Monday, December 31, 2012

MEREKA TAK TAKUT BERZINA SEBAB TAK DE REJAM SERTA 100X ROTAN

Laporan setiap hari

Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

SITU...Muhyiddin menunjukkan tanah runtuh ketika membuat lawatan 
ke Bukit Setiawangsa, semalam.
SITU...Muhyiddin menunjukkan tanah runtuh ketika membuat lawatan ke Bukit Setiawangsa, semalam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Jumaat lalu, diserahkan kepadanya setiap hari.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat khas Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, INP Sdn Bhd, berhubung kejadian, di sini, semalam.

“Berdasarkan taklimat hari ini (semalam), Ikram, DBKL dan pemaju sudah mengambil langkah awal menangani masalah tanah runtuh yang berlaku pada 28 Disember lalu.
“Tindakan ini dapat mengurangkan kesan kejadian tanah runtuh membabitkan aspek keselamatan penduduk.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kejadian ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau yang turut ditemani isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman meluangkan masa lebih satu jam di kawasan kejadian untuk meninjau dan berjumpa dengan penduduk.
Kata Muhyiddin, DBKL, Ikram dan pemaju akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan itu tanpa henti bagi mengesan sebarang pergerakan tanah di situ.

“Penghuni di 90 rumah sudah dipindahkan ke tempat terpilih dan pemaju turut membantu menanggung kos perpindahan itu.
“Dalam masa sama, satu laluan alternatif dibina memandangkan laluan utama (asal) berisiko dan berbahaya kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pembinaan tebing dan pembangunan di situ diluluskan mengikut garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang lama.

“Setakat ini pembinaan tebing itu mengikut spesifikasi garis panduan yang lama memandangkan projek ini berusia 22 tahun.

“Tetapi, jika mengambil kira garis panduan baru khusus untuk Kuala Lumpur, DBKL tidak meluluskan pembinaannya.

“Kelmarin, Ikram memaklumkan terdapat tiga rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh ini.

“Bagaimanapun, selepas pemantauan serta kajian terperinci, struktur dua buah rumah milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis didapati stabil.

“Oleh itu sebuah rumah saja dirobohkan kerana bimbang berat bangunan itu menjadi beban kepada tanah,” katanya.

Potong gaji untuk ‘buat visa’

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

BANTAH...pekerja warga asing membantah tindakan majikan mereka di hadapan Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang, semalam.
BANTAH...pekerja warga asing membantah tindakan majikan mereka di hadapan Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang, semalam.
PELABUHAN KLANG: Niat 33 pekerja lelaki warga asing untuk mencari rezeki di Malaysia terbantut apabila kerugian RM313,500 selepas ditipu sebuah syarikat perkhidmatan logistik, di sini.
Mereka yang terdiri daripada 26 warga India, Pakistan (lima) dan dua warga Bangladesh mendakwa syarikat tempatan itu mengambil RM4,200 hingga RM6,500 setiap seorang yang dipotong daripada sebahagian gaji mereka bagi Ogos 2010 hingga Oktober lalu kononnya bagi membuat permohonan permit kerja dan visa.

Ketua Biro Politik Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), K S Kottapan berkata, pekerja terbabit yang sudah bekerja di Malaysia sejak Ogos 2010 bimbang kerana hingga kini belum memperoleh permit kerja seperti dijanjikan majikan terbabit.

“Apabila ditanya, pengurusan syarikat itu memberi alasan Jabatan Imigresen menyimpan pasport semua pekerja terbabit menyebabkan urusan permohonan permit berkenaan tergendala.

“Syarikat terbabit juga berjanji untuk membayar semula tunggakan gaji itu pada 15 Oktober lalu, namun hingga hari ini (semalam) mereka belum memperolehnya,” katanya pada sidang media di Pejabat Tenaga Kerja, di sini, semalam.

Kottapan berkata, akibat tidak tahan dengan sikap majikan mereka, semua pekerja terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 24 Disember lalu.

“Kami juga sudah ke pejabat kedutaan masing-masing dua hari lalu dan mereka berjanji akan menghubungi syarikat terbabit secepat mungkin,” katanya.

7 lagi banglo mungkin lenyap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh banglo, termasuk dua milik Ahli Parlimen mungkin terpaksa dirobohkan jika keadaan gelongsoran tanah di Bukit Setiawangsa, di sini, tidak berubah.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik Harun berkata, dua banglo mewah milik Ahli Parlimen itu akan dirobohkan sekiranya kajian menyeluruh dilakukan dan mendapati keperluan dirobohkan.

"Sehingga ini, kita lihat pergerakan masih aktif. Tetapi lebih stabil berbanding semalam.

"Keputusan merobohkan rumah banglo berkenaan terpaksa diambil bagi menyelamatkan situasi daripada menjadi lebih buruk ekoran kemungkinan berlaku tanah runtuh lagi," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kerja merobohkan banglo berkenaan dilaksanakan pemaju Island and Peninsular (I&P) Sdn Bhd dan kontraktor dilantik dilakukan secara berhati-hati dan mengambil masa beberapa hari.

"Kerja merobohkan banglo terbabit dimulakan pada bahagian bumbung menggunakan kren. Mereka perlu melakukan kerja secara berhati-hati kerana masih ada pergerakan tanah.

"Oleh itu, kerja merobohkan akan mengambil masa beberapa hari bagi menjaga keselamatan pekerja dan lot kedai serta rumah teres yang ada di bahagian bawah," katanya.

Ikat, tetak hingga mati

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

DIBUNUH...anggota polis membawa masuk mayat mangsa  ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.
DIBUNUH...anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.
KUALA NERANG: Tiga lelaki ditemui mati dalam keadaan diikat dan badan dipenuhi kesan tetakan senjata tajam dalam sebuah kebun getah berhampiran Kampung Cebar, Tanjung Piring, dekat sini.
Mereka dikatakan diikat sekumpulan 13 lelaki kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, namun seorang rakan mangsa berjaya meloloskan diri dan membuat laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sumber berkata, mangsa yang terselamat itu dikatakan lewat membuat laporan polis kerana bersembunyi selama satu hari dipercayai bimbang anggota kumpulan terbabit berjaya mengesan jejaknya.

Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.

“Siasatan awal mendapati tiga lelaki yang ditemui mati berusia antara 18 dan 30 tahun. Semua mangsa dan rakan mereka yang membuat laporan polis dipercayai berasal dari Arakan, Myanmar,” katanya.

Bayi mangsa bapa ayam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.
Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Cinta terhalang bersalut dosa



BATU PAHAT: Satu pasangan mendakwa keengganan keluarga perempuan merestui keinginan mereka untuk berkahwin menyebabkan pasangan itu mengambil jalan songsang mengenepikan dosa dengan bersekedudukan sejak lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki sedangkan mereka boleh menggunakan wali hakim berikutan berada di luar kawasan.
Malah, pasangan berkenaan bersekedudukan di rumah keluarga lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal bersama bapa dan tiga anak angkat bapanya.

Kelakuan sumbang mereka terbongkar apabila penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Batu Pahat menyerbu rumah berkenaan di Punggor Rengit di sini, menerusi Ops Ambang Tahun Baru, jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an terbabit mendakwa bersekedudukan selepas buntu hubungan bersama teman lelakinya tidak direstui keluarga di Kemunting, Perak.

Menurut wanita itu, dia mengenali teman lelakinya empat tahun lalu dan sudah banyak kali memberitahu keluarganya di Perak, mereka mahu berkahwin.

Dia mendakwa keluarga enggan menerima teman lelakinya itu menyebabkan mereka tinggal bersama setahun lalu hingga melahirkan anak lelaki.

Jumpa mayat tanpa mata



SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dua matanya hilang dipercayai dimakan biawak dalam sungai berhampiran Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang, dekat sini, semalam.
Penemuan mayat lelaki berusia 30-an tanpa sebarang identiti jam 11 pagi itu, turut menimbulkan kegemparan apabila tersangkut pada akar pokok di tepi sungai berkenaan.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, pada mulanya dia ternampak objek pelik, tetapi tidak menyangka ia mayat manusia. “Mayat lelaki itu berpakaian baju-T warna merah dan hanya berseluar dalam serta memiliki gelang besi pada pergelangan tangan kiri. Dia juga dipercayai sudah mati sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayat sudah kembung,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata, enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai.

“Kami turut menggunakan khidmat sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Sentuhan noda

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dengan hanya satu sentuhan, seorang lelaki Arab berusia lewat 20-an dikatakan mampu mempengaruhi wanita mengikut segala kehendaknya, menyebabkan mangsa kemudian dibawa ke hotel sebelum disamun dan dirogol.
Menurut sumber, mangsa terbaru lelaki itu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang membuat laporan polis mendakwa dirogol lebih sekali oleh suspek di sebuah hotel di ibu kota.

Menurutnya, sebelum itu mangsa memberitahu dia dihampiri suspek ketika membeli makanan di pusat beli-belah di sini sebelum diajukan beberapa soalan.

“Mangsa yang tidak mengendahkan pertanyaan lelaki terbabit kemudian mendakwa disentuh di bahagian badan, menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah bilik hotel di ibu kota sebelum memaksa remaja itu supaya melakukan hubungan seks dengannya,” katanya.

Mangsa rogol mahu kahwin Februari



NEW DELHI: Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.
Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Ketika rakyat India meluahkan simpati yang mendalam terhadap mangsa berusia 23 tahun yang diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka yang mengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang dilamun cinta dan disayangi ramai. Walaupun belum rasmi bertunang, semua rakan mengetahui mangsa merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan itu yang menyebabkan kematian mangsa. Rakan mangsa, Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli-belah pakaian dan hadiah perkahwinan. “Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,” katanya yang tinggal bersebelahan kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,” katanya. Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.

Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam. - AFP

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati



HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.
Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.
Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.

Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat.

Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.

Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan.

Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat.

Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas.

“Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. - DM

Drebar teksi pulang wang RM300,000



BANGKOK: Seorang pemandu teksi memulangkan sebuah beg mengandungi tiga juta baht (RM299,755) kepada pengendali trak pembawa wang tunai yang tercicir wang itu di Jalan Rama III.
Pongsin Jirakulthavornpat memberitahu Jor Sor 100, stesen radio trafik dimiliki tentera bahawa dia memandu di jalan itu bersendirian kira-kira jam 2 pagi semalam apabila menemui beg mengandungi wang berkenaan.

Dia mengambilnya sebelum menghubungi stesen radio terbabit agar mencari pemilik wang berkenaan.
Pada jam 6 pagi, kakitangan keselamatan trak pembawa wang tunai milik syarikt Brink membuat laporan di balai polis Bukalo mengenai kehilangan satu daripada 27 beg mengandungi wang tunai dengan jumlah keseluruhan 53 juta baht (RM5.3 juta) ketika membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin teler automatik (ATM) Bank Komersial Siam di kawasan Thon Buri. Ketua trak itu, Tossaporn Rewnak berkata, dia dan rakannya dimaklumkan penunggang motosikal dekat Hospital Krungdhon 1 di jalan Taksin bahawa satu daripada dua pintu belakang trak itu terbuka.

Mereka memberhentikan kenderaan itu dan mendapati kunci pintu belakang trak yang terbuka itu tertanggal. Mereka kemudian menghitung beg wang itu dan mendapati satu daripadanya sudah hilang. - Bangkok Post

Sunday, December 30, 2012

TAK TAHU SERIK KE...HUKUM HUDUD ALLAH SESUAI UNTUK PENJENAYAH

Ariel disiasat polis jalin hubungan dengan isteri orang



JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini.
Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.
Namun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja menuduhnya.
Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas.
Pada 31 Januari 2011, Ariel dihukum penjara tiga tahun setengah kerana terlibat dalam penerbitan pita video seks melibatkan wanita mirip dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.
Dia dibebaskan dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Bandung pada Julai lalu. - Agensi

Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis


TAPAK kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin.


TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin.
Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit.
"Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan.
Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan ketika zaman empayar Judah.
"Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan," katanya.
Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. - AFP

Paus finback terdampar di Queens


PENDUDUK berjalan melintasi kawasan di mana ikan paus finback ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin.


NEW YORK - Seekor ikan paus finback sepanjang 18.28 meter ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin, kata beberapa pegawai.
Para penyelamat dari Yayasan Riverhead berkata, paus itu kelaparan dan bergelut untuk hidup.
"Ia kelihatan amat kurus dan ini bukanlah situasi yang bagus," kata Pengarah Eksekutif yayasan itu, Rob DiGiovanni.
Polis dan bomba terpaksa menggunakan hos getah untuk menyiram air ke atas ikan paus itu bagi memastikan ia terus hidup.
Menurut Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar negeri, ikan paus finback merupakan spesies kedua terbesar selepas paus biru.
Seekor ikan paus finback berukuran sepanjang 6.09 meter ketika lahir dan boleh membesar sehingga 21.3 meter panjang apabila dewasa. - Agensi

Buat laporan melalui internet


ORANG ramai kini lebih mudah untuk melaporkan sesuatu kes apabila PDRM memperkenalkan sistem membuat laporan dalam talian tahun depan. – Gambar hiasan.


SABAK BERNAM – Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, portal laporan dalam talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja.
“Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan internet,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini semalam.
Khalid berkata, portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan.
Beliau berkata, beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihan laporan yang diterima.
“Kita yakin portal laporan polis dalam talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian internet selain ia menjimatkan masa,” katanya.

Bapa dijel 30 bulan dera 3 anak


NORDI (berkaca mata) dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mendera tiga anaknya, Safiza Fitri (kanan), Nurmasyita Amiera (depan) dan Muhammad Nurhan baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Seorang bapa yang pernah mendapat simpati ramai melalui kisah empat anaknya dilarikan bekas isteri ke Lampung, Indonesia sebelum tiga daripadanya berjaya dibawa pulang, dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendera tiga zuriatnya itu minggu lalu.
Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan Nordi Ali, 57, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.
Beliau memerintahkan setiap pertuduhan dikenakan hukuman 10 bulan penjara dan memutuskan supaya ia berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 Disember lalu. Ini bermakna, pengawal keselamatan itu hanya menjadi penghuni tirai besi selama 10 bulan sahaja.
Mengikut kesemua pertuduhan, Nordi didakwa mencederakan Nurmasyita Amiera, 8; Nurul Safiza Fitri, 11, dan Muhammad Nurhan, 9, di rumah mereka di No. 07-03, Jalan Dataran 2/8, Flat Taman Kempas di sini antara pukul 6 pagi hingga 6 petang, 21 Disember lalu.
Nordi didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Nordi mengaku salah apabila memukul anak-anaknya menggunakan batang paip PVC dan tali pinggang.
“Saya hanya berniat untuk mendidik anak-anak. Saya bimbangkan mereka kerap keluar rumah tanpa pengetahuan dan tidur di rumah jiran yang ada anak lelaki,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Sze Han dan Mohd. ‘Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tuntut rebat telefon pintar mulai Selasa ini

KUALA LUMPUR – Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas,” katanya.

Dua maut ditimbus tanah runtuh


ANGGOTA bomba mengeluarkan salah satu mayat pekerja kontrak yang maut selepas ditimbus tanah runtuh di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Malang menimpa dua pekerja kontrak apabila mereka maut akibat ditimbus tanah runtuh ketika sedang melakukan kerja-kerja memasang saluran paip kumbahan di tapak pembinaan projek perumahan Ambangan Heights, Jalan Bukit Selambau di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan P. Morgan, 39, dari Bedong dan S. Saravanan, 25, dari Sungai Lalang di sini maut. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, pula parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di dalam tanah yang telah dikorek sedalam 10 meter sebelum tebing lubang itu tiba-tiba runtuh lalu menimpa mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Rosdi Ismail memberitahu, ketika kejadian, seorang lagi rakan mereka, Ming Wei Toh, 51, pula berada di atas.
“Morgan, Saravanan dan Jun Chuan berada di bawah tapak saluran paip berkenaan sebelum ditimpa tebing tanah runtuh.

Penjenayah Korea menyorok di Malaysia diberkas

KUALA LUMPUR – Kelicikan seorang penjenayah Korea yang bersembunyi di negara ini sejak lima tahun lalu tidak ke mana apabila dia diberkas sepasukan anggota Imigresen Kuala Lumpur di sebuah stesen minyak di Desa Sri Hartamas di sini kelmarin.
Lelaki berusia 53 tahun tersebut diberkas pada pukul 11.30 pagi selepas pihak berkuasa itu membuat risikan selama sebulan untuk menjejakinya.
Difahamkan, dia dikehendaki oleh pihak berkuasa Korea atas kesalahan jenayah yang dilakukan sebelum dia melarikan diri ke negara ini. Bagaimanapun, Korea tidak mendedahkan jenis jenayah yang telah dilakukan suspek.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zamry Mohd. Nor berkata, suspek pada mulanya dikesan di sebuah kondominium mewah di Ampang sebelum mereka mengekori kereta mewah yang dipandunya sejauh 20 kilometer.
Katanya, anggotanya kemudian cuba memberkas suspek ketika dia turun untuk mengisi minyak sebelum berlaku sedikit pergelutan.
“Siasatan mendapati suspek hidup mewah di negara ini dan kita syak dia menjalankan peniagaan pusat hiburan dan restoran.
“Lelaki itu dikesan sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pergerakannya dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pengedar syabu kepala harimau ke tali gantung

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga lelaki warga Iran kerana mengedar syabu seberat 2.4 kilogram yang dicampur bahan lain dan dibentuk seperti kepala harimau.
Mohammaderfan Estiyagi Ahmad, 27, didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada pukul 11 pagi, 2 Ogos tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Karpal Singh. - Bernama

20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

SATU imej yang dirakam daripada laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat-mayat penduduk kampung bergelimpangan selepas sebuah kampung di wilayah Kahtaniyeh diserang tentera rejim Syria.


DAMSYIK - Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.
"Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu.
Sebuah video amatur yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah dan mayat seorang kanak-kanak ditutup dengan selimut di dalam sebuah rumah.
"Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa.
Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu.
"Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.
Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas.
Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. - Agensi

Dipukul sampai mati kerana kebakaran


SEKUMPULAN penduduk pulang ke rumah mereka yang hangus terbakar di kawasan setinggan di Bandar San Juan, Manila Filipina.


MANILA, Filipina - Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam.
Pegawai Kanan Bomba, Domingo Cabog berkata, seorang penduduk dipukul sehingga mati oleh jirannya selepas dituduh memulakan kebakaran itu kelmarin.
Lelaki itu dilaporkan mabuk tetapi bukan penyebab kepada kebakaran tersebut.
Cabog berkata, kebakaran bermula di dalam sebuah rumah apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dengan lilin.
Seramai 13 orang turut dilaporkan cedera. Mangsa yang cedera termasuklah dua anggota bomba dan sukarelawan akibat dibaling batu oleh penduduk yang marah, kata Cabog.
Polis kini menjalankan siasatan mengenai kejadian lelaki yang dipukul sehingga mati. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. - AP

Landasan kereta api laju terpanjang beroperasi


SEBUAH kereta api laju G802 menuju ke Beijing dari Shijiazhuang semalam.


BEIJING - Landasan kereta api laju terpanjang di dunia yang dibina di China mula beroperasi semalam, sekali gus menjadi pencapaian terbaharu sistem rel di negara berkenaan.
Laluan sejauh 2,298 kilometer (km) itu menghubungkan bandar raya ini dan kota metropolitan Guangzhou di selatan China.
Landasan itu membolehkan perjalanan antara kedua-dua kota metropolitan berkenaan dipendekkan kepada hanya lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.
Media tempatan, Televisyen Pusat China, menyiarkan perjalanan kereta api laju pertama dari Stesen Kereta Api Beijing Barat di sini pada pukul 9 pagi semalam.
Tren tersebut bergerak pada purata kelajuan 300 kilometer sejam dan akan berhenti di 35 bandar utama di sepanjang laluan itu termasuk Zhengzhou, Wuhan dan Changsha.
Siap pada 2007, rangkaian landasan kereta api laju China kini berkembang sebagai yang terbesar di dunia.
Agensi berita Xinhua melaporkan China kini mengendalikan laluan kereta api laju sejauh 9,300 km. - AFP

Terjun kereta dipandu 100km/j

NOR (duduk kanan) menunjukkan jubah hitam yang dipakai kepada wartawan Kosmo!, Firdaus Hassan (kiri) ketika ditemui di Kuching semalam.


KUCHING – Seorang wanita tidak menyangka sehelai jubah hitam pemberian suami yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun ini menjadi perisai apabila dia hanya cedera ringan ketika nekad terjun dari kenderaan yang sedang bergerak laju kelmarin.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 41, itu bertindak demikian selepas menyedari kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik suaminya dipandu seorang pencuri dengan kelajuan 100 kilometer sejam dalam kejadian pukul 11 malam di Jalan Main Bazaar, Kuching Waterfront di sini.
Selepas berguling beberapa kali di atas jalan, ibu kepada lima anak itu hanya cedera di lengan, siku, kedua-dua lutut dan kaki.
Mengimbau semula kejadian itu, peniaga gerai makanan itu mendakwa, dia terlena di kerusi penumpang depan dalam kenderaan yang diletakkan di bahu jalan kira-kira 20 meter dari gerainya dalam keadaan enjinnya hidup manakala pintu tidak dikunci. Dia dan suami berniaga di Kuching Waterfront.

Pembunuh gadis ke tali gantung

JOHOR BAHRU – Perbuatan kejam seorang pengawal keselamatan yang membunuh seorang gadis sebelum mengerat dan membakar mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Masai di sini tahun lalu berbalas apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman mengarahkan D. Kalaiselvan, 47, menjalani hukuman tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan, Kalaiselvan bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, 16, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara pukul 2.30 pagi hingga 2.50 pagi pada 18 Jun 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Abdul Halim berkata, tertuduh gagal memberikan penjelasan yang munasabah selain pembelaan yang dibuat secara bersumpah menerusi kandang saksi itu bersifat penafian semata-mata.
“Tertuduh gagal memperjelaskan mengapa dia perlu lari daripada pihak polis dan memindahkan beban kejadian terhadap orang lain iaitu Ramani dan Siva yang tidak diceritakan dengan lebih lanjut identiti mereka.
“Perbuatan kamu kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun kerana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap gadis yang sebaya dengan anak kamu. Oleh itu, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kamu,” katanya.

Mayat bogel dalam bilik


ANGGOTA polis mengangkat mayat Edward Rajasooria (gambar kecil) yang dijumpai mati selepas disamun di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan terikat manakala kepalanya ditutup dengan sehelai kain sarung dalam kejadian dipercayai bermotifkan samun di Jalan Rasah di sini semalam.
Mayat Edward Rajasooria Sebastian, 62, dijumpai pada pukul 9 pagi di dalam sebuah bilik di rumahnya oleh sepasukan anggota polis.
Difahamkan, mangsa yang belum berkahwin tinggal bersendirian di rumah yang diwarisi daripada keluarganya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima panggilan daripada seorang jiran mengatakan lelaki itu tidak keluar rumah sejak petang kelmarin.
“Sebaik tiba, polis dapati pintu depan rumahnya tidak berkunci sebelum menemui mayat mangsa di dalam bilik dalam keadaan berbogel dengan kaki dan tangan terikat manakala mukanya ditutup dengan sehelai kain sarung,” katanya di sini semalam.

Parah dilibas angkara dendam


SEORANG lelaki yang parah akibat dilibas diberi bantuan awal oleh pasukan penyelamat di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Perasaan dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lima samseng bertindak nekad menyerang, menetak dan menghentak seorang lelaki hingga parah dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 40 tahun cedera di kepala, tangan dan lengan kiri selepas dilibas dengan parang sebanyak lima kali selain dihentak dengan kerusi plastik.
Kejadian berlaku apabila kesemua suspek yang berjalan kaki menyerang lelaki itu sebelum melarikan diri sebaik melihat mangsa rebah.
Difahamkan, mangsa terpaksa menanggung sakit selama setengah jam sebelum ditemui oleh orang awam yang terus menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati punca serangan adalah bermotifkan dendam.

Kelab sedia jumpa Fauziah

SHAH ALAM – Pihak pengurusan Kelab Cahaya SPK Resort menyatakan kesediaan untuk bertemu dan berbincang dengan seorang ahli perniagaan, Fauziah Osman bagi menyelesaikan isu hidangan majlis perkahwinan yang didakwa tidak menepati tempahan.
Pengurus Besar kelab tersebut, Dass Ponniah ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan menyediakan senarai tugas (checklist) untuk majlis tersebut dan menyimpan rekod bagi setiap perbincangan yang dilakukan dengan keluarga tersebut.
“Kami sedia untuk berbincang pada bila-bila masa tetapi pelanggan juga perlu tahu mengenai polisi syarikat yang tidak akan memulangkan wang kepada mereka.
“Kami sudi untuk menawarkan pilihan lain sebagai menjaga hubungan baik ini,” katanya sambil menyatakan pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana menjadi keutamaan bagi mereka untuk menjaga hubungan dengan pelanggan dan memenuhi permintaan majlis mereka.

Menangis lihat klinik terbakar


HERMAN (kiri) meminta Pauline supaya mendapatkan suntikan bayinya di klinik lain selepas Klinik Kesihatan Triboh, Serian terbakar petang kelmarin.


SERIAN - Kebakaran yang memusnahkan Klinik Kesihatan Triboh berusia 48 tahun di Jalan Gedong di sini telah mengundang pelbagai perasaan, bahkan ada yang menangis dengan tragedi menimpa bangunan itu petang kelmarin.
Bukan setakat itu, para ibu yang mempunyai janji temu di klinik berkenaan pagi semalam turut terkejut serta tercengang apabila mendapati klinik itu hanya tinggal beberapa tiang dan arang sahaja.
Bagaimanapun, seorang kakitangan klinik telah ditugaskan di tempat kejadian untuk memaklumkan kepada kaum ibu supaya merujuk ke klinik lain bagi mendapatkan pemeriksaan bayi masing-masing sementara waktu.
Penolong Rendah Am, Herman Ginsal yang ditemui Kosmo! memberitahu, seawal pukul 7 pagi lagi dia sudah berada di tempat kejadian bagi memaklumkan kepada kaum ibu untuk merujuk ke klinik lain buat sementara waktu.
"Lebih 20 orang kaum ibu yang tidak mengetahui klinik ini terbakar telah datang hari ini (semalam) untuk temujanji masing-masing dan rata-ratanya terkejut apabila melihat bangunannya musnah.
"Klinik ini biasanya menerima sehingga 100 orang pesakit terutamanya pada hari puncak, manakala lebih 40 orang pada hari-hari biasa kerana ia menjadi tumpuan lebih 20 kampung di sekitar kawasan ini," katanya di sini semalam.

Berita muka depan



TAHUN 2012 membuka pentasnya dengan kebimbangan segelintir pihak di Barat bahawa peradaban manusia akan berakhir 21 Disember lalu berdasarkan pengiraan kalendar kaum Maya.
Apa pun ia hanyalah mitos semata-mata. Tumpuan masyarakat dunia, khususnya umat Islam lebih terarah kepada kisah kekejaman berterusan tentera Israel terhadap penduduk Palestin, perang saudara di Syria, penindasan di Rohingya serta penghinaan terhadap Nabi Muhammad.
Bagaimanapun, amarah yang memuncak itu diredakan dengan pembelaan nasib umat Islam di selatan Filipina di samping pengiktirafan kuasa terhadap ikon pro demokrasi, Aung San Suu Kyi di Myanmar.
Kuasa alam nyata tidak mengenal mangsa. Taufan Sandy selaju 281 kilometer sejam membadai dan memusnahkan beberapa bahagian Caribbean, tengah Atlantik dan timur laut Amerika Syarikat.
Episod suka dan duka juga turut mewarnai dalam negara. Imej Kuala Lumpur yang tercalar melalui perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini pulih seketika selepas menerima kunjungan pasangan diraja popular Britain, Putera William dan Kate Middleton.
Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dilaksanakan di seluruh negara pada 12 Ogos lalu juga turut mencetuskan kontroversi di samping mengundang ketidakpuasan hati rakyat.
Kanak-kanak juga terus menjadi sasaran mudah penjenayah seperti kes penculikan di Kampung Baru serta penculikan seorang kanak-kanak warga Belanda.
Episod sukan negara juga seakan-akan kelam tahun ini apabila jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal membawa pulang pingat emas, manakala skuad Harimau Malaya juga seakan-akan hilang taringnya dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF buat kali kedua berturut-turut.
Gaza diserang 1 Muharam
UMAT Islam di seluruh dunia yang bersiap sedia meraikan sambutan Maal Hijrah pada 15 November lalu dikejutkan dengan serangan udara besar-besaran oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di wilayah Genting Gaza.
Konflik itu dikatakan bermula selepas pejuang Hamas melancarkan serangan ke atas wilayah Israel yang membunuh tiga rakyatnya bagi menuntut bela atas pembunuhan Ketua Ketenteraan Gaza, Ahmed Jabari sehari sebelumnya.
Serangan udara yang disifatkan terburuk dalam tempoh empat tahun lalu telah meragut nyawa enam rakyat Israel dan 164 penduduk Gaza termasuk 38 kanak-kanak.
Selepas lapan hari pertempuran, satu gencatan senjata telah diadakan di antara kedua-dua pihak pada 22 November lalu hasil usaha yang dilakukan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

PAWANG buaya, Indet Sanabong (kanan) berjaya menewaskan Bujang Sebelak yang menjadi buruannya dengan umpan anjing putih.


Indet tumpaskan Bujang Sebelak
KONFLIK manusia dan buaya tercetus lagi di Sarawak yang melibatkan buaya ganas, Bujang Sebelak. Terbaharu, buaya jantan seberat 200 kilogram dan sepanjang lima meter itu mengorbankan tiga mangsa di sekitar Sungai Sebelak termasuk isteri ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban, Siah Munsong, 42.
Bujang Sebelak yang buta di sebelah mata kirinya dan menjadi buruan selama 14 hari akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong, 49, dengan menggunakan mantera dan umpan khas daging anjing putih.
Filem kontroversi hina Nabi
FILEM anti-Islam, Innocence of Muslims telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila filem tersebut didakwa menghina Nabi Muhammad.
Filem arahan Sam Bacile, 52, itu disiarkan dalam laman YouTube itu menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem tersebut.
Seorang lelaki dari negeri California, Nakoula Basseley Nakoula, 55, mengaku membekalkan logistik untuk produksi pembikinan filem tersebut.
Chong Wei kempunan emas Olimpik
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk melakar sejarah sebagai penyumbang pingat emas pertama Malaysia di pentas Sukan Olimpik selepas tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir yang diadakan di Arena Wembley.
Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang set pertama 21-15 tetapi tewas 10-21 dan 19-21 pada set kedua dan ketiga.
Beliau hanya membawa pulang pingat perak untuk kontinjen negara.

CEMAS. Fifi Ramadhani diselamatkan pihak polis selepas menjadi tebusan selama enam jam.


Drama penculikan di Kampung Baru
DUA kes penculikan menggemparkan negara menarik perhatian masyarakat sepanjang tahun ini. Selepas gagal dipujuk oleh pihak polis selama enam jam supaya melepaskan kanak-kanak perempuan yang menjadi tebusannya, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10, seorang lelaki bogel ditembak mati oleh polis. Kejadian berlaku pada awal Januari lalu di sebuah rumah di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Suspek yang berusia 34 tahun itu yang hanya meminta air dan dadah meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.
Putera William, Kate kunjungi Malaysia
BUAT julung-julung kalinya, rakyat di negara ini berpeluang melihat dengan lebih dekat Duke dan Duchess Cambridge, Putera William dan Kate Middleton yang melakukan kunjungan rasmi selama tiga hari sempena meraikan ulang pemerintahan ke-60 Ratu Elizabeth II pada September lalu.
Selain Malaysia, pasangan diraja itu turut melawat Singapura, Kepulauan Solomon, Melanesia dan Tuvalu.
Peserta Bersih 3.0 gagal kawal emosi
PERHIMPUNAN anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 29 April lalu yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas.
Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga mengakui pihaknya gagal mengawal emosi peserta demonstrasi hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.
Antara yang menyertai Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Nayati selamat ke pangkuan keluarga
NEGARA sekali lagi gempar dengan penculikan seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, pada 27 April lalu.
Selepas enam hari diculik, di sekolahnya di Mont Kiara International School, Kuala Lumpur itu berjaya ditemui semula di Kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buloh pada 3 Mei lalu. Keluarganya membayar wang tebusan berjumlah RM300,000 kepada penculik di satu lokasi di Cheras.
Saham Felda terbesar di Asia
TARIKH 31 Mei merupakan hari bersejarah buat warga Felda apabila Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini.
Tawaran tersebut merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.
FGV merupakan syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar di dunia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Suu Kyi menang pilihan raya
SELEPAS hampir 25 tahun berjuang menentang pemerintahan junta tentera di Myanmar, pejuang kemerdekaan yang juga pemimpin Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi, Aung San Suu Kyi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen selepas menang pilihan raya kecil pada April lalu.
Pilihan raya berkenaan menjadi pentas kepada bekas tahanan politik itu untuk menjadi wakil rakyat buat kali pertama dan menerajui blok pembangkang dalam Parlimen Myanmar yang didominasi pihak tentera.

RAKYAT DIGULA2 AJE...MEREKA TERUS HIDUP MEWAH DAN ROMPAK HAK RAKYAT...RAKYAT SEDARLAH MISKIN BUAT CARA MISKIN...AKHIRAT KAUORANG JAWAB AJE LAH

88 keluarga diarah berpindah

SEBAHAGIAN daripada tebing konkrit yang runtuh di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Demi keselamatan, pihak berkuasa mengarahkan 88 keluarga yang menghuni banglo mewah, rumah teres dan kedai di kawasan perumahan elit di Taman Setiawangsa, di sini berpindah ekoran masih berlaku pergerakan tanah yang aktif selepas kejadian tanah runtuh di kawasan itu malam kelmarin.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati masih berlaku runtuhan tanah dan bongkah batu di tebing konkrit setinggi 60 meter dan panjang 400 meter itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kesemua penghuni 30 rumah banglo, 58 pemilik rumah teres dua tingkat dan 18 unit rumah kedai di kawasan tersebut diarah berpindah dan mengosongkan bangunan.
"Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mengesahkan pergerakan tanah masih berlaku di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam.
Setakat ini tiga buah banglo rosak termasuk yang dimiliki Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Othman berkata, setakat ini hanya 49 penghuni telah mendaftar di bilik gerakan polis di kawasan kejadian.
Polis telah membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Setiawangsa sejak semalam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang turut melawat tempat kejadian berkata, kawasan itu kini dipantau rapi oleh polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Kerja Raya dan IKRAM.
Katanya, jika berlaku lagi tanah runtuh di kawasan itu, dianggarkan 11,000 meter padu tanah akan melimpah dan memerlukan sekurang-kurangnya 1,800 lori untuk mengangkut tanah keluar.

Penduduk dakwa aduan tidak diendahkan

KUALA LUMPUR - Petanda awal kejadian tanah runtuh di Jalan Puncak Setiawangsa 2, Taman Setiawangsa di sini sudah disedari beberapa penduduk sejak beberapa minggu lalu dengan mendakwa air bukit yang mengalir dari tembok konkrit menjadi keruh manakala bangunan pula mulai retak.
Ada penduduk mendakwa telah melaporkan kejadian itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi tiada tindakan susulan segera diambil.
Seorang penduduk, Mustafa Fuzer Nawi, 52, berkata, sudah ada penduduk merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku selepas air bukit yang ditadah melalui tembok konkrit itu asalnya jernih kemudian bertukar keruh.
"Selepas itu laman rumah seorang ahli perniagaan Arab yang dikenali sebagai Syed Maulana merekah.
"Apa yang kami bimbangkan akhirnya terjadi apabila saya terdengar bunyi seperti guruh hasil dentuman batu akibat tanah runtuh pada pukul 10 malam tadi (semalam)," dakwanya yang telah menetap di situ sejak 12 tahun lalu.
Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang turut mempunyai rumah di situ pula memberitahu, pintu pagar rumahnya telah runtuh sepenuhnya manakala kolam renang telah mendap sedalam 50 meter.
"Kami sekeluarga terpaksa bermalam di hotel sementara menunggu keadaan pulih. Lot banglo ini dibeli pada 1987 dan saya mula mendiami semula selepas tamat perkhidmatan sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat," katanya sambil meminta satu penyelesaian konkrit dibuat agar insiden tanah runtuh itu tidak berulang.
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin pula berterima kasih kepada pemaju, Island & Peninsular Berhad kerana menghulurkan RM1,500 sebagai bantuan awal kepada setiap pemilik rumah.

Beli telefon pintar ikut kemampuan


REBAT telefon pintar mulai 1 Januari ini bertujuan menggalakkan belia memiliki peralatan teknologi maklumat mengikut kemampuan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.
“Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon.
“Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja,” katanya kepada Bernama semalam.
Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500.
Menurut beliau, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi baru-baru ini dipetik berkata, telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.

Banjir kian pulih, peringatan gelombang kedua

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan hanya 17,512 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 22,522 orang semalam.
Namun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan nasihat peringkat kuning kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir.
Jurucakapnya berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan jangkaan hujan sederhana hari ini dan esok di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.
"Buat masa ini, nasihat peringkat kuning dikeluarkan tetapi akan dipertingkatkan kepada amaran iaitu jingga dan merah jika merbahaya," katanya ketika dihubungi.
Justeru, katanya, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tepi sungai diminta berwaspada.
Sementara itu, banjir di Pahang pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan terakhir di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan yang menempatkan 182 orang daripada 46 keluarga ditutup.
Di Terengganu, banjir di Setiu, Marang dan Besut pulih sepenuhnya menjadikan jumlah mangsa banjir menurun daripada 17,246 kepada 15,529 orang.
Daripada jumlah itu, Dungun mempunyai 3,340 mangsa, Kemaman (11,161), Kuala Terengganu (1,002) dan Hulu Terengganu (26).
Di Kelantan, mangsa banjir di Tumpat menurun kepada 1,983 orang manakala pusat pemindahan di Pasir Mas dan Kota Bharu ditutup.

Kanak-kanak maut ditetak ibu saudara


INILAH rumah di mana Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam.


BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.
Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.
Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim.
Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh wanita berusia 36 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.
Katanya, suspek yang juga ibu saudara mangsa kemudian ditahan polis dan dikenakan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
"Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan," katanya.
Jelasnya, ibu mangsa, Faizah Idris, 30, yang cuba membantu untuk menyelamatkan anaknya turut cedera di belakang kepala serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

CUEPACS mahu kerajaan umum jadual gaji segera

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji baharu, ia dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau gaji mati tahun depan.
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji lengkap bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya di sini semalam.
Sementara itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
Beliau berkata, kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea bagi melahirkan pelajar kreatif dan inovatif.
"Namun, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk guru berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea dan kefasihan dengan negara luar," katanya. - Bernama

Suami mangsa bunuh direman


SUSPEK yang merupakan suami mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar semalam selepas dikenakan perintah tahanan reman bersama dua lagi lelaki berhubung kes bunuh isterinya.


ALOR SETAR - Polis semalam menahan reman tiga lelaki termasuk suami kepada pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, yang maut dipercayai akibat dipukul dengan dua batang buluh dalam satu pertengkaran di Kampung Alor Gelegah di sini awal pagi kelmarin.
Suami mangsa berusia 26 tahun dan dua lagi suspek yang berusia 23 dan 26 tahun direman sehingga 4 Januari depan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V. Saravanan berkata, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai mekanik direman selama seminggu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.
Katanya, siasatan awal mendapati pertengkaran yang berlaku di antara pasangan suami isteri itu berpunca daripada perasaan cemburu.
"Hasil semakan kita juga mendapati suami mangsa mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi motosikal," ujarnya di sini.

Enam suspek berdepan hukuman mati

ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.


NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.
Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.
Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini.
Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.
"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.
"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu.
Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.
Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.
Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan.
Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.
"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.
Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki.
Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.
Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka.
"Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.
- Agensi

16 maut minum ubat batuk

LAHORE - Sekurang-kurangnya 16 orang dengan kebanyakan mereka penagih dadah yang ingin melepaskan gian, mati selepas meminum ubat batuk beracun di sebuah bandar di timur Pakistan, kata beberapa pegawai semalam.
Pihak polis dan beberapa orang doktor berkata, kematian itu berlaku pada Rabu lalu di bandar Gujranwala, sekitar 70 kilometer ke utara bandar ini.
"Kami menerima 54 pesakit di sebuah hospital yang mana keadaan kesihatan mereka semakin buruk selepas mengambil ubat batuk dengan 16 orang telah mati," kata ketua pentadbiran hospital tempatan, Anwar Aman.
Menurutnya, semua mangsa berumur antara 20 hingga 40 tahun dengan kebanyakan mereka ialah penagih dadah.
Dalam perkembangan berkaitan, pegawai kanan polis Azam Mehr mengesahkan angka kematian tersebut dan memberitahu, sampel-sampel ubat batuk itu telah dihantar ke beberapa buah makmal untuk ujian lanjut.
Beliau berkata, ubat batuk berkenaan dijual di farmasi-farmasi tempatan.
"Polis dan jabatan kesihatan memulakan siasatan berhubung insiden ini," tambahnya.
Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 19 orang maut di sini juga akibat meminum ubat batuk beracun. - AFP

Presiden Filipina lulus undang-undang kawal kehamilan


aquino iii


MANILA - Presiden Filipina menandatangani undang-undang bagi menggalakkan kaedah pencegahan kehamilan secara semula jadi dan buatan manusia di samping pendidikan seks dan program perancangan keluarga yang ditentang hebat oleh Gereja Roman Katholik.
Timbalan jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, Presiden Benigno Aquino III menandatangani undang-undang itu pada 21 Disember lalu tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat semalam ekoran isu tersebut dianggap sensitif di Filipina.
Menurut Valte, perkembangan tersebut "menamatkan percanggahan (pendapat) ketara dalam sejarah negara kami" dan "membuka peluang jalinan kerjasama dan perdamaian" dalam kalangan mereka yang menentang dan menyokong undang-undang itu.
Bekas Presiden Persidangan Biskop Katholik Filipina, Bsikop Besar (Besara) Oscar Cruz yang mengecam kerahsiaan dalam menandatangani undang-undang tersebut.
Tegasnya, Aquino III berbuat demikian kerana malu dan takut akan akibatnya.
Gereja Katholik menganggap undang-undang itu tidak bermoral dan akan menggalakkan seks bebas.
Undang-undang itu ditandatangani bagi mengekang pertambahan penduduk Filipina yang kini berjumlah 94 juta orang. - Agensi

MAHLIGAI SYURGA TAK SAMA DENGAN MAHLIGAI DIDUNIA...ITU PUN HANYA UNTUK ORANG2 YANG TAKWA SAJA BUKAN BAGI KAKI MAKSIAT...PENYAMUN TARBAUS...PENIPU...MINUM ARAK..BERJUDI..PENZINA...TAK SOLAT....KAKI BUKA AURAT...BERGAUL BEBAS..PENCURI...PEMBUNUH DAN RAGU2 AKAN HUKUM ALLAH ATAU YANG MENOLAKNYA TERUS

Mahligai di kaki bukit gondol



ANTARA rumah yang dibina di kawasan lereng bukit di Kampung Sungai Penchala bersebelahan Penchala Link, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR – Insiden tanah runtuh yang menyebabkan 30 unit banglo dan 76 buah rumah teres di Puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa di sini terjejas pada Jumaat lalu seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk turut memberi perhatian kepada beberapa kawasan perumahan lain di kawasan cerun yang mungkin berisiko untuk mengulangi bencana yang sama.
Tinjauan Kosmo! di sekitar ibu negara semalam mendapati ada banyak lagi projek perumahan yang dibina di kawasan cerun seperti di Bukit Antarabangsa, Taman Ukay Perdana, Kampung Sungai Penchala dan Taman Templer di Selayang.
Semua kawasan itu perlu diberi perhatian kerana gambar-gambar yang dirakamkan Kosmo! semalam menunjukkan ia terdedah kepada risiko tanah runtuh terutamanya ketika berlaku hujan lebat.
Walaupun sehingga kini kawasan-kawasan tersebut masih bebas daripada sebarang kejadian yang tidak diingini, namun jika tiada sebarang langkah keselamatan diambil, sesuatu yang tidak diingini mungkin melanda kawasan yang berisiko itu.
Antara kawasan yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah runtuhan cerun bukit di Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana yang begitu dekat dengan kawasan kediaman dan ia mungkin boleh menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
Runtuhan di cerun bukit itu berlaku pada tahun lepas dan kesan runtuhan hanya ditutupi dengan kanvas yang telah koyak serta reput. Tembok batu yang dibina dilihat terlalu kecil untuk menghalang hakisan tanah.

APA TINDAKAN JAKIM

Pesta tahun baru malam ini



BANDAR raya Kuala Lumpur bermandikan cahaya bunga api setiap kali sambutan tahun baru diadakan.



KUALA LUMPUR – Bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baru 2013 yang membuka tirai pada hari esok, pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan lagi sambutan ambang tahun baru malam ini.
Bagi warga ibu kota, beberapa lokasi terpilih bakal menyaksikan kemeriahan sambutan ambang tahun baru dengan pengisian pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain.
Di pusat pentadbiran negara Putrajaya, Konsert Ambang 2013 Putrajaya anjuran Kumpulan AmBank akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang.
Konsert tersebut akan dikendalikan oleh penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan penyanyi terkenal, Adibah Noor.
Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan oleh artis terkenal tanah air seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Hattan, Mizz Nina, Wings dan Kumpulan Hujan.
Selain persembahan artis, acara lain bakal dianjur ialah pertandingan futsal, pertunjukan auto-show, pertunjukan pancaragam, pertunjukan kawad patung sebelum acara kemuncak iaitu konsert ambang serta pertunjukan bunga api yang akan dilancarkan tepat pada detik 12 malam.

Pasar Minggu Satok tinggal kenangan



ORANG ramai mengambil kesempatan mengunjungi Pasar Minggu Satok di Kuching pada hari terakhir sebelum pasar itu berpindah ke lokasi baharu mulai 1 Januari 2013.



KUCHING – Kisah Pasar Minggu Satok yang terkenal dengan senario hingar-bingar suara peniaga dan pembeli tawar-menawar bakal menjadi nostalgia apabila ia kini dipindahkan ke Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini.
Destinasi yang popular dalam kalangan penjaja tempatan dan pelancong sejak tahun 1983 itu beroperasi buat kali terakhir tepat pukul 1 petang semalam.
Tinjauan Kosmo! mendapati para peniaga agak keberatan untuk meninggalkan Pasar Minggu Satok memandangkan ia sudah menjadi rutin mingguan mereka menjaja barangan di situ sejak berpuluh tahun lalu.
Seorang penjaja, Dawos Nasu, 68, mengakui agak sedih untuk berpindah dari Pasar Minggu Satok selepas lebih 30 tahun berniaga hasil hutan di lokasi tersebut.

452 PATI Myanmar dipaksa terjun ke laut Langkawi



SEBAHAGIAN daripada PATI yang berjaya ditahan berhampiran pantai Teluk Burau, Langkawi semalam.



LANGKAWI – Hasrat seramai 452 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar untuk mencari rezeki di negara ini musnah apabila salah seorang daripada mereka mati lemas manakala selebihnya nyaris maut ketika cuba berenang ke pantai berhampiran Teluk Burau di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kesemua PATI berusia tujuh hingga 50 tahun itu dipaksa terjun dari tongkang kayu yang membawa mereka oleh seorang tekong ketika tongkang itu berada kira-kira 500 meter dari pantai.
Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung berhampiran kawasan pantai tersebut.
“Selain itu, dua lagi lelaki ditemui dalam keadaan kritikal dan mereka dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

3,126 komplen sehingga November

KUALA LUMPUR – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 3,126 aduan melibatkan pelbagai masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia daripada pengguna sehingga November tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Azizan Mohd. Afandi berkata, daripada jumlah tersebut, aduan mengenai pertikaian bil dan caj yang dikenakan penyedia perkhidmatan komunikasi tempatan terhadap pengguna mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,015 aduan.
Beliau berkata, ia diikuti dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan sebanyak 901 aduan, Khidmat Pesanan Ringkas (348), kualiti liputan (331), promosi dan iklan mengelirukan (224), lain-lain aduan (127), amalan tidak adil (110), pertikaian terma dan syarat (59) serta peralatan dan menara telekomunikasi (11).

Tiga penoreh maut diserang



ANGGOTA polis mengawasi mayat tiga lelaki Myanmar yang dibunuh selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah ladang getah di Kuala Nerang semalam.



KUALA NERANG – Tiga lelaki Myanmar menemui ajal dalam keadaan tragis apabila mereka dibunuh selepas diserang ala mafia oleh sekumpulan penjenayah menggunakan senjata tajam di dalam sebuah kebun getah di Kampung Chebar, Tanjung Piring dekat sini semalam.
Ketika ditemui pada pukul 1 petang, mayat ketiga-tiga mangsa berusia 18 hingga 30 tahun itu didapati mempunyai beberapa kesan tetakan di badan termasuk kepala dan leher yang membawa kepada kematian mereka.
Difahamkan, kesemua mangsa mempunyai pertalian persaudaraan dan mayat mereka ditemui pada jarak kira-kira 50 meter antara satu sama lain. Mereka bekerja sebagai penoreh getah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad memberitahu, sebelum kejadian, empat lelaki Myanmar dikejar sebelum diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam pada pukul 11 malam Jumaat lalu.
Bagaimanapun, katanya, salah seorang mereka berjaya melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan berhampiran dan hanya keluar dua hari kemudian.

Mayat terduduk di tepi jalan



ANGGOTA polis dan petugas perubatan memeriksa mayat Maxizillian yang ditemui di tepi jalan di Miri semalam.



MIRI – Seorang pengawal keselamatan yang ingin pulang ke rumah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terbaring di tepi jalan di Kampung Luak 3 di sini semalam.
Mayat Maxizillian Wenceslaus Gadok, 26, dari Kampung Perpaduan Ulu Sungai Dalam ditemui oleh Hamdan Hussain, 27, pada pukul 6 pagi ketika Hamdan hendak pulang ke rumahnya di Bakam dekat sini selepas selesai bertugas di sebuah kilang berhampiran.
“Ketika sedang asyik menunggang motosikal, saya nampak seorang lelaki duduk dengan kaki bersilang dan kepalanya tertunduk di tepi jalan.
“Saya yang pelik dengan keadaan itu terus memberhentikan motosikal lalu menyapanya tetapi tiada jawapan. Saya kemudian menggerakkan badannya dan terperanjat apabila dia terus rebah,” ceritanya sambil memberitahu ketika kejadian mangsa memakai baju seragam Rela.

Pelacur salun diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang



TUJUH pelacur warga asing diberkas selepas polis menyerbu sebuah salun yang dijadikan markas persundalan di Kepong kelmarin.



KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.
Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.
Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas.
Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.

Dua dakwa ditipu sindiket guna nama Bank Negara

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berhati-hati dengan taktik licik sindiket penipuan wang melalui panggilan telefon oleh individu yang menyamar kakitangan sebuah bank.
Ini berikutan dua ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa sindiket berkenaan baru-baru ini.
William Pheng, 36, mendakwa, dia menerima panggilan daripada seorang individu mendakwa kakitangan sebuah bank yang meminta dia menjelaskan hutang kad kredit yang tertunggak selama tiga bulan berjumlah RM13,000.
“Saya mengesyaki ada individu lain menyalah guna butiran peribadi saya sehingga menyebabkan saya berhutang kad kredit sedangkan saya tidak pernah membuat permohonan kad kredit dengan bank tersebut,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini semalam.

Anugerah muzik Afrika ditangguh kerana Brown tertinggal pesawat



GAMBAR fail menunjukkan Brown bersama bekas kekasihnya, Rihanna menyaksikan perlawanan bola keranjang antara pasukan New York Knicks dengan Los Angeles Lakers di Pusat Staples, Los Angeles pada 25 Disember lalu. - REUTERS



ABIDJAN - Penyanyi rap Amerika Syarikat, Chris Brown telah mengakibatkan penganjuran Anugerah Kora di sini terpaksa ditangguhkan kerana dia ketinggalan pesawat ke Ivory Coast, kata pihak penganjur.
Anugerah itu yang diberi jolokan sebagai Grammy Afrika sepatutnya diadakan kelmarin.
Pengarah komunikasi anugerah itu, Konnie Toure berkata, Brown tiba semalam.
Ekoran itu, anugerah berkenaan terpaksa diadakan pada hari ini.
Anugerah itu pernah dihadiri bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Raja Pop, mendiang Michael Jackson.
Bagaimanapun, harga tiket yang agak tinggi untuk manyaksikan anugerah berprestij yang berlangsung di sebuah hotel mewah mencetuskan kritikan ramai.
Harga tiket itu ialah 1,500 euro (RM6,066) untuk penonton yang mahu duduk di kerusi di dalam sebuah hotel mewah.
Tiket berharga 75 euro (RM303.33) dikenakan kepada penonton yang duduk di luar hotel.
Brown pernah disabitkan kesalahan kerana memukul bekas kekasihnya, Rihanna yang juga penyanyi menjelang Anugerah Grammy di Los Angeles pada 2009.
Dia dihukum menjalani program tentang keganasan domestik selama setahun selain dipantau oleh pegawai perunding cara selama lima tahun. - AFP

Gajah bermain bola sepak



BEBERAPA ekor gajah menyertai acara bermain bola sepak di Sauraha pada Jumaat lalu. - REUTERS



SAURAHA, Nepal - Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini.
Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas.
Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik.
Haiwan-haiwan tersebut dikalungkan bunga dan mempunyai corak lukisan pada acara gajah tercantik itu.
Setiap haiwan itu dikendalikan oleh pengembala. - Agensi

Mercun Osama dirampas di Filipina



SEORANG anggota polis berdiri dekat timbunan mercun Osama di Kem Karingal, Quezon kelmarin. - Agensi



MANILA - Polis Filipina merampas sejumlah mercun termasuk yang dikenali sebagai Osama Laden di Quezon, utara Manila kelmarin.
Ia dirampas daripada beberapa vendor sebagai usaha untuk menghalang penggunaan mercun gergasi secara haram menjelang sambutan Tahun Baru.
Letupan mercun telah menyebabkan beberapa orang terbunuh ketika sambutan tahun baru diadakan sebelum ini.
Bunyi kuat mercun itu dikatakan boleh menjauhkan roh jahat dan membawa tuah pada tahun baru.
Osama yang merupakan bekas ketua rangkaian Al-Qaeda mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat di sebuah rumah yang dijadikan tempatnya bersembunyi di Abbottabad, Pakistan pada Mei tahun lalu. - Agensi

JIKA KITA SEDAR...KITA AKAN TUA ...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA...PASTU SAKIT DAN AKHIRNYA MATI...PASTU DIAKHIRAT MASUK SYURGA ATAU NERAKA...JADI DIDUNIA JANGAN BUAT JAHAT

Mangsa rogol mati



KAKITANGAN hospital mengusung mayat mangsa rogol di Singapura, semalam.
KAKITANGAN hospital mengusung mayat mangsa rogol di Singapura, semalam.
SINGAPURA: Seorang pelajar India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara itu, meninggal dunia di sebuah hospital di sini, semalam.
Di New Delhi, polis tambahan dikerah bersiap sedia menghadapi demonstrasi lebih besar menjelang kepulangan mayat mangsa berusia 23 tahun itu.

Perdana Menteri India mendahului ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa penunjuk perasaan menyalurkan kemarahan mereka secara membina.


Menurut doktor di Singapura, pelajar berkenaan meninggal dunia pada jam 4.45 pagi (waktu Malaysia), hampir dua minggu selepas serangan itu yang mengejutkan penduduk India.

“Organnya gagal berfungsi akibat kecederaan teruk pada tubuh dan otak,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth.

Mangsa dirogol oleh sekumpulan enam lelaki mabuk secara bergilir-gilir selepas dia menaiki sebuah bas pada 16 Disember lalu.
Mereka juga memukulnya dengan besi sebelum mencampakkan pelajar itu dan seorang rakan lelaki dari bas yang sedang bergerak.

Dia dibawa ke Singapura dengan pesawat Khamis lalu dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan India. Tindakan itu dikritik oleh beberapa doktor di negara berkenaan yang menyifatkannya sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai ketika bantahan terhadap serangan itu meningkat.
Pesuruhjaya Tinggi India di Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa begitu kecewa dengan kematiannya. Kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, membunuh diri dengan mengelar lehernya selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki. - AFP

33 penagih maut minum ubat batuk



LAHORE: Sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya penagih dadah, mati selepas minum ubat batuk bertoksik.
Kematian mula berlaku Rabu lalu di bandar di Gujranwala, kira-kira 70 kilometer ke utara Lahore.

“Kami menerima 54 pesakit yang mengadu keadaan mereka semakin teruk selepas minum ubat batuk dan 33 orang sudah meninggal dunia,” kata Ketua Perubatan bandar itu, Anwar Aman.
Mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun dan kebanyakannya mempunyai sejarah menagih dadah.

Menurut Anwar, orang yang bertanggungjawab menjual ubat batuk itu masih belum dikenal pasti.

Sekurang-kurangnya 19 orang mati di Lahore selepas minum ubat batuk serupa, bulan lalu. - AFP

Janet Jackson peluk Islam



DOHA: Penyanyi, Janet jackson dilapor bertunang secara sulit dengan bilionair Qatar, Wissam Al-Mana dan pasangan itu merancang berkahwin di bandar raya ini pada 2013.
Menurut majalah hiburan UsWeekly, Wissam menghadiahkan adik Michael Jackson itu sebentuk cincin yang amat mahal, membuatkan Janet terlalu bimbang dan sentiasa memastikannya ia disimpan dengan selamat.

Bilionair itu yang keluarganya terbabit dalam perniagaan hartanah dan media ialah Pengarah Urusan Perniagan Al Mana Retail yang mewakili A/X Armani Ex- change. Dia juga adalah pemegang saham dalam Saks Fifth Avenue.
Pasangan berkenaan dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis secara Islam.

Pengarang terkenal Turki, Adnan Oktar yang juga dikenali sebagai Harun Yahya berkata, Janet sudah memeluk Islam dan memilih untuk merahsiakannya daripada peminat.

Menurut sumber dalaman, majlis perkahwinan itu akan menjadi acara terbesar dalam sejarah.
Ia termasuk rancangan Janet untuk membawa semua anggota keluarga dan rakannya dengan menaiki pesawat persendirian bagi menghadiri majlis itu.

Mereka dilapor akan membelanjakan kira-kira RM9 juta untuk membawa 500 tetamu dari seluruh dunia sementara Wissam akan menghadiahkan mereka jam Rolex berharga RM30,000 setiap seorang.
“Wissam akan berbelanja besar apabila mengahwini Janet kelak. Ia akan menjadi majlis perkahwinan abad ini.” kata sumber itu.

Pasangan itu berkenalan pada Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Asia Barat.

Penyanyi berusia 46 tahun itu yang pernah berkahwin dua kali, sebelum ini menegaskan tidak ada salahnya wanita bercinta dengan lelaki muda selagi kedua-duanya bahagia. - Agensi

Mujahidin mahu perintah Syria



BEIRUT: Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra berkata semalam, pemerintahan Islam mesti dilaksanakan di seluruh Syria selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad.
Kumpulan itu yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas, turut menuduh Washington berusaha mengekalkan kerajaan Bashar.

Al-Nusra yang mendakwa bertanggung jawab terhadap kebanyakan serangan berani mati sepanjang konflik di Syria sejak 21 bulan lalu, dianggotai oleh pejuang yang sebahagian besarnya warga asing.
Dalam rakaman audio yang dimuatnaikkan di Internet semalam, Ketua Al-Nusra, Abu Mohammed Al-Jawlani berulang kali menegaskan, kumpulan jihad mesti memerintah Syria selepas kejatuhan Bashar.

“Kejatuhan rejim itu akan meninggalkan kekosongan dan kumpulan Islam adalah yang terbaik untuk mengisi kekosongan itu,” kata Abu Mohammed.

Dalam mesejnya bertajuk: ‘Rakyat Syria, kami korbankan jiwa kami untuk anda,’ beliau berkata: “Kami menawarkan kepada anda darah kami untuk mempertahankan agama dan tanah anda. Kami akan terus melakukan pengorbanan selepas ini.
“Kami akan terus berkorban untuk membolehkan rakyat Syria menjalani kehidupan dengan bermaruah dan memiliki semula apa yang diambil daripada mereka, sehingga mereka boleh hidup di bawah pemerintahan panji Islam,” katanya.

Beliau turut menyelar masyarakat antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat.
“Barat tidak sepatutnya dibiar meraih keuntungan hasil daripada pengorbanan yang telah kita lakukan,” katanya. - AFP

Paksa adik abang ipar dagang tubuh



ALOR GAJAH: Seorang gadis mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh adik ipar kepada abangnya sendiri sejak awal bulan ini.
Mangsa yang berusia 17 tahun itu dipaksa melayan nafsu serakah beberapa lelaki pertengahan usia dengan dikenakan bayaran tertentu di beberapa lokasi termasuk sekitar hotel bajet di negeri ini.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak ipar dan abangnya di sebuah rumah di Pulau Sebang dan datang ke rumah seorang saudaranya di Selangor awal bulan ini.
Menurut sumber, suspek yang turut tinggal bersama mangsa di Pulau Sebang menjemput gadis itu di Selangor beberapa hari kemudian dan membawanya pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun, suspek tidak terus membawa gadis itu pulang ke rumah sebaliknya membawanya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka.

“Selepas bersiar-siar, suspek menyewa sebuah hotel bajet dan sebaik berada di hotel itu, mangsa diperkenalkan dengan seorang lelaki pertengahan usia,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, gadis itu kemudian dipaksa melayan nafsu lelaki terbabit dan dikenakan bayaran sebanyak RM200.

Katanya, mangsa yang mula menyedari niat sebenar suspek cuba melarikan diri dan merayu tidak diperlakukan sedemikian, namun tidak diendahkan.
“Gadis itu turut mendakwa dibawa ke beberapa daerah tidak dikenal pasti untuk diperdagangkan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.

“Malah, suspek dikatakan turut mengawasi setiap pergerakan gadis itu bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, gadis malang itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad melarikan diri daripada kawalan suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumahtangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan selanjutnya.

Abang ada hubungan dengan isteri orang



SAYA ada anak lima orang. Keluarga abang saya sebelum ini gembira dan bahagia. Abang saya seorang yang panas baran. Dia kalau marah memang senang ‘naik tangan’.
Perangai abang saya mula berubah sejak dia kenal dengan seorang wanita. Wanita itu masih berstatus isteri orang dan sudah mempunyai anak yang sudah dewasa.

Umur abang saya dalam ling­kungan 30-an dan manakala wanita itu 40-an. Malah, abang saya ini sudah mula tidak pulang ke rumah berhari-hari lamanya.

Ada kalanya dia keluar tengah malam selepas anak tidur dan pulang sebelum anak bangun. Dia juga kerap pukul, cekik, hantuk kepala isteri ke dinding dan tidur berasingan dengan isterinya.

Dia akan marah dan pukul kakak ipar saya yang selalu masuk campur hal dia dengan wanita itu. Kini sudah tiada ada lagi kemesraan antara anak, ibu bapa dan adik-beradiknya.

Perkara itu berlarutan sehingga setahun. Kakak saya sudah merujuk di pejabat agama dan ajak abang saya pergi kaunseling, tetapi perkara itu tidak dihiraukan.

Pelbagai usaha sudah dilakukan keluarga saya dan kakak ipar saya, tetapi tidak berhasil. Kawan abang saya mengaku pernah temankan abang saya berjumpa dan tidur dengan wanita terbabit.

Saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu untuk memberitahu keadaan sebenar dan berharap suaminya dapat mengambil tindakan, tetapi hampa.

Solat pun abang saya abaikan. Saya ada cuba cara kampung sebab katanya abang saya ada kena guna-guna dengan wanita itu dan keputusannya sama, tidak berhasil juga.

Kami selalu juga bersolat hajat meminta pertolongan daripada Allah. Saya perlukan bantuan Dr untuk bantu memberi jalan penyelesaian.

EMA,
Selangor




PENYELESAIAN terbaik ialah abang kembali taat kepada tuntutan ajaran Islam dalam soal berkeluarga dan bertanggungjawab sebagai suami. Begitu juga dengan pihak lain, banyak usaha yang dilakukan sama ada oleh anda dan kakak ipar dalam memperbaiki keadaan.

Kesemuanya tidak berhasil setakat ini. Bagaimanapun, doa dan solat hajat perlu diteruskan supaya abang sendiri insaf dan kembali taat kepada ajaran Islam.

Seterusnya kakak ipar boleh mengemukakan permohonan kepada mahkamah Syariah untuk menfasakhkan perkahwinan sekiranya perangai dan tindakan abang sendiri masih berterusan begitu.

Keganasan rumah tangga juga boleh dilaporkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Ini penting supaya penderaan tidak berlaku berterusan.

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Posted on the December 30th, 2012 under Agama,Tempatan by admin

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Diterjemahkan dari sumber lppimakassar
Detik Islam

Suami maut, isteri cedera diragut

Posted on the December 30th, 2012 under Tempatan by admin


KEPALA BATAS – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bersama isteri terbabas selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Butterworth-Kepala Batas dekat Permatang Manggis di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, A. Josop (gambar), 65, yang merupakan pesara Majlis Perbandaran Seberang Perai mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala A. Alaies, 52, cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasangan itu menaiki motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari rumah mereka di Bagan Ajam, Butterworth untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di sini.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mereka terbabas selepas dihimpit kenderaan suspek sebelum seorang daripada lelaki itu merentap rantai leher yang dipakai Alaies.
“Josop yang cedera teruk di kepala mati di tempat kejadian manakala isterinya yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas oleh orang ramai,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk

31 Disember 2012
Puncak Setiawangsa bergegar
Kediaman yang disewa seorang warga Iraq yang dikenali sebagai Maulana hampir roboh sepenuhnya.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.
Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.
"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.
Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.  
Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.
"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka. 
"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu. - Bernama
Kosmo
Guna peluang RTM sebaik mungkin, Zahid nasihat Hadi

30 Disember 2012
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
TUMPAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.
Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.
"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.
"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.
"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - Bernama
China wajib anak lawat ibu bapa

29 Disember 2012
BEIJING - China meluluskan satu undang-undang mewajibkan anak yang sudah dewasa melawat ibu bapa mereka sekerap yang mungkin dan jika gagal berbuat demikian akan berhadapan dengan risiko tindakan perundangan.

Undang-undang baru itu tidak menyatakan kekerapan lawatan yang perlu dibuat tetapi amaran mengabaikan ibu bapa boleh mendatangkan risiko tindakan mahkamah.

Laporan yang diterima semakin meningkat saban tahun ramai ibu bapa yang diabaikan dan ditinggalkan anak mereka.

Awal bulan ini, media melaporkan seorang wanita tua berumur 90-an dipaksa anaknya tinggal di kandang khinzir selama dua tahun.

Media turut melaporkan yang ramai anak cuba merampas aset ibu bapa mereka atau orang-orang tua yang mati tanpa pengetahuan sesiapa kerana ditinggalkan sendirian di rumah.

Perkara ini terjadi kerana anak-anak akan meninggalkan ibu bapa mereka sendirian kerana bekerja di bandar.

China mempunyai hampir 167,000 juta penduduk yang berusia lebih 60 tahun dan satu juta penduduk berusia lebih 80 tahun.

Kerajaan juga ada menyediakan beberapa alternatif seperti rumah penjagaan untuk orang-orang tua supaya mereka mampu hidup secara sendiri tanpa anak-anak.
Mubarak dipindah ke hospital

29 Disember 2012
Hosni Mubarak
Keadaan kesihatan Mubarak berada pada tahap membimbangkan selepas beliau dihukum penjara seumur hidup pada Jun lalu. Foto: Reuters
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dipindahkan ke hospital tentera berikutan tahap kesihatannya  membimbangkan, menurut media tempatan, kelmarin.

Jurucakap tentera memaklumkan, Mubarak akan dihantar ke hospital tentera Maadi yang terletak di pinggir Kaherah.

Agensi berita MENA melaporkan arahan pemindahan Mubarak itu dikeluarkan oleh pendakwa raya, Talaat Abdallah selepas beliau meneliti laporan kesihatan bekas pemimpin tersebut.

Menurut agensi berita itu lagi, keadaan kesihatan Mubarak akan dipantau dari semasa ke semasa sebelum dipindahkan semula ke klinik penjara Tora. - Reuters