Sunday, September 12, 2010

ADA MEREKA MERASA MEMAKAI TUDUNG ITU TIDAK WAJIB...MEREKA LANGGAR HUKUM ALLAH SWT...DIKHUATIRI RAMAI YANG MENGIKUT TREND MEREKA INI....TENTU MEREKA DAPAT SAHAM SAMA...TAK CAYA TANYA MUFTI2

HIBURAN


Siti, Umie ikut cita rasa suami






SEBUAH fotografi raya yang amat santai kami lewati petang itu di Topkapi Suite, Hotel Legend bersama dua nama besar industri hiburan tanah air - Datuk Siti Nurhaliza dan Datin Paduka Umie Aida.
Hadir sudah siap didandan, tahu apa yang dimahukan untuk pembaca sempena Aidilfitri, Siti dan Umie tidak mengambil masa yang lama untuk dipotretkan dan berkongsi cerita raya mereka.
Hanya satu persoalan yang keluar daripada mereka - signifikan Siti dan Umie berpadu. Jujurnya, tiada alasan 'besar' tentang signifikan itu. Hanya kerana berasa Siti dan Umie punya piramid kisah kerjaya dan peribadi yang hampir serupa.
Dan lagi, alasannya kami tidak mahu membebankan cerita raya dengan kisah sedih atau yang berat-berat. Justeru memilih Siti dan Umie dengan mengangkat topik gaya raya wanita yang menikahi lelaki-lelaki hebat dan mempunyai panggilan nama sama, itu yang kami mahu persembahkan.
Menurut Umie, suami yang baru dinikahi Mac tahun ini, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tentu sekali jauh berbeza dengan suami Siti walaupun berkongsi panggilan yang sama.
"Datuk K adalah dua karakter yang berbeza. Ya, mungkin mereka mempunyai empayar perniagaan dan ada persamaan dalam kepakaran masing-masing, tapi saya yakin personaliti mereka berbeza.
"Saya hormat Datuk K (Datuk Khalid). Dalam masa yang sama, Datuk K saya adalah Abang K," ulas Umie tersenyum.
Sementara Siti pula memberitahu, lelaki kesayangannya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa adalah seorang yang cukup sederhana. Mereka juga punya persamaan iaitu begitu rapat dengan keluarga dan merupakan anak kampung.
"Paling penting saya percaya jika Datuk K tidak menikahi saya, dia hanya seorang ahli perniagaan yang menjalankan bisnes sama seperti ahli perniagaan lain. Namun kerana dia menikahi seorang selebriti seperti saya, secara tidak langsung, tempias popular itu terpercik kepada dia.
"Dan saya yakin, hanya tempias popular itu saja yang merupakan persamaan antara Datuk K saya dengan Datuk K Umie," kata Siti sambil ketawa.
Nikmat Umie bersama Abang K








Aktres hebat, Umie Aida, selalu mengelak untuk dipanggil Datin Paduka. Di kalangan teman media, akan dimarah jika dia dipanggil begitu. "Umi Kalsom sudah," selalu begitu Umie berlawak.
Namun itu bukan bermaksud dia menolak status penghormatan itu. Hanya dia tidak mahu ada garisan yang terbentuk selepas dia bernikah dan dikategorikan dalam golongan mewah.
"Jujurnya, saya tidak ambil pusing apa pandangan orang terhadap saya kerana apa yang saya tahu, saya menjalani sebuah kehidupan yang ringkas dan serba sederhana," kata aktres yang mempunyai portfolio kelas A dalam dunia lakonan.
Dia kemudian melanjutkan bicara dengan mengatakan, kehidupan yang lebih baik yang sedang dilewatinya kini barangkali terdorong daripada kehidupan lalunya yang penuh liku. Bukan tidak pernah dia tidak makan dengan pendapatan tidak seberapa sewaktu solo dulu.
Bukan sekali dua juga dia berasa perit mencari duit sendirian untuk menafkahi dua anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd. Dzulhelmy, 15. Justeru, bernikah dengan Abang K, adalah rahmat terbesar dalam hidupnya. Sementelah dia sendiri sebelum ini tidak pernah yakin untuk berumah tangga.
Katanya: "Saya amat bersyukur dengan perjalanan hidup saya selama ini. Tetapi saya akui, bernikah dengan abang adalah hal terbesar yang pernah terjadi dalam hidup saya. Perkahwinan ini telah banyak merubah kehidupan saya dan seperti yang saya selalu katakan sebelum ini, kalau saya tahu nikmat berumah tangga, sudah lama saya kahwin.
"Lebih membuat hidup saya bererti sekarang adalah saya telah berkongsi hidup dengan seorang lelaki yang sangat memahami.




UMIE AIDA teruja menikmati Syawal pertama sebagai isteri.




"Malah jika dulu saya sendirian menanggung semua beban, tetapi apabila berkahwin, beban itu sama-sama dipikul suami, dan abang malah telah hampir mengambil alih segala tanggungjawab yang pernah saya lakukan semasa solo dulu. Inilah nikmat yang sedang saya kecapi sekarang."
Tidak mempunyai pembantu rumah, Umie yang senang melakukan semua kerja sendirian selain gemar memasak memberitahu, Aidilfitri tahun ini menjadi lebih bermakna kerana perancangan untuk melalui bulan kemenangan ini direncana bersama suami tercinta.
Tetapi segala urusan diserahkan kepada Umie dan suami hanya menurut apa yang dilakukan Umie kerana mempercayai bakat semula jadi isterinya itu.
"Saya sangat gemar memasak. Jadi adalah wajib untuk saya menjamu suami dan anak-anak di pagi raya. Raya pertama yang lalu, sebelum berangkat ke rumah mak saya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, saya menjamu suami dengan hidangan Syawal pertama saya sebagai isteri iaitu rendang dan ketupat.
"Kemudian, saya juga jenis yang suka duduk rumah dan mengemas. Abang pula jenis yang tidak kisah, jadi dia ikut saja cita rasa raya saya tahun ini," kata Umie yang akan kembali ke pentas teater Natrah musim kedua selepas raya.
Masjid Siti-Datuk K
Sudah empat tahun belayar sebagai permaisuri di hati Datuk K, kata Siti, dia masih melalui rutin yang sama dengan suaminya itu. Malah rutin raya juga hampir serupa. Berbeza dengan Umie yang banyak memainkan peranan dalam agenda raya berbanding suaminya, Datuk K, kata Siti akan menjadi 'bos' dalam pemilihan busana sehingga hiasan rumah.
Mempercayai cita rasa suaminya, Siti hanya menurut. Katanya: "Datuk K memang begitu. Dia sangat teliti dan saya tidak kisah kerana persediaan yang kami buat mengikut cita rasa kami sendiri."




SITI NURHALIZA teruja kerana dapat menunaikan solat Aidilfitri di masjid milik suaminya.




Menyambut 1 Syawal di kampung suaminya, di Kampung Permatan Pasir, Tikam Batu, Kedah, Siti mengaku dia seronok dengan situasi ini. Jika sesetengah pasangan suka bertolak ansur untuk pulang ke kampung suami atau isteri, bagi Siti nikmat berumah tangga adalah apabila mempunyai dua kampung dan cara yang berbeza tetapi diraikan dalam satu rasa yang sama.
"Tahun ini giliran kami berhari raya di kampung suami. Saya seronok untuk merasakan suasana berhari raya di kampung suami kerana suasananya tidak sama dengan suasana di kampung saya. Ia adalah pengalaman yang menarik," katanya yang tidak pernah mengambil sebarang lamaran bekerja pada hari raya sejak lebih lima tahun lalu kerana tidak mahu terlepas menikmati suasana raya bersama keluarga.
Lebih mengujakan Siti pada tahun ini juga adalah mereka telah dapat menunaikan sembahyang raya bersama penduduk kampung di masjid yang dibina di atas tanah wakaf milik Datuk K dan ibunya, Zainab Hanafi. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Khalidjah itu lambang kegembiraan pasangan ini tahun ini.
"Alhamdulillah selepas setahun, akhirnya masjid ini hampir siap dibina dan dapatlah kami menunaikan solat Aidilfitri bersama penduduk kampung pada hari raya pertama tempoh hari. Inilah keseronokan dan kegembiraan raya terbesar saya pada tahun ini," kata Siti yang pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang, usai berhari raya di Kedah



HIBURAN


Lisda raya berempat






KEHADIRAN orang baru dalam keluarga pasangan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan Fauzi Nawawi melengkapkan sambutan hari raya mereka pada tahun isni.
Telatah si comel bernama Nur Aina Fazheesya yang dilahirkan pada bulan November tahun lalu itu menambahkan kemeriahan keluarga mereka.
Menurut Lisdawati atau Lisda, 31, hari raya tahun lalu dia hanya menyambut bersama suami dan anak sulung mereka, Nur Aini Farhana, 2.
Namun, cukup istimewa apabila sambutan Aidilfitri tahun ini dengan kehadiran Nur Aina yang melengkapkan keluarganya.
"Kebetulan pula dah nak raya ini Aina baru sahaja nak belajar berjalan. Seronok tengok telatah dia dan kakaknya," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Kebahagiaan Lisda dan suaminya, pelakon Fauzi Nawawi jelas terpancar daripada aksi-aksi penuh intim dan romantik pasangan itu yang sempat dirakam jurugambar Aizzul A. Majid ketika mereka hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya yang beraya di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun ini, dia membelikan empat pasang baju raya untuk dua anak perempuannya itu.
"Aina dan Aini sengaja saya belikan baju yang hampir sama. Tujuan saya buat macam itu sebab nak menampakkan mereka seperti pasangan kembar.
"Pada tahun ini kami sekeluarga akan beraya di rumah emak saya di Setapak," ujarnya yang kini sibuk menyiapkan persiapan rumah baru mereka yang terletak di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur.
Jelas Lisda, banyak benda yang perlu disiapkan di rumah baru mereka itu.
"Bagaimanapun persiapan rumah baru saya serba sederhana sahaja kerana tidak mahu berbelanja di luar kemampuan diri.


PASANGAN romantis ini mengamalkan sikap bersederhana dalam setiap perkara.



"Nasib baik penggambaran telefilem saya habis pada 30 Ogos lalu jadi ada masa yang terluang untuk membuat persiapan sebelum tiba hari raya," ujarnya yang baru dua bulan menetap di rumah barunya itu.
Menurutnya, dia dan Fauzi agak sibuk sedikit menyelesaikan segala persiapan rumah baru mereka itu sebelum hari raya menjelang.
"Nasib baik abang (Fauzi) habis shooting lagi awal dan dia banyak juga bertukang seperti pasang gambar-gambar kat dinding dan sebagainya," katanya.
Kenangan bersahur
Mengimbas kenangan berpuasa pada Ramadan ini, pasangan pelakon itu ternyata tidak cerewet jika berkenaan bab makanan terutamanya ketika waktu bersahur.
Jelas Lisda, suaminya tidak banyak kerenah kalau untuk bersahur yang penting ada nasi, sambal belacan dan ikan masin pun sudah cukup.
"Tetapi pada kebiasaannya kami akan makan lauk lebih waktu berbuka untuk bersahur," katanya.
Bercerita mengenai aktiviti selepas raya, Lisdawati telah menerima tawaran untuk berlakon sebuah drama 26 episod arahan Erma Fatima yang turut menampilkan pelakon Adi Putra dan Eja.

No comments:

Post a Comment