Abby syukur diberi hidayah
HULU BERNAM – Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.
“Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.
Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Salam dan Ketua Pas Cawangan Berop, Daud Husain.
Turut hadir, Ketua Ulama Pas Kawasan Tanjung Malim, Baharuddin dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mejar B Kamal Badri.
Abby berkata, umat Islam sepatutnya menjadikan agama sebagai cara hidup dan bukan budaya atau hanya mengamalkan sebahagian ajarannya.
“Alhamdulillah anak saya juga faham dan mereka yang tahu mengaji, menghayati kandungan al-Quran sampai nangis-nangis.
“Nasihat saya, buatlah apa saja tapi kalau boleh biar dekat dengan agama,” katanya menjawab soalan pengunjung program tersebut.
Abby turut menganggap hanya Pas parti tunggal memperjuangkan Islam yang kini dijadikan pilihan hidupnya untuk menegakkan agama.
Sinar
Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia
VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin.Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.
Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.
Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.
Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.
Zainal Abidin berkata lima lagi pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya.
Beliau mengenalpasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.
Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu.
“Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar itu,” kata beliau.
“Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini,” kata beliau.
Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu. “Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur,” kata beliau. -BERNAMA
VIDEO: Bila Ustaz Azhar Idrus Naik Ferrari
Gaya penyampaian yang lucu dan bersahaja, diselitkan dengan beberapa contoh yang sinonim berlaku dalam masyarakat membuatkan anak jati Terengganu ini tak menang tangan memenuhi undangan berceramah di sana sini.
‘Kesudian’ beliau untuk bercampur dengan anak-anak muda telah membuatkan populariti Azhar meningkat dengan mendadak apatah lagi bila klip pengajian agama yang dikendalikannya sering dimuatnaik ke dalam laman Youtube.
Dalam video pendek itu Azhar yang memandu Ferrari Scuderia F1 460 (berharga lebih RM2 juta) dilihat keluar dari keretanya untuk membantu seorang pemuda yang skuternya rosak di tepi jalan.
Cuma yang hangat diperdebatkan di internet bukan mesej yang cuba disampaikan oleh Azhar dan pihak produksi, tetapi persoalan siapakah pemilik kereta mewah tersebut.
Ada yang kata ia memang milik Azhar dan ada yang kata ia hanya dipinjamkan ‘seseorang’ untuk tujuan penggambaran video berkenaan.
Wallahualam, jom kita layan video klip tersebut di bawah.
Gempar tiga sahabat jumpa ‘pocong’
ALOR GAJAH: Penemuan sekujur ‘mayat’ berbalut kain putih yang terdampar di tepi semak berdekatan jalan di Paya Mengkuang-Kuala Sungai Baru, di sini, mencetuskan suasana gempar terutama bagi tiga sahabat yang sedang memotong rumput di kawasan berkenaan, semalam.Kejadian disedari jam 11.45 pagi oleh warga Bangladesh dikenali sebagai Mohd Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan senegaranya yang sedang berehat di bawah pokok, 10 meter dari tempat kejadian.
Menurut Rufiq, dia yang terkejut melihat bungkusan kain putih berupa ‘pocong’ itu pada awalnya menyangka ia mayat dikafankan dan dibuang ke dalam sungai oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dia berkata, curiga dengan bungkusan putih itu, mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
“Pada mulanya, saya mahu membuka ikatan bungkusan itu, tetapi membatalkan niat berkenaan kerana mendapati ada beberapa tompokan seperti darah,” katanya.
Kata Rufiq, dia lega apabila hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan putih itu bukan mayat manusia.
“Bungkusan yang diikat kemas itu turut mengandungi bunga-bungaan serta limau nipis yang dipotong dan dibalut dalam sehelai kain batik serta diikat menyerupai mayat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, ia satu amalan syirik yang masih diguna pakai pihak tertentu.
“Segelintir penganut agama di negara ini berpendapat ia satu ritual menghalau hantu dan membuang sial yang lebih sinonim di kalangan masyarakat Melayu,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Harian Metro
Penjelasan dari individu yang mengibarkan ‘Sang Saka’ dimalam sambutan
Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.
Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.
Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..
Baca penjelasan mereka ini..
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.
Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.
Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.
Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.
Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.
Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang ‘berhaluan kiri’ (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal ‘berhaluan kanan’, yang lebih mesra Inggeris.
PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai ‘berbau’ komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.
Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.
Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.
Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
Singa Selatan
Rezeki biji getah
3 September 2012
Sebelum ini, hanya susu getah yang berharga selain daunnya popular bagi masyarakat kampung untuk membungkus tapai diikuti batang getah yang bernilai untuk industri pembuatan perabot.
Tetapi, sejak belakangan ini biji getah pula menjadi sumber pendapatan baru bagi penduduk daerah ini.
Malah, ia fenomena baru apabila suasana bagaikan pesta dengan orang ramai mencari dan mengutip biji getah untuk memenuhi keperluan program penanaman semula.
Fenomena mengutip biji getah dalam kalangan masyarakat kampung khususnya di kawasan Hulu Besut didapati mulai rancak sejak akhir Julai lalu apabila terdapat permintaan daripada pembeli.
Antara yang aktif mencari biji getah adalah keluarga Mohd Mustafa Faizul Mat Hassan, 22, yang menetap berhampiran Lata Tembakah dekat sini apabila menjadikan usaha mencari dan mengumpul biji getah sebagai pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan.
Menurutnya, pada sebelah petang, dia bersama isteri dan adik iparnya serta ahli keluarga beramai-ramai pergi ke kebun getah berhampiran untuk mengumpul biji getah sebelum dijual kepada pemborong tetap.
Katanya, mencari biji getah tidak sukar kerana kebanyakan kebun getah tidak semak seperti dahulu menyebabkan biji getah mudah dilihat serta dapat dikutip dengan banyak pada musim ini.
“Buat masa kini, peraih membeli biji getah dengan harga sekitar RM2 setiap kilogram dan apabila dikumpulkan kami lazimnya dapat mengutip lebih 30 kilogram biji getah setiap petang yang hanya memakan masa dua hingga tiga jam.
“Menjual buah getah memberi pendapatan sampingan kepada kami kerana kerja ini dilakukan pada masa terluang dan tidak memenatkan. Sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan dapur atau perbelanjaan sekolah kerana kanak-kanak dapat melakukan kerja ini,” katanya.
Mohd Mustafa Faizul berkata, selain keluarganya ramai lagi keluarga lain yang melakukan pekerjaan ini sebagai pendapatan selepas menoreh getah pada waktu pagi.
Siti Amirah berhenti kerja bantu urus ayah sakit buah pinggang
3 September 2012
Mengakui hatinya tidak kesal dengan jalan yang dipilihnya itu, apatah lagi kesihatan dan kebajikan ayah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia dan adiknya, Siti Puspawati, 18, belum tentu cukup terbalas dengan pengorbanan ‘kecil’ nya itu.
Malah, akibat sakit ayahnya bertambah teruk sejak beberapa bulan belakangan ini, Siti Amirah turut nekad berhenti kerja untuk membantu menguruskan kehidupannya ayahnya yang memerlukan bantuan hampir setiap masa.
“Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai makan berdekatan rumah, namun setelah penyakit ayah bertambah teruk sejak beberapa bulan yang lalu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menguruskan ayah di rumah.
“Kini, tugas menyara keluarga terletak sepenuhnya di bahu adik (Siti Puspawati) yang bekerja di tempat yang sama dengan saya sebelum ini, dengan hasil pendapatan yang diperolehnya itulah digunakan untuk segala perbelanjaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Teluk Ketapang, di sini.
Siti Amirah ditemui ketika menerima kunjungan Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman yang menyampaikan replika cek Dana Perubatan Negeri Terengganu berjumlah RM18,127.
Buntu untuk bawa ayah jalani hemodialisis
Kata Siti Amirah, setelah disahkan sakit ayahnya yang dulu bekerja sebagai pemandu lori kargo telah berhenti kerja sejak lebih lima tahun lalu dan segala keperluan perubatan dan makan minum ayahnya hanya mengharapkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperoleh RM200 sebulan.
"Ayahnya mula diserang penyakit berkenaan lima tahun lalu, namun penyakitnya bertambah kronik apabila secara tiba-tiba koma dan tidak sedarkan diri hampir dua bulan.
“Ketika menjalani rawatan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di kepala ayah dan memerlukan pembedahan segera dan pada 29 April lalu ayah selamat menjalani pembedahan, tetapi tidak sedarkan diri selama dua bulan serta terpaksa ditahan di wad,” katanya yang turut menanggung beban membayar rumah sewa yang didiami mereka sekeluarga sebanyak RM150 sebulan.
Menurut Siti Amirah, meskipun kini telah sedarkan diri, namun keadaan ayahnya masih membimbangkannya kerana dia buntu memikirkan cara untuk menghantar ayahnya menjalani hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu.
Bagaimanapun, dia sangat gembira dan terharu dengan pemberian sumbangan berkenaan kerana sedikit sebanyak mampu menampung perbelanjaan bapanya terutamanya bagi membeli lampin pakai buang dan susu yang memerlukan kos tinggi.
Minta JPAM bantu
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, pihaknya akan memantau keperluan keluarga malang berkenaan selain akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Terengganu untuk mendapatkan khidmat bantuan ambulans bagi menghantar Ghazali dan mana-mana penduduk yang sakit terlantar memerlukan rawatan di hospital.
“Insya-Allah, kita akan memanggil wakil JPAM dalam masa terdekat ini menghadiri mesyuarat khas untuk berbincang mengenai jadual untuk rawatan di hospital mana-mana penduduk yang tidak mempunyai kenderaan dengan harapan mereka dapat dibantu sepenuhnya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan Pusat Pemulihan (Rehab Centre) di Bangunan Penyelaras Umno Dun Seberang Takir bakal beroperasi dalam masa terdekat ini sebaik menerima kesemua peralatan yang dikehendaki.
“Buat permulaan, pusat ini (pemulihan) akan memberi tumpuan pada fisioterapi terlebih dahulu dan kita telah pun mendapatkan khidmat pakar yang terdiri daripada wakil hospital serta bekas Ketua Jabatan Fisioterapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di mana kerja-kerja dilakukan lebih kepada sukarela.
“Bagaimanapun, perala-tan akan ditambah dari masa ke masa untuk pelbagai rawa-tan pemulihan memandangkan kita sedar bahawa hampir 90 peratus pesakit di kawasan ini (Dun Seberang Takir) adalah terdiri daripada mereka yang menderita pelbagai penyakit di tahap yang agak kronik,” katanya.
Katanya lagi, idea untuk mewujudkan pusat pemuli-han kesihatan itu diambil setelah menyedari kebanyakan penduduk di kawasannya itu menderita penyakit strok.
Hadir sama dalam lawa-tan berkenaan, isteri beliau, Harlina Zakaria, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Perubatan) Dr Mohamad Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Ketapang, Muhammad @Che Mat Ibrahim.
Makan gaji vs kerja sendiri: Ijazah bukan lagi jaminan
3 September 2012
Dalam ruang pekerjaan yang semakin sempit pada hari ini, aplikasi ilmu pengetahuan amat penting bagi seorang siswazah. Mereka bukan sahaja berjuang untuk mendapatkan pekerjaan tetapi berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Bagi memperoleh gaji bulanan yang kasar setiap bulan, siswazah hari ini bukan lagi digalakkan mengejar jawatan tinggi dalam sektor awam atau swasta sebaliknya mereka boleh memilih pilihan ketiga iaitu menjadi usahawan.
Tidak pernah mimpi miliki kesenangan
Bagi Saharudin Ahmad, 27, memiliki segulung ijazah pada masa sekarang bukanlah jaminan utama untuknya memiliki kesenangan hidup dengan kerja makan gaji.
Sama juga seperti rakannya di universiti, tujuh tahun lalu, Saharudin Ahmad 27, tidak pernah termimpi untuk memiliki kesenangan hidup dengan mempunyai perniagaan sendiri.
Tetapi peluang hanya datang sekali, kejayaan rakan baik bapanya di Perak yang mengusahakan produk berasaskan roti menjadi inspirasi hidupnya untuk berjaya dalam bidang perusahaan makanan.
Saharudin yang memegang ijazah sains kesihatan, (pemulihan cara kerja) dari UiTM ini tekad memilih perusahaan membuat roti sebagai pilihan kerjayanya.
Menurutnya, pada usia yang begitu muda dia memiliki perniagaan sendiri malah yang lebih membuatkan dia gembira adalah dapat mengajikan enam pekerja dan bukannya bekerja makan gaji.
Kejayaan yang dinikmati sekarang bukanlah datang bergolek, ia memerlukan pengorbanan zaman remaja sehingga dia sendiri terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya.
“Kalau nak ikutkan, saya antara yang paling lewat mendirikan rumah tangga selepas keluar universiti, ini semua dilakukan demi memajukan jenama Laziz Bakery,” kata Pengurus Besar Edisi Unggul Sdn Bhd ini.
Bangkit perlahan-lahan
Menceritakan detik awal penglibatannya dalam perniagaan, Saharudin yang baru sebulan bergelar suami berkata, dia memulakan perniagaannya dengan modal sendiri RM20,000 sebelum membuat pinjaman RM150,000 dalam bentuk peralatan dengan SME Bank.
Menurutnya, pernah dia hampir terduduk akibat krisis kewangan sehingga bengkel membuat roti di rumahnya dekat Kampung Teluk Ira ditutup atas arahan mahkamah.
Berbekalkan keazaman tinggi, Saharudin berkata, dia kembali bangkit perlahan-lahan. Bengkel miliknya yang pada mulanya hanya menghasilkan roti semakin dikenali dengan jenama Laziz Bakery.
“Mula-mula dulu untuk habiskan bancuhan lima kilogram tepung pun terlalu sukar, tetapi kini mampu melebihi 200 kilogram tepung setiap hari, malah pada musim perayaan jumlah pengeluaran akan meningkat tiga kali ganda,” katanya.
Jenama Laziz Bakey kini dikenali
Saharudin berkata, jenama Laziz Bakey miliknya kini mampu mengeluarkan sehingga 75 jenis makanan berasaskan roti, ban, pizza dan donat dengan pemasaran dilakukan sendiri dengan bantuan keluarga dan pekerjanya.
“Kini saya mempunyai sebuah kedai di hentian Rehat dan Rawat Temerloh selain mengedarkan ke kafe Hospital Temerloh dan kedai-kedai seluruh daerah.
“Antara produk baru yang dihasilkan ialah roti kering dengan perancangan masa depan mengeluarkan produk biskut dan coklat,” katanya.
Saharudin juga membayangkan akan menjadi pengedar peralatan membuat kek dan roti yang dihasilkan secara halal oleh bumiputera sedikit masa lagi.
“Bagi saya, perniagaan berasaskan makanan adalah yang paling selamat dan mudah berjaya sebab itu saya akan terus memberi tumpuan kepadanya,” katanya.
Dua kaki pancing terkejut jumpa mayat reput
3 September 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Faril Ikram, 31, dan Edy Sazali dalam perjalanan untuk memancing ikan di sungai berhampiran, sebelum terhidu bau busuk dari dalam stor berkenaan.
Saksi, Mohd Faril berkata, dia terus mencari punca bau tersebut sebelum menemui mayat lelaki dewasa yang sudah reput dalam keadaan terlentang serta terkangkang.
“Berdasarkan keadaan mayat yang hanya berseluar dalam itu, mangsa dipercayai mati kira-kira sebulan lalu,” katanya yang pernah bekerja sementara di Hospital Kuala Lumpur sebagai pengurusan mandi jenazah.
Seorang lagi saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendapati seorang lelaki yang bekerja sebagai pengumpul barang kitar semula di sekitar kawasan itu menjadikan stor berkenaan sebagai tempat tidur.
“Saya tidak nampak lelaki berkenaan sejak sebulan lalu, namun saya tidak pasti sama ada mayat yang dijumpai itu adalah lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi mengesahkan kejadian yang berlaku dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, sekali gus menyukarkan polis mengenal pasti identiti sebenar mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.
Padah jalin hubungan dengan isteri rakan
3 September 2012
Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.
Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.
“Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan,” katanya.
Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.
“Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan,” katanya
Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.
Terkejut nampak ‘pocong’ dalam sungai
3 September 2012
Bagaimanapun, selepas usaha mengesahkan pembuangan yang disangka mayat itu mendapati, ia adalah sampah bunga-bungaan yang dibungkus dalam sehelai kain batik dipercayai salah satu ritual keagamaan.
Kejadian itu disedari kirakira 11.45 pagi oleh seorang tukang mesin rumput warga Bangladesh, Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan sekerjanya yang sedang berehat di bawah sebatang pokok terletak kira-kira 10 meter dari sungai berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya dia mengesyaki bungkusan 'pocong' itu adalah mayat yang dibuang sebegitu sahaja.
"Saya dan rakan mendapati bungkusan itu masih bersih seolah-olah baru dibuang.
"Kemudiannya penyelia sebuah ladang di sini datang dan melihat sendiri bungkusan itu yang dicampak berdekatan tebing sebelum menghubungi polis," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika berkata, ia dipercayai salah satu amalan syirik yang masih lagi diguna pakai.
"Segelintir penganut sesetengah agama di negara ini berpendapat ia adalah satu ritual menghalau hantu dan buang sial yang lebih sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu.
"Ia bertentangan apatah lagi mendatangkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat moden ketika ini,” katanya.
Amah dicekup memadu asmara
3 September 2012
Perbuatan tidak bermoral itu disedari anak buah majikan amah terbabit yang ketika itu berada rumah.
Menurut sumber, suspek yang juga kekasih kepada amah warga Indonesia terbabit masuk ketika ketiadaan majikannya dalam kejadian malam kelmarin itu.
Katanya, anak buah pegawai polis yang juga tuan rumah pada mulanya menyangka ada pencuri masuk ke dalam rumah selepas terdengar bunyi pelik dari bahagian luar rumah dan dia kemudiannya bertindak menghubungi polis.
Sumber berkata, polis yang menerima panggilan tersebut bergegas ke lokasi itu dan memeriksa kediaman terbabit.
“Pintu bilik diketuk dan seorang lelaki Bangladesh membuka pintu manakala amah berusia 40 tahun itu didapati dalam keadaan berkemban di atas katil,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati amah yang sudah mempunyai dua anak itu menjalin hubungan cinta dengan lelaki Bangladesh terbabit sejak setahun lalu.
“Mereka mengaku sering bermadu kekasih jika ketiadaan majikannya di rumah dan merancang untuk berkahwin,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut kerana kedua- duanya beragama Islam.
Tujuh kenderaan berlanggar
3 September 2012
Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal dan enam kereta di lorong kanan laluan Lukut-Port Dickson berhadapan stesen minyak Petronas.
Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta paling hadapan terpaksa berhenti secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan di hadapannya yang tiba-tiba bergerak perlahan.
Akibatnya, lima kereta lain di belakang kereta terbabit terus berlanggar selepas pemandunya tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan masing-masing.
Sementara itu, mangsa yang menunggang motosikal berada di antara enam kereta terbabit terjatuh dan mengalami cedera ringan manakala salah seorang pemandu sakit pada bahagian dada selepas terhantuk di stereng kereta.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zikri, 27, berkata, dia dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan dan terkejut apabila kenderaan di hadapannya tiba-tiba berhenti.
“Saya tidak sempat menyelak lalu melanggar kereta itu sebelum kereta lain dari arah belakang melanggar belakang kereta saya.
“Pada awalnya keadaan memang sedikit panik, namun bersyukur kerana kami tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, terasa sedikit ralat kerana kereta saya rosak,” katanya.
Perigi lama simpan sejarah, jadi sumber air utama tentera Belanda
2 September 2012
Perigi berkenaan pernah berfungsi sebagai sumber air utama tentera Belanda yang bertugas di situ, di samping sebagai keperluan minuman serta memandikan kuda milik mereka ketika era penjaja-hannya di Tanah Melayu.
Lokasinya perigi berkenaan terletak kira-kira 400 meter dari laluan masuk kampung terbabit, berhampiran simpang lampu isyarat Alai.
Namun, sebahagian besar mereka kurang menyedari mengenai kewujudan perigi yang menyimpan seribu satu kisah sejarah itu. Penduduk berhampiran, Hasnoryanti Hashim, 29, berkata, biarpun ada sebilangan pengunjung yang melawat perigi berkenaan, namun jumlahnya amat kecil.
“Pada pandangan saya mereka yang berkunjung ke perigi itu barangkali ingin melihat keadaan atau bentuk perigi berkenaan selepas mengetahui mengenainya menerusi maklumat di muzium atau Internet.
“Mungkin juga ada yang perasan atau terlihat papan tanda Perigi Belanda yang dipasang di tepi jalan depan kampung ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.
Pengunjung tempatan, Zikri Abdullah, 46, dari Jasin berkata, dia juga tidak mengetahui adanya perigi lama tinggalan sejarah di lokasi terbabit.
“Walaupun pada zahirnya perigi lama itu nampak seperti biasa sahaja, tetapi ia tetap mempunyai nilai sejarah berdasarkan pada maklumat mengenai sejarah kewujudannya yang dipaparkan pada papan kenyataan di situ," katanya.
Berdasarkan maklumat dipaparkan pada papan kenyataan, perigi berkenaan dipercayai dibina tentera Belanda yang berkawal di situ semasa menentang orang Bugis.
Maklumat juga mencatitkan bahawa perigi berkenaan dibina menggunakan batu bata Belanda yang biasanya terdapat pada bangunan milik mereka.
Menurut cerita penduduk kampung juga, air perigi itu tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan ia seringkali digunakan penduduk berhampiran untuk kegunaan harian dan masih kekal hingga kini.
Akibat pitam ketika memandu pemandu lori rempuh kereta
3 September 2012
AYER KEROH –Akibat pitam ketika memandu, seorang pemandu lori gagal
mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang sebuah kereta yang sedang
menunggu giliran mengambil tiket di Plaza Tol Ayer Keroh, di sini,
petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang itu, Mat Rashid Sahid, 58, dalam perjalanan ke Klang, merempuh belakang kereta jenis Proton Waja. Menurut anak lelaki pemandu lori berkenaan, Hafizul Hafiz, 26, yang kebetulan berada di negeri ini berkata, bapanya dalam perjalanan pulang selepas selesai menghantar makanan ternakan di Bandaraya Melaka.
“Saya baru pulang dari menghadiri satu majlis perkahwinan di bandar Melaka dan tiba-tiba mendapat panggilan dari ayah, mengatakan dia mengalami pitam dan telah melanggar sebuah kereta di Plaza Tol Ayer Keroh.
“Sebaik saya tiba di tempat kejadian, saya mendapati ayah dalam keadaan lemah dan kepalanya tertangkup di stereng lori,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Mat Rashid terpaksa dipapah keluar anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dihantar ke Hospital Melaka, di sini untuk menerima rawatan.
Sementara itu, pemandu Proton Waja terbabit, Mohamad Har Md. Ali, 53. berkata, dia dalam perjalanan untuk menghantar anak perempuannya ke sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Serdang, Selangor.
Menurut Mohamad Har, kejadian itu menyebabkan kenderaan miliknya remuk di bahagian belakang dan hadapan kerana turut melanggar sebuah lagi lori seberat satu tan di hadapan.
Bagaimanapun, katanya, beliau bernasib baik apabila isterinya, Hamlah Haron, 49, dan tiga anak berusia 9, 11 dan 19 tahun yang turut berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang itu, Mat Rashid Sahid, 58, dalam perjalanan ke Klang, merempuh belakang kereta jenis Proton Waja. Menurut anak lelaki pemandu lori berkenaan, Hafizul Hafiz, 26, yang kebetulan berada di negeri ini berkata, bapanya dalam perjalanan pulang selepas selesai menghantar makanan ternakan di Bandaraya Melaka.
“Saya baru pulang dari menghadiri satu majlis perkahwinan di bandar Melaka dan tiba-tiba mendapat panggilan dari ayah, mengatakan dia mengalami pitam dan telah melanggar sebuah kereta di Plaza Tol Ayer Keroh.
“Sebaik saya tiba di tempat kejadian, saya mendapati ayah dalam keadaan lemah dan kepalanya tertangkup di stereng lori,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Mat Rashid terpaksa dipapah keluar anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dihantar ke Hospital Melaka, di sini untuk menerima rawatan.
Sementara itu, pemandu Proton Waja terbabit, Mohamad Har Md. Ali, 53. berkata, dia dalam perjalanan untuk menghantar anak perempuannya ke sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Serdang, Selangor.
Menurut Mohamad Har, kejadian itu menyebabkan kenderaan miliknya remuk di bahagian belakang dan hadapan kerana turut melanggar sebuah lagi lori seberat satu tan di hadapan.
Bagaimanapun, katanya, beliau bernasib baik apabila isterinya, Hamlah Haron, 49, dan tiga anak berusia 9, 11 dan 19 tahun yang turut berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat reput ditemui tersangkut
2 September 2012
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pada jam 4.20 petang.
“Keadaan mayat ketika dijumpai tidak berpakaian dan beberapa anggota badan telah rosak sehingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti identiti mangsa.
“Mayat terbabit tersangkut pada batu susulan air pantai surut dan polis percaya mangsa meninggal lebih dari tiga hari. Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kemudiannya membantu membawa mayat berkenaan ke darat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati anggota badan mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka ataupun tikaman.
“Mayat berkenaan dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian,” katanya.
Sementara itu, Abd Wahab berkata, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Port Dickson di talian 06-6472222 bagi membantu siasatan.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Tak tahan hotel bajet Batu Feringgi tumpuan maksiat
3 September 2012
Akhbar ini menerima rungutan penduduk melalui panggilan telefon dan juga khidmat pesanan ringkas (sms).
Seorang penduduk yang hanya dikenali dengan nama Johar memaklumkan sudah tidak tahan dengan lambakan muda mudi yang masih belum berkahwin dan melampiaskan nafsu mereka di situ.
Dia dalam pesanan berkenaan juga menggesa supaya tindakan diambil sebelum bencana tsunami berlaku sekali lagi.
Kegiatan berkenaan bukan sahaja dihidu beberapa penduduk setempat, malah segelintir peniaga berhampiran juga naik rimas.
Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan itu sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.
Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasang-pasangan datang ke kedainya dan membeli barang.
“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh. Dengan selamba menjawab, mereka sudah di sini dua malam duduk di sebuah hotel bajet.
“Saya hairan kesemuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun, tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.
Tinjauan mendapati, bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga ke RM100 sahaja.
Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.
Salah seorang pekerja hotel berbangsa India berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja itu dengan menginap di tempat mereka.
“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.
Penduduk, Juffri Salim berkata, dia memohon supaya pihak yang berkaitan memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan masalah moral dan agama.
“Sekiranya kita biarkan saja perkara ini terjadi, pasti Batu Feringgi pun akan dilanda musibah.
“Kita mahu malapetaka melanda kita?. Saya mahu supaya JAIPP meningkatkan pemantauan di semua hotel bajet seluruh Batu Feringgi, ini kerana kami tidak mahu anak-anak kampung juga terlibat,” katanya.
Peragut dikesan guna jalan tikus
2 September 2012
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, peragut sering menggunakan jalan pintas untuk membolehkan mereka sukar diburu polis.
Menurutnya, suspek hanya akan mengambil duit yang ada dalam beg atau dompet diragut sebelum membuangnya ke dalam semak.
“Sehingga kini polis telah mengenal pasti laluan yang sering digunakan peragut untuk melarikan diri.
“Orang awam yang berhadapan dengan situasi itu diminta jangan cemas, tetapi harus bersikap tenang dan mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek dan cuba mengecam jenis kenderaan digunakan,” katanya.
Ghuzlan berkata, mangsa juga harus membuat laporan polis segera untuk memastikan hebahan dapat dibuat supaya suspek tidak dapat melarikan diri jauh.
Katanya, golongan wanita juga dinasihatkan supaya tidak memakai barangan kemas berharga berlebihan kerana dikhuatiri menjadi tumpuan penjenayah.
“Sehingga kini beberapa kes tetak dilaporkan berlaku apabila bergelut dengan mangsa ketika berlaku kes ragut,” katanya.
Mungkin larikan Nurul Atikah
3 September 2012
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, hasil maklumat daripada bapa pelajar terbabit, polis menahan seorang penganggur berusia 26, tahun di Trong bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, bapa pelajar berkenaan mendapat maklumat daripada anak saudaranya pada petang kejadian yang melihat Nurul Atikah membonceng motosikal RXZ warna merah, yang dimiliki lelaki terbabit.
Yusuf berkata, berdasarkan maklumat dari sepupu gadis terbabit, ketika ditanya Nurul Atikah cuma menjawab mahu ke beraya ke rumah rakan.
“Selepas petang kejadian menurut bapa Nurul Atikah memaklumkan anaknya hilang dan tak dapat dikesan.
“Berdasarkan maklumat itu, polis ke rumah suspek dan menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu bapa Nurul Atikah Ahmad Safari @ Yatim Mustafa berkata, beliau dan keluarga telah berusaha menghubungi adik beradik dan keluarga serta rakan-rakan untuk menjejaki anaknya itu tetapi masih gagal.
Kata beliau, dia dan keluarga tidak putus asa dan masih berusaha mengesan Nurul Atikah berada.
“Setiap hari saya berdoa agar Nurul Atikah pulang semula ke pangkuan keluarga dan menjalani semula hidup sebagai seorang pelajar agar masa depannya cerah,” katanya.
Nurul Atikah merupakan pelajar tingkatan satu, sebuah Sekolah Menengah di Simpang, sehingga kini masih belum ditemui selepas 12 hari hilang.
Gadis itu tinggal di Taman Seri Larut Simpang, Taiping telah dilaporkan hilang oleh bapanya sejak 22 Ogos lalu, iaitu sekitar jam 3.30 petang.
Suami, isteri buktikan DAP bukan untuk bukan Melayu sahaja
3 September 2012
Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.
Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.
“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.
“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.
“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.
Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.
“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.
“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.
Hadang pintu bilik, taktik bersama kekasih hamil 7 bulan
2 September 2012
Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas, pintu bilik berkenaan dipecahkan pihak penguatkuasa.
Menurut Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, pemeriksaan penguatkuasa mendapati, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun yang sedang mengandung tujuh bulan berada di dalam bilik hotel itu.
“Pihak kita juga menghadapi sedikit masalah apabila lelaki itu yang juga bekas tentera tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pegawai penguatkuasa JAJ kepadanya,” katanya.
Mohd Khalil berkata, hasil soal siasat, lelaki tersebut telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera kerana kesalahan tatatertib dan sudah mempunyai isteri serta empat anak yang tinggal di Taman Sri Impian.
“Manakala pasangannya itu tidak bekerja setelah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima,” katanya.
Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu yang dia mahu bernikah apabila mengetahui kekasihnya mengandung, tetapi hasratnya terbantut apabila mendapat tentangan daripada isteri.
“Bagaimanapun, pasangan tersebut dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan.
“Pasangan itu adalah antara tujuh pasangan yang telah berjaya ditahan dalam Ops Maksiat sempena Hari Merdeka awal pagi kelmarin,” katanya.
Operasi yang dijalankan itu juga telah diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dua pasangan pelajar IPTA ditangkap khalwat
2 September 2012
Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang dijalankan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan lapan kakitangan JAJ bersama-sama dengan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang bermula jam 1 hingga 6 pagi.
“Pasangan tersebut antara tujuh pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel bajet dan bilik sewa di sekitar bandar Kluang.
“Ketika soal siat dilakukan, kedua-dua pasangan tersebut berusia antara 20 hingga 21 tahun itu memberi alasan ketiadaan bas untuk pulang ke rumah kakak salah seorang daripada penuntut IPTA tersebut yang terletak di Pekan Paloh.
“Kesemua yang ditahan ditangkap dalam bilik berasingan tetapi hotel bajet yang sama. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka berempat mempunyai sebuah kereta yang digunakan untuk balik daripada Melaka ke Kluang sempena cuti Hari Kemerdekaan kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, tindakan yang dilakukan oleh mereka itu membuatkannya rasa kesal kerana mereka merupakan pelajar IPTA dan sanggup melakukan perbuatan sedemikian hingga tidak tahu bezakan antara perbuatan itu buruk ataupun sebaliknya.
“Sepatutnya sebagai pelajar IPTA, mereka menjadi contoh terbaik masyarakat," katanya.
Katanya, kesemua pasangan itu akan dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan di dakwa di bawah seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman Denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mi udang terbaik dari Ledang
3 September 2012
Walaupun penduduk di daerah Muar dan Ledang cukup sinonim dengan sajian seperti Mi Bandung, Mi Rebus, dan Asam Pedas , namun keenakan Mi Udang Banjir ini boleh membuka selera ramai.
Berjaya menambat selera sesiapa sahaja
Menariknya, sajian ini ‘dibanjiri’ banyak udang sehingga menutupi mi dan kuah sekali gus membuatkan sesiapa sahaja terliur serta mahu mencubanya.
Bagi mereka yang mahu mencuba hidangan ini, pastinya akan beranggapan rasa Mi Udang Banjir sama seperti Mi Bandung berikutan pembuatan kuah sajian berkenaan yang sepenuhnya berasaskan udang,
Bagaimanapun, selepas mencubanya, orang ramai pasti dapat merasai kelazatan dan perbezaan hidangan Mi Udang Banjir ciptaan Rosidah Azhar, 40, dengan Mi Bandung.
Dekorasi ringkas Mi Udang Banjir dengan sedikit sayur kangkung yang diletakkan dan ditambah dengan ‘kemeriahan’ timbunan udang menjadikan sajian ini sangat menarik sekali gus memikat selera pengunjung.
Harga berbeza mengikut saiz
DISEDIAKAN dalam saiz biasa berharga RM6.50 sepinggan dan RM12 untuk saiz istimewa, perbezaan hanya dapat dilihat pada udang yang diletakkan. Tiga udang besar akan diletakkan untuk sajian istimewa, manakala 10 ekor udang segar sederhana bagi saiz Mi Udang Banjir biasa.
Lebih menyelerakan jika sajian ini diminum bersama air buah-buahan segar seperti epal, oren dan limau kasturi yang dipercayai mampu mengurangkan masalah alahan udang kepada mereka yang menghidap masalah berkenaan.
Cipta resepi tersendiri
CUBAAN berani anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu untuk memperkenalkan makanan baru di daerah ini ternyata tidak sia-sia apabila mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk setempat dan pengunjung dari seluruh negeri ini sejak dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan.
Rosidah yang merupakan pengemar Mi Udang Banjir mengakui tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemarannya setiap kali pulang ke kampung halaman di Selangor.
Justeru, menurutnya, timbul idea untuk memperkenalkan hidangan berkenaan di Ledang dan Muar, tetapi menggunakan resipinya tersendiri bagi mewujudkan rasa yang berlainan dengan Mi Udang Banjir sedia ada.
Kepuasan pelanggan jadi keutamaan
SEHINGGA ke hari ini, resepi kuah Mi Udang Banjir sentiasa diperbaiki untuk menjadikannya yang terbaik demi kepuasan pelanggan.
“Mi Udang Banjir sesuai dimakan semua peringkat umur kerana rasanya tidak pedas, tetapi bagi mereka yang mahukan lebih pedas, saya akan memenuhi permintaan mereka,” katanya yang memasak sendiri setiap menu yang dipesan pelanggan,” katanya.
Rosidah berkata, dia sentiasa bersikap terbuka menerima sebarang komen daripada pelanggan terhadap rasa Mi Udang Banjirnya dan menganggapnya sebagai teguran positif untuk melariskan lagi perniagaan yang diusahakan.
Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, orang ramai boleh berkunjung ke restoran tersebut yang terletak di Jalan Tanjung Agas, Ledang, untuk menikmati sendiri keenakkan Mi Udang Banjir terbaik dari Ledang.
Rumah polis dipecah masuk, alami kerugian RM20,000
3 September 2012
Mangsa, M D Amarthalingam berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kuala Lumpur.
Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan berselerak setelah pulang dari majlis berkenaan pada jam 6 petang, semalam.
“Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan pulang semalam.
“Apabila membuka pintu, saya amat terkejut melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang.
“Saya mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku dan bergegas memeriksa wang milik anak saya.
"Saya dapati wang anak saya sebanyak RM7,000 dan beberapa barang kemas telah hilang,” katanya.
Tambahnya, perompak berkenaan dipercayai masuk ke rumahnya melalui pintu di bahagian belakang rumah.
“Apabila saya ke bahagian belakang rumah, saya dapati kekisi tingkap telah diumpil dan mengesyaki perompak terbabit memasuki rumah melalui tingkap berkenaan," katanya.
Malah, terdapat ladang kelapa sawit di belakang rumah Amarthalingam yang menyebabkan kejadian rompakan itu tidak disedari oleh jiran sekitar rumahnya.
"Ini adalah kejadian pertama rumah saya dipecah masuk dan keadaan belakang rumah yang banyak tanaman kelapa sawit menyebabkan tiada orang perasan kejadian rompakan itu berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun kehilangan harta benda.
“Satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu bagi memastikan penjenayah berkenaan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Ke mana hilang wang saya
3 September 2012
Mangsa, Tang Yoke Wai, 18, berkata, walaupun perkara itu sudah berlalu sejak sembilan bulan lalu, dia masih tidak berpuas hati kerana tiada maklum balas yang diterima daripada pihak berkuasa walaupun dia sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Dia yang kini bertugas sebagai pembantu kerani di sebuah sekolah muzik di sini mendakwa wang kiriman itu tidak sampai ke tangannya sebaliknya dikeluarkan oleh individu lain di sebuah Pejabat Pos, Puchong, Selangor pada 27 Disember lalu.
Terdahulu, Yoke Wai berkata, bapanya sudah memaklumkan kepadanya mengenai kiriman wang tersebut yang menggunakan khidmat sebuah agensi pemindahan wang.
Katanya, selepas sehari wang itu dimasukkan, dia ke agensi tersebut untuk mengeluarkannya selepas menerima nombor kawalan pemindahan wang (MCTN) daripada bapanya.
“Malangnya, ketika saya sedang melakukan urusan di agensi tersebut, mereka memberitahu saya tidak dibenarkan mengeluarkan wang kerana masih di bawah umur.
“Namun, saya mempertikaikan perkara itu memandangkan saya sudah mengisi dan menandatangani dokumen berkaitan serta mempunyai MCTN tetapi masih tidak menerima wang kiriman tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Akibat tidak berpuas hati, Yoke Wai kemudiannya ke pejabat pos di sini untuk mengeluarkan wang berkenaan tetapi dimaklumkan wang itu sudah dikeluarkan oleh orang lain.
“Lebih mengejutkan wang itu dikeluarkan di Puchong sedangkan saya tak pernah ke sana.
“Saya segera membuat laporan polis di Balai Polis Bercham supaya mengesan individu yang mengeluarkan wang tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, dia mendakwa, sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan dibuat termasuk daripada agensi pemindahan wang itu malah, dia juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan oleh polis.
“Saya terkilan, selepas sembilan bulan berlaku tiada perkembangan terbaru mengenainya.
“Bagi saya wang itu cukup berharga. Saya bercadang menggunakannya bagi mendaftar kursus masakan.
“Tetapi, hasrat itu terpaksa dilupakan apabila wang yang dikirim bapa tidak kunjung tiba,” katanya yang berharap kes itu diselesaikan segera.
Kereta terjunam dalam sungai
2 September 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta yang dipandu oleh remaja yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 25, remuk teruk selepas terlanggar benteng di sisi jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan ke Bagan Serai selepas makan di kedai berdekatan, terpaksa membrek secara mengejut apabila sebuah kereta Toyota Vios memotong dari arah bertentangan dan masuk ke laluannya.
Tindakan Ahmad membrek secara mengejut menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terpelanting ke laluan bersebelahan sebelum merempuh penghadang jalan lalu terjunam ke dalam sungai.
Ahmad bagaimanapun berjaya merangkak keluar dari keretanya yang remuk dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan kiri.
“Ketika kereta saya terbabas dan terjunam ke dalam sungai, saya sangkakan saya akan mengalami kecederaan parah dan akan menemui maut.
"Tetapi nasib saya baik kerana pada masa itu momentum pelanggaran tidak begitu kuat dan saya dapat merangkak keluar dari kereta lalu menghubungi rakan,’’ katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.
Salah seorang saksi kejadian, Ang Lee, 22, berkata, beliau yang tergamam melihat kemalangan itu rasa tidak percaya apabila mendapati mangsa terselamat tanpa mengalami kecederaan serius memandangkan keadaan kereta mangsa yang begitu teruk.
“Ketika sampai di tempat kejadian, saya terlihat mangsa sedang merangkak keluar dari kenderaan. Bagaimanapun, saya terkejut apabila dia masih mampu berjalan dan kemudiannya, saya menghantar mangsa ke hospital,’’ katanya.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dijalankan.
No comments:
Post a Comment