Tsunami dari bukit
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
MACAM BENDANG...tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights.
“Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.
Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.
Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.
“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan,” katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.
‘Zuriat’ tak disangka
Oleh Hamid Karim
hmetroshahalam@gmail.com
hmetroshahalam@gmail.com
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
“Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang.
Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.
“Sebenarnya sejak berkahwin selama 14 tahun, saya belum dikurniakan anak dan tak putus berdoa, bila bertemu bayi dibuang begini, runtun perasaan saya.
‘Tetamu’ kebas RM700,000
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin dan ketika itu pemilik banglo itu yang berusia 60-an sedang bersarapan bersama isteri, anak dan seorang cucunya.
Menurut sumber, keluarga itu turut dikurung dalam bilik air dan diberi amaran mendiamkan diri sebelum penjenayah terbabit melarikan barangan kemas RM650,000, batu permata bernilai RM20,000, serta wang tunai termasuk mata wang asing dan telefon bimbit.
“Kumpulan lelaki terbabit dipercayai memanjat pagar pintu masuk utama sebelum menyerbu masuk ke dalam banglo. Ketika kejadian, menantu pasangan itu baru saja menghantar anak perempuannya,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan penjenayah itu tidak mencederakan mangsa sebaliknya hanya menyoal di mana mereka menyimpan wang dan barangan berharga.
Hanya sempat selamat ubat ibu
PERIKSA...angota bomba memeriksa rumah mangsa yang terbakar. Gambar kecil, mangsa kebakaran, Ali Osman (kiri) ditenangkan Johari.
Menurutnya, kebakaran itu disedari jam 8.40 malam selepas mendengar jeritan jiran yang memaklumkan rumahnya terbakar.
Katanya, ketika itu, dia bersolat Isyak manakala ibunya makan malam.
“Ketika kejadian, adik lelaki saya hanya sempat mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi ibu kerana api marak begitu cepat.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kami selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Eksekutif Editor Foto The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Johari Embi yang juga menantu Zabedah, dia menerima panggilan mengenai kejadian jam 9 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian dari pejabat di Bangsar.
“Terlalu banyak kenangan di rumah berkenaan, namun kami reda dan bersyukur mereka semua terselamat,” katanya.
“Sebanyak tujuh jentera termasuk dua ‘water tanker’ daripada lima balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kami menghadapi kesukaran memadam api akibat tekanan air yang sangat rendah di kawasan berkenaan, namun api berjaya dikawal jam 11.19 malam sebelum dipadam sepenuhnya lima minit kemudian,” katanya.
Menurutnya, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ugut hantar mayat anak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Mangsa dilaporkan diculik kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dalam kejadian jam 9 malam sebelum mengurung mangsa di sebuah rumah di Lembah Klang.
Menurut sumber, selepas menahan mangsa, seorang daripada suspek menghubungi keluarga lelaki terbabit dan meminta wang tebusan RM10,000.
“Malah, kumpulan terbabit turut mengugut menghantar mayat mangsa ke rumahnya sekiranya tidak menerima wang berkenaan,” katanya.
Katanya, panik dengan ugutan itu, keluarga mangsa membayar wang diminta sebelum mangsa dibebaskan jam 8 malam, kelmarin. “Kumpulan terbabit mengugut sekiranya tuntutan mereka itu gagal dipenuhi dalam 24 jam, mereka (penculik) akan menghantar mayat mangsa pulang ke rumah,” katanya.
Katanya, bapa mangsa berusia awal 50-an pada mulanya cuba berunding untuk mengurangkan wang tebusan berkenaan namun tidak dipersetujui kumpulan terbabit.
Mangsa dan bapanya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.
Katanya, mangsa sudah dibebaskan selepas bayaran dibuat keluarganya dan siasatan lanjut dilakukan.
Paksa minum air najis
Penderitaan mangsa yang berusia 25 tahun itu berakhir kelmarin selepas melarikan diri dari rumah itu jam 1 pagi sebelum membuat laporan polis.
Sumber berkata, selain dipukul, mangsa hanya diberi makan sekali sehari selain tidak dibayar gaji.
Katanya, mangsa beberapa kali cuba melarikan diri dari ‘penjara’ buatan majikannya itu, namun tidak berjaya kerana semua pintu dikunci.
“Mangsa nekad lari dari rumah itu selepas tidak tahan dengan penderaan majikannya yang berusia 30-an itu yang memaksanya minum cecair peluntur dan air najis.
“Wanita itu terpaksa mengikut arahan kerana tidak mahu disakiti, namun hampir saban hari dipukul dengan kayu,” katanya di sini, semalam.
Remaja dinoda jiran tua kutuk
Warga emas itu turut didakwa mencabul adik perempuan mangsa berusia 11 tahun.
Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dirogol ketika hendak memetik jambu di belakang rumahnya.
Menceritakan kejadian, mangsa hanya dikenali sebagai Lina, 14, berkata, dia dipeluk oleh warga emas itu dari belakang sebelum dirogol.
“Dia memaksa saya memegang kemaluannya namun saya enggan, saya menjerit namun dia menutup mulut saya sebelum merogol saya,” katanya.
“Saya ketakutan dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Beberapa hari kemudian, pak cik Am memanggil saya ke rumahnya dengan alasan mahu memberi ayam goreng kepada saya,” katanya, semalam.
Lina berkata, dia keliru dan takut untuk memaklumkan kejadian kepada sesiapa.
“Ibu bertanyakan pelbagai perkara untuk mendapatkan pengesahan daripada saya. Pada masa sama, adik juga ada dan dia akhirnya turut mengaku dicabul pak cik Am.
“Adik memaklumkan pak cik Am pernah memberinya wang sebelum mencabulnya,” katanya.
Lina bersama ibu dan adiknya kemudian melaporkan kejadian terbabit di Balai Polis Parit Jawa kelmarin, sebelum dua beradik itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan.
Difahamkan, suspek turut mencabul seorang lagi anak jiran yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak malang itu dipercayai diumpan dengan makanan dan wang antara RM1 hingga RM50 sebelum dicabul.
Warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tinggal berdua dengan isterinya di kampung berkenaan manakala tiga anak mereka sudah bekerja dan menetap berasingan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.
Kekasih cabut nyawa
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, misteri kehilangan Prema Parthiban, 20, sejak dua hari lalu menjadi tanda tanya sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat wanita itu dalam bilik di tingkat empat Blok A asrama perempuan PTSS, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ishak Baharum berkata, mangsa yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai tidak hadir ke pejabat tempat dia melakukan latihan amali sebelum pihak penyelia dengan bantuan teman lelakinya mencarinya.
Menurutnya, usaha mencari mangsa bermula sejak awal pagi sebelum mereka ke biliknya dan ternampak mayat seorang wanita tergantung dan mengesahkan ia adalah Prema.
“Mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan kain sari pada kipas siling. Siasatan dipercayai mangsa sudah mati sejak lapan jam lalu,” katanya.
Mayat mangsa ketika itu berpakaian lengkap dengan baju t-shirt dan seluar trek tanpa menemui sebarang kesan pergelutan di dalam bilik berkenaan, tetapi terdapat kesan lebam di leher mangsa akibat jerutan sari yang digunakannya,” katanya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi bedah siasat.
Bapa cuba bunuh diri
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di sebuah kampung, di sini, menyebabkan lelaki yang juga tukang rumah berusia 20-an berkenaan kini tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang berselisih faham dengan keluarga dan menghadapi masalah kewangan bertindak demikian dipercayai bagi menyelesaikan masalah dengan jalan mudah.
Seorang penduduk berusia 60-an yang enggan dikenali berkata, pada mulanya mereka menyangka kanak-kanak berkenaan menangis kerana dimarahi, namun sebaik bergegas ke rumahnya seorang lelaki dilihat sedang tergantung dengan tali buaian di leher yang disangkut pada alang rumah.
“Kami terus memasuki rumah itu melalui pintu dapur dan membantu isteri lelaki itu yang berusaha memotong tali buaian bagi menyelamatkan suaminya sebelum mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Badan lebam pulang sekolah
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Begitu kata seorang ejen insurans, Shariza Sabtu, 41, yang mendakwa anaknya, Sayyid Siddiq Sadidduddin Superizal, 7, trauma apabila badannya lebam akibat dicubit guru lelaki sekolah rendah, di sini, disebabkan kanak-kanak berkenaan memberontak dalam kejadian pagi kelmarin.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit bertindak demikian termasuk membaling kerusi di dalam kelas selepas ibu yang menemani sejak pagi diminta beredar guru lelaki berusia 30-an berkenaan kerana mahu memulakan pembelajaran.
Shariza, 41, berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8.30 pagi ketika Sayyid baru dihantar memasuki kelas.
“Guru lelaki terbabit meminta saya pulang kerana boleh mengendalikan anak saya walaupun ketika itu saya menerangkan Sayyid marah jika saya tiada bersamanya. Saya ke kantin menunggu sehingga selesai sesi persekolahan.
Warga Amerika belum serik
SUASANA meriah pameran senjata api di Dulles, Virginia, hujung minggu lalu.
Ketika gesaan orang ramai supaya pemilikan senjata api seperti yang digunakan dalam tragedi itu dikekang, peniaga berkumpul untuk menjual produk mereka di Chantilly, Virginia, hujung minggu lalu.
Media melaporkan, kadar jualan senjata api di pameran itu turut mencatat rekod tertinggi.
Seorang pengedar senjata api memberitahu, syarikatnya menjual lebih 10 pucuk raifal AS-15 seperti digunakan Adam Lanza ketika menembak mati 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa sebelum dia membunuh diri pada 14 Disember lalu.
Katanya, jualan itu dibuat hanya dalam tempoh sejam.
“Kadar jualan itu memang luar biasa,” katanya. Dalam tragedi bulan lalu, Lanza, 20, menembak mati ibunya di rumah mereka sebelum menyerang Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, dan melepaskan tembakan rambang.
Pertunjukan Senjata Api Kebangsaan diadakan di Pusat Ekspo Dulles itu turut menjual peluru, raifal, senjata separa automatik serta mesingan. Beberapa jurujual berkata, semua simpanan mereka untuk pameran itu habis dijual dalam tempoh beberapa jam saja.
“Secara purata, 1.8 senjata api dijual dalam tempoh seminit,” katanya.
Pengunjung pula sanggup berbaris berjam-jam untuk menjadi pengunjung pertama pameran berkenaan.
Sementara itu, peminat berkata, permintaan tinggi itu didorong kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan undang-undang baru diperkenalkan bagi mengharamkan pengeluar menghasilkan senjata api berkeupayaan tinggi seperti diguna Lanza. Seorang daripada mereka, Aaron Sizemore, berkata peminat senjata api mahu mendapatkan senjata yang diidamkan sekian lama kerana mungkin ia sukar diperoleh pada masa depan.
“Kami juga mungkin terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mendapatkannya nanti,” katanya. Harga minimum untuk sepucuk raifal AR-15 ialah RM2,200.
Lebih menggerunkan, remaja dan kanak-kanak juga dibenarkan memasuki pameran berkenaan dan kebanyakan pengunjung turut menandatangani petisyen membantah sebarang langkah pengawalan senjata api. - DM
Rebecca mahu lelong dara untuk bantu rawat ibu uzur
Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.
Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.
“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. - TS
No comments:
Post a Comment