Saturday, June 30, 2012

HUJAN EMAS DINEGERI ORANG...HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI...MAKA LAGI TENTERAM DINEGERI SENDIRI...DITAMBAH TAAT PADA ALLAH..BERTAQWA DALAM HIDUP

‘Tolong cari tangan saya’

Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my

PARAH... mangsa dibawa ke hospital selepas diserang dua lelaki bertopeng di Pasar Sungai Maong.
PARAH... mangsa dibawa ke hospital selepas diserang dua lelaki bertopeng di Pasar Sungai Maong.
KUCHING: Seorang wanita menggelupur sambil menjerit meminta tolong supaya mengambil pergelangan tangan kanannya yang putus selepas diserang dua lelaki bertopeng di sebuah pasar di Sungai Maong, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika mangsa berusia 53 tahun memesan barangan daripada seorang peniaga sebelum muncul dua lelaki bersenjatakan objek tajam.

Difahamkan, kejadian disedari suami mangsa berusia 61 tahun selepas menerima panggilan daripada pemilik sebuah kedai memaklumkan kejadian menimpa isterinya.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya ke pasar itu dan mereka berpecah untuk membeli barangan masing-masing.

Katanya, beberapa minit kemudian, suami mangsa yang ketika itu membeli makanan di sebuah kedai terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan isterinya diserang.

“Suami mangsa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati isterinya menjerit kesakitan dengan tangannya berlumuran darah. Suaminya membawa wanita itu serta pergelangan tangan yang putus ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, dua suspek menaiki Perodua Myvi kelabu dikatakan menunggu di satu lokasi sebelum menyerang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, serangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggu pesanan barang dibeli daripada peniaga.
Beliau berkata, mangsa yang tidak menyedari kehadiran dua lelaki itu ditetak di pergelangan tangan kanan sehingga putus, selain cedera di tangan kiri.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dua individu yang menyerang mangsa.

“Mangsa yang parah masih dirawat di HUS dan keadaannya dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.” katanya.

4 terbunuh

Oleh HAMZAH OSMAN
am@hmetro.com.my

LANGKAWI: Empat orang, termasuk tiga warga Arab, maut apabila teksi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori simen dalam kemalangan ngeri di Jalan Belanga Pecah, Ayer Hangat, dekat sini, petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 4 petang apabila lori simen dari arah Kuah ke Ayer Hangat bertembung dengan teksi berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Turut maut dalam kejadian itu pemandu teksi warga tempatan, Zubir Ibrahim, 42.
Dalam kejadian itu, teksi berkenaan terperosok di bawah kenderaan berat terbabit. Bagaimanapun, pemandu lori itu tidak cedera.

Isteri mangsa, Rashidah Saad, 42, berkata, suaminya membawa teksi jam 8 pagi dan sempat menjamah nasi goreng ketika sarapan.

Menurutnya, mangsa tidak menunjukkan perubahan, tetapi sebelum ini pernah memberitahu tiga anak mereka supaya menjaganya jika arwah pergi.

“Suami sebelum ini bekerja di kilang simen, tetapi mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS) tiga tahun lalu dan memandu teksi menyara kami sekeluarga.

“Saya hanya mengetahui kemalangan menimpa suami jam 4.30 petang apabila dimaklumkan rakan suami dan terkejut dengan apa yang berlaku. Arwah seorang suami dan bapa yang baik,” katanya.

Jaga hingga akhir hayat

Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my

SEPANG: “Saya senang hati apabila dapat membawa balik tiga anak ke tanah air, sekarang saya akan jaga mereka dengan tulang empat kerat ini hingga ke akhir hayat,” kata Nordi Adi, 57, bapa kepada empat beradik yang didakwa ‘disimpan’ ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia.
Sambil menangis teresak-esak dan memeluk erat ketiga-tiga anaknya, iaitu Nur Masyita Amiera 8; Muhammad Nurhan, 9, dan Nurul Safiza Fitri, 11, Nordi berkata, dia yakin anak sulungnya, Siti Norzana, 12, yang masih berada di Lampung, dapat dibawa balik dengan segera kerana dia menjadi harapan Nordi untuk menjaga anak.

Katanya, dia sedih setiap kali mengenangkan kesukaran anaknya yang terpaksa bekerja kampung dengan mencari kayu, makanan untuk kambing atau akar ubat di hutan bagi membantu menyara keluarga.
“Yang penting sekarang, saya nak sekolahkan mereka kerana mereka tidak boleh bergantung kepada saya sepenuhnya...mungkin usia saya tak lama, tapi kalau Allah panjangkan umur saya, sehingga itulah saya akan jaga mereka,” katanya ketika ditemui selepas tiba dari Jakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Kepulangan mereka turut disambut Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh.

Misi membawa pulang tiga beradik diketuai dua pegawai biro itu bermula apabila Nordi meminta bantuan biro berkenaan membawa pulang anaknya yang terkandas di Indonesia sejak Mei 2010.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, termasuk soal dokumen dan logistik, tiga anak kandung Nordi berjaya dibawa pulang semalam, manakala anak sulungnya sedang dikesan kerana tidak tinggal bersama keluarga ibu tirinya.

Nordi yang menceraikan isterinya, Karsini Kaslam, 25, berkata, sejak berpisah dengan anaknya dia sentiasa memikirkan nasib mereka, namun tidak mampu melakukan apa-apa.
“Setiap hari dan saat saya memikirkan mereka, tengah kerja pun sama...tak dapat bayangkan keadaan mereka, sehingga mendapat bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno.

“Tanpa bantuan mereka, 10 tahun lagi pun tak mungkin saya dapat jumpa anak saya,” katanya yang membawa anaknya pulang ke Taman Kempas, Johor untuk memulakan kehidupan baru.

Seronok dapat balik



SEPANG: “(Kalau bekerja) upahnya dapat makan, tapi kalau dapat sikit, disuruh makannya dua senduk (dua sudu), kalau dapat (upah) banyak baru makan pun banyak,” kata Nurul Safiza Fitri Nordi, 11, anak kedua Nordi Adi, yang didakwa ‘disimpan’ ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia.
Nurul Safiza yang bercakap pekat bahasa Indonesia berkata, ada ketikanya ibu tirinya, Karsini Kaslam, 25, memarahi dan memukul mereka jika melakukan kesalahan walaupun sedikit, selain dipaksa bekerja.

Namun, katanya, dia masih berpeluang bermain dengan rakan jika selesai bekerja atau melakukan tugasan diberi.
“Seronok dapat balik, rindu abah...saya nak sekolah. Saya tak nak balik sana (Lampung, Indonesia). Di sana saya kerja, cari ubat, tak takut masuk hutan dan biasanya petang baru pulang, saya juga biasa masak untuk keluarga,” katanya.

HUDUD AJE DAPAT MENGINSAF DAN MENCEGAH SIKAP HIDUNG BELANG PENGARAH...JIKA MEREKA DAH BUAT...BIAR SAJA ALLAH HUKUM DIDUNIA DAN AKHIRAT...JANGAN KITA CEBUR KERJAYA YANG ADA UNSUR2 HARAM...JANGAN KITA PULA JADI LAKI DAYUS....

Idam ‘pucuk muda’



ELLY... terima ajakan
ELLY... terima ajakan
KUALA LUMPUR: Pantang lihat ‘pucuk muda’, pasti mahu ‘dibahamnya’. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.
Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri.
Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana khuatir ‘periuk nasi’ mereka bakal terjejas.

Ikuti pendedahan pelakon terbabit yang berharap ‘barah’ dalam dunia hiburan ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan Metro Ahad.


Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’ ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.

Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.

Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.

“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.

“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.

“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.

“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.

“Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.

“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’ dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.

“Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.

“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.

“Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,” katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi.

Eja ditawar RM10,000 untuk semalam



PELAKON Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja mendedahkan, dia pernah menerima pelawaan golongan kenamaan atau VIP yang sanggup memberinya RM10,000 semata-mata mahu bersamanya.
Katanya, pengalaman itu dilalui ketika mula bergelar artis 15 tahun lalu apabila pertemuan dengan VIP itu diatur orang tengah yang ditugaskan untuk mengajaknya makan malam.

“Apabila mendapat tahu dia sanggup memberi wang sebanyak itu semata-mata untuk berjumpa, saya tertanya mesti ada agenda tersembunyi. Namun, saya menolak pelawaan itu secara baik dan tidak mahu ia diperbesarkan.
“Dalam perkara ini, saya fikir tidak perlu salahkan satu pihak kerana jika artis itu tidak melayan, mustahil perbuatan menjual maruah diri boleh berlaku. Atas punca itu, kedua-dua pihak perlu dipersalahkan jika artis terpedaya,” katanya.

Diperdaya dengan wang ringgit, Eja berpandangan ia bukan persoalan kerana yang membimbangkan adalah maruah diri yang harus dipertahankan.

Sebagai artis berpengalaman, Eja juga menyatakan pernah terdengar situasi ini berlaku pada artis lain yang mungkin dianggap gosip.
“Artis boleh baik dengan sesiapa saja tapi jangan melampaui batas. Sudah tentu ramai mahu mendekati artis muda yang masih cantik, tapi artis perlu tetapkan matlamat diri ketika masuk dalam bidang seni.

“Jika ikhlas dan jujur, artis itu dapat bertahan lama. Saya masih ingat pesanan arwah Hani Mohsin, jangan jual diri atau rupa, tapi kerja kerana seni dan jangan popular dengan cara mudah tapi konsisten,” katanya.

Rozita enggan ikut kemahuan pengarah


PELAKON jelita, Rozita Che Wan pernah ditipu seorang penerbit yang tidak menjelaskan baki bayaran lakonannya selepas enggan mengikut kemahuan lelaki terbabit.
Katanya, insiden berlaku selepas dia menolak pelawaan untuk ‘minum’ bersama penerbit itu pada masa dan tempat yang dirasakan kurang sesuai.

Menurutnya, walaupun berusaha menghubungi kembali penerbit itu, lelaki itu terus menghilangkan diri.
“Saya fikir biarlah tidak dapat baki bayaran itu asalkan maruah tidak jatuh ke tangannya. Saya bekerja ikhlas dan Tuhan yang memberikan rezeki, bukan penerbit itu.

“Sebelum ini saya pernah mendengar cerita di kalangan pelakon tambahan wanita yang mengeluh apabila penerbit atau pengarah mengajak mereka menjadi teman ke pusat hiburan.

“Pelakon wanita terbabit diminta duduk atas riba lelaki itu semata-mata kerana mahu mendapat tawaran berlakon. Mungkin mereka bersemangat mahu berlakon sampaikan sanggup ikut kemahuan apa saja kemahuan jeliknya,” katanya.

Wati hampir jadi mangsa

PELAKON baru, Shakilawati Khoriri mengakui hampir menjadi mangsa nafsu serakah seorang pengarah lelaki selepas diumpan hadir ke sesi uji bakat untuk tawaran berlakon sebuah drama terbaru.
Menceritakan detik cemas itu, katanya, dia datang ke pejabat pengarah itu untuk mencuba nasib sebagai pelakon selepas diajak hadir menyertai sesi uji bakat yang kononnya dijalankan produksi itu.

“Ketika sesi ‘uji bakat’, saya diminta melakonkan beberapa aksi secara spontan, termasuk babak dirogol.
“Ketika melakonkan babak itu, saya tidak fikir bukan-bukan kerana percaya itu adalah cabaran untuk menjadi pelakon.

“Namun, walaupun saya menurut kehendaknya, dia masih tidak berpuas hati sebelum memaklumkan saya tidak berjaya untuk uji bakat itu,” katanya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Shakilla Khoriri hairan dengan situasi itu lalu melontarkan pertanyaan pada pengarah berkenaan.

Akhirnya niat sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia secara terus-terang mengajaknya ke ranjang sebagai syarat mendapat tawaran berlakon.

“Saya kecewa mengapa situasi ini terus berlaku pada artis wanita yang ingin bekerja dengan jujur. Saya percaya ramai artis wanita lain pernah melalui situasi sama seperti saya,” katanya yang segera menolak syarat pengarah hidung belang itu.

Umpan ayat ‘power’

KUALA LUMPUR: Bagi mengetahui betapa seriusnya kegiatan kurang sihat dalam dunia seni tempatan, Metro Ahad menghantar seorang wartawan wanita untuk mendekati dua individu yang didakwa berada dalam kelompok penerbit dan pengarah paling miang.
Pelbagai pengalaman memualkan dilalui apabila ada ketikanya terpaksa merelakan mata liar pengarah dan penerbit hidung belang terbabit menjeling ke arah tubuh wartawan.

Seorang daripada mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk meminta ‘sesuatu’ tetapi dia tidak menyatakan secara terperinci, mungkin khuatir diperangkap.

Berikut pengalaman dilalui wartawan Metro Ahad:



Pengalaman bersama penerbit filem

“SEBELUM berjumpa, pelbagai perkara negatif berada di fikiran saya, antaranya dia mungkin cuba melakukan gangguan seksual atau mengeluarkan kata-kata lucah, namun mujur ia tidak berlaku, mungkin kerana ia pertemuan pertama kami.

Ketika memulakan perbualan sebaik diperkenalkan rakan, dia seakan-akan berlagak sombong kerana mungkin mempunyai nama dalam bidang perfileman dan drama.

Namun selepas hampir setengah jam berbual, sikapnya berubah dan menjadi lebih peramah dengan bertanyakan saya beberapa soalan, antaranya membabitkan peribadi.

Dia juga menyatakan dia mampu melihat dari luaran seseorang sama ada mempunyai bakat atau tidak, menyebabkan saya berhelah untuk memintanya menilik saya.

Menyedari ‘umpannya’ hampir mengena, penerbit berkenaan mula menjaja ayat kononnya saya ada minat dalam bidang lakonan, namun belum berpeluang menunjukkan bakat.

Dia turut memberitahu ramai wanita cuba menjadi pelakon tetapi hanya yang benar-benar berbakat akan dipilihnya.

Sebagai bakal artis baru, dia berkata, seseorang perlu melakukan apa saja untuk bergelar artis, termasuk di luar bidang lakonan.

Penerbit itu kemudian mendakwa saya berpotensi untuk menjadi pelakon popular jika membina kerjaya melalui saluran betul. Ketika itu, saya perasan matanya menjeling tepat ke arah dada saya, menyebabkan saya kurang selesa lalu merapatkan badan ke meja makan.

Sebelum menamatkan perbualan, dia mempelawa saya mengikutnya berjumpa seorang pengarah yang akan mengarahkan drama terbarunya, namun saya menolak kerana khuatirkan niat buruknya.

Perbualan tidak terhenti setakat itu saja apabila kami terus berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).”


Pengalaman bersama pengarah filem dan drama

“PENGALAMAN pertama bertemu penerbit filem miang membuatkan saya kurang gementar untuk bertemu pengarah filem dan drama ini yang turut dilabel sebagai pengarah ‘hidung belang’.

Perbualan kami banyak berkisar mengenai sikap yang perlu ada untuk menjadi pelakon, selain dia mengingatkan saya supaya tidak lupa diri jika popular kelak.

Dia dengan yakin memberitahu, saya tidak perlu menjalani uji bakat kerana itu hanya perkara remeh dan prosedur biasa untuk bergelar artis.

Cuba berselindung di sebalik ayat berkias, dia seakan-akan berminat mengambil saya berlakon dalam filem terbarunya dan menetapkan syarat supaya saya membuang sifat malu di dalam diri.

Pengarah itu turut mengingatkan saya supaya tidak mencetuskan banyak masalah apabila bergelar artis kelak seperti terbabit dalam skandal di luar.

Bagaimanapun, dia dengan selamba menyatakan jika seseorang artis ada skandal dengan pengarah, perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana wartawan kurang gemar menulis berita seperti itu.

Dalam perbualan itu, dia turut bertanyakan saya beberapa perkara pokok sebelum seseorang itu bergelar artis seperti adakah saya bersedia dikaitkan dengan gosip serta tohmahan.

Tidak seperti penerbit pertama, pertemuan kami ditamatkan setakat itu saja dan tidak diteruskan melalui SMS atau telefon, tetapi meminta saya menjadi rakan facebooknya.”

Bilik tidur bukan tempat uji bakat



KUALA LUMPUR: “Mana ada pengarah yang boleh mengetahui bakat baru dengan hanya membawa bersama mereka makan, ke karaoke atau bilik tidur, itu sudah jauh menyimpang dan ia bukan prosedur betul.
“Pengarah perlu telus dan saya sebenarnya tidak menyalahkan satu pihak saja, sebaliknya kedua-dua pihak kerana jika tiada yang melayan, pasti perkara tidak diingini tidak berlaku,” kata pelakon, pengarah dan penerbit, Erma Fatima.

Menurutnya, gadis yang berminat menjadi pelakon perlu menjalani uji bakat untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya dalam dunia lakonan dan bukan melayan pengarah ke bilik karaoke atau keluar makan bersama.
“Sebenarnya perkara sebegini berlaku di mana-mana, maksud saya bukan saja dalam dunia lakonan. Soalnya, kita perlu telus dan tiada pihak yang menggatal atau melayan permintaan pelik penemuduga atau pengarah yang ingin mengambil mereka berlakon.

“Saya tak tahu jika ada individu pandai melihat bakat seseorang dengan hanya membawanya keluar makan atau karaoke dan selepas itu terus diambil berlakon.

“Saya yakin pasti ada sesuatu yang tak kena jika perkara sedemikian berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia jarang bekerjasama dengan pengarah tempatan tetapi pernah juga mendengar cerita mengenai gelagat pengarah miang di kalangan orang seni.

Seniman terima banyak laporan artis



KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengakui persatuan itu menerima banyak aduan daripada artis yang pernah terbabit dengan insiden penerbit dan pengarah meminta habuan seks.
Katanya, persatuan bertanggungjawab bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah itu secara baik menerusi perbincangan kedua-dua pihak untuk menjernihkan keadaan.

“Selalunya, setiap aduan diterima dibawa kepada pengetahuan persatuan artis. Jika artis itu mengadu mengenai sikap pengarah yang mengambil kesempatan ke atasnya, Seniman berbincang dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).
“Menerusi pendekatan sebegini, kami berdebat dengan wakil persatuan itu untuk mencari jalan penyelesaian. Bagi Seniman, saya memandang serius perkara ini dan kebanyakan aduan diterima daripada artis baru.

“Mereka sebenarnya tidak tahu hak sebagai artis, sama ada mahu membuat aduan atau sebaliknya. Mungkin ada artis yang ingin cepat popular sehingga sanggup menggadai tubuh dan insiden seperti ini memang berlaku,” katanya.

Zed berkata, aduan yang dilaporkan menjadi hal dalaman persatuan yang seboleh-bolehnya tidak mahu didedahkan pada umum, namun persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika perkara sama berulang.

“Persatuan terlebih dulu memberi nasihat kepada individu terbabit mengenai aduan diterima. Jika dia mengulangi perbuatan terkutuk itu, tindakan tegas seperti melucutkan keahlian boleh dilakukan.

“Kebanyakan aduan sebelum ini yang dibawa berbincang sudah selesai. Namun, persatuan terus membantu artis yang menghadapi masalah ini supaya ia tidak berlarutan,” katanya.

Suami sokong

Oleh SYANTY OCTAVIA AMRY
soctavia@hmetro.com.my

SAMA CANTIK... Akma dan suami kelihatan menawan dalam persalinan berwarna putih.
SAMA CANTIK... Akma dan suami kelihatan menawan dalam persalinan berwarna putih.
CHERAS: Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, semalam.
Bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, di sini, Akma dinikahkan bapanya, Abdullah Abdul Rahim dengan disaksikan Jurunikah dan Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad, jam 10.35 pagi.

Akma dan suami kelihatan menawan dengan persalinan serba putih di samping tujuh hantaran berwarna merah jambu daripada pihak lelaki dibalas sembilan hantaran berwarna oren lembut daripada pihak perempuan.
Pada majlis itu juga, Akma menerima sebentuk cincin emas putih, mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM15,000.

Akma yang ditemui selepas majlis selesai berkata, segala yang diharapkan berjalan lancar dan dia bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

“Syukur segala dirancang terlaksana, saya juga berharap dapat mengamalkan petua diberikan ibu untuk menjadi isteri yang baik.

“Suami juga sentiasa menyokong karier saya dan tidak menghalang jika saya ingin terus aktif dalam bidang hiburan asalkan tahu batasan sebagai isteri,” katanya.

Sementara itu, Farih berkata, dia tertawan dengan perwatakan ceria Akma yang sering membuatkannya tersenyum setiap kali keluar bersama.
“Saya gembira hasrat menyunting Akma menjadi suri hidup termakbul dan segala-galanya berjalan lancar. Sikapnya yang suka ketawa dan bijak berkomunikasi membuatkan saya berasa selesa setiap kali kami keluar,” katanya.

Jumpa Di Mekah Petanda Baik Hubungan Irma Hasmie & Redza

Posted on the June 30th, 2012 under Artis by admin

Redza Syah Azmeer menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Irma.
PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan pengacara, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan menyifatkan kehadiran isterinya itu diumpamakan kurniaan Allah yang begitu istimewa.
Redza, 31, berkata, dia sangat bersyukur telah dipertemukan dengan Irma, 30, di kota Mekah ketika menunaikan umrah lalu dan yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat.
“Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah.





“Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.
“Alhamdulillahlah perjalanan untuk ke alam perkahwinan ini dipermudahkan,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, Jumaat.
Irma dan Redza telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz.
Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, Irma ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan perkahwinan tersebut dan tidak sabar untuk memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurut Irma, sifat Redza yang bertanggungjawab, jujur dan penuh dengan kasih sayang telah membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki itu.
“Seperti mana kata suami, ketika di Mekah semuanya kelihatan mudah dan pintu hati saya benar-benar terbuka untuk menerima suami,” katanya.
Tambah Irma, dia akan memastikan jadual kerjanya selepas ini akan lebih teratur supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan tersebut memberitahu amat gembira jika Allah mengurniakan cahaya mata dengan cepat untuk mereka.
Dalam perkembangan lain, Irma berkata mereka masih belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka dan berharap dapat mengerjakan haji atau umrah bersama-sama sebagai suami isteri.
Redza yang bertugas sebagai Pengurus Akaun di Terrapixel Sdn Bhd berkata, dia tidak akan menghalang karier Irma asalkan dia tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri.
“Tiada apa yang akan berubah kerana saya izinkan isteri untuk terus dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara dan yakin di tahu batasan yang perlu dijaga,” jelasnya yang mengendalikan syarikat berkenaan bersama keluarga.
mStar


Jadi murung, tertekan

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

BINCANG... Mazlen dan Aizuddin mendengar penerangan doktor mengenai masalah dihadapinya.
BINCANG... Mazlen dan Aizuddin mendengar penerangan doktor mengenai masalah dihadapinya.
KUALA LUMPUR: Hidup tanpa deria bau mungkin tidak pernah dibayangkan kerana kes itu jarang berlaku. Namun, bagi seorang ibu dua anak, kehilangan deria bau memaksanya menyesuaikan diri dengan situasi baru yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian, apatah lagi dia bekerja sebagai tukang masak.
Mazlen Mahbob, 35, kini bukan saja tidak dapat menghidu bau masakan dipesan pelanggan di restorannya, malah berdepan bahaya kerana gagal mengesan bau asap jika berlaku kebakaran atau kebocoran gas.

“Selama ini apabila memasak, saya anggap lidah paling penting untuk merasa masakan, tapi selepas hilang deria bau, baru saya sedar ia juga tak kurang pentingnya.
“Mungkin kalau bukan tukang masak, saya tak kisah sangat hilang deria bau. Ketika mula-mula berdepan pengalaman ini, saya jadi tak tentu arah, sangat tertekan dan mengalami kemurungan. Adik-beradik pula kurang percaya apabila saya beritahu hilang deria bau,” katanya.

Mazlen hilang deria bau sejak empat bulan lalu selepas terjatuh dan pengsan, mengakibatkan kepalanya mengalami hentakan kuat dan bengkak.

Kejadian berlaku selepas dia yang ada masalah tekanan darah rendah merawat luka di jari tangan anak sulungnya, Iffat Muqri, 11, yang juga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) akibat terkena tin minyak sapi.

“Ketika itu saya kurang sihat. Selepas memasak di restoran, saya naik ke tingkat atas untuk berehat. Iffat datang kepada saya dengan menunjukkan tangannya yang luka terkena tin minyak sapi. Walaupun ngilu tengok darah, saya bersihkan lukanya, sapu minyak gamat dan bersihkan darah di lantai.

“Tiba-tiba saya jatuh, diserang sawan dan cuma tersedar 15 minit kemudian dengan kepala bengkak. Mujur suami (Aizuddin Abdullah, 39) ada dan dia menghantar saya ke hospital,” katanya.
Mazlen ditahan di wad selama dua hari dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami pendarahan di bawah lapisan bawah kulit tengkorak.

“Sewaktu di hospital, keadaan persekitaran yang bersih menyebabkan saya tidak sedar kehilangan deria bau. Apabila dibenarkan keluar wad, saya ke kedai kopi dan memesan kopi dan mufin. Ketika mahu menikmatinya, baru sedar saya tidak dapat menghidu aroma kopi dan mufin.

“Saya beritahu perkara itu kepada suami, tapi dia mengatakan saya baru pulih daripada sakit. Ketika itu saya tak sedap hati dan gelisah kerana tugas saya memasak di restoran. Semua resipi saya yang adun. Jika tidak dapat menghidu, saya sukar mengimbangi rasa masakan.

“Bila hilang nikmat deria bau, baru saya sedar perasaan Iffat sebagai OKU mengharungi kehidupan. Bagaimana situasi dialaminya ketika mahu memberitahu sesuatu sedangkan tidak mampu bercakap, selain pergerakannya terbatas dan berjalan menggunakan bantuan alat sokongan beroda,” katanya.

Selepas pulih, adik Mazlen mengambil alih tugas memasak di restoran. Untuk mengatasi masalah sukar mengimbangi rasa masakan, setiap ramuan perlu ditimbang dan disukat, termasuk garam.

“Adik akan beritahu sama ada bahan yang dimasukkan ke dalam masakan mencukupi atau tidak.

“Hilang deria bau memberi tekanan dan membuatkan saya tak tentu arah. Suami banyak memberi semangat serta meminta saya reda ujian Allah. Kalau hilang anggota badan orang nampak, tetapi hilang deria bau sukar orang hendak percaya.

“Saya pernah terpijak najis kucing dan disebabkan tidak dapat mengesan bau, selamba saya masuk ke restoran. Pelanggan kembang kempis hidung menahan bau busuk. Adik yang ketika itu berada dalam restoran menyedari dan memberitahu saya.

“Saya minta maaf kepada pelanggan sambil memberitahu baru hilang deria bau dan mereka mengangguk faham. Bagaimanapun, jika difikirkan balik, bukan mudah untuk orang percaya apa yang saya katakan kerana kes seperti itu jarang didengar,” katanya.

Mazlen berkata, dia pernah merendam sotong kering yang sepatutnya cuma memakan masa lapan hingga 10 jam tetapi disebabkan terlupa, ia berlarutan selama dua hari.

“Suami mengadu ada bau busuk seperti sampah tapi tak tahu puncanya. Kebetulan bekas merendam tersorok jauh di belakang rak dan terlindung,” katanya.

Masalah itu menyulitkannya kerana tidak dapat mengesan makanan basi selagi ia tidak melekit atau berubah warna, selain mengenal pasti ikan pari yang baik.

“Ini kerana sesetengah ikan pari berbau busuk dan tidak sepatutnya dihidangkan kepada pelanggan. Saya terpaksa meminta bantuan suami atau adik bagi menghidu bahan tertentu.

“Selepas suami menghantar saya menjalani rawatan akupuntur, baru saya dapat mengesan bau sebanyak 10 hingga 20 peratus, tapi bau yang dihidu itu tidak pernah saya kenal sebelum kemalangan itu. Saya sensitif dengan bau minyak dan jika terbau pisang goreng, serta-merta saya berasa mual,” katanya.

Mazlen berkata, sejak hilang deria bau, dia tidak mampu menjamah roti, biskut atau kek kerana makanan itu mempunyai sejenis bau yang kurang menyenangkan baginya.

“Pisang juga ada bau yang sukar untuk saya jelaskan. Baunya sungguh menyengat. Saya yang memang penggemar durian, kini menikmati buah itu tanpa bau.

“Kini saya juga perlu selalu memeriksa lampin dipakai Iffat. Jika tidak, Iffat yang tidak selesa dengan lampin kotor akan pergi sendiri ke bilik air untuk membersihkan najisnya biar pun tidak bersih,” katanya.

Ada hikmah di sebalik kejadian itu. Mazlen kini dapat membezakan kemahiran antara bau, rasa dan penglihatan yang kemudian disatukan dengan pengalamannya sebagai tukang masak. Sejak hilang deria bau, dia turut belajar membuat roti, burger, piza dan karipap sejuk beku.

Aizuddin berkata, mula-mula berdepan keadaan isterinya yang murung, dia turut tertekan. Bagaimanapun, dia sentiasa memberi semangat untuk isterinya melalui kehidupan. “Saya sedar ada tanggungjawab baru perlu dipikul. Jika dulu urusan memasak di restoran semua diserahkan kepada isteri, kini saya perlu menjadi hidung dan lidahnya untuk menghidu dan merasa masakan disediakan,” katanya. Menurutnya, pada mulanya dia tidak ambil seriusdan menganggap ia berlaku kesan Mazlen terjatuh.

“Isteri saya cerewet mengenai rasa masakan. Sebelum hilang deria bau, jika kami makan di luar, dia tinggalkan saja makanan dipesan jika rasanya kurang sedap.

“Kini saya perlu merasa terlebih dulu makanan dipesan. Kalau saya kata sedap, walaupun kurang sedap, dia makan saja kerana tidak dapat mengenal rasa makanan yang dimakan,” katanya.

DUNIA MAKIN CANGGIH...SYURGA TIDAK TERFIKIR DAN TERGAMBAR KEHEBATANNYAN....MAKA REBUTLAH DENGAN KETAKWAAN

Kapal layar dikendalikan menerusi iPad


KAPAL layar Adastra berlabuh di Pelabuhan Manila di Manila, Filipina semalam.


MANILA, Filipina - Sebuah kapal layar futuristik berharga AS$15 juta (RM47.7 juta) milik seorang ahli perniagaan perkapalan Hong Kong telah berlabuh di Pelabuhan Manila di sini semalam.
Berbentuk seperti sebuah kapal angkasa, kapal persiaran mewah sepanjang 42.5 meter yang diberi nama Adastra itu memiliki dua lunjuran besar.
Adastra diperbuat daripada gentian karbon dan Kevlar bagi menjadikan kapal berkenaan ringan.
Syarikat reka bentuk kapal layar, John Shuttleworth Yacht Designs Ltd menyatakan kapal tersebut amat canggih dan ia boleh dikendalikan dengan menggunakan sebuah komputer tablet iPad.
Akhbar South China Morning Post melaporkan pada awal bulan ini bahawa Adastra dibina di Zhuhai, China oleh firma Australia, McConaghy untuk usahawan, Anthony Marder.
Marder memberitahu akhbar berkenaan bahawa kapal tersebut berlabuh di sini untuk kerja-kerja pelarasan sebelum ia melakukan pelayaran ke seluruh dunia. - Agensi

Perniagaan sewa kereta kebal


SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.


KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.
Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.
"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.
Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.
Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.
Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.
Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).
Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. - Agensi

Gajah mati dilanggar trak


SEEKOR gajah yang mati diangkut dengan menggunakan kren dekat jejambat Mahamaya di sempadan daerah Noida-Delhi semalam.


NEW DELHI, India - Seekor gajah mati manakala seekor lagi cedera selepas dilanggar sebuah trak dekat jejambat Mahamaya di sempadan daerah Noida-Delhi di sini pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan semalam.
Menurut polis, kedua-dua gajah itu dalam perjalanan pulang bersama beberapa penjaganya selepas haiwan tersebut dipamerkan pada satu majlis perkahwinan dekat sini.
Saksi-saksi berkata, pemandu trak itu memandu laju sehingga melanggar belakang dua haiwan tersebut.
Beberapa penjaga haiwan itu turut cedera dan dihantar ke hospital untuk dirawat.
Pemandu trak yang melarikan diri dari tempat kejadian kini diburu polis.
Sebuah kren kemudian digunakan untuk mengalihkan bangkai gajah itu. - Agensi

Melapah ular tedung untuk dijual di Bantul


HEMPEDU ular tedung dikumpulkan dalam sebuah bekas.


BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi

Dibunuh angkara tolak lamaran

MAYAT Yoga ditutup dengan plastik di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Selangor selepas dibakar malam kelmarin.


AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.
Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.
"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.

Osman Kering meninggal dunia


MOHAMMAD AL-ANAS (kanan) melihat wajah ayahnya buat kali terakhir selepas disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim (gambar kecil), 59, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Allahyarham yang menghidap penyakit batuk kering sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohammad Al- Anas, 28, bapanya mengalami bengkak pada bahagian otak sejak Isnin lalu dan ia semakin teruk sejak beberapa hari lepas.
“Doktor beritahu bengkak tersebut disebabkan aliran darah dan oksigen tidak sampai ke otaknya dengan baik.
“Selain itu, paru-parunya berfungsi sebelah sahaja manakala sebelah lagi sudah lama rosak,” katanya ketika ditemui.

Nahas ngeri ragut tiga nyawa


ORANG ramai cuba mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan malam kelmarin.


PEKAN – Tiga pemandu maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9.45 malam itu mengakibatkan pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mazda, Tang Wai Hoong, 48; pemandu van jenis Nissan Vanette, Talib Yahya, 54, dan pemandu lori tangki, K. Chalaparmal, 50, maut akibat kecederaan parah.
Mangsa yang cedera pula termasuk kelindan lori tangki berkenaan, B. Sivasankaran, 28; seorang penumpang van dan pemandu kereta jenis Proton Waja yang belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Talib yang dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan cuba memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal.
“Talib yang gagal masuk ke laluan asal kemudian bertembung dengan lori tangki tersebut menyebabkan Chalaparmal hailang kawalan. Lori itu kemudian melambung ke atas 4WD dipandu Wai Hoong yang berada di laluan menghala ke Kuantan.
“Lori tangki itu kemudian terbalik merentangi jalan di laluan menghala ke Kuantan sebelum ia dirempuh kereta Proton Waja yang gagal mengelak,” katanya.

Rayu bina semula rumah terbakar


IBRAHIM termenung di luar setor tempat tidurnya bersebelahan rumahnya yang terbakar di Kampung Masjid Lama, Lepai, Pokok Sena semalam.


POKOK SENA - Seorang warga emas di Kampung Masjid Lama, Lepai di sini terpaksa menghabiskan sisa usianya tinggal dalam setor selepas rumahnya terbakar pada Mac lalu.
Ibrahim Hashim, 69, tinggal di situ bersama tiga anak lelakinya, Abd. Aziz, 46, Mohd. Nazri, 40, dan seorang anaknya yang mengalami sakit mental, Abd. Rashid, 45.
Menurutnya, dia tiada pilihan selain terpaksa berteduh di dalam setor terletak di sebelah rumahnya memandangkan kebakaran pada 6 Mac lalu memusnahkan keseluruhan rumah berstruktur kayu itu.
"Dahulu bilik itu dijadikan setor, tetapi kini tempat tidur kerana rumah yang terbakar belum dibaiki. Walaupun kurang selesa, kami terpaksa berkongsi empat beranak," katanya di sini semalam.

MAKA BATAL ISLAMNYA...NI KESAN LEMAH IMAN...SERTA PENGUATKUASA HUKUM ALLAH TIADA...NAPE HUKUM HUDUD... DITAKUTI....KITA JENIS TAK TAU MALU.......MAKAN REZEKI ALLAH HARI2

Bahana bisnes dosa

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.
“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut.
“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.


Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.

Ditakdir bercinta

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

BAGAI PINANG DIBELAH DUA...Irma dan Redza selamat diijabkabulkan, semalam.
BAGAI PINANG DIBELAH DUA...Irma dan Redza selamat diijabkabulkan, semalam.
PUTRAJAYA: Pertemuan singkat di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu adalah petanda jodoh antara pengacara dan pelakon jelita, Irma Hasmie Ibrahim, 30, bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, 31.
Pasangan merpati dua sejoli itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad di dewan persidangan Perbadanan Putrajaya tepat jam 4.55 petang di sini, semalam.

Tampan dan cantik menggayakan busana berwarna putih, dengan sekali lafaz Irma menjadi milik Redza. Pada majlis pernikahan yang berlangsung serba meriah itu, Redza turut membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang daripada pengantin perempuan.
Ketika ditemui selepas majlis selesai, Irma berkata dia dan Redza ditakdirkan bercinta selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri. Katanya, dia tidak pernah menyangka jodohnya sepantas ini. Apatah lagi, pertemuan dia dan Redza pula berlaku di tempat baik dan ketika mengerjakan umrah.

“Perasaan saya sekarang sangat gembira kerana ditentukan Allah bertemu jodoh dengan Redza. Saya akui sangat teruja melalui percintaan selepas kahwin.

“Redza berjaya menawan hati saya dengan sikapnya yang penyayang, bertanggungjawab dan amat disenangi. Saya berasa sangat selesa sepanjang berada di sisinya kerana dia seorang yang tenang,” katanya.

Menurut Irma, kini jadual hidupnya sudah berubah dan dia akan berusaha menjadi isteri yang baik buat Redza. Malah, katanya, biarpun suami masih memberi kebebasan padanya untuk terus bekerja, tetapi keluarga adalah perkara utama. Sementara itu, Redza berkata, dia memang sudah mengenali Irma sebagai seorang artis. Namun, pertemuan di Tanah Suci itu sudah cukup membuat hatinya terbuka untuk menjadikan Irma sebagai teman hidup. Katanya, Irma seorang wanita yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.

“Malah, saya juga tertawan dengan Irma kerana sikapnya yang menghormati orang tua. Hubungan dia dengan keluarga juga sangat rapat dan membuatkan saya yakin untuk memperisterikannya.
“Saya percaya dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, saya takkan menghalang Irma daripada meneruskan karier seni diceburinya. Saya akan sentiasa memberikan sokongan kepadanya,” katanya.

Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan, wang hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200. Majlis resepsi akan dilangsungkan esok di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Mangsa pernah tolak pinangan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar  mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.
“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.
Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.


Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.

‘Hanya fikir anak yatim’

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan sekolah Pusat Jagaan Lambaian Kasih di Kampung Sungai Penchala, semalam.
HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan sekolah Pusat Jagaan Lambaian Kasih di Kampung Sungai Penchala, semalam.
KUALA LUMPUR: “Sebaik ternampak asap hitam berkepul dari bangunan sekolah, saya segera berlari ke tempat kejadian kerana risau memikirkan keselamatan anak-anak yatim yang sedang mengikuti pembelajaran ketika itu,” kata Pengetua Pusat Jagaan Lambaian Kasih (PJLK), Ismail Abdul Rahman, menceritakan detik cemas kebakaran membabitkan pusat jagaan itu di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, 70 anak yatim berusia enam hingga 12 tahun serta lima guru wanita nyaris maut apabila bangunan sekolah berusia lebih 10 tahun dan menempatkan lapan kelas, pantri, surau serta pejabat hangus terbakar.

Menurut Ismail, ketika kejadian dia di pejabat asrama perempuan kira-kira 300 meter dari bangunan sekolah yang terbakar apabila ternampak asap hitam sebelum bergegas lari.
“Tanpa berlengah, saya terus berlari ke tempat kejadian kerana bimbang memikirkan nasib 70 anak yatim berkenaan sama ada mereka selamat atau terperangkap dalam kebakaran.

“Ini kerana, pusat jagaan sama pernah terbakar kira-kira empat tahun lalu sehingga menyebabkan dua anak yatim terkorban,” katanya.

“Saya cuba memadam api dengan menyembur air dengan salur getah. Namun, tidak berhasil berikutan tekanan air rendah sebelum jentera bomba dan penyelamat tiba.

“Api semakin marak membakar bangunan sekolah diperbuat daripada papan, menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan seperti komputer dan buku teks pelajar serta dokumen penting,” katanya.

“Kami hanya mampu melihat api membakar bangunan tanpa dapat berbuat apa-apa, manakala anak-anak yatim pula menangis ketakutan,” katanya.
Menurut Ismail, walaupun menanggung kerugian, dia bersyukur semua anak yatim berkenaan termasuk guru mereka selamat.

“Kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000 dan disebabkan kejadian ini mereka hilang tempat menimba ilmu,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail merayu orang ramai yang bersimpati dengan nasib anak yatim berkenaan supaya menghulur sumbangan dengan menghubungi talian 016-2090205 atau layari laman web www.lambaiankasih.com. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Armdan Mahat berkata, tiga jentera termasuk dari Sri Hartamas dan Damansara dengan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.25 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api marak dengan 80 peratus bangunan sekolah itu terbakar sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

“Kebakaran berlaku ketika anak yatim berkenaan sedang bergerak ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Asar apabila mereka ternampak percikan api dan asap keluar dari satu daripada empat kelas di tingkat dua bangunan sekolah itu,” katanya.

Tiga nyawa melayang dalam nahas ngeri

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Saya membuat lebih 20 panggilan ke telefon bimbitnya selepas jam 10 malam, tetapi suami tidak membalasnya sehinggalah pada jam 3 pagi, anggota polis datang ke rumah memberitahu suami meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.”
“Saya tidak menyangka sama sekali panggilan yang dibuat suami pada kira-kira jam 9.30 malam itu adalah panggilan terakhir darinya,” Demikian kata Wong Mei Fong, 36, isteri kepada Tang Wai Hoong, 48, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 61, Jalan Kuantan-Segamat, jam 9.45 malam kelmarin.

Tang dari Taman Desa, Air Putih, di sini, maut di tempat kejadian selepas Toyota Prado dipandunya, dihempap sebuah lori dari arah Kuantan yang hilang kawalan selepas bertembung dengan sebuah van dari arah Segamat.
Selain Tang, kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan itu turut menyaksikan kematian dua lagi mangsa iaitu pemandu van, Talib Yahya, 54, dari Sungai Isap Damai, di sini dan pemandu lori, K Chalaparmal, 50, dari Desa Serindit, Kampung Jawa, di sini.

Talib yang memandu van dari arah Segamat, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Chalaparmal pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah, Pekan.

Wong yang ditemui pagi semalam di pekarangan rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, berkata, mendiang suaminya yang bekerja di lombong bijih besi Bukit Ibam, Muadzam Shah berulang-alik dari rumah mereka di Taman Desa ke tempat kerjanya setiap hari dan mangsa biasanya keluar rumah jam 7 pagi dan tiba kembali di rumah pada jam 9 malam.

“Tetapi, pada hari kejadian, dia tidak tiba seperti biasa menyebabkan saya mulai risau dan beberapa kali menghubunginya menerusi telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya mula tidak sedap hati, tetapi beranggapan dia mungkin bertemu rakan ketika dalam perjalanan pulang dan saya tidak terfikir bahawa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya,” kata ibu kepada empat anak berusia tiga hingga 15 tahun itu.
Wong yang menjadi suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya baru enam bulan bekerja di lombong bijih berkenaan dan sebelum itu, Tang bekerja sebagai kelindan lori pasir di bandar ini.

“Mungkin masanya sudah tiba. Memang setiap hari saya mengharapkan dia selamat pergi dan balik dari tempat kerja kerana saya sedar jarak antara tempat kerjanya dengan rumah kami adalah jauh,” kata ibu kepada empat anak berusia tiga hingga 15 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahya Othman berkata, kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan itu berlaku pada jam 9.45 malam apabila sebuah van dari Segamat bertembung dengan sebuah lori yang membawa simen kering dari arah bertentangan.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, lori berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum menghempap sebuah pacuan empat roda di laluan bersebelahan. “Sebuah kereta Proton Waja yang tidak sempat mengelak lori dan kenderaan pacuan empat roda itu turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandunya hanya cedera ringan,” katanya.

Jiran dengar jeritan 2 kali sebelum senyap



AMPANG: “Saya ada mendengar orang menjerit dua kali sebelum suaranya senyap beberapa minit kemudian,” kata saksi kejadian bakar dan bunuh seorang wanita hingga rentung di hadapan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Efa, 32.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, mangsa, P Yoga Ambiga , 27, meninggal dunia selepas dibakar hidup-hidup oleh tiga lelaki menggunakan minyak tanah.

Ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja apabila tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki memakai topi keledar sebelum dibakar.

Dipercayai motif kejadian akibat dendam selepas mangsa baru bertunang pada 16 Jun lalu.


Efa yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian, dia baru selesai makan malam bersama keluarga apabila terdengar tapak kaki orang lalu lalang di depan rumah disusuli suara orang menjerit.

Terjun tak jumpa pintu

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang pemilik kedai cedera teruk ketika cuba menyelamatkan diri dengan melompat dari bilik tidur di tingkat satu, selepas rumah kedai dua tingkat berusia lebih sedekad terbakar jam 5.10 pagi di Jalan Carpenter, di sini, semalam.
Mangsa, Chai Ham Siong, 31, pengsan sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur dalam bilik di tingkat atas sebelum dikejutkan bahang kepanasan selain asap tebal menyelubungi bahagian rumahnya.
Menurut sumber, kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia 20-an selepas melihat bapanya dalam kesakitan sebelum membawanya ke HUS untuk rawatan.

“Sebaik tiba di hospital, mangsa pengsan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana cedera di badan, tangan serta kepala dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Mangsa dikatakan bertindak demikian apabila gagal mencari pintu keluar kerana seluruh rumah kedai dipenuhi asap,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.19 pagi sebelum mengerahkan dua jentera dari Tabuan Jaya dan Batu Lintang ke tempat kejadian.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran bermula beberapa minit sebelum api dikawal daripada merebak ke bangunan berdekatan pada jam 6.47 pagi.
“Disebabkan tiada tembok pemisah antara premis berkenaan, memudahkan api menyambar kedai berhampiran. Empat kedai musnah dalam kebakaran itu.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan termasuk jumlah kerugian dan punca kebakaran,” katanya.

‘Hanya berurut’

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

MUAR: Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan berusia 40 tahun ditahan kerana dipercayai berkhalwat dengan seorang tukang urut warga Thailand di sebuah hotel di bandar ini dalam satu operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), tengah malam semalam.
Pengarah yang berasal dari Perak itu didapati berada di dalam bilik hotel berkenaan pada jam 12 tengah malam apabila anggota penguat kuasa mengetuk pintu untuk melakukan pemeriksaan.

Ketika disoal, pengarah terbabit memberi alasan mahu menyegarkan diri kerana penat memandu selepas menghadiri mesyuarat di Putrajaya dan akan menyertai satu dialog bersama jabatannya di bandar ini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, pengarah terbabit turut meminta supaya penguat kuasa JAJ melepaskannya kerana bimbang akan digantung tugas jika kes berkenaan dibawa ke mahkamah seterusnya menjejaskan statusnya sebagai penjawat awam.

Pengarah terbabit bagaimanapun mengakui kesalahannya membawa masuk tukang urut berusia lingkungan 40-an itu ke biliknya dan berkali-kali memberi alasan bahawa mereka tidak melakukan maksiat sebaliknya dia hanya berurut untuk menghilangkan penat.

Pengarah itu antara empat pasangan yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan kira-kira 138 penguat kuasa dan pegawai JAJ termasuk 60 imam seluruh negeri ini yang mengikuti modul pembelajaran untuk bergelar penguat kuasa agama Johor.

Selain pengarah terbabit, sepasang kekasih yang masing-masing berusia 31 tahun turut ditahan kerana dipercayai berkhalwat di hotel sama.

Mereka yang masing-masing berasal dari Bukit Pasir dan Batu Pahat memberi alasan menginap di hotel berkenaan kerana ada urusan penting.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat manakala sepasang kekasih ditahan mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Timbalan Pengarah JAJ, Ramly Jusoh, berkata operasi bersepadu itu adalah kali kedua dijalankan bagi membendung kegiatan maksiat di Johor.

“Operasi besar-besaran ini adalah tugas rutin JAJ sebagai langkah pencegahan dan ia kali kedua diadakan selepas Batu Pahat.

“Ia membabitkan pemeriksaan di hotel serta rumah tumpangan di seluruh bandar ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Operasi berkenaan juga dapat memberi pendedahan kepada 60 imam yang mengikuti modul kursus bagi melayakkan mereka bergelar penguat kuasa di negeri ini selepas menerima pentauliahan,” katanya ketika ditemui.

Mengaku bukan Islam



PETALING JAYA: Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.
Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu.
Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

Ajal di tiang terakhir

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

PORT DICKSON: Juruelektrik Mohd Nazri Omar, 39, yang maut terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembaikan di atas tiang di kawasan Balai Polis Chuah di sini petang kelmarin, beria-ia mahu melakukan kerja penyelenggara pada tiang terakhir.
Rakannya, Md Jalil Sabtu, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, Mohd Nazri sedang melakukan kerja pembaikan di atas tiang lampu berkenaan apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik disusuli letupan kecil.

Menurutnya, sebelum itu kumpulan mereka yang bekerja dengan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) siap menyelenggara lebih 20 tiang elektrik di Lukut dan Port Dickson.
“Kami sudah siapkan kerja dan saya beritahu dia yang mesra dipanggil Wak, kami mahu pulang,” katanya. “Mohd Nazri berkata, dia mahu menyiapkan kerja pada tiang terakhir di kawasan Balai Polis Chuah.

“Setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan memberitahu Nazri terkena renjatan elektrik di belakang kuarters dan dia sedang diturunkan oleh polis dan rakan setugas,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohd Farid Daud, 24, berkata dia mendapat panggilan memberitahu kejadian berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Ketika Mohd Farid yang bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Seremban bergegas ke tempat kejadian, dia mendapat panggilan kedua memberitahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.

Isteri mangsa, Norhayati, 25, warga Indonesia, enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kemalangan itu.
Mereka berkahwin pada 2008 baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan keempat 11 Jun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, mengesahkan menerima laporan kes berkenaan yang setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur.
“Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.

Nikmat limpahan rezeki

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Hari ini (semalam) cukup bermakna buat kami 13 beranak kerana berpeluang merasakan kenikmatan memiliki pelbagai barangan keperluan harian dan perkakasan rumah yang begitu banyak buat pertama kali hingga membanjiri ruang tamu kediaman.
“Saya sedar bukan mudah untuk menerima limpahan rezeki seperti ini dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya,” kata seorang bapa kepada 12 anak, Zulkefli Jusoh, 47, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Rinting C, Masai di sini, semalam.

Keluarga Zulkefli dipilih untuk menerima sumbangan menerusi program Titipan Kasih Harian Metro selepas laporan berkaitan kesukaran hidup mereka tersiar di Harian Metro, semalam.
Zulkefli berkata, mereka sekeluarga akan menggunakan sumbangan diterima seperti wang, beras, susu, beg sekolah serta peralatan elektrik itu sebaik mungkin.

“Kunjungan wakil Harian Metro juga secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga untuk berusaha meningkatkan taraf hidup.

“Saya gembira kerana tidak pernah melihat anak begitu ceria terutama anak ke-10, Rabiatul Adawiah yang berusia lima tahun yang begitu mahukan beg sekolah dan berhasrat ke taman didikan kanak-kanak (Tadika), namun kami masih tidak mampu menyekolahkannya.

“Barangan makanan disumbangkan ini pasti mampu menampung keperluan kami sempena Ramadan kelak,” katanya ketika menerima kunjungan wakil Harian Metro diketuai Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Berita), Othman Mamat.

Hadir sama, Pengarang Berita New Media, Munir An’am Zuljadan; Pengurus Projek Harian Metro, Abdul Kadir Hamza dan Ketua Biro Harian Metro Johor, Nazarali Saeril.
Sementara itu, Mustapa berkata, sebagai akhbar nombor satu, Harian Metro sentiasa mengambil pendekatan berada dekat di hati pembaca termasuk menjadikan Titipan Kasih sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menghulurkan sumbangan bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.

“Menerusi program bulanan ini, kami mengenal pasti dan memilih keluarga yang kurang berkemampuan untuk menerima sumbangan,” katanya yang menambah, program itu diadakan sempena Karnival Futsal Harian Metro Zon Selatan di Sports Prima Pandan, Johor Bahru bermula hari ini dan esok.

Dalam laporan akhbar ini semalam, Zulkefli memaklumkan dia sanggup berjalan kaki sehingga 10 kilometer sehari, dua kali sehari, mencari barangan kitar semula bagi dijadikan modal membeli makanan harian keluarganya sejak bertahun lalu.

Saya sudah sedia pegang status ibu tunggal: Sasha



KUALA LUMPUR: “Saya sudah bersedia untuk memegang status ibu tunggal dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Pada masa sama, saya juga ingin kembali aktif dalam bidang seni tanah air kerana perlu menyara hidup dan membesarkan anak tunggal, Arya.
“Walaupun akan bercerai nanti, saya tidak akan sekali-kali pisahkan Arya dengan suami saya, Salyo kerana saya inginkan anak saya mendapat kasih sayang seimbang daripada saya dan Salyo sehingga dia besar nanti,” kata bekas anggota Elite yang juga pelakon Sasha Saidin.

Ditanya punca sebenar keretakan rumah tangga mereka, Sasha, 35, berkata, dia dan suami bersetuju untuk bercerai secara baik kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi untuk meneruskan ikatan sebagai pasangan suami isteri.
“Apa yang boleh saya katakan, masalah dalam rumah tangga kami memang tidak boleh diselamatkan lagi. Kami membuat keputusan ini selepas berfikir dengan semasak-masaknya termasuk berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak untuk mencari penyelesaiannya.

“Saya juga sudah memfailkan perceraian kami di mahkamah syariah dan berharap semoga kes ini berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan secara baik,” katanya ketika dihubungi, semalam. Terus-terang, kata Sasha, dia mendapat kekuatan untuk berdepan dengan keretakan rumah tangganya itu kerana sokongan daripada keluarganya.

Ajal di tiang terakhir

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

PORT DICKSON: Juruelektrik Mohd Nazri Omar, 39, yang maut terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembaikan di atas tiang di kawasan Balai Polis Chuah di sini petang kelmarin, beria-ia mahu melakukan kerja penyelenggara pada tiang terakhir.
Rakannya, Md Jalil Sabtu, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, Mohd Nazri sedang melakukan kerja pembaikan di atas tiang lampu berkenaan apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik disusuli letupan kecil.

Menurutnya, sebelum itu kumpulan mereka yang bekerja dengan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) siap menyelenggara lebih 20 tiang elektrik di Lukut dan Port Dickson.
“Kami sudah siapkan kerja dan saya beritahu dia yang mesra dipanggil Wak, kami mahu pulang,” katanya. “Mohd Nazri berkata, dia mahu menyiapkan kerja pada tiang terakhir di kawasan Balai Polis Chuah.

“Setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan memberitahu Nazri terkena renjatan elektrik di belakang kuarters dan dia sedang diturunkan oleh polis dan rakan setugas,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohd Farid Daud, 24, berkata dia mendapat panggilan memberitahu kejadian berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Ketika Mohd Farid yang bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Seremban bergegas ke tempat kejadian, dia mendapat panggilan kedua memberitahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.

Isteri mangsa, Norhayati, 25, warga Indonesia, enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kemalangan itu.
Mereka berkahwin pada 2008 baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan keempat 11 Jun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, mengesahkan menerima laporan kes berkenaan yang setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Hanya iktiraf 6 majlis agama

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Dein, Mohd Sabran Md Sani dan Wan Asrudi Wan Hasan
sab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan pernikahan pasangan di negara ini selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.

“Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. “Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini mengenai pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan daerah Pengkalan Hulu Perak kini menjadi tempat utama pasangan dari Malaysia ‘kahwin lari’ atau mengamalkan poligami.

Proses akad nikah yang mudah dan keadaan yang lebih selamat menyebabkan kawasan berkenaan secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru kepada penduduk daerah berkenaan yang menjadi ejen tidak rasmi serta menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di Betong.

Difahamkan, ketika ini terdapat 10 ejen menyediakan pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000, sedangkan bayaran kos nikah cuma RM450.

Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah berkenaan ke Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di pekan berkenaan.

Betong mula popular di kalangan rakyat negara ini untuk berkahwin sejak dua tahun lalu, berikutan ia dianggap bebas daripada konflik termasuk serangan bom yang melanda Narathiwat dan Pattani.
Saimah berkata, hanya jurunikah yang bertauliah dan disenaraikan enam wilayah berkenaan saja dibenarkan untuk menikahkan pasangan berkenaan, selain sijil nikah dikeluarkan ditunjukkan kepada Jain.

“Kebenaran menikahkan pasangan dari negara ini terletak di bawah Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk dari negeri dengan dilantik Sultan di negeri berkenaan. “Jika pasangan yang ingin berkahwin gagal mendapat kebenaran Jain, mereka berdepan tindakan di bawah Enakmen di negeri berkenaan,” katanya.

Kahwin lari penjenayah syariah



KUALA LUMPUR: “Pasangan yang bernikah di negara jiran sebenarnya penjenayah syariah kerana berkahwin lari tanpa mengikut undang-undang syariah negara ini,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.
Beliau berkata, individu yang bernikah di sempadan sama ada berkahwin lari atau berpoligami melakukan kesalahan matrimonial iaitu kesalahan membabitkan perkahwinan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang boleh diambil tindakan penalti, denda atau penjara.

“Justeru, sesiapa saja tidak kira pasangan yang mahu bernikah di sempadan...kalau dari sudut undang-undang syariah adalah penjenayah syariah. Kesalahan bagi wanita kerana bernikah tanpa kebenaran dan bagi lelaki pula berpoligami tanpa kebenaran.
“Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali dan semua hukuman berkenaan bergantung kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, dari segi perundangan negara ini, pernikahan di sempadan masih belum diiktiraf walaupun mempunyai surat daripada Konsul Malaysia di negara berkenaan menyebabkan setiap pasangan bernikah perlu mengesahkannya di Mahkamah Syariah negara ini.

“Mereka perlu mengesahkan pernikahan terlebih dulu di Mahkamah Syariah. Ini penting untuk mengetahui sama ada pernikahan dilakukan di negara berkenaan sah atau tidak terutama dari aspek rukun nikah.

“Jika pernikahan itu sah, baru mahkamah mengarahkan mendaftarkan pernikahan itu, namun sebelum itu, pasangan berkenaan perlu berdepan prosiding mengikut Enakmen Jenayah Syariah berdasarkan negeri masing-masing,” katanya.

Katanya, pernikahan di sempadan lebih banyak mendatangkan masalah kepada pasangan termasuk kemungkinan pernikahan tidak sah disebabkan tidak memenuhi hukum syarak atau jarak dengan wali kurang 90 kilometer.

Tiga pelajar minum racun di sekolah



PUTRAJAYA: Akibat takut dikenakan tindakan disiplin, tiga pelajar perempuan bertindak melulu cuba membunuh diri dengan minum racun di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Sepang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, semua mangsa berketurunan India dan berusia 16 tahun, dipercayai bertindak demikian selepas pihak sekolah dikatakan mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka.

Beliau berkata, kejadian itu dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang ketika ketiga-tiga pelajar itu sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.
“Mangsa dipercayai minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. “Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kawasan sekolah sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan.

“Setakat ini, kita belum tahu jenis racun yang diminum, dan kes disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus ketika dihubungi berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, dan tindakan segera akan diambil untuk menyiasat.

“Saya belum mendapat laporan lagi, tetapi saya akan minta pegawai berkaitan untuk menyiasat kejadian ini,” katanya.

Di Seremban, dua daripada tiga pelajar wanita yang dikejarkan ke HTJS masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sedar dan ditahan di wad pesakit luar menafikan dia minum racun rumpai itu bersama dua lagi rakannya.

Katanya, dia tidak tahu kenapa gurunya mengarahkan dia mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri dipercayai akibat meminum racun rumpai berkenaan.

“Saya akui dua rakan itu mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bakal dibuang sekolah mengakibatkan mereka mengambil tindakan sedemikian,” katanya.

Katanya, dia kesal dengan perbuatan dua rakan baiknya itu kerana mereka adalah rakan karib sejak sekian lama dan sering menghabiskan masa bersama.

“Saya harap mereka akan berubah selepas kejadian ini dan tidak mengulangi perkara sama,” katanya.”

Api misteri ekori gadis

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Zulkifli Che Abdullah
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Kampung Penambang Bunga Emas, di sini, hidup tidak keruan sejak dua tahun lalu apabila mendakwa diekori ‘api misteri’ yang sehingga kini menyebabkan beratus pakaian, berpuluh helai kain serta beberapa tilam, bantal dan telefon bimbit di rumahnya terbakar secara tiba-tiba.
Wan Norfatihah Wan Hanafi, 14, berkata, susulan kejadian itu, dirinya kini umpama ‘gadis api’ dengan ibunya, Rafeah Zakaria, 42; neneknya, Zainab Sulaiman, 75, dan dua adik-beradiknya, Wan Mohd Faiz,16, dan Wan Nurfatini, 12, turut sengsara berdepan permasalahan misteri itu.

Katanya, api misteri itu boleh muncul di mana-mana saja dia berada termasuk ketika berada di rumah jiran.

“Saya sudah letih berdepan masalah misteri ini. Sudah beratus bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang ke rumah untuk membantu, namun masalah itu tidak berjaya ditangani sepenuhnya.


“Malah, paling lama masalah itu selesai hanya bagi tempoh beberapa minggu.
Selepas itu, api misteri yang seolah-olah sentiasa mengekori saya muncul semula,” katanya, ketika ditemui Harian Metro di rumahnya.

Friday, June 29, 2012

TAK TUNAI HUKUM ALLAH@HUDUD....ALLAH MAHA MENGETAHUI BAGAIMANA NAK MENGHUKUM MAKHLUK@MANUSIA YANG DEGIL2 NI...SUSAH JUGA ORANG BUTA AGAMA...DAHLAH MALAS BELAJAR...RASA DIRI BAIK SANGAT...ORANG LAIN PULAK YANG TAK BETUL....

Bapa belasah bayi lapar

Posted on the June 29th, 2012 under Tempatan by admin

PENAMPANG: Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.
Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi, 10 Jun lalu.





Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan.
“Ibu mangsa berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi suaminya.
Harian Metro

Isteri Mohamed Mursi menolak digelar sebagai ‘first lady of Egypt’

Posted on the June 29th, 2012 under Luar Negara by admin
Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai ‘first lady of Egypt’. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed.
Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.
Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah ‘first lady of Egypt’ dalam kamusnya.





“Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita,” katanya.
Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil “Ummu Ahmed” (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau “Hajjah,” sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.
“Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi ‘pelayan pertama Mesir’.”
Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara.
“Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta.”
Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.
Halim Islam Online


Israel naik angin siap sedia akan serang Mesir

Posted on the April 24th, 2012 under Luar Negara by admin

Ketua kakitangan tentera Israel Mejar Jeneral Benny Gantz mengatakan, pasukan Israel siap sedia menyerang Mesir, Isnin (23/​​4). Komentar tersebut dipaparkan setelah Mesir menghentikan bekalan gas asli ke Israel.
Laporan Israel, langkah Mesir itu dianggap melanggar perjanjian perdamaian Camp David tahun 1979. Al-Arabiya melaporkan.
Sementara itu, pemimpin pembangkang Israel, Shaul Mofaz memperingatkan krisis hubungan antara Mesir-Israel yang belum pernah terjadi sebelumnya, ia menyebut, polisi Mesir melanggar perjanjian ekonomi dua negara.





Mofaz lebih lanjut mengatakan, campur tangan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan masalah kedua-dua negara.
Tidak ketinggalan, Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman juga mengatakan, pembatalan perjanjian, bukan petanda baik.
Saking khawatirnya, Israel menyebut keputusan Mesir sebagai pertikaian perdagangan. “Kami ingin memahami ini sebagai pertikaian perdagangan. Saya fikir untuk menukar pertikaian perniagaan ke dalam perselisihan diplomatik adalah satu kesilapan,” katanya.
Anggota Knesset Binyamin Ben-Eliezer, tanda tangan perjanjian gas Mesir-Israel mengatakan, pemutusan perjanjian, adalah indikasi konflik Israel dan Mesir.
Kemudian, dia mendakwa bahawa syarikat tenaga Mesir tidak boleh menghentikan kesepakatan tanpa sokongan kerajaan. “Ini keputusan politik. Sebuah syarikat swasta tidak boleh menghentikan kesepakatan antara negara-negara,” katanya.
Halim Islam Online


Dua wanita Saudi dikecam sebab pakai purdah

Posted on the April 12th, 2012 under Luar Negara by admin

Polis melakukan penyelidikan, selepas dua wanita asal Arab Saudi dikecam secara perkauman di Norwich England, kerana mengenakan tudung dan purdah.
Wanita Arab itu sedang belajar di kelas bahasa Inggeris di sebuah sekolah bahasa di Tombland. Mereka mengatakan sekarang sangat takut untuk berjalan-jalan di bandar akibat serangan perkauman itu.
Sementara itu, pengarah sekolah Roni Snell mengaku “terkejut” atas insiden yang berlaku di pusat bandar Debenham bulan lalu.





“Saya terkejut dan malu. Kami mempunyai ramai warga Arab Saudi yang datang untuk belajar bersama kami. Kerajaan Saudi membiayai pengajian mereka, dan banyak mahasiswa yang tinggal bersama 250 keluarga yang lain. Ini mamat menakutkan bagi sebahagian minoriti, kerana wanita-wanita mereka telah didera.”
“Padahal ekonomi Norwich mendapat keuntungan besar atas datangnya para pelajar asing tersebut, dan kami seharusnya melayan mereka sebagai tetamu,” tambah Roni Snell.
Salah satu wanita, Ameera Al Busafar 28 mengatakan: “Kami sedang pergi bersama untuk makan tengah hari di Debenham. Kemudian ada lelaki tua yang menuding jari ke wajahku dan bertanya mengapa saya mengenakan jilbab saya. Lalu dia berkata, ‘anda sekarang berada di England, sekarang lepaskan jilbab anda.’”
Wanita lain, Amal Albuliaihi 26 yang memiliki dua anak berusia empat dan satu tahun menambahkan, selain lelaki tua itu ada juga seorang wanita yang berteriak “BOM” kepadanya.
Sementara itu, seorang jurucakap pentadbiran di Norfolk menegaskan bahwa kejahatan perkauman itu telah dilaporkan kepada mereka, dan insiden itu terjadi pada tanggal 20 – 21 Februari lalu.
Jurucakap pentadbiran menyatakan: “Dua wanita telah dikecam secara teruk ketika mereka berjalan melalui London Street di kota.
Halim Islam Online


[GAMBAR] Bala Allah s.w.t. Menyerang Florida Amerika Syarikat


Ribut tropika Debby disertai dengan hujan yang sangat lebat dan angin kencang menyerang wilayah Florida, Amerika Syarikat, sejak Isnin 25/6 lalu dan masih terjadi sehingga Rabu 27/06 lepas. Badai ini mencetuskan banjir besar dan tornado di wilayah tersebut. Perintah darurat dan amaran dikeluarkan agar tetap berada di rumah.

Gabenor Florida Rick Scott mengumumkan amaran ribut tropika berlaku sepanjang pantai Teluk, dari Panhandle Florida turun melalui pusat pantai barat. "Beberapa kawasan sudah mengalami banjir, angin taufan. Selain itu, pemadaman elektrik juga terjadi di bebarapa daerah," kata Scott.

Ribut Debby ini juga sempat membuat kerosakan di beberapa daerah, atap bangunan terbang dan pokok tumbang. Selain itu, kerajaan terpaksa menutup jambatan yang menghubungkan di Tampa Bay yang menghubungkan Kota St Petersburg dengan daerah Bradenton.

Pembaca yang diramati Allah sekalian. 90% artikel & berita di blog ini adalah hasil usaha penulis sendiri. Telah di ambil & diterjemahkan daripada laman blog & berita-berita Antarabangsa. Sekiranya anda ingin mengambil artikel dari blog ini, Penulis mohon jasa baik dan ikhlas anda untuk "LIKE" artikel ini terlebih dahulu & meletakkan link “SUMBER” dari blog ini. Kejujuran anda adalah penting dalam berdakwah demi mencari keredhaan Allah swt. untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Hina Nabi, Juruhebah Radio ditikam 15 kali


Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital  Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.

Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.

Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang.
Menghina Nabi
Dua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Sergey mengatakan "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".

Penyiar itu juga menuduh bahawa Nabi Muhammad "menulis semula Al-Quran", sehingga orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa. "
Minta Maaf

Meski sudah diberitakan bahawa Sergey Aslanyan meminta maaf atas ucapannya itu, namun itu tidak mengubah pendapat masyarakat yang berakhir pada serangan ke atas dirinya.

Hati-hati bila anda menikmati makanan di Resturant halal di China


Di China, banyak dijumpai kedai-kedai makan dan restauran yang meletakkan tulisan halal. Namun jangan tertipu dengan tulisan label halal yang disenaraikan. Faktanya, banyak restauran halal di China yang menjual makanan dan minuman haram.
Menurut daripada laporan sesetengah syrikat pelancungan Islam, pada pertengahan bulan Mei lalu, sejumlah rombongan telah melawat negeri ini. Mereka mencari sebuah restoran muslim berlabel halal namun masih menjual arak (wine). Menurut syarikat perlancungan tersebut membuktikan bahawa sejumlah restauran halal di China ternyata tidak benar-benar halal.
Seperti yang dilaporkan, pada beberapa pengurus syarikat berkenaan sengaja masuk ke restoran muslim bernama A Fun Ti yang beralamat di Jalan Houguaibang Hutong, pada 188, daerah Dongcheng, di Kota Beijing untuk makan malam. Di atas pintu masuknya terpampang tulisan al-Math'am al-Islami, pada restauran muslim. 
Sebahagian daripada rombongan syarikat itu memilih untuk makan malam di restauran ini pada Isnin malam, pada 21 Mei lalu. Sebahagian lain diundang makan malam secara terbatas dengan pimpinan Lembaga Keamanan Antarabangsa China. 
Restauran Muslim Rangking Pertama
Restoran A Fun Ti sangat dikenali di China. Restauran ini juga disebut pada rangking pertama dalam senarai restauran-restauran muslim paling terkenal di seluruh negeri China oleh website islamichina.com.
Restauran ini menyajikan menu ala Xinjiang, wilayah dengan penduduk majoriti muslim di bahagian paling Barat Laut (north-west) China, dekat Asia Tengah.

Restauran muslim itu tergolong di antara yang banyak dikunjungi pelancung muslim. Pengunjungnya tidak hanya berasal dari warga tempatan, tetapi tetamu yang berasal dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lebih mendominasi. Biasanya, pada restauran akan didatangi pelawat setelah matahari terbenam, pada pukul 19.30 waktu Beijing.
Sebahagian besar tetamu dari Eropah dan Amerika Syarikat itu ternyata hendak menikmati sajian wine khas yang sengaja disajikan dalam gelas unik berukuran panjang 30 cm dan persembahan eksotik restauran ini.

Sajian di restauran ini sesuai dengan penjelasan di islamichina.com, yang mengatakan sudah menjadi perkara biasa bahawa beberapa restauran halal di kota-kota besar China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen menyediakan minuman beralkohol.
"Susah bagi kebanyak restauran-restauran halal untuk mendapat keuntungan besar bila mereka tidak menyediakan wine, kerana majoriti tetamu adalah non-muslim" tertulis pada website itu.

Tentera jihad Kuwait kini ke Syria untuk menentang Bashar al-Assad


Puluhan tentera jihad dari Kuwait dilaporkan telah melintasi sempadan Turki ke Syria untuk menyokong Free Syrian Army 's (FSA) melawan tentera drejim Presiden Syria Bashar al-Assad, akhbar Kuwait melaporkan pada hari Ahad semalam.

FSA, kekuatan perlawanan bersenjata utama negara itu, dilaporkan menyambut para pejuang Kuwait untuk melakukan jihad, kata kerabat para pejuang Kuwait kepada harian Kuwait Al Qabas. Pejuang dari negara-negara lain, termasuk kelompok besar dari Algeria dan Pakistan juga bergabung di Syria, laporan itu menyatakan. Setelah kedatangan mereka, para pejuang Kuwait diberi kad pengenalan Syria, diperlukan untuk keadaan kecemasan, kata kerabat pejuang.
Mereka kemudian dilengkapi dan dihantar ke pelbagai wilayah di Syria. Kerabat para pejuang juga mengatakan bahawa banyak yang ditolak pendaftaran di FSA kerana mereka di bawah umur 18 tahun. Laporan tersebut juga mencatat bahawa ada "sejumlah besar senjata" di sempadan Turki-Syria.

FSA sebahagian besar terdiri dari bekas tentera Syria yang melakukan belot kerana protes terhadap tindakan keras berdarah kerajaan, yang telah membunuh lebih dari 13500 orang sejak Mac 2011 lalu.
Awal tahun ini, wakil menteri dalam negeri Iraq mengatakan para pejuang telah melakukan perjalanan dari Iraq ke Syria dan menghantar senjata kepada pejuang anti rejim Assad. Tidak dijelaskan adakah mereka akan bergabung dengan FSA atau tidak.

Pada bulan Mac lalu, seorang Syeikh Sunni Iraq mengaku pernah menghantar "beratus-ratus orang dan puluhan ribu dolar berupa senjata dan bantuan lain ke Syria untuk menyokong perlawanan terhadap Assad.
 
Syekh yang identitinya dirahsiakan selama wawancara dengan The Daily Telegraph, mengatakan bahawa beberapa anak buahnya telah membayar dengan nyawa mereka selama konflik awam berdarah di Syria. Dia mengatakan mereka telah dikuburkan di mana mereka wafat.

Abby Abadi dituduh dapat hidayah sesat

Posted on the June 27th, 2012 under Artis by admin
PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagaimendapat hidayah sesat.
Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.
Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau,pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].






Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.
Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.
Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.
ReJaM© “Kalau sesat tentu dah lama PAS diharamkan oleh Majlis Fatwa… 
source: milosuam.blogspot.com


Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Posted on the February 14th, 2012 under Agama,Tempatan by admin
Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.





Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.


Bekas ketua jurulatih bola sepak Negeri Sembilan didapati bersalah

Posted on the June 29th, 2012 under Tempatan by admin

Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 36, (gambar) dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesye
SEREMBAN- Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 20 tuduhan rasuah mengatur perlawanan bola sepak Piala Presiden tahun lepas.
Tertuduh Yusarman Yusof, 36, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan Hakim Datin Nursinah Adzmi yang turut memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan jika dia gagal membayar denda.





Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Yusarman didakwa memberi rasuah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak skuad berkenaan pada 19 dan 22 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa memberi suapan tunai RM2,000 kepada 11 pemain terdiri daripada Mohamad Yatim Abdullah, D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Riqzi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis sekitar Pusat Komersial Cempaka, Senawang, di sini pada 5 petang 22 April lepas.
Yusarman turut didakwa memberi suapan tunai RM300 kepada sembilan pemain terdiri daripada D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Rizqi Azman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri dilokasi yang sama, 9 malam 19 April lalu.
Wang suapan itu dikatakan sebagai dorongan kepada pemain terbabit membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(B)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali
ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Nursinah dalam penghakimannya berkata hukuman itu diputuskan selepas mahkamah mempertimbangkan rayuan peguam bela dan mengambil kira jasa tertuduh dalam arena sukan bola sepak negara.
“Tertuduh mempunyai jasa kepada negara dalam penglibatan sukan bola sepak dan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, namun kesalahan tertuduh adalah jelas dan mahkamah perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM P. Sevan manakala tertuduh diwakili peguam Raftfizi Zainal Abidin.- Bernama


Tidak perlu perbesarkan isu ‘rendang’

Posted on the June 29th, 2012 under Luar Negara by admin
JAKARTA – Seorang pakar kulinari terkemuka Indonesia berkata tidak perlu memperbesar-besarkan isu masakan rendang.
William Wongso berkata oleh yang demikian tidak perlu untuk mendaftarkan rendang untuk dipatenkan walaupun masakan itu berasal dari Sumatera Barat.
Beliau berkata rakyat Indonesia tidak sepatutnya bimbang yang hak milik warisan makanan itu akan dituntut oleh negara-negara lain, terutamanya Malaysia.





“Makanan itu tidak perlu dipatenkan. Biar mereka tuntutnya kerana yang jelas penduduk daripada kumpulan etnik Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah dan menetap di sana,” kata Wongso seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post hari ini.
Wongso berkata demikian ketika ditemui di Padang, Sumatera Barat, di mana beliau menjadi hakim pada Festival Memasak Rendang Sumatera Barat selama dua hari yang berakhir hari ini.
Pakar kulinari itu memberikan contoh makanan Jepun ‘sushi’ dan ‘sashimi’, dan makanan Korea ‘galbi’, yang tidak pernah dipatenkan.
“Jepun dan Korea tidak pernah mendaftarkan makanan itu untuk dipatenkan. Mereka sebaliknya berasa gembira jika makanan mereka dinikmati di semua tempat,” katanya.
“Perkara yang paling penting ialah menyebarkan cara yang betul menyediakan rendang di luar Sumatera Barat kerana rasa rendang yang dihidangkan di banyak restoran di luar Indonesia kurang enak, dengan ada yang rasanya berlainan,” katanya.
Beliau memberikan contoh rendang di Belanda yang rasanya sekan-akan ‘semur’ (makanan Jawa), yang agak manis.
Katanya rendang di Malaysia juga berbeza dengan di Sumatera Barat kerana ia dipengaruhi oleh makanan India yang banyak menggunakan rempah-ratus India, menggunakan bukan sahaja daging lembu atau kerbau tetapi juga ayam. – Bernama

Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus

Posted on the June 29th, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR — Misteri kehilangan seorang lelaki tempatan yang dikatakan hilang sejak Sabtu lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam longkang di Segambut Gate di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemui orang awam pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan perutnya yang sudah kembung, leher diikat dan kepala ditutup dengan selimut.
“Mayat lelaki yang berasal dari Segambut itu ditemui tersangkut di perangkap sampah dengan berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati ada enam kesan tikaman di dada kanan lelaki itu selain kepalanya hampir putus,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, laporan pihak hospital menunjukkan lelaki itu mati dua hari lepas. Isteri lelaki itu sebelum ini membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada Isnin lepas.— BERNAMA