Banglo MP Jamaluddin Jarjis akan diroboh
KUALA LUMPUR – Banglo milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa di sini, akan diroboh 80 peratus.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik Haron berkata, belum ada sebarang keputusan untuk merobohkan kediaman Jamaluddin, namun pihak pemaju sedang menyediakan kertas cadangan ke arah itu.
Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit.
Katanya, kerja-kerja meroboh sebuah banglo mewah yang terjejas teruk akibat tragedi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa berikutan dikhuatiri menjadi beban pada cerun sudah selesai sebanyak 80 peratus.
Bagaimanapun, kerja-kerja itu masih dilakukan dengan berhati-hati bimbang berlaku runtuhan yang tidak dijangkakan walaupun tiada pergerakan tanah direkodkan sejak malam hingga pagi tadi.
Taufik berkata, proses pembersihan banglo itu bermula semula kira-kira jam 9 pagi tadi.
“Walaupun tinggal 20 peratus lagi, kita tidak boleh jangka bila ia akan mengambil masa yang lama mahupun singkat kerana ia masih bergantung kepada keadaan dan beberapa faktor berkaitan termasuk pergerakan tanah,” katanya.
Kerja-kerja merobohkan sebuah banglo mewah yang terjejas berikutan tragedi tanah runtuh yang berlaku pada malam 29 Disember lalu telah bermula sejak tiga hari lalu.
Semalam pihak pemaju membentangkan tempoh kerja-kerja penyelesaian untuk menstabilkan cerun yang dijangka siap pada 31 Januari ini.
Proses meroboh banglo itu dijadualkan mengambil masa tujuh hari.
Sinar
Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW
Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.
Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.
Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.
Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).
Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.
“Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan,” kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut. – AFP
Budak lelaki 13 tahun cuba rogol wanita di dalam tandas Shell
Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.
Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.
Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.
Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.
Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.
Berikut adalah tulisan wanita itu:
“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..
“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..
“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..” (X- Mynewshub sendiri memadamkan data-data ini)
“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”
“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is
Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..
Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..
Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..
See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..
Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”
Semoga dengan kejadian yang berlaku terhadap dirinya dapat dijadikan sebagai pengajaran buat para wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana pun kita berada.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Wanita Nyaris Dirogol Budak 13 Tahun Harus Didakwa Sekali
Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?
Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.
(BACA: Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak lelaki 13 Tahun)
Atau gambar-gambar yang tersebar itu adalah untuk kes lain…
Kalau tak silap juga, sebelum ini pun ada jugak kenyataan kononnya dari teman lelaki dia yang menyelamatkan dia dari dirogol…tapi kisah terbaru takda pun sebut pasal teman lelaki.
Kalau iye pun, proses keadilan untuk menentukan kesahihan kejadian itu masih panjang…bermula dari laporan polis hingga ke mahkamah.
Diikuti soal-balas antara peguam untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah sebelum hakim membuat keputusan.
Namun kini gambar dan segala butiran peribadi kanak-kanak itu telah tersebar. Bukan hanya kanak-kanak itu yang menjadi mangsa, mungkin ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa ejekan dan sindiran serta pemulauan.
Hanya kerana seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya dan profile Facebok yang agak misteri membuat kenyataan yang kononnya dia nyaris dirogol, maka kita harus terima 100 peratus?
Dalam Islam pun menyebut keperluan 4 saksi yang boleh dipercayai apabila menuduh seorang wanita melakukan zina.
Bukan satu bukan dua tapi empat, dan contoh ini memperlihatkan bila hendak menegakkan keadilan, prosesnya tidak boleh dilakukan melalui kata-kata beberapa orang tertentu sahaja. Ada garis panduan dan peraturan lain yang perlu dipenuhi.
Dalam kes ini lagi teruk, yang kononnya mengaku dirinya menjadi mangsa mengunakan medium Facebook untuk menceritakan versinya dan sebahagian kita mula menerima dengan penuh semangat.
Apa pula cerita di pihak remaja itu? Mungkin dia ada versi lain. Kita tidak berada di tempat kejadian jadi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Namun, satu yang pasti, wanita yang mengaku menjadi mangsa itu telah terang-terangan melakukan satu kesalahan lain.
Dia telah mendedahkan semua butiran kanak-kanak itu termasuk wajah, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya sekali.
Sekali lagi…dia boleh mendakwa dirinya menjadi mangsa, tetapi dia tidak ada hak mendedahkan semua perkara itu sehingga kes disiasat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.
Malah, kalau ikut undang-undang, lepas putus hukuman pun tidak boleh dedahkan identiti remaja bawah umur.
Undang-undang diciptakan ada sebabnya dan ia perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat wujud dan bergerak dalam suasana harmoni dan teratur.
Wanita dalam kes itu boleh dikatakan dengan jelas melanggar peraturan Akta Kanak-kanak 2001 – yang menetapkan bahawa Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta ini adalah untuk menjaga maruah dan kesihatan mental suspek juvenil.
Apa hak wanita itu untuk siarkan gambar kanak-kanak itu sedangkan fakta kejadian belum dapat disahkan sepenuhnya.
Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya. Pembuktikan itu pula perlu melalui proses dari peringkat penyiasatan polis kepada keputusan hakim.
Kalau wanita itu rasa dia mangsa pun, dia masih terikat dengan undang-undang lain yang digubal jauh lebih awal daripada dakwaan dia nyaris dirogol seorang remaja 13 tahun.
Memandangkan dengan jelasnya dia telah melanggar Akta Kanak-kanak dan dengan selambanya memalukan aggota keluarga lain kanak-kanak itu, maka wanita berkenaan juga perlu didakwa.
Kes dia dengan kanak-kanak itu satu hal….kes dia melanggar Akta Kanak-kanak satu hal yang lain.
Kalau di akhir siasatan terbukti berlaku salah faham atau wanita itu mereka cerita…apakah yang akan berlau kepada keluarga dan ibu bapa remaja itu dan remaja itu sendiri kerana kemusnahan terhadap imej dan maruah mereka sudah pun berlaku kerana seorang merasakan dirinya terlalu bijak untuk mendedahkan butiran peribadi seorang kanak-kanak bawah umur.
Ada sebabnya Akta Kanak-kanak itu diwujudkan. Bukan untuk wanita itu atau remaja 13 tahun berkenaan, tapi untuk mewujudkan satu sistem dan melindungi kita semua dalam sesuatu keadaan. Jadi hormatilah ia.
Mynewshub
Pakai tudung nampak comel
KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.
Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.
“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.
“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.
p/s: Bagi yang belum berbuat demikian, kalian mungkin mempunyai alasan yang lebih kuat untuk berbuat demikian. Saya doakan agar kalian diberikan petunjuk dan kekuatan untuk melaksanakannya…
Harian Metro
Pelakon drama Anak Pontianak hadapi tuduhan miliki dadah
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Majistret Nazri Omran membebaskan Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.
Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.
Sinar
30 sekolah ditutup akibat banjir
HULU TERENGGANU – Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.
Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.
Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.
Kosmo
Pencuri maut jatuh bumbung
KOTA TINGGI – Seorang tukang kebun Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak di sini menerima kejutan pada pagi tahun baru semalam apabila menemui mayat seorang lelaki ketika hendak memotong rumput di belakang bangunan sekolah.
Hasil siasatan mendapati, lelaki yang berumur 30-an itu dipercayai mati selepas terjatuh dari bangunan tiga tingkat sekolah itu ketika sedang mencuri wayar bumi di bangunan tersebut.
Sebaik sampai di sekolah, beliau melihat ada satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian berada di kawasan sebuah bangunan sekolah itu.
“Pihak sekolah segera menghubungi polis untuk
Kosmo
Pemuda sembunyi dalam tangki elak dicekup JAIS
KUCHING – Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik.
Kosmo
Wanita 30-an bersuami dua
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.
Sinar
Parti liar di kelab eksklusif diserbu
KUALA TERENGGANU – Keghairahan kira-kira 100 pengunjung sebuah kelab eksklusif di negeri ini berpesta sempena menyambut tahun baru tergendala apabila kawasan tersebut diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).Serbuan yang turut disertai Majlis Daerah Kuala Terengganu dan Agensi Dadah Kebangsaan itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat iklan dan gambar-gambar tidak senonoh penganjuran parti itu di dalam laman sosial Facebook.
Kosmo
No comments:
Post a Comment