Monday, October 18, 2010

MALANG XBERBAU..SENTIASALAH MOHON KEPADA ALLAH...DAN JANGAN AMBIL MUDAH....

Terbayang maut ditikam perompak

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

BERLUBANG...Noraini menunjukkan tingkap rumahnya yang diumpil perompak, semalam.
BERLUBANG...Noraini menunjukkan tingkap rumahnya yang diumpil perompak, semalam.
DISELONGKAR...kabinet televisyen diselongkar perompak terbabit.
DISELONGKAR...kabinet televisyen diselongkar perompak terbabit.
KUANTAN: “Ketika perompak itu berdiri di hujung katil, saya hanya terbayang akan ditikam, mati atau dirogol,” kata Nurul Asmidah Takuki, 20, menceritakan saat mencemaskan apabila rumahnya di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Balok Pine, di sini, dimasuki lima perompak, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang daripada lima perompak terbabit dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan sebilah pisau mengopak pintu belakang rumah mangsa sebelum masuk ke satu daripada bilik dalam rumah berkenaan.

Nurul Asmidah berkata, sebelum kejadian, dia tidur lena dalam bilik sebelum terjaga dan terlihat kelibat mencurigakan berdiri di hujung katil.

Menurutnya, sebaik membuka mata, perompak terbabit yang tidak bertopeng menunjukkan pisau sambil memberi isyarat memintanya mendiamkan diri.

“Perompak itu yang terkejut selepas mendengar suara ibu yang menjawab jeritan saya melarikan diri melalui pintu belakang.

“Selepas membuat pemeriksaan, saya mendapati tiga telefon bimbit bersama wang tunai RM20 dan dokumen penting hilang dipercayai dilarikan perompak terbabit mengakibatkan jumlah kerugian semuanya kira-kira RM400,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak pasti bilangan sebenar perompak terbabit dan kenderaan yang dinaiki, tetapi yang jelas hanya seorang masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa menutup muka sebelum lintang-pukang melarikan diri ketika ibunya datang ke biliknya.

Nurul Asmidah berkata, dia juga tidak pasti sama ada lima perompak yang ditembak mati polis berhampiran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Indera Mahkota, di sini, pagi semalam mempunyai kaitan dengan kejadian samun di rumahnya.

Bagaimanapun, katanya, seorang pegawai polis datang ke rumahnya dengan menunjukkan gambar seorang daripada perompak terbabit dan dia mendapati wajahnya sama dengan perompak yang masuk ke bilik tidurnya.

“Saya mendapati pintu belakang dikopak perompak terbabit selain hanya memikirkan soal mati atau dirogol ketika berdepan perompak terbabit,” kata anak kedua daripada empat beradik.
Bagaimanapun, dia bersyukur tidak dicederakan perompak terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Beserah, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, difahamkan kira-kira jam 3 pagi selepas menyamun rumah berkenaan, kelima-lima penyamun dipercayai warga Indonesia itu ditembak mati polis selepas dikejar kira-kira 10 kilometer dari rumah mangsa
Bagaimanapun, katanya, disebabkan ketakutan melihat wajah bengis perompak terbabit, dia menjerit memanggil ibunya, Noraini Aziz, 44, yang tidur bersama dua lagi adiknya berusia 11 dan 17 tahun di bilik bersebelahan.


'Abang datang cepat, saya takut'

Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my

HILANG...Sabariah  menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang  sejak 13 Oktober lalu.
HILANG...Sabariah menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang sejak 13 Oktober lalu.
KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan



Kereta melayang rempuh rumah



RUNTUH...kereta dipandu pelajar berusia 15 tahun menghempap dinding rumah.
RUNTUH...kereta dipandu pelajar berusia 15 tahun menghempap dinding rumah.
GEORGETOWN: “Saya nampak kereta itu tiba-tiba melayang dari arah jalan bertentangan sebelum merempuh tiang pembahagi antara rumah saya dan jiran,” kata pemandu lori, Khoo Beng Aik, 58, yang terkejut selepas rumahnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Jelutong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang remaja berusia 15 tahun merempuh tiang rumah milik Khoo dan jirannya menyebabkan sebahagian dinding rumah mereka runtuh dan menghempap kereta dinaiki remaja berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana remaja berkenaan sempat keluar dari kereta sebelum dinding rumah runtuh dan keluarga Khoo serta jirannya juga terselamat dalam kejadian itu.

Khoo berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen sebelum terkejut apabila kereta terbabit tiba-tiba merempuh dinding rumahnya menyebabkan gegaran kuat.

Menurutnya, tidak lama kemudian, dinding tingkat atas rumah runtuh dan menghempap kereta berkenaan serta motosikal Khoo diletakkan di depan rumah berkenaan


“Kami bernasib baik kerana hanya dinding di bahagian depan runtuh dan pemandu kereta berkenaan yang masih di bawah umur juga terselamat, namun kami masih lagi trauma dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, remaja terbabit yang berpakaian seperti pelajar sekolah agama juga dalam keadaan terkejut sebaik keluar dari kereta. Dia dipercayai gagal mengawal kenderaan itu akibat keadaan jalan licin selepas hujan.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai dari Jelutong menghala ke pusat bandar raya dan selepas hilang kawalan, kereta berkenaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dinding rumahnya.

Sementara itu, jiran Khoo, seorang warga emas, Annie Lim, 72, berkata dia menyangka berlaku gempa bumi kerana gegarannya begitu kuat selepas kereta terbabit melanggar tiang rumah jiran sebelum keluar untuk meninjau.

Menurutnya, dia melihat pemandu muda itu menunggu di tepi jalan berkenaan sebelum menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Nor Md Sirat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.09 petang dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian

No comments:

Post a Comment