Wednesday, September 15, 2010

PANDULAH DENGAN PELAHAN DAN BERSABAR..MASA TAK MAMPU KITA KEJAR...

Empat rentung termasuk suami isteri dan anak selepas kereta rempuh lori



2010/09/15
KUALA LUMPUR: Empat orang, termasuk suami isteri dan anak lelaki mereka, rentung apabila kereta jenis Proton Persona yang dinaiki terbakar selepas terbabas dan melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 394, Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 8.05 pagi itu, kesemua mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah di Kota Damansara selepas menghabiskan cuti sempena Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Azri Ismail, 27, yang juga pemandu kereta, isterinya Suzita Abu Bakar, 25, yang duduk di sebelah pemandu bersama anak mereka, Mohd Amar Haikal, berumur 25 bulan dan seorang lagi yang dipercayai rakan mereka, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, di tempat duduk penumpang belakang.

Jurucakap Trafik Selangor berkata, kereta itu dipercayai dipandu laju dan tidak menolak kemungkinan pemandu memandu dalam keadaan mengantuk berikutan perjalanan yang jauh dari utara.

Difahamkan, mereka bertolak dari Alor Setar selepas Subuh dan ketika sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu itu hilang kawalan dan kemudian merempuh belakang sebelah kiri lori membawa muatan pasir yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di rim tayar.

Jurucakap itu berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta terbakar dan kesemua mangsa gagal menyelamatkan diri.

Sementara itu, pemandu lori itu, T Ramathas, 37, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas sebaik selepas beliau memberhentikan kenderaannya.

Katanya, beliau dalam perjalanan dari Sungkai ke Sungai Buloh untuk menghantar pasir dan terpaksa berhenti di lorong kecemasan kerana menghadapi masalah rim tayar.

"Sampai di sana, saya terus letak kon dan penanda segi tiga kecemasan serta menghubungi pihak Plus untuk mendapatkan bantuan. Tidak sampai tiga minit, saya nampak sebuah kereta meluru dan melanggar belakang lori dan kereta itu terus terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, beliau melihat dalam kereta itu terdapat empat orang iaitu pemandu lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak lelaki di tempat duduk hadapan dan seorang lagi lelaki di tempat duduk belakang.

Ramathas berkata, beliau cuba memanggil kesemua mangsa sebaik berlaku kemalangan tetapi tidak mendapat respons.


Mangsa rentung berpatah balik ke Jerlun untuk ambil ketupat



2010/09/15
JERLUN: Empat mangsa yang rentung dalam kemalangan di KM394, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Lumpur pagi ini telah bertolak ke Kuala Lumpur tengah hari semalam tetapi berpatah semula sewaktu tiba di Kulim untuk mengambil ketupat palas yang tertinggal di Kampung Matang Bongor, Ayer Hitam di sini.
Abang seorang daripada mangsa Suhaimi Abu Bakar, 27, berkata adiknya Suzita Abu Bakar, 25, bersama suaminya, Azri Ismail, 27, dan anak mereka, Mohd Amar Haikal, berumur 25 bulan, serta seorang rakan mereka, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, kemudian meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur malam tadi selepas mendapatkan ketupat palas itu.
"Mereka keluar dari kampung tengah hari semalam namun berpatah balik kerana tertinggal ketupat palas dan mereka meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira 10 malam tadi.

"Saya memang rasa tak sedap hati kerana orang tua-tua cakap tidak elok berpatah balik dalam perjalanan namun saya diamkan sahaja sehinggalah saya mendapat berita tragedi yang menimpa mereka tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Matang Bongor hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini ibunya, Natrah Omar, 60, belum mengetahui kejadian itu dan dia risau untuk memberitahunya kerana ibunya kurang sihat.

Suhaimi berkata, adiknya adalah seorang yang peramah dan amat rapat dengan ibu mereka.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu baru membuka spa di Kuala Lumpur dan Mohd Hasnizam yang juga kenalan Azri mengikut mereka untuk bekerja di bandar raya itu.

Jenazah tiga sekeluarga itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Matang Bongor, malam ini.

Dalam kejadian jam 8.05 pagi tadi, keempat-empat mangsa rentung apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu Azri terbakar selepas terbabas dan melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Mereka dikatakan mahu pulang ke rumah di Kota Damansara selepas menghabiskan cuti sempena Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.- Bernama


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat yang terperangkap dalam kereta Proton Pesona yang dinaiki empat mangsa rentung termasuk seorang bayi selepas melanggar sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di KM394 Lebuhraya Utara Selatan dekat Behrang, kira-kira jam 8.30 pagi ini. (15/09/10)

Mayat lelaki berkecai akibat kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

2010/09/15
IPOH: Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 346.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungkai, 100 kilometer dari sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa masih belum dikenali kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi dipercayai lelaki berbangsa Melayu kerana ada al-Quran didapati berhampiran keretanya.
"Mayat itu ditemui di atas lebuh raya dalam keadaan berkecai akibat di gilis beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan," katanya hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 1.30 pagi ketika mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Selatan ke Utara dengan kereta jenis BMW, dikatakan terbabas dan merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terbakar serta mangsa tercampak keluar.

"Mayat mangsa ditemui berkecai dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau waris yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di nombor telefon 05-401222 untuk membantu siasatan.

-Bernama


NEGARA

4 mangsa rentung kereta rempuh lori

 


SUZITA dan Azri yang terkorban dalam kemalangan semalam.


BEHRANG - Empat orang termasuk tiga beranak maut dalam keadaan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 394, Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Ulu Bernam dekat sini semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa-mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri Azri Ismail, 27, dan Suzita Abu Bakar, 25, serta anak mereka, Mohd. Akmal, 1 tahun.
Turut terbunuh, Mohd. Haznizam Abd. Mutalib, 20, dari Kampung Ela, Air Hangat, Langkawi. Haznizam mengikut pasangan itu untuk ke ibu negara bekerja di pusat rawatan spa milik suami isteri itu.
Pasangan itu tinggal di Dataran Sunway, Damansara, Selangor. Sebelum kejadian mereka pulang menyambut Aidilfitri di Matang Bonggor, Air Itam, Jerlun, Kedah.
Ketua Trafik Hulu Selangor, Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, siasatan polis mendapati kereta Proton Persona dipandu Azri merempuh bahagian kiri belakang lori pasir yang berhenti di laluan kecemasan lebuh raya kerana mengalami kerosakan mekanikal.
"Kereta dipandu Azri gagal dikawal lalu merempuh belakang lori terbabit dan rempuhan kuat tersebut telah menyebabkan enjin kenderaan terbabit meletup lalu terbakar.

No comments:

Post a Comment