Saturday, July 24, 2010

MUFTI2..USTAZ2 HEBAT..PIHAK BERKUASA..PEMERENTAH..NI BERITA NYAMUK..TAK BOLEH JADI HUJAH UNTUK LAKSANAKAN HUKUM ISLAM..NYAMUK2 PUN DAH BANYAK JADI GAJAH

Kesan tapak kaki

Laporan dan foto NOR HUSAINI NOR MAJID
am@hmetro.com.my
2010/07/25
KULIM: Cubaan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melarikan diri daripada ditangkap penguat kuasa agama gagal apabila kesan tapak kaki di dinding rumah teman wanitanya menjadi petunjuk.
GAGAL... cubaan menyorok di atas siling rumah gagal kerana meninggalkan kesan di dinding.
GAGAL... cubaan menyorok di atas siling rumah gagal kerana meninggalkan kesan di dinding.
TAHAN... penuntut berusia 21 tahun ini ditahan khalwat bersama pasangannya.
TAHAN... penuntut berusia 21 tahun ini ditahan khalwat bersama pasangannya.

Jurucakap PADK berkata, sejurus membuka siling, mereka menemui seorang lelaki lengkap berpakaian menyorok di belakang tangki air di atas siling rumah.

“Pemeriksaan di atas siling dilakukan kerana kami meragui kenyataan teman wanita suspek yang mendakwa kesan tapak kaki itu sudah lama di dinding, sebaliknya itu kesan baru,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.

Katanya, penguat kuasa PADK menjalankan operasi hasil maklumat awam.

“Selepas pemantauan, kami membuat pemeriksaan dan mendapati seorang perempuan berusia 20 tahun berpakaian baju tidur membuka pintu dan mendakwa tinggal seorang diri kerana rakan serumah bekerja,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan



Kafe 'jual' amoi

Oleh WARTAWAN METRO AHAD
metahad@hmetro.com.my
2010/07/25

KUALA LUMPUR: Luarannya sama seperti pusat hiburan lain tetapi di dalam, bukan setakat GRO berpeleseran, malah puluhan wanita pemuas nafsu berpakaian seksi turut disediakan.

Mengejutkan apabila khidmat ekstra itu tidak ditawarkan secara sembunyi, sebaliknya terbuka untuk sesiapa saja yang berkunjung ke ‘kafe berahi’ itu.

Rahsia pusat hiburan itu terbongkar selepas wartawan Metro Ahad berkunjung ke situ sebaik mendapat maklumat daripada sumber. Sebaik duduk di kerusi disediakan, dakwaan sumber bahawa pusat itu ‘lain daripada yang lain’ terbukti benar.

Berdasarkan pemantauan, sekurang-kurangnya lima lelaki bertugas umpama bapa ayam atau kapten seperti di spa eksklusif lengkap dengan peralatan waklie-talkie ke hulu hilir mendekati pengunjung.

Tanpa kecurigaan, seorang lelaki terbabit yang mendekati wartawan menawarkan sekurang-kurangnya 30 wanita yang boleh dilanggan dengan harga antara RM360 hingga RM150 bergantung kepada ‘kemahiran’ dimiliki wanita terbabit.

Pada masa sama lelaki itu memberitahu, GRO juga boleh dilanggan untuk ‘geli-geli’ dengan harga RM20 saja. Namun, lelaki terbabit lebih cenderung mempromosi wanita pemuas nafsu.

Bagi meyakinkan pelanggan, berulang kali lelaki itu bercakap besar memberitahu tidak perlu bimbang kerana mendakwa pusat hiburan itu ‘kebal’.

Berikut perbualan wartawan (W) dengan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Jimi (J) itu.

J: Hello kawan, selamat berkenalan (bersalaman dengan wartawan sambil menghulur kad).

W: Thank you (terima kasih)

J: Apa macam, ada baikkah? You memang untung datang sini.

W: Kenapa?

J: Sini ada amoi.

W: Amoi apa? GRO biasalah, mana-mana pub pun ada.

J: Bukan GRO maaa... Kita ada amoi boleh bagi seks punya.

W: You gila apa, ini macam punya tempat, boleh kasi amoi.

J: Yalah... itu pasal saya kata tadi you untung. Tempat lain mana ada.
W: You kasi amoi, mana mahu projek? Takkan projek di sini.

J: Kita ada tempat maa... bangunan sebelah saja. Ada bilik, bilik air... boleh mandi.

W: Betulkah? Kasi tunjuklah itu amoi.

J: Boleh... boleh, you mahu tengok dulu tak ada hal punya. Boleh fikir mana satu mahu. Kita ada dekat 30 perempuan. China, Vietnam dan Thailand. Saya ada ‘special’ punya untuk you.

W: Apa ‘special’?

J: Kalau mahu special, RM360. Itu amoi boleh buat ‘empat servis’ sekali gus. Apa you mahu buat semua boleh. Kalau you mahu, kita kasi satu jam setengah punya servis.

W: Mahal sangat la. Tak mahulah itu macam. Biasa punyalah.
J: Biasa punya pun ada. RM150, 45 minit.

W: Sini selamat kah?

J: You jangan risau. Sudah ‘settle’ punya.

W: Ok... ok, kasi keluar itu amoi.

Dalam tempoh beberapa minit, muncul sekurang-kurangnya 20 wanita berpakaian seksi berbaris di depan wartawan. Seperti diberitahu, hanya wanita China, Vietnam dan Thailand ditawarkan, tiada wanita tempatan.

J: Ini semua RM150 punya (sambil menyuluh wajah wanita yang berbaris kerana suasana gelap). Pilih mana you suka.

Bagi membuktikan pusat itu benar-benar menyediakan khidmat seks, wartawan terpaksa berlakon dan melanggan seorang daripada wanita terbabit bagi mengetahui lokasi yang dijadikan tempat pemuas nafsu.

W: Oklah, saya ambil itu baju putih PRC (warga China) punya.

J: Kasi wang dulu, nanti itu amoi bawa you pergi bilik.

Selepas membayar, wartawan dibawa keluar melalui pintu belakang yang hanya ditutup menggunakan tirai hitam.

Berdasarkan pemantauan, dua orang berpakaian hitam ala ‘bodyguard’ mengawal lorong belakang bangunan itu. Wanita yang dilanggan membawa wartawan ke bangunan bersebelahan pusat hiburan itu.

Di pintu bangunan itu, seorang lelaki menjaga tempat berkenaan. Dia memandang wartawan sebelum membenarkan masuk.

Di dalam bangunan itu ada sekurang-kurangnya tujuh bilik. Ia dilengkapi pendingin hawa, tilam dan bilik mandi kecil.

Dalam pada itu, lelaki yang ditemui di pintu masuk berjumpa dan menyatakan sesuatu kepada wanita terbabit sebelum menawarkan kondom berharga RM1.

Selepas terbukti wujud aktiviti pelacuran, wartawan membuat helah untuk keluar dari bilik itu. Dengan menggunakan alasan sakit perut dan mahu ke tandas, wartawan segera beredar.

Dalam pada itu, seorang pengunjung yang ditemui memberitahu, pusat itu pernah diserbu pihak berkuasa, namun beroperasi semula.

“Sudah beberapa kali saya ke sini. Tujuannya untuk berhibur sambil memuaskan nafsu. Selepas minum, mabuk boleh ‘order’ perempuan. Pub lain mana ada,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, pusat itu dibuka seawal jam 5 petang, namun meriah sekitar jam 10 malam kerana ketika itu GRO mula berpeleseran, termasuk kemunculan wanita pemuas nafsu yang ditawarkan.

Pusat itu hanya ditutup selepas tiada pelanggan dan tidak hairan setakat jam 3 pagi, ia masih meriah



Cut pasrah



2010/07/25

JAKARTA: Pengakuan Cut Tari mengenai pembabitannya dalam kes video lucah yang tersebar di Internet akhirnya membawa kepada penangkapan suspek utama yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video itu.
CUT tidak henti berdoa.
CUT tidak henti berdoa.
“Saya lega RJ sudah ditangkap. Saya tidak kenal siapa RJ dan tidak tahu apa motif dia melakukan demikian,” ujar Cut ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta Selatan, semalam. Cut berkata dia hanya mampu pasrah terhadap apa yang bakal terjadi kelak. Baginya, dia sudah berusaha untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesalahan lalu.

“Selain pasrah, saya berterusan berdoa dan tidak akan berhenti berjuang selagi semuanya ini belum selesai. Saya bersyukur kerana suami, keluarga dan juga peguam sentiasa menyokong saya,” kata Cut.

Cut merancang untuk mengemukakan permohonan kepada pihak polis esok supaya siasatan terhadapnya dihentikan. Bagaimanapun, permohonan itu tidak bermakna dia tidak melakukan kesalahan.

“Saya sudah mengaku saya bersalah dan permohonan yang akan dikemukakan itu nanti hanya bagi menghentikan siasatan ,” kata Cut lagi. - Agensi


Mayat bayi dalam tong sampah



2010/07/25

KUALA LUMPUR: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat serta uri ditemui mati dalam tong sampah di Flet Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul, malam kelmarin.
Pengutip terbabit terkejut sebaik membuka bungkusan apabila menemui satu objek menyerupai bayi. Selepas pasti ia adalah bayi, dia kemudian menghubungi polis.

Difahamkan, bayi itu mengalami kecacatan sumbing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati mayat bayi terbabit cukup sifat dan dipercayai baru dibuang.

“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang dalam tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui pemungut barang lusuh terbabit. Daripada pengamatan kami, bayi itu berketurunan Melayu.
“Namun kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kes terbabit,” katanya semalam.

Menurutnya, orang ramai yang ada maklumat kejadian diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu tidak berperikemanusiaan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.


Adik hamil luar nikah











SAYA masih belum berkahwin dan kakak berusia 26 tahun. Kehidupan keluarga saya sempurna dari segi didikan serta kerjaya membanggakan.
Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita adik mengandung anak luar nikah. Ia memberikan tamparan hebat kerana tidak menyangka perkara itu boleh berlaku. Sebagai kakak, tentunya saya rasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Saya bersama dua lagi kakak bercadang merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan emak dan ayah kerana mereka sangat beremosi. Kami khuatir berlaku perkara buruk jika mereka tahu.

Kami juga bertindak demikian kerana bimbang saudara-mara serta jiran mengetahui perkara itu, selain mengelakkan aib pada emak dan ayah.

Buat masa ini, adik saya tinggal bersama kakak kedua bagi memudahkan proses bersalin. Saya sebenarnya tidak mampu melelapkan mata serta melakukan kerja dengan sempurna kerana risau ibu bapa pasti mengetahui perkara itu. Apakah yang kami lakukan ini wajar atau sepatutnya dilakukan? Bagaimana saya boleh membimbing adik supaya berubah serta menjadi insan berguna?
Han,
Pahang
HAN, hidup ini memang banyak dugaan. Daripada sebuah keluarga sempurna serta mempunyai kerjaya sempurna, tiba-tiba hidup diduga dengan berita mengejutkan iaitu kehamilan luar nikah adik kandung. Peristiwa itu tentu sekali mengganggu perjalanan kehidupan keluarga Han yang selama ini selesa.

Apa yang berlaku dalam keluarga Han boleh berlaku juga kepada keluarga lain. Masalah sosial tidak terbatas kepada keluarga yang bermasalah saja. Ia boleh berlaku kepada keluarga yang berantakan, berkonflik atau bahagia. Kebanyakan ibu bapa berusaha sedaya upaya mendidik anak menjadi insan berguna. Namun, hasilnya tidak seperti diinginkan kerana masih lagi terbabit dengan gejala sosial. Mengandung anak luar nikah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya terbabit dengan seks bebas, tertipu dan tanpa kerelaan hati. Bagaimanapun, masalah mengandung anak luar nikah perlu ditangani dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu kejadian membuang bayi tiada kesudahannya. Apabila anak menimbulkan masalah, keluarga tidak boleh berputus asa. Oleh itu, Dr amat berterima kasih kerana Han mempunyai sifat tanggungjawab dan pada masa sama, memahami ingin merahsiakan kehamilan daripada pengetahuan emak serta ayah kerana tidak mahu melukakan hati mereka.

Saat-saat sukar itu perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Setiap ahli keluarga harus saling menyokong dan mencari jalan penyelesaian.

Memang sukar untuk berhadapan dengan situasi yang menimbulkan aib kepada keluarga. Perasaan malu kerana takut pelbagai persepsi negatif daripada jiran dan kawan-kawan. Perasaan berkenaan adalah lumrah. Bagi mengelakkannya, jangan mengabai dan mengetepikan masalah utama. Bantu menangani masalah adik mengenai kehamilan anak luar nikahnya dengan rasional.

Keputusan tidak mahu memberitahu emak dan ayah mengenai kehamilan itu wajar atau tidak bergantung kepada keutamaan penyelesaian masalah. Apakah isu yang lebih penting perlu diselesaikan terlebih dulu? Adakah Han lebih memikirkan malu atau aib kepada jiran atau lebih kepada ingin menjaga perasaan ibu bapa? Bagaimana pula dengan usaha untuk membantu adik yang hamil?. Dalam konteks mencari jalan penyelesaian utama, berbincanglah dengan adik dan kakak yang lain. Cari penyelesaian yang tidak merugikan kerana adik yang sedang hamil mengalami saat traumatik hidup. Ketika ini, dia amat memerlukan bantuan dan sokongan, terutama sekali ahli keluarga. Seeloknya setiap ahli keluarga hadir menghulurkan simpati dan bantuan serta menunjuk jalan supaya tidak terus sesat.

Justeru, Han perlu membimbing adik untuk menjadi seorang insan yang berguna. Jika disisih dan dihukum, hidup adik pasti terus terumbang-ambing. Menyisihkan tentunya lebih melukakan.

Bincang dengan kakak cara terbaik untuk memberitahu orang tua anda supaya tidak menjadi terlalu emosional apabila menerima berita kehamilan luar nikah itu. Pada masa sama, buat perancangan teliti untuk membantu adik. Cari jalan supaya kejadian itu tidak menjadi berita sensasi jiran. Jangan menafikan hak adik untuk dibantu. Perancangan teliti penting kerana masalah itu turut membabitkan kehadiran seorang anak yang tidak berdosa (anak adik).
Merahsiakan perkara itu mungkin menyelesaikan masalah pada waktu sekarang. Namun, ia bukan penyelesaian sebenar. Lantaran ia realiti sebuah keluarga yang benar-benar wujud. Tanpa mengira keluarga bahagia atau sebaliknya. Memang tidak ada jalan mudah kepada penyelesaian masalah yang Han hadapi. Mungkin berlaku insiden saling salah-menyalahkan dan menimbulkan perasaan marah daripada setiap individu yang terbabit. Ia perkara normal. Bersedialah untuk menghadapi perkara itu selain mencari jalan keluar terbaik kepada penyelesaian masalah. Ia antara jawapan kepada jalan keluar kepada konflik yang Han dan adik alami. Dr doakan yang terbaik untuk Han, adik dan keluarga


Ditahan teguk arak



2010/07/25

JOHOR BAHRU: Enam pengunjung, termasuk wanita yang leka meneguk arak di sebuah pusat hiburan di Zon Bebas Cukai Stulang Laut, di sini, tergamam tanpa sempat melarikan diri apabila diserbu penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi, 20 pengunjung beragama Islam asyik berhibur bersama rakan dan teman.
Tiga lelaki dan seorang wanita pula dicekup mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983 kerana mengambil dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ganja dan ketamin.

Ketua Unit Operasi AADK negeri, Muhamad Zulhilmi Ahmat berkata, serbuan Ops Belantara dijalankan secara bersepadu membabitkan 18 anggota AADK, 11 penguat kuasa JAIJ dan 14 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru


Kafe ekstra

Oleh WARTAWAN METRO AHAD
metahad@hmetro.com.my
2010/07/25

KUALA LUMPUR: Luarannya sama seperti pusat hiburan lain tetapi di dalam, bukan setakat GRO berpeleseran, malah puluhan wanita pemuas nafsu berpakaian seksi turut disediakan.
Siapa sangka, asalkan ada ruang mendapat untung lebih, khidmat wanita pemuas nafsu kini bukan saja ditawarkan di pusat urut, spa dan karaoke eksklusif, malah pusat hiburan berstatus pub menggunakan nama kafe itu turut menyediakan khidmat ekstra.

Mengejutkan apabila khidmat ekstra itu tidak ditawarkan secara sembunyi, sebaliknya terbuka untuk sesiapa saja yang berkunjung ke ‘kafe berahi’ itu.

Rahsia pusat hiburan itu terbongkar selepas wartawan Metro Ahad berkunjung ke situ sebaik mendapat maklumat daripada sumber. Sebaik duduk di kerusi disediakan, dakwaan sumber bahawa pusat itu ‘lain daripada yang lain’ terbukti benar.

Berdasarkan pemantauan, sekurang-kurangnya lima lelaki bertugas umpama bapa ayam atau kapten seperti di spa eksklusif lengkap dengan peralatan waklie-talkie ke hulu hilir mendekati pengunjung.

Tanpa kecurigaan, seorang lelaki terbabit yang mendekati wartawan menawarkan sekurang-kurangnya 30 wanita yang boleh dilanggan dengan harga antara RM360 hingga RM150 bergantung kepada ‘kemahiran’ dimiliki wanita terbabit

Pada masa sama lelaki itu memberitahu, GRO juga boleh dilanggan untuk ‘geli-geli’ dengan harga RM20 saja. Namun, lelaki terbabit lebih cenderung mempromosi wanita pemuas nafsu.

Bagi meyakinkan pelanggan, berulang kali lelaki itu bercakap besar memberitahu tidak perlu bimbang kerana mendakwa pusat hiburan itu ‘kebal’

Berikut perbualan wartawan (W) dengan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Jimi (J) itu.

J: Hello kawan, selamat berkenalan (bersalaman dengan wartawan sambil menghulur kad).

W: Thank you (terima kasih)

J: Apa macam, ada baikkah? You memang untung datang sini.

W: Kenapa?

J: Sini ada amoi.

W: Amoi apa? GRO biasalah, mana-mana pub pun ada.

J: Bukan GRO maaa... Kita ada amoi boleh bagi seks punya.

W: You gila apa, ini macam punya tempat, boleh kasi amoi.

J: Yalah... itu pasal saya kata tadi you untung. Tempat lain mana ada.
W: You kasi amoi, mana mahu projek? Takkan projek di sini.

J: Kita ada tempat maa... bangunan sebelah saja. Ada bilik, bilik air... boleh mandi.

W: Betulkah? Kasi tunjuklah itu amoi.

J: Boleh... boleh, you mahu tengok dulu tak ada hal punya. Boleh fikir mana satu mahu. Kita ada dekat 30 perempuan. China, Vietnam dan Thailand. Saya ada ‘special’ punya untuk you.

W: Apa ‘special’?

J: Kalau mahu special, RM360. Itu amoi boleh buat ‘empat servis’ sekali gus. Apa you mahu buat semua boleh. Kalau you mahu, kita kasi satu jam setengah punya servis.

W: Mahal sangat la. Tak mahulah itu macam. Biasa punyalah.
J: Biasa punya pun ada. RM150, 45 minit.

W: Sini selamat kah?

J: You jangan risau. Sudah ‘settle’ punya.

W: Ok... ok, kasi keluar itu amoi.

Dalam tempoh beberapa minit, muncul sekurang-kurangnya 20 wanita berpakaian seksi berbaris di depan wartawan. Seperti diberitahu, hanya wanita China, Vietnam dan Thailand ditawarkan, tiada wanita tempatan.

J: Ini semua RM150 punya (sambil menyuluh wajah wanita yang berbaris kerana suasana gelap). Pilih mana you suka.

Bagi membuktikan pusat itu benar-benar menyediakan khidmat seks, wartawan terpaksa berlakon dan melanggan seorang daripada wanita terbabit bagi mengetahui lokasi yang dijadikan tempat pemuas nafsu.

W: Oklah, saya ambil itu baju putih PRC (warga China) punya.

J: Kasi wang dulu, nanti itu amoi bawa you pergi bilik.

Selepas membayar, wartawan dibawa keluar melalui pintu belakang yang hanya ditutup menggunakan tirai hitam.

Berdasarkan pemantauan, dua orang berpakaian hitam ala ‘bodyguard’ mengawal lorong belakang bangunan itu. Wanita yang dilanggan membawa wartawan ke bangunan bersebelahan pusat hiburan itu.

Di pintu bangunan itu, seorang lelaki menjaga tempat berkenaan. Dia memandang wartawan sebelum membenarkan masuk.

Di dalam bangunan itu ada sekurang-kurangnya tujuh bilik. Ia dilengkapi pendingin hawa, tilam dan bilik mandi kecil.

Dalam pada itu, lelaki yang ditemui di pintu masuk berjumpa dan menyatakan sesuatu kepada wanita terbabit sebelum menawarkan kondom berharga RM1.

Selepas terbukti wujud aktiviti pelacuran, wartawan membuat helah untuk keluar dari bilik itu. Dengan menggunakan alasan sakit perut dan mahu ke tandas, wartawan segera beredar.

Dalam pada itu, seorang pengunjung yang ditemui memberitahu, pusat itu pernah diserbu pihak berkuasa, namun beroperasi semula.

“Sudah beberapa kali saya ke sini. Tujuannya untuk berhibur sambil memuaskan nafsu. Selepas minum, mabuk boleh ‘order’ perempuan. Pub lain mana ada,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, pusat itu dibuka seawal jam 5 petang, namun meriah sekitar jam 10 malam kerana ketika itu GRO mula berpeleseran, termasuk kemunculan wanita pemuas nafsu yang ditawarkan.

Pusat itu hanya ditutup selepas tiada pelanggan dan tidak hairan setakat jam 3 pagi, ia masih meriah



Sarang pelacur diserbu
SEREMBAN - Siapa sangka, sebuah unit pangsapuri yang dikelilingi penduduk sekitar, di sini dijadikan tempat pelacuran membabitkan warga asing.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan polis Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri melakukan serbuan, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Suprintendan Habibi Majinji yang mengetui serbuan itu berkata, pihaknya percaya lokasi itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak serbuan pihak berkuasa, apabila menemui sebuah monitor dalam pangsapuri berkenaan




Mayat bayi dalam tong


SHAH ALAM – Niat seorang pengutip barangan lusuh untuk meneruskan kerjanya terbantut, apabila dia menemui bungkusan plastik berisi mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di kawasan tempat buang sampah di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, menurut saksi terbabit, ketika dia sedang menggeledah tong sampah di situ k:ira-kira jam 10 malam sebelum menemui bungkusan berkenaan.

:Menurutnya, saksi itu berasa curiga lalu membuka bungkusan berkenaan sebelum mendapati objek yang disumbat dalam plastik adalah seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat.

Zakaria berkata, saksi yang terkejut dengan penemuan itu terus memaklumkan polis berhubung kejadian sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal menunjukkan mayat bayi itu dibalut bersama uri dengan kain sebelum dibungkus dan disumbat dalam plastik terbabit.

“Kami (polis) tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu dan dipercayai baru dibuang dalam tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zakaria berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Katanya, polis sedang mengesan ibu dan bapa kepada bayi terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan







Pengurus paksa tonton video lucah



2010/07/26

ALOR SETAR: Tindakan seorang pengurus agensi pekerja asing mengurung 71 wanita warga Indonesia di sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Taman Perlis, Kangar, Perlis serta memaksa mereka bekerja dalam bidang selain yang dipohon sejak dua tahun lalu terbongkar apabila tiga daripada pekerja itu meloloskan diri serta melaporkan kepada pihak berkuasa, kelmarin.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim, berkata dalam serbuan jam 11.20 malam kelmarin, pihaknya menemui 68 wanita warga Indonesia berusia 17 hingga 40-an ditempatkan di tingkat dua rumah itu yang diubah suai serta menahan pengurus terbabit juga seorang lelaki berusia 49 tahun.
Beliau berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat orang ramai yang menemui tiga wanita warga Indonesia berusia 20-an itu yang melarikan diri dari rumah berkenaan kelmarin.

“Semua pekerja itu memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan sah, tetapi dipaksa bekerja dalam bidang lain daripada dipohon. “Contohnya ada pekerja sepatutnya bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi dipaksa bekerja sebagai pencuci,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, pekerja terbabit terpaksa tinggal di tingkat dua rumah berkenaan dalam keadaan berasak-asak manakala suspek bersama isteri dan empat anaknya tinggal di tingkat bawah turut dijadikan pejabat suspek.

Nar Azaman berkata, semua pekerja itu dipaksa bekerja di beberapa syarikat pembersihan milik suspek serta orang lain di sekitar Kangar dan mereka juga dihantar dan dijemput dari tempat kerja bagi memastikan mereka tidak melarikan diri.

“Mereka hanya keluar dari rumah itu untuk bekerja saja. Selain itu mereka hanya terkurung di situ. Lebih malang, seluruh kawasan rumah itu dilengkapi 14 kamera litar tertutup mengawasi pergerakan pekerja,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya turut merampas dua alat renjatan elektrik serta sebuah beg penuh dengan cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) lucah dipercayai milik suspek.

“Beberapa pekerja turut mendakwa suspek memaksa mereka menonton video lucah bersama ketika isterinya ke luar negara. “Kita masih menyiasat sama ada suspek mendera pekerja terbabit berikutan penemuan alat renjatan elektrik itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 kerana mengeksploitasi orang dipaksa bekerja bidang lain dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda


Pelajar khalwat positif dadah



2010/07/26

ALOR SETAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dicekup berkhalwat di sebuah rumah tumpangan di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala di sini, dalam operasi bersepadu, awal pagi kelmarin.
Rumah tumpangan itu menjadi tempat persinggahan remaja untuk menyewa berikutan di dalamnya terdapat pintu besi seperti penjara dan sukar untuk penguat kuasa membukanya jika melakukan serbuan.
Pasangan berusia awal 20-an itu dicekup kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah.

Lebih mengejutkan, pasangan itu didapati positif dadah ketika menjalani ujian saringan air kencing dan kes diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata pihaknya yang membuat operasi di rumah tumpangan itu mengetuk pintu sebuah bilik berkali-kali sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang wanita dalam bilik itu dan soal siasat mendapati pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti yang mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isterI.


Kahwin 4 bukan cara kawal nafsu

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/07/26

KUALA LUMPUR: “Poligami tak semestinya boleh menyelesaikan masalah nafsu seorang lelaki,” ulas Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal.
Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata, Islam tidak menetapkan syariat yang mengatakan poligami penyelesaian kepada kesukaran golongan Adam mengawal nafsu, sebaliknya masalah terbabit diatasi dengan amalan tertentu.
Katanya, lelaki yang berdepan masalah itu perlu berbalik kepada hukum yang menetapkan supaya semua umatnya berpuasa, mengamalkan zikir dan memperbanyakkan amalan kerana cara terbabit mampu melemahkan nafsu serakah selain godaan syaitan yang menjurus kepada sebaran air mani. “Kejadian merogol anak kandung sendiri meskipun sudah mempunyai empat isteri sepatutnya tak berlaku dan ini secara tidak langsung menunjukkan suami memang tidak boleh mengawal nafsunya.

“Kalau begitu, kita kena periksa pula latar belakangnya dari segi solat, amalannya yang menyebabkan dia (suami) buat demikian. Kalau dia memang tergamak merogol anak kandung sendiri yang sepatutnya dilindungi, maknanya dia berkahwin itu semata-mata memuaskan nafsu.

“Sepatutnya, apabila sudah mempunyai empat isteri, dia kena juga berpuasa, buat amalan lebih banyak dan berzikir kerana ini yang mampu melemahkan sedikit nafsu, tidak kiralah sama ada seorang lelaki itu orang tua atau muda. Kita kena berbalik kepada hukum,” katanya.

Noor Aziah berkata demikian mengulas muka depan Harian Metro, kelmarin mengenai seorang kontraktor beristeri empat layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, Kuala Lipis. Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.


Tindakan tiada perasaan



2010/07/26

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang kontraktor yang mempunyai empat isteri, tetapi masih tergamak menjadikan anak kandungnya tempat untuk melampias nafsunya jelas menunjukkan dia sedang mengalami masalah psikologi.
Ahli Lembaga Kaunselor yang dilantik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim (gambar) berkata, perbuatan sebegitu menunjukkan pelakunya seorang yang tidak normal serta menjadi individu tidak mempunyai perasaan.
Menurutnya, kemungkinan individu ini tidak ada pengetahuan mengenai batasan dalam hubungan kekeluargaan hingga tergamak memuaskan nafsunya dengan anak sendiri.

Katanya, terdapat juga kemungkinan pelakunya mempunyai masalah dalam pergaulan bersama masyarakat hingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keluarganya.

“Selalunya, jika seseorang itu mempunyai nafsu seks yang kuat, tetapi mempunyai pegangan agama dan menjadi ahli masyarakat yang baik...dia tidak tergamak untuk berbuat demikian kepada ahli keluarganya sendiri,” katanya..


Bermukah hingga dua anak

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my
2010/07/26

KULIM: Sepasang kekasih bukan saja hidup bersama seperti suami isteri, malah turut mempunyai dua cahaya mata hasil bersekedudukan lebih tiga tahun.
Pasangan bersekedudukan bukan kerana ketagih seks, tetapi hubungan cinta dihalang keluarga wanita.
Pasangan lelaki berusia 29 tahun tidak mahu dikenali berkata, mereka mahu berkahwin apabila teman wanitanya hamil, tetapi ditolak keluarga.

“Peminangan saya ditolak keluarga teman wanita walaupun ketika itu kami sudah terlanjur dan dia hamil,” katanya.

Katanya, walaupun tidak mendapat restu keluarga teman wanita, dia tetap mengambil keputusan untuk bersama kekasihnya itu kerana sayangkannya serta berasa bertanggungjawab.

“Saya sayangkan teman wanita dan anggap dia sebagai isteri. “Saya mempunyai dua anak bersama teman wanita iaitu berusia 20 bulan dan 30 hari, namun keluarga teman wanita saya masih berkeras tidak menerima saya,” katanya.

Pasangan itu pernah mohon bantuan Mahkamah Rendah Syariah di Perak untuk mendapatkan wali hakim bagi tujuan mengesahkan nikah.

“Ketika proses mendapatkan wali hakim bagi tujuan pernikahan, teman wanita melahirkan anak pertama menyebabkan proses ditunda dan mahkamah turut memanggil keluarga teman wanita untuk hadir ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, meskipun dipanggil mahkamah, keluarga teman wanitanya tetap berkeras serta tidak mahu bekerjasama.

Mahkamah terpaksa menunda tarikh sekali lagi pada Jun lalu namun ketika tarikh perbicaraan, teman wanitanya melahirkan seorang lagi anak menyebabkan perbicaraan ditunda sekali lagi.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kedah (PADK) cawangan Kulim, Azmi Rejab berkata, mereka melakukan siasatan terhadap pasangan itu selepas mendapat aduan orang rama.

Katanya, siasatan mendapati mereka bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak selain mengesahkan pasangan itu mempunyai dokumen permohonan untuk bernikah dan mendapatkan wali hakim.

“Bagaimanapun kes ini tetap disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000,” katanya.

Menurutnya, PADK menasihatkan pasangan untuk tidak tinggal bersama sementara menunggu keputusan




IBU MASIH TAK SERIK2...(menetap serumah bersama teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya di sebuah pasar raya berusia 20-an.)

Diselamat JKM

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad, Norfaisal Jahuri dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
2010/07/27

MELAKA: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai didera berikutan mengalami kesan lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah rumah di Batu Berendam, semalam.
DUKUNG...bayi  dipercayai didera berikutan ada kesan lebam.
DUKUNG...bayi dipercayai didera berikutan ada kesan lebam.
Difahamkan, bayi malang itu diselamatkan selepas seorang penduduk menghubungi JKM selepas mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa mangsa.

Pegawai JKM Melaka Tengah, Saidatul Aini Jafri berkata, sebaik menerima maklumat pengadu kira-kira jam 11 pagi, sepasukan pegawainya bergegas ke rumah dipercayai milik pengasuh kanak-kanak itu untuk menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, pengadu memaklumkan bayi itu dalam keadaan lemah, selain mempunyai beberapa kesan kecederaan.

“Sejurus tiba, pegawai kami melakukan pemeriksaan dan mendapati aduan itu berasas apabila bayi berkenaan mengalami banyak kesan lebam pada beberapa bahagian badan termasuk di muka, kaki dan tangan. Dia dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, bayi berkenaan masih dirawat dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sebelum tindakan susulan diambil,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Kecemasan HM, di sini, semalam.

Saidatul Aini berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat menentukan individu terbabit menyebabkan bayi itu mengalami kecederaan.

“Kami masih menunggu laporan penuh doktor yang merawat bayi itu sama ada terdapat unsur penderaan atau sebaliknya. Apabila mendapat pengesahan perubatan sama ada bayi berkenaan didera atau sebaliknya baru kita membuat laporan polis untuk tindakan lanjut


“Ketika dibawa pemeriksaan, doktor mengarahkan bayi berkenaan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, daripada maklumat awal diperoleh, tiga wanita termasuk seorang pengasuh berada di rumah itu bagi menjaga lima anak kepada seorang wanita berusia 28 tahun termasuk bayi malang berkenaan.

“Saya difahamkan, pengasuh terbabit juga terkejut melihat kecederaan dialami bayi berkenaan sebelum kami menerima aduan kejadian itu,” katanya yang turut menjelaskan hasil semakan sijil kelahiran mendapati bayi itu disyaki anak tidak sah taraf kerana nama bapanya tidak dinyatakan.

Difahamkan, ibu bayi malang itu mendakwa ditinggalkan suaminya sejak setahun lalu, namun masih belum diceraikan dan menetap serumah bersama teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya di sebuah pasar raya berusia 20-an.

Menurut wanita berkenaan, dia terkejut apabila mendapati anak bongsu daripada lima beradik itu mengalami kesan lebam.

CARI NAHAS..BAPA DAN KELUARGA...PENTING PELAJARAN DAN MARUAH...IA JADI DAYUS...JANGAN KITA FIKIR SENTIASA BETUL...LARI PADA SAH...PERGI KE HARAM DAN ZINA...

Bakal isteri keempat

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/07/25

KUALA LUMPUR: Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa dipantau keluarga, namun angkara cinta buta, seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.
ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.
ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.

“Saya bukan jenis liar sebab ayah dan ibu menjaga saya dengan sempurna. Saya diberi didikan agama manakala batas pergaulan saya sentiasa dipantau keluarga.
“Entah bagaimana, perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an membuatkan saya hanyut. Saya lupa keluarga... lupa dosa dan pahala,” kata Aleeya ketika ditemui baru-baru ini.

Baginya, lelaki itu membuatkan hidupnya bahagia sehingga dalam tempoh singkat dia dengan rela hati menyerahkan tubuhnya.

“Bukan saya tidak tahu perbuatan itu (seks sebelum berkahwin) berdosa. Saya juga tahu apa dibuat itu boleh membuatkan mengandung.

“Bagaimanapun, apabila nafsu menguasai diri, saya lupa segala-galanya. Saya merelakan diri diperlakukan seperti isteri,” katanya.

Menurutnya, lelaki ditemuinya disifatkan sangat baik dan bijak berkata-kata, membuatkan dia pasang impian untuk hidup bahagia.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu di kedai makan ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota dua tahun lalu. Perkenalan singkat itu membuahkan cinta sehingga kami kerap keluar bersama.

“Dia terlalu baik dan budiman. Selepas beberapa kali bertemu, secara terus terang dia beritahu dia sudah berkahwin dan ada anak, namun kerana perasaan sayang yang mendalam, saya rela menerimanya,” katanya.

Keyakinan Aleeya terhadap lelaki itu semakin kukuh apabila turut diperkenalkan dengan isteri lelaki terbabit.

“Isteri lelaki itu menerima saya seadanya. Itu membuatkan saya rela menjadi isteri lelaki itu, sekali gus hidup bermadu. Namun hasrat bergelar isteri tidak kesampaian kerana keluarga tidak membenarkan saya berkahwin, sebaliknya mahu saya menumpukan kepada pelajaran,” katanya yang mengakui hubungannya dengan lelaki itu diketahui keluarganya.

Aleeya berkata, keluarganya meminta dia memberi tumpuan kepada pelajaran dan melupakan cintanya, tetapi dia tetap meneruskan hubungan terlarang itu.

“Setahun melakukan hubungan seks terlarang, saya dapati berlaku perubahan pada diri saya. Saya tidak datang haid selama dua bulan. Apabila melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan, rupa-rupanya saya mengandung,” katanya.

Perasaan panik menyelubungi Aleeya, namun dia tidak merujuk masalahnya kepada sesiapa melainkan kepada kekasihnya.

“Lelaki itu mahu bertanggungjawab dan segera mengahwini saya. Dia ajak pulang ke kampung saya dan memberitahu perkara sebenar kepada keluarga saya, namun saya tidak berani.

“Ketika itu saya berasa selamat kerana lelaki itu menunjukkan kesungguhannya mahu bertanggung jawab,” katanya.

Ketika mabuk bercinta, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya mempunyai bukan seorang tetapi tiga isteri.

Aleeya turut difahamkan, lelaki itu berkahwin lebih daripada satu menggunakan sindiket.

“Maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu. Saya berterus terang dengan lelaki itu dan dia menafikannya,” katanya.

Dia terus menaruh keyakinan dengan kejujuran lelaki itu sehingga sanggup menipu keluarga tidak pulang ke kampung ketika cuti semester kononnya mahu bekerja.

“Lama kelamaan saya tertekan dengan keadaan sedemikian. Saya akur dengan permintaan lelaki itu yang mahu membawa saya pulang ke kampung. Lelaki itu menjadi jurucakap saya kerana saya tidak berani berterus terang,” katanya.

Selepas rahsia terbongkar, lelaki itu menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aleeya, namun tidak dipersetujui keluarga.

“Mereka (keluarga) tidak mahu melihat saya menderita, apatah lagi selepas mengetahui sisi gelap lelaki itu, termasuk dakwaan kononnya dia beristeri empat,” katanya.

Menurut Aleeya, itu kali terakhir dia bertemu lelaki itu, namun cinta yang mendalam membuatkan mereka tetap berhubung.

“Isteri lelaki itu turut sentiasa bertanya khabar saya. Apa pun saya sedar, saya masih perlukan keluarga. Saya bersyukur keluarga masih menerima saya dan mahu memelihara anak yang dikandungkan.

“Saya sedar pengorbanan keluarga terlalu besar... mereka sanggup menanggung malu dan memberi semangat untuk terus kuat membina hidup baru,” katanya.
Aleeya berkata, keluarganya mahu dia meneruskan pelajaran dan berjaya dalam hidup.

“Apabila di samping keluarga, perasaan menyesal menerpa tak sudah-sudah. Saya hanya mampu menangis dan menyesali apa dibuat,” katanya

ADAKAH NI LUAR PENGETAHUAN MUFTI2...ATAU HUKUM ISLAM RASA TAK CANGGIH LAGI

Penuntut liar

Oleh FIRDAUS SAHAT dan MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR
am@hmetro.com.my
2010/07/25

KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.
pix_middle

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.
“Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

“Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

“Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja,” katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.
“Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

“Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

“Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

“Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, “katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk

BUKAN BIJAK..BODOH..DIBODOHKAN OLEH SYAITAN...BODOH JUGA ORANG BERKUASA MENGELAK2 HUKUM ALLAH DIJALANKAN...DIPERBODOH OLEH SYAITAN...SYAITAN NAK HUMBAN MEREKA BERSAMA2 DENGANNYA DI NERAKA.

RENCANA UTAMA


Isteri curang bijak simpan rahsia


WANITA bijak menyimpan rahsia hinggalah kecurangan mereka terbongkar.


KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.
Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.
“Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran,” cerita beliau.
Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya dalam ruangan forum Internet.
Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.
Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.
Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.
Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.
Meningkat
Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.
Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.
“Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.
“Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.
Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.
Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.
“Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri,” terang beliau.
Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.
Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.
Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.
Cinta sepejabat
“Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang,” katanya.
Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.

MEDIA akhir-akhir ini kerap melaporkan kisah suami menangkap isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.


“Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang,” hujah beliau.
Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.
“Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun,” katanya.
Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.
“Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.
“Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya,” katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.
“Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka,” terang beliau.

TOLOL BIN BANGGANG IKUT SELERA SYAITAN

TERUS MENERUS KITA DIPERBODOH OLEH SYAITAN...IKUT SYAITAN UNTUK BAWA KITA KE NERAKA..ITU KEJE DIA..FULLTIME...KITA IKUT BANGGANGLAH

SUSAH2 NAK KEJAR BAPA LARI...YANG KITA LINDUNGI ORANG AHLI ZINA WATPE....ROTAN 100X ATAU REJAM ..IKUT HUKUM ALLAH...NAPE BODOH SANGAT

NEGARA


Juara Sebaya bendung buang bayi


SHAHRIZAT (dua dari kiri) bersama Sharifah Hapsah (depan kanan) pada majlis pelancaran program Kami Prihatin di Bangi semalam.


BANGI - Gerakan kempen Kami Prihatin perlu turun padang ke semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk menjadikan para pelajar sebagai 'Juara Sebaya' menyedarkan masyarakat mengenai isu pembuangan bayi di kalangan remaja.
Melalui projek Rakan Pintar, sebagai permulaan kerajaan menyasarkan seramai 105,377 pelajar baru di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilibatkan dengan kempen itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, memandangkan institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai ramai remaja, pendedahan melalui rakan seusia diharap dapat menyedarkan mereka yang terlibat tentang gejala maksiat dan kes-kes pembuangan bayi.
"Dalam kes buang bayi sebelum ini ramai bapa kepada bayi itu lari dan sukar dikesan. Ibu bayi yang dibuang pula sebahagian besarnya gadis di bawah umur 18 tahun, jadi remaja lingkungan umur sedemikian perlu didedahkan melalui kempen ini," katanya

Friday, July 23, 2010

NTAH BERAPA BANYAK KES ZINA DIPAPAR DI DADA AKHBAR...MUFTI2 MEMBISU TENTANG HUKUM ALLAH..MEREKA SEBAGAI PENASIHAT PEMERINTAH...MEMBISU SERIBU KATA...NAK TUNGGU APA...NAK TUNGGU DIRI MATI ATAU ALLAH TURUNKAN BALA...TU SEBAB ULAMAK DAHULU TOLAK JAWATAN MUFTI...TIDOKE

Rakam noda anak

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/07/24

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.
Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

“Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL,” katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Serbu remaja teguk arak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
2010/07/24

KUALA LUMPUR: Bagai tidak percaya menyaksikan ratusan remaja bawah umur leka berpesta ‘ladies night’ sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan Yap Ah Sak, Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.
Namun, kegembiraan remaja terbabit tidak bertahan lama apabila pusat hiburan itu dikepung sebelum diserbu polis dan menahan 111 pengunjung.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan tiga pegawai dan 15 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral itu.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya percaya pusat hiburan itu menjadi tumpuan remaja kerana tiada sekatan dilakukan pusat itu terhadap remaja bawah umur.

“Seramai 67 remaja perempuan dan 44 lelaki bawah umur ditahan untuk diambil keterangan dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka.

“Hasil soal siasat, majoriti remaja terbabit ditahan untuk kali pertama bagi kesalahan berkenaan. Mereka dibebaskan atas jaminan ibu bapa selepas diberi kaunseling,” katanya ketika dihubungi. Razali berkata, hasil risikan pihaknya, setiap minggu terutama malam Khamis pusat hiburan terbabit meriah kerana selalu menganjurkan parti ‘ladies night’.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pengurus pusat hiburan terbabit.

“Polis akan mendakwa pengurus itu di mahkamah kerana membenarkan remaja bawah umur memasuki pusat hiburan itu tanpa sekatan had umur dan majoritinya pelajar sekolah.

“Kami akan usulkan perkara ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyekat sebarang pembaharuan lesen pusat hiburan itu,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu beroperasi sejak setahun lalu dan keuntungan motif utama pusat hiburan terbabit membenarkan remaja bawah umur memasuki tanpa sekatan.

“Pusat hiburan terbabit pernah diserbu dua kali masing-masing oleh IPK Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi

“Polis akan menyiasat kes ini mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 yang boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan remaja bawah 21 tahun tidak dibenarkan memasuki premis hiburan di ibu kota apabila Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dipinda pada 2003



Adik goda, kakak ugut

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/07/24

JOHOR BAHRU: Adik goda, dua kakak peras ugut. Itulah taktik digunakan tiga beradik perempuan mendapatkan wang secara mudah daripada lelaki sasaran mereka.
Si adik bekerja pelayan pelanggan (GRO), manakala dua kakaknya berperwatakan tomboi saling bekerjasama melakukan pelbagai perbuatan keji mendapatkan wang cara mudah mengikis dan mengugut lelaki menjadi mangsa mereka.
Difahamkan, sehingga kini sekurang-kurangnya lima lelaki menjadi ‘hamba’ tiga beradik itu selepas hanyut dalam godaan si GRO dan sanggup mengeluarkan wang demi memastikan rahsia mereka menjalin hubungan sulit tidak dibongkar si tomboi kepada keluarga masing-masing.

Taktik adik-beradik itu si GRO menggoda dan memerangkap mangsa, manakala si tomboi mengugut ahli keluarga mangsa tidak masuk campur atau berdepan tindakan ‘ganas’ mereka.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Effa, 46, anak sulungnya, Iwan, 24, menjadi mangsa tiga beradik itu selepas berkenalan dengan GRO terbabit menerusi rakan sekerja dan sejak itu sikapnya jauh berubah.

“Iwan bertugas sebagai jurutera d syarikat perkapalan dan dalam tiga minggu selepas berkenalan dengan GRO itu, perangainya berubah daripada anak yang baik kepada lupa segala-galanya.

“Dalam tempoh berkenaan, Iwan sanggup menghabiskan wang simpanan ribuan ringgit, selain berhutang kad kredit bagi memastikan kebahagiaan GRO terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Effa berkata, akibat mabuk cinta dengan GRO terbabit, Iwan dibuang kerja Mei lalu berikutan kerap ponteng semata-mata mahu menghabiskan masa dengan perempuan murahan terbabit.

Katanya, mereka sekeluarga tidak pernah menikmati hasil titik peluh daripada pekerjaan pertama Iwan dan beranggapan ijazah diperoleh anaknya hasil pengajian selama lima tahun tidak bermakna kerana dia melupakan segala tanggungjawab.

“Namun, demi masa depan Iwan, saya dan suami sanggup bersemuka dan menghubungi GRO itu untuk menasihatinya supaya menamatkan hubungan, selain mengelak anak kami terjebak dalam kancah maksiat.

“Kami tidak menyangka GRO itu dinaungi dua kakaknya berperwatakan seperti lelaki yang turut bersubahat. Tiga beradik terbabit tiba-tiba muncul di depan rumah kami dan berlagak samseng termasuk meludah serta memarahi saya dengan katakesat,” katanya

Menurut Effa, tiga beradik terbabit turut memaki-hamunnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar hingga ia menimbulkan tekanan.

Mereka mencabar Iwan meninggalkan keluarga, selain memberi peringatan kepada Effa sekeluarga supaya tidak masuk campur urusan mereka.

“Selepas mengetahui helah ketiga-tiga beradik itu, saya membuat laporan di Balai Polis Tampoi awal bulan lalu kerana bimbang keselamatan Iwan yang kini menjadikan kediaman kami seperti rumah tumpangan,” katanya.

Effa turut terkejut apabila mendapat tahu untuk membiayai kehidupan, tiga beradik terbabit mempunyai hubungan dengan sekurang-kurangnya lima lelaki, ada yang bujang dan ada juga berkahwin


Katanya, lelaki yang terjerat dengan perangkap tiga beradik itu membiayai rumah, kereta, bil elektrik dan air hinggalah perbelanjaan bulanan mereka dan sejak Iwan kehilangan kerja, dia dilayan seperti pemandu kepada tiga beradik terbabit.

“Iwan seolah-olah berada di bawah pengaruh syaitan apabila sanggup melanggar saya menggunakan kereta GRO terbabit hingga cedera ringan, pada 25 Jun lalu.

“Bagaimanapun, Tuhan seperti mahu membalas kejahatan tiga beradik itu apabila GRO terbabit ditahan dalam operasi Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah kelab malam, sehari selepas kejadian,” katanya.

MACAM PELIK BUNYINYA...TETAPI BEGITU KREATIF AKAL MANUSIA DAN CANGGIH..DENGAN TIDAK MEMBANGKIT LANGSUNG ISU INI DENGAN HUKUM QURAN.. ...MACAM HENDAK MENGALIH PANDANGAN..KENAPA SUSAH SANGAT NAK LAKSANAKAN...JIKA DAH BERZINA ATAU ADA CITA2 NAK BERZINA...MEMANG TAKUT HUKUM NI NAK LAKSANAKAN...SEBAB DAH BUAT DAN BERCITA2 NAK BUAT...BOLEHKAH BERDALIH DAN BERI ALASAN DIHADAPAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI....

NEGARA


Sekolah khas untuk pelajar mengandung



SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.



MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.
Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.
Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.
"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya





KOMEN



hairan...,manusia Allah hidupkan...kurniakan pelbagai
rzki...bila bab undang2 Allah dketepikan...xmau guna pakai..guna
undang2 sendiri @manusia cipta...xingat mati..xtakut neraka...menolak
bererti INGKAR pada PERINTAH ALLAH...ni bermakna TURUT pada
HASUTAN syaitan...bererti menempah NERAKA ALLAH...





Sekolah murid mengandung, 'idea kreatif' KM Melaka
Angkasanuri   
Tidak lama lagi ada sekolah baru akan diwujudkan di Melaka. Sekolah ini bukan sebarang sekolah. sekolah yang cukup istimewa hasil idea kreatif Ketua Menteri Melaka.

Sekolah Murid Mengandung. Tidak pasti di mana lokasinya serta siapa yang bakal menjadi guru besar dan tenaga pengajar.

Sekolah ini pastinya memerlukan tenaga pengajar yang ramai. Selain itu sekolah ini juga memerlukan sebuah kawasan yang luas. Untuk mendapat jumlah murid untuk dimuatkan ke dalam sekolah berkenaan bukannya satu masaalah.

Sepanjang Umno-BN memerintah Melaka cukup 'meriah' Melaka dengan kes-kes zina dan anak haram yang meningkat saban tahun. Semua itu boleh diperolehi sama ada yang terdapat dalam fail kes Jabatan Agama Islam atau yang bersepah di negeri Melaka ini.

Siapa pula tenaga pengajarnya bukan menjadi isu, kerana Ketua Menteri sudah pasti akan menggunakan kedudukannya mengarahkan guru di bawah kerajaan negeri untuk mengajar.

Untuk menjadi guru besar juga tidak menjadi masaalah kerana lepas pilihanraya umum nanti, Dato Seri Muhamad Ali Rustam boleh menjadi guru besarnya!

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

MEMBENARKAN FILEM LUCAH TERSEBUT...HUKUM ALLAH BAGAIMANA....KITA MERANCANG...ALLAH MENENTUKAN...JANGAN CUBA..MEPERSENDA /BERBOHONG ATAU MENIPU ALLAH...JANGAN JADI ULAMAK AUTA DAN ULAMAK JAGA DUNIA DAN KEPENTINGAN PERIBADI DARI HUKUM ALLAH...ULAMAK NI CARI NAHAS...

Ariel, Luna nikah dalam lokap



2010/07/23

JAKARTA: Pihak berkuasa mungkin menikahkan Ariel Peterpan dengan seorang daripada pasangan ranjangnya, Luna Maya, untuk mengubah imej dan persepsi masyarakat terhadap mereka.
Menurut sumber, pernikahan itu mungkin boleh diadakan di bilik lokap polis Indonesia yang kini menjadi tempat Ariel ditahan.
Sumber itu yang terbabit dalam siasatan kes penyebaran video lucah Ariel berkata, pihaknya juga terfikir untuk menyatukan pasangan terbabit secara sah.

“Cuma, kami berpendapat, Ariel dan Luna Maya jangan dinikahkan terus, sebaliknya biar mereka ditunangkan dulu,” katanya.

Menyedari perhatian besar diberikan orang ramai terhadap kes itu, sumber terbabit berkata, polis akan memaklumkan kepada media jika rancangan pertunangan itu akan dilaksanakan.

“Jika ia dipersetujui, kami akan beritahu.

“Walaupun disatukan dalam lokap polis, kami berharap ia lebih baik untuk Ariel dan Luna Maya, selain mengubah tanggapan masyarakat terhadap mereka,” katanya.

Ketika ini, Ariel masih ditahan di lokap polis sementara menunggu siasatan disiapkan, manakala Luna Maya bebas, tetapi diwajibkan melaporkan diri apabila diperlukan.

Kedua-dua mereka kini dianggap suspek dan berkemungkinan besar akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi. - Agensi

JANGAN CARI NAHAS...MEMANG SEMUA DATANG DARI ALLAH...TAPI LARANGAN HAMPIR KEPADA KEMUSNAHAN/KEBINASAAN

Gadis hadapi dugaan tunang HIV



SAYA berusia awal 20-an dan sudah bekerja. Kini keliru dan cuba membina semangat untuk meneruskan kehidupan kerana kerap kecewa.
Saya baru saja bertunang Mac lalu tapi tidak dapat meneruskan hubungan kerana pasangan memberitahu dia menghidapi HIV dan saya sudah melihat laporan perubatannya.

Dulu dia seorang gay tapi kami berkawan baik. Sepanjang perhubungan dia menjaga saya dengan baik dan memberitahu niatnya untuk berubah. Saya yakin jika niat baik, Allah pasti merahmati hubungan kami. Saya gembira dan teruja untuk berkahwin selain memiliki keluarga seperti orang lain.

Malangnya saya diuji bukan soal kesetiaan tetapi aspek lain. Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya saya dengan kehidupan sekarang kerana sudah banyak membuat perancangan apabila berkahwin kelak.

Saya sudah mencuba yang terbaik dalam perhubungan kami. Malangnya masih gagal juga. Saya sangat kecewa dan mahu hidup dalam suasana gembira.

Hati saya sudah tawar untuk meneruskan hubungan dan berasa tertekan. Bagaimana saya harus meneruskan kehidupan? Diharap Dr dapat membantu dan memberikan kata-kata semangat.

Emosi saya terganggu sekali gus menyebabkan prestasi kerja menurun. Haruskah saya mencari teman yang lain bagi mengubat kekecewaan ini?
Dalam dilema
Terengganu.
DR ucapkan tahniah kerana adik masih mempunyai kekuatan dalam meneruskan kehidupan. Bukan mudah menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Sebagai manusia, sudah lumrah untuk sedih dan kecewa apabila menghadapi kegagalan. Kekecewaan berlaku kerana adik meletakkan harapan tinggi dalam perhubungan dengan tunang. Begitu banyak perancangan sudah diatur seperti impian untuk mempunyai keluarga dan menjadi isteri yang komited. Apabila banyak harapan tidak dapat dipenuhi, kekecewaan semakin dirasai.

Adik tidak gagal dalam bercinta kerana tunang masih setia dan tidak mensia-siakan mahligai cinta yang dibina. Dalam kehidupan, ada kalanya banyak yang tidak menjadi kenyataan disebabkan situasi tertentu. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Adik diuji dengan tunang menghidap HIV.

Adik seorang yang mempercayai jodoh pertemuan Allah yang menentukan selain mempercayai hanya Allah lebih mengetahui segala yang terbaik. Berpegang kepada kepercayaan qada dan qadar, adik boleh membina kekuatan diri serta melihat bahawa kehidupan adalah satu ujian. Dr akui bukan mudah untuk meneruskan kehidupan apabila berhadapan dengan banyak kekecewaan. Bagi melupakan kekecewaan itu, adik boleh memulakan hidup baru dan kini cuba fokus kepada diri sendiri. Ia sebagai satu pelarian untuk mengurangkan kepedihan yang ditanggung selain satu bentuk mekanisma bela diri bagi menambah kekuatan.

Mengenai hubungan dengan tunang, beberapa pilihan ada di tangan. Adik boleh meneruskan perkahwinan dan kesannya perlu bersedia berhadapan dengan risiko tertentu. Jika adik tidak sanggup berhadapan risiko berkahwin dengan seorang penghidap HIV, adik tidak boleh membuang terus tunang hanya kerana dia mempunyai HIV. Tidak dapat berkahwin tidak semestinya mengelak daripada membantu dia meneruskan kehidupan.

Persoalannya, haruskah adik terburu-buru mencari kawan supaya dapat mengubati hati, tapi pada masa sama adik tidak mahu bercakap soal perasaan? Jawapannya, adik perlu ikhlas dalam membina satu perhubungan cinta. Jika niatnya adalah untuk mengubati hati yang luka, adik pasti kecewa jika luka itu tidak terubat. Begitu juga adik pasti kecewa jika masih bercakap mengenai perasaan sendiri. Sekali lagi adik meletakkan harapan dan jangkaan tinggi dalam mengejar cinta.
Sebaiknya, biarlah cinta itu datang dengan sendiri, tanpa dipaksa dan bukan untuk menghilangkan kekecewaan. Jika adik bercinta untuk mengubati hati yang luka, adik pasti lebih banyak memikirkan keperluan diri.

Adik pasti terlupa teman adik mempunyai keinginannya tersendiri dan wujudnya perhubungan cinta berat sebelah serta sudah tidak bersifat ikhlas.

Mengenai kata-kata semangat, orang yang lebih layak memberinya ialah diri sendiri kerana hanya adik lebih mengenali diri. Anggaplah segala yang berlaku sebahagian daripada episod kehidupan, ada suka dan duka. Berilah masa kepada diri untuk mengubati segala kekecewaan. Jangan paksa diri untuk melupakannya.

Cari minat atau hobi untuk mengurangkan kesakitan emosi yang dialami. Cari kawan dipercayai yang boleh mendengar luahan hati. Bina kekuatan diri melalui amal ibadah. Membaca juga satu terapi mengurangkan tekanan

BAGI ORANG ISLAM GUNALAH UNTUK ISLAM@DAKWAH..BUKAN BUAT MUNGKAR....SEBAB MATLAMAT KITA SYURGA DI AKHIRAT BUKAN NERAKA....SYAITAN SELALU MEMESONGKAN KITA....TAK MENGIRA BULU SERTA TAHAP PENGAJIAN AGAMANYA...SEKURANG2 PERANGKAP RIAK...

500 juta guna Facebook



2010/07/23

SAN FRANCISCO: Jumlah pengguna Facebook mencapai 500 juta, semalam dan ini bermakna seorang daripada setiap 14 orang di bumi ini sudah mendaftar di perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu.
“Hingga hari ini, 500 juta penduduk dunia aktif menggunakan Facebook untuk menghubungi kenalan mereka,” kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam laman blognya. “Ini usaha anda semua yang membantu menyebarkan Facebook kepada dunia,” katanya lagi.
Bagi meraikan kejayaan Facebook, syarikat dari California itu memberi peluang pengguna menceritakan kisah bagaimana Facebook dapat membantu menjadikan hidup mereka lebih menarik.

Contohnya, Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen yang menggunakan Facebook untuk berkomunkasi dengan rakyat ketika beliau menjadi Perdana Menteri Denmark dan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang turut menggunakan khidmat Facebook ketika melawan penyakit barah payu dara.

“Misi kami adalah membantu orang ramai di seluruh dunia saling berhubung,” kata Zuckerberg.

“Saya tidak pernah menyangka Facebook dapat membantu orang ramai dalam pelbagai cara ketika memulakan perkhidmatan ini enam tahun lalu,” tambahnya lagi.

Menurut undian baru-baru ini, pengaruh Facebook ke atas warga Amerika makin meningkat dan kebanyakan wanita memeriksa laman Facebook mereka terlebih dulu sebaik bangun tidur. - AFP

Thursday, July 22, 2010

NI ..iNSYAALLAH BOLEH DIUBAT JUMPALAH...ORANG2 TAKWA...MOHON IA BERDOA PADA ALLAH..

Murid terjun bangunan

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my
2010/07/23

MUAR: Bagaikan aksi dalam filem, seorang kanak-kanak hiperaktif berusia 10 tahun melakukan lagak ngeri apabila terjun dari tingkat satu bangunan sekolahnya di Jalan Abdullah di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, murid tahun empat itu bernasib baik apabila dia jatuh di atas bumbung dan hanya mengalami calar pada anggota badan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, murid terbabit baru saja dihantar kedua-dua ibu bapanya dan difahamkan, tiada guru mahupun murid lain di sekitar kawasan itu.

Walaupun terdapat dua pengawal keselamatan, kanak-kanak itu gagal dikawal lantaran terlampau aktif dan tidak reti duduk diam.

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit mengalami sindrom hiperaktif sejak lahir, malah pergerakan yang terlampau cergas itu membuatkan dia sukar dikawal sesiapa pun termasuk guru dan ibu bapanya sendiri.

Katanya, tidak sampai lima minit ibu bapanya menghantar murid itu, dia berlari-lari seperti sedang bermain dengan rakan sedarjah.

“Namun, kelibat murid berkenaan terus hilang sebelum pengawal yang bertugas bertindak mencarinya di sekeliling bangunan sekolah terbabit.

“Apa yang disedari selepas itu, murid tahun empat berkenaan sudah bersedia untuk terjun dari tingkat satu bangunan tiga tingkat berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, pengawal keselamatan yang menyedari tindakan murid itu kemudian cuba memujuknya tapi gagal apabila mangsa terus terjun dari tingkat satu bangunan sekolah itu.

“Mujurlah atap asbestos menghalang murid itu daripada terus jatuh ke atas jalan. Namun, dia seakan-akan tidak puas hati dengan aksinya itu dan kemudian mahu cuba terjun daripada atap itu.

“Nasib baik tindakannya itu berjaya dihalang seorang lagi pengawal keselamatan sekolah yang berada berhampiran tempat murid itu terjun,” katanya.

Difahamkan, murid itu tidak cedera dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran.

PELIK TAPI BENAR...MUNGKAR TAK MENGIRA SIAPA....ELOK INGAT MASA MUDA2 DULU WAT PE...

Disamun gadis seksi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/07/23

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikesan sengaja menayangkan bahagian sulit tubuhnya kepada pemandu teksi dinaiki sebelum menyamun menggunakan cecair misteri yang sengaja disembur ke muka mangsa.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri lebih dua jam tersedut kimia klorofom didakwa gadis itu cecair membangkitkan ghairah lelaki.
Dalam kejadian terbaru, seorang pemandu teksi dikenali sebagai Abdullah, 68, disamun gadis seksi terbabit yang menahan teksinya berhampiran Old Town, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 11 pagi, baru-baru ini.

Menurutnya, gadis yang memakai skirt berkenaan dilihat membawa beg bimbit berwarna hitam sebelum meminta dihantar ke Hentian Bas Klang, di sini.

“Gadis berkenaan yang berkulit putih dan mempunyai parut halus di pipi kanan ternyata cukup peramah dan bertanya banyak soalan berhubung kerjayanya sebagai pemandu teksi.

“Pada masa sama gadis terbabit memberitahu bekerja sambilan sebagai penjual ubat kuat khusus untuk menaikkan syahwat lelaki. Pada masa sama, dia mengeluarkan botol kecil seperti minyak wangi yang didakwa ‘berkhasiat' untuk mengembalikan kejantanan lelaki,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun menolak tawaran gadis terbabit untuk membeli ubat berkenaan dengan alasan sudah tua dan tidak memerlukan ubat itu.

“Namun gadis terbabit seolah-olah tidak berputus asa dan memujuk saya supaya membeli cecair terbabit yang didakwa hanya perlu disemburkan ke bahagian kemaluan lelaki.

“Dia memberitahu cecair terbabit dijualnya pada harga murah iaitu RM70 berbanding harganya di farmasi atau kedai ubat yang mencecah lebih RM100 sebotol. Namun saya berulang kali menolak tawaran itu,” katanya yang juga bapa kepada enam cahaya mata.

Menurutnya, gadis terbabit yang mungkin mula berputus asa kemudian mengubah tajuk perbualan dengan meminta mangsa meneka sama ada dia masih anak dara atau sudah berkahwin.

“Saya yang enggan menjawab pertanyaan gadis terbabit bagaimanapun terkejut apabila gadis terbabit tiba-tiba menyelak baju dipakainya sambil menunjukkan puting payudaranya kepada saya.

“Tindakan berani gadis terbabit menyebabkan saya terkejut dan memintanya supaya menjaga tertib dan tidak melakukan perbuatan kurang senonoh di hadapan saya,” katanya.

Menurutnya, gadis itu tanpa segan silu menyuruh dia memandang payudaranya dengan mendakwa ia adalah bukti dia masih dara.

“Lebih mengejutkan apabila gadis terbabit dengan beraninya sengaja menunjukkan pusat selain menyelak skirt dipakai bagi menayangkan bahagian sulitnya itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan `berani mati' gadis berusia lewat 20-an itu menyebabkan hatinya benar-benar tersentak.

“Ketika itulah gadis terbabit sengaja menyemburkan cecair perangsang seks berkenaan ke arah lubang penghawa dingin teksi saya sebelum bau wangi menyelubungi kereta saya. Tidak sampai beberapa saat selepas itu, kepala saya tiba-tiba berasa berpusing dan mengantuk tanpa diketahui punca.

“Saya rasa berat kepala terpaksa memberhentikan teksi berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sebelum tertidur dalam keadaan kepala tertangkup pada stereng kereta. Ketika itu saya seolah-olah tidak sedarkan diri dengan apa berlaku dipercayaikesan cecair pelik disemburkan gadis itu,” katanya.

Menurutnya, dia hanya tersedar kira-kira dua jam kemudian selepas terdengar azan Zuhur dari masjid berhampiran.

“Ketika itu gadis terbabit hilang manakala RM70 disimpan dalam poket baju saya hilang. Saya yakin wanita terbabit sengaja membuatkan saya pengsan sebelum merompak.

“Kesan kimia cecair berkenaan menyebabkan saya batuk dan muntah sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah di Sungai Buloh di sini. Saya tidak tahu kimia apa digunakan wanita terbabit, mungkin kimia klorofom kerap digunakan penjenayah membuat mangsa pengsan sebelum diperkosa,” katanya.

Dalam beberapa kes sebelum ini, polis turut mengesan cecair diperbuat bahan pengawet dikenali ‘phencyclidine’ untuk mengkhayalkan mangsa sebelum diperkosa

JUMPA LAGI..BILA NAK SELESAI...PERSENDA LAGI HUKUM ALLAH

Wanita jumpa bayi



2010/07/23

JOHOR BAHRU: Bungkusan sampah yang bergerak-gerak di bawah tempat duduk seorang wanita di hentian bas Jalan Persiaran Mutiara Emas awal pagi semalam menyelamatkan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu tidak berhati perut.
Hanya berbalut kain batik dan diletakkan dalam beg plastik, bayi perempuan comel menempuh kesejukan apabila ditinggalkan di atas simen di bawah tempat duduk hentian bas tidak jauh dari Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ternyata bayi itu bernasib baik apabila ditakdirkan ditemui wanita dalam perjalanan ke tempat kerja itu jam 6.40 pagi semalam.

Curiga dengan isi kandungan beg plastik yang bergerak-gerak itu, wanita terbabit memeriksa bungkusan dan terkejut mendapati bayi perempuan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.



Bayi putus kepala ditemui

PELABUHAN KLANG - Seorang penyelam Royal Selangor Yatch Club tidak menyangka plastik hitam yang diingatnya berisi bangkai ayam yang dilihat terapung di Yatch Club rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki yang sudah terputus kepala.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang semalam, dia bersama beberapa rakan sedang menarik bot untuk dibawa ke darat bagi dibersihkan melalui landasan yang dikhaskan.

“Ketika berada dalam bot, saya ternampak kaki kecil sebesar tapak tangan dewasa dalam satu plastik hitam yang terapung berhampiran landasan.

“Saya memaklumkan rakan-rakan namun semua mengesyaki ia adalah kaki ayam yang dibuang orang ramai.

“Namun firasat saya kuat mengatakan ia adalah kaki manusia dan lantas saya turun ke dalam air lalu membawa plastik itu ke daratan,” katanya.

Menurutnya, sebaik membuka plastik, dia dan rakan-rakan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi yang sudah terputus kepala.

“Kelihatan ia masih bertali pusat dan lehernya dipenuhi darah bercampur air. Perutnya juga sudah kembung dipenuhi air.

“Berdasarkan keadaan mayat, saya yakin ia baru dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab ke laut. Saya segera memberitahu pengurus yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah bayi lelaki.

“Ia dibungkus bersama sehelai lampin pakai buang dalam satu plastik hitam. Berdasarkan keadaan mayat kita mengesyaki ia dibuang ke laut dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

“Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu. Semua maklumat bakal diketahui melalui bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok (hari ini),” katanya.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya

LAH NI HUKUM KOD SUKA...DAH KAWIN..CERAIKANLAH..SURUH NIKAH SEMULA BILA DAH ABIS EDAH...BESOK KAT AHKHIRAT JAWAB SEMUA YANG TERLIBAT...TERMASUK YANG BERKUASA

Isteri nikah tanpa cerai

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my
2010/07/23

KUANTAN: Hancur luluh hati seorang bekas tentera yang baru dibebaskan daripada tahanan selama sembilan bulan apabila mendapati isterinya sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun sedangkan dia tidak pernah menceraikan wanita itu.
Lebih mengaibkan, Mohd Zaini Abdul Hamid, 28, mendakwa ibu mentuanya bersekongkol menyembunyikan rahsia pernikahan isterinya dengan suami kedua selain menjadi dalang terhadap perkahwinan terlarang itu yang dilakukan di negara jiran.

Mohd Zaini dari Nenasi, Pekan, mendakwa isterinya yang berusia 26 tahun kini masih tinggal bersama ‘suami’ barunya di kampung asalnya di Pokok Sena, Kedah.

“Saya sebelum ini ditahan dalam tahanan tentera selama sembilan bulan bermula Ogos tahun lalu kerana melakukan kesalahan tidak hadir bertugas.

“Selepas tamat tempoh tahanan, saya pulang mencarinya (isteri), namun terkejut apabila mendapati dia tinggal bersama remaja lelaki berusia 17 tahun di kampungnya di Kedah, lalu saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, saya terkejut dan kecewa apabila Jaik memaklumkan kepada saya selepas membuat serbuan pada 15 Julai lalu, isteri saya mengaku sudah berkahwin dengan remaja itu di negara jiran dan mereka mengemukakan dokumen pernikahan dalam tulisan jawi sebagai bukti,” katanya.

Mohd Zaini berkata, dia terkilan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap isterinya dan remaja berkenaan kerana Jaik mengatakan surat nikah terbabit sah.

“Saya bingung dengan status saya sebagai suami dan kini nekad untuk menceraikannya. Bagaimanapun, saya terkilan mereka tidak dikenakan hukuman.

“Ini bukan kali pertama dia curang. Sebelum ini, saya pernah terserempak dia bersama remaja itu, namun selepas ditanya, dia memberitahu remaja itu adik angkatnya,” katanya.

Mohd Zani turut mendakwa, sebelum mereka berkahwin, wanita terbabit yang berusia 26 tahun pernah menipunya dengan mendakwa masih anak dara, namun selepas berkahwin dia membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai anak yang dilahirkannya hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Bagaimanapun, saya tetap menerimanya ketika itu kerana memikirkan kami sudah berkahwin, namun tidak menyangka dia masih sanggup melakukan perkara seperti ini,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah, 15 Julai lalu.


Jaik akan siasat



2010/07/23

ALOR SETAR: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) akan menyiasat dakwaan bekas tentera, Mohd Zaini Abdul Hamid yang mengaku masih suami sah kepada seorang wanita yang mendakwa sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun.
Pembantu Ketua Unit Penguat kuasa Jaik, Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya menerima maklumat pengadu yang enggan dikenali mengenai kes khalwat sepasang kekasih.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, enam anggota penguat kuasa Jaik menyerbu sebuah rumah di Pokok Sena kira-kira jam 1.40 pagi pada 15 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati seorang wanita berusia 26 tahun bersama seorang lelaki berusia 17 tahun di rumah berkenaan. Siasatan turut menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai anak wanita berkenaan.

“Wanita itu mendakwa sudah berkahwin dengan lelaki itu sambil menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di selatan Thailand,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mat Nasir, pihaknya menahan pasangan terbabit dan kanak-kanak berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Pokok Sena untuk membuat laporan kes khalwat sebelum dibawa ke pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu mendakwa sudah bercerai, tetapi apabila kami memintanya menunjukkan surat cerai, dia memberi alasan sijil itu hilang. Kami percaya wanita terbabit memalsukan maklumat pernikahan dikeluarkan di negara jiran,” katanya

Wednesday, July 21, 2010

NI YANG BERLAKU..SAPE YANG NAK DISALAHKAN....

Nasib ibu Si Tanggang

Oleh Khairulmizan Yahya

2010/07/22

KUANTAN: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Buaya di sini, tidak ubah seperti kisah ibu Si Tanggang apabila dia bukan saja dimaki-hamun anak kandung, malah turut dihalau insan yang dilahirkannya.
BUKTI...Zaiton menunjukkan laporan polis dibuat terhadap anak 
sulungnya.
BUKTI...Zaiton menunjukkan laporan polis dibuat terhadap anak sulungnya.
Lebih menyedihkan apabila anak yang pernah ditatang bagai minyak yang penuh satu ketika dulu, sanggup memanggilnya dengan gelaran babi, malah tidak mengaku lahir daripada rahim ibunya.

Ibu tunggal malang itu, Zaiton Jaafar, 57, mendakwa anak sulungnya yang dahulunya baik mula berubah sikap sejak suaminya meninggal dunia hampir 19 tahun lalu.

“Saya isteri ketiga kepada arwah suami dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup, namun anak perempuan saya yang juga anak kedua meninggal dunia akibat ketumbuhan dalam otak kira-kira tujuh tahun selepas kematian suami.

“Saya berkahwin lain setahun selepas kematian suami dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, suami keduanya menghilangkan diri kira-kira 16 tahun lalu dan sejak itu dia tinggal bersama anak lelaki sulung (hasil perkongsian hidup dengan suami pertama) yang berusia 32 tahun serta anak ketiga (dengan suami kedua) di rumah peninggalan suami pertamanya.




Benci dapat bayi perempuan

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/07/22

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian



Anak trauma ke sekolah selepas dicium guru



2010/07/22

KANGAR: “Saya terkejut apabila dimaklumkan ibu yang anak bongsu saya dicium pada pipi kiri oleh guru lelaki terbabit, tambahan pula saya mengenali lelaki itu yang juga guru saya.
“Guru terbabit mengumpan pelajar lain untuk memanggil anak saya masuk ke kelas kemahiran hidup sebelum menciumnya di belakang pintu kelas ketika waktu rehat,” kata seorang anggota Bomba dan Penyelamat berusia 41 tahun yang mendakwa anaknya dicabul seorang guru lelaki berusia 50-an di sekolah berkenaan, kelmarin.
Susulan kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, murid perempuan berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Arau itu kini trauma untuk ke sekolah selepas diperlakukan guru terbabit.

Selain itu, guru yang dipercayai kemaruk seks terbabit turut mengugut murid tahun satu berkenaan supaya merahsiakan perbuatan itu.

Selepas dicium guru terbabit, mangsa enggan ke sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada neneknya yang kemudian memaklumkan kepada bapa mangsa.

Bapa mangsa ketika ditemui di Pauh, dekat sini, berkata, dia mengenali guru terbabit kerana pernah mengajarnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Tambun Tulang, lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dia bimbang mungkin ada murid lain menjadi mangsa guru terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Arau, dekat sini, pada malam hari kejadian.

Menurutnya, anaknya kini enggan ke sekolah kerana bimbang bertemu guru terbabit dan mahu ditukarkan ke sekolah lain sekitar Arau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan bapa mangsa, kelmarin.

Katanya, kes itu dikategorikan sebagai mencabul kehormatan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, kami belum menahan guru lelaki yang dikatakan mencium pelajarnya kerana masih mengumpul bukti dan polis sudah mengambil keterangan guru besar sekolah berkenaan,” katanya




Datuk berhati haiwan

Oleh Alias Abd Rani

2010/07/22

KUCHING: Seorang datuk yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Padawan terpaksa meringkuk dalam penjara selama 62 tahun selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan merogol cucunya sejak enam tahun lalu.
Tertuduh berusia 60 tahun yang tidak diwakili peguam mengaku melakukan semua kesalahan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Dia mengaku merogol cucunya di dua lokasi berasingan iaitu di kebun dan rumahnya. Dia dihukum mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Hakim Mahkamah Seksyen Kuching, Afidah Abdul Rahman memerintahkan hukuman itu dijalankan bermula semalam.
Mengikut kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa raya Teo Teck Soon, tertuduh didakwa merogol cucunya ketika berusia lapan tahun buat kali pertama di sebuah pondok di kawasan kebun di Jalan Kuching, Serian, dekat sini, antara jam 12 tengah malam hingga 12 tengah hari sekitar Januari hingga Disember 2004.

Dia kemudian mengulangi kesalahan itu pada 2005 juga pada waktu sama di sebuah rumah bernombor 25, Kampung Mambong, Jalan Kuching, Serian.

Warga emas itu turut dituduh melakukan perbuatan sama pada 2006 , 2007, 2008, 2009 dan kali terakhir pada 28 Jun lalu. Semua kesalahan itu dilakukan di tempat sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh meminta hukuman ke atasnya dikurangkan dengan alasan dia sudah tua dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan serta mengaku sudah insaf.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh itu, Afidah kemudian mensabitkan kesalahan pertama pada 2004 dengan hukuman penjara sembilan tahun, hukuman penjara 10 tahun untuk tuduhan kedua yang dilakukan pada 2005, lapan tahun (2006), enam tahun (2007), tujuh tahun (2008), lapan tahun (2009) dan 12 tahun bagi kesalahan dilakukan pada 2010.

Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengandung 28 minggu selain terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

Tertuduh dikatakan memelihara mangsa sejak kecil selepasibu bapanya menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Sepanjang tempoh penjagaan itu, tertuduh dikatakan mengambil kesempatan ketika mangsa berusia lapan tahun sehinggalah dia berusia 14 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian itu disaksikan sendiri isteri tertuduh, namun dia dimarahi dan diugut supaya tidak melaporkan perkara ini




Pasangan curang jatuh flet ketika berasmara



2010/07/22

LUBECK (Jerman): Sepasang kekasih cedera selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pangsa ketika terlalu leka mengadakan hubungan seks, semalam.
Pasangan itu yang menjalin hubungan sulit ditemui berbogel di kaki lima selepas tergelincir dari tingkat satu bangunan berkenaan.
Jiran berkata, pasangan itu sering bertemu di rumah pangsa itu untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Seorang daripada mereka berkata, penghuni di situ mungkin jarang terserempak dengan pasangan terbabit, tetapi selalu terdengar suara dari rumah berkenaan ketika mereka berasmara.

Polis berkata, pasangan itu leka berasmara di tepi tingkap sebelum wanita yang bersuami itu gagal mengimbangkan diri dan akhirnya terjatuh bersama teman lelakinya.

Walaupun ditemui berbogel, wanita terbabit menafikan dia berasmara, sebaliknya sekadar ‘bergurau-senda’.

Akibat kejadian itu, hidung pasangan terbabit patah, selain cedera pada kepala dan muka. - Agens