Saturday, July 3, 2010

YANG PENTING SAH....ZINA MARAH..BUANG ANAK MARAH..NIKAH DI THAILAND PERTIKAI...PERMUDAH SYARAT NIKAH...JODOH KERJA ALLAH JGN DISEKAT..

NEGARA

Guna Internet tawar pakej



RAKYAT negara ini hanya perlu mengakses Internet bagi mendapatkan ejen yang akan menguruskan pernikahan mereka di selatan Thailand.



KUALA LUMPUR - Kewujudan ejen-ejen tempatan yang menguruskan perkahwinan pasangan Islam secara rahsia dipercayai punca semakin ramai rakyat tempatan termasuk selebriti dan orang kenamaan bernikah di selatan Thailand.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, terdapat pelbagai laman web memaparkan pakej yang ditawarkan oleh ejen tersebut berpusat di Perak dan Lembah Klang tanpa memerlukan pasangan terbabit menguruskannya sendiri di selatan Thailand.
Dengan kadar bayaran di antara RM1,000 hingga RM3,000, rakyat negara ini yang mahu bernikah di Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani diuruskan sepenuhnya oleh ejen tersebut di negara ini.
Pakej tersebut meliputi perkhidmatan pengangkutan, khidmat membeli-belah selepas bernikah, memastikan memperoleh sijil nikah daripada majlis agama dan Konsulat Malaysia di Thailand dalam sehari dan pelbagai lagi. Antara laman web berkenaan ialah http://wan*****.blogspot.com.
Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan, sebanyak 999 daripada 1,321 permohonan yang diterimanya dari Januari hingga Mei tahun ini melibatkan rakyat Malaysia yang berkahwin sesama negara



RENCANA UTAMA


Hitam putih nikah di Siam



SELAIN lelaki yang ingin berpoligami, pasangan muda juga antara yang banyak melangsungkan nikah di Selatan Thai. - Gambar hiasan



"KALAU perkahwinan saya itu berlaku sekarang, saya tidak akan pilih untuk berkahwin di Siam. Masa itu saya jahil, tak banyak pengetahuan tentang hukum perkahwinan.
"Kami ambil jalan mudah dengan berkahwin di sana dan ambil ringan soal pengesahan perkahwinan dari sudut undang-undang.
"Kami sendiri yang lewat mendaftar perkahwinan," demikian pengakuan dramatis Aida Khalida, 52, yang pernah berkahwin di Yala, Thailand bersama Joe Radzwill, 39, pada tahun 2002.
Hanya pada tahun lalu, barulah mereka tampil untuk mendaftarkan perkahwinan. Bayangkan, selama tujuh tahun kita semua mengenali mereka sebagai pasangan suami isteri namun ia belum sah di sisi undang-undang.
Kini, rumah tangga mereka bergoyang apabila Aida memohon cerai fasakh pada April lalu. Aida juga sudah bertukar nama daripada Aida Radzwill kepada Aida Khalida sempena nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad. Kes cerai mereka masih belum diputuskan mahkamah.
"Saya mendaftar perkahwinan saya selaras dengan penghijrahan saya yang kini sudah bertudung (sejak pertengahan tahun lalu). Saya mahu memilih jalan yang betul dan perbetulkan segala-galanya," katanya kepada Jurnal, sekali gus menafikan tanggapan dia mendaftarkan perkahwinan kerana ingin bercerai.
Perkahwinan di Selatan Thailand bukan perkara asing. Bahkan, media melaporkan baru-baru ini sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, terdapat 1,321 permohonan rakyat Malaysia untuk berkahwin di situ.
Menurut Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand, daripada jumlah itu, pasangan Malaysia yang berkahwin sesama negara ialah 999 permohonan, pasangan Malaysia-Thailand (186), Malaysia-Indonesia (19), Malaysia-Pakistan (18), Malaysia-Bangladesh (dua permohonan).
Statistik turut menunjukkan ada trend peningkatan perkahwinan rakyat Malaysia di negara sempadan itu. Bermula dengan 73 permohonan pengesahan pernikahan pada tahun 2001, diikuti 67 (2002), 98 (2003), 55 (2004) dan melonjak dengan lebih tinggi pada 2006 dengan 845, 1,944 (2007), 2,342 (2008) dan 2,172 (2009).
Banyak pasangan termasuk selebriti dan golongan elit Malaysia yang berkahwin di negara itu. Terbaru, akhbar Kosmo! mendedahkan penyanyi Aishah mengaku sudah berkahwin dengan seorang duda anak enam, Faizal Sazali Zulkifli di Narathiwat. Mereka berkahwin di sana kerana suaminya belum mendapat surat cerai daripada perkahwinan terdahulu.
Pernah media melaporkan pada tahun 2005, sekurang-kurangnya 10 orang kenamaan berstatus Tan Sri dan Datuk bernikah di Selatan Thai sejak tahun 2003.
Dianggarkan kira-kira 100 pasangan Malaysia bernikah setiap bulan di Thailand, iaitu paling tinggi berbanding pasangan negara jiran lain.
Antara punca ramai memilih untuk berkahwin di Siam juga kerana pasangan tidak perlu membawa wali, sijil kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas HIV atau AIDS dan wang hantaran.
Memandangkan ia dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk 'kahwin rahsia', pasangan yang biasanya memilih berkahwin di Selatan Thai ialah lelaki yang ingin berkahwin lain dan pasangan yang hubungan mereka mendapat tentangan keluarga.


SEORANG wanita yang pernah didakwa bersuami dua, Shanum Shaari menunjukan dokumen sah mengenai perceraiannya serta surat nikah di Selatan Thai pada tahun 2006.



Tertanya-tanya juga kita adakah pasangan ini bernikah di Selatan Thai dengan pergi begitu sahaja atau ada orang tengah yang mengaturkannya.
Hasil pemantauan di Internet, Jurnal mendapati terdapat banyak ejen yang menawarkan pakej perkahwinan di wilayah-wilayah Selatan Thai seperti di Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani.
Tawaran yang diberikan bermacam-macam. Ada yang menyediakan pengangkutan, menyediakan khidmat membeli-belah selepas bernikah, memastikan mendapatkan surat nikah daripada majlis agama dan Konsulat Malaysia dalam masa sehari dan macam-macam lagi.
Rata-ratanya menawarkan pakej perkahwinan di antara RM1,000 hingga RM3,000.
Seorang ejen yang menawarkan pakej di Yala menerusi Perak mengakui dirinya memang rapat dengan majlis agama Islam di wilayah itu.
Dia memberitahu, kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmatnya ialah pelajar dan anak-anak muda yang ingin berkahwin tetapi dihalang keluarga. Hanya 30 peratus yang bertujuan poligami.
"Saya tahu ramai yang memandang serong kerja saya sebagai ejen tetapi saya lakukan kerana saya ingin membantu mereka yang dalam kesusahan, saya mahu maksiat dielakkan.
"Tahu sahajalah sekarang orang muda macam-macam cabarannya dan terdedah kepada pelbagai anasir negatif.
"Saya juga memilih pasangan yang betul-betul mengalami masalah kerana saya sedar apa yang saya lakukan bakal dipertanggungjawabkan di akhirat," ujarnya yang ketika dihubungi berada di Indonesia.
Seorang wanita yang menguruskan perkahwinan di Songkhla pula menjanjikan akad nikah hanya di pejabat agama wilayah itu.
"Untuk memastikan akad nikah yang dilaksanakan itu benar-benar diyakini dan dilakukan oleh jurunikah yang ditauliahkan majlis agama wilayah, saya tawarkan akad nikah di pejabat agama sahaja.
"Kami juga boleh terus membawanya untuk pengesahan Konsulat Malaysia kerana ia terletak di wilayah ini. Lagipun Songkhla lebih aman. Oleh kerana itu, saya fikir, Songkhla ialah tempat terbaik," ujarnya yang menawarkan pakej pada harga RM1,700.
Dia meminta pasangan agar memilih ejen yang betul agar tidak tertipu.
"Memang banyak ejen sindiket. Macam-macam tawaran yang diberikan. Ada yang menawarkan bayaran yang melampau sehingga RM13,000. Ada yang menggunakan jurunikah palsu.
"Saya difahamkan pernah satu kes nikah di sempadan yang menjadi bermasalah apabila hendak didaftarkan di Malaysia kerana pasport mereka tidak dicop pihak imigresen Thailand sedangkan pasport telah diserahkan kepada ejen," katanya.
Seorang lagi ejen yang menawarkan pakej perkahwinan di Songkhla berpusat di Subang Jaya, Selangor memberitahu, terdapat kes mereka yang berkahwin di Thailand kerana ingin bertanggungjawab.


AIDA KHALIDA



"Seorang lelaki telah mempunyai seorang isteri namun telah terlanjur dengan seorang wanita. Kerana ingin bertanggungjawab atas keterlanjurannya itu, dia telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang oleh isteri, ibu dan bapanya.
Dia akhirnya terdesak untuk berkahwin dengan wanita itu di Selatan Thai demi untuk bertanggungjawab atas keterlanjurannya," ujarnya sambil memberitahu jurunikah-jurunikah di Thailand boleh mengeluarkan surat nikah, tetapi sijil nikah yang diperlukan untuk pengesahan Konsulat Malaysia ialah daripada majlis agama wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, Jurnal telah menemui satu kes aneh iaitu seorang wanita yang berkahwin di Ampang, Selangor tetapi telah memperoleh sijil nikah dari Thailand.
"Saya dan suami telah bernikah di Ampang, Selangor namun tidak mengetahui yang ia nikah sindiket sehinggalah apabila jurunikah lesap dan surat nikah yang dijanjikan tidak diterima.
"Kami langsung tidak ada surat nikah. Bimbang anak dalam kandungan ini sukar untuk mendapat sijil kelahiran, kami cuba mendapatkan sijil nikah dari Thailand menggunakan seorang ejen perkahwinan di sana dengan bayaran RM1,500," ujar Azrina Abu (bukan nama sebenar) yang merupakan isteri kedua.
Hal ini mencetuskan persoalan adakah sesetengah perkahwinan yang didakwa dilakukan di Selatan Thai walaupun lengkap dengan dokumen nikah dari sana sebenarnya satu penipuan? Hanya mereka yang tahu.




NIKAH SAH OK LAH...TAK NAK BERZINA...MAKA PILIHLAH NAK BERZINA ATAU NIKAH DI THAILAND ...NIKAH DISINI KETAT UNDANG2NYA...LEBIH2 POLIGAMI..
 SOAL CERAI..KAHWIN DI MALYSIA PUN SUSAH...TURUN NAIK MAHKAMAH...BERTAHUN2 BARU SELESAI....NI SEMUA MENYUMBANG ZINA DAN KAHWIN DI THAILAND...

MACAM2 CADANGAN..TAPI TAK CADANG PUN UNTUK LAKSANA UNDANG2 ISLAM


Polis guna anjing jejak perogol lari masuk hutan 

Oleh Hassan Omar

2010/07/03

KOTA KINABALU: Polis terpaksa menggunakan anjing pengesan bagi menjejaki seorang petani yang melarikan diri ke dalam hutan di Kota Marudu, kira-kira 150 kilometer (km) dari sini sejak Selasa lalu kerana disyaki merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata polis melancarkan gerakan memburu suspek berusia 40 tahun sejak petang Selasa lalu selepas menerima aduan daripada ketiga-tiga mangsa, pagi Selasa lalu.

“Kami menubuhkan pasukan khas memburu suspek. Anjing pengesan terpaksa digunakan untuk memburu suspek yang dipercayai melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Talangkapas.

“Kami ada menerima maklumat, suspek dipercayai pulang ke rumahnya pada malam Rabu lalu dan masuk semula ke hutan pada awal pagi. Gerakan memburu dipertingkatkan,” katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, polis yakin mampu menahan suspek tidak lama lagi.

Selasa lalu, polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan tiga beradik terbabit yang mendakwa suspek merogol tiga anak kandungnya sejak awal tahun ini.

Suspek yang sudah berpisah dengan isterinya sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama tiga anak perempuannya di kampung berkenaan, dipercayai mula melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya sejak awal tahun ini dan yang terakhir pada Jumaat lalu.
Suspek dikatakan menjadikan anaknya yang berusia 14 tahun sebagai mangsa pertama apabila merogolnya dalam sebuah bilik di rumah papan di kampung berkenaan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Kota Marudu sebelum dua lagi adik mangsa dijadikan sasaran melepaskan nafsu buasnya.

Kejadian itu dipercayai dilakukan secara berulang dan mangsa dikatakan diugut supaya merahsiakan kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai tidak tahan dirogol lalu menceritakan kejadian kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran.

Wanita terbabit segera menghubungi ibu mangsa yang bekerja di Sandakan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Bagi saya, pendidikan seks tidak boleh diperkenalkan di sekolah kerana ia adalah satu `barang’ yang amat indah serta berharga dan harus dihormati, bukan boleh pandai-pandai buat.

“Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu perlu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam

Pornografi, bahan lucah bukan punca jenayah seks
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil dan Faridzwan Abdul Ghafar

2010/07/03

Salah laku moral kerana tekanan perasaan, kurang kesedaran

KUALA LUMPUR: Tekanan perasaan atau kurang kesedaran mengenai jenayah salah laku seks menjadi antara faktor mendorong pelaku terbabit dalam gejala itu.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu

Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu perlu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kamal Affendi berkata, situasi sosial yang berlaku di negara yang membenarkan orang awam memiliki bahan lucah seperti Jepun, misalnya, mencatat jenayah seks yang rendah manakala negara yang mempunyai sekatan terhadap bahan lucah merekodkan kadar jenayah seks tinggi.

“Ini terbukti jenayah membabitkan seks dan salah laku seks yang berlaku di negara maju adalah kurang. Mereka diterapkan dengan pendidikan seks secara formal di sekolah.

“Walaupun mereka sentiasa didedahkan dengan unsur lucah tetapi mereka dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan serta penerapan sifat hormat menghormati antara jantina,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal Affendi berkata, pendidikan seks yang pernah dicadangkan sebelum ini sebenarnya lebih menekankan kepada peranan dan fungsi lelaki sebagai pelindung dan penjaga wanita selain memberi kesedaran pentingnya menjaga martabat lelaki.
“Tanggapan yang salah terhadap cadangan itu oleh segelintir pihak yang konservatif mengakibatkan cadangan itu yang pernah dikemukakan beberapa tahun
lalu ditolak kerajaan, sedangkan isi kandungannya berkonsepkan menghormati maruah wanita dan memperkasakan martabat lelaki,” katanya.

Kamal Affendi berkata, punca kejadian rogol, salah laku seks dan pembuangan bayi adalah disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai ilmu reproduktif serta kehendak biologi lelaki dan wanita mengikut peringkat usia masing-masing.

“Jenayah berkaitan seks di kalangan remaja terjadi kerana tiada perasaan hormat kepada diri dan pasangan serta kurang pengetahuan mengenai apa itu seks. Kita perlu beritahu masyarakat bahawa semua pihak mesti memainkan peranan serta lebih proaktif bagi menangani masalah itu.

“Remaja juga diajar bagaimana memainkan peranan sebagai ibu dan bapa serta penekanan terhadap pentingnya institusi kekeluargaan serta tanggungjawab mendidik anak. Jadi, saya kecewa apabila cadangan ini ditolak tanpa memikirkan isi kandungan secara lebih mendalam dan kesannya kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pornografi dan bahan lucah adalah punca terjadinya keruntuhan moral di kalangan remaja di Malaysia adalah tidak tepat




‘Pendidikan seks harus dilaksana ikut peraturan’


2010/07/03

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan seks sebagai satu perkara yang cukup bernilai serta berharga dan pendidikan mengenainya harus dilaksanakan mengikut peraturan, prosiding serta kronologinya yang tertentu.

Sehubungan itu, katanya, untuk melaksanakan pendidikan seks di sekolah bukannya sesuatu perkara mudah kerana ia sudah tentu akan membabitkan pelbagai pihak, termasuk dari segi undang-undang, tidak hanya menjuruskan kepada seks itu semata-mata.

“Bagi saya, pendidikan seks tidak boleh diperkenalkan di sekolah kerana ia adalah satu `barang’ yang amat indah serta berharga dan harus dihormati, bukan boleh pandai-pandai buat.

“Islam sudah sebut perkara ini (pendidikan seks) dalam kitab Fiqah, bermula dari usia kanak-kanak lelaki 10 tahun, harus dipisahkan tempat tidur sehingga berkahwin; melakukan jimak dan mendapat anak, semuanya ada diajar mengenai tatasusila serta pengurusannya, sekali gus menunjukkan seks ini barang yang dihormati.

“Di situ sudah letaknya pelajaran seks dalam Islam dan kita jangan meletakkannya (pendidikan seks) atas motor kerana itu bukan kerja Islam. Semua ini Islam hendak menunjukkan bahawa seks itu sesuatu barang amat dihargai dan melakukannya harus mengikut peraturan, prosiding dan kronologinya,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita apabila ditanya mengenai usaha hendak melaksanakan pendidikan seks di sekolah, selepas selesai kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Kelmarin, pelbagai pihak menggesa kerajaan memperkenalkan segera pendidikan seks secara formal di sekolah serta memperketatkan undang-undang bagi membendung capaian remaja terhadap unsur pronografi sebagai langkah membanteras salah laku seks dan pembuangan bayi yang berleluasa.



Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

- Bernama

Indonesia, India jadi lokasi larikan kekasih


2010/07/04

GEORGETOWN: Indonesia dan India dikenal pasti lokasi utama wanita tempatan, baik yang sudah bergelar isteri serta gadis bawah umur dibawa lari rakyat dua negara itu sejak beberapa tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengakui pihaknya menerima beberapa kes seumpamanya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan
bilangan kes berkenaan.

“Kebanyakan wanita dibawa lari ke Indonesia membabitkan golongan bawah umur dan mereka ikut lelaki ke sana atas dasar cinta walaupun tahu ia salah dari segi undang-undang.

“Bagi kes wanita dibawa lari ke India pula, ia membabitkan isteri orang yang dibawa lari buruh dari negara itu,” katanya.

Namun bagi kes di India, ia adalah terasing dan kami kadang-kala tidak boleh mencampurinya kerana ia membabitkan hal dalaman keluarga,” katanya ketika ditemui sebelum merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjung.

Muhammad Khairun juga tidak menafikan kemungkinan kes wanita yang dibawa lari itu turut membabitkan negara asal kebanyakan buruh asing di sini seperti Vietnam, Bangladesh dan Myanmar.

“Negara terbabit adalah negara yang warganya bekerja di Malaysia sebagai buruh. Inilah harga sosial perlu kita bayar berikutan kemasukan pekerja asing ke Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memperketatkan kemasukan pekerja asing terutama mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan bekerja di negara ini secara haram.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Khairun berkata, pihaknya menyambut baik kesediaan kerajaan untuk membantu penghuni Rumah Titian Kasih Titiwangsa, Kuala Lumpur yang berdepan kehilangan tempat tinggal.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika melawat rumah itu menyatakan pihaknya mungkin menempatkan penghuni ke pusat jagaan milik kerajaan.

“Ini satu daripada cadangan kami dan Pemuda UMNO menyambut baik langkah positif itu bagi memastikan penghuninya dapat tinggal dengan lebih selesa,” katanya

'Cuti' lelaki miang rosakkan keluarga
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/07/04

Aktiviti tak sihat warga tempatan di negara jiran undang peningkatan kes perceraian

MACHANG: Kecenderungan lelaki tempatan yang gemar berhibur secara terlampau di negara jiran terutama pada hujung minggu dikhuatiri menyumbang kepada keretakan institusi keluarga sekali gus meningkatkan risiko perceraian membabitkan pasangan di Malaysia.

Sambil menyuarakan kebimbangannya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘bala’ yang mengundang padah, termasuk keluarga berantakan.

Sehubungan itu, beliau menasihati golongan lelaki tempatan supaya mengutamakan keluarga sebelum terjebak dalam gejala tidak sihat sedemikian.

“Mereka sepatutnya memberikan sepenuh komitmen kepada keluarga masing-masing daripada mementingkan keseronokan semata-mata.

“Sudah pasti tindakan ini akan menyumbang kepada keretakan institusi keluarga. Ini adalah salah satu punca perpisahan serta perceraian... janganlah mencari bala.

“Kita memang tidak menggalakkan langsung budaya (berseronok di negara jiran secara melampau) ini menular.
“Jagalah keluarga yang ada di depan hidung ini. Sudahlah di depan hidung pun tak terjaga, yang nak pergi ke seberang ini buat apa?” katanya selepas merasmikan Persidangan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mahamad.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam mengenai pekan Golok, Narathiwat dan Danok, di Selatan Thailand serta Pulau Batam di Indonesia yang terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama lelaki untuk berhibur di hujung minggu.

Selain tukaran mata wang asing yang lebih murah, keseronokan itu turut dikaitkan dengan tarikan hiburan serta khidmat seks di sana.

Mereka sama ada pergi balik siang, bermalam atau pakej tiga hari dua malam, dengan alasan membeli-belah atau bermain golf, tetapi tujuan utama untuk menikmati pelbagai jenis hiburan seperti karaoke, urutan tradisional, spa serta keseronokan lain termasuk khidmat seks.

Lelaki tempatan juga, seperti diakui tukang urut wanita di sebuah hotel dekat Sungai Golok, digambarkan sebagai pelanggan yang diharapkan kerana tidak lokek memberi tip.



Rakyat kita langgan seks di sempadan kena selar


2010/07/04

KUALA LUMPUR: Kecenderungan rakyat Malaysia terutama lelaki berhibur termasuk mendapatkan khidmat seks di lokasi pelancongan murah dibidas pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertamadun, rendah moral dan cetek agama.

Tokoh agama, pakar motivasi dan ahli akademik berpendapat keghairahan rakyat tempatan mengunjungi beberapa lokasi tumpuan di sempadan untuk melakukan aktiviti terlarang hanya merugikan negara dari aspek pengaliran keluar keluar wang.

Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, kecenderungan warga tempatan terutama lelaki menggunakan alasan bercuti tetapi sebenarnya berfoya-foya dengan gadis sosial di pusat karaoke, rumah urut tradisional, spa dan keseronokan lain mencerminkan kepincangan akhlak dan peribadi.

“Golongan ini tidak gerun kepada balasan Tuhan. Mereka fikir selamat kerana tiada siapa mengenali mereka selain terlepas daripada hukum serta undang-undang Islam yang melarang berkhalwat.

“Namun, mereka silap kerana semakin dalam terjebak, semakin tidak tenang hati seterusnya membawa kepada pergaduhan suami isteri lalu mengakibatkan perpecahan keluarga,” katanya di sini, semalam.

Tengku Asmadi berkata, kebiasaan ‘makan luar’ turut menjejaskan hubungan intim pasangan berkahwin berikutan sikap suami suka membuat perbandingan serta merendah-rendahkan keupayaan isteri.

“Kebanyakan kes membabitkan golongan lelaki berkahwin berusia 30 tahun ke atas, mempunyai gaji lumayan namun gagal menyelami serta menghayati prinsip berumah tangga. Ternyata usia matang belum tentu menjamin perlakuan baik, munasabah serta berupaya menghindar seseorang itu dari terjebak dengan seks haram,” katanya.
Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan pelaku seks haram sebagai golongan tidak beriman dan enggan percaya pembalasan hari akhirat.

“Mereka tidak percaya Allah maha melihat dan cuba menafikan perbuatan keji itu dilaknat Tuhan. Hakikatnya, ini adalah amalan masyarakat jahiliah dan tidak sepatutnya berlaku dalam dunia bertamadun,” katanya.

Noh berkata, penganut ingkar terbabit bukan saja merosakkan nama baik dan
reputasi peribadi malah mewujudkan kepincangan institusi keluarga melalui pembohongan kepada isteri dan penyebaran penyakit maut seperti Aids dan HIV.

“Demi melepaskan diri dan mendapat apa yang dihajati, mereka sanggup berbohong kepada isteri serta anak-anak. Namun, apabila dijangkiti penyakit membawa maut seperti Aids dan HIV, kesengsaraan itu tidak ditanggung seorang tetapi isteri yang turut dijangkiti penyakit sama,” katanya.

“Ini hasilnya jika pendidikan agama sekadar diamal di luar kulit dan bukan meresap jauh ke dalam hati yang menebalkan iman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, amalan seks bebas dan secara haram adalah penyumbang utama penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin, Aids dan HIV.

Beliau berkata, penduduk Asia adalah golongan paling tinggi terdedah kepada risiko jangkitan penyakit berbahaya serta membawa maut akibat perlakuan seks bebas dan secara haram.

“Kebanyakan kes membabitkan mereka yang tidak mengamalkan seks selamat khasnya menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks,” katanya




cerita diatas semua berkaitan zina...adakah ni diluar ilmu Allah...sudah tentu semua dalam ilmu Allah...Allah mengetahui segala perkara termasuk perkara yang belum berlaku...Sudah tentu hukum zina dalam Quran@Kalammullah tepat dan boleh diguna pelbagai zaman dan tempat...ni kita sibuk mencari pelbagai teori...kenapa tak mahu hukum Allah...laksanakan dulu..baru lihat kesan jangan fikir negatif dulu...Ini bermakna kita memandang hukum Allah negatif....dengan secara tak langsung memperlekeh dan menghina Allah swt...fikir2kan...adakah kita tak rosak iman dan Islam...

KES YG BANYAK SABAN HARI MACAM TIADA KESUDAHANNYA

Terkejut tahu anak hamil



2010/07/03

AMPANG: Seorang ibu yang pelik melihat keadaan fizikal anak gadisnya seolah-olah mengandung membuat ujian kehamilan sebelum terkejut apabila sangkaan itu tepat.
Malah, ibu malang terbabit turut pergi ke rumah teman lelaki anaknya itu untuk berbincang dan meminta dia bertanggungjawab, namun lelaki berkenaan melarikan diri.
Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki terbabit di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu.

Menurut sumber polis, ibu remaja berusia 15 tahun itu menyedari rahsia anaknya itu Sabtu lalu dan dia membuat pemeriksaan dengan menjalankan ujian kehamilan untuk memastikan status fizikal anaknya itu yang dilihat keadaan pelik.

“Remaja berkenaan mengaku dia mengandung hampir empat bulan dan menyatakan ia hasil hubungan seks dilakukan bersama teman lelakinya,” katanya.

Berikutan itu, ibu remaja berkenaan ke rumah teman lelaki anaknya dan meminta dia bertanggung jawab.

“Teman lelaki remaja terbabit langsung tidak mahu bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya sebelum bertindak melarikan diri.

“Berikutan itu, ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas perbincangan secara baik yang cuba dilakukannya tidak dilayan teman lelaki anaknya itu,” katanya



Wanita mengaku

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
2010/07/03

SEREMBAN: Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya dan masih hidup di atas tong sampah sebuah rumah teres di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, Selasa lalu.
Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tertuduh, Rusmiyah, 22, hanya mengangguk kepala sebagai tanda faham dan membuat pengakuan bersalah atas tuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Rusmiyah didakwa dengan sengaja membuang bayinya di atas tong sampah depan sebuah rumah di No 705, Jalan Sri Pulai 46/3, Taman Sri Pulai 3, Sikamat, kira-kira jam 4 petang pada 29 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Idora Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Marsilawati Mohamad Shah membenarkan wang ikat jamin ditawarkan pendakwaan iaitu RM5,000 dikurangkan kepada RM3,800 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan tarikh jatuh hukum pada 8 September depan.

Tertuduh yang memakai baju lokap oren dan berkain batik sebelum itu merayu pengurangan kos ikat jamin berkenaan kerana hanya berpendapatan kecil. Difahamkan, bayi malang yang masih berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) itu di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras selama sebulan, sementara menunggu tindakan selanjutnya dilakukan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kepiluan hati seorang pekerja syarikat kontraktor pemungut sampah melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup itu ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, di sini. Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diang.kat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit sebelum dibawa ke HTJS untuk tindakan lanjut.

Sejurus kejadian, polis menahan seorang wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Penahanan suspek hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang.



Belai isteri orang

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
2010/07/03

MASJID TANAH: Tindakan seorang pengawal keselamatan yang kerap mengunjungi rumah sewa teman wanitanya di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, dekat sini, sejak sebulan lalu akhirnya memakan diri apabila dicekup penduduk kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.
Difahamkan, lelaki terbabit yang masih bergelar suami orang berasal dari Alor Gajah dipercayai mula mengenali ibu kepada enam anak berkenaan selepas suami teman wanitanya itu meringkuk di dalam penjara sejak setahun lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 11.40 malam itu, pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu didapati berkurung di dalam sebuah rumah tanpa sebarang ikatan sah bersama seorang wanita berusia 28 tahun yang didakwa masih bergelar isteri orang.
Wanita itu yang mendakwa sudah bergelar ‘janda’ mempunyai enam anak berusia antara empat hingga 11 tahun mendakwa baru saja berpindah ke taman perumahan berkenaan selepas suaminya dipenjarakan sebelum mengenali teman lelakinya.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bidara Permai, Mohd Zain Yunus, berkata pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan hubungan sebagai suami isteri ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai syarak yang melakukan serbuan.

Menurutnya, mereka juga dikatakan kerap dilihat bersama di taman perumahan itu, malah beberapa kali hampir dicekup penduduk, tetapi nasib sering menyebelahi pasangan berkenaan kerana sentiasa terlepas.

“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita muncul dan membuka pintu depan, tetapi dia menafikan ada lelaki di dalam rumahnya, namun selepas didesak berkali-kali akhirnya wanita terbabit mengaku terdapat seorang lelaki berada di dalam bilik tidurnya.

“Ketika masuk ke dalam rumah, kami mendapati tiga daripada enam anak wanita itu sedang tidur di ruang tamu rumah, dan kami perlu menunggu lelaki terbabit keluar dari bilik tidur wanita berkenaan 15 minit kemudiannya,” katanya.

Serbuan turut disertai dua anggota polis peronda serta lima anggota rukun tetangga taman itu dan pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk membuat laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap Jaim berkata, pasangan terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen (53) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Dalam pada itu, Pegawai Syarak Mukim Pengkalan Balak, Imam I Ibrahim Mohd Yusof, berkata pihaknya kesal dengan tindakan pasangan terbabit yang masih bergelar isteri dan suami orang apabila berkurung di dalam rumah tanpa mengambil kira perasaan jiran.




Tonto jaga ‘gadis geli’ tewas akhirnya

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/07/03

KUALA LUMPUR: Rahsia sebuah pusat karaoke menyimpan ‘gadis geli’ yang kerap kali dapat menghidu serbuan polis sejak sebulan lalu akhirnya membongkar kewujudan tonto atau lebih terkenal dengan jolokan ‘jaga air’ yang memantau premis terbabit dengan ketat.
Malah pengintip upahan yang diberikan upah lumayan terbabit turut mempunyai senarai nombor pendaftaran kereta semua pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi membolehkan setiap pergerakan polis diekori.
Bagaimanapun, pusat karaoke yang didirikan di bangunan pawagam lama di Taman Ipoh, Perak, terbabit akhirnya berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota polis dari D7 Bukit Aman diketuai Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhad bersama 17 anggotanya dibantu D7 Perak menyerbu premis berkenaan malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 11.15 malam itu, kebanyakan suspek tidak sempat melarikan diri kerana premis itu sudah dikepung manakala beberapa ‘jaga air’ yang berada luar premis sudah ditahan terlebih dahulu.

Maszely berkata, cubaan polis D7 Perak membongkarkan kegiatan haram di karaoke itu sebelum ini gagal kerana pergerakan mereka diawasi pengintip khas yang diupah pemilik pusat hiburan itu.

“Lebih mengejutkan apabila pengintip upahan itu berada di setiap sudut bangunan karaoke terbabit dan mempunyai senarai nombor pendaftaran kereta hampir semua pegawai dan anggota D7 negeri berkenaan.

“Selain itu, ‘jaga air’ terbabit turut dibekalkan dengan alat perhubungan ‘walkie talkie’ selain diarah menjadi pemerhati untuk mengesan kehadiran anggota polis,” katanya.

Menurutnya, maklumat dan kemudahan dimiliki itu membolehkan pengintip terbabit mengekori kenderaan pegawai dan anggota polis D7 IPK Perak dan memaklumkan pekerja pusat hiburan itu jika polis ingin membuat serbuan, “Bukan setakat mengupah ‘jaga air’, pemilik karaoke juga mengubah suai dan memasang siren amaran dalam bangunan karaoke itu selain kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan pelayan pelanggan (GRO) warga China yang bekerja melarikan diri jika ada serbuan,” katanya. Katanya, kegiatan itu berjaya ditumpaskan selepas polis memberkas seorang `jaga air’ berusia lingkungan 30-an dalam operasi itu. Katanya, suspek kemudian membawa polis masuk ke dalam pusat karaoke berkenaan sebelum menahan lima GRO warga China, 16 pekerja dan ‘jaga air’ termasuk tiga rakyat Bangladesh.

“Turut diberkas 44 pelanggan dan seorang lelaki dipercayai rakan kongsi kepada pemilik pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan terbabit menghadapi kesukaran apabila polis terpaksa melonggarkan dua pintu kebal bermagnet sebelum boleh masuk ke pusat karaoke itu.

“Sebaik pintu dibuka, GRO China terbabit bertempiaran melarikan diri ke arah tangga yang menuju ke bahagian bumbung dan tingkat bawah premis terbabit. Namun semua gadis itu berjaya diberkas,” katanya Menurutnya, siasatan mendapati wanita warga China berusia 20-an terbabit memasuki negara ini sebagai pelancong, namun menyalah gunakan dokumen perjalanan mereka apabila terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Bagi mengelak kegiatan haram itu dikesan, pemilik karaoke menggunakan sebuah lori kontena untuk menghantar wanita terbabit ke tempat kerja atau mana-mana lokasi yang dikehendaki pelanggan.

Friday, July 2, 2010

PERKEMBANGAN YANG BEGITU MEMBIMBANGKAN...KITA MASIH MEMANDANG SEPI HUKUM ALLAH SWT

Bunyi ghairah dari bilik

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/07/03

KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.
Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, anak wanita terbabit turut memberitahu kanak-kanak lelaki berkenaan pernah memeluk dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

“Mendengar jawapan itu, ibunya yang berusia lingkungan 20-an terus ke rumah jiran mereka dan bertanyakan kepada kanak-kanak lelaki terbabit sama ada benar atau tidak dia mengajar anaknya melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

"Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berkenaan tidak mengaku. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu kerap berkunjung ke rumah jirannya untuk bermain dengan adik kanak-kanak lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu kanak-kanak perempuan terbabit.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada kanak-kanak perempuan berkenaan dan mereka sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, kes itu sewajarnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap anak termasuk yang di peringkat usia prapersekolahan kerana mereka amat mudah terdedah dengan pelbagai gejala negatif yang banyak berlaku di sekeliling mereka.





HANYA TUJUH TAHUN...SEPATUTNYA 100X ROTAN...ORANG NI KITA NAK LINDUNGKE DAN NAK KESIANKE


NEGARA


Pengantin baru bakal dipenjara kerana merogol







MOHD. FADZIL (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka semalam.





MELAKA – Baru sebulan bergelar suami, seorang lelaki bakal meringkuk di dalam penjara selama tujuh tahun jika rayuan terhadap kes merogol remaja bawah umur tiga tahun lalu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Kamal Jamaludin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd. Fadzil Hamid, 25, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asri Abd. Rahman.
“Selepas meneliti dan mendengar keterangan kes, saya melihat terdapat perbezaan antara rogol dalam erti kata sebenar dengan rogol disebabkan mangsa bawah umur “kata Hakim”.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika itu di sebuah rumah di Padang Temu, di sini pada 14 Ogos 2007, pukul 4.30 petang.









HANYA TUJUH TAHUN...SEPATUTNYA 100X ROTAN...ORANG NI KITA NAK LINDUNGKE DAN NAK KESIANKE...

BAGAIMANA JIKA YANG DIROGOL ADIK KITA ATAU ANAK KITA...TU LAH BELUM KENA BATANG HIDUNG...HUKUM ISLAM TAK DISOKONG...KENA BATANG HIDUNG BARU TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH..

ORANG DAH KAWIN ROMANTIK DAN BERPENGALAMAN....MUNGKIN JUGA GUNA SIHIR

NEGARA


Saya lemas dalam pujuk rayu Man - Rosmida


ROSMIDA (dua dari kiri) meminta maaf daripada ibunya, Zuraini Saad (kiri) sambil diperhatikan oleh bapanya, Rosli di Kuantan semalam.


KUANTAN - Rosmida Roslan, 15, memberitahu, dia bagaikan lembu dicucuk hidung apabila hanya menurut kehendak teman lelakinya dikenali sebagai Man ketika diajak melarikan diri pada 21 Jun lalu.
Katanya, dia mempercayai Man kerana lelaki itu yang dipercayai sudah berkahwin dan memiliki empat orang anak pandai memujuk rayu dirinya.
"Dia bercerita pelbagai kisah melanda hidupnya ketika itu seperti dia telah dihalau oleh ibu saudaranya. Kerana kasihan saya rela mengikut kehendaknya termasuk melarikan diri bersama Man," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tas di sini semalam.
Dalam pada itu, dia memberitahu, Man turut mengajar dirinya untuk membalas khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh bapanya.

BUANG AKHIRNYA...SOK LUSA..HILANG SAKIT BUAT LAGI

Takut, malu punca remaja buang bayi

2010/07/02
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes
pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut
...statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja
Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,
Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan
individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi
dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu
gagal dikesan peringkat umur mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

“Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan
malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat
sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.


“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai
murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang
disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.



Sementara itu, PDRM menyarankan satu kajian dan perbincangan lebih
mendalam dilakukan pelbagai pihak sebelum sebarang peruntukan
undang-undang sedia ada diperketat dan dikuat kuasakan bagi membendung
penularan gejala seks bebas yang mendorong berlaku pembuangan bayi.



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha
menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi
mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada
berleluasa.

Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja
bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu
dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan
individu.



“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga
tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna
mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.



“Sebenarnya, tidak kira malam atau siang, polis mempunyai hak
secara sah untuk memeriksa sesiapa saja yang mencurigakan termasuk
golongan remaja,” katanya.



Ismail berkata, polis sedia menguatkuasakan undang-undang
ditetapkan dan terpulang kepada pihak berkaitan untuk menggubal
undang-undang yang difikirkan perlu.


SEGALA UNDANG NAK DIKUATKUASAKAN
UNDANG2 ALLAH TUNGGU KIAMAT KOD
ATAU SEMUA DAH ISLAM...BARU BOLEH LAKSANA
ATAU TUNGGU BALA...LA NI PUN DAH TURUN BALA
ANK LUAR NIKAH MENINGKAT SEBAN HARI...
MANALAH TOK2 MUFTI KITA....SENYAP JE

Urut seks 24 jam

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang
digunakan agak berbeza apabila sebuah rumah urut yang menawarkan
perkhidmatan seks beroperasi 24 jam sehari dan sasaran pelanggannya
buruh binaan terutama warga asing.
Setiap pelanggan warga asing ditawarkan kadar
perkhidmatan luar biasa RM50 bagi sesi urutan termasuk perkhidmatan
seks di rumah urut itu di Kampung Baru, Sungai Buloh, dekat sini.
Tindakan sindiket pelacuran itu dihidu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap
dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan
menyerbu rumah pelacuran berkenaan, malam kelmarin. Operasi bermula jam
9 malam kelmarin diketuai Asisten Superintendan Mohamad Nazri Daud dan
disertai dua pegawai serta lapan anggota. Mohamad Nazri
berkata, operasi dinamakan ‘Ops Noda’ itu memberkas 10 pelacur murahan
iaitu lapan daripadanya warga Indonesia dan India. “Ketika
menyerbu masuk, seorang pelanggan warga Bangladesh baru selesai
melanggan pelacur dan sedang membuat bayaran di kaunter. “Dia dan
penjaga kaunter rakyat tempatan itu individu pertama ditahan sebelum
menyerbu masuk lapan bilik di dalam rumah terbabit,” katanya. Menurutnya, ketika serbuan beberapa pelanggan warga asing sedang leka berurut sambil dilayani wanita warga asing terbabit.

 

 

CERITA2 BGINI HANYA DIBACA..DITATAP..PANAS SEKEJAP...PASTU MACAM AIS...QURAN JUGA GITU... BACA...DISYARAHKAN...KUPAS2...PASTU..PI MAI ..PI MAI TANG TU JUGAK...HUKUM HANYA TINGGAL DALAM QURAN SEBAGAI BAHAN BACAAN...DILAGU2........TAPI HABUK PUN TADAK...BUAT MASA INI...TIADA TANDA2 UNTUK HUKUM HENDAK DILAKSANAKAN...DAN ...DIPERJUANGKAN...PIHAK BERWAJIB..

SEDAP BERSAMA..TERBEBAN SORANG SAJA...LELAKI CUCI TANGAN


SAYA masih belum berkahwin dan kakak berusia 26 tahun.

Kehidupan
keluarga saya sempurna dari segi didikan serta kerjaya membanggakan.
Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita adik mengandung anak
luar nikah. Ia memberikan tamparan hebat kerana tidak menyangka perkara
itu boleh berlaku. Sebagai kakak, tentunya saya rasa bertanggungjawab
terhadap kejadian itu.Saya bersama dua lagi kakak bercadang
merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan emak dan ayah kerana
mereka sangat beremosi. Kami khuatir berlaku perkara buruk jika mereka
tahu.Kami juga bertindak demikian kerana bimbang
saudara-mara serta jiran mengetahui perkara itu, selain mengelakkan aib
pada emak dan ayah.Buat masa ini, adik saya tinggal bersama
kakak kedua bagi memudahkan proses bersalin. Saya sebenarnya tidak
mampu melelapkan mata serta melakukan kerja dengan sempurna kerana
risau ibu bapa pasti mengetahui perkara itu. Apakah yang kami lakukan
ini wajar atau sepatutnya dilakukan? Bagaimana saya boleh membimbing
adik supaya berubah serta menjadi insan berguna? Han, Pahang
HAN, hidup ini memang banyak dugaan. Daripada sebuah keluarga sempurna
serta mempunyai kerjaya sempurna, tiba-tiba hidup diduga dengan berita
mengejutkan iaitu kehamilan luar nikah adik kandung. Peristiwa itu
tentu sekali mengganggu perjalanan kehidupan keluarga Han yang selama
ini selesa.Apa yang berlaku dalam keluarga Han boleh berlaku
juga kepada keluarga lain. Masalah sosial tidak terbatas kepada
keluarga yang bermasalah saja. Ia boleh berlaku kepada keluarga yang
berantakan, berkonflik atau bahagia. Kebanyakan ibu bapa berusaha
sedaya upaya mendidik anak menjadi insan berguna. Namun, hasilnya tidak
seperti diinginkan kerana masih lagi terbabit dengan gejala sosial.
Mengandung anak luar nikah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya
terbabit dengan seks bebas, tertipu dan tanpa kerelaan hati.
Bagaimanapun, masalah mengandung anak luar nikah perlu ditangani dengan
berhati-hati kerana kita tidak mahu kejadian membuang bayi tiada
kesudahannya. Apabila anak menimbulkan masalah, keluarga tidak boleh
berputus asa. Oleh itu, Dr amat berterima kasih kerana Han mempunyai
sifat tanggungjawab dan pada masa sama, memahami ingin merahsiakan
kehamilan daripada pengetahuan emak serta ayah kerana tidak mahu
melukakan hati mereka.Saat-saat sukar itu perlu dilalui
dengan penuh kesabaran. Setiap ahli keluarga harus saling menyokong dan
mencari jalan penyelesaian.Memang sukar untuk berhadapan
dengan situasi yang menimbulkan aib kepada keluarga. Perasaan malu
kerana takut pelbagai persepsi negatif daripada jiran dan kawan-kawan.
Perasaan berkenaan adalah lumrah. Bagi mengelakkannya, jangan mengabai
dan mengetepikan masalah utama. Bantu menangani masalah adik mengenai
kehamilan anak luar nikahnya dengan rasional.Keputusan tidak
mahu memberitahu emak dan ayah mengenai kehamilan itu wajar atau tidak
bergantung kepada keutamaan penyelesaian masalah. Apakah isu yang lebih
penting perlu diselesaikan terlebih dulu? Adakah Han lebih memikirkan
malu atau aib kepada jiran atau lebih kepada ingin menjaga perasaan ibu
bapa? Bagaimana pula dengan usaha untuk membantu adik yang hamil?.
Dalam konteks mencari jalan penyelesaian utama, berbincanglah dengan
adik dan kakak yang lain. Cari penyelesaian yang tidak merugikan kerana
adik yang sedang hamil mengalami saat traumatik hidup. Ketika ini, dia
amat memerlukan bantuan dan sokongan, terutama sekali ahli keluarga.
Seeloknya setiap ahli keluarga hadir menghulurkan simpati dan bantuan
serta menunjuk jalan supaya tidak terus sesat.Justeru, Han
perlu membimbing adik untuk menjadi seorang insan yang berguna. Jika
disisih dan dihukum, hidup adik pasti terus terumbang-ambing.
Menyisihkan tentunya lebih melukakan.Bincang dengan kakak
cara terbaik untuk memberitahu orang tua anda supaya tidak menjadi
terlalu emosional apabila menerima berita kehamilan luar nikah itu.
Pada masa sama, buat perancangan teliti untuk membantu adik. Cari jalan
supaya kejadian itu tidak menjadi berita sensasi jiran. Jangan
menafikan hak adik untuk dibantu. Perancangan teliti penting kerana
masalah itu turut membabitkan kehadiran seorang anak yang tidak berdosa
(anak adik).
Merahsiakan perkara itu mungkin menyelesaikan masalah pada waktu
sekarang. Namun, ia bukan penyelesaian sebenar. Lantaran ia realiti
sebuah keluarga yang benar-benar wujud. Tanpa mengira keluarga bahagia
atau sebaliknya. Memang tidak ada jalan mudah kepada penyelesaian
masalah yang Han hadapi. Mungkin berlaku insiden saling
salah-menyalahkan dan menimbulkan perasaan marah daripada setiap
individu yang terbabit. Ia perkara normal. Bersedialah untuk menghadapi
perkara itu selain mencari jalan keluar terbaik kepada penyelesaian
masalah. Ia antara jawapan kepada jalan keluar kepada konflik yang Han
dan adik alami. Dr doakan yang terbaik untuk Han, adik dan keluarga.


BAGAIMANA INI...SUSAHNYA WANITA...SILAKI RELAX2...TAK TERBEBAN
YANG TERBEBAN WANITA DAN KELUARGA...LELAKI LEPAS TANGAN...TERHUKUM JAUH SEKALI...

BUANG UNTUK TUTUP MALU

Dua wanita ditahan

SEORANG anggota polis membawa bayi lelaki yang ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Mawar, Rawang semalam.
RAWANG
- Tindakan pantas polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan
bayi lelaki dapat menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam
kejadian itu di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini semalam. Suspek
berusia 18 tahun itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran
kawasan itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih
bertali pusat itu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner
Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek dari Taman Puchong Permai ditahan
di sekitar Rawang dan bersama-sama wanita itu, pihaknya merampas uri
yang telah dibuang olehnya berhampiran lokasi bayi itu dijumpai. "Siasatan
awal mendapati, bayi tersebut dipercayai baru sahaja dilahirkan semalam
hasil daripada hubungan sulit suspek dengan teman lelakinya sejak
Oktober tahun lalu. "Suspek masih lemah ketika ditemui. Dia
bersama bayinya dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,"
katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan
iaitu membuang bayi. Sementara itu, seorang suri rumah, Jamilah
Nazardin, 30-an, memberitahu, dia merasa pelik sebaik terdengar bunyi
tangisan bayi selepas bangun dari tidur. Katanya, dia terkejut
apabila mendapati seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain
ditinggalkan di situ. Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan
mengenai penemuan itu.

KOMEN...ADAKAH
KITA MEMANDANG SEPI HUKUM ALLAH...ATAU MEMIKIRKAN MASIH TAK SESUAI
DILAKSANAKAN...ATAU TUNGGU KITA MATI...SOK NAK JAWAB DIPADANG
MAHSYAR...ATAU SEBAB PANGKAT SERTA KEMEWAHAN DUNIA KITA BERDIAM
DIRI...INGAT!!! BUATLAH APA YANG ENGKAU SUKA...TAPI INGAT ENGKAU AKAN
DITANYA DAN DIBALAS AKHIRAT NANTI...SIKIT LAGI KOMEN...KIRA2LAH
UMUR....AGAK2 LAGI LAMA KE MATI....

QURAN TETAP DIPANDANG TAK SESUAI


Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

- Bernama



ULAMAK BYK..MUFTI SEMUA NEGERI ADA...SUSAH SANGATKE NAK LAKSANA HUKUM ALLAH...MEMANG MANUSIA NI TAK SEDAR DIRI...KERDILNYA KITA DISISI ALLAH...SANGGUPKAH KITA MENCAMPAK DIRI KE NERAKA SEMATA2 MENOLAK HUKUM ALLAH SWT...SEMATA NAK JAGA KEPENTINGAN ORANG YANG MEMBUAT MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN YG JELAS DAPAT DIGODA SYAITAN...INGAT!.. KALAU ALLAH NAK MEMBINASAKAN SESUATU KAUM ATAU NEGARA...DENGAN SEKELIP MATA SAJA...INSAFLAH

Thursday, July 1, 2010

CUBA AMALKAN DAN HAYATI

Ciri-ciri wanita solehah


Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

JANGAN KESIAN ATAU REDA DENGAN AHLI MAKSIAT...LAH NI TERBALIK YG KUAT AGAMA DICAP FANATIK...YG MAKSIAT DILINDUNGI

Video porno Ariel, BCL?



2010/07/01

JAKARTA: Belum selesai kes video seks Luna Maya, Ariel dan Cut Tari, kini tersebar pula dakwaan wujudnya video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL).
Video berkenaan dikatakan beredar dalam bentuk VCD.
BUNGA Citra Lestari.
BUNGA Citra Lestari.
Polis Jakarta berkata, pihaknya sudah bersedia melancarkan siasatan jika video itu benar wujud.
VCD porno itu dikatakan dijual penjual VCD di Manado, Sulawesi Utara dengan harga cukup tinggi, 400,000 rupiah (RM144) sekeping.

Ketika diminta mengesahkan kebenarannya, polis berkata, mereka belum menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis ketika ditemui di Jakarta berkata, pihaknya perlu mengesahkan kewujudannya sebelum mula menyiasat. “Jika ada gambarnya, kita akan menyiasat. Selepas itu, kita akan tentukan pula tindakan lain,” kata Zainuri.

BCL, isteri pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, pernah diminta mengesahkan dakwaan itu.

Pengurusnya, Dodi bagaimanapun menafikannya.

“Bunga tidak pernah dekati Ariel kecuali berkait dengan kerja,” kata Dodi.

Pasangan itu hanya dikaitkan kerana mereka pernah dilihat jalan bersama pada 2007.

Ariel ketika itu berkata, hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Pernah Muda’ hanya sekadar kawan. - Agensi





Penyanyi dilapor mengaku terbabit



2010/07/01

JAKARTA: Pemeriksaan terhadap penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, berhubung video porno sudah berakhir.
Menurut laporan, Ariel sudahpun menandatangani dokumen siasatan dan mengaku terlibat dengan video berkenaan.
Perkara itu dinyatakan oleh satu sumber akhbar Internet, Detikhot di ibu pejabat polis di Jakarta ketika dihubungi dengan telefon semalam.

Menurut sumber berkenaan, Ariel membuat pengakuan pembabitannya sejak awal lagi.

“Ketika datang kali pertama dia sudah mengaku,” kata sumber berkenaan.

Katanya, polis enggan menetapkan Ariel sebagai suspek sebelum ini kerana mahukan bukti lain selain pengakuan penyanyi itu.

“Kita perlu mempunyai bukti untuk menguatkan pendakwaan. Kini, dia sudah menandatangani dokumen siasatan,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, peguam Ariel dan Luna Maya, OC Kaligis menafikan dakwaan itu.

“Tidak ada pengakuan. Saya tidak tahu mengenainya,” kata peguam berkenaan ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam. - Agensi


Ramai ‘ibu’ tak tahu

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/07/01

KUALA LUMPUR: Cetek pengetahuan mengenai isu semasa dan tiada maklumat berkaitan proses penempatan bayi tidak dikehendaki, menyebabkan masih ada kes ibu muda yang tidak berkahwin tergamak membuang anak yang baru dilahirkan.
Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan pengalamannya menguruskan kira-kira 3,000 gadis terlanjur di pusat berkenaan, ketiadaan maklumat menjadi penyebab utama ibu muda membuang bayi mereka.
Katanya, kebanyakan gadis terlanjur yang datang mahu mencari maklumat dengan bertanya di mana tempat untuk berlindung dan serahkan bayi, bukan sekadar menunggu masa untuk bersalin.

“Sepanjang menguruskan gadis terlanjur mereka berasa malu dan takut dikenakan hukuman jika ada menyebabkan mereka mengambil jalan mudah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kejadian di Seremban dan Rawang apabila dua bayi lelaki ditinggalkan oleh ibu mereka berhampiran tong sampah dan belakang sebuah rumah, walaupun sebuah pusat perlindungan bayi, Orphan Care ditubuhkan 25 April tahun lalu. Dalam dua kejadian itu, bayi berkenaan ditemui penduduk dalam keadaan kesejukan tetapi sihat. Kedua-duanya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Yahya berkata, beliau sendiri berusaha menghebahkan mengenai fungsi Kewaja dengan cara mengadakan ceramah di pusat pengajian tinggi dan sekolah bagi memberi kesedaran kepada remaja, selain mereka yang terdesak boleh menghubunginya di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, ia bagi membantu gadis terlanjur daripada terus melakukan dosa dengan membuang bayi mereka tetapi pada masa sama usaha untuk memerangi gejala maksiat dan zina harus digiatkan kerajaan serta pelbagai badan bukan kerajaan.

“Ketika ini kami mempunyai 438 pasangan berdaftar yang menunggu giliran untuk mengambil anak angkat daripada penghuni yang tidak mahukan bayi mereka dan semua pasangan berdaftar itu sudah berkahwin lebih lima tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat,” katanya.

Beliau berkata, bantuan diberikan kepada gadis terlanjur juga harus disusuli dengan usaha memberi kesedaran kepada anggota masyarakat baik melalui bimbingan ataupun hukuman undang-undang..



KOMEN...ADA RAKAMAN SECARA LIFE@TERANG DAN MENGAKU...ADA PULA DAH MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH...ADAKAH MAHU 4 SAKSI LAGI...NAK JALAN HUKUM ALLAH SWT...JANGANLAH KITA BERDALIH2 NAK PERMAIN2 HUKUM ALLAH SWT..ADAKAH QURAN UNTUK BACA DIMAJLIS2 KEAGAMAAN SERTA KEMATIAN...DIPERTANDINGKAN....JADI  DALIL2 TERPILIH YANG MENGUNTUNGKAN SPRTI ZAKAT...BILA BAB HUDUD MACAM BUAT TAK NAMPAK....

Wednesday, June 30, 2010

MACAMANA BAPA DIHARAP MENJAGA ANAK TAPI IA KHIANAT...

 Seorang anak setiap malam

Oleh Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my
2010/07/01

KOTA KINABALU: Pada pandangan luaran, dia dianggap seorang bapa bertanggungjawab kerana membesarkan sendiri tiga anak gadisnya sejak berpisah dengan bekas isteri, kira-kira lima tahun lalu.
Namun, perbuatan jijik duda berusia 40-an itu terbongkar kelmarin apabila seorang daripada anak perempuannya mendedahkan episod hitam yang ditanggungnya bersama dua kakak sejak lebih enam bulan lalu kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu bapa kandung sendiri.

Lebih mengaibkan, tiga beradik berusia 11, 13 dan 14 tahun itu dirogol bapa mereka secara bergilir-gilir, seorang demi seorang pada satu malam.

Ketiga-tiga mangsa yang bersekolah di daerah ini bimbang mengadu perbuatan kejam bapa mereka kepada orang luar terutama pihak berkuasa kerana khuatir lelaki itu bertindak lebih kejam.

Bagaimanapun, tembelang bapa durjana itu terbongkar apabila anak bongsunya secara tidak sengaja menceritakan kejadian dialaminya kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah mereka, kelmarin.

Ibu saudara mangsa yang terkejut dengan pengakuan itu melaporkannya kepada ibu kandung mereka di Sandakan yang segera menghubungi anak sulungnya berusia 18 tahun yang bekerja di bandar raya ini supaya mengambil kedua-dua adiknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

“Ketiga-tiga mangsa hadir ditemani kakak, ibu dan ibu saudara mereka ketika membuat laporan di balai polis.

JANGAN TUNJUK BIJAKLAH ATAU BERAKAL...TGOK FILEM LUCAH TAMBAH AJAR TENTU MEREKA NAK MENCUBANYALAH...JLNKAN HUKUM ALLAH...SELESAI MASALAH...

Kerajaan digesa perkenal segera pendidikan seks
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil, Adli Shahar, Faridzwan Abdul Ghafar dan Fadzmin Alias
bhnews@bharian.com.my
2010/07/01

Undang-undang bendung unsur pornografi perlu diperketat

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperkenalkan segera pendidikan seks secara formal di sekolah serta memperketatkan dan menguatkuasakan undang-undang bagi membendung capaian remaja terhadap unsur-unsur pornografi sebagai langkah membanteras salah laku seks dan pembuangan bayi yang makin berleluasa.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat berpendapat tiada kompromi untuk membendung gejala itu, sebaliknya memperkenalkan pendidikan seks di sekolah, selain pemantapan institusi keluarga, agama serta menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang.

Mereka berpendapat penemuan terbaru dua bayi lelaki di Rawang dan Seremban kelmarin membuktikan kerajaan tidak perlu bertangguh untuk menjadikan pendidikan seks sebagai antara subjek jika tidak mahu gejala ini berterusan dan merosakkan institusi kekeluargaan.

Kerajaan juga diminta mengenal pasti kaedah paling efektif menyampaikan mesej mengenai cara mengamalkan seks selamat, isu seks luar nikah, akhlak dan kesan kepada masyarakat serta penyakit berkaitan seks kepada pelajar, ibu bapa dan guru sebagai pengetahuan asas kepada golongan sasar.

Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata subjek itu perlu diperkenalkan segera kerana remaja mempunyai sifat ingin tahu dan berani mencuba berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pembacaan, tontonan video dan laman web interaktif serta perbualan rakan sebaya.

“Kita harus memberitahu pentingnya mereka mengelakkan seks sebelum nikah tetapi jika tetap mahu melakukannya, mereka perlu diberitahu mengenai seks selamat serta tindakan yang perlu diambil jika mengandung,” katanya semalam.
Selain itu, katanya, satu cara membendung masalah pembuangan bayi adalah memperkenalkan undang-undang yang melindungi individu yang menghantar bayi mereka kepada pusat penempatan atau ‘baby hatch’ dan tempat lain seperti yang diamalkan di beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat.

“Buat masa ini, individu yang meninggalkan bayi mereka tanpa dokumen di tempat selamat dianggap melakukan jenayah yang menyebabkan lebih ramai membuang saja anak mereka,” katanya.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohd Sobri Mohamad Arsad, berkata pendidikan seks boleh dilaksanakan melalui sesi kokurikulum kerana negara masih belum memiliki guru berkemahiran dalam bidang berkenaan, di samping tidak mahu memberi bebanan tambahan kepada guru.

“Kita tidak menolak jika kerajaan mahu melaksanakan subjek ini, tetapi biarlah dilaksanakan apabila kita mempunyai guru terlatih dalam bidang pendidikan seks dan pada masa yang sama, kita mahu mengelakkan pelajar dan ibu bapa mendapat menerima mesej salah mengenai pembelajaran ini.” katanya.

Presiden Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, mencadangkan kerajaan memperketatkan penguatkuasaan dan pemantauan lebih kerap di kafe siber dan kedai menjual alat telekomunikasi kerana kebanyakan bahan lucah mudah diperoleh di situ.

“Selain itu, kerajaan perlu menggubal undang-undang supaya remaja 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar daripada kediaman selepas jam 12 malam.” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Maliki Mohd Rapiee, berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab memeriksa gajet milik anak mereka supaya tiada sebarang kandungan pornografi yang boleh menimbulkan kecenderungan untuk melakukan seks tanpa nikah.

“Orang ramai tidak boleh bergantung kepada agensi penguatkuasaan saja untuk melakukan pemeriksaan terhadap gajet yang jumlahnya banyak di negara ini.” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata walaupun pendidikan seks di sekolah bukan jawapan kepada usaha membendung gejala seks rambang dan pembuangan bayi, fungsi institusi kekeluargaan terutama ibu bapa dan penerapan agama adalah cara terbaik mengatasinya.

Beliau berpendapat subjek itu sebagai pelengkap kepada ilmu pendidikan seks bersama ilmu agama yang sepatutnya diajar ibu bapa di rumah bagi memperkasa diri remaja daripada terbabit dan terjebak dalam salah laku seks.

“Pendidikan seks tanpa penerapan nilai agama akan mengundang kesan negatif kepada pelajar kerana mereka lebih cenderung mencubanya apabila diberi pendedahan secara teknikal dalam kelas,” katanya




KOMEN...INGATLAH ALLAH SWT TAK TAHU...
1. DUNIA ADA 2010 DAN SETERUSNYA
2. TAK TAHU AKHIR ZAMAN BYK BUANG ANAK
3. TAK TAHU AKHIR ZAMAN BYK ZINA
4. TAK TAHU AKHIR ZAMAN PERGAULAN BEBAS.
5. AKHIR ZAMAN MANUSIA TUNJUK PANDAI
6. TAK TAHU AKHIR ZAMAN TUHANNYA DUIT
7. TAK TAHU BYK PELACURAN...
DAN BYK LAGI...SEMUA DLM ILMU ALLAH...

INGATLAH IA ALLAH BUKAN MANUSIA TENTU DIA MAHA MENGETAHUI...KITA NI IKUT HASUTAN SYAITAN...

NAFSU GILA TIDAK MENGIRA UMUR..

DUNIA


Lelaki 90 tahun rogol empat beradik


KARL JOSEPH KRAUS (tengah) diiringi oleh beberapa anggota polis selepas ditangkap di Chiang Mai kelmarin.


BANGKOK - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam.
Dia ditangkap kelmarin di rumahnya dekat bandar Chiang Mai.
Menurut Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn, polis turut merampas kira-kira 100 gambar bogel kanak-kanak.
Dia berkata, beberapa gambar menunjukkan Kraus bergambar bogel dengan sejumlah kanak-kanak dan polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak berkenaan.
Ketua polis itu berkata, Kraus yang tinggal di Thailand lebih sedekad lalu memujuk keluarga budak perempuan itu pada 2008 dengan menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris.
"Dia (Kraus) akan mengumpan budak perempuan itu ke rumahnya dengan gula-gula, terutamanya coklat dari luar negara yang mahal dan meminta mereka melakukan perlakuan seks dengannya," kata Kritapol.
Menurutnya, baru-baru ini, Kraus memberi wang kepada kakak sulung empat beradik itu sebanyak 4,000 baht (RM400) bagi menggantikan gula-gula.
Ibu bapa empat beradik itu mengetahui perbuatan terkutuk tersebut selepas mendapati anak-anak mereka tidak berminat untuk keluar bermain di luar rumah.
Selepas ditanya, empat anak mereka itu yang berumur tujuh, 11 dan 12 tahun memberitahu perbuatan buruk Kraus menyebabkan satu aduan polis dibuat. - Agensi

TERKENAL DAN BYK PEMINAT BKN BERMAKNA KITA SENTIASA GEMBIRA DAN TENANG...

DUNIA


Bintang drama Winter Sonata bunuh diri


SEKUMPULAN jurugambar menunggu mayat Park Yong-Ha dibawa keluar dari bilik mayat sebuah hospital di Seoul semalam.


SEOUL - Pelakon Korea Selatan yang juga seorang penyanyi terkenal di Jepun, Park Yong-Ha membunuh diri di rumahnya di sini semalam ekoran tekanan kerja dan tanggungjawab menjaga bapanya yang menghidap kanser perut.
Mayat bintang berusia 33 tahun itu ditemui oleh ibunya dan polis percaya dia menggantung diri dengan wayar elektrik di dalam biliknya.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan sangat mabuk.
"Kami mengesahkan bahawa dia membunuh diri," kata satu kenyataan polis.
Dia tidak berdepan dengan masalah kewangan atau kemurungan.
Namun, polis menyatakan Yong-Ha mengalami tekanan kerana dia perlu menguruskan syarikat hiburan dan kerjayanya sebagai pelakon serta penyanyi semasa bapanya berdepan dengan kanser perut.
Sebelum dia ditemui mati, pelakon itu sempat memberitahu bapanya dengan meminta maaf dan menyatakan dirinya yang lebih sakit.
Dia memulakan kerjaya lakonan sejak tahun 2002 dan mula popular selepas membintangi drama bersiri Winter Sonata.
Kerjaya nyanyiannya cemerlang di Jepun apabila 10 album popularnya dipasarkan dalam tempoh lima tahun.
Dia dijadualkan memulakan penggambaran drama Korea,Comrades, Almost A Love Story pada bulan ini. - Agensi

NI KESAN DARI PERGAULAN BEBAS DAN DIDIKAN AGAMA DIABAIKAN....PERKARA HARAM TIDAK TERASA LAGI...

NEGARA

Remaja ugut bunuh diri


ZURAINI menunjukkan gambar Rosmida sambil memegang Rosdan dan menunjukkan SMS ugutan untuk membunuh diri yang dikirim remaja itu di Kuantan semalam.


KUANTAN - Gara-gara cinta, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai tergamak lari dari rumah dan meninggalkan keluarga demi mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai 'Man'.
Selain tindakan itu, keluarga remaja perempuan terbabit turut bimbang apabila dia mengugut untuk membunuh diri jika laporan polis dibuat mengenai kehilangannya.
Bapa remaja itu, Rosli Raslan, 46, memberitahu, dia menyedari kehilangan anaknya, Rosmida, 15, apabila remaja itu tidak pulang ke rumahnya di Taman Tas di sini selepas habis sesi persekolahan pada 21 Jun lalu.
"Saya cuba menghubungi Rosmida, tapi panggilan saya tidak dijawab, kemudian saya pergi berjumpa rakan-rakannya dan saya diberitahu anak saya berkawan dengan seorang lelaki bernama Man berusia 28 tahun," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

SENDIRI CARI NAHAS....SEKARANG ORANG LANGSUNG TAK TAKUT UNTUK BERZINA....APA KOMEN MUFTI@PENCERAMAH2 YG HEBAT2.....ADAKAH NAK KIAMAT BARU NAK LAKSANA HUKUM ALLAH SWT...

Wanita lari separuh bogel elak diperkosa 10 lelaki



2010/06/30

GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.
Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.

“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.

“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.

Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.

Menurut sumber, 10 minit kemudian, sepasukan anggota polis tiba dan menyelamatkan remaja itu daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian sebelum dibawa ke Hospital Gerik (HG) dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa mengaku kenal teman lelakinya sebulan lalu dan kali pertama melakukan hubungan seks,” katanya.



Berpelukan dalam selimut

DUNGUN – Rahsia seorang remaja yang menjadikan bilik tidur rumahnya sebagai tempat untuk memuaskan nafsu bersama kekasihnya terbongkar setelah rumah berkenaan diserbu pihak berkuasa pagi semalam.

Lebih dikesalkan, perbuatan itu dikatakan berlaku sewaktu ibu bapa remaja lelaki berkenaan berada di rumah dan perkara itu mula disedari setelah beberapa anggota polis menyerbu masuk, dan mendapati kedua-duanya sedang berpelukan dalam selimut di atas katil dalam bilik rumah itu. » selanjutnya