Tuesday, September 7, 2010

DUA KELUARGA ARTIS SATU BERTUDUNG SATU TAK(BERTUDUNG WAJIB)...BENDA KEDEPAN TAK TAHU ...ITU URUSAN ALLAH....

Bercuti berdua ke Amerika


QUE dan Linda sakan menggayakan puterinya, Ratu sempena hari raya ini.


KETIKA ini, puteri sulung kesayangan pasangan selebriti popular ini sudah tumbuh enam batang gigi. Dia juga sudah pandai berdiri sendiri.
Baru berusia 10 bulan, kehadiran Tengku Ratu Haidar yang merupakan buah hati kepada Que Haidar, 31, dan Linda Jasmine, 38, ini sentiasa memberi keceriaan dalam kehidupan seharian mereka.
Anak lelaki Linda pula, Qalif Khan, 10, semakin hari semakin rapat dengan bapa tirinya umpama rakan baik.
Namun, di sebalik keakraban mereka anak beranak, guru tari terkenal dan pelakon popular itu akan berpisah dengan mereka selama dua minggu pada hari raya ini.
Bakal terbang ke Amerika Syarikat (AS) pada minggu raya kedua, Que dan Linda akan menghabiskan cuti dua minggu di negara Uncle Sam itu tanpa anak-anak.
Menurut aktor yang kini sibuk menjadi guru lakonan, dia dan isterinya memilih untuk bercuti pada musim cuti hari raya dan meninggalkan anak-anak mereka kerana sudah lama merancang percutian itu.
"Selepas kami bernikah, Linda mengandungkan Ratu. Kemudian kami sibuk dengan pelbagai program, hanya sekaranglah waktu yang kami sama-sama tidak ada urusan apa-apa.
"Malah, selepas balik dari Amerika nanti, Linda akan terus sibuk dengan program terbaru Astro dan saya pula akan sibuk dengan kelas-kelas saya," jelas Que mengenai percutian yang sudah lama dirancang itu.
Que pada masa yang sama tidak menolak percutian dia dan isteri tercinta boleh diibaratkan sebagai percutian bulan madu mereka.
"Semenjak berkahwin kami tidak pernah lagi bercuti berdua. Kebetulan Amerika kampung Linda. Dia merancang untuk membawa saya berjalan-jalan dan ke rumah abang dan kakaknya di sana.
"Bukan tak mahu bawak anak-anak sekali, tetapi banyak urusannya. Anak-anak kami akan dijaga oleh ibu bapa Linda ketika kami di sana.
"Sudah tentu kami akan rindu dengan anak-anak kami nanti ketika di sana. Tetapi ini sahajalah waktu yang terbaik memandangkan selepas ini masing-masing akan sibuk," ujar Que ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Linda Jasmine Studio di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Que, ini merupakan percutian pertamanya ke negara itu walaupun pernah mendapat hadiah percutian di sana sebanyak dua kali kerana memenangi anugerah di Anugerah Skrin TV3 suatu ketika dahulu.
Pada ketika itu dia menolak hadiah itu kerana sudah berniat untuk mengikuti isterinya pulang ke kampung halamannya.
Diajak bercerita mengenai sambutan Aidilfitri yang akan disambut hujung minggu ini, Que berkata, lebaran tahun ini paling sayu baginya.
Ini kerana sambutan raya kali ini akan diraikan oleh anak kelima daripada 10 orang beradik itu tanpa keluarga terutama ibu tercinta.
"Tahun ini saya dan Linda sepakat untuk menyambut raya pertama bersama keluarga sebelah Linda yang berada di Kuala Lumpur kerana tahun sudah kami beraya di rumah keluarga saya di Johor," cerita Que.
Menyambung perbualan, Que dan Linda juga pada awalnya merancang untuk pulang ke Johor pada hari raya kedua atau ketiga sebelum berlepas ke AS.
Bagaimanapun, keluarga Que sudah dulu merancang untuk ke Kedah bagi meraikan majlis perkahwinan saudaranya di sana.
"Saya tidak pernah menyambut hari raya tanpa ibu saya sebab saya memang manja dengannya. Namun, saya sudah punya keluarga sendiri dan ada tanggungjawab baru.
"Saya sudah maklumkan pada emak dan dia faham. Tetapi adik beradik saya ada menyebut mereka yakin saya tidak akan tahan beraya di Kuala Lumpur dan pasti balik kampung juga nanti," ujarnya disertai gelak kecil


Sumpah saya tak kahwin lain - Bade


Kasih sayang antara Erma dan suaminya, Bade sentiasa mekar biarpun selepas 20 tahun menjadi suami isteri.


SUDAH lebih dua dekad mereka hidup sebagai suami isteri. Selama tempoh itu, pasangan selebriti ini hidup dalam kerukunan.
Namun, adat menjadi orang ternama, umpat fitnah masyarakat harus ditelan.
Selama menjadi suami isteri, Fatimah Rahmad, 42, atau mesra disapa sebagai Erma Fatima dan suaminya, sutradara dan jurugambar tersohor, Badaruddin Azmi atau Bade, 44, jarang memberi temu bual kepada pihak media.
Apa yang uniknya mengenai suami isteri popular ini juga ialah rumah tangga mereka sentiasa harmoni. Tidak pernah ada berita mengenai dakwaan keretakan mahligai yang dibina atas dasar persahabatan dan kemudian cinta.
Prinsip hidup Erma dan Bade sangat mudah, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Keharmonian rumah tangga mereke diserikan lagi dengan kehadiran lima orang anak; Mohd. Shamiel E'quan, 18, Ahmad Arir, 16, Ahmad Aifin, 15, Citra, 9, dan Nurain, 6.
Biarpun kelima-lima permata hati anak angkat, namun kasih sayang dan belaian Erma dan Bade pada mereka tiada tolok bandingnya.
Dalam leka melayari bahtera rumah tangga yang tenang, tiba-tiba ada khabar yang sampai ke telinga media.
Bade dilaporkan berkahwin satu lagi. Dalam erti kata mudah, Erma dimadukan. Khabar angin itu mendakwa, Bade berkahwin lagi di luar pengetahuan Erma kerana inginkan zuriat sendiri.
Sejak khabar angin itu tersebar, ramai wartawan yang menghubungi Erma dan Bade untuk merakamkan foto mereka sekeluarga. Seperti dijangka, pasangan suami isteri ini mengelak untuk ditemuramah secara berdepan.
Bagaimanapun, hasrat Hits direalisasikan mereka pada sambutan Ramadan kelima pada 15 Ogos lalu.
Di kediaman mereka di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, Hits mengatur sesi fotografi raya bersama kelurga pasangan itu.
Kesempatan dan peluang pada hari itu diambil penulis untuk bertanya sendiri pada Bade apakah benar dia berkahwin lain.
"Demi Allah, sehingga saat ini hanya Erma Fatima isteri saya yang sah. Saya tidak pernah berkahwin lain selain daripada Erma," itu pengakuan Bade kepada penulis.
Bade enggan menjadi lelaki penakut. Andai benar dia teringin untuk memadukan Erma, dia tidak perlu melakukannya secara diam-diam.
Sebaliknya, Bade sendiri yang akan memaklumkan hasrat itu kepada isterinya kerana sejak dari dulu lagi Erma katanya, mengizinkan dia menambah bilangan isteri.
"Bukan itu sahaja, malah Erma sendiri berjanji akan meminangkan gadis atau wanita idaman saya itu kerana dia memang tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin lagi.
"Naluri saya tidak ke situ. Hati, kasih dan sayang saya hanya untuk seorang wanita bernama Erma Fatima serta lima orang anak kami," luah Bade dalam nada yang sangat jujur.
Jangan suka buat gosip
Bade mengakui, sejak berkahwin, dia dan Erma jarang kelihatan bersama khususnya pada majlis-majlis hiburan.
Namun, keadaan itu ujar Bade, tidak sewajarnya menjadi umpan atau modal kepada orang ramai mengandaikan hubungan mereka retak.
"Bagi kami dalam sebuah rumah tangga selain kasih sayang sikap saling percaya dan persefahaman adalah penting dalam memelihara keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga," Bade mengulangi prinsip dia dan Erma sekali lagi.
Bagi Erma yang mencuri dengar perbualan penulis dan Bade pula tiba-tiba menyampuk, tidak ada sebab untuk dia menghalang suaminya untuk berkahwin lain.
"Sejak dulu Erma beritahu Bade jika dia mahu kahwin lagi, beritahu Erma dan Erma akan meminangkan untuk dia," Erma meluahkan kesediaan dia menjadi wakil Bade untuk kesekian kalinya.
Sebagai manusia yang waras akal fikirannya, Erma sangat realistik bahawa dia bukanlah seorang isteri yang sempurna.
Dengan kerjayanya sebagai pembikin filem, Erma sedar masanya banyak dihabiskan di lokasi sehingga ada ketika dia tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna.
"Erma harap apabila Bade kahwin lagi satu, isteri barunya mampu menjaga makan dan minum Bade sempurna mungkin.
"Bukan Erma tidak menjaga makan minum dan pakai Bade selama ini, cuma kadangkala tanggungjawab di lokasi membuatkan Erma melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa," kata Erma mengakui kelemahan dirinya.
Erma bagaimanapun bersuyukur, suami serta rakan-rakan dia dan Bade sedia maklum yang dia merupakan seorang wanita yang suka bekerja.
"Sesibuk mana pun, Erma tidak pernah lupa pada suami dan anak-anak. Bagi Erma, merekalah syurga dan buah hati Erma, sebab itu demi kebahagiaan Bade dan keluarga, Erma sanggup lakukan apa sahaja walaupun hidup bermadu!" ujarnya sambil merenung suami tercinta.
Pada masa yang sama, Erma amat bersyukur kerana Bade seorang suami yang sangat memahami kerjayanya dan tidak mengongkong minat isteri.
Sering 'diceraikan'
Bercerita mengenai kehidupan mereka sebagai selebriti, Erma dan Bade sebenarnya sudah lali hidup dalam dunia glamor.
Namun mereka tidak pula kesal dengan apa yang dilalui termasuk kisah tidak masuk akal kononnya mereka bercerai!
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya di awal perkahwinan kami sudah tersebar cerita kononnya kami bercerai. Dah banyak kali kami 'diceraikan' oleh mereka yang suka bergosip.
"Lebih 20 tahun dalam industri ini malas untuk Erma fikirkan semua itu. Bahkan ia sedikit pun tidak membebankan Erma kerana Erma amat mengenali suami Erma," kata Erma sambil memandang penuh kasih Bade yang duduk di sisinya.
Erma dan Bade dinikahkan pada 30 November 1990 dan bersanding sebulan selepas tarikh itu.
Walaupun perkahwinan mereka awalnya bersandarkan hubungan persahabatan kerana sebelum itu masing-masing ada pasangan sendiri, namun rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga hari ini.
Sepanjang perkahwinan, memang jarang hadir bersama dalam sesuatu majlis kerana kekangan waktu dan tugas.
Namun itu bukanlah alasan kepada suami isteri yang sama kerjaya ini melupakan perasaan kasih sayang antara mereka berdua.
Sebaliknya kesibukan masing-masing menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang di hati mereka.
Menurut Erma, apabila ada wartawan menelefonnya pada Julai lalu dan bertanya tentang gosip itu, dia sedikitpun tidak marah sebenarnya.
"Mulanya Erma ketawa sebab Erma tak fikir yang Bade akan buat begitu. Tetapi setelah ketawa itu reda, Erma beritahu mereka Bade tidak mungkin kahwin sembunyi-sembunyi sebab Erma reda dan terima apa juga keputusannya jika dia mahu berkahwin lagi.
"Dalam Islam sendiri membenarkan lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin untuk berkahwin lebih daripada satu, kenapa Erma mahu menghalang hukum agama?" tegasnya.
Dan apabila Erma bertanya Bade hal itu, Bade dengan tegas dan jujur menafikannya.
"Apa lagi yang Erma boleh buat? Mengenali Bade selama 20 tahun sejak hidup sebagai suami isteri, Erma tahu Bade tidak suka bercakap bohong.
"Dunia Bade hanya rumah dan lokasi penggambaran. Bade bukan seorang suami yang kaki kelentong, bukanlah memuji tetapi Erma sangat mengenali seorang yang bernama Badaruddin Azmi!" kata Erma.
Bagi pasangan bahagia itu, mereka sendiri tidak dapat mencari jawapan pasti apakah tujuan sebenar mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gosip berkenaan.
"Erma tidak tahu siapa yang menyebarkan gosip ini tetapi jika mereka yang berniat jahat untuk memisahkan kasih sayang kami berdua kerana gosip ini, mereka salah!" Erma menyambung perbualan.
Bade pula ketika ditanya apakah ketiadaan zuriat sendiri membebankan perasaannya, sambil ketawa besar dan memandang isteri tersayang, berkata:
"Lima orang anak yang kami miliki ini adalah pengikat kasih sayang kami berdua. Kenapa setelah sekian lama kami hidup bahagia, isu itu yang mereka bangkitkan?
"Melihat mereka membesar di depan mata membuatkan saya cukup bahagia menjadi seorang suami dan ayah. Saya tidak pernah bosan duduk di rumah bersama mereka, walaupun Erma sibuk di lokasi," kata Bade lagi


BAGAIMANA ANDA ......TENTANG PENAMPILANNYA DISEGI SYARAK



Abang Mr. Right saya - Memey




TAHNIAH, akhirnya Memey akan bertunang juga, kenapa pilih musim raya?
Kami sebenarnya tak rancang pun hendak bertunang pada hari itu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kebetulan pula kalau majlis dilangsungkan pada hari raya, rumah pun masih penuh dengan ahli keluarga kerana ramai yang masih lagi dalam mood bercuti. Memandangkan kami rasa itu sahajalah masa yang sesuai, maka kami buat keputusan untuk buat majlis bertunang pada hari raya keempat di rumah saya.
Ada yang tanya, kenapa nak bertunang, bukankah lebih elok kahwin terus sebab kalian memang sudah dilihat sangat intim?
Semuanya bergantung pada soal jodoh. Saya dengan abang sudah dua tahun setengah bercinta. Kalau ikutkan dah lama dah kami rancang hendak berkahwin tetapi banyak halangan. Mungkin juga ketika itu saya fikir usia saya masih muda. Lagipun kami mahu menunggu segala urusan kes di mahkamah selesai.
Atau bertunang sebab hendak tutup malu. Apa komen Memey?
Saya tidak kata keputusan untuk bertunang ini diambil semata-mata mahu menutup malu. Itu sama sekali tidak benar. Pada saya, perkara lama biarlah berlalu. Saya lebih suka melihat perkara ini dari sudut positif. Tambahan pula kami berdua dah lalui macam-macam pancaroba bersama-sama, mungkin sudah sampai seru saya untuk melalui fasa baru dalam hidup ini. Maka saya harus terimanya dengan terbuka. Tiada istilah mahu tutup malu.
Maknanya, tuduhan sebelum ini, Memey 'perosak' rumah tangga orang tu betullah ya?
Kalau boleh saya tak mahu komen mengenai hal ini. Cuma, apa yang boleh katakan, terpulanglah apa orang hendak kata atau cemuh Memey. Pada saya, biarlah hanya tuhan sahaja tahu apa yang berlaku dan kedudukan sebenar saya. Bukan saya tidak peduli dengan kata-kata mereka, cuma saya ambil hanya yang baik, dan yang buruk saya abaikan.
Atau tak kisahlah kalau orang label Memey dengan gelaran 'pemusnah rumah tangga orang'?
Macam yang saya katakan tadi, terpulang pada apa yang orang hendak kata. Itu hak mereka. Satu ketika pernah saya asyik berendam air mata apabila dilanda musibah ini, tetapi saya sedar yang saya tak boleh tunjuk yang saya ini lemah. Mujurlah keluarga sentiasa memberi sokongan dan merekalah yang banyak membantu saya untuk bangkit semula. Sekarang saya hanya mahu berfikiran positif sahaja.
Apa perasaan bila Norman menyatakan hasratnya untuk bertunang? Berapa lama ambil masa untuk buat keputusan terima lamaran itu?
Macam-macam rasa yang timbul. Sungguh! Rasa gembira dan takut pun ada. Semuanya sebab saya rasa usia saya masih muda untuk masuk ke tahap ini. Tetapi, ini semua kerja tuhan. Saya dilamar ketika sedang menikmati makan malam di restoran berputar Menara Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu. Lebih kurang sebulan lebih jugalah ambil masa sebelum buat keputusan.
Kahwin dengan Norman bermakna Memey juga akan menjadi sebahagian daripada hidup anak-anak Abby. Sudah sediakah?
Kalaupun saya sudah berkahwin dengan abang, mereka tetap anak-anak abang. Itu darah daging dia. Malah, saya juga menggangap mereka seperti anak-anak saya, hubungan kami cukup rapat. Sampaikan si abang seringkali bertanya 'Bila Mummy dengan Papa hendak kahwin? Kalau kahwin nanti buat hari Sabtu tau!' Nampak tak bagaimana mereka merestui hubungan kami? Dari aspek menjaga mereka juga saya tidak ada masalah. Alhamdulillah.
Sekarang sudah terbuktilah, Norman itu sebagai Mr. Right anda?
Ya, saya dapat rasakan dialah Mr. Right dalam hidup saya. Dia banyak membimbing saya dari pelbagai aspek terutama dalam hal-hal kerjaya. Memberi saya nasihat dan bertanggungjawab. Ada banyak ciri-ciri yang saya mahu ada pada dia sebagai pasangan hidup. Mungkin ada yang anggap caranya yang kelihatan dominan seolah-olah mengongkong, tetapi bagi Memey, itu adalah cara dia memandu kita. Yang penting, saya menerima abang seadanya dia

No comments:

Post a Comment