Friday, April 30, 2010

INI CERITA IBU....BAPA KURANG MUNGKIN TABAH ATAU DE PENGANTI

Mangsa dera anak

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB, RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ dan AZLAN HAFEEDZ

2010/05/09

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan ibu ceria diraikan anak dan keluarga masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini, ada ibu yang merintih serta meratapi nasib malang mereka selepas dianiayai zuriat sendiri.

Besah" border="0" width="500" height="420">
"Dia (anak) menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali" > Besah

Di Kelantan pula, Zawiah, 56, masih dihantui peristiwa dua tahun lalu apabila tangannya menerima 15 jahitan selepas dikelar anaknya manakala Besah, 63, hampir pengsan apabila kepalanya dihantukkan ke lantai simen oleh anaknya yang ketagih dadah, kira-kira dua tahun lalu. Ikuti kisah mereka selanjutnya:

KES 1:
“BERKALI-KALI saya dibawa berjumpa bomoh yang menuduh saya membela hantu raya hingga menjadi punca keluarga anak saya kerap sakit. Bermacam-macam rawatan mengarut terpaksa saya terima, termasuk diberi makan benda pelik hingga muntah.


“Selain selalu dimarahi dan dimaki, anak sulung saya yang terlalu percayakan bomoh mengurung saya di bilik bahagian dapur dan selepas enam bulan dikurung dia menghantar saya ke pusat jagaan orang tua,” kata Aminah kepada Metro Ahad.


Mengimbas lanjut latar belakang hidupnya, Aminah berkata, pada mulanya dia tinggal seorang diri di rumahnya di Ipoh, Perak selepas kematian suami lebih tiga tahun lalu. Bagaimanapun, anak sulungnya mengajaknya tinggal bersama mereka di Selangor.


Katanya, selepas dua tahun duduk bersama anaknya yang berkeluarga dan mempunyai empat anak, dia kerap sakit dan tidak larat bergerak serta perlukan bantuan untuk ke mana-mana.

“Saya selalu pening dan sengal di badan sampai tidak larat bangun. Pelbagai ubat saya makan tapi tak berkesan. Akhirnya menantu menghantar saya mendapatkan khidmat rawatan tradisional ketika anak saya ke luar negara.


“Tindakan itu menambah derita saya apabila bomoh menuduh saya membela hantu raya. Saya mengucap panjang dan menafikan tuduhan itu, tetapi apakan daya kerana menantu lebih percaya cakap bomoh,” katanya.


Berikutan itu Aminah dikurung di dalam bilik dengan alasan khuatir hantu yang dibela mengganggu cucunya hinggalah anak lelakinya pulang dari luar negara.


“Waktu anak saya balik, saya ingat dapatlah mengadu nasib kepadanya tetapi lain pula terjadi. Dia lebih percaya cakap isterinya dan terus mengurung saya di dalam sebuah bilik di dapur. Saya hanya diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada malam,” katanya.


Aminah berkata, selama dikurung kira-kira enam bulan, dia berulang kali dibawa berjumpa bomoh dan setiap kali ‘dirawat’ dia semakin terseksa kerana diberi makan benda pelik hingga muntah.


“Bila saya terangkan secara baik kepada anak yang saya tidak pernah membela hantu, saya dimarahi dan dimaki kerana dikatakan cuba menipu dan memberi alasan tidak mahu dipisahkan dengan hantu yang dibela.


“Sudahlah dikurung, saya dibiarkan saja dalam bilik dan tidak dibenarkan bergaul dengan cucu sekalipun. Saya hanya dilayan oleh pembantu rumah,” katanya.

Kemuncak penganiayaan terhadap Aminah, satu hari anak lelakinya menghantarnya ke sebuah pusat jagaan orang tua selepas berbohong dengan berkata ingin membawanya berubat di tempat lain.


Aminah berkata, walaupun kecewa dengan sikap ketiga-tiga anaknya, dia masih tetap menerima mereka jika insaf dan sedar perbuatan mereka.


“Hanya Allah tahu perasaan saya, tetapi saya selalu berdoa semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan saya sedia memaafkan mereka,” katanya yang tinggal di pusat jagaan itu sejak lebih setahun lalu.

KES 2:
SETIAP kali tiba tarikh sambutan Hari Ibu, Zawiah terkenang sejarah hitam dua tahun lalu apabila menerima 15 jahitan di lengan akibat dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya.


Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Amin turut dipukul dengan kayu besbol ketika cuba menyelamatkan nyawa isterinya.


Mengimbau detik cemas kejadian itu, Zawiah berkata, ia berlaku ketika dia dan suami baru selesai menjamah sarapan pagi di rumah.


Katanya, ketika sibuk mengemas pinggan di dapur, anak lelaki sulungnya berusia 27 tahun dikenali sebagai Zul serta cucu tunggal mereka berusia sembilan tahun tiba di rumah untuk bersarapan.


“Itu menjadi kebiasaan mereka selepas Zul bercerai dengan isterinya. Sebelum itu, apabila bekas menantu bercerita mengenai sikap Zul dan pembabitannya dalam penagihan dadah, saya tidak percaya kerana dia anak yang baik.


“Namun tanggapan saya berubah selepas menjumpai beberapa biji pil dan ‘buku lima’ dalam poket seluar Zul ketika mahu membasuh pakaiannya kira-kira sebulan sebelum kejadian. Apapun, saya dan suami tidak berani bertanya perkara itu berikutan dia baru bercerai.


“Namun, sikap berdiam diri kami membawa padah apabila Zul tiba-tiba ‘mengamuk’ tengah hari itu selepas dipercayai berada dalam pengaruh dadah jenis pil kuda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan.


Menurutnya, Zul menyerangnya secara tiba-tiba dengan sebilah pisau tanpa diketahui punca sebenar.


“Saya menahan serangannya, menyebabkan lengan saya luka teruk akibat dikelar,” katanya yang kini menjaga anak Zul selepas anaknya dipenjarakan di atas kesalahan itu.


Lebih mengecewakan Zawiah, pada malam (kejadian) itu dia dan suami sepatutnya dibawa keluar oleh seorang lagi anaknya untuk makan di sebuah restoran di bandar ini sempena sambutan Hari Ibu.


“Namun segala-galanya berubah sekelip mata apabila kami berdua terlantar seminggu di hospital akibat kejadian itu.


“Sempena Hari Ibu, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Zul insaf sebaik dibebaskan dan sebagai ibu, saya sentiasa memaafkannya walaupun parut di lengan masih berbekas,” katanya.

KES 3:
“BIAR kau mampus cepat, orang tua!” Itu antara kata-kata anak lelaki tunggalnya yang menghantui fikiran Besah, 63, walaupun peristiwa itu berlaku lebih setahun lalu.


Bagi Besah, kejadian kepalanya dihantukkan ke lantai dapur oleh anak sehingga lebam dan bengkak seluruh muka tidak akan dilupai hingga ke akhir hayat.


“Semuanya akibat dadah. Sejak kecil, saya dan suami menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malang akibat terlalu sayang, saya tidak menyekat pergerakannya, menyebabkan dia menjadi liar dan ingin kemewahan sedangkan kami keluarga miskin,” katanya.


Besah berkata, dia menyedari anaknya terjebak dengan dadah ketika bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selepas perangainya berubah daripada pendiam kepada seorang yang mudah naik angin.


Katanya, walaupun tahu anaknya menagih dadah, dia dan suami tidak melaporkannya kepada polis kerana tidak mahu anaknya merengkok dalam penjara, selain enggan mengaibkan nama keluarga.


“Kami pernah hantar dia tinggal bersama bapa saudaranya di Rantau Panjang, namun hanya bertahan seminggu apabila dia pulang ‘mengejut’ ke rumah.


“Sejak hari itu perangainya semakin menjadi-jadi dan paling mengejutkan, dia sanggup menjual seekor lembu milik ayahnya kepada seorang penduduk kampung dengan harga RM300 semata-mata untuk membeli dadah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan.


Paling kritikal, Besah akhirnya menjadi mangsa ‘dera’ anaknya. Ketika kejadian, dia seorang diri di dapur manakala suami, anak sulung serta dua lagi anaknya keluar bekerja dan bersekolah.


“Dia tiba-tiba muncul dan meminta wang RM100 dengan alasan hendak membeli pakaian. Saya tahu tujuan sebenarnya nak beli dadah, jadi saya membebel dan merayunya berhenti menagih dadah.


“Tanpa disangka dia menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut saya dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali.


“Saya menjerit kesakitan dan merayu supaya dia berhenti tapi dia tak peduli, malah muka saya terus dihantuk ke lantai hingga hidung berdarah. Syukur, ketika itu suami pulang dan menyelamatkan saya,” katanya.


Besah berkata, anaknya melarikan diri dan hanya pulang ke rumah seminggu selepas kejadian. Kini dia bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur selepas gagal dalam SPM dan hanya pulang sekali ke kampung, Aidilfitri tahun lalu.

KES 4:
“SAYA dibuang macam sampah di perhentian bas,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 87, menceritakan punca dia kini menumpang kasih di sebuah pusat jagaan orang tua.


Ibu malang itu berkata, biarpun hanya anak angkat, dia menjaganya dengan penuh kasih sayang sejak masih bayi, justeru tidak terlintas di fikirannya anak perempuannya tergamak berbuat demikian.


“Bila dia tinggalkan saya, saya menjerit memanggil namanya tapi dia tak hiraukan, sebaliknya memecut laju kenderaannya,” katanya.


Halimah berkata, lebih menghairankannya, anak perempuannya berusia 40-an itu berkahwin dengan imam dan tentu suaminya turut mengajarnya ilmu agama.


“Sebab itu saya tidak tahu di mana silapnya sehingga anak saya sanggup membuang saya seperti sampah walaupun tangan ini yang membesar dan menjaganya,” katanya.


Halimah berkata, selain seorang anak angkat perempuan, dia turut mempunyai tiga anak kandung lelaki tapi ketiga-tiga anaknya juga tidak ambil berat mengenai dirinya.


“Sebab itu saya tinggal dengan anak angkat saya tapi akhirnya dia juga membuang saya,” katanya.


Selepas ditinggalkan di perhentian bas, Halimah terpaksa ‘menginap’ empat bulan di hospital kerana tiada siapa tampil untuk menjaganya dan akhirnya dia dihantar ke rumah orang tua.


Ketika ditanya adakah dia akan memaafkan anaknya, Hanijah berkata, dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat.


Saya tak sampai hati

Oleh Zainuddin Muhammad
am@hmetro.com.my
2010/05/10

HULU TERENGGANU: “Walaupun dia bukan lagi ibu mentua, saya tetap akan menjaganya sehingga akhir hayat,” kata Zawiyah Jusoh, 54, yang sanggup berkorban menjaga Mek Yam Ngah, 81, dan tinggal bersamanya di Kampung Bukit Jaber, Ajil dekat sini, biarpun ditinggalkan bekas suaminya ketika mengandungkan anak sulung mereka lebih 30 tahun dulu.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun bekas suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dia tidak sampai hati melihat penderitaan bekas ibu mentuanya yang uzur dan tidak dapat bergerak tanpa pertolongan sejak beberapa tahun lalu.


Zawiyah yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Awang Ngah berkata, bekas suaminya yang juga anak tunggal Mek Yam, enggan mengambil ibunya tinggal bersama di Kuala Krai, Kelantan, menyebabkan dia tiada pilihan selain membawa bekas ibu mentuanya itu menetap bersamanya.


“Dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, saya tak sanggup melihat bekas ibu mentua menderita keseorangan dan kami sekeluarga ikhlas membantu menjaganya walaupun dia kerap meminta kami menghantarnya ke rumah orang tua kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


“Saya tak sampai hati untuk memenuhi permintaannya itu kerana sememangnya saya sudah lama menganggap Mek Yam sebagai ibu sendiri selepas kehilangan ibu kandung hampir 18 tahun lalu,” kata Zawiyah yang turut menjaga bapanya, Jusoh Chik, 96.


Menurutnya, beban yang ditanggung turut berganda apabila bapanya kini lumpuh akibat sakit tua.


Zawiyah kini sudah tidak boleh lagi mengambil upah membuat kerja sampingan di kampung kerana terpaksa menjaga bapa dan bekas ibu mentuanya yang memerlukan perhatian hampir sepenuh masa.


“Kedua-dua mereka hanya terbaring di tempat tidur kerana tak boleh bergerak dan terpaksa disuap makan serta diuruskan kebersihan diri mereka.


“Suami dan anak turut membantu, namun saya terpaksa berada di rumah hampir sepanjang masa dan tak dapat lagi membantu suami yang cuma bekerja sebagai buruh kampung untuk mendapatkan pendapatan tambahan keluarga,” katanya.

Dengan pendapatan antara RM400 hingga RM500 sebulan, keluarga mereka sering dilanda masalah kewangan terutama apabila Mek Yam dan Jusoh memerlukan rawatan perubatan secara berterusan.


Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.


“Kami bersyukur kerana mendapat bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana sekurang-kurangnya bapa dan bekas ibu mentua mendapat rawatan yang agak sempurna walaupun kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan lain.


“Saya juga bersyukur kerana suami dan anak tidak banyak merungut dengan kesempitan hidup sekarang yang memaksa kami tidur di bahagian dapur kerana dua bilik di rumah usang kami didiami bapa dan bekas ibu mentua yang uzur,” katanya.

Menurutnya, kepayahan hidup keluarga mereka juga dikongsi bersama masyarakat tempatan yang sering menghulurkan bantuan apabila mereka memerlukannya.


Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.


Turut hadir, Pengarah Urusan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd, Misesh Ramesh Chugani, yang memberi bekalan lampin pakai buang untuk kegunaan selama enam bulan kepada Mek Yam dan Jusoh.


DUNIA

Ibu dipenjara kerana tampar anak


COLLEEN bersama anaknya, Victoria.


SYDNEY - Seorang pendandan rambut, Colleen Gudmann dipenjara kerana menampar anak perempuannya, Victoria di sebuah balai polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Colleen menampar semasa dia berada dalam keadaan terlalu marah selepas dia diberitahu polis bahawa anaknya ditahan kerana cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk memasuki sebuah kelab malam.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di balai polis berkenaan.

Colleen berkata, dia memberikan tamparan yang tidak kuat di pipi anaknya yang berumur 11 tahun itu.

"Perkara yang seterusnya yang saya ketahui ialah seorang anggota polis menjerit ke arah saya. Anggota-anggota polis kemudian membawa saya ke sebuah bilik dan menyatakan mereka mendakwa saya kerana melakukan satu serangan," katanya.

Seorang pegawai polis, Stefan Kent berkata, menampar muka seorang kanak-kanak merupakan satu perbuatan serangan.

"Dia (Colleen) menyerang anaknya di dalam bilik pendakwaan di hadapan beberapa anggota polis," katanya.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan selepas beberapa jam ditahan oleh polis. - Agensi




“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)



Wednesday, April 28, 2010

BILA TAK IKUT ISLAM DAN TAK KIRA HALAL HARAM....PADAH KITA YG TERIMA






Hilang ‘mahkota’ dalam tandas



2010/05/07

MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.


Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.


Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.


Suami cekup isteri curang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/05/07

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang kemaruk seks menjadikan pembantu rumah dan bapanya yang lumpuh sebagai benteng bagi mengelak perbuatannya membawa balik lelaki diserbu pihak berkuasa, sejak lebih lima bulan lalu.

Namun, kelicikannya itu terbongkar apabila wanita berusia awal 40-an yang juga seorang ahli perniagaan dicekup bersama dengan pasangannya yang juga berusia awal 40-an dalam keadaan mencurigakan sekumpulan pencegah maksiat di rumahnya di Taman Jati, Sri Damansara, kira-kira jam 11 malam, kelmarin.


Difahamkan, kumpulan ahli pencegah maksiat itu melakukan serbuan selepas menerima laporan daripada suami wanita itu yang mendakwa sudah tidak tahan dengan perbuatan jijik isterinya itu.


Menurut suaminya yang enggan dikenali, dia sudah melakukan risikan mengenai aktiviti liar isterinya itu sejak lima bulan lalu.


“Saya yang sudah tinggal berasingan dengannya hampir setahun lalu kerana menunggu keputusan mahkamah berhubung perkahwinan terdahulu pernah dimaklumkan beberapa jiran yang mendakwa sering terserempak dengan lelaki asing dalam keadaan mencurigakan keluar masuk rumahnya.


“Berikutan dakwaan itu, saya bersama beberapa rakan mengambil keputusan untuk menghentikan kegiatan haramnya itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam.


Menurutnya, bagi memastikan kesahihan perbuatan keji isterinya itu, dia turut mengupah penyiasat persendirian.


“Saya masih mampu bersabar mengenai perangai isteri saya itu. Jika diikutkan hati, saya dah belasah dia di depan semua orang...tapi negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.


“Saya dimaklumkan dia (isteri) sering bertukar ‘jantan’ dan melakukan perbuatan itu secara licik,” katanya.

Menurutnya, isterinya itu menjadikan bapanya berusia lewat 60-an yang berada dalam keadaan lumpuh sebagai ‘senjata’ untuk mengelak dicekup.


“Walaupun mereka tinggal serumah, bapanya tidak tahu aktiviti liar dilakukan kerana dia hanya berada di dalam bilik manakala aktiviti ‘berasmaradana’ ini dilakukan di dalam bilik lain.


“Saya percaya pembantu rumah juga bersubahat untuk menutup rahsia,” katanya. Selepas ditahan, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Damai untuk keterangan sebelum kes itu dirujukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).



Saya tidak menyesal

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zaid Salim dan Rohaya Bu-za
am@hmetro.com.my
2010/05/07

HULU TERENGGANU: “Saya tidak menyesal dan berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang serta membesarkan bayi ini walaupun tidak pernah memiliki pengalaman sebagai ibu,” kata pelajar berusia 16 tahun yang melahirkan anak kelmarin, hasil hubungan sulit dengan rakan sekolahnya di sini.

Menurutnya, walaupun memiliki tanggungjawab baru sebagai ibu, dia tidak berhasrat meninggalkan alam persekolahan sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar selepas habis tempoh pantang demi masa depannya dan anak lelaki yang sehingga kini masih belum diberi nama.


Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, bayi berkenaan hasil hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang dikenalinya sejak kecil dan menuntut di sekolah sama.


Menceritakan semula perhubungan sulit mereka, gadis bersikap pendiam itu memberitahu dia melakukan seks bersama remaja lelaki terbabit selepas pasangannya yang juga tinggal di Felda Jerangau memasuki biliknya melalui tingkap tanpa disedari keluarga kira-kira jam 9 malam tahun lalu.


“Antara kami tidak ada hubungan cinta dan melakukan seks atas dasar suka sama suka selain menganggap lelaki berkenaan sebagai kawan biasa. Saya boleh memaafkan dia tetapi enggan bertemu lagi dengannya selepas ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu (HHT), di sini, semalam.


Dia berkata, disebabkan tidak mengetahui apa-apa mengenai seks, dia akhirnya menurut saja permintaan remaja lelaki berkenaan apabila pasangan itu menyuarakan keinginan untuk melakukannya.


“Saya tidak tahu apa-apa mengenai seks dan ketika melakukan persetubuhan saya hanya mengikut saja ‘arahan’ diberikan lelaki itu sebelum mengulangi perbuatan sama selepas sebulan kemudian,” katanya.


Gadis berkenaan mendakwa selepas dua kali melakukan hubungan seks, dia tidak berasa apa-apa tetapi cemas apabila menyedari berlaku perubahan pada pusingan haid sebelum mengesyaki dirinya hamil, Januari lalu.


Katanya, sejak itu, perjalanan hidupnya berubah dan murung apabila memikirkan perubahan diri berikutan kandungannya yang semakin membesar.

“Bimbang dimarahi keluarga menyebabkan saya nekad merahsiakan kejadian menimpa diri dan semakin hari jiwa saya semakin tertekan serta bingung apabila tidak tahu kepada siapa hendak mengadu,” katanya.


Kelmarin, gadis berkenaan memberitahu ibunya dia sakit perut dan dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Jerangau sebelum melahirkan bayi berkenaan dalam tandas klinik berkenaan tanpa pengetahuan ibu yang menemaninya ketika ke klinik berkenaan.


>Air berdarah bongkar rahsia KUALA TERENGGANU: Air bercampur darah yang mengalir dari tandas Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Dungun, di sini, membongkar rahsia kelahiran bayi lelaki oleh pelajar perempuan berusia 16 tahun, pagi kelmarin.


Mengesyaki sesuatu berlaku dalam tandas berkenaan, orang ramai di klinik berkenaan kemudian membuka pintu tidak berkunci menyebabkan remaja yang sudah dua jam dalam tandas itu terkejut.



Bagi menyembunyikan kelahirannya, pelajar terbabit yang berada dalam keadaan mencangkung di atas mangkuk tandas dikatakan memasukkan bayi berkenaan dalam lubang tandas, bagaimanapun usahanya itu gagal apabila tindakan itu disedari orang ramai.


Untuk menyelamatkan bayi hampir lemas dan ibu muda yang kehilangan banyak darah itu, orang ramai segera meminta bantuan kakitangan klinik sebelum menghantar kedua-duanya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT), kira-kira jam 10 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata pelajar terbabit dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di HHT.


Beliau berkata, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Ajil yang pendek akal itu terpaksa bertindak sedemikian kerana bimbang dimarahi ibunya selepas mengadakan hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki sekolahnya.



Mayat di penjuru koridor gemparkan penduduk

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/05/07

KUALA LUMPUR: Penduduk yang dalam perjalanan ingin mengerjakan solat Subuh di sebuah pangsapuri di Seksyen 4, Wangsa Maju dekat sini gempar selepas menemui mayat seorang lelaki berusia lingkungan awal 20-an di penjuru koridor tingkat tiga kediaman berkenaan, pagi semalam.

Mayat lelaki berkenaan ditemui penduduk kira-kira jam 6 pagi.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 22 tahun dan menetap bersama keluarganya di tingkat empat pangsapuri sama.


Katanya, lelaki berkenaan turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes rompakan dan tidak menolak kemungkinan mangsa adalah seorang penagih dadah.


“Tiada kaitan jenayah dalam kejadian itu dan polis percaya kematiannya berpunca cedera parah pada kepala akibat terjatuh ketika menaiki tangga.


“Penemuan beg plastik yang diisi sejumlah gam berhampiran mayat mangsa dipercayai miliknya dan polis mengesyaki mangsa mengalami ketagihan yang melampau,” katanya.




Pulih dara warisan ibu

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
2010/05/07

LEDANG: Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.

Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.


Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.


Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.


Katanya, pertemuan pertama mereka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan ketika itu seorang daripada mangsa menceritakan masalahnya yang kehilangan dara ingin memulihkannya.


Katanya, lelaki terbabit memberitahu dia mempunyai kebolehan memulihkan selaput dara berdasarkan ilmu diperturunkan ibunya yang bertugas sebagai pakar sakit puan sebelum mereka bersetuju menyewa bilik di sebuah pusat peranginan di sini pada hari kejadian.


“Apabila tiba di situ, Tok Muda mendakwa kononnya dia tahu sama ada seseorang itu masih dara atau tidak dengan hanya melihat tahi lalat di punggung serta bentuk tubuh wanita dan meminta kedua-dua mangsa berbogel di dalam tandas.


“Mangsa menuruti arahan suspek dan ketika berbogel, gambar mereka dirakam lelaki terbabit,” katanya.


Menurutnya, selepas itu suspek memberitahu kedua-dua mangsa mereka tiada dara, namun mendakwa dia boleh mengembalikan selaput berkenaan dengan syarat perlu melalui ritual iaitu hubungan seks tiga serangkai dengannya.

Katanya, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan mengikuti kehendak suspek, namun terpaksa akur selepas diugut gambar bogel mereka akan disebarkan jika berdegil.


Selesai dan puas melakukan upacara pelik itu, keesokannya lelaki terbabit meninggalkan mangsa di sebuah kedai dengan alasan terpaksa pulang segera kerana mendapat berita kematian ahli keluarganya.


“Alasan diberikan suspek diragui mangsa menyebabkan mereka pergi ke rumahnya di Johor Bahru sebelum mendapati ditipu. “Keluarga suspek mengakui tiada kematian berlaku menyebabkan kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan suspek di sebuah rumah di Johor Bahru, Selasa lalu.

Katanya, soal siasat mendapati suspek bukan saja mengadakan hubungan seks, malah memperdayakan kedua-dua mangsa supaya menggadai seutas rantai dianggarkan bernilai RM900 bagi menanggung kos perjalanan dan penginapan di pusat peranginan berkenaan.


“Suspek kini direman seminggu sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui, semalam.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak perempuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.


“Ini kerana perilaku, tindak-tanduk dan pergaulan sosial anak perlu sentiasa diperhatikan bagi memastikan mereka tidak terbabit pelbagai masalah dan gejala sosia,” katanya.


“Tindakan ini wajib dilakukan ibu bapa bagi memastikan pergaulan anak mereka mempunyai batas tertentu, sekali gus melahirkan generasi yang berguna,” katanya.




10 GRO warga asing di kedai makan dalam kebun getah ditahan

07/05/2010 7:40pm

IPOH – Polis menahan 10 pelayan (GRO) warga China dalam serbuan di sebuah kedai makan yang terletak di kawasan kebun getah di Pekan Gurney, Manjung, kira-kira 80 kilometer dari sini, petang semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, SAC Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan ekoran polis menerima aduan daripada isteri dan anggota keluarga mengenai suami dan bapa mereka menjadikan GRO warga asing sebagai teman sehingga mengabaikan tanggungjawab.

Sambil menggesa masyarakat supaya terus memberikan maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral yang mencetuskan penyakit sosial serta menjejaskan institusi kekeluargaan, beliau berkata, 10 GRO itu yang ditahan dalam serbuan kira-kira 6.30 petang itu berusia antara 32 dan 44 tahun.

Selepas menerima maklumat tentang kegiatan maksiat di kawasan tersebut, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah membuat intipan ke atas premis yang terletak satu kilometer dari jalan besar itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seramai 16 pelanggan turut diperiksa dalam serbuan itu, katanya. – Bernama


Rela ditiduri teman lelaki
Oleh Azman Mahmood, Hamid Salleh dan Faizul Azlan Razak
bhkt@bharian.com.my
2010/05/07


Pelajar Tingkatan Tiga insaf mahu perbaiki diri demi masa depan

KUALA BERANG: "Kami tidak pernah bercinta, tapi saya merelakan setiap kali dia masuk melalui tingkap untuk tidur bersama," kata pelajar Tingkatan Tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu yang melahirkan bayi lelaki dalam tandas di pusat kesihatan di penempatan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
Hasil hubungan terlarang dengan rakan lelaki sekelas yang juga jirannya, pelajar perempuan yang dipercayai lurus bendul itu berkata, dia menyedari mengandung pada Januari lalu selepas menjalin hubungan sejak Oktober tahun lalu.

Ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu petang semalam, dia mengaku sudah memaafkan perbuatan pelajar lelaki itu tetapi tidak mahu bertemunya lagi kerana matlamatnya selepas ini hanyalah menjadi ibu kepada anak yang baru dilahirkan dan meneruskan persekolahan.

Katanya, rakan lelaki jirannya itu tidak tahu dia mengandung dan mereka juga sudah tidak bertemu sejak Disember tahun lalu.

"Saya insaf dan tidak mahu lagi membuat perkara terkutuk seperti ini dan saya ingin memperbaiki diri demi masa depan. Hidup saya selepas ini hanyalah untuk keluarga dan menjaga anak ini," katanya sebak tetapi mengakui berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun terkilan dengan perbuatannya.

Menceritakan kejadian sebelum melahirkan anak di Klinik Kesihatan Felda Jerangau kelmarin, katanya, dia sudah menjangka untuk bersalin selepas berasa sakit perut dan mengikut ibunya ke pusat kesihatan itu.
"Setiba di klinik itu, saya bimbang ibu mengetahui saya mengandung, jadi sementara menunggu rawatan saya membuat keputusan ke tandas selepas berasa sakit seperti hendak membuang air besar," katanya yang mengakui bersalin dengan mudah selepas duduk di tandas itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata polis akan mengambil keterangan lanjut pelajar terbabit selepas dia dibenarkan keluar hospital, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Acara Jenayah kerana menyembunyikan kelahiran.

"Pelajar terbabit kini sedang diberi rawatan lanjut di Hospital Hulu Terengganu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah kes itu yang pertama dicatatkan di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri (JPN), Razali Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu menerusi SMS yang dihantar pihak sekolah pelajar terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan.

"Disebabkan perkara ini berlaku di luar sekolah, kita akan menunggu laporan polis dan hospital sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas pelajar terbabit," katanya

Bayi lelaki kelaparan ditemui dalam masjid

KEDAH – Seorang bayi lelaki ditinggalkan dalam keadaan berselimut tuala putih bersama sebotol susu ditemui dalam Masjid Al-Makmur Sungai Lalang, Kedah di sini hari ini.

Pegawai Masjid Al-Makmur Sungai Lalang berkata Rejab Abd Razak, dia menerima panggilan Timbalan Pengerusi masjid itu, Johari Bidin, kira-kira jam 5.20 pagi mengenai penemuan bayi lelaki itu.

Menurutnya, dia sayu melihat keadaan bayi ditinggalkan itu kerana kelaparan apabila menghisap jarinya ketika menangis.

“Saya mendapati bayi lelaki berkenaan menangis dan ditinggalkan di lantai masjid dalam keadaan dihurung semut berikutan terdapat kesan darah melekat di pusatnya,” katanya.



Penangan ‘janda lori’

Oleh Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my
2010/05/15

ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.

Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.


Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.


Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang ‘beraksi’ dalam kepala lori berkenaan.


Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.


Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.


Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.


“Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya,” katanya.


Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.

Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.


“Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.


“Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah,” katanya.


Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar April lalu apabila isterinya terjumpa telefon bimbit digunakan untuk menghubungi peneman lori terbabit ketika mahu mengambil wang belanja sekolah anaknya.


Wati yang menemani Awang ketika ditemu bual berkata, dia mengesyaki sesuatu yang pelik apabila melihat suaminya memiliki dua telefon bimbit sebelum menyuruh anaknya memeriksa kandungan nombor telefon dan SMS.


Wati berkata, hatinya hancur luluh apabila mendapati hampir semua 150 SMS itu mengandungi kata-kata sayang dan berbaur lucah daripada janda yang ditujukan kepada suaminya.


Isterinya turut menemui nama dan nombor telefon bimbit 10 wanita dipercayai peneman lori dalam telefon bimbit suaminya itu.


Malah, kesan perbuatan Awang menyebabkan anak kedua mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, mengalami tekanan dan hampir terjun dari bangunan 23 tingkat kerana tidak percaya bapa yang disanjung dan dianggap idola, terbabit kegiatan maksiat.


“Saya menghubungi seorang janda yang bekerja di kedai makanan di sini dan dia mengakui kerap bersama suami menyebabkan hati saya hancur mendengar pengakuannya.


“Selepas berbincang dengan suami untuk berpisah, barulah dia sedar perbuatan buruknya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi demi masa depan anak-anak,” katanya yang kini dalam proses kaunseling bagi memulihkan semangatnya.


Wati berharap, pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi membendung masalah ini kerana kasihan terhadap isteri pemandu lori yang terbabit dalam gejala berkenaan.


Bayi belakang masjid



2010/05/15

SUNGAI PETANI: “Ketika mahu membuka pintu masjid, tiba-tiba saya terdengar tangisan bayi,” kata Johari Bidin, 60, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Maamur, Sungai Lalang di sini, yang menemui seorang bayi lelaki di bahagian belakang masjid berkenaan, awal pagi semalam.

Johari ketika ditemui, berkata dia menjumpai bayi itu kira-kira jam 5.15 pagi ketika tiba di masjid itu untuk solat Subuh.


“Sebaik mendengar tangisannya, saya bergegas ke belakang masjid dan terkejut melihat bayi berkenaan yang dibungkus dengan tuala di atas tikar,” katanya ketika ditemui, semalam.


Johari berkata, bayi itu dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum itu berdasarkan keadaannya yang masih dipenuhi darah. Namun, tali pusat sudah tiada dipercayai sudah dipotong manakala satu tin susu turut diletakkan bersebelahan bayi itu.


“Saya memaklumkan perkara itu kepada pegawai masjid, Rajab Abdul Razak sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pagi tadi (semalam),” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis IPD Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu.





MALAYSIA OH MALAYSIA 2

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama
Jimadie Shah Othman
Apr 28, 10
1:06pm

Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.

Saksi tersebut yan

g dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.

Go

bind kemudiannya memberitahu media bahawa proses anak guamnya memberi keterangan bermula jam 3 petang dan dijangka selesai dalam tempoh sejam setengah hingga dua jam.

"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.

Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut.

Sementara itu, Gobind juga berkata, DAP akan menghantar memorandum kepada ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam tempoh terdekat supaya polis membuat kajian terhadap garis panduan penggunaan senjata api.

Katanya, beliau faham bahawa polis perlu menggunakan senjata api bagi melindungi diri, tetapi "isunya bila perlu guna".

"Harap esok (boleh hantar), tetapi kita akan bincang bersama PAS dan PKR dahulu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman pihak polis yang mengeluarkan kenyataan awal tentang kes itu, Gobind berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

"Yang penting sekarang satu siasatan yang adil, bebas dan telus dijalankan sekarang," katanya.


Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet
Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
3:56pm

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya





Panel khas siasat kes polis tembak mati remaja
Apr 27, 10 9:04pm
Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun, justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.

Justeru beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk dengan menjadikannya sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.

"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan. Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.

Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.

"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.

- Bernama



Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
Ismail Hashim

KLANG, 28 April: Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam.

Beliau yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan darurat.

"Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini.

(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh)

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian itu menyebabkan paru-paru anak sulung dari sembilan beradik berasal dari Sabak Bernam dan kini tinggal bersama keluarga di Kapar ini bocor; sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh.

Laporan penuh cerita beliau dalam akhbar Siasah Jumaat ini.

Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas lari dengan kereta keluarganya.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke atas anggotanya yang terlibat.

Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis, pagi kelmarin.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

Laporan berkaitan

Tembak: Polis ambil keterangan saksi utama

Remaja mati ditembak polis bukan kes terpencil

Tembak: Najib, Hishammuddin mesti pandang serius

Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam

Keluarga juvana mati ditembak polis tuntut penjelasan

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi




Mati dipukul jiran

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Hanya kerana sebungkus plastik berisi sampah, dua lelaki berjiran berkelahi sebelum nyawa seorang daripada mereka melayang selepas kepalanya dibelasah dan dihentam dengan kayu besbol.

PILU...ahli keluarga Chung  tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...ahli keluarga Chung tidak dapat menahan kesedihan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam, mangsa yang berusia 51 tahun tidak sedarkan diri hampir tiga jam sebelum disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.


Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Chung Sin, 51, bertegang leher dengan jirannya mengenai beg plastik sampah yang sengaja dibuang berhampiran pintu depan rumahnya di Flet Sri Sentul, Bandar Baru Sentul di sini.


Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 26, berkata dia sebelum itu terjaga daripada tidur selepas mendengar jeritan mangsa dan jiran bersebelahan rumahnya yang bergaduh.


Menurutnya, keadaan kecoh di balkoni itu bertambah cemas apabila Chung didapati memegang batang besi, manakala jirannya bersenjatakan kayu besbol.


“Saya terpaksa masuk campur dan menasihati mereka berhenti bergaduh. Saranan saya itu dipersetujui pak cik saya yang lantas berpaling untuk pulang ke rumah.


“Namun, jiran terbabit yang masih tidak puas hati tiba-tiba menyerang dari belakang dengan memukul kepala Chung sekuat hati menggunakan kayu besbol itu. Chung rebah dan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital,’ katanya.


Menurutnya, mangsa yang koma dan tidak sedarkan diri hampir tiga jam kemudian disahkan mati kira-kira jam 5 pagi semalam.


“Polis sudah menahan suspek serta anaknya. Malah, senjata yang digunakan untuk pergaduhan itu turut dirampas.

“Saya tak sangka perbalahan sekian lama akibat masalah pembuangan sampah dan kawasan meletak kenderaan di flet ini membawa kepada kes pembunuhan kejam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian itu bermula apabila Chung Sin bertengkar dengan jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori.


“Chung Sin pada mulanya menegur jirannya kerana membuang plastik sampah di hadapan rumahnya, namun suspek berang dan memarahi Chung Sin,” katanya.


Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek masuk ke rumah untuk mengambil kayu besbol dan memukul Chung Sin sehingga parah.

Ku berkata, Chung Sin yang menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri tersungkur dan mati di tempat kejadian selepas kayu besbol itu mengenai kepalanya.


“Chung Sin yang tidak mempunyai pekerjaan dikejarkan ke HKL oleh anak saudaranya dan jiran lain, namun dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.


Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan seorang suspek berusia 50-an bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini, bagi membantu siasatan.


Mayat Chung Sin dibedah siasat di HKL dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan membawa hukuman mati.




Kepala dalam plastik

Oleh Mary Victoria Dass

2010/04/29

JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut apabila menemui bungkusan plastik hitam berisi kepala manusia,” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengasingkan bahan buangan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki bogel dikerat enam.

DI SINI...tempat mayat lelaki yang dikerat enam ditemui.
DI SINI...tempat mayat lelaki yang dikerat enam ditemui.
Lelaki belum dikenal pasti identitinya yang diceraikan kepala, badan, dua tangan dan dua kaki sebelum disumbat dalam tiga beg plastik sampah, ditemui di pusat pengumpulan sampah di Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato’ Onn, Larkin di sini, kira-kira jam 11.50 pagi semalam.


Difahamkan, anggota badan mangsa dicampak ke dalam tong sampah besar di sebuah kompleks beli-belah di Taman Perling di sini, sebelum diangkut ke pusat pengumpulan sampah berkenaan.


Pekerja yang mahu dikenali sebagai Kumar, 40-an, berkata mayat itu ditemui ketika dia bersama empat rakan sedang mengasingkan sampah di pusat pengumpulan sampah berkenaan.


Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Kumar berkata, dia bertugas seperti biasa ketika membuka timbunan plastik sampah yang dibawa sebuah lori sebelum mendapati sebuah beg plastik mengandungi sesuatu yang keras dan lebih berat berbanding bahan buangan lain.


“Sebaik membuka beg plastik itu, saya nampak seolah-olah kepala patung. Bila diperiksa dengan betul baru saya sedar ia kepala manusia.


“Pengalaman pagi tadi (semalam) cukup mengerikan dan mengakibatkan saya trauma kerana tak sangka bungkusan itu mengandungi kepala lelaki berkulit cerah.


“Saya menggigil ketakutan tapi tetap beranikan diri memberitahu pengurus bertugas sebelum pemilik pusat pengumpulan sampah melaporkannya kepada polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata beg plastik mengandungi anggota badan manusia yang dikerat itu diambil daripada tong sampah sebuah pusat beli-belah di Taman Perling, kira-kira jam 11.15 pagi.

“Hasil siasatan mendapati 80 peratus daripada tubuh mangsa masih lengkap. Selain kepala, kami menemui baki badan lelaki berkenaan dalam dua lagi beg plastik hitam,” katanya.


Menurutnya, mayat lelaki itu berkemungkinan warga asing berdasarkan keadaan fizikalnya.


Katanya, mayat berkenaan dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tempat pembuangan sampah di belakang pusat beli-belah berkenaan.


“Siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 20-an, berkulit cerah dan mungkin dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

“Kami masih berusaha mengenal pasti lelaki terbabit kerana tiada sebarang dokumen ditemui di tempat pembuangan sampah berkenaan.


“Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut termasuk pergi ke kawasan pembuangan sampah di Perling untuk melihat sama ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitarnya bagi mengenal pasti identiti mangsa dan penjenayah yang terbabit,” katanya.



Tangisan suara halus

Oleh Nor Hazwani Hamat

2010/04/29

TANAH MERAH: “Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.

MALANG...bayi yang ditinggalkan
MALANG...bayi yang ditinggalkan
Dia menemui seorang bayi lelaki di rumahnya di Jalan Wan Ahmad, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.


Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.


Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.


“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.


“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. Saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.


Sukma berkata, dia yang panik kemudian terus memberitahu jiran berhampiran sebelum menghubungi polis.


Katanya, dia turut hairan bagaimana ada individu boleh meninggalkan bayi di situ sedangkan terdapat ramai orang lalu lalang di depan rumahnya untuk mengunjungi pasar malam.


“Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan sihat cuma terdapat sedikit kesan darah,” katanya.

Bayi seberat 3.3 kilogram itu dikatakan baru berusia dua hari dan masih bertali pusat.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat awam.


Katanya, bayi terbabit didapati dalam keadaan berbungkus dengan kain tuala dan selimut.


“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan segera di unit kecemasan sejurus kemudian.

“Setakat ini bayi itu ditempatkan di Wad Penjagaan Kanak-kanak dan suspek masih dicari,” katanya.


Menurutnya, polis turut meminta kerjasama pegawai Pejabat Pelajaran Daerah selain orang ramai untuk membantu siasatan.


“Semakan akan dibuat di sekolah menengah bagi mengenal pasti pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh beberapa hari dan beberapa klinik swasta sekitar daerah bagi membantu siasatan.


“Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Mardiana di talian 09-9557704 begin_of_the_skype_highlighting 09-9557704 end_of_the_skype_highlighting,” katanya.


Ulat spa jaja ‘ayam’

Oleh Amir Abd Hamid

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Jika ulat tiket bermaharajalela di stesen bas, ulat spa pula berkeliaran di sekitar pusat spa dan penjagaan kesihatan untuk menarik pelanggan dengan tawaran khidmat seks daripada kalangan ‘anak ayam’ warga asing kepada lelaki hidung belang yang berkunjung di situ.

Modus operandi terbaru sindiket pelacuran itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah pusat spa dan kesihatan di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan, di sini, malam kelmarin.


Difahamkan, ulat spa terbabit mengenakan bayaran antara RM200 hingga RM300 bagi perkhidmatan seorang pelacur yang dihantar mengikut tempat di mana saja kehendak pelanggannya.


Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata siasatan awal pihaknya mendapati ulat spa itu tiada kaitan dengan pengurusan pusat spa yang diserbu.


“Ulat spa itu bertindak sebagai ejen atau orang tengah menawarkan pelacur yang akan dihantar terus ke tempat pelanggan hajati menggunakan kereta dengan bayaran tertentu.


“Polis giat menjalankan gerakan memburu ulat spa ini dalam usaha membanteras aktiviti pelacuran khususnya di pusat spa dan penjagaan kesihatan di sekitar ibu negara.


“Mereka berkeliaran di sekitar pusat spa memujuk pelanggan yang berpotensi melanggan pelacur. Sindiket ini juga mempunyai rangkaian lengkap dengan alat telekomunikasi canggih dan bertindak licik melesapkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sebuah pusat spa, di sini, kelmarin.


Dalam serbuan Ops Noda bermula jam 11 malam itu, polis menahan 12 wanita warga asing dari China (2), Indonesia (8) dan Thailand (2) berusia antara 21 hingga 37 tahun, selain seorang lelaki berusia 30-an dipercayai pengurus spa terbabit hasil maklumat awam dan risikan.


Ketika serbuan dilakukan, semua wanita warga asing itu cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebuah bilik stor kira-kira 30 meter dari pusat spa berkenaan.

“Polis terpaksa mengejar mereka sebelum menemui di dalam bilik stor yang dipadamkan lampunya dan berjaya memberkas semua wanita itu. “Mereka yang ditahan lapan warga Indonesia, dua Thailand dan dua warga China. Seorang lelaki tempatan dipercayai ‘penjaga’ wanita terbabit turut ditahan,” katanya.


Katanya, siasatan awal mendapati semua gadis itu menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.




NEGARA

Langgan pelacur guna telefon


SEBAHAGIAN daripada 12 tukang urut yang dipercayai pelacur ditahan dalam operasi di sebuah premis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Taktik seorang pengurus sebuah spa yang bersubahat dengan 'bapa ayam' untuk menggajikan pelacur sebagai tukang urut terbongkar apabila premis itu diserbu di Jalan Raja Chulan di sini semalam.

Serbuan selama tiga jam bermula pukul 11.15 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur melalui risikan yang dijalankan.

Difahamkan, mereka tidak melakukan aktiviti seks di situ tetapi sebaliknya sindiket tersebut akan meminta pelanggan membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum menghantar pelacur-pelacur yang dihajati ke lokasi masing-masing.



Lubang mat sekodeng

DAMANSARA – Kisah kaki intai di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail masih belum selesai. Tinjauan Sinar Harian ke tandas tingkat dua, Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail menemui lubang-lubang kecil dibuat khas bagi memudahkan aktiviti mengintai dibuat di setiap bilik tandas

Ahli jawatankuasa Penjaja Pasar Besar TTDI, David Ooi berkata lubang–lubang itu bukan disebabkan kerosakan bumbung tetapi sengaja ditebuk untuk memudahkan aktiviti mengintai oleh 'kaki-kaki' sekodeng itu.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja mengusarkan para pengunjung malahan peniaga-peniaga di pasar itu.

Tambah mengejutkan apabila mendapati terdapat banyak kotak-kotak dipercayai digunakan sebagai tempat beristirehat untuk tidur di atas bumbung premis di situ.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan mengenai seorang pembantu kedai diintai ketika membuang air di tandas itu.

Menurut David, tandas wanita di pasar itu perlu dibaikpulih segera oleh pihak berwajib termasuk mengubah suai semula dinding dan bumbungnya agar ianya tiada pihak yang mengambil kesempatan.

“Pekerja pembersihan pasar juga pernah membuat aduan mengenai penemuan kondom-kondom yang sudah digunakan di dalam pasar malah ada yang pernah terserempak dengan kumpulan warga asing yang membawa teman wanita mereka pada waktu siang dan malam,” katanya.

Pihak polis sebelum ini juga telah datang ke pasar ini untuk buat pemantauan dan pemeriksaan namun kumpulan warga asing itu lesap seolah-olah sudah menghidu kehadiran pihak berkuasa.


NEGARA

Parti lesbian berleluasa


GOLONGAN lesbian menganjurkan parti liar di sebuah premis hiburan di Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur kelmarin


KUALA LUMPUR - Menari sambil menjilat tubuh pasangan masing-masing!

Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.

Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat pengunjung kelab tersebut pada malam minggu.

Bermula kira-kira pukul 9 malam, kelibat lebih 100 orang yang rata-ratanya terdiri golongan songsang tersebut dapat dilihat membanjiri premis berkenaan.


MRSM Bentong ditutup setahun


SEBAHAGIAN pelajar MRSM Bentong yang tiba untuk menyambung persekolahan di MRSM Pekan semalam.


PEKAN – Semua 804 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dipindah ke MRSM Pekan di sini semalam disebabkan berlaku runtuhan tanah berhampiran sekolah itu sejak 8 Disember lalu.

Sekolah tersebut juga akan ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaik pulih cerun bukit yang runtuh dijalankan.

Runtuhan itu berlaku kira-kira 50 meter dari salah sebuah blok pangsapuri lima tingkat yang menempatkan guru-guru sekolah berkenaan. Ia dikhuatiri membahayakan penghuni dan pelajar.

Menurut Pengetua MRSM Bentong, Mohd. Yusoff Hassan, perpindahan tersebut juga melibatkan 74 orang guru dari sekolah itu yang akan mula mengajar di MRSM Pekan.


NEGARA

Sindiket nombor ekor terbesar di Lembah Klang tumpas

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket nombor ekor haram membabitkan pertaruhan kira-kira RM2.4 juta sebulan dengan penahanan lima wanita warga tempatan di sebuah unit di Apartmen Suria, Taman Perindustrian Kepong di sini malam tadi.

Ketua Operasi, Supritendan Maszley Minhad dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman berkata, tiga daripada mereka adalah adik-beradik dan kesemua yang ditahan berumur antara 21 dan 28 tahun.

"Dalam serbuan pukul 6.40 petang itu polis turut merampas empat buah komputer riba, enam mesin faksimili, lima telefon bimbit, wang tunai RM291.40 dan beberapa dokumen perjudian dipercayai untuk kegiatan judi ekor haram, katanya kepada pemberita di sini.



Gasak kekasih suami dalam wad

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/05/05

SUBANG JAYA: Berang selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan gadis lain, seorang wanita sanggup bergelut dengan kekasih suaminya itu sehingga luka di muka akibat dilibas dengan tapak kasut oleh gadis yang menjadi sasarannya.

Difahamkan, isteri berusia 46 tahun itu terlebih dahulu bertengkar dengan teman wanita suaminya berusia 30-an sebelum pergaduhan kedua-dua mereka berlanjutan sehingga berlaku pergelutan dan aksi tarik menarik rambut dalam wad sebuah hospital swasta di sini.


Ketika kejadian kira-kira jam 9.45 malam kelmarin, suami wanita itu membawa kekasihnya menziarahi seorang saudaranya yang dirawat di hospital berkenaan sebelum terserempak isterinya.


Sumber polis berkata, siasatan mendapati suami wanita terbabit berusia 51 tahun dan juga pesara tentera pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita lain sebelum ini.


Menurutnya, dalam kejadian itu, lelaki terbabit tidak dapat berbuat apa-apa apabila kedua-dua wanita berkenaan bergelut sehingga mencetuskan kekecohan dalam wad hospital berkenaan.


“Difahamkan lelaki itu yang tiba lebih awal tidak menyangka isterinya turut merancang menziarahi saudara mereka.


“Akibatnya, mereka bertembung. Akibat terlalu marah dan cemburu, si isteri memarahi teman wanita suaminya sebelum berlaku perang mulut,” katanya.


Menurutnya, akibat tidak dapat menahan marah, kedua-dua wanita terbabit bergelut tanpa menghiraukan orang ramai yang menyaksikan insiden itu.


“Difahamkan, kedua-dua wanita itu tidak hanya memaki-hamun, malah turut bertumbuk dan saling menarik rambut.

“Difahamkan, teman wanita suami mangsa lebih kuat dan dapat menewaskan isteri teman lelakinya itu,” katanya.


Dalam pergelutan itu, kekasih suami mangsa sempat mencabut kasut dipakainya sebelum memukul muka mangsa.


“Muka mangsa luka akibat dilibas dengan kasut sebelum pergaduhan dileraikan.


“Wanita itu terpaksa menerima dua jahitan di muka kerana luka akibat dipukul dengan kasut. “Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis berhampiran,” katanya.



Suami toreh ‘anu’ isteri

Oleh Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
2010/05/05

MELAKA: “Saya amat terkejut apabila suami tiba-tiba datang dari belakang sebelum merodok bahagian sulit dengan pisau pemotong buah menyebabkan saya menjerit kesakitan,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa kekejaman suami sendiri yang didakwa menoreh kemaluan wanita itu ketika memasak di dapur.

Wanita berkenaan berkata, suaminya, anggota tentera berpangkat sarjan, seolah-olah hilang pertimbangan apabila menoreh kemaluannya dalam kejadian di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, kelmarin.


Akibatnya, wanita berkenaan yang parah terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima lebih sembilan jahitan pada kemaluan.


Mangsa yang berusia 40-an berkata, sebelum kejadian dia mahu memasak nasi untuk makan tengah hari dan membongkok untuk mengambil beras dalam tong apabila suaminya tiba-tiba datang dari belakang lalu merodok kemaluannya dengan tidak semena-mena.


Menurutnya, dia yang terkejut, terduduk dan meraung sambil menahan kesakitan manakala darah mula menitik ke lantai.


“Walaupun terkejut dan dalam keadaan kesakitan, saya tidak panik dan sempat mencapai telefon untuk menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan.


“Suami pada masa sama seolah-olah tersedar daripada khayalan lalu cuba menawarkan bantuan untuk menghantar saya ke hospital sambil memujuk berulang kali, tapi saya menolak dengan baik walaupun dia turut menghubungi ambulans kerana sudah trauma dan ketakutan.


“Dalam tempoh 30 minit itu, saya terpaksa menanggung kesakitan sambil menahan darah mengalir kerana turut memikirkan anak bongsu berusia empat tahun yang melihat kejadian,” katanya ditemui di wad Hospital Melaka di sini, petang semalam.


Terdahulu, mangsa yang berasal dari Muar, Johor, dikunjungi rombongan Pembela BN Negeri Melaka diketuai Ketua Penyelianya, Amir Hamzah Aziz dan Penyelianya, Melvin Tan.

Jururawat berkenaan berkata, dia pelik apabila melihat perubahan tingkah laku suaminya apabila lelaki berkenaan yang tidak pernah memasak, tiba-tiba mengambil jurusan perhotelan di sebuah kolej di negeri ini bagi kursus peralihannya sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.


Malah, katanya, seminggu sebelum kejadian suaminya juga menunjukkan sikap berbeza apabila dua kali mencekiknya menyebabkan timbul persoalan kemungkinan dia mengalami tekanan.


“Berikutan itu, saya mungkin tidak akan tinggal bersama suami untuk sementara waktu kerana bimbang kejadian sama berulang.


“Namun, saya masih sayang padanya (suami) dan sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.




Menangis digigit semut

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/05/05

SEPANG: “Apa jenis manusia yang sanggup membuang bayi sekecil ini di atas lantai sehingga dihurung semut,” kata Nordin Kasbon, 61, antara individu terawal yang menemui bayi lelaki berusia kira-kira sebulan di sebuah wakaf berhampiran surau Kampung Jenderam Hulu di sini, semalam.

Menurutnya, tangisan dipercayai akibat digigit semut itu menyedarkan penduduk berhampiran mengenai kehadiran seorang bayi di situ pada jam 7 pagi.


Nordin berkata, bayi itu yang lengkap berbaju dan seluar serta sarung tangan dibalut dengan kain batik lusuh serta dibaringkan di atas simen tanpa bantal.


“Bayi itu diletakkan di atas simen dan menangis kerana digigit semut dan dahaga selepas ditinggalkan ibunya dengan harapan ada jemaah surau menemui bayi itu.


“Tanpa berlengah, saya meminta jiran menyuapkan susu ke mulut bayi itu yang cukup dahaga selepas ditinggalkan ibu,” katanya yang juga pengawal keselamatan di sebuah premis di kampung berkenaan.


Nordin berkata, berdasarkan keadaan badan dan tali pusatnya yang sudah dibuang, bayi itu mungkin berusia beberapa minggu.


Dia yakin ibu bayi itu meletakkan anaknya di wakaf berkenaan dengan harapan ditemui jemaah masjid yang selesai menunaikan solat duha di surau berkenaan.


“Selepas bayi itu dijaga penduduk kampung buat sementara, saya menghubungi polis yang kemudian membawa bayi itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Salak sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk urusan selanjutnya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang pasangan di kampung berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan.




'Raja peragut'

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/05/05

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila seorang lelaki yang disyaki meragut seorang lelaki sehingga maut di Taman Maluri, di sini Disember tahun lalu mengaku melakukan kira-kira 300 kes di sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu.

Suspek yang berusia 22 tahun dan juga pernah ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kerana terbabit dalam satu kes bunuh dicekup di sebuah restoran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Bandar Tun Razak, di sini dua minggu lalu.


Pemangku Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, hasil maklumat awam dan risikan, suspek yang juga seorang penganggur ditahan berseorangan di restoran berkenaan kira-kira jam 8 malam.


“Siasatan awal ke atas suspek mendapati dia mengaku melakukan 60 kes ragut sekitar Cheras dan menjadikan jenayah terbabit sebagai mata pencariannya.


“Selain itu suspek juga mengaku terbabit dalam kes ragut pada 7 Disember tahun lalu menyebabkan seorang lelaki maut manakala isterinya patah kaki setelah tercampak ke atas jalan apabila motosikal mereka hilang kawalan akibat tindakan suspek meragut rantai leher wanita terbabit,” katanya pada sidang media semalam.


Menurutnya, suspek dianggap peragut tegar dan berbahaya kerana masih melakukan jenayah itu walaupun mengakibatkan seorang mangsanya maut dan cedera parah.


“Selain itu, maklumat mendapati lelaki itu turut melakukan kegiatan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya yang berumur 20 tahun berasal dari Selayang,” katanya. Abdul Rahim berkata, suspek menjadikan penunggang motosikal terutama wanita yang memakai barangan kemas atau beg tangan sebagai sasaran.


“Mereka melakukan kegiatan ini tanpa menggunakan sebarang senjata Malah begitu cepat dan pantas meragut walaupun ketika itu sedang menunggang motosikal.


“Buat masa ini, kita sedang memburu rakan suspek yang juga seorang penganggur bagi membantu siasatan,” katanya.


Kaki patah dipijak suami

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/05/06

KUALA LUMPUR: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah.

Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), dekat sini, untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku malam Sabtu lalu di rumah mangsa di Bukit Beruntung, dekat sini, selepas pasangan berkenaan bertengkar.
Menurutnya, suami terbabit mengesyaki isterinya mahu menuntut cerai kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Lelaki itu yang juga peniaga pasar malam berusia 51 tahun dikatakan gagal mengawal perasaan marah sebaik isterinya menyerahkan sepucuk surat yang mengandungi perkataan bermaksud untuk meminta cerai daripadanya,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan percaya isterinya yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung mahu menuntut cerai kerana mempunyai hubungan gelap dengan lelaki lain.
“Akibat cemburu dan marah, lelaki terbabit hilang pertimbangan lalu menendang serta membelasah isterinya sekuat hati. Mangsa dipijak dengan but dipakai suami selain kepalanya turut dihantuk dengan topi keledar menyebabkan wanita terbabit cedera parah.
“Isteri malang itu akhirnya terpaksa dihantar untuk rawatan ke HSB kerana cedera parah termasuk patah kaki,” katanya.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa di rumahnya pada hari sama.

Katanya, peniaga pasar malam itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, pasangan suami isteri berkenaan mempunyai tiga anak perempuan berusia enam hingga 11 tahun.
Kejadian keganasan rumah tangga terbabit kes jenayah terbaru selepas seorang jururawat berusia 40 tahun parah apabila kemaluannya ditoreh dengan pisau oleh suaminya yang mendakwa kononnya terdengar bisikan suara halus.
Dalam kejadian di Bertam Ulu, Melaka, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, suspek dipercayai memeluk isterinya dari belakang sebelum merodok isterinya yang sedang memasak dengan pisau memotong buah-buahan.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara mendengar bisikan suara halus yang mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Minggu lalu, seorang isteri maut selepas dibelasah suaminya yang tiba-tiba menyerang mangsa di sebuah rumah di Kuala Lipis, Pahang.
Difahamkan, mangsa, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak suaminya yang mendapat tahu kononnya mangsa berbual dengan lelaki lain menerusi telefon bimbit.

Lagi saksi sahkan kenyataan Azamuddin
Jimadie Shah Othman
Mei 6, 10
4:26pm

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.

Kha

lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

Pada
27 April lalu - sehari selepas insiden kematian Aminulrasyid, Khalid (kiri) dilaporkan telah mendedahkan butiran kandungan laporan polis saksi utama kes itu, Azamuddin Omar, yang berada dalam kereta bersama arwah, pada malam kejadian tersebut.

Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu.

Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut.

Bercaka
p dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, beliau difahamkam seorang penunggang motosikal tersebut turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tersebut, juga di IPD yang sama.

Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit.

Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini.

Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin.

“Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali.

S
ehubungan itu, Khalid mempersoalkan kenapa “laporan yang telah berada dalam simpanan polis” itu tidak didedahkan kepada umum ketika kerajaan menjamin satu siasatan yang telus akan dilaksanakan dalam kes itu.

“Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.

Sementara itu, Khalid juga menyuarakan kebimbingannya terhadap perkembangan siasatan kes Aminulrasyid di mana Azamuddin telah tiga kali dipanggil memberikan keterangan oleh pihak polis.

Beliau berkata, tindakan itu – terakhir petang semalam – dikhuatiri boleh mendorongnya tersilap membuat kenyataan dan tidak konsisten memberikan jawapan.

"Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?" soal Khalid.




Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama



Katil berlumur darah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
anbia@hmetro.com.my
2010/05/06

AMPANG: Seorang suami hanya mampu tergamam tatkala memangku tubuh isteri yang berlumuran darah dalam keadaan muka, leher dan dada parah akibat ditetak penyamun yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Dalam kejadian samun antara jam 7 hingga 9 malam kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit, Isnati Sahid, 58, ditemui terbujur kaku oleh suaminya, Suratman Sulaiman, 62, dalam bilik tidur di rumah mereka di Pangsapuri Intan, Ampang Permai di sini, sebaik pulang dari masjid berhampiran.


Mangsa dipercayai diserang penyamun bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ketika bersendirian di rumahnya. Suratman yang ditemui semalam berkata, penyamun dipercayai mengambil peluang masuk ke dalam rumahnya ketika isterinya bersendirian dan ingin menunaikan solat Maghrib.


“Saya ketika itu baru pulang dari masjid kerana bertugas sebagai bilal kira-kira jam 9 malam. Namun, sebaik meletakkan motosikal di hadapan rumah, saya terkejut apabila mendapati percikan darah melekat pada cermin tingkap bilik tidur.


“Firasat buruk yang berlegar di kepala ketika itu akhirnya terbukti apabila saya menemui isteri terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas katil sebaik meluru ke bilik tidur,” katanya.


Menurutnya, dia tergamam sebelum memangku isterinya yang ketika itu sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu mengesat darah pekat pada mukanya sebelum melihat bahagian itu mempunyai kesan luka terbelah akibat ditetak.


“Malah, kesan luka dalam turut ditemui pada leher dan dadanya. Saya juga sempat melihat kedua-dua tangannya cedera ditetak selain jari tangannya hampir lumat dipercayai akibat tetakan gila penjenayah,” katanya.


Malah, semua cincin, rantai dan gelang tangan dipakai isterinya lesap selain beg pinggang serta wang jualan yang disimpan dalam laci hilang.


“Saya hilang kata-kata dan hanya mampu mendukungnya. Saya meminta bantuan jiran membawanya ke Hospital Ampang dengan menaiki van,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu meluluhkan hati kerana isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Haji amat lemah-lembut dan pandai mengambil hati.


“Malah, beberapa hari sebelum kejadian ini, arwah kerap memicit dan menggosok badan saya setiap kali sebelum tidur. Dia sering bertanya sama ada saya sihat atau sebaliknya berikutan saya kerap demam kebelakangan ini.


“Tapi, Tuhan memanggilnya terlebih dahulu. Susah untuk terima cara kematiannya, namun semua ini sudah ditakdirkan,” katanya.


Menurutnya, dia dan isteri baru pulang daripada menunaikan umrah seminggu lalu selepas beberapa kali menunaikan ibadat sama sebelum ini.


“Penjenayah mungkin menyedari isteri saya bersendirian di rumah kerana sebelum ini Mak Haji ditemani seorang pembantu kedai wanita warga Indonesia.


“Namun, wanita terbabit ditahan imigresen baru-baru ini ketika kami menunaikan umrah menyebabkan isteri terpaksa bersendirian di rumah ketika ketiadaan saya,” katanya ketika ditemui di Surau At-Taqwa berhampiran Pangsapuri Intan, bagi menguruskan jenazah isterinya, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa maut akibat parah pada leher.


“Mangsa juga cedera pada kedua-dua tangan. Kami percaya suspek cuba menyamun dan tindakan mangsa yang cuba melawan menyebabkan lelaki terbabit menyerangnya.


“Kami (polis) mendapati dua gelang tangan milik mangsa juga dilarikan suspek. Malah, polis percaya kekejaman suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, pihak berkuasa turut menemui sebilah parang di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah.


“Sehingga kini kita tidak dapat memastikan sama ada ia adalah senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana samun bersenjata,” katanya.


Abd Jalil berkata, lakaran fotofit wajah suspek sudah diedarkan kepada orang ramai bermula semalam dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penjenayah terbabit diminta menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.


“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan suspek ditangkap dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.


Sementara itu, jenazah mangsa yang selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Cheras, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam.


Diperkosa bekas suami setiap hari



2010/05/06

IPOH: Dia mengharapkan sinar baru dalam hidupnya selepas diceraikan enam bulan lalu, namun belum sempat lukanya pulih, bekas suaminya boleh diibaratkan sebagai ‘singa kelaparan’ kerana dia bukan saja dirogol hampir setiap hari, malah turut menerima penderaan fizikal seperti yang dilaluinya sepanjang 20 tahun mendirikan perkahwinan.

Sebaik diceraikan, bekas suaminya tetap pulang ke rumah seperti biasa dan mengulangi tabiat lamanya dan paling menyedihkan dia dipaksa melayan nafsu serakah haram tanpa belas kasihan sejak enam bulan lalu.


Tidak tahan dengan perbuatan jijik bekas suaminya itu, mangsa berusia 44 tahun bertindak nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Tawas dekat sini sebelum ditemui orang awam dalam keadaan kaki berdarah selain kesan lebam akibat didera di bahagian pipi dan muka kira-kira jam 2 pagi, dua minggu lalu.


Mangsa dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan sebelum dihantar pulang ke rumahnya semula selepas keterangan diambil.


Namun, penderitaannya tidak berhenti di situ, sebaliknya bekas suaminya yang juga anggota keselamatan masih pulang ke rumah dan terus memukul tanpa belas kasihan dipercayai geram selepas mangsa membuat laporan polis.


Trauma selepas sekali lagi diperlakukan kejam, mangsa melarikan diri dari rumah buat kali kedua sebelum berlindung di rumah kawannya dan membuat satu lagi laporan polis.


Begitulah nasib seorang ibu tunggal beranak enam yang bukan saja tidak terlepas dari penderaan bekas suaminya, malah sentiasa diburu rasa takut dan sentiasa berada dalam keadaan trauma.


Pendedahan itu diluahkan sendiri Presiden Persatuan Wanita Perak untuk Wanita (PWW), Dr Sharifah Halimah Jaafar yang mendakwa mangsa bukan saja didera secara fizikal, sebaliknya sukar mendapatkan perlindungan daripada pihak berkaitan terutama melindunginya daripada ‘diburu’ bekas suami.


Dr Sharifah Halimah berkata, mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) daripada Mahkamah Majistret Ipoh bagi membolehkan satu perintah perlindungan sementara dikeluarkan bagi melindunginya daripada menjadi mangsa penderaan bekas suami.

Katanya, mangsa menunggu dan bersabar sejak dua minggu lalu bagi mendapatkan perintah IPO itu yang sepatutnya berfungsi melindungi mangsa daripada didera bekas suami.


Menurutnya, mangsa kini terpaksa berlindung sementara di rumah kawannya di sini, sementara menunggu perintah IPO itu dikeluarkan mahkamah.


“Malah, mangsa perlu pulang ke rumah kerana menjaga makan dan minum enam anak berusia antara 10 hingga 20 tahun,” katanya.




Pelajar bersalin dalam tandas



2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.


Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.


“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.


Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.


“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.




Tinggal nota sebelum tusuk dada



2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi ‘ayah minta maaf kerana terpaksa ambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah’ sebelum menusuk dadanya dengan sebilah pisau lipat, malam kelmarin.

Nota terakhir itu ditemui sepasukan anggota polis di sisi mayat Khairuddin Wazir Khan, 41, yang dipercayai membunuh diri selepas menghadapi tekanan perasaan ketika bersendirian di dalam bilik tidur rakannya di Blok Cempaka B, Flet Sri Kolam di sini.


Mangsa yang menumpang bilik rakannya di flet berkenaan kira-kira hampir dua bulan lalu mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangganya dan terpaksa berpisah sementara dengan isterinya.


Mayat Khairuddin ditemui rakan serumahnya dikenali sebagai Zamri, 36, dalam keadaan terlentang di bilik tidurnya ketika membuka pintu selepas pulang bekerja, kira-kira jam 11.30 malam.


Zamri berkata, ketika memasuki rumah, dia mendapati pintu bilik tidurnya tidak tertutup rapat dan menolak pintu berkenaan untuk bertanya khabar kerana sudah biasa berbuat demikian setiap kali pulang kerja.


Sementara itu, jurucakap polis Kuala Terengganu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Tembak Aminulrasyid: Koperal polis minta dibicarakan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 10 Mei: Seorang pegawai polis, Koperal Jenain Subi didakwa di mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menembak sehingga mati Aminulrasyid Amzah, 15, yang menjadi isu genting antara polis dengan orang ramai baru-baru ini.

Polis berusia 48 tahun itu didakwa dibawah seksyen 304, Penal Code atas dakwaan membunuh tanpa niat yang boleh membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.

Hakim M. Gunalan telah menetapkan 10 Jun untuk tarikh penyebutan semula kes dan membebaskan kopral itu dengan jaminan RM10,000.

Aminurrasyid mati ditembak di kepalanya selepas kereta yang dipandunya berhenti selepas dikejar polis berhampiran rumahnya di Secsyen 11, Shah Alam.

Polis mendakwa, mereka menambaknya selepas kereta yang dipandu budak itu cuba merempuh mereka.

Rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar, 15, yang turut serta dalam kereta itu bagaimanapun menafikan dakwaan polis itu dengan berkata, rakannya itu sudah terkulai di atas ribanya selepas terkena tembakan pada kepalanya.

Polis mengejar mereka berdua apabila memotong sebuah kereta peronda polis selepas dikejar oleh sekumpulan motosikal selepas salah sebuah motor mereka bergeser dengan kereta yang dipandu Aminurasyid.

Polis telah menembak ke empat-empat tayar kereta yang dipandunya dan salah satu pelurunya menembusi kepala Aminurasyid dari belakang tempat duduk pemandunya.



Bayi PLKN

Oleh Mohd Razlan Salleh dan Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my
2010/05/12

PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam.

Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.


Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu.


Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.


“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.


Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.


“Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.


“Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua,” katanya.

Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.


“Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.


“Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya

“Saya mencadangkan pihak kem PLKN melakukan ujian kehamilan ke atas semua pelatih yang bakal memasuki pusat ini pada masa akan datang.


“Langkah ini bertujuan mengelak kes seperti ini berulang selain perkara tidak diingini berlaku,” katanya.


Katanya, pihak bertanggungjawab perlu menjadi kejadian itu sebagai pengajaran dan iktibar.


"Apa akan terjadi dan bertanggungjawab jika pelatih bersalin ketika sedang mengadakan latihan lasak seperti memanjat dan sebagainya.


"Kita tidak mahu berlaku sesuatu buruk berlaku yang boleh menyebabkan nyawa pelatih dan bayi dikandungnya terancam," katanya.




Pelakon cedera diserang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/12

KUALA LUMPUR: Air tenang jangan disangka tiada buaya. Itu perumpamaan bagi menggambarkan kejadian tidak diduga menimpa seorang pelakon wanita sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta leher akibat diserang dan disamun seorang lelaki di kawasan yang kelihatan aman dan tenteram di ibu kota, semalam.

Difahamkan, mangsa, Mislina Mustafa, 38, cedera akibat terkena serpihan kaca selepas lelaki berusia awal 30-an memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan sebatang kayu.


Pelakon wanita itu pernah membintangi beberapa filem yang memecah panggung seperti Mokhsin, Puaka Tebing Biru dan bakal memegang watak Zaiton Sameon dalam filem menceritakan perjalanan hidup penyanyi itu mendakwa dia kini trauma.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Setapak di sini, Mislina yang juga dipanggil Leena mendakwa diserang seorang lelaki ketika mahu meninggalkan kawasan berkenaan.


Katanya, ketika kejadian dia yang baru masuk ke dalam Perodua Kancil miliknya selepas bersarapan dan melayari Internet di sebuah restoran makanan segera, diserang secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi.


“Lelaki terbabit menghentak cermin belakang kereta dipercayai menggunakan sebatang kayu sebelum mengambil sebuah komputer riba di tempat duduk belakang dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang siap menunggu di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi, petang semalam. Menurutnya, kejadian itu terlalu pantas dan mendakwa tidak dapat mengingati wajah suspek walaupun dapat melihat lelaki terbabit dengan jelas.


“Lagipun, hentakan kuat itu mengejutkan saya....terdiam seketika dibuatnya.


“Ketika itu, apa yang saya fikirkan hanya keselamatan diri dan sanggup menyerahkan segala barang termasuk wang tunai diminta penjenayah asalkan saya tidak diapa-apakan.


“Saya bernasib baik kerana suspek hanya mengambil komputer riba sebelum melarikan diri,” katanya.

Mislina berkata, dia hairan kerana suspek terlalu berani melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.


“Apa yang pasti, lelaki terbabit sudah memerhatikan saya dari awal. Jika tidak, mustahil dia tahu saya meletakkan komputer riba pada belakang kereta,” katanya.


Mangsa cedera pada muka dan leher akibat terkena percikan kaca dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran lokasi kejadian.


Mislina berkata, walaupun trauma dengan kejadian itu, dia tetap bersyukur kerana terselamat.


“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati walaupun berada di kawasan yang disangkakan selamat kerana kejadian jenayah boleh berlaku tidak mengira masa dan lokasi,” katanya.


Difahamkan, Mislina kerugian lebih RM2,000 selepas kehilangan komputer riba kesayangannya selain terpaksa menggantikan cermin belakang keretanya.


Berikutan kejadian itu, Mislina membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Rugi RM210j kerana gores, menang

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/05/12

KUALA LUMPUR: Walaupun pernah ditipu syarikat gores dan menang, terdapat pengguna ditipu sekali lagi oleh syarikat sama yang menukar taktik kepada peraduan koyak dan menang.

Aduan seperti itu adalah antara aduan yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC) membabitkan nilai kerugian berjumlah RM210 juta yang ditanggung pengguna negara ini sepanjang tahun lalu.


Angka dikeluarkan NCCC itu daripada 32,369 kes yang diterima pihaknya dengan purata sebanyak 120 aduan sehari.


Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason berkata, jumlah kerugian yang dialami pengguna itu sesuatu yang mengejutkan namun dari sudut yang lain ia sesuatu perkara yang positif.


“Peningkatan jumlah aduan yang diterima NCCC itu menunjukkan pengguna mula sedar dengan hak mereka.


“Selain itu, mereka juga telah mula menunjukkan sikap matang dalam menjadi seorang pengguna,” katanya.


Kata Marimuthu, jumlah aduan diterima juga berdasarkan 23 kategori dikenal pasti pihaknya dan dari kategori itu, jualan langsung atau penipuan menunjukan jumlah aduan tertinggi sebanyak 2,713 aduan.


Katanya, jumlah aduan kedua tertinggi pula ialah dari kategori Perumahan diikuti aduan Komunikasi dan Multimedia.


Beliau berkata, satu kategori baru turut diwujudkan tahun lepas iaitu Agensi Kerajaan dan Perkhidmatan yang menduduki tangga kesembilan dengan 1,563 aduan yang melibatkan layanan dan perkhidmatan pekerja dan pegawai di perkhidmatan awam.

Marimuthu berkata, dari jumlah keseluruhan aduan yang dilaporkan kepada pihaknya, sebanyak 85 peratus aduan kes telah diselesaikan.


“Ia dianggap selesai berdasarkan pengguna yang berpuas hati dengan tindakan yang diambil pihaknya ke atas pihak berkenaan.


“Bagaimanapun wujud kesukaran dalam menyelesaikan aduan berkenaan perumahan apabila terikat dengan beberapa peraturan yang perlu dikemas kini kementerian terbabit dalam menjaga hak pengguna,” kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC.


Marimuthu berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Seminar Kebangsaan Pengendalian Aduan 2010 di sini, semalam.

Dalam seminar yang dihadiri 170 peserta itu, pihaknya turut melancarkan laporan tahunan NCCC 2009 yang merumuskan cadangan kepada pengguna serta pihak terbabit bagi mencegah kejadian penipuan sebegini berulang.


Kata Marimuthu, ia juga boleh diguna sebagai aplikasi pencegahan kepada pengguna malah memberi kesedaran serta panduan kepada pengguna.


Seminar yang telah masuk tahun keempat itu turut membincangkan hasil daripada analisis aduan-aduan yang diterima disamping menambaik amalan perniagaan dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan pengguna.


Rupanya dia adik saya

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
2010/05/12

KUANTAN: Amat menyentuh hati apabila dua lelaki yang tinggal berjiran di Kampung Razali di sini selama 21 tahun tidak menyedari mereka sebenarnya adik-beradik tiri yang terpisah selepas ibu mereka berkahwin lain.

Menceritakan semula detik pertemuan bersejarah itu, Rozak Mohd, 65, berkata dia mendapat tahu mengenai hubungan persaudaraan dengan jiran, Azizi Hamzah, 44, yang menetap di sebelah rumahnya itu selepas menghadiri pengebumian adik tiri, Mek Mah Che Ibrahim di Kemaman, Terengganu, Disember lalu.


Menurut Rozak, bapanya meninggalkan dia dan ibunya ketika dia baru belajar merangkak sebelum ibunya berkahwin semula dan dikurniakan dua lagi anak. “Apa yang saya tahu, saya hanya ada dua adik tiri iaitu Mek Mah dan Zainuddin hasil perkahwinan kedua ibu, Mek Som Awang dengan Che Ibrahim.


“Saya tidak tahu jika ibu berkahwin kali ketiga kerana saya tidak pernah menemuinya lagi berikutan saya diambil ibu saudara untuk dipelihara,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Rozak berkata, dia mendapat tahu mempunyai adik tiri lain hasil perkahwinan ketiga ibunya selepas dimaklumkan anaknya, Rosli, 34.


“Sekembalinya kami ke rumah sebaik upacara pengebumian selesai, anak saya memberitahu bapa saudaranya, Zainuddin ada menceritakan kepadanya saya ada adik tiri yang menetap di Kuantan. “Zainuddin turut memberitahu adik tiri kami baru saja bersara sebagai askar dan kini menjual ikan, selain memberitahu bagaimana rupa parasnya. Daripada cerita itu, saya menyedari ciri yang disebut itu menyamai jiran lelaki yang menetap di sebelah rumah,” katanya.


Katanya, dia memberanikan diri ke rumah jirannya pada suatu hari selepas beberapa hari gelisah memikirkan kesahihan maklumat yang disampaikan anaknya, selain ingin mendapatkan kepastian.


“Ketika menemuinya, Azizi berada dalam kereta hendak keluar bekerja sebelum saya memintanya keluar dari kereta kerana ada hal yang hendak dibincangkan.


“Azizi terkejut dan terpinga-pinga apabila saya terus memeluknya dan menangis tiba-tiba sebelum menceritakan perkara sebenar bahawa dia adalah adik tiri saya,” katanya.

Sementara itu, Azizi berkata, mulanya dia tidak percaya dengan berita yang disampaikan Rozak sebelum menghubungi abang tiri, Zainuddin bagi mendapatkan kepastian.


“Saya memang terkejut dengan kejadian yang tidak diduga ini, namun akhirnya percaya selepas disahkan sendiri oleh Zainuddin.


“Kami kemudian bercerita mengenai kisah keluarga masing-masing bagi merungkai salasilah adik-beradik lain sekali gus menjawab persoalan mengapa kami tidak pernah bertemu sebelum ini,” katanya.


Azizi berkata, ibunya menetap di Bachok, Kelantan, bersama bapanya yang juga suami ketiga dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lapan anak.

“Saya hanya tahu ada seorang kakak dan seorang abang tiri, tetapi tidak tahu ada lagi seorang abang tiri kerana ibu tidak pernah menceritakan kisah anak pertamanya kepada saya.


“Rahsia itu ibu pendam sampai dia meninggal dunia pada 1995, manakala saudara tiri juga tidak pernah menceritakan mengenai abang tiri sulung kepada saya,” katanya.


Katanya, dia memang tidak menyangka kejadian itu yang dianggap pelik berlaku dalam hidupnya selama dia tinggal berjiran dengan Rozak yang juga bekas pekerja Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) “Hampir setiap hari kami bertemu kerana rumah kami hanya sebelah-menyebelah. Malah, kami juga bertemu setiap kali ada majlis keraian anjuran penduduk.


“Kami juga saling mengunjungi jika masing-masing mengadakan kenduri. Lebih pelik, apabila kami tidak pernah bertemu dalam satu majlis yang turut dihadiri saudara tiri yang mengenali kami menyebabkan rahsia ini terus terpendam,” katanya.


Azizi berkata, bagi mengeratkan semula hubungan kekeluargaan mereka bercadang mengadakan majlis kesyukuran pada bulan depan dan mengumpulkan semua adik-beradik.



NEGARA

Luar cantik dalam menjijikkan


MOHD. DERUS melihat tandas di sebuah restoran yang dijadikan sebagai tempat menyimpan bahan mentah dan peralatan memasak di Banda Hilir semalam.


MELAKA – Dipandang dari luar, sebuah kedai makan di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini kelihatan cantik dan bersih.

Namun imej cantik dan bersih itu terhakis dan diganti imej menjijikkan sebaik sahaja melihat tandas restoran berkenaan.

Keadaan menjijikkan itu bukan kerana tandas di situ kotor, namun tindakan pengusaha kedai makan berkenaan menjadikan tandas di situ sebagai tempat menyimpan bahan mentah masakan seperti bawang dan minyak masak serta periuk yang tentunya memualkan pelanggan apabila melihat keadaan tersebut.

Lebih memeranjatkan, tidak cukup satu tandas digunakan, sebuah lagi tandas di situ turut digunakan sebagai stor.

Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Derus Tompang berkata, perkara itu dikesan oleh pihaknya dalam satu operasi bersepadu melibatkan 28 anggota MBMB dan Jabatan Kesihatan semalam.

“Tandas tidak boleh digunakan sebagai stor untuk menyimpan bahan mentah masakan dan peralatan memasak.

“Lagi pun, kedai ini terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancong. Pelancong tentu berasa jijik jika melihat tandas ini dipenuhi bahan mentah untuk masakan dan ia tentu memalukan negeri Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.



Gadis korban nafsu tentera

TAMPIN – Perkenalan singkat dengan seorang anggota tentera membawa padah kepada seorang pekerja restoran apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan bersama dua lelaki lain yang juga anggota tentera.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berumur 22 tahun dan bekerja di Dataran Pahlawan, Melaka dirogol di sebuah rumah dekat Taman Clonlee, di sini.

Sumber memaklumkan, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru tiga hari mengenali salah seorang daripada tiga lelaki terbabit dan dijemput balik dari tempat kerja untuk bersiar-siar serta menjamu selera.

“Pada awalnya, mangsa enggan menerima memenuhi pelawaan lelaki terbabit kerana mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam kereta.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan diberi jaminan yang mangsa tidak akan diapa-apakan, mangsa mengikut lelaki berkenaan. Mangsa kemudiannya bersiar-siar di sekitar bandar Melaka dan diajak mandi di sebuah kolam air panas di Alor Gajah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah rumah di Taman Clonlee dan dipaksa membuka pakaian.

“Lelaki berkenaan juga mengugut mencederakan mangsa sekiranya enggan menurut arahan.

“Bimbang atas keselamatan diri, mangsa terpaksa mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.

Mangsa juga dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Polis berjaya menahan suspek dipercayai anggota tentera di sebuah kem tentera di Melaka, jam 5 petang,” katanya.




Perogol kanak-kanak terima padah


KOTA BHARU – Kekejaman seorang pemuda yang merogol kanak-kanak berusia 11 tahun pada 2 Disember dua tahun lalu akhirnya menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Zainal L. Saleh menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Muhd Hafiz Saibi, 23 dari Kampung Permatang Pasir, Gunong, Bachok itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan pertuduhan yang dihadapi Hafiz, bertempat di kawasan kebun getah Kampung Gong Pak Ghani Binjai, dekat sini telah merogol dengan menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 8 bulan kira-kira jam 3.30 petang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didapati melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Menurut fakta kes yang dikemukakan, mangsa bersama adik dan seorang lagi rakannya bersiar-siar di sekitar kampung berdekatan tali air di kampung tersebut.

Semasa di tengah jalan, tertuduh menarik tangan kanan dan mengheret mangsa menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong dan adik serta rakan mangsa sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.

Tertuduh kemudian mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher mangsa serta mengugut akan membunuhnya sekiranya dia menjerit.

Mangsa cuba melawan tertuduh yang bertindak membawanya ke kebun getah tetapi tidak berdaya lalu menjerit tetapi tertuduh bertindak menumbuk mulut menyebabkannya bengkak dan hidung mangsa turut berdarah.

Tertuduh terus menarik dan merogol mangsa.

Semasa prosiding dijalankan, Zainal memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam bela untuk mengemukakan rayuan, bagaimanapun tertuduh hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman memohon kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan tertuduh bertindak merogol kanak-kanak yang masih di bawah umur serta menggunakan kekerasan.

“Tindakan tertuduh menyebabkan kecederaan fizikal dan menjadi trauma kepada mangsa,” katanya.

Zainal kemudian bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan dan berkata pengakuan tertuduh mengaku bersalah tidak memadai untuk beliau mengenakan hukuman ringan terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Saya mengambil kira kejadian yang menggunakan kekerasan dan senjata yang memberatkan lagi hukuman yang dikenakan terhadap kamu.

“Gunakan tempoh menjalani hukuman ini untuk merenung kembali kesalahan yang dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya semasa menasihati tertuduh.

Tertuduh turut dikenakan pengawasan pihak polis selama setahun.



Straw longkang!

PULAU TIKUS – Memang menjijikkan apabila pemilik kedai kopi di Pulau Tikus sanggup menggunakan penyedut minuman secara berulang kali untuk pelanggannya.

Rahsia itu terbongkar setelah pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut mengadakan operasi mengejut ke premis berkenaan, kelmarin.

Setelah diperiksa, penguat kuasa mendapati penyedut minuman yang sudah digunakan pelanggan dikumpulkan dalam besen dan diletakkan dalam singki.

Ahli Majlis MPPP, Ramlah Bee Asiahoo berkata, beliau nampak sendiri penyedut yang digunakan pelanggan sebelum itu dikutip dan kemudian digunakan semula.

Menurutnya, peniaga terbabit juga didapati tidak memperbaharui lesen perniagaan dan memberi pelbagai alasan kepada pegawai jabatan kesihatan dan MPPP.

Pekedai itu berkata “kaki saya sakit sebab itu tidak boleh pergi bayar lesen baru, mereka hentikan operasi saya bukan sebab makanan tetapi kerana infrastruktur saja,’ katanya yang memberikan banyak alasan dan jawapan ketika ditanya.

Pemerhatian mendapati barang makanan diletakkan di atas lantai begitu sahaja, dan ada juga yang berdekatan dengan sabun basuh.

Selang beberapa unit dari kedai kopi itu, pemilik sebuah lagi premis enggan memberikan kerjasama kepada penguat kuasa.

Antara kata-kata yang dikeluarkan ialah sekiranya kedai makanannya ditutup, dia mahu semua premis makanan lain yang berada sebaris dengannya juga ditutup, barulah ia dianggap adil.

Antara kesalahan lain yang dilakukan pekedai kopi dan makanan sekitar Pulau Tikus ketika diperiksa ialah najis tikus dilihat merata tempat, tandas kotor, kebanyakan barang makanan diletakkan atas lantai dan sampah tidak ditutup dengan baik.

Sebuah restoran makanan Cina di Persiaran Gurney turut diserbu pegawai kesihatan kelmarin dan diklasifikasikan pada tahap teramat-amat kotor.

Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata, pemeriksaan mendapati lipas berkeliaran di merata tempat dan ada yang berada hampir dengan makanan.

Menurutnya, penilaian yang diberikan kepada restoran itu hanya pada tahap 25.5 peratus.

“Ini adalah tahap yang teramat-amat kotor, markah lulus ialah 50 ke atas. Ketika pemeriksaan, didapati mereka tidak melabelkan makanan dan sarang sesawang di siling begitu dekat dengan tempat memasak.

“Lantai pecah dan air sisa makanan dari kedai masuk secara terus ke parit, pihak kesihatan memutuskan supaya restoran ini ditutup selama 14 hari bagi proses baik pulih,” katanya selepas operasi.

Operasi bermula pada jam 10 pagi itu turut memeriksa tujuh premis makanan di Pulau Tikus dan Persiaran Gurney Drive.

Ah Teong berkata, empat premis makanan diberi Notis Akta Makanan 1983 dan tidak boleh menjalankan sebarang operasi selama 14 hari.

Pemeriksaan setiap minggu MPPP itu dijalankan sejak Oktober 2009 dengan lebih 400 premis makanan diperiksa dan 488 saman dikeluarkan kepada pekedai atas pelbagai kesalahan.

“Pemilik kedai makanan perlu segera memperbaiki sistem pengurusan makanan bagi mengelak kedai mereka ditutup dan disaman.

“MPPP menjalankan operasi setiap minggu dan mahu semua pekedai berjaga-jaga sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri mahu menjadikan sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa,” katanya.