Toyota Alphard rempuh lori
28 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Sabariah Senin, 47, bersama suaminya, Zainuddin Bujang, 49, dan anak lelaki mereka, Zaireen Haziq Darwisy, 13, dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Singapura sebelum kenderaan Toyota Alphard yang dipandu Zainuddin hilang kawalan.
Disebabkan itu, kereta tersebut melanggar pembahagi jalan sebelah kanan lalu terbabas, berpusing sehingga memasuki laluan lori di sebelah kiri dan kemudiannya merempuh lori berkenaan sebelum terbalik.
Sabariah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala manakala anak lelaki mereka cedera parah dan patah kaki serta bahu kiri.
Zainuddin pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan, Gan Chin San, 66, bersama kelindannya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mereka masih trauma dengan kejadian itu.
Chin San berkata, dia bersama kelindan dalam perjalanan untuk menghantar barang- barang tersebut ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian dia nampak melalui cermin belakang kereta itu berpusing beberapa kali disusuli bunyi brek kecemasan.
“Saya berhentikan lori di tepi lebuh raya kerana bimbang apabila melihat kereta berkenaan dalam keadaan yang sangat berbahaya.
“Namun kereta itu menghala ke arah kami dan merempuh lori sebelum terbalik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
“Kes ini masih dalam siasatan dan kami meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Mayat bayi bawah meja
28 Jun 2012
Dalam kejadian Isnin lalu kira-kira jam 9 pagi, Mesdi Tiami, 59, baru sahaja hendak memulakan perniagaannya apabila terlihat sebuah beg plastik yang ditutup dengan jaket berada di bawah meja gerainya itu.
“Saya sangka mungkin ada orang yang nak tumpang letak barang, jadi saya biarkan saja. Namun saya hairan kerana sehingga jam 2.30 petang, masih belum ada yang mengambil beg plastik tersebut.
“Saya kemudian tergerak hati melihat isi kandungan beg plastik berwarna hitam itu. Alangkah terkejutnya saya sebaik sahaja terlihat tapak kaki
manusia bersaiz kecil seperti tapak kaki kucing di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mesdi berkata, tambah memilukan apabila bayi tidak berdosa itu dimasukkan ke dalam beg plastik berkenaan dalam keadaan tertonggeng.
Menurutnya, setelah mengamati isi di dalam beg itu, dia mengesyaki jantina bayi berkenaan adalah perempuan dan bertambah yakin setelah disahkan rakannya, Ramlan Yunus, 54, yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Sementara itu, Ramlan berkata, bayi dengan berat hampir tiga kilogram itu didapati sudah tidak bernyawa setelah pemeriksaan dilakukan pihak klinik kesihatan berhampiran.
“Keadaan bayi itu amat menyedihkan, saya sendiri berasa sebak melihatnya. Bukan sahaja dimasukkan dalam keadaan tertonggeng, tali pusatnya juga masih belum dipotong.
“Ada di kalangan penduduk yang berada di tempat kejadian menangis melihat keadaan bayi tersebut,” kata bapa kepada empat anak itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan kejadian berkata, sehingga kini masih tiada lagi tangkapan dilakukan dan pihaknya masih melakukan siasatan untuk mengesan ibu yang melahirkan bayi itu.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Derita 'mandi' debu setiap hari
27 Jun 2012
Pengguna, Abidin Sumiri, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya setiap hari terpaksa berhadapan dengan masalah debu pasir tersebut yang mana boleh
membawa kesan penyakit.
“Amat kesian terutamanya bagi penunggang motosikal seperti saya, kami terpaksa berdepan dengan masalah pencemaran habuk debu pasir secara terus berbanding mereka yang menaiki kereta.
“Ketika cuaca panas debu yang berterbangan semakin ketara. Jika tidak diatasi debu pasir ini boleh mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti asma dan batuk,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, bagi Nurul Huda Mohd Noh, 24, lori yang membawa muatan pasir basah itu turut mengeluarkan air rembesan sehingga menyebabkan setiap kenderaan yang berada di belakang lori tersebut pasti akan kotor.
“Rembesan air pasir yang menitis dari lori yang membawa muatan pasir itu menyebabkan kenderaan kami seperti bermandi lumpur.
“Kami terpaksa cuci semula kenderaan kami walaupun baru sahaja dicuci,” katanya.
Nurul Huda berkata, dia merayu agar pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan bagi mengelakkan masalah tersebut daripada berterusan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat lori membawa muatan pasir sering berulang alik melalui jalan tersebut untuk mengangkut pasir dari kawasan berhampiran.
Laluan tersebut menjadi laluan utama khususnya bagi masyarakat Felda dan kampung berhampiran untuk ke Kota Tinggi.
Kerajaan Negeri peruntukkan RM20 juta perumahan bercampur
28 Jun 2012
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, syarikat perumahan, Sensite Builders Sdn Bhd akan mengendalikan projek perumahan berkenaan bermula awal tahun depan.
“Pulangan terus daripada jualan perumahan ini akan diberikan kepada YIK sebanyak RM4.5 juta daripada keuntungan tanah yang dibangunkan seluas 6.73 hektar. Perumahan kos sederhana ini melibatkan jenis rumah kedai, teres, banglo, semi-D,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara YIK dan Sensite Builders Sdn Bhd di Hotel Grandriverview, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah YIK, Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Pengarah Urusan Sensite Builders Sdn Bhd, Datuk Razali Daud. Projek berkenaan adalah usaha sama syarikat tersebut bagi pembinaan perumahan bercampur di atas Lot PT 2266, Mukim Ulu Sat, Machang,
Jalan Machang-Pasir Puteh dan 50 meter berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan. Ahmad berkata, perumahan bercampur itu berharga dari RM110,000 hingga RM120,000 bagi teres dan paling mahal bagi banglo seunit dari RM220,000.
Menurutnya, projek perumahan itu meliputi sebanyak 177 unit lot bercampur termasuk lapan unit rumah kedai, 16 unit semi-D, 14 unit banglo dan 139 unit rumah teres.
Remaja didakwa bunuh pekerja kilang
28 Jun 2012
Tertuduh, Mohamad Zulfika Mohd Zaki, 19, dari Kampung Laut 1, di sini, menghadapi dakwaan tersebut sehingga menyebabkan kematian Mohd Al-Serendi , 26, pada 11 Jun lalu antara jam 9.30 malam hingga 9.45 malam di Simpang Empat, Kampung Laut 1, Palekbang, di sini.
Mohamad Zulfika kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Salam Yusof.
Tertuduh dilihat mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan. Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes tersebut di mahkamah yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Sinar Harian 13 Jun lalu melaporkan seorang pekerja kilang maut ditikam dengan senjata tajam dipercayai sebilah keris ketika cuba menyelesaikan kes pergaduhan melibatkan saudaranya di Kampung Laut.
Mangsa, Mohd Al - Serenadi ditikam oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun akibat cuba masuk campur menyelesaikan kes saudaranya ditampar berkaitan kejadian menunggang motosikal laju.
Mangsa yang berasal dari Kampung Berlian, di sini, mengalami kecederaan parah di dada kanan akibat terkena tikaman itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tumpat.
Bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit.
Khalwat dengan pembantu kedai
28 Jun 2012
Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasa-ngannya, seorang wanita berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun.
Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu.
Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah emutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang jurujual wanita berumur 19 tahun didenda RM2,500 kerana didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, remaja lelaki berumur 19 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 12.10 pagi pada Februari lalu.
Gadis berasal dari Padang Jambu dan pasangan lelaki dari Balai Besar itu yang masing-masing membuat pengakuan bersalah menjelaskan denda. Kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan
Rakan mati atas pangkuan
27 Jun 2012
Demikian kata Imam Asnawi Ariff, 27, mangsa yang terselamat selepas kereta pacuan empat roda dipandunya terbabit dalam kemalangan yang turut meragut nyawa sahabatnya di Kuala Abang, pagi semalam.
Ketika kejadian, Imam bersama rakannya, Mohd Shukri Salleh, 27, yang juga seorang juruteknik di syarikat Pro Aim Technologies Sdn Bhd beribu pejabat di Kuala Selangor itu dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Rantau Abang untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
Bagaimanapun, selepas melalui satu selekoh di Kilometer 66, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan pantai Kuala Abang, kereta pacuan empat roda dipandu Imam dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu itu, dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh tembok konkrit.
Imam Asnawi cuba menyelamatkan diri selepas keretanya remuk dan menghampiri rakannya yang parah, dengan sebahagian daripada cuping telinganya dikatakan terkopek. Mangsa ketika itu
dilihatnya terbujur kaku di tepi jalan.
“Tanpa berfikir panjang, saya terus menerkam ke arahnya lalu mengangkat kepalanya ke atas riba saya. Ketika itu, saya masih merasakan denyut jantungnya, tapi selepas beberapa kali
mengajarnya mengucap dan saya bertambah cemas apabila dia tidak menunjukkan sebarang reaksi,” katanya.
Mengimbas kembali detik cemas sebelum tragedi, Imam Asnawi yang masih trauma dengan tragedi yang meragut nyawa rakan sekerjanya yang berasal dari Tanjung Karang Selangor itu berkata,
ketika dalam perjalanan, arwah banyak berdiam diri selain turut menghabiskan beberapa batang rokok sebelum tiba di lokasi terbabit.
Katanya, malam sebelum bertolak ke Dungun pula, arwah dikatakan telah menutup telefon bimbitnya dan enggan bercakap dengan sesiapa, biarpun isterinya sendiri yang menghubunginya.
Imam berkata, dia tidak menyangka tingkah laku arwah yang agak pelik berbanding biasa itu satu petanda dia akan menemui ajal dalam tragedi kira-kira jam 9 pagi itu.
“Isterinya yang gagal menghubungi melalui telefon bimbitnya telah menghubungi saya dan meminta untuk bercakap dengan suaminya.
“Bagaimanapun arwah enggan melayan, sebaliknya banyak berdiam diri sehingga kami berdua hampir bergaduh atas tingkah lakunya itu, tak sangka pula hari ni dia akan pergi,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, petang semalam.
Mohd Shukri yang duduk di tempat duduk hadapan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan pihaknya.
Perompak acu parang di leher
28 Jun 2012
Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku selepas 10 minit dia meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.
Menurutnya, anaknya terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan akibat dicederakan perompak terbabit.
“Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan.
“Beg sandang yang digunakan untuk kerja, dua komputer riba, dua telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak,” katanya.
Anaknya, Koshni berkata, dia tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil memegang parang.
Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.
“Saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek.
Mereka juga cederakan tangan saya dan ugut mencederakan leher saya jika tidak tunjuk tempat simpanan barang berharga.
“Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung saya dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan sedikit tenang, saya berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi ibu bapa saya memaklumkan kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, Balasubramaniam adalah mangsa samun kedua semalam, selepas kejadian pertama berlaku di Taman Berlian kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, mangsa pertama adalah M Velo dan isterinya, A Mahaswari yang kerugian RM35,000, apabila wang tunai dan barangan kemas dilarikan perompak.
“Suspek yang memecah masuk dua kediaman ini dipercayai dilakukan empat lelaki menggunakan senjata parang dan menaiki kenderaan jenis Toyota Altis berwarna putih.
“Kes yang berlaku di Taman Berlian akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan, manakala bagi kes di Taman Bukit Pedah disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, berikutan samun mendatangkan kecederaan,” katanya.
Suami isteri disamun RM30,000 oleh tiga lelaki
28 Jun 2012
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Md Nor Mansor berkata ketika kejadian, isteri yang berusia 57 tahun itu berada di tingkat bawah rumah manakala suaminya, 58, sedang mandi di tingkat atas.
Katanya mangsa tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang meluru masuk ke dalam rumah dan bertindak mengacukan parang ke leher mangsa.
"Suami mangsa yang turun ke bawah apabila terdengar bunyi bising turut diacukan parang di lehernya sebelum penyamun itu menggeledah rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Md Nor berkata suspek kemudiannya melarikan diri bersama barang kemas dan
wang tunai RM2,300 yang keseluruhannya berjumlah RM30,000. Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Altis berwarna putih.
Polis kini, katanya giat memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta melaporkan di balai polis berhampiran. - Bernama
Ops Clamping 1 Julai
28 Jun 2012
Yang Dipertuanya, Datuk Asmawi Kasbi berkata, sebagai permulaan kawasan terlibat adalah USJ9, USJ10, SS15 dan SS16 kerana terdapat aduan berkenaan kesalahan trafik dan halangan lalu lintas paling tinggi.
Katanya, operasi sama akan diperluaskan ke kawasan lain pada masa akan datang sekiranya mempunyai keperluan.
“Tindakan diambil sekiranya pemilik meletakkan kenderaan mereka secara dua lapis atau di garisan kuning. Keutamaan akan diambil kira kepada mereka yang meletakkan kenderaan dan menghalang laluan jalan masuk kawasan komersil.
“Jika dikenakan tindakan, pesalah perlu membayar kompaun ‘clamping’ sebanyak RM80 dan sekiranya mereka tidak mengalihkan kenderaan selepas empat jam, MPSJ akan tunda dan pesalah perlu menanggung kos sebanyak RM170,” katanya selepas Mesyuarat Penuh MPSJ, di sini, semalam.
Asmawi berkata, pesalah perlu datang ke ibu pejabat MPSJ untuk membayar kompaun terlebih dahulu sebelum alat kunci tayar dibuka penguatkuasa bertugas di kawasan mereka menghalang lalu lintas.
“Bermula awal tahun hingga Mei lalu, sebanyak 32,669 notis tawaran kompaun (NTK) dikeluarkan kepada pesalah melakukan kesalahan trafik di empat kawasan berkenaan.
“Kenderaan ditunda pada tempoh sama pula adalah sebanyak 824 buah dengan kawasan SS 15 mencatat jumlah tertinggi sebanyak 355 buah, diikuti USJ 10 dengan 227 buah dan SS16 dengan jumlah 211 kenderaan ditunda,” katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ops boleh menghubungi talian 0380264301 atau 0380234245.
Beliau dalam pada itu turut mengumumkan MPSJ dalam proses membeli dua trak tunda baru dalam masa terdekat ini.
Ahli Majlis MBPJ maut kemalangan
27 Jun 2012
Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, kejadian itu berlaku ketika mendiang sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Bukit Kemuning, Shah Alam.
“Setakat ini laporan yang diterima kereta Toyota Avanza yang dipandu mendiang terbabas dan melanggar pokok dia dikejarkan ke Hospital Columbia, Shah Alam sebelum kesnya itu dirujuk di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,”katanya.
Mendiang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah jam 4 pagi selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk tulang belakangnya.
Beliau yang berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Majlis Zon 14 meninggalkan seorang balu dan dua anak.
Nampak kepala rakan terkulai
28 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Hairudin Jaafar, 35, yang ketika itu sedang memandu treler muatan kereta di lebuh raya terserempak dengan kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan sama di hadapannya.
“Saya lihat kenderaan sudah berderet terkandas. Sampai di tempat kemalangan, saya turun dari treler untuk meninjau keadaan mangsa yang ketika itu saya tidak sangka seteruk ini," katanya.
Menurutnya, dia kemudian cuba memanjat ke arah treler yang terbabit kemalangan itu menerusi besi-besi yang sudah remuk.
"Masa itu, saya lihat mangsa masih lagi hidup namun dalam keadaan nazak sambil mengerang menahan kesakitan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.
Hairudin berkata, dalam keadaan gelap dia melihat kepala mangsa sudah terkulai dan bertakup pada papan pemuka kenderaan.
"Manakala, kakinya sudah tersepit. Saya tak mampu buat apa-apa hanya menunggu bomba tiba mengeluarkan mangsa," katanya.
Hairudin berkata, dia kemudian terkejut apabila mendapati mangsa adalah rakannya sedangkan semasa membantu menyelamat, dia langsung tidak sedar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Saad Ramli, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa yang dipercayai perjalanan dari Perak menuju ke Johor Bahru untuk menghantar muatan enam buah kereta, merempuh belakang sebuah treler lain mengakibatkan mangsa tersepit.
Difahamkan, mangsa bertolak dari Grik menuju ke stor tempat kerjanya di Bukit Beruntung, Rawang, sebelum memulakan perjalanan ke Johor Bahru kira-kira 1.30 pagi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Yusof Hussin berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas lebih sejam tersepit.
“Tiga jentera membabitkan 16 anggota dari Balai Bomba Alor Gajah dan Rembau bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
Lelaki Aceh edar dadah ke tali gantung
28 Jun 2012
Ilham Saputra Zainal Abidin, 32, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang, 9 Ogos 2007, di tepi pagar kilang Hamagawa Sdn Bhd, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
“Saya sudah mempertimbangkan seluruh keterangan dalam kes, bahawa saksi pendakwaan mengadakan perbincangan dengan tertuduh melalui telefon untuk urusan jual beli syabu, ada perbincangan mengenai lokasi dan masa.
“Malah tertuduh datang ke lokasi hasil persetujuan itu. Ini menunjukkan tertuduh mengetahui kandungan beg plastik yang dibawanya. Semasa ditangkap, dadah ada dalam pemilikan tertuduh,” katanya.
Menurutnya, keterangan pembelaan tertuduh semasa memberi keterangan secara bersumpah tidak boleh menimbulkan keraguan munasabah.
“Pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan di bawah
Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng
Pelukis trauma disamun
28 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Lim Dang Chii, 31, dikatakan berseorangan di dalam galerinya sebelum seorang lelaki menyelinap masuk dan bertindak mencederakannya.
Difahamkan, penjenayah terbabit turut mengelar leher mangsa menggunakan pisau dan menghentak kepala mangsa beberapa kali ke lantai.
Menurut sumber, mangsa diikat dan dikurung di dalam bilik air galeri berkenaan.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher, selain terpaksa menanggung kerugian apabila beberapa barangan termasuk wang tunai dilarikan suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, suspek berjaya melarikan wang tunai milik mangsa bernilai RM300, satu telefon bimbit dan satu komputer tablet.
“Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dari kurungan dan terus mendapatkan bantuan orang ramai sebelum melaporkan kejadian kepada polis,” katanya.
Kong Meng berkata, mangsa yang mengalami kecederaan teruk dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, Kong Meng berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.
Jaga dituduh bunuh wanita
27 Jun 2012
Mohamad Basri Ayob, 42, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kerana menyebabkan kematian Prihatin Komsari pada 9 Mei lalu.
Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Majistret Muhammad Hidayat Wahab menetapkan 17 Ogos sebagai sebagai tarikh sebutan semula kes selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder Singh bahawa pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat mangsa.
Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan bahawa mayat seorang wanita tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung dalam Sungai Kluang berhampiran kawasan perindustrian Bayan Baru.
Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui kira-kira jam 1.30 petang dengan kesan luka serta calar pada pipi dan bibirnya
Pekerja mengamuk, majikan putus tangan
28 Jun 2012
Kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu mengakibatkan mangsa, berusia 40- an dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki helikopter angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyambung semula tangannya itu, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, mangsa dikatakan bertengkar mulut dengan suspek yang berusia 39 tahun sebelum suspek mencapai parang dan menetak mangsa.
“Mangsa difahamkan gagal mengelak sebelum tangan kirinya ditetak hingga putus.
"Malah serangan suspek itu menyebabkan tulang tangan mangsa patah, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian segera menghubungi polis,” katanya.
Beliau berkata. anggota polis bertindak pantas menahan suspek warga tempatan itu serta merampas sebilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.
Katanya, mangsa yang diberikan rawatan kecemasan oleh doktor bagaimanapun dinasihatkan supaya segera dihantar ke HKL bagi membolehkan pembedahan menyambung tangannya dilakukan.
“Pihak TLDM yang dimaklumkan berhubung kejadian itu kemudian bertindak membuat penerbangan ihsan untuk membantu mangsa kira-kira jam 2 petang,” katanya.
Polis kini menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Kenderaan hempap tuan
27 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.
Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa.
Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi.
“Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman.
“Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya
Panik jumpa 'bom'
27 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 60 tahun yang tinggal bersama anak dan tiga cucu sedang menyiram pokok bunga di laman rumahnya sebelum terlihat objek
berkenaan.
Bimbang objek berkenaan berbahaya dan mungkin meletup, dia segera menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung insiden itu segera ke rumah mangsa untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) turut dikejarkan ke rumah berkenaan bagi memastikan objek tersebut tidak membahayakan penghuni rumah terbabit.
"Kami mendapati dua objek yang tertulis perkataan ‘boom’ itu adalah kabait yang dibalut tebal dengan kertas menyerupai mercun.
“Setakat ini kami masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut memandangkan mengikut siasatan awal, warga emas berkenaan tidak mempunyai musuh di luar sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, Azman berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti siapa dalang yang membaling objek tersebut di kawasan rumah mangsa.
“Kami tidak menolak kemungkinan, objek tersebut me rupakan satu ugutan atau rasa tidak puas hati yang cuba diluahkan pihak tertentu ataupun kerja budak nakal yang sengaja mahu menakutkan keluarga berkenaan.
“Kami akan meneruskan siasatan bagi mengesan motif sebenar kejadian tersebut,” katanya
Lelaki nyaris maut melecur di bahagian badan
28 Jun 2012
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Rizan, 30, yang mengalami lecur di bahagian badan akibat terkena percikkan api berjaya diselamatkan orang ramai.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur tanpa menyedari kediamannya terbakar.
Pegawai Kanan Bomba II, Mohd Isa Zainal berkata, pihaknya yang kebetulan berada di kawasan berhampiran tiba sekitar tiga minit kemudian sejurus menerima panggilan daripada orang awam yang melihat kejadian itu.
Bagaimanapun katanya, ketika itu hampir 70 peratus rumah terbakar apabila api marak menyambar bahagian atap termasuk di bahagian dinding papan.
“Api dapat dikawal sekitar jam 9.23 pagi, tiada kemalangan jiwa berlaku hanya membabitkan kecederaan ringan. “Mangsa dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting dikejarkan ke tempat kejadian yang turut disertai 6 anggota bomba termasuk pegawai bertugas.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami.
No comments:
Post a Comment