Saturday, March 17, 2012

LAKSANAKAN UNDANG HUDUD...UNDANG2 SYARIAH@AGAMA ISLAM

Selimut balut mayat isteri

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

MAUT...anggota polis mengusung jenazah Suzila yang mati ditikam suami dalam kejadian di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, semalam.
MAUT...anggota polis mengusung jenazah Suzila yang mati ditikam suami dalam kejadian di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, semalam.
KUALA LUMPUR: “Dia menelefon saya dan berkata aku dah bunuh isteri aku. Suaranya teresak-esak seperti menangis. dan selepas itu panggilan terputus,” kata rakan baik kepada seorang suami yang menikam isterinya bertubi-tubi hingga mati di rumah mereka di tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi, petang semalam.
Rakan yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, sebaik menerima panggilan daripada suspek berkenaan yang berusia 42 tahun, dia terus bergegas ke rumah lelaki itu.
Menurutnya, sebaik tiba, dia mendapati rakannya itu berada di dalam rumah manakala isterinya yang sudah meninggal dunia dibalut dengan selimut dan diletakkan di ruang tamu.

“Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang dijemput suaminya yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan di ibu kota untuk pulang ke rumah

Bapa bebas, balik Filipina

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com

JOHOR BAHRU: Bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang dibunuh sebelum dibakar, dibebaskan daripada tahanan polis, namun akan dihantar ke negara asalnya Filipina kerana dia tiada dokumen sah yang membolehkannya tinggal di negara ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (gambar) berkata, lelaki berusia 30-an itu dibebaskan selepas polis tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dalam kes pembunuhan kejam itu.

“Kami tahan dia (bapa kandung Dirang) hanya untuk membantu siasatan dan kini saya sahkan dia tiada kaitan dengan pembunuhan Dirang. Bagaimanapun, kami tetap akan menghantarnya pulang ke negara asalnya atas faktor tidak mempunyai dokumen sah.
“Kini sudah jelas, perbuatan kejam yang dilakukan ke atas Dirang tidak dilakukan bapa kandungnya sendiri dan orang awam diharap tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini, tarikh tepat ayah kandung Dirang dihantar ke negara asalnya masih belum diketahui dan akan ditetapkan selepas proses perbincangan dan siasatan Jabatan Imigresen Johor.

Sementara itu, ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, nalurinya kuat mengatakan bekas suaminya itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Dirang.

“Memang dari mula saya sudah mengagak dia tiada kaitan dalam kes ini kerana dia datang ke sini hanya untuk membantu kami mencari Dirang.

“Saya yakin, dia tidak akan tergamak membunuh dan membakar anak sendiri kerana dia tetap ayah kandung Dirang walau apapun yang terjadi,” katanya.
Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar.

Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, 8 Mac lalu, apabila ia sepadan dengan DNA ibu Dirang, Roselyn.

Ekoran kes pembunuhan kejam terbabit, polis menahan tiga suspek dan bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan.

Barang kemas ditemui

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

BUKTI...Bakri (kiri) melihat barang yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...Bakri (kiri) melihat barang yang dirampas daripada suspek.
SHAH ALAM: Barang kemas yang bernilai RM100,000 milik ibu Zara Eleena Omar Peter, 23, yang dibunuh di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, di sini, turut dilarikan suspek dalam kejadian Ahad lalu.
Polis menemui semula sebahagian barang kemas itu yang dijual di kedai emas di Ampang manakala sebahagiannya tidak dijual kerana barang kemas tiruan.

Polis juga menemui semula kereta Perodua Kenari milik mangsa di Kedah yang dilaporkan hilang pada malam kejadian dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit.
Semua barangan itu ditemui selepas polis menahan enam lelaki berusia 19 tahun hingga 23 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Cheras dan Ampang bermula Isnin lalu hingga kelmarin.

Suspek yang ditahan dipercayai pelajar mangsa dan belajar di kolej sama tempat mangsa mengajar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis percaya kes pembunuhan berkenaan dapat diselesaikan dengan penahanan semua suspek.

Menurutnya, seorang daripada suspek dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan juga pelajar kolej sama tempat mangsa mengajar.

Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan dipercayai masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.
“Sewaktu kejadian, tiada kesan rumah mangsa dipecah masuk dan ini menunjukkan mangsa mengenali suspek.

“Bagaimanapun bukti giat dikumpul dan daripada bukti yang diperoleh barulah motif sebenar dapat dikenalpasti dan siasatan dapat dilengkapkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Friday, March 16, 2012

BILA PERNIAGA BESAR MENGUTAMAKAN BISNES DARI KEPENTINGAN ORANG RAMAI....

Ayah hiba meraung

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Ya Allah, anak aku!” jerit seorang bapa yang gagal mengawal perasaan sebaik melihat jasad anak kesayangannya yang terbunuh selepas Perodua Myvi dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Balai Polis Cherating, di sini, kelmarin.
Tindakan Rosli @ Rosdi, 50-an itu menyebabkan abang iparnya, Wan Rosli Wan Ismail, 52, terpaksa memujuknya kerana bimbang dia gagal mengawal perasaan selepas mengecam mayat anaknya, Ruhazril, 19, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Ruhazril yang juga pelajar Kolej Tati di Kijal, Terengganu dan berasal dari Gong Pasir, Dungun mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tersepit dalam kereta sebelum mayatnya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng.

Manakala seorang rakan mangsa yang belum dikenal pasti identiti yang turut berada dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma dan sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di HTAA.


Menurut Wan Rosli, mereka sekeluarga menerima panggilan daripada ibu arwah, Wan Rubiha, 44, memaklumkan kemalangan menimpa anak saudaranya sebelum bergegas ke HTAA.

‘Abah’ tarik selimut

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Dua beradik berdepan detik cemas kira-kira lima minit apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki rakan bapanya yang didakwa mencabul seorang daripada mereka di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Selasa lalu.
Sebelum kejadian di rumah mereka pada jam 3 pagi, suspek yang bersahabat baik dengan keluarga mangsa memasuki rumah berkenaan sambil memberi alasan konon tertinggal cincin dan mancis.

Mangsa berusia 17 tahun berkata, dia tersedar daripada tidur selepas menyedari selimut ditarik dan paha diraba sebelum melihat rakan bapanya itu berada dalam bilik tidurnya.

Katanya, suspek memintanya tidak menjerit, sebaliknya terus menutup lampu bilik sebelum menerkamnya hingga berlaku pergelutan.


“Saya cuba melawan dan sempat menendang perutnya manakala adik yang bersembunyi dalam bilik air sempat menjerit meminta tolong sebelum didengari abang yang berniaga burger di depan rumah.

“Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri manakala abang bersama rakannya yang cuba mengejar gagal menangkap penjenayah itu,” katanya.

Dasar laut gelap, jarak terhad jejas operasi



KLANG: Keadaan dasar laut yang gelap selain jarak pemandangan terhad menyukarkan pihak penyelamat menjejaki anggota penyelam bomba yang dilaporkan lemas sewaktu menjalankan operasi mencari kontena tenggelam di Dermaga 14, Northport, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, selain unit selam pasukan Bomba dan Penyelamat, turut membantu adalah pasukan skuba polis Marin dan penyelam swasta dalam usaha mengesan Mohd Tajul Arifin, 30, anggota dari Unit Selam Northport yang lemas.

Mohamad Shukor berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan semula pada jam 7 pagi dan sehingga kini masih giat dijalankan selain akan menggunakan sepenuhnya kepakaran dari agensi yang terbabit.
“Sukar untuk penyelam menemui sebarang petunjuk disebabkan keadaan laut yang gelap dan jarak penglihatan terhad menyebabkan kerja mencari dan menyelamat lambat.

“Bagaimanapun usaha mencari akan diteruskan pasukan bomba dan polis marin selain mendapat bantuan dari pasukan penyelam swasta yang turut sama dalam operasi berkenaan,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, operasi menyelamat terpaksa dihentikan dan di sambung esok berikutan keadaan cuasa tidak mengizinkan.

Pengirim SMS belum ditahan

JOHOR BAHRU: Wanita yang mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta wang tebusan daripada keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, yang dibunuh awal bulan ini masih belum ditahan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin (gambar) berkata, setakat ini, pihaknya sudah mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menahan wanita terbabit yang beralamat di negeri itu.

“Kami juga sudah memanggil keluarga Dirang untuk memberi keterangan berkaitan kiriman SMS itu pagi semalam bagi membantu siasatan.
“Kami harap wanita terbabit dapat ditahan secepat mungkin bagi membantu menyelesaikan kes pembunuhan Dirang,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, pihaknya akan bekerjasama dengan IPK Kelantan bagi menahan wanita yang menghantar SMS berbaur ugutan dan meminta wang tebusan sebanyak RM30,000 daripada keluarga Dirang.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata, empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Dirang akan dilanjutkan tempoh reman mereka hari ini.

Dua maut tak nampak treler

MARAN: Seorang pemandu lori tiga tan dan kelindannya terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler membawa biji besi di Kilometer 158.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Muzadrul Hasdi, 35, dari Batu Caves, Selangor manakala kelindannya, Muhamad Fuzi Yaakob, 22, dari Mantin, Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki lori membawa muatan produk makanan beku itu dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu dari Puchong.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Muzadrul dipercayai tidak dapat melihat dengan jelas treler di depannya akibat kabus tebal.

Katanya, siasatan awal mendapati Muzadrul dipercayai gagal menekan brek sebelum kenderaannya terus merempuh treler yang bergerak perlahan di lorong kiri lebuh raya berkenaan dan rempuhan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Bandar Jengka (HBJ) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, tengah hari semalam,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, polis sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit berusia 44 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ADO rentung dalam MPV

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

KOTA MARUDU: “Saya terdengar empat letupan sebelum melihat kenderaan itu terbakar,” kata Hisyamsul Hamza, 35, saksi kejadian yang mengorbankan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki @ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan Ulu Tandek, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Hilde, 43, ditemui mati dalam keadaan rentung selepas anggota bomba memadamkan kebakaran kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan. Hisyamsul berkata, ketika kejadian dia dan isteri sedang memasang khemah untuk berniaga di Tamu Tandek, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik terdengar letupan itu dia bersama beberapa peniaga lain bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah MPV terbakar.
“Kami segera menghubungi bomba dan cuba memadamkan api, namun tidak berani menghampiri kenderaan yang marak terbakar itu kerana bimbang meletup,” katanya ketika dihubungi.

Hisyamul berkata, dia menyangka tiada mangsa di dalam kenderaan itu kerana keadaan agak gelap selain bahang panas menyukarkan mereka menghampiri MPV terbabit.

“Saya ingat tiada orang di dalam kenderaan itu tetapi terkejut apabila bomba menemui satu mayat rentung sebaik api dipadamkan,” katanya yang juga saksi pertama tiba di tempat kejadian.

Ketua Operasi Menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Marudu, Pegawai Bomba Larsson Majaya, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.09 pagi sebelum sebuah jentera bersama enam anggota dikerah ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba 15 minit kemudian, kami mendapati keseluruhan kenderaan sudah terbakar. Anggota bomba kemudian menemui satu mayat rentung dalam kenderaan itu,” katanya.
Larsson berkata, tiada identiti diri atau dokumen ditemui berikutan keadaan mayat yang rentung.

“Berikutan penemuan mayat itu, bomba menghubungi polis bagi melakukan siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba masih melakukan siasatan berhubung punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata kejadian itu dipercayai akibat masalah pendawaian elektrik.

Niat bapa sertai percutian terbantut

KLUANG: Niat bapa kepada seorang kanak-kanak yang lemas di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyertai percutian anaknya itu terbantut apabila dia menerima berita menyayat hati itu pagi semalam.
Rosdi Abdul Rahman, 33, berkata, isterinya, Norazura Ahmad, 28, membawa anak mereka, Irfan Danish, 2, terlebih dulu ke rumah kakaknya di Wangsa Maju untuk bercuti.

Katanya, dia tidak menyangka, hasratnya untuk menyusul ke Kuala Lumpur semalam, bagi menyertai percutian mereka sekeluarga berakhir dengan berita sedih itu.
“Malam kelmarin, saya dimaklumkan bahawa anak hilang dan tidak dapat dikesan sehinggalah pagi semalam, isteri memaklumkan berita yang menyayat hati ini.

“Saya hanya reda dengan pemergian Irfan. Memang berat untuk menerima kenyataan kerana dia adalah anak sulung hasil perkahwinan kami,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Lambak, di sini, semalam.

Rosdi ditemui ketika bersama saudara dan rakannya menyempurnakan pengebumian Irfan.

Rosdi menambah, walaupun usia Irfan baru dua tahun, dia petah berkata-kata terutama apabila memanggilnya dan Norazura.

“Kediaman kami pasti sunyi selepas ini,” katanya. Nurazura yang masih trauma pula enggan ditemui.

Tinggal bayi di kedai



KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dipercayai ibu bayi lelaki (gambar) berusia lingkungan 40 hari tergamak meletakkan anaknya itu di sebuah kedai makan di Kampung Melayu, Sungai Buluh, Selangor sebelum menghilangkan diri dalam kejadian 14 Februari lalu.
Bagaimanapun, bayi malang yang diberi nama Mohd Amzar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bernasib baik apabila ditemui seorang penduduk kampung berkenaan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 6 pagi hari sama sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan diserahkan kepada JKM. Lebih menyayat hati, ketika ditemui bayi berkenaan hanya ditinggalkan atas bangku di kedai berkenaan dalam keadaan kesejukan tanpa pakaian, cuma dialas dengan kain.

Jurucakap JKM berkata, bayi malang itu yang cukup sifat ditemui tanpa sebarang pengenalan diri serta nota dan kini berada di bawah jagaan sementara pihaknya bagi memudahkan waris mengambilnya selepas proses pendaftaran selesai.
“JKM sedih dengan kejadian ini kerana bayi tidak berdosa itu ditinggalkan berseorangan dalam kegelapan awal pagi di kedai berkenaan.

“Jika orang ramai tidak menemui bayi berkenaan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk digigit haiwan liar hingga boleh menyebabkan kematian.

“Kita berharap ibu bapa yang tidak mahu menjaga anak dilahirkan tidak meletakkannya sesuka hati di sebarang tempat, sebaliknya berhubung dengan JKM untuk memudahkan urusan perlindungan bayi terbabit,” katanya. Menurutnya, bayi itu dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai yang mengenali warisnya berhubung dengan JKM.

Tergelincir ketika bermain

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kematian Irfan Danish Rosdi, berusia dua tahun yang ditemui terapung dalam Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam sebagai mati mengejut kerana lemas selepas dipercayai tergelincir semasa bermain di taman permainan berhampiran tasik itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira jam 7 malam kelmarin yang mengatakan anaknya hilang.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di belakang Restoran Nelayan berhampiran tempat permainan kanak-kanak dan kira-kira 15 meter dari tasik.
“Pada awalnya mangsa disyaki lemas di tasik berhampiran atau diculik penjenayah, namun perkara sebenar tidak diketahui dan kawasan sekeliling juga tiada kamera litar tertutup (CCTV). “Pencarian mangsa dilakukan sehingga awal pagi dan kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam), mayat kanak-kanak itu dijumpai pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terapung di tepi tasik dipercayai lemas selepas tergelincir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nelayan terkejut jumpa mayat terapung



KLANG: Sekumpulan nelayan yang menaiki bot terkejut sebaik menemui mayat seorang lelaki terapung dengan kesan luka di kepala ketika melalui kawasan perairan Pulau Ketam, di sini, semalam.
Mayat lelaki terbabit ditemui jam 1.45 tengah hari sebelum pihak polis dimaklumkan kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebaik menerima maklumat, sekumpulan anggota Polis Marin dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, mayat lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju itu dibawa ke Jeti Pangkalan Marin, Pulau Indah, di sini, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat luka di kepala mangsa yang berukuran kira-kira 3 inci dan mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an.

‘Kami beri masa sebulan’

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

BANTAH...penduduk membuat demonstrasi membantah operasi kilang simen.
BANTAH...penduduk membuat demonstrasi membantah operasi kilang simen.
MERU: “Kami beri masa sebulan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu bunyi bising dan habuk kilang simen yang terletak kurang 50 meter dari rumah penduduk.
“Jika kerajaan negeri gagal berbuat demikian, kami akan mengadakan demonstrasi aman di depan pintu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” itulah amaran yang diberikan penduduk, S Hassan Kuthoos Syed Ahmad Kaber, 38, berhubung pencemaran berpunca daripada sebuah kilang simen di Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru, di sini, semalam.

Penduduk tidak tahan hidup dalam keadaan tidak selesa disebabkan habuk dan bunyi bising yang dikeluarkan sebuah kilang simen sejak tahun 1990-an lagi. Katanya, masalah pencemaran itu sejak dari 2008 sehingga kini dan masalah semakin meruncing sehingga membahayakan kesihatan penduduk.
“Tahap kesihatan kebanyakan penduduk terjejas dan sering diserang penyakit seperti asma dan batuk.

“Jika dibiarkan masalah ini berlarutan, dikhuatiri pelbagai lagi penyakit akan menyerang penduduk dalam jangka masa panjang,” katanya.

Tambah rumit apabila lori dari kilang simen dan kilang berhampiran turut melalui kawasan berkenaan mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan demostrasi di hadapan kilang simen berkenaan yang dihadiri kira-kira 50 penduduk dari kedua-dua taman perumahan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju, Muhamad Haswar Ewan berkata, pihaknya sudah menghantar pelbagai aduan kepada pihak bertanggungjawab sejak 2008.
“Namun aduan itu seolah-olah tidak diendahkan dan dipandang sepi kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami sudah hantar pelbagai surat kepada Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor semenjak 2008, tetapi tiada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya.

Haswar berkata, pihaknya pernah dihalang pekerja ketika ingin berjumpa dengan pemilik kilang itu.

“Kami pernah bersemuka dengan pemilik kilang itu dan pemilik kilang itu pernah berjanji akan memindahkan operasi kilangnya.

“Namun janji tinggal janji dan pemilik kilang itu sehingga kini gagal memindahkan operasi kilangnya,” katanya.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang tegas mengenai isu ini secepat mungkin bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Namun, polis masih belum memperoleh butiran peribadi mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada seluar mangsa dan sekitar tempat mayat ditemui,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati kurang dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat sewaktu ditemui namun polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh atau tidak. Beliau berkata, setakat ini polis menyiasat dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).

YANG KEKAL ALLAH SAJA...DAN PERKARA2 ALLAH TENTUKAN KEKAL...JANGAN KITA FIKIR ...KITA SAJA BOLEH SESUATU...DAN KITA SAJA BOLEH BUAT... ORANG TAK BOLEH BUAT...INGAT KITA PUN MATI SERTA ADA KELEMAHAN..MALAH PENTADBIRAN YANG ADA PUN... RAKYAT SEDANG NILAI...BUKAN SENDIRI NILAI...JANGAN SYOK SENDIRI....

Sangka hidup

JOHOR BAHRU - Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah yang masuk hari keempat semalam masih lagi dirasai ahli keluarga dan sahabat handai, namun abang mangsa tetap menyangka yang adiknya itu masih hilang.
Ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25, memberitahu, anak sulungnya, Mohd. Hafis, 6, masih menganggap adiknya hilang dan tidak tahu mengenai kejadian sebenar yang menimpa Nurul Nadirah, 5, atau lebih mesra disapa Dirang.
"Mohd. Hafis cakap dengan saya jangan menangis nanti Dirang balik. Kata-kata itu membuatkan saya lebih sedih kerana dia masih tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas adiknya," cerita Roselyn.

Amah Indonesia dapat gaji RM700

JAKARTA - Indonesia semalam mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia di mana mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas-tugas berkaitan tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi.
Itulah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini semalam.
Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman berkata, JTF mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Mati tersepit celah lori



BEGINILAH keadaan lori Hon Yong yang bergerak sendiri sebelum melanggar lelaki itu (dalam bulatan) hingga menyebabkannya tersepit di Jalan Felda Telang Satu, Kuala Lipis, Pahang kelmarin.



KUALA LIPIS – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia mati selepas tersepit di antara sebuah lori dan sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di sebuah bengkel dekat Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 2.20 petang itu mengakibatkan Lau Hon Yong, 53, mati di tempat kejadian.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa telah meletakkan lorinya di situ untuk membaiki pintu kenderaan sebelum ia bergerak sendiri dan melanggar Hon Yong.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, jarak di antara lori dan pokok kelapa sawit itu kira-kira 1.5 meter.
“Tanpa diduga, lori berkenaan bergerak sebelum merempuh mangsa hingga menyebabkan dia gagal mengelak lalu tersepit.
“Kita masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan brek tangan lori itu tidak ditarik dengan kemas,” katanya yang memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di beberapa organ dalaman.

Amukan 15 lelaki bertopeng

GEORGE TOWN – Pekerja sebuah syarikat elektronik di sini semalam terpaksa berlindung di dalam premis selepas sekumpulan 15 lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan tukul besi bertindak menyerang serta melakukan kerosakan dalam kejadian di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini semalam.
Kejadian pukul 2.15 petang itu menyebabkan sebahagian cermin bangunan pecah dan 16 buah kenderaan pekerja syarikat termasuk kereta pengurusnya rosak.
Difahamkan, sebelum menyerang pekerja syarikat, suspek telah mengugut dan mengacu pisau ke arah pengawal keselamatan premis untuk membolehkan mereka masuk.
“Kita percaya motif kejadian disebabkan dendam di antara syarikat tersebut dengan pihak luar. Kesemua pekerja tidak cedera kerana ketika kejadian mereka diarahkan berada di dalam premis.
“Suspek datang dengan menaiki tiga buah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Mereka melarikan diri selepas memecahkan sebahagian harta benda syarikat dan pekerja,” kata jurucakap polis.

Tanah runtuh ancam sekolah


BEGINILAH keadaan tanah runtuh di SMK Sungai Pusu, Gombak semalam.


GOMBAK – Keselamatan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini terancam ekoran kejadian tanah runtuh berhampiran bangunan sekolah itu.
Tinjauan Kosmo! mendapati runtuhan berlaku di cerun bukit yang terletak hanya 10 meter dari kawasan sekolah berkenaan.
Sebahagian tembok sekolah itu juga telah runtuh semasa kejadian hujan lebat di sekitar Lembah Klang minggu lalu.
Beberapa rekahan tanah turut dikesan di kawasan sekitar sekolah tersebut yang berkemungkinan menyebabkan beberapa lagi kejadian tanah runtuh jika tiada tindakan segera diambil.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad (gambar kecil) berkata, kejadian tanah runtuh itu amat membimbangkan kerana asrama pelajar lelaki sekolah itu terletak berhampiran cerun bukit tersebut.
“Malah, ia boleh memudaratkan kawasan perkampungan yang terletak di kaki bukit itu,” katanya ketika di temui Kosmo! di sini semalam.

Pastikan apa yang dikecapi kekal



RAZALI (kanan) beramah mesra dengan delegasi belia dari Indonesia pada majlis penutup Konvensyen Belia Antarabangsa di Kuala Lumpur malam tadi.



KUALA LUMPUR - Generasi belia abad ke-21 digesa menjadi pembawa pesanan keamanan sejagat supaya segala yang dikecapi masa kini sentiasa berterusan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, belia yang sentiasa dicanang sebagai bakal pemimpin sesebuah negara perlu mempunyai kesedaran bahawa tanpa keamanan, segala kebebasan yang diperjuangkan adalah sia-sia.
Dalam konteks negara ini, ujarnya, terdapat minoriti golongan muda yang sudah berasa selesa dengan apa yang dimiliki sekarang sehingga terlupa untuk terus memeliharanya.
"Kita tidak mahu tolak kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat yang mahu dilaungkan oleh golongan belia sebaliknya ia dialu-alukan.
"Namun begitu, ia tidak bermakna jika wujud tindakan membuta tuli dalam mendapat apa yang dihajati sehingga mengorbankan keamanan yang dikecapi sekian lama," katanya selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Belia Antarabangsa di sini malam tadi.

Spesies baharu katak ditemui


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan spesies baharu katak di Pulau Staten, New York.


NEW YORK - Beberapa pakar biologi terkejut apabila mereka menemui spesies baharu katak di kawasan bandar raya ini.
Sejak beberapa tahun lalu, katak berwarna hijau itu disalah anggap sebagai antara spesies katak harimau bintang yang banyak terdapat di sini.
"Sungguh menakjubkan kerana terdapat spesies baharu yang tidak disedari di sebuah kota metropolitan seperti ini," kata seorang pakar biologi Universiti California Los Angeles, Brad Shaffer kelmarin.
"Ia menunjukkan masih terdapat spesies baharu dan penting yang menanti untuk ditemui walaupun di bandar raya terbesar Amerika Syarikat," tambahnya.
Menurut Shaffer, dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas katak itu selepas menyedari ia mengeluarkan bunyi yang berbeza daripada katak harimau bintang.
Penemuan terbaharu itu dipaparkan dalam jurnal saintifik AS, Molecular Phylogenetics and Evolution. - AFP

DIDUNIA ALLAH DAH BALAS...HABUAN MENJAGA DAN MENGASIHI IBU....

‘Balas jasa ibu’

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Fairus Anuar
am@hmetro.com.my

HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan)  memberi penerangan kepada Amir (kanan)  yang bakal bekerja di syarikatnya.
HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Amir (kanan) yang bakal bekerja di syarikatnya.
KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.
Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.

Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.

“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, semalam.

Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.

Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.
Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.

Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya.

Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.

“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.




Anak hilang rupanya lemas

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

PERIKSA...Unit Forensik Polis memeriksa mayat Irfan Danish, semalam.
PERIKSA...Unit Forensik Polis memeriksa mayat Irfan Danish, semalam.
SEDIH...Nurazura (kiri) sebak ketika menunggu mayat anaknya yang terapung diangkat.
SEDIH...Nurazura (kiri) sebak ketika menunggu mayat anaknya yang terapung diangkat.
KUALA LUMPUR: “Kali terakhir saya melihatnya, dia leka memerhatikan burung dan saya pula sibuk melayan dua abangnya yang menangis ingin menaiki buaian.
“Bila nak balik, baru kami sedar dia tiada. Puas kami mencarinya, tapi tak jumpa,” kata Nurazura Ahmad, 27, ibu kepada Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun yang ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam.

Menurut Nurazura, semasa berkelah di pinggir tasik itu kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana berada terlalu dekat dengan air.
“Dua abangnya sibuk bermain di taman permainan tapi dia lebih tertarik melihat tasik dan saya terpaksa menariknya dua kali kerana dia berdiri terlalu dekat air,” katanya.

Mayat Irfan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tasik berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Nurazura membuat laporan polis mengenai kehilangan Irfan jam 7 malam kelmarin tanpa mengetahui anaknya jatuh ke dalam tasik. Menurut Nurazura yang menetap di Kluang, Johor, dia dan tiga anak lelaki yang berusia dua dan enam tahun termasuk Irfan berkunjung ke ibu negara dan berkelah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti persekolahan.

“Kami sekeluarga datang dari Kluang sejak Ahad lalu untuk melawat saudara di sini selain bercuti sempena cuti sekolah dan semalam (kelmarin) kami ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga ipar saya untuk berkelah.

“Suami saya tak datang kerana bekerja. Selain saya empat beranak, kami ke Tasik Titiwangsa bersama kakak dan abang ipar saya serta tiga anak mereka,” katanya. Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.

“Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya,” katanya.
Nurazura diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya selepas dihubungi polis pagi semalam dan diminta datang ke tasik untuk membuat pengecaman.

Dia kemudian bergegas ke lokasi penemuan Irfan bersama kakak iparnya dan hanya mampu menangis sebaik melihat sendiri jasad anak bongsunya terapung dalam keadaan tertiarap di gigi air.

Difahamkan, sebelah selipar kanak-kanak itu turut ditemui di tebing tasik berkenaan, manakala sebelah lagi terapung di permukaan air.

Azab tersepit setengah jam

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

NGERI...keadaan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, kelmarin.
NGERI...keadaan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, kelmarin.
pix_topright
KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala dan perutnya tersepit.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu tersandar di batang pokok sawit berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.


Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit berkenaan.

Thursday, March 15, 2012

MASJID BANYAK...ORANG HADIR MACAM MANA...KEFAHAMAN ISLAM SETEMPAT MACAM MANA...YANG PENTING FUNGSI MASJID TU...BUKAN BANYAK...KERJA2 MACAM BUKAN NAK DIHITUNG2..JADI RIAK..TU TANGGUNG JAWAB...

Ugut ayah dengan cota
FARAH SHAZWANI ALI
15 Mac 2012
KUALA TERENGGANU- Entah apa nak jadi, seorang anak sanggup mengamuk dan mengugut untuk membunuh ayahnya sendiri dalam satu kejadian pada 6 Mac lalu di Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang.
Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya terbalas apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh, Mohd Shaheri Mamat, 27, yang bekerja sebagai mekanik itu bersama seorang lagi rakannya telah ke rumah ayahnya, Mamat Mohd Nor, 52, di Kampung Kubang Ikan, di sini pada 6 Mac lalu kira-kira jam 1.30 pagi.
Bagaimanapun, tertuduh yang dalam keadaan marah telah membuat bising di luar rumah ayahnya, sambil membawa cota.
Tertuduh kemudiannya menyuruh ayahnya keluar, namun dia enggan kerana takut diapa-apakan. Berang dengan sikap ayahnya itu, dia dan rakannya memukul pintu cermin rumah dengan cota dan mengugut ingin membunuh ayahnya.
Ayahnya kemudian memberanikan diri lalu mengambil parang dan bertindak mengejarnya. Terkejut dengan reaksi ayahnya, kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahannya pada 8 Mac lalu, kira-kira jam 1.10 pagi di sebuah bengkel di Wakaf Dua, Bukit Payong.
Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara selama dua bulan jika gagal membayarnya. Difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut dengan bantuan rakannya.
BN: Terengganu bina 63 masjid baru sejak 2004

14 Mac 2012
DUNGUN - Sebanyak 63 buah masjid baru telah dibina di Terengganu melibatkan peruntukan kira-kira RM315 juta sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri itu lapan tahun lepas.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Rozali Saleh berkata, secara keseluruhannya kini terdapat sebanyak 492 buah masjid di seluruh negeri ini termasuk yang telah dinaik taraf.
"Setiap sebuah masjid berkenaan dianggarkan bernilai antara RM4 hingga RM8 juta bergantung kepada kecil atau besar sesebuah masjid berkenaan.
 "Malah tahun ini kerajaan negeri akan membina tiga buah lagi masjid baru iaitu Masjid Paya Pelandang di sini, dan dua lagi di Kuala Terengganu iaitu Masjid Darat di Batu Rakit dan Masjid Kampung Kebur Air di Manir," katanya kepada pemberita.
 Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan baginda ke Pejabat Agama Daerah Dungun di sini hari ini. Baginda diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. - Bernama
Musnah masa depan sendiri
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Musnah masa depan sendiri
KAMPUNG RAJA - Seorang penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Terengganu bakal memusnahkan masa depan kerjayanya sendiri apabila ditangkap kerana memiliki dan menagih dadah.
Suspek ditahan bersama tiga lelaki dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dalam sebuah rumah di Kampung Gong Kepas.
Dia bukan sahaja berdepan tindakan undang-undang malah mungkin dikenakan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan kehilangan pekerjaan tetapnya sekiranya disabit bersalah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek wanita berumur 35 tahun itu berstatus janda dan mempunyai dua anak berumur 11 dan 13 tahun.
Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, wanita yang pernah bertugas di daerah ini pulang bercuti di rumahnya di sini terperanjat apabila sebaik membuka pintu utama rumah mendapati sepasukan polis sudah berada di situ.
“Pemeriksaan dalam bilik tidur wanita itu menemui sebiji pil dipercayai methamphetamine (pil kuda) manakala pemeriksaan lanjut di sebuah bilik tidur lagi mendapati tiga lelaki sedang lena tidur termasuk abang wanita berkenaan,” katanya.
Kamaruddin berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik tersebut polis menemui empat botol cerah mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan 139 biji pil kuda dalam dua plastik berasingan.
Menurutnya, abang wanita itu berumur 36 tahun manakala dua lagi rakannya 37 dan 39 tahun adalah penduduk tempatan.
“Kesemua dadah yang dirampas bernilai lebih kurang RM5,500 dan ketiga–tiga lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu dipercayai pengedar dadah di kawasan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek mendapati kesemua mereka positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek wanita tersebut dikatakan pulang ke rumahnya di sini bagi membuat persiapan untuk pergi kursus yang dikendalikan jabatannya dan dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik khususnya kepada anak buahnya.
Kesemua suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik dan jenayah termasuk pernah meringkuk dalam penjara.
Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 12(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Abang wanita berkenaan dan dua suspek lain pula disiasat di bawah Syeksen 39B syeksen sama yang sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati dan turut disiasat di bawah Syeksen 39A(1) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta tiga sebatan.
Tragedi 13 Mac berulang
SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
15 Mac 2012
Tragedi 13 Mac berulang

KUANTAN – Selepas 10 tahun berlalu, tanggal yang sama 13 Mac, rumah pekerja didiami Mohammad Firdaus Mokhtar, 26, sekali lagi terbakar.
Mohammad Firdaus yang bekerja di kilang papan Seng Peng di Jalan 19 1/4 Gambang di sini berkata, kejadian tersebut adalah yang kedua.
Menurutnya, seramai 15 pekerja kilang papan ini terselamat apabila kesemua mereka masih lagi bekerja di kilang sebelum berlari pulang ke rumah masing-masing setelah dimaklumkan rumah kongsi mereka terbakar.
Lapan deret rumah kongsi di sini hangus terbakar pada 4 petang kelmarin dan kesemua pekerja tidak sempat menyelamatkan barang mereka menjadikan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.
“Biasanya kami pulang pada 5.30 petang dan meninggalkan barang-barang penting di rumah sahaja ketika bekerja. Tidak sangka pula, habis semua barang kami hangus terbakar termasuklah dompet dan barang berharga yang lain.
“Kejadian kebakaran kali ini benar-benar membuatkan saya trauma kerana kali kedua saya mengalami kejadian seumpama ini. Ketika kebakaran masih lagi terbayang api sepuluh tahun lalu membakar rumah kongsi kami yang terletak di lokasi sama,” katanya.

Hasil titik peluh turut terbakar
Bagi Suhaimee Harun, 29 yang bekerja di kilang ini sejak lima tahun lalu sedih apabila barang-barang kesayangan dibelinya daripada hasil titik peluh bekerja turut terbakar sama.
“Orang lain mungkin tidak kisah barang mereka terbakar, tetapi saya sedih kerana saya kumpul duit dalam masa yang lama untuk membeli barang tersebut, kini hanya tinggal arang sahaja,” katanya yang sedih apabila jam tangan bernilai RM3,000 miliknya terbakar.
Bagi Shahrul Amri Amin, 24, yang baru bekerja di kilang ini tiga bulan lalu terkilan apabila gambar arwah tunangnya turut terbakar.
“Barang-barang lain seperti televisyen yang baru saya beli kelmarin turut terbakar, mesin basuh dan barang yang paling saya sayang ialah gambar arwah tunang yang saya bawa selalu terbakar. Itu sahajalah kenangan yang saya ada sejak dia meninggal empat tahun lalu,” katanya sedih.
Selain itu, Shahrul Amri juga tinggal sehelai sepinggang apabila duit dan pakaiannya tidak sempat diselamatkan.
Menurutnya, semasa kejadian, dia hanya memakai baju tanpa lengan dan sejurus selepas dimaklumkan rumah kongsi yang didudukinya terbakar lantas dia berlari tanpa menyelamatkan barangnya.
“Apa yang saya pakai hari ini adalah harta yang tinggal, semuanya seperti sudah tidak bermakna pada saya. Jika tidak kuat iman dan sabar, saya tak tahu apa yang akan terjadi pada saya,” katanya yang berasal dari Johor.

Bantuan terus disalurkan
Ketua Kampung Baru Gambang, Yong Fook Siong berkata, beliau akan berusaha mendapatkan bantuan bagi pekerja yang berstatus warganegara di sini untuk mendapatkan bantuan susulan.
“Bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan khas Adun Lepar bagi meringankan beban mangsa kebakaran ini.
“Selain itu, saya berharap agar bantuan susulan dapat diberikan kepada mangsa ini berikutan masing-masing hanya tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Sementara itu, bagi wakil majikan kilang papan Seng Peng, Low Chee Kang berkata, pihaknya akan membantu mangsa yang terlibat melalui dana khas yang diperuntukkan.
Selain itu, rumah kongsi ini juga dikatakan akan dibina semula untuk kemudahan pekerja di kilang ini.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Mohd Sohaimi Jusoh berkata, beliau harap agar mangsa yang terlibat ini bersabar dengan dugaan ini dan mahu mereka terus berfikiran positif untuk masa depan yang lebih cerah.
“Saya harap kesemua mangsa yang terlibat sama ada warganegara Malaysia dan yang lain-lain bersabar kerana ini adalah dugaan untuk mereka yang cekal.
“Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan saya harap agar mereka dapat membina kehidupan baru dengan lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.
Penyamun serbu kedai
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
15 Mac 2012
Penyamun serbu kedai
KUANTAN - Dua pekerja sebuah premis produk jualan langsung tergamam apabila seorang lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam kedai sebelum melarikan kira-kira RM500 dalam satu kejadian samun di Jalan Teluk Sisek
Suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an itu cuba menakutkan pasangan suami isteri tersebut dengan mengacah senjata seakan pistol daripada celah baju sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai dalam mesin di kaunter bayaran.
Pasangan suami isteri berusia lingkungan 50-an yang enggan nama disiarkan berkata, seorang daripada suspek masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di luar.
“Kejadian dipercayai berlaku sekitar 10.45 pagi dan ketika itu, hanya kami berdua dalam kedai.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali memakai baju warna gelap dan bertopi meluru ke arah kaunter sambil cuba mengeluarkan objek berbunyi seakan pistol,” kata seorang daripada mereka ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mangsa berkata, suspek mengarahkan dia menyerahkan wang tunai sebelum merampas kira-kira RM500 dari kaunter bayaran sebelum melarikan diri.
“Suspek sempat meminta kupon tebus hadiah, namun tidak sempat berbuat demikian kerana kotaknya sukar dibuka,” katanya.
Wanita itu berkata, kejadian berlaku tidak sampai lima minit sebelum kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.
“Kami percaya mereka melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang diletakkan di belakang bangunan ini,” katanya.
Dia berkata, walaupun terkejut, mereka tetap bersyukur kerana tidak dicederakan penjenayah terbabit.
Kejadian samun itu tidak disedari pemilik kedai lain memandangkan premis tersebut menggunakan pintu kaca tertutup.
Seorang peniaga yang juga enggan namanya disiarkan berkata, dia hanya ternampak kelibat dua lelaki berlari melintasi kedainya dalam keadaan kelam kabut.
“Mereka berlari ke arah belakang kedai lalu menaiki sebuah kereta yang diletakkan di belakang bangunan ini.
“Lepas itu, barulah kami dimaklumkan mangsa mengenai kejadian yang menimpa mereka hari ini (semalam),” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha ketika dihubungi petang semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, polis tidak dapat mengesahkan objek digunakan suspek sama ada pistol atau tidak, namun tidak menolak kemungkinan pistol palsu.
“Mangsa sendiri tidak nampak objek itu dengan jelas kerana suspek tidak mengacukannya, sebaliknya suspek hanya mengacah dengan menyembunyikan objek itu di sebalik pakaiannya.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan kesalahan berjadual,” katanya.
Gang Matau sasar pecah rumah pelajar tumpas

15 Mac 2012
MARAN - Polis Maran berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah yang dikenali sebagai 'Gang Matau' yang menyasarkan rumah pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pahang, di Jengka.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabudin tiga lelaki termasuk ketua kumpulan berkenaan berusia 20 hingga 37 tahun berjaya diberkas semalam ketika sedang melepaskan gian menghisap dadah di sebuah rumah di Taman Jengka Mahkota di sini.

"Dalam serbuan 2.30 pagi semalam, polis turut menemui rantai leher, cincin emas, komputer riba dan projektor yang dipercayai barang curi.

"Selain itu, polis turut menemui peralatan menghisap dadah dan pelbagai jenis dadah di dalam rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM11,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata semua suspek itu juga dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di daerah berkenaan.

Ahmad Johari berkata penangkapan tiga suspek berkenaan adalah rentetan daripada tangkapan dua lelaki yang dipercayai anggota kumpulan itu pada 3 Mac lalu dan Selasa lepas.

"Lelaki yang berumur 31 tahun itu ditahan ketika pecah masuk sebuah rumah di Taman Desa Jaya di sini pukul 4.14 pagi pada 3 Mac lepas.

"Hasil daripada tangkapan lelaki tersebut, pihak polis berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 30 tahun di Rantau Perintis di sini pada Selasa lalu," katanya.

Ahmad Johari berkata sindiket itu juga mempergunakan penagih dadah untuk melakukan aktiviti pecah rumah.

"Selepas itu, penagih dadah ini akan menukarkan barang berharga yang dicuri dengan dadah yang dibekalkan sindiket ini," katanya.

Menurut beliau, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak 2009 dan dipercayai terbabit dalam 23 kes pecah rumah di sekitar Jengka yang kebanyakan membabitkan rumah pelajar UiTM cawangan Pahang di sini. - Bernama
Pemandu selamat 'kereta terjunam ke parit'
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Pemandu selamat 'kereta terjunam ke parit'
SABAK BERNAM – Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang pemandu kereta jenis Perodua Viva terselamat dalam satu kemala- ngan apabila brek keretanya mengalami kerosakan di Kilometer 38 Jalan Teluk Intan–Klang di sini.
Difahamkan, mangsa cuba memperlahankan kereta yang dipandunya ketika melalui selekoh berhampiran sebuah sekolah di lokasi kejadian, namun brek kenderaan itu langsung tidak berfungsi.
Dalam keadaan itu, kenderaan mangsa kemudiannya melanggar pembahagi jalan, seterusnya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan terjunam ke parit.
Mangsa dikenali John, 22, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 10, Hutan Melintang, Perak selepas selesai berurusan di sebuah jabatan, di Sungai Besar.
“Setibanya di tempat kejadian, saya menekan brek untuk memperlahankan kenderaan tetapi entah kenapa brek tidak berfungsi sehingga menyebabkan insiden ini berlaku.
“Saya bernasib baik, kemalangan ini tidak melibatkan pengguna jalan raya lain kerana kebetulan tiada kenderaan yang melalui jalan ini ketika detik cemas itu berlaku,” katanya.
John berkata, beliau tidak menyangka brek kenderaannya bermasalah kerana sebelum itu brek berkenaan berfungsi dengan baik dan beliau bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.
“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan parah dan hanya luka di beberapa bahagian badan,” katanya.
Anggota bomba hilang selepas terjun ke laut
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Anggota bomba hilang selepas terjun ke laut
PELABUHAN KLANG - Seorang anggota bomba dari Unit Selam Bomba dan Penyelamat Northport (Malaysia) Berhad (Northport) dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut untuk memeriksa kontena yang terjatuh ke dalam laut.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Mohd Tajul Arifin, 30, turun ke dasar laut untuk menjalankan operasi mencari kontena yang tenggelam di Dermaga 14, Northport.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa bersama seorang lagi rakan, Mohd Norazam, 29, turut terjun ke laut.
Katanya, ketika diarahkan timbul selepas setengah jam kemudian, hanya Mohd Norazam yang timbul manakala mangsa gagal berbuat demikian.
 “Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan tetapi terpaksa dihentikan pada jam 6 petang ini (semalam) berikutan keadaan cuaca dan laut tidak mengizinkan.
“Operasi mencari mangsa akan disambung semula pada jam 7 pagi esok (hari ini),” katanya.
Bagaimanapun, pihak bomba ketika dihubungi tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
Lapan motosikal hangus
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Lapan motosikal hangus
JALAN KUALA KETIL – Lapan motosikal yang diletak dalam sebuah kedai membaiki motosikal hangus dalam kebakaran kira-kira 8.30 malam kelmarin,
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 8.36 malam dan bergegas ke lokasi kejadian seminit kemudian.
Menurutnya, operasi memadam kebakaran disertai 12 anggota bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.
“Ketika sampai ke lokasi, 25 peratus daripada bahagian kedai terbabit sudah terbakar namun, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran supaya tidak merebak ke bangunan bersebelahan dan bahagian belakang kedai,” katanya kepada Sinar Harian.
Rosdi berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu hadapan kedai memandangkan kejadian berlaku selepas perniagaan tamat dan tiada sesiapa dilaporkan berada di dalamnya.
“Kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. Operasi memadam kebakaran turut dibantu lima jentera pasukan Bomba Sukarela.
Pemilik kedai, Goh Aik Heng, 40, berkata, dia membuka perniagaan sejak 20 tahun lalu dan ini merupakan kejadian pertama yang menimpanya.
“Habis sahaja kerja pada hari kejadian, saya mula menutup pintu kedai jam 7.15 malam dan meninggalkan kedai seperti biasa. Namun sejam kemudian dikejutkan dengan berita kebakaran,” katanya.
Menurutnya, hanya dia seorang yang bekerja sepenuh masa di kedai terbabit dan dipercayai kebakaran berlaku akibat litar pintas.
Petani dakwa dibelasah
Razif Rosli
15 Mac 2012
Petani dakwa dibelasah
TRONOH – Seorang petani membuat laporan polis mendakwa dipukul hingga cedera dipercayai oleh individu yang tidak berpuas hati dengan kebun buahnya, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 petang itu, Lee Kong Soon, 56, dikatakan mengalami lebam-lebam akibat dipukul di bahagian kepala, tangan dan pipi kiri.
Akibat tidak berpuas hati, Kong Soon kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini, semalam.
Beliau mendakwa pergi ke kebun miliknya selepas pekerjanya mendapati 40 pokok jambu yang sedang berbuah telah dimusnahkan, sedangkan sehari sebelum kejadian, pokok buah-buahannya masih kelihatan elok.
Menurutnya, setibanya di kebun, beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak yang didakwanya menjadi punca kepada itu, bagaimanapun dia mendakwa diserang pihak terbabit.
“Belum pun dapat penjelasan daripada mereka, saya diserang dan dipukul bertalu-talu di bahagian kepala dan tangan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan keluhan enam petani di kawasan berkenan yang mendakwa dihalau dari kebun mereka dan kemungkinan hilang mata pencarian setelah mengusahakan tanaman di tanah seluas 32 ekar sejak 15 tahun lalu.
Kong Soon berkata, beliau turut membuat laporan polis di Balai Polis Tronoh pada 19 Januari lalu apabila mendakwa menerima panggilan dan ugutan.
“Saya menerima panggilan daripada individu tersebut lebih 10 kali dalam sehari yang mahukan saya keluar dari kawasan itu malah turut mengugut mahu merobohkan kebun dan apa jua yang saya usahakan selama ini. Kami sekeluarga mengalami tekanan emosi dan nyata mereka cuba menakut-nakutkan saya supaya saya keluar dari kawasan itu pada kadar segera. Panggilan telefon berbaur ugutan terhenti sebulan apabila Adun Tronoh, V Sivakumar merujuk perkara berkenaan ke Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah namun kini mereka ganggu saya balik,” katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supe-rintendan Ahmad Nordin Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Kong Soon.
“Kita buka kes berkenaan mengikut akta 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Lambaian terakhir
NOR AZURA MD AMIN
15 Mac 2012
Lambaian terakhir
PONTIAN – Seorang bapa tidak menduga lambaian anaknya sebelum bertolak ke tempat kerja adalah yang terakhir sebelum anaknya menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa, Muhammad Fitri A Gani, 19, yang bekerja di sebuah kilang elektronik di Senai menunggang basikal sebelum menaiki van kilang yang menunggu di hadapan kampungnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
Bagaimanapun, basikal yang dinaiki itu terbabit dalam satu kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van pekerja di Kilometer 1.2, Jalan Ayer Baloi-Bukit Batu, di Kampung Parit Panjang di sini.
Bapa mangsa, A Gani Ibrahim, 65, Gani, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pontian pagi semalam memberitahu, dia didatangi jirannya selepas selesai bersolat subuh di masjid dan diberitahu mengenai kemalangan yang melibatkan seorang penunggang basikal berhampiran rumahnya.
“Saya terus berdebar-debar kerana ketika itu saya secara langsung fikirkan anak saya kerana dia me­nunggang basikal setiap pagi sebelum menaiki van kilang, Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ada seorang mangsa kemalangan sedang tertiarap di tepi jalan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati mangsa tersebut adalah anaknya sendiri dan terus memapah serta memeluknya.
“Saya dapati bahagian keadaan kepalanya dipenuhi darah," katanya.
Katanya, anak bongsu dari enam beradik itu baru dua bulan bekerja di Senai.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan, Wan Razani Wan Ibrahim berkata, kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu membabitkan tiga kenderaan iaitu basikal, pacuan empat roda dan van pekerja.
Katanya, pacuan empat roda itu dari arah Bukit Batu ke Ayer Baloi manakala van pula dikatakan dalam perjalanan dari arah Ayer Baloi ke Kulaijaya.
Dalam kejadian itu katanya, empat mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang cedera parah di bahagian kaki, manakala Muhammad Fitri meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Operasi di Jabatan Bomba dan Penyelamat Pontian, Mohd Zamry Sukarseh bersama enam anggota mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan alat pemotong.
Lima kemalangan sehari
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Lima kemalangan sehari
KOTA TINGGI - Sebanyak lima kemalangan berlaku dalam sehari di jalan utama Felda Sungai Sayong di sini, dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak sawit yang dibawa sebuah lori tangki, semalam.
Penduduk, Wahid Abd Wahab berkata, kemalangan yang membabitkan kenderaan seperti motosikal, kereta dan van berlaku secara berasingan di laluan tumpahan minyak berkenaan namun tidak mengakibatkan kejadian yang serius.
“Pada hari ini (semalam), lima kemalangan berlaku akibat tumpahan minyak berkenaan. Keadaan jalan raya utama di sini, menjadi licin tambahan pula cuaca hujan menyebabkan kebanyakan kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan terbabas. Malah, kebanyakan mangsa adalah orang luar yang memandu laju, selain mereka tidak tahu berlaku tumpahan minyak di jalan berkenaan. Namun, syukurlah mereka yang terlibat hanya cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian.
Manakala, Jaafar Abdullah, 49, berkata, dia yang memiliki sebuah bengkel di laluan utama kampung berkenaan melihat sendiri sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari arah Kluang mengeluarkan cecair berkenaan dari bawah kenderaan itu.
“Kira-kira jam 8 lebih, pagi tadi (semalam), saya yang kebetulan berada di hadapan bengkel berasa hairan apabila terlihat minyak merembes keluar dari bawah sebuah lori tangki yang melalui jalan berkenaan. Cecair berkenaan berwarna kekuningan dan melekat di sepanjang jalan raya, malah, berkemungkinan besar pemandu lori terbabit tidak mengetahui tentang kebocoran yang berlaku. Niat saya mahu menahan kenderaan berkenaan untuk memberitahu pemandunya berhubung kebocoran yang berlaku tidak kesampaian kerana ia bergerak laju dan semakin jauh,” katanya.
Sementara itu, Wahid yang juga Pemangku Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Sungai Sayong berkata, selepas memaklumkan masalah berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, tindakan segera terus diambil dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi yang bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba mula melakukan kerja pembersihan kesan minyak berkenaan pada waktu pagi dengan pancuran air sebelum menabur serbuk kayu dan bahan penyerap minyak bagi mengelakkan jalan itu terus licin pada sebelah petang. Tindakan mereka ini sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian kemalangan yang lebih teruk. Malah, kita juga mahu mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak wakil rakyat dan semua pihak yang turut sama terlibat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, sebuah jentera bomba dengan lima anggota sedang melakukan kerja menabur serbuk penyerap minyak di sepanjang jalan utama kampung tersebut iaitu sejauh 250 meter di kawasan yang terlibat dengan tumpahan minyak tersebut, petang semalam.
“Menggigil tangan buat pau”
Wartawan Sinar Harian
14 Mac 2012
“Menggigil tangan buat pau”
PONTIAN – “Menggigil tangan ketika buat pau,” luah Bakri Ahmad, 50, terhadap situasi bunyi bising yang dihadapinya setiap hari dari tapak pemprosesan bahan binaan yang terletak berhampiran rumahnya.

Bakri yang merupakan penjual kuih-muih berkata, mereka juga terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah daripada dimasuki debu pasir.

Menurutnya, setiap kali kerja-kerja menuang pasir dilakukan di tapak pemprosesan bahan binaan berkenaan, rumahnya akan terkena debu pasir yang diterbangkan angin.

“Ketika kerja-kerja menuang pasir dari lori dilakukan, debu pasir akan berterbangan, dan sekiranya angin kuat lebih banyak debu yang terhasil. Kesan debu ini dapat dilihat dengan jelas pada permukaan tingkap yang penuh dengan debu pasir,” katanya ketika ditemui petang kelmarin.

Katanya, debu pasir berkenaan juga mengancam kesihatan mereka sekeluarga kerana terpaksa menghidu udara yang tidak bersih.

“Kami terpaksa menutup pintu dan tingkap ketika kerja-kerja tapak pemprosesan berkenaan dijalankan yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Katanya, penduduk kampung yang sudah berusia berdepan dengan risiko dihidapi penyakit yang tinggi kesan daripada debu pasir dan bunyi bising yang dihasilkan.

“Tahap kebersihan di sini juga dikhuatiri terjejas berikutan debu pasir yang berterbangan pada makanan dan minuman. Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk dan menjejaskan perniagaan makanan yang diusahakan penduduk kampung,” katanya.

Bakri yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak serta seorang cucu berkata, tidur siang cucunya yang baru sahaja setahun kerap kali terganggu dan tersentak dengan bunyi bising dari tapak terbabit.

Justeru itu, dia berharap masalah yang dihadapi penduduk ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya dari agensi dan jabatan berkaitan agar diselesaikan dengan segera.

Sementara itu bagi Penghulu Mukim Api-api, Razali Dahlan, ketika ditemui, semalam, berkata, masalah yang dihadapi penduduk Kampung Melayu berkenaan dalam perhatian pihaknya.

Katanya, pentadbiran mukim akan menyemak sama pengusaha terbabit sudah menukarkan status tanah pertanian kepada tanah industri dan lesen perniagaan yang dijalankan.

Menurutnya, tapak pemprosesan bahan binaan berkenaan merupakan satu-satunya yang terdapat di Kampung Melayu.

KESABARAN...TELITI..WASPADA..PATUHI UNDANG2...SANGAT PENTING JADI AMALAN...AGAR DAPAT MENJAUHI PERKARA2 YANG TIDAK DINGINI..DISAMPING MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SERTA TAWAKAL

‘Rela’ rompak pekerja ladang
Wartawan Sinar Harian
14 Mac 2012
‘Rela’ rompak pekerja ladang
AYER KEROH - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan enam sebatan terhadap dua sekawan kerana merompak secara berkumpulan seorang pekerja ladang warga Indonesia, bulan lalu.

Ab Rahman Mohd Ali, 46, dan Mohd Iszam Mohd Ghazalli, 31, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Abu Bakar Katar selepas kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah pada hari sebutan semula kes, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap Sutarji, pasport AN 343518, dan merampas wang tunai RM1,700 di ladang getah Kampung Seberang Perai, Rembai, Alor Gajah, kira-kira jam 11 pagi pada 25 Januari 2012.

Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Kesek­saan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua tertuduh memohon hukuman diringankan dan dipenjara daripada tarikh ditangkap sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon meminta mahkamah memberikan huku­man berat terhadap tertuduh yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ketika sedang bekerja di ladang getah didatangi kedua-dua tertuduh yang menyamar sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) lalu meminta mangsa supaya menunjukkan pasport.

Ketika mengeluarkan pasport, seorang tertuduh meragut wang berjumlah RM1,700 daripada dompet mangsa dan terus melarikan diri menaiki motosikal sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Beberapa rakan mangsa berjaya menangkap Ab Rahman dan diserahkan kepada polis, sementara Mohd Iszam ditahan polis di sebuah rumah di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada 30 Januari 2012.
Lori terbalik di lebuh raya
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Lori terbalik di lebuh raya
ALOR GAJAH - Seorang ­pemandu lori nyaris maut selepas lori lima tan dipandunya terbalik di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran jejantas Sekolah Kebangsaan (SK) Rumbia, ­dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi itu, pemandu lori, J Jayakumar, 41, dari arah Bukit Rambai menuju ke Rawang, Selangor membawa muatan plastik dipercayai ­hilang kawalan selepas tayar bahagian hadapan lorinya meletup.
Menurutnya, tayar lorinya meletup ketika menuruni ­bukit berhampiran SK Rumbia sebelum lori dipandunya ­hilang kawalan.
“Dalam keadaan kelam ­kabut itu, saya terkejut apabila sebuah treler memotong lori yang saya pandu dari sebelah kanan sebelum lori saya terbalik. Saya terperangkap di ­dalam lori dan berusaha keluar dari pintu pemandu tetapi ­tidak boleh dibuka dan merangkak keluar melalui pintu sebelah penumpang,” katanya.
Jayakumar, selepas berjaya keluar dia terjatuh di jalan dan dibantu dua lelaki sebelum menghubungi kecemasan.
“Saya bernasib baik kerana ketika kejadian tiada kenderaan lain berada di belakang, jika tidak pasti berlaku perkara lebih buruk,” katanya yang hanya mengalami luka ringan di kaki dan tangan.
Sementara itu Ketua Polis daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian yang berpunca dari salah satu tayar lori berkenaan meletup semasa lori menuruni bukit berselekoh sebelum terbalik.
“Pemandu lori terbabit hanya cedera ringan biarpun tersepit di dalam lori yang ­terbalik dan berjaya keluar melalui pintu penumpang dengan merangkak keluar ­sebelum dibantu orang ramai yang melihat kejadian,” ­katanya, semalam.
Jual minyak masak terpakai
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Jual minyak masak terpakai
KAMPUNG CHUAH – Pembuangan minyak masak terpakai tanpa pengurusan betul akan mengakibatkan pencemaran terutamanya pencemaran air.
Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembe­ntungan (JPP), Husnani Shamsuddin berkata, dalam usaha menangani masalah itu, JPP mengambil pendekatan membeli minyak masak terpakai daripada orang ramai untuk dikitarkan semula menjadi produk selain dari minyak masak seperti biodiesel iaitu satu sumber alternatif kepada petroleum, sabun dan lilin.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuang minyak ­masak terpakai mereka tetapi kumpulkan ia ke tempat yang dikhaskan oleh jabatan,” katanya ketika ditemui semasa Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Komuniti Kampung Chuah anjuran JPP dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chuah, Jawatankuasa Ke­majuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chuah, baru-baru ini.
Husnani berkata, rata-­ratanya tidak mengetahui ­bahawa penggunaan minyak masak untuk menggoreng ­secara berulang kali boleh ­memudaratkan kesihatan selain akan berlakunya pencemaran jika minyak masak ­terpakai tidak diurus dengan baik untuk dilupuskannya.
“Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Komuniti Kampung Chuah adalah yang pertama di Negeri Sembilan dan pusat pengumpulannya di balai raya, masjid dan Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah. Chuah berhampiran pantai dan apabila minyak terpakai tidak diurus pembuangannya dengan baik, lama kelamaan ia akan menyumbang kepada pencemaran laut sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan. Lantaran itu, semua ­disarankan untuk sama-sama menjayakan program ini di mana dalam mesyuarat bersama wakil penduduk juga telah meletakkan persetujuan ­untuk hasil dari jualan minyak masak terpakai itu nanti akan disalurkan kepada pembangunan pendidikan murid di SK Chuah,” katanya.
Katanya, walau bagaimanapun penduduk diminta ­berwaspada jika ada individu yang ingin membeli minyak masak terpakai dengan menawarkan harga lebih tinggi ­kerana dikhuatiri minyak tersebut dikitarkan semula untuk dijadikan minyak masak dan dijual ke pasaran.
“JPP ataupun egen sah yang dilantik akan membeli minyak masak terpakai dengan harga RM1 untuk satu ­liter minyak. Mmana-mana kawasan yang berminat untuk sama-sama menjayakan program ini boleh terus menghubungi JPP atau melayari laman web www.jpp.gov.my,” katanya kepada Sinar Harian.
Hadir sama pada program berkenaan, Pengarah Bahagian Khidmat Pengu­rusan, Jabatan Perkhidmatan Pemben­tungan, Saripah Abdul Mutalib; Penolong ­Peg­awai Daerah, Nurhazlin Makli dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam Ampang (Helwani), Muh­aidatul Ismah Ismail.
Temui anak tidak bernyawa
HABSAH ISMAIL
15 Mac 2012
Temui anak tidak bernyawa
 KOTA BHARU- Cukup sayu apabila pencarian seorang ibu, Lini Abdullah, 27, selama setengah jam akhirnya terjawab setelah menemui sekujur tubuh bayinya di dalam kuala sungai kira-kira 10 meter belakang rumah.
Paling memilukan, bayi berkenaan, Nik Muhd Iqbal Azim Nik Roslan, satu tahun dua bulan itu, didapati terapung di sungai berdekatan rumah setelah dipercayai terjatuh di permukaan kuala Pantai Mek Mas, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.
Dengan longlai, Lini yang penat mencari anak bongsu lelakinya di merata-rata kawasan rumah bersama seorang sepupu dikenali sebagai Imah, 30-an, mengangkat anak ketiganya itu di dalam air separas 0.5 meter.
“Setengah jam sebelum menemuinya di dalam sungai, saya sempat melihatnya bermain-main keseorangan di ruang tamu rumah, manakala saya pula membasuh pakaian di dapur.
“Dia pernah turun dari rumah, tetapi tidak pernah turun ke kuala sungai berdekatan, namun kali ini saya hanya temui tubuhnya terapung dan sudah kaku,” katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Pantai Mek Mas, PCB, di sini.
Menurutnya, anaknya yang dipanggil Azim itu baru pandai berjalan (bertatih) dan sentiasa mengawasi pergerakannya, namun semuanya cepat berlaku.
Lini berkata, semasa kejadian, dia langsung tidak mendengar sebarang jeritan dan pada mulanya tidak mengesyaki anaknya turun ke sungai terbabit.
Sejurus melihat sekujur tubuh kanak-kanak itu, kata Lini, dia bergegas ke muka kuala, menarik tubuh berkenaan dalam keadaan pilu dan tidak sanggup melihat wajah anak kecil itu, lalu segera menyerahkannya kepada Imah.
“Tidak ada perkataan untuk saya gambarkan perasaan ketika menemuinya. Saya masih ingat keletahnya yang sudah pandai menyebut ‘Ma’ (panggilan untuk dirinya),” katanya.
Setelah ditemui, anak berkenaan disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Klinik Kesihatan Badang, PCB, di sini, petang kelmarin.
Sementara itu, bapa kanak-kanak malang itu, Nik Roslan Nik Mat, 32, yang bekerja sebagai nelayan tiada di rumah kerana mengambil upah membuat bubu di kawasan berdekatan.
“Saya menerima panggilan telefon daripada adik saya mengatakan anak bongsu saya lemas.
“Saya reda dengan pemergian Azim, sekurang-kurangnya kami menemuinya biarpun dalam keadaan menyedihkan,” katanya bapa kepada dua lagi anak, Nik Nadia Izati, 10 dan Nik Muhd Iqbal, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Che Latif, di sini.
Bagi nenek mangsa, Azizah Mamat, 47, dia diberitahu kehilangan cucu tersebut kira-kira jam 7 pagi semalam.
“Ketika kejadian, talian telefon bermasalah dan kali terakhir saya menemui Azim pada Ahad lalu ketika melawatnya di rumah,” katanya.
Jenazah Nik Muhd Iqbal Azim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian lemas bayi berkenaan.
Mandur ladang sawit maut ditindih tayar traktor
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Tak sempat jamah pulut isteri
KEMAMAN – Seorang mandor ladang sawit tidak sempat menjamah pulut yang dimasak isterinya apabila maut ditindih tayar traktor selepas kenderaan berat dipandunya itu hancur dirempuh dari belakang dalam nahas di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor, dekat simpang ‘Cheneh Recreation and Resort’ (CRR), Cheneh.
Mahdi Sain, 41, yang be-rasal dari Lombok Timur, Indonesia maut serta merta di tempat kejadian ketika dalam perjalanan pulang dari bengkel di Jalan Felda Cerul untuk balik ke Ladang Bukit Bandi selepas membaiki lampu traktor yang rosak.
Dalam kejadian itu, traktor dipandu mangsa cuba mengelak lubang di bahu jalan namun dirempuh sebuah Toyota Fortuner dari arah belakang mengakibatkan traktor tersebut terbalik manakala salah sebuah tayar belakangnya tercabut serta menindih mangsa yang tercampak ke atas jalan.
Janji akan makan pulut
Isteri mangsa seorang warga tempatan, Maisah Mamat, 45, tidak dapat menahan tangis sebaik tiba di tempat kejadian apabila melihat suaminya parah di kepala dan kaku dibasahi darah apatah lagi suaminya berjanji untuk memakan pulut yang dimasaknya sejurus pulang membaiki traktor.
“Berkali-kali saya ajak dia makan pulut untuk sarapan ketika kami berdua tiba di ladang namun dia menolak, katanya mahu makan waktu rehat jam 11 pagi.
“Saya tunggu suami pulang dari bengkel, tetapi ketika mahu memulakan kerja semula secara tiba-tiba rakan suami yang mengikutnya menghantar traktor ke bengkel memberitahu suaminya terlibat dalam kemalangan,” katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman.
isah dan suaminya bekerja di Ladang Bukit Bandi, Cheneh di bawah syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.
Kata Maisah, suaminya itu bekerja sebagai mandor di tapak semaian sawit (nurseri) di ladang itu sementara dia pula melakukan kerja di ladang.
Pernah pesan hantar jenazahnya ke Indonesia
Kata Maisah, beberapa bulan lalu arwah suaminya itu kerap berpesan agar menghantar jenazahnya untuk dikebumikan di Lombok Timur, Indonesia sekiranya dia meninggal dunia.
“Waktu dia pesan begitu saya terkejut dan minta dia menghentikan permintaanya,” katanya yang tidak menyangka akan kehilangan suaminya dikahwini sembilan tahun lalu sekelip mata.
Katanya, ketika berkahwin dengan arwah dia sudah mempunyai enam anak hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu manakala suaminya itu mempunyai dua anak yang tinggal di Indonesia.
Meskipun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun suaminya itu menyayangi anaknya sepenuh hati.
Akan penuhi hasrat arwah suami
“Walaupun sudah berkahwin selama sembilan tahun tetapi saya belum pernah mengikut suami pulang ke Lombok Timur dan kami sebenarnya merancang pulang Ogos depan,” katanya sugul.
Menurutnya, dia berhasrat menghantar jenazah suaminya pulang ke negara asal bagi memenuhi hasrat arwah suaminya itu yang sudah berkerja di negara ini selama hampir 17 tahun.
Sementara itu, Pegawai Ladang Bukit Bandi, Mohd Faizul Mat Shah berkata, kehilangan Mahdi ibarat khabar duka kerana mangsa seorang pekerja cemerlang.
Sementara itu, Toyota Fortuner berkenaan remuk pada bahagian depan namun pemandunya tidak mengalami kecederaan.