Tertinggal tangan
Oleh Hadzlan Hassan dan Mohammad Ishak
SAKIT...suspek ditemui terbaring ketika ditahan. Gambar kecil, pergelangan tangan yang ditemui di lokasi kejadian.
Kejadian berlaku selepas pemilik rumah yang juga penternak ikan dalam sangkar itu berang sebaik melihat seorang lelaki sedang mengumpil tingkap rumahnya sejurus terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pelik.
Menceritakan kejadian berkenaan, penternak yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia tidur bersama enam ahli keluarga lain sebelum terjaga kira-kira jam 3 pagi.
“Kerana mengesyaki sesuatu, saya terus mengambil parang dan keluar melalui pintu utama sebelum melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah dan saya terus melibaskan parang.
“Dia yang menyedari kehadiran saya memusingkan badan ke arah saya menyebabkan libasan itu terkena pergelangan tangan kiri dan ketika terkena libasan, lelaki berkenaan langsung tidak menjerit sebaliknya terus melarikan diri,” katanya.
Katanya, dia melihat pergelangan tangan mangsa jatuh di halaman rumah dan mengesyaki lelaki itu tidak menyedarinya kerana panik dengan kehadirannya.
“Dia mungkin panik untuk menyedari pergelangan tangannya putus,” kata pemilik rumah itu yang membuat laporan polis kira-kira jam 4 pagi di Balai Polis Kampung Raja, di sini.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa kawasan sekitar serta menemui pergelangan tangan suspek lalu dihantar ke Hospital Besut (HB) pada jam 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Che Zakaria berkata, gerakan mengesan suspek dilakukan berdasarkan bukti dan gambaran diperoleh dari mangsa sebelum serbuan dilakukan di sebuah chalet berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi.
“Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis menyerbu kawasan terbabit sebelum mereka terdengar tangisan seorang wanita di chalet itu dan menemui suspek terbaring dengan tangannya ditutup dengan bantal,” katanya.
“Selepas diperiksa, kami mendapati lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu itu tidak mempunyai pergelangan tangan menyebabkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Wanita yang ditahan bersama suspek berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Cerang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, mendakwa dirinya isteri suspek berkenaan.
Selepas ditahan, suspek yang mengalami pendarahan teruk akibat terkena tetakan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangan untuk penyambungan semula.
Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama teman wanitanya baru menyewa di chalet itu dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus dia selesai menjalani rawatan
NEGARA
Lelaki mati dipijak gajah liar
GUA MUSANG – Keseronokan lima rakan mencari buah keranji di Hutan Bring dekat Pos Pasik di sini kelmarin berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati dipijak gajah liar.Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama di sini dipijak gajah liar di bahagian badan dan kepala. Dia meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 5 petang.
Muhamad Adnan bersama empat rakannya dipercayai memasuki kawasan hutan tersebut untuk mencari buah keranji dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira pukul 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sejurus sampai di hutan tersebut, kelima-lima sahabat itu kemudian berjalan kaki untuk mencari pokok keranji.
Bagaimanapun, menurutnya, mereka kemudian telah terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.
NEGARA
Tangan putus dilibas parang
BESUT - Belum sempat kebas apa-apa, tangan pula putus dilibas.
Demikian nasib malang yang menimpa seorang pencuri berusia 28 tahun ketika cuba memecah masuk rumah milik pengusaha ternakan ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan dekat sini semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu menyebabkan pergelangan tangan kiri suspek putus selepas dilibas dengan sebilah parang oleh pemilik rumah berusia 49 tahun berkenaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, mangsa yang tersedar dari tidur ternampak kelibat suspek yang cuba menceroboh rumahnya.
Katanya, sebaik keluar sambil membawa parang, mangsa kemudian telah diserang dengan besi oleh suspek. Besi itu digunakan suspek untuk mengumpil tingkap rumah mangsa.
"Mangsa yang dapat mengelak kemudian telah melibas suspek dengan parang. Suspek pula menahannya dengan tangan.
"Akibatnya, tangan kiri suspek terputus dari paras pergelangan. Lelaki dari Setiu, itu kemudian melarikan diri manakala tangannya ditinggalkan di situ," katanya yang memberitahu mangsa terus menghubungi polis
NEGARA
Pintas talian kaut RM40,000
BATU PAHAT - Polis mengesan kegiatan satu sindiket yang licik menyamar pegawai Bank Negara atau Bukit Aman untuk menipu pemegang kad kredit.Sindiket itu dipercayai melakukan kegiatan itu dengan kemahiran memintas talian telefon antara mangsa dengan kedua-dua agensi itu sehingga membabitkan kerugian RM40,000.
Mereka dikatakan penjenayah profesional kerana taktik sedemikian dikesan pertama kali digunakan di sini. Setakat ini polis masih belum mengenal pasti sindiket itu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah mereka akan menghubungi pemilik kad kredit secara rambang sebelum memberitahu perbelanjaan mereka telah melebihi had ketika melancong di luar negara.
Sindiket tersebut akan menggunakan bahasa yang sering dipakai oleh mangsa ketika membuat panggilan tersebut.
Mangsa yang tidak berpuas hati kerana menyangka kad kredit mereka telah digunakan oleh pihak lain kemudian akan dinasihatkan untuk menghubungi polis Bukit Aman, Bank Negara atau bank yang menguruskan kad kredit mereka.
Apa yang mengejutkan, nombor yang diberi adalah sama dengan yang dimiliki oleh agensi-agensi tersebut.
Pada masa itulah, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris, sindiket itu akan memintas panggilan yang dibuat mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis atau Bank Negara. Mereka berpura-pura bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
NEGARA
Mati digilis selepas tercampak
PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki membuat pusingan 'U' di kawasan yang tidak dibenarkan mengundang padah apabila dia dan dua lagi rakannya mati dalam kemalangan di Kilometer 27.3 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam di sini semalam.Kejadian pukul 3.20 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta tersebut, Chong Jin Kong, 27, putus kaki kiri sebelum dia mati enam jam selepas mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dua lagi rakannya, Liew Yuh Fen, 27, dan Fong Mun Fai, 18, pula mati di tempat kejadian.
Yuh Fen dan Mun Fai digilis sebuah treler selepas mereka tercampak ke laluan bertentangan manakala Jin Kong tersepit di dalam kereta akibat dirempuh sebuah kereta Proton Waja.
Pemandu Proton Waja, Sukvinderjit Singh Juwinder Singh, 27, pula cedera parah apabila tersepit di tempat duduk
NEGARA
Dakwa doktor silap punca bayi mati
BAYAN LEPAS - Hati ibu mana yang tidak luluh apabila kelahiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikan berakhir dengan tragedi.
Kepiluan itu menyelubungi Saadiah Sulaiman, 33, selepas kematian puteri tunggalnya semasa dilahirkan dikatakan berpunca daripada doktor yang menyambut kelahiran bayi tersebut gagal membuat keputusan yang betul.
Dia yang tinggal di Flat Taman Seri Bayu dekat sini dijangka melahirkan bayi seberat 3.4 kilogram dan sepatutnya dibedah, tetapi diminta lahir secara normal oleh pihak hospital atas alasan lebih mudah dan selamat.
Akibatnya, bayi perempuan yang sepatutnya menjadi pelengkap kepada dua puteranya lemas dalam kandungan dan terpaksa dibedah, tetapi meninggal dua hari selepas dilahirkan.
Menceritakan detik memilukan itu, Saadiah berkata dia dimasukkan ke Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 6 Ogos lalu setelah kandungannya berusia 40 minggu 10 hari
NEGARA
Pakar bina kolam renang
KUALA LUMPUR - Memiliki kolam renang di pekarangan rumah sendiri sentiasa diimpikan bagi setiap keluarga terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai anak-anak kecil untuk beriadah pada waktu senggang.
Bagi golongan dewasa pula, ia akan dijadikan sebagai tempat untuk beriadah kerana berenang merupakan antara senaman yang terbaik untuk penjagaan kesihatan selain berjoging atau berbasikal.
Namun bukan semua individu mampu memiliki kolam renang di kawasan rumah kerana ia menelan perbelanjaan yang besar di samping ruang yang luas diperlukan untuk membinanya.
Bagaimanapun, impian itu dapat direalisasikan kini melalui usaha yang dijalankan oleh sebuah syarikat tempatan, SmartPools Sdn. Bhd. (SmartPools) yang menawarkan kemudahan untuk membina kolam renang di kediaman masing-masing meskipun memiliki keluasan tanah yang terhad.
Menurut Ketua Jualan SmartPools, AJ Meenai, sebuah kolam renang mini berukuran 4.5 meter x 2.4 meter atau sebesar kereta import sedan yang dikenali sebagai SmartPools Arena boleh menjadi milik anda dengan kos serendah RM58,500 yang turut meliputi kerja-kerja pemasangan dan penghantaran.
No comments:
Post a Comment