sayuran berbanding daging atau ayam.
Secara dasarnya, beriani menggunakan pelbagai rempah dan herba seperti minyak sapi, jintan putih, bunga cengkih, lawang, kayu manis, serbuk ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.

ALI MUHAMMAD berjaya menambat hati pencinta nasi beriani negara ini dengan nasi beriani Arab.


Ia adalah bahan mandatori namun, rempah ratus yang lain turut disertakan bagi menambah aroma nasi beriani. Rempah tambahan yang digunakan seperti safron, buah kismis, gajus, paneer (sejenis keju), krim, dadih (untuk melembutkan daging atau ayam), tomato dan daun ketumbar.
Beras basmathi
Namun rempah ratus sahaja belum menjanjikan keenakan asli nasi beriani kerana penggunaan beras khas juga penting dalam memasak nasi beriani.
Menurut chef selebriti terkenal Chef Liza Zainol, penggunaan nasi beriani adalah penting dan beliau menyarankan beras basmathi sebagai pilihan utama.
“Basmathi bersifat tidak berkanji, panjang dan tidak melekit setelah masak. Sifat-sifat ini peting untuk mendapatkan masakan beriani yang sempurna,” katanya.
Chef Liza yang mengakui beriani mempunyai penerimaan luas dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Bagaimanapun di Malaysia, hidangan beriani terbahagi kepada dua jenis iaitu beriani biasa dan gam.
“Mengikut pengalaman saya, nasi beriani gam yang popular di selatan menggunakan sejenis pelapis doh tepung gandung pada periuk masakan supaya wap rempah disejat oleh doh tepung sekali gus mengekalkan bau aroma nasi beriani yang dimasak secara berlapis-lapis (mengasingkan nasi dan daging atau ayam),” katanya.
Tambah Chef Liza, nasi beriani juga boleh dimasak menerusi teknik kukus bagi mengelakkan nasi di bahagian bawah periuk kerak.
Ujar Chef Liza, permintaan yang baik ke atas kulinari beriani menyebabkan nasi beriani Arab juga popular di Malaysia.
Katanya nasi beriani Arab tidak kaya dengan rempah. “Ia hanya menggunakan rempah untuk menumis dan bukan sebagai bahan serbuk utama. Oleh itu, nasi beriani Arab lebih sederhana dan kurang berempah,” kongsi Chef Liza.
Sungguhpun nasi beriani Arab kurang berempah, namun ia tidak bermakna nasi itu tidak diminati. Berjalan-jalan di sekitar Jalan Bukit Bintang sahaja cukup membuktikan betapa banyaknya restoran Arab yang menawarkan nasi beriani.
Malahan, penerimaan nasi beriani Arab juga dibuktikan dengan perniagaan yang bukan sekadar bertumpu di Kuala Lumpur, malah di luar kota metropolitan itu.
“D’Arab Cafe menyajikan pilihan nasi beriani Arab asli bagi mereka yang sudah bosan dengan nasi beriani biasa.

D'ARAB Cafe menyajikan seleksi kulinari Arab sejak lima tahun lalu dan kini sudah mempunyai lapan cawangan.


“Masakan asal beriani di sini tidak diubah suai mengikut cita rasa Malaysia tetapi ada penambahan item makanan seperti salad dan sambal selain tekstur nasi yang lebih lembap,” kata Aishah Baharuddin, 30, sambil menikmati kabsa ayam yang disediakan oleh Ketua Chef D’Arab Cafe, Ali Muhamad Farhan.
Menjadikan kualiti makanan, keenakan masakan, keaslian dan persekitaran yang bersih sebagai pakej wajib, pemiliknya Mohd. Hairudin Md. Top hanya mengambil lima tahun untuk membuka lapan cawangan di sekitar Selangor.
Namun, tempoh lima tahun tidak semudah yang disangka kerana Hairudin sendiri pernah beberapa kali berputus asa.

Beriani Arab D’Arab Cafe
“Banyak cabaran yang saya hadapi sepanjang lima tahun ini. Antara yang paling ketara adalah mendapatkan bahan mentah dari Arab dan perhubungan saya dengan pekerja-pekerja dari Arab yang terkenal dengan sikap kasar mereka,” kata Hairudin.
Hairudin memulakan perniagaan beriani Arab pada tahun 2005 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi apabila dia dicadangkan berbuat demikian oleh pelajar Timur Tengah yang belajar di situ.
“Mengambil keputusan berat untuk meneroka masakan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini, ternyata langkah itu tidak mengecewakan saya dalam jangka masa panjang,” jelas beliau yang bukan sekadar pemilik D’Arab Cafe malah memegang sijil Prosedur Operasi Berpiawai (SOP).
Memiliki sijil itu, Hairudin mempunyai kebenaran memasak, menyediakan makanan Arab dan mengajar cara memasak.
“Ia memudahkan saya. Jika saya kekurangan pekerja atau chef kerana saya boleh melakukannya sendiri,” tambah beliau.
Memilih masakan Arab yang sesuai dengan cita rasa Malaysia bukan satu tugas yang mudah.
Bagi Hairudin, pengalaman mengunjungi beberapa negara Arab seperti Lebanon, Turki, Iran, Iraq, Yemen, Dubai, Mesir dan lain-lain mendedahkan beliau dengan pelbagai cara masakan.
Katanya, sama seperti perbezaan masakan Malaysia di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor, masakan Arab juga berbeza mengikut wilayah.

PENIAGA nasi beriani gam di Batu Pahat, Johor menunjukkan nasi beriani gam yang terdapat di kedainya.


Pada mulanya, Hairudin menggunakan cita rasa masakan Iran tetapi keputusan itu membawa langkah kiri. “Saya terpaksa menutup operasi untuk mencari masakan yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Makanan Iran bukan pilihan orang kita kerana rasanya jauh berbeza daripada permintaan pelanggan Malaysia. Selepas itu saya mencuba semua jenis makanan dari semua sudut di Arab dan akhirnya saya memilih gaya masakan Yemen,” kata beliau yang bagaimanapun menggunakan khidmat chef dari Iraq.
Cara masakan Yemen lebih sesuai dengan cita rasa pelanggan di Malaysia.
Kenyataan Hairudin itu disokong Chef Ali Muhammad Farhan, 32. Dia yang berasal dari Iraq memberitahu masakan Yemen mendapat permintaan yang baik.
Kepakaran Ali Muhammad adalah kebolehannya memasak masakan Arab dari Iraq, Lubnan, Syria dan Turki.
Sepanjang memasak di Malaysia, Ali Muhammad memberitahu dia tidak pernah menghadapi apa-apa kesukaran memasak kerana selain minat, masakan tersebut amat mudah dan sihat.
Walaupun rakyat Malaysia, khususnya Islam gemar memakan daging, namun Hairudin mengakui, masakan Arab hanya mengutamakan penggunaan kambing dan ayam sahaja.
“Kami jarang sekali menggunakan daging lembu, apatah lagi makanan laut,” katanya.