Monday, September 6, 2010

KISAH DUNIA...YANG PELIK2...AJAIB DENGAN IZINNYA SERTA MANUSIA YG TAK BERMARUAH SERTA MANUSIA BERMARUAH DAN PUNYA JATI DIRI

DUNIA


Wayne Rooney tipu isteri langgani pelacur









GAMBAR fail menunjukkan Wayne Rooney dan isterinya.






LONDON - Bintang pasukan bola sepak England, Wayne Rooney menipu isterinya, Coleen selepas dia didapati melanggan seorang pelacur, Jennifer Thompson, lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah tangga Rooney yang merupakan pemain kelab bola sepak Manchester United (MU) kini dilambung ombak selepas dia melanggan pelacur itu semasa isterinya sedang hamil.
Rooney berkahwin dengan Coleen dua tahun lalu selepas enam tahun mereka menjalin hubungan.
Bintang bola sepak itu dilaporkan tidur dengan Jennifer yang meletakkan caj £1,200 (RM5,775) satu malam.
Dia melanggan pelacur itu tujuh kali dalam tempoh empat bulan.
Mereka menjalin hubungan seks di salah sebuah hotel paling eksklusif dan mengunjungi kelab malam serta kasino bersama-sama.
Pada 2004, Rooney dilaporkan telah mengunjungi rumah pelacuran di Liverpool dan mengaku melanggan seorang
wanita berumur 48 tahun.
Pendedahan terbaru itu akan mencetuskan spekulasi bahawa kehidupan peribadinya telah menjejaskan prestasinya pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada Jun lalu.
Pada pertandingan itu, skuad England yang disertainya hanya melangkah ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Jerman 4-1.
Jennifer dari Bolton kelmarin mendedahkan bahawa Rooney menghantar mesej seks selain membayar sejumlah wang tunai kepadanya.
Pelacur tersebut bertemu buat kali pertama dengan Rooney pada Jun tahun lalu di Kasino 235 Machester, lima bulan sebelum Coleen melahirkan anak lelaki bintang England itu.
Semasa itu, Rooney minum bersama dengan rakan sepasukannya, Rio Ferdinand.
Bintang bola sepak itu memanggilnya ke ruang tetamu penting dan pelacur tersebut mendedahkan mereka bercium di dalam kasino berkenaan.
Jennifer berkata, Rooney menggunakan nombor telefon berbeza semasa menghubunginya.
Menurut pelacur itu, dia dan seorang rakan wanitanya pernah bermalam bersama Rooney di Hotel Lowry di Manchester pada tahun lalu.
Jennifer berkata, dia turut menghantar gambar-gambarnya yang memakai bikini di Internet. - Agensi


DUNIA


Klip video wanita diheret polis



KLIP video menunjukkan detik-detik Pamela Somerville diheret ke bilik tahanannya di bandar Melksham Wiltshire, Britain pada Julai 2008.



MELKSHAM - Satu klip video yang mengejutkan menunjukkan seorang wanita, Pamela Somerville berumur 57 tahun diheret oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan dan menumbuknya sehingga pengsan ke bilik tahanan sebuah balai polis di bandar Melksham, Wiltshire, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman itu yang diperoleh akhbar berkenaan menunjukkan Pamela yang merupakan seorang penyelidik pasaran terpaksa membuat panggilan interkom bagi meminta bantuan kerana darahnya terpercik ke lantai bilik tahanannya disebabkan matanya bengkak akibat dipukul.
Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital tetapi tangannya masih bergari semasa mendapat rawatan.
Kejadian itu berlaku pada 2008 tetapi pegawai polis yang memukulnya itu, Sarjan Mark Andrews, 37, akan dihukum esok selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Oxford kerana memukul Pamela pada pagi Julai 2008.
Insiden itu bermula selepas Pamela didapati tidur di dalam kereta di sebatang jalan raya luar bandar.
Polis menyatakan dia ditahan kerana keenggannya untuk memberikan sampel nafasnya tetapi wanita tersebut menafikannya. - Agensi


DUNIA


Ubi kentang mirip kapal angkasa Star Trek



SEORANG wanita melihat ubi kentang milik Peter Glazebrook yang mirip kapal angkasa dalam filem Star Trek.



SHEPTON MALLET, Britain - Seorang pekebun amatur, Peter Glazebrook mencipta rekod apabila dia mendapati ubi kentang yang ditanamnya seberat 3.75 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.
Ubi kentang itu yang dipamerkan di Pertunjukan Berkebun Kebangsaan di sini mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan 255 gram.
Glazebrook yang berumur 66 tahun kini menunggu pengesahan daripada pihak pengurusan Guiness Book of World Records.
Ubi kentangnya itu mirip kapal angkasa The Starship Enterprise dalam filem Star Trek pada 1979.
Glazebrook berkata: "Rahsia untuk mencapai kejayaan ialah dengan menggunakan benih yang betul."
Sebelum ini, dia turut memegang rekod dunia kerana berjaya membesarkan lobak merah sepanjang 5.18 meter. - Agensi


Rooney melutut



2010/09/07 

LONDON: Ayam tambatan England, Wayne Rooney, berlepas ke Switzerland, semalam, selepas merayu kepada isterinya, Coleen, supaya dimaafkan kerana meniduri pelacur.
GELABAH...Rooney dilaporkan amat bimbang perkahwinannya dengan Coleen (gambar kecil) tidak mampu bertahan lama.
GELABAH...Rooney dilaporkan amat bimbang perkahwinannya dengan Coleen (gambar kecil) tidak mampu bertahan lama.
Rooney berlepas dengan rakan sepasukannya menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Luton, pagi semalam.
Dia juga menyedari terpaksa membayar harga amat besar atas kecurangannya selepas menghubungi Coleen yang jelas amat sedih dengan perbuatannya itu.

Rooney, 24, mengadakan hubungan seks dengan Jennifer Thompson, 21, ketika Coleen, 24, hamil anak sulung mereka.

Apabila kecurangan itu didedahkan kelmarin, Coleen bergegas pulang menemui ibunya, manakala Rooney dilaporkan kesal dan berharap rumah tangganya tidak berantakan selepas ini.

Sumber berkata, Rooney mengadu masalah kepada rakannya dan akan melakukan apa saja demi menyelamatkan perkahwinannya.

Penyerang kelab Manchester United itu juga dilabel keluarganya sebagai ‘amat memalukan’ kerana kebuasannya dengan pelacur terbabit.

Rooney berlepas ke Switzerland untuk membantu skuad England menempah tempat dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah - dikenali sebagai Euro 2012 - tahun depan.

Sebelum ini, Coleen beberapa kali mempertahankan Rooney ketika penyerang England dan MU itu berdepan masalah.

Namun, kata sumber, kali ini Coleen menganggap suaminya melampaui batasan dan akan memulakan langkah awal bagi menamatkan perkahwinan mereka.

Ia juga mungkin menyebabkan Rooney kehilangan harta beratus juta ringgit


Malam kelmarin, sumber berkata, Rooney mengakui isterinya mengesyaki kebuasan itu tidak terhad kepada Jennifer semata-mata.

“Coleen bimbang ada ramai lagi pelacur tampil membuat pengakuan,” katanya.

Sementara itu, sepupu Rooney, Natalie, 21, berkata perbuatan penyerang terbabit amat memalukan.

“Kamu memalukan keluarga. Saya bersimpati terhadap Coleen. Perbuatan Rooney amat menjijikkan,” katanya dalam Twitter. - Agensi


Jennifer goda ramai selebriti pemain bola



2010/09/07 
LONDON: Pelacur yang menjadi punca rumah tangga Wayne Rooney bergoyang, Jennifer Thompson, dikatakan memang berangan-angan menjadi kelompok isteri atau teman wanita bintang bola sepak yang glamor.
Justeru, Rooney bukanlah satu-satunya pemain bola sepak yang disasarkan Jennifer.
Jennifer, 21, dianggap ‘kemaruk populariti’ dan memuat naik sejumlah gambarnya di Facebook untuk menayang pertemuannya dengan personaliti terkenal, termasuk Amir Khan dan personaliti televisyen serta model, Calum Best.

Dia juga bekerja sebagai gadis promoter di kelab malam yang sering dikunjungi selebriti untuk membolehkannya berkenalan dengan mereka.

Menurut sumber, bermodalkan tubuh menggiurkan, Jennifer menggunakan kelebihan itu untuk menggoda lelaki diidamnya.

“Jennifer banyak berkawan dengan bintang bola sepak dalam Facebook dan digelar Premiership Jen kerana ditiduri tiga pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris.

“Dia juga mendakwa melakukan aksi lucah untuk seorang penyerang terkenal dalam tandas kelab malam sebelum mengenakan caj £75 (RM359),” katanya. Antara rakan maya Jennifer di Facebook adalah pemain Manchester United, Danny Welbeck, Joey Barton (Newcastle), David Bentley (Tottenham Hotspurs), Sylvain Distin (Everton) dan Micah Richards (Manchester City) - Agensi


Israel musnah jika serang Iran: Mahmoud



2010/09/07 

DOHA: Presiden Iran berkata semalam, sebarang serangan Israel terhadap negaranya akan bermakna kemusnahan terhadap negara Yahudi itu.
Kedua-dua negara saling mengancam satu sama lain berhubung sengketa mengenai program nuklear Iran.
Israel dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lain percaya Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program berkenaan meskipun Teheran menafikannya.

“Sebarang serangan terhadap Iran akan bermakna kemusnahan bagi wilayah Yahudi itu,” kata Mahmoud Ahmadinejad ketika melawat Dubai.

“Iran tidak peduli mengenai wilayah itu kerana ia kini menuju kepada kehancuran,” kata Mahmoud.

Pemimpin itu juga berkata, beliau sangsi Israel atau Amerika Syarikat berani menyerang Iran kerana mereka tahu negara itu sudah bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran. - AFP



3 juta tunai solat khas



2010/09/07

MAKKAH: Lebih tiga juta umat Islam menunaikan solat khas pada malam ke 27 Ramadan kelmarin, mengharapkan rahmat Lailatul Qadar.
Masjidil Haram di sini sesak dengan ratusan ribu jemaah yang datang untuk menunaikan umrah, solat Tarawih, Qiamulail serta solat khas untuk mendapatkan rahmat Lailatul Qadar yang ganjarannya sama dengan 1,000 bulan.
Pihak berkuasa Arab Saudi sudah membuat semua persiapan untuk menerima kehadiran sebegitu ramai jemaah dari dalam mahupun luar negara. Raja Abdullah sendiri berada di Makkah untuk menyelia perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah. Kira-kira 4,500 anggota polis dikerah untuk mengawal ketenteraman sementara 10,000 pekerja pembersih ditugaskan memastikan kawasan dalam masjid dan sekitarnya sentiasa bersih dan teratur.

Dalam pada itu, 20,000 mesin pendingin air di tempatkan di beberapa bahagian masjid untuk kegunaan jemaah sepanjang 24 jam.

Meskipun begitu ramai jemaah, aliran trafik di Makkah lancar dan tidak ada kemalangan besar dilapor berlaku.

Pasukan keselamatan khas pula ditempatkan untuk membantu menangkap penyeluk saku dan penjenayah lain sementara Jabatan Pertahanan Awam sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan kelengkapan memadam api dan unit penyelamat di pusat kota Makkah.

Semua hotel dan apartmen di bandar suci itu habis disewa. Jualan sejadah sembahyang meningkat kerana ramai yang membelinya kerana terpaksa menunaikan solat di luar masjid. Jumlah jemaah yang ramai juga mendorong pemandu teksi dan bas mini menaikkan tambang untuk mengangkut jemaah dari hotel mereka ke masjid. Pihak berkuasa Saudi turut mengerah pegawai majlis tempatan memeriksa restoran makanan segera di sekitar Masjidil Haram bagi memastikan mereka memenuhi syarat kebersihan makanan.

Di Masjid Nabawi di Madinah, sejumlah besar jemaah terdiri daripada pekerja dan pelawat asing menunaikan Tarawih dan Qiamulail malam tadi. - Agensi

No comments:

Post a Comment