Tangisan penyamun
Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my
mizan@hmetro.com.my
UGUT...suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang.
Dalam ‘drama tebusan’ jam 2.20 petang itu, suspek berusia 27 tahun memakai topi keledar bertutup muka dan bersenjatakan pistol palsu memasuki salun berkenaan yang terletak di tingkat atas kedai dua tingkat.
Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan.
Bagaimanapun, suspek yang juga graduan seni reka grafik daripada kolej tempatan tidak menyedari dua daripada empat pekerja salun berkenaan bersembunyi di dalam tandas dan bilik rawatan muka.
‘Drama tebusan’ itu berakhir dalam tempoh hampir tiga jam sebelum suspek diberkas anggota polis.
‘Gadai ibu’ pada along
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.
Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.
“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.
“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.
Terduduk lihat kepala terpisah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor, Wan Asrudi Wan Hasan dan Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
HANCUR...MPV rosak teruk pada bahagian hadapan selepas merempuh belakang lori, semalam.
PILU...dua reaksi wajah Kuan Lang yang tidak dapat mengawal kesedihan.
Kemalangan pada jam 7 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki 11 ahli pancaragam kebudayaan Cina yang terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.
Semua yang terbunuh penumpang MPV manakala enam lagi termasuk pemandu kenderaan itu cedera dan Ku Mohd Hayazi adalah kelindan lori terbabit yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar belakang.
Mangsa yang terbunuh ialah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dan Poh Hock Huat, 60, kedua-duanya dari Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Ong Choon Jee, 33, dari Perai, Pulau Pinang.
Mangsa yang cedera ialah Chong Soon Choy, 61, (pemandu MPV) dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal; Boo Goik Hong, 58; Lim Tau Hong, 5, dari Butterworth, Pulau Pinang dan Heng Ah Lek , 60, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak.
Belok mengejut elak dirempuh
Menurutnya, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya gagal dikawal dan merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di kiri jalan.
Dia yang cedera di tulang rusuk dan patah pergelangan tangan kiri ditemui ketika mendapatkan rawatan di Hospital Slim River (HSR), di sini, semalam.
“Saya amat sedih kerana lima ahli kumpulan pancaragam kami maut dalam kemalangan berkenaan,” katanya.
Chong mengakui dia gagal melihat lori yang berhenti di lorong kecemasan itu sebelum merempuh kenderaan itu dan terperosok di bawahnya.
“Saya terselamat kerana dilindungi oleh beg keselamatan kenderaan,” katanya.
Dia yang bertindak sebagai pemain dram dalam kumpulan berkenaan bersama ahli kumpulannya yang lain dalam perjalanan ke Muar, Johor dan dijangka membuat persembahan nyanyian dan tarian di sebuah tokong di sana.
Menurutnya, ketika kejadian, dia tidur dan tersedar ketika dibawa keluar oleh pengguna jalan raya di luar kenderaan.
“Sebaik sedar, saya sudah berada di luar van dan terkejut apabila melihat mayat beberapa rakan cedera parah dan hampir gagal dikenal pasti termasuk kenderaan kami yang remuk teruk.
“Saya hanya mampu menangis dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana cedera di tangan dan kaki. Ketika kejadian, saya duduk di barisan ketiga tempat duduk belakang,” katanya.
‘Mana anak saya...’
Tan yang tiba di pekarangan Hospital Slim River (HSR) kira-kira jam 10.30 pagi gagal mengawal kesedihan selepas dimaklumkan Lee Si turut terkorban terbabit nahas.
Dia terpaksa ditenangkan suami serta dua anak lelakinya dan keadaan bertambah hiba apabila Tan berulang kali berkata Pang dijadual melangsungkan perkahwinan 10 hari lagi.
Bagaimanapun, wanita warga emas itu serta beberapa ahli keluarganya yang lain enggan ditemubual berikutan masih trauma dan berada dalam kesedihan.
6 mangsa diselamatkan pengguna jalan raya
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, sembilan anggota termasuk lima dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menggunakan pelbagai peralatan bagi menyempurnakan tugas mereka.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian jam 7.40 pagi, enam mangsa yang cedera sudah dikeluarkan pengguna jalan raya, manakala lima mangsa yang maut masih tersepit di dalam MPV berkenaan.
“Kelima-lima mayat berkenaan masih tersepit di tempat duduk masing-masing dengan kepala seorang daripada mangsa tercabut selain beberapa yang lain cedera parah di muka dan kepala sehingga gagal dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.05 pagi dan semua mayat dibawa ke Hospital Slim River (HSR) untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan, R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari susur keluar ke persimpangan tol Slim River.
Isteri stereng, suami brek
Oleh Mary Victoria Dass
maryvistoria@hmetro.com.my
maryvistoria@hmetro.com.my
KASIH ISTERI...Asmah membantu suaminya, Rajab keluar dari kereta.
Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.
Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.
Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.
“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.
‘Bahayakan keselamatan’
Pengarah Jabatan Pengangkutan (JPJ) Johor, Johari Yusof berkata, mereka yang ingin memandu sepatutnya mempunyai kemampuan fizikal kerana jika tidak, ia dikhuatiri membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pasangan suami isteri, Rajab Awang, 64, dan isterinya, Asmah Ghazali, 52, terpaksa bekerjasama memandu kereta untuk menjimatkan perbelanjaan berikutan Asmah tidak boleh memandu dan tidak mampu membayar tambang teksi. Johari berharap pasangan berkenaan memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dihadapi mereka.
“Selain itu, ketiadaan cukai jalan dan insurans boleh menyebabkan kereta mereka disita,” katanya.
Air naik 2 meter
RUNTUH...kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan kerja pembersihan tanah runtuh berhampiran Jalan Mahameru.
SESAK...keadaan trafik di Jalan Loke Yew menuju ibu kota, malam tadi.
Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Ulu Yam Bharu menyebabkan tiga jentera bomba dan bot selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikejarkan ke lokasi berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, lebih enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan air naik.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 7.30 malam memaklumkan air semakin naik.
Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, operasi mengeluarkan mangsa banjir dari rumah mereka masih dijalankan dan JKM turut membuka pusat pemindahan.
Sementara itu di Kuala Lumpur, beberapa kawasan turut dinaiki air iaitu Jalan Loke Yew menghala Cheras dan Bulatan Cheras.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, berlaku runtuhan tebing di Jalan Mahameru sebelum susur Sentul Link menyebabkan kesesakan teruk.
Ramai tak periksa tangki septik berkala
Ia ditambah dengan sikap sambil lewa pemilik kediaman gagal menjelaskan bil utiliti serta pengubahsuaian rumah dengan menutup saluran septik menyebabkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sukar melakukan kerja menyelenggara.
Sehubungan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menggesa orang ramai menjalankan kewajipan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya seru mereka bekerjasama dengan IWK. Caj yang dikenakan sangat rendah dan mampu dibayar oleh semua orang.
“Isu pencemaran yang berlalu disebabkan kita tak sokong IWK untuk jalankan tugas murni mereka kepada kita,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu pencapaian kementerian dalam kempen pengosongan tangki septik individu secara berkala dan nyatakan kos rawatan dikenakan serta adakah kementerian berhasrat mewajibkan pengosongan tangki septik secara berkala kepada pemilik melalui penguatkuasan undang-undang.
DBKL kenal pasti tapak baru Uptown
Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.
“Kami sedang kaji tapak itu, milik siapa dan projek yang dijalankan di sana. Sebahagian tanah itu milik DBKL,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tapak baru itu terletak 1.4 kilometer dari tapak asal Uptown Danau Kota Setapak yang beroperasi hampir tujuh tahun lalu.
Mohd Amin dalam kenyataannya sebelum in berkata, DBKL tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Uptown Danau Kota beroperasi pada Isnin dan Selasa walaupun pada cuti sekolah.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan menerima rungutan penduduk yang mahu bazar larut malam itu dipindahkan ke tempat lain.
Permohonan itu bagaimanapun ditolak DBKL dengan alasan perlu menjaga kepentingan komuniti setempat yang tidak bersetuju jika peniaga berniaga tujuh hari seminggu, malah mahu uptown itu dipindahkan.
Datuk maut dipijak gajah
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Adnan Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
ahmadtajol@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Toh Sam Yit, 79, keluar bersama cucu lelakinya, Toh Wee Kee, 15, untuk memeriksa kebun kelapa sawitnya yang dirosakkan sekumpulan gajah liar beberapa hari lalu.
Mereka membawa makanan untuk diberi kepada pekerja yang tinggal di sebuah rumah kira-kira 500 meter dari kebun dan Toh kemudian menyuruh cucunya tinggal di rumah berkenaan sebelum dia memeriksa kebun seorang diri.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, mangsa dan cucunya tiba di kebun kira-kira jam 4 petang sebelum dia meninjau kebun kelapa sawit seorang diri.
“Bagaimanapun cucunya mula bimbangkan keselamatan datuknya kerana dia masih belum pulang selepas beberapa jam kemudian.
Kaki kanan putus dihempap tiang simen
Berikutan kejadian berkenaan, ibu empat anak itu terpaksa menerima hakikat cacat seumur hidup apabila kaki kanannya hancur dan gagal disambung semula akibat dihempap pagar batu.
Menceritakan detik cemas itu, Sumaiyah yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang pada 4 November lalu, dia menggunakan mesin pemecah batu untuk merobohkan tiang pagar sebuah rumah banglo.
Namun malang, katanya, belum lagi habis ditebuk, tiang simen yang tidak mempunyai besi cerucuk itu tumbang dan menghempap kaki kanan serta badannya.
“Sepatutnya suami saya yang bekerja di situ namun disebabkan dia ditimpa kemalangan dan berehat sementara waktu, saya mengambil alih kerjanya untuk menampung perbelanjaan kami berdua di sini.
“Namun hasrat saya untuk membantunya hanya bertahan beberapa hari apabila saya pula ditimpa kemalangan di tempat kerja.
Sumaiyah berkata, hentakan tiang berkenaan menyebabkan kaki kanannya terputus dan dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
2 lelaki ditahan buat senapang bunuh lembu
Dua suspek masing-masing berusia 24 dan 28 tahun dipercayai menyasarkan ternakan dalam ladang kelapa sawit kerana lebih selamat dan mudah.
Bagaimanapun, tindakan mereka membawa padah apabila polis menerima maklumat kehadiran mereka dan pemeriksaan membawa kepada penemuan senjata buatan sendiri itu serta sebilah parang manakala kereta digunakan, disahkan hilang sejak beberapa bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, pihaknya berjaya mengesan pergerakan suspek di Ladang Kangkar Baru, Yong Peng.
“Kami menerima maklumat kehadiran dua individu dalam keadaan mencurigakan di dalam ladang itu sebelum sepasukan anggota termasuk pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengepung ladang berkenaan.
“Hasilnya, kami menahan dua lelaki menaiki Proton Wira Aeroback itu sebelum melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Menurutnya, semua peralatan dipercayai digunakan mengikat haiwan ternakan yang berjaya dilalikan sebelum mereka menyembelih dan melapah haiwan itu.
“Kami percaya sebelum diberkas mereka cuba mengesan haiwan ternakan di sekitar lokasi namun tidak sempat berbuat demikian.
“Siasatan lanjut mendapati, kereta digunakan mereka adalah kereta curi dan pernah dilaporkan hilang di negeri ini beberapa bulan lalu.
“Mereka kini direman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960,” katanya.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Redah api demi sijil
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 10.30 pagi di Kampung Sungai Nibong itu, sebuah rumah didiami lapan beranak musnah menyebabkan kerugian kira-kira RM100,000.
Remaja berkenaan, Nurul Syafikah Ahmad, 16, berkata, dia nekad masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar biarpun dihalang oleh ahli keluarga yang bimbang keadaannya.
Menurutnya, dia mengetahui keadaan ketika itu boleh mendatangkan kecederaan serius, namun bertekad bagi menyelamatkan dokumen penting berkenaan.
“Bagi saya, sijil berkenaan amat penting dan sangat berharga.
“Saya tidak fikir lain ketika itu selain berusaha menyelamatkan sijil berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Dia yang masih sugul dan lemah selepas kejadian itu bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu termasuk tujuh ahli keluarga lain.
“Pada mulanya, saya terhidu bau getah terbakar dari dapur rumah, namun tidak lama kemudian api marak dari belakang rumah.
“Saya menjerit sambil meminta semua yang berada di dalam rumah menyelamatkan diri dan pada masa sama, saya mendukung bayi berusia dua tahun,” katanya.
Katanya, dia sekeluarga tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk beberapa dokumen penting dan beberapa peralatan elektrik.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Hairam Kasran, berkata dua jentera bomba bersama tujuh anggota dikerahkan ke tempat kejadian.
Dua lelaki ditahan bantu kes tetak
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kedua-dua lelaki berusia 36 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang kelmarin hasil maklumat awam selain berdasarkan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan ke atas kes kematian N Mugesh Edmond, 36, yang maut dalam kejadian itu.
Beliau berkata, melalui siasatan suspek berusia 36 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah lampau bersangkutan kes dadah, satu rekod jenayah dan dikehendaki polis bersangkutan kes mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan.
“Manakala, suspek berusia 32 tahun dilaporkan positif dadah dan dikehendaki polis mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.
Bahagia nikah janda
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
razis@hmetro.com.my
Mohd Sofri yang hidup sebatang kara dan menyara diri dengan mengutip kotak terpakai baru saja berkenalan dengan wanita terbabit, Zainun Yusof seminggu lalu sebelum mereka selamat diijab kabul dalam satu majlis ringkas di Masjid Kampung Kota Jembal, di sini.
Dengan empat kali lafaz di hadapan imam, Raja Ismail Raja Idris, pasangan itu sah bergelar suami isteri, jam 2.45 petang dengan mas kahwin RM50.
Menurut Mohd Sofri, perkenalan mereka bermula ketika dia mula berpindah ke rumah sewa di Jalan Gajah Mati di sini.
Katanya, isterinya itu menyewa di tingkat atas manakala dia tinggal di tingkat bawah rumah berkenaan.
Bertongkat langgan GRO
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.
Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain.
Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat.
Mayat lelaki berseluar dalam, tangan terikat
Mayat Husin Abu Husin, 23, seorang pekerja kontrak kilang ditemui jam 12.20 tengah hari, dalam keadaan terbaring di sebuah bilik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menerima maklumat awam selepas seorang rakan mangsa ke rumah berkenaan berikutan mangsa tidak hadir bekerja.
Beliau berkata, ketika rakannya tiba di rumah didapati pintu rumah tidak berkunci lalu masuk dan terkejut selepas menemui rakannya dalam keadaan terikat dan mukanya ditutup dengan tuala sebelum menghubungi majikan. Katanya, sepasukan anggota polis bersama Jabatan Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi dan pihaknya menemui beberapa kesan cap jari di beberapa tempat selain menemui sebatang getah paip sepanjang 0.6 meter berdekatan mayat mangsa.
“Berdasarkan siasatan, mangsa didapati meninggal dunia kira-kira jam 10 malam semalam (kelmarin) dan mangsa tinggal di rumah itu sejak 13 November lalu bersama enam lagi rakan senegara yang dipercayai sudah melarikan diri ketika kejadian.
“Punca kematian mangsa disebabkan lemas akibat mukanya ditutup dengan tuala sehingga mengalami kesukaran bernafas dan polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an bagi membantu siasatan,” katanya ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Dipukul bunyikan hon
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun bersama isterinya menaiki sebuah kereta sebelum keretanya dilanggar seorang lelaki.
Mangsa yang dikenali sebagai Fong, 30, berkata sebaik membunyikan hon, lelaki yang melanggar keretanya memberhentikan kenderaan dan keluar sambil membawa sebatang besi.
Katanya, belum sempat minta penjelasan, lelaki itu tiba-tiba melibas besi berkenaan ke badannya.
“Saya cuba mempertahankan diri sebelum lelaki terbabit meluru masuk semula ke keretanya dengan mengambil sebilah parang panjang.
“Lelaki itu bertindak lebih kejam apabila menggunakan parang itu untuk memecahkan cermin kereta saya,” katanya di sini, semalam.
Perjelas konsep poligami
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
sitiaisyah@hmetro.com.my
Pegawai Perhubungan Awam Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Naini Akmal Che Alias berkata, berdasarkan maklum balas daripada masyarakat, pihaknya mendapati masih ramai yang kurang memahami konsep poligami digariskan Islam. “Antara yang tidak difahami dalam aspek perundangan, prosedur permohonan poligami serta kewajaran untuk berpoligami. “Misalnya, si suami berkahwin dengan isteri kedua di sempadan, tetapi sehingga kini tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini. Ini sudah tentu mengundang masalah terhadap hak isteri terbabit. “Justeru, kita berasakan masyarakat perlu didedahkan mengenai asas pensyariatan hukum berpoligami, aspek perundangan dan isu berkaitan bagi menjawab pelbagai polemik yang timbul di kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Sehubungan itu, Naini Akmal berkata, dalam usaha memberi kefahaman mengenai isu perkahwinan dan poligami menurut perspektif Islam, ILIM mengambil inisiatif menganjurkan satu program wacana yang menumpukan kepada isu dan permasalahannya. Menurutnya, program yang bakal disertai kira-kira 200 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan khususnya pegawai hal ehwal Islam seluruh negara itu dijadualkan berlangsung di Auditorium As-Syafie, ILIM di Bangi, Selangor, esok.
“Tujuan program ini bagi menjelaskan lagi konsep poligami menurut Islam dan memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta di pelbagai agensi mengenai pengurusan poligami di Malaysia. “Kita juga mahu meningkatkan kemahiran peserta di agensi kerajaan dalam mengendalikan isu pernikahan poligami serta melahirkan pegawai bersikap proaktif mengenai isu semasa dalam masyarakat,” katanya. Katanya, lima ahli panel dijemput bagi membentangkan kertas kerja serta berkongsi pengalaman mengendalikan kes berkaitan poligami. “Antara panel terbabit ialah Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Zaini Nasoha; Ketua Hakim Syarie Johor Bahru, Amir Danuri dan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain,” katanya. Menurutnya, program wacana seperti itu diadakan dua kali setiap tahun dengan mengupas pelbagai isu dan masalah berkaitan pe rkahwinan dan kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam negara ini.
Bos mafia sembunyi di dapur ibu
POLIS menunjukkan ruang rahsia yang menjadi tempat persembunyian Abete.
Digelar “Baby Boss” oleh media Itali, Mariano Abete, 21, diberkas ketika bersembunyi di sebuah bilik rahsia di rumah ibunya.
Pintu masuk ke bilik rahsia itu hanya boleh dibuka dengan alat kawalan jauh. Abete mengetuai keluarganya dalam pertikaian dengan kumpulan penjenayah Neapolitan Camorra yang diketahui pernah membunuh ramai mangsa. Abete dilantik menjadi ketua kumpulan berkenaan selepas bapanya ditangkap, manakala bapa saudaranya dibunuh.
Dia diburu polis kerana terbabit dalam kegiatan jenayah serta bersubahat dengan aktiviti penjualan dadah. Walaupun masih muda, polis berpendapat, Abete sangat berkuasa dan berbahaya.
Jurucakap polis berkata, mereka menyerbu sebuah rumah di Naples pada awal pagi Ahad lalu sebelum berjaya mengesannya bersembunyi dalam bilik rahsia. “Apabila polis menemui ruang rahsia itu, ibu Abete merayu supaya anaknya tidak dicederakan.
“Ibunya juga menawarkan diri untuk membuka pintu rahsia berkenaan,” katanya.
AS tutup laman sesawang jual produk tiruan
Operasi itu dijalankan serentak hari membeli-belah dalam talian terbesar AS pada tahun ini, Cyber Monday.
Melalui Cyber Monday, pelbagai laman sesawang menjual bermacam-macam barangan - termasuk jersi, pewangi dan cakera video digital - dengan harga murah. Pihak berkuasa AS bekerjasama dengan rakan mereka di Europol, Belgium, Denmark, Perancis, Romania dan Britain dalam operasi berkenaan.
Operasi sama turut dijalankan pihak berkuasa pada dua Cyber Monday sebelum ini. - AP
3 polis bapa ayam dibicara
Menurut akhbar Pacific Daily News semalam, ketiga-tiga polis terbabit kini menghadapi tuduhan menculik, menjadikan ada antara mereka berdepan sehingga berbelas dakwaan.
Seorang daripada tertuduh menghadapi tuduhan merogol.
Semua lima suspek dalam kes itu akan dibicarakan pada minggu pertama Januari depan dan mereka menghadapi lebih 60 tuduhan dalam 26 dakwaan berasingan Rumah pelacuran itu menyediakan enam bilik dan beroperasi sejak 2004 hingga 2008 di sebuah bar dikenali sebagai Blue House Lounge.
Pemilik bar itu, Song Ja Cha, 70, dihukum penjara seumur hidup pada September lalu.
Saksi berkata, polis terbabit datang ke Blue House tiga kali seminggu. - AP
No comments:
Post a Comment