Saturday, September 18, 2010

SETUJU..LAKSANA SECARA MENYELURUH....SERTA BERPANDU KAN QURAN DAN HADIS...

Mufti saran hukum Qisas

ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini.

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan.

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya

Rakan Sosilawati

Kes bunuh Sosilawati: RM1j setahun

Oleh NORAINON OTHMAN, IBRAHIM ISA, ISMA ISMAIL, HAZLIHADY HASSAN dan AMIR ABD HAMID
metahad@hmetro.com.my
2010/09/18
BATU PAHAT: Pengasas rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bukan saja membantu menyediakan pekerjaan bagi membaiki taraf hidup ahli keluarga, malah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim di seluruh negara.
Katanya, keluarga bukan mahu bermegah atau berbangga dengan pemberian kakaknya, namun berasa terharu kerana kakaknya tidak pernah melupakan asal usul dan menghulurkan bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Hubungan kami rapat, namun keluarga tidak pernah mengambil tahu perbelanjaan dan cara Kak Wati menggunakan wangnya.

“Namun apabila Dr Robia memberitahu Kak Wati memperuntukkan RM1 juta untuk anak yatim seluruh negara setiap tahun, kami rasa terharu.

“Bukan niat mahu bermegah, tetapi terharu kerana ia membuktikan Kak Wati tidak pernah lupa pada awal perjalanan hidup kami yang susah dengan menghulurkan bantuan bagi membantu insan kurang bernasib baik ketika dia menerima rezeki yang melimpah ruah,” katanya.
Menurutnya, selain menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, kakaknya tidak lupa membantu adik-beradiknya bagi membolehkan mereka membaiki taraf hidup.

Katanya, selain sifat tidak suka meninggi diri, Kak Wati sentiasa mencari peluang membantu adik beradik, terutama menyediakan peluang pekerjaan.

Ketua Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Omar Salleh, 63, berkata Sosilawati sebenarnya tidak suka pemberiannya diperbesarkan kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sedangkan dia ikhlas memberi bantuan.

“Sifat pemurah Sosilawati banyak membantu penduduk dengan memberi bantuan berterusan kepada Masjid Seri Dayong, Sri Medan; surau di Kampung Sri Menanti dan sekolah angkatnya, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong serta Sekolah Agama Seri Dayong.

“Ketiadaannya bukan saja menyedihkan keluarga dan penduduk, malah murid sekolah yang banyak merasai pemberiannya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan teliti bagi menjawab kehilangan Sosilawati.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, penduduk menghormati keluarga itu yang melalui pelbagai dugaan sepanjang tahun ini, terutama kehilangan Sosilawati.
“Jika benar suspek melakukan pembunuhan kejam itu, kami berharap hukuman keras dijatuhkan terhadap mereka.

“Kehilangan Sosilawati bukan saja ditangisi keluarga, malah penduduk kampung terasa kehilangan beliau yang banyak menabur jasa di kampung ini.

“Wang boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh diganti, berikutan itu penduduk berharap jika benar Sosilawati dibunuh, biar pelakunya mendapat balasan setimpal,” katanya.

Katanya, hampir setiap hari dia melawat keluarga Sosilawati untuk memberi sokongan dan berharap keluarga berkenaan tetap tabah mengharungi ujian ini.

Seorang lagi penduduk, Tukinah Samsuri, 40, berkata kali terakhir dia menemui Sosilawati ketika kenduri tahlil arwah sebelum Ramadan lalu.

“Sejak berita pembunuhannya disiarkan akhbar, perasaan bimbang penduduk bertukar sedih dan berharap penjenayah berkenaan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Adik ipar Sosilawati, Misjan Jamikun, 48, berkata keluarganya membuat persiapan bagi mengkebumikan jenazah berbentuk tulang atau cebisan daging jutawan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Menanti

NEGARA


Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung























Sarina













BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.





Rakan Sosilawati ditemui mati

Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini. Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Rakan Sosilawati ditemui mati

BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. "Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. "Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.


NEGARA


Patmanaban simpan wanita asing






KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.
Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.
Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.
Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.
"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam


Lembaga hakim gesa hukuman setimpal

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pejabat Peguam Negara diminta mencadangkan hukuman lebih berat terhadap kesemua lapan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.
Cadangan tersebut disuarakan oleh Lembaga Hakim Pelawat Penjara Malaysia, bagi memastikan hukuman itu memberi pengajaran kepada seluruh warga Malaysia.
Pengerusinya, Datuk Seri V.S Suwaminathan berkata, suspek kes itu tidak sepatutnya terlepas daripada hukuman kerana tindakan itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat yang mengikuti kes tersebut.
"Tindakan kejam yang dilakukan oleh suspek dalam kes pembunuhan ini hampir mewujudkan suasana yang tidak selesa antara kaum India dan Melayu di negara ini.
"Oleh itu, suspek perlu dikenakan hukuman yang berat agar ia dapat memberi keinsafan kepada masyarakat untuk jangka masa panjang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk baru-baru ini.
Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam sungai di Tanjung Sepat, Banting.
Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar baru-baru ini.
Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau.
Berikutan pembunuhan kejam itu tersebar khabar angin tentang perkauman untuk memburukkan lagi suasana, namun ia terhenti apabila masyarakat dapat menerima penjelasan polis tentang insiden berkenaan.
Suwaminathan menambah, sebagai wakil kepada kaum India, beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tersebut


Hubungan saya dengan anak-anak Sosilawati baik - Nash















SEBAHAGIAN hadirin pada majlis tahlil di kediaman Allahyarham Sosilawati di Taman Harmoni, Gombak, malam tadi.









KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kediaman jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya terus dikunjungi kaum keluarga dan para sahabat serta orang ramai untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan simpati.
Tinjauan Mingguan Malaysia ke rumah arwah di Taman Harmonis, Gombak di sini mendapati, kediaman mewah itu terus menjadi tumpuan sejak berita kehilangannya dilaporkan oleh media.
Mingguan Malaysia difahamkan keluarga arwah menganjurkan majlis khatam al-Quran pada petang ini dengan menjemput ahli keluarga terdekat manakala pada sebelah malam akan diadakan majlis tahlil dan doa selamat.
Hari ini, keluarga Allahyarham turut dikunjungi oleh bekas suaminya, Nasharudin Elias atau Nash yang datang bersama keluarganya.
Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded itu ketika ditemui memberitahu, kunjungan itu merupaakan yang pertama selepas mendapat tahu mengenai kematian tragis bekas isterinya itu.
"Saya baru berkesempatan untuk ke rumah ini hari ini kerana ketika kejadian, saya berada di Sabah. Namun begitu, saya masih berkesempatan untuk menghubungi keluarga ini untuk mengucapkan takziah," katanya ketika ditemui di sini.


'Hormatilah privasi saya'

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya meminta pihak media supaya menghormati keputusannya untuk tidak membuat sebarang ulasan mengenai tragedi yang menimpa isterinya.
Beliau yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini turut melahirkan rasa terkilan dengan pelbagai laporan tidak tepat disiarkan oleh media mengenai Sosilawati termasuk mengenai dirinya.
Katanya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk beliau mengulas kes pembunuhan isterinya itu kerana memerlukan masa menenangkan diri.
"(Perkara) dah lepas biarlah lepas. Saya tak ada apa-apa untuk komen.
"Hormatilah privasi saya. Saya tak mahu memberi komen kerana bimbang apa yang diperkatakan akan disalah tafsir nanti," ujarnya.
Sebelum ini, timbul tanda tanya apabila kelibat suami Sosilawati tidak kelihatan di rumah jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak, sejak wanita tersebut serta tiga yang lain dilaporkan hilang.
Malah, sejak berita pembunuhan pemilik syarikat Nouvelles Visage itu didedahkan, suami Sosilawati itu dikatakan tidak pernah muncul di rumah usahawan tersebut.
Menurutnya, beliau memang tidak mahu menonjolkan diri atau memberi sebarang komen dalam kes pembunuhan isterinya itu kerana tidak mahu keadaan menjadi bertambah buruk.
Malah, dalam nada kecewa suami Sosilawati itu memberitahu, beliau tidak mahu lagi membaca apa-apa berita yang ditulis mengenai dirinya dan Sosilawati yang dilaporkan dalam akhbar selepas ini.
Pada 2 Januari lalu, Sosilawati, 47, dalam satu sidang akhbar memaklumkan bahawa beliau berkahwin dengan lelaki itu yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 25 November tahun lalu di Songkhla, ThailandTambah Nash, beliau masih terkejut dengan pembunuhan kejam ke atas bekas isterinya dan tiga yang lain itu dan berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa mereka.
"Saya seperti rakyat Malaysia yang lain, benar-benar terkejut dan berharap mereka yang melakukan perbuatan kejam itu dihadapkan ke pengadilan dan mendapat hukumannya," ujar beliau lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungan dengan anak-anak tirinya, Nash menjelaskan, hubungan mereka masih baik dan menyifatkan anak-anak arwah sangat menghormati orang tua.
"Saya tiada masalah dengan semua bekas anak tiri saya dan kami juga tidak pernah bermasam muka kerana saling menghormati antara satu sama lain," katanya.
Tambah Nash, sebagai individu yang pernah menjadi bapa kepada anak-anak Sosilawati, beliau berasa terpanggil untuk memberi perangsang dan sokongan kepada Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi dan adik-adiknya.
"Sebagai anak sulung, dia mempunyai tanggungjawab yang berat untuk meneruskan usaha ibunya itu dan saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga," ujarnya



Ladang Gadong masih jadi tumpuan orang awam

KUALA LANGAT 18 Sept. - Meskipun polis memaklumkan siasatan di lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya telah selesai, namun kawasan berhampiran Ladang Gadong masih mendapat perhatian para petugas media untuk membuat liputan.
Malah, sehingga hari ini, ia masih menjadi tumpuan orang awam yang melalui kawasan berkenaan apabila dilihat banyak yang memberhentikan kenderaan di situ.
Selain orang awam yang cuba menghampiri kawasan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor bersama beberapa ahli keluarganya juga dilihat cuba memasuki ladang berkenaan pada pukul 10 pagi ini.
Difahamkan, ADUN itu dan keluarganya ingin pergi ke pusat perniagaan buah longan yang terletak di dalam ladang itu, namun hampa apabila mereka diarah supaya berpatah balik oleh anggota polis peronda bertugas berikutan ladang longan itu ditutup.
Tinjauan Mingguan Malaysia di kawasan itu mendapati, petugas media yang 'menumpang' di sebuah kuil di sebelah kiri jalan utama juga diawasi ketat oleh anggota polis bagi mengelak mereka menghampiri lokasi kejadian.
Selain itu, tinjauan di lokasi turut mendapati beberapa kenderaan unit forensik Polis Diraja Malaysia dan beberapa anggota polis berpakaian preman masih keluar masuk dari lokasi kejadian pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, tiada bukti-bukti baru dilihat dibawa keluar oleh mana-mana kenderaan tersebut


Keluarga Noorhisham masih menaruh harapan

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Keluarga kepada pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad reda jika keputusan DNA nanti mengesahkan serpihan tulang yang ditemui dalam sebuah sungai di Tanjung Sepat, Banting adalah miliknya.
Adiknya, Nurheni Adriane Mohamad bagaimanapun berkata, dia dan seluruh ahli keluarga Noorhisham masih lagi menaruh harapan agar abangnya masih hidup.
"Kami seisi keluarga masih berusaha melakukan sembahyang hajat dan berdoa agar mendapat petunjuk atas kehilangannya," katanya pada majlis doa selamat di kediaman Noorhisham di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), Rahimuddin Md. Harun.
Menurut Nurheni, mereka masih menunggu keputusan DNA yang diambil daripada ibu Noorhisham, Sakinah Mokhtar dengan sabar dan tawakal.
"Jika keputusan itu mengesahkan ia serpihan tulang Noorhisham, kami pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi," jelasnya.
Isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat bagaimanapun enggan ditemuramah pemberita.
Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya pembunuhan kejam tersebut dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.
"Pembunuhan itu adalah melampaui batas kewarasan pemikiran kerana perbuatan membakar mayat bukan budaya masyarakat Islam dan kami amat marah dengan peristiwa ini," ujarnya.
Minggu lalu, polis menjumpai serpihan-serpihan tulang yang dipercayai milik Noorhisham, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, pembantu peribadinya, Kamarudin Shamsudin dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim.
Namun, keputusan DNA ke atas serpihan-serpihan tulang tersebut hanya akan didedahkan Isnin ini



Pangkalan data kesan gelaran Datuk

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pemuda MIC hari ini menggesa kerajaan menubuhkan pangkalan data yang akan menggabungkan semua gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.
Ketua Pemudanya, T. Mohan berkata, pangkalan data itu perlu memandangkan semakin ramai individu menipu orang ramai dengan mendakwa mereka bergelar "Datuk" atau "Datuk Seri".
"Contohnya suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dikatakan telah membeli gelaran Datuk daripada seorang ahli perniagaan wanita dengan bayaran RM180,000 tetapi semakan mendapati dia tiada apa-apa gelaran.
"Pada masa sama, terdapat banyak individu mendakwa mereka dianugerahkan gelaran Datuk kerana gelaran seperti itu banyak di negara ini.
"Masalah timbul kerana tiada tempat yang membolehkan orang ramai menyemak dan mengesahkan sama ada dakwaan tersebut benar ataupun tidak,'' katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohan berkata, kerajaan sepatutnya mengeluarkan satu garis panduan yang jelas mengenai cara untuk mengenal pasti seseorang yang mendapat gelaran kenamaan agar tiada lagi kes-kes ditipu oleh individu bergelar Datuk palsu.
Tambahnya, jika pangkalan data itu menjadi kenyataan, sesiapa sahaja boleh melayarinya untuk mengenal pasti dan mengesahkan bahawa seseorang itu memang mempunyai gelaran kenamaan seperti itu


Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes bunuh Sosilawati, 3 individu paling kejam


2010/09/19

Mangsa dibakar berbanding jenayah dilakukan Mona Fendy

KES pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiyah serta tiga individu lain dianggap paling kejam dan tragik berbanding kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Talam, Datuk Idrus @ Mazlan Idris 17 tahun lalu, membabitkan Maznah Ismail atau Mona Fendy.

Mayat bekas ADUN itu ditemui ditanam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong dekat Temerloh, Pahang dengan keadaan anggota badannya dipotong kepada 18 bahagian oleh pasangan bomoh Nor Affendy Abdul Rahman, isterinya, Mona Fendy serta pembantu mereka, Juraimi Husin.
Ini berbeza dengan kes pembunuhan Sosilawati serta tiga individu lain yang dianggap paling kejam kerana semua mangsa dipercayai dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran lokasi pembunuhan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor bagi melupuskan bukti.

Sosilawati dikatakan keluar dari pejabatnya di Kampung Baru di sini bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38 dan peguam sivilnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, kira-kira pukul 10 pagi, 30 Ogos lalu ke Banting bertujuan untuk bertemu dengan suspek yang juga seorang peguam.

Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan urusan penjualan sebidang tanah seluas 12 hektar di Pulau Pinang yang dimiliki bersama serta dua lagi rakan kongsi yang bernilai RM29 juta.

Kira-kira jam 4 petang, mangsa dan rakannya dilihat mengunjungi Fazz Enterprise Kerepek House, sebuah kedai perusahaan kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting ketika dalam perjalanan bertemu dengan suspek di Ladang Gadong.
Sosilawati dikatakan memakai blaus berwarna merah jambu, kasut sukan berwarna hitam dengan jahitan kuning serta memakai seluar ‘legging’ hitam ketika membeli kerepek di kedai terbabit sambil ditemani Kamaruddin.

Selepas membeli kerepek, mangsa bersama rakannya dikatakan beredar dari situ, difahamkan ketika dalam perjalanan, Kamaruddin ada menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail kira-kira jam 5 petang.

Antara jam 5 hingga 6 petang, Sosilawati menghantar SMS kepada suaminya bagi memaklumkan yang beliau berada di Banting dan kesemua mereka akan pulang selepas tiga hari.

Kira-kira jam 8.15 malam, Noorhisham menghubungi isterinya, Suzana Radim Pangat dalam keadaan tergesa-gesa memaklumkan yang beliau akan pulang ke rumah selepas tiga hari.

Kira-kira jam 10 malam, semua mangsa dipercayai diikat, dipukul sehingga parah lalu ditikam sebelum mayat mangsa dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai.

Anak Sosilawati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan pada 6 September lalu, kereta milik Sosilawati dijumpai di tempat letak kereta Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, kira-kira jam 8.30 malam, manakala kereta milik Ahmad Kamil ditemui diletakkan di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya setengah jam kemudian.

Empat hari selepas penemuan kedua-dua kereta milik mangsa, lapan suspek termasuk seorang peguam menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu dan adiknya ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu dan polis turut mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Rabu lalu, polis menganggap kes terbabit selesai dan kesemua suspek dijangka didakwa minggu depan selepas menemui beberapa bahan bukti di lokasi kejadian.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Penduduk Orang Asli rasa tertipu


2010/09/19

BANTING: Ketika ramai pihak mendakwa menjadi mangsa penipuan kepada suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Cheeding, kira-kira 25 kilometer dari pekan Banting, turut rasa terkilan dan tertipu dengan imej dermawan suspek yang juga seorang peguam itu membantu mereka.

Malah jika personaliti sebenar suspek pembunuhan kejam itu diketahui, tidak mungkin mereka sudi menerima sumbangan Datuk itu

Suri rumah, Zaimah Lebih, 41, ketika ditemuinya di Kampung Bukit Cheeding berkata, beliau berasa terkejut dengan pendedahan media itu.
“Hati rasa tak tenang,” katanya sambil meraut lidi di pangkin rumahnya sambil dikerumuni anak-anak kecil petang semalam.

Zaimah adalah antara keluarga Orang Asli yang menerima sumbangan beg sekolah pada majlis sumbangan ditaja suspek sebelum ini.

“Kalau tahu, tak mungkin kakak bagi anak terima beg sekolah warna biru itu,” katanya merujuk anak ketiganya, Zariah, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Cheeding.

Pengawal keselamatan di Kampung Bukit Cheeding, Isak Pahat, 34, berkata beliau tidak menyangka suspek kelihatan seperti orang baik sanggup bertindak demikian.
“Saya terima beg dan kasut sekolah. Kalau tahu dia begitu, salam pun tak mahu,” katanya turut bersimpati dengan keluarga mangsa.


Rakan Sosilawati mati tergantung
Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Rudy Syareme Sheriffudin
bminggu@bharian.com.my
2010/09/19

Kematian jutawan kosmetik beri tekanan

BUKIT MERTAJAM: Seorang rakan baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dipercayai mati dibunuh bersama tiga yang lain baru-baru ini, ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, di sini semalam

Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.
Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita mengenai kejadian itu dan bergegas ke kediaman Sarina, tetapi mendapati mayat sudah diturunkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Sarina yang mempunyai empat anak berusia 16 hingga 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya adalah usahawan kosmetik berjaya di negeri ini. Selepas bercerai dengan suami pertama, Sarina bernikah kali kedua lima tahun lalu.
Anak sulung Allahyarham, Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, berkata beliau yang ketika itu berada di Kuala Lumpur hanya mengetahui mengenai kematian ibunya selepas dimaklumkan adik perempuannya lalu bergegas pulang dari ibu negara.

Beliau yang kali terakhir bertemu Allahyarham petang kelmarin, berkata ibunya mungkin letih bekerja dan mengalami tekanan.

“Kejadian yang membabitkan Datuk Sosilawati amat menyedihkan ibu saya berikutan mereka sangat rapat selepas berkawan lama dan sama-sama terbabit dalam perniagaan produk kecantikan,” katanya



KAWAL ... Anggota polis menahan sebuah kenderaan awam yang ingin memasuki jalan ke kawasan yang dipercayai lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat Banting, Sabtu. Allahyarhamah Sosilawati, 47, bersama peguamnya Ahmad Kamil Abd Karim, pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad dipercayai dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai . Mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lepas. Foto BERNAMA .

Kes Sosilawati: 3 Suspek Dilanjutkan Reman Hingga 25 September
KUALA LUMPUR: Tiga suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dilanjutkan tempoh reman sehingga 25 September ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
Katanya, lanjutan reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan.
Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting



Reman tiga suspek dilanjut seminggu


KUALA LUMPUR – “Don’t do this. I’m not involved! (Jangan buat begini. Saya tidak terlibat!)” jerit adik kepada suspek utama, peguam kononnya bergelar ‘Datuk’ yang disyaki terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga yang lain di Ladang Gadong, Banting.

Suspek berusia 38 tahun, yang juga seorang peguam, mengeluarkan kata-kata itu kepada sekumpulan jurugambar yang merakamkan wajahnya ketika anggota polis membawanya bersama seorang lagi suspek berusia 45 tahun ke dalam bilik mahkamah di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil, semalam untuk mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman.

Kata-kata suspek yang memakai baju reman berwarna oren dan menutup mukanya dengan baju yang dipakainya, bagaimanapun tidak mengurangkan keazaman kumpulan jurugambar dan wartawan, yang berkampung di pekarangan pusat tahanan itu sejak awal pagi, untuk menjalankan tugas.

Suspek utama kes itu dibawa masuk ke bilik mahkamah tertutup, kira-kira jam 10.35 pagi dengan dikawal empat anggota polis.

Dua lagi suspek, termasuk adik suspek utama itu, dibawa masuk bilik yang sama kira-kira setengah jam kemudian.

Suspek utama yang berusia 41 tahun itu memakai baju reman berwarna ungu dan hanya menundukkan kepala ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah pada jam 11.45 pagi, manakala dua lagi, kira-kira lima minit selepas itu.

:Majistret Mohd Azeli Ibrahim membenarkan reman ke atas ketiga-tiga mereka dilanjutkan selama seminggu sehingga 25 September ini, selepas reman terdahulu berakhir semalam.

Perintah reman itu disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, difahamkan, terdapat dua individu lelaki hadir ke pusat tahanan itu pada awal pagi dan seorang daripadanya yang memakai kot, mendakwa diri sebagai rakan serta peguam kepada suspek utama.

:Kedua-duanya bagaimanapun beredar dari pekarangan pusat tahanan sebelum ketiga-tiga suspek dibawa masuk ke bilik mah�kamah.

:Kelmarin, lima suspek lain disyaki terlibat dalam pembunuhan sama, turut disambung reman sehingga 23 September ini untuk siasatan lanjut.:

Polis siasat kematian Sarina, tentukan kaitan dengan kes Sosilawati



2010/09/19
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes itu berkait dengan pembunuhan rakan baiknya, Datuk Sosilawati Lawiya.
"Apa-apa yang kita dengar, yang berkaitan, kita akan siasat. Kita akan tentukan, bukan sahaja lihat dari satu sudut tapi semua sudut kita akan lihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, di Parlimen hari ini.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi semalam, dan media melaporkan wanita itu ada memaklumkan kepada anggota keluarga tentang keinginannya menggantung diri.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan kejadian yang menimpa Sosilawati yang disahkan dibunuh bersama tiga individu lain, sebelum mayat mereka dibakar dan abu ditabur ke dalam sungai di Banting, Selangor.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus polis melakukan pemeriksaan di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan klinik milik isterinya, Ismail berkata perkara itu masih dalam siasatan.
"Siasatan masih lagi berjalan kerana kita mendapat perkembangan baru mengenai gambaran yang lain. Apa yang penting, dalam masa terdekat ini kita boleh selesaikan segalanya," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tujuan pemeriksaan itu yang dipercayai dilakukan semalam.

Jumaat lalu, Murugiah membuat laporan polis berhubung satu SMS yang mengaitkan beliau dengan seorang peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Murugiah sebelum itu memberitahu media bahawa suspek adalah penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan lain yang disampaikan beliau kepada masyarakat Orang Asli pada satu majlis di Banting pada 8 September lalu. -Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Ikut cakap emak



2010/09/18
GOMBAK: “Ada hikmahnya Rita ikut cakap emak supaya terus balik dari United Kingdom (UK) untuk menguruskan perniagaannya. Kalau ikutkan, Rita mahu bekerja dulu di sana untuk cari pengalaman selepas tamat pengajian,” kata Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, atau lebih dikenali sebagai Rita.
Pemegang ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham Trent, UK itu berkata, operasi Nouvelles Visages akan berjalan seperti biasa dan dia mengambil alih tanggungjawab menerajui empayar perniagaan ibunya dengan dibantu empat beradiknya yang lain serta kakitangan berpengalaman.

“Rita masih ingat kata-kata emak supaya segera pulang dari UK dan meminta tidak membazir waktu, sedangkan dia boleh memberi tunjuk ajar selok-belok dunia perniagaan.

“Sejak mengambil alih perniagaan enam bulan lalu, banyak yang Rita pelajari. Emak banyak membimbing Rita dan adik lain menguruskan perniagaan,” katanya yang juga Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Selain memasarkan produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Beauty Centre membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.
Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya. Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

Menurut Rita, sebagai anak sulung, cabaran berat harus dipikul mengambil alih perniagaan dan menguruskan keluarga yang selama ini digalas ibunya.

Bagaimanapun, dia akan mendapatkan pandangan daripada orang berpengalaman serta berbincang dengan adik beradik sebelum membuat sesuatu keputusan membabitkan perkara penting.

“Sejak kes ini berlaku, Rita tidak sanggup menonton televisyen dan membaca surat khabar kerana terlalu sedih. Walaupun terlalu pahit, Rita boleh menerima kenyataan. Kami sekeluarga harap rakyat Malaysia sama-sama mendoakan roh emak dan tiga yang lain dicucuri rahmat.

“Rita juga tidak berniat untuk tidak memberi kerjasama dengan pihak media, tetapi buat masa ini masih belum bersedia. Kami masih bersedih dan harap mereka faham situasi sekarang ini,” katanya yang turut memperketat kawalan keselamatan untuk keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.

Bekas suami Sosilawati yang juga vokalis Lefthanded, Jamaluddin Elias atau Nash, turut menziarah rumah Allahyarham Sosilawati di Taman Harmonis, di sini.

Dia yang berada hampir sejam di situ dilihat bertemu ibu Sosilawati, Yatmi Abdul Rahman, 80, selain memberi kata perangsang kepada bekas anak tirinya

WANITA MENDERA WANITA....AKAL LETAK DIMANA...SUBAHAT DENGAN SUAMI DALAM KES ROGOL..

TERKINI


Pembantu rumah dipukul,dirogol majikan dan isteri

18/09/2010 5:59pm

GEORGETOWN - Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lalu dan kemudiannya ditinggalkan
di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa berumur 26 tahun dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur turut mendakwa dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.
Katanya, pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana
mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan
dadanya.
Beliau berkata, laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun,

Dipercayai isteri kontraktor itu pula memukul mangsa jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. - Bernama


Suami isteri ditahan dera amah





KONG MENG menunjukkan gambar
kecederaan yang dialami seorang pembantu rumah yang didera di George Town semalam.




GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri ditahan di sebuah pangsapuri di Jelutong dekat sini kelmarin selepas dipercayai mendera dan merogol pembantu rumah mereka.
Kedua-dua suspek berusia 41 dan 36 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam selepas mangsa yang berusia 26 tahun dan berasal dari Jawa Timur membuat laporan di Balai Polis Nibong Tebal pada 12 September lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, selain kecederaan di tubuhnya, hasil pemeriksaan kesihatan juga menunjukkan terdapat kesan mangsa dirogol.
Menurut Kong Meng, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang datang ke negara ini Januari lalu dan mula berkerja dengan pasangan berketurunan India itu sejak 2 Februari lalu.
"Pasangan itu merupakan majikan keduanya dan mangsa mendakwa dia mula didera sejak Mei termasuk dipukul di kepala, di belakang badan serta turut diseterika di dada.
"Sehinggalah pada 11 September lalu, pasangan suami isteri itu membawa mangsa keluar sebelum meninggalkannya di satu kawasan perumahan dekat Nibong Tebal kira-kira 40 kilometer dari kediaman mereka tanpa sebarang pengenalan diri," ujarnya


Amah dakwa kena dera, dirogol majikan


2010/09/19

KESAN   kecederaan yang dialami amah  warga Indonesia yang didakwa didera majikannya.
KESAN kecederaan yang dialami amah warga Indonesia yang didakwa didera majikannya.
GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia disiram air panas dan diseterika di dada serta dirogol empat kali sejak beberapa bulan lalu sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Winfaida, 26, dari Jawa Timur, mendakwa didera majikannya sejak Mei lalu dengan memukulnya di kepala, diseterika di dada sehingga melecur, disiram air panas di bahagian belakang, dirogol serta tidak dibayar gaji sejak bekerja dengan pasangan itu pada Februari lalu

Berikutan penderaan secara fizikal dan seksual sejak empat bulan lalu di rumah majikannya di Jelutong di sini, beliau mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan. Wanita itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata perbuatan tidak berperikemanusiaan majikan itu terbongkar apabila dia membawa mangsa dengan sebuah kereta ke sebuah ladang di Nibong Tebal dan meninggalkannya kira-kira jam 9 malam pada 12 September lalu.

Mangsa yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi keesokannya sebelum diserahkan kepada polis Seberang Prai Selatan (SPS).

Pada peringkat awal siasatan, polis sukar mengesan majikan mangsa kerana dia hanya memberitahu bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak di Jelutong. Bagaimanapun selepas hampir seminggu menyiasat, dan dengan bantuan awam, polis berjaya mengesan majikan mangsa.

Berikutan itu, polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Penawar Satu, Jelutong kira-kira jam 9.15 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan isterinya berumur 36 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku mendera mangsa termasuk merogol wanita itu beberapa kali dan pemeriksaan doktor juga mendapati ada koyakan di kemaluan mangsa. Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Kong Meng berkata, polis turut merampas sebuah seterika di rumah pasangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Turut dirampas satu tali pinggang, cadar dan cadar di bilik mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk membawa mangsa ke Nibong Tebal. Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol.


Azab pembantu rumah

Laporan dan foto RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
metahad@hmetro.com.my
2010/09/18

GEORGETOWN: Dera, rogol dan campak. Itulah tiga tindakan kejam dipercayai dilakukan sepasang suami isteri terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum ditahan dalam serbuan di Jelutong, di sini, malam kelmarin.
NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
Majikan tidak berperikemanusiaan itu kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan ladang di Taman Cenderawasih tanpa dokumen pengenalan diri.

Bagaimanapun, keesokannya mangsa diselamatkan orang ramai pada jam 10.30 pagi sebelum diserahkan kepada anggota polis Nibong Tebal untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis pada mulanya menghadapi kesukaran apabila mangsa gagal memberitahu alamat rumah majikannya dan hanya memaklumkan bahawa rumah itu terletak di kawasan Jelutong.

Katanya, mangsa mendakwa bekerja dengan majikannya sejak tujuh bulan lalu dan sepanjang tempoh itu dia tidak dibayar gaji manakala sejak Mei lalu dia sering didera termasuk dipukul di kepala, disiram air panas di belakang badan serta dilecurkan dadanya menggunakan seterika elektrik.
“Siasatan lanjut mendapati banyak kesan kecederaan dan bengkak serta lebam di beberapa bahagian badan mangsa yang juga mendakwa dirogol empat kali oleh majikannya di rumah.

“Hasil pemeriksaan doktor turut mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, semalam.

Gan berkata, susulan kejadian itu dan hasil maklumat awam, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, di sini, dan menahan sepasang suami isteri berusia 41 tahun dan 36 tahun yang mempunyai empat anak.

Katanya, majikannya bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua rekod kesalahan dadah dan satu kes jenayah manakala isterinya suri rumah.

“Polis turut menemui seterika elektrik dipercayai digunakan untuk mendera mangsa selain merampas satu tali pinggang, cadar dan lapik tilam mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk meninggalkan mangsa di kawasan ladang di Nibong Tebal.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa dan suspek lelaki juga mengaku merogol mangsa beberapa kali di rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 376 kanun sama iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan,” katanya.

Gan berkata, mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut, manakala polis memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Jeneral Indonesia di Malaysia

Friday, September 17, 2010

CERITA2 YANG PATUT JADI TELADAN DAN PANDUAN KITA

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

Mohd Ali Hashim   
JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.
Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.
"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.
"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.
"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.
"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.
"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi

Bayar RM4,000 wajah terbakar

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/09/18
KUALA LUMPUR: Impian untuk memiliki kulit mulus seperti seorang artis membawa padah kepada seorang gadis apabila kosmetik yang dibeli dengan harga RM4,000 menyebabkan kulit wajahnya terbakar dan melecur seolah-olah disambar api.
SAKIT...Patricia menunjukkan gambar wajahnya yang terbakar.
SAKIT...Patricia menunjukkan gambar wajahnya yang terbakar.
Kosmetik yang dipakai mangsa terbabit turut menyebabkannya mengalami kegatalan kulit yang luar biasa selain tumbuh bintik nanah pada wajahnya walaupun sebelum ini tidak menghadapi sebarang alahan terhadap alat solek jenama tempatan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Patricia, 33, berkata, dia mula mengenali produk kosmetik berjenama terkenal dari Hong Kong itu selepas menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat kecantikan yang menawarkan pemeriksaan kulit wajah percuma pada Jun lalu.

Menurutnya, dia yang teruja dengan janji pakar kecantikan terbabit bersetuju menjalani pemeriksaan kulit sebelum diberitahu kulit wajahnya menghadapi masalah serius dan perlu menggunakan kosmetik disyorkan.

“Saya dicadangkan membeli satu set produk penjagaan wajah bernilai RM4,000 sebelum diberi arahan supaya menggunakan produk terbabit setiap hari.

“Namun, selepas dua minggu menggunakan produk terbabit, saya terkejut apabila kulit wajah bertukar kemerah-merahan seperti udang bakar. Malah, saya rasa terseksa apabila kulit wajah terasa panas seolah-olah dibakar,” katanya.

Menurutnya, dia yang bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada wajahnya pergi ke syarikat kecantikan itu untuk mendapatkan penjelasan.

“Bagaimanapun, pakar kecantikan terbabit memberitahu tindak balas yang dialami kulit wajah saya itu perkara biasa.

“Malah, dia memberitahu kesan terbakar itu berkemungkinan disebabkan saya kekurangan air di dalam badan. Saya dipujuk supaya membeli lebih banyak produk kosmetik dari syarikat terbabit.

“Namun, saya masih mengalami nasib sama apabila kulit muka saya semakin teruk hingga menyebabkan sensitif kepada cahaya matahari,” katanya.

Mangsa berkata, dia menghentikan penggunaan produk kosmetik terbabit sebelum pergi mendapatkan pemeriksaan doktor pakar pada 24 Ogos lalu
“Doktor berkenaan terkejut dengan keadaan terbabit dan mengarahkan saya menghentikan pemakaian produk itu.

“Dia memberitahu kulit muka saya sensitif dan tidak sesuai memakai sebarang produk kosmetik. Saya diberikan ubat khas bagi menghilangkan kesan terbakar itu,” katanya.

Berang dengan keadaan itu, mangsa pergi ke syarikat kosmetik terbabit bagi menuntut ganti rugi.

“Bagaimanapun, syarikat terbabit enggan memulangkan duit yang dilaburkan untuk membeli kosmetik berkenaan dengan mendakwa polisi syarikat menolak sebarang bayaran ganti rugi.


Ibu hampa pasangan kembar tidak pulang



2010/09/18
IPOH: “Puas saya menunggu mereka hari ini (semalam) kerana dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), mereka (anak) akan pulang apabila persekolahan bermula. “Tapi mereka tidak pulang-pulang. Saya berdoa mereka selamat dan pulang secepat mungkin,” kata Harlizah Samah, 44, ibu kepada pasangan kembar, Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi, 14, yang menghilangkan diri sejak Sabtu lalu.
Pasangan kembar berkenaan bersama seorang rakan sebaya, Suhaili Abd Razak tidak pulang ke rumah selepas keluar ke pekan Kampar, pada hari raya kedua, Sabtu lalu.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dikatakan bermalam di sebuah rumah di Parit sebelum ke Teluk Intan keesokannya.

Harlizah ketika dihubungi berkata, kedua-dua anaknya masih belum pulang walaupun sesi persekolahan mereka bermula semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi maklumat palsu mengenai kehilangan tiga pelajar terbabit kerana boleh mengganggu siasatan polis.

Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama bagi mengesan mereka dengan memberi maklumat yang boleh membantu polis.

“Kami menerima maklumat mengenai lokasi pelajar terbabit, tetapi apabila disiasat alamat diberi salah. Perbuatan itu jelas mempermainkan polis menjalankan tugas.

“Perbuatan itu juga seperti menambah beban kepada keluarga mangsa kerana mereka mengharapkan maklumat daripada orang ramai dalam usaha mengesan anak-anak mereka,” katanya yang dihubungi semalam.

Abdul Aziz berkata, sehingga kini, pihaknya masih tidak menemui tiga pelajar terbabit tetapi yakin mereka masih berada sekitar Teluk Intan atau Perak Tengah.

Katanya, pihaknya menolak kes kehilangan tiga pelajar terbabit ada unsur jenayah, sebaliknya mengesyaki berpunca salah faham atau masalah keluarga 
IPOH: “Puas saya menunggu mereka hari ini (semalam) kerana dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), mereka (anak) akan pulang apabila persekolahan bermula.
“Tapi mereka tidak pulang-pulang. Saya berdoa mereka selamat dan pulang secepat mungkin,” kata Harlizah Samah, 44, ibu kepada pasangan kembar, Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi, 14, yang menghilangkan diri sejak Sabtu lalu.
Pasangan kembar berkenaan bersama seorang rakan sebaya, Suhaili Abd Razak tidak pulang ke rumah selepas keluar ke pekan Kampar, pada hari raya kedua, Sabtu lalu.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dikatakan bermalam di sebuah rumah di Parit sebelum ke Teluk Intan keesokannya.

Harlizah ketika dihubungi berkata, kedua-dua anaknya masih belum pulang walaupun sesi persekolahan mereka bermula semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi maklumat palsu mengenai kehilangan tiga pelajar terbabit kerana boleh mengganggu siasatan polis.

Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama bagi mengesan mereka dengan memberi maklumat yang boleh membantu polis.

“Kami menerima maklumat mengenai lokasi pelajar terbabit, tetapi apabila disiasat alamat diberi salah. Perbuatan itu jelas mempermainkan polis menjalankan tugas.

“Perbuatan itu juga seperti menambah beban kepada keluarga mangsa kerana mereka mengharapkan maklumat daripada orang ramai dalam usaha mengesan anak-anak mereka,” katanya yang dihubungi semalam.

Abdul Aziz berkata, sehingga kini, pihaknya masih tidak menemui tiga pelajar terbabit tetapi yakin mereka masih berada sekitar Teluk Intan atau Perak Tengah.

Katanya, pihaknya menolak kes kehilangan tiga pelajar terbabit ada unsur jenayah, sebaliknya mengesyaki berpunca salah faham atau masalah keluarga

“Tiga pelajar itu masih di bawah umur dan laporan polis sudah dibuat. Jadi, menjadi tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mengesan mereka,” katanya


Gadis diminta putus tunang dua kali cuba bunuh diri



2010/09/18
KOTA KINABALU: Lantaran terlalu kecewa serta tidak dapat menerima hakikat dirinya bukan pilihan sebagai calon menantu, seorang gadis bertindak mengelar perut sendiri selain minum minyak pelincir.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin di Kampung Tigot di sini, gadis berusia 17 tahun itu ternyata masih panjang umur kerana tindakan bodohnya itu disedari ibunya, lalu segera menghantarnya ke hospital untuk rawatan.
Gadis berkenaan sebelum itu hilang pertimbangan berikutan kecewa apabila ibu tunangnya meminta dia memutuskan pertunangan dengan anaknya kerana tidak menyukainya.

Berasa terhina dengan kata-kata ibu tunangnya, mangsa cuba membunuh diri dengan mengelar perut menggunakan kaca cermin yang dipecahkan, namun perbuatannya itu disedari ibunya yang terdengar jeritan mangsa.

Perbuatannya itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan serius di perutnya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, tindakan mangsa tidak berakhir di situ kerana selepas dibenarkan pulang, gadis berkenaan sekali lagi memberikan kejutan kepada keluarganya apabila meminum minyak pelincir kenderaan ketika berada bersendirian di dalam biliknya.

Perbuatan gadis berkenaan sekali lagi disedari ibunya selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila anaknya itu berdiam diri di dalam bilik sebelum membawanya ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan sudah merekodkan kenyataan daripada gadis terbabit.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa bertindak sedemikian berikutan mengalami tekanan perasaan akibat tidak disukai ibu tunangnya.

“Mangsa bertindak mengelar sendiri perutnya dengan cermin, namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah kira-kira sejam kemudian. Namun, kira-kira jam 9 pagi keesokan harinya, dia sekali lagi cuba membunuh diri dengan meminum bahan pelincir motosikal.

“Mujur, perbuatannya itu sekali lagi disedari ibunya. Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan lanjut di hospital. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya


Wanita terkejut temui anak tergantung pada jeriji tingkap



2010/09/18
KULIM: Sejam selepas melihat anak lelakinya sedang asyik menggunakan komputer, seorang wanita terkejut apabila mendapati pemuda itu ditemui tergantung pada jeriji tingkap rumahnya tidak lama kemudian.
Wanita itu yang kali terakhir melihat anaknya kira-kira jam enam pagi kelmarin, memanggil jiran untuk membantu menurunkan mangsa selepas menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.
Difahamkan mangsa juga sudah menulis surat untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal apabila ambulans tiba di rumahnya di Taman Kangkong, dekat sini dan dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Seorang kenalan yang tidak mahu dikenali berkata, mangsa seorang pendiam dan baik serta tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Saya terkejut mendapat tahu dia ditemui tergantung di dalam biliknya kerana dia tidak pernah menceritakan masalahnya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kulim ketika dihubungi berkata, mangsa berusia 23 tahun, bekerja sebagai penjawat awam serta mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan mendapati tiada perbuatan khianat terhadap mangsa.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Seluang selepas solat Asar, kelmarin.


Padah buka suis lampu

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
2010/09/18

KOTA BHARU: Gara-gara membuka suis lampu ketika ingin tidur, seorang pesakit mental maut akibat ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lagi pesakit mental yang berang terhadap perbuatannya itu dalam kejadian di wad Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Jambu Rambutan Rendang, Mohamad Idris, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Menurut anaknya, Norzilawati, 28, dia dikejutkan dengan panggilan daripada kakitangan jabatan terbabit pada jam 8.30 pagi yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, bapanya yang sudah lama mengalami penyakit mental dimasukkan ke wad berkenaan pada Selasa lalu.

“Arwah baru saja dimasukkan ke wad ini pada hari raya kelima. Memang sebelum saya dilahirkan lagi ayah mengalami masalah mental.

“Namun, tidak sangka berakhir begini. Saya mendapat panggilan pagi tadi (semalam) yang memaklumkan kejadian ini.

“Apa yang saya tahu, ayah dipukul kerana dia membuka suis lampu menyebabkan pesakit lain marah,” katanya ketika ditemui di wad terbabit, di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke HRPZ II.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek yang berusia 31 tahun juga sudah dikenal pasti.


Hampir pengsan

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/09/18 
BUKIT BERUNTUNG: Seorang pencari besi buruk berusia 20-an terperanjat dan hampir pengsan apabila menemui mayat wanita berulat ketika mencari bahan buangan itu berdekatan kawasan tanah lapang berhampiran sekolah rendah di Jalan Kasturi, dekat sini semalam.
Mangsa yang dipercayai mati sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan meniarap dan lengkap berpakaian.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa dipercayai berusia awal 20-an ditemui dengan kesan lebam pada bahagian pinggangnya.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

“Mayat mangsa ditemui seorang pencari besi buruk kira-kira 3.30 petang semalam sebelum memaklumkannya kepada polis,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.

Norel berkata, mangsa yang berkulit cerah dan berambut panjang ditemui kira-kira 200 meter dari Jalan Kasturi.

Katanya, Unit Forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, kira-kira jam 6.45 petang untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Forensik masih masuki lokasi pembunuhan

Kes bunuh Sosilawati: ‘Kami ada bukti kukuh’

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim, Shanty Nur Shaffizan Shafee, Muhammad Apendy Issahak, Suraya Roslan dan Shamsul Munir Safini
am@hmetro.com.my
2010/09/18
KUALA LUMPUR: “Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara berkemungkinan minggu depan. Polis yakin siasatan kami punya bukti kukuh,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhubung perkembangan terkini pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.
Menurutnya, bukti kukuh itu yang dikumpul berdasarkan penemuan tulang, beberapa senjata, barangan peribadi dan pengakuan suspek diyakini mampu mengaitkan dan mengheret suspek utama dan tujuh yang lain ke mahkamah bagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Beliau berkata, sehingga kini polis menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, bermula semalam. Bagaimanapun, anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.
“Polis percaya kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya dapat diselesaikan berdasarkan tindakan diambil dan bahan bukti yang diperoleh,” katanya.

Mohd Bakri berkata, bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa, keputusan mengenainya hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya dalam empat hari lagi.

“Misi mencari bahan bukti dihentikan hari ini (semalam) dan jika selepas ini kami dapati ada keperluan atau masih ada lagi benda yang perlu dicari atau dilakukan, kami akan sambung operasi,” katanya.

Mohd Bakri berkata, dua pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini. Beliau berkata, bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, manakala bagi pasukan menyiasat individu hilang ia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Setakat ini, kami sudah kenal pasti suspek terbabit empat kes lain iaitu tiga kes individu hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek utama. Kami tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadi mangsa bunuh selain satu kes wanita mati ditikam di hadapan rumahnya tahun lalu,” katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Kes pembunuhan itu terbongkar selepas penahanan suspek utama yang juga seorang peguam berusia 41 tahun pada 11 September lalu diikuti beberapa tangkapan membabitkan tujuh individu lain. Semua suspek dipercayai pekerja suspek utama.

Sebelum itu, polis menemui kereta mewah milik Sosilawati ditinggalkan di sebuah pangsapuri di USJ1 dan kereta peguamnya di tempat letak kereta Hotel Dorset, Subang Jaya.

Peguam terbabit orang terakhir dilihat bersama semua mangsa. Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Sejak itu, kawasan Ladang Gadong dipercayai milik suspek utama menjadi tumpuan siasatan polis selain tiga sungai utama di kawasan berkenaan iaitu Sungai Kanchung Laut, Sungai Gelanggang Buaya dan Sungai Panchau yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan tulang mangsa, senjata pembunuhan dan barangan peribadi mangsa termasuk jam tangan serta telefon bimbit. Semua sungai berkenaan terletak antara dua hingga lima kilometer dari ladang berkenaan. Wartawan Harian Metro yang ‘berkampung’ di lokasi kejadian sejak Ahad lalu juga mendapati orang ramai terutama penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk melihat lokasi kejadian tanpa menghiraukan kawasan berkenaan dikawal ketat.

Dalam tinjauan semalam selepas media dibenarkan mendekati kawasan pintu masuk ladang berkenaan mendapati kawasan ladang itu dipagar dengan tembok simen setinggi kira-kira dua meter manakala pintu masuk utama dikawal menggunakan pagar kawalan automatik serta terdapat satu lagi pagar kira-kira 100 meter dari pintu utama ladang. Pintu masuk utama ladang itu turut tertera dua tanda amaran iaitu ‘Dilarang Masuk’ dan ‘Awas Anjing Ganas’. Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan menyerupai chalet, rumah pondok serta gazebo selain beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam dipercayai untuk tanaman sirih di sepanjang laluan pintu masuk hadapan.

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dipukul guna kayu kriket


2010/09/18

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (tengah), menunjukkan kertas kenyataan media polis pada sidang akhbar mengenai kes  pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah (kiri) ; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman dan Datuk Hadi Ho Abdullah.
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (tengah), menunjukkan kertas kenyataan media polis pada sidang akhbar mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah (kiri) ; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman dan Datuk Hadi Ho Abdullah.
Polis sahkan suspek utama tidak pernah dikurnia Datuk

KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.
Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk’ yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu.

Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38.

Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri.

Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya.
“Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian.

“Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

“Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.

“Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada mayat keempat-empat mangsa dikerat sebelum dibakar, selain terdapat senjata tertentu, termasuk parang digunakan untuk mengerat semua mayat berkenaan.

“Itu sedang kita siasat,” katanya.

Beliau turut mengesahkan hanya lapan suspek ditahan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada suspek lain terbabit dalam kes itu.

“Aset suspek utama turut dibekukan untuk proses siasatan. Suspek juga disahkan tidak meminta apa-apa wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya.

Katanya, perintah reman tiga daripada lapan suspek akan tamat esok, manakala lima lagi termasuk peguam terbabit disambung sehingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis,” katanya


Pembunuhan kejam Sosilawati: Kamaruddin sempat beli baju raya untuk anak


2010/09/18

  MAZNAH   (dua dari kanan) bersama   Mohd Hazmi   bertanya sesuatu kepada ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, dan anaknya Irfan Aiman ketika berkunjung ke rumah mereka di Indera Mahkota, Kuantan kelmarin.
MAZNAH (dua dari kanan) bersama Mohd Hazmi bertanya sesuatu kepada ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, dan anaknya Irfan Aiman ketika berkunjung ke rumah mereka di Indera Mahkota, Kuantan kelmarin.
KUANTAN: Pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin, sempat membelikan dua helai baju raya untuk anak bongsunya, Irfan Aiman, sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur pada pagi 30 Ogos dan kemudian terus dilaporkan hilang hingga akhirnya disahkan dibunuh bersama Sosilawati dan dua individu lain selepas menemui suspek utama seorang peguam.

Kakak Kamaruddin, Ramlah, 49, berkata bagaikan mengetahui tarikh 29 Ogos itu kali terakhir dia melihat anaknya, Kamaruddin meminta Irfan Aiman memakai dan menggayakan kedua-dua baju baru berkenaan di hadapannya

Beliau berkata, walaupun Irfan Aiman dijaganya sejak berusia dua hari, hubungan Kamaruddin dan anaknya itu sangat rapat dan mereka kerap bertemu, malah adiknya itu juga seorang bapa yang bertanggungjawab dan tidak pernah culas menyediakan keperluan anaknya itu.
“Kamaruddin pulang ke sini pada 27 Ogos (Jumaat) untuk menemui Irfan Aiman dan membawa anaknya membeli baju raya selama dua hari berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad.

"Pada malam Ahad (29 Ogos), Kamarudin meminta anaknya itu memakai kedua-dua baju itu kerana tidak sabar melihatnya bergaya di hari raya, sebelum dia bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Isnin (30 Ogos) dan selepas itu terus gagal dikesan hingga akhirnya dia disahkan dibunuh secara tragis," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof dan Skuad Sayang Wanita UMNO Indera Mahkota di Indera Mahkota, kelmarin.

Maznah dan Mohd Hazmi bersama anggota Skuad Sayang meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga Kamaruddin berhubung kejadian malang menimpanya itu.
Anggota rombongan juga turut mengadakan majlis tahlil secara ringkas bagi menghormati kematian Kamaruddin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama majikannya dan dua rakan di Banting, akhir bulan lalu.

Ramlah berkata, Kamaruddin sebelum ini kerap menyuarakan hasratnya mahu Irfan Aiman menjadi seorang ustaz apabila dewasa.

"Hasratnya itu umpama amanat untuk ditunaikan dan saya akan menghantar Irfan Aiman ke sekolah agama di sini, tahun depan,” katanya.

Dua lagi anak Kamaruddin, Balqis Dayana,12, dan Izran Akmal, 9, tinggal bersama bekas isterinya, Noorfazilah Ab Sani, 33, di Rembau, Negeri Sembilan selepas pasangan itu berpisah pada 2006.


Tahan suspek kes saudagar lesap


2010/09/18

Lelaki turut dikait dengan ugutan diterima isteri mangsa, minta RM1 juta


KUALA LUMPUR: Polis semalam menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes kehilangan saudagar permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muturaja, 34, yang dilaporkan hilang di Banting, lapan bulan lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan penahanan lelaki berusia 34 tahun itu, berkata suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, suspek ditahan petang semalam di Taman Wilayah, Selayang dekat sini tetapi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Dia kini ditahan di IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Difahamkan, lelaki terbabit dibawa ke IPD Kuala Langat kira-kira jam 8.40 malam tadi turut mempunyai kaitan dengan ugutan yang diterima isteri mangsa, S Usharani, 24, bagi meminta wang pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta bagi membebaskan suaminya.
Khalid bagaimanapun enggan mengulas sama ada penangkapan lelaki berkenaan mempunyai kaitan dengan seorang peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan dan bakar pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Bagaimanapun pada 19 Januari lalu, beliau gagal menelefon suaminya sebelum menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang.

Usharani mendakwa, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah dan meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu tetapi tidak dipedulikan.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia dan membuat laporan polis di Banting pada 8 September lalu dan turut memaklumkan suaminya pernah menyebut lama sebelum itu beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam.


Kes bunuh jejas imej Banting


2010/09/18

BANTING: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain menjadi kes pembunuhan pertama di sini selain memahatkan sejarah hitam dan kesan buruk kepada penduduk tempatan.

Penduduk, Idris Ahmad, 63, berkata kes pembunuhan itu memberi kesan kepada tahap keselamatan penduduk ekoran bimbang wujudnya serpihan penjenayah tidak berperikemanusiaan seperti suspek utama kes Sosilawati yang bergelar ‘Datuk

“Keluarga rasa terancam selepas berlakunya kes ini. Selama ini kami hidup aman damai dan tidak perlu bimbang tetapi hari ini semuanya berubah corak,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.
Seorang lagi penduduk, Mohd Muaz Mohd Johan, 19, berkata penduduk di sini tidak dapat menerima apa yang dilakukan penjenayah selain menyifatkan ia dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia.

“Semua kaum di sini hidup dalam keadaan harmoni, namun dengan berlakunya kes sebegini ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan hubungan. Mujurlah setakat hari ini tiada sebarang pergolakan kaum dan kami masih mampu hidup seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Siti Mislijah Saratul, 53, berkata kes bunuh itu memadamkan nama baik Banting sebagai lokasi lahirnya jaguh badminton negara iaitu Datuk Jalani, Datuk Misbun dan Rashid Sidek.

“Sebelum ini Banting aman dan tiada kes pembunuhan, apatah lagi pembunuhan kejam seperti ini. Ia meninggalkan sejarah hitam kepada kawasan ini di mata masyarakat umum.
“Beberapa tahun lalu Banting menjadi tumpuan apabila ada mendakwa UFO mendarat di Tanjung Sepat tetapi kini menjadi tumpuan dengan kes bunuh pula. Ia boleh disifatkan memalukan dan mencemar nama,” katanya.

Sebelum ini, penduduk pernah membangkitkan insiden pembuangan bangkai babi dan najis babi di sini yang menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar.

Penduduk berharap polis menyiasat kemungkinan premis niaga dan ladang di sini sekadar ‘topeng’ pembersihan wang haram, termasuk hasil dada.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Ladang seperti resort, terjaga rapi


2010/09/18

KEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
KEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
BANTING: Kebun sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat selain premis untuk berhibur seperti karaoke, bar dan spa adalah antara komponen memenuhi ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Tinjauan Berita Harian di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dekat sini semalam, mendapati ladang yang dikatakan lokasi kejadian bunuh dan bakar empat mangsa itu dikelilingi tembok konkrit setinggi kira-kira 1.5 meter dan pada pintu kayunya pula tertera pelekat ‘Dilarang Masuk’ dan ‘Awas anjing ganas.’

Difahamkan, ladang yang masih dikawal anggota polis itu, belum diserahkan kepada keluarga suspek.
Berbanding dengan ladang sawit di kiri dan kanannya, ladang yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 0.8 hektar itu kelihatan seperti sebuah resort dan keadaannya bersih serta terjaga rapi.

Beberapa ekor lembu kelihatan dibiarkan merayau dalam kawasan ladang, manakala bunyi salakan anjing kedengaran apabila petugas media berkumpul di pintu masuk ke ladang itu. Kebun sirih juga kelihatan seperti baru ditanam, berdasarkan keadaan anak pokok yang baru memanjat batang pancang yang didirikan.

Selain pintu masuk tempat petugas media berkumpul, ada satu lagi pintu pagar kayu kelihatan di hujung ladang berkenaan. Kedudukan ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu masuk utama di jalan besar itu agak tersorok berikutan jauh daripada penempatan penduduk dan dihubungi dengan jalan batu kerikil.

Sementara itu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengambil sampel tanah di tebing Sungai Arak, berhampiran Sungai Gelanggang Buaya, Kelanang, di sini pagi semalam, tetapi tidak diketahui tujuan sampel itu diambil.
Beberapa jam kemudian, dua kereta peronda polis jenis Mitsubishi Lancer Evo 10 dilihat memecut meninggalkan kawasan ladang persendirian milik suspek utama menghala ke arah Tanjung Sepat yang dipercayai membawa bahan bukti.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Murugiah buat laporan polis dikait suspek utama


2010/09/18

Timbalan Menteri anggap SMS diterima sebagai fitnah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh, Perak semalam mengenai satu SMS yang diterimanya malam kelmarin mengaitkan beliau dengan suspek utama pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga individu lain

Murugiah berkata, SMS itu adalah satu perbuatan fitnah terhadap beliau yang sengaja mengaitkan dirinya dengan suspek bergelar ‘Datuk’ itu yang juga seorang peguam serta menyifatkan ia (SMS) tidak benar.
“SMS ini berbunyi... peguam yang didakwa dalam kes Sosilawati bercadang menyertai MIC kata Murugiah yang juga kawan baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri (Murugiah) terbabit dalam kes Pendaftar Pertubuhan (ROS). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam satu perjanjian.

“Saya dapat melihat SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri dan juga dalam politik. Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peguam terbabit dan suspek itu bukan peguam yang mengendalikan kes ROS saya seperti dinyatakan dalam SMS berkenaan.

“Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh seorang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Murugiah berkata, dakwaan itu amat serius malah penyebaran SMS berkenaan boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati dan beliau amat berharap polis akan segera menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan sewajarnya.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Operasi cari bahan bukti dihenti


2010/09/18

 WARTAWAN dan jurugambar berkumpul di depan pintu utama lokasi pembunuhan  jutawan kosmetik dan tiga rakannya.
WARTAWAN dan jurugambar berkumpul di depan pintu utama lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga rakannya.
Bukit Aman tumpu proses siasatan, tempat kejadian masih dikawal ketat

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menghentikan operasi mencari bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya di sekitar tempat kejadian di Morib, Banting, semalam bagi menumpukan perhatian kepada proses siasatan dan pendakwaan kes itu.

Operasi itu bagaimanapun boleh dilakukan semula pada bila-bila masa, termasuk menghantar pakar forensik memeriksa tempat kejadian iaitu sebuah ladang persendirian di Tanjung Sepat, selain beberapa lokasi lain termasuk Kampung Kanchong Laut, Sungai Panchau dan Sungai Gelanggang Buaya sekiranya ada maklumat baru yang memerlukan bukti tambahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata semua tempat kejadian masih dikawal ketat kerana dipercayai masih terdapat bahan bukti dan spesimen tertentu di situ yang boleh membantu polis dalam merungkai misteri pembunuhan itu.

“Tempat itu masih ditutup kepada orang luar supaya tidak mengganggu proses siasatan. Ia akan ditutup sehingga siasatan selesai sepenuhnya minggu depan apabila kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti bagi tujuan pendakwaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam.

Sosilawati, 47, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Morib sebelum abu mayat mereka dibuang ke Sungai Panchau, 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan hilang selepas bertemu suspek utama iaitu seorang peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk di Banting. Berikutan itu, suspek bersama adik lelakinya, juga peguam dan enam pekerja mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bakri berkata, pihaknya akan menunggu laporan ujian DNA dari Jabatan Kimia dan Unit Patologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mungkin diserahkan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari sebelum polis boleh mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Tulang-tulang berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Kimia dan difahamkan, sekurang-kurangnya empat hari diperlukan untuk proses analisis bagi menentukan dan mengenal pasti profil DNA serpihan tulang terbabit sama ada ia milik Sosilawati dan tiga yang lain.

“Kita yakin dapat menyelesaikan kes ini dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai, seterusnya memulakan proses pendakwaan. Kita tidak boleh melakukan perkara ini terburu-buru, siasatan mesti rapi dan tertakluk kepada lunas undang-undang,” katanya.

Sementara menunggu siasatan selesai, beliau meminta orang ramai dan media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana polis perlu menjalankan siasatan sebaik mungkin untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang mungkin gusar dan takut berikutan laporan disiarkan di radio, TV dan akhbar.

Mengenai empat kes orang hilang dan bunuh di Selangor dan Kuala Lumpur, termasuk jutawan berasal dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, Bakri tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan berdasarkan modus operandi.

“Buat masa ini, kita tidak akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa kerana laporan polis dibuat isteri lelaki itu di sini (Kuala Lumpur), tetapi sekiranya perlu, kerjasama itu akan dibuat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Katanya, tempoh reman terhadap lima suspek termasuk peguam yang menjadi suspek utama disambung sehingga 23 September ini, manakala tempoh reman tiga lagi suspek tamat hari ini.

Forensik masih masuki lokasi pembunuhan Sosilawati
Sep 18, 10 3:49pm
Kenderaan anggota forensik polis masih kelihatan memasuki kawasan lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong milik suspek utama kes itu di Kuala Langat.

Tinjauan Bernama berhampiran lokasi berkenaan melihat kenderaan forensik itu memasuki kawasan terbabit seawal pukul 8.30 pagi tadi dan keluar semula beberapa jam kemudian.

Sebuah kereta peronda MPV polis turut ditempatkan di laluan utama iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi ladang milik suspek terbabit.

Kesemua kenderaan yang melalui laluan itu ditahan dan disoal sebelum diarahkan berpatah balik dan meninggalkan kawasan ladang.

Petugas media masih terus berkampung di sebuah kuil berhampiran bagi mengawasi dan memantau lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas sebelum didapati dibunuh dan dibakar di ladang berkenaan.

Selain petugas media, beberapa kenderaan yang melalui jalan utama turut memperlahankan kenderaan malah ada yang berhenti untuk melihat serta meninjau kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan pengusaha kantin di sekolah berhampiran dan hanya mahu dikenali sebagai Uncle berkata beliau masih sukar untuk mempercayai kejadian itu berlaku di lokasi berkenaan.

"Ketika hari awal kejadian saya nampak ramai orang saya ingat ada penggambaran filem, tetapi bila baca surat khabar dan tengok televisyen baru saya tahu ada kejadian bunuh," katanya.

--Bernama

Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang
Abdul Rahim Sabri
Sep 18, 10
12:59pm

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar (kiri) kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati.