Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.
Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.
“Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.
“Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Mengikut pertuduhan, pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu dan Mohamad Fakhruzaim didakwa bersama-sama memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6 gram.
Mereka didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zarina yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar merah jambu tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM6,000 setiap seorang.
Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2,000 dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.
Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang ikat jamin RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.
Hadiah kahwin RM500 juta
Media melaporkan, Pengerusi Kumpulan Fujian Wanli, Wu Duanbiao, juga bermurah hati memberikan anaknya akaun bank dengan simpanan bernilai RM10 juta serta pelbagai rumah mewah. Gambar hadiah perkahwinan itu dimuat naik di Internet mulai kelmarin selepas majlis penuh meriah selama lapan hari itu berakhir.
Majlis itu diadakan di bandar Cizao, Jinjiang, Fujian. Wu - pemilik syarikat pengeluar seramik - turut menganugerahkan menantunya pemilikan sebuah rangkaian kedai runcit di Quanzhou, vila mewah serta rumah agam Wanda. Tidak cukup dengan itu, menantu Wu memperoleh 500 juta saham dalam syarikat Fujian Wanli dengan nilai lebih RM50 juta dan masing-masing sebuah kereta Porsche serta Mercedes yang dihiasi reben merah. Kegembiraan perkahwinan itu turut dikongsi dua pertubuhan kebajikan tempatan yang menerima derma bernilai RM7.5 juta.
Nilai kekayaan sebenar Wu, 54, tidak diketahui dan rekod syarikatnya menunjukkan dia hanya menerima gaji sebanyak RM60,000 tahun lalu. Sementara itu, isteri Wu menggambarkan menantu mereka sebagai ‘pemuda yang hebat’.
Sebagai ibu bapa, kata isteri Wu, dia dan suaminya mahukan anak mereka hidup dengan stabil berbanding diri mereka sebagai ahli perniagaan. Ketika ini, menurut laporan media tempatan, pasangan pengantin baru itu mempunyai jawatan dalam lembaga pengarah syarikat Wu.
Mereka juga dilaporkan merancang penyenaraian saham syarikat itu di bursa Korea Selatan. Menantu Wu - hanya dikenali sebagai Xu - adalah kakitangan kerajaan dan mengenali kekasihnya sejak zaman kanak-kanak. Jurucakap Wu mengesahkan pemberian hadiah berkenaan, tetapi menafikan pesta meraikannya berlangsung selama lapan hari.
Dua beradik temui ajal di plaza tol
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang dikenali sebagai Henry, 24, hilang kawalan sebelum melanggar tembok Plaza Tol Sungai Ramal.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Zulkifli Jonit berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebaik tiba di tempat kejadian.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa dan adiknya yang dikenali sebagai Balamurugam, 19, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.
“Seorang lagi rakan mangsa yang berusia 20-an parah dan dibawa ke Hospital Kajang,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat dua beradik terbabit dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kami mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit masing-masing di bahagian pemandu, penumpang depan dan belakang dengan mengambil masa 15 minit,” katanya.
Amuk bakar rumah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian jam 11.50 malam itu, anak lelaki tunggal daripada enam beradik dipercayai membakar rumah keluarganya berikutan keengganan ibunya berusia 50-an, memberikan wang kepadanya.
Menurutnya, ketika kejadian hanya suspek berada di rumah manakala ahli keluarganya yang lain berada di Kuala Lumpur.
“Bapa suspek berusia 54 tahun adalah kakitangan kerajaan yang baru saja dipindahkan ke bandar raya ini.
“Sebelum kejadian, lelaki itu yang juga anak ketiga, menghantar SMS kepada ibunya meminta sejumlah wang dan dalam SMS itu dia mengancam mahu membakar rumah serta kereta jika tidak diberi wang,” katanya yang tidak menyatakan jumlah serta tujuan wang berkenaan diminta lelaki itu.
Menurut Manoharan, bapa serta keluarga lelaki itu hanya mengetahui rumah mereka terbakar selepas dimaklumkan jiran serta saudara-mara terdekat lalu segera pulang ke sini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan.
“Dia juga menafikan rumah yang terbakar itu adalah rumahnya,” katanya.
Seorang jiran, Zainiah Abd Rahman, 43, berkata, bahang api membakar rumah berkenaan boleh dirasai di rumahnya Menurutnya, dia bersama empat anak berusia antara lapan hingga 20 tahun sedang tidur apabila dikejutkan bunyi benda pecah dan letupan.
“Saya terkejut melihat api di ruang tamu rumah jiran lalu segera mengarahkan anak menyelamatkan diri.
“Dalam keadaan panik, saya menghubungi bomba serta meminta suami, Mat Yub Ismail, 48, dan anak sulung yang sedang bekerja pulang segera.
“Saya menyangka api pasti merebak ke rumah saya kerana jarak terlalu dekat iaitu satu meter. Nasib baik bomba tiba cepat dan mengawal api daripada merebak,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkhairul Razilah berkata, pihaknya mendapat panggilan jam 11.50 malam dan tiga jentera dengan kekuatan 18 anggota bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, rumah berkenaan hampir 80 peratus terbakar dan api dipadam sepenuhnya pada jam 12.59 tengah malam,” katanya.
Mati jatuh beranda kondominium
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mayat Billorejoy Benjamin, 21, dari Sabah, ditemui penduduk sebelum memaklumkan kejadian itu kepada rakan serumah mangsa.
Sepupu mangsa yang dikenali sebagai Chris, 25, berkata, sepupunya selalu menghabiskan masa di beranda dan tidak sangka sepupunya itu mati disebabkan terjatuh dari beranda berkenaan.
Beliau berkata, kali terakhir dia melihat mangsa yang juga penuntut jurusan pembantu perubatan pada jam 2.30 pagi sebelum diberitahu rakan serumah, Benjamin dijumpai di tingkat bawah jam 8.30 pagi.
Minyak wangi di sisi mayat
Beg tangan mangsa berusia 25 tahun yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui 100 meter dari lokasi kejadian.
Mayat wanita berkulit sawo matang dan berpakaian lengkap itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 9.30 pagi sebelum menghubungi balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya termasuk Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K-9) bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. “Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berbaju-T dan berseluar jean terbaring dalam keadaan meniarap dalam semak di tepi jalan itu. Mangsa dipercayai warga asing berdasarkan fizikalnya. “Namun, kami mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa kecuali darah yang keluar dari telinga dan kakinya. Selain itu, tiada senjata dan kesan darah ditemui di sekitar lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Menurut beliau, beg tangan mangsa turut berada di sekitar lokasi itu namun pihaknya tidak menjumpai dokumen pengenalan diri kecuali minyak wangi dan barangan lain. “Kami setakat ini belum mengenal pasti motif kejadian dan punca kematian mangsa. Bagaimanapun, kami percaya mangsa meninggal dunia tiga atau empat jam sebelum ditemui.
“Siasatan secara menyeluruh dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya yang memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan segera tampil bagi membantu siasatan.
Tangan putus, kaki rentung
Mangsa, Mohd Kifli Madlan, 21, yang juga pelajar tahun akhir diploma perubatan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, itu maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi di Kilometer 187.1, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah Selatan itu, motosikal ditunggang Mohd Kifli hilang kawalan selepas gagal mengelak sebuah motosikal lain yang terjatuh di laluannya sebelum terjatuh di laluan tengah lebuh raya menyebabkan mangsa digilis MPV berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Sungai Kecil, Bandar Baharu, Kedah ke kolejnya sebelum terbabit kemalangan itu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, motosikal jenis Yamaha 135 LC itu dipercayai terbakar akibat kesan percikan api sejurus digilis MPV jenis Ssangyong Stavic itu.
“Pemandu MPV berkenaan mengakui gagal mengelak sebelum menggilis mangsa yang berada di laluan tengah lebuh raya.
Katanya, soal siasat dijalankan mendapati pemandu MPV berkenaan memaklumkan terlihat objek di tengah lebuh raya namun, gagal mengelak kerana sudah terlalu dekat.
“Kami terpaksa mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting untuk memadamkan kebakaran motosikal berkenaan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala, seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian sama di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama kerana mengalami cedera parah.
Anak cadang ambil tindakan
Peniaga, Mohd Jiwa Abdullah, 57, berkata, sepatutnya kedua-dua pihak terbabit membantu menangani masalah dengan segera bagi mengelakkan jenazah ibunya yang meninggal dunia pada 25 Disember lalu dituntut adik-beradiknya yang bukan Islam berikutan arwah memeluk Islam pada 23 Januari tahun lalu.
“Saya kesal kerana sepatutnya mereka mengambil langkah serius menangani masalah kerana saya sudah membuat laporan di Jaik sebelum ini, selain membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 19 Disember dan 26 Disember lalu,” katanya.
“Apa yang saya kesalkan, pihak hospital tidak sepatutnya melepaskan jenazah ibu saya kepada adik-beradik lain kerana agama yang berbeza, manakala pihak Jaik pula seperti tiada mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahaya berkata, pihaknya akan merujuk kepada Mufti Kedah, Datuk Syeikh Baderuddin Ahmad jika benar jenazah Aminah sudah disempurnakan mengikut adat resam agama lain kerana beliau lebih arif.
Beliau berkata, pihaknya tidak boleh menghalang jika pengadu bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Jaik.
“Sepatutnya Mohd Jiwa datang menuntut jenazah ibunya sejurus mengetahui dia meninggal dunia dan masalah itu (jenazah diambil pihak lain) mungkin tidak berlaku,” katanya.
“Masalah itu mungkin menyebabkan anak si mati boleh menuntut mayat ibu,” katanya.
“Saya sudah mengambil keterangan daripada kakitangan Jabatan Forensik dan mereka memaklumkan Mohd Jiwa tidak melampirkan dokumen memaklumkan bahawa ibunya sudah memeluk Islam.
“Disebabkan itu, kakitangan HSB terpaksa melepaskan jenazah itu dituntut ahli keluarganya walaupun Mohd Jiwa ada menghubungi supaya tidak melepaskan mayat ibunya dituntut adik-beradiknya yang lain,” katanya.
Harian Metro kelmarin melaporkan seorang lelaki mualaf kecewa apabila jenazah ibunya yang masih Islam meninggal dunia pada 25 Disember lalu dituntut oleh adik-beradiknya yang yang bukan Islam dan dipercayai disembunyikan tanpa pengetahuannya.
Habuan 15 lelaki
Selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa yang dari sebuah negeri di selatan tanah air dibawa ke sebuah rumah di Taman Sri Gombak di sini, sebelum dikurung dan dipaksa melayani nafsu buas 14 lelaki sejak dua minggu lalu.
Sumber polis berkata, mangsa yang mengaku tidak mempunyai saudara serta kenalan di ibu negara, berkenalan dengan suspek berusia 30-an, di sebuah stesen minyak di Taman Sri Gombak, kira-kira jam 10 malam, pertengahan bulan lalu. Menurutnya, ketika itu mangsa meminta suspek memberinya sedikit makanan kerana dia tidak mempunyai wang dan suspek menunjukkan simpati dengan berjanji memberikan pertolongan termasuk peluang bekerja.
“Mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah rumah di kawasan perumahan sama, namun sebaik tiba di situ, dia dirogol beberapa kali oleh suspek.
“Malah, suspek terus mengurungnya di rumah itu selama dua minggu dan dalam tempoh itu, suspek memaksa mangsa memberi khidmat seks kepada kenalannya dan mengambil bayaran antara RM100 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa terpaksa akur kerana dia akan dipukul jika melawan atau enggan mengikut arahan.
Menurutnya, penderitaan wanita itu bagaimanapun berakhir apabila dia berjaya meloloskan diri dari rumah berkenaan ketika suspek tertidur kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit yang direman sehingga 6 Januari ini.
Menurutnya, polis masih memburu beberapa suspek lain yang masih bebas dan
Samun ‘rakan kongsi’
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa mendakwa diperangkap seorang lelaki berusia 40-an untuk bertemunya di bilik hotel berkenaan bagi melakukan rundingan perniagaan yang didakwa mampu memberikan keuntungan berlipat ganda.
Menurut sumber, sebaik tiba di bilik hotel berkenaan, mangsa mendakwa lelaki terbabit ditemani dua wanita seksi berusia 20-an sebelum mereka duduk di sebuah meja untuk rundingan.
“Ketika rundingan berlangsung, lelaki terbabit kemudian mengarahkan seorang daripada wanita yang menemaninya itu untuk keluar dari bilik hotel itu.
“Pada mulanya, mangsa mendakwa tidak curiga namun kira-kira 10 minit kemudian dia mendengar pintu bilik hotel berkenaan diketuk,” katanya.
Sumber berkata, seorang lagi wanita yang bersama mereka kemudian bergegas membuka pintu sebelum dua lelaki bersenjatakan parang meluru masuk.
Katanya, tangan dan kaki mangsa kemudian diikat sebelum kumpulan terbabit meninggalkan bilik hotel itu.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhamad Az-lee Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
61 ular masuk rumah banjir
Pegawai Operasi (Bahagian Rekod) JPAM Kelantan, Mohd Harmizi Mohd Ghani berkata, antara ular berjaya ditangkap termasuk jenis berbisa seperti tedung senduk dan selar serta ular sawa yang dipercayai mencari tempat perlindungan.
“Sejak 24 Disember hingga 29 Disember lalu, kita berjaya menangkap sebanyak 61 ular dipercayai mencari perlindungan selepas sarang mereka ditenggelami banjir.
“Di Kota Bharu kita menangkap 29 ular manakala Pasir Puteh (lapan) dan Tumpat (tujuh). Selebihnya di Kuala Krai, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Bachok,” katanya.
Menurutnya, 61 ular yang ditangkap itu sebahagian daripada 273 ekor ular yang berjaya ditangkap sepanjang Disember lalu.
“Semua ular pelbagai spesis itu diserah kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
“Kemungkinan pada gelombang banjir kedua, kita menjangkakan mendapat banyak panggilan membabitkan ular masuk rumah.
Janda muda menggatal
Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.
Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.
Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.
“Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.
“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment