Sunday, September 2, 2012

BILA DADAH MENGUASAI DIRI KITA...TAK KIRA APA KERJAYA KITA...BEGITU JUGA UMUR...NI KESAN BILA JAUH DENGAN ALLAH SWT

Gadis 16 tahun jadi datuk bandar dua bulan

Posted on the September 3rd, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

BASHAER menggunakan cop datuk bandar di atas dokumen di pejabatnya di Allar, Tebing Barat pada 25 Ogos lalu.
ALLAR – Seorang gadis berusia 16 tahun, Bashaer Othman (gambar kecil) kembali semula ke sekolah selepas beliau menamatkan perkhidmatan sebagai datuk bandar selama dua bulan di sebuah bandar kecil di Tebing Barat, Palestin.
Beliau menjadi Datuk Bandar Allar yang mempunyai 8,000 penduduk.
GNI

Beliau menjadi datuk bandar pada 2 Julai lalu semasa usianya 15 tahun.
Bashaer menjadi datuk bandar menerusi program projek parlimen muda yang dikendalikan Forum Pemuda Sharek.
Tujuan program itu diperkenalkan adalah untuk melibatkan golongan muda dalam pentadbiran tempatan Palestin.
“Saya datang ke pejabat pada setiap pukul 8 pagi dan meneliti banyak fail, menandatangani dokumen selain bertemu dengan anggota-anggota majlis perbandaran.
“Saya juga melakukan banyak lawatan untuk menyelesaikan masalah dengan segera,” katanya.
Menurutnya, dia berasa takut memegang tanggungjawab yang terlalu banyak namun menganggapnya sebagai satu cabaran.
Selepas enam jam bekerja, Bashaer pulang ke rumah dan melakukan rutin harian sebagai seorang gadis termasuk bermain permainan komputer.
Terdapat 11 anggota majlis perbandaran, enam daripadanya dari parti Fatah, lima lagi mewakili pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza.
Menurut Bashaer, semua anggota majlis tersebut memberikan sokongan kepadanya.
Gadis itu diberikan kuasa penuh sebagai datuk bandar.
Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan utnuk menandatangani kelulusan kewangan setakat AS$75 (RM52.92).
Menurutnya, dia berharap akan menjadi datuk bandar sekali lagi. – AFP

Wajib hisap syabu pakai ala Hawaii

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
pix_topright
KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.
Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.

Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta

Anggota polis ditahan khayal dadah

Posted on the September 3rd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
DI kawasan inilah seorang anggota polis bersama 46 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan dalam operasi di Jalan Ipoh, semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul di sini semalam.
Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas selepas didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
Increased GNI

Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama tiga rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.
Sumber memberitahu, anggota polis berkenaan yang telah lapan tahun berkhidmat di Bahagian Narkotik Bukit Aman didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing.
“Anggota polis tersebut yang masih bujang sebelum ini pernah digantung kerja kerana positif dadah pada hujung 2011,” katanya.
Tambahnya, dalam serbuan itu, polis memeriksa 64 pengunjung dan 47 daripadanya ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.
Kosmo

Serbu klinik ‘doktor syabu’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

CAMERON HIGHLANDS: Gelaran ‘doktor lalok’ layak diberikan kepada seorang pegawai perubatan lelaki yang mengusahakan sebuah klinik, di sini, apabila pemeriksaan polis di kliniknya menemui dua peket plastik berisi dadah jenis syabu dalam satu serbuan, petang kelmarin.
Dalam serbuan jam 3.30 petang di Jalan Ringlet, di sini, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menemui dua peket lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.58 gram di dalam bilik doktor berusia 63 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam serbuan sama, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Filipina dipercayai teman wanita doktor berkenaan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, serbuan dibuat selepas risikan anggotanya mendapati doktor berkenaan memiliki dadah dipercayai untuk kegunaan peribadi selain maklumat diberikan orang awam.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menggunakan dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri bukannya untuk diedar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

2 maut kereta masuk gaung

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Azmie Karim
am@hmetro.com.my

MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.
MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.
HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam  nahas membabitkan tiga  kenderaan.
HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam nahas membabitkan tiga kenderaan.
PEKAN: “Sungguh memilukan apabila panggilan telefon kepada Nur Hidayah (mangsa) dijawab orang lain, memaklumkan rakan saya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” kata Nor Zarina Md Tahir, 25.
Dia adalah rakan kepada dua penuntut peringkat sarjana Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, kelmarin.

Berikutan insiden menyayat hati itu, Nor Zarina berkata, dia membatalkan hasrat untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di Bahau, Negeri Sembilan, semalam.
Mangsa yang maut dikenali Balqis Amira Mat Hasan dan Sharifah Nur Hidayah Syed Salleh, masing-masing berumur 26 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua rakan karib terbabit terbunuh selepas Perodua Viva dipandu Balqis dalam perjalanan ke Kuantan bersama Sharifah Nur Hidayah dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan sebuah Toyota Avanza dinaiki seorang lelaki, Mohd Rasid Hassan, 41, bersama lima ahli keluarganya.

Perodua Viva itu kemudian melambung sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di bahu sebelah kiri jalan berkenaan menghala ke Muadzam Shah, Rompin.
Pada masa sama, sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita, Noor Hidayu Hitam, 24, bersama seorang rakan yang berada di belakang Toyota Avanza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berada di dalam dua kereta terbabit hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP).
Nor Zarina berkata, dia dijangka bertemu Balqis dan Nur Hidayah masing-masing berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan Batu Pahat, Johor, pada majlis kenduri kahwin rakan mereka semalam, selepas sebulan tidak berjumpa apabila dia terlebih dulu menamatkan pengajian di UTHM sebelum Ramadan lalu.

Katanya, dia tinggal serumah dengan kedua-dua mangsa di Batu Pahat dan mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di UTHM dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

“Saya terkejut apabila seorang pegawai polis menghubungi saya tengah malam semalam (kelmarin), memaklumkan kedua-dua arwah terbabit dalam kemalangan.

“Bagi memastikan berita itu, saya menghubungi arwah, tetapi panggilan itu dijawab seseorang memaklumkan dua rakan itu terbunuh dalam kemalangan.

“Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuantan atas satu urusan sebelum meneruskan perjalanan ke majlis kenduri kahwin rakan kami di Bahau,” katanya yang menetap di Bera.

Nor Zarina berkata, kali terakhir dia berbual dengan arwah Nur Hidayah kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Kami berkawan sejak 2005 ketika sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Gambang (dekat Kuantan) sebelum melanjutkan pelajaran di UTHM,” katanya sedih dengan kejadian menimpa dua rakan karibnya itu.

Abang Balqis, Mohd Syafirul Amri, 30, berkata, keluarganya reda dengan kejadian menimpa anak kesembilan daripada 10 beradik itu.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu di rumah ibu bapanya di Tanah Merah.

“Balqis seorang yang periang serta peramah dan dia kini menuntut dalam semester terakhir untuk menamatkan pengajian pada peringkat sarjana,” katanya memaklumkan jenazah adiknya itu dibawa ke Tanah Merah untuk urusan pengebumian selepas solat Isyak, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketika kejadian cuaca baik, manakala kawasan tempat kejadian gelap tanpa lampu jalan,” katanya.

Mayat wanita terapung di tasik



SERDANG: Pengunjung sebuah tasik berhampiran pusat beli-belah terkemuka di sini, terkejut melihat satu objek terapung dalam Tasik Eastlake di Jalan Kenanga, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, orang awam yang menemui mayat berkenaan menghubungi pihak berkuasa sebelum bantuan tiba lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat wanita berusia 50-an itu ditemui orang awam dalam keadaan terapung.
“Mayat wanita itu berbaju kuning putih dan berseluar hitam, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya. “Ketika ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Beliau berkata, orang ramai yang kehilangan saudara-mara atau waris boleh menghubungi Balai Polis Serdang di talian 03-89482222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

‘Nampak akhirat terlalu kecil’



KUALA LUMPUR: “Inilah yang akan berlaku (senario jual anak ganti rokok) apabila manusia mula gila terhadap dunia dan terlupa matlamat hidup untuk ke akhirat,” kata penceramah bebas, Ahmad Dasuki Abd Rani.
Menurutnya, kurangnya ilmu dalam diri, selain tidak wujud suasana dosa dan pahala menyebabkan ada segelintir bapa yang sanggup menggadai maruah darah daging mereka sendiri demi memenuhi tuntutan nafsu.

“Suasana masyarakat ketika ini sudah banyak berubah dan lebih mengutamakan materialistik. Mereka nampak akhirat terlalu kecil, manakala dunia menjadi perkara besar hinggakan nafsu juga menjadi besar dan diutamakan.
“Sepatutnya, kita menyemai bahawa dalam hidup ini ada dosa dan pahala. Bapa macam ini adalah bapa yang tidak mempunyai perasaan terhadap anak dan agama, selain membuang agama dalam jasadnya,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu mengenai nasib empat beradik perempuan berusia 17 dan 25 tahun yang menjadi alat tukaran bapanya untuk tidur bersama lelaki hidung belang bagi memastikan bekalan rokok sentiasa mencukupi.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini (Batu Pahat, Johor), malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.
Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.

Penyamun pijak perut warga emas



PASIR PUTEH: Seorang perompak tidak berhati perut sanggup memijak perut seorang warga emas berkali-kali selain mengikat tangan, kaki serta mulut wanita itu sebelum bertindak melarikan barang kemas dan keretanya dalam kejadian di Kampung Kolam, di sini, Rabu lalu.
Mangsa yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Huniazah Mohd Noor, 68, sebelum itu dikatakan sedang membersihkan halaman rumah pada jam 8.30 pagi manakala suaminya, Yunus Abdul Rahman, 70, berada di kebun berhampiran.

Menurut Huniazah, dia ke kawasan belakang rumah mengambil cangkul sebelum dihampiri seorang lelaki berusia 20-an kononnya mahu meminta segelas air akibat kepenatan dikejar polis.
Katanya, dia tidak memenuhi permintaan itu dan bergelut dengan perompak sebelum diikat serta dibiarkan di kawasan belakang rumah.

“Sebelum itu, mak cik sempat memberi nasihat kepada lelaki itu walaupun berasa sakit dipijak di perut.

“Perompak itu naik ke rumah mengambil beg tangan mengandungi dokumen pengenalan diri serta wang tunai RM700,” katanya.
Perompak terbabit turut melarikan sebuah Proton Wira milik mangsa selain merentap rantai leher serta gelang dipakai dan semuanya membabitkan kerugian RM20,000.

Huniazah berkata, dia terpaksa menunggu dua jam dalam keadaan diikat sebelum suaminya pulang ke rumah.
“Selepas yakin perompak tiada, mak cik mengensot ke depan rumah meminta tolong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Beliau berkata, kereta mangsa ditemui sehari selepas kejadian di sebuah masjid di Kampung Serendah, Kadok, di sini.

Lewat 2 minit dapat 8 jahitan

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

CEDERA...Phang menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat ditetak rakan sendiri.
CEDERA...Phang menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat ditetak rakan sendiri.
KUCHING: Hanya kerana tambah nilai telefon bimbit RM10, seorang remaja lelaki terpaksa menerima lapan jahitan di lengan kiri akibat ditetak rakan baik menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Batu 22, Jalan Kuching-Serian, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Phang, 18, diserang rakan baiknya, dikenali sebagai Abi, 25, berhampiran kedai runcit disebabkan mangsa lewat dua minit membelikan kad tambah nilai seperti diminta.
Menurut mangsa, Abi yang bekerja di Sibu sedang bercuti dan datang ke rumahnya kerana ingin meminjam telefon bimbit untuk menghubungi rakannya di Sibu.

Katanya, dia memaklumkan kepada Abi kredit telefon bimbitnya tinggal sedikit, tetapi Abi tetap mahu meminjam telefon dan berjanji meminta rakan yang dihubungi menambah nilai kredit telefonnya.

4,000 suka kek lucah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Ramai bimbang terutama ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur perlu berwaspada dengan pengedaran kek dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita yang dijual secara meluas dalam talian termasuk menggunakan facebook (fb).
Kewujudan aktiviti perniagaan kek berkenaan dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan gambar dimuat naik secara terbuka di laman web terbabit.

Dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan didaftarkan atas nama individu, pemiliknya secara terbuka memaparkan koleksi gambar kek menunjukkan lelaki dan wanita berbogel dalam keadaan mengghairahkan selain mendedahkan bahagian dada wanita dari pelbagai sudut.

Setakat semalam, hampir 4,000 orang menyukai gambar terbabit manakala lebih 10 pemilik laman sosial memberikan komen pada pautan berkenaan dengan ada yang menyifatkan ia sebagai penghasilan seni ‘kreatif’ melariskan jualan dan menarik minat pembeli.

Rayuan si isteri

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

MERLIMAU: “Saya merayu dia (suami) supaya menyerah diri kepada polis demi anak-anak,” kata Kamariah Ahmad, 43, isteri seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh jurukimpal di Kampung Serkam Pantai, Jasin, bulan lalu.
Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan pemandu di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya dikenali sebagai Khairul Nordin, 41, itu.

Menurut Kamariah, dua anaknya berusia dua dan empat tahun amat merindui bapa mereka yang menghilangkan diri sejak kejadian pada 22 Ogos lalu, iaitu malam raya keempat.

“Saya meminta suami segera menyerah diri demi anak-anak yang sememangnya rapat dengannya. Selain berdoa, saya memohon dia supaya tidak putus harap dengan Allah selepas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Paksa suami cerai

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Kerana menyedari suami menghidap penyakit buah pinggang, seorang isteri bukan saja tergamak meninggalkan lelaki itu dalam kesakitan, tetapi sanggup memaksa lelaki berkenaan menceraikannya ketika dia dalam perjalanan pulang ke negara asalnya, Myanmar.
Tindakan tidak berperikemanusiaan wanita terbabit yang dilakukan pada 2009 lalu menyebabkan dua anak perempuannya, Siti Amirah Ghazali, 21, dan Siti Puspawani, 18, menanggung kesusahan serta penderitaan yang ditanggung bapa, Ghazali Abdullah, 55, termasuk mengabaikan alam persekolahan demi menjaga ayah tercinta.

“Kami berkorban apa saja demi ayah. Biarlah ibu sanggup meninggalkan ayah, tetapi kami tidak akan meninggalkannya dan menjaga ayah hingga ke akhir hayatnya,” kata Siti Amirah.

Menurutnya, selepas setahun meninggalkan rumah, dia menerima berita gembira apabila mendapat tahu ibunya, Nurul Islamiah Abdullah, 40, kembali ke negeri ini pada 2010 dan mengharapkan kepulangan wanita berkenaan dapat menjaga bapa yang kini semakin uzur selain melepaskan kerinduan terhadap wanita itu.

‘Namaku Malaysia, lahir 31 Ogos’



BERUAS: “Malaysia adalah namaku.” Itu kenyataan ringkas daripada seorang penyelia peladang Felcra Kampung Kurnia, Malaysia Mohd Yusof, 48, yang amat berbangga dengan nama unik dimilikinya itu.
Lebih membanggakan, Malaysia turut berkongsi tarikh kelahiran dengan hari kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos yang disambut meriah di seluruh negara pada Jumaat lalu.

Mengakui memiliki perasaan malu pada usia kanak-kanak kerana diberikan nama sedemikian, Malaysia yang ditemui pada majlis sambutan hari raya anjuran Felcra Kampung Kurnia berkata, dia kini berasa bertuah dengan nama diberikan itu.
Menurutnya, nama berkenaan dicadangkan bapa saudaranya, Yat Manah, yang juga guru agama sejurus dia dilahirkan 48 tahun lalu.

“Ketika lahir, ayah tiada di sisi kerana bertugas sebagai pembalak di Pahang menyebabkan bapa saudara menyegerakan urusan pendaftaran nama saya.

“Selepas berbincang dengan ibu, Subirah Montak, bapa saudara mencadangkan nama Malaysia untuk saya,” katanya.
Katanya, menurut bapa saudaranya, nama itu diberikan sempena peristiwa bersejarah iaitu penukaran nama Tanah Melayu kepada Malaysia sebaik Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.

Menurutnya, dia akui agak malu dengan nama itu ketika usia kanak-kanak, namun kini sangat berbangga kerana memiliki nama yang begitu bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu, pengalaman sama turut dirasai Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 iaitu hari bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ia satu tarikh yang diingati setiap rakyat Malaysia. Saya rasa bertuah dan menganggap tarikh berkenaan sebagai rezeki atau memberi ‘Ong’ kepada saya,” katanya.

3 pasangan edar dadah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Sepasang suami isteri warga Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang dipercayai aktif mengedar dadah diberkas anggota Unit Peronda Polis (MPV), Jumaat lalu.
Difahamkan, pasangan itu ditahan bersama dua lagi pasangan lain yang menaiki sebuah Proton Wira selepas anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengekori kenderaan itu selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, keenam-enam suspek berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan, jam 10 pagi, Jumaat lalu.
“Sebelum ditahan, anggota berkenaan curiga melihat sebuah Proton Wira yang tiga lelaki dan tiga wanita sebelum mengekorinya dan ditahan berhampiran Taman Dato Ahmad Razali, di sini.

“Sebaik ditahan, anggota berkenaan memeriksa kereta itu dan menemui dua peket heroin, dua peket syabu dan 380 pil kuda,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya merampas wang berjumlah RM1,999 bersama pelbagai dadah berkenaan yang disorok dalam kereta.
Menurutnya, keenam-enam suspek ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, 39A (2) dan 12(2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Semua mereka yang tidak bekerja itu direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Perompak ‘baik hati’

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Selepas dimaklumkan hanya mempunyai RM40 dalam beg tangannya, seorang lelaki mengambil RM20 dan telefon bimbit sebelum menyerahkan semula beg tangan itu kepada mangsanya.
Bagaimanapun, suspek yang cuba melarikan diri selepas merompak mangsa dalam kejadian di Jalan Perak, semalam, ditahan polis tidak lama kemudian.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 30-an, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, berjalan bersendirian ke tempat kerjanya sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Selepas merompak wang dan telefon bibit mangsa, suspek cuba melarikan diri dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Mayat reput dalam kontena



AMPANG: Hasrat dua lelaki menangguk ikan di sungai Bukit Belacan, di sini, terbantut sebaik terhidu bau busuk sebelum menemui mayat reput dalam sebuah kontena, semalam.
Difahamkan, mayat yang hampir tinggal tulang dan hanya memakai seluar dalam itu ditemui jam 10.30 pagi oleh Mohd Faril Ikram, 31, dan rakannya, Zaidi Sazali, 27. Menurut Mohd Faril berkata, dia biasa dengan bau mayat kerana pernah bekerja sebagai kakitangan bilik mayat hospital. Justru, dia yakin bau itu bau mayat manusia dan pergi ke arah kontena itu untuk memeriksa.

“Mungkin itu mayat penagih atau penghisap gam kerana kami turut menemui beberapa tin kosong dipercayai digunakan untuk menghidu gam di kawasan itu,” katanya.
Katanya, berdasarkan apa yang dilihat, dia percaya mayat itu sudah lebih sebulan kerana reput dan hanya tinggal rangka serta berulat.

Difahamkan, mayat terbabit berkemungkinan milik lelaki tempatan yang sering merayau-rayau di kawasan sekitar kerana didakwa sudah lebih sebulan tidak dilihat pekerja pusat komersial berhampiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi berkata, setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut.


Tiga lelaki mati akibat keracunan minuman keras



KAPAR: Tiga lelaki ditemui mati dipercayai akibat keracunan minuman keras yang mereka minum dalam kejadian di Rantau Panjang, di sini, awal pagi kelmarin.
Sebelum ditemui mati, mangsa, M Yogarajah, 32, G Vijayakumar, 31, dan G Suman, 30, dikatakan sempat berbual-bual sambil menikmati minuman berkenaan di depan rumah Suman, kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, akibat terlalu mabuk kerana mencampurkan tiga minuman keras, seorang daripada ahli keluarga mangsa terpaksa membawa mereka bertiga masuk ke dalam rumah kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.
Menurutnya, kira-kira jam 6 pagi, adik mangsa cuba mengejutkan mereka bertiga, tetapi tidak mendapat sebarang tindak balas menyebabkan keluarga mangsa yang bimbang terus menghubungi ambulans.

Katanya, semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan, tetapi gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, seorang lagi rakan mangsa turut berada bersama mereka di tempat kejadian, namun sempat diselamatkan. “Tiada sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian ketiga-tiga mangsa setakat ini,” katanya. Mohamad Shukor berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada HTAR dan setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Kembar hitam putih



PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.
Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.
Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih.

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.

Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur.

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.
Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. - TS

Budak 2 tahun miliki kemahiran kendali haiwan liar



ANTARA aksi menarik Parker bermain ular sawa.
ANTARA aksi menarik Parker bermain ular sawa.
SYDNEY: Walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.
Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang.

Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.
Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar.

Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria.

Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.
“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini.

“Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.
“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.

Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu. - DM

Pengasas Pirate Bay ditahan

PHNOM PENH: Pengasas bersama perkongsian fail terkenal Sweden, laman web The Pirate Bay, yang termasuk dalam senarai orang dikehendaki polis, ditahan di sini, atas permintaan Stockholm, kata polis, semalam.
Gottfrid Svartholm Warg dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh mahkamah di Sweden pada 2009 kerana mempromosi pelanggaran hak cipta, tetapi gagal hadir di mahkamah untuk memulakan hukumannya awal tahun ini.

Jurucakap Polis Nasional Kemboja, Kirth Chantharith berkata, Warg ditahan di Phnom Penh Khamis lalu.

“Penahanannya dibuat atas permintaan kerajaan Sweden atas jenayah yang berkaitan teknologi maklumat,” katanya.

Katanya, Kemboja tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Sweden tetapi akan merujuk kepada undang-undang negara untuk pihak polis menangani kes ini dan Kemboja masih menunggu maklumat lanjut dan dokumen lain daripada pihak berkuasa Sweden.

Kedutaan Sweden di Phnom Penh tidak dapat dihubungi untuk komen.

Pirate Bay ditubuhkan pada 2003 dan mendakwa mempunyai lebih 31 juta pengguna, memudahkan mereka mengelak daripada membayar yuran hak cipta dan berkongsi fail muzik, filem dan permainan komputer menggunakan teknologi bit torrent atau pautan “sahabat kepada sahabat” yang ditawarkan di laman web itu.

Pengasas lain laman popular itu, Fredrik Neij dan Peter Sunde, juga sumber kewangan utama, Carl Lundstroem, berjaya mengurangkan hukuman 12 bulan kepada antara empat dan 10 bulan selepas membuat rayuan, akhir 2010.

Mereka juga diarahkan membayar 46 juta kronor (RM21.5 juta) kerana kesalahan melanggar undang-undang hak cipta dalam industri muzik dan filem. - AFP

Aktivis sanggup dihukum mati



RIYADH: Aktivis terkenal Arab saudi, Mohammed al-Qahtani, berikrar untuk terus berkempen demi hak asasi manusia walaupun dia berdepan dengan perbicaraan mahkamah dan mungkin dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sekiranya bersalah, semalam.
“Saya tidak akan meninggalkan aktiviti saya walaupun saya menerima hukuman bunuh,” katanya selepas sehari hadir di mahkamah atas tuduhan menghasut dan memberontak.

Qahtani, adalah pengasas pertubuhan bukan kerajaan Persatuan Hak Politik dan Sivil Arab Saudi (ACPRA). - AFP

Mayat bapa tunggal, 2 anak ditemui dalam rumah



LONDON: Polis melancarkan siasatan menyeluruh selepas mayat seorang lelaki bersama dua anaknya ditemui dalam sebuah rumah pangsa, lapor media semalam. Polis dihubungi selepas anggota paramedik menemui mayat itu di Tidworth, Wiltshire.
Polis berkata, lelaki dipercayai berusia 36 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik, manakala dua anaknya - berusia tiga dan 11 tahun - di bilik lain.

Kedua-dua budak itu tinggal dengan ibu mereka di Andover, Hampshire, dan sering melawat bapa mereka di situ. Pegawai polis tempatan, Cif Inspektor Ian Saunders, berkata mayat itu ditemui pemilik premis berkenaan yang datang ke situ untuk mengutip sewa kerana tarikh akhir pembayaran semakin hampir.
Katanya, mayat lelaki terbabit diperiksa koroner di Flax Bourton, dekat Bristol, manakala dua budak terbabit dipindahkan ke Southampton bagi membolehkan pakar pediatrik menjalankan bedah siasat. Saunders berkata, lelaki itu berpisah dengan isterinya. Tidak dapat dipastikan berapa lama mayat berkenaan terbiar di rumah itu, tetapi berdasarkan bukti, polis percaya mereka masih hidup pada pagi Khamis lalu. Sementara itu, sumber memberitahu, polis menganggap kematian berkenaan mencurigakan.

Bagaimanapun, kata sumber itu, polis yakin tiada individu lain terbabit dalam tragedi itu. Difahamkan, ambulans dipanggil sejurus selepas jam 1 petang selepas seseorang mendakwa melihat mayat di rumah berkenaan. - DM

No comments:

Post a Comment