Tuesday, September 4, 2012

BILA KITA TAK MEMIKIR ORANG LAIN...KITA RASA KITA SENTIASA BETUL DAN TAK BOLEH DIKAWAL

Bas terpanjang dunia



BAS buatan Jerman ini sudah mendapat tempahan daripada pihak bekuasa bandar raya Beijing dan Shanghai.
BAS buatan Jerman ini sudah mendapat tempahan daripada pihak bekuasa bandar raya Beijing dan Shanghai.
LONDON: Bas yang terpanjang di dunia mula berada di jalan raya di Jerman minggu ini.
Bas yang dicipta oleh pakar dari Institut Untuk Sistem Trafik dan Infrastruktur Fraunhofer, berukuran hampir 30 meter dan mempunyai empat gandar stering serta boleh membawa 256 penumpang.
Bas besar yang fleksibel itu mula dipamerkan kepada orang ramai di Dresden minggu ini, tempat khidmatnya dengan pihak berkuasa pengangkutan tempatan akan digunakan untuk ujian percubaan.

Pihak berkuasa bandar raya Beijing dan Shanghai sudah memesan bas berkenaan yang berharga kira-kira RM31 juta setiap sebuah.

Berita baik untuk aktivis alam sekitar ialah ia boleh bergerak jauh dengan menggunakan kuasa elektrik.

Pengarah institut itu, Matthias Klingner berkata: “Terdapat banyak pengetahuan yang dicurahkan untuk menghasilkan bas ini.

“Kecekapan sistem komputernya sungguh tinggi. Inovasi AutoTram ini bukan terletak pada kepanjangannya saja, tetapi yang paling penting ialah keupayaannya untuk bergerak seperti bas biasa yang sepanjang 12 meter.

“Tidak ada masalah dengan pergerakan dan kestabilannya tetapi kami terpaksa melihat bagaimana bas sepanjang itu akan memberi kesan kepada keadaan trafik di bandar.”

Bas itu menggabungkan kapasiti penumpang sebuah kereta api kecil dan pergerakan sebuah bas. Ia bergerak menggunakan enjin hibrid yang hidup apabila menerima kuasa daripada bateri elektrik, mengecasnya ketika ia menggerakkan kenderaan itu.

Pemandu bas tidak perlu mendapatkan lesen khas bagi memandu bas ini kerana ia menggunakan sistem pemanduan komputer yang unik yang mengawal kepanjangan bas selaras dengan gerabak di depan.

Sistem itu tidak mahal untuk dikendalikan dan lebih murah untuk menggunakannya berbanding sistem kereta api komuter, mendorong bandar lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Klinger berkata: “Autotram mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding sistem kereta api ringan.”

Meskipun ia bas terpanjang di dunia, bas dengan kapasiti paling ramai ialah Siri New Liner buatan China yang mempunyai 300 tempat duduk dalam sebuah bas yang sepanjang 25 meter.

Bas seumpama itu diharamkan di beberapa laluan di London pada 2009 selepas di dapati ia menjadi punca kepada kebanyakan kemalangan.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berusaha keras untuk menjual 31 bas itu selepas ia didakwa tidak selamat dan menggalakkan penumpang mengelak membayar tambang.

Perkhidmatan bas itu ditamatkan pada 2005 selepas tiga terbakar.

Akhirnya, kebanyakan bas itu dijual kepada Malta pada 2011. - DM

Budak maut kepala tertusuk buluh penyidai pakaian

Posted on the September 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Che Samad menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.
JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari tingkat 12, Blok C, Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai dalam kejadian 10.30 malam, Ahad lalu.
Mangsa, Muhammad Alias Che Samad, 4, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.


Menurut bapa mangsa, Che Samad Che Omar, 51, ketika kejadian, dia bersama anak bongsunya itu sedang berjalan ke kawasan tempat letak motosikal yang berada di tingkat bawah bangunan 17 tingkat berkenaan sebelum sebatang buluh terjatuh terkena kepala anaknya.
“Alias berjalan di hadapan manakala saya berada satu meter di belakangnya. Tiba-tiba sebatang buluh sepanjang 1.7 meter terjatuh lalu tertusuk di kepalanya sedalam kira-kira dua inci menyebabkan anak saya terus pengsan dalam keadaan berlumuran darah.
“Dalam keadaan panik, saya terus mendakap Alias yang rebah. Tanpa berfikir panjang saya terus menghantarnya ke HSA menaiki motosikal dengan bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di wad PICU HSA, di sini, semalam.
Che Samad berkata, Alias dibedah pada hari yang sama, namun hasil pemeriksaan doktor mendapati harapan untuk anak lelakinya itu hidup adalah tipis.
“Saya reda apabila doktor memaklumkan harapan untuk satu-satunya anak lelaki saya itu selamat hanya 50-50. Namun saya dan isteri tidak berhenti-henti berdoa agar Alias mampu pulih seperti sediakala,” katanya yang turut mempunyai tiga anak perempuan berumur 10, 8, dan 6 tahun.
Menurutnya, sebelum Alias menghembuskan nafas terakhir, doktor juga memaklumkan bahawa bahagian otak anaknya gagal berfungsi akibat kecederaan itu.
Sementara itu, ibu mangsa, Halimah Zakaria, 32, yang masih terkejut dengan kematian anaknya enggan mengulas lanjut.
Che Samad yang menyewa di flat berkenaan sejak enam tahun lalu mengesyaki ada individu yang bertindak membaling objek berkenaan hingga menyebabkan kematian anaknya berdasarkan jarak objek itu terjatuh dengan kawasan parkir motosikal.
Berikutan kejadian itu, Che Samad membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Central, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.
Jenazah Muhammad Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif, di sini, malam semalam.
Sinar

Mercun ragut nyawa remaja



BANGKOK: seorang remaja berusia 17 tahun maut dan abangnya, cedera apabila mercun gergasi yang dibakar meletup dalam bilik tidur mereka di wilayah Phitsanulok, kata polis, semalam.
Polis menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam kelmarin. Thitiwut Yuma ditemui mati terbaring di atas lantai dalam bilik tidurnya. Terdapat luka besar di perutnya dan jarinya ditemui bersepah di atas lantai.

Abangnya, Jarukitti Yuma, 20, mengalami kecederaan di kaki.
Jarukitti memberitahu polis, adiknya berkeras untuk bermain mercun gergasi yang dibeli mereka. Thitiwut tidak mengendahkan nasihat abangnya agar tidak membakar mercun dalam bilik.

Jarukitti berkata, dia kemudian keluar dari bilik beberapa minit. Ketika kembali, Thitiwut sudah menyalakan sumbu mercun di atas ribanya.

“Dia hanya bermain dengannya. Dia menyalakannya dan memadamkan ia semula, tetapi akhirnya tidak dapat memadamkannya hingga ia meletup,” katanya. - Bangkok Post

Senduk berdarah

Oleh Azlan Hafeedz dan Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

SEDIH...Mohd Sanusi Jaafar  di sisi jenazah ibu mentuanya, Wan Kelthum untuk dihantar ke hospital. Gambar kecil, Wan Kelthum.
SEDIH...Mohd Sanusi Jaafar di sisi jenazah ibu mentuanya, Wan Kelthum untuk dihantar ke hospital. Gambar kecil, Wan Kelthum.
BUKTI...barang kes termasuk senduk kayu yang digunakan suspek.
BUKTI...barang kes termasuk senduk kayu yang digunakan suspek.
PASIR PUTEH: Penantian selama tiga jam seorang anak menunggu ibunya mengambil senduk kayu sebagai alat memasak hidangan jamuan Aidilfitri berakhir dengan kejutan apabila wanita itu ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini, semalam.
Lebih memilukan, senduk kayu yang sepatutnya diambil mangsa, Wan Kelthum Wan Hussain, digunakan penjenayah untuk memukul belakang kepala dan mukanya beberapa kali hingga peralatan memasak itu patah.
Secara kebetulan Wan Kelthum yang juga guru al-Quran mati dibunuh sehari sebelum usianya genap 68 tahun hari ini dan mayatnya ditemui cucunya, Nik Muhammad Imran Razali, 13, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bilik tidur rumahnya, jam 1 tengah hari.

Sebelum itu, warga emas terbabit beredar dari rumah anaknya, Raja Zalilah Raja Husin, 40, yang hanya terletak kira-kira 100 meter, pada jam 10.30 pagi untuk mengambil senduk berkenaan.

Raja Zalilah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram berkata, penyerang emaknya mengambil gelang tangan emas dipakai mangsa dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri.

Suami lanyak sampai lembik

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

GANAS...detik-detik Amanda dipukul suaminya di  butik milik mereka.
GANAS...detik-detik Amanda dipukul suaminya di butik milik mereka.
IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.

Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.

Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.

Tertusuk buluh penyidai

Oleh Ibrahim Isa dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my

LOKASI...tempat kejadian kanak-kanak maut terkena buluh penyidai kain.  Gambar kecil,  Che Samad.
LOKASI...tempat kejadian kanak-kanak maut terkena buluh penyidai kain. Gambar kecil, Che Samad.
JOHOR BAHRU: “Saya melihat batang buluh itu jatuh ke bawah dan cuba menyelamatkan anak (Muhammad Alias) yang berada di kawasan berhampiran tetapi gagal.
“Sejurus kemudian saya dapati buluh itu terpacak di kepalanya sebelum tercabut apabila kepala anak terhempas ke tanah dan darah terpancut keluar dari lukanya.”
Demikian kata Che Samad Che Omar, 52, bapa kepada Muhammad Alias, 4, yang terbunuh apabila buluh penyidai baju di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Tanjung, Kempas di sini, terjatuh dan terpacak di kepalanya.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam Ahad lalu dan mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) jam 3 petang semalam.

Ketika kejadian itu, Allahyarham Muhammad Alias bersama Che Samad menunggu kakak mangsa, Nurul Shahirah, 8, pulang selepas bermain di taman permainan berhampiran flat itu sebelum ampaian dari tingkat 12 terjatuh lalu mengenai mangsa.

350 rumah tenggelam

Oleh Gaddafi Musli
am@hmetro.com.my

TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.
TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.
TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan.
TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan.
KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.
“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.

Api terputus kereta rempuh tiang elektrik



ALOR GAJAH: Sepasang suami isteri nyaris maut apabila kereta Proton Satria yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Jalan Kampung Londang-Masjid Tanah, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, kereta dipandu Lee Yok Peng, 34, bersama suaminya, Yong Chow Ting, 38, dari Pengkalan Balak menghala pekan Masjid Tanah selepas menghantar empat anak mereka berusia 10 dan 14 tahun ke sebuah sekolah di sini.

Difahamkan, kereta dinaiki mangsa dihimpit sebuah motosikal hingga memasuki laluan bertentangan lalu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di hadapan rumah seorang penduduk kampung berkenaan.
Harian Metro difahamkan, pasangan berkenaan cedera ringan.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, akibat kemalangan itu, beberapa rumah di kawasan berdekatan terputus bekalan elektrik dan kerja baik pulih segera di lakukan di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

‘Awak isteri dunia, akhirat’



SUNGAI PETANI: “Pada malam Sabtu lalu, arwah memberitahu saya isterinya di dunia dan akhirat, sedangkan dia tidak pernah menyebutnya selepas tujuh tahun kami berkahwin.”
Begitu kata Noor Baizura Rahim, 30, isteri Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Karangan, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, yang menghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua hari sejak Ahad lalu.

Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam, selepas 41 jam koma di Unit Rawatan Rapi (ICU ) Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH), di sini.
Mangsa parah di kepala akibat terjatuh selepas ditendang ketika cuba menangkap peragut di pekan Bedong, dekat sini.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu berhampiran Pejabat Pos Bedong apabila mangsa yang minum di gerai berhampiran membantu mengejar dua peragut yang melarikan beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal.

Kepala mangsa terhempas di atas jalan selepas terjatuh akibat ditendang seorang daripada peragut dalam kejadian itu. Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Teh yang dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di ICU HSAH selepas menerima rawatan sejak dua hari lalu akibat parah di kepala.
Menurutnya, polis sudah menahan seorang suspek dipercayai anggota tentera berusia 26 tahun yang turut menerima rawatan di HSAH kerana cedera di muka dan badan, selain memburu rakannya yang melarikan diri.

Belasah, cekik isteri dituduh curang



KAJANG: Bukan saja dituduh curang, seorang wanita turut menjadi mangsa amuk suaminya yang membelasah wanita itu hingga cedera termasuk mencekik dan menghantuk kepala wanita itu di dinding rumah mereka di Sungai Chua, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 28 tahun itu berehat dan menonton televisyen di rumah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut sumber, pertengkaran itu bermula selepas suaminya menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain hingga meminta cerai daripadanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang tidak tahan dengan kelakuan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Kajang selain mendapatkan rawatan di hospital.

Nurul Firzanah berasa rendah diri



KUALA LUMPUR: “Kami belum benarkan Nurul untuk melihat mukanya lagi namun dia dapat merasakan dirinya itu hodoh dan berasa rendah diri,” kata Norliyati Hamid, 41, ibu kepada Nurul Firzanah Mat Zaki, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu.
Nurul Firzanah, 16, mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju. Menurut Norliyati, keluarganya bersyukur dengan perkembangan mangsa yang sedar dari koma dalam masa singkat dan mula bercakap dengan ibunya sejak Jumaat lalu.

“Dia gadis yang tabah dan meskipun dia mampu bercakap, pertuturannya masih kurang jelas,” katanya.

Hamzah Abu Samah meninggal dunia



SEREMBAN: Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Hamzah Abu Samah meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Staffield Country Resort, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Seremban, Mantin, di sini, petang semalam.
Arwah meninggal dunia dalam usia 88 tahun pada jam 3.30 petang di sisi isterinya, Toh Puan Zainon Hussain, 74, serta lima anak lelaki serta dua anak angkat perempuan.

Lima anak lelakinya yang berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir ialah Mohamad Azlan, 55; Zulkifli, 54; Mohamad Azman, 52; Mohamad Izham, 50; Mohamad Shahril, 46, serta dua anak angkat perempuan iaitu Salina Hamzah, 44, dan Suria Hamzah, 34.
Allahyarham terkenal antara peneraju teras kegiatan sukan negara itu turut meninggalkan 14 cucu.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara selepas solat Zuhur, hari ini.

Isteri arwah, Zainon ketika ditemui semalam, berkata suaminya meninggal dunia selepas doktor membuat pemeriksaan.
“Arwah adalah suami yang sangat penyayang kepada isteri dan semua anak-anak. Jam 12 tengah hari tadi (semalam) arwah mengadu sesak nafas.

“Kami memanggil doktor peribadi memeriksa sebelum semua ahli keluarga berkumpul dan kemudian doktor mengesahkan suami meninggal dunia jam 3.30 petang,” katanya.
Mengikut laman web Arkib Negara Malaysia, Hamzah dilahirkan pada 5 Januari 1924 di Pekan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kajang, Selangor dan memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak. Beliau melanjutkan pelajaran ke Britain pada 1950 dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang dan lulus Barrister at Law, Gray’s Inn, London (1953).

Beliau bertugas sebagai penolong penyelia pilihan raya di Pahang, hakim di Alor Setar, timbalan pendakwa raya awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di antara tahun 1954-1967.

Tahun 1967 beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan Raub, Pahang dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969). Beliau turut menjadi Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973), Menteri Pertahanan (1973-1974), Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara (1978-1980). Beliau menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1980 dan mula bekerja sendiri.

Di dalam bidang politik pula beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Raub dari tahun 1967 dan dipilih semula pada pilihan raya umum 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihan raya tahun 1978, beliau dipilih bertanding sebagai Ahli Parlimen kawasan Temerloh.

Bidang sukan juga menaikkan nama beliau apabila memimpin pelbagai badan sukan di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Dua suspek dikenal pasti



KOTA BHARU: Dua suspek yang dipercayai terbabit meragut dan menetak seorang wanita, Rohairani Abdullah@Ibrahim, 36, menyebabkan pergelangan tangan kiri mangsa hampir putus di Jalan Che Su, di sini, Rabu lalu, sudah dikenal pasti dan kini diburu polis.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek lelaki itu berusia lingkungan 20-an dan polis mengharapkan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu mengesan mereka.

“Usaha mengesan mereka giat dijalankan dan kita mengharapkan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa di Kampung Kota, di sini, semalam.
Turut hadir Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kelvin Yeap. Harian Metro Khamis lalu melaporkan, Rohairani yang bekerja sebagai pembantu klinik swasta baru keluar dari kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian dan berjalan bersendirian ke kedai untuk membeli kain tudung sebelum diragut dua lelaki di Jalan Che Su, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang dan pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, akibat kecederaan parah dialami.

Mazlan berkata, selepas mengadakan ‘Ops Sayang’ membabitkan pegawai dan anggota polis wanita yang memberi nasihat berkaitan jenayah ragut membabitkan 20 kawasan termasuk sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian, pihaknya bercadang menyediakan pondok bit polis di kawasan mangsa diragut.

Hajat Nasha tak difahami

Oleh Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my

TIDAK dapat digambarkan betapa tergurisnya hati penyokong Pas apabila melihat foto kemesraan bekas bos nombor dua mereka, Nasharuddin Mat Isa atau Nasha bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan dengan ulama terkemuka Arab Saudi sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Keempat, di Makkah baru-baru ini.
Belum pun reda polemik berhubung isu DAP menolak pelaksanaan hudud dan desakan keluar daripada pakatan pembangkang yang dicetuskan Nasha tiba-tiba muncul pula foto ‘sensasi’ itu. Tanpa usul periksa, pantas dituduhnya bekas pemimpin itu pembelot dan wajar disingkir daripada parti. Pucuk pimpinan Pas didesak supaya bertindak segera kerana sudah terang lagi bersuluh yang Nasha adalah pengkhianat perjuangan parti. Kepada golongan yang melatah ini, Nasha mengungkapkan simpati kepada mereka.

Bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang menyarankan agar beliau berundur sebagai ahli Majlis Syura Ulama kerana dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksploitasi.
Pas Kelantan pula, dengan lantang berkata Ahli Parlimen Bachok itu tidak akan dicalonkan lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Seolah-olah satu ‘dosa besar’ sedang dilakukan pemimpin politik muda itu. Tak senang duduk juak-juak yang ‘memusuhi’ Nasha khususnya puak Anwarinas sedangkan beliau masih memegang jawatan yang bukan calang-calang iaitu Ahli Majlis Syura Ulama - badan pembuat keputusan tertinggi dalam struktur organisasi Pas.

Kerana itu, Jawatankuasa Pas Pusat menyerahkan kepada Majlis Syura menentukan nasib beliau kerana kedudukannya ketika ini mengatasi bidang kuasa jawatankuasa terbabit.
Rupanya nasib Nasha tidaklah seburuk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat keahliannya Januari lalu.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang antara tokoh disegani dalam dan luar Pas serta Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mempertahankan tindakan Nasha, malah menyelar individu yang mendesak beliau melepaskan jawatan dalam Majlis Syura.
Selain itu, sokongan terbuka daripada Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Muhamad Zin Abdul Rahman dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa diperolehnya, mungkin Nasha pun tidak menyangka situasi berkenaan. Menyingkap kembali pertemuan dengan Najib, ia adalah atas permintaan ulama Arab Saudi yang memohon ‘mencuri’ masa Perdana Menteri bagi berkongsi pandangan berkaitan masalah umat Islam di seluruh dunia selain menyampaikan hasrat dan harapan mereka kepada Malaysia iaitu antara negara Islam yang termaju. Perjumpaan yang diusahakan Nasha itu diketuai oleh Sheikh Dr Hamad Al-Jalali, seorang ulama veteran terkemuka Arab Saudi bersama Mufti Masjid Al-Haram, Sheikh Dr Sulaiman Al-Salumi; Pengerusi Badan Dakwah dan Bimbingan Makkah, Sheikh Saleh Ad-Duwaish; Ketua Mahkamah Syariah Makkah, Sheikh Dr. Hamad Al-Ghammas; Pengerusi Lembaga Pengarah Al-Madj TV yang popular di Asia Barat dan Al-Huda TV (saluran bahasa Inggeris) yang popular di benua Amerika dan Eropah serta beberapa ulama yang lain.

Majlis ramah mesra itu diadakan di kediaman seorang daripada ulama terbabit yang juga rakan kepada Nasha. Bagaimanapun, apa juga penjelasannya tetap ditolak oleh sebilangan pemimpin Pas.

Penyatuan Umno-Pas Pas sememangnya pantang dengan Umno. Apa saja berkait dengan Umno maka tidak ada satu pun yang betul melainkan segala-galanya mengenai parti Melayu terbesar itu adalah tak betul.

Apabila ada desas-desus kuat mahu menyatukan Pas dan Umno, parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN) itu menyambutnya dengan berlapang dada. Nasha dikatakan antara pendukung kuat kerjasama Pas-Umno itu.

Banyak komen positif atas nama penyatuan bangsa dan agama daripada pemimpin Umno. Apabila pemimpin bersetuju, maka tiadalah tentangan daripada ahli yang juga mengidamkan kedua-dua parti orang Melayu itu bersatu demi mengukuhkan penguasaan orang Melayu/Islam di tanah air tercinta ini. Namun, usaha itu ditentang kuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Menyirap darah Tok Guru apabila dikhabarkan usaha satukan Umno-Pas itu mendapat dokongan Nasharuddin dan Hasan.

Sebab itulah, Nik Aziz tidak hairan dengan kelakuan Nasha kerana bekas Presiden Pas, Datuk Mohd Asri Muda juga pernah lompat parti. Malah, Setiausaha Agung Pas sekarang pun, Datuk Mustafa Ali dan Hasan pernah dilihat pro-Umno.

Nasha sememangnya seorang yang dilihat berpotensi besar dalam Pas sejak berada dalam barisan Dewan Pemuda Pas Pusat lagi selain pernah memperoleh undi tertinggi.

Bakatnya diiktiraf ke peringkat tertinggi parti apabila dilantik Setiausaha Agung oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Presiden Pas ketika itu. Keputusan Allahyarham itu mengejutkan banyak pihak kerana Nasha masih mentah dalam parti. Bermulalah era baru Pas sebaik saja Nasha berada dalam teraju kepemimpinan parti Melayu kedua terbesar itu. Beliau dilihat sebagai ulama profesional, bukan konservatif. Fasih berbahasa Arab, Inggeris dan Urdu.

Sebenarnya Nasha ada cita-cita tersendiri. Dikhabarkan usaha beliau menyatukan Pas-Umno ialah bagi memastikan wakil rakyat Melayu terus menguasai Dewan Rakyat dalam membuat keputusan. Niat murninya ialah supaya suara politik Melayu terus berkuasa sepenuhnya dalam pentadbiran negara. Itulah juga yang mahu dilaksanakan Umno.

Maka selarilah hasrat politik Nasharuddin dan Umno, cuma bezanya bekas pemimpin Pas itu tidak akan berada dalam Umno. Misi Mustahil ini digagahkan juga supaya menjadi kenyataan tetapi hasratnya tidak kesampaian.

“Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa saya tidak akan keluar dari Pas dan masuk Umno,” tegasnya sejurus tiba dari Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini selepas bersama Najib dalam perjumpaan yang menimbulkan kontroversi itu.

Keputusan Majlis Syura Apapun, ahli Pas dan pemerhati politik menantikan tarikh 9 September ini apabila Majlis Syura Ulama bersidang sebaik saja Jawatankuasa Pas pusat selesai bermesyuarat.

Nasha sebagai seorang daripada ahli majlis pasti hadir tapi kehadirannya kali ini untuk memberi pencerahan kepada majlis itu mengenai kelakuan politiknya sejak kebelakangan ini. Walaupun Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh mengatakan isu ini hanya dibincangkan dalam agenda lain-lain hal, menunjukkan ia tidak penting, tetapi tetap akan menjadi landasan penting kepada Nasha untuk menentukan hala tuju politiknya.

Ramai berpandangan nasibnya akan sama seperi Hassan tetapi ada juga yang berpendapat Pas tidak akan bertindak ke atas Nasha kerana sedikit sebanyak mungkin akan menjejaskan sokongan pengundi kepada parti pembangkang terbabit yang dianggap menutup pintu demokrasi dan hak bersuara.

Penulis Wartawan Eksekutif Harian Metro

Lelaki datang membantu rupanya penyamun



KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang lelaki yang mahu menukar tayar keretanya yang pancit apabila dia disamun dalam kejadian di Bandar Bukit Mahkota, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun dari Puchong dikatakan dalam perjalanan pulang dari Seremban dan mengalami kerugian sebanyak RM8,000 kerana disamun.

Sumber berkata, sebaik tiba di persimpangan jalan berkenaan berhampiran Nilai, Negeri Sembilan mangsa terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar keretanya yang pancit.
“Ketika dia sedang menukar tayar belakang keretanya, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Saga secara tiba-tiba berhenti di depan keretanya seakan cuba untuk menghulurkan bantuan.

“Mangsa yang menyangkakan lelaki itu mahu membantu hanya melihat dan terkejut sebaik melihat suspek terus membuka pintu kereta di bahagian tempat duduk depan sebelum membawa lari beg sandang miliknya,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya cuba untuk mengejar kereta suspek sebelum menumbuk cermin bahagian penumpang depan untuk menggagalkan tindakan lelaki terbabit namun usahanya itu tidak membuahkan hasil.
Bagaimanapun, lelaki itu berjaya memecut kereta dan melarikan diri manakala mangsa mengalami luka di lengan kanan akibat terkena serpihan cermin.

“Sebaik selesai menukar tayar keretanya, mangsa cuba menjejaki kereta lelaki berkenaan berpandukan Sistem Posisi Global (GPS) iPad miliknya yang tersimpan di dalam beg sandang,” katanya.
Menurut sumber, usaha mangsa itu tidak berjaya dan petunjuk GPS gagal dikesan menyebabkan dia tampil membuat laporan polis Balai Polis Pudu awal pagi semalam.

Katanya, mangsa kerugian RM8,000 termasuk komputer riba, iPad, pelbagai peralatan komputer, dokumen peribadi dan wang tunai RM200.

2 suspek serah diri



JEMPOL: Dua lagi suspek yang terbabit dalam serangan nekad di Hospital Jempol (HJ) pada malam Ahad lalu hingga menyebabkan seorang mangsa cedera, sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (Jempol), di sini, malam kelmarin, manakala seorang lagi suspek masih diburu polis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, susulan serah diri itu menjadikan empat suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan urin terhadap semua suspek berusia 20-an ditahan itu mendapati negatif iaitu tiada sebarang pengaruh dadah atau alkohol ditemui.
“Semua suspek serta mangsa yang terbabit dalam kejadian didapati mengenali antara satu sama lain dan siasatan awal mendapati ia berlaku akibat salah faham hingga timbul rasa tak puas hati,” katanya mengulas berita kes itu yang disiarkan di muka depan Harian Metro semalam.

No comments:

Post a Comment