4 dipenjara kerana jual wanita Vietnam kepada rumah pelacuran
Pegawai mahkamah wilayah Tay Ninh berkata, ketua sindiket itu, Vo Thi Hiep, menerima hukuman paling lama, manakala tiga lagi dipenjara di antara tiga hingga enam tahun.
“Mahkamah mendapati, tertuduh bersalah menjual 10 wanita Vietnam ke rumah pelacuran di antara September tahun lalu hingga Februari tahun ini.
“Wanita terbabit diperdaya kononnya akan bekerja di restoran,” katanya.
Wanita itu, dijual pada harga RM157 seorang.
Bagaimanapun, seorang daripada wanita terbabit enggan dan sindiket berkenaan memaksa keluarganya membayar RM2,800 sebagai ganti rugi. - AP
Ibu, anak samun 5 bank
Bekas penuntut undang-undang, Fabienne Levy, 51, dan Jeremie, 21, dituduh melarikan kira-kira RM736,000 dari dua bank di Jerman dan tiga lagi di Perancis pada 2006 dan 2007.
Jeremie - masih di bawah umur ketika rompakan dilakukan - dituduh bersubahat dengan Fabienne dengan menjadi pemandu kepada pemilik kedai berkenaan ke tiga bank yang akan dirompak.
Jeremie berdepan hukuman penjara 10 tahun, manakala ibunya 20 tahun.
Dalam perbicaraan, Fabienne memberitahu mahkamah di Metz, dia tiba di bank berkenaan memakai rambut palsu serta cermin mata gelap.
Senjata yang digunakan - satu penyembur lada
Katanya, dia menggunakan bahasa Jerman dan tidak ganas ketika melakukan rompakan berkenaan.
“Saya mengucapkan ‘Helo’ ketika tiba,” katanya.
Pegawai penyiasat berkata, bagi Fabienne, bank adalah institusi yang mewakili sistem sebuah negara yang menindas orang tidak bernasib baik.
Hidup Fabienne musnah selepas dia diisytihar muflis pada awal tahun 2000.
Menjelang perbicaraannya, Fabienne memberitahu sebuah stesen radio dia mahu ‘membalas dendam’ dan mendapatkan haknya semula.
Bagi Fabienne, dia tidak pernah menyesali perbuatannya itu.
“Ketika memiliki kedai dulu, bank melayan saya dengan sangat baik, tetapi apabila saya kesempitan wang, mereka menganggap saya tidak lebih daripada sekadar sampah,” katanya. - AFP
Zainuddin MZ terus sembunyi
Bagaimanapun, begitu penyanyi lagu hits, ‘Ayam Jago’ itu masih setia menunggu.
Aida mendedahkan kisah lampaunya bersama Zainuddin kepada media beberapa bulan lalu, menyebabkan pendakwah terkenal itu bersetuju untuk meminta maaf secara terbuka kepada penyanyi berkenaan. Penyanyi dangdut itu mendakwa dia diperkosa oleh Zainuddin ketika masih berusia 16 tahun.
Persetujuan memohon maaf itu dibuat oleh Zainuddin selepas penyanyi berkenaan merancang membawa kes itu ke mahkamah.
Selepas waktu dan tempat pertemuan itu diatur, Zainuddin gagal muncul dengan memberikan alasan sakit.
Tetapi selepas dua minggu berlalu, Zainuddin masih tidak menampakkan diri.
“Setelah gagal untuk muncul kali pertama, kami masih menunggu kedatangannya. Tetapi hingga saat ini, tidak ada khabar berita daripadanya.
“Peguam saya begitu sukar untuk menghubungi, apa lagi untuk menemuinya. Kami masih menanti sehingga perdamaian itu dapat dilakukan,” kata Aida ketika ditemui di Jakarta Barat baru-baru ini.
Zainuddin sudah menandatangani surat perjanjian damai yang diserahkan kepada peguam Aida, Alamsyah tetapi Aida mahukannya diadakan di depan media.
“Saya bosan dengan janji palsu Zainuddin. Walaupun dia sudah menandatangani perjanjian itu dengan peguam saya, tetapi ternyata janji itu palsu. Saya hanya ingin berdamai di depan media,” kata penyanyi itu. - Agensi
BUENOS AIRES: Kerajaan Argentina semalam memutuskan untuk mengiktiraf negara Palestin dengan sempadan sebelum Perang 1967.
Langkah itu adalah serupa seperti yang diumumkan negara jirannya, Brazil, baru-baru ini. Kementerian Luar Argentina berkata, Presiden Cristina Fernandez sudah memaklumkan keputusan itu kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Kerajaan Argentina berkongsi kepercayaan dengan rakannya dalam Mercosur, Brazil dan Uruguay bahawa sudah tiba masanya untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan merdeka,” kata Menteri Luar, Hector Timerman kepada wartawan di Buenos Aires.
Kementerian itu berkata, pengiktirafan berkenaan adalah selaras dengan usaha Argentina untuk mempertahankan hak rakyat Palestin bagi membina sebuah negara merdeka serta hak Israel untuk hidup secara aman dengan negara jirannya dalam lingkungan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sebelum ini menghantar surat kepada kerajaan Palestin untuk mengumumkan keputusan negara itu mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum 1967.
Menurut kerajaan Argentina, lebih 100 negara sudah mengiktiraf negara Palestin dengan sempadannya sebelum Israel menawan Tebing Barat pada Perang 1967
Kementerian Luar negara itu juga berkata, pengiktirafan berkenaan adalah selaras dengan permintaan Mahmoud ketika melawat Argentina tahun lalu. - Reuters
KAU NAK SANGAT KETUANAN MELAYU! HAMIK NIH!
Melayu Boleh! sekadar gambar cuci mata.. jangan tengok lama-lama baca kat bawah tu dan fahami...
Bila ketuanan Melayu di agungkan apa Melayu dapat? dapat jadik tuan? itu korang nak? dah dapat kan... Melayu jadik MB di Perak.. da dapat so apa masalhnya?? Ape yang dok menyalak bukit lagi PERKASA haram nih?
Aku bukan marah ketuanan Melayu.. tapi dalam bab mempertahankan MELAYU tolonglah jangan FANATIK... boleh bawak syirik.. sebab dok agungkan MELAYU sampai lupa Katuanan Islam... dan tolong akui bahawa Melayu tak sama dengan Islam.. sebab aku tau kalau ROSMAH khatam quran 33kali pun belum tentu dia jumpa perkataan Melayu dalam Quran tu... aku tau lah...
yang mengamalkan ketuanan bangsa nih adalah bangsa YAHUDI dimana menganggap mereka bangsa yang terpilih selain bangsa mereka go to hell kata depa... tapi dalam bab agama, mereka perleceh jer... korang tengok lah di PALESTINE... bukan sahaja orang agama islam di bunuh ada juga jewish dan kristian di bunuh kerana apa? kerana mereka bukan bangsa yahudi! di Palestine bukan 100% beragama Islam... Islam majoriti jer..
jadik masih nak lagi agungkan ketuanan Melayu tu? Seperti bangsa ZIONIS? di mana perkataan Melayu itu asalnya bukan Islam... tapi Melayu asal dari perkataan Jawa bermaksud lari... kenapa di beri nama Melayu pada orang di tanah Melayu? kerana pada ketika PARAMESWARA (baca lanun) datang (baca lari ke) tanah Melayu dimana penuh dengan orang asal (orang asli la), maka orang Jawa Sumatera menamakan atau menggelar PARAMESWARA sebagai Orang Melayu... atau lebih tepat Orang PELARIAN... tak percaya ko tanya PAPABODOMO apa itu maksud Melayu... wkakaka
aku tau la citer nih pasai aku g indon dulu depa citer kat aku... aku pun dengar2 wat dono jer.... wkakaka tapi aku amik gak port nih pasai ada orang Jawa Malaysia kata memang MELAYU tu bermaksud LARI@PELARIAN@MELARIKAN DIRI... Korang sendiri leh tanya apa maksud MELAYU tu pada WAK KHIR TOYO pasai dia pun JAWA TOTOQ punya.... kahkakhah
ok.. Kembali pada part seyes balik... Dr Asri sendiri dah kata bahawa salah memperjuangkan ketuanan Melayu,. malah peguam-peguam banyak bagitau pasai dalam perlembegaan Mesia nih memang tak pernah ujud ketuanan Melayu, abis apa yang diperjuangkan oleh PERKASA serta UMNO? hak keistimewaan orang melayu ada dalam perlembagaan tapi ketuanan MELAYU sory memang tak ujud! so jangan tertipu dengan dakyah geng-geng Melayu yang mudah lupa nih...
sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa dalam entri nih... tapi dalam dok nulis nih aku macam banyak pulak nak nolih... apa-apa pun next time kite bincang lagi pasai ketuanan Melayu nih... tapi soklan cepumas aku nak tanya pada pendokong-pendokong fanatik ketuanan Melayu ialah,
"PERKASA nih dimana kepalanya MAHATHIR MUHAMMAD pernahkah memikirkan bangsa apakah MAHATHIR ITU?" jawab2....
baca lagi dekat butang show... aku petik dari MESIAKINI satu tika dulu... dan aku nak tambah.. bak kata PAPABODOMO kalau tak betul sila saman! kahkahkah
No comments:
Post a Comment