Sunday, March 21, 2010

SYUMUL DAN MUDAHNYA ISLAM SERTA PRAKTIKAL TAPI HUDUD@HUKUM QURAN DIABAIKAN....

Pengantin cipta sejarah

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN
am@hmetro.com.my
2010/03/20

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.

“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.


“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.


“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.


Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.

“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.


“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.


Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.


“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya




Ini kesan dari memilih@sukar bermadu/dimadu@Mahal belanja@sombong/ego@sukarnya berkahwin dgn wanita tempatan yang banyak protokol ...mungkin menyebabkan lelaki beralih kepada wanita siam@indonesia yang mudah dikahwini.....disamping mereka ingin mendapat kerakyatan....tak kurang ada kalangan mereka yang taat dan cantik




NEGARA

Jerutan cinta Siam

KOTA BHARU - Jumlah rakyat Kelantan sama ada lelaki atau wanita yang berkahwin dengan warga asing didapati meningkat setiap tahun dengan warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan utama.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, Che Bahrom Hamzah berkata, melalui rekod pihaknya, seramai 4,342 orang lelaki dan wanita Kelantan berkahwin dengan warganegara asing pada 2007 dan 4,971 orang pada 2008 manakala pada tahun lalu sebanyak 4,804 orang.

"Walaupun jumlah perkahwinan menurun tahun lalu, namun ia hanya sedikit dan masih menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup daripada warganegara asing," katanya.

Che Bahrom berkata, warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan kerana selain soal rupa paras, kemungkinan faktor kedudukan negara yang berjiran dan berhampiran turut menjadi punca.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki asing lebih banyak menimbulkan risiko ekoran terdapat warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan semata-mata mahu mendapatkan taraf kerakyatan negara ini.



JANGAN NAFI HUKUM ALLAH....INI KESANNYA...SAPE NAK TUDING JARI....ARAH MANA NAK TUDING....BESOK JAWAB...



Episod kemusnahan sedang deras melanda negara

http://episodeperjuangan.blogspot.com

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



contoh anak dibuang...mana bapaknya....sedap dapat...dosa berganda2...hukum Allah xjalan2....KALAU PENCIPTA@ALLAH KITA TAK HORMAT....CAMNA TU....NERAKA LAH KOD


Exco mohon jadi ibu angkat


HAMIDAH (dua dari kanan) bersama Rusnah melihat keadaan bayi yang ditemui di dalam semak di Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Nasib malang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram yang ditinggalkan di dalam semak berdekatan sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lalu, mendapat perhatian.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Perak, Datuk Hamidah Osman melawatnya di Wad 6, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.