Saturday, September 11, 2010

MESTERI DULU TERJAWAB

ANGGOTA polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting malam tadi sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan berhubung kehilangan Datuk Sosilawati bersama tiga rakannya yang lain. - Foto Amran Hamid 

 

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini


2010/09/12

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu

difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - BERNAMA



Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan















KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor



TERKINI


Penyelam Polis Marin cari bahan bukti

12/09/2010 11:00pm

BANTING – Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.
Tinjauan berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.
Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.
Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Polis hari ini mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Operasi polis itu menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku. – Bernama


NEGARA


4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati






BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.
"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.
"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.



NEGARA


Anak harap sisa mayat ditemui bukan Sosilawati



ANAK bongsu Sosilawati, Siti Nur Fatimah tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian ibunya dan terpaksa ditenangkan oleh saudaranya di Taman Harmonis, Gombak semalam.



KUALA LUMPUR - "Kalau betul emak tidak ada lagi, bawa dia dan tunjuk depan Rina. Abah, tolong cari mak, abah."
Itulah ratapan anak keempat jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Erinawati Sofea Buhari, 21, yang meraung sejurus selepas sidang akhbar polis yang mengesahkan kematian ibunya disiarkan di kaca televisyen semalam.
Selepas pengumuman itu, Rina menangis seharian dan enggan bercakap dengan ahli keluarga lain.
Sebelum pengesahan tersebut, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana sempat meluangkan masa menemui wartawan dan jurugambar di luar rumahnya pada pukul 1.30 petang.
"Saya meminta maaf kepada pihak media yang sudah lama menunggu sejak pagi kerana dalam keadaan sekarang ini kami sekeluarga sememangnya memerlukan kekuatan.
"Mengenai berita yang diterima pagi tadi (semalam), saya tidak boleh komen apa-apa dan masih menunggu pengesahan rasmi dari Balai Polis Dang Wangi memandangkan laporan polis dibuat di sana," kata Dekritawati ketika ditemui di kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.


NEGARA


Peguam ada harta luar biasa







PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.





BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.
Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.
"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah









NEGARA


Mayat dibakar di ladang ayam






KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah


TERKINI


Peguam, adik dan enam pekerja ditahan

12/09/2010 4:26pm

BANTING – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.
Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.
Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.
Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.
Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama


TERKINI


Sosilawati, tiga lagi mati disah dibunuh

12/09/2010 4:18pm

BANTING – Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.
Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama


TERKINI


Polis bawa suspek ke tempat kejadian

12/09/2010 1:28pm

BANTING – Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.
Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.
Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.
Terdapat spekulasi mayat Sosilawati dan tiga orang lagi yang hilang itu dibakar.
Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata, polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.
"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.
Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – Bernama


TERKINI


Kehilangan Sosilawati terjawab hari ini?

12/09/2010 11:17am

BANTING – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama



Diseksa sampai mati



2010/09/13

KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.
SIDANG AKHBAR...Bakri(kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya, semalam.
SIDANG AKHBAR...Bakri(kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya, semalam.
CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.
CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.
Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit.

“Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh

“Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya



Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Noriah Idris, Maiamalina Mohamed Amin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/13

KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.
Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat

“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan

Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya




Friday, September 10, 2010

DIMAKLUMKAN


PENULIS MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT KESALAHAN EJAAN SERTA PENGGUNAAN KATA2 PENDEK...SEPERTI KATA2@PERKATAAN2 KETIKA KITA MENGHANTAR SMS....SERTA KESILAPAN MENYUSUNAN AYAT DLL...
SEPEKARA LAGI...

Penulis ada blog2 yang lain..maka tuan puan boleh melayari dan mengunjungi...dan antara satu dengan lain....perdekatan blog adalah berbeza...kecuali ada yang sama disemua blog..penulis copy paste sahaja .kerana menganggap perkara itu penting...atau ia merupakan kata2 ucapan sempena sesuatu perayaan...



BLOG2 BOLEH DILAYARI...

1.ASYIKLAH KITA DENGAN ALLAH
2.CINTA ITU SANGAT INDAH DAN IA MERUPAKAN KURNIAAN ALLAH SWT
3.fenditazkirah
4.CINTA ITU MENGASYIKKAN 1
5.blogtazkirah
6.SEJARAH NABI2 SERTA KISAH2 TELADAN
7.KAUNSELING CARA ISLAM
8.MOTIVASI ISLAM PERCUMA

MUDAH SAJA...TULIS/TAIP DIKOTAK GOOGLE...KEMUDIAN KLIK SEARCH...


TK KERANA MELAYARINYA.....

Mudahan2 sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan ilmu...InsyaAllah.

DE SETENGAH NEGERA PUASA 29 HARI SAHAJA....TAK TAU NAK KATA


TAHU KAH ANDA ?


hari bulan telah muncul lebih awal
di libya dan di eropah

warga libya dan warga warga negara eropah
telah berhari raya pada hari ini - hari khamis.

tapi ini tidak sehebat beberapa keluarga di kangar perlis
mereka telah berhari raya dari kelamrin lagi kah kah kah

DI NEGARA CHINA PUN DEPA DAH NAMPAK ANAK BULAN ... CISssssss

nota:
ramai china masuk surau
dan masjid di negara china
dari orang melayu masuk masjid
dan surau di malaysia kah kah kah



NI DARI BLOG TUKARTIUB

DIMANA LETAKNYA RASA SEGAN SERTA MORAL...DALAM ISLAM MEMANG DILARANG...DEDAH AURAT SERTA BERGAUL BEBAS....

Pesta Hantu Lapar bingitkan masjid di Georgetown
Susan Loone
Sep 9, 10
2:40pm
Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.

“Acara yang dijalankan menyebabkan ketegangan kepada penduduk tempatan dan menganggu orang ramai khususnya golongan tua dan uzur,” katanya.

Menurut Mohideen lagi, bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan.

Jawatankuasanya itu membuat rayuan kepada Agong kerana baginda adalah ketua agama di Pulau Pinang dan tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi dalam perkara itu.

"Persembahan itu tidak mempunyai signifikan budaya ataupun keagamaan tetapi hanya meniru budaya pop Barat,” katanya pada sidang akhbar yang juga dihadiri oleh 30 anggota qariah masjid.

Beberapa pentas juga telah didirikan bagi meraikan pesta itu yang berakhir semalam. Ia didirikan tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain.

Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.

Menurut Mohideen, agak malang aktiviti seumpama itu dibenarkan ketika Ramadan di mana umat Islam cuba menumpukan perhatian dalam menunaikan ibadat mereka.

Beliau membidas pihak penganjur kerana tidak sensitif dan membelakangkan perasaan umat Islam.

Thursday, September 9, 2010

BERAT MATA MEMANDANG..BERAT LAGI BAHU MEMIKUL...BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH....BAGI MASIH HIDUPA BAHGIA DISAMPING KELUARGA DAN SANAK SAUDARA...


Enam SMS tak dibalas

Oleh Ahmad Saufi Mansor dan Shukor Kasim

2010/09/10

MELAKA: Enam kiriman SMS yang tidak dibalas menjadi petanda awal kepada Lans Koperal Mohd Farid Nayan, 28, bahawa Aidilfitri kali ini bakal disambut penuh hiba apabila isteri tersayang, Nuriliana Naib, 22, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, di sini, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
PILU...Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam (kiri) menenangkan Mohd Farid, semalam.
PILU...Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam (kiri) menenangkan Mohd Farid, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, Nuriliana maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terbabas lalu melanggar pokok.

Adiknya, Amirul Adzim Naib, 17, yang turut menaiki kereta berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM) kerana parah di kepala.

“Saya ada menghantar enam SMS bertanyakan dirinya, tetapi langsung tidak berjawab menyebabkan saya tidak sedap hati kerana kebiasaannya dia akan membalasnya segera,” kata Mohd Farid.

Bapa dua anak itu berkata, dia terkilan kerana tidak sempat membeli baju raya untuk arwah isterinya seperti dijanjikan.

“Pakaian untuk dua anak kami sudah dibeli. Disebabkan isteri saya ada masalah kesihatan dan terpaksa ke Hospital Jasin tiga hari lalu, saya berjanji membawanya membeli pakaian kami petang ini (semalam).

“Lagi pun saya baru mendapat cuti hari ini (semalam). Tetapi, kini dia sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Ketika kejadian, Nurilian dan Amirul dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mereka di Taman Bemban Utama, Jasin, selepas melawat bapa mereka, Naib Adzim, 49, yang dimasukkan ke HM akibat serangan sakit jantung, kira-kira jam 4.30 pagi

Mohd Farid, anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, berkata sebelum kejadian itu, arwah isterinya ada menghubunginya ketika bertugas memaklumkan mahu pergi ke HM melawat bapanya.

Menurutnya, dia menghubungi isteri kira-kira jam 7.30 pagi dan arwah memaklumkan sudah mahu pulang ke rumah dan menasihatkannya memandu berhati-hati.

Katanya, berikutan itu, dia pulang ke rumah mereka di Kuarters Polis Bemban, Jasin, selepas selesai bertugas kira-kira jam 8 pagi sebelum dimaklumkan rakan kereta dinaiki isterinya mungkin terbabit kemalangan tidak lama selepas itu.

“Rakan saya bertanyakan mengenai kereta (Perodua) Kancil itu siapa yang memandunya kerana berlaku kemalangan di Jalan Tun Kudu (Bukit Katil) menyebabkan saya yang tidak sedap hati bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui semalam.

Arwah meninggalkan suami serta dua anak yang masih kecil, Mohamad Adam Izwan, 3, dan Nor Erina Shahirah, 2.

Sementara itu, abang mangsa, Marzwan Nizam, 28, yang menetap di Ujung Pasir, berkata sebelum kejadian, adiknya yang juga anak kedua daripada tiga beradik pergi ke HM melawat bapa mereka yang mengalami sakit jantung, awal pagi semalam.

“Selepas itu, kami pulang berasingan dengan Nuriliana dan Amirul Adzim menuju Bemban melalui Jalan Tun Kudu sebelum saya mendapat khabar kedua adik saya itu terbabit kemalangan di lokasi berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Duyung, dekat sini.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poonam E Kling, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok di kanan bahu jalan.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Bukit Katil berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menuju Tehel sebelum terbabit kemalangan yang menyebabkan kenderaan itu remuk teruk di bahagian depan.

“Mangsa dipercayai mati di tempat di kejadian manakala adiknya dikejarkan ke HM akibat parah. Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya




Raya sugul tanpa Adam

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

2010/09/10

KOTA BHARU: Ketika umat Islam bergembira meraikan 1 Syawal hari ini, seorang ibu, Nik Suzila Nik Hashim, 32, hanya mampu menitiskan air mata apabila kejadian ngeri mengorbankan anaknya berusia tiga tahun masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.
pix_middle
Bagi Nik Suzila, Aidilfitri kali ini tidak membawa sebarang makna apabila hilai tawa Mohamad Adam Muszahffar tidak lagi kedengaran di rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini.

Menurutnya, sukar baginya ketika ini menerima kehilangan anak bongsunya itu terutama apabila dilakukan suami sendiri yang mengalami masalah mental.

Katanya, kehilangan anaknya itu dua minggu sebelum Aidilfitri memberi tamparan paling hebat kepada keluarganya setiap kali teringat anak kecil itu.

“Mana-mana ibu bapa pun, memang sukar menerima kejadian seperti ini apabila anak kesayangan pergi dalam keadaan begitu.

“Apatah lagi dia dan bapanya begitu rapat sebelum ini, tetapi takdir menentukan Adam pergi selama-lamanya,” katanya selepas melawat Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, di sini, semalam


Menurutnya, kebanyakan ahli keluarganya juga masih sugul sejak kejadian itu menyebabkan Syawal kali ini hanya disambut secara sederhana.

Katanya, dia akan menyambutnya di rumah ibunya, Noraini Ahmad, 58, bersama saudara-mara lain

“Biarpun anak sudah tiada, namun saya bersyukur kerana ibu sering memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama dua lagi anak, Nur Syafika Muhaimin, 8, dan Siti Aisyah, 2,” katanya.

Dalam kejadian 24 Ogos lalu, Mohamad Adam dilaporkan mati selepas disembelih bapanya sendiri kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental kemudian cuba bertindak mengelar leher sendiri sejurus kejadian, namun berjaya ditahan polis.

Sementara itu, Nik Suzila berkata, lebih menyedihkan apabila sentiasa terbayang-bayang wajah anaknya itu setiap kali ke bahagian dapur iaitu tempat berlaku kejadian itu.

Katanya, kedua-dua anaknya juga sering tercari-cari dan bertanyakan mengenai adik mereka.

“Nur Syafika dan Siti Aisyah sering bertanyakan mengenai arwah selain bapa mereka.

“Saya cuba mengelak kerana terlalu sedih jika bercakap mengenainya,” katanya.

Suspek, Muhaimin Sautar, 33, yang sudah didakwa di Mahkamah Majistret baru-baru ini diarahkan ditempatkan di hospital psikiatri selama sebulan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung keadaannya.

Nik Suzila berkata, dia akan menziarahi suaminya itu yang kini ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru pada 24 September depan.

“Saya sedia memaafkannya dan masih sedia menerimanya jika dia pulih daripada penyakitnya itu,” katanya.


ADATLAH MANUSIA TAK BERIMAN...SIFAT MEMANG BEGITU...MENYANJUNG ORANG YG MULIA DENGAN KEKAYAAN SERTA BERPANGKAT...DAN MEMANDANG RENDAH ORANG MISKIN SERTA TAK BERKEDUDUKAN...MEREKA INI GULUNGAN SOMBONG DAN TAK INGAT MATI...IA TAK TAHU KUASA BOLEH MENARIK NIKMAT ITU SEKELIP MATA....


'Rela makan nasi bergaram'

Oleh Mary Victoria Dass

2010/09/10

JOHOR BAHRU: “Kami rela makan nasi bercampur garam di pondok usang kami berbanding ke rumah saudara yang tidak pernah memberi layanan mesra,” kata remaja, Kamaruzaman Rahmat Kamal, 17, semalam.
DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri)  dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri) dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
Anak sulung daripada tiga beradik itu menceritakan pengalaman menyambut lebaran dilalui sejak beberapa tahun lalu dan masih terluka dengan sikap dingin saudara-maranya memandang rendah kemiskinan keluarganya.

Menurutnya, meskipun mereka mengunjungi kediaman beberapa saudara- mara dengan harapan mampu meraikan Aidilfitri dengan meriah selepas kematian ibunya lebih lapan tahun lalu, namun hajat itu tidak pernah kesampaian.

Katanya, bagi memastikan pertalian persaudaraan tidak terputus, bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi gantian sanggup meminjam wang daripada rakan bagi menampung kos balik ke kampung di luar Johor Bahru.

“Malangnya, kehadiran kami tidak pernah disenangi di mana kami adik-beradik dipandang rendah kerana tidak mampu memakai baju raya atau kemas seperti sepupu lain.

“Malah, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila kami tidak diberi layanan hingga terpaksa minum bekalan air kosong dari rumah biarpun terdapat pelbagai juadah raya dimasak di situ,” katanya yang menambah keluarganya masih bergantung kepada air hujan untuk memasak dan mandi kerana tidak mempunyai kemudahan bekalan air.

Malah, pondok usang dihuni mereka di kawasan tanah paya bakau bersebelahan Taman Sri Pandan tidak mempunyai bekalan elektrik hingga memaksa mereka menggunakan lilin pada waktu malam.

Kamaruzaman berkata, bagi mengelakkan perkara sama berulang, tahun ini bapanya dan dua adik lelakinya, Kamarulbahrin, 16 dan Kamaludin, 9, mengambil keputusan meraikan Aidilfitri di pondok usang mereka.

Menurutnya, meski pun menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan dengan hanya memakan nasi putih bersama serbuk kari, mereka masih bersyukur berbanding terpaksa menempuhi situasi mengguris hati di kediaman saudara-mara.

“Kami yang menghuni di rumah yang ditinggalkan kosong di tanah paya bakau berhampiran Taman Sri Pandan lebih setahun lalu tidak mampu melakukan sebarang persiapan raya melainkan membersihkan pondok yang hanya menunggu masa menyembah bumi.

“Hanya dengan wang RM20 diperoleh jualan lukisan komik ciptaan saya kepada rakan sekolah, kami membeli sekampit beras biarpun berkeinginan memakan ketupat dan rendang hari ini,” katanya.

Kamaruzaman yang belajar di tingkatan lima berkata, biarpun keluarganya pernah memohon rumah penduduk pendapatan rendah sebelum ini, mereka tidak memperoleh sebarang maklum balas.

“Ayah menjadi pemandu teksi gantian memperoleh pendapatan RM10 hingga RM15 sehari di mana dengan wang itu menampung perbelanjaan persekolahan saya dan dua adik,” katanya

INI SIBUK DENGAN JUDI...MACAM TAK MATI2 DAN RASA SEMPAT BERTAUBAT


Kaki ekor cuba sogok Jais



2010/09/10

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 50-an sanggup mengaku bukan Islam dan cuba menyogok penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi melepaskan diri selepas ditahan ketika membuat pertaruhan di premis judi ekor Taman Intan, Klang, kelmarin.
Lebih mengaibkan, dia memberi alasan terpaksa membeli nombor ekor bagi memperoleh sumber pendapatan untuk menampung keperluan keluarga bagi meraikan Aidilfitri.
Sebelum penahanan lelaki itu, sekumpulan enam penguat kuasa Jais melakukan pemantauan dan siasatan di premis judi terbabit sebelum mendapati puluhan lelaki beragama Islam asyik membeli nombor ekor, kira-kira jam 4.30 petang.

Sejurus serbuan dilakukan pelanggan pusat judi ekor itu bertempiaran lari, namun lima daripada mereka termasuk empat warga tempatan berusia 40-an hingga 50-an dan seorang warga Indonesia berusia 30-an ditahan


NI MUFTI2 DAN AHLI2 AGAMA BERPENGARUH...HANYA BUAT BODOH HUKUM ALLAH SEDANG MEREKA PENASIHAT PEMERENTAH...ADAKAH MEREKA TAK TAKUT KEMURKAAN ALLAH....TAK PERJUANGKAN DENGAN PENUH KESUNGGUHAN....ADAKAH KEMEWAHAN SERTA PANGKAT YANG TINGGI MEMBUATKAN LEMAH NAK MELAKUKANNYA...SUDAHKAH DE JAWAPAN BILA DITANYA OLEH ALLAH SWT NANTI....KALAU ADA...TABIKLAH....



Kecoh 'bayi' dalam sampah



2010/09/10

GOMBAK: Hampir tiga jam terpaksa dihabiskan sepasukan anggota forensik untuk mencari ‘mayat bayi’ dalam timbunan sampah yang dikatakan dibuang dalam tong sampah di pasar raya besar di Batu Caves, di sini, semalam.
Namun, usaha mencari itu sia-sia apabila mereka gagal menemui mayat bayi yang pada mulanya didakwa dilihat seorang individu yang menghubungi pihak pengurusan pasar raya berkenaan sebelum ia disahkan panggilan palsu.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata sebelum itu, ada orang awam menghubungi pihak pengurusan pasar raya berkenaan dan memaklumkan ternampak bungkusan dipenuhi darah mengandungi mayat seorang bayi.

“Sejurus itu, pihak pengurusan pasar raya berkenaan menghubungi pemandu lori sampah yang ketika itu dalam perjalanan ke tapak pelupusan sampah di Puncak Alam, Shah Alam.

“Pemandu berkenaan yang ketika itu hampir tiba di tapak pelupusan berkenaan berpatah balik ke pasar raya itu,” katanya


TAK FIKIR BAHAYA...KERANA IA SEORANG PEREMPUAN...



Air mata ibu berlinangan terkenang anak hilang ketika sahur



2010/09/10

MELAKA: Hanya linangan air mata menghiasi kemeriahan 1 Syawal kepada keluarga Zambri Zangee, 44, hari ini apabila anak sulungnya, Nurul Atiqah, 16, menghilangkan diri dengan meninggalkan rumah ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, Rabu lalu.
Kehilangan Nurul Atiqah masih misteri kepada keluarga terbabit terutama ibunya, Nuraspalela Abdullah Sani, 35, berikutan anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan mereka selepas bersama-sama menyediakan persiapan termasuk memasang langsir rumah.
Zambri yang menetap Kampungku Sayang, Bukit Baru, di sini, yang menangisi kehilangan anak sulungnya, berkata kehilangan Nurul Atiqah hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan mereka keluarga bersahur kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, ketika itu, pelajar Sekolah Menengah St David itu didapati tiada dalam biliknya dan semua anaknya termasuk anak kedua, Nurul Syazwina, 10, yang tidur sebilik dengannya langsung tidak menyedari ketiadaan kakaknya.

Katanya, dua adiknya yang lain, Mohd Zulhelmi, 15, dan Mohd Zuhairi, 8, turut gagal mengesan kehilangan kakak mereka sambil menyatakan tiada sebarang perubahan kepada kakaknya ketika berbuka kali terakhir bersama.

Zambri membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Bukit Baru


TIADA UNTUNGNYA BERLUMBA...PELUANG NAHAS LEBIH TINGGI....



Maut rempuh lori



2010/09/10

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berlumba kereta dengan beberapa lagi rakannya maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pagi semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
Lebih mengerikan apabila mayat lelaki itu ditemui dengan kepala pecah dan leher hampir putus.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta terbabit, Poon Soon Wei, 22 dari Saujana Akasia, Sungai Buloh, maut di tempat kejadian.

Menurut jurucakap polis, mangsa berlumba dengan beberapa kenderaan lain dan gagal mengelak sebuah lori satu tan yang berada di lorong tengah.

“Kejadian berlaku apabila Proton Saga BLM yang dipandu mangsa menghala Damansara merempuh belakang sebelah kiri lori dengan muatan sampah yang bergerak perlahan di lorong tengah lebuh raya itu menyebabkan kereta itu berpusing.

“Mangsa yang memandu laju gagal mengelak sebuah lori menyebabkan ia merempuh sebelah kiri lori dan kesan rempuhan yang kuat menyebabkan bumbung kereta serta sisi lori tercabut. Akibatnya, pemandu kereta itu parah di muka dengan kepala hampir putus,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Zin Ahmad, 42, tidak cedera.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat dari kenderaan yang remuk.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat


INI JALAN PENYELESAIAN....TU SEBAB HADIS ADA MENYEBUT BAGAIMANA HENDAK MEMILIH JODOH@ISTERI....BAGI WANITA GUNA HADIS SAMA..CUMA KIASKAN SAHAJA...


Bapa kemaruk wanita

Oleh Suraya Roslan

2010/09/10

KUALA LUMPUR: Lantaran tidak tahan dengan sikap bapanya yang kerap bertukar isteri, seorang remaja mengambil nekad memusnahkan dirinya dengan mengambil dadah jenis syabu.
Remaja dikenali sebagai Zack, 19, tertekan dengan cara hidup ayahnya yang sering berkahwin dengan wanita dari negara jiran. “Yang terbaru saya mengetahui ayah mengahwini wanita dari Laos dan meninggalkan ibu keseorangan. Sayu hati ini apabila melihat ibu merintih supaya tidak ditinggalkan, tetapi ayah yang begitu kemaruk untuk beristeri muda langsung tidak peduli semua itu,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan di ibu negara di sini, semalam.
Zack juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya itu mengambil keputusan mencuba dadah jenis syabu kerana begitu terpengaruh dengan desakan rakan.

“Saya kerap menceritakan mengenai masalah keluarga yang dialami dan begitu tertekan dengan hidup ini, malah pernah beberapa kali cuba membunuh diri, nasib baik ada rakan yang sudi membantu dan menghalang,” katanya.

Namun, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, rakan yang membantu Zack juga sebenarnya bertujuan mahu memusnahkan dirinya saja.

“Rupanya niat mereka membantu adalah untuk membinasakan saya apabila disuruh mencuba sejenis dadah yang mampu menyelesaikan segala masalah di dunia ini. Saya yang pada mulanya tidak percaya, cuba juga akhirnya...dan ternyata memang best dan layan hingga saya tidak dapat lagi hidup tanpanya,” katanya.

Bermula pada detik itu, Zack menjadi hamba dadah dan terpaksa melakukan jenayah untuk membeli barang terlarang itu.

“Ayah dan ibu terus tidak mempedulikan saya selepas mengetahui saya terjebak dengan najis dadah. Dan bermula pada detik itu, kami terus terputus hubungan terutama dengan ayah.

“Saya akui, sering menjadi pelajar harapan di sekolah lantaran mendapat keputusan cemerlang, namun akibat tekanan keluarga saya sanggup memusnahkan diri sendiri,” katanya.

Zack yang kini sudah insaf berharap hubungannya dengan keluarga dapat dipulihkan segera. Kini Zack yang menghuni di sebuah pusat pemulihan di ibu negara secara sukarela selama enam bulan untuk membentuk diri menjadi insan lebih berguna



HARAP MAKLUM..MUDAH2AN JADI PENGAJARAN...


'Dapat juga rasa nasi minyak'



2010/09/10

HULU TERENGGANU: “Lapan tahun saya tidak merasai juadah kegemaran nasi minyak disediakan ibu pada pagi raya, malah pernah terfikir mungkin tidak berpeluang lagi beraya bersama ahli keluarga.
“Bagaimanapun, berkat doa ibu, Aidilfitri tahun ini saya dan anak dapat menyambutnya bersama ibu serta ahli keluarga lain,” kata Ku Faridah Ku Seman, 33, wanita tempatan yang mengikut suami dikenali Rosman ke Lombok lapan tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pueh, Kuala Berang.
Menceritakan pengalamannya menyambut lebaran di Mataram, Lombok, Ku Faridah berkata, beraya di perantauan tanpa suami dan ahli keluarga begitu memeritkan, malah Aidilfitri seperti hari biasa, cuma takbir raya berkumandang menandakan umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Bukan saja tidak berbaju raya, malah juadah di sana hanya nasi kosong dan lauk-pauk ala kadar, tidak seperti di negara kita yang begitu meriah.

“Kebiasaannya, saya hanya menyambut raya bersama tiga anak, Mohd Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4, dan Dewi Helen Fiona, 2, namun kami tetap menziarahi keluarga mentua sebelum pulang semula ke rumah,” katanya.

Menurutnya, memandangkan dia dan anak-anak hidup merempat serta bergantung kepada pendapatan RM7 (Rp20,000) sehari di ladang tembakau, dia tidak mampu menyediakan persiapan raya anak.

“Dengan pendapatan serendah itu, apa sangat yang boleh disediakan, selain sehelai baju untuk anak bagi menceriakan mereka, hendak makan pun menagih simpati jiran, inikan pula membuat persiapan raya, bayangkan saya hanya memakai baju lama,” katanya


BELAJAR AGAMA DISURAU2 ATAU DIMASJID2 JANGAN BELAJAR TEMPAT TERSOROK ATAU SEMBUNYI2...


Kumpulan terpesong

Oleh Idris Musa

2010/09/10

KUALA LUMPUR: “Kalau dua hari lebih awal beraya, itu tidak dinamakan kekeliruan, sebaliknya sudah jauh sesat daripada Islam. Dia pandai-pandai buat ajaran sendiri. Mana ada dalam Islam, kita puasa Ramadan 28 hari!
“Memang ada ketikanya timbul kekeliruan menentukan puasa 29 hari atau 30 hari sebelum menyambut Aidilfitri iaitu satu hari sahaja, bukan dua hari seperti didakwa kumpulan terbabit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau mengulas laporan Jamiah Al Nadzir Awwalun di Perlis yang beraya dua hari lebih awal berdasarkan perkiraan empat elemen iaitu api, air, udara dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan. Kumpulan membabitkan lima beranak dan empat penduduk tempatan itu ditahan ketika khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan ketuanya berusia 51 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi, di sebuah surau di Taman Pertiwi Indah, Seriab, Kangar. Serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan beberapa anggota polis menemui beberapa bungkusan kuih-muih seperti lemang dan ketupat dipercayai dibawa kumpulan terbabit untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua kumpulan terbabit didenda RM1,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah Kangar kelmarin manakala lapan pengikutnya didenda RM900 atau penjara tiga bulan selepas masing-masing mengaku bersalah terhadap tuduhan.
Jamil Khir berkata, orang ramai jangan cepat terpengaruh dengan bertopengkan agama yang menampakkan kealiman dan ‘main borong’ ajaran dibawa seseorang bagi mengelakkan diri terjebak ajaran sesat. Beliau berkata, umat Islam yang mahu mempelajari dan mendalami agama perlu berhati-hati, malah membuat penilaian bagi memastikan ajaran diikuti benar-benar bertepatan dan tidak terseleweng.

“Saya hairan, kenapa ada orang kita boleh terpengaruh. Pakaian sebegitu dipakai untuk menampakkan kealiman, tetapi berselindung di sebalik pakaian sebegitu untuk mengabui mata orang,” katanya ketika dihubungi, semalam. Jamil Khir berkata, tindakan kumpulan terbabit bertentangan ajaran Islam dan jauh terpesong daripada landasan. Beliau berkata, tindakan segera dilakukan penguat kuasa Jaips dalam membanteras kumpulan terbabit sangat dihargai.

PUAN WOOK

NEGARA


Wook pilih baju merah jambu



WOOK menunjukkan baju raya berwarna merah jambu ketika ditemui di
Kampung Tok Randok, Ajil, Kuala Berang semalam.



HULU TERENGGANU - Usianya sudah mencecah 108 tahun, namun Wook Kundur tetap ingin tampil bergaya bersama suami yang 70 tahun lebih muda daripadanya, Mohd. Nor Musa, 38, sempena Aidilfitri ini.
Wook yang dipercayai wanita tertua di negeri ini juga sudah memilih sepasang baju kurung moden dan sepasang baju Melayu yang kedua-duanya berwarna merah jambu untuk dipakai ketika lebaran.
Menurut Wook, kedua-dua pasang baju itu adalah pemberian sekumpulan individu yang bermurah hati membawanya ke butik pakaian di pekan Kuala Berang dekat sini baru-baru ini.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Wook untuk memilih pakaian idamannya.
"Syukur Alhamdulillah, walaupun Nor (Mohd. Nor) banyak buat hal tapi sebab tok kahwin dengan dia, ramai orang datang tolong tok," katanya ketika ditemui di rumah adiknya Minah Kundur, 66, di Kampung Tok Randok, Ajil dekat sini semalam.
Namun jelasnya, ketiadaan suaminya yang menjalani pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ajil dekat sini sedikit menyukarkannya untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat tarawih.
"Kalau boleh tok mintak Nor dilepaskan sebelum hari raya nanti kerana tok mahu memohon maaf dan beraya bersamanya," katanya.


NEGARA


Nenek jaga tiga cucu ditinggalkan ibu bapa



FATIMAH terpaksa menjaga tiga orang cucunya (dari kiri) Nurul Farhani, Safarilia Hanani dan Safaralisa Hanani di Kampung Masjid, Beserah, Kuantan semalam.



KUANTAN - "Saya pasrah menjaga tiga orang cucu kami yang ditinggalkan ibu bapa mereka meskipun saya sendiri hidup melarat."
Demikian rintihan pilu seorang nenek, Fatimah Abu Bakar, 53, yang sanggup menjaga tiga cucunya termasuk dua daripada mereka kembar perempuan berusia setahun.
Fatimah memberitahu, cucunya diabaikan kerana ibu bapa mereka menghadapi masalah rumah tangga dan bertindak menghilangkan diri sejak setahun lalu.
"Cucu kembar perempuan saya ini, Safarilia Hanani Mohd. Riduan dan Safaralisa Hanani ditinggalkan di rumah saya sejak masih bayi. Nurul Farhani Abdul Mohd. Shukri, 9, juga mengalami nasib serupa.
"Sebagai nenek, walau sesusah manapun, saya tidak sampai hati untuk lepas tangan atau menyerahkan mereka kepada orang lain untuk dijaga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid, Beserah di sini semalam.
Paling menyentuh perasaannya ialah salah seorang daripada kembar berkenaan mengalami kecacatan sejak lahir dan memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan.
"Doktor maklumkan bahawa Safaralisa mengalami penyakit otak mengecil sejak lahir yang menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan hanya mampu berbaring.
"Tetapi saya dan suami tidak pernah berputus asa untuk merawat dan melihatnya kembali sihat seperti kanak-kanak lain," ujarnya.
Menurutnya, wang pencen suami sebanyak RM720 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat digunakan untuk membeli ubat serta membawa kanak-kanak itu menjalani rawatan tradisional.
Fatimah mengakui dia sedih dengan sikap anak lelaki dan menantunya yang tidak mengendahkan kehadiran cahaya mata mereka sendiri.
"Mereka ada masalah tapi yang jadi mangsa adalah cucu-cucu saya yang masih kecil ini padahal menjadi tanggungjawab mereka menjaga kanak-kanak ini," katanya.
Menjelang hari lebaran kali ini, dia mengakui perasaannya pilu kerana tiada persiapan sempurna buat tiga cucu tersebut berikutan kekurangan wang sebagaimana tahun sebelumnya.
"Kami tak mampu untuk menyediakan persiapan raya kerana untuk membeli barang keperluan pun kadang-kala tidak cukup," katanya


Jolie kutuk cadangan bakar al-Quran



ANGELINA JOLIE bercakap pada sidang akhbar di Islamabad, Pakistan semalam.



ISLAMABAD - Pelakon terkenal, Angelina Jolie semalam mengutuk tindakan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang mengancam untuk membakar sejumlah kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 yang dilakukan oleh pengganas.
Aktres berusia 35 tahun itu yang kini popular dengan filem Salt menyuarakan pendapatnya itu semasa melakukan lawatan ke Pakistan untuk meningkatkan kesedaran mengenai banjir yang melanda negara tersebut.
Kritikan Jolie mengulangi pendapat pegawai-pegawai AS yang berpendapat bahawa rancangan gereja tersebut merupakan tindakan yang memalukan.
Pegawai-pegawai itu turut memberi amaran bahawa tindakan membakar al-Quran akan membahayakan nyawa askar AS di Afghanistan dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sukar memikirkan bahawa ada orang yang sanggup membakar kitab suci agama lain," kata Jolie.
Paderi yang mengetuai rancangan untuk membakar kitab tersebut, Pastor Terry Jones, memberitahu, dia akan meneruskan rancangannya itu walaupun mendapat bantahan ramai.
Banjir di Pakistan telan menyebabkan lebih 1,700 orang maut dan menjejaskan kehidupan 18 juta penduduk. - AP



DUNIA


20,000 berhimpun untuk dapatkan RM3.45



PULUHAN ribu berhimpun untuk mendapatkan duit zakat di luar kilang Gudang Garam di Kediri, Indonesia semalam.



KEDIRI - Kira-kira 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi.
Menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu.
"Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain," katanya.
Dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman.
Kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua.
Mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90).
Anggota-anggota keselamatan terpaksa membahagikan-bahagikan penduduk itu menjadi sejumlah kumpulan kecil.
Seorang penduduk, Suprih berkata, dia mahu menggunakan wang zakat itu untuk membeli barang keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dia sanggup membawa seorang anaknya berusia satu setengah tahun ke lokasi pengedaran duit zakat kerana tidak ada orang yang menjaganya jika dia ditinggalkan di rumah. - Agensi



DUNIA


Ibu bapa pelacur minta maaf



JENNIFER THOMPSON



LONDON - Ibu bapa keluarga pelacur Jennifer Thompson telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri Wayne Rooney, Coleen ekoran kelakuan anak perempuan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa Jennifer, Hamish dan isterinya Dana Thompson menyatakan mereka terkejut untuk mengetahui bahawa anak perempuan mereka yang berumur 21 tahun tidur dengan Rooney yang merupakan bintang skuad England dan Manchaester United (MU).
Dalam satu kenyataan, pasangan itu berkata: "Ekoran beberapa laporan akhbar, kami mahu meminta maaf kepada Coleen dan keluarganya.
"Kami tidak mempunyai idea mengenai sebarang dakwaan yang dibuat itu."
Pasangan itu meminta maaf selepas Rooney bersedia untuk berdepan dengan isterinya buat kali pertama selepas dakwaan bahawa dia menipunya dengan melanggan pelacur.
Sebelum ini media membongkar kisah Rooney yang melanggan Jennifer semasa isterinya sarat mengandung anak pertama mereka.
Coleen bersetuju untuk menemui suaminya itu selepas Rooney kembali semula dari Switzwerland.
Pada perlawanan kelmarin, Rooney menjaringkan gol bagi membantu England menewaskan Switzerland 3-1.
Beberapa rakan memberitahu, pertemuan antara Rooney dengan isterinya itu mungkin bertujuan untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan mereka.
Coleen mahu mengetahui hubungan antara suaminya dengan pelacur tersebut.
Satu sumber berkata: "Coleen bersetuju untuk menemui Rooney. Dia berasa amat kecewa tetapi bersedia mendengar keluhannya. - Agensi


DUNIA


Identiti pelacur kedua bersama Rooney didedah



GAMBAR menunjukkan Helen (kiri) bersama Jennifer Thompson.



LONDON - Coleen yang merupakan isteri bintang bola sepak England, Wayne Rooney kini berdepan dengan satu lagi dakwaan terbaru bahawa terdapat pelacur kedua yang tidur dengan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelacur kedua itu ialah seorang ibu tunggal, Helen Wood yang berumur 23 tahun.
Dia merupakan gadis teman sosial yang menyertai pelacur Jennifer Thompson untuk melakukan hubungan seks bersama-sama dengan Rooney.
Mereka didakwa melakukan hubungan seks di sebuah hotel lima bintang di Manchester pada tahun lalu.
Helen merupakan wanita yang berfikiran terbuka apabila diminta untuk menemani lelaki. - Agensi










DUNIA


Rakaman penumpang dalam kapal dilanda ombak


SEORANG lelaki (dalam bulatan) terbaring semasa ombak membadai kapal Pacific Sun, baru-baru ini.


WELLINGTON - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suasana dalam sebuah kapal pesiaran semasa ribut melanda di luar pantai New Zealand, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa ribut itu melanda, sejumlah kakitangan dan tetamu kapal Pacific Sun 'berterbangan' dan mereka cuba untuk memegang sebarang benda yang boleh mengelak diri daripada terjatuh.
Beberapa kakitangan penyambut tetamu memegang meja dan komputer semasa ombak besar membadai kapal tersebut baru-baru ini.
Sebahagian meja dan kerusi bertaburan selepas kapal itu dibadai oleh ombak besar.
Terdapat sejumlah orang yang cedera kerana terkena meja dan kerusi yang menggelongsor.
Ekoran kejadian itu, pihak pengendali kapal tersebut menawarkan diskaun 25 peratus kepada penumpang yang mahu belayar pada masa depan.
Rakaman dalam kapal tersebut semasa ombak itu melanda juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi



DUNIA


Dapat ikan kap gergasi


RAPHAEL BIAGINI memegang ikan kap koi gergasi berwarna keemasan di sebuah tasik di selatan Perancis baru-baru ini.


PARIS - Seorang pemancing, Raphael Biagini berjaya menangkap seekor ikan kap koi gergasi berwarna keemasan seberat 13.60 kilogram di sebuah tasik di selatan Perancis, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan yang seberat budak perempuan berumur tiga tahun itu dianggap antara yang paling besar pernah ditangkap pemancing.
Biagini bertarung selama sepuluh minit dengan ikan itu sebelum ia dapat ditarik keluar dari tasik berkenaan baru-baru ini.
Detik-detik yang mengembirakan buat pemancing itu berlaku selepas beberapa rakan memberitahunya bahawa mereka telah menghabiskan masa selama enam tahun sebelum ini untuk cuba menangkap ikan tersebut.
"Ikan itu merupakan haiwan yang kuat melawan tetapi ia gagal untuk menang (pertarungan tersebut)," kata Biagini.
Selepas bergambar dengan ikan itu, Biagini melepaskannya semula ke tasik berkenaan. - Agensi

ZINA DAH JADI LUMRAH BILA HUKUM ALLAH DITANGGUH2.....DAN KES LIWAT MENJADI2@GAY

3 jual tubuh di medan selera



2010/09/09
KUALA LUMPUR; Seramai 13 wanita warga asing termasuk 12 dari China dan seorang dari Vietnam dipercayai pelacur ditahan dalam Ops Noda di sebuah medan selera di Jalan Geylang di sini, malam kelmarin.
Operasi banteras kegiatan maksiat itu dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 10.30 malam.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya melakukan serbuan terbabit selepas menerima maklumat penduduk berhampiran.

“Operasi kali ini dilakukan atas arahan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, untuk membanteras kegiatan tidak bermoral membabitkan wanita warga asing,” katanya

Umpan telekung sebelum cabul

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/09/09

AMPANG: Gelaran dajal layak diberikan buat seorang lelaki apabila sanggup mengumpan membelikan baju dan kain telekung untuk seorang kanak-kanak sebelum membawa mangsa ke sebuah hotel untuk dicabul, Sabtu lalu.
Lebih menjijikkan apabila lelaki itu yang juga penjaga surau sanggup mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang hanya berusia sembilan tahun itu.
Difahamkan, kejadian hanya disedari ibu mangsa beberapa hari kemudian apabila kanak-kanak berkenaan mengadu sakit di bahagian kemaluan sebelum menceritakan apa yang berlaku.

Mangsa pada mulanya dikatakan berkunjung ke surau itu untuk berbuka puasa bersama jemaah dan ahli surau lain, namun kemudian dibawa seorang penjaga surau menaiki motosikal kira-kira jam 8 malam.

Menurut sumber polis, penjaga surau berusia lingkungan 50-an itu bijak memujuk mangsa dengan memberitahu yang dia mahu membawa kanak-kanak itu ke sebuah pasar raya.

“Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke pasar raya seperti dijanjikan dan ini cuba mengumpan pula kanak-kanak itu dengan membelikannya baju, kain telekung serta ayam goreng. “Bagaimanapun, selepas membeli semua barang berkenaan, lelaki itu tidak menghantar mangsa ke surau atau pulang, sebaliknya melencong dan membawanya ke sebuah hotel murah,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang langsung tidak mengerti apa-apa dan tidak mengetahui niat buruk lelaki berkenaan yang sebaya dengan bapanya hanya mengikut segala apa yang disuruh.

Katanya, sejurus tiba di hotel itu, kanak-kanak itu diarahkan berbogel sebelum lelaki itu juga menanggalkan bajunya dan membawa mangsa ke bilik air.

“Mangsa kemudian bersama lelaki itu mandi dalam keadaan berbogel dan ketika itu kanak-kanak terbabit mendakwa lelaki berkenaan cuba memegang kemaluannya.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu enggan menceritakan lanjut perbuatan lelaki berkenaan kepada ibunya dan dia hanya mendakwa mengalami kesakitan di kemaluan.

“Polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk memastikan sama ada mangsa turut dirogol,” katanya

Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus mengetahui ibu mangsa membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa.

“Polis juga sedang mengesan seorang lelaki yang juga penjaga surau berusia lingkungan 50-an itu bagi membantu siasatan,” katanya. Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus mengetahui ibu mangsa membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa


Liwat rakan jual hasil samun



2010/09/09

KUALA LUMPUR: Akibat tidak berpuas hati dengan hasil samun yang dijual rakan, seorang lelaki sanggup meliwat rakannya di sebuah hotel di Ampang, Sabtu lalu.
Mangsa berusia 18 tahun itu hanya mampu membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian berikutan rakannya mengugut mencederakannya dengan pisau selain memukul kepalanya dengan kayu.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku jam 9 malam selepas rakan mangsa itu mengajaknya keluar makan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa mengikut rakannya itu, tetapi tidak dibawa makan, sebaliknya dibawa ke rumah rakan lain.

“Selepas itu, mangsa menyangka rakannya mahu menghantarnya pulang, tetapi sekali lagi terkejut apabila dibawa ke sebuah hotel tanpa diberitahu tujuan sebenar.

“Sejurus tiba di hotel, mangsa yang letih berbaring di atas katil, tetapi rakannya menghampiri dan bertindak agresif dengan mengacukan pisau.

“Rakannya juga memegang kayu dan mengarahkan mangsa diam jika tidak mahu dicederakan sebelum menanggalkan pakaian mangsa,” katanya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati rakan mangsa tidak berpuas hati kerana mendakwa mangsa menjual beberapa telefon bimbit yang diperoleh hasil kegiatan samun yang dilakukan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati rakan mangsa tidak berpuas hati kerana dia mendakwa mangsa sudah menjual beberapa telefon bimbit yang diperoleh hasil daripada kegiatan samun yang dilakukan mereka sebelum ini

“Rakannya itu meminta mangsa menyimpan telefon bimbit berkenaan buat sementara waktu dan berjanji akan mengambil kembali dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan sudah menjual semua telefon bimbit berkenaan dan ini membuatkan rakannya itu menjadi berang dan melepaskan geram dengan meliwatnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa terbabit dan siasatan lanjut masih diteruskan.


ZINA BAGI MEREKA DAH LALI



Ibu tunggal beranak satu pasangan kedua Rooney



2010/09/09

LONDON: Sebuah akhbar tabloid mendedahkan, seorang ibu tunggal adalah wanita kedua yang ditiduri serentak oleh Wayne Rooney ketika dia mengadakan hubungan seks dengan Jennifer Thompson tahun lalu.
Dikenali sebagai Helen Wood, dia adalah anak seorang pensyarah yang menjual dirinya kepada Rooney.
Helen, 23, menjadi pelayan nafsu Rooney ketika isteri penyerang England dan Manchester United itu hamil anak pertama mereka.

Bekerja dengan sebuah agensi pelacuran, ketika ini Helen membesarkan seorang anak lelaki berusia enam tahun.

Sumber berkata, kepakaran Helen adalah melakukan aksi hubungan sejenis dengan Jennifer, 21.

Bekas majikannya berkata, Helen cepat menjadi popular di kalangan pelanggan agensi itu kerana memiliki wajah jelita dan tubuh menggiurkan.

“Kesediaan Helen mengadakan hubungan sejenis menjadi nilai tambah kepadanya,” katanya.

Difahamkan, dia pernah melayan nafsu kira-kira 20 pemain bola sepak, dengan kebanyakannya mewakili kelab utama Liga Perdana Inggeris. - Agensi


LOMBOK OH LOMBOK BANYAK KISAH PEMPUAN KESANA


Terkejut anak di Lombok

Oleh Ravale Savarinathan

2010/09/09

TELUK INTAN: “Saya terkejut apabila mengetahui anak sulung saya berada di Lombok, Indonesia bersama seorang lelaki yang turut berasal dari wilayah itu.
“Sebaik mendapat berita itu, kami pada mulanya tidak percaya kerana Shafikah jarang keluar rumah dan seorang pendiam,” kata Mohd Safiee Sardi, 43, bapa Shafikah Marlina Mohd Safiee, 16, gadis yang hilang dari rumah dipercayai mengikut lelaki Indonesia ke Lombok. Sabtu lalu, Shafikah Marlina keluar ke pekan Teluk Intan seorang diri membayar bil telefon, kira-kira jam 9.15 pagi. Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah sebelum kehilangannya disedari kira-kira jam 9 malam pada hari sama.
Mohd Safiee berkata, dia dan isteri, Mazanah Abdul Latif, 38, menyedari sesuatu berlaku kepada anaknya kerana Shafikah tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah sejak pagi. Katanya, dia yang tidak sedap hati menemui isterinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ladang.

“Menurut isteri saya, dia ada menerima SMS daripada Shafikah mengatakan dia berada di Ipoh kerana melawat rakannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang cedera akibat kemalangan jalan raya. “Selepas jam 8 malam, isteri saya menerima SMS daripada Shafikah yang mengatakan kereta dinaikinya bersama kawan rosak dan akan pulang selepas membaikinya,” katanya.

Katanya, isterinya menerima satu lagi SMS daripada Shafikah menyatakan dia berada di Manjung dan bertolak pulang, kira-kira jam 9 pagi keesokannya. Mohd Safiee berkata, selepas SMS itu, dia tidak menerima berita daripada anaknya termasuk gagal menghubunginya menerusi telefon bimbit.

“Lima hari kemudian, saya menerima panggilan daripada Shafikah memaklumkan dia berada di Lombok bersama seorang lelaki,” katanya.

Katanya, dia percaya, lelaki yang melarikan anaknya itu dikenali sebagai Misbah, 20, berasal dari Kuranji, Lombok, Indonesia kerana lelaki itu pernah bekerja sebagai pekerja ladang di tempat kerja isterinya

Ketupat

Gambar Ketupat

Bila terlalu banyak orang yang mencari 'gambar ketupat' di carian Google sampai ke blog ni, kesian pula sebab tak ada pun gambar ketupat di sini. Tapi untuk tidak menghampakan pencarian kalian, di sini aku lampirkan gambar gambar ketupat versi aku yang diambil beberapa tahun kebelakangan ini. (walaupun aku tak pasti gambar gambar ini yang dicari, terima sajalah. dan diingatkan bahawa gambar yang diambil adalah secara tidak pro dan menggunakan kamera 'kokak' sahaja. selain itu, gambar2 ini aku lampirkan kerana melepaskan rindu pada kampung halaman

Gambar di ambil semasa malam sambutan raya di common room, the village.
2 keping gambar di atas diambil sebelum grand dinner merdeka 50 tahun yang lepas.
Gambar gambar berikut bertarikh 9/1/2006. Diambil sempena raya haji 2 tahun lalu yang mana kami adik beradik saja berada di rumah, abah dan mama pergi menunaikan haji. Aku dan kakak mengambil alih tugas mak ayah memasak ketupat dan lauk pauk dengan sepenuh hati.
ketupat yang telah siap dimasak, perlu di gantung/ di toskan airnya dahulu
ketupat oh ketupat
dapatkah anda bayangkan betapa besarnya ketupat yang aku anyam? hampir sebesar saiz ketupat segera adabi.



sebesen ketupat. ketupat daun perlu di rendam supaya daunnya tidak kering. ini kerana untuk menganyam ketupat sebanyak ini, mengambil masa lebih kurang sehari ke dua hari (itu pun jika di anyam sambil menonton tv atau membaca surat khabar, jika tidak, beberapa jam saja sudah memadai) ketupat T_T
ketupat lagi. keluarga memang suka menganyam ketupat daun kerana saiznya yang besar dan cantik. lalu dapat menjimatkan masa dan tenaga.
kelongsong ketupat yang sedia untuk di isi dengan beras.
seingat aku, 5 kilo beras tak cukup untuk buat ketupat sebanyak ni. *sigh* bila diri sendiri yang kene buat kerja kerja ni, barulah rasa susahnya jadi mak bapak time raya. huhuhu (anyway mama, intan dah berjaya mengisi ketupat2 tu dengan jayanya, selama ni mama seorang je boleh buat kerja2 mengisi beras sebab mama saja yang tahu sukatan yang betul supaya tak lembik/ keras)
isuzu aizu : ape kes aku letak gambar ketupat ni??? kan dah rindu rumah

Wednesday, September 8, 2010

MUDAHNYA NAK JADI KAFIR,DAN BERCERITA ORANG POLIGAMI..



RENUNGAN KITA BERSAMA..
Kiriman seorang sahabat.

Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya, Nabi mengatakan ada orang yang paginya islam, petangnya kafir. Begitulah mudah sekali orang Islam untuk menjadi kafir. Mengikut hadisnya begitulah. Apabila kita melihat pada situasi rakyat Malaysia, adakah benar orang Melayu Islam pun terkena dengan hadis Nabi ini? Sebenarnya adalah terlalu luas perbincangan yang boleh dilakukan berkaitan orang Islam menjadi kafir. Dalam kes kumpulan JIT (Jangan ikut Tuhan) seperti yang sering keluar di dalam majalah Mastika, mereka yang mengamalkan amalan JIT ini memang sudah sangat jelas mereka menjadi kafir. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah satu persoalan yang banyak sekali dilakukan oleh orang Melayu Islam namun mereka sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka juga telah menjadi kafir.

Sebelum saya membincangkan perkara yang sangat ingin saya bincangkan di sini, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan semula tulisan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) berikut:

Perkara-perkara menggugurkan keislaman

Berikut adalah petikan hal-hal yang menggugurkan Islam menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :

Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:

1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".

Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:

"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'."

Di antara bentuk syirik itu adalah berkorban untuk selain Allah seperti berkorban untuk jin atau kuburan.

2. Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.

3. Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.

(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)

4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya

"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:

“Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".

8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:

Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:

As Sajjadah: 22. Ertinya:

"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".

Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.

Di Malaysia, antara pelbagai isu yang amat sensitif diperbincangkan adalah isu poligami. Allah melalui Al Quran telah menghalalkan poligami. Nabi telah menjadikan poligami sebagai antara salah satu sunnahnya dan perkara ini juga dilakukan oleh sahabat, tabiin dan seterusnya hingga sekarang di Malaysia.

Apabila persoalan poligami ini dibincangkan secara terbuka, ia selalunya berkesudahan dengan situasi yang panas dengan ramai yang menyokongnya dan ramai pula yang membantahnya. Golongan yang menyokongnya selalunya terdiri dari kaum lelaki dan yang menentangnya pula adalah dari golongan wanita.

Persoalan sebenar yang ingin saya ketengahkan ialah, BOLEHKAH WANITA MELAYU ISLAM MENENTANG POLIGAMI? Kalau berdasarkan soalan ini, hakikatnya memang boleh dan itulah sebabnya orang perempuan Melayu Islam terus menerus menghujah poligami ini kerana diizinkan dan dibolehkan. Namun disebalik trend ini, adakah agama Islam mengizinkan orang Melayu Islam menghujah poligami ini??? Sebelum saya menjawab persoalan ini dari segi hukum, mari kita imbas semula kenyataan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi di atas iaitu “Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.”

Berdasarkan hujah Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi ini, memang jelas bahawa seseorang yang membenci poligami sebenarnya telah kafir. Dalam Islam, markah lulus bagi setiap penganut dalam soal akidah adalah hanya 100%. Kalau seseorang mendapat markah 99.9999%, orang ini tetap tidak lulus dan telah rosak akidah dan menyebabkan menjadi kafir. Membenci poligami bermakna membenci ajaran Nabi Muhammad. Membenci Ajaran Muhamad membawa implikasi yang amat besar di mana sebenarnya orang ini telah membenci Nabi Muhamad, membenci Kitab Al Quran dan akhir sekali telah membenci Allah SWT. Berdasarkan rukun iman dalam islam ia terdiri daripada 6 perkara iaitu :

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qadak dan qadar

Membenci Poligami telah menolak perkara 1, 3 dan 4 dalam rukun iman dan menjadikan pelakunya gugur iman mereka dan menjadilah mereka seorang kafir. Orang yang membenci poligami ini sudah menyertai golongan kafir seperti Yahudi Nasrani dan Hindu. Orang kafir ini tidak membenci Allah atau tuhan mereka tetapi mereka memang sentiasa membenci kitab Al Quran dan Nabi Muhamad.

Apabila mereka yang mengaku Islam ini tetapi terus membenci poligami dan masih terus bersembahyang dan ibadah lainnya, insya-Allah Allah masih mengasihani mereka ini dan dengan itu mereka diazab oleh Allah dengan harapan mudah-mudahan orang ini akan kembali bertaubat dan menjadi orang islam yang benar-benar beriman. Apakah azab yang biasa diberikan Allah kepada mereka yang membenci hukum poligami ini??.

Kali ini saya ingin menceritakan satu azab dari Allah yang diberikan kepada orang perempuan yang membenci hukum poligami ini. Puan Asmah (bukan nama sebenar) kini memegang jawatan jawatan yang tinggi di dalam sektar awam. Asmah dahulunya pernah berkahwin dengan Ahmad dan sempat untuk mempunyai beberapa anak bersama Ahmad. Asmah ini memang benci poligami. Satu ketika Ahmad telah terjatuh hati dengan seorang wanita lain dan meluahkan hasratnya untuk beristeri seorang lagi kepada Asmah. Apa lagi, perang dunia ketiga pun meletus dan berkesudahan dengan perceraian. Ramai orang perempuan ini bila suami mereka ingin berkahwin satu lagi, mereka menggunakan modal yang sama iaitu “kalau abang nak kahwin satu lagi, silakan, tetapi terlebih dahulu ceraikan saya”. Ayat keramat ini memang sangat merbahaya kerana disamping ia tidak dibenarkan dalam Islam, ia adalah satu doa kepada Allah dan janganlah marah Allah apabila perkahwinan mereka berkesudahan dengan perceraian.

Setelah bercerai, Puan asmah membela semua anak-anaknya bersama Ahmad. Setelah beberapa tahun membesarkan beberapa anak tanpa seorang lelaki bernama suami, tiba-tiba Allah telah menukar pandangan poligami Puan Asmah sebanyak 180 darjah. Allah dengan segala rububiahNya telah merobah kebencian Asmah berkenaan poligami kepada sanggup berpoligami. Puan Asmah telah jatuh cinta dengan seorang guru muda yang saya namakan Ismail, lulusan maktab yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa anaknya. Oleh kerana isteri Ismail tidak bekerja, Ismail sekadar mampu mempunyai sebuah motorsikal sahaja. Ismail dan isterinya ini adalah jauh lebih muda berbanding Asmah.

Akhirnya berkahwinlah Asmah dengan Ismail, menjadi isteri muda (nombor 2) yang jauh lebih tua berbanding isteri tua. Kini perang dunia ketiga bertukar kepada perang dunia keempat maklumlah, Ismail bukan berduit sangat untuk memberikan nafkah duit bulanan kepada Asmah ini. Tambahan pula Asmah ini pernah menemui bomoh dan mengutip tangkal. Maka bertambah peritlah azab yang diberikan Allah kepada Asmah. Apabila saya menerangkan kepada Asmah tetang dosa besar menyimpan tangkal, Asmah tetap degil dan tidak mahu menyerahkan tangkal-tangkal tersebut kepada saya.

Selain kes Asmah ini, terdapat kes lain yang sangat serupa dimana isteri yang membenci poligami ini akhirnya juga berkahwin menjadi isteri muda yang sebenarnya berusia lebih tua berbanding isteri tua (isteri nombor 1).

Begitulah secebis kisah manusia yang kononnya mengaku Islam tetapi hakikatnya membenci Al Quran dan sunnah Nabi muhamad saw. Orang yang membenci sunah Nabi sebenarnya telah kafir. Dosa besar ini akan mengundang azab yang besar juga dari Allah dan sekiranya bertaubat, Allah akan insya-Allah menukar azab pedih ini kepada Rahmat yang mungkin tersembunyi.

Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam