Saturday, September 8, 2012

TAK FAHAMLAH...NI BIDANG SAPE...JANGAN RAKYAT SELANGOR TAK SERONOK...MACAM ADA YANG TAK KENA...TAK PE PRU13 DAH DEKAT...PANDAILAH RAKYAT SELANGOR MEMILIH....

Sultan batal projek Laguna Mersing



MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam menitahkan bahawa projek pusat peranginan mega Laguna Mersing yang bernilai RM22 bilion telah terbatal dengan sendirinya berikutan kegagalan pihak pemaju memenuhi syarat asas perjanjian.
Dalam titahnya, baginda menegaskan, projek terbabit terbatal selepas pihak pemaju induk, Radiant Starfish Development Bhd. gagal meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta dalam masa enam bulan.
Syarat itu terkandung dalam perjanjian antara syarikat terbabit dengan Kerajaan Negeri Johor pada 25 Februari lalu.
"Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut. Ekoran kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," titah baginda pada majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar Mersing di sini semalam.
Majlis pecah tanah projek Laguna Mersing itu yang berlangsung pada 14 April lalu dirasmikan sendiri oleh baginda.
Serentak dengan itu juga, Sultan Johor menasihatkan kerajaan agar sentiasa berhati-hati apabila menerima cadangan pembangunan dan menilainya dengan teliti agar pemaju yang benar-benar komited dan berkemampuan sahaja diberi kelulusan melaksanakan projek.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," titahnya.
Laguna Mersing yang dijadual siap pada tahun 2019 meliputi kawasan seluas 809 hektar yang dipecahkan kepada 22 lot dan dijual kepada pemaju dari luar negara untuk dibangunkan dengan hotel atau taman tema.

Kelengkapan Gerak Khas tidak bermutu

MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Baginda turut meluahkan rasa kecewa kerana permintaan untuk mempertingkat kelengkapan kor itu tidak diendahkan seolah-olah Kor Gerak Khas dianaktirikan.
"Beta amat menghargai nilai nyawa anggota Gerak Khas kerana ia modal insan yang terlatih, namun jika anggota itu dilengkapkan dengan peralatan yang tidak bermutu dan tidak menepati standard spesifikasi, maka peluang untuk mereka terbunuh adalah amat tinggi.
"Sekiranya perkara ini berterusan yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan, maka beta rasa lebih baik beta sahaja yang mengambil alih pembelian peralatan tersebut," titah baginda.
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin.

Jenazah 2 pelajar maut di Rusia selamat dikebumi


DIMYATI MOHAMAD menyiram air mawar di pusara anaknya, Adzreen sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia pada Isnin lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini semalam.
Jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam kelmarin menerusi pesawat Emirates Airlines dari Dubai.
Jenazah kemudian dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan kira-kira pukul 1.40 pagi semalam.
Ibu saudara mangsa, Datuk Rabeahtul A. Abbas yang mewakili keluarga mangsa menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat mengendalikan urusan membawa pulang jenazah.
"Maaf, ibu bapa arwah belum bersedia untuk bertemu media kerana mereka masih terkejut dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama enam lagi pelajar Malaysia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.
Malangnya, bas yang mereka naiki terbabit dengan kemalangan di wilayah Vladimirskaya, 120 kilometer dari wilayah Nizhny ekoran kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana dipercayai terlelap.
Adzreen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, yang merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat maut di tempat kejadian.

Bajet 2013: Peruntukan hampir semua kementerian naik

IPOH - Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan di Parlimen 28 September ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Kabinet telah meluluskan draf Bajet 2013 yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.
"Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi," katanya ketika menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pasar raya borong Mydin di Gugusan Manjoi di sini semalam.
Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.
"Kita tidak berhasrat untuk meningkatkan kadar cukai," katanya.
Beliau berkata, peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.
"Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan. Kita percaya ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara," katanya.

Tender Empangan Langat 2 dikeluarkan tidak lama lagi

PAGOH - Tender pembinaan Empangan Langat 2 akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan tetap meneruskan pelaksanaan projek itu walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Air Selangor yang dipengerusikan oleh beliau.
"Dia lulus atau tak lulus, demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kita tidak boleh melengah-lengah.
"Dia sudah ada jadual tertentu yang mesti kita tunaikan dan kalau itu tertangguh hanya disebabkan oleh abainya kerajaan Selangor, maka esok rakyat akan persoalkan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini semalam.

Penyelia lombong bijih besi mati ditikam rakan

RANTAU PANJANG - Seorang penyelia kualiti bijih besi maut selepas dipercayai ditikam seorang pekerja di hadapan sebuah kantin berhampiran tapak lombong Kampung Rahmat, Lubok Stol di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Mohd. Yusoff Zakaria, 41, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang akibat cedera parah di dada kiri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, kejadian berlaku selepas mereka dikatakan bertengkar sebelum suspek yang berusia 37 tahun bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter.
Menurutnya, tikaman pertama terkena tangan kiri mangsa yang cuba mempertahankan diri tetapi tikaman kedua terkena dada kiri menyebabkan mangsa rebah.

Ibu kandung tidak maafkan Ayah Mi

TAIPING - Ibu kandung kanak-kanak perempuan yang maut akibat didera di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas, Melaka Ahad lalu mahu individu yang menyebabkan kematian anaknya dikenakan hukuman setimpal.
Noor Azwana Mat Paduzi, 31, berkata, meskipun tidak menjaga Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, sejak anak keempatnya itu berusia dua bulan, dia mengakui tidak boleh menerima perbuatan kejam terhadap kanak-kanak tersebut.
"Walaupun tidak dapat mencurahkan kasih sayang seperti anak-anak saya yang lain, Noor Sofia Syaqira adalah darah daging saya.
"Kini tiada lagi panggilan 'ibu' daripadanya kepada saya dan hanya mereka yang mempunyai anak tahu bagaimana perit menerima khabar sedih ini. Saya harap suspek mendapat balasan setimpal," katanya kepada wartawan Kosmo! di Kampung Pasir, Kamunting di sini semalam.
Noor Azwana memberitahu, kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu pada Disember lalu.
Jelasnya, dia tidak mengenali kekasih kakak sulungnya iaitu Amiezul Al-Ikram Mohamed atau dikenali sebagai 'Ayah Mi' yang merupakan suspek utama kes kematian anaknya.

Korban gempa bumi cecah 89 orang

SEORANG wanita membawa anak-anaknya berpindah dari runtuhan sebuah bangunan di bandar Luozehe di daerah Yiliang semalam.


SHANGHAI - Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sampai dan membantu penduduk di pedalaman semalam selepas sekurang-kurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkembar, lapor media negara berkenaan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus meningkat ekoran ketibaan laporan dari beberapa kawasan yang terputus hubungan.
Bencana itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan mencetuskan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan-jalan raya sekali gus menggugat usaha menyelamat.
Selain situasi tersebut, anggota-anggota penyelamat dijangka berdepan hujan lebat yang diramalkan turun selama tiga hari bermula hari ini.
Stesen televisyen China menyiarkan imej dinding-dinding bangunan runtuh manakala jalan-jalan raya dipenuhi timbunan batu dan runtuhan.
Lebih 200,000 orang di wilayah Yunnan dipindahkan selepas gempa bumi berkembar itu meruntuhkan lebih 6,600 buah rumah dan merosakkan ribuan lagi bangunan.
Menurut beberapa pegawai, hingga 740,000 penduduk di enam daerah di wilayah berkenaan paling teruk terjejas dalam bencana kali ini.
Di wilayah Guizhou yang berjiran dengan Yunnan pula, lebih 11,700 buah rumah rosak dengan kehidupan hampir 28,000 orang terjejas.

ORANG ramai berlindung di sebuah dataran selepas dua gempa bumi melanda daerah Yiliang di wilayah Yunnan kelmarin.


Xinhua melaporkan lebih 800 orang cedera akibat dua gempa bumi tersebut.
Kebanyakan mangsa yang cedera berasal dari daerah Yiliang dalam wilayah Yunnan, berhampiran pusat gempa.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan satu mesyuarat tergempar di dalam pesawatnya semasa beliau menuju ke zon bencana lewat kelmarin.
Xinhua melaporkan, Jiabao tiba di Yilian sejurus selepas tengah malam dan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa terselamat di beberapa buah kampung serta hospital di daerah berkenaan.
Pasukan penyelamat di Yunnan menyatakan, mereka telah tiba di kebanyakan kawasan paling teruk terjejas di wilayah berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Awam memberitahu, kerugian ekonomi akibat bencana kali ini dianggarkan sekitar 3.5 bilion yuan (RM1.71 bilion).
Gempa pertama berlaku pada pukul 11.19 pagi kelmarin (waktu tempatan) disusuli gegaran kedua sekitar 45 minit kemudian pada kedalaman 10 kilometer (km) di bawah tanah.
Gempa bumi berpusat kurang 70km dari permukaan bumi dianggap cetek dan boleh mendatangkan kemusnahan besar walaupun pada magnitud rendah.
Pada 2008, sekitar 87,600 orang terbunuh di wilayah Sichuan, barat daya China apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. - Reuters

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia


JULIA GILLARD


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya.
Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide.
Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk "berkabung bersama keluarga saya."
Lelaki berkenaan berusia 93 tahun.
"Beliau jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu tetapi kematiannya mengejutkan saya dan keluarga," katanya.
Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC.
Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium


BERNARD ARNAULT


BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.
Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.
Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu.
"Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain," kata ketua Suruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne.
"Kami kini menerima 47,000 permohonan untuk diproses."
Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki kediaman di ibu negara Belgium, Brussels.
Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. - AFP

SEMAK JANGAN TAK SEMAK...HUKUM JANGAN TAK HUKUM...BAGAIMANA KALAU PEREMPUAN ITU ANAK KITA...LAKSANAKAN HUKUM ALLAH BARU MANUSIA JAHAT2 NI TAKUT...ALLAH CIPTA MANUSIA DAN NAFSU ...MALAH SEMUANYA...ALLAH MAHA MENGETAHUI...YANG TAK NAK PATUH NI SYAITAN

Lelaki rogol saudara sendiri dipancung

Posted on the September 8th, 2012 under Tempatan by admin


Abdullah antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.
RIYADH: Seorang lelaki warga Saudi yang dituduh merogol seorang wanita anggota keluarganya, dipancung di bandar raya ini, semalam.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Saudi, Kementerian Dalam Negeri berkata, Faleh Ali Otaibi didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat.
Dia melakukan kesalahan itu ketika mabuk. Identiti mangsa tidak didedahkan. Faleh ialah orang ke-53 dihukum pancung di Arab Saudi tahun ini.


Menurut rekod Kumpulan Hak Asasi Manusia, Amnesty International, seramai 79 orang menjalani hukuman itu tahun lalu.
Selain membunuh, hukuman pancung di Arab Saudi dikenakan ke atas pesalah kes merogol, murtad dan merompak menggunakan senjata. – GN

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol

Posted on the September 8th, 2012 under Luar Negara by admin


Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary
SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.
Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.


Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.
Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.
Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.
“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.
“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.
“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.
Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.
Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.
Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.
Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, “saya tahu dia akan rogol saya lagi,” katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.
Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.
Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.
“Saya mengejar dia,” katanya. “Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.
“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya,” katanya.
Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.
“Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.
“Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya,” katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.
Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.
Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.
Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.
Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.
Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.
“Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.
“Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.
“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.
“Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.
“Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.
Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.
Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.
Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.
“Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain,” katanya.
Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.
Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.
Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.
“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.
“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri,” kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.
*Diterjemah dari laporan CNN

Remaja 15 tahun dirogol bergilir-gilir

Posted on the September 8th, 2012 under Tempatan by admin


Som Sak menunjukkan gambar dua lelaki yang dipercayai boleh membantu kes rogol melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga, di sini, Ahad lalu.
TAPAH – Perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.
Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu mengambil dua rakannya.
“Kereta yang dipandu suspek kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.
“Mangsa dibawa masuk ke dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal pagi,” kata dalamsidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir
Tambahnya, ketika suspek pertama cuba mengulangi perbuatannya sekali lagi terhadap pelajar terbabit, mangsa berjaya mengunci pintu bilik sebelum melarikan diri daripada rumah tersebut.
“Ketika mangsa cuba melarikan diri, mangsa telah membuat panggilan 999 dan meminta bantuan daripada pihak polis.
“Mangsa berjaya diselamatkan sepasukan polis daripada IPD Tapah dan dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar di sana dan satu laporan polis dibuat.
“Mangsa juga dapat mengecam dua daripada tiga suspek iaitu Mohd Shahril Kamaruddin , 23 daripada Kampung Rebai, Jalan Pahang, Tapah, dan Musa Shaharum, 38, Kampung Bermin, Jalan Pahang, Tapah dan pihak kami sedang dikesan suspek bagi membantu siasatan.
“Kami juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai ‘Mok’ dan dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Suspek yang dikenali sebagai Musa bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bengkel di sini, mempunyai isteri dan anak turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu pecah rumah dan curi kenderaan manakala Mohd Shahril masih dalam siasatan pihaknya.
“Pihak kami sedang giat mencari ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dan menyedari mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya.
Sinar

Pisau lipat dalam sambal tumis

Posted on the September 8th, 2012 under Tempatan by admin


Pisau lipat yang ditemui dalam sambal tumis.
KULIM – Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.
Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.


“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.
“Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.
Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.
Mohd Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kilang.
Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.
Sekiranya enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.
“Pisau dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.
Sinar

Ketua Hakim: Kes rogol pemain boling boleh disemak semula

Posted on the September 8th, 2012 under Tempatan by admin

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah itu menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes itu.
“Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Mahkamah boleh putuskan kemudian. Saya tidak dapat ramalkan apa yang akan terjadi. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan),” kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di sini.


Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.
Berita Berkaitan: Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak pendakwaan sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusannya.
Pada 8 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka yang membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis berumur 13 tahun.
Panel itu mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka yang membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat, selepas Mahkamah Sesyen melepaskannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun, 2009.
Kepada soalan mengenai juruelektrik Chuah Guan Jiu yang juga dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur, Arifin berkata adalah subjudis untuk beliau mengulas kes itu ketika ini.
“Peguam Negara sedang merayu (keputusan Mahkamah Sesyen), ia akan mewujudkan keadaan prejudis terhadap kes rayuan (jika beliau (Arifin) mengulasnya).
“Tetapi kami akan menelitinya. Kami akan pertimbangkan semua aspek kes ini. Keputusan Mahkamah Rayuan adalah muktamad. Tiada apa yang kami dapat lakukan,” katanya.
Mahkamah Rayuan yang merupakan mahkamah tertinggi bagi mahkamah majistret dan sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menggunakan kuasa inherennya untuk menyemak semula kes tetapi perlu dalam keadaan luar biasa.
Kes rogol dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan peringkat terakhir ialah di Mahkamah Rayuan.
Mengenai badan kehakiman, Arifin berkata mulai tahun depan, badan itu akan menumpukan terhadap usaha menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Shah Alam kerana terdapat banyak kes jenayah yang sedang menunggu untuk dibicarakan dan juga kes-kes sivil.
Arifin berkata beliau yakin badan kehakiman mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata badan kehakiman telah berjaya menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Kuala Lumpur tahun lepas. – Bernama

JANGAN AMIL LEBIH KAYA DARI ASNAF2...PENGUNDI YANG GUNA RON97 PUN MENGUNDI JUGA...JANGAN ABAIKAN HAK MEREKA...ROGOL DAH ROGOL...ZINA DAH ZINA...TAK KAN GITU AJE HUKUMNYA...IKUT HUKUM ALLAH SWT 100X SEBATAN...BOLEH JAWAB KE DIHADAPAN ALLAH SWT NANTI

Tiga jam meraung kesakitan


SEORANG rakan membantu mangsa ketika dirawat di Hospital Miri, Sarawak ekoran kemaluannya tercucuk ranting kayu kelmarin.



MIRI – Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cukup menyakitkan apabila kemaluannya tercucuk sebatang ranting kayu kering sepanjang 13 sentimeter di sebuah ladang kelapa sawit di Bakun dekat sini kelmarin.
Mangsa, seorang warganegara Indonesia yang masih belum dikenal pasti identitinya, terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum doktor di Hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan kayu daripada kemaluannya.
Difahamkan, doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan ranting kayu daripada kemaluan lelaki berusia 24 tahun itu dalam pembedahan yang rumit.
Sementara itu, rakannya yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, mangsa sedang memotong rumput di kawasan ladang sawit berkenaan sebelum dia tergelincir jatuh ke dalam sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter.
Akibatnya, kemaluannya tercucuk ranting kayu berkenaan menyebabkan mangsa meraung kesakitan.
Jeritan mangsa itu didengari rakan-rakan sekerja.
Mereka kemudian terus bergegas ke lokasi terbabit sebelum mengusung mangsa keluar untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Niah.
“Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Miri memandangkan kekurangan kemudahan selain ketiadaan doktor di klinik berkenaan.
“Nasib baik, kemaluan kawan saya dapat diselamatkan kerana pada masa itu dia hampir berputus asa akibat tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat,” ujarnya.

Budak mati 'dikerjakan' Ayah Mi



WARTAWAN Kosmo! mendapati rumah yang menjadi tempat Noor Sofia mati akibat didera tidak berpenghuni ketika membuat tinjauan di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas semalam.



MELAKA – Seorang buruh bergelar ‘Ayah Mi’ yang merupakan kekasih ibu angkat seorang kanak-kanak perempuan bertindak kejam mendera mangsa hingga mati hanya kerana mendakwa budak itu tidak mahu belajar dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas di sini Ahad lalu.
Kejadian pukul 7.55 pagi itu mengakibatkan Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, meninggal dunia selepas beberapa organ dalaman seperti usus dan paru-parunya gagal berfungsi. Seluruh badannya juga dipenuhi kesan lebam.
Ibu angkatnya yang berusia 35 tahun kini ditahan polis manakala kekasihnya yang dikenali sebagai Amiezul Al-Ikram Mohamed, 32, berasal dari Gombak, Selangor menghilangkan diri selepas kejadian. Buruh itu kini dicari polis.
Wanita itu merupakan ibu saudara kanak-kanak yang mati.
Difahamkan, pasangan itu baru berpindah ke sini dari Gombak, Selangor. Mereka berbuat demikian kerana Amiezul yang mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan dadah dan samun selain dikehendaki bagi empat kes jenayah lain ingin mengelakkan diri daripada ditahan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Suprintendan R. Gunarajan berkata, kes dera itu terbongkar apabila bapa Amiezul yang tiba dari Gombak membawa mangsa ke Hospital Melaka sebaik dihubungi wanita berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Penderaan teruk itu berlaku malam Sabtu lalu apabila suspek naik angin selepas mendakwa Sofia tidak mahu belajar. Ketika tidur, ibu angkat kanak-kanak itu mendapati mangsa berada dalam kesakitan selain nafasnya tidak teratur dan lemah pada pukul 2 pagi.
“Dua jam kemudian, dia mendapati kanak-kanak itu tidak bernafas sebelum menghubungi bapa kekasihnya. Sebaik tiba, lelaki itu terus membawa mangsa ke hospital sebelum doktor mengesahkan Sofia telah meninggal dunia,” katanya.

Mualaf rayu bantuan rumah



AIMAN bersama isterinya menunjukkan surat permohonan untuk mendiami rumah kos rendah tetapi ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Setapak Jaya semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang mualaf, Aiman Sew Abdullah, 42, merayu bantuan pihak bertanggungjawab mendapatkan sebuah rumah kos rendah untuk dijadikan tempat tinggal dirinya bersama keluarga.
Dia yang bekerja sebagai guru tuisyen mendakwa sudah sembilan bulan terpaksa menumpang di rumah saudaranya yang berketurunan Cina dan beragama Buddha bersama isteri, Siti Khadijah Salleh, 32, dan anaknya, Ellyssa Sew berusia enam bulan.
Mereka kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang, Setapak Jaya di sini.
Menurut Aiman, dengan pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan hasil mengajar tuisyen kepada pelajar sekolah rendah selain menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM200 untuk saudara baharu menyebabkan dia tidak mampu menyewa rumah sendiri.
Katanya, dengan pendapatan tersebut, dia perlu menampung kehidupan tiga beranak serta menanggung ibu bapa dan adik yang menghidap sakit mental yang tinggal di Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.
"Saya sudah berusaha mencari rumah sewa, tetapi semua menetapkan harga RM600 hingga RM700 sebulan belum termasuk deposit.
"Sekarang ini anak saya sedang sakit membuatkan saya bertambah tertekan," katanya ketika ditemui semalam.
"Saya sangat berharap ada yang tampil untuk membantu kami sekeluarga," jelasnya.
Sehubungan itu, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Aiman di talian 010-4234828 atau terus kepada akaun Bank Islam 14-041-02-058553-8.

Dua beradik daif perlu bantuan



MOHAMAD FAUZI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Rizal di Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam semalam.



BUKIT MERTAJAM – Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.Begitulah perumpamaan kepada kesusahan hidup dua beradik yatim piatu yang tinggal di Kampung Baru, Alma di sini yang mendiami sebuah rumah usang tinggalan datuk mereka.
Mohd. Rizal Ariffin, 34, ketika ditemui berkata, dia bersama abangnya, Jamil, 46, terpaksa meneruskan hidup dengan mengharapkan belas ihsan jiran-jiran mereka terutama bagi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya bukan tidak mahu bekerja tetapi tiada pihak yang hendak ambil saya bekerja kerana saya buta huruf, belajar pun tidak tinggi.
“Abang saya pula mengalami masalah mental. Jadi, kami terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada adik-beradik yang lain selain jiran terutama bagi mendapatkan makanan,” katanya yang belajar sehingga tahun enam sahaja.

Lima beruk Kentoi dilepas semula ke hutan simpan



BAKRI (bersongkok) melepaskan beruk Kentoi ke hutan Simpan Kekal Wang Mu, Padang Besar semalam.



KANGAR - Lima ekor beruk Kentoi yang dipelihara di Taman Primat Sungai Batu Pahat di sini dilepaskan ke hutan simpan Wang Mu, Wang Kelian, Padang Besar semalam sebagai langkah pemuliharaan haiwan liar terbabit.
Kesemua beruk terbabit yang berusia kira-kira enam tahun yang terdiri daripada seekor jantan dan empat betina turut dipasang mikro cip pada badan bagi tujuan pemantauan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Perlis, Dr. Redzuan Ibrahim berkata, beruk tersebut merupakan kumpulan pertama dilepaskan ke hutan.
"Jika kumpulan pertama ini berjaya di habitat semula jadi tanpa berlaku sebarang gangguan atau kematian, kita akan melepaskan lagi beruk daripada taman ini secara berperingkat-peringkat.
"Ketika ini, terdapat 13 ekor primat yang kebanyakannya jenis beruk Kentoi di taman ini yang beroperasi sejak 2006," katanya.

39 pesakit terpaksa dipindah



ZAILAN (dua dari kiri) melihat petugas hospital membuat urusan pemindahan pesakit ekoran bekalan elektrik terputus di Hospital Port Dickson kelmarin.



PORT DICKSON - Seramai 39 pesakit Hospital Port Dickson (HPD) di sini terpaksa dipindahkan ke beberapa hospital lain berikutan bekalan elektrik di hospital itu yang terputus sejak petang kelmarin.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, daripada jumlah itu, 34 pesakit dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), tiga ke Hospital Tampin manakala dua lagi ke Hospital Tunku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.
"Seramai 35 lagi pesakit dibenarkan pulang dan sebahagiannya lagi atas permintaan pesakit sendiri. Semua pesakit hospital ini telah dipindahkan kecuali pesakit di Unit Hemodialisis," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mati ditembak selepas merompak






IPOH - Keresahan orang ramai mengenai keganasan empat perompak Indonesia yang gemar mengenakan sut hitam ala Unit Tindakan Khas (UTK) ketika merompak rumah berakhir apabila kesemua suspek mati dalam kejadian berbalas tembak di Taman Meru 2C di sini semalam.
Suspek-suspek bersenjatakan pistol dan parang itu menemui ajal selepas ditembak sebaik kereta jenis Proton Wira Aeroback yang mereka naiki terbabas di kawasan semak di sebuah dusun buah-buahan di pinggir taman tersebut.
Suspek dikatakan telah memecah masuk 15 buah buah rumah di bandar raya ini, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Taiping sejak beberapa bulan lalu.
Modus operandi suspek ialah mereka akan memecah masuk rumah dengan mengumpil pintu jeriji besi atau tingkap pada awal pagi, kemudian mengikat atau mengurung mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita Nigeria seludup dadah



BADARUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas daripada empat wanita Nigeria pada sidang akhbar di Sepang semalam.



SEPANG – Sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria semakin terdesak untuk menyeludup bahan terlarang itu ke negara ini apabila menggunakan wanita senegara pula untuk melakukan kegiatan haram tersebut.
Terbaru, empat wanita Nigeria berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut ditahan bersama 11.31 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.82 juta sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 21 Julai hingga 2 September lalu.
Kesemua dadah itu ditemui disorokkan di dalam ruang khas bagasi masing-masing oleh pihak kastam ketika melalui mesin pengimbas di KLIA. Dadah itu dibalut dengan kertas minyak.
Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, pihaknya sentiasa mengetatkan kawalan di pintu masuk negara itu selepas menyedari sindiket sentiasa mengubah taktik untuk menyeludup dadah.
“Tangkapan terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 28 tahun pada pukul 8.20 malam 2 September lalu bersama 2.9 kg syabu bernilai RM725,000. Dia telah datang ke negara ini sebanyak tiga kali.
“Semakan mendapati, dia menaiki penerbangan dari Mesir dan singgah di Bangkok sebelum tiba di Malaysia,” katanya sambil memberitahu, pihaknya telah merampas sebanyak 154.6 kg syabu bernilai RM26.63 juta sejak awal tahun ini hingga kelmarin.

Pengguna tidak terbeban harga baharu RON 97






KUALA LUMPUR - Rata-rata pengguna kenderaan menyifatkan kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak RM0.30 kepada RM3 seliter berkuat kuasa tengah malam kelmarin tidak memberi kesan besar kepada bajet pengguna secara keseluruhan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah stesen minyak di sini mendapati, ini kerana kebanyakan pengguna negara ini menggunakan petrol jenis RON 95 yang lebih murah iaitu RM1.90 seliter.
Seorang jurutera syarikat swasta, Mohd. Husni Che Ahmad, 26, berkata, kenderaan miliknya bukanlah jenis mewah yang memerlukan bahan api berkualiti tinggi seperti RON 97.
"Sebelum membeli kereta, saya sudah memikirkan kos bahan api dan sudah pasti saya pilih kenderaan yang menggunakan minyak RON 95. Saya yakin pengguna lain juga berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kes rogol pemain boling boleh disemak semula

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.

DAGANG TUBUH ANAK MEMANG KURANG AKAL TERMASUK ORANG ISLAM YANG MENOLAK HUDUD...SETUJU JANGAN SILAP PILIH...JANGAN PILIH KAKI TIPU...KAKI SONGLAP...KAKI RASUAH...KAKI BUAT MUNGKAR...KAKI CAKAP TAK SERUPA BIKIN LAGI DOUBLE STANDARD

Tidak terbakar dicucuh api

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my

LUAR BIASA...Mohd Adam tidak berasa sakit ketika membakar tangannya.
LUAR BIASA...Mohd Adam tidak berasa sakit ketika membakar tangannya.
KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Kaki tercabut tendang bola

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

ZUKHAIRI...guna kaki palsu sejak enam bulan lalu.
ZUKHAIRI...guna kaki palsu sejak enam bulan lalu.
HULU LANGAT: “Walaupun terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak dan kadang-kadang ia tercabut ketika bermain bola sepak bersama rakan, saya tetap bersyukur dan akan berusaha mencapai kejayaan dalam hidup,” kata Zukhairi Aminuddin, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, di sini, tahun lalu.
Dalam kejadian menyayat hati yang mengorbankan 16 nyawa itu, Zukhairi, 14, kehilangan kaki kirinya yang terpaksa dipotong di tempat kejadian selepas tertimbus tanah separas pinggang.
Kini selepas lebih setahun tragedi itu, kesan trauma semakin menghilang, malah sejak 1 Mei lalu, seramai 31 penghuni menikmati penginapan serta kemudahan lebih selesa di premis baru dikenali Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al Hijrah (Raydha Hijrah) di Kampung Sungai Semungkis yang terletak kira-kira dua kilometer daripada tapak asal.

Zukhairi berkata, dia masih menjalani fisioterapi di Hospital Serdang setiap minggu bagi menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu yang dipakai sejak enam bulan lalu dan gembira kerana keadaannya semakin baik.

“Saya bersyukur kerana sudah boleh tinggal di rumah baru. Di sini, semua keperluan ada dan selesa. Insya-Allah, saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi akauntan.

3 jasad rentung ditemui berpeluk

Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my

TRAGEDI...anggota unit forensik polis mengutip cebisan mayat tiga beradik.
TRAGEDI...anggota unit forensik polis mengutip cebisan mayat tiga beradik.
RANAU: Jeritan dan ratapan seorang wanita meminta tolong supaya tiga anak saudaranya diselamatkan ketika rumah mereka di Kampung Mokodou, di sini, terbakar semalam, gagal mengelak tiga kanak-kanak itu daripada rentung.
Sebaik api dipadamkan, wanita berkenaan, Basini Latif, 32, terduduk pilu melihat tiga jasad rentung berpelukan dalam sebuah bilik sebelum dikeluarkan anggota penyelamat.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, tiga kanak-kanak yang rentung itu ialah pasangan adik-beradik, Heirson Simson, 4, dan adiknya Alisya, 2, serta sepupu mereka, Mohd Fitri Zakaria, 5.

Bagaimanapun, anak Basini yang berusia dua bulan terselamat.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar bekerja dan mereka dijaga Basini.

‘Master’ tilik guna SMS

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

BUKTI...Din menunjukkan risalah tilik nombor ekor yang dihantar ke rumahnya.
BUKTI...Din menunjukkan risalah tilik nombor ekor yang dihantar ke rumahnya.
SHAH ALAM: Satu sindiket menawarkan khidmat menilik nombor ekor menerusi telefon bimbit dikesan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah di bandar raya ini, Klang dan Banting sejak beberapa hari lalu.
Risalah hitam putih itu tertera nama sebuah kuil, gambar seorang sami lelaki dipercayai tukang tilik, sekeping nombor ekor dan resit keputusan pemenang menampilkan pengakuan seorang lelaki mengenai keberkesanan tilikan itu yang diberi secara percuma oleh seseorang yang digelar ‘Master’.

Dalam risalah terbabit, lelaki itu mendakwa kehidupannya susah dan tidak cukup wang menampung perbelanjaan rumah, ansuran bulanan kereta dan rumah walaupun bekerja sebagai kerani bank.
Bagaimanapun, nasibnya berubah selepas menghubungi talian berkenaan dan menerima nombor daripada Master serta membelinya pada harga RM80 untuk nombor besar dan RM110 untuk nombor kecil.

Dalam risalah itu, dua nombor telefon disertakan untuk orang ramai menghubungi Master yang dikatakan boleh mengubah nasib, masalah kewangan dan menjadikan seseorang kaya dengan hanya menelefonnya.

Penduduk di Seksyen 17, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Din mendakwa risalah itu diedarkan dari rumah ke rumah oleh seorang lelaki sejak beberapa hari lalu.
“Sebahagian besar penduduk di kawasan perumahan tempat saya tinggal beragama Islam. Jadi, tindakan mereka mengedarkan risalah terbabit tidak elok,” katanya.

Wartawan Harian Metro menghubungi talian berkenaan dan berbual dengan seorang lelaki yang meminta menghantar butiran lengkap seperti nama penuh dan tarikh lahir ke nombor telefon tertera pada risalah terbabit.
Apabila cuba ditanya lanjut mengenai tulisan nama sebuah kuil, lelaki terbabit berkata ia sebuah kuil Buddha di Kedah.

“Anda perlu SMS nama penuh dan tarikh lahir. Kami akan periksa nama anda sama ada bernasib baik atau tidak dan sekiranya tidak ada nasib kami tidak memberi sebarang nombor,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan butiran lanjut berkaitan kepastian serta keberkesanan cara itu gagal apabila dimarahi lelaki terbabit sebelum menamatkan perbualan.

Justeru, Harian Metro menghantar SMS nama penuh serta tarikh lahir pada nombor berkenaan, namun tiada jawapan nombor tilikan diterima.

Syarikat telekomunikasi yang dihubungi berkata, pemilik nombor itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor prabayar selain usaha menghubungi talian itu juga gagal.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman ketika dihubungi menasihatkan orang Islam menghindarinya supaya tidak terpengaruh.

Gaduh ketika bincang perniagaan

SERDANG: Sesi perbincangan mengenai perkongsian perniagaan antara tiga wanita bertukar tragedi apabila mereka bergaduh dan seorang daripadanya cedera teruk apabila dipukul dalam kejadian di Taman Kinrara, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun ditendang hingga terjatuh serta cedera di badan dan muka.

Menurut sumber polis, pada mulanya, perbincangan antara mangsa dan dua wanita berusia 20-an itu berjalan lancar, namun selepas 10 minit mereka bertengkar.
Katanya, pertengkaran itu berakhir pergaduhan apabila mangsa ditendang dan dipukul hingga terjatuh.

Sumber berkata, dua wanita itu melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara sejurus kejadian.

Budak mati disyaki didera kekasih ibu angkat



MELAKA: Memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menemui ajal dipercayai akibat didera teman lelaki ibu angkatnya di Taman Seri Telok Emas, di sini, Ahad lalu.
Insiden itu terbongkar selepas pihak Hospital Melaka (HM) membuat laporan polis jam 7.55 pagi hari kejadian apabila mendapati mangsa, Noor Sofia Syaqira Abdullah dalam keadaan tidak bernyawa dan mempunyai pelbagai kesan kecederaan di seluruh badannya.

Kanak-kanak terbabit dihantar keluarga kekasih ibu angkatnya berusia 35 tahun yang mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia di rumah sewa satu tingkat berkenaan.
Siasatan polis mendapati mangsa mati akibat dipukul dan ditumbuk seorang lelaki yang menghilangkan diri sejurus selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku di rumah mangsa, malam Sabtu minggu lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, ibu angkat mangsa menyedari keadaan mangsa yang dilihat seperti tidak sihat sebelum mendapati kanak-kanak itu seolah-olah tidak bernyawa, jam 4 pagi Ahad lalu.
“Wanita itu meminta bantuan ahli keluarga suspek menghantar mangsa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. “Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman serius iaitu kesan bengkak teruk di dahi selain lebam pada leher, tangan, dada dan kaki dipercayai didera suspek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, sejurus kejadian, pihaknya menahan ibu angkat mangsa yang juga suri rumah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Berikutan itu, katanya, polis kini mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Amiezul Al-Ikram Mohamed, 32, dari Gombak, Selangor.
“Orang ramai termasuk ahli keluarga yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi Asisten Superintendan Kumares Raja Retnam di talian 019-6905585 atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kata Gunarajan, pemeriksaan pihaknya mendapati lelaki itu memiliki 12 rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kes dadah dan samun termasuk empat daripadanya berkaitan kes yang dikehendaki polis.

“Selain mangsa dan wanita itu, suspek menetap di rumah sewa berkenaan bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sejak dua bulan lalu,” katanya.

Dagang tubuh anak

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Seorang wanita layak digelar ‘ibu setan’ kerana bukan saja melacurkan anak gadisnya sendiri berusia 13 tahun, malah suami wanita terbabit, yang juga bapa tiri mangsa, sanggup bersekongkol melakukan kegiatan terkutuk itu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Difahamkan, pada mulanya, ibu durjana berusia 30-an itu terpengaruh dengan tawaran seorang lelaki menawarkan RM1,500 bagi meniduri anaknya, asalkan gadis terbabit masih dara.

Gelap mata dengan bayaran bakal diterima itu, wanita terbabit bersama suami dan seorang rakan, membawa anaknya ke bandar raya ini dengan alasan bersiar-siar sebelum ditinggalkan seorang diri di bilik sebuah hotel di sini.

Seorang lelaki memasuki bilik hotel berkenaan lalu merogol mangsa sebelum meninggalkan gadis berkenaan.

Difahamkan, sebelum meninggalkan hotel, lelaki terbabit turut menyerahkan wang kepada ibu mangsa seperti dijanjikan selepas yakin gadis berkenaan masih dara.

Misteri kematian Ika

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

MUADZAM SHAH: “Ketika pintu dibuka saya tergamam apabila mendapati Ika terbaring tidak sedarkan diri dengan kepala berada di tempat duduk penumpang depan dan kakinya di atas stereng,” kata Abdul Halim Mat Arshad, 47, bapa kepada gadis berusia 19 tahun, Nur Zulaykha lebih mesra dipanggil Ika yang ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam kereta milik teman lelakinya di Felda Keratong 9, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Abdul Halim berkata, dia menerima panggilan telefon daripada teman lelaki Ika dikenali sebagai Ijat, lingkungan 20-an memintanya datang mengambil Ika di lokasi yang dinyatakannya.

Selepas menghubungi Abdul Halim, Ijat juga tiba-tiba muncul di rumah mangsa dengan menaiki sebuah motosikal lalu menunjukkan kedudukan keretanya kepada kepada bapa lima anak itu sebelum pergi begitu saja.

Abdul Halim berkata, ketika mengangkat Ika keluar dari kereta Perodua Viva itu, badan anak kedua daripada lima beradik berkenaan masih panas, tetapi dia tidak tahu sama ada anaknya masih hidup atau tidak.

“Saya terus membawa Ika ke Hospital Muadzam Shah (HMS), namun dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HMS, di sini, awal pagi semalam.

Usah silap pilih

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

LANGKAWI: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemberian undi kepada pembangkang sebagai pilihan yang bakal merosakkan prinsip Rukun Negara sekali gus menghancurkan pembangunan negara bangsa kerana bercita-cita untuk berkuasa tanpa batasan dalam berpolitik.
Menurutnya, ia dapat dibuktikan menerusi beberapa insiden menggemparkan negara seperti pada malam sambutan kemerdekaan lalu apabila sanggup memijak gambar pemimpin dan tindakan mahu menukar bendera Jalur Gemilang yang selama ini menjadi simbol perpaduan negara.

“Perkara ini tidak seharusnya terjadi jika mereka mendokong prinsip Rukun Negara. Tatasusila dalam berpolitik sudah tiada, malah mereka sanggup menyokong gerakan seksualiti merdeka demi meraih sokongan.
“Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti bukan saja mengekalkan pemerintahan, namun untuk menjaga pembangunan negara bangsa serta Rukun Negara agar tidak dicemari sebarang anasir luar yang mampu merosakkan pemikiran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Bahagian Umno Langkawi, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, pemikiran liberal seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu disingkirkan serta-merta dan rakyat perlu menolak sebarang percubaan membawa masuk ideologi yang bersifat tidak bermoral itu.
Menurutnya, bagi membolehkan Umno dapat meraih semula keunggulan dalam pilihan raya, semua perwakilan serta ahli parti perlu bersatu dan membentuk perpaduan selain menyelesaikan sebarang pertelingkahan atau perselisihan pendapat untuk kepentingan parti.

Katanya, sejak pilihan raya 2008 yang lalu, landskap politik di negara ini tidak lagi sama dan pihak pembangkang dilihat terlalu mahu berkuasa sehingga mengetepikan batas politik asalkan mereka dapat memerintah.
“Mereka sengaja menimbulkan keadaan terpinga-pinga bagi membolehkan rakyat dalam keadaan tanpa arah tujuan. Ini strategi psikologi dan kita perlu sedar keadaan yang sengaja diwujudkan pembangkang,” katanya.

Tunai hasrat bapa

Oleh Nordiana Shafiee
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Walaupun hasrat membuka rumah anak-anak yatim sudah ditunaikan, namun ia masih belum cukup untuk memberi keselesaan kepada 15 penghuni Pusat Jagaan Baitul Ahmad, Tongkang Yard, di sini.
Pengasasnya, Che Ahmad Din, 54, berkata, ini berikutan kekangan kewangan menyebabkan rumah anak yatim itu tidak lengkap sepenuhnya termasuk dari aspek keselamatan dan juga infrastrukturnya.

Menurutnya, rumah anak yatim itu baru dibuka pada Mei lalu selepas arwah bapanya meminta supaya rumah yang didiami mereka dulu dijadikan pusat jagaan anak yatim.
Katanya, namun hasrat itu baru saja dapat ditunaikan selepas keadaan kesihatannya bertambah pulih berikutan menghidap penyakit kencing manis, selain mendapat sokongan orang ramai.

“Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak yatim ini, tetapi atas wasiat arwah bapa yang mengamanahkan kepada saya sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 11 tahun lalu, akhirnya ia termakbul jua.

“Dengan wang simpanan yang dikumpul sebanyak RM20,000, saya dan isteri mengubah suai rumah pusaka ini menjadi Baitul Ahmad yang boleh memuatkan seramai 20 anak-anak yatim berusia antara tujuh hingga 16 tahun,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Che Ahmad berkata, pihaknya memerlukan sumber kewangan dianggarkan lebih RM50,000 untuk membaik pulih semula bangunan yang menempatkan anak-anak yatim itu.

Menurutnya, bangunan rumah anak yatim itu tidak mempunyai tahap keselamatan yang baik kerana pagar di sekelilingnya sudah rosak dan dikhuatiri boleh menggugat keselamatan penghuni, selain sistem perparitan juga tidak sempurna kerana air akan bertakung dan melimpah setiap kali hujan lebat.
“Banyak juga pihak yang tampil membantu dari segi makanan dan keperluan anak-anak yatim di sini, tetapi saya sangat mengharapkan bantuan kewangan dapat diberikan supaya perbelanjaan bagi kemudahan mereka dapat diatur termasuk perbelanjaan sekolah,” katanya.

Pada masa sama, Che Ahmad meminta rumah usang yang terletak bersebelahan pusat jagaan itu dapat dirobohkan kerana ia mengundang bahaya kepada keselamatan mereka.

Menurutnya, rumah itu sudah lama dan tidak berpenghuni serta kelihatan sangat uzur sekali gus dibimbangi boleh roboh pada bila-bila masa selain berharap untuk mendapatkan tapak rumah terbabit untuk dijadikan bangunan tambahan bagi menempatkan lebih ramai anak yatim.

“Semua anak yatim yang tinggal di sini dipilih daripada keluarga miskin dari sekitar Kota Setar, Changlun dan juga Perlis dalam usaha membantu memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Baitul Ahmad boleh berhubung dengan Che Ahmad di talian 012-5297161.

Tembak, penggal kepala perogol



NEVIN (kiri), memenggal kepala Nurettin (kanan)sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
NEVIN (kiri), memenggal kepala Nurettin (kanan)sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.
Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.

“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. - Agensi

Tangguh perbicaraan dengan berbogel



PARIS: Seorang lelaki Perancis yang dituduh terbabit dalam pembunuhan seorang pelajar Sweden pada 2008, cuba menangguhkan perbicaraannya semalam dengan menanggalkan semua pakaiannya.
“Tertuduh berbogel,” kata polis yang bertanggungjawab membawa Bernard Cholet, 55, ke mahkamah kepada hakim, Xaviere Simeoni. selepas perbicaraan itu ditangguh selama 90 minit. “Tidak bolehkah anda memakaikannya jaket? Dia boleh tampil berbogel jika dia mahu.

“Tetapi dia akan didakwa kerana mendedahkan dirinya di tempat awam,” kata hakim itu. - AFP

Remaja 14 tahun rompak bank



MOSCOW: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melakukan rompakan bersenjata di sebuah bank di Izhevsk di sini.
Bagaimanapun, perbuatannya itu berjaya digagalkan anggota polis.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), gadis itu memakai topeng dan membawa pisau yang digunakan sebagai senjata.
Tindakannya berjaya ditangkis anggota polis ketika dia mengacukan pisau ke arah juruwang.

Suspek meminta wang sebanyak 200,000 rubel (RM19,620) daripada juruwang berkenaan.

“Remaja terbabit mahu menggunakan wang itu untuk meninggalkan bandar dan membunuh diri,” kata badan penyelidikan polis tempatan, Komsomolskaya Pravda sebagaimana dipetik daripada laporan CBN News, semalam. Selepas disiasat, polis mengesahkan remaja itu ialah pelajar cemerlang di sekolahnya. Dia mengaku kecewa dengan sikap ibu bapanya yang terlalu mengongkongnya. - Agensi

Thursday, September 6, 2012

AKHIR ZAMAN BERDAKWAH PERLUKAN WANG...DENGAN KATA LAIN 'WANG PENTING UNTUK BERDAKWAH DIAKHIR2 ZAMAN'

Dibunuh sebaik dilahir

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz, Mohd Rafi Mamat dan Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

pix_middle
KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.

Buat layar pada bot

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

SELAMAT...bot yang diikat layar kanvas. Gambar kecil, Ramli.
SELAMAT...bot yang diikat layar kanvas. Gambar kecil, Ramli.
MELAKA: Dua nelayan yang disangka lemas selepas hilang sembilan jam di tengah laut, tiba-tiba muncul di Pantai Puteri, Tanjung Minyak di sini, tengah malam semalam.
Tekong bot, Ramli Mahadi, 48, dari Pantai Rombang dan awak-awaknya, Supian Kadir, 32, dari Pantai Kundor, pulang ke pantai jam 12.10 tengah malam menggunakan layar diperbuat daripada kanvas.

Ramli berkata, dia terpaksa menggunakan alternatif itu selepas botnya kehabisan minyak dan terkandas pada jam 3 petang ketika dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan, 25 batu nautika dari pantai.
“Ketika bot kehabisan minyak, saya cuba mengambil minyak simpanan dalam tong yang biasanya diletakkan di bahagian bawah, namun tiada kerana tertinggal di tepi pantai.

“Dengan keadaan ribut sederhana di laut dan tiupan angin yang agak kuat, saya menggunakan kanvas untuk membuat layar untuk membolehkan bot ini bergerak ke pantai,” katanya.

Menurutnya, dia keluar ke laut bersama Supian pada jam 6.30 pagi dan kebiasaannya pulang pada jam 4 petang.
Katanya, layar itu dibuat berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun sebagai nelayan dan sudah beberapa kali tersangkut di tengah laut kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

“Kami tidak panik dan takut kerana sebagai nelayan perlu berani serta menggunakan akal mengatasi sebarang masalah. “Ini kali ketiga saya tersangkut di tengah laut dan dua daripadanya kerana kerosakan enjin,” katanya.
Kehilangan mereka disedari peraih, Baharudin Masaah, 45, yang setiap hari menunggu hasil tangkapan mereka.

Baharudian berkata, kebiasaannya Ramli dan Supian pulang ke pantai membawa hasil tangkapan kira-kira jam 4 petang.

“Petang tadi (kelmarin) saya tunggu mereka tidak pulang dan kira-kira jam 4 petang saya menghubungi telefon bimbit Ramli, namun isterinya yang menjawab kerana telefon itu ditinggalkan di rumah,” katanya.

Menurutnya, kebimbangannya mengenai keselamatan tekong dan awak-awak itu bertambah selepas melihat tong minyak diletakkan di tepi pantai.

Katanya, dia meminta bantuan nelayan lain mencari mangsa di tengah laut.

“Bagaimanapun pada jam 8 malam nelayan yang mencari pulang kerana tidak menjumpai mereka.

“Saya membuat laporan polis dan sekali lagi nelayan menggunakan bot besar mencari mereka pada jam 9 malam namun hampa, katanya. Keluarga mangsa dan nelayan memenuhi kawasan berkenaan manakala kepulangan mangsa dengan selamat disambut dengan rasa syukur.

Penyamun maut jatuh kondo

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

DI SINI...lokasi penjenayah mati jatuh kondo ketika melarikan diri dicekup tuan rumah di Taman Cempaka, semalam.
DI SINI...lokasi penjenayah mati jatuh kondo ketika melarikan diri dicekup tuan rumah di Taman Cempaka, semalam.
MAUT...mayat penjenayah ditutup sebelum dihantar ke hospital.
MAUT...mayat penjenayah ditutup sebelum dihantar ke hospital.
AMPANG: Malang bagi seorang penjenayah apabila dia menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium ketika cuba melarikan diri selepas penghuni rumah yang dicerobohinya menyedari tindakannya dalam kejadian di Taman Cempaka, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit dipercayai terlebih dulu memperdayakan pengawal keselamatan di kondominium berkenaan selepas kehadirannya tidak disedari mereka dan naik ke tingkat 14 serta memecah masuk sebuah rumah di situ.
Menurut sumber, dia menggeledah rumah terbabit sebelum menemui dompet mengandungi wang tunai dan dokumen pengenalan diri.

“Lelaki itu yang masih tidak berpuas hati dengan hasil rompakan terus menggeledah barangan dalam rumah itu.

“Malah, ketika leka mencari barangan berharga, perompak terbabit terkejut apabila tiba-tiba pintu rumah dibuka sebelum pemiliknya masuk menyebabkan dia yang panik melarikan diri ke dapur,” katanya.

Bakar musuh perniagaan

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

ROSAK...keadaan dalam kabin mangsa yang dibaling botol kaca bersumbu.
ROSAK...keadaan dalam kabin mangsa yang dibaling botol kaca bersumbu.
DIBALING...kabin milik mangsa di tempat kejadian.
DIBALING...kabin milik mangsa di tempat kejadian.
KUALA LUMPUR: Angkara berebut kawasan letak kereta, seorang lelaki bertindak kejam dengan menyimbah petrol dan membakar musuh perniagaannya hidup-hidup di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Cheras, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun terbabit terbakar seluruh badan dan dia yang masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) itu berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek dan mangsa berselisih faham mengenai kawasan tempat letak kereta yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berada dalam kabin di tempat letak kereta itu seorang diri sebelum didatangi suspek untuk berunding mengenai hal sama dan akibat tidak mendapat persetujuan daripada mangsa untuk melepaskan tempat letak kereta yang dijaganya itu, suspek naik angin dengannya.
“Suspek bertindak agresif dengan menyimbah petrol ke atas mangsa dan membakarnya hidup-hidup. Lelaki terbabit turut membaling dua botol kaca bersumbu ke dalam kabin di tempat letak kereta itu,” katanya.

Susulan itu, katanya, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang nampak mangsa dalam keadaan terbakar sebelum pasukan peronda polis dari Balai Polis Cheras bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, selepas tiba di lokasi, pihaknya menemui mangsa terbaring dengan kesan melecur seluruh badan dan dikejarkan ke PPUKM untuk rawatan kecemasan.
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa dibakar dalam kabin berkenaan di tempat letak kereta itu.

“Mangsa mengalami kesan melecur di seluruh badan dan dilaporkan berada di tahap kritikal.
“Kami memburu suspek yang dipercayai musuh perniagaan mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh,” katanya.

Kongsi minat curi motor



KUALA LUMPUR: Dua beradik bukan saja berkongsi pekerjaan sama sebagai pengawal keselamatan, malah mereka turut berkongsi minat sama iaitu mencuri motosikal di sekitar Setapak dan Hulu Klang sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, tabiat mencuri kenderaan pasangan adik-beradik itu terbantut kelmarin selepas mereka dicekup di Medan Aneka, Jalan Genting Klang bersama sebuah motosikal yang baru dicuri pada 29 Ogos lalu di Wangsa Maju.

Sumber polis berkata, anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) mengesan motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam yang digunakan dua beradik itu di Jalan Genting Klang namun mereka melarikan diri ketika itu.
Bagaimanapun, katanya, intipan berterusan ke atas kedua-dua suspek itu berjaya menemui mereka semula jam 8.35 malam dan ketika hendak menahan mereka, adik-beradik itu menyedari kehadiran polis sebelum menaiki motosikal untuk beredar.

“Anggota U3K bersama dua anggota tentera dari Cawangan Siasatan Jenayah yang cuba menahan mereka dirempuh sebelum seorang daripada mereka diheret lebih 500 meter.

“Namun hasil kekuatan pihak berkuasa, kedua-dua suspek itu ditahan selepas bergelut dan soal siasat mendapati pasangan terbabit mengaku mencuri motosikal berkenaan di Jalan AU 1A/1B, Wangsa Maju milik seorang pelajar pada 29 Ogos lalu,” katanya semalam.
Sementara itu, Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 26 tahun yang dipercayai adik-beradik itu berasal dari Batu 8, Hulu Klang.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan sebelum diserahkan ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut,” katanya.

‘Hati kami tidak cacat’

REMBAU: “Kami hanya cacat anggota, tetapi hati kami tidak cacat. Sama seperti insan normal lain, kami mahu disayangi dan dicintai. Sebab itu, saya nekad mendirikan rumah tangga walau sedar keadaan diri tidak sempurna,” kata Azman Misnur,32, yang terpaksa menggunakan kerusi roda selepas demam panas ketika berumur setahun.
Menurutnya, dia mula berkenalan dengan isteri, Azrina Zafarin, 28, juga cacat anggota kaki empat tahun lalu ketika belajar dan bekerja di bengkel Seri Sembilan, Mambau.

“Saya memberanikan diri melamar Rina (Azrina). Dia terkejut dan tidak menyangka hubungan kami berakhir ke alam perkahwinan memandangkan keadaan fizikal yang dikhuatiri akan menyukarkan hidup untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Mempelai dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya Bersama Bengkel Terlindung Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sri Rembau.

2 beranak pencuri

Oleh Suraya Roslan
urayaroslan@hmetro.com.my

KUALA PILAH: Seorang ayah dan anak lelakinya ‘berganding bahu’ melakukan jenayah terancang apabila sanggup menyewa lori mengangkut jengkaut yang mereka curi sebelum meleraikan komponennya untuk dijual.
Kegiatan licik suspek berusia 59 tahun bersama anaknya yang berusia 23 tahun dari Simpang Pertang, Jelebu, dekat sini, terbongkar selepas dua beranak itu dicekup polis pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian jam 6 petang, 25 Ogos lalu, dua beranak itu mencuri satu jengkaut dari sebuah ladang Risda di Parit Tinggi, di sini.

“Suspek dipercayai menggunakan gunting menghidupkan enjin jengkaut terbabit sebelum melarikannya. Ketika kejadian semua pekerja di ladang itu pulang.

“Siasatan mendapati, suspek menyembunyikan jengkaut itu di kawasan rumahnya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Bomoh, tangkal gugat tauhid

Oleh Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji

ANTARA pesan dan wasiat Nabi yang paling banyak disebut dan diulang-ulang pada cuping telinga kaum Muslimin ialah bertakwa kepada Allah. Ia disebut paling kurang setiap minggu setiap kali khutbah Jumaat. Ketika itu Nabi selalu melazimi dengan memulakan ucapan dengan wasiat bertakwa kepada Allah.
Persoalannya, tahukah kita apakah itu maksud kalimah takwa? Takwa bukan sekadar takut kepada Allah SWT tetapi maksud sebenar takwa adalah kita melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan segala dilarang-Nya.

Imam An-Nawawi (wafat 676 H) mendefinisikan takwa dengan ‘mentaati perintah dan larangan-Nya’. Maksudnya menjaga diri daripada kemurkaan dan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala (Tahriru Al-Fazhil Tanbih, hal 322).
Perintah yang paling besar adalah mentauhidkan-Nya yakni mengesakan-Nya. Mengesakan Allah daripada segala perkara yang membawa kepada syirik. Adakah kita sudah mengetahui apakah itu tauhid yang sebenarnya? Beriman dengan tauhid yang benar Ini adalah perkara penting dalam kehidupan kita. Bahkan kebanyakan kitab yang ditulis oleh ulama Ahli Sunah Wal Jamaah, mereka membahaskan tauhid terbahagi kepada tiga komponen. Kita perlu menguasainya iaitu Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Asma Wa Sifat. Beriman sepenuhnya kepada ketiga-tiga jenis tauhid ini.

Imam Abu Hanifah, al-Nu’man ibn Thabit (wafat 150 H) menyebutkan: “Dan Allah itu diseru dari atas bukan dari bawah (isyarat kepada Tauhid Asma Wa Sifat), kerana bawah bukan daripada Rububiyah dan Uluhiyah sesuatupun.” (Kitab al-Fiqh al-Absat, hal 51) Tauhid Rububiyah iaitu kita beriman kepada kekuasaan Allah yang memberikan rezeki, yang menciptakan kita. Tauhid Uluhiyah iaitu kita beribadah kepada Allah, menyembah diri kepada Allah tanpa syirik kepadanya dengan cara yang unnah bukan bid’ah, dan Tauhid Asma Wa Sifat iaitu kita beriman kepada nama dan sifat Allah yang diwahyukan di dalam al-Quran.

Apa yang dijelaskan oleh Nabi tanpa takwil (mengubah maksud), tamsil (menyerupakan), ta’thil (menidakkan makna), dan takyif (bertanya bagaimana). (lihat: Syarah Tslalatsatul Ushul karya Syaikh Utsaimin dan Syarah Al-Aqidah Washithiyah karya Dr Shaleh Al-Fauzan) Perkara terbesar yang dilarang oleh Allah di dalam perkara takwa adalah syirik kepada Allah, lawan kepada tauhid. Sekecil-kecil syirik lebih besar mudaratnya daripada sebesar-besar dosa maksiat selain syirik. Perkara syirik adalah perkara yang paling pokok yang perlu dijauhi. Amalan syirik membatalkan tauhid Pertama: Bomoh. Di dalam hadis sahih daripada Nabi yang bermaksud: “Barang siapa datang berjumpa tukang tilik (bomoh) dan dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia sudah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad.” (riwayat Imam al-Bazzar dan Abu Dawud) Bahkan di dalam hadis lain pula Nabi menyebutkan bahawa barang siapa yang datang saja kepada bomoh, tidak diterima solatnya 40 hari. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu menunaikan solat, sebaliknya kewajipan solat tidak terangkat, tetapi solat itu tidak diterima oleh Allah. Pada hari ini, bomoh, dukun mahupun pawang, mereka tidak lagi memakai ‘name tag’ itu lagi. Mereka menggunakan nama lain untuk mengelirukan masyarakat yang tidak mengetahui ciri-ciri bomoh.
Mereka menggunakan nama baik, sedap didengar seperti pakar motivasi, konsultan, ustaz dan sebagainya. Tetapi jika kita mempelajari, kita akan mengerti bahawa bomoh itu dikenal bukan pada namanya tetapi pada ciri-cirinya.

Di antara satu cirinya ialah mereka sentiasa mengetahui perkara ghaib, sedangkan Allah sajalah yang mengetahui perkara ghaib. Nabi sendiri tidak mengetahui perkara ghaib melainkan apa yang diwahyukan kepadanya.
Apabila kita datang kepadanya, bomoh kebiasaannya akan mengatakan ayat seperti: “Anda ini ada penyakit, penyakit anda sebab ada orang lain yang buat.” Bagaimana dia mengetahui? Ini antara bahayanya, kerana datang berjumpa bomoh itu, termasuk di dalam perkara syirik kepada Allah.

Kedua: Tangkal. Di antara perkara yang kita lihat kebanyakan masyarakat melakukannya adalah mereka tidak dapat terlepas daripada menyingkirkan segala musibah ataupun bala kecuali dengan memakai tangkal. Tangkal adalah sesuatu digantungkan dan dipercayai dapat menghindarkan pemakainya daripada mudarat. Segala penyakit yang kita takuti terkena ke atas kita boleh terhindar. Maka itulah dinamakan tangkal. Hadis Nabi yang bermaksud: “Barang siapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia syirik.” (sahih, riwayat Imam Ahmad, 4/156) Sebagai contoh, ketika mana anaknya menangis tidak berhenti, mereka pergi ke hujung kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang hitam supaya boleh menghilangkan tangisannya. Jika berhenti tangisan anak itu disebabkan benang tersebut, ia adalah talbis iblis (perangkap iblis) kepada pelakunya. Kadangkala kita melihat juga bilamana ada insan hendak melakukan sesuatu perniagaan, membuka kedai, mahu untung dalam perniagaan, maka mereka meletakkan tangkal, azimat dan pelaris. Kadang-kadang tangkal itu nampak seperti bercirikan Islam seperti tulisan jawi, tetapi jika diteliti ia adalah syirik terhadap Allah. Kalau kita baca fadilat tangkal (yang dicipta pembuatnya), dikatakan benda ini sekiranya ditampal di rumah nescaya rumah tidak akan terbakar. Pencuri tidak akan masuk. Perkara seperti rumah dimasuki pencuri, rumah terbakar, semuanya adalah mudarat. Mudarat ini hanya Allah yang boleh hindarkan. Maka kita diajar agar memohon kepada Allah agar menghindarkan perkara buruk, bukan kita bergantung kepada tangkal.

Ada yang terus mengambil ayat al-Quran untuk melariskan perniagaannya. Diletakkan ayat seribu dinar, sedangkan ayat seribu dinar ini Nabi tidak pernah memberi nama seribu dinar. Tetapi mereka beriman dan percaya sekiranya ayat tersebut diletakkan maka pelanggan akan datang dan perniagaan akan laris.

Jika ditanggalkan atau diturunkan ayat itu kemudian ditakdirkan tidak ramai pelanggan yang datang, nescaya dia percaya premisnya tidak dikunjungi kerana ayat itu sudah ditanggalkan. Inilah yang dikatakan syirik kepada Allah. Pergantungannya 100 peratus kepada Allah sudah dihapuskan dengan tangkal yang mereka ciptakan. Bentuk tangkal ini boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti keris, batu-batu, barang antik dan bermacam lagi yang siap dibungkus. Benda yang dianggap keramat ini dijadikan tempat meminta sesuatu dan pergantungan, walhal seharusnya kalau diinginkan sesuatu hendaklah minta terus kepada Allah secara langsung, kerana sesungguhnya Allah pasti akan menerima doa orang yang tidak melakukan syirik.

Satu kisah terjadi pada zaman Nabi berkaitan tangkal, iaitu cerita Imran bin Hushain. Nabi melihat di tangan sahabatnya ini gelang kuning. Maka Rasulullah bertanya: “Apakah ini?” Dia menjawab, “Penangkal sakit.” Nabi berkata, “Lepaskannya. Kerana ia hanya akan menambah kelemahan pada dirimu kerana jika kamu mati sedang gelang itu masih ada pada tubuhmu, maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (sahih, riwayat Imam Ahmad) Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat ILMU

9 berhimpit bilik sempit

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Kami sembilan beranak terpaksa tidur berhimpit di bilik sempit ini pada waktu malam setiap kali air hujan menitis menerusi siling yang bocor di ruang tamu.
“Kami bukan enggan berpindah dari kediaman usang yang hanya mempunyai sebuah bilik ini namun dengan pendapatan RM600 sebulan, ia tidak cukup bagi membayar sewa rumah,” kata Ruziah Marzuki, 40, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Labu, Kampung Bendahara di sini, semalam.

Ruziah berkata, kesempitan wang dihadapi sejak bergelar ibu tunggal hampir setahun lalu mengakibatkan dia tidak mampu membaik pulih rumah papan yang dihuni lebih 20 tahun itu.
Menurutnya, dia yang mempunyai anak berusia setahun hingga 18 tahun terpaksa bekerja sambilan supaya dapat memberi perhatian lebih kepada mereka sejak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Selain mengambil upah menjahit, saya juga membantu kenalan yang memiliki perniagaan katering selain mempromosikan mesin layan diri minuman keluaran sebuah syarikat bagi menambah pendapatan.

“Walaupun melakukan tiga kerja sambilan bermula petang hingga malam, pendapatan diperoleh hanya kira-kira RM600 sebulan.
“Menyedari beban dipikul, anak kedua, Nur Farah Amirah Hamdi yang berumur 16 tahun bekerja sambilan di sebuah gerai makan berhampiran kediaman dengan pendapatan RM200 sebulan, ia digunakan bagi menampung perbelanjaan persekolahan adiknya.

“Begitu juga dengan anak sulung berumur 18 tahun, Mohd Fariezth, dia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat lapan kredit dalam peperiksaan itu. Bagaimanapun, Fariezth menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran kerana bekerja sambilan sebagai jurujual di pusat beli-belah bagi membantu keluarga,” katanya.
Selain Fariezth dan Nur Farah, enam anak Ruziah yang lain ialah Firdaus, 15; Nurfatihah Natasya,12; Mohd Faiz, 10; Nurfarisha, 17; Nurfardiena Najwa, tiga tahun dan Nurfarina, setahun.

Ruziah berkata, dia pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini dan berharap ia diluluskan.

Menurut Ruziah, bagi memastikan pendapatan keluarganya mencukupi, dia juga berjimat dalam soal pemakanan di mana dia hanya memasak makanan sederhana bagi mengisi perut ahli keluarga.

“Ia juga bagi mengelakkan keluarga kami terputus bekalan makanan. Saya biasanya menyediakan lauk telur masak kicap bersama nasi selain mi segera untuk mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

“Melihat kesusahan kami, ibu saya yang dimamah usia dan tinggal berjiran selain adik-beradik ada kalanya menyumbang bekalan makanan.

“Hingga kini, saya tidak pernah mendesak bekas suami menghulurkan bantuan memandangkan dia juga bukan hidup senang, namun saya berdoa mampu menaik taraf keadaan keluarga bagi membolehkan anak menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya.

Atuk Zali diberkas lepas cabul budak tiga tahun



SEGAMAT: Aduan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami kesakitan di bahagian kemaluan ketika membuang air besar mendedahkan rahsia dia dicabul oleh seorang lelaki pada Ogos lalu.
Mangsa sebelum itu dihantar ibunya yang berusia 31 tahun untuk dijaga lelaki terbabit selama seminggu kerana wanita berkenaan mahu menguruskan beberapa perkara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanafi Daud berkata, pada jam 10 malam, 31 Ogos lalu, mangsa mengadu sakit di bahagian terbabit kepada ibunya.
“Mangsa yang petah bercakap kemudiannya memaklumkan kepada ibunya bahawa seorang lelaki dikenali Atuk Zali memasukkan jari ke dalam kemaluannya menggunakan bedak ibunya itu.

“Wanita berkenaan membawa anaknya itu ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan sebelum dimaklumkan mangsa berkemungkinan dicabul selain terkena jangkitan kuman di bahagian terbabit,” katanya.

Menurut Hanafi, ibu mangsa menganggap Atuk Zali sebagai bapa angkat dan lelaki terbabit bekerja sebagai pencuci kereta serta berasal dari pantai timur.
Hanafi berkata, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan berkaitan kejadian kelmarin sebelum suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan curi dalam bangunan di Jalan Tun Razak serta Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 1993 serta 1997.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul dan suspek masih direman,” katanya.

‘Saya sesal pukul dia’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Saya pelik apabila dia mampu membeli pakaian mahal dan tiba-tiba mempunyai banyak wang. Saya syak dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk,” kata seorang pengurus pemasaran, Calven Chik Foo Keong, 26, yang terbabit dalam kes memukul isterinya, Amanda Fong, 19, sebelum kejadian itu menjadi topik hangat di laman sesawang YouTube.
Dia yang menjadi cemuhan puluhan ribu pengguna Internet sejak tiga hari lalu menyedari kesilapan dilakukan dan tidak mahu mencari sebarang alasan bagi menutupi kesalahannya itu.

Menurutnya, dia menyesal kerana memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

“Saya tidak mahu bercerita panjang atau menyalahkan sesiapa, namun perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk campur tangan ibu mertua saya,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita.

Calven berkata, dia juga mengesahkan isterinya itu pernah menghadapi tekanan perasaan sehingga dikatakan pernah menggugut untuk membunuh diri.

Dua peragut lembik dipukul

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Dua peragut dibelasah hingga lembik oleh sekumpulan individu sejurus ditahan dalam cubaan meloloskan diri selepas meragut rantai emas milik seorang wanita menyebabkan seorang daripadanya dirawat di hospital manakala rakannya ditahan polis bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian berhampiran jejantas di Pasar Borong Pandan di sini, jam 4.40 petang, Selasa lalu, mangsa dikatakan ditolak seorang daripada suspek sebelum rantai emasnya diragut.

Mangsa menjerit meminta tolong dan orang ramai segera membantu.
Kedua-dua suspek berusia 20-an itu ditahan sebelum dibelasah hingga lembik oleh beberapa individu yang berang dengan tindakan suspek sebelum diserahkan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dihubungi orang awam yang berjaya memberkas kedua-dua suspek.
“Ketika tiba di situ, kedua-dua suspek dalam keadaan tidak bermaya manakala tangan mereka diikat oleh orang awam,” katanya, semalam.

Menurut Samad, kedua-dua suspek dihantar ke hospital dan seorang daripada mereka masih menerima rawatan di wad manakala rakannya dirawat sebagai pesakit luar.
Pemeriksaan dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula rantai emas didakwa diragut daripada mangsa.

Samad berkata, pihaknya memuji tindakan orang ramai bekerjasama untuk memberkas kedua-dua suspek, sekali gus menunjukkan sikap prihatin masyarakat dalam membantu pihaknya membanteras jenayah jalanan.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya tidak bertindak melulu dengan memukul suspek sesuka hati kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan yang kami akan jalankan.

“Terima kasih kepada individu yang membantu menahan suspek, tetapi saya harap, pada masa depan, jangan belasah suspek sebaliknya tahan mereka dan tunggu hingga kami tiba,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Kuasai Internet

Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Pendakwah di negara ini perlu menguasai serta meningkatkan kemahiran penggunaan media sosial yang ada pada masa kini bagi menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penggunaan media sosial dilihat relevan kerana berkemampuan menyampaikan maklumat dengan pantas.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang mengadakan kursus khas membabitkan penguasaan media sosial kepada pendakwah di negara ini.
“Dengan perubahan teknologi pada masa kini, pendakwah juga perlu seiring menguasai media sosial seperti facebook, twitter dan pelbagai lagi untuk memudahkan penyampaian maklumat dan berdakwah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negara 2012, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata, pihaknya sudah mencadangkan kepada semua negeri supaya jawatan mufti dinaikkan setaraf dengan Exco kerajaan negeri masing-masing.

Katanya, kerajaan juga akan menaikkan gred jawatan mufti daripada Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C kepada gred Jusa B.
“Perak dan Wilayah Persekutuan sudah melaksanakan cadangan itu dan terpulang kepada kerajaan negeri lain melaksanakannyaKeperluan menjemput mufti menyertai mesyuarat Exco negeri juga terpulang kepada kerajaan negeri,” katanya.

Catatan sebelum ditikam



KEMAMAN: “Aku amat sayang isteri, anak dan seluruh ahli keluarga serta waris-waris aku,” itu catatan terakhir Abdul Hisham Ahmad, 23, dua hari sebelum meninggal dunia selepas cedera di perut dipercayai akibat tikaman satu objek tajam ketika bergelut dengan abangnya di rumah ibu bapa mereka di Kampung Telaga Papan, Kerteh, di sini, dalam kejadian jam 8 malam, Selasa lalu.
Isteri mangsa, Ruhil Amani Kamarudin, 17, berkata, pada malam Ahad lalu, dia mendapati arwah suaminya itu menulis sesuatu dalam buku catatan manakala anaknya, Abdul Hadi Dhiyauddin Abdul Hisham, 2, tidur di sebelah arwah dalam bilik.

“Saya menghampiri arwah dan bertanyakan apa yang ditulisnya, namun arwah memarahi saya supaya tidak mencampuri urusannya sebelum mengoyak helaian kertas berkenaan,” katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan Abdul Hisham terbunuh dipercayai ditikam dengan objek tajam selepas bergaduh dengan abangnya di rumah ibu bapa mereka.

Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum



SEBELUM ini, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub yang disambung ke perutnya.
SEBELUM ini, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub yang disambung ke perutnya.
LONDON: Seorang budak yang tidak pernah makan sepanjang hidupnya, mencipta keajaiban apabila mengambil makanan untuk kali pertama baru-baru ini, lapor media semalam.
Daniel Harrison, 5, mengalami alahan serius ketika menyusu semasa masih bayi, menyebabkan dia takut kepada makanan atau minuman.

Untuk meneruskan hidup, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub ke perutnya. Namun, hasil rawatan pakar di Austria, Daniel kini boleh menikmati makanan seperti orang lain. Bapanya, Kevin Harrison, 43, berkata tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaannya melihat Daniel mengambil makanan seperti budak normal.
“Ia seperti memenangi Piala Perdana, Piala Eropah dan Piala Dunia sekali gus,” katanya. Menurut Kevin, sesetengah makanan utama perlu dilenyekkan terlebih dulu kerana Daniel masih sukar mengunyah akibat otot di mulutnya tidak berkembang dengan baik.

“Daniel boleh makan apa yang kami makan, dan dia sukakan coklat serta biskut,” katanya. Menurut Kevin, dia amat bangga dengan perubahan berlaku pada Daniel.

“Saya berasa seperti akhirnya berjaya melakukan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya. Sebelum ini, Kevin dan isterinya, Catherine, membawa Daniel ke Hospital Universiti di Graz, Austria, untuk membolehkan pakar di situ memberi rawatan sewajarnya.
Kaedah disediakan di hospital itu tidak diamalkan di Britain. Melalui kaedah itu, Daniel berjaya disedarkan bahawa dia memang perlu dan mahukan makanan. Pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah khusus bagi memujuk Daniel supaya lebih terdedah kepada makan dan mengurangkan ketakutan memasukkan makanan ke mulut. Kaedah itu turut dipraktikkan ke atas 12 pesakit dari seluruh dunia dan semuanya berjaya. - DM

Wartawan diserang ketika rakam gambar menteri



LAGOS: Seorang wartawan akhbar harian Nigeria diserang polis dan dikasari anggota keselamatan negara itu selepas dia mengambil gambar rombongan seorang menteri Kabinet tersangkut dalam lumpur, semalam.
Bertugas di akhbar harian The Guardian, Terhemba Daka berkata, dia mengikuti lawatan Menteri Negara Kenya, Olajumoke Akinjide, bersama wartawan lain di pinggir Abuja.

Katanya, menteri terbabit dibawa melawat ladang jagung di Kuchibunyi.
“Apabila konvoi menteri itu tersangkut, saya menggunakan telefon bimbit BlackBerry untuk merakamkan gambar berkenaan,” katanya.

Sejurus kemudian, kata Daka, dia diserang polis dan anggota Perkhidmatan Keselamatan Negara. “Polis kemudian memadamkan gambar berkenaan dari telefon bimbit saya,” katanya. Menurut laporan pertubuhan Committee to Protect Journalists, selain mendapat gaji murah, wartawan di Nigeria serang dikasari dan diserang anggota keselamatan, manakala sesetengah mereka juga dibunuh. - AP

Barang kemas Imelda dipamer



MANILA: Filipina bercadang untuk mempamerkan barang kemas bekas isteri Presiden Ferdinand Marcos, Imelda, yang dirampas 26 tahun lalu dan berharap ia dapat menjadi daya tarikan pelancong.
Koleksi bernilai kira-kira AS$8 juta (RM25 juta) itu disimpan di peti besi di bank sejak berpuluh tahun selepas dirampas sebagai sebahagian aset yang disyaki dicuri oleh keluarga Marcos sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat pada 1986, selepas 20 tahun memerintah negara itu.

Pegawai Kanan Suruhanjaya Presiden Kerajaan Baik, Maita Gonzaga berkata, kerajaan bercadang untuk melelong barang kemas itu selepas mempamerkannya di sebuah muzium.

“Ia dapat menarik pelancong dan menjadi pengajaran yang tidak boleh dilupakan. Ini adalah bukti kukuh mereka mencuri,” katanya.

Sebahagian daripada koleksi barang kemas itu ditemui oleh kerajaan AS ketika keluarga itu tiba di Honolulu, sementara yang lain dirampas daripada rakan Greek Marcos ketika cuba menyeludupnya keluar. - MT

Lelaki simpan bahan letupan di rumah diburu polis



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melancarkan operasi memburu seorang lelaki setelah menemui bahan letupan di sebuah rumah di luar Jakarta, kata polis, semalam.
Jurucakap Polis Jakarta, Rikwanto berkata, jiran menelefon polis apabila melihat asap keluar dari rumah kepunyaan lelaki bernama Muhammad Toriq, yang kemudian melarikan diri, meninggalkan ibu, isteri dan anak-anaknya.

“Petang kelmarin, penduduk menelefon polis untuk melaporkan asap keluar dari rumah Muhammad Toriq. Anggota polis tiba dan satu jam kemudian, menemui bahan letupan,” katanya.

Katanya, mereka bekerjasama dengan agensi antipengganas dan Polis Nasional untuk mencari dan menyoal siasat sama ada suspek terlibat dengan kumpulan pengganas.

Antara bahan yang ditemui adalah alat peledak, serbuk aluminium, sulfur dan beberapa kotak paku.

Kejadian itu berlaku selepas satu kes tembakan minggu lalu di Solo, Jawa Tengah, yang menyebabkan dua suspek pengganas dan pegawai antipengganas terbunuh.

Polis menahan seorang lagi suspek kelmarin di luar Jakarta kerana menyerang polis Solo. - Jakarta Post