Saturday, December 1, 2012

BERSYUKUR DAN MEMADA@ZUHUD DIGALAKKAN DALAM ISLAM...CUMA SUSAH KITA NAK MENGAMALNYA

Perjalanan terakhir lima beranak


ABDULLAH bersama Muhammad Aiman (kiri), ibunya, Ramlah Omar (tengah), Samsiah dan Maisarah(atas pangkuan) dalam
gambar yang dirakamkan ketika Hari Raya Aidilfitri lalu di Felda Air Tawar, 5, Kota Tinggi.


MERSING – Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna jenis Grand Livina yang mereka naiki hilang kawalan dan berpusing sebelum dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Mersing-Endau dekat sini pukul 7.30 pagi semalam.
Mereka yang maut ialah juruteknik, Abdullah M. Yusof, 43; isterinya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Samsiah Maidin, 37; anak mereka, Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah, 4, serta adik kepada Samsiah, Noraini Maidin, 30-an.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Ammar, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Kosmo! Ahad difahamkan, Abdullah sekeluarga bersama sebuah kereta lain dalam perjalanan untuk menghantar adik iparnya, Muhammad Hafiz Maidin, 18, ke tempat belajarnya di Universiti Teknologi Mara, Jengka , Pahang.
Muhammad Hafiz menaiki sebuah kereta lain yang dipandu oleh datuknya, Maidin Mohamad, 66.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Mohd. Nor Rasid berkata, dalam kejadian ngeri itu, kenderaan yang dipandu oleh Abdullah dipercayai hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali di tengah jalan.
“Pada waktu yang sama, sebuah lori tangki dari arah belakang terus melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melekat,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Impak daripada rempuhan itu menyebabkan empat dari lima mangsa maut pada tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

PMBOA sokong naikkan tambang bas 30 peratus

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bersetuju dengan saranan syarikat-syarikat bas agar kerajaan menaikkan tambang sebanyak 30 peratus untuk mengelak mereka mengalami kerugian dan terpaksa menamatkan operasi.
Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan yang dikemukakan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh itu mempunyai asas kukuh kerana pengusaha bas menanggung kos yang tinggi membabitkan penyelengaraan, kos tayar, tol, casis dan gaji pemandu.
Beliau mengulas kenyataan Mohd. Nadzmi baru-baru ini yang mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula struktur tambang bas sebanyak 30 peratus ekoran kos penyelenggaraan dan harian bas yang semakin meningkat.
Mohamad Ashfar berkata, PMBOA telah menghantar satu memorandum mengandungi 15 cadangan pada 30 Julai lepas kepada Kementerian Kewangan untuk perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan polisi pengangkutan awam darat nasional dan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus ekoran kos operasi bas yang semakin meningkat," katanya di sini semalam.
Ujarnya, cadangan berkenaan bertujuan membantu pengusaha bas ekspres dan bas henti-henti serta memastikan kebajikan pekerja terpelihara.
Kali terakhir kerajaan menaikkan tambang bas ialah pada 2008 dan sejak itu industri bas berdepan dengan peningkatan kos.

Guna gunting, kapak rompak mesin ATM



SEORANG pelanggan bank melihat keadaan sebuah mesin ATM yang cuba dipecahkan oleh seorang penjenayah di Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Cubaan seorang penjenayah untuk memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Pasir Mas-Tendong dekat sini gagal apabila tindakannya disedari orang awam semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sepasukan anggota unit peronda bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 pagi.
Menurutnya, suspek dipercayai cuba memecahkan mesin itu menggunakan pisau dan kapak yang dijumpai masih terlekat pada mesin tersebut.
Ujarnya, polis turut menemui sebatang besi kuku kambing, tukul besi dan pemutar skru di atas lantai berhampiran mesin berkenaan.
"Mesin ATM itu mengalami kerosakan teruk namun suspek gagal melarikan wang tunai di dalamnya kerana tidak berjaya membuka salah satu bahagian pada mesin tersebut.
"Rakaman menerusi televisyen litar tertutup mendapati perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang masuk ke bank berkenaan kira-kira pukul 5.50 pagi dengan sebahagian mukanya ditutup," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dua rakan lemas ketika mandi di sungai

KUALA KRAI - Hajat seorang rakan untuk membantu temannya yang tergelincir ke dalam Sungai Durian di sini membawa padah apabila kedua-duanya lemas dihanyutkan arus deras kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Abdul Latif Alias, 6, Muhammad Zarrin Mohd. Amin, 8, dikatakan sedang mandi di sungai tersebut.
Adik kepada Muhammad Zarrin, Muhammad Qiamuddin, 6, yang berada di tebing sungai itu berkata, abangnya cuba menyelamatkan Muhammad Abdul Latif yang tergelincir, namun kedua-duanya dibawa arus.
"Abang cuba tolong apabila Latif jatuh tetapi dia hanyut juga. Bila nampak dua-dua hanyut, saya terus berlari ke pondok (tempat berehat) untuk minta pertolongan," katanya di sini semalam.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu kira-kira 30 meter dari tempat mereka dikatakan terjatuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) di sini.
Jenazah dua rakan karib yang tinggal berjiran itu kemudian disemadikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pondok Sungai Durian, dekat sini kira-kira 9.30 pagi semalam.

Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini



PENGUNJUNG berjalan bawah teduhan yang sebenarnya pokok sayur-sayuran yang lebat berbuah di MAHA 2012, Serdang semalam.


PUTRAJAYA - Jumlah pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 yang bermula pada 23 November lalu kini mencecah 2.3 juta orang.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini yang juga hari terakhir program dan seterusnya mencapai sasaran tiga juta pengunjung.
"Purata sehari pengunjung MAHA 2012 ialah 400,000 orang. Selain pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat dengan bidang agro pertanian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di sini semalam.
Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, kini lebih ramai golongan profesional turut terbabit dalam sektor pertanian dan menjadikan bidang itu satu daripada sumber untuk meraih pendapatan tinggi.
"Ada doktor kini menjadi antara pengeksport utama durian ke China, ada doktor yang menjadi penternak ayam...telah menternak hampir 5,000 ekor ayam kampung...ada juruterbang menjadi penternak kambing.

Rumah tengah lebuh raya dirobohkan


BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000.


BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).
Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.
Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,
Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.
Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. - AFP

Singapura hantar pulang pemandu bas warga China



KIRA-KIRA 100 orang pemandu bas bertindak mogok kerana membantah perubahan waktu kerja yang membuatkan mereka tidak lagi berpeluang untuk mendapat bayaran kerja lebih masa.


SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura akan menghantar pulang 29 orang pemandu bas dari China dan menjatuhkan hukuman kepada lima yang lain kerana mengambil bahagian dalam mogok selama dua hari untuk menuntut gaji serta kondisi kerja lebih baik.
Kementerian Sumber Manusia Singapura dalam satu kenyataan memberitahu, permit kerja 29 orang pemandu bas itu telah dibatalkan, sebelum pegawai imigresen menghantar mereka pulang ke China.
"Mogok ini telah dirancang. Ia mengganggu operasi pengangkutan awam dan mengancam ketenteraman awam," jelas kenyataan tersebut.
Sementara lima lagi pemandu telah ditahan dan akan didakwa atas tuduhan memulakan mogok pada 26 hingga 27 November lalu.
Sekiranya didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penjara selama setahun atau denda sebanyak Sg$2,000 (RM4,978).
Di Singapura, mogok dalam kalangan pekerja perkhidmatan penting seperti pengangkutan awam adalah diharamkan, melainkan mereka sudah memberi notis 14 hari dan memenuhi pelbagai garis panduan lain. - AFP

Stevie Wonder batal persembahan untuk Israel

LOS ANGELES - Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS) yang juga Wakil Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stevie Wonder telah membatalkan persembahan untuk Rakan Tentera Pertahanan Israel (FIDF) selepas beberapa organisasi meminta agar dia tidak meneruskan niat itu.
Penyanyi irama soul berusia 62 tahun itu dijadual mengadakan persembahan pada 6 Disember depan dalam satu majlis mengumpul dana di sini. Majlis tersebut dianjurkan oleh FIDF, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu anggota tentera Isreal dan keluarga mereka.
"Disebabkan oleh situasi semasa di Asia Barat dan hati yang sentiasa ingin melihat dunia ini aman damai, saya tidak akan membuat persembahan pada malam Gala FIDF," jelas Wonder dalam satu kenyataan.
Wonder bagaimanapun menyatakan akan memberi sumbangan kepada badan-badan yang membantu kanak-kanak cacat di Israel dan Palestin.
Menurut kenyataan pihak Kempen AS untuk Menamatkan Serangan Israel, keputusan Wonder itu hadir selepas mendapat tentangan daripada banyak organisasi dan tiga petisyen antarabangsa. - Reuters

Sambal Sunda paling pedas


KATA pemilik restoran, semakin pedas sambal semakin disukai pelanggan.



WULUJING Sumping dipilih sebagai kata-kata aluan yang dipamerkan pada pintu masuk Restoran Cibiuk yang beroperasi di Kajang, Selangor sejak Oktober lalu.
Membawa maksud selamat datang, ia merupakan cawangan pertama Restoran Cibiuk di Malaysia. Setakat ini ia mempunyai 34 cawangan di Indonesia khususnya di sekitar Jakarta dan Bandung.
Cibiuk, nama sebuah perkampungan di Bandung, terkenal dengan masakan orang Sunda terutamanya sambal. Tidak hairanlah jika restoran ini menyajikan 12 jenis sambal yang dibuat mengikut tahap kepedasannya iaitu daripada 1 hingga 12. Pastinya sambal tahap 12 ialah yang paling pedas.
Menurut pengurus restoran, Yasmin Mansor, makanan orang Sunda kurang berkuah.

Cili merah
“Sambal Sunda popular dengan kepedasannya. Peliknya, semakin pedas semakin pelanggan ingin makan. Walaupun berbeza tahap kepedasan, boleh dikatakan kesemua ramuannya terdiri daripada cili hijau, cili merah dan buah mangga,” terang Yasmin.
Selain itu, pisang goreng bersalut keju serta coklat cair turut menjadi tarikan.
“Kita biasa menikmati pisang goreng tetapi tidak pernah mendengar mengenai pisang keju,” katanya.
Air kelapa durian ala Cibiuk pula jangan dilepaskan.
“Buah kelapa akan dipotong kepada dua bahagian tetapi isi serta sabutnya tidak dibuang. Kemudian, minuman ini dicampur bersama seulas durian, aiskrim vanila dan jeli hijau,” cerita Yasmin.
Makanan lain yang disediakan ialah nasi bakar ayam goreng, paket kasterol nasi liwet dan nasi timbel komplit dengan harga kira-kira RM10,” tutur Yasmin.
Menurut seorang pelanggan, Tariq Abdul Jalil, dia teruja menikmati sambal Cibiuk.
“Semakin terasa pedas semakin kita ingin menikmatinya dengan nasi.
“Kegemaran saya ialah nasi timbel komplit kerana ia lengkap dengan nasi, ayam goreng kampung, tauhu bakar dan sup,” katanya.
Bagi Nurhani Husin, dia menyukai nasi yang rasanya seperti pulut.
“Saya juga tertarik dengan pisang goreng keju yang lazat. Jarang sekali pisang goreng dicampurkan dengan keju serta coklat cair tetapi hasilnya cukup menyelerakan,” katanya.
Perkara lain yang menarik mengenai Cibiuk ialah sebahagian besar pekerjanya, daripada pelayan, tukang cuci, tukang masak hinggalah pengurus merupakan pelajar sekolah tahfiz.
Menurut pemilik bersama Cibiuk Malaysia, Faridah Mansor, perkara itu bertujuan mendedahkan pelajar sekolah tahfiz dengan ilmu keduniaan khususnya perniagaan.
“Mereka boleh menguruskan perniagaan dan berdakwah sekali gus,” Faridah berhujah.


KEPEDASAN sambal diukur daripada tahap 1 hingga 12.



Hafal al-Quran
Tutur beliau, setiap pelajar akan bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum diberikan modal permulaan untuk membuka restoran.
Katanya, setakat ini di Cibiuk Malaysia terdapat tiga pelajar tahfiz yang dibawa dari Indonesia.
Bagaimanapun, pada masa hadapan pihaknya akan mengambil pelajar tahfiz di negara ini khususnya di Selangor.
“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan sekolah tahfiz terbabit supaya mereka bercucuk tanam serta menternak ikan dan ayam kampung untuk dibekalkan kepada restoran kami.
“Ini secara tidak langsung menjana ekonomi sekolah terbabit berbanding bergantung kepada yuran pengajian semata-mata,” katanya.
Seorang pelajar tahfiz, Bubun Bunyamin Qomarudin, 19, berkata, dia pada mulanya agak khuatir tidak dapat menyesuaikan diri.
“Perkara ini jarang dibuat orang tetapi lama-kelamaan saya terbiasa. Malah, saya sempat menghafal al-Quran semasa pelanggan tiada,” ujarnya.
Katanya, dia bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 11 malam dengan gaji RM800 sebulan.
“Sebaik sahaja habis bekerja, saya akan menghafal al-Quran termasuk sebelum solat Subuh,” katanya.
Bagi Hasanuddin Nordin, 28, dia agak lambat belajar di sekolah tahfiz jika dilihat pada usianya.
“Dahulu saya jahil malah gagal membaca al-Quran dengan lancar tetapi restoran ini memberi saya peluang bekerja sambil belajar.
“Jika diizinkan Tuhan, saya ingin mengumpulkan modal sebelum menubuhkan sekolah tahfiz di Indonesia menjelang umur 35 tahun,” azamnya.
Lain pula tekad Muhammad Rizal Fadilah, 19, yang berharap dapat membuka sebuah restoran suatu hari nanti. Katanya, restoran itu juga akan menganjurkan program ceramah keagamaan.
“Pelanggan dapat makan dan mendengar kuliah agama sekali gus,” ujarnya.

Berpeluh hirup sup

Rebusan selama empat jam rahsia keenakan Sup Urat Keting UK.





SUP memberi Shahdan 'kuasa' tambahan.


SABUL menunjukkan urat keting mentah.


SATE restoran Sabul tidak kurang sedapnya.


SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.
Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.
Dijana oleh 20 orang pekerja serta 30 buah meja makan, restoran itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari. Suasana di restoran itu sahaja sudah cukup membuatkan pelanggan teruja.
Seakan-akan sebuah kopitiam yang diselangi potret gambar menarik di dinding, hidangan masakannya dibuat secara terbuka.
Mengapa namanya Restoran Sup Urat Ketin?
“Sebenarnya buntu saya memikirkan nama restoran ini. Tiga hari saya tidur lewat kerana ingin mencipta kelainan untuk menarik pelanggan.
“Setelah puas berfikir akhirnya datang ilham. Saya rasa sup keting (‘ketin’ dalam dialek Kelantan) merupakan nama terbaik. Anda pelik mendengar namanya, bukan? Sebenarnya yang pelik itulah yang menjadikan orang tertarik,” katanya ketawa.
Sup keting merupakan salah satu menu makanan popular yang terdapat di restoran milik Sabul.
Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan terutama pada Hari Raya Haji.
Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.
“Saiz keting yang sesuai untuk dibuat sup ialah tiga sentimeter panjang dan satu sentimeter tebal.
“Stok diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari New Zealand dan Australia. Sebanyak 30 kilogram urat keting boleh dimasak di dalam sebuah periuk besar,” katanya.
Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.
Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.
“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.


KONSEP hidangan terbuka merupakan satu lagi tarikan restoran milik Sabul.



Sabul juga berkongsi rahsia menyediakan sup keting yang lazat.
“Ramuan untuk membuat sup keting sama seperti membuat sup tulang, sup ekor dan sup gearbox.
“Rempah ratusnya termasuk jintan, kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang besar, halia dan kayu manis. Semuanya perlu diadun dan direbus bersama selama empat jam.
“Jangan pelik kerana untuk membuatnya perlu ada dua rebusan berbeza, satu rebusan tulang lembu dan satu lagi urat keting bagi membuang lemaknya.
“Apabila telah cukup tempoh rebusan, kedua-dua air rebusan tadi digabungkan sebelum ditambah gula dan garam. Sup ini juga digemari ramai orang Cina,” katanya.
Shahdan Yusof, 29, seorang kontraktor, berpendapat sup keting dapat memberikan beliau tenaga tambahan.
“Saya kerap berpanas di tapak projek, jadi sup keting dapat memberikan saya ‘kuasa’ tambahan. Kebiasaannya saya makan sup ini tiga kali seminggu di sini,” ujarnya.


KIRA-KIRA 500 orang mengunjungi restoran ini setiap hari.



Dengan peluh mengalir di dahi ketika dia menghirup sup dan mengunyah urat keting. Syahil Siadan, 28, ada pendapat sendiri mengenai sup itu.
“Saya berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Kebiasaannya sup keting hanya menjadi menu utama ketika Hari Raya Haji. Kini ia dapat dinikmati setiap hari.
“Saya tidak perlu lagi pulang ke Kelantan kerana di Selangor pun ada sup keting,” katanya berjenaka.

Yatt Hamzah Lebih Cenderung Kepada Aktiviti Dakwah

Posted on the November 30th, 2012 under Artis by admin
Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini. Foto Ihsan Budiey.com
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memberitahu lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

“Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.
“Dari situ juga saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat semasa dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Yatt, dia juga merancang untuk menjelajah ke seluruh Institut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta (IPTA/IPTS) bersama-sama ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka dengan para penuntut universiti pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai bidang lakonan, Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini.
Tambah Yatt, selain soal imejnya bertudung, dia juga lebih cenderung kepada watak yang dapat memberikan ilmu dan pengajaran kepada penonton.
“Saya masih lagi minat berlakon tetapi perlu ada batasan kerana peranan atau sesuatu watak itu perlu bersesuaian dengan imej saya yang bertudung dan batas saya sebagai isteri orang,” jelasnya.
Sementara itu, Yatt memberitahu, dia bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini semakin mudah dan rezeki bertambah apabila bukan sahaja dapat berlakon dan memenuhi program kerohanian tetapi menjadi model untuk busana muslimah.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih,” jelasnya.
mstar

ADAKAH TAK TAHU TUTUP AURAT TU WAJIB...CIAN IBU BAPANYA..KITA ORANG ISLAM PUN TERBABIT....APA TINDAKAN JAKIM

Izzara dilamar Astro


IZZARA AISHAH



CANTIK menawan, meletup macam pisang goreng panas! Siapa lagi kalau bukan Izzara Aishah yang wajahnya tak ubah macam penari gelek. Eh, bukan penari geleklah tapi pelakon Bollywood!
Amboi! Bukan main popular Diva tengok Izzara sejak meletup dengan Vanila Coklat. Tapi akhir-akhir ini macam senyap dan diam seribu bahasa pula si cantik kacukan Pakistan itu.
Jadi, sambil-sambil minum kopi pada petang yang berkabus baru-baru ini, Diva tercerita pasal Izzara dengan seorang teman. Ibarat simbah petrol ke unggun api jadinya, teruslah marak, meriah.
Izzara dengarnya sudah hebat dan bijak pandai. Bukan macam pelakon baharu masa mula-mula nak naik dahulu, pendek kata, sudah besar kepala. Yelah, sudah banyak tawaran besar-besar, setakat panggilan fotografi kecil-kecilan untuk media, payah benar Izzara nak layan.
Mana tak besar kepala, Izzara ini khabarnya tengah panas di stesen Astro. Silap-silap, tak lama lagi ada pengumuman terbaharu pasal Izzara jadi Wajah Eksklusif Astro, kira sama sebaris dengan Elfira Loy, Erra Fazira dan Aaron Azizlah! Kelas kau Izzara, bersaing-sainglah dengan Erra dan Elfira dalam drama Michael Ang nanti, eh! Jangan marah Michael, Diva gurau sahaja.
Jadi, bila sudah masuk Astro, payahlah nak tengok Izzara dalam Samarinda atau Lestary, Diva peminat tegar slot itu.
Diva: Seorang aktres senior suka pandang rendah kepada pelakon baharu. Hello! Awak tu jangan buat muka herot tak bertempat boleh tak?


Golongan Wanita Yang Akan Diseksa Di Neraka

| Selasa, 27 April 2010 | 7 ulasan

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia mampu solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar (keldai) ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan...
Sumber : halaqah.net


Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
- Artikel iluvislam.com

DAH BIASA...MENJADIKAN MEREKA BERANI...SERTA DAH TAK KISAH...MUNGKIN SYAHID MEREKA CARI

Konvoi terakhir

Oleh MARY VICTORIA DASS dan MOHD SAH MUDA
metahad@hmetro.com.my

REMUK... keadaan kereta dan lori tangki yang terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan lima nyawa di kilometer 13 Jalan Mersing-Endau.

REMUK... keadaan kereta dan lori tangki yang terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan lima nyawa di kilometer 13 Jalan Mersing-Endau.
MERSING: “Saya memperlahankan kereta kerana tak nampak kereta dipandu menantu yang mengekori saya. Tak lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga terdekat memberitahu kereta menantu terbabit kemalangan,” kata Maidin Mohamad, 66.
Akibat nahas ngeri di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini, jam 7.30 pagi semalam, Maidin kehilangan dua anak, seorang menantu dan dua cucu.
Ketika kejadian, MPV Nissan Livina dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar ahli keluarga mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.Empat yang maut di tempat kejadian ialah pemandu MPV berkenaan, Abdullah M Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; anak kedua mereka, Maisarah, 4, dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41.

Anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, pula maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Mersing, manakala anak bongsu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya, kini dirawat di unit kecemasan akibat cedera di kepala dan badan.

Rakam gambar tanpa anak bongsu



KOTA TINGGI: “Saya tak sangka kelakuan pelik mereka merakam gambar bersama pada Aidilfitri lalu tanpa kehadiran anak bongsu, Ammar Haziq, 3, petanda mereka empat beranak bakal meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri.
“Ini kerana empat beranak berkenaan maut dalam kemalangan pagi tadi (semalam), manakala Ammar Haziq masih kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Mersing akibat cedera di kepala dan badan,” kata Rafidah M Yusof, 36.

Adik kepada arwah Abdullah M Yusof itu berkata, kali terakhir dia berjumpa abangnya Aidilfitri lalu di rumah keluarga di Blok 19, No 446 Felda Air Tawar 5.
“Saya diberitahu, arwah yang juga anak keempat daripada 10 beradik mengunjungi rumah ibu untuk membaiki lampu minggu lalu.

“Malangnya, saya tak sempat bertemunya kerana ada urusan lain. Tanpa diduga, perjumpaan pada Aidilfitri lalu adalah kali terakhir kami bertemu.

“Apabila dilihat semula gambar keluarganya yang dirakamkan, keempat-empat mereka didapati bergambar bersama kecuali Ammar dan ia mungkin petanda anak bongsu mereka bakal ditinggalkan,” katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 5, di sini, semalam.
Katanya, arwah abangnya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor Bahru dan tinggal di Taman Daiman, Kota Tinggi.

Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa arwah kerana tidak tahu perancangan mereka ke Jengka, Pahang, untuk menghantar adik bongsu kakak iparnya mendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Jam 9 pagi tadi (semalam), kami menerima panggilan menyatakan abang mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

“Lebih mengejutkan apabila diberitahu, kakak ipar yang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Menengah Tun Habab, di sini, dan dua anak mereka turut maut,” katanya.

“Kami pasti merindui arwah kerana sikapnya yang ikhlas, rajin dan gemar membantu adik-beradik serta berharap roh mereka dicucuri rahmat,” katanya.

Katanya, mereka kini berharap Muhammad Ammar yang kini dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pulih secepat mungkin.

Abdullah dan dua anaknya yang meninggal dunia, Muhammad Aiman Syakirin, 8 dan Maisarah, 4, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, manakala jenazah isterinya Samsiah Maidin, 37, dan kakaknya, Noraini, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 3.

Sementara itu, ibu Samsiah, Minah Ismail, 60, berkata, sempena cuti sekolah dia mengajak mangsa sekeluarga menghantar adik bongsu Samsiah yang akan mendaftar masuk ke UITM Jengka, Pahang.

“Bagaimanapun, hasrat kami tidak kesampaian dan terpaksa menguruskan pengebumian jenazah dua anak, seorang menantu dan dua cucu,” katanya.

Jalan licin tak sempat mengelak



MERSING: Keadaan jalan licin selepas hujan dipercayai menyebabkan pemandu lori tangki minyak sawit tidak mampu mengelak atau memberhentikan kenderaan itu sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas ke laluan bertentangan dalam kemalangan maut membabitkan lima sekeluarga manakala seorang lagi parah di Kilometer 13 Jalan Endau - Mersing, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, kereta dinaiki enam sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar ahli keluarga mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.

Empat yang maut di lokasi ialah Abdullah M Yusof, 43, isterinya; Samsiah Maidin, 37; anak keduanya, Maisarah, 4, dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41.
Anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, pula maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Mersing, manakala anak bongsu pasangan itu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya kini mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital sama akibat cedera di kepala dan badan.

Pemandu lori tangki terbabit, Azhar Mohd Othman, 29, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor Bahru untuk menghantar minyak sawit dari arah Endau.

“Tiba-tiba saya dapati kereta itu hilang kawalan lalu melintang di depan laluan saya. Saya cuba mengelak namun gagal, menyebabkan kenderaan saya merempuh MPV itu.
“Saya tak mampu buat apa-apa kerana kereta yang menuruni bukit itu dalam keadaan laju, sedangkan saya memandu lori menaiki bukit dan akibat pertembungan itu, MPV berkenaan melekat di depan lori.

“Saya keluar dari lori dan mendapati mereka parah sebelum saya menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, siasatan awal mendapati MPV dipandu Abdullah dalam perjalanan ke Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi iaitu kawasan berbukit, kenderaan arwah Abdullah yang menuruni bukit dipercayai hilang kawalan, menyebabkan MPV dipandunya berpusing dan melintang di laluan bertentangan,” katanya.

Bermain di zon maut


MUSNAH... kesan serangan Israel di kawasan sempadan dipinggir Bandar Khuza’a yang dikenali sebagai zon maut.
MUSNAH... kesan serangan Israel di kawasan sempadan dipinggir Bandar Khuza’a yang dikenali sebagai zon maut.
GAZA: Puluhan kanak-kanak dan remaja Gaza tidak langsung gentar pada ancaman penembak hendap tentera Israel apabila didapati menceroboh masuk dan bermain di kawasan maut dikenali sebagai zon bunuh.
Kawasan berhampiran Khuza’a di selatan Tebing Gaza itu digeruni penduduk berikutan beratus mangsa maut akibat ditembak dari jarak jauh oleh tentera Israel yang mengawasi kawasan itu 24 jam setiap hari.
Difahamkan, pasukan penembak hendap Israel ini bersembunyi di dalam beberapa kubu konkrit yang dibina di sekitar kawasan lapang itu yang dianggap subur untuk pertanian.

Wartawan dan jurugambar Harian Metro yang secara tidak sengaja memasuki kawasan itu semalam, mendapati lima tembok konkrit milik Zionis setinggi lebih tujuh meter diletakkan di kawasan itu.

Malah, sebuah rumah batu milik penduduk yang terletak 200 meter dari tembok konkrit itu menyembah bumi selepas dihujani roket jet pejuang F-16 tentera Israel dalam serangan terbaru 19 November lalu.

23 mayat baru ditemui



GAZA: Jumlah sebenar kematian di Tebing Gaza akibat tindakan ketenteraan Zionis dilaporkan meningkat kepada 185 mangsa berbanding angka 162 yang dilaporkan sebelum ini.
Pengarah Perhubungan Luar Kementerian Pendidikan Palestin yang juga jurubahasa kepada Presiden Palestin, Ahmad Annajar berkata, statistik terbaru itu diperoleh selepas ramai lagi mangsa ditemui mati akibat kekejaman Zionis.

Menurutnya, kebanyakan mangsa, termasuk kanak-kanak, tidak sempat lari menyelamatkan diri ketika tentera Zionis melakukan serangan roket atau peluru berpandu pada waktu lewat malam atau awal pagi.
“Sebelum ini data merekodkan sebanyak 162 warga Palestin di Gaza terbunuh membabitkan 42 kanak-kanak selain 11 wanita dan 18 warga emas.

“Bagaimanapun, ada mayat mangsa baru ditemui sejak gencatan senjata dikuatkuasakan bermula 22 November lalu.

“Kebanyakan mangsa ditemui tertimbus ketika kerja pembersihan dan memindahkan runtuhan bangunan dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ahmad berkata, tentera Yahudi disifatkan bacul apabila menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran roket dalam serangan itu. “Malah, serangan dilakukan Yahudi pada lewat malam turut disasarkan ke lokasi strategik seperti pejabat perdana menteri, puluhan balai polis, sekolah, jambatan termasuk pejabat yang menjadi pusat pengamal media tempatan.

“Mereka turut cuba menghalau dan menjajah kawasan di utara Gaza apabila menggugurkan risalah dari udara dengan tujuan memaksa penduduk meninggalkan rumah masing-masing di Beit Lahiya, Beit Hanoun dan Atatra jika tidak mahu dibom,” katanya.
Sementara itu, seorang warga Gaza, Hameed Azez, 55, mendakwa masih dalam keadaan trauma dan tidak selamat walaupun genjatan senjata antara tentera Israel dan Palestin dikuatkuasakan.

Menurutnya, ancaman tentera Israel masih berterusan selepas mereka diarah meninggalkan rumah melalui siaran radio milik Israel.

Dia yang tinggal di kawasan Atatra bersama dua anaknya bimbang akan dibunuh askar Israel jika arahan gila itu tidak dipatuhi.

“Mereka cuba menghalau saya dari rumah dan tanah milik kami. Ke mana saya harus lari dan berlindung? “Semoga Zionis terus dilaknat Allah SWT. Saya lebih rela mati daripada meninggalkan tanah suci ini dengan mengikut telunjuk Yahudi,” katanya. Menurutnya, tindakan Israel menghalau penduduk Gaza di kawasan utara Gaza itu pernah berlaku pada Disember 2008.

“Israel menggunakan kereta kebal untuk menyerang perkampungan ini sebelum membunuh 40 penghuni yang berdegil enggan berpindah,” katanya.

Mahu bina 3,000 penempatan baru



BAITULMAQDIS: Beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi untuk mengsiytihar negara Palestin, Israel memberi maklum balas dengan mengumumkan untuk membina 3,000 kediaman penempatan baru di Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur semalam.
Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, kerajaan Yahudi turut memutuskan untuk mempercepat rancangan membina ribuan kediaman di kawasan sensitif berhampiran Baitulmaqdis yang dikatakan pengkritik akan membunuh harapan rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka. Keputusan itu dibuat apabila Perhimpunan Agung PBB dengan jelas bersedia meningkatkan status rakyat Palestin di badan dunia itu kepada ‘negara bukan anggota’ memberi tamparan hebat kepada negara Zionis itu. Keputusan itu disokong 138 negara, sembilan menentang, manakala 41 anggota lagi berkecuali tindakan yang mendedahkan peminggiran diplomatik Israel yang kian meningkat. Pegawai Israel sebelum itu mengaku keputusan itu menunjukkan “hubungan diplomasi yang gagal” dan memberi amaran tindakan akibat daripada keputusan itu.

Rancangan untuk membina ribuan kediaman penempatan baru akan dijalankan susulan pengiktirafan negara Palestin dan prospek membina di kawasan dikenali sebagai E-1 yang terletak dekat Baitulmaqdis dan Tebing Barat dilihat sebagai perubahan dalam permainan negara Yahudi itu. - Reuters



Dimalukan dek telefon bimbit

Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat tidak puas hati telefon bimbit anaknya hilang, seorang ibu bertindak ganas dengan membelasah rakan anaknya berusia 16 tahun, malah mangsa turut diaibkan di depan rumah wanita itu di Bandar Tasik Selatan, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa, pelajar perempuan tingkatan empat, menumpang di rumah rakannya pada malam 26 November lalu kerana sama-sama mengikuti kem akademik selama tiga hari bermula esoknya.

Sumber polis berkata, ketika mangsa menumpang di rumah itu, ibu rakannya melayan dia dengan baik dan keesokannya ketika bersiap untuk ke kem berkenaan, rakannya mengadu telefon bimbitnya hilang.
Katanya, selepas puas mencari di rumah, mereka membuat keputusan untuk ke kem dulu dengan dihantar ibu rakannya.

“Sekembali dari kem, mangsa dan rakannya sebaik sampai di rumah, wanita berkenaan menyoal mengenai telefon bimbit anaknya dan mangsa menyatakan tidak tahu apa-apa.

“Wanita berkenaan yang menyangka mangsa mencuri telefon bimbit anaknya tiba-tiba bertindak agresif apabila mula menampar sebelum mengugut mengupah orang untuk merogol mangsa,” katanya, semalam.
Beliau berkata, wanita itu turut menarik kain dipakai mangsa, malah cuba membogelkan remaja itu di depan rumahnya selain ditendang.

Katanya, rakan mangsa yang percaya mangsa tidak mencuri telefon bimbitnya cuba menolong menyelamatkannya daripada ibunya sebelum diselamatkan ibu saudara mangsa.
Susulan kejadian itu, mangsa dengan ditemani ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan lanjut.

Ajal selamat kawan

Laporan dan foto ROHAIDA OMAR
metahad@hmetro.com.my

SEBAK...ahli keluarga Muhammad Zarrin menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan.
SEBAK...ahli keluarga Muhammad Zarrin menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan.
KUALA KRAI: Memilukan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang cuba menyelamatkan rakannya berusia enam tahun daripada lemas turut menerima nasib sama di Sungai Durian, berdekatan Pondok Sungai Durian, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, Muhammad Zarrin Mohd Amin pada mula mandi bersama Muhammad Abdul Latif Alias di Sungai Durian, di sini. Bagaimanapun, tiba-tiba Abdul Latif dihanyutkan arus deras, menyebabkan Zarrin cuba menyelamatkannya.

Bagaimanapun, cubaan Zarrin menarik rakannya gagal, malah dia turut dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam.
Kejadian disaksikan adik Zarrin, Muhammad Qiamuddin, 6, lalu segera memaklumkan seorang penduduk kampung yang juga anggota bomba sebelum terjun ke sungai dan berjaya menemui mangsa beberapa minit kemudian.

Kedua-dua mangsa, yang belajar di Sekolah Pondok Sungai Durian dan bakal memasuki tahun satu tahun depan, dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) dengan sebuah kereta penduduk kampung, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 7 malam.

Jenazah dua sahabat dari Sungai Durian, di sini, dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Sungai Durian jam 9.30 pagi semalam.
Menurut Qiamuddin, ketika abang dan rakannya mandi, dia hanya duduk di tebing sungai.

“Saya nampak Latif lemas dan abang cuba bantu, tapi dia terus tenggelam.
“Saya beritahu kejadian itu kepada seorang pak cik (penduduk kampung yang juga anggota bomba), dan dia terjun ke sungai dan dapat cari (menemui) abang serta rakannya. Selepas itu mereka dibawa ke hospital,” katanya yang sedih selepas mendapat tahu abangnya meninggal dunia.

Kakak sulung Muhammad Zarrin, Nur Hidayah, 24, pula berkata, arwah rapat dengan Latif serta sering bermain bersama.

“Arwah tidak menunjukkan perubahan. Jika ada sekalipun, mungkin kami tak perasan sebab arwah sentiasa aktif dan periang. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, bapa Abdul Latif, Alias Mamat, 43, ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia berada di anjung rumah dan mengasah parang sebelum didatangi jiran memaklumkan anaknya lemas.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut dan reda dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdul Rahman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah.

Tiga pengemis asing dicekup

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Pakistan sanggup memanjat tembok pembahagi jalan menyorok dalam semak bagi mengelak ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor di Persiaran Jubli Perak, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita berusia 44 tahun itu ditahan dalam Ops Sedekah bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari kelmarin.

Turut ditahan dua lagi wanita warga Pakistan berusia 44 dan 57 tahun yang mengemis di kawasan itu.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, mereka ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan.

Dalam operasi terbabit, anggota imigresen turut merampas wang tunai berjumlah RM182.20 dan 20 pek tisu daripada ketiga-tiga wanita terbabit.

“Kita percaya kegiatan mengemis itu didalangi sindiket tertentu,” katanya.
Mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan disiasat mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu syarat pengeluaran pas lawatan sosial yang melarang mereka daripada terbabit dalam semua bentuk pekerjaan ketika di Malaysia.

Ditahan selepas beberapa minit kebas tabung wang



SERDANG: Seorang lelaki yang disyaki melarikan tabung wang derma untuk kanak-kanak spastik dari sebuah klinik di Jalan Kenari, Puchong, di sini, berjaya ditahan beberapa minit kemudian, kelmarin.
Difahamkan, seorang orang awam yang menyedari lelaki terbabit mengambil tabung berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, berdasarkan makluman itu, dua anggota peronda segera mengesan kereta suspek.
“Pemeriksaan polis menemui kereta dipandu suspek di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Kedua-dua anggota terbabit menahan suspek untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan menemui tabung derma terbabit di bahagian but kereta. Polis kemudian membawa suspek ke Balai Polis Puchong Jaya,” katanya.

Abd Razak berkata, siasatan lanjut turut menemui kad pengenalan dan kad ATM milik seorang wanita yang diletakkan dalam dompet milik suspek.
Menurutnya, polis juga mendapati kad pengenalan berkenaan milik seorang mangsa samun di Taman Murni, Cheras.

Malah, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun dan dia ditahan reman bagi siasatan selanjutnya.

Gerudi peti besi

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my

JASIN: Licik apabila selain memotong kabel kamera litar tertutup (CCTV) di siling, penjenayah dikatakan menebuk lubang pada peti besi menggunakan mesin gerudi untuk melarikan wang RM10,000 dari sebuah kilang pembekal buah-buahan di sekitar daerah ini, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, dua suspek tidak bertopeng sebelum itu memanjat siling untuk ke pejabat utama di tingkat atas premis berkenaan dan mengumpil pintunya bagi membolehkan mereka menyusup masuk.

Penyamun itu dipercayai mengambil masa tiga jam untuk melakukan kerja berkenaan sebelum ia disedari pengawal keselamatan kilang terbabit, jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pengurus premis berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan siasatan awal, pengawal keselamatan mendakwa ternampak individu memanjat bumbung dan segera mengejutkan pekerja yang tidur.

4 madu 3 bangsa

Laporan dan foto AHMAD ISMAIL
metahad@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Negara ketika itu dalam keadaan darurat (1948) dan lewat mendapat zuriat antara sebab isteri pertama Allahyarham Ismail Abdul Hamid, yang hanya dikenali sebagai Tuminah, membenarkan suaminya bernikah dengan tiga lagi wanita, termasuk seorang Cina dan India.
Keadaan semakin mendesak apabila Ismail kerap berjauhan dengan isteri kerana bertugas di daerah lain, termasuk Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Menceritakan pengorbanan isteri pertama Ismail, sepupu arwah Tuminah, Rubiah Mahlan, 59, berkata ketika mereka masih muda, dia hairan bagaimana sepupunya sanggup membenarkan suaminya bernikah lain.

Bagaimanapun, katanya, selepas mendengar penjelasan arwah Tuminah, baru dia sedar pengorbanan besar wanita itu.

Katanya, seperti wanita lain, Tuminah sukar hidup bermadu, inikan pula seramai tiga orang membabitkan tiga bangsa di negara ini.

Pandai Hokkien pikat cinta Swee Ah Lan



JOHOR BAHRU: Kepetahan Ismail Abdul Hamid bertutur bahasa Hokkien berjaya memikat hati Swee Ah Lan atau Jamaliah Abdullah sebelum menjadi isteri kedua bekas anggota Special Constable (SC) itu.
Hubungan cinta itu terjalin ketika gadis Cina berusia belasan tahun itu bekerja di sebuah kopitiam di Kluang yang kerap menjadi tempat Ismail bersarapan pagi ketika bertugas di daerah berkenaan pada 1956.

“Ketika itu, arwah bapa bertugas sebagai SC di balai polis berhampiran. “Antara sarapan kegemarannya ialah kopi O dan roti bakar serta sering memuji kopi disediakan ibu sedap dalam bahasa Hokkien.
“Ibu berkata, bermula dengan usik mengusik, akhirnya mereka bercinta, namun berdepan masalah berikutan berbeza budaya dan agama,” kata anak Jamaliah, 64, Mohamad Ismail, 49, ketika ditemui di rumahnya di Ulu Tiram, dekat sini.

Mohamad berkata, selepas bersetuju menjadi isteri kedua, arwah bapa terus bertemu keluarga ibu atau lebih tepat, nenek dan datuknya untuk mendapat izin mendirikan rumah tangga.

Katanya, pada mulanya permintaan itu ditolak, namun arwah bapanya tidak berputus asa dan mengulangi kunjungan hinggalah mereka bersetuju, dua tahun kemudian.
“Mungkin disebabkan petah berbahasa Hokkien dan tidak mudah berputus asa menyebabkan hati nenek dan datuk terbuka untuk memberikan kebenaran.

“Namun yang pasti, arwah bapa tidak pernah menyembunyikan hakikat dia mempunyai seorang isteri Melayu di Batu Pahat.
“Selepas mendirikan rumah tangga, kejutan paling besar diterima ibu ialah kehadiran madunya, arwah Tuminah yang berkunjung ke rumah sewa mereka di bandar Kluang dan memaklumkan, arwah Ismail tidak menyembunyikan perkahwinan barunya.

“Menerusi pertemuan pertama itu, arwah Tuminah memberitahu dia rela bermadu disebabkan bimbang makan minum suami tidak terjaga kerana dia berada di Batu Pahat, selain mengelak hubungan sulit,” katanya.

Menurutnya, syarat arwah Tuminah hanya meminta suaminya berlaku adil dan selepas pertemuan itu, hubungan mereka semakin erat dan sering belajar antara satu sama lain.

“Bukan mudah menjadi isteri kedua, inikan pula ibu berbangsa Cina, namun arwah bapa dan ibu tiri, arwah Tuminah banyak membantu hingga ibu seakan-akan dilahirkan sebagai seorang Islam,” katanya.

Kata Jamaliah, arwah bapanya bijak mengatur jadual mengikut giliran bagi membolehkan semua isterinya mempelajari masakan dan minuman kegemarannya.

“Walaupun saya anak tunggal, saya gembira mempunyai ramai adik-beradik daripada ibu lain dan hubungan kami erat kerana arwah bapa sering mengumpulkan kami sejak kecil,” katanya yang kini bekerja di syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, walaupun bapanya meninggal dunia akibat asma tiga tahun lalu, semua warisnya masih berkumpul sekurang-kurangnya sekali setahun.

Umpan resipi kari



MUAR: Ikhlas memberi nasihat dan boleh bertutur Tamil antara sebab ibu bapa Sabariah Md Som @ Abdullah, 62, atau nama sebenarnya R Kumari membenarkan Ismail Abdul Hamid menjadikan anak perempuan tunggal mereka sebagai isteri ketiganya.
Mengimbau pertemuan dengan suaminya, Sabariah berkata, ketika itu Ismail bertugas sebagai Special Constable (SC) di sekitar Ladang Middleton Jalan Renggam, Kluang, dekat sini, dan sering masuk ke ladang getah tempat ibu bapanya bekerja.

“Ketika itu, saya berusia awal 20-an dan membantu ibu bapa menoreh di ladang serta kerap melihat anggota SC meronda untuk menjaga keselamatan.
“Antara anggota SC bertugas, arwah paling rapat dengan penoreh getah kerana dia boleh bertutur dalam bahasa Tamil, menyebabkan kami menyenangi kehadirannya.

“Nasihat arwah supaya berhati-hati dan jangan menoreh getah kerana kawasan itu ramai pengganas komunis memberi kesan mendalam kepada kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Selain itu, katanya, tindakan arwah Ismail memberikan tip cara menanam sirih dengan betul serta pandai memasak kari menimbulkan bibit cinta mereka.
Sabariah berkata, selepas beberapa bulan bercinta, akhirnya arwah meluahkan perasaan ingin memperisterikannya, menyebabkan dia terkejut.

“Arwah jenis berterus terang. Dia beritahu sudah ada dua isteri, masing-masing seorang Melayu dan Cina.
“Saya tanya mengapa dia mahu tambah isteri dan tidak menyangka jawapannya mudah, iaitu dia mahukan zuriat yang ramai daripada isteri pelbagai bangsa. Dia juga beritahu akan menguruskan soal keizinan daripada dua isterinya yang lain.

“Selepas bersetuju, dia meminta izin ibu bapa saya dan sebaik bernikah pada 1959, pihak pengurusan Ladang Middleton membenarkan kami tinggal di sebuah kuarters,” katanya.

Menurutnya, arwah bersikap adil dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Begitupun, katanya, suaminya tidak pernah memutuskan silaturahim dengan keluarga, selain pulang menziarahi keluarga ketika Deepavali atau majlis pengebumian.

Katanya, keadaan itu menyebabkan keluarganya tidak terasa kehilangannya dan selepas ibu bapanya meninggal dunia 20 tahun kemudian, mereka berpindah ke Simpang Renggam sebelum dikurniakan tiga anak lelaki, Abd Rahman, 36; Hussain, 39, dan Fairol, 46, yang semuanya sudah berumah tangga.

“Hidup bermadu memang sukar kerana perlu berkongsi kasih, namun saya bersyukur arwah bijak membahagi masa, selain dua madu membantu.

“Malah, ketika dia menyatakan hasrat untuk bernikah dengan isteri keempat pada 1961, saya tidak menghalang kerana tahu dia mampu berlaku adil.

“Walaupun kami tinggal berasingan, arwah sering menemukan empat madu dan meminta kami bertukar ‘tradisi’ masing-masing dan hasilnya saya boleh memasak makanan Melayu dan Cina, manakala isteri berbangsa lain boleh masak makanan India seperti kari,” katanya.

Menurutnya, walaupun suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu kerana menghidap asma, semua waris arwah tetap berkumpul sekurang-kurangnya setahun sekali di rumah madu keempat bagi mengeratkan silaturahim.

Empat hari seminggu tak makan



LONDON: Seorang ibu dua anak yang menjadi miskin selepas kehilangan pekerjaan mendedahkan langkah paling terdesak terpaksa diambil untuk mengelakkan kediamannya daripada dijual.
Pekerja taska, Vickie Robins, 31, mendedahkan dia terpaksa menahan lapar selama beberapa hari supaya dua anak lelakinya, Blake, 3, dan Thomas, 18 bulan, dapat makan dengan secukupnya. Dia sudah hilang 12 kilogram sejak beberapa bulan lalu dan keadaannya sangat lemah serta kerap pengsan di taska tempat dia bekerja secara sambilan. Doktor memberi amaran, dia mungkin berdepan serangan jantung kerana tertekan memikirkan kehidupannya. Vickie dari Quedgeley, Gloucestershire, turut mengambil langkah terdesak dengan menyembunyikan permainan anak supaya mereka boleh mendapat hadiah ketika perayaan Krismas.

“Saya tidak makan selama empat hari dalam seminggu supaya anak saya mendapat cukup makanan,” katanya.
“Suami saya Matthew terpaksa menjual semua barang yang kami ada, termasuk pakaian, barang kemas dan permainan anak. “Kami tidak memasang pemanas di rumah dan hampir kehilangan kediaman ini. Hubungan kami juga semakin tegang,” katanya.

Keluarga Vickie jadi miskin apabila wanita itu hilang pekerjaan sebagai petugas pusat jagaan yang membolehkannya meraih 22,000 pound (RM107,800) setahun pada September tahun lalu. Suami isteri itu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak 1,400 pound (RM6,860) daripada kerja sambilan. Matthew bekerja 40 jam seminggu sebagai tukang kebun dan Vickie bertugas 30 jam seminggu di taska.

Mereka membelanjakan 900 pound (RM4,410) untuk ansuran rumah dan bakinya untuk membayar cukai majlis perbandaran, pusat jagaan kanak-kanak dan bil. - DM

Profesor dipanah dalam kelas



ANGGOTA polis lengkap bersenjata bersedia untuk menangkap suspek semalam.
ANGGOTA polis lengkap bersenjata bersedia untuk menangkap suspek semalam.
CASPER (Wyoming): Seorang lelaki yang membawa senjata tajam dipercayai busur dan anak panah membunuh dua orang, termasuk seorang profesor kolej dalam kelas Sains sebelum membunuh dirinya semalam.
Sebelum itu, suspek turut membunuh seorang wanita yang memakai pijama di jalan raya dekat kampus kolej itu. Ketua Polis Casper, Chris Walsh berkata, profesor lelaki itu dan suspek ditemui mati dalam kelas di Pusat Sains Fizikal kolej komuniti berkenaan kira-kira jam 9 pagi, lapor akhbar Casper Star-Tribune. Akhbar itu turut melaporkan seorang pelajar wanita melihat pembunuh itu memanah seorang profesor sebelum menikamnya dengan senjata tajam berulang kali.

Polis percaya ketiga-tiga mangsa mempunyai kaitan, tetapi serangan tidak berkaitan dengan kolej itu. Pembunuh juga bukan pelajar di kolej terbabit yang dikenakan kawalan ketat hingga tengah hari ekoran kejadian itu.
Polis berkata, pihaknya dihubungi supaya bergegas ke Kolej Casper kira-kira jam 9 pagi bagi menangani kejadian itu.

“Terdapat tiga kematian disahkan di dua kawasan berasingan di tempat kejadian. Seorang mangsa adalah kakitangan kolej,” kata polis dalam satu kenyataan. - FN

BILA HUDUD DIABAI...CAKAP BERAPI2 NAK MEMPERTAHAKAN ISLAM...DOK SEMBANG JE LAH...

Upah ‘bapa ayam’ RM450

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bermodalkan bayaran RM450 sebagai upah khidmat orang tengah, satu sindiket pelacuran dikesan boleh menghubungkan lelaki hidung belang dengan pelacur kelas atasan, termasuk pelajar dan wanita daripada golongan profesional di negara ini.
Difahamkan, kebanyakan pelanggan bagi khidmat orang tengah itu membabitkan golongan kenamaan dan kaya berikutan wanita berkenaan menerima bayaran sebagai gadis pengiring antara RM1,200 hingga RM4,500 untuk langganan selama satu hingga enam jam.

Berdasarkan siasatan Metro Ahad, khidmat sebagai orang tengah itu diatur melalui sebuah laman web sosial yang menawarkan khidmat gadis pengiring dan difahamkan turut menarik perhatian pelanggan dari Singapura.
Wartawan cuba berhubung dengan orang tengah berkenaan melalui e-mel, dan maklum balas diterima menyatakan jika bayaran upah diterima, mereka akan menyertakan gambar gadis pengiring berkenaan.

“Saya ada lebih 40 kenalan gadis freelance (sambilan), ada seorang gadis Cina belajar di kolej, dua pelajar kolej Melayu, seorang campuran Melayu-Cina, bakinya gadis tempatan Cina dan Melayu.

“Bayar saya RM450, saya beri semua senarai nombor contact (kenalan), atau RM300 untuk 20 contact saja. Semuanya freelance di Kuala Lumpur dan Selangor,” kata orang tengah dalam e-mel itu.
Wartawan turut difahamkan, mereka membantu pelanggan berhubung dengan wanita terbabit dan bayaran boleh dilakukan melalui pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) atau transaksi Internet.

Orang tengah itu juga akan membantu jika nombor telefon bimbit wanita terbabit bertukar untuk mendapatkan nombor baru bagi mengelak perbuatan itu dihidu pihak berkuasa.
Sementara ini, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan jenayah pelacuran bagi mengelak ia menjadi lebih serius.

“Sebelum ini, polis sering membuat tangkapan terhadap wanita yang menjadi gadis pengiring (escort), tapi kebanyakannya membabitkan wanita yang bekerja biasa, bukan di kalangan profesional.

“Apapun, kita akan membuat siasatan dan bertindak dengan segera,” katanya.

Jalil berkata, polis memandang serius masalah pelacuran yang berlaku dan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut.

“Kita akan lakukan lebih banyak operasi lagi untuk menutup semua ruang mereka (sindiket) melakukan jenayah,” katanya.

Disimbah asid selepas merogol

Posted on the December 1st, 2012 under Tempatan by admin

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki melecur di kedua-dua belah paha berdekatan kemaluannya akibat disimbah sejenis cecair disyaki asid oleh sekumpulan lelaki selepas didakwa memperkosa seorang kenalan Facebook di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di sini minggu lalu.
Sebelum kejadian pada pukul 10 malam kelmarin, pemuda berusia 18 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di pusat bandar ini sebelum dihampiri lebih tiga pemuda dipercayai ahli keluarga mangsa rogol yang dipercayai marah dengan perbuatan mangsa.
Ketika dihampiri kumpulan pemuda berkenaan, mangsa tidak sempat melarikan diri menyebabkan kedua-dua pahanya melecur 20 peratus akibat disimbah cecair dipercayai asid yang belum diketahui jenisnya.

Kejadian itu dipercayai bermotifkan dendam susulan seorang gadis berusia 16 tahun didakwa diperkosa remaja terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook beberapa bulan lalu sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, ekoran kejadian itu polis sehingga semalam sudah menahan enam suspek termasuk ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa rogol di beberapa lokasi di sini.
Menurut beliau, sebelum ini polis menerima laporan daripada gadis terbabit yang mendakwa dirogol di sebuah pusat beli-belah oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook.
Mohd. Nasir memberitahu, polis turut menahan mangsa disimbah asid itu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Kosmo

Suspek samun, rogol diburu

Posted on the November 29th, 2012 under Tempatan by admin


IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu.
KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.
Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.
“Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.
Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.
Kosmo

Kes Rogol, Bunuh Menggemparkan Penduduk Marudu

Posted on the November 28th, 2012 under Tempatan by admin


KOTA KINABALU- Polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan kes rogol dan pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kota Matudu, Sabah.
Suspek, merupakan warga asing yang mengendalikan sebuah kedai perabot ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi Selasa selepas mayat Norikoh Saliwah ditemui dibuang di tepi jalan dekat Kampung Ranau pada kira-kira pukul 12.40 petang pada Ahad, kira-kira 2 kilometer dari bandar Kota Marudu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Assiten Superitendan Kamaruddin Sulaiman mengesahkan penangkapan itu berkata, polis percaya budak perempuan itu dirogol dan dibunuh.

“Kami sedang menyoal siasat suspek,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai kes yang mencetuskan kemarahan penduduk di Kota Marudu.
Menurut rakan-rakan dan keluarga mangsa, gadis itu kali terakhir dilihat pergi ke kedai perabot bersama kakak dan sepupu mereka.
Kakak dan sepupu dikatakan meninggalkannya di kedai kerana mangsa pergi untuk melihat perabot di tingkat atas kedai.
Ia adalah kali terakhir gadis itu dilihat oleh kakak dan sepupunya yang hanya menyedari dia pada tengah hari Ahad.
Polis, yang pada mulanya menjumpai mayat di tepi jalan, mengesyaki dia menjadi mangsa langgar lari. – The Star
NOTA: Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.
Mynewshub

Jurujual dirompak, dirogol di Kemaman

Posted on the December 3rd, 2012 under Tempatan by admin
KEMAMAN – Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. – Bernama

ADAKAH HUKUM CIPTAAN KITA LEBIH BAIK DARI HUKUM ALLAH....ADAKAH KITA MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL DARI ALLAH..CUBA FIKIR

Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

Posted on the November 26th, 2012 under Tempatan by admin


PADANG RENGAS – Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori, tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Dewab Rakyat akan datang.

“Saya telah minta Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya, kita hendak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun,” katanya selepas merasmikan program “Kepimpinan Berkesan” anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini semalam.
Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh menggunapakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.
Kosmo