Saturday, October 23, 2010

NAK KATA CAMNE...MASALAH METAL...

Tergamak bakar suami

Oleh MOHD HARZRUL AMINUDDIN

RANAP... keadaan rumah pasangan suami isteri yang terbakar selepas dipercayai dibakar oleh isterinya yang mengalami sakit mental.
RANAP... keadaan rumah pasangan suami isteri yang terbakar selepas dipercayai dibakar oleh isterinya yang mengalami sakit mental.
ISMAIL... hanya cedera ringan.
ISMAIL... hanya cedera ringan.
LEDANG: Hanya kerana lambat menerima wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang isteri naik berang sehingga tergamak cuba membakar hidup-hidup suaminya di Taman Tun Syed Nasir, di sini, awal pagi semalam.
Lebih mengerikan, si suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditinggalkan begitu saja tanpa belas kasihan sebaik wanita itu, yang dipercayai mengalami masalah mental, menyalakan tilam kelamin dan melihat api semakin marak sambil tersenyum dari luar rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Jalan Puyuh, Taman Tun Syed Nasir, mangsa, Ismail Ibrahim, 64, yang ditinggalkan berseorangan di dalam rumah hanya mampu menjerit meminta tolong sebaik menyedari rumahnya terbakar.

Isterinya yang berusia 50 tahun dikatakan keluar rumah dan hanya tersenyum melihat suaminya menjerit meminta tolong

Tindakan wanita terbabit dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila suaminya memberitahu mereka lewat menerima wang bantuan daripada JKM.

Ismail bernasib baik apabila jeritannya mengejutkan jiran tetangga lain yang nyenyak tidur seterusnya menyelamatkan bekas penarik beca itu yang cacat akibat kemalangan jalan raya.

Ketika ditemui, Ismail berkata, dia mengalami luka kecil pada kedua-dua belah tangan akibat melawan isteri ketika wanita itu membakar tilam.

Katanya, isterinya berang apabila diberitahu wang bantuan JKM lambat diterima, menyebabkan wanita itu mengambil sebilah pisau dan mengugutnya supaya menyerahkan duit itu.

“Sebelum kebakaran, saya menyuruh isteri supaya mengambil pil (ubat penenang) namun dimarahi, malah dia berkata ‘aku tak gila tapi kau yang gila’.

“Selepas itu dia terus membakar tilam sambil memegang sebilah pisau dan mengugut saya supaya berdiam diri,” katanya.

Ismail berkata, sebelum ini isterinya pernah cuba menetaknya dengan parang berikutan masalah sama.

“Kami kerap bergaduh kerana duit sejak kebelakangan ini dan peristiwa ini bermula sejak saya lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan dua tahun lalu.

“Selepas lumpuh saya tidak boleh bekerja lagi, membuatkan kami hilang mata pencarian. Kejadian itu membuatkan kami terpaksa bergantung harap dengan wang bantuan JKM saja,” katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya di sini.

Katanya, akibat tekanan hidup, isterinya yang mempunyai rekod kurang siuman mula bersikap panas baran serta kerap memaki hamun selain mengugut bunuh dengan senjata seperti parang dan pisau.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 4.06 pagi.

“Tiga jentera bersama 18 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya 10 minit selepas itu,” katanya ketika dihubungi.

Razali berkata, setakat ini bomba masih melakukan siasatan kerugian akibat kebakaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Harun Idris berkata, sehingga petang semalam, polis belum menerima laporan mengenai kejadian itu.



REDALAH...TENTU DE HIKMAHNYA...

Putus tunang: Kedua sekeluarga sepakat



TERLERAI... Marianai menunjukkan wang hantaran RM3000 dan cincin yang diserahkan keluarga Rozaliya.
TERLERAI... Marianai menunjukkan wang hantaran RM3000 dan cincin yang diserahkan keluarga Rozaliya.
KEMAMAN: Sah putus. Pertunangan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Noor, 24, putus selepas keluarga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenainya, semalam.
Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, yang tiba dari Kampung Sebaso Paya Redan, Muar, Johor kira-kira jam 3 petang bersama isteri, Mariani Hussin, 46, berkata dia datang ke rumah Rozaliya di Bandar Cheneh Baru, di sini, kerana menunaikan permintaan gadis itu dan keluarganya bagi memutuskan pertunangan berkenaan.

Katanya, mereka menghormati permintaan keluarga Rozaliya yang meminta mereka datang untuk memutuskan pertunangan seperti disiarkan dalam akhbar beberapa hari lalu, sekali gus menyelesaikan segala salah faham antara dua keluarga itu

“Kami datang dengan cara baik untuk berbincang demi kepentingan anak saya, Mohd Helmi dan Rozaliya. Namun jika itu keputusan (memutuskan pertunangan) diambil, kami menerimanya dengan hati terbuka dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Mungkin setakat ini hubungan Mohd Helmi dan Rozaliya kerana jodoh sudah tiada dan semuanya berakhir di sini, apatah lagi semua yang berlaku sekarang adalah berdasarkan kata putus mereka berdua. Kami sebagai ibu bapa menghormati keputusan itu,” katanya.

Mohd Noor berkata, sebelum ini keluarganya tersinggung dan menanggung malu dengan jiran dan saudara mara di atas tuduhan dilemparkan keluarga Rozaliya yang mengatakan Mohd Helmi melarikan anak gadis mereka.

“Hanya Allah tahu perasaan kami ketika itu kerana semua penduduk kampung, khususnya saudara mara, mempunyai tanggapan negatif terhadap Mohd Helmi dan keluarga kami.

“Kami membacanya dalam akhbar dan sedih dengan tuduhan sebelum ini mengatakan Mohd Helmi dikatakan melarikan Rozaliya dan kami datang untuk bersemuka serta berbincang,” katanya.

Sementara itu, Mariani berkata, apa diharapkan ialah keputusan memutuskan pertunangan itu dapat memenuhi kehendak Rozaliya dan keluarganya serta berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan.

“Biar mereka berdua menentukan sendiri masa depan mereka selepas ini dan kita sebagai ibu bapa ada kalanya perlu menghormati keputusan mereka,” katanya.

Mohd Helmi ketika ditemui pula berkata, dia menerima keputusan memutuskan pertunangan itu dengan hati terbuka dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya menyayanginya tetapi apakan daya, takdir yang menentukan segala-galanya dan hubungan saya dengan Rozaliya hanya sampai di sini,” katanya.

Pada pertemuan itu Keluarga Rozaliya memulangkan wang tunai sebanyak RM3,000 yang juga sebahagian daripada wang hantaran berjumah RM6,000 yang diberi kepada keluarga itu sebagai persediaan majlis perkahwinan, termasuk sebentuk cincin pertunangan.

BILA NAK MEWAH...BERGAYA...HUKUM ALLAH TIADA DIKUATKUASAKAN...FILEM LUCAH MELAMBAK DIPASARAN...NI JADINYA....TUAN/PUAN TUDINGLAH KEPADA SAPE2 YANG BERTANGGUNGJAWAB....

Layan pelanggan terpilih di rumah

Oleh FIRDAUS SAHAT dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah.
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah.
KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.
Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu

Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya


Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam.

TAKDIR...REDALAH...BERHATI2...KADANG2 MEREKA KEJAR UNTUNG DAN SANGGUP MENIPU....

NEGARA


Pengawal mati perut terburai


AZIZUL (kiri) bersama seorang anaknya menunggu untuk menuntut mayat suaminya di bilik mayat HTF, Kangar semalam.


KANGAR - Pengawal keselamatan, Zakaria Mat (gambar) yang terburai perut akibat terkena 11 butir peluru penabur senapang patah milik rakan setugasnya pada Khamis lalu, berperangai pelik apabila makan nasi lemak tiga hari berturut-turut sebelum kejadian.
Menurut isterinya, Azizul Man, 52, dia hairan dengan perubahan sikap Zakaria itu sedangkan nasi lemak bukan kegemarannya.
"Dia memang tidak suka nasi lemak kerana menghidap kolesterol tinggi tetapi tiga hari berturut-turut sebelum kejadian dia makan nasi lemak sampai habis sebelum pergi kerja," cerita Azizul ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam



NEGARA


Rozaliya, Helmi putus tunang


MOHD. HELMI (tengah) bersama ahli keluarganya berkumpul sebelum mengunjungi rumah Rozaliya di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.
Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.
Kosmo! Ahad difahamkan keluarga Rozaliya yang mahu pertunangan itu diputuskan.
Bagi memenuhi permintaan itu, Mohd. Noor bersama isteri, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga bertandang ke rumah Rozaliya dari Pagoh, Johor semalam untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pasangan itu.
“Kami bersetuju memutuskan pertunangan ini kerana sedar tidak lagi wujud persefahaman antara mereka (Rozaliya dan Mohd. Helmi)



NEGARA


Produk tiruan sarang burung walit penyebab kanser


SARANG burung walit produk tiruan (kiri) berwarna merah seragam dan berbau ammonia manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan.


SEREMBAN - Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.
Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.
"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.

SIKAYA DAN SIMISKIN....SIKAYA CAKAP MEMBELA SIMISKIN...TAPI NI JADINYA...BANYAK LAGI YANG FAKIR MISKIN....ZAKAT KEMANA ..HANYA ALLAH YANG TAHU...

INI KERETA SIKAYA...PANJANG...MEWAH...YANG SELALU BERCAKAP TENTANG PERJUANGAN....

NEGARA



SIMISKIN

Hidup bawah jambatan



HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.
Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.
Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.
Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan

Friday, October 22, 2010

LARI DAN DILARIKAN DAH JADI TREND REMAJA...MEREKA TAK FIKIR BAHAYANYA....MAIN SERONOK JE....LELAKI JALANG@JAHAT AKAN SEDIA AMIK PELUANG AJE.....

Tak jamah sambal udang diminta

Oleh Arifin Salleh

MASJID TANAH: “Saya terlalu risau dengan keselamatan dirinya kerana dia seorang perempuan, tetapi paling terkilan apabila dia (Salwa) tidak sempat menjamah sambal udang, walaupun sudah meminta saya memasaknya pada pagi sebelum menghilangkan diri tanpa sebarang pesan.”
Begitu kata Nah Panjang, 71, nenek kepada Nurul Salwa Zamri, 16, yang dipeliharanya sejak kecil apabila pelajar Tingkatan Empat itu keluar dari rumahnya di Kampung Lubok Redan, dekat sini, lebih dua minggu lalu dipercayai mengikut rakan perempuan sebaya yang tidak bersekolah.

Anak sulung daripada dua beradik yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Kuala Sungai Baru, di sini, tinggal bersama dengan warga emas berkenaan selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah.

Nah berkata, cucu perempuannya dikatakan keluar rumah pada 8 Oktober lalu dengan membawa bersama sebuah beg sandang dipercaya mengandungi pakaian tanpa sebarang wang belanja kerana mungkin terpengaruh ajakan seorang rakan perempuan sekampung

Menurutnya, dia berasa hairan dengan tindakan cucunya kerana dia adalah seorang anak pendiam dan mendengar kata, malah tidak pernah ponteng sekolah tetapi berubah kelakuan sejak berkawan dengan seorang rakan perempuan yang sudah tidak bersekolah.

“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebelum ini, malah pada hari dia keluar dari rumah dan hilang, dia ada beritahu dengan saya, katanya esok (Jumaat) tak sekolah kemudian suruh saya memasak sambal udang untuk makan tengah hari

“Pada sebelah paginya (sebelum menghilangkan diri), dia (Salwa) tidak menunjukkan sebarang perubahan malah sempat bergurau senda dengan saya sebelum saya keluar rumah kerana ada majlis perkahwinan.

“Bagaimanapun, apabila pulang semula ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari, saya dapati dia sudah tiada,” katanya.

Nah berkata, anak lelakinya, Yusri Ahmad, 47, memaklumkan ternampak cucunya itu mundar mandir di depan rumah.

Sementara itu, Yusri berkata, dia tidak menyangka Salwa seperti merancang sesuatu apabila melihat gadis terbabit berjalan ke hulu ke hilir di luar rumah kerana anak saudaranya tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

Katanya, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mengesan anak saudaranya, tetapi masih menemui jalan buntu dan meminta bantuan orang ramai yang ternampak atau mengenali Salwa agar dapat menghubunginya di talian 017-2722186



Ibu syak anak disorok individu berniat jahat



POKOK SENA: Ibu kepada bakal pengantin yang hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pada 16 Oktober lalu, mengesyaki ada individu tertentu yang berniat jahat melarikan anaknya, Siti Sakinah Ismail, 25, untuk tujuan tidak baik.
Zaiton Abdul Halim, 58, percaya anak bongsu daripada empat beradik itu berkemungkinan besar disembunyikan individu tertentu di tempat yang sukar dikesan dan dipercayai masih berada di negeri itu.

“Itu naluri saya sebagai seorang ibu, hati saya berat mengatakan ada individu yang sembunyikan dan berkemungkinan mereka masih berada di negeri ini atau paling jauh di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, di sini, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Siti Sakinah yang dijadual melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Kuala Sanglang, Perlis, pada 20 November depan, hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai, Alor Setar, Sabtu lalu

Siti Sakinah disedari hilang selepas pengurus tempat kerjanya menelefon ibunya pada jam 9.30 pagi memaklumkan mengenai perkara itu.

Kehilangan Siti Sakinah membingungkan keluarganya berikutan kereta Perodua Viva merah hati yang dipandunya turut tidak dapat dikesan

Sebaik menyedari kehilangannya, beberapa ahli keluarganya mencari di sekitar Alor Setar sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena sehari kemudian dan sehingga kini masih gagal dikesan. “Saya tak percaya anak saya melarikan diri. Ini mesti perbuatan pihak tertentu yang tidak senang apabila mengetahui dia hendak berkahwin.

“Saya juga tidak percaya dia berada di negara jiran (Selatan Thailand) kerana dia tidak mempunyai dokumen perjalanan ke luar negara,” katanya. Zaiton berkata, jika Siti Sakinah tidak ditemui, majlis kenduri akan tetap diadakan pada 20 November depan kerana kad jemputan sudah diedarkan.

“Saya berharap Siti Sakinah akan pulang menjelang hari perkahwinannya, kerana semua persiapan sudah dilakukan kedua-dua pihak,” katanya.


MEMBELA AHLI MAKSIAT..XPAKAI TUDUNG DAH MAKSIAT...BERDUA2AN BUKAN MUHRIM MAKSIAT...BERGAUL BEBAS DALAM MEMBIKINAN FILEM MAKSIAT...KEMUDIAN ITU JELAS DAN DIRAKAM DALAM FILEM ITU....SENDIRI...TAK
PENGUAM SYARIE TAK TAU 
HUKUM....JANGAN SEBAB BAYARAN...ESOK DIAKHIRAT TAK BOLEH JAWAB....



'Tak profesional'

Oleh Murni Wan Omar

HULU KLANG: Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman Hakim dan Memey Suhaiza dalam perbicaraan khalwat mempertikaikan tindakan bekas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) apabila tidak profesional dan merakamkan gambar lokasi beberapa hari selepas kejadian.
Malah, Azhar Nordin, 42, didakwa membawa ahli keluarganya iaitu isteri dan dua anaknya serta sempat merakamkan gambar bersama Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, di premis kejadian pelakon lelaki itu didakwa berkhalwat dengan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.

Azhar dalam keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengakui pada hari kejadian dia tidak merakamkan sebarang gambar sebaliknya hanya berbuat demikian selepas beberapa hari pasangan itu ditangkap di premis pejabat Norman Hakim.

Bagaimanapun, Azhar memaklumkan dia tidak dapat mengingati tarikh tepat serta Jais tidak mempunyai penetapan garis panduan bagi merakamkan gambar tempat kejadian malah kamera digunakan adalah milik isterinya.

Azhar mengakui dia bukan seorang jurugambar dan tindakan itu memperlihatkan dia tidak profesional kerana membawa keluarga sedangkan dia pergi ke premis kejadian atas arahan ketuanya


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jais, Muhammad Nazri Basrawi. Azhar saksi pendakwaan terakhir dan pasangan yang sudah bertunang itu akan mengetahui nasib mereka, pada 15 April 2011.

Hakim Syarie Salehan Yatim menetapkan 10 Disember ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapatkan nota keterangan dan pihak pendakwaan akan mengemukakan hujah pada 28 Januari tahun depan

SEKARANG ZAMAN...ORG AKAN RASA TERPELAJAR JIKA MENGAMBIL KATA ORG XBERIMAN@BARAT...RASA GAH...MACAM AYAT QURAN DAN HADIS DAH ABIS...SEBENAR MEREKA XMENGAJI....MENGAJI DIBARAT..CARA BERFIKIR CARA BARAT...SILAP2 JADI KEPARAT....

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 


  
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

  3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

References :
http://www.healingdaily.com/detoxification-diet/soy.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

http://www.fatfreekitchen.com/cholesterol/cholesterol-meats.html

http://resthour.blogspot.com/2009/03/hati-hati-makan-organ-dalaman.html

http://adji55.wordpress.com/artikel/kopi-berguna-atau-berbahaya/

http://kabaena.forumplatinum.com/wisata-kuliner-f15/kebaikan-kopi-yang-terbungkam-t427.htm


http://helmdahl.blogspot.com/

ADAKAH GULUNGAN ARTIS NI TAK TAHU HUKUM...ADAKAH JAKIM TAK BERI GARIS PANDUAN UNTUK BERKARYA SENI...BAGAIMANA MASALAH AURAT ARTIS SERTA PERGAULAN SEMASA BERLAKON....

Nanu Lakon Aksi Ranjang Selepas 20 Tahun

Nanu Baharudin
PETALING JAYA: Pelakon Nanu Baharudin mengakui gementar dan malu ketika melakukan adegan panas bersama pelakon kacak Adi Putra dalam filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011.
Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon.
"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.
"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)
"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.
Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.
"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.
"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.
Barisan pelakon utama Haq
Dalam pada itu, Nanu memberitahu filem tersebut memakan masa dua tahun untukn disiapkan kerana proses penggambaran dan suntingan dilakukan dengan teliti.
"Banyak proses yang kami jalankan dengan teliti, bermula dari pencarian pelakon utama sehingga proses suntingan terakhir. Maklumlah ini merupakan projek pertama saya dan KasehDia, jadi kami mahu yang terbaik.
"Selepas itu, pada tahun lepas kami ada memilih beberapa tarikh tayangan tetapi tidak sesuai sehingga dapat tarikh 27 Januari tahun depan," katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta ini juga memilih United Studios iaitu anak syarikat KRU Studios yang bertindak sebagai pengedar dan promosi.
Menurut Pengasas dan Pengurus Besar KasehDia Pictures, Jumatun Azmi berkata, perancangan utama adalah untuk membawa filem ini ke luar negara terutama ke Timur Tengah seperti Mesir dan memasuki pasaran antara bangsa.
"Kami merancang untuk membawa filem ini ke pasaran antara bangsa dan kami tahu United Studio adalah satu-satunya pengedar yang mempunyai lesen untuk pengedaran luar negara.
"Kami ingin memasuki pasaran Timur Tengah namun bagi langkah pertama ia mungkin akan dipasarkan ke pasaran filem Amerika Syarikat pada bulan hadapan," jelasnya.
Filem yang menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta mampu memberi kesan aksi sehebat filem antara bangsa dengan menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).
Haq memaparkan kisah dua beradik yang dikurniakan dengan kuasa istimewa sehingga membawa kepada pertembungan yang amat mendebarkan.
Filem ini juga banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai kekeluargaan yang terputus akibat dari kuasa yang ada.
Antara pelakon yang terlibat ialah Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail dan ramai lagi


"Tidak Timbul Layak Atau Tidak Jadi Penasihat" - Zul Huzaimy

PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menganggap tidak timbul isu layak atau tidak dia dipilih menjadi penasihat program Mari Menari terbitan Astro kerana pemilihan dibuat berdasarkan kreteria yang dicari dalam program tersebut.
Kata Zul, dia dipilih berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni persembahan, gerak geri lakonan dan penghayatan ketika berada di pentas.
"Saya juga tertanya mengapa saya terpilih, tetapi mereka memberitahu bahawa saya mempunyai kelebihan dari sudut persembahan pentas.
"Walaupun saya tidak mengajar mereka menari, tapi saya ditugaskan untuk beri nasihat dan suntik ilmu tarian kepada para peserta. Saya juga akan mengajar bagaimana cara mereka untuk berhadapan dengan audies dan membina aura tersendiri," jelasnya.
Jelas Zul, program tarian tersebut melibatkan semua aspek bukan sahaja kepada tarian semata-mata.
"Program tarian ini melibatkan semua aspek dan bukan sahaja menari malah mempersembahkan diri mereka apabila berada di atas pentas yang luas dengan penonton yang ramai," katanya yang menganggap tarian dan lakonan merupakan perkara yang mempunyai persamaan.
Dalam pada itu, jejaka kelahiran Perak ini enggan mengulas hal rumah tangganya yang dikatakan dingin. Dia mahu perkembangan kerjaya lebih diutamakan berbanding hal peribadinya.
Selain itu, Zul yang bakal keluar dengan filem terbaru berjudul Haq tidak sabar menanti reaksi penonton setelah dua tahun siap penggambaran.
"Saya sudah lama tidak keluar di filem, kali terakhir ialah Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun 2007. Filem-filem lain yang saya bintangi juga masih belum bergerak seperti Bravo5 dan Mek Ani.
"Saya harap ia dapat sambutan menggalakkan kerana filem ini lain dari yang lain," jelasnya ketika ditemui di sidang media Haq, di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Zul turut memberitahu layanan terhadap pelakon sepanjang penggambaran filem ini setaraf dengan Hollywood.
"Saya tidak pernah berlakon di Hollywood tapi saya pernah pergi ke sana dan lihat bagaimana proses penggambaran dilakukan.
"Layanan yang kami terima sangat istimewa, mereka memahami dan tidak terlalu mendesak pelakon untuk melakonkan setiap babak," ujarnya.




Karya Erma Fatima Tidak Digemari Penulis Buku Natrah

KUALA LUMPUR: Penulis buku kisah Natrah, Fatini Yaacob dikatakan kurang menyukai karya pengarah Erma Fatima bagi pementasan teater Natrah tahun lalu.
Menurut Erma, Fatini tidak suka apabila Erma telah menonjolkan salib besar dalam beberapa babak pada teater tersebut dan ia dikatakan agak negatif untuk ditonton umum.
"Setiap peralatan yang saya letak bagi setiap babak mempunyai sebabnya tersendiri. jangan ambil negatif tentang hal itu. Saya mahu orang rasakan apa yang sebenarnya terjadi pada waktu itu.
"Walaupun dia (Fatini) tidak suka, saya tetap akan meletakkan salib tersebut bagi pementasan Natrah siri kedua ini.
"Kalau dia tidak suka karya ini, saya tidak kisah. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang.
"Sebagai pengarah, saya tidak boleh terlalu mengikut cakap orang. Mungkin betul apa yang dia cakap dan mungkin salah," katanya pada sidang akhbar teater Natrah 2 di Istana Budaya, Khamis.
Pementasan Natrah 2 yang bakal dipentaskan bermula pada 25 November hingga 5 Disember ini merupakan pementasan terakhir buat produksi terbitan Istana Budaya.
Beritahu Erma, kisah Natrah cukup dipentaskan sebanyak dua kali agar dapat mengekalkan nilai eksklusif isi kandungan teater tersebut.
Justeru itu, Erma mengumpulkan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Aziz, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Ziela Jalil dan Datuk Rahim Razali untuk menampakkan tarikan berbeza dengan pementasan tahun lalu.
"Natrah tidak akan bagus tanpa watak-watak kecil. Jadi saya percaya penampilan pelakon-pelakon popular yang sememangnya berbakat akan menguatkan lagi pementasan pada kali ini walaupun mereka memegang watak tambahan sahaja.
"Selain saya ingin memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman di bidang teater. Saya harap watak mereka akan meninggalkan kesan pada penonton," katanya
Tambah Erma, dia akan mengolah semula perjalanan cerita Natrah dan menambahkan kisah-kisah Natrah yang belum dipaparkan pada tahun lepas.
Sementara itu, pelakon asalnya, Remy Ishak, Maya Karin, Umie Aida, Sofia Jane dan Samantha Schubert masih kekal bagi pementasan kedua ini.
Natrah, atau nama sebenarnya, Huberdina Maria Hertogh merupakan seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang telah ditawan oleh tentera Jepun.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat dan dia pulang ke Bandung, Indonesia mencari anaknya
Penyertaan Uji Bakat Raja Lawak Di Sabah Meningkat
PETALING JAYA: Sesi uji bakat Raja Lawak Astro musim kelima di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu.
Uji bakat yang diadakan di 1Borneo Hypermall selama dua hari pada hujung minggu lalu itu dikendalikan oleh Alex, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim keempat.
Kehadiran Afdlin Shauki sebagai juri serta persembahan istimewa Johan, Zizan, dan kumpulan Kecik berjaya menarik kira-kira lebih 2,000 orang untuk membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu bermula pukul 10 pagi.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, dia yakin sambutan hangat yang diterima merupakan tempias dari populariti kumpulan Kecik dan Alex yang masing-masing telah muncul sebagai Juara dan pemenang tempat ketiga pada musim lalu.
“Kami amat terharu dengan kualiti serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir pada sesi uji bakat kali ini. Selepas empat musim, ternyata mereka sudah memahami format dan konsep Raja Lawak Astro.
“Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak bersiaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, ataupun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja Lawak Astro (musim kelima) mula bersiaran pada 7 Januari 2011,” katanya.
Selain Kota Kinabalu, pasukan produksi Raja Lawak musim kelima turut menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seterusnya, pencarian di Johor Baru dan Kuching sebelum berakhir di Kuala Lumpur.
Nizam menambah pihaknya juga akan berkunjung Sarawak kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.
“Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi uji bakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air terutamanya dalam bidang lawak,” katanya.
Kepada yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat, bolehlah menghadirkan diri di tempat-tempat berikut:
- Plaza Kotaraya, Johor Bahru - 23 & 24 Oktober 2010- Go Down Theatherette, Kuching Waterfront - 30 & 31 Oktober 2010- The Mall, Kuala Lumpur - 6 & 7 November 2010
Pertandingan realiti bakat lawak ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat sebagai pelawak.
Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan.
Pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak Astro (musim pertama) iaitu Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program itu untuk musim terbaru ini

TAKDIR ...SUSAH NAK DIDUGA...DAN MEMANG XBOLEH DIDUGA...NI KERAHSIAAN ALLAH...MAKA BERTAQWA LAH....

NEGARA


Mati bergaduh dengan kakak


MAYAT Naili yang meninggal dunia akibat terkena serpihan kaca dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kelmarin.



KUANTAN – Puncanya cuma berebut siaran televisyen, tetapi akibatnya seorang adik mati terkena serpihan kaca tingkap nako sewaktu berbalah dengan kakaknya di rumah mereka di Taman Balok Baru di sini kelmarin.
Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, yang mengalami pendarahan teruk pada paha kanan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balok pada pukul 5.40 petang Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku sewaktu bapa mereka keluar bekerja sementara ibu pula berada di surau berdekatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, Naili pada mulanya didakwa bergaduh dengan seorang adik perempuannya yang berusia lima tahun kerana berebut saluran televisyen.
“Kakak Naili yang melihat tindakan mangsa yang cuba berebut siaran televisyen telah memarahi mangsa.
“Ekoran itu berlaku pertengkaran antara Naili dengan kakaknya yang berusia 16 tahun sehingga terbawa-bawa sampai di luar rumah,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, semasa pergaduhan itu, kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap nako yang sudah pecah di tepi dinding rumah sambil mengacah-acah ke arah adiknya.
“Namun tanpa disengajakan serpihan kaca itu terlepas daripada tangan kakaknya lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa luka dan berdarah dengan teruk di pahanya menyebabkan dia kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan oleh jirannya.



Minta halal makan minum

 

KUANTAN: “Ketika terbaring berlumuran darah dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat meminta ibunya menghalalkan makan minumnya,” kata Abdul Rauf Salleh, 63, datuk Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14.

Menurutnya, ketika kejadian, cucunya yang juga anak kedua daripada tiga beradik tinggal bertiga bersama kakak dan adik bongsunya di rumah manakala ibunya, Noranita Abdul Rauf, 37, berada di surau berhampiran menunaikan solat Asar.

“Ketika ibunya pulang ke rumah, dia mendapati arwah terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan ketika itu arwah meminta ibunya menghalalkan makan minumnya.

“Arwah juga muntah sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh jiran, tetapi disahkan meninggal dunia di klinik kesihatan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam
KUANTAN: “Ketika terbaring berlumuran darah dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat meminta ibunya menghalalkan makan minumnya,” kata Abdul Rauf Salleh, 63, datuk Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14.
Menurutnya, ketika kejadian, cucunya yang juga anak kedua daripada tiga beradik tinggal bertiga bersama kakak dan adik bongsunya di rumah manakala ibunya, Noranita Abdul Rauf, 37, berada di surau berhampiran menunaikan solat Asar.

“Ketika ibunya pulang ke rumah, dia mendapati arwah terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan ketika itu arwah meminta ibunya menghalalkan makan minumnya.

“Arwah juga muntah sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh jiran, tetapi disahkan meninggal dunia di klinik kesihatan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang dan terkilan kerana mangsa cucu kesayangannya, malah hubungan mereka berdua mesra.

Jenazah mangsa dikebumikan kira-kira jam 9 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Balok, di sini.



NEGARA


Bapa terkilan takdir Inani




SEORANG ahli keluarga menabur bunga di atas pusara Inani (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR – “Saya terkilan kerana tidak dapat melihat Inani genggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.”
Demikian luahan sedih Zainal Abidin Ismail (gambar kecil), bapa kepada Inani Zalikha, 23, pelajar tahun empat ijazah bidang perubatan di Universitas Padjadjaran (Unpad) di Bandung yang ditemui mati di rumah sewanya kelmarin.
Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan Inani ialah pada 16 Oktober lalu melalui telefon.
“Inani merupakan seorang anak yang tidak mempunyai masalah dalam pelajaran sejak di bangku sekolah lagi,” katanya ketika ditemui di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Inani yang merupakan pelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditemui mati oleh rakan serumahnya di Bandung pada pukul 5 pagi kelmarin.
Sehari sebelum Inani meninggal dunia, dia dikatakan sempat mengadu kepada abangnya, Izzuddin, 24, menerusi laman sosial Facebook bahawa dia tertekan kerana terpaksa menyiapkan banyak tugasan amali.






Pergi cara mengejut

Oleh Suraya Roslan

AMPANG: “Adik sering mengadu sakit belakang setiap hari dalam Facebook hingga tidak mampu menahannya setiap hari sejak seminggu lalu,” kata abang kepada seorang pelajar perubatan Malaysia yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung, Indonesia pagi semalam.
Malah, dia tidak menyangka rungutan adiknya itu tujuh hari berturut-turut membawa petanda adiknya akan meninggalkan mereka. Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, atau mesra dengan panggilan Ika dan anak kedua daripada lima beradik itu ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya kira-kira jam 5 pagi (waktu Malaysia) selepas solat Subuh. Abang mangsa, Izzuddin Zainal Abidin, 24, berkata, sebelum ini, dia tidak tahu adiknya menghidap sebarang penyakit kecuali sering mengadu sakit belakang.

“Bila saya menanyakan hal itu, dia hanya memberitahu mungkin kerana tekanan ketika menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung membuatkan dia kerap kali sakit, itupun saya ketahui ketika berbual di laman sem bang dengannya kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya yang ditemui di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Katanya, adiknya yang mengambil jurusan asas kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan


“Ibu menerima panggilan telefon daripada rakan serumah adiknya itu kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam ) mengatakan Ika sudah meninggal dunia kerana sesak nafas. “Kami memang terkejut dan sukar mempercayainya, tetapi selepas dihubungi pihak penaja adiknya iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai kematiannya, barulah ibu bertolak ke Bandung bersama dua saudara lain kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi (semalam) untuk menuntut jenazahnya.

“Ika pendiam dan tidak banyak ragam, dia memang budak baik dan paling rapat dengan saya serta ibu, tidak sangka dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan kami,” katanya. Apa yang menyedihkan, adiknya itu tidak sempat menemui bapanya, Zainal Abidin Ismail yang terpaksa bertugas di Papua New Guinea sebagai jurutera telekomunikasi ketika pulang berhari raya baru-baru ini. “Raya tahun ini, Ika sempat menghabiskan dua bulan cutinya bersama keluarga termasuk berpuasa sebulan di sini. “Bagaimanapun, agak terkilan kerana tidak sempat berjumpa ayah untuk beraya bersama-sama,” katanya



Pelajar Arab beritahu pegawai agama, arak halal di negara mereka

NILAI - Sebagai helah untuk melepaskan diri, sekumpulan pelajar Islam dari sebuah negara Arab memberitahu bahawa arak adalah halal di di negara mereka.

Namun pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) tidak termakan dengan kelentong para pelajar berusia 20-an itu.

Malah mereka menjadi terkedu apabila diberitahu bahawa pegawai JAINS pernah belajar di negara mereka dan apa yang disebut mereka adalah bohong.

"Saya tidak peduli. Ini negara saya dan negara saya tidak benarkan orang Islam seperti kamu minum arak. Kamu melanggar peraturan dan undang-undang Islam di negara saya akan menghukum kamu," kata salah seorang pegawai JAINS.

Dalam drama selama 15 minit itu, turut menyaksikan salah seorang dari tiga pelajar terbabit terlentang di tengah-tengah pusat hiburan tersebut akibat terlalu mabuk.

Mereka adalah antara 25 orang yang diberkas dalam operasi JAINS di tiga pusat hiburan di sekitar Nilai yang bermula 11 malam tadi hingga 3 pagi tadi.

Yang turut diberkas ialah empat penjawat awam kerana mengambil minuman keras.

Pegawai Penyelaras Operasi JAINS, Mohd Zol Sidek berkata, maklumat empat penjawat awam berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an dari kalangan pasukan beruniform akan didedahkan kepada ketua jabatan mereka.

"Mereka yang ditahan dalam operasi ini akan didakwa di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara dua tahun," katanya kepada Bernama.

Operasi yang disertai 42 pegawai JAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negeri itu berjaya menahan 27 orang Islam termasuk dua wanita kerana meminum arak.-Bernama



Pelajar kedoktoran di Bandung dikebumi di Hulu Klang


KUALA LUMPUR - Pelajar perubatan tajaan Mara, Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, yang meninggal awal pagi semalam di rumah sewanya, di Bandung, Indonesia selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Klang di sini, selepas solat Jumaat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 9 pagi, terus dibawa ke Masjid Al Ridhuan, Hulu Klang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Abang Allahyarham, Izzuddin Zainal Abidin, 24, ketika ditemui di majlis pengkebumian berkata adiknya disahkan meninggal dunia secara mengejut oleh pihak hospital di Bandung.

"Tidak ada sebarang unsur penganiayaan atau sebagainya, adik saya disahkan meninggal dunia secara mengejut pada pukul 5 pagi oleh pihak hospital," katanya.

Bapa Allahyarham, Zainal Abidin Ismail, 50, berkata, beliau mengetahui mengenai kematian anaknya itu melalui panggilan telefon oleh isterinya Maznah Abdullah, 46, ketika di Papua New Guinea.

Zainal Abidin adalah ketua bahagian IT sebuah syarikat telekomunikasi di sana.

"Lebih kurang pukul lapan malam isteri saya menelefon saya...selepas dapat panggilan saya terus balik ke Malaysia," katanya.

Menurut Zainal Abidin anaknya bercita-cita tinggi dan memang impiannya menjadi seorang doktor.

"Dari segi pelajaran memang tiada masalah, dia seorang yang rajin...lebih suka duduk rumah.

"Semasa cuti semester baru-baru ini, cuma sekali dia keluar rumah dengan kawan-kawan," katanya




"Adik makan nasi goreng sebelum ajal"

"SHAH ALAM – Remaja yang mati d:itembak polis, Aminulrasyid Amzah sempat menikmati nasi goreng terakhir dimasak kakaknya sebelum menemui ajal, April lalu.

Menurut kakaknya, Tuty Shaninza Anom Amzah, remaja itu memintanya memasak nasi goreng selepas dia sampai di rumah ibunya pada waktu senja dan ketika itu Aminulrasyid sedang membuat kerja sekolah di meja makan.

Tuty Shaninza, 36, berkata, dia memenuhi permintaan adik bongsunya dan makan bersama tiga anaknya.

Itulah kali terakhir dia melihat Aminulrasyid sebelum ke bilik tidur dan meninggalkan kunci kereta di tempat meletak kunci, tepi pintu rumah mereka.

Pakar warna itu memberi keterangan demikian, dalam kes seorang anggota polis peronda, Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April lalu.

Tuty Shaninza memberitahu, dia ialah pemandu kereta Proton Iswara yang terbabas itu sementara pemilik asalnya, bapa mentuanya, Mahali Ramlan.

Katanya, pada malam itu selepas mengemas meja makan dan meninggalkan kunci kereta, dia naik ke bilik tidur manakala Aminulrasyid dilihatnya menyambung membuat kerja sekolah.

Dia masuk tidur sehingga dikejutkan panggilan telefon daripada suaminya, Muzafar Mahali supaya memeriksa kereta di luar rumah kerana dimaklumkan kereta itu terbabit dengan satu kes.

Selepas itu dia memeriksa kunci kereta dan mendapatinya sudah hilang. Dia kemudian ke depan rumah, ketika itulah melihat kereta peronda polis di simpang masuk ke lorong rumahnya, Jalan Makyong 11/2G.

Dia terus ke sana dan melihat keretanya tersadai melanggar tembok putih tetapi dihalang polis daripada mendekati kenderaan itu.

“Saya tanya siapa yang pandu kereta dan di mana orang dalam kereta itu tetapi tiada respon daripada polis,” katanya.

Menurutnya, anggota polis di situ enggan memberi maklumat kepadanya walaupun didesak kerana menunggu arahan lanjut.

Tuty Shahinza berkata, dia mencari Aminulrasyid dan menghubungi telefon bimbitnya tetapi tiada jawapan.

Saksi itu memberitahu, turut cuba menghubungi rakan Aminulrasyid tetapi semuanya tidak menjawab panggilan telefonnya.

Dia menunggu sehingga pagi dan tidak mengetahui nasib Aminulrasyid sehinggalah dia dipanggil untuk mengecam mayat adiknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) pada lewat tengahari kejadian.

Menurutnya, arwah Aminulrasyid, adik bongsu daripada lapan beradik itu seorang yang bijak dari segi akademik dan belajar dalam tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar perihal disiplin Aminulrasyid, saksi itu memberitahu adiknya seorang yang mendengar cakap dan aktif bersukan.

Menurut Tuty Shaninza, adiknya itu kadang kala lepak di restoran mamak berhampiran kawasan perumahan itu untuk menonton perlawanan bola sepak.

Dia memberitahu, sepanjang pengetahuannya Aminulrasyid tidak tahu memandu kereta.

Bagaimanapun cadang peguam Salim Bashir, dia gagal menilai sikap sebenar adiknya kerana jarang bermalam di rumah ibunya, malah tidak tahu kegiatan Aminulrasyid waktu malam




Bekas penyampai berita RTM fail cerai fasakh


KUALA LUMPUR – Seorang bekas penyampai berita Rangkaian Television Malaysia (RTM) berbangsa Cina memfailkan cerai fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah, di sini semalam.

Ter Ai Chin, 55, atau nama Islamnya Khairul Nisa Ter Abdullah memfailkan cerai fasakh terhadap Ahmad Abdullah, 62, seorang jutawan yang dulunya adalah Pengarah Phileo Allied Bank.

Ai Chin hadir kira-kira jam 12 tengahari dengan berbaju kurung biru gelap dan bertudung hitam dengan ditemani peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakilinya.

Dia bersama Mohd Zaidi kemudiannya memfailkan di kaunter pendaftaran dengan menamakan suaminya, sebagai defendan.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah, Mohd Zaidi memberitahu permohonan itu mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam 1987.

Mereka pernah bernikah di Narathiwat pada 10 Jun 1986 dan bernikah semula mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara wali hakim.

Ai Chin bertindak memfailkan fasakh ke atas suaminya akibat krisis rumahtangga yang berpanjangan sehingga sudah tawar hati untuk meneruskan ikatan perkahwinan yang terjalin selama 25 tahun itu.

“Sejak dari awal perkahwinan lagi kehidupan kami tidak mesra kerana sering berlaku pergaduhan akibat sikap suami yang tidak berlaku adil kepada saya sebagai isteri kedua dan sering menyakiti saya secara fizikal tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan saya,” katanya setelah selesai memfailkan kes fasakh itu.

Menurutnya, perbuatan defendan memberi kesan negatif kepada akal fikiran dan maruah plantif sebagai seorang isteri, anggota masyarakat dan penyampai berita di mana penampilannya sering menjadi perhatian ramai.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia 20 dan 21.

Kes Ter Ai Chin, akan didengar pada 10 November ini




Mek hidup dalam belukar

MALIM NAWAR - Di sebalik kepesatan pembangunan ekonomi di sana sini, masih ada insan hidup dengan penuh kedaifan dan tinggal di kawasan belukar berhampiran Jalan Tanjung Tualang.

Sukar dipercayai, namun itulah hakikat kehidupan dilalui seorang lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Mek.

Berdasarkan catatan pada secebis kertas dan kad rawatan hospital miliknya, Mek dipercayai telah berusia 85 tahun dan tinggal berseorangan di kawasan belukar itu sejak beberapa tahun lalu.

Mek juga mendakwa, dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan lain, selain cebisan kertas bersama kad rawatan harian dengan nombor 467214 tertera sebagai nombor kad pengenalannya yang hilang.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan ‘kediaman’ Mek mendapati warga emas ini sekadar tinggal di sebuah pondok yang dibina dari bahan terbuang, selain tidak mempunyai sebarang kemudahan bekalan air serta elektrik.

Tambah memilukan apabila ditanya dari mana dia memperoleh bekalan air, Mek berkata, dia hanya menadah air hujan.

“Saya tadah ayor (air) hujan masa (ketika) hujan lebat sebab mana nak cari ayor kat kawasan ini.

"Bila malam saya pasang pelita. Beras ada orang bagi, saya masak. Daging ni saya beli di market (pasar) tu. Nak minum masak ayor, tu gula ada, susu ada,” katanya kepada Sinar Harian yang mengunjunginya di sini.

Berdasarkan perbualan dengan Mek, difahamkan warga emas tersebut pernah bekerja dengan sebuah syarikat kapal korek di sini, suatu ketika dahulu.

Sementara itu, kisah kehidupan Mek ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sempat meluangkan masa melihat keadaan Mek.

Keshvinder berkata, pihaknya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menyegerakan proses mendapatkan kad pengenalan, selain menyediakan rumah untuk Mek.

“Kes Mek ini adalah yang pertama bagi Program Jom Cari yang dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar tidak lama dahulu.

“Program tersebut dilancarkan bagi mencari, mengenal pasti dan seterusnya membantu individu serta keluarga yang hidup dalam serba kekurangan seperti kes Mek," katanya.

Menurutnya, program ini akan berterusan dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes seumpama ini khususnya di Malim Nawar diminta menghubungi DUN Malim Nawar untuk tindakan selanjutnya

Thursday, October 21, 2010

KUDRAT DARI ALLAH...YANG SEMPURNA KUDRATNYA IALAH ALLAH SWT...KUDRAT YANG BAIK...IALAH KUDRAT YANG MENJADIKAN IA TAKWA...HINGGA IA BERJAYA KE SYURGA...BUKAN DIGUNAKAN KUDRAT UNTUK MENDERHAKA KEPADA ALLAH DAN MENIPU....

Lembaga rambut panjang

Oleh Sahlina Sahkirin

RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria.
RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria.
MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.
Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki.

Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan.


“Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang



'Ilmu adalah kudrat'

Oleh Muhamad Safar Ahmad, Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Idris Musa, Muhd Izawan Baharin, Maiamalina Mohamed Amin, Yusliza Yakimir Abd Talib, Muhammad Apendy Issahak dan Yusmizal Dolah Aling

CERIA...Najib bersama anggota Majlis Tertinggi Umno mendengar perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, semalam.
CERIA...Najib bersama anggota Majlis Tertinggi Umno mendengar perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, semalam.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata Melayu abad ke-21 wajib mempersiapkan diri memanfaatkan segala hak dan peluang yang ada, termasuk tidak mempersiakan kuota, rizab dan permit.
“Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

“Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukan sekadar mendabik dada yang mereka harus berjaya kerana ia hak mereka untuk berjaya,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


Menurutnya, orang Melayu pada masa ini harus bersifat glokal, mampu bersaing dengan yang terbaik, mampu bertarung dengan yang paling kuat dan mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

“Saya tidak mahu menerima alasan anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya beserta rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa berpuas hati dengan momokan rezeki secupak takkan jadi segantang.

“Saya ingin ingatkan semua, pertarungan hari ini pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran.

“Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya,” katanya dalam ucapan bertemakan Mendaya Bangsa Menerajui Kemakmuran.

Najib berkata, Umno tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut di tepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri dan Umno komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.

Justeru beliau menegaskan, demi membina masa depan dan mendaya bangsa Melayu, ahli Umno harus melalui tiga fasa pemulihan.

“Fasa pertama dan terpenting memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar mustajab memperbaiki kekurangan. Fasa ketiga memulakan gerak kerja,” katanya.

Beliau berkata, hakikatnya Umno parti politik pertama berani meluaskan medan pemilihan sehingga membabitkan 140,000 ahli, dengan pertandingan amat kompetitif.

Katanya, Umnolah parti berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.

“Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti Umno menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.

“Dalam gambaran besar, terbukti utuh, kepemimpinan Umno berjaya teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini,” katanya.

Najib turut menjelaskan falsafah induk 1Malaysia diperkenalkannya adalah penerusan kepada wawasan pragmatik lima Perdana Menteri sebelum beliau.

“Gagasan 1Malaysia juga selaras nilai Islam dan semangat ditunjukkan sirah Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah.

“Bersyukurlah Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas konflik besar. Setiap orang perlu menerima hakikat kepelbagaian kaum satu rahmat dan aset anugerah Allah,” katanya.

Najib turut menekankan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum lain dari segi politik termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia terkunci kemas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit orang Melayu,” katanya

BAGUS...PENUH ADAB DAN TELITI....TETAPI BAGAIMANA PENGAJARANNYA DAN HUKUMNYA...KENAPA BERPILIH2 UNTUK DIGUNAKAN PAKAI.....

RENCANA UTAMA


'Diracik, dimandi dan dikebumi'




EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.
Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.
Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.
Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.
Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.
“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.
“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.
“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.
Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.
Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.

LAMBAKAN al-Quran dan buku ilmiah menunggu waktu dilupuskan.


Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.
Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.
Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.
“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.
Memelihara dan melupus
“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.
Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.
Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.
Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.
“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.
Hajat terlaksana
Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran.
Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.
Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.

INSINERATOR rekaan Rahmat perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dimulakan.


“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.
“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.
“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.
Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.
“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.

Suhu 700 darjah Celsius
Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.
Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.
“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.

SEORANG petugas sedang meracik helaian kertas yang sudah diasingkan mengikut kategori.


Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.
“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.
Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.
Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.
“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya.

ADAKAH IA TAK HUKUM....TAK TAU KENAPA TAK TANYA ATAU BELAJAR....KEGEMARAN BIARLAH TIDAK SALAH DARI SYARAK...JANGAN MAIN BELASAH JE

RENCANA UTAMA


Dulu peminat sekarang penasihat




“APA hebatnya dengan wanita ini?” soal Mohd. Yusuf Ismail di dalam hati saat terbaca mengenai sebuah laporan akhbar Utusan Malaysia 18 tahun lalu.
Pada ruangan Luar Negara itu, tercatat sebuah kisah mengenai kejayaan seorang wanita merangkul gelaran ratu cantik dunia, Miss Universe pada tahun 1992.
Tertera juga gambar sang juara yang kelihatan disarungkan mahkota bertatahkan permata di kepalanya sambil diapit oleh dua lagi finalis lain.
Melihat gambar dan pesona yang terpancar daripada raut Michelle Mclean itu, jiwa Mohd. Yusuf, 33, menjadi tidak keruan.
Walaupun gambar tersebut tidak berwarna, tetapi beliau dapat merasai aura wanita dari Namibia kerana kelihatan penuh berkeyakinan.
“Beliau menewaskan 80 orang wanita cantik yang lain. Bagaikan ada sesuatu rahsia di sebalik wajah ayunya itu.
“Saya pasti kebijaksanaan yang dimilikinya yang melonjakkan beliau dalam pertandingan itu,” jelas anak jati Tanjung Malim, Perak itu lagi.

PENGETAHUAN tinggi Mohd. Yusuf mengenai bidang ratu cantik menyebabkan dia menjadi rujukan ramai termasuk Miss International Malaysia 2010, Chantelle.


Ketika terbaca laporan itu, Mohd. Yusuf masih lagi menuntut dalam tingkatan dua di sebuah sekolah agama yang terletak di Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Saat itu juga anak bongsu daripada sembilan adik-beradik tersebut mula menyimpan minat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai wanita-wanita cantik lain di dunia.
“Saban hari ada sahaja bahan yang saya kumpul terutamanya daripada keratan akhbar.
“Akhbar berbahasa Cina selalunya membuat liputan yang lebih besar. Kadangkala satu muka surat penuh dengan gambar-gambar sorotan pertandingan,” katanya kepada Kosmo!.
Itu antara detik-detik awal bagaimana Mohd. Yusuf menjadi obses kepada ratu cantik dan mula mengumpul bahan-bahan berkaitannya.
Ketika menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1996 hingga 2000, beliau sering menjadikan akhbar-akhbar tempatan sebagai bahan untuknya mendapatkan maklumat tersebut.
“Saya akan sentiasa mengunjungi perpustakaan universiti. Bukan ingin menelaah pelajaran, sebaliknya membelek akhbar-akhbar lama untuk mendapatkan maklumat mengenai ratu cantik,” ujarnya sambil tergelak kecil mengingatkan kembali saat itu.
Obsesnya dalam bidang ini turut memberi pelbagai pengalaman baru kepada beliau.

CHANTELLE kini sedang bersaing dalam Miss International 2010 di Chengdu, China.


Masih tersimpan kemas di fikirannya mengenai kisah perjalanan ke Vietnam bagi menyaksikan pertandingan Mrs. World 2009 iaitu pertandingan ratu cantik bagi wanita yang sudah berkahwin.
Jelas Mohd Yusuf, beliau ke sana berseorangan demi bertemu dengan ratu-ratu cantik tersebut dan mencari kenalan baru. Namun, pelbagai pengalaman yang ditempuhi beliau saat memburu wanita cantik itu.
“Masyarakat di sana tidak tahu berbahasa Inggeris walaupun sepatah perkataan. Agak sukar untuk bertanyakan sesuatu kepada mereka terutamanya jalan yang harus dituju.
“Selain itu, mencari makanan yang halal di sana adalah sangat sukar. Jadi dalam tempoh lima hari itu, saya hanya menjamah biskut sahaja,” cerita beliau.
Blog ratu cantik
Walaupun berdepan pelbagai kesukaran, beliau sememangnya bertuah kerana memperoleh pengalaman baru. Bukan itu sahaja, kegilaannya itu juga mampu menjana pendapatan dan peluang bertemu kenalan baru.
Beliau kini menjadi tempat rujukan kepada ratu cantik Miss International Malaysia 2010, Chantelle Chuah, kerana pengetahuannya yang mendalam mengenai ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang ratu cantik.
“Saya dilantik sebagai penasihat beliau bagi menyertai pertandingan ratu cantik Miss International 2010 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini di Chengdu, China.
“Saya memberikan pandangan kepada beliau mengenai aspek pakaian, penampilan, tata rias serta persediaan menjawab soalan-soalan,” kata jejaka itu yang turut mempunyai hampir 500 naskhah majalah dan buku cenderamata dalam simpanannya.
Menyedari kegunaan teknologi maklumat boleh memudahkan beliau menyimpan data-data dan salinan dengan selamat, Mohd. Yusuf kini mempunyai sebuah blog peribadi.

GALERI yang diwujudkan Amir Azhar di Pulau Langkawi sering dikunjungi rakan-rakan.


Blog yang dikemaskini beberapa kali setiap hari itu mempunyai bilangan pelayar yang menggalakkan. Dianggarkan seramai 600 orang akan mengunjungi blog tersebut setiap hari.
“Ketika musim pertandingan ratu cantik berlangsung, kapasiti pengunjung blog itu boleh mencapai sehingga 8,000 orang dari seluruh dunia setiap hari,” ujarnya mengenai blog yang beralamat di www.pageantisland.blogspot.com itu.
Blog tersebut memaparkan segala maklumat mengenai ratu cantik di seluruh dunia yang diperoleh beliau untuk dikongsikan bersama. Koleksi keratan-keratan akhbar lama akan diimbas dan dimuat naik ke blog tersebut.
Buka galeri
Berbeza pula kisahnya dengan sahabat rapat Mohd. Yusuf yang kini menetap di Pulau Langkawi, Kedah, iaitu Amir Azhar Zainol, 45.
Kegilaannya yang mendalam terhadap ratu cantik mencetuskan idea untuk membuka sebuah galeri di kampung halamannya itu. Apatah lagi koleksinya yang semakin bertambah memerlukan sebuah ruang yang besar.
Berlokasi di Pantai Cenang, Langkawi, pelbagai barangan seperti gambar-gambar yang dibingkaikan, majalah-majalah, buku-buku cenderamata, pakaian, mahkota dan tiara.
“Galeri ini dibuka kepada sesiapa yang ingin melihat koleksi ratu cantik. Saya percaya koleksi ini jarang untuk dilihat di mana-mana,” katanya kepada Kosmo!.
Pekerja hotel di Pelangi Beach Resort, Langkawi itu mula mengumpul koleksi-koleksi tersebut sejak tahun 1972 lagi. Bermula daripada keratan akhbar yang dikumpul menjadi sebuah buku skrap, kini beliau mempunyai koleksi sehingga 200 buah buku skrap.
Berkongsi kisah bagaimana dia boleh menyimpan minat mengumpul barangan itu, bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Jitra, Kedah itu menjelaskan kisahnya bermula ketika berada di bangku sekolah rendah apabila guru bertanyakan mengenai hobi masing-masing. Namun, beliau buntu kerana tiada idea mengenai hobinya.

IDA RAHAYU mengumpulkan gambar-gambar ratu cantik sejak tahun 1989 lagi.


“Setelah ternampak majalah Life yang ketika itu memaparkan mengenai kejayaan ratu cantik Thailand, Apasara Hongsakula, saya terus menyatakan bahawa mengumpul keratan majalah adalah menjadi hobi masa lapang.
“Walaupun idea itu hadir secara spontan, hobi ini sebenarnya telah kekal sehingga kini,” kata lelaki itu yang turut meminati ratu cantik dari Malaysia iaitu Datin Josephine Fonseka, Elaine Daly dan Datuk Anna Lim.
Tampal di buku sekolah
Seorang suri rumah, Ida Rahayu Abdullah Thani, 32, turut berkongsi minat yang sama seperti Mohd. Yusuf dan Amir Azhar. Wanita itu menjelaskan bahawa kecintaannya terhadap kecantikan mendorong beliau untuk mengumpul koleksi majalah-majalah berkaitan ratu cantik semenjak berusia 11 tahun lagi.
“Adalah menjadi kebiasaan pelajar sekolah seperti saya pada ketika itu untuk memotong gambar wanita yang memakai tiara dan menampalnya pada kulit buku latihan untuk menyatakan minat mengenai kecantikan,” katanya.
Sepanjang tempoh menjadi pengumpul gambar-gambar ratu cantik sejak tahun 1989, pengalaman bertemu dengan ratu cantik, Miss Universe 1992, Michelle Mclean, menjadi saat yang tidak dapat dilupakan beliau.
“Miss Namibia itu datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1992 untuk merasmikan butik Bonia di Subang Parade.
“Lebih manis apabila saya sempat mendapatkan tanda tangan beliau walaupun hanya diabadikan di atas risalah Bonia sahaja,” katanya

BIAR BETUL...SEMUDAH ITU....KETENANGAN NI ANUGERAH ALLAH....

VARIA

Teh kunci ketenangan ketenangan


KANDUNGAN kimia tumbuhan dalam daun teh dilaporkan mempunyai kesan psikologi ke atas manusia. - Gambar hiasan



ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.
Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.
Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.
Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).
Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.
Cara hidup
"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.
"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.
Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.
"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.
Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.
"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.
"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.
"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.
Lebih tumpuan
Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.
Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.
"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.
Kurangkan risiko strok
Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.
Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.
Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.
Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.
"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya

JIWA DAPAT DIKAWAL DENGAN MENDEKAT DIRI DENGAN ALLAH....

NEGARA


'Saya lari sebab tertekan'


ROZALIYA membaca kisah mengenai dirinya di akhbar Kosmo! di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Bakal pengantin yang ditemui semula selepas hilang pada 13 Oktober lalu, Rozaliya Mat Lazim mendakwa beliau melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana tertekan dengan sikap tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, yang tidak mengendahkannya.
Menurut beliau, pada pertemuan terakhirnya dengan Mohd. Helmi, 24, pada 13 Oktober lalu, dia dan tunangnya itu bertengkar di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Kuantan untuk membeli barang keperluan perkahwinan.
Cerita Rozaliya, 20, punca mereka bergaduh adalah kerana mereka tidak dapat memutuskan siapa yang harus membeli barangan keperluan perkahwinan.
“Tiba di Kuantan, dia tinggalkan saya bersendirian di sebuah kedai dan kemudian saya mengeluarkan wang daripada mesin ATM sebuah bank berjumlah RM1,300 untuk membeli barang kahwin.
“Tiba-tiba ada dua lelaki mengekori saya dan sebab takut, saya terus hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Helmi meminta bantuan,” cerita Rozaliya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Ceneh Baru di sini semalam.
Rozaliya mendakwa, walaupun dia menghantar SMS, Helmi langsung tidak mengambil berat tentang keselamatannya.
Beberapa minit kemudian, dakwa Rozaliya, dua lelaki yang mengekorinya telah merampas wang yang baru dikeluarkannya itu sebelum dia sempat memasukkannya ke dalam beg.



NEGARA


Bakal doktor mati di Bandung


INANI yang ditemui mati di rumah sewanya
di Bandung, Indonesia semalam.


JAKARTA - Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi semalam.
Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya pada pukul 5 pagi.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, Inani merupakan pelajar tahun empat Universitas Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.
"Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematian pelajar itu," kata beliau.
Menurut beliau, keluarga Inani yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu. Jenazah Inani akan dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.






NEGARA


Bakar rumah guru kerana cemburu


MOHD. NOR (kiri) menunjukkan sampul surat berisi kelongsong peluru dan sisa tayar yang dibakar di rumah seorang guru tuisyen di Mentakab pada sidang akhbar di Temerloh semalam.


TEMERLOH - Akibat cemburu terhadap seorang guru tuisyen, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup melakukan ugutan bunuh dengan menghantar kelongsong peluru dan cuba membakar kediaman guru itu di Mentakab dekat sini dalam kejadian Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor, rumah yang menjadi pusat tuisyen itu adalah lokasi di mana teman wanitanya yang berusia 17 belajar dengan guru berkenaan yang juga berusia 19 tahun.
"Ketika kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, suspek dipercayai membakar tayar kereta yang dibawanya sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian tangga dan merosakkan suis elektrik utama rumah tersebut.
"Guru itu kemudian menghubungi bomba dan selepas kebakaran berjaya dipadamkan, dia nampak tulisan Cina yang ditulis pada kertas A4 yang diletakkan pada cermin keretanya.
"Tulisan yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud: "Saya harap kamu masih hidup dan bernasib baik dapat jumpa keluarga kamu" dan satu lagi tulisan Cina yang ditulis melintang bermaksud 'mati'," katanya kepada pemberita di sini semalam