Sunday, December 5, 2010

JANGAN ANGGAP IRAN TAK BERAKAL MACAM PUAK2 YANG MENYERANG IRAQ DLL...TU....CONTOHNYA ISRAEL

Bakteria hidup makan racun



CALIFORNIA - Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) menemui sejenis bakteria yang mampu hidup dengan memakan bahan arsenik, Khamis lalu.

Penemuan mengejutkan itu bakal mengubah pemahaman manusia mengenai struktur biologi di bumi dan meningkatkan kemungkinan terdapat hidupan di angkasa lepas yang mampu hidup dengan bergantung kepada unsur kimia lain.

Menurut saintis, bakteria GFAJ-1 yang ditemui di Tasik Mono, California itu bukan sahaja boleh menerima arsenik, tetapi mampu menggabungkan bahan beracun itu ke dalam DNA dan molekul penting lain bagi menggantikan penggunaan unsur fosforus.

Fosforus diketahui sebagai salah satu daripada enam unsur paling penting kepada hidupan di muka bumi selain karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur.

Menurut saintis, ia adalah kali pertama dalam sejarah biologi sesuatu organisma mampu menggunakan unsur lain dalam struktur asasnya.


Rokok elektronik tidak selamat


CALIFORNIA - Rokok elektronik mula digunakan secara meluas di seluruh dunia walaupun hanya sedikit maklumat diketahui mengenai kesannya kepada kesihatan manusia.

Sekumpulan saintis di Universiti California menilai lima jenama rokok elektronik dan menemui beberapa masalah dari segi pengawalan kualiti, isu kesihatan, reka bentuk dan tiada label secukupnya.

Selepas menjalankan beberapa ujian penting, penyelidik mendapati rokok elektronik mampu membahayakan kesihatan dan menggesa pengilang menghentikan penjualannya sehingga penilaian menyeluruh dijalankan.

Tidak seperti rokok biasa yang membakar tembakau, rokok elektronik mengewapkan nikotin bersama beberapa bahan lain dalam bentuk wap air yang dihasilkan daripada haba.

Bagaimanapun, masih tidak diketahui jenis bahan kimia yang terdapat dalam wap air yang dibebaskan oleh rokok itu.


10 kanak-kanak seludup selamat



PHOENIX: Sepuluh kanak-kanak diselamatkan daripada sindiket penyeludup yang mengancam untuk merogol atau membunuh sebahagian mereka jika wang tebusan tidak diserahkan, semalam.
Mangsa yang berusia di antara dua hingga 17 tahun, diculik dari Mexico, El Salvador dan Guatemala, dikurung di sebuah rumah transit di Phoenix.

Menurut polis, penyeludup mendesak waris kanak-kanak itu membayar sejumlah wang sebagai upah membawa mereka masuk ke AS.
Jurucakap Jabatan Ketenteraman Awam Arizona, Fred Zumbo, berkata tiga beradik, masing-masing berusia 12, 14 dan 16 tahun, diancam untuk dirogol dan bunuh jika ibu mereka - kini menetap secara sah di San Francisco, enggan membayar upah sebanyak AS$10,000 (kira-kira RM31,400).

“Ibu mangsa menghubungi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk meminta bantuan.

“Agensi itu kemudian menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis dan beberapa agensi berkaitan di Arizona,” katanya

Kata Zumbo, semua tahanan diberi makan dan minum serta tidak dicederakan.

“Secara umum tebusan itu dilayan baik,” katanya. - AP



Aktor Ugly Betty didakwa membunuh



NEW YORK: Pelakon siri Ugly Betty, Michael Brea, menghadapi tuduhan membunuh ibu sendiri, semalam.
Diberi peranan kecil dalam siri itu, Brea tidak memberi sebarang kenyataan atau pengakuan selepas tuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia dituduh membunuh ibunya pada 23 November lalu. Polis turut menemui pedang sepanjang kira-kira satu meter dalam bilik tidurnya.
- AP



Ayu enggan berbalah dengan anak



JAKARTA: Pelakon jelita, Ayu Azhari, mendakwa terlalu sedih apabila dituduh anaknya sendiri cuba menggelapkan wang pusaka daripada bekas suaminya, kelmarin.
Kata Ayu, walaupun dipersalahkan oleh Axel Gondokusumo, dia mengalirkan air mata kerana terkejut anaknya sanggup membuat aduan kepada polis.

Namun, kata Ayu, dia enggan terus berbalah dengan Axel.
“Saya sangat kenal dia.

“Sejak berpisah dengan suami (Djody Gondokusumo), saya membesarkan sendiri Axel dan selama ini tingkah-lakunya tidak bermasalah.

“Saya yakin semua masalah ini didalangi pihak ketiga,” katanya, semalam.


Ditanya siapa yang mahu mengeruhkan hubungan ibu - anak itu, Ayu, 40, enggan memberi sebarang komen.

“Biarlah, saya tak mahu berbalah dengan anak sendiri,” katanya.
Kelmarin, Axel mengadakan sidang media mendakwa Ayu menggelapkan wang pusaka diamanah Djody walaupun dia kini berhak menguruskan sendiri wang itu kerana mencapai usia 20 tahun.

Sebelum Djody meninggal dunia pada 2002, dia meninggalkan wang bernilai kira-kira RM52,000 untuk Axel.

Djody adalah suami pertama Ayu, sebelum dia berkahwin pula dengan Teemu Yusuf Ibrahim, diikuti Mike Tramp. - Agensi


Iran janji tidak serang jiran



MANAMA: Iran sama sekali tidak akan menggunakan kekerasan ke atas mana-mana negara jirannya yang beragama Islam, kata Menteri Luarnya, Manouchehr Mottaki, semalam.
Menurut Manouchehr, sejak sekian lama Iran tidak menggunakan kuasa tenteranya ke atas negara jiran kerana menganggap semuanya sebagai saudara seagama.

“Kekuatan anda di rantau ini adalah kekuatan kami, dan kekuatan kami pula bermakna kekuatan anda,” katanya di persidangan Dialog Manama, semalam.
Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menyampaikan ucap utama di majlis itu.

Kata Manouchehr, pelbagai pihak luar kini menekan negara rantau Timur Tengah untuk memecah-belahkan mereka serta mencetuskan suasana tidak stabil.

Katanya, kehadiran tentera asing tidak membantu meningkatkan keselamatan di rantau itu, sebaliknya ia boleh dicapai melalui kerjasama di kalangan negara Teluk

“Sangat penting bagi Iran mempunyai kestabilan kerana kami dan negara Teluk membekalkan sebahagian besar petroleum kepada dunia.

“Iran tetap komited mahu menjamin keselamatan antarabangsa dalam bidang sumber tenaga,” katanya.
Sementara itu, Abdullah berkata, semua pihak perlu berusaha memastikan rundingan damai di antara Palestin dan Israel tidak gagal.

Katanya, kejayaan itu penting untuk membawa kestabilan di Teluk dan dunia.

“Keselamatan dan kestabilan Jordan tidak akan dicapai kecuali isu konflik Israel dan Palestin diselesaikan.

“Apabila konflik berkenaan diatasi, seluruh dunia Arab, Islam dan Israel akan menikmati keamanan,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment