Monday, September 6, 2010

CERITA2NYA BERBEZA

Rela tipu demi teman lelaki

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/09/07 

SHAH ALAM: Seorang ibu muda memberitahu Mahkamah Tinggi, semalam dia sanggup mereka cerita anak tunggalnya berusia tiga tahun cedera parah akibat dipukul oleh ‘amah’ kerana perasaan kasih terhadap teman lelakinya.
Ellina Maulad Mahather, 25, berkata cadangan itu disuarakannya kepada teman lelakinya warga Sudan selepas mendapati anaknya berada dalam kritikal selepas pulang dari tempat kerja kira-kira jam 7.30 malam, 12 Oktober tahun lalu.
Saksi pendakwaan kedua itu berkata, ketika itu, mereka berada dalam keadaan panik dan cemas selepas mendapati anaknya sudah tidak lagi bernafas dan ada darah keluar dari telinga kanak-kanak perempuan itu.

“Saya mahu hantar anak ke hospital secepat mungkin tetapi teman lelaki (Mohannad Taha Ismail) kata dia bimbang ditangkap polis, kerana takut dituduh memukul anak saya.

“Dia kata, sekiranya perkara itu berlaku, hidup kami akan berakhir,” katanya ketika memberi keterangan pada kes teman lelakinya, Mohannad, 25, yang dituduh membunuh anaknya, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3.

Aaliyah adalah anak tunggal kepada Ellina hasil perkahwinannya bersama dengan suami pertamanya, Ayman Hussin pada 2006 sebelum mereka bercerai pada 2008.

Mohannad didakwa membunuh kanak-kanak itu di kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, antara jam 7.30 dan 8.30 malam, pada 12 Oktober 2009.

Bagi pertuduhan itu, bekas pelajar institusi pengajian tinggi swasta di Cyberjaya itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Menceritakan kembali apa yang berlaku pada hari kejadian, Ellina berkata, kira-kira jam 11.30 pagi, teman lelakinya yang menghubunginya di tempat dia bekerja sebagai setiausaha dalam keadaan marah-marah dan memberitahu Aaliyah suka kencing merata-rata. “Dia kata dia nak ajar anak saya tetapi saya katakan pada dia, biarlah dia kencing. Apabila saya balik kerja, saya sendiri akan basuh kencing anak.

Katanya, pada jam 2.30 petang, tertuduh menghubunginya sekali lagi dan menyatakan mata Aaliyah tidak nampak dan kanak-kanak itu melanggar pintu gelongsor (sliding door). Ini katanya disusuli satu lagi panggilan pada 4.30 petang oleh tertuduh yang memberitahu anaknya sudah koma.

“Tertuduh berada dalam gelisah. Saya beritahu bos perlu ambil cuti kecemasan. Tertuduh ambil saya dengan menaiki teksi pada 5.30 petang, tetapi dia tidak beritahu situasi sebenar Aaliyah. “Kami kemudian pergi ke Giant untuk beli lampin pakai buang dan ubat. Anak pula ditinggalkan berseorangan di rumah,” katanya. Setibanya di rumah, dia melihat Aaliyah mengalami kesukaran bernafas dan muka yang ada kesan lebam dan bengkak. “Perasaan saya masa itu menjadi panik. Saya dan teman lelaki menangis. Dalam masa kurang 15 minit anak saya sudah tidak bernafas. Mohannad melakukan bantuan pernafasan tetapi ada darah keluar dari telinga Aaliyah,” katanya. Katanya, teman lelakinya mula melayan anaknya dengan buruk selepas mereka berdua tinggal bersama di kondominium berkenaan selepas mereka terpaksa keluar dari rumah sewa keluarga akibat salah faham keluarga. “Mohannad mula marah dan menampar Aaliyah. Mula-mula dengan tangan. Kadang-kadang guna penyangkut baju dan pembaris,” katanya. Ketika menjawab satu lagi soalan Timbalan Pendakwa raya, Alfred Egin, Ellina berkata, Mohannad juga mula memukul anaknya sehingga ada banyak kesan lebam pada muka dan kepala kanak-kanak itu. “Anak cakap Babah (Mohannad) pukul dan tumbuk dia,” katanya. Pada prosiding semalam, Mohannad yang diwakili oleh peguam bela J Kuldeep Kumar dan Saranjeet Singh. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung hari ini


Tak sekolah kerana miskin



2010/09/07 

KUCHING: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib dilalui seorang ibu tunggal yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk membesarkan tiga anaknya selepas suami tercinta meninggal dunia akibat barah hati, tiga tahun lalu.
Rosmah Sija, 41, membesarkan tiga anaknya Fasillah Mathew, 17, dan Liza, 15, serta seorang anak lelaki berusia tiga tahun dengan mengambil upah sebagai pembantu kedai makan untuk RM10 sehari.
Bagi empat beranak itu, satu-satunya harta berharga yang tinggal adalah pondok usang yang menjadi tempat mereka berlindung di Kampung Garung, Jalan Puncak Borneo, kira-kira 40 kilometer dari sini.

“Kehidupan kami sekeluarga sukar selepas pemergian suami sehingga saya tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Anak sulung saya terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjaga adiknya memandangkan saya keluar bekerja.

“Itulah pilihan yang kami ada walaupun dia memang mahu menyambung pelajaran. Jika tidak, bagaimanapun kami mahu mencari sesuap nasi,” katanya sambil mengesat air mata.

Katanya, upah RM10 sehari tidak mencukupi memandangkan harga barang semakin meningkat, jadi dia dan anaknya menanam sayur serta buah bagi mencari pendapatan sampingan.

“Kami menanam sayur dan pisang di belakang rumah, sekurang-kurangnya itu meringankan beban kami,” katanya.

Kehidupan keluarga itu bertambah perit apabila Rosmah disahkan menghidap kanser payu dara tahun lalu dan pembedahan pertama dilakukan Mac lalu.

“Saya perlu menjalani ujian ultra bunyi hujung bulan ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sudah tentu itu memerlukan perbelanjaan besar termasuk kos pengangkutan,” katanya

Bekas pesakit tibi rayu menginap di hospital



2010/09/07 

KOTA BHARU: “Jangan halau saya...encik, saya tidak mempunyai keluarga,” begitu rintihan seorang lelaki, Rosli Ahmad, 35, yang menumpang sementara di sebuah bilik di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, sejak tiga bulan lalu.
RAYU...Rosli menumpang di bilik HRPZII, sejak tiga bulan lalu.
RAYU...Rosli menumpang di bilik HRPZII, sejak tiga bulan lalu.
Dia yang mendakwa menghidap tibi pernah menerima rawatan selama enam bulan di hospital itu dan terpaksa tinggal di bilik berkenaan kerana tiada tempat perlindungan.
Bagaimanapun, tindakan lelaki mengundang rasa kurang senang waris pesakit yang datang melawat kerana bilik berkenaan sebenarnya untuk kegunaan berehat dan menunaikan solat.

Rosli yang berasal dari Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, mendakwa ibu bapanya sudah meninggal dunia dan tidak mempunyai adik-beradik lain untuk tumpang berteduh.

Menurutnya, dia tiada pilihan kecuali mencari tempat perlindungan sementara di situ memandangkan saudaranya juga tidak membenarkannya tinggal bersama sejak disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Saya tidak ada tempat untuk pergi dan terpaksa tinggal di sini. Sebelum ini, pernah tinggal bersama saudara, namun mereka tidak lagi membenarkannya sejak menghidap penyakit ini.

“Saya tidak mampu berjalan jauh kerana sakit dan bimbang terjatuh di tengah jalan,” katanya.

Katanya, setakat ini, dia hanya bergantung kepada ubat diberikan hospital dan tidak pernah menerima bantuan pihak lain untuk menyara hidup.

“Setakat ini, tidak pernah mendapat bantuan, cuma ada pengusaha kedai makan bermurah hati memberi makanan pada sebelah petang,” katanya


Koma ditetak

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

2010/09/07 

SEREMBAN: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun koma akibat kepalanya ditetak dengan parang oleh sekumpulan lima penyamun yang menceroboh rumahnya di Taman Ujong, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas Aidilfitri ini ditetak dengan parang selepas mangsa menjerit akibat terkejut dengan kehadiran penyamun dalam bilik tidurnya.
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lima penyamun menceroboh masuk ke rumah dua tingkat didiami mangsa bersama ibu dan abang melalui pintu belakang, manakala bapanya tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja.

“Selepas menceroboh rumah mangsa, penjenayah dipercayai naik ke tingkat atas sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama ibunya.

“Penjenayah dikatakan mengejutkan ibu mangsa lalu mengikatnya manakala murid tahun enam itu yang terkejut dengan kehadiran penjenayah terus menjerit, menyebabkan dia ditetak di kepala,” katanya.

Menurut sumber itu, ibu mangsa yang terkejut melihat anaknya ditetak, menjerit menyebabkan jiran yang menyedari kejadian itu segera datang memberikan bantuan.

“Manakala penjenayah terbabit segera melarikan diri bersama sejumlah wang tunai dan barang kemas, namun mangsa tidak pasti jumlah kerugiannya. “Kanak-kanak malang itu, dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan kecemasan dan masih tidak sedarkan diri.

“Penjenayah dipercayai membuang dua parang yang dibawa ke dalam rumah mangsa manakala tiga lagi di sekitar kawasan rumah,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa menjalani pembedahan kerana kecederaan di kepala.

Dalam kejadian itu, ibu dan seorang abang mangsa berusia 16 tahun turut diikat, namun mereka tidak dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kumpulan penjenayah terbabit

Menurutnya, orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan


NEGARA


Air zam zam dicampur air kosong



SEORANG pengguna menunjukkan dua jenis air zam zam yang dijual
di bazar Jalan Penang, George Town semalam.



GEORGE TOWN – Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.
Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.
Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.
Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.
“Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau,” kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38



NEGARA


Pencuri 4,800 biji telur dicekup

MUAR - Biasanya penyamun menyasarkan wang atau barang berharga tetapi dua lelaki yang ditahan semalam memilih untuk melarikan 4,800 biji telur ayam dari sebuah kilang di Sengkang di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, dua suspek yang masing-masing berusia 30 dan 36 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah lori muatan tiga tan di Jalan Sengkang-Pagoh di sini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kenderaan suspek itu ditahan oleh anggota peronda dari Balai Polis Pagoh.
"Semasa pemeriksaan, terdapat 4,800 biji telur ayam di dalam lori itu dan setelah disoal siasat, telur-telur itu didapati dicuri dari sebuah kilang di Sengkang.
"Pemilik kilang itu sendiri pun tidak sedar yang telurnya hilang dan dia hanya mengetahuinya selepas diberitahu polis," katanya pada sidang akhbar pada Kempen Rumah Selamat sempena musim perayaan Aidilfitri di sini semalam.
Menurut Mohamad Nasir, lori yang dibawa suspek itu ditahan pada lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari kilang tersebut.
"Kedua-dua suspek bukan pekerja kilang itu namun kami percaya terdapat dalang dalam kilang berkenaan sehingga membolehkan telur-telur itu dicuri.
"Siasatan lanjut dalam kes akan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya


DUNIA


Ahli Parlimen terkejut bekas isterinya pelacur





MIKE WEATHERLEY bergambar
bersama Carla semasa mereka
menjadi suami isteri.




LONDON - Seorang Ahli Parlimen dari Parti Konservatif, Mike Weatherley, 53, terkejut besar dan sedih apabila dia mendapat tahu bahawa bekas isterinya yang merupakan warga Brazil yang dikahwininya sebelum ini selama tujuh tahun kini menjual tubuh dengan menjadi pelacur, lapor sebauh akhbar semalam.
Pendedahan dibuat sebuah akhbar yang menyatakan Carla Weatherley, 39, bekerja sebagai tukang urut dengan menggunakan tiga nama samaran, Bea, Adriana dan Bianca. Wanita itu dikatakan menerima bayaran £70 (RM336) setiap kali memberi perkhidmatan dan bekerja di tiga buah rumah pelacuran.
Aksinya yang melakukan tarian bogel dengan memakai pakaian dalam berwarna merah jambu dan hitam pernah dirakamkan oleh seorang wartawan yang menyamar menjadi pelanggannya.
Pasangan itu bertemu di Rio de Janeiro, Brazil apabila Weatherley berkunjung ke bandar raya itu atas urusan perniagaan.
Mereka kemudian berkahwin di Brighton pada tahun 2003 yang merupakan perkahwinan kedua buat Weatherley.
Weatherley menyatakan beliau tidak tahu bahawa isterinya menjual tubuh namun dia mendakwa masih kekal sebagai kawan baik selepas mereka berpisah sejak Februari lalu.
"Saya masih sangat terkejut dengan berita ini dan cuba untuk menerimanya. Saya ada bukti bahawa kami sudah berpisah dan saya boleh menunjukkannya jika perlu," katanya sambil menangis. - Agensi


DUNIA


Lelaki Colombia paling pendek di dunia



NINO berdiri di luar rumahnya di Bogota
kelmarin.



BOGOTA - Seorang lelaki Colombia, Edward Nino Hernandez berumur 24 tahun yang setinggi 70 sentimeter (sm) disahkan oleh Guinness World Records sebagai manusia paling pendek di dunia.
Dia mengatasi rekod lama yang dipegang rakyat China, He Pingping yang setinggi 74sm dan meninggal dunia pada 13 Mac lalu.
Ibu Nino, Noemi Hernandez, 43, berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu yang kini seberat 10 kilogram (kg), dilahirkan dengan berat hanya 1.5kg dan setinggi 38sm serta tidak pernah membesar selepas berusia dua tahun.
Nino mempunyai seorang teman wanita berusia 18 tahun dan setinggi 1.5 meter, Fanny.
Lelaki paling pendek di dunia itu kini bekerja sebagai penari di sebuah pasar raya selain berlakon dalam sebuah filem mengenai samseng dadah.
Menurut ibu bapa Nino, doktor-doktor tidak dapat menjelaskan punca yang menyebabkan dia menjadi rendah.
"Saya berasa gembira kerana saya unik," kata Nino semasa diwawancara pada Jumaat lalu.
Nino bagaimanapun mempunyai masalah kesihatan iaitu katarak pada kedua-dua matanya yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan memerlukan pembedahan segera.
Kos pembedahan itu tidak mampu dibiayai oleh ibu bapanya.
Ibu bapa Nino pernah kehilangan seorang anak perempuan yang ketinggiannya sama sepertinya pada 1992 yang meninggal dunia semasa berumur setahun.
Namun, rekod itu dijangka kekal lama apabila seorang warga Nepal, Khagendra Thapa Magar yang berukuran 56sm bakal diiktiraf Guinness sebagai remaja paling pendek di dunia apabila dia berumur 18 tahun pada 14 Oktober depan. - AP

DUNIA


Iran persoal dalang 11 September

DOHA - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempersoalkan serangan di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 lalu dengan mendakwa, dalang sebenar di sebalik kejadian itu masih belum diketahui dengan jelas sehingga kini.
"Sesuatu berlaku di New York dan masih tiada sesiapa yang tahu siapakah perancang utama kejadian itu," kata Mahmoud kepada sekumpulan diplomat dan editor akhbar dalam satu lawatan singkat ke Qatar lewat kelmarin.
"Tiada badan bebas yang dibenarkan untuk cuba mengenal pasti dalang serangan itu. Mereka (AS) menyatakan pengganas telah bersembunyi di Afghanistan dan pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah menyerang Afghanistan," kata Mahmoud.
"Mereka kata 2,000 orang maut di World Trade Centre di New York tetapi di Afghanistan, setakat ini lebih 110,000 orang awam dibunuh," kata Mahmoud yang meragui militan Al-Qaeda sebagai dalang serangan pada 2001 itu.
Pada Mac lalu, media rasmi Iran melaporkan Mahmoud merujuk insiden serangan terhadap AS pada 11 September itu sebagai satu pembohongan besar.
Iran kini menghadapi pelbagai sekatan baru oleh negara-negara Barat kerana isu program nuklearnya manakala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan keempat pada 9 Jun lalu.
Pihak Barat mengesyaki program nuklear Iran itu dibuat bagi melindungi projek senjata atom namun Teheran berulang kali menafikan dakwaan itu dan menjelaskan ia cuma loji tenaga dan bukannya bukan untuk kegunaan ketenteraan. - AFP


DUNIA


Golongan andartu di Iraq kian meningkat

BAGHDAD - Ramai wanita yang berumur lebih 30 tahun tidak berkahwin di Iraq akibat keganasan dan peperangan di negara itu yang tidak pernah berakhir.
Peperangan selama tujuh tahun itu menyebabkan ramai golongan lelaki selain memusnahkan rangkaian sosial masyarakatnya.
Orang ramai takut untuk keluar rumah, sekali gus peluang untuk bertemu pasangan menjadi sangat terhad.
Seorang tukang jahit, Nidal Haidar, 38, sudah berputus asa untuk mencari jodoh.
"Tiada siapa yang ingin melamar saya kerana semua lelaki sekarang mahukan isteri yang kaya atau muda.
"Saya juga jarang keluar rumah," kata Nidal.
Dalam masyarakat konservatif seperti Iraq, golongan wanita harus berkahwin semasa usia masih remaja atau berada dalam lingkungan awal 20-an.
Nidal dan dua beradik perempuannya yang belum berkahwin tinggal bersama ibu bapa mereka di Bandar Sadr. "Perang telah membunuh segala peluang saya untuk berkahwin. Saya kini tidak lagi berfikir mengenainya," kata Hidal.
Seorang lagi wanita, Fayhaa Jalil, 39, tidak berkahwin dan menganggur dan dia kini tinggal bersama keluarga abangnya.
Di kawasan perumahan Fayhaa, kurang 50 buah rumah dihuni penduduk.
Penduduk lain di kawasan tersebut sudah melarikan diri akibat perbalahan antara golongan bermazhab Syiah dan Sunah.
"Siapa akan melihat saya jika jiran saya pun tiada? Perang, keganasan dan persengketaan mazhab menjadi punca (dia tidak berkahwin). Tidak ada tempat awam yang sesuai untuk orang bujang seperti saya bertemu dengan seseorang dan berkahwin," kata Fayhaa. - AP


RM10,000 terbakar

Oleh Mohd Fakri Awang Lah

2010/09/07 
KUALA KRAI: Jeritan seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjaya menyelamatkan dia serta adik perempuannya daripada rentung dalam kebakaran memusnahkan rumah mereka di Kampung Chuchuh Puteri B, dekat sini, semalam.
PILU...Zuhaimi dan anaknya melihat rumah mereka yang hangus dijilat api, semalam.
PILU...Zuhaimi dan anaknya melihat rumah mereka yang hangus dijilat api, semalam.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu disedari Mohd Fikri Hakim Mohd Zuhaimi, 6, yang ternampak percikan api di ruang tamu rumah mereka ketika menonton televisyen bersama adik perempuannya, Siti Hazar Zulaikha, 4.
Ketika itu, ibu mereka, Zakiah Che Soh, 37, menjemur kain di belakang rumah manakala bapa mereka, Mohd Zuhaimi Abdullah, 39, pula tiada di rumah kerana menoreh di kebun yang terletak beberapa kilometer dari rumah mereka. Keluarga empat beranak itu menganggarkan kerugian kira-kira RM120,000 apabila dua kereta dan dua motosikal milik mereka musnah dalam kebakaran itu.

Menurut Zakiah, dia terdengar anak lelakinya itu menjerit memberitahu ada api dalam rumah sebelum meluru masuk untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya.

Katanya, dia turut terdengar letupan kecil sebelum kebakaran itu memusnahkan rumah mereka dalam masa kurang 10 minit.

“Saya yang terkejut mendengar jeritan anak terus bergegas masuk ke dalam rumah menyelamatkan anak.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak sempat menyelamatkan barang berharga termasuk wang RM10,000 yang dipinjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya.

Dia sedih kerana banyak kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri yang baru dibeli beberapa hari lalu turut hangus dalam kejadian itu.

“Saya dan suami sebenarnya bercadang ke bandar Kuala Krai petang ini (semalam) untuk membeli beberapa lagi barangan kelengkapan termasuk kasut raya anak selepas suami pulang, tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Che Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 9.49 pagi sebelum tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

“Sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dan dua van tiba di tempat kejadian dan melihat api sudah memusnahkan sebahagian rumah terbabit


Aaliyah mati dibunuh

SHAH ALAM – Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan kanak-kanak yang mati dipercayai akibat dibunuh teman lelaki ibunya, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah tidak dibawa ke hospital kerana takut rahsia terbongkar mangsa diperlakukan dengan kejam.

Ibu arwah Aaliyah Ayman, Ellina Maulad Mahather, 25, memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia bukan tidak mahu membawa Aaliyah ke hospital tetapi dihalang teman lelakinya berbangsa Sudan, Mohannad Taha Ismail, 25.

Ellina memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin mengenai kejadian sebelum itu, Ellina berkata, teman lelakinya itu menghubunginya kira-kira jam 11.30 pagi sambil marah kerana Aaliyah membuang air kecil merata tempat dalam rumah.

“Dia marah saya tak ajar anak tetapi saya kata biarkan saja dan balik nanti saya akan cuci.

“Kira-kira jam 2.30 petang pula dia telefon saya beritahu Aaliyah tidak nampak kerana terlanggar pintu dan 4.30 petang dia telefon lagi dengan suara risau beritahu Aaliyah koma,” kata Ellina.

Dia memberitahu, teman lelakinya itu kemudian meninggalkan Aaliyah yang koma sendirian dan keluar mengambilnya di pejabat dengan menaiki teksi kira-kira jam 5.30 petang.

“Tiada siapa jaga Aaliyah. Dia juga tak beritahu keadaan anak saya dan kami ke pasaraya Giant untuk membeli lampin bayi serta ubat dan sampai ke rumah pada jam 7.30 malam,”

Menurutnya, ketika membuka pintu rumah telah melihat Aaliyah terbaring atas sofa dalam keadaan serius kerana mengalami masalah pernafasan serta terdapat lebam dan bengkak.

Ketika ditanya Alfred mengenai tindakannya selepas itu, Ellina mendakwa kerana melihat Aaliyah tidak dapat bernafas, dia panik lalu menangis bersama teman lelakinya antara 15 hingga 20 minit.

Kemudian apabila melihat Aaliyah tidak lagi bernafas, dia memeriksa keadaan anaknya dan Mohannad melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut di samping menekan dada Aaliyah.

Bagaimanapun setelah melihat darah keluar telinga Aaliyah dia terus merancang membawanya ke hospital tetapi tidak diizinkan Mohannad Taha.

“Dia takut polis tangkap dan pihak hospital tahu dia pukul anak saya.Dia kata ‘our life will be over’ (kehidupan kita akan hancur) sekiranya Aaliyah dibawa ke pusat rawatan,” kata Ellina.

Katanya, dalam keadaan Aaliyah kritikal dia tekad mahu ke hospital dan memujuk Mohannad memberi idea bahawa Aaliyah cedera akibat dipukul pembantu rumah.

Perihal kesanggupannya mencipta helah itu Ellina berkata, dalam keadaan panik dia menjadi keliru dan kebetulan begitu menyayangi Mohannad

No comments:

Post a Comment