Subhanallah! Sepotong Kaki Dalam Otak Bayi
Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut.
Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.
“penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.
Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak.
Tumor dikeluarkan dari mulut janin
FLORIDA – Sekumpulan pakar bedah di sebuah hospital di Florida berjaya mengeluarkan tumor dari mulut janin berusia empat bulan dari dalam kandungan ibunya menerusi pembedahan pertama seumpama itu di dunia.Difahamkan, pembedahan tersebut dilakukan pada Mei 2010 tetapi kejayaannya baru diumumkan, kelmarin selepas laporan penuh itu diterbitkan di dalam Jurnal Obstetrik dan Ginekologi.
Anaknya, Leyna Mykaella kini membesar dengan cergas selepas menjalani pembedahan laser tersebut walaupun ia sememangnya berisiko tinggi.
Doktor Ruben Quintero dan Dr Efitichia memaklumkan keadaan seperti itu hanya berlaku sekali dalam 100,000 kehamilan.
Sinar
Jawi cekup 4 wanita Islam jadi penari pusat hiburan
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
“Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri,” katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
“Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO),” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
Lembaga ‘Misteri’ Di Kota Damansara?
KOTA DAMANSARA – Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.Dalam kejadian pada jam 2 pagi semalam di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.
Dia diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa yang hannya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia cuba mengelak dari melanggar satu lembaga berwarna hitam yang melintas jalan.
“Saya terkejut dan memusing stereng ke bahagian kanan. Apa yang saya ingat, kereta ini langgar pokok di atas pembahagi jalan, berpusing beberapa kali dan terbalik,” katanya yang dalam perjalanan ke Uptown D’Kota, Jalan Teknologi dekat sini. Sementara itu, seorang saksi, Ayob Osman, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas.
“Nasib baik tiada pemandu lain di arah bertentangan, jika tidak keadaan mungkin bertambah buruk,” katanya yang tinggal di kawasan itu.
Difahamkan kemalangan misteri sememangnya kerap berlaku di jalan itu dan pernah meragut nyawa seorang wanita mengandung yang dirempuh sebuah kereta ketika melintas pada 2008.
Mangsa yang cedera kemudiannya membuat laporan di Balai Kota Damansara.
Sinar
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka,” katanya.- Bernama
Kedai makan Afrika kena serbu
KUALA LUMPUR – Dua kedai makan yang dimiliki oleh warga Afrika di Desa Aman Puri dan Metro Prima di Kepong di sini akhirnya diserbu Jabatan Imigresen awal pagi semalam.Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan itu seramai 19 warga Nigeria termasuk pekerja kedai makan terbabit ditahan atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
“Warga Afrika itu didapati mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi ada dalam kalangan pekerja dan pelanggannya tidak ada dokumen yang sah telah ditahan,” ujarnya di sini semalam.
Menurut James Musa lagi, seorang pemilik restoran di Metro Prima pula dikesan memasuki negara ini menggunakan pas pelajar namun kemudian berkahwin dengan rakyat tempatan sebelum menjalankan perniagaan tersebut.
“Restoran tersebut sudah dua kali diserbu dan dikesan menukar nama kedai. Mereka biasanya daftar menggunakan nama lain tetapi perniagaan atas nama orang lain pula,” katanya.
Taktik warga Afrika yang menggunakan kesempatan mengahwini wanita tempatan sebelum membuka perniagaan terbukti berlaku di negara ini.
Terdahulu, James Musa memberitahu, 19 lelaki Nigeria itu sebahagian daripada 35 warga asing yang ditahan.
Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 20 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, turut ditahan masing-masing lima lelaki warga Bangladesh dan Myanmar serta enam wanita iaitu empat dari Thailand serta masing-masing seorang dari Uganda dan Indonesia.
Operasi bermula 12 tengah malam itu berakhir pukul 2 pagi tadi.
Kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki sebarang pasport termasuk empat wanita Thailand dipercayai pelacur.
Kosmo
44 ahli parlimen Zimbabwe bersunat
HARARE – Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.
Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. – Agensi
Wanita Malaysia hamil 12 minggu telan 34 pelet heroin
MELBOURNE – Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk “memberi makan anak saya”.Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, “teramat bimbangkan kesihatan bayinya” namun pada masa sama “terdesak” untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age.
Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas.
Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan ‘latihan’ ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380.
Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini.
Peguam bela Moya O’Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, “terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya.”
“Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain,” kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.
Hakim itu berkata “amat menyedihkan” apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya.
O’Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan.
“Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana ‘bagi tindakan yang berisiko seperti ini”, akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata.
Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah “perjuangan” dan dia mahu “beri makan anak saya”.
Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. – Bernama
3 Lagi Artis Sertai Politik
Pelakon yang kini popular dengan drama bersiri ‘Waris’, Hairie Othman dikatakan telah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Turut sama mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Zulkifli Ismail dan pelawak, Leman Raja Lawak 5.
Dipetik daripada potal berita parti ini, Hairie dan Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini.
Atas faktor kesedaran diri membuatkan Hairie terdorong untuk menyertai parti politik tersebut.
Selain itu, beliau mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada karier lakonan namun sanggup menghadapinya.
“Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki adalah Allah ,” jelasnya lagi.
Media Hiburan
Subhanallah! Timun Laut Yang Menakjubkan
Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar. Jika kita perhatikan dari bentuk fizikalnya, ternyata hidupan seperti ini mempunyai satu keunikan yang tersendiri. Bahagian dalamannya menampakkan seperti jantung ataupun saluran usus.
Satu laporan yang disiarkan merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.
“Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit,” kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).
Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter.
p.s: Yang menciptakan, dan yang menghidupkan adalah Allah SWT. Bayangkan tentang kekuasaan Allah SWT yang menciptakan timun laut ini. Ternyata hidupan laut mempunyai ribuan spesis yang adalakanya kita sendiri tidak mengetahuinya.
Sumber: Melayukini
Ikan Hidup Masuk Ke Bahagian Paru-Paru
Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan kanak-kanak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darahnya semakin menurun.
Menurut salah satu media India, kebanyakan kanak-kanak di negara tersebut gemar menelan ikan hidup-hidup saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil dianggap cukup pelik, kerana ikan yang ditelannya masuk ke bahagian paru-paru.
Doktor pakar itu berjaya mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Dr Jhawar mengatakan, ini merupakan kes pertama yang muncul sejak 20 tahun lalu.
p.s: Sama juga kes sebelum ini yang terdapat seorang kanak-kanak yang tertelan ikan puyu apabila ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya. Ada juga kes-kes yang lain dan pernah dipaparkan dalam akhbar harian Kosmo.
Sumber: Melayukini
Perut terburai angkara dendam
SUNGAI PETANI – Malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya apabila mereka menjadi mangsa keadaan selepas bom buatan sendiri yang disyaki ditujukan kepada suaminya meletup hingga menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya putus semalam.Bom yang dihantar sebagai hadiah tersebut dibungkus di dalam bekas sebesar kotak pensel berukuran kira-kira 11 x 24 sentimeter oleh pihak yang disyaki berdendam dengan suami mangsa kerana persaingan perniagaan.
Kejadian mengerikan pada pukul 8.20 pagi itu berlaku ketika Tan Cheng Fang, 48, baru sahaja pulang dari sebuah pasar berdekatan bersama anak saudara lelakinya yang berusia 11 tahun. Cheng Fang merupakan isteri pemilik sebuah kilang membuat mi di sini.
Kosmo
Jadi pelajar untuk melacur
KUALA LUMPUR – Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.
Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.
Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.
Kosmo
Pasar Borong KL dijajah warga asing
KUALA LUMPUR – Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.
Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.
“Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo
500 stesen Esso hilang bisnes
KUALA LUMPUR – Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Kosmo! difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen.
Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak.
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas.
Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso.
Kosmo
No comments:
Post a Comment