Tuesday, September 14, 2010

BILA AKAL TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK HASIL HASUTAN SYAITAN SUPAYA MANUSIA BERBUNUH2AN

Hisap 'rokok' Quran, Injil



2010/09/13
SYDNEY: Seorang peguam mengoyak Injil dan kitab suci al-Quran sebelum membakar dan menghisapnya.
Perbuatannya itu dirakam dan disiarkan menerusi laman YouTube, beberapa hari selepas seorang paderi Amerika Syarikat yang mengancam membakar kitab suci al-Quran mencetuskan bantahan dan kecaman di seluruh dunia.

Dalam klip video selama 12 minit yang berjudul "Injil atau Quran - mana yang terbakar dengan lebih baik?" menunjukkan Alex Stewart memegang buku suci umat Islam dan Kristian itu sebelum mengoyak, membakar dan menghisapnya.

Ada satu babak yang menunjukkan dia seolah-seolah menyambungkan helaian muka surat al-Quran dan Injil, bersandar dan membakar lalu menghisapnya sambil berkata ‘Holy’ (suci).

Majikan Stewart, Universiti Teknologi Queensland berkata, peguam itu kini bercuti.

“Kami kecewa dengan tindakannya,” kata Naib Canselor, Peter Coaldrake

Sementara itu, Presiden Persatuan Islam Australia, Sheikh Muhammad Wahid berkata, tindakan Stewart yang menyifatkan al-Quran dan Injil hanya buku biasa dalam video itu, menghiris perasaan umat Islam di seluruh dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment